Anda di halaman 1dari 2

Dalam mengharungi arus kemodenan yang berpaksikan sains dan teknologi kini, anak-anak muda sibuk mengejar kemewahan

dan prestij hidup. Tuntutan ini telah menyebabkan anak-anak semakin mengabaikan ibu bapa yang memerlukan kasih sayang mereka. Seterusnya, muda-mudi kini seolah-olah kacang lupakan kulitnya apabila tidak menghormati golongan yang sudah masak dengan senario dunia ini. Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting untuk menerapkan nilai-nilai murni yang berkualiti terhadap anak-anak ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya supaya anak-anak dapat menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Ibu bapa perlu memberi penekanan konsep hormat-menghormati antara satu sama lain menerusi kaca mata agama.( peranan 1) Apabila konsep ini dapat diasimilasikan oleh anak-anak dalam kehidupan harian, secara semula jadi mereka akan menghormati sesiapa sahaja termasuklah golongan tua yang semakin sensitif.(Kesan peranan 1) Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka seperti memberi salam kepada warga tua, bersopan santun, berbicara dengan nada yang sesuai dan sebagainya.(Huraian 1) Hal ini dapat mengelakkan warga tua daripada terguris atau tersinggung dengan sikap kurang sopan golongan muda.(kesan huraian 1) Pokoknya, kelompok muda perlu menjaga tatatertib ketika berhadapan dengan golongan yang lebih dahulu makan garam. (huraian 2) Ironinya, ibu bapa berhak menegur anak-anak jika mereka bersikap kurang sopan semasa berinteraksi dengan warga tua.(huraian 3) Hal ini dapat menyirnakan sisi negatif dalam diri anak-anak.(Kesan huraian 3) Sesunguhnya, peranan ibu bapa dalam mencorak sikap anak-anak sejak kecil terhadap warga tua sangat penting supaya kelak tidak mencurahkan air ke daun keladi.(kesimpulan kecil)

Ibu bapa juga harus berperanan menunjukkan contoh terbaik terhadap anak-anak dan mengamalkan setiap ajaran mengenai menghormati warga tua yang telah diterapkan oleh mereka. (peranan 2) Senario ini penting supaya anak-anak tidak memulangkan paku buah keras jika mereka ditegur oleh ibu bapa.(Kesan peranan 2) Ibu bapa perlu menzahirkan teladan yang hakiki terhadap anak-anak supaya dapat diaplikasikan oleh anak-anak.(huraian 1) Tamsilnya, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang berhemah terhadap datuk dan nenek supaya anak-anak tahu bahawa mereka juga perlu bersikap sedemikian setelah berkeluarga nanti.(huraian 2) Maka, ibu bapa perlu menghayati peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya agar dapat mencorak sahsiah diri yang cemerlang dalam diri anakanak. (huraian 3) Ibu bapa perlu menjadi bahan rujukan yang dapat memberikan 1001 teladan kepada anak-anak.(huraian 4) Jelaslah, ibu bapa perlu mengambil tindakan awal dengan menunjukkan contoh yang baik sebelum anak-anak meniti arus globalisasi.(kesimpulan kecil) Di samping itu, ibu bapa perlu mengambil inisiatif dengan membawa anak-anak melawat ke rumah orang-orang tua ataupun melibatkan diri dalam program kemasyarakatan.(peranan 3) Sebagai contoh, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak menyertai program lawatan ke rumah orang-orang tua yang dianjurkan oleh badan kokurikulum sekolah seperti kempen Sayangilah Warga Tua. (huraian 1) Pendekatan ini akan memupuk kesedaran dalam diri anak-anak supaya dapat menyaksikan dengan mata dan telinga sendiri tentang kehidupan yang dialami oleh golongan warga tua yang telah diabaikan oleh keluarga sendiri. Hakikatnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.(Kesan huraian 1) Melalui tindakan yang dilakukan oleh ibu bapa ini, sudah tergambar kasih sayang yang mendalam

terhadap warga tua dan memberi pengajaran agar anak-anak mereka tidak menyisihkan mereka setelah tua kelak. Tindakan ini juga dapat membentuk interaksi sosial yang baik antara anak-anak dengan warga tua di samping ikatan kekeluargaan dapat dijalin erat. (kesan peranan 3) Tegasnya, elemen ini penting untuk menyemai nilai kasih sayang dalam diri anak-anak supaya mereka lebih menghargai warga tua yang sebatang kara.(kesimpulan kecil) Alangkah murninya jika ibu bapa yang berkemampuan sedia mengambil warga tua sebatang kara yang terperangkap dalam kesunyian untuk dijadikan datuk angkat atau nenek angkat kepada anak-anak mereka.(peranan 4) Jika ibu bapa melakukan tindakan tersebut, terpancarlah naluri kasih sayang yang kuat terhadap warga tua. (kesan peranan 4) Hal ini jelas kerana ibu bapa semestinya menunjukkan kewajipan seorang anak yang mithali kepada ibu dan bapa meskipun terhadap individu yang tiada pertalian darah. (huraian 1) Dalam hal ini, ibu bapa mesti berperanan sebagai anak angkat yang baik, begitu juga anak-anak diasuh untuk berperanan sebagai cucu angkat yang ikhlas mencurahkan rasa kasih dan sayang terhadap warga tua.(huraian 2) Paling utama, ibu bapa perlu sentiasa mesra dan tidak mengambil kesempatan terhadap individu yang telah diiktirafkan seperti ibu bapa sendiri.(huraian 3) Hakikatnya, tidak bergunalah kekayaan dan kemewahan yang ada jika kita sendiri tidak mampu membela nasib golongan sebatang kara ini.(kesimpulan kecil) Obligasi melestarikan hasrat ini perlu diambil berat oleh ibu bapa demi kemashalatan bangsa, masyarakat dan negara. Walaupun arus globalisasi menuntut kesibukan masyarakat, pengabaian ibu bapa terhadap anak-anak tidak seharusnya terjadi kerana ibu dan bapa bertanggungjawab dalam menghasilkan anak-anak yang berkualiti. Anak yang mengenang jasa pasti akan menjadi kebanggaan warga tua. Jadi, marilah kita berfikir di luar kotak tetapi masih dalam ruang lingkup yang benar, pembelaan warga tua harus diberi penekanan lebih-lebih lagi oleh golongan ibu bapa. Nilai-nilai moral juga perlu diperkasakan supaya muda-mudi tahu menghormati golongan yang tua daripada mereka. Sesunguhnya, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.`1z

Anda mungkin juga menyukai