Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PESTA PANTUN

ANTARA DESASISWA UNIVERSITI


(PADU) DESASISWA RESTU
2017/2018

MELUHURKAN WARISAN MELAYU


DALAM JIWA BANGSA

TARIKH: 30 MAC HINGGA 1 APRIL 2018


TEMPAT: KAMPUS KESIHATAN, USM
ANJURAN: MAJLIS PENGHUNI DESASISWA RESTU (MPDR)
1.0 PENGENALAN

Program Pesta Pantun Antara Desasiswa Universiti (PADU) bagi Sidang Akademik
2017/2018 merupakan anjuran Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) yang
membawa tema Meluhurkan Warisan Melayu Dalam Jiwa Bangsa. Program ini di
bawah kelolaan Biro Akademik dan Kerjaya Majlis Penghuni Desasiswa Restu.
Program PADU ini merupakan satu pertandingan pantun yang melibatkan penghuni-
penghuni desasiswa RESTU bersama pelajar dari desasiswa yang lain sama ada
daripada kampus induk, kampus kejuruteraan mahupun kampus kesihatan. Pesta pantun
Antara Desasiswa (PADU) ini diharapkan dapat memupuk perasaan cintakan budaya
dan berdaya saing dalam diri setiap peserta di samping memberi ruang kepada mereka
untuk berinteraksi dengan penghuni desasiswa yang lain termaksudlah cawangan USM
di Kelantan dan Pulau Pinang. Program ini dijangka akan melibatkan semua pemamtun
yang berminat dan mempunyai potensi untuk menangani pertandingan yang telah
dianjurkan dan dapat menaikkan nama Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR)
dalam Universiti Sains Malaysia.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi ruang kepada siswa dan siswi USM untuk menunjukkan bakat dan
kemahiran mereka dalam berpantun.

2.2 Memupuk semangat berdaya saing untuk mendapatkan kejayaan dengan cara yang
sihat dan adil dan memaparkan semangat berdaya saing iaitu bersatu hati dengan
penuh harmoni ditambah dengan nilai serta budaya yang sihat.

2.3 Menjalinkan dan mengeratkan hubungan silaturahim serta mewujudkan hubungan


yang baik antara masyarakat kampus, khusunya penghuni Desasiswa Restu dengan
mahasiswa dari desasiswa-desasiswa lain termasuk cawangan USM di Kelantan
dan Nibong Tebal.

3.0 PENGANJUR

Program Pesta Pantun Antara Desasiswa Universiti (PADU) merupakan anjuran Majlis
Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) bagi Sidang Akademik 2017/2018.

4.0 TEMA
Meluhurkan Warisan Melayu Dalam Jiwa Bangsa

5.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh: 30 Mac hingga 1 April 2018


Tempat: Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.
6.0 SASARAN PESERTA
Sasaran peserta bagi Program Pesta Pantun Antara Desasiswa Universiti (PADU) ini
ialah seramai 5 orang yang terdiri daripada pemantun yang juga merupakan penghuni
Desasiswa Restu.

7.0 PENGANGKUTAN
Kos pengangkutan pergi dan balik diurus oleh pihak pengurusan Desasiswa Restu.

8.0 PENGINAPAN
Peserta pertandingan akan ditempatkan di Desasiswa Nurani.

9.0 KEBAJIKAN PESERTA


Pihak pengelola akan menyediakan makanan, minuman,dan penginapan kepada peserta
sepanjang program ini berlangsung. Di samping itu, aspek keselamatan turut
dititikberatkan.

10.0 IMPAK PROJEK YANG AKAN DICAPAI SELEPAS PROGRAM

10.1. Peserta

10.1.1 Dengan berlangsungnya program ini, pihak MPDR berharap agar


semua peserta dapat merasai semangat persaingan sama ada untuk diri
sendiri ataupun secara berpasukan.
10.1.2 Peserta akan dapat mengenali lebih dekat dengan pengurusan MPDR
di Desasiswa Restu.
10.1.3 Peserta akan diberi suntikan semangat dan terdorong untuk
mengembangkan bakat dalam berpantun.
10.1.4 Peserta dapat mengamalkan cara hidup sihat malahan mengetahui cara
untuk menghilangkan tekanan melalui aktiviti kebudayaan.
10.1.5 Peserta dapat mengenali lebih ramai orang dan mudah untuk
melakukan aktiviti social dengan orang ramai.

10.2 Jawatankuasa Projek dan Penghuni

10.2.1 Program ini dapat menyumbang pengalaman berharga kepada


barisan ahli jawatankuasa projek dan penghuni Desasiswa Restu.
10.2.2 Program Pesta Pantun Antara Desasiswa Universiti(PADU) ini dapat
mencungkil bakat kepimpinan dan memupuk semangat kerjasama
anatara satu sama lain melalui kerja berpasukan.
10.2.3 Ikatan silaturahim dapat diperkukuhkan antara penghuni Desasiswa
Restu dengan Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR).

11.0 Senarai Jawatankuasa Projek

Sila rujuk Lampiran 1.


12.0 Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Pesta Pantun Antara Desasiswa
(PADU) Sidang Akademik 2017/2018

Sila rujuk Lampiran 2.

