Anda di halaman 1dari 6

Tajuk Buku : Andai Itu Takdirnya

Penerbit : Buku Prima

Muka surat : 583

Tahun :2014

Nama Penulis : Siti Rosmizah Semail

Kerjaya : Peguam, penulis dan penerbit SR Publication

Tempat lahir : Kuala Lumpur

Status : Berkahwin
SINOPSIS

I. Sinopsis Belakang Buku:

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan

saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tidak boleh membuang pangkat itu ke tepi

hanya kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak

yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya

pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu TakdirNYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting

sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup

mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah

pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun

sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."
II. Ulasan:

Buku pertama yang penulis baca tulisan Siti Rosmizah sangat menyentuh perasaan. Hal ini

demikian kerana boleh dikatakan dari awal cerita hingga ke akhir ada aje adegan sedih dan

sayu. Novel ini mengisahkan tentang isu kekeluargaan yang boleh dijadikan pengajaran

kepada masyarakat. Di sini penulis akan menceritakan ringkasan cerita dari novel Andai Itu

Takdirnyayang ditulis oleh Siti Rosmizah. Novel ini bermula dengan seorang gadis yang

bernama Aleya yang telah lama menyimpan perasaan pada Syed Aizril yang merupakan

seorang jejaka tampan anak salah seorang tokoh korporat yang juga merupakan rakan

kuliahnya di United Kingdom. Syed Aizril juga menyimpan perasaan pada Aleya, tetapi

kerana sikapnya yang ego dan mementingkan darjat telah menutup getaran rasanya sendiri.

Kerana hasad dengki seseorang telah menyatukan mereka berdua namun sebuah perkahwinan

bagaikan neraka buat Aleya kerana bersuami Syed Aizril yang ego, pemarah dan tak berhati

perut. Pelbagai perkara dilakukakan sehingga merampas permata berharganya tanpa rela.

Aleya terpaksa mendengar cemuhan dan hinaan sekeliling kerana menjadi balu sebelum

masanya dan anak yg bakal dilahirkan menjadi yatim sebelum masanya. Namun Aleya masih

bernasib baik kerana anaknya selama dilahirkan.

Tatkala Aleya ingin meneruskan hidup bersama anaknya, dia terpaksa pulang semula ke

mahligai milik suaminya demi anaknya Dania. Kebahagiaannya hanya sementara, akibat

hasad dengki dan khianat serta ego dan kemarahan, Aleya di uji sekali lagi sehingga dia tidak

mampu bertahan lagi. Namun mereka sekali lagi tidak dapat dipisahkan kerana Aleya

disahkan mengandung. Pelbagai perkara dilakukan oleh Syed Aizril untuk menebus

kesalahannya semula terhadap Aleya. Akhirnya Aleya kembali semula kerana hidupnya hanya

untuk Syed Aizril dan kebahagiaan anak-anaknya dimahligai itu. Dugaan dan cubaan masih
menjadi permainan hidup Aleya apabila Syed Aizril sekali lagi diuji keikhlasannya oleh

sepupunya yang telah lama menyintainya. Namun kebahagiaan tetap milik mereka berdua

berkat doa seorang isteri yang solehah dan yang selalu mendoakan kebahagiaan yang

berkekalan.
ANALISIS NOVEL ANDAI ITU TAKDIRNYA

Novel karya Siti Rosmizah ini setebal 583 muka surat seumpana tak puas untuk menatap

ceritanya yang begitu menarik.  Mengisahkan Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatar

belakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh

korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United

Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia

kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di

singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah

menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula

ada getaran buat Aleya.

“Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina

sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskin tapi Leya

juga jugak ada maruah diri.”

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan

mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

“Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim

sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya

pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling.”

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan

Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya

Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh

di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang

dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati

Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.


“You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you

musnah…musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap

akan jadi milik I. I janji Zril, I janji.”

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang

menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan

hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

“Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan

itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang,

pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika.”

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

“Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis

manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya

dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut

nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris.”

Cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang

kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

“Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah

dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai

waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.”

Hal ini telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat

menghargai cinta dan kasih sayang sang isteri.

Anda mungkin juga menyukai