Anda di halaman 1dari 300

SKANDAL

TAK
DIRANCANG

Raisyas azliey
EBOOK OKTOBER 2022

PENERBIT
RAISYAS AZLIEY PUBLICATION
40 KG GELONG RAMBAI
06000 JITRA
KEDAH
013-444067 (CALL/WHATSAPP)

TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG/


RAISYAS AZLIEY

HAK CIPTA TERPELIHARA


Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan ini
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau
ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat
sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari pihak
RAISYAS AZLIEY @ RAISYAS AZLIEY
PUBLICATION

Grafik: RAISYAS AZLIEY


Susun Atur: RAISYAS AZLIEY
Selamat melayari ebook ‘TUAN FARITH :
SKANDAL TAK DIRANCANG.
Alhamdulillah ini adalah ebook ke – 9 daripada
saya untuk tahun 2022. Syukur atas izinNya.
Buat pembeli, anda dilarang untuk berkongsi
ebook ini dengan mana-mana pihak yang tidak
pernah membeli ebook ini secara langsung
daripada saya (Raisyas Azliey) Ebook ini hanya
dijual pada pembeli yang berurusan secara
langsung dengan saya dan ds/seller yang sah
berurusan dengan saya sahaja.
Semoga hasil karya ini diterima pembaca. Yang
baik-baik datang daripada Dia, yang buruk itu
dari saya sendiri.
Terima kasih atas sokongan anda.
ALHAMDULILLAH hingga detik ini masih Dia
izinkan saya menghasilkan naskah kreatif digital
ini.
Terima kasih buat yang sentiasa ada disisi saya,
My ‘Big Why’, serta semua yang membantu dan
menyokong ebook ke 9 saya ini, ‘TUAN
FARITH : ISTERI TAK DIRANCANG
Maaf seandainya terdapat kekurangan di mana-
mana. Saya akan cuba perbaiki dalam naskah
saya yang akan datang.
Buat pembaca, jutaan terima kasih sudi
mendapatan naskah digital saya ini. Buat semua
ds dan seller sah Raisyas Azliey/Raisyas Azliey
Publication, terima kasih sudi menjual naskah
saya.
Semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala
urusan anda dan merahmati anda semua.

Raisyas Azliey
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Prolog
F
AIZURA hela nafas.
Jemari naik memicit
dahi yang tiba-tiba
berdenyut. Dahi berkerut
memandang Sakinah yang tengah
iron uniform kerjanya.

"Kau kenapa? Mak kau cakap


apa call tadi? Tak pernah-pernah

1
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

monyok muka tu lepas cakap dengan


mak kau. Selalu tu kemain happy
lagi." Sakinah kerling Faizura.

"Masalah negara." Hembus


keluh. Kali ni Faizura bangun dari
baring. Kaki dibawa naik, bersila atas
sofa. Pandangannya terhala pada
Sakinah.

"Weh Kina, bak aku Doktor


Hafiy kau tu. Tiga hari je aku pinjam."
Kali ni Faizura tayang sengeh.

Sakinah dah buntangkan mata


pandang si teman yang langsung tak

2
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

menampakkan riak bersalah tu. Off


suis seterika.

Dia cekak pinggang. Seakan tak


percaya mendengar ucapan Faizura
itu.

"Aku bayar la berapa kau nak caj


pun."

Sambung Faizura lagi dalam


usaha memujuk. Adoi. Sungguh kali
ni mahu pecah kepala dia cari jalan.

"Kau nak aku tekap seterika


panas kat muka kau ke kat mana? Kau
pilih. Aku buat slow-slow je. Nak?"

Nada serius Sakinah


mengundang gelak Faizura pecah.
Bukan main lagi Sakinah.

3
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Kau... sampai sanggup nak


membunuh kawan baik sendiri yea."

"Habis tu, dah kawan baik


sendiri tak sedar diri. Aku guna cara tu
je la nak sedarkan dia."

Mendekati Faizura, Sakinah


labuhkan duduk di sebelahnya. Wajah
Faizura ditenung lama.

"Masalah apa kau ni? Sampai


nak meminjam tunang aku pulak. Aku
ni bukan berkira.

Kau nak duit, aku boleh hulur.


Tapi kalau nak pinjam Doktor Hafiy
aku, sorry naik lori lah yea."

Faizura mencebir balas


pandang Sakinah.

4
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Macamlah aku ni kaki caras.


Hak kawan baik pulak tu. Tak pernah
lagi la aku buat perangai terkutuk tu."

Sakinah gelak. Dia tepuk-tepuk


bahu Faizura. Sedar disebalik ucapan
yang meniti di bibir teman
serumahnya ini, teman serumahnya
ini sedikit terasa. Ya dia tahu Faizura
bukan jenis tu.

"Mak aku tu la. Kalut suruh


balik kampung cepat. Nak bincang
pasal nak kahwinkan aku dengan
abang sepupu yang baru tamat belajar
dari Mesir, anak Maklong Siti. Dia

5
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

sekarang mengajar dekat sekolah


tahfiz bapak dia."

Ternganga Sakinah. Wajahnya


berubah teruja.

"Wah, pak ustaz tu! Eloklah.


Dapat bimbing kau ke syurga."

"Masalanya aku tak suka


kahwin dengan kaum kerabat sendiri.
Pak ustaz tak pak ustaz. Aku tak nak.
Tak berkembang keturunan karang.
Lagipun aku tak ngam la dengan
family Maklong Siti. Hisy tak boleh
bayang lah aku jadi menantu dia
orang."

"Dah tu kau cakap je la tak nak.


Apa susah?" Sakinah dah tongkat
dagu. Bantal berbentuk hati atas sofa

6
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

diambil bawa keribanya. Macamlah


sebesar alam masalah teman dia
sorang ni. Pasal tak nak kahwin
sepupu je kut.

"Mak aku bukan macam mak


kau. Kalau dia cakap itu, itulah kena
jadi. Mesti."

"Kau cakap je la kau dah ada


boyfriend." Sakinah berikan
cadangan.

Pap! Faizura petik jari depan


Sakinah. Dia gelak kecil.

"Yang tu la aku dok fikir


sekarang. Nak bagi alasan tu. Tapi

7
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

mak aku mesti nak tengok bukti. Siapa


boyfriend aku."

Jongket kening. Saat ni seraut


wajah Hajah Maznah melintasi ruang
mata Faizura.

"Hajah Maznah tu mesti nak


tengok bukti. Dia nak soal selidik."
Sambung Faizura lagi.

"Ayah kau tak boleh bantu ke?"


Tanya Sakinah serius.

Faizura juih bibir. Ayah dia?


Sejak ayah dia kahwin lain, jarang

8
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

ayah dia balik rumah mereka. Berat


sebelah.

"Ayah aku tu, jarang dah ambil


tahu hal kami sejak ada bini muda."

"Hmmm..." Kali ni giliran


Sakinah hela nafas panjang. Dia dah
menyandar tubuh ke sofa.

Sama naik pening kepala bila


soal boyfriend yang Faizura sebutkan.
Patutlah sampai nak meminjam
Doktor Hafiy kesayangan dia. Cis!

"Kau tu jual mahal sangat.


Berapa orang dah aku dengan Hafiy
cuba rekemen untuk kau. Semua tak
menjadi. Bukan dia

orang tak nak kau. Tapi kau


yang reject." Sakinah membebel.

9
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Menjeling si teman yang buat tak


endah akan tegurannya.

Faizura bukannya tak lawa.


Muka ada iras Fazura bini si Fatah
Amin tu. Body pun lebih kurang tu je.

Tapi soal teman hidup paling


berat.

Dia punya tapis dan tapis


sampai sorang pun tak sangkut! Last
bila jadi macam ni kan ke susah.

"Weh, mana aku nak cekau


lelaki nak buat boyfriend eh? Dapat
sewa sekejap pun jadi la."

Sakinah juih bibir. Manalah dia


tahu. Sewa boyfriend? Tak pernah
terlintas kat kepala dia pun.

10
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Agak-agak kalau aku buat iklan


dekat facebook okay tak?"

Faizura pandang Sakinah.


Gelak kecil. Dah habis akal dia, tu je la
dia mampu fikir pun.

"Aku buat iklan macam iklan


jawatan kosong." Dia menyambung.

"Kalau rasa teringin nak kena


viral, buatlah. Lepas ni glamour sikit
kau. Baru orang kampung kau tahu
anak perempuan Hajah Maznah yang
sorang ni tengah cari boyfriend
sewaan."

Ucap Sakinah nada mendatar.


Siap sengeh lagi.

Sakinah bangun dari sofa.


Lempar bantal hati tadi ke muka

11
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Faizura. Malas nak layan Faizura


lama-lama kat situ.

Takut terlajak masa. Dia dah


janji nak call Hafiy sekejap time Hafiy
rehat.

"Aku nak naik atas. Call encik


tunang. Sorry yea."

Faizura diam tak menyahut.


Sekadar memerhati figura Sakinah
yang dah berlalu.

Semalam, dia dah tanya kawan


pejabat dia mintak tolong. Hampeh.
Sorang pun tak nak terlibat.

Mamat despatch si Zack tu pun


tak sudi nak tolong. Alasan dia kena
jadi hati awek.Takut rahsia

12
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

terbongkar dekat awek dia, dia kena


tinggal.

Masalah oooh masalah. Kenapa


la time begini kau datang.

Dalam dok pening kepala fikir


hal tu tak sudah, tiba-tiba handphone
Faizura menjerit lagi.

Toleh pada skrin handphone,


wajah Faizura berseri-seri saat
melihat sebaris nama yang tertera.
Lekas sahaja panggilan itu dia jawab
penuh semangat.

"Yes, tuan."

Hati kemain melonjak macam


dapat durian runtuh je. Lebar senyum

13
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Faizura masa ni macam si pemanggil


dihujung talian sana Mr Rightnya.

Alah, anggap je la dulu masalah boleh


hampir selesai.

14
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 1
M
ELIHAT Farith
melangkah masuk,
Faizura sengaja acah
pandang tak pandang je terhadap
lelaki itu. Umpan awal. Dalam hati
duk ulang baca bismillah. Harap
sangat la apa yang dia akan mintak

15
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dari bosnya ni dia dapat nanti. Fuh.


Inilah saja harapan akhirnya sebelum
balik kampung nanti. Harapan akhir
yang juga pilihan akhir.

"Morning, tuan." Nada tak


berapa bersemangat berbanding
selalu menyapa bosnya pagi ini.
Langsung tak pandang.

Farith tayang riak berkerut


memandang wajah yang sedang
menyapa pandangannya.

Mendekati meja Personal


Asistantnya itu, dia sangkut sebelah
punggungnya ke meja tersebut.

Sebelah tangan menongkat ke


meja manakala sebelah tangan lagi
menyelok poket seluar. Farith terus

16
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

meluruskan pandangan pada si


PAnya.

"Kenapa?" Satu perkataan


dilontar Farith.

Faizura terus dongak saat


soalan bos handsomenya menyapa
telinga. Ketika sepasang mata mereka
bertembung, Farith siap jongket
kening meminta jawapannya.

"Masalah cinta?" Cuba


menebak. Naik rimas Farith bila
soalannya tidak dijawab Faizura.

Masalahnya kalau Faizura


tayang riak macam selalu lain cerita.
Tidaklah dia mahu terlibat sama nak
tahu lebih-lebih apa yang jadi pada si
PA nya ini.

17
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Kurang tepat tekaan tuan.


Cinta apa benda kalau dah boyfriend
pun takde." Selamba mencebir pada
bos yang masih tak berganjak dari
tadi.

"Dah tu?"

"Kalau saya cerita pun, tuan


boleh buat apa? Boleh ke tolong?"
Melontar sekilas jeling. Pada masa
yang sama bibir menghembus keluh
berat.

"Cerita je la dulu. Baru saya


tahu samada saya boleh tolong awak
atau tak. Cerita pun belum, dah
memandai buat andaian sendiri."
Farith mengomel.

Sedut nafas dalam-dalam.

18
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Hembus. Menggumpal jari jemari


sendiri. Faizura tercari-cari perkataan
paling sesuai nak mulakan cerita.

Staff lain yang dah masuk office


duk menjeling je ke meja Faizura.
Mana tak menjeling kalau dah
nampak bukan main santai bos
handsome duk menyangkut
punggung dekat meja si PA.

Farith ni dengan staff


perempuan yang lain dia kurang sikit
beramah mesra. Bukan menyombong.
Tapi sekadar menjaga jarak.
Kebanyakkan staff permpuan lain bini
orang semuanya. Tu pun tak padan
pegang title bini orang, ada je
menggedik kalau nampak dia
melintas. Cuma PA dia ni je, jenis tak

19
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

menggedik.

"Tapi saya boleh rasa la, tuan.


Aci kerat jarilah tuan pun pasti tak
akan dapat tolong saya." Faizura
tayang wajah mencuka bersama
keluhan yang terhembus.

Farith mendengus. Inilah yang


dia geram sangat dengan Faizura.
Cepat fikir yang tidak-tidak je.

Melempar jeling pada si PA


sekilas, Farith terus atur
langkah menuju ke biliknya.

"Tuaaan... saya tak cerita lagi


ni." Nada meleret mintak simpati.
Ketap bibir. Pintu bilik Farith yang
dah kembali ditutup rapat itu
diperhati dengan nafas laju. Sakit hati

20
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

pulak dia rasa.

Sudahnya menonong dia ikut


sama masuk ke bilik Farith. Selalunya
tugas dia pagi-pagi memang begini.
Elok Farith masuk office, dia akan
terus jumpa Farith dan bentangkan
jadual mereka untuk hari tersebut.

Masuk dalam bilik, tarik kerusi,


punggung terus dihenyak depan
Farith yang dah menyandar ke
kerusinya.

"Tuan, nah baca ni." Malas nak


cakap banyak, handphone ditangan
yang dia dah sedia buka aplikasi
whatsapp di sua depan Farith.

Berkerut wajah Farith


memerhati handphone vivo depan

21
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

mata dia. Siap dah buka whatsapp.


Selalu tak pernah-pernah minah
depan dia ni rela hati bagi di belek
handphone. Lagi-lagi baca mesej
macam ni.

"Tak menyesal ni bagi saya baca


mesej awak?" Farith gelak kecil seraya
mengambil handphone tersebut.

Faizura berdecit. Menjeling


bosnya.

"Baca conversation yang saya buka je.


Jangan melencong buka mesej lain
pulak. Nanti tuan tahu la apa masalah
saya." Pesannya keras.

"ELOK dah tu plan mak awak. Calon

22
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

jodoh pun bukan calang-calang orang.


Buat apa pening kepala fikir nak cari
boyfriend tipu-tipu la apa la. Terima
je. Senang."

Faizura mendengus. Hisy bos


dia sorang ni. Tak faham bahasa
melayu ke. Dah berbuih mulut dia
britahu sebab musabab dia nak reject
calon pilihan mak dia.

"Tuan tak duduk tempat saya,


tuan tak faham kehendak hati saya.
Saya ni tak nak kahwin sepupu. Kalau
calon pilihan mak tu, bukan abang
sepupu saya, mungkinlah saya cuba
pertimbangkan."

Farith silang tangan ke dada.


Tengokkan raut wajah Faizura masa
ni, dia tak tahu dia harus bersimpati

23
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

atau apa. Kepala otak dia tak pasal-


pasal tersangkut sama fikirkan
masalah yang satu ni.

"Haih. Susah betul la. Awak


memang takde boyfriend eh? Atau
stock geli-geli ke sorang dua, takde
jugak?"