13.0 Penutup

Saya berharap agar Program Pesta Pantun Desasiswa Universiti (PADU) Sidang
2017/2018 ini dapat memberi impak yang positif kepada kedua-dua belah pihak, iaitu
peserta dan pengelola. Bertepatan dengan tema Meluhurkan Warisan Melayu Dlam
Jiwa Bangsa, program ini diharapkan mampu memberi input berterusan kepada semua
pihak yang terlibat iaitu pihak pengurusan, ahli jawatankuasa dan peserta. Saya
mewakili pihak pengelola sangat berbesar hati dapat menjayakan projek ini untuk
menerapan semangat cintakan budaya warisan Melayu ke dalam diri semua pihak yang
terlibat. Saya berharap agar semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau
tidak langsung, dapat meraih pengalaman yang bernilai sepanjang program ini
berlangsung dan dijadikan inspirasi kepada semua untuk meneruskan generasi yang
mencintai budaya berpantun dan warisan Melayu. Semoga program yang akan
berlangsung ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya dengan berkat kerjasama
daripada semua pihak.
Disediakan oleh,

NOOR AISYAH BINTI MOHD NOOR


Pengarah Projek,
Pesta Pantun Antara Desasiswa Universiti (PADU),
Majlis Penghuni Desasiswa Restu,
Sidang Akademik 2017/2018.

Disokong oleh,

WAN HAFIZOL BIN WAN YAACOB


Yang DiPertua,
Majlis Penghuni Desasiswa Restu,
Sidang Akademik 2017/2018.

Disahkan oleh,

DR. NORMAH BINTI ABDUL LATIF


Penasihat Projek,
Pesta Pantun Antara Desasiswa (PADU),
Majlis Penghuni Desasiswa Restu,
Sidang Akademik 2017/2018.

Diluluskan oleh,

DR. HUSAINI BIN YAACOB


Penggawa,
Desasiswa Restu,
Universiti Sains Malaysia.
LAMPIRAN 1 : JAWATANKUASA PROJEK

PENASIHAT : DR. HUSAINI BIN YAACOB


(Pemangku Penggawa Desasiswa Restu)
: DR NORMAH BINTI ABDUL LATIF
(Penolong Penggawa Desasiswa Restu)

MAJLIS TERTINGGI MPDR


Yang Dipertua : WAN HAFIZOL BIN WAN YAACOB
Naib Yang Dipertua 1 : NAJWA AWANIS BT NOOR AZMAN
Naib Yang Dipertua 2 : ADAM BIN ROSLI
Naib Yang Dipertua 3 : MUHAMMAD FIRDAUS BIN KAMARUDIN
Naib Yang Dipertua 4 : NUR AIN NABILA BINTI ZULKIFLEE
Naib Yang Dipertua 5 : FATIN AMANINA BINTI A. RADZAK
Setiausaha Agung : NURFILZAH HANIM BINTI IDRIS
Setiausaha Kerja : NUR ATIKAH BINTI JUNAIDI
Bendahari Kehormat : NUR SYAZWANI BINTI MUHD SHUKRI
Penolong Bendahari : ABDUL RAHMAN BIN ABDUL MAJID
MT Khas : SITI AFIFAH BINTI MUAZ

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI

Pemantau : FATIN AMANINA BINTI A.RADZAK


SITI AFIFAH BINTI MUAZ

Pengarah Projek : NOOR AISYAH BINTI MOHD NOOR

Timbalan Pengarah Projek : KAUSHALYA A/P MOORTHI

Setiausaha : MUHAMAD FATDLI BIN SHAARI

Bendahari : FAEZAL BIN HALIR

AHLI JAWATANKUASA PENGGERAK

AJK Makanan : NUR RASYIDAH BINTI ABDULLAH


: NUR LIYANA BINTI MAHMUDDIN

AJK Barangan dan Utiliti : NUR AINA AFIQAH BINTI ASHAR


: NURUL BASYIRAH KARNAEN

AJK Pengangkutan dan Penginapan : CELINE BINTI RAYA


: MUHAMMAD NAZRI B ABD RASHID

AJK Penajaan : ATIQAH BT JAKARIAH


: WAN HADIRAH IZZATI BINTI HASDILAH
LAMPIRAN 2 : ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN PESTA
PANTUN ANTARA DESASISWA (PADU) SIDANG AKADEMIK 2017/2018

PENDAPATAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1. TABUNG MAJLIS PENGHUNI 1000.00
DESASISWA RESTU
2. ELAUN PESERTA RM 15.00 X 3 hari X 10 450.00
orang
JUMLAH KESELURUHAN 1450.00

PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS (RM) JUMLAH


(RM)
1. MAKANAN DAN MINUMAN

- Sarapan RM 3.00 x 2 hari X 10 orang 60.00

- Makan Tengahari RM 5.00 X 3 hari X 10 orang 150.00

- Makan Malam RM 5.00 X 3 hari X 10 orang 150.00

2. PENGANGKUTAN

Bas RM 100.00 X 2 hari 200.00

Kereta Sewa RM 150.00 X 3 hari 450.00

3. PENGINAPAN RM 13.00 X 2 malam X 10 260.00


orang

4. DUIT BARANGAN PELBAGAI


DAN UTILITI

Pen Marker RM 20.00 X 2 unit 40.00


Loceng RM 20.00 X 2 unit 40.00
Kertas A4 (Putih) RM 10.00 X 2 rim 20.00
Kertas A4 (Warna) RM 10.00 X 2 paket 20.00
Pen (Hitam) RM 2.00 X 10 unit 20.00
Pen (Biru) RM 2.00 x 5 unit 10.00
Gunting RM 5.00 X 6 unit 30.00

\
JUMLAH BESAR 1 450.00

KEUNTUNGAN = PENDAPATAN PEMBELANJAAN

= RM 1450.00 RM 1450.00

= RM 0.00

Anda mungkin juga menyukai