Anda di halaman 1dari 2

3 Langkah Untuk Mula Promosi Bisnes

T-shirt Printing di Facebook Profile


Secara asasnya bisnes t-shirt printing ni agak subjektif. Anda tak boleh agak bakal pelanggan. Ini
kerana semua orang berpotensi untuk buat tempahan t-shirt. Jadi tak mustahil rakan-rakan Facebook
anda juga berminat untuk tempah t-shirt jika anda promosi di Facebook profile sendiri.
Jika anda ada rakan yang masih belum kahwin mereka berpotensi untuk buat tempahan t-shirt
rewang sebagai contoh. Jika mereka dah berkeluarga ada kemungkinan mereka akan tempah tshirt
family day dan sebagainya.

1. Tukar gambar timeline Facebook anda pada gambar yang


bersesuaian.
Maksud gambar bersesuaian ialah, anda boleh letakkan gambar-gambar yang berkenaan dengan
t-shirt printing, sebagai contoh :

Gambar contoh-contoh baju


Logo syarikat anda
Ayat-ayat promosi

Tujuannya untuk memberitahu pada rakan-rakan Facebook anda yang anda ada menyediakan servis
t-shirt printing.

2. Buat promosi servis t-shirt printing secara soft selling di profile anda
Anda perlu tahu Facebook profile digunakan untuk bersosial, jadi anda tak boleh sesuka hati buat
promosi secara terus. Sebabnya semua rakan-rakan anda di Facebook ingin berkawan dengan anda
mereka tak suka baca ayat-ayat promosi yang keterlaluan.
Jika anda terlampau kerap buat promosi secara terus dikhuatiri rakan-rakan Facebook akan
menyampah baca status anda. Jadi jalan penyelesaiannya adalah hanya buat ayat promosi yang
berbentuk soft selling atau dengan kata lain ayat promosi yang tak nampak anda promosi, Haa..
macam mana tu ?
Sebagai contoh anda nak promosi t-shirt printing rewang pada rakan anda. Antara ayat soft
selling yang boleh anda tulis :
Salam semua, minggu lepas baru hadir majlis kahwin salah seorang rakan, terbaik majlis dia
1 family pakai t-shirt sama sempat la ambil gambar ni (sambil anda post gambar 1 family) yang
bestnya harga sehelai tak lah mahal sangat pun dan design semua cantik-cantik. Kalau 1 family
pakai baju sama mesti cantik. Boleh post k di Facebook siap selfie lagi.
Jadi kalau sesiapa berminat boleh PM saya nanti saya PM semula koleksi design t-shirt
rewang yang saya ada
Dengan cara ini rakan anda lebih tertarik kerana anda bukan promosi secara terus tapi anda lebih
kepada kongsi (bersosial) dengan rakan lain dan dalam pada itu anda cuba tanya jika ada sesiapa
yang berminat.
Untuk teknik ini pastikan gambar yang anda post di Facebook dapat menarik perhatian mereka.

3. Update status secara konsisten


Update status anda berkenaan servis t-shirt printing secara konsisten. Antaranya anda boleh
berkongsi tentang tips-tips pemilihan jenis baju. Sebagai contoh untuk aktiviti luar dewan lebih
sesuai gunakan kain cotton kerana tak panas.
Bagi aktiviti lasak pula lebih sesuai gunakan kain microfiber atau ada yang menggelarkan
kain jersey kerana kain jenis ini lebih tahan lasak berbanding cotton.
Sekali sekala anda boleh juga update promosi anda secara terus tapi ingat jangan buat promosi
terlalu kerap kerana Facebook profile digunakan lebih kepada besosial.

Baca selanjutnya : http://tshirtchef.com.my/guna-pemasaran-percuma-facebook/#ixzz4o61dy5Hh


Follow us: @tshirt_chef on Twitter | tshirtchef on Facebook

Anda mungkin juga menyukai