Menggeleng. Laju Faizura


menggeleng. Apa lah pergi tanya stock
geli tak geli.

"Bos ingat saya spesies apa?


Boyfriend pun saya tak layan. Inikan
stock entah apa-apa tuan tanya tu.
Hisy. Lagi laa takde."

Faizura tenung wajah berkerut


bos depan matanya waktu ini. Buat
sekian kalinya dia hembus keluh

24
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

panjang. Kedua belah tangan


menongkat dagu.

"Susah-susah sangat Tuan je la


jadi boyfriend saya. Apa ada hal."

Purrr! Tersembur nescaffe


suam yang sedang dicicip Farith. Mak
aihh bukan main selamba je dia bagi
ayat berani mati tu.

"Ya Rabbi... tuaaan!" Separuh


terjerit Faizura pandang ke bawah.
Sebahagian tudung dan pakaiannya
sudah dicemari warna coklat.

Farith pandang wajah mencuka


Faizura. Jemari mengurut pelipis.
Alahai satu masalah lagi pulak
menimpa.

"Apa Tuan ni? Main sembur

25
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

pulak. Habis comot tudung saya, baju


saya. Dah la warna putih saya pakai
hari ni. Malu tau tak nak keluar
restoran kejap lagi. Mana saya nak
sorok muka? Hisy, cakap yang tu pun
Tuan punya terkejut macam apa lagi
dah." Berjela bukan main Faizura
punya membebel Farith.

Farith terlepas gelak. Dalam


masa yang sama kasihan pun ada
melihat tompok-tompok pada tudung
dan baju gadis itu, kesan percikan
minuman nescaffe yang tak sengaja
dia sembur tadi. Huisyy serius dia
memang terkejut kut.

"Sorry la. Saya tak sengaja. Saya


terkejut sebenarnya dengar awak
cakap tadi tu. Cuba awak ulang sekali

26
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

lagi, awak cakap apa? Kot telinga saya


ni salah dengar."

"Huh, tak naklah saya. Nanti


Tuan sembur lagi. Baju ni baju baru
tau tak. Pakai duit gaji yang masuk
bank tiga hari lepas. Bau kedai tak
hilang lagi. Tuan kena ganti belikan
baju lain untuk saya. Siapa suruh
Tuan kotorkan." Silang tangan ke
dada. Bola mata tajam menghala
pandang pada Farith di hadapan.
Muka Faizura jelas tak puas
hati.Hembus keluh. Farith
menggeleng. Amboi dia punya
demand. Bukan tak boleh cuci. Try la
cuci dulu boleh bersih ke tak.

Dia nak marah dengan nak


gelak sama banyak je sekarang

27
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

melihat PA dia yang tengah tayang


muka monyok ni. Habiskan
minuman, Farith bangun. Sekeping
not sepuluh ringgit dia selitkan bawah
gelas. Faizura hanya memerhati
seraya mencebir.

"Kenapa buat muka macam tu?"


Farith yang perasan akan riak wajah
Faizura pantas menegur.

Faizura senyum senget. Capai


handbag, dia bangun mengekori
Farith keluar restoran. Lepas pintu
keluar restoran baru la soalan Farith
tadi dia jawab.

"Tuan ni kedekut. Selalu dalam


drama tv tu orang selit duit besar.
Tuan letak je la duit seratus ringgit ke,
bukan luak pun harta tuan. Tuan kan

28
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

kaya? Orang kata lagi banyak sedekah,


lagi banyak rezeki masuk."

Farith kerling je Faizura yang


seiringan melangkah dengannya.
Membebel macam mak nenek.

"Awak ni membebel dekat saya,


awak tu PA saya tau? Saya ni boss.
Lupa?"

"Saya ingat. Kalau saya lupa,


saya tak panggil la tuan ni, tuan."
Menjeling.

Farith menggeleng bersama


keluhan. PA dia yang ini kalau
menjawab memang cekap. Entah
mana daddy dia dapat pun dia tak
tahu.

Faizura diletakkan sebagai PA

29
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dibawah dia, semuanya daddy dia


yang atur. Kalau ikutkan dulu, masa
dia suarakan hasrat nak ambil PA,
Faizura bukannya ada pun ciri-ciri PA
yang dia nak.

Masuk dalam perut kereta,


hidupkan enjin, Fariz toleh sebelah.
Berkerut dahi perhati Faizura yang
sedang memerhati handphone di
tangannya. Dia kerling skrin
handphone Faizura. Tengah on
whatsapp.

"Boyfriend whatsapp ke?"

Faizura menoleh laju ke


sebelah. Tayang muka berkerut depan
bosnya yang dah mula memandu. Bos
dia ni sengaja cari pasal ke apa?

30
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Kalau betul la saya ada


boyfriend, takde la tadi saya minta
Tuan jadi boyfriend saya."

Mendengus. Handphone dia


masukkan dalam handbag semula.

"Mak kat kampung tu la


whatsapp. Kalut duk ingatkan saya
suruh balik hujung bulan ni sebab
abang sepupu saya nak datang dengan
family dia discuss pasal plan tu."

"Dengar nasihat saya. Awak


terima je pilihan mak awak. Awak nak
cuti berapa lama cakap je. Benda yang
baik-baik ni memang elok
dipercepatkan." Bersahaja. Sambil
mengerling ke sebelah, dia jongket
kening.

31
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Faizura pandang Farith dengan


mata mengecil. Dadanya naik turun
menahan rasa yang bergumpal.
Tunggu nak meletup je.

Eeiii! Okay apa? Kahwin dengan


sepupu sendiri kut. Tak berkembang
langsung. Pi mai pi mai tang tu. Isy tak
pernah wujud lagi la dalam kamus
hidup dia nak kahwin dengan kaum
kerabat sendiri ni.

"Tuan, rasanya ni dah kali ke


seratus juta lapan puluh lapan ribu
dah saya cakap dekat Tuan, saya tak
nak kahwin dengan sepupu sendiri.
Tuan ni spesies macam mak saya
jugak. Tak faham bahasa melayu."

Berdesing telinga Farith.


Selamba badak betul Faizura libas dia

32
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

balik macam tu je. Tahulah tengah


angin satu badan pun. Macam lupa
diri pulak dengan siapa dia bercakap.

"Tuan, jadi la eh... saya pinjam


Tuan hujung bulan ni? Orang lain
saya dah ajak dah, semua tak nak
terlibat." Faizura tayang muncung
dalam usaha memujuk.

Lama berjeda.
Mempertimbangkan permintaan
Faizura yang satu itu. Ini kalau sampai
ke telinga Elis, mau berperang ni.
Silap-silap tiga empat bulan tak mau
bertegur.

Kenapalah dalam banyak hal,


pertolongan macam ni pulak yang dia
mintak. Tengok wajah mengharap
Faizura, hati Farith tersentuh.

33
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Kalau Elis tahu ni, mati saya


karang."

"Hal ni antara kita je, Tuan.


Kalau Tuan tak buka mulut, saya tak
buka mulut, siapa pun tak tahu hal
ni." Balas Faizura.

Dan untuk kali ke seterusnya,


Farith mengeluh lagi. Berat sungguh
kali ni nak memenuhi permintaan
Faizura. Mana tak berat, bukan biasa-
biasa permintaan si PAnya.

Selalu sebelum ni Faizura minta


yang mudah-mudah, dia okay je.
Contoh macam semalam. Mintak
belanja makan makanan kegemaran
dia. Nasi briyani kambing. Dia
turutkan saja. Tapi untuk permintaan
luar kotak fikiran dia ni, Allah.

34
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Sungguh dia buntu.

"Fine. Tuan pun dua kali lima


tak nak tolong saya."

Akhirnya telinga Farith disapa


keluhan bernada kecewa dari Faizura.

Berhentikan kereta di bahu


jalan, dia toleh pada Faizura seketika.
Muncung bibir Faizura tu, boleh buat
dia sangkut baju. Kasihan pun ada.

"Okaylah. Saya tolong." Senafas


Farith beri jawapan. Fuh! Terluah
tiga patah perkataan tu, tiba-tiba
pulak Farith rasa hati dia macam
lapang je. Aih, pelik!

Faizura dah cerah biji mata.


Lekas dia toleh sebelah. Bibir
menyungging senyum lebar.

35
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Menampakkan pipinya yang berlekuk


di kedua belah. Manis.

"Janji ni Tuan? Jangan pulak


Tuan tarik balik apa Tuan cakap ni."
Faizura halakan jari telunjuknya
depan muka Fariz.

Fariz mengangguk. Kalau tidak


selagi dia tidak mengaku berjanji
macam ni depan Faizura, sampai
dalam pejabat nanti pun gadis itu
akan tuntut suruh dia janji. Bukan dia
tak kenal perangai minah ni. Terlebih
kenal dah!

36
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 2
F
ARITH belok BMW
X6nya memasuki
perkarangan sebuah
rumah kampung. Matikan enjin
kereta, pandangan melingas ke
sekeliling kawasan rumah tersebut.

Faizura disebelahnya berkerut


dahi. Mengecil anak matanya

37
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

memandang riak wajah bos yang


nampak lain macam tu.

Tadi sewaktu mereka dalam


perjalanan ke sini bukan main Farith
suarakan kebimbangan. Macam-
macam dia fikir. Sekali bila dah
sampai, hmmm...

"Tuan tak pernah datang


kampung ke?"

Laju Farith geleng. Mana


pernah. Inilah kali pertama dia jejak
kaki ke kampung.

"Cantiknya kampung awak.


Halaman rumah awak bukan main
bersih. Ada banyak pokok bunga
pulak tu. Tempat duduk bawah pokok

38
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

sana tu macam best je kalau dapat


baring ambil angin petang kan."

"Mak. Pokok-pokok bunga tu


semua dia yang tanam, dia yang jaga.
Tempat duduk bawah pokok tu orang
kampung panggil pelenggar. Buar gini
je la, mudah. Kos rendah."

Farith kuak pintu kereta. Kaki


melangkah turun. Diikuti Faizura
disebelah sana.

Di muka pintu rumah, seorang


wanita sedang memerhati ke arah
mereka.

Faris melempar senyum tanda


menyapa. Namun wajah yang masih
tidak lekang memaku pandangan ke
arah mereka ketika ini jangankan nak

39
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

membalas senyumannya, menegur


pun tidak. Dan dan tu Farith kecut
perut.

"Mak awak ke tu? Serius je


muka dia." Farith sedikit menyendeng
dekat dengan Faizura. Nada
bicaranya separuh berbisik. Tiba-tiba
je dia rasa seram sejuk semacam.
Adoi, nak patah balik mana mungkin.
Dia dah janji nak tolong si PAnya ini.

"Sebenarnya tuan, saya mana


pernah bawak kawan lelaki kenalkan
dekat mak selama ni. Tuan ni lelaki
pertama. Pecah rekod."

Faizura gelak kecil. Langkah


kaki diatur menuju ke arah Hajah

40
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Maznah yang masih memandang


tajam mereka berdua.

"Tuan, skrip saya beritahu tadi


jangan lupa. Kalau kantoi, siap tuan!"
Suara celah gigi je dia sampaikan
amaran itu pada bosnya.

Farith menggeleng perhati


Faizura yang sudah melangkah lebih
ke hadapan meninggalkannya. Amboi
bukan main dia pesan! Warning
hujung ayat Faizura tadi buat Farith
rasa nak gam je mulut tak pakai
penapis tu.

Mendekati Hajah Maznah,


Faizura hulur tangan mahu

41
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

bersalaman. Namun huluran


tangannya tidak bersambut.

"Kau bawak siapa balik ni,


along? Keras nada pertanyaan Hajah
Maznah.

Dia jeling Farith yang berdiri


hanya berjarak beberapa meter dari
Faizura.

"Amboih mak, salam dengan


anak mak pun dah tak nak.

Ajak masuk pun tak. Karang


orang ceritalah siapa."

Mengerling riak tegang Hajah


Maznah, Faizura tetap tarik tangan
emaknya. Bersalaman.

42
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Yang penting, dia orang baik-


baik. Nama dia Farith Aidil."

"Hmm..."

Tu je yang Faizura dan Farith


sama-sama dengar dari mulut Hajah
Maznah.

Dan kemudian Hajah Maznah


menonong masuk ke dalam semula.

"Tuan duduk sini dulu. Jangan


merayap ke mana-mana tau. Saya ke
dapur jap."

Pesanan separuh berbisik


sebaik Hajah Maznah menghilang ke
dapur.

43
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Satu lagi, saya takde sini, mulut


tuan tu jangan nak beramah mesra
sangat."

Farith kerut dahi pandang si PA.


Kecil besar kecil besar je dia pandang
minah ni sekarang. Bukan main lagi
berpesan-pesan. Melawan tauke!
Balik opis karang siap la.

"Tuan dengar tak apa benda


saya pesan?"

Tangan dua belah cekak


pinggang. Pandangan dihunus tepat
ke riak bersahaja Farith yang duduk di
sofa depan dia. Tak puas hati selagi
tak mendengar sebarang sahutan
lelaki itu. Dia bukan apa. Paling

44
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

bimbang kalau segala rancangan dia


tak menjadi.

"Dengarlah. Saya belum pekak.


Beramah mesra dengan siapa?
Dengan televisyen? Ke sofa ni. Tak
pun meja ke. Saya sorang je kan dekat
ruang tamu ni."

Bergolek biji mata Faizura


juling ke atas dengar ayat bosnya.

"Dah tu, tuan senyap je. Setakat


pandang saya, mana saya tahu tuan tu
faham ke tak apa benda saya pesan.

Lelaki ni kadang tubuh dia je kat


sini, kepala otak melayang entah ke
mana hala. Saya ni pesan sebab saya

45
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

risau." Sempat lagi tu membebel


berjela.

Dalam berpesan-pesan pada


Farith, tiba-tiba mereka di sapa suara
kanak-kanak.

"Alooong!"

Suara comel yang memanggil


itu buatkan Faizura dan Farith
serentak menoleh arah suara tersebut.

"Fifi." Faizura depakan kedua


belah tangan. Bibir menyungging
senyum pada si adik bongsunya itu.

Si comel bertocang dua yang


masih lengkap dalam pakaian sekolah
itu berlari dalam dakapan Faizura.

46
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Rindunya adik along ni."


Faizura cium kedua belah pipi si
comel itu.

Farith sekadar memerhati


keduanya yang saling berpelukan itu.

Tanpa sedar, dia tersenyum


sendiri melihat bagaimana kemesraan

yang ditunjukkan Faizura dalam


melayani adiknya. Masih ada adik
kecil rupanya si Faizura ni.

Saat yang sama, Fifi yang


memeluk Faizura tersedar ada lelaki
asing diruang tamu rumah mereka.

Lekas dia meleraikan pelukan.


Mata melirik tepat ke raut wajah asing
itu.

47
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Along, siapa tu?" Jari telunjuk


merujuk pada Farith yang duduk tidak
jauh dari mereka.

Faizura senyum kecil.


Automatik jemari naik tergaru-garu
kepala yang berbungkus tudung
bawal.

"Err...yang tu..."

"Faizura Hanim binti Muhamad


Faznan. Apa yang kau lama sangat kat
sana tu? Datang sini jap."

Dalam duk cari jawapan paling


selamat masa tu, suara Hajah Maznah
tiba-tiba memetir sampai ke ruang

48
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

tamu. Siap diseru sebaris nama penuh


Faizura.

"Err adik, nanti la kita sambung


borak. Big bos dekat dapur dahpanggil
nama penuh along dah tu dik oii."

