Anda di halaman 1dari 4

Dalam mengharungi arus kemodenan yang berpaksikan sains dan teknologi kini, anak-anak muda sibuk

mengejar kemewahan dan prestij hidup. Tuntutan ini telah menyebabkan anak-anak semakin mengabaikan ibu
bapa yang memerlukan kasih sayang mereka. Seterusnya, muda-mudi kini seolah-olah kacang lupakan
kulitnya apabila tidak menghormati golongan yang sudah masak dengan senario dunia ini. Oleh itu, peranan
ibu bapa amat penting untuk menerapkan nilai-nilai murni yang berkualiti terhadap anak-anak ibarat melentur
buluh biarlah dari rebungnya supaya anak-anak dapat menilai yang mana kaca dan yang mana permata.
Ibu bapa perlu memberi penekanan konsep hormat-menghormati antara satu sama lain menerusi kaca
mata agama.( peranan 1) Apabila konsep ini dapat diasimilasikan oleh anak-anak dalam kehidupan harian,
secara semula jadi mereka akan menghormati sesiapa sahaja termasuklah golongan tua yang semakin sensitif.
(Kesan peranan 1) Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka seperti memberi
salam kepada warga tua, bersopan santun, berbicara dengan nada yang sesuai dan sebagainya.(Huraian 1) Hal
ini dapat mengelakkan warga tua daripada terguris atau tersinggung dengan sikap kurang sopan golongan
muda.(kesan huraian 1) Pokoknya, kelompok muda perlu menjaga tatatertib ketika berhadapan dengan
golongan yang lebih dahulu makan garam. (huraian 2) Ironinya, ibu bapa berhak menegur anak-anak jika
mereka bersikap kurang sopan semasa berinteraksi dengan warga tua.(huraian 3) Hal ini dapat menyirnakan
sisi negatifdalam diri anak-anak.(Kesan huraian 3) Sesunguhnya, peranan ibu bapa dalam mencorak sikap
anak-anak sejak kecil terhadap warga tua sangat penting supaya kelak tidak mencurahkan air ke daun keladi.
(kesimpulan kecil)

Ibu bapa juga harus berperanan menunjukkan contoh terbaik terhadap anak-anak dan mengamalkan
setiap ajaran mengenai menghormati warga tua yang telah diterapkan oleh mereka.(peranan 2) Senario ini
penting supaya anak-anak tidakmemulangkan paku buah keras jika mereka ditegur oleh ibu bapa.(Kesan
peranan 2) Ibu bapa perlu menzahirkan teladan yang hakiki terhadap anak-anak supaya dapat diaplikasikan
oleh anak-anak.(huraian 1) Tamsilnya, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang berhemah terhadap datuk dan
nenek supaya anak-anak tahu bahawa mereka juga perlu bersikap sedemikian setelah berkeluarga nanti.
(huraian 2) Maka, ibu bapa perlu menghayati peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnyaagar dapat
mencorak sahsiah diri yang cemerlang dalam diri anak-anak. (huraian 3) Ibu bapa perlu menjadi bahan rujukan
yang dapat memberikan 1001 teladan kepada anak-anak.(huraian 4) Jelaslah, ibu bapa perlu mengambil
tindakan awal dengan menunjukkan contoh yang baik sebelum anak-anak meniti arus globalisasi.(kesimpulan
kecil)
Di samping itu, ibu bapa perlu mengambil inisiatif dengan membawa anak-anak melawat ke rumah orangorang tua ataupun melibatkan diri dalam program kemasyarakatan.(peranan 3) Sebagai contoh, ibu bapa
perlu menggalakkan anak-anak menyertai program lawatan ke rumah orang-orang tua yang dianjurkan oleh
badan kokurikulum sekolah seperti kempen Sayangilah Warga Tua. (huraian 1) Pendekatan ini akan
memupuk kesedaran dalam diri anak-anak supaya dapat menyaksikan dengan mata dan telinga sendiri tentang
kehidupan yang dialami oleh golongan warga tua yang telah diabaikan oleh keluarga sendiri. Hakikatnya berat
mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.(Kesan huraian 1) Melalui tindakan yang dilakukan oleh
ibu bapa ini, sudah tergambar kasih sayang yang mendalam terhadap warga tua dan memberi pengajaran agar
anak-anak mereka tidak menyisihkan mereka setelah tua kelak. Tindakan ini juga dapat membentuk interaksi
sosial yang baik antara anak-anak dengan warga tua di samping ikatan kekeluargaan dapat dijalin erat. (kesan
peranan 3) Tegasnya, elemen ini penting untuk menyemai nilai kasih sayang dalam diri anak-anak supaya
mereka lebih menghargai warga tua yang sebatang kara.(kesimpulan kecil)
Alangkah murninya jika ibu bapa yang berkemampuan sedia mengambil warga tua sebatang kara yang
terperangkap dalam kesunyian untuk dijadikan datuk angkat atau nenek angkat kepada anak-anak
mereka.(peranan 4) Jika ibu bapa melakukan tindakan tersebut, terpancarlah naluri kasih sayang yang kuat
terhadap warga tua. (kesan peranan 4) Hal ini jelas kerana ibu bapa semestinya menunjukkan kewajipan

