Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI & SYAIR 2019

TARIKH

05 OGOS 2019 – 06 OGOS 2019

TEMPAT

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

ANJURAN

KELAB SENI BUDAYA (KSB)


1) PENDAHULUAN

Kelab Seni Budaya merupakan satu medan menyampaikan dakwah bagi mahasiswa
KIAS melalui kaedah kesenian melayu seperti Puisi, Pantun, Dikir Barat, Lakonan dan Penulisan
Kreatif. Disamping itu, kelab ini juga ditubuhkan untuk memartabatkan kesenian melayu yang
semakin hilang dalam kalangan generasi masa kini dan melahirkan sasterawan dan anak seni
yang mampu menghasilkan karya-karya seni yang agung.

Justeru itu, kami Kelab Seni Budaya (KSB) Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail
Petra telah bersepakat untuk mengadakan satu pertandingan khusus untuk menilai mahasiswa/wi
yang berbakat dalam deklamasi puisi dan dendangan syair. Selain itu, program ini menjadi satu
cara untuk mencari bakat-bakat baru yang mampu mengharumkan nama KIAS bagi pertandingan
deklamasi puisi dan dendangan syair pada masa akan datang. Oleh itu, kertas kerja ini diangkat
adalah bertujuan untuk memohon kelulusan dan peruntukan bagi mengadakan pertandingan.

2) RASIONAL

Sebagai persediaan untuk menghadapi Pertandingan Deklamasi Puisi dan Dendangan


Syair akan datang, Kelab Seni Budaya terpanggil untuk mengadakan satu program berbentuk
pertandingan untuk mencari mahasiswa dan mahasiswi KIAS yang mampu mendeklamasi puisi
dan bersyair. Semoga dengan adanya program ini kami dapat mencari mahasiswa/wi yang
mampu mewakili KIAS bagi pertandingan tersebut serta mencungkil bakat-bakat baru dalam
bidang seni terutama dalam kalangan mahasiswa/wi KIAS yang baru.

3) OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memberi peluang kepada semua mahasiswa/wi yang ingin mencuba bakat dalam
deklamasi puisi dan dendangan syair.

3.2 Menyediakan platform kepada pelajar untuk mengasah bakat terpendam dalam diri.

3.3 Sebagai satu latihan kepada mahasiswa/wi untuk menyertai pertandingan atau
persembahan pada masa akan datang.

4) TARIKH / MASA

05 & 06 Ogos 2019M (Isnin & Selasa)

11.00 pagi hingga 01.00 tengahari


5) TEMPAT

Dewan Kuliah 1 & 3, KIAS

6) SASARAN

Terbuka kepada semua pelajar KIAS dan 4 orang wakil bagi setiap jabatan

7) PENGENDALI PROGRAM

Rujuk Lampiran A

8) ATURCARA PROGRAM

Rujuk Lampiran B

9) ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran C

10) PENUTUP

Diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan lancar sepertimana yang telah
dirancang serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga segala usaha yang telah
dilakukan dihitung olehNya sebagai satu ibadah.

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

(ABDUL HAFIZ BIN SA’EDI) (ENCIK HUZAINI BIN HASHIM)


Pengarah Program Ketua Pusat Kokurikulum, KIAS
Sayembara Deklamasi Puisi
& Syair 2019
Lampiran A

PENGENDALI PROGRAM

PENAUNG : YBrs. DR.MOHD RAMIZU BIN ABDULLAH @ ZAKARIA


TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF KIAS (HEA)

KETUA PUSAT : ENCIK HUZAINI BIN HASHIM


KOKURIKULUM

PENGARAH PROGRAM : ABDUL HAFIZ BIN SA’EDI

TIMBALAN PENGARAH : KHAIRUL NADIA BINTI KHAIRUL ANUAR

SETIAUSAHA : DUSUKI BIN DAUD

BENDAHARI : MUHAMMAD KHALIS BIN ABDULLAH

JAWATANKUASA PELAKSANA

UNIT PENGISIAN
KETUA : MUHAMMAD FAEQ BIN ROSLI
TIMB. KETUA : NUR BALQIS BINTI MOHD SUKRI

UNIT PERSIAPAN TEMPAT & TEKNIKAL


KETUA : MUHAMMAD FAHMI BIN MOHD FUAT
TIMB. KETUA : WAN INTAN FARHANIS BINTI WAN MOHD EYZANEEY

UNIT CENDERAHATI & PERSEGARAN


KETUA : ABDULLAH HAKIM BIN AB RAHMAN
TIMB. KETUA : NUR SUHAIZA HASNI BINTI ABDULLAH

UNIT PENDAFTARAN & PROMOSI


KETUA : NURHUSNA FARISHA BINTI ROSLAN
TIMB. KETUA : NUR ATIKAH HANIS BINTI MUSA
Lampiran B
ATURCARA PROGRAM

( Isnin ) 05 Ogos 2019

11.00 – 11.20 pagi : Pendaftaran Peserta dan Ketibaan Juri

11.20 – 01.00 tengahari : Sayembara Deklamasi Puisi & Dendangan Syair

01.00 tengahari : Penyampaian Cenderahati kepada Juri & Bersurai

( Selasa ) 06 Ogos 2019

09.00 – 09.30 malam : Ketibaan pelajar dan peserta


09.30 – 9.40 malam : Ketibaan VIP & Majlis bermula
09.40 – 09.50 malam : Alunan Bacaan Al-Quran
09.50 – 10.00 malam : Ucapan aluan Ketua Pusat Kokurikulum
: Encik Huzaini bin Hashim
10.00 – 10.15 malam : Ucapan Perasmian Penutup oleh TKEHEA
: Ybrs. Dr. Mohd Ramizu bin Abdullah @ Zakaria
10.15 – 10.30 malam : Penyampaian Hadiah Pemenang Sayembara Deklamasi
Puisi & Syair 2019
10.30 – 10.45 malam : Persembahan Deklamasi Puisi dan Dendangan Syair
Pemenang Sayembara Deklamasi Puisi & Syair 2019
10.45 – 11.00 malam : Persembahan Dikir Dakwah
: Kumpulan Seni Warisan Islam, KIAS
Lampiran C

ANGGARAN PERBELANJAAN

WANG MASUK

BIL. PERKARA JUMLAH

1.
Peruntukan KIAS RM 480.00
2.
Yuran Peserta ( RM 5 x 40 orang ) RM 200.00

RM 680.00
JUMLAH

WANG KELUAR

BIL. PERKARA ANGGARAN KEPERLUAN JUMLAH

1.
Hadiah Pemenang Keseluruhan RM 25 x 12 orang RM 300.00
2.
Sijil Peserta Rm 2 x 40 orang RM 80.00
3.
Banner Rm 70 x 2 helai RM 140.00
4.
Poster Rm 2.50 x 12 helai RM 30.00
5.
Cenderahati Juri & VIP Rm 15 x 6 orang RM 90.00
6.
Sijil AJK Rm 2 x 20 orang RM 40.00

RM 680 .00
JUMLAH

*Anggaran Bajet Tertakluk Kepada Perubahan

Anda mungkin juga menyukai