Fifi tergelak melihat memek


muka yang Faizura tunjukkan masa
tu.

Kalut Faizura berlari masuk ke


dapur.

Kalau Hajah Maznah dah


panggil macam tu punya gaya,

janganlah kau bertangguh lagi!

49
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 3

M
ELANGKAH
masuk ke ruang
dapur, debar dalam
dada dah macam nak pecah rasanya.
Lebih-lebih lagi bila mata Faizura

50
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

menangkap renungan tajam Hajah


Maznah yang duduk menyilang
lengan di meja makan.

"Sini, duduk." Arahan tegas.


Dah serupa big bos mengarah pekerja.

Faizura sungging senyum tapi


riak wajah si emak yang duduk depan
dia ketika ini, jangankan nak senyum,
bermanis riak sikit pun tidak.

Gulp! Tiba-tiba Faizura rasa


telan liur tak berapa lepas.

Cawan kosong depan mata


diambil. Dia tuang air teh yang masih
berbaki di dalam teko.

"Siapa jantan kau bawak balik


tu, along?"

51
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Soalan pertama Hajah Maznah


meluncur keluar.

"Tak pernah-pernah bawa balik


jantan ke rumah ni. Kau tak bagitau
apa pun dekat mak, tahu-tahu kau
balik dengan dia." Nada suara Hajah
Maznah masih tegang.

Tak senang hati Hajah Maznah


selagi tak mendengar jawapan si anak.
Elok-elok dia duk mengatur
rancangan nak kahwinkan si anak
dara dia ni dalam masa terdekat, tahu-
tahu bawak balik jantan entah mana
hala pulak dah. Mahunya dia tak
berasa sesak nafas.

"Nama dia Farith Aidil, mak."


Faizura pandang Hajah Maznah acuh
tak acuh. Jari jemari bermain-main

52
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dengan bibir cawan di depan mata.


Jujurnya riak tegang emaknya yang
terpamer ketika ini buatkan dia
sedikit gentar.

"Dah dua kali kau beritahu nama


dia. Mak kau ni belum nyanyuk,
along."

Faizura gelak kecil. Adeh, serius


sungguh mak dia kali ni.

"Yang mak nak tahu, apa


kaitannya jantan tu dengan kau
sampai berani ikut kau balik
kampung?"

"Dia tu...err..."

Haisy. Tak tahu kenapa lidah


Faizura jadi kelu masa ni. Walhal
dalam kereta Farith tadi bukan main

53
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dia testing berlakon.Ulang hafal skrip


nak jawab soalan Hajah Maznah
kononnya. Sampai skrip untuk bos
pun dia pulun sediakan. Punyalah nak
menjayakan.

"Dia tu siapa?" Naik satu oktaf


nada suara Hajah Maznah berbanding
kebiasaannya buatkan bahu Faizura
terhenjut.

Sambil urut dada, wajah


berkerut memandang emaknya.

"Mak ni, buat orang terkejut je la.


Apa yang serius sangat ni? Dah gaya
menyiasat pesalah je."

"Mana mak kau tak serius gini,


along. Mak dengan Maklong Siti dah
bincang dah pasal majlis kahwin along

54
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dengan Zareed. Tahu-tahu tengahari


ni kau sampai depan rumah, siap
bawak balik lelaki."

"Mak tu pulun sangat kenapa?


Dah tu, serupa takde calon lain nak
buat menantu."

"Heh, apa kurang si Zareed tu,


along? Cuba kau list kekurangan dia
yang tak sesuai nak jadi menantu mak.
Mak tunggu kau bawak balik calon
pilihan kau, sorang pun kau tak
kenalkan dekat mak. Ni bila mak dah
rancang elok, eh tiba-tiba kau bawak
balik..."

Hajah Maznah hentak tangan dia


ke meja. Dada berombak. Sakit hati
pula tiba-tiba berbalas cakap dengan

55
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

anak dara dia yang ini. Dan


bebelannya tersangkut di situ.

"Abang Zareed tu bukan banyak


kekurangan, mak. Cuma along ni
ha..." Gigit bibir, nafas disedut dalam.
Dia pandang emaknya seketika.

"Cuma apa?" Hajah Maznah


nampak tak sabar.

"Cuma time mak rancang benda


ni, hati along dah ada orang lain,
mak." Senafas ayat tu dilantunkan.

Hajah Maznah nampak


terangguk-angguk. Dan dia senyum
sinis pandang anak dara dia.

"Jadi betullah mak agak. Jantan


tu ada kaitan dengan kau. Sebab tu

56
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

kau bawak dia balik sini." Terjongket


kening Hajah Maznah.

"Along suka dia, mak. Dalam hati


along ni tak boleh nak gantikan orang
lain selain dia. Sebab tu along tak
boleh terima abang Zareed."

Kira betul-betul cintalah ni?"

Faizura angguk menjawab


soalan Hajah Maznah berikutnya.

Kali ni dia tak pandang wajah


Hajah Maznah.

Sebaliknya pandangan menekur


ke lantai yang beralas tikar getah hijau
lumut itu.

"Mak dengan Maklong Siti dah


tetapkan tarikh nikah kau orang."

57
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Huh?" Dahi berkerut. Hati


libang-libu. Mak aih. Biar betul
sampai dah tetapkan tarikh bagai.

Mak tak boleh cancel ke? Takkan


along kena kahwin jugak dengan
abang Zareed? Maaak, along takde
perasaan kat dia." Faizura hampir
menangis jadinya.

Kalau kena kahwin juga dengan


abang sepupu dia tu, maknanya sia-
sia je la segala rancangan dia. Dia siap
'sewa' bos sendiri kut. Bukan kaleng-
kaleng calonnya!

"Cancel tak boleh. Tapi mak


boleh adjust tukar calon. Janji kau
kahwin." Kali ni Faizura nampak
senyuman tipis tergaris di bibir

58
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

emaknya. Faizura yang tiba-tiba


berasa tak sedap hati.

Hajah Maznah bangun. Bawa


langkah ke bahagian rak cawan. Jag
yang ada dirak tersebut dia ambil.
Mahu buatkan minuman pada tetamu
yang datang itu.

"Apa maksud mak, tukar calon?"


Faizura pakukan pandangan pada
belakang tubuh emaknya. Hati yang
belum beransur tenang itu tiba-tiba
bagai dilanda ribut. Degupan jantung
pun ikut berubah.

"KAHWIN?" Serentak pula nada

59
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

terkejut yang meluncur keluar dari


ulas bibir Farith dan Faizura.

Masa ni Farith dah mula tak


senang duduk. Walaupun kipas angin
ligat berputar di atas kepala, dia tetap
rasa panas membahang. Nak cuit si
PA disebelahnya, mereka sedang
diperhati.

Hajah Maznah senyum


memandang dua insan yang masing-
masing dalam riak terkejut itu.

"Mak, takkan tak boleh batalkan


dulu tarikh yang mak dah pilih
dengan Maklong Siti? Nanti-nanti kita

60
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

atur lain la majlis along dengan


Farith."

"Ah, takde cancel. Mak bagi kau


pilihan yang tu je along. Kau pilih la
mana kau suka."

Faizura hembus keluh. Rasa


terhimpit betul. Ingatkan dia plan
sikit punya baik macam ni dengan bos
dia, dapat la selesai masalah. Makin
rumit lagi adalah. Adoi.

"Pilihan kau, kahwin dengan


abang Zareed kau atau kau kahwin
dengan boyfriend kau ni. Mak tak
mahu kau tangguh-tangguh. Mak tak
nak dengar alasan. Kau kalau betul-

61
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

betul anak mak, kau dengar cakap


mak."

Amboi Hajah Maznah punya


penangan. Bukan kata bagi pilihan
yang Faizura tak boleh pilih, siap
tambah ugutan lagi tu.

Faizura kerling bosnya di


sebelah. Lelaki tu dah tunjuk riak
gelisah.

"Farith..." Hajah Maznah seru


nama itu. Pandangannya dihala tepat
ke sepasang mata Farith.

"Betul ke kamu dengan Faizura


ni bercinta?"

"Err..." Kalau sebelum ni, Farith


memang dah ready dengan jawapan
yang Faizura sediakan, tapi bila

62
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dengar je arahan yang tak dijangka


tadi, dan dan tu Farith was-was nak
jawab.

Buk! Hambik kau.

Selamba Faizura ambil


kesempatan tu hentak kaki bos dia.
Geram punya pasal.

Mana dia tak geram bila mak dia


dah aju soalan cepumas tu, boleh
pulak bos dia ni tunjuk gaya nak jawab
tak jawab. Ini nak bagi kantoi
namanya! Lari dari plan.

Merah wajah Farith menahan


sakit. Boleh tahan ganas hentakan
kaki si PA dia ni. Adui.

"Makcik ni bukan apa. Pelik pun


ada. Nak percaya dengan tidak sama

63
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

banyak. Faizura ni tak pernah ada


boyfriend. Bila makcik dah atur jodoh
dia, celah ni la tiba-tiba dia bawak
balik kamu."

"Betul kamu cinta anak makcik?"


Sekali lagi soalan tu dilontar.

Kali ni kaki Faizura dah standby


atas Farith. Tunggu masa je nak
lepaskan hentakkan sekali lagi.

"Betul makcik. Saya memang


cintakan dia. Memang kami ada plan
nak kahwin. Cuma ambil masa sikit je.
Dia ni lain dari kawan perempuan
yang saya pernah kenal sebelum ni.
Dia pandai jaga hati saya. Pandai

64
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

masak pulak tu. Selalu dia masak


sedap-sedap bagi pada saya."

Uhuk! Uhuk! Uhuk! Dan dan tu


Faizura tersedak. Lain skrip yang dia
bagi pada bos dia, lain pula ayat bos
dia bedal depan mak dia. Adoi!
Menambah masalah betul.

Hajah Maznah dah menjeling


semacam je dengar ada yang memuji
anak dara dia masak sedap.

"Oh. Dah pandai masak rupanya


anak dara makcik ni. Baguslah.
Sebelum ni dia mana pandai masak.
Kita suruh masak asam pedas,
sudahnya jadi sambal. Suruh masak
kari kepala ikan, tak menjadi pun.

65
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Buat sayur goreng, rupa dah elok. Tapi


tawar pulak."

Maaak! Kebas-kebas dah wajah


Faizura menahan malu.

Sabor je la dia bila Hajah Maznah


buka rahsia dia bab masak memasak
tu.

Ini semua salah Farith! Lain


skrip dia ajar, lain yang dia bantai.
Huh.

66
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 4
"T
UAN, saya takde
sesiapa nak harap
dah. Tuan je
harapan akhir saya. Mak tu tak akan
ubah fikiran dia. Dua pilihan tu je dia

67
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

bagi saya." Riak wajah Faizura saat ini


ketara betul menampakkan dia tengah
resah.

"Isy, ini bukan main-main.


Kahwin kut. Awak ingat macam main
pondok-pondok ke? Dah boring main
pondok-pondok karang tukar game
lain. No! Ini benda serius."

"Tuan ingat saya tak reti serius


ke? Sebab benda serius la saya
harapkan tuan je."

Faizura lempar jeling. Bengkak


je hati dia masa ni bila terpaksa
menagih simpati bosnya ini.

"Saya ni kan kalau ada pilihan


lain, sorry naik lorry la nak merayu

68
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

mintak tuan tolong gini." Dia juih


bibir.

"Hmm. Saya ni pilihan akhir la


ye." Farith jongket kening.

"Memang la. Dah berbuih mulut


saya beritahu tuan kan? Kalau saya
ada boyfriend sendiri, saya dah heret

dia balik kampung saya. Takde la saya


heret tuan macam sekarang ni." Nada
tegang yang keluar dari ulas bibir itu.

Farith tergelak. Sambil


menyandar tubuh pada kereta, dia
perhati riak mencuka si PAnya.

"Minta tolong pun serupa ajak


berperang." Usiknya.

69
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Saya takde masa nak bergurau


senda la sekarang ni, tuan. Saya ni
tengah susah hati."

"Hmmm...." Okay. Usikannya


yang ni tak menjadi. Biasa si Faizura
ni mudah terhibur. Tapi kali ni, nak
boleh nampak si manis ini senyum
pun susah. Muka tak habis-habis
ketat.

Masuk kali ni, entah kali ke


berapa Farith meluah keluh panjang.
Langit yang tadi cerah sudah berubah
oren pekat. Tanda sekejap lagi waktu
maghrib menghampiri. Tadi sebelum
mereka keluar, awal-awal lagi Hajah

70
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Maznah dah warning. Jangan balik


lewat.

Silang tangan ke dada, Farith


pandang Faizura. Lama. Sampai
Faizura mula berasa tak selesa.

"Kenapa tenung saya macam


tu?"

"Saya pelik sebenarnya dengan


awak ni. Orang lain bukan takde yang
kahwin sama-sama sepupu. Elok je
bahagia. Anak berderet. Awak ni je
beria tak nak. Calon mak awak pilih tu
bukan tak elok pun. Ustaz tu. Why?"

Why? Jatuh bahu Faizura. Bos


dia nak jawapan yang macam mana

71
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

lagi agaknya ye. Masih la duk ulang


tanya hal ni.

"Setiap orang ada pendirian dia,


tuan. Saya ni memang tak nak. Saya
tak pernah ngam pun dengan
Maklong Siti tu. Inikan nak jadi
menantu dia, lagi saya tak ingin."

Jeda lagi. Tahap sabar Faizura


masa ni rasanya betul-betul dah nak
habis. Dari tadi dia menanti jawapan
bosnya.

"Takpe la. Saya redha je takdir


saya. Tuan hantar saya balik, lepas tu
tuan pergilah balik."

Sengaja Faizura buat merajuk.


Biasa dekat office memang kerap dia
buat perangai lagu tu dengan bosnya

72
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

ini. Dan Farith selalu takde la buat tak


tahu je dengan rajuk dia. Tu yang
kebanyakan staff perempuan office
dia cemburu tengok dia rapat dengan
bos.

Farith mengurut pelipis.


Sukarnya membuat keputusan.
Memandang wajah Faizura waktu ini,
jujurnya dia juga bersimpati. Namun
kala melintas satu lagi wajah diruang
matanya, hatinya berbelah bahagi.

"Elis saya tu macam mana?"

Faizura toleh sebelah semula.


Pandang Farith yang turut

73
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

melabuhkan pandangan tepat ke


wajahnya.

Elis. Ya... dia hampir lupa


sekarang ni yang bos dia ni bukan
single. Bos dia telah punya kekasih
hati.

"Awak cakap sewa jadi boyfriend


sementara je. Ni memang nak bagi
Elis bunuh saya ni." Kepala Farith dah
mula rasa berdenyut. Tak semena-
mena dia kena hadap masalah ni.

"Alah Tuan, please help me.


Berapa banyak tuan nak caj dekat saya
cakap je. Tahulah saya cari duit nak
bayar. Asalkan kita jadi menikah. Mak
saya tu, kalau dia cakap A, memang A
la akan jadi. Saya janji dengan tuan,
apa-apa pun saya tak tuntut dengan

74
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

tuan. Saya janji, akan rahsiakan hal


ni."

"Adoi, parah la! Datang ke


kampung awak ni ingatkan jadi
boyfriend sewaan kejap je, rupanya

lain hal pulak yang timbul."

Farith garu kepala yang tidak


gatal. Dia pun sama serabut dah bila
Hajah Maznah letak pilihan yang

macam tu kepada Faizura.

"Eh tadi bukan awak kata redha


je ke dengan takdir awak?

Suruh saya balik kan?" Teringat


ayat rajuk si Faizura tadi tu, sengaja
dia test.