seorang anak yang mithali kepada ibu dan bapa meskipun terhadap individu yang tiada pertalian darah. (huraian
1) Dalam hal ini, ibu bapa mesti berperanan sebagai anak angkat yang baik, begitu juga anak-anak diasuh untuk
berperanan sebagai cucu angkat yang ikhlas mencurahkan rasa kasih dan sayang terhadap warga tua.(huraian
2) Paling utama, ibu bapa perlu sentiasa mesra dan tidak mengambil kesempatan terhadap individu yang telah
diiktirafkan seperti ibu bapa sendiri.(huraian 3) Hakikatnya, tidak bergunalah kekayaan dan kemewahan yang
ada jika kita sendiri tidak mampu membela nasib golongan sebatang kara ini.(kesimpulan kecil)
Obligasi melestarikan hasrat ini perlu diambil berat oleh ibu bapa demi kemashalatan bangsa, masyarakat dan
negara. Walaupun arus globalisasi menuntut kesibukan masyarakat, pengabaian ibu bapa terhadap anak-anak
tidak seharusnya terjadi kerana ibu dan bapa bertanggungjawab dalam menghasilkan anak-anak yang
berkualiti. Anak yang mengenang jasa pasti akan menjadi kebanggaan warga tua. Jadi, marilah kita berfikir di
luar kotak tetapi masih dalam ruang lingkup yang benar, pembelaan warga tua harus diberi penekanan lebihlebih lagi oleh golongan ibu bapa. Nilai-nilai moral juga perlu diperkasakan supaya muda-mudi tahu
menghormati golongan yang tua daripada mereka. Sesunguhnya, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara.

Dalam era pascakemerdekaan, ibu pertiwi kita yang bebas daripada penjajahan
kuasa asing telah pesat membangun bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Rentetan itu, semua rakyat Malaysia berasa gah dan bangga. Namun demikian,
pencapaian yang dikecapi masih telah tidak memuaskan beberapa pihak. Hal ini
demikian kerana, tahap rohaniah masyarakat kini semakin merosot apabila
masyarakat dapat mengetahui bahawa generasi kini tidak menghormati warga
emas yang sepatutnya disanjung tinggi. Maka hal ini memperlihatkan bahawa
generasi kini mengalami pembangunan yang tidak seimbang dari aspek lahiriah
dan rohaniah. Oleh hal yang demikian kerana, ibubapa harus turun padang untuk
mengatasi masalah ini daripada terus menjadi tabiat golongan muda yang
menjadi tunjang negara kita.
Setelah mengkaji sehingga ke akar umbi, ibubapa harus memainkan peranan
mereka dalam menyemai sikap menghormati warga tua dengan mendidik dan
mengajar anak-anak supaya sentiasa memegang sikap tersebut. Hal ini dapat
dilakukan apabila anak-anak madih bertatih lagi ataupun semasa anak-anak
berumur setahun jagung. Hal ini demikian kerana segala perkara yang diajar
kepada anak-anak akan mudah diterapdalam sanubari mereka dan seterusnya
menjadi ikutan selagi hayat dikandung badan. Maka, sikap menghormati orang
tua perlu disemai dalam diri anak-anak sejak bertatih lagi sesuai dengan katakata pujangga yang berbunyi melentur buluh biarlah waktu rebungnya.
Tamsilnya, anak-anak perlu diajar supaya sentiasa bersalam kepada warga tua
dan tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan warga tua. SElain itu,
anak-anak perlu dididik supaya menundukkan kepala sedikit semasa berjalan di
hadapan warga tua. Tuntasnya, ibubapa hatus menyemai sikap menyemai orang
tua sejak kecil lagi.
Bertitik tolak daripada itu, ibubapa perlu menjadi suri teladan yang terbaik

kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana, setiap perkara yang dilakukan oleh
ibubapa akan menjadi jejak langkah anak-anak. Hal ini seumpama dengan
peribahasa bagaimana acuan, bagitulah kuihnya dan bapa borek, anak rintih.
Oleh hal yang demikian kerana, ibubapa harus mempamerkan sikap
menghormati warga tua dalam diri mereka. Sebagai contohnya, ibubapa harus
menghormati dan mendengar nasihat serta pandangan yang dikemukakan oleh
warga tua. Selain itu, ibubapa juga harus memberi keutamaan kepada orang tua
meraka dalam melakukan sesuatu perkara. Selain itu, ibubapa harus
memenuhiselaga keutamaan dan kehendak warga tua. Malahan, ibubapa tidak
sepatutnya memaksa anak-anak supaya menghormati orang tua, sedangkan
ibubapa sendiri tidak mempunyai sikap menghormati orang tua. Hal ini
diibaratkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Tegasnya, ibubapa
perlu menjadikan dirinya sebagai inspirasi kepada anak-anak.
Bukan itu sahaja, ibubapa dapat menyemai sikap menghormati orang tua
dengan memberi didikan agama yang sempurna. Hal ini demikian kerana, setiap
agama mewajibkan umatnya menghormati dan menyayangi orang tua. Maka,
sikap menghormati orang tua datangnya daripada penerapan ilmu agama sejak
usia yang masih muda. Oleh hal yang demikian kerana, ibubapa perlu
berperanan agar setiap anak mempunyai asas agama yang mantap. Senimam
agung terkenal, Tan Sri P.Ramlee pernah mengatakan bahawa irama dan lagu
tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan, maka pincanglah lagu tersebut. Konsep
ini juga boleh diasimilasikan antara agama dengan kehidupan. Agama dan hidup
tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan, maka pincanglah hidup kita. Dengan
pendidikan agama anak-anak akan lebih didedahkan dengan cara-cara
menghormati orang tua. Deduksinya, penyerapan nilai agama dan kerohanian
dalam diri anak-anak merupakan salah satu usaha untuk menerapkan sikap
menghormati orang tua.
Sudah terang lagi bersuluh, ibubapa juga dapat memperkasakan sikap
menghormati orang tua dengan mengadakan pelbagai aktiviti kekeluargaan.
Analoginya, majlis makan malam, hari keluarga, hari jadi nenek atau datuk dan
lain-lain. Dengan demikian, ahli keluarga bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan persaudaraan, malah dapat menyemai sikap menghormati orang tua.
Hal ini dapat diibaratkan seperti sambil menyelam, minum air. Hal ini demikian
kerana, setiap majlis ini sememangnya mengutamakan warga tua dalam
keluarga. Maka, ibubapa perlu memberi galakan dan dorongan kepada anakanak supaya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Rentetan itu, anakanak dapat mengenali dan berinteraksi dengan orang tua tersebut iaitu datuk
dan nenek yang tinggal berjauhan. Sementara itu, warga tua tersebut akan
berasa dirinya sentiasa dihargai dan dihormati oleh cucu mereka selain anakanak. Di samping itu, aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk menghormati
dan menghargai jasa orang tua. Tuntasnya, ibubapa harus memastikan anakanak merekan menyertai aktiviti-aktiviti kekeluargaan.
Sebelum menutup tirai huraian, ibubapa juga dapat menerapkan sikap
menghormati orang tua dengan memberi kesedaran kepada anak-anak. Hal ini
demikian kerana, jikan sesuatu perkara disedar, maka anak-anak dapat
menghayati dan menerapkan dalam diri mereka. Dalam hal in, ibubapa harus
menyedarkan anak-anak tentang betepa pentingnya sikap menghormati orang
tua dan jasa orang tua yang tidak ternilai. Hal ini dapat dilakukan melalui cerita

dan pengajaran dan nilai murni. Selain itu ibubapa juga mengajar anak-anak
supaya sentiasa mengutamakan orang tua dalam melakukan apa-apa perkara
jua. Contohnya, semada menikmati juadah, anak-anak perlu mengutamakan
orang tua untuk menikmati dahulu. Deduksinya, ibubapa harus menyedarkan
anak-anak tentang kepentingan sikap menghormati orang tua.
Mata pena ini telah sampai ke noktah maka daptlah saya bersimpul bahawa ibu
bapa memang haus memainkan peranan vital dalam memupuk sikap
menghormati orang tua. Untuk mencapai usaha ini, setiap ahli keluarga patut
memainkan peranan masing-masing tetapi bukan menadah tangan ke langit
untuk menunggu kejatuhan lampu ajaib Alaidin. Jika tidak, kerohaniahan
golongan muda ini akan merosot di samping keruntuhan akhlak anak-anak akan
menjejaskan nama aik keluarga kerana setiap sikap yang dimiliki olah anak-anak
dikatakan sebagai pantulan daripada sikap keluar. Maka, ibubapa harus berusaha
untuk merealisasikan sikap menghormati warga emas dalam sanubari anak-anak
supaya mereka dapat memahami bahawa dunia ini berputar dan pada suatu hari
diri mereka jua menjadi tua serta mengharapkan layanan yang sopan daripada
generasi yang lebih muda daripada mereka.

Anda mungkin juga menyukai