Anda di halaman 1dari 6

TAJUK :

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM


JALINAN MAHABBAH BERSAMA MAJLIS
PERWAKILAN PELAJAR INSPI

DISEDIAKAN OLEH :
AHLI JAWATANKUASA
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA
KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU

TARIKH :
28 NOVEMBER 2019 (KHAMIS)

BERTEMPAT:
INSTITUT PENGAJIAN ISLAM (INSPI)
CADANGAN KERTAS KERJA

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA

KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU

1) Pengenalan

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon kelulusan Pegawai Hal Ehwal
Pelajar, Kolej Al-Quran Terengganu bagi menjalankan program Jalinan Mahabbah bersama
Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Islam (INSPI) anjuran Majlis Perwakilan
Mahasiswa Kolej al-Quran Terengganu.

2) Rasional

Pada zaman mengharungi arus kemodenan dunia kontemporari kini, masih ramai mahasiswa
tidak mampu menguasai teknik pegurusan organisasi dan penggunaan ICT untuk melicinkan
urusan pentadbiran. Masalah ini bertambah rumit apabila urusan pentadbiran dalam kalangan
mahasiswa perlu diseimbangkan dengan aktiviti menghafal al-quran yang merupakan perkara
wajib dilakukan oleh semua mahasiswa di Kolej Al-Quran Terengganu.

Atas kesedaran ini, maka Ahli Majlis Tertinggi, Majlis Perwakilan Mahasiswa, Kolej
Al-Quran Terengganu telah berusaha merancang pelbagai program yang dapat meleraikan
permasalahan ini.

Sehubungan dengan itu, Ahli Majlis Tertinggi, Majlis Perwakilan Mahasiswa, Kolej
Al-Quran Terengganu bercadang untuk mengadakan program Jalinan Mahabbah bersama
Majlis Perwakilan Pelajar, Institut Pengajian Islam agar semua mahasiswa yang
berkecimpung dalam urusan pentadbiran mahasiswa dapat mengendalikan urusan pentadbiran
dengan baik tanpa mengabaikan kewajipan menghafal al-quran.
3) Objektif

 Mewujudkan perhubungan antara MPM KQT dan MPP INSPI bagi membincangkan
aktiviti pelajar yang menghafaz al-Quran di peringkat pengajian tinggi
 Memberikan pengetahuan dan pendedahan mengenai kepimpinan dan pengurusan
MPP di peringkat pengajian tinggi.
 Membentuk pemimpin yang berkarisma dan berkepimpinan serta cakna terhadap
tanggungjawab.
 Menguasai ilmu pengurusan secara sistematik bagi mewujudkan rangkaian kerja yang
berkesan.

4) Latar Belakang

Semua ahli dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa perlu diberi pendedahan tentang cara
menguruskan organisasi dalam urusan pentadbiran di peringkat pengajian tinggi bagi
melicinkan urusan pentadbiran tanpa mengabaikan kewajipan sebagai penghafal al-quran
seperti barisan kepimpinan penggal yang lepas, Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2018/2019
telah mengadakan Program Diskusi dan Jalinan Mahabbah bersama Majlis Perwakilan
Pelajar, UITM Pasir Gudang, Johor dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi
bertukar pendapat dan berkongsi idea dan pengalaman dalam mengendalikan urusan
pentadbiran dalam kalangan mahasiswa.
5) Penyertaan Program

Ahli Jawatakuasa Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Al-Quran Terengganu (KQT).

Bil NAMA JAWATAN


1 Imran Hakimi Bin Zulkifli Presiden
2 Nur Aqilah Binti Malek Timb. Presiden
3 Muhammad Bin Md Zain Setiausaha
4 Nur Hamizah Binti Mat Razali Bendahari
Exco Multimedia &
5 Musfirah Husna Binti Abdul Razak
Informasi
6 Ahmad Musadad Bin Jusoh Exco Kebajikan &
7 Nurin Jazlina Binti Mohd Zamri Sukarelawan
Exco Sukan &
8 Engku Amirul Asyraf Bin Engku Abd Rahman
Kesenian
Exco Tarbiyyah &
9 Muhamad Shamin Adli Bin Bukhori
Disiplin
Exco Dakwah &
10 Amirul Abrar Bin Hasbullah
Kerohanian
11 Siti Nor Fatihah Binti Jamal Abdul Nasir Exco Al-Quran &
12 Nur Athirah Zuhayra Binti Mohd Zamri Akademik

6) Perancangan Program

TENTATIF PROGRAM

08:30 pagi : Berkumpul di Kafeteria KQT

09:00 pagi : Bertolak ke INSPI

11:00 pagi : Majlis bermula bersama-sama MPP INSPI

12:30 tengahari : Jamuan ringan

01:00 petang : Majlis selesai / Solat Zohor

01:30 petang : Bertolak balik


7) Anggaran Perbelanjaan

Bil.
Perkara Anggaran Jumlah

1 Roti & Air minuman RM 1.80 X 12 Orang


RM21.60

2 Makan Tengahari RM5.00 per pax X 12 Orang


RM60.00

3 Saguhati RM 20.00 X 1 Unit


RM20.00

RM101.60

8) Penutup

Program ini diharapkan dapat berjalan dengan jayanya bagi mencapai objektif utama untuk
membincangkan aktiviti yang sesuai bagi pelajar yang menghafaz al-Quran di peringkat
pengajian tinggi. Adalah menjadi harapan kami agar program yang dirancang ini mendapat
kelulusan dan sokongan sepenuhnya daripada pihak tuan. Semoga segala input yang diterima
sepanjang perjumpaan tersebut dapat dipraktikkan apabila kembali ke KQT. Juga berharap
agar program ini dapat melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab dan dapat membantu
bagi menjayakan misi dan visi MPM KQT. Akhir tinta, selautan terima kasih diucapkan atas
segala kerjasama dan bantuan daripada pihak kolej.
Disediakan oleh,

( MUHAMMAD BIN MD ZAIN )


Setiausaha
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Kolej Al-Quran Terengganu

Disemak oleh,

( Y.M. SYED MOHAMMAD FAHMI BIN SYED HUSSIN )


Pegawai Tadbir Hal Ehwal Pelajar
Kolej Al-Quran Terengganu

Diluluskan Oleh,

( PROF. MADYA DR. MOHD SAFRI BIN ALI )


Ketua Eksekutif
Kolej Al-Quran Terengganu

Anda mungkin juga menyukai