75
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Faizura tayang muncung. Bos dia


ni bodylanguage orang merajuk pun
dia tak reti faham!

"Zaman moden macam ni ada


lagi kes kena paksa kahwin ye." Farith
menggeleng.

"Tuan, saya nak dengar jawapan


tuan. Jangan melalut jauh la. Say yes
or no je."

Lama jeda. Farith meraup anak


rambutnya yang berjuntai di dahi.

Beberapa minit berdiri


membelakangi Faizura, hanya siulan

76
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

burung-burung yang terbang dilangit


sana mengisi ruang sepi mereka.

Jantung Faizura dah macam nak


meletup menunggu jawapan bosnya.

"Jadi isteri saya, awak takde


keluarga mentua sebab of course la

family saya tak akan tahu status awak


sebagai isteri saya."

Farith toleh perlahan. Sebelah


tangan menyeluk poket.

Anak matanya dihunus tepat ke


dalam mata Faizura yang nampak
berkaca.

"Boleh ke?" Dia meminta


kepastian.

Faizura angguk.

77
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Status kita dirahsiakan. Takde


siapa pun boleh tahu kita berdua ni
suami isteri."

Faizura angguk lagi.

"Tidak dibenarkan bermesraan


dengan saya macam suami isteri
dikhalayak. Kalau nak bermesra lebih-
lebih dengan saya hanya di kondo saya
je. Kondo tu Elis pun tak pernah jejak
kaki. Saya baru beli. Nanti awak
duduk sana."

Faizura diam. Bermesra lebih-


lebih apanya. Dia bukan nak kahwin
dengan lelaki ini sebab kemaruk cinta
pun.

"Kena tahan perasaan bila


melihat Elis bermesra dengan saya

78
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

depan mata awak. Sebab awak dah


sedia maklum, sebelum kita
berkahwin, saya ni bercinta dengan

Elis. Dalam hati saya ada Elis."

"Eh, takde hal la semua tu. Tahan


perasaan apa benda? Saya bukan ada
perasaan dekat tuan."

Penuh yakin Faizura melafazkan


ayat tu. Dia senyum lebar.

Farith tergelak kecil. Dia


mengorak langkah ke kereta semula.

Sebelum tu sempat hujung


hidung

Faizura dicuit bersahaja.

79
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Itu kata-kata awak yang


sekarang. Sebelum kita ni jadi suami
isteri."

Faizura jeling bosnya yang dah


masuk dalam kereta.

Kenapa? Lepas kahwin bukan ke


tetap juga mereka buat hal sendiri
sama seperti sebelum kahwin. Ada ke
perasaan dia akan berubah nanti?

Pin! Pin! Pin!

Farith tekan hon kereta dia


berkali-kali. kemudian kepala
dijengah sedikit keluar tingkap kereta.

"Lekas naik. Karang lewat


sampai rumah, kena parang pulak

80
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dengan Hajah Maznah tu. Tak pasal


ada yang masuk hospital."

Faizura mencebir. Farith sindir


mak dia la tu.

81
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 5
F
AIZURA mengekori
Farith masuk. Matanya
meliar mengitari seluruh
ruang kondo yang cantik itu. Sudah
lengkap dengan segala perabot. Malah

82
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

sentuhan warna hiasan dalamannya


juga begitu menenangkan.

"Ini ke kondo yang tuan cakap


nak beli tu?"

"Hmm..." Angguk. Sebelah


tangan menyeluk poket. Farith
senyum lalu toleh pada Faizura yang
nampak masih teruja memerhati
seluruh ruang di situ.

Dari ruang tamu, Faizura


mengorak langkah ke bahagian dapur
basah pula. Buntang matanya melihat
hiasan serba lengkap di dapur itu.
Farith mengekorinya.

"Uish, semua complete dalam


kondo ni. Tak pernah saya termimpi

83
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

nak tinggal dekat kondo mewah


macam ni."

Menoleh pada Farith yang


berdiri tidak jauh daripadanya,
Faizura tayang riak berkerut.

"Err, kalau Elis atau family tuan


datang sini nanti apa saya nak cakap
dekat dia orang? Sah-sah la diorang
tanya siapa saya."

"Takde siapa pun tahu pasal


kondo ni. Family saya ke Elis ke. Dia
orang tak pernah tahu kewujudan
kondo ni. Awak je sorang yang tahu,
Fai."

Tak semena-mena Faizura


hatinya berbunga. Terasa dirinya
special. Sebenarnya dia tak jangka

84
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

pun bosnya akan minta dia pindah


masuk sini lepas segala hal mereka di
kampung selesai. Ingatkan sambung
rutin harian dia macam biasa je. Dah
nama pun kahwin express. Pulak tu,
bukan kahwin suka sama suka.
Kahwin terpaksa!

"Tuan, saya tak mintak pun nak


tinggal sini. Saya okay je duduk rumah
sewa lama saya tu."

"Kalau Hajah Maznah awak tu


tiba-tiba datang mengejut, nak bawak
dia ke rumah sewa tu ke?"

Faizura menyengeh kala diaju


soalan itu. Manalah dia terfikir.
Selama dia berkerja jauh dari rumah
ni, ada sekali je kut emak, ayah
dengan adik-adiknya menjengah dia.

85
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Itu pun masa awal-awal masuk rumah


sewa si Kina.

"Takde lah mak tu rajin nak


jengah anak dia ni. Dulu sekali je tuan
masa saya nak masuk rumah sewa tu,
mak ayah dengan adik-adik datang.
Lepas tu takde dah."

"Tak rajin nak jengah anak dia


kerap-kerap, tapi mana tahu tiba-tiba
nak jengah menantu dia ke?" Farith
jongket kening.

Uhuk! Uhuk! Uhuk! Tersedak


Faizura bila Farith ucap ayat tu. Kalau
dah macam tu kata Farith, maknanya
dekat kondo ni...

"Tuan nak tinggal sini sekali ke


dengan saya?" Tiba-tiba Faizura rasa

86
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

berdiri habis bulu roma dia.


Janganlah Farith jawab ya.

"Dah nama pun rumah saya kan?


Ikut suka saya la nak duduk sini pun.
Awak tu sekarang isteri saya. Apa
guna ada isteri kalau duduk asing-
asing?" Farith jongket-jongket kening
siap tayang senyum lebar. Sampai
Faizura pula rasa naik seram
semacam melihatkan senyuman
bosnya ini.

Kalau tadi bukan main teruja


Faizura masuk ke kondo ni. Sekarang
bila dapat tahu tuan empunya kondo
pun akan tinggal bersama dengan dia,

87
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dan dan tu hilang rasa terujanya.


Terus jadi lemah semangat.

"Alang-alang dah terkahwin ni


kan, nak la jugak merasa hidup
berumahtangga macam mana. Best ke
tak best."

"Tuan cakap hubungan kita ni


dirahsiakan."

"Rahsia tu bila di luar. Tapi di


kondo ni, saya suami dan awak isteri.
Tiada rahsia antara kita berdua."
Farith mendekati Faizura dari
belakang. Menyendeng tubuhnya
lebih dekat dengan si PA yang kini
sudah bergelar isterinya. Dan hujung

88
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

ucapan itu sengaja Farith bisikan ke


telinga Faizura.

Terkejut dek tingkah Farith yang


tiba-tiba berdiri dekat begitu
dengannya, tanpa sengaja Faizura
libas rusuk kiri Farith.

Pantas putar tubuh mencari


wajah lelaki yang sudah bergelar
suaminya itu, Faizura tekup kedua
tangannya ke mulut kala melihat riak
wajah Farith berkerut menahan sakit.

"Allah. Tuan, so...sorry." Dia


serba salah. Farith punya pamer riak
sakit tu, macam terlampau sakit.

"Kuat sangat ke tadi bos?


Rasanya macam slow je." Faizura garu
kepala yang berlilit shawl. Terjongket

89
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

keningnya melihat wajah Farith


berubah rona.

"Awak ni ganas betul." Rungut


Farith.

"Tuan la yang salah. Siapa suruh


pergi berdiri dekat saya macam tu
tadi. Dah tu bisik-bisik. Memang la
saya terkejut."
Dan bibir mungil tu pun laju je
menjawab. Enggan kalah langsung.

Faizura mendekati luggagenya.


Tak banyak sangat pakaian dia bawa
ke sini. Masih ada lagi barang dia di

rumah Kina.

"Mana bilik saya, tuan?" Faizura


dah heret luggage. Meliar matanya
memerhati arah laluan ke bilik.

90
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Pembetulan. Bilik kita, okay."

Faizura putar tubuh semula


menentang pandangan bosnya yang
berdiri tidak jauh daripadanya. Dia
tayang muncung.

"La, bukan tuan cakap kondo ni


ada tiga bilik ke? Bak la saya satu.
Privacy sikit. Kenapa kita nak share
bilik pulak? Isy tuan ni. Berkira betul."

Farith pandang muncung si


Faizura tu, dia tahan hati je nak pecah
gelak.

Minah ni tak sedar lagi ke yang


mereka berdua sekarang ni kena

91
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

jalani kehidupan suami isteri di


rumah ni? Dia baru je cakap tadi.

"Berapa kilo semut awak telan


hari-hari, Fai? Saya baru je cakap tadi
kan?" Farith cekak pinggang.

Faizura tayang wajah berkerut.


Kepala otak ligat duk ingat balik apa
benda ayat yang bos dia cakap tadi tu.

"Saya ni nak merasa hidup


berumahtangga. Tak kisah la
walaupun kita kahwin tak rancang.
Walau ter sekalipun kan? Dekat
kondo ni, saya nak kita ni macam
suami isteri yang lain. Faham ke Puan
Faizura?" Farith mendekati Faizura.

92
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Dia gelak-gelak. Pipi Faizura sempat


dia usap-usap sebelum berlalu.

"Tuan ambil kesempatan dicelah


kesempitan saya ni." Faizura
mengomel geram.

Farith tak pedulikan omelan


Faizura. Sebaliknya luggage Faizura
dia ambil.

Faizura pandang bosnya yang


dah heret luggage pink tu.

"Sini ikut saya." Arah Farith


kemudian.

Bibir terjuih menyahut arahan


Farith itu. Kata hati menghalang
namun entah megapa langkah kaki

93
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Faizura tetap di hala mengekori lelaki


itu yang dah masuk ke satu bilik.

94
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 6
F
AIZURA baru lepas
solat isyak. Elok dia
sangkut telekung dan
sejadah, toleh ke meja solek nampak
Farith berdiri depan meja solek.
Sedang merapikan rambut. Lelaki itu
kemas mengenakan tshirt dan jeans

95
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

serba hitam. Ringkas namun tetap


nampak handsome.

Haruman yang dipakai Farith


buatkan hidung Faizura kembang
kempis
menikmatinya. Wangi sangat. Wangi
yang... menggoda!

Bibir laju saja mahu mengaju


soalan, namun mengingati panggilan

telefon yang tidak sengaja dia dengar


sebelum dia solat tadi, soalan yang

mahu dia ajukan dia simpan saja.

Elis call. Dan Farith buat loud


speaker masa tu.

96
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Suara Elis merengek rindu


buatkan Faizura rasa hatinya tiba-tiba
berbahang semacam. Haih!

Sekilas mengerling Farith,


Faizura terus bawa langkah mahu
keluar bilik.

Farith mencuri pandang Faizura


menerusi cermin meja solek. Melihat
tudung sarung di kepala Faizura,
bibirnya menyimpul senyum kecil.

"Dalam rumah pun masih nak


bertudung bagai. Awak memang
macam ni ke Fai?"

Pertanyaan Farith mematikan


langkah Faizura. Dia toleh pada Farith

97
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

seketika. Ulas bibir mengukir senyum.


Dia geleng.

"Dalam rumah ni je saya


bertudung. Tu pun sebab ada tuan."
Jawapan selamba.

Terhenti gerakan tangan Farith


yang sedang merapikan rambutnya
sejak tadi tu. Letak sikat atas meja
solek, dia cekak pinggang
memandang si PA dengak
riak berkerut.

"Apasal pulak? Kita kan dah


halal? Nak selindung apa lagi? Takde
maknanya lah awak nak bertutup-
tutup nak elakkan saya tengok. Semua
yang ada pada awak tu halal tau untuk
saya." Berjela Farith balas. Entah
kenapa jawapan Faizura tu tak

98
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

semena-mena buatkan dia rasa


hangin.

"Sebab saya ni extra lawa kalau


nak bandingkan dengan Elis tuan tu.
Karang kalau tuan tengok saya versi
tak tutup-tutup, cair habis tuan, saya
jugak yang susah." Jawapan sekali
lalu. Usai habis ayat tu, macam lipas
kudung Faizura blah dari bilik tu.

Laju-laju turun anak tangga,


Faizura tampar mulut sendiri. Geram.
Bedal ayat ikut dan je. Adoi.
Memalukan diri sendiri.

Farith tergelak kecil usai Faizura


berlalu. Pandangannya masih terpaku
pada muka pintu bilik yang terkuak.

99
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Seakan Faizura masih berdiri disitu


memandangnya.

Alahai. Comel je bila si PA nya


selamba mengaku extra lawa tadi.
Dan tanpa Farith sedar, dalam kotak
ingatannya masa ni telah terisi satu
wajah yang sebelum ini tidak pernah
pun menghuni lama di dalam
ingatannya.

Seingat Farith, masuk hari ke


lima mereka bergelar suami isteri hari
ini. Belum pernah lagi dia nampak
Faizura lepas rambut depan dia. Asal
nampak dia, Faizura akan cepat-cepat
tutup kepalanya.

Lima minit selepas Faizura


keluar bilik, Farith keluar sama.
Farith tala langkah ke arah ruang

100
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

tamu dahulu. Mendapatkan Faizura


yang sedang menonton.

"Saya nak keluar dengan Elis."


Beritahu Farith sambil seluk poket
seluar.

Dia keluarkan jam tangan


dalam poket seluar tu. Lepas tu sua
depan Faizura.

Faizura dongak sekilas. Tiada


sepatah perkataan pun meluncur dari
bibirnya.

Dia pandang Farith lepas tu


pandang jam tangan yang dihulur
bosnya.

"Pakaikan saya jam ni." Arahan


selamba.

101
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Faizura tak sambut jam tu. Dia


kerut dahi pandang Farith.

"Tuan dah jadi oku ke?"

Uhuk! Uhuk! Uhuk! Tersedak


Farith dek teguran selamba tu. Amboi,
sungguh la mulut minah ni takde filter
langsung.

"Sebelum ni boleh je pakai


sendiri." Dia membebel. Dan dalam
masa yang sama, jam tangan Farith
tadi dia ambil juga. Masa nak
pakaikan Farith jam tu, sempat dia
belek.

"Eh, jam saya bagi tuan ni.


Hadiah birthday tuan tahun lepas ni."
Faizura senyum. Dan senyuman tu

102
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

turut mengundang senyuman Farith


juga.

Faizura pakaikan Farith jam


tangan tu.

"Jam murah je ni tuan. Tiga


puluh lima ringgit. Beli dekat pasar
malam."

"Huh? Awak kata beli mahal.


Dekat setengah bulan gaji awak."
Farith ingat lagi masa Faizura
tersengeh-sengeh bagi dia jam ni.
Faizura cakap sendiri jam tu mahal.

Pecah gelak Faizura melihat


kerutan di wajah Farith masa ni.

103
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Sampai sakit perut dia dek tak boleh


berhenti gelak.

"Masa tu saya auta tuan je. Malu


la saya nak cakap jam pasar malam.

