Anda di halaman 1dari 8

Salam sejahtera 

Penggunaan laman web sosial facebook mempunyai banyak kebaikan juga jika kita pandai melihat

secara positif dan menggunakannya dengan sebaik yang mungkin. Jika bercakap mengenai keburukan

memang mudah untuk dilakukan tapi bila nak mencari kebaikan ni yang agak susah sikit. Disebalik

kedengaran banyak keburukan menggunakan laman web facebook ni ada juga manfaatnya kepada

diri kita sendiri dan juga kepada orang lain yang menggunakannya.

1. Facebook digunakan untuk berhubung dengan orang lain dan mengumpul ramai kawan-kawan.

Anda boleh mengumpul sebanyak mana pun kawan di facebook sehingga mencapai limit 5000 orang.

Inilah sebabnya dinamakan laman web sosial kerana ia digunakan untuk bersosial dan berkenalan di

alam maya. Tujuannya untuk berkenal-kenalan dengan ramai orang dan berkongsi pendapat dan

pandangan bersama kawan-kawan di facebook.

2. Tempat berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan. Dalam facebook ada fungsi notes yang boleh

digunakan untuk menulis artikel dan apa-apa yang ingin anda tulis. Jadi disanalah tempat anda boleh

berkongsi apa-apa sahaja yang anda rasa berguna dan bermanfaat untuk diri anda dan orang lain.

Bagi seorang blogger anda boleh update setiap post artikel yang terbaru dari blog anda secara

automatik kedalam fungsi notes tersebut. Itulah yang saya lakukan. Setiap post yang terbaru dari

blog ini akan secara automatik masuk kedalam notes di profile facebook saya.

3. Dapat membuka akaun peribadi dan juga professional. Memang itulah tujuan asal seseorang

menggunakan facebook. Iaitu membuka satu akaun peribadi untuk digunakan sebagai pengenalan

diri. Bagi seorang yang mahu membuat akaun secara lebih professional boleh membuat satu akaun

fan page untuk menampakkan lebih kredibiliti anda. Dengan itu orang akan dapat mengenali anda

dengan lebih mudah apabila menjadi kawan dan peminat anda di facebook.

4. Selain ada fungsi fan page di facebook, anda juga boleh membuat satu group page anda sendiri.

Fungsi group page ni adalah adalah hampir sama dengan fan page cuma group ni lebih nampak

kepada satu kumpulan komuniti yang berkongsi minat atau tujuan yang sama dengan anda. Fungsi

group ni boleh digunakan untuk mengumpulkan ramai kawan-kawan dan berkongsi apa saja yang

anda minat. Dengan group ini juga ramai yang akan dapat berkumpul dan mengenali dengan orang

yang mempunyai minat yang sama dengan mereka.


5. Apabila ada ramai orang yang menyebarkan banyak maklumat di facebook ni tentulah bagus. Jadi

selain menjadi tempat untuk menyebarkan maklumat, maka facebook juga boleh dijadikan tempat

untuk mencari maklumat. Anda boleh membaca hasil tulisan orang lain yang pelbagai bentuk.

Terdapat pelbagai pendapat yang dikongsikan di facebook. Ada yang menulis soal kerjaya, pelajaran,

berita semasa dan banyak lagi. Selain blog, facebook juga tempat yang mudah untuk mendapatkan

banyak maklumat. Cuma anda perlulah bijak memilih mana yang bermanfaat buat anda.

6. Kadang kita akan lebih cepat mendapat berita-berita terkini di facebook. Ini kerana ramai dari

kawan-kawan kita akan selalu update status mereka berkenaan isu-isu semasa. Ada juga yang

berkongsikan link-link untuk ke laman web tertentu di status mereka untuk dikongsikan bersama

kawan-kawan yang lain. Anda hanya perlu klik pada link laman web tersebut untuk mendapat

maklumat lebih lanjut dan lebih terperinci lagi.

7. Facebook juga boleh dijadikan tempat untuk menghilangkan rasa bosan atau bila merasa tertekan.

Biasa la kalau rasa bosan boleh bermain game bagi mereka yang suka main game. Walaupun saya

sendiri jarang main game kat facebook ni. Terpulang kepada individu masing-masing. Kalau anda rasa

tertekan ke mungkin bila anda buka facebook anda akan jumpa kawan-kawan yang boleh buat anda

gembira. Anda boleh berkongsi masalah dengan mereka mana la tahu ada kawan yang dapat

menolong anda menyelasaikan masalah anda itu.

8. Bagi seorang usahawan, facebook juga boleh menjadi tempat untuk memasarkan produk mereka di

internet. Tapi janganlah pula terlalu promosi yang membabi buta. Sebagai seorang usahawan,

promosi di facebook perlu dilakukan secara ‘soft selling’ kerana facebook bukan tempat untuk

seseorang itu mahu membeli. Orang yang menggunakan facebook biasanya mahu bersantai dan lepak

bersama kawan-kawan bukan untuk membeli belah. Jika seorang usahawan itu melakukan promosi

secara bijak, tidak mustahil mereka akan mendapat hasil yang lumayan dari promosi di facebook ni.

9. Bagi yang berniat mencari pasangan, ada yang bertemu dengan jodoh mereka di facebook.

Facebook digunakan untuk mencari kenalan baru. Lama kelamaan ada yang jatuh cinta kepada

seseorang yang mereka minat. Malah tidak mustahil perkenalan yang bermula di facebook akan

berterusan sehingga mendirikan rumah tangga. Inilah yang dinamakan jodoh facebook. Ini semua

bergantung kepada niat seseorang itu juga.


10. Yang paling saya suka dan saya rasa sangat bergunanya facebook ni dalam diri saya adalah

apabila saya dapat berhubung kembali dengan kawan-kawan lama semasa sekolah rendah dulu.

