Anda di halaman 1dari 3

Karangan Cemerlang Pelajar tahap SPM - Kebaikan bergotong-royong

Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan


individualistik marcapada ini, kita seyogianya memahami maksud amalan
bergotong royong. Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak
generasi dulu dan amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang
dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan
bangsa agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia,
terutamanya generasi alaf baharu ini. Yang berlaku sekarang, budaya
yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu
dipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat memupuk
amalan bergotong-royong. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah
yang tidak mengenali maksud gotong-royong dan melaksanakannya?
Berapakah peratus daripada golongan muda generasi kini yang telah
bergotong-royong untuk membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang
demikian,kita mestilah mengenali faedah bergotong-royong dan
menjalankan kegiatan bergotong-royong ini.
Amalan bergotong-royong dapat memperindah tempat tinggal. Kebersihan
tempat tinggal merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa.
Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan
menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai insan biasa, kita
tentu mahu akan kecantikan tempat tinggal kita dipuji oleh orang lain.
Dengan menjalankan amalan bergotongroyong kita dapat memperindah
sendiri kawasan tempat tinggal dan memahami jiran dengan lebih
mendalam. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta.
Apabila kawasan tempat tinggal kita sentiasa bersih dan indah, rakanrakan sendiri akan menyukai kawasan tempat tinggal kita secara langsung
dan akan sentiasa menziarahi kita. Sebagai seorang penghuni bumi, kita
boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong dapat
menghijaukan bumi. Bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air.
Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotongroyong, kita dapat
lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan
mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata
peribahasa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh . Kita harus
mengapresiasi amalan ini sebelum kewujudannya tidak diketahui lagi.
Janganlah kita lupa bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada
jalannya.

Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada


aktiviti kehidupan yang penting sebagai langkah membersihkan tempat
tinggal daripada menjadi vektor penyakit. Dengan berbuat begitu, kita
dapat mencegah dan menjauhi penyakit. Kata Tun Dr. Mahathir,
mencegah lebih baik daripada mengubati. Secara peribadi, saya
berpendapat bahawa kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan
sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan
menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita
dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan
tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk
menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai jikalai kita
mengaktifkan diri dalam kegiatan bergotong-royong. Oleh hal yang
demikian, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu
generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan
kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Kegiatan
bergotong-royong memainkan peranan yang amat penting sebagai agen
perpaduan . Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan
oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah antara
kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam,
hati lain-lain. Dengan menjalankan kegiatan bergotong-royong kita dapat
menghapuskan sikap masyarakat yangseperti enau di dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing. Apabila seseorang yang berlainan
kaum berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum, kita dapat
mengenali kebudayaan kaum-kaum masing- masing kerana masuk ke
kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak.
Melaui kegiatan bergotong-royong, kita akan lebih dapat mempercayai
masyarakat sekeliling dan menghormati sesama diri. Dengan ini, kita akan
hidup saling membantu bagai aur dengan tebing .
Melalui kegiatan yang afdal ini , kita dapat memupuk nilai murni dalam
sanubari kita. Hal ini dikatakan demikian kerana Tun Dr.Mahathir, mantan
Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri
dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai
murni dalam diri. Fenomena ini sama seperti sambil menyelam ,minum
air. Jelas beliau semasa merasmikan kempen bergotong-royong pada
peringkat nasional, awal tahun 2003. Nilai murni yang diterapkan akan

mentransformasikan kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima


oleh masyarakat. Amalan ini juga mampu memasyarakatkan rakyat
Malaysia oleh sebabbulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.
Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat
kejiranan. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara
mendalam. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita akan terpanggil untuk
membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan
dapat dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua
orang akan merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang
boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan
taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya.
Melalui cara ini, kita dapat menjalin dan meningkatkan hubungan sesama
jiran. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Jiran
ialah orang yang tinggal di sekitar rumah kita, iaitu di sebelah, di
hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jiran sangat penting kerana
merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang pertama akan
membantu apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Tak percaya?
Janganlah lupa bahawa pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran
sepakat membawa berkat".
Intihanya , amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak .
Dengan mengamalkan semangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat
yang lebih indah dengan secara tidak langsung. Bak kata pepatah, ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Amalan ini tidak akan
dilupai. Sebagai penutup wacana, amalan gotong-royong merupakan
tanggungjawab yang penting bagi setiap orang untuk mewujudkan kualiti
kehidupan yang optimum. Marilah kita belajar amalan yang baik dan
amalkannya dalam kehidupan harian. Bak kata pepatah, yang baik
dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
karya sebenar pelajar Cikgu Tan C L,
DEXTER TAI WEN LIANG, SMK USJ 12
wenliang_dexter@hotmail.com
Pada Pukul 19:52 Dimuatnaikkan oleh CIKGU TAN CL

Anda mungkin juga menyukai