Tuan dah la buka hadiah tu


depan mommy dengan daddy tuan."

Mencebir Farith. Malas nak


layan lebih-lebih.

Faizura ni kadang benda betul


pun dia boleh pusing-pusing.

"Tak payah tunggu saya balik."


Farith dah bersedia untuk keluar.

Seperti tadi, Faizura


menggagguk tanpa mempamer riak
wajah berperasaan.

104
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Awak takde nak pesan apa-apa


ke dekat saya?"

Faizura dongak lagi. Pandang


Farith yang masih pakukan
pandangan pada dia. Riak bersahaja
dia tayang pada Farith. Dia
menggeleng.

"Saya nak dating dengan Elis ni."


Sengaja Farith tekankan lagi
perkataan dating itu.

Entah kenapa terasa mahu


menduga Faizura begitu. Tapi bila
melihat Faizura selamba dalam riak
tanpa perasaan, Farith melepas keluh.

Tak semena-mena dia rasa


hatinya sendiri sedang rasa satu

105
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

perasaan pelik yang belum pernah dia


rasa.

"Ye, tuan. Pergi je la. Isy, tuan


kacau la saya nak fokus cerita ni."

Faizura alihkan tumpuannya


kembali terhala ke skrin televisyen
semula.

Farith tergelak. Sempat dia toleh


pandang skrin televisyen.

Faizura tengah layan cerita korea


rupanya di netflix.

Selangkah kaki berada diluar


rumah, Farith sekali lagi memandang
Faizura.

"Fai..." Lanjut je dia memanggil.

Faizura toleh.

106
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Sebelum jam 12 saya sampai


rumah." Ucapnya sebelum menutup
pintu. Faizura tak menyahut.

Usai pintu kembali ditutup


rapat, Farith hela nafas panjang.

107
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 7
S
ELEPAS siap sarung
pijama, Farith menapak
ke katil. Melihat figura cik
PA yang kini dah jadi isterinya sedang
nyenyak lena, entah kenapa
tersungging senyum kecil dibibir.

108
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Tanpa sedar dia terleka memerhati


seraut wajah sedang pejam mata itu.

Faizura tidur tak pakai lagi dah


tudung sarung tadi tu. Tapi... dia
pakai serkup kepala warna coklat
gelap. Dah rupa nenek-nenek. Serkup
tu pun hampir tertanggal dah.

Farith naik ke katil. Berhati-hati


dia henyak punggung ke tilam.
Punyalah tak mahu Faizura terjaga.
Sebelum selimut ditarik, jari
jemarinya mendarat ke kepala
Faizura. Serkup yang hampir
terkeluar tadi kepala cik isteri
selamba dia tanggalkan."Tidur pun
nak bertutup-tutup lagi kepala tu.
Bagi lah rambut tu bernafas sama."

109
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Rungutnya separa berbisik seraya


menggeleng.

Farith letak kepala ke bantal.


Tubuh dikalih mengiring mengadap
cik isteri yang nampaknya nyenyak
betul. Menikmati seraut wajah comel
yang hanya berjarak beberapa inci
daripada wajah sendiri, buat sekian
kali bibir Farith masih tidak lekang
menyungging senyum. Jujurnya dia
sendiri seakan tidak percaya dengan
perubahan status dirinya sekarang.
Diluar perancangan diri, dia kini
bergelar seorang suami!

"Nanti lepas setahun ke dua


tahun ke, kita cerailah tuan. Tahulah

110
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

saya nak 'goreng' mak dekat kampung


tu pasal kita cerai."

Masih terngiang-ngiang lagi


ucapan Faizura itu ketika mereka
dalam perjalanan pulang dari
kampung selepas masing-masing dah
tukar status jadi suami isteri.

Farith tak sahut pun apa yang


Faizura katakan. Cerai? Rasanya dia
belum fikir pun ke arah tu. Nikah cerai
ni bukan boleh dibuat main.

Tadi keluar dengan Elis selepas


sebulan lebih jugak tidak berjumpa
dek kesibukan berulang balik
kampung Faizura nak uruskan hal
nikah kahwin mereka. Satu yang aneh
kali ni Farith dapat rasa. Dan dia

111
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

sendiri seakan tidak percaya dengan


perubahan itu.

Duduk depan Elis, tapi fikiran


tetaplah melekat di kondonya. Asyik
terbayang - bayang cik PA yang dah
jadi cik isteri tu. Dan dek sebab
perasaan yang mengganggu tu,
sekarang ni dia dah selamat sampai ke
kondo semula. Cakap dengan Faizura
tadi sebelum jam 12 dia balik rumah.
Dia sampai tadi, elok-elok jarum jam
menunjukkan pukul 11.25 malam.

"You lain macam je, yang.


Sebulan lebih kita tak jumpa. Sekejap
sangat you luang masa dengan I kali
ni. Biasanya you suka ajak I lepak
hotel. Ni kita keluar makan je? Lepas
tu you nak terus balik." Merungut Elis.

112
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Muncung tu tak usah cakap la. Serupa


muncung itik!

Lepak hotel dengan Elis?


Memang dia suka.

Mana ada dia peduli halal haram.


Janji dapat berduaan dengan kekasih
hati tanpa gangguan.

Tapi selepas 5 hari jadi suami


kepada cik PA sebelah dia ni, tiba-tiba
je rasa suka yang sebelum ni selalu

dia buat dengan Elis entah ke mana


perginya.

Dia sendiri pun rasa dia seolah


Farith yang baru.

'Apa benda la yang kau dah buat


kat aku ni, Fai? Jampi apa kau pakai

113
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

sampai diri aku, hati aku dah jadi pelik


semacam ni?'

Berbicara di dalam hati, jari


jemari yang sebelumnya elok je
berdiam diri mula bekerja. Perlahan
naik mendarat ke wajah comel itu.
Mengelus lembut. Dan tindakan
bersahaja Farith itu tak semena-mena
mengejutkan Faizura.

Dari elok-elok Faizura pejam


mata, langsung celik.

"Huh, Tuan?" Jantung dah


macam nak terkeluar bila tersedar

114
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

jarak dia dengan bosnya atas katil ni


hanya beberapa inci je.

Gema suara terkejut Faizura


serentak dengan tindakan luar
kawalnya.

Kedua belah tangan dan kaki


berkerja sama menolak tubuh yang

berada di bawah satu selimut


dengannya itu supaya segera
menjauh.

Dan... buk!

Macam nangka busuk, Farith


jatuh katil. Sengal habis punggungnya
bila dah cecah lantai macam tu.

"Err...so... sorry, tuan."

115
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Faizura celapak bangun dari


katil. Rasa bersalah menebal bila

melihat riak berkerut bosnya yang


masih duduk dilantai.

"Saya ni cepat terkejut. Serupa


macam tuan la jugak."

Farith bangun. Wajah berkerut


memandang cik PA yang berdiri tidak
jauh daripadanya itu. Nasib badanlah.
Baru sentuh-sentuh sikit dah kena
terajang sampai jatuh katil.

"Siapa suruh tuan naik ke katil ni


sebelah saya. Dah tu tangan tuan tak
reti pulak duk diam. Berjalan ke sana
sini. Nasib tuan lah kena terajang."

Farith masih mengunci bibir.


Sengal punggung tadi dah beransur

116
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

hilang. Pandangannya kini tertumpu


pada seraut wajah yang sedang
mengomel tak henti-henti ni.

Baru Farith tersedar bila melihat


Faizura dalam versi tidak bertudung
ketika ini. Jujurnya dia terpukau.
Rambut Faizura panjang hampir
mencecah punggung. Lurus cantik.

"Tuan pandang apa? Lain


macam je?" Faizura mula berdebar
bila melihat bosnya yang sejak tadi
membisu tu, tak berkelip
memandangnya.

Takkan jatuh katil dah terus jadi


bisu pulak kut?

Faizura pandang pada tubuh


sendiri. Mana tahu ada yang tak kena

117
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

pada diri dia masa ni. Kut la baju


kaftan yang dia pakai koyak rabak ke.
Tapi bila dibelek, tiada pula yang tak
kena dengan pakaiannya.

"Apa yang tak kenanya saya ni?


Mata tuan tu duk perhati saya, buat
saya seram tau." Wajah berkerut
berbalas pandang dengan Farith.
Faizura silang dua tangan ke dadanya.
Mengusap-usap lengan yang mula
rasa berdiri habis bulu roma. Seram!

"Rambut awak. Cantik, Fai. Betul


awak cakap, awak lagi cantik dari
Elis."

Rambut? Dan-dan tu Faizura


pegang kepala sendiri. Patutlah
bosnya pandang dia tak berkelip tadi.

118
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Aduh. Masa bila serkup kepala dia


tertanggal pun dia tak sedar.

Dalam masa yang sama, langkah


kaki Farith perlahan-lahan menapak
mendekati Faizura.

Faizura yang cuak mengundur ke


belakang sampailah tubuhnya betul-
betul tersandar pada dinding.

"Err, tuan. Apa jadi dengan tuan


ni? Isy, tuan buat saya ta...."

Tak sempat pun Faizura


habiskan ayat tu, jari jemari Farith

119
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

terlebih dulu naik mendarat


dibibirnya.

"Shyy."

Hilang suara Faizura. Hanya


sepasang matanya yang tak berkelip
menatap sepasang mata Farith dalam
jarak yang begitu dekat. Berombak
laju dada Faizura menahan rasa
debar.

Sebelah tangan Farith sudah


terpasak ke dinding. Manakala
sebelah tangan lagi naik mengelus
rambut Faizura. Anak mata Farith
terhala tepat ke ulas bibir yang separa
terbuka dihadapannya itu.

"Awak tak perlu cakap apa-apa.


Takde apa perlu ditakutkan." Nada

120
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

suara Farith berubah makin perlahan.


Seakan berbisik ditepi telinga Faizura.

Hembusan hangat nafas Farith


buatkan Faizura terpejam mata.

Degupan jantung yang makin


menggila saat ini buatkan dia rasa
seolah kedua belah kakinya tidak
mampu lagi menampung tubuh untuk
terus tegak.

Bibir juga seakan terkunci


sedangkan sebelum ini dialah paling
cekap perang mulut dengan bos dia
sorang ni. Cakap pun main bedal je.

Akhirnya apa yang Faizura


rasakan, tubuhnya benar-benar
terawangan. Farith cempung dia.

121
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Spontan kedua belah tangannya naik


bergayut pada batang leher Farith.

122
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 8
F
AIZURA lempar jeling
kala pandangan matanya
bertembung dengan bos
yang sudah merangkap suami tu.
Ligat jari jemarinya mengeringkan

123
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

rambut. Kisah semalam kembali


terlayar di ruang matanya.

Farith tidak henti-henti duk


tersengeh. Sampai dia nak
menyampah.

"Macam orang tak betul pun ada.


Duk menyengeh sorang-sorang sejak
tadi." Bedalnya selamba.

"Pagi-pagi mandi basah rambut.

Tahu dah rambut tu panjang,


lambat kering, gatal pergi basahkan
siapa suruh. Kan dah lambat bersiap.

Mujurlah office tu office husband


awak sendiri, Fai."

Bluek!

124
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Mual dia dengar omelan lelaki


ini.

Acah-acah macam tak ada benda


apa pun jadi antara mereka.

"Tuan ni, cakap tak serupa bikin.


Awal tu ye ye je setuju bila saya mintak
nak tidur asing-asing. Saya tidur dekat
katil, tuan tidur dekat toto tepi katil."

Pecah gelak Farith menyambut


rungutan Faizura. Selesai menyarung
kemeja, dia capai tali leher lalu
menapak mendekati cik PA a.k.a cik
isteri yang mood tak berapa elok tu.

"Nah. Cukup-cukuplah mulut


awak membebel benda yang sama.
Terima je la hakikat kehidupan suami

125
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

isteri memang begitu. Awak jugak


yang nak kita jadi suami isteri. Kan?"

Dia sua tali leher selamba je


depan muka Faizura.

"Hah, ni... salah satu lagi tugas


awak di kondo ni sebagai isteri Tuan
Farith ye. Pakaikan tali leher untuk
saya."

Faizura tayang muka berkerut.


Tali leher pulak dah! Seumur hidup
manalah dia pernah kelebek tali leher.
Inikan nak tolong pakaikan. Hisy.

"Selalu bukan tuan pakai sendiri


ke benda alah ni? Isy, pakai je la
sendiri apa susah?"

Nak tak nak dia ambil juga tali


leher yang dihulur Farith. Pun begitu,

126
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

riak yang terlukis di wajah Faizura


masa ni macam telan selori asam!

"Selalu memanglah saya pakai


sendiri. Tapi semenjak ada isteri,
mestilah teringin nak bermanja
dengan isteri. Nak isteri pakaikan."
Dia kenyit mata pada Faizura.

Menggigil jari jemari Faizura bila


nak sangkut tali leher tu ke batang
leher Farith. Dia dah la 157cm je. Tuan
Farith depan dia ni tinggi lagi dari dia.

Tak berkelip mata Farith


merenung sepasang mata coklat
depan dia ni.

Debar dalam dada yang tiba-tiba


berdetak hebat cuba Farith
sembunyikan. Kisah semalam tak

127
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

semena-mena datang melewati ruang


minda.

Entah macam mana boleh


terbabas. Semuanya terjadi dalam
sekelip mata.

Bila dia sedar je, manusia comel


depan dia ni dah berada dalam
dakapan erat dia.

"Hisy, malaslah tuan nak ikat tali


leher ni. Tak menjadi pun. Dia punya

tahap susah tu macam saya


tolong mak buat ketupat tahu."

"Apa la awak merepek ni."

Boleh pulak disamakan dengan dia


tolong mak dia buat ketupat.

128
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Berkerut-kerut dahi Farith pandang


Faizura.

Dia sambung ikat sendiri tali


lehernya bila Faizura dah menapak ke
meja solek semula.

"Saya tolong mak balut ketupat


tak pernah menjadi, tuan. Asal saya
balut ketupat palas tu comfirm jadi
ketupat betina. Tak nak jadi ketupat
jantan macam mak buat. Sama
macam ikat tali leher tuan ni la.
Susahnya Ya Rabbi...rasa macam nak
ikat kuat-kuat je leher tuan tu. Biar
tuan tercekek." Hujung-hujung ayat
tu dia gelak.

Mendidih je Farith bila Faizura


selamba gelakkan dia macam tu.

129
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Mujur la Faizura ni lawa boleh


kalahkan Elis dia.

Cuma penampilan Faizura ni bila


keluar, dia biasa-biasa je. Tak
melaram macam si Elis. Jadi Faizura
nampak biasa-biasa je la.

Masa ni dan dan Farith rasa


hatinya kembang setaman. Yang
dapat menikmati kecantikan si
Faizura ni cumalah dia. Macam ni
yang dia nak.

Farith jeling Faizura.

"Kalau bukan sebab hari ni hari


bekerja, memang mulut tak ada
insurans tu awak tu saya gam dah

130
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

pakai ni." Jari jemari Farith tunjuk


pada bibirnya sendiri.

Gulp! Mati gelak Faizura lepas


tu. Dia faham maksud bosnya ni.
Sangat-sangat faham.

"Takpe, saya postpone ke malam


karang."

Farith sambung usikannya.


Bukan dia tak nampak wajah Faizura
yang dah kemerahan.

Selesai Farith bersiap, sambil


sebelah tangan pegang briefcase, dan
sebelah lagi seluk poket, dia masih
terpacak di sebelah meja solek.

131
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Perkara yang tak pernah dia buat pun


selama ni!

