Anda di halaman 1dari 2

Pada era globalisasi ini isu mengenai kebersihan Kawasan rumah sering menjadi bualan dan meniti

dari bibir ke bibir masyarakat di negara kita.Berdasarkan keratan surat khabar Berita Harian hanya
sesetengah rakyat yang mementingkan kebersihan Kawasan rumah.Sejak dahulu lagi kebersihan
Kawasan rumah amat dititik beratkan oleh semua lapisan masyarakat.Sejak akhir-akhir ini
kebersihan Kawasan rumah dipandang remeh oleh segenap masyarakat.Hal ini dikatakan demikian
kerana sesetengah masyarakat terlalu sibuk menguruskan kerja-kerja mereka sehingga mengabaikan
kebersihan Kawasan rumah mereka.Peranan ibu bapa juga penting dalam memupuk amalan
menjaga kebersihan kediaman dalam kalangan anak-anak.Persoalan yang sering bermain di fikiran
saya apakah peranan ibu bapa dalam memupuk amalan menjaga kebersihan kediaman kepada anak-
anak.Huraian ini akan saya perincikan dalam perenggan seterusnya.

Sebagai cetusan minda saya yang pertama,antara peranan ibu bapa dalam memupuk amalan
menjaga kebersihan kediaman dalam kalangan anak-anak ialah dengan menjadi suri teladan.Hal ini
dikatakan demikian kerana ibu bapa adalah contoh yang paling utama kepada anak-anak.Selain itu
juga,ibu bapa perlu bertindak sebagai egen pertama dalam pembentukan sahsiah dan penjana
kecemerlangan anak-anak.Ibu bapa haruslah menunjuk contoh yang baik terhadap anak-anak untuk
memupuk amalan menjaga kebersihan kediaman.Sebagai contoh ibu bapa haruslah menjaga
kebersihan kedaiaman agar anak-anak akan mencontohi perbuatan mereka seperti sapu sampah di
halaman rumah,membung sampah,mencabut rumput yang tumbuh di sekitar Kawasan rumah dan
sebagainya.kesannya ialah anak-anak akan mengikuti perbuatan yang ibu bapa mereka lakukan
supaya mereka akan lebih menjaga kebersihan kediaman mereka.Anak-anak akan lebih mudah
mengikuti perbuatan ibu bapa mereka .Maka,sebagai ibu bapa haruslah menunjukkan contoh yang
baik seperti pada akhir-akhir ini dunia dilanda wabak penyakit yang merbahaya.Dengan itu ibu bapa
haruslah menunjukkan Langkah-langkah pencegahan penyakit itu seperti sering membasuh tangan
menggunakan sabun,memakai topeng muka Ketika keluar dari Kawasan rumah dan menjaga
penjarakkan sosial.Senario ini persis peribahasa melayu yang menyatakan bahawa bapa borek anak
rintik kerana apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka itulah yang akan dilakukan oleh anak-anak
mereka.Tegasnya anak-anak akan lebih mementingkan kebersihan apabila ibu bapa mereka juga
mementingkan kebersihan ahli keluarga mereka.