Dalam 6 ke 7 tahun jugak kot tidak berhubung dengan kawan-kawan lama sekolah rendah ni. Dan

facebook telah membantu saya untuk berjumpa dan berhubung kembali dengan kawan-kawan lama

ni..hehe

Sebagai kesimpulan, jika kita melihat facebook ini dari sudut yang positif banyak juga manfaatnya

kepada kita. Cuma kita perlulah pandai menggunakannya secara bijak. Kalau setiap masa kita mahu

bercakap tentang keburukan facebook, memang kita akan melihat banyak juga keburukan dari

facebook. Semuanya bergantung kepada pemikiran individu itu sendiri. Saya melihat facebook ini ada

kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Cuma saya tidak ingin menyentuh mengenai keburukan

facebook pada post ini.

Sebenarnya ada banyak lagi manfaat yang kita boleh dapat dari facebook ni. Yang diterangkan dalam

post ini hanyalah sebahagian sahaja. Mungkin facebook memberikan manfaatnya yang tersendiri

kepada diri anda. Mana la tahu ianya menarik untuk dikongsikan bersama. Anda boleh kongsikan

manfaat yang anda boleh dapat dari facebook di bahagian komen ya..

p/s: Orang lain bermain facebook kita pun bermain facebook juga. Orang lain mendapat manfaat kita

pun akan mendapat manfaatnya juga.. 


Kes ketagihan facebook semakin parah dalam masyarakat barat dan kini menyusupi masyarakat
Malaysia yang menyerang bukan saja anak2 muda malah warga emas yang menghabiskan masa
berjam2 menulis dan menjawab status kawan2.

Facebook dijadikan pelarian dari masalah dan tanpa disedari ia menyedut berjam-jam masa produktif
yang sepatutnya digunakan untuk melunaskan amanah dan tanggungjawab. Bagi pelajar masa yg
sepatutnya untuk membuat kerja sekolah, membuat assignment, membaca buku terbuang begitu saja
kerana merasakan semua itu membebankan dan beralih kepada facebook untuk melegakan perasaan.

Masa untuk membaca buku bertukar kepada masa membaca facebook. Waktu beribadah tahajjud pun
boleh turut terjejas kerana tarikan facebook.

Hari ini tidak lagi perkara luar biasa melihat suasana di rumah orang bandar jam 8 malam yang
biasanya keluarga berkumpul dan bergurau senda di ruang keluarga sambil menonton tv kini masing2
menghadapi facebook di tempat masing2. Ibu dan ayah dg laptop masing2 di bilik. Anak2 di bilik
mereka  atau di ruang tamu dan masing2 punya laptop sendiri. Tiada bunyi, tiada suara  kecuali bunyi
keyboard dan suara bibik sedang mencuci pinggan di dapur.

Adalah masih dikira baik kalau mereka masih berkomunikasi sesama sendiri. Yang malangnya setiap
orang sedang berfacebook dengan kawan2 masing dan ahli keluarga tidak termasuk dalam senarai
yang di ‘add’ sebagai ‘friends’ dan tiada ‘mutual friends’ di kalangan ahli keluarga.

Ciri-ciri ketagihan facebook:

1. Tidak dapat berenggang dg. internet

2. Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.

3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline,

4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline

5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv

6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.

7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong.

8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.

9. sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.

10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat  yang tiada internet.

Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan keluarga, mencari teman2
lama atau siapa saja yg ingin dihubungi sekiranya tidak dapat dihubungi dg tel. Adakalanya pada
waktu2 kritikal facebook amat diperlukan utk menghubungi seseorang.

Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan dengan masalah anak2 generasi Y. Tetapi anak2 generasi Z
rasanya lebih selamat dari gejala rempit kerana mereka lebih suka duduk di rumah melayari internet
menghubungi rakan2 dalam dunia maya. Malangnya mereka sukar berinteraksi secara alam realiti.

Sesuatu yang baik itu boleh digunakan  untuk keburukan jika kita mahu. Sesuatu yang buruk itu
boleh juga digunakan untuk kebaikan sekiranya kita mahu. Hanya akal yang terpimpin dengan prinsip
agama saja yang mampu menjadikan setiap sesuatu itu menjadi berharga untuk dirinya, orang lain
dan alam seluruhnya
Keburukan

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui
facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh
perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di
kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook
meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka.
Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat
komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak
suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status
mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita
suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban
yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula
untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai
pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam.
Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga
atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan
sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk
diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik
yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga
dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz,
Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama
sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang
dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca,
kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin'
dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang
diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah
amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh
meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak
dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal
yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita
yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai
wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi
kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan
fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan
sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa
cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya
memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen
kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal
telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah
beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut
dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi
Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau
menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal cirilelaki dayus di sini
.
3) Penyamaran
Lelaki menyamarsebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita.
Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang
wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita
tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi
wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di
interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton
seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya,
rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau
anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut
masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat
lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya.
Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan
ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih
daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih
banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat
tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah
tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai
diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan
wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda
dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk
menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya
fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa
penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan
tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan
boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini
telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak
begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat
ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian
tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar
masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh
individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak
sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun,
penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam
situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannyakerana dia dalam
keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini
merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar
sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya
secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin
bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu
sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution
dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam
pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi
wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan
macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang
cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di
facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan
mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman
aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa
duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah,
bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga
sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu
istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama
seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah
azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali
boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki
dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan
rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak
kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya
akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
copy dari pensyarah matrik pinang....moga kita di jauhkan dari semua ini

Anda mungkin juga menyukai