Faizura yang sedang touch up


compact powder ke mukanya waktu
itu terhenti berbuat demikian.

Compact powder diletak ke meja


solek, dan mata melirik pada bos yang
masih berada di situ.

"Tuan tunggu apa lagi? Dah


bersiap, pergilah je lah."

"Saya tunggu wife. Ada wife kan,


mestilah tunggu."

Farith koyak senyum. Nampak


handsome. Tiba-tiba je Faizura rasa
detak jantung dia masa ni

132
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

berubahrentak kala menikmati seraut


senyum itu.

Sejak mereka berdua bergelar


suami isteri, dan berpindah tinggal di
kondo ni, seingat Faizura makin kerap
bosnya yang sorang ni bahasakan
dirinya wife.

"Tak payah tunggulah. Saya nak


pergi sendiri. Kereta kancil ayah saya
tu walaupun kereta cabuk dah
berzaman-zaman, masih boleh
berkhidmat untuk saya tau."

Jujurnya Faizura rasa serba tak


kena. Nak bersiap pun macam tak reti
dah bila diri sedang diperhati. Lebih-
lebih lagi yang sedang memerhati tu
seorang lelaki yang dipanggil suami.
Sebelum ni teman serumahnya Kina je

133
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

suka perhati dia makeup. Yang tu lain


cerita la.

"Mulai hari ni saya nak awak


pergi kerja dengan saya."

Buntang mata Faizura bila Farith


bagi cakap macam tu. Biar betul?

"Kata rahsia? Kalau terkantoi


karang macam mana?" Faizura dah
start risau. Paling risau kalau Elis
dengan family Farith tahu. Malu
besarlah dia.

"Tahulah saya nak adjust. Awak


tu dengar je cakap saya."

Faizura hela nafas. Tiba-tiba je


dia rasa kepalanya berat. Berdenyut.
Bos dia ni bedal cakap macam mudah
je. Ramai yang memerhati kut.

134
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Pastilah ramai juga yang akan


bercakap-cakap mengenai mereka
nanti.

Sebelum ni pun berapa banyak


gosip yang sampai ke telinganya pasal
dia dengan bosnya ini.

135
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 9
T
AK sempat panas
punggung masuk dalam
kereta, handphone bos
kat sebelahnya dah menjerit. Hela
nafas, Faizura mengerling ke sebelah
sekilas pandang. Farith seluk poket
seluarnya, keluarkan handphone. Dan
dia tayang skrin handphone depan

136
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

mata Faizura seraya buatkan isyarat


jari yang diletakkan pada bibir, tanda
meminta Faizura supaya tidak
bersuara.

Elis call. Farith buat loud


speaker.

"Yaaang..."

Meleret suara menggeletis Elis di


hujung talian memulakan perbualan.

"Yes, baby." Farith menjawab


laju. Menyengeh dalam masa yang
sama. Sempat sekali lalu dia toleh
sekilas pada si PA yang menyilang
tangan di sebelahnya.

Saat pandangan mata Faizura


bertembung dengan Farith, sengaja
Faizura larikan anak matanya dengan

137
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

melempar pandang ke luar tingkap.


Nafasnya tiba-tiba rasa sesak. Macam
kurang oksigen.

Entah kenapa pagi ni hati dia


start rasa lain macam bila dengar
suara si Elis tu. Haisy. Pelik! Pandai
pulak hati dia nak rasa-rasa begini.
Walhal sebelum ni bukan dia peduli
pun hubungan pelakon terkenal tu
dengan bosnya.

"Sayang, kereta I buat hal la. I


dah la nak cepat. Pagi ni I ada
shooting. Habislah kalau I lewat,
karang dia orang bising."

Suara merengek Elis buatkan


Faizura julingkan mata ke atas. Yes,

138
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dia juga dah mula menyampah


dengan Elis ni.

Kalau dah Elis merungut macam


tu, maknanya dia kena faham
sendirilah. Bosnya sekejap lagi kena
pergi pickup cik kekasih hati hantar
pergi shooting.

Malas nak tunggu Farith


tamatkan panggilan, pegang handbag,
Faizura segera turun semula dari
perut kereta. Pergi kerja sendiri lagi
senang. Bebas dia nak bergerak ke
sana sini. Lagi pun dia cadang lepas
balik kerja nanti dia nak jumpa Kina.

Namun baru beberapa langkah


dia menapak ke arah kereta kancilnya,
tiba-tiba pergelangan tangannya

139
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dilelar. Mendorong tubuhnya


terpusing semula.

Menenantang pandangan Farith,


dia kerut dahi. Riak wajah Farith
nampak sedikit tegang. Lelaki itu
masih tidak melepaskan tangannya.

"Nak ke mana?" Serius soalan itu


diajukan.

"Kerjalah." Faizura jawab


sepatah. Serius jugak

"Dah tu, kenapa turun kereta?"

"Nak pergi sendiri. Senang nak


gerak sana sini. Malas nak harapkan,
tuan. Tuan kan sibuk. Nak hantar Elis

140
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

lagi." Kenyataan. Lagi pula dia dah


biasa pergi dan balik kerja sendiri.

"Hal Elis tahulah saya adjust."


Farith tarik tangan Faizura mengekori
ke keretanya semula.

Tahu adjust. Tu je la modal bos


dia. Tanpa sedar, Faizura mencebir.

Pun begitu, langkah kakinya


tetap mengekori Farith ke kereta
lelaki itu semula. Memang kena
ikutlah, Farith pegang kejap
pergelangan tangan dia tak lepas-
lepas.

"Masuk. Saya hantar awak ke


office dulu."

Farith siap bukakan pintu kereta


lagi untuk Faizura. Dia tunggu Faizura

141
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

masuk dan pastikan Faizura sudah


selesa duduk, barulah pintu kereta tu
dia tutup.

Faizura tersenyum tanpa sedar.

Tiba-tiba je dia rasa special. Kali


pertama kut bosnya layan dia macam
ni.

Farith masuk semula ke perut


kereta.

Selamba dia sendengkan tubuh


ke sebelah lalu mendekati Faizura.

Jarak wajah mereka yang begitu


dekat ketika itu buatkan riak wajah

Faizura berubah cuak. Debar


mengetuk dada.

142
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Spontan jemarinya menekan


dada Farith. Menolak lelaki itu
menjauh.

"Saya nak tolong awak pakaikan


seat belt ni je la." Ucap Farith
bersahaja. Gelihati dia bila
mendengar Faizura menghembus
keluh kemudiannnya.

"Kenapa? Ingat saya nak ulang


drama romantik semalam ke?" Tak
habis lagi Farith mengusik.

Faizura sekadar menjeling. Nak


melawan kata dengan bosnya entah
kenapa dia rasa dah kehilangan kosa
kata.

Bila Farith sebut pasal drama


romantik tu, sumpah dia rasa kulit

143
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

mukanya dan dan jadi tebal dan


kebas.

Kereta dipandu Farith terus


meluncur laju membelah jalan raya.

Pagi ni Farith drive agak laju


berbanding biasa.

Maklumlah kejar masa. Nak Faizura


cepat sampai office. Dalam masa yang
sama, nak cepat sampai depan Elis.

Faizura punya takut hinggakan


tanpa sedar dia dah sauk lengan
Farith.

"Tuan slow la sikit drive. Ingat


sama orang sebelah ni."

Berkerut-kerut wajah Faizura.

144
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Pandangannya lurus ke depan


jalan raya.

"Saya nak cepat. Cepat awak


sampai office, cepat la saya sampai
dekat Elis."

"Takde masalah cari masalah.


Kalau tadi tuan biar saya drive sendiri
kan mudah."

Dia menyambung omelan.

Farith turunkan Faizura tidak


berapa jauh dari office.

Elok sua kaki nak turun kereta,


Farith sambar tangan Faizura sekali
lagi.

"Apa lagi tuan?"

145
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Dia pandang tangannya yang


masih dalam pegangan lelaki itu.

Lekas-lekas dia leraikan.

Bimbang ada mata yang


memerhati dari jauh. Manalah
mereka tahu.

"Salam. Buat macam suami isteri


lain."

Mendatar arahan tu keluar dari


bibir Farith.

Matanya tak berkelip pandang


cik PA yang sedang pamer wajah
berkerut tu.

"Perlu ke? Kita bukan dekat


kondo lagi, tuan. Kalau terkantoi
semuanya nanti, siapa susah?"

146
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Takpe, kalau terkantoi kita


tanggung je sama-sama."

Faizura juih bibir. Tanggung


sama-sama? Ye je bosnya bercakap.
Macam mudah benar.

Nak tak nak, Faizura sambut


huluran tangan lelaki itu.
Menyalaminya.

"Tuan, lepas time office karang


saya nak pergi jumpa kawan satu
rumah sewa saya, Kina. Saya tak balik
tau. Saya bermalam di rumah sewa
Kina. Esok Kina hantar saya datang
office."

Farith senyum segaris. Dia


angguk-angguk. Sambil tu jari

147
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

jemarinya tak berhenti mengetuk


stereng kereta.

Pandang sekali lagi Faizura yang


dah sedia mahu beredar, nama si
PAnya itu diseru.

"Fai..."

Faizura sekadar jongket kening


menanti lelaki itu menyambung kata.

"Lepas jumpa Zati petang nanti,


call saya. Saya jemput awak."

Jatuh bahu Faizura. Geram je dia


dengar pesanan bosnya tu.

"Dah kenapa tuan nak jemput


saya? Saya nak bermalam rumah Zati
lah." Nada suara dah mula tak senang.

148
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Geram dan rasa nak marah sama


banyak.

Farith geleng bersahaja.

"Jumpa Kina, saya benarkan.


Tapi kalau nak bermalam di rumah
sewa Kina, sorry, yang tu saya tak
benarkan."

Faizura pamer riak mencuka.


Tak banyak cakap, dia terus bawa
langkah meninggalkan kereta bosnya.

Farith memandang figura cik PA yang


semakin jauh itu. Setelah memastikan
Faizura dah masuk dalam office,
barulah dia beredar.

149
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 10

F
ARITH turunkan Elis di
lokasi shooting gadis itu.
Elok Elis turun. Farith
dah sedia nak gerak.

"Sayang, you tak nak tunggu


kejap ke tengok I shooting? Scene I

150
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

pagi ni bukan lama mana pun. Lepas


I habis, I ikut you."

Manja suara itu memujuk. Elis


renung sepasang mata Farith.

Berharap benar Farith setuju


dengan cadangannya. Lagi pun
semenjak kebelakangan ni, apa yang
dia nampak makin kurang je waktu
Farith luangkan untuknya.

"Yaaang, please. Tunggulah


kejap. I nak ikut you lepas I habis
shooting kejap lagi."

Farith mengurut pelipis. Tercari-


cari jawapan paling tepat nak diberi

151
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

pada Elis. Dia mahu lekas masuk


office sebenarnya.

Entah kenapa dia jadi rimas pula


dengan permintaan Elis ini. Walhal
sebelum ni bukan tak pernah Elis nak
bermanja dengan dia begini. Sebelum
ni dia okay je dengan segala tingkah
Elis. Tiada pun yang merimaskannya.

"I nak cepat masuk office ni.


Kerja banyak. Kalau you ikut I pun,
takut you boring je karang takde yang
layan you."

Elis tayang muncung. Riak wajah


gadis itu yang tadi ceria berubah
murung. Dalam masa yang sama,

152
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

sayup-sayup kedengaran nama Elis


diseru.

"You pergilah. Dia orang dah


tunggu tu. Habis you shooting nanti,

ajaklah siapa-siapa teman you lepak


mana-mana.

Alah, ramai je yang sudi nak


teman gadis secantik you."

Elis kerut dahi pandang lelaki


kesayangannya.

Pertama kali dia dengar, Farith


tak kisah siapa pun yang akan keluar
bersamanya.

"Kalau I keluar dengan Zack


pelakon baru tu?" Soalan menduga.

153
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Keluar je. I tahu you pandai jaga


diri you." Farith senyum seraya tepuk-
tepuk manja pipi gadis itu.

Terkedu Elis menyambut


jawapan Farith. Sebelum ni bukan dia
tak pernah duga Farith dengan soalan
yang sama. Sebab Farith tahu Zack tu
ada hati dengan Elis. Tapi sebelum ni
Farith akan cepat naik angin. Memang
susah la dia nak izin Elis hangout
dengan mana-mana teman lelaki.

"You..." Termati kata-kata Elis


tatkala lengannya tiba-tiba disambar
seseorang.

Wangi, manager Elis tarik Elis


mengekorinya. Terpaksa Elis turuti.
Elis toleh semula ke arah kereta
Farith, ingatkan nak lambai tangan

154
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dan bagi flying kiss. Tak sempat buat


macam tu pun, kereta Farith dah lesap
dari pandangannya.

MASUK saja office, langsung


pandangan mata Farith tertancap
arah meja si PAnya.

Tod a.k.a Firdaus, staffnya


sedang bertenggek punggung di meja
Faizura.

Entah kenapa tiba-tiba je dia


rasa panas hati semacam.

Bersama langkah kaki yang


ditala ke arah meja Faizura itu,
sepasang mata helang Farith tajam

155
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dihunus pada dua figura depan


matanya itu.

"Good morning, tuan."

Ucap Tod dalam nada lembut.

"Morning, tuan."

Diikuti Faizura pula. Tanpa


langsung memandang Farith.

Berhentikan langkah depan meja


Faizura, Farith cekak pinggang.

Pandangannya saat ini bersilih


ganti memandang Tod dan Faizura.

"Takde kerja ke nak buat yang


kau bertenggek dekat meja Fai ni,
Tod?"

156
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Takde, tuan. Saya dok bincang


tempat makan best nak pergi lunch
Fai nanti."

"Fai ajak kau keluar lunch


dengan dia ke?" Kali ni soalan yang
lebih difokus pada Faizura pula.
Entah kenapa, dek mendengar saja
apa yang diberitahu si Tod tu, hati
Farith tak semena-mena hangat
semacam. Berbahang.

Faizura dongak sekilas.


Menjeling bos yang dia rasa lain
macam je nada soalan tu. Bunyi
soalan pun, hati dia rasa kurang sedap
dah.

"Eh, kami memang selalu lunch


berdua tuan. Tak timbul pun siapa

157
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

ajak siapa. Dah biasa dah, time lunch


kami akan keluar sama."

Panjang lebar Tod buat


penjelasan.

Tanpa dia sedar, riak wajah


bosnya masa ni dah berubah.

Faizura yang lebih cekap


mengesan perubahan riak wajah
bosnya itu terus buat isyarat muka
minta Tod lekas beredar dari mejanya.

Elok Tod beredar, Farith


mendekati Faizura.

Sebelah tangannya dipasak ke


meja, lalu dia bongkokkan sedikit

158
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

tubuhnya supaya lebih dekat dengan


Faizura.

"Lunch nanti jangan nak keluar


dengan Tod."

Nada arahan yang meluncur dari


bibir Farith itu buatkan Faizura
mengertap bibir. Geram!

Elok tinggalkan pesanan tu,


Farith pun berlalu masuk ke biliknya.
Bengkak je hati Faizura pandang
figura bosnya itu.

Hisy, pelik sangat bos dia ni


berubah perangai sekarang. Apa dia
nak buat semua dihalang! Apa
masalah dengan Tuan Farith dia ni?

'Bukan ke aku ajak dia kahwin tu,


untuk sementara je? Habuan jadi

159
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

suami pinjaman aku sebab aku nak


elak kahwin dengan sepupu sendiri.

