Anda di halaman 1dari 8

PERTANDINGAN SUKAN LOMPAT TALI PERINGKAT NEGERI KEDAH

ANJURAN BERSAMA JABATAN BELIA DAN SUKAN

********
1. TUJUAN

1.1 Kertas konsep ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan persetujuan
bagi memohon bantuan untuk menganjurkan Pertandingan Sukan Lompat
Tali Peringkat Negeri Kedah sempena Jelajah Fit Malaysia 2023.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Program Lompatan Tali yang diperkenalkan oleh Yasasan Jantung Malaysia,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia
pada tahun 1999 telah berjaya menarik minat khususnya pelajar sekolah ren-
dah dan menengah juga para belia untuk menjayakan program ini. Sehingga
kini, sejak diperkenalkan Lompat Tali telah memberikan banyak kebaikan
kepada semua kanak-kanak dan remaja melalui displin-dispilin dan kriteria per-
tandingan yang dijalankan.

2.2 Banyak kebaikan yang diperolehi dengan mempraktikkan lompat tali


antaranya :
i. Mudah dan murah untuk dipraktikkan
ii. Mengekal dan meningkatkan kecergasan kardiovaskular
iii. Membentuk kekuatan otot terutaman kekuatan kaki
iv. Miningkatkan fleksibiliti dan pergerakkan
v. Meningkatkan ketangkasan dan koordinasi
vi. Meningkatkan ritma dan kepantasan
vii. Membentuk peluang-peluang kretiviti dengan kemahiran yang berbagai
viii. Menyeronokkan dan mencabar
ix. Menambah keyakinan dan semangat diri

1
2.3 Kebaikan yang diperolehi dengan mempraktikkan Fitball antaranya :

i. Senaman sesuai untuk orang yang mula bersenam


ii. Aktiviti pengurusan berat badan
iii. Sesuai untuk pesakit / sakit lutut / dll
iv. Senaman untuk Kardio / Kalistenik
v. Senaman “Low Impact”

2.4 Di samping dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan, sikap ker-
jasama, displin latihan yang tinggi dan keberanian pertandingan lompat tali fit-
ballrobik juga dapat mewujudkan kerjasama kumpulan dan mewujudkan se-
mangat kesatuan dikalangan kaum-kaum di Malaysia.

3.0 SEJARAH PERTANDINGAN


Pertandingan yang dirancang adalah dengan kerjasama bersama Kerajaan
Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor sempena Karnival Kecer-
gasan Peringkat Negeri Johor.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menjayakan Pertandingan Lom-


pat Tali semenjak tahun 2002 dan juga bekerjasama dengan Kementerian Ke-
sihatan Malaysia dan Persatuan Lompat Tali Malaysia bermula dengan :

3.1 Mendedahkan kepada peserta tentang aktiviti Sukan Lompat Tali yang mudah
dan murah untuk di praktikkan dan boleh dipertandingkan.
3.2 Meningkatkan Kesihatan dan Kecergasan peserta yang bertanding
3.3 Memupuk semangat kesukanan dikalangan peserta
3.4 Memberi pendedahan kepada kanak-kanak, remaja dan dewasa tentang
semangat berpasukan di dalam kumpulan
3.5 Menjadi wadah perpanduan antara kaum di samping dapat memupuk
kerjasama dikalangan peserta, AJK dan pengunjung.

2
3.6 Untuk memperolehi atau menilai kemampuan dalam mempraktikan kemahiran-
kemahiran selaras dengan kehendak pertandingan.

4.0 RASIONAL PEMILIHAN PROJEK


Meningkatkan minat belia, kanak-kanak untuk mempelajari aktiviti lompat tali yang
mudah dan murah tetapi memberikan banyak manfaat kecergasan malah ianya aktiv-
iti yang menyeronokkan yang boleh dilakukan secara berseorangan atau berkumpu-
lan. Mengurangkan masalah kegemukkan di kalangan kanak-kanak sekolah, re-
maja dan belia

5.0 CADANGAN PELAKSANAAN


5.0.1 Kumpulan sasar :
Pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah
5.02. Kaedah dan aktiviti projek :
Berbentuk Pertandingan Sukan Lompat Tali Berirama dan Individu.

5.03 Cadangan Tarikh projek : 5 Ogos 2023


Adalah dijangkakan program ini akan diadakan pada 9 pagi hingga 6 petang.
5.04 Cadangan Tempat Pelaksanaan: Tasik Darulaman Jitra Kedah
5.05 Jadual Pelaksanaan :
Masa Perkara

8.30 – 9.00 -Pendaftaran

9.00 - 10.00 -Taklimat pertandingan

-Penyesuaian tempat

10.00- 2.00 -Pertandingan

12.00-2.00 -Rehat

2.00 - 4.00 -Pertandingan

4.00 – 6.00 -Penyampaian hadiah

-Penutup

3
6.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN
Lompat Tali Berirama
Sek Rendah : 1. Lelaki Sekolah Rendah
2. Perempuan Sekolah Rendah

Sek Menengah :
3. Lelaki Sekolah Menengah
4. Perempuan Sekolah Menengah

Speed Jump jump (Open)

1. Lelaki
2. Perempuan

4
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah

1. Lompat Tali Berirama

1. Tempat Pertama

Wang Tunai RM 600 x 4 RM 2400


Medal dan Sijil RM 10 x 4 x 8 ahli RM 320

2. Tempat Kedua

Wang Tunai RM 500 x 4 RM 2000


Medal dan Sijil RM 10 x 4 x 8 ahli RM 320

3. Tempat Ketiga

Wang Tunai RM 400 x 4 RM 1600


Medal dan Sijil RM 10 x 4 x 8 ahli RM 320

4. Tempat Keempat

Wang Tunai RM 250 x 4 RM 1000


Medal dan Sijil RM 10 x 4 x 8 ahli RM 320

5. Tempat Kelima

Wang Tunai RM 200 x 4 RM 800


Medal dan Sijil RM 10 x 4 x 8 ahli RM 320

Speed Jump jump Open

6. Tempat Pertama

Wang Tunai RM 100 x 2 RM 200


Medal dan Sijil RM 10 x 2 RM 20

7. Tempat Kedua

5
Wang Tunai RM 90 x 2 RM 180
Medal dan Sijil RM 10 x 2 RM 20

8. Tempat Ketiga

Wang Tunai RM 80 x 2 RM 160


Medal dan Sijil RM 10 x 2 RM 20

9. Tempat Keempat

Wang Tunai RM 70 x 2 RM 140


Medal dan Sijil RM 10 x 2 RM 20

10 Tempat Kelima
.
Wang Tunai RM 60 x 2 RM 120
Medal dan Sijil RM 10 x 2 RM 20

11 Tempat Keenam
.
Wang Tunai RM 50 x 2 RM 100
Medal dan Sijil RM 10 x 2 RM 20

12 Tempat Ketujuh
.
Wang Tunai RM 40 x 2 RM 80
Medal dan Sijil RM 10 x 2 RM 20

13 Tempat Kelapan
.
Wang Tunai RM 30 x 2 RM 60
Medal dan Sijil RM 10 x 2 RM 20

14 Tempat Kesembilan
.
Wang Tunai RM 20 x 2 RM 40
Medal dan Sijil RM 10 x 2 RM 20

15 Tempat Kesepuluh
.
Wang Tunai RM 10 x 2 RM 20

6
Medal dan Sijil RM 10 x 2 RM 20

Teknikal / Juri

16 Juri RM 300 x 10 orang RM 3000


.

17 Pegawai Teknikal RM 200 x 5 orang RM 1000


.

18 Peralatan Pertandingan RM 300 RM 300


.

JUMLAH RM 15,000

8.0 PENUTUP

Diharapkan program ini akan menjadi batu loncatan untuk mempromosikan Sukan Lompat
Tali di Negeri Kedah khususnya. Pihak pengelola dan ahli jawatankuasa juga berharap agar
dapat mencungkil lebih ramai atlet lompat tali yang boleh digilap untuk masa hadapan dan
mencapai kejayaan yang gemilang seiring membudayakan gaya hidup sihat dalam
kehidupan seharian.

Tandatangan : .................................................................
Nama : NOR SYAHIDAH BT ABDUL RAZAK
Jawatan : SETIAUSAHA KEHORMAT

Tandatangan : ............................................................
Nama : SITI SHAKIRAH BINTI MARZUKI
Jawatan : PRESIDEN LOMPAT TALI NEGERI KEDAH

7
8

Anda mungkin juga menyukai