Anda di halaman 1dari 7

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2023

________________________________________________________________________________________________________________
SEK MEN KEB MAT KILAU

1.0 PENGENALAN

Aktiviti merentas desa merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai acara
pembukaan aktiviti Unit Kokurikulum sebelum Kejohanan Balapan & Padang
berlangsung. Dengan adanya kejohanan ini, maka ia dapat menyemarakkan
semangat para murid untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Balapan &
Padang yang akan berlangsung dan aktiviti-aktiviti sukan yang bakal diadakan.
Selain itu, kejohanan ini bertujuan untuk mengesan bakat-bakat baru di kalangan
murid.

2.0 MATLAMAT

2.1 Bertujuan menarik minat para pelajar dalam bidang sukan.


2.2 Dapat membentuk serta melahirkan pelajar yang berkeyakinan diri
dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan.
2.3 Menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh
dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang
diperkenalkan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan kemahiran,kebolehan dan bakat para murid.


3.2 Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan dalam diri pelajar.
3.3 Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta
meningkatkan daya tahan pelajar.
3.4 Guru dapat mengenal pasti pelajar yang berbakat dan berpotensi
dalam bidang sukan.
3.5 Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar
dan mematuhi arahan.

4.0 SASARAN

4.1 Semua murid mengikut rumah sukan masing-masing.


4.2 Kategori A - Tingkatan 4 dan 5
4.3 Kategori B - Tingkatan 2 dan 3
4.4 Kategori C - Tingkatan 1

5.0 TARIKH & TEMPAT

Tarikh : 26 Mei 2023 (Jumaat)


Masa : 7.20 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : SMK Mat Kilau.
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2023
________________________________________________________________________________________________________________
SEK MEN KEB MAT KILAU

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

SUMBER = BLP-BSS

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


1. 20 Medal untuk 6 kategori RM 10.00 x 120 Unit RM 1200.00
2. Banner Kejohanan (10 x 4) RM 150 x 1 Unit
Banner Mula RM 150 x 1 Unit RM 450.00
Banner Tamat RM 150 x 1 Unit
3. Hadiah hamper Johan Keseluruhan RM 200.00 X 1 Unit RM 200.00
4. Hadiah hamper N. Johan Keseluruhan RM 150.00 X 1 Unit RM 150.00
5. Hadiah hamper Ketiga Keseluruhan RM 125.00 X 1 Unit RM 125.00
6. Hadiah hamper Keempat Keseluruhan RM 100.00 X 1 Unit RM 100.00
7. Air horn RM 50.00 X 1 Unit RM 50.00
8. Ambulan RM 250.00 X 1 Unit RM 250.00
9. Air Mineral RM 0.80 X 1500 unit RM 1200.00
10. Marker Cone RM 120.00 X 1 Unit RM 120.00
11. Measure Tape 100 M RM 110.00 X 1 Unit RM 110.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 3,955.00

7.0 TENTANTIF PROGRAM

Masa Perkara
7.20 Pagi  Berkumpul di Dataran Persada Minda
8.00 Pagi  Taklimat kepada murid oleh SU Sukan dan taklimat
8.00 Pagi kepada guru oleh PSU Sukan.
 Acara Merentas Desa Kategori lelaki C dan perempuan C
 Acara Merentas Desa Kategori Lelaki B dan perempuan B
 Acara Merentas Desa Kategori Lelaki A dan perempuan A
10.30 Pagi
 Rehat
11.00 Pagi
 Murid berkumpul di Dataran Persada Minda
11.30 Pagi
 Penyampaian Hadiah
12.00 T/hari
 Bersurai
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2023
________________________________________________________________________________________________________________
SEK MEN KEB MAT KILAU

8.0 PERATURAN KEJOHANAN

8.1 Kumpulan peserta

KATEGORI Jarak Larian


Lelaki 6 KM
Perempuan 4 KM

8.2 Pakaian Peserta


8.2.1 Peserta WAJIB memakai baju sukan sekolah sewaktu menyertai
kejohanan.
8.2.2 Peserta tidak dibenarkan sama sekali memakai seluar pendek.
8.2.3 Peserta digalakkan memakai kasut sukan yang bersesuaian semasa
larian.

8.3 Mata Kemenangan


8.3.1 Mata bagi rumah sukan dikira mengikut kedudukan 20 orang
peserta yang terbaik sahaja dan 05 minit selepas = 1 Markah.
8.3.2 Mata akan diberikan kepada peserta berdasarkan mata yang
telah ditetapkan seperti berikut:

Kedudukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Mata 35 27 24 21 19 17 16 15 14 13 12 11 10 9 8

Kedudukan 16 17 18 19 20
Mata 7 6 5 4 3

9.0 PERATURAN-PERATURAN UMUM

9.1 Kejohanan ini WAJIB disertai oleh semua pelajar kecuali jika dapat
mengemukakan surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai
Perubatan.
9.3 Setiap peserta mestilah melalui check point yang telah
ditetapkan.
9.4 Bantahan bertulis hendaklah dibuat dalam tempoh 15 minit
selepas pengumuman keputusan rasmi dibuat berserta bayaran
pertaruhan RM100.

9.5 Keputusan Pegawai Kejohanan / Juri Rayuan adalah muktamad.


9.6 Hanya ketua rumah sahaja yang berhak untuk membuat sesuatu
bantahan.
9.7 Pengelola tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan
harta benda peribadi peserta dalam apa bentuk kecederaan atau
kemalangan pada masa sebelum, semasa dan selepas
pertandingan. Walaubagaimanapun, JK Pengelola akan membuat
segala persediaan dan mengambil langkah-langkah keselamatan
untuk mengelakkan kejadian seumpamanya berlaku.
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2023
________________________________________________________________________________________________________________
SEK MEN KEB MAT KILAU

10.0 PENUTUP

Semoga kejohanan merentas desa ini dapat memenuhi matlamat dan objektif yang
diharapkan oleh semua pihak. Hasil aktiviti merentas desa ini akan membantu pihak
sekolah memilih dan mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan olahraga serta
memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan.

Disediakan oleh

………………………………………………
(MOHAMAD SOBRI BIN ISMAIL)
Setiausaha Sukan
SMK Mat Kilau

Disemak oleh

………………………………………………
(SAZILAH BINTI SAM)
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Mat Kilau

Disahkan oleh

………………………………………………
(MARINA BINTI AMIR)
Pengetua
SMK Mat Kilau
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2023
________________________________________________________________________________________________________________
SEK MEN KEB MAT KILAU
LAMPIRAN

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2023

SMK MAT KILAU

TEMPAT PERTAMA

LELAKI A

KATEGORI PINGAT
BIL

E P G

1 LELAKI A 1 1 18

2 PEREMPUAN A 1 1 18

3 LELAKI B 1 1 18

4 PEREMPUAN B 1 1 18

5 LELAKI C 1 1 18

6 PEREMPUAN C 1 1 18

JUMLAH 6 6 108

JUMLAH = 120 UNIT


KEJOHANAN MERENTAS DESA 2023
________________________________________________________________________________________________________________
SEK MEN KEB MAT KILAU

KERTAS KERJA

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2023

SMK MAT KILAU

25150 KUANTAN

TARIKH PROGRAM : 26 MEI 2023

DISEDIAKAN OLEH :

MOHAMAD SOBRI BIN ISMAIL


SETIAUSAHA SUKAN
SMK MAT KILAU
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2023
________________________________________________________________________________________________________________
SEK MEN KEB MAT KILAU

Anda mungkin juga menyukai