Ini dia punya mengawal tu


serupa aku ni hak dia selamanya je?'

Faizura tertanya sendiri. Masih


lagi pandangannya terpaku pada
pintu bilik Farith.

Ah, tak kira. Dia nak lunch


dengan Tod jugak.

Selama ni, Tod je duk teman dia


lunch. Staff lain bawak bekal. Dia
orang tak keluar.

160
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 11
E
LOK kaki melangkah
seiringan dengan Tod
masuk ke dalam office,
dan dan tu telinga Faizura menangkap
nada dering telefon di mejanya.

Interkom dari Farith rupanya.


Lekas Faizura jawab. Nafas pun jadi

161
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

semput dek kalut berlari ke mejanya


tadi.

"Masuk kejap."

Arahan dengan dua patah kata tu


membawa Faizura bangun semula
dari kerusi.

Dia bawa pen dan buku nota


ditangannya.

Ketuk pintu tiga kali, dia pulas


tombol pintu.

Sebaik melangkah masuk,


pandangan Faizura terus terpusat

pada si tetamu tak dijangka depan


matanya.

Spontan terhela keluh panjang


dibibirnya.

162
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Awak ke mana tadi?"

Faizura pandang tepat anak


mata bosnya. Dahi berkerut.

Yang ni je ke bosnya nak tanya?

Dia punya la tak cukup nafas


berlari ke mejanya jawab interkom.

Dah tu terus dipanggil masuk ke


bilik ini seolah ada perkara serius nak
dicakapkan.

"Lunch lah, tuan." Jawabnya


dengan hati meluap.

"Dengan siapa?"

"Tod." Jawabnya sepatah.

"Pergi naik apa? Jauh ke tempat


lunch tu?"

163
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Faizura belek jam dipergelangan


tangannya. Lagi lima minit nak ke
pukul 2.00 petang. Awal lagi ni.

Gaya bosnya bertanya serupa


tengah menyoal pesalah. Serius betul.

"Pergi naik...err..."

Sekilas anak mata Faizura


menjeling si tetamu yang duduk
bertenggek di sebelah bahu kerusi
bosnya, amukan dalam dada makin
menjadi-jadi. Hilang terus kosa kata
nak dijawab pada soalan bosnya.

Panas hati dia menyaksikan


adegan romantik depan mata dia
ketika ini. Adegan yang bukan kali
pertama sebetulnya dia tengok.
Biasanya dia tak peduli pun. Tapi

164
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

sekarang ni entah syaitan apa yang


sedang menghasut, jujurnya dia rasa
hati dia seperti sedang dihiris-hiris.

Ini kalau lagi lama dia terpacak


dalam bilik bosnya ni, mahu bersepai
habis amukan yang dia tahan-tahan.

Farith kemaskan lilitan


pelukannya pada pinggang Elis.
Sengaja dia biarkan Elis melakukan
apa saja terhadapnya depan Faizura.
Dia perasan riak muka Faizura yang
sudah berubah tu.

"Saya pergi naik motor dengan


Tod tadi, tuan. Senang sikit boleh
cepat balik office semula." Menipu.
Geram punya pasal. Padahal dia
keluar lunch tadi bukan dengan Tod
pun. Zati yang datang jemput dia

165
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

sebab petang nanti Zati tak dapat


keluar jumpa dia. Jadinya mereka
jumpa waktu dia lunch.

Dengar je Faizura sebut pergi


lunch naik motor dengan Tod, hati
Farith terus meluap.

Mujur ada Elis sebelah dia,


jadinya segala rasa tu terpaksa dia
kawal.

Dia siap membayangkan Faizura


panjat motor kawasaki si Tod tu, lepas
tu naik gaya zaman Awie dengan Erra
sedang bercinta dulu.

"Yang, you tak habis-habis tanya


PA you entah apa-apa, bila you nak
bagitahu apa yang I cakap tadi? Perut

166
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

I dah memulas kut. Ajak you keluar


makan, you tak nak."

Suara merengek Elis memancing


perhatian Faizura dan Farith
serentak. Terjongket kening Faizura
masa ni. Bos dia panggil masuk ni
pasal si Elis ni ke?

Farith berdehem. Tolak tubuh


Elis agar bangun dari terus
bertenggek sebelah dia, dia betulkan
kemeja dan tali lehernya.

"Jomlah keluar. Tiba-tiba pulak I


rasa lapar. Kita keluar sama-sama."

"Serius ni sayang?" Bukan main


Elis punya syoq.

Faizura yang masih terpacak


ditengah-tengah antara pasangan tu

167
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dah serupa patung cendana. Sekejap


lontaran matanya terhala pada si bos,
sekejap kemudian beralih pada Elis.

"Tuan, ada apa-apa lagi ke tuan


nak dari saya?"

Faizura cuba melontar kata


sebaik mungkin walau dalam hati
sudah menyumpah seranah makhluk
yang sengaja buat hati dia mendidih
masa ni.

Dia kena cool. Jalan ni dia pilih


sendiri.

"Farith dah bersedia dengan


kunci kereta ditangannya manakala

168
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Elis selamba sahaja merangkul lengan


Farith.

"Tuan masuk semula tak office


kejap lagi?"

Tak sempat soalan yang pertama


tu Farith jawab, Faizura lontar pula
soalan berikutnya.

Soalan yang dia sendiri tak tahu


kenapa mesti dia ajukan soalan tu.

Sebelum ni kalau Farith tak


masuk semula office lepas lunch,
dialah yang palinh syoq.

Sebab tak payah nak mengadap


Farith selalu. Sekarang ni semuanya
jadi terbalik.

169
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Sayang, tak payahlah masuk


office semula. Spend time dengan I
please. I rindu you."

Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Tersedak Faizura tiba-tiba bila


telinganya menangkap ayat tu dari
mulut Elis.

Amboi! Ajak spend time, rindu?

Faizura jeling Farith. Farith ikut


pandang dia. Lepas tu Farith pandang
pula Elis di sebelahnya.

"Please, sayang." Elis masih


menagih jawapan.

Dan akhirnya Farith jawab


sepatah.

"Okay."

170
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Faizura mendengus.

Menggelegak amarahnya masa


ni.

Tanpa menunggu ucapan Farith


berikutnya, terus dia bawa
langkahnya keluar dari bilik Farith.

171
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 12
F
ARITH belek jam
dipergelangan
tangannya. Sudah
menunjukkan angka 5.15 petang.
Lekas dia tingkatkan kelajuan kereta
yang dipandunya. Hati tak keruan
memikirkan Cik PA yang seorang tu.
Sejak tadi dia ulang dail nombor

172
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

telefon Faizura, namun panggilannya


langsung tak berjawab.

Dah tu, kiriman mesejnya juga


Faizura tak balas. Hantar dalam
whatsapp, bluetick je. Balasnya tidak.

Tak semena-mena Farith


menggeleng bersama sengehan di
hujung bibir.

Sambil sebelah tangan


memegang stereng, sebelah lagi naik
mengurut pelipis.

Penangan apa kau buat ni Fai


sampai aku jadi macam ni semenjak
bergelar suami kau?

Farith berbicara sendiri. Dia


angaukan si PA dia sendiri ke
sekarang ni?

173
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Farith teringat ungkapan Faizura


pada malam pertama mereka usai
mereka sah bergelar suami isteri.

"Terima kasih, tuan. Sebab tuan


sudi buat semua ni. Sanggup tolong
saya sampai macam ni.

Saya janji tak akan tuntut apa-


apa dalam perkahwinan ni. Saya janji
tak akan susahkan tuan."

'Haih, tak akan susahkan aku


macam mana?

Kau tak ada depan aku sekejap


pun aku macam orang sasau dah.

Kau mesra dengan lelaki lain,


aku rasa macam nak cincang lumat je
lelaki tu, Fai!'

174
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Farith bergumam sendiri. Buat


sekian kali dia hembus keluh.

Saat ni bila kereta yang dipandu


tiba di perkarangan letak kereta
kondominiumnya, Farith bukan main
bersemangat turun dari perut kereta.

Harap-harap Faizura dah ada la


dalam rumah.

Kalau tiada, haruslah dia keluar


balik ni. Menjejak sampai dapat.

Sampai depan pintu rumah,


Farith tekan loceng pintu. Agak lama
menanti namun pintu masih belum

175
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dibuka. Sudahnya dia masuk pakai


kunci pendua.

Masuk dalam rumah, aroma


wangian makanan terus menyesak ke
rongga hidung.

Farith senyum lebar. Lekas


stoking ditanggalkan. Dia menjengah
meja makan.

Ada makanan terhidang di


bawah tudung saji. Dan dan tu jugak
perut dia pun berbunyi mintak diisi.
Walhal baru je beberapa jam lepas dia
makan dengan Elis.

Di bawah tudung saji tu dah siap


terhidang sambal sardin telur pecah,
sayur kobis goreng kicap, dengan

176
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

ayam goreng yang sipi-sipi je nak


rentung.

Tak semena Farith tergelak.

"Tuan gelak apa dekat meja


makan tu?" Tiba-tiba terdengar ada
suara menegur sinis.

Gulp! Hilang gelak Farith.

Dia putar tubuh ke belakang.


Pandangannya bertembung dengan
pandangan mata Faizura.

Faizura dah siap pakai baju tidur


rasmi dia. Baju apa lagi kalau bukan
kaftan.

Kali ni kepala yang selalu


bertudung tu tidak lagi bertudung.
Rambut panjangnya disanggul kemas.

177
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Dia mendekati meja makan.


Berdiri sebelah Farith.

"Tak payah nak gelak sangat.


Makanan depan mata tuan ni khas
untuk perut saya sorang je. Lantaklah
rupa makanan tu macam mana pun."

"Untuk awak sorang je? Ni


semua ni?"

Jari telunjuk Farith menuding


makanan depan meja.

Ayam goreng dua ketul, sayur


kobis goreng kicap tu semangkuk,
nampak boleh kongsi dua orang

178
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

makan. Sardin pecah telur tu, pun


boleh dua atau tiga orang makan.

Pandang Faizura, Faizura


menjongket kening.

"Tuan nak tumpang makan ke?"

Gaya pertanyaan Faizura tu tak


semena buatkan Farith lekas
memicing mata pada seraut wajah itu.

Giliran Farith menjongket


kening. Apa bendalah Faizura ni tanya
dia soalan macam ni.

"Yang berdiri sebelah awak ni


siapa, Fai?"

Faizura kerut dahi. Soalan bos


dia begini yang buat dia malas nak

179
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

jawab. Silap menjawab kena batang


hidung dia balik.

Seketika kerling Farith, langsung


dia bawa diri ke dapur.

Sendukkan nasi. Perut dah


berkeroncong sejak tadi.

Kalau asyik duk melayan bos dia


ni, karang boleh hangin satu badan
jadinya.

Apa hal pun, kena isi perut dulu.

Tak puas hati melihat tingkah tak


peduli Faizura, Farith mengekori
hingga ke dapur juga.

Faizura sendukkan nasi ke dalam


pinggan.

180
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Hmm... memang dia sendukkan


sepinggan untuk dia je.

"Satu pinggan je?" Menduga.

Faizura senyum kecil. Bukan dia


tak boleh faham pun bodylanguage
bosnya. Dia pun tidaklah kejam
sampai masakan dia pun dia berkira
nak kongsi dengan bosnya ni.

Lelaki ni dah bagi dia tempat


tinggal mewah kut. Tak payah bayar
sewa. Bukan tu je, lelaki ni sanggup
hulur pertolongan yang dia tak pernah
jangka pun. Takkan la dia nak buat
perangai tak semenggah lagi?

Faizura ambil satu pinggan lagi,


sendukkan nasi. Kemudian dia bawa

181
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dua pinggan nasi tu ke meja makan


semula.

"Perut saya dah lapar gila dah.


Kalau tuan nak ke bilik, nak mandi
tukar baju dulu, saya nak makan
sorang. Karang dah siap tuan keluar
makan."

Faizura beri pilihan. Dia dah siap


duduk di meja makan. Seketika
mendongak, dia nantikan jawapan
Farith.

Sudahnya Farith geleng. Dia ikut


duduk. Berhadapan dengan Faizura.
Farith tadah tangan, baca doa. Faizura
ikut menadah tangan. Dalam diam,

182
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dalam tak sedar, masing-masing


bahagia menikmati detik itu.

Terleka Faizura perhati Farith.


Dari mula lelaki itu baca doa sampai
dah mula menyuap makanan ke
mulut. Semuanya nampak indah
dipandangannya.

Satu je sayang sekali. Hati lelaki


ini, terlebih dahulu sudah berpunya.

Menyedari hakikat yang satu ini,


Faizura menekur pandang pada
pinggan nasi sendiri. Mula menikmati
makanan tanpa sebarang suara.

"Sedap je semua masakan awak


ni."

Faizura pandang Farith bila


telinganya mendengar lelaki itu

183
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

memuji. Nasi dalam pinggan Farith


pun nampak dah luak banyak.

"Biasa je tuan. Saya masak lauk


biasa je. Pakai campak-campak. Saya
mana pandai masak.

Percaya tak kalau saya cakap


menu simple ni pun saya belajar dari
youtube?" Faizura tergelak sendiri.

"Campak-campak pun, kena


dengan selera saya.

Okay dah ni. Takpe belajar dari


youtube pun. Lepas ni lagi banyak
menu awak pandai masak."

Dengar Farith cakap macam tu,


hati Faizura berbunga. Farith tengah
bagi dia semangat ke ni?

184
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Dia pernah marahkan bosnya ni


kes salah skrip masa berbual dengan
Hajah Maznah tempohari.

Bos dia sebut pasal dia pandai


masak. Mana dia tak geram.
Memandai pergi ubah skrip!

Sebab hakikat sebenar Hajah


Maznah je tahu. Selama ni anak dia
tak pandai masak pun.

Tapi semenjak jadi isteri tak


dijangka Tuan Farith ni, entah kenapa
Faizura tiba-tiba rasa nak belajar
masak slow-slow. Buktinya hari ni.
Tiga hidangan mudah hasil dia belajar
dari youtube dapat disediakan.

Farith makan bukan main laju.


Selepas makan, dia bawa pinggannya

185
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

ke sinki. Kemudian bila kembali


semula ke meja makan, selamba je dia
sauk kepala Faizura, dongakkan
supaya memandangnya dan...

Cup! Sebuah kucupan


dihadiahkan ke ubun-ubun Faizura.

Terkedu Faizura dek tindakan


selamba lelaki itu. Kunyahan nasi di
dalam mulut terhenti. Degupan
jantung pun berubah rentak.

"Masakan hari-hari untuk saya.


Balik dari office, kita makan berdua."

Akal mahu menghalang dari


menurut arahan itu, namun entah

186
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

kenapa laju pula kepalanya


mengangguk! Siap senyum tu.

Faizura!

Kau lupa ke lelaki yang bergelar


suami kau ni, lelaki yang cintanya
sudah dimiliki perempuan lain?

Kau lupa ke kau tak boleh hanyut


dengan perasaan kau?

187
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 13
R
ALIT layan netflix,
tahu-tahu ada yang
datang menemani.
Menghenyak punggung disebelahnya.
Dah tu, siap sebelah tangan si
peneman naik memeluk bahunya.
Selamba betul. Hilang fokus Faizura
pada skrin televisyen. Irama degupan

188
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

jantung pun terus berubah rentak


berbanding selalu. Dia toleh ke
sebelah sekilas. Namun si peneman
kekal menghala pandangannya ke
hadapan. Beriak tenang.

"Best ke cerita ni?" Dia mengaju


soalan.

"Hmm... cerita korea. Drama


cinta. Kalau tak best takkan saya nak
layan.

Tuan tu datang menempek sini,


boleh ke layan cerita macam ni?"

Farith toleh memandang Faizura


bersama sengehan. Jatuh tangannya
dari bahu Faizura kala ada vibrate

189
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

pada handphone dalam poket


seluarnya.

Tidak menjawab soalan Faizura,


dia ambil handphone dalam poket
seluarnya. Belek skrin. Tertera nama
Elis.

Faizura kerling skrin handphone


Farith. Dia pun nampak nama Elis
pada skrin.

"Kenapa tuan tak jawab call dia?"

"Malas. Tadi petang dah jumpa,


dah borak. Esok-esoklah pulak
sambung borak."

"Hai, macam tu pulak? Sebelum


ni tak pernah saya dengar tuan cakap
malas nak layan Elis borak dalam fon.

190
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Kalau Elis tak call, tuan yang tak


senang duduk."

Sengaja menduga. Betul,


sebelum ni memang macam tu la yang
dia nampak. Ini tiba-tiba je bosnya
berubah. Pelik!

"Kita tak payah sembang pasal


Elis lah. Sekarang ni masa untuk kita
berdua. Kita sembang pasal kita je."

Nada suara Farith tu. Erk! Dan


dan tu Faizura gosok kedua belah
lengan dia. Rasa berdiri habis bulu
roma. Seram.

"Err tuan, kejapla saya nak on


lampu ruang tamu ni."

Suasana serba malap di ruang


tamu ketika ini, tambahan pula dia

191
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

duduk berdua dengan lelaki ini, entah


kenapa Faizura berasa tidak selesa.

Faizura bangun, namun belum


sempat langkah kaki dibuka,
lengannya dilelar Farith.

Lelaki itu menarik dia duduk


semula di sofa. Dan jemari Farith yang
tadinya memeluk kejap bahu Faizura
kini beralih memeluk pinggang pula.
Memaksa tubuh Faizura makin dekat
dengannya.

"Tak payah on lampu. Biar je


macam ni."Gulp! Tak semena-mena
dia telan liur. Nampaknya dalam
mood bahaya kalau kekal macam ni.

192
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Silap-silap karang terbabas macam


malam...

Tak sempat habis pun kes malam


tu berulang tayang dikotak ingatan,
tahu-tahu bibir Farith mendarat pada
ulas bibirnya. Malahan pelukan Farith
pada tubuhnya makin dikejapkan.
Semuanya begitu pantas.

Dada bidang Farith ditolak-tolak


Faizura. Malah tidak cukup dengan
itu, tautan bibir Farith pada bibirnya
juga sedaya boleh cuba dileraikan.

"Tuan," Faizura kehilangan kata


walau sebenarnya banyak yang mahu
dia lantunkan buat lelaki itu.

Jeda beberapa minit. Masing-


masing mengambil nafas. Hanya

193
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

pandang mata mereka yang melekat


pada kaca televisyen, sedangkan
fikiran jauh entah ke mana.

"I think..." Farith bersuara


semula. Perlahan. Dan ucapan itu
tergantung.

Faizura dengar ucapan tu.


Sengaja dia tak sahut balas. Biarkan
saja.

"I think i'm in love. With you"

Habis ucapan tu, Faizura toleh ke


sebelah. Pandangan Faizura bertaut
dengan pandangan Farith. Berkerut
dahi Faizura.

Apa yang bos dia cakap tu? Apa


maksud sebenar ayat tu? Memang
ayat tu untuk dia ke? Untuk Faizura

194
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Hanim? Macam-macam persoalan


mula timbul diruang fikiran. Namun
tak satu pun Faizura lontarkan pada
Farith. Dia tidak mahu lekas melatah.
Tidak mahu mengharap lebih. Selama
ini Farith layan dia baik pun, mereka
tetap bos dan pekerja. Hanya itu.

"Crazy!" Terluncur pula


perkataan tu dari bibir Farith. Dia
menggeleng dalam gelak kecil.

"Fai," Farith menyeru. Dan


Faizura menoleh.

"Elis dah bersedia nak kahwin.


Dia ajak saya kahwin." Hal
perbincangan dengan Elis petang tadi.
Dan berita itu sengaja Farith kongsi

195
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dengan Faizura. Nak tengok


penerimaan Faizura.

"Kalau macam tu, baguslah tuan.


Dari bercinta lama-lama, buat
maksiat, tambah dosa. Dah kahwin,
semuanya halal. Senang." Tapi entah
kenapa hujung-hujung ayat Faizura,
ada getar dalam nada suaranya.

Tak cukup dengan itu, kolam


matanya juga tak semena-mena
hangat dan memberat.

Ya Tuhan, janganlah air mata


aku luruh masa ni. Faizura meminta
di dalam hati.

Farith kerling riak muka Faizura


yang memberi tumpuan pada skrin

196
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

televisyen. Dia nampak. Ya. Jelas.


Nampak mata Faizura berkaca.

"Awak okay tak kalau saya


kahwin dengan Elis?"

Soalan menjerat berikutnya.

Entah kenapa, melihat riak


wajah Faizura sekarang ni,

Dia rasa makin banyak soalan


dia nak aju nak duga hati Faizura.

"Tuan dah lama bercinta dengan


Elis kan? Tiba masa nak kahwin.
Mestilah saya suka. Saya okay je,
tuan."

Ye, okay. Saya okay. Faizura


ulang lagi ayat ni. Tapi dalam hati
sahaja.

197
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Sanggup ke nak hadap


kehidupan selepas saya dah kahwin
dengan Elis nanti?

Bila dah kahwin dengan Elis,


masa saya dekat kondo ni dengan
awak tak sebanyak sekarang. Sangat-
sangat terhad, Fai.

Dalam sebulan mungkin satu


atau dua malam je saya di sini."

Faizura toleh pada Farith.


Lempar senyum.

Nafas disedut dalam-dalam


sebelum pertanyaan lelaki itu dia
jawab.

"Tuan ceraikanlah saya. Biarkan


saya bebas semula."

198
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Rasa semput Farith nak bernafas


bila Faizura cakap macam tu.
Ceraikan?

"Saya dah janji dengan Hajah


Maznah, akan jaga awak baik-baik.
Tidak akan siakan awak."

"Alah, janji manusia. Biasalah,


tuan. Tahulah saya nak cakap dengan
mak nanti."

"Kalau lepas tu, mak awak suruh


nikah dengan abang sepupu awak
yang awak tak nak tu?"

Faizura terdiam.

Dia kahwin dengan Farith sebab


nak lari dari kahwin dengan sepupu
sendiri.

199
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Kalau lepas ni mak dia dengan


Maklong Siti paksa juga, dia redha je
la kut. Mana tahu ada bahagia
menanti.

Farith tautkan jari jemarinya


dengan jari jemari Faizura. Dia
genggam kemas. Kemudian bangun.
Memaksa Faizura bangun sama.

"Jom masuk bilik. Saya


ngantuk." Ajak Farith.

"Err, tuan pergilah tidur dulu."

"Tak nak kalau awak takde


sebelah saya."

"Mengada la tuan ni. Lepas ni


Elis ada, takdenya tuan nak ingat saya

200
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

macam ni, nak ajak saya teman tidur


lah. Takde dah semua tu."

Dalam berseloroh, ada rasa sayu


dihujung kata Faizura.

Dan butiran mutiara jernih yang


dia cuba kawal tadi, luruh ke pipi.

Lekas dia seka dengan hujung


jari. Tidak mahu Farith mengesan
kesedihannya.

201
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 14
A
WAL pagi lagi Faizura
dah keluar dari kondo.
Sengaja dia nak elak dari
pergi kerja dengan Farith.

Selama dia pergi kerja dengan


Farith ni, dekat office dah banyak
mulut puaka duk bertanya pasal tu.

202
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Dia orang cakap dia skandal dengan


bos. Ada yang cakap dia jadi
perempuan simpanan bos.

Aduii. Ini kalau tersebar sampai


ke telinga Hajah Maznah, tak tahulah
apa yang jadi.

Sebelum keluar tadi Faizura


sediakan sarapan untuk Farith di meja
makan. Ada mee goreng daging dan
juga teh panas.

Ralit duk menulis dalam buku


nota, tiba-tiba telinga menangkap
gelak tawa seseorang. Suara yang
Faizura cukup cam.

Dongak. Pen diletak ke atas buku


seketika. Dia nampak Elis berkepit

203
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dengan Farith, beriringan menuju ke


arahnya.

Amboi, awal pagi lagi Farith


berkepit dengan Elis.Siap bawa Elis
masuk office. Tak cukup ke dating luar
office je? Faizura merungut dalam
hati. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa
panas. Hatinya mendongkol geram.

"Morning, Fai." Elis menyapa


mesra tatkala menghampiri meja
Faizura.

Faizura balas dengan senyum


kecil. Menetang pandangan Farith,
dia larikan cepat anak matanya.

Berbulu biji mata dia tadi bila


pandang Elis bukan main lagi rangkul
lengan Farith tak lepas-lepas. Dah tu

204
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

duk main cubit-cubit pipi. Main


rambut. Eeiii. Drama apa awal pagi
ni? Kacau mood dia betul!

Masuk dalam bilik, pemidang


yang tergantung dibalik cermin dalam
bilik tu sengaja Farith buka.

Biasanya dia jarang buka. Bila


buka kali ni, dapatlah dia tengok apa
benda Faizura buat kat luar tu.

Secara tak langsung Faizura pun


dapat tembus pandang ke dalam
biliknya.

Elis duduk di sofa. Sambil belek


handphone.

Kebetulan jadual shooting dia


lepas waktu lunch nanti, itu yang dia
follow Farith ke office ni.

205
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"I ada banyak kerja tau nak buat.


Tak boleh layan you sangat." Farith
mengingatkan.

"I tahu. Dari tadi you ulang


benda yang sama ni." Elis mencebir.

"Takde la. I takut you bosan.


Selalu you tu kalau I buat tak tahu tak
melayan, you buat perangai."

Sambil tu Farith tekan button


interkom. Menyambung talian
dengan Faizura diluar sana.

"Yes, tuan." Tak bersemangat


suara tu menyahut. Tidak seperti
selalu.

Elis sempat mengerling bila dia


dengar nada suara Faizura.

206
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Aik, suara macam orang


demam."

"Tuan nak apa?" Faizura balas


dengan pertanyaan. Teguran Farith
pasal suaranya tidak dia endahkan.
Buat apa Farith nak tahu perubahan
diri dia. Dia bukan orang penting pun.

"Buatkan dua minuman bawa ke


sini."

"Baby, you nak minum apa?"

Faizura buat muka mengejek bila


telinga mendengar Farith ajukan
soalan tu pada Elis. Menyampah betul
dia.

Tanpa sedar gaya muka tak


semenggah Faizura tu Farith dapat
lihat jelas menerusi jendela cermin di

207
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dalam biliknya. Farith tahan je gelak.


Tidak mahu Elis mengesan
tingkahnya terhadap Faizura.

"Tuan, dekat pantry tu ada milo,


nescaffe 3 in 1, teh. Jangan nak order
minuman yang takde pulak."

Pesanan di celah gigi sambil


menahan geram. Kalau tak pesan
karang, buatnya Elis mintak
minuman yang tiada di pantry, dia
jugak kena keluar mencari.

Argh, malas!

Sudahnya Farith minta dia


buatkan milo panas je dua.

Masuk ke bilik Farith bawakan


minuman, Farith tunjuk isyarat minta

208
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

diletakkan minuman tu atas meja


depan Elis je.

Pandang Elis yang duduk


menyilang kaki masa tu, menggelegak
terus amarah dalam hati.

Amboi, bukan main seksi Elis


pakai.

Skirt Elis pakai tu punyalah


pendek sampaikan boleh nampak
sampai ke dalam.

Ini memang syoq la Farith


mencuci mata gaya ni.

Sebelum keluar, sempat lagi


Faizura lencongkan langkah kakinya

209
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

ke meja Farith. Meninggalkan teguran


dalam suara sedikit berbisik.

"Sambil buat kerja sambil cuci


mata. Best kan tuan?"

Dan kemudian Faizura terus


keluar.

Terkebil-kebil Farith pandang


figura Faizura yang dah keluar dari
bilik tu. Tak lama lepas tu dia tergelak
sendiri.

"Fai cakap apa dengan you,


yang? Lain macam je tergelak."

Elis tegur bersama sekilas jeling


pada Farith.

Farith geleng laju.

210
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Dia takde cakap apa pun.


Datang jenguk report yang I tengah
betulkan semula ni." Dalih Farith.

Elis pandang Farith lama.


Kemudian pandangannya beralih pula
pada jendela cermin.

Nampak di luar sana, Faizura


duk pandang Farith yang sedang
menulis.

"Pemidang dekat cermin tu you


selalu buka macam tu ke, yang?"

"Tak selalu pun." Farith jawab


tanpa mendongak memandang Elis.

Elis kembali membisu. Entah


kenapa tiba-tiba je hati dia seakan
menangkap sesuautu yang tidak kena.

211
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"PA yu tu, lawa kan?"

"Lawa."

Automatik Farith toleh ke


sebelah. Ke arah jendela cermin.

Saat ni dia seakan lupa Elis yang


duduk berhadapan dengannya.

"Kalau dia tak bertudung, dia


lepas rambut panjang dia tu, macam
bidadari."

Sepasang mata Farith berseri-


seri masa ni.

Nafas Elis turun naik mengawal


rasa yang berombak dalam dada!

"Rambut PA you panjang mana


sayang?"

212
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Elis ajukan pula soalan


berikutnya. Kali ni tangan Elis siap
dah capai handbag kat sebelahnya.

Farith menyandar tubuh ke


kerusinya. Sambil tu matanya masih
leka perhati keluar.

"Rambut dia dengan I siapa lagi


panjang?"

Elis masih tak puas hati


menyoal.

Mendekati meja Farith, Elis


sendeng punggung duduk di meja
tersebut. Betul-betul depan Farith.

Dan dia ikut pasakkan


pandangan arah yang sama Farith
sedang pandang.

213
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Rambut dia panjang lepas sikit


pada pinggang. Rambut you bawah
bahu je."

Bulat bibir Elis. Seraya angguk-


angguk. Dan Elis senyum sinis.

"Bila you tengok dia tak


bertudung, sayang? Tengok dekat
mana?"

Soalan yang terpacul dari bibir


Elis berikutnya buatkan Farith
tersentak.

Kembali pusatkan perhatian ke


hadapan, Farith nampak air muka Elis
tegang.

"Sayang, jawab soalan I, please."


Elis melompat turun dari meia. Dia
cuba mengawal amarah yang mula

214
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

merusuh dalam dada. Kena sabar


selagi dia tak dapat jawapan yang
jelas.

Menapak beberapa langkah ke


hadapan, kedua belah tangannya
sengaja diletakkan ke bahu Farith.
Saat yang sama, Elis kerling keluar.
Dia nampak Faizura memerhati
mereka. Dia menyungging senyum.

"Elis, sini office. Janganlah nak


macam ni. Tak sesuai. Tak manis."
Farith cuba bangun. Dan dia tolak Elis
dari terus memeluknya begitu.

"Tak sesuai? Tak manis? Atau tak


nak PA you sakit hati?" Soalan
provokasi Elis berikutnya

215
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

mengundang Farith buntangkan mata


pandang Elis.

Rasa Farith, ini kali pertama Elis


masukkan Faizura dalam kisah
mereka.

"Kenapa you babitkan Faizura


ni