Anda di halaman 1dari 7

TAJUK :

CADANGAN BENGKEL TAJWID KEPADA


PELAJAR
KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU

DISEDIAKAN OLEH :
EXCO AL-QURAN & AKADEMIK
KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU

TARIKH :
7 FEBRUARI 2020

BERTEMPAT:
DEWAN IBN MAS’UD, KOLEJ ALQURAN TERENGGANU
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN………………………………..………………………….1

RASIONAL………….…………………………………………………….1

OBJEKTIF…………………………………………………………..……1

ANGGARAN PERBELANJAAN………………………………….……2

PERANCANGAN PROGRAM…………………………………………2

JAWATANKUASA PROGRAM………………………………………3

LATAR BELAKANG PENCERAMAH………………………………3

PENUTUP………………………..………………………………………4
CADANGAN KERTAS KERJA
EXCO AL-QURAN DAN AKADEMIK
KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU
1) Pengenalan

Cadangan dari pihak kami adalah mengadakan bengkel tajwid kepada semua pelajar
semester 2 Kolej Al Quran Terengganu. Cadangan bengkel ini adalah diadakan selama satu hari
pada 7 Februari 2020 supaya para pelajar dapat membetulkan bacaan al-quran mereka,
memandangkan pelajar kolej kita adalah pelajar yang menghafal al-quran setiap masa.

2) Rasional

Memandangkan pelajar kolej kita adalah pelajar yang menghafal al-quran setiap masa,
cadangan mengadakan bengkel tajwid ini adalah bertujuan supaya para pelajar dapat
membetulkan bacaan al-quran mereka dengan menunaikan hak-hak makhraj huruf yang disebut
mereka. Sebagai pelajar huffaz, amatlah tidak patut bagi mereka menghafal al-quran dalam
keadaan bacaan yang tidak betul.

3) Objektif

 Melancarkan bacaan para huffaz


 Meringankan beban guru tasmik untuk memperbaiki bacaan pelajar ketika tasmik
 Menguasai teknik bacaan al-quran dan cara menyebutnya dengan jelas
 Mencapai keyakinan dalam pembacaan al-quran yang betul
 Dapat mengetahui seni bacaan al-quran yang pelbagai
4) Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH

1 Bayaran kepada penceramah. RM 150 /hari RM 150

2 Roti dan air kotak RM 150


RM 3/orang
= RM 3 x 50

3 Cenderamata dari pihak kolej - -

JUMLAH KESELURUHAN RM 300

5) Perancangan program

TENTATIF PROGRAM

9:00 a.m : Ketibaan Penceramah


9:10 a.m : Program bermula
- Kata-kata Aluan Pengerusi
- Bacaan doa
- Ucapan penceramah
11:00 a.m : Rehat
11:30 a.m : Menyambung perbincangan amali yang berkaitan tajwid
12:30 a.m : Penyerahan cenderamata dan bayaran kepada penceramah/bersurai

6) Jawatankuasa Program
Penaung : Wan Muhammad Amiruddin Bin Wan Othman

Pengarah : Siti Nor Fatihah Binti Jamal Abd Nasir

Timbalan Pengarah : Nur Atirah Zuhayra Binti Mohd Zamri

Setiausaha : Muhammad Fauzul Hakim Bin Zubir

Bendahari : Nur Hamizah Binti Mat Razali

Ahli Jawatankuasa

1. Unit Makanan : Musfirah Husna Binti Abdul Razak

2. Unit Tempat : Ahmad Musadad Bin Jusoh

7) Latar Belakang Penceramah

Nama : Mohd Nurudin bin Puteh

Umur : 40 Tahun

Alamat : Lot B 214 Kampung Buluh Gading Manir 21200 Kuala Terengganu

Kelulusan Tertinggi : Ijazah Sarjana Al-Quran & Alsunnah (Pengkhususan Al-Qiraat)

Sejarah Pendidikan : Smka Wataniah Jerteh


Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu
Maahad Al-Qiraat Shoubra
Universiti Kebangsaan Malaysia (Ukm)

Bidang Kepakaran : Al-Quran, Ulum Al-Quran, Tajwid dan Al-Qiraat dan ilmu yang
berkaitan dengannya.

Alamat Majikan : Kolej Al-Quran Terengganu, Kampus Padang Pidin, 21400 Marang,
Terengganu
8) Penutup
Pihak penganjur dengan penuh harapan memohon pertimbangan persetujuan beserta
kelulusan peruntukan kewangan sebanyak RM 300 bagi menjayakan program tersebut. Akhir
kata, di sini dapat saya simpulkan bahawa dengan berlangsungnya program bengkel ini maka
para mahasiswa dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu tajwid dengan betul sebagai
persediaan kepada mereka ke pengajian yang lebih tinggi.

Seterusnya, para mahasiswa Kolej Al-Quran Terengganu juga boleh memanfaatkan


program sebagai langkah kanan untuk mereka menguasai ilmu tajwid ini dengan lebih terperinci.
Di samping itu, jutaan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung.

Terima Kasih.

Disediakan oleh,
(ATIRAH ZUHAYRA BT MOHD ZAMRI)
Exco Al-Quran & Akademik
Kolej Al-Quran Terengganu

Disemak oleh,

( Y.M. SYED MOHD FAHMI BIN SYED HUSSIN )


Pegawai Tadbir Hal Ehwal Pelajar
Kolej Al-Quran Terengganu

Diluluskan Oleh,

( PROF. MADYA DR MOHD SAFRI BIN ALI )


Ketua Eksekutif
Kolej Al-Quran Terengganu

Anda mungkin juga menyukai