Dari perspektif yang lain pula,ibu bapa haruslah memberi didikan awal kepada anak-anak untuk
memupuk amalan menjaga kebersihan Kawasan rumah.Hal ini tercetus disebabkan oleh pada zaman
anak-anak masih kecil mereka lebih mudah menerima ajaran dari ibu bapa mereka.seterusnya,ibu
bapa haruslah mendidik mereka dari umur yang kecil untuk menjaga kebersihan kediaman seperti
mengajak mereka untuk bersama-sama membersihkan Kawasan rumah pada setiap hujung
minggu.selain itu,ibu bapa juga boleh mendedahkan kepenting kebersihan kediaman kepada mereka
sejak mereka kecil lagi.Tambahan pula, ibu bapa haruslah sentiasa mengingatkan tentang kebersihan
Kawasan kediaman sejak mereka kecil lagi kerana anak-anak akan mudah mengikuti didikan yang
diberi oleh ibu bapa mereka jika didikan ini diberikan kepada mereka semasa anak-anak kecil
lagi.sebagai contoh dengan keadaan negara kita pada hari ini,ibu bapa perlu sentiasa menasihati
anak-anak tentang penjagaan kebersihan supaya mereka juga boleh saling mengingati antara satu
sama lain.seperti yang dilakukan oleh segelintir ibu bapa yang merakam pesanan anak-ank mereka
kepada masyarakat luar tentang kepentingan menjaga kebersihan semasa musim wabak ini.Hal ini
ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.Cuba kita renungkan sejenak seandainya ibu bapa
memberi didikan awal kepada anak-anak maka,anak-anak akan lebih menjaga kebersihan mereka
sehingga mereka dewasa kelak.Dengan itu,memberi didikan awal kepada anak-anak amat penting
dalam mewujudkan amalan menjaga kebersihan kediaman dalam kalangan anak-anak.
Mari kita lebarkan skop lensa diskusi mauduk seterusnya,adalah dengan membawa mereka ke
program-program yang melibatkan tentang menjaga kebersihan kediaman.Dalam konteks ini,minda
anak-anak akan lebih terbuka kerana mereka didedahkan dengan banyak kepentingan
kebersihan.Sebagai contoh ibu bapa boleh membawa mereka ke kempen kesedaran menjaga
kebersihan pada waktu mereka lapang.kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang menjaga kebersihan.kesannya terhadap anak-anak ialah mereka akan lebih
memahami tentang kepenting kebersihan kediaman dan mereka akan sering menjaga kebersihan
kerana mereka telah didedahkan tentang menjaga kebersihan ini.sebagai contoh,di kempen itu
mereka akan mengulas tentang tanggungjawab Bersama untuk menjaga kebersihan diri dan
sekitar.tegasnya adalah kempen-kempen yang dilakukan ini amatlah penting dalam mewujudkan
amalan menjaga kebersihan kediaman dalam kalangan anak-anak.

Menyingkap jendela Langkah konkrit seterusnya,melaksanakan Pendidikan rohani dengan


mendekatkan diri anak-anak kepada tuhan maha pencipta yang sangat bersih dan cantik.hal ini
berlaku kerana agam islam amat mementingkan kebersihan dalam diri mereka.sebagai contoh ibu
bapa haruslah sentiasa menasihati anak-anak bahawa penjagaan kebersihan ini amat penting dalam
kehidupan seorang umat islam.kesannya adalah anak-anak akan lebih menjaga kebersihan kerana
mereka merasakan yang kebersihan ini amat penting dalam kehidupan mereka.tambahan pula,ibu
bapa boleh menunjukkan kepada anak-anak bahawa islam ini amat mementingkan kebersihan
seperti masjid,surau dan juga kelas-kelas agama.tempat-tempat untuk beribadah ini amat menjaga
kebersihan sekitarnya.Seterusnya ibu bapa juga boleh membawa anak-anak ke masjid untuk
bersembahyang secara berjemaah dan sekali gus menunjukkan kebersihan Kawasan sekitar masjid
itu.Seperti peribahasa arab ,Allah itu cantik dan amat menciptai sesuatu yang
mencantikkan.Tegasnya Pendidikan rohani ini juga amat penting dalam mewujudkan amalan
menjaga kebersihan dalam kalangan anak-anak.

Sebagai penutup wacana ini,jelaslah bahawa pelbagai peranan ibu bapa yang dapat dilakukan
untuk memupuk amalan menjaga kebersihan dalam kalangan anak-anak.sehubungan dengan itu
,setiap lapisan masyarakat haruslah bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan juga
berganding bahu untuk Bersama-sama menjaga kebersihan negara kita.Diharapkan melalui usaha
yang dilakukan akan dapat melahirkan anak-anak yang mementingkan kebersihan kerana
sesungguhnya remaja merupakan cerucuk tiang negara sebagai pewaris kepimpinan bumi bertuah
ini pada masa hadapan. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa jelaslah peranan ibu bapa amat
penting dalam memupuk amalan menjaga kebersihan dalam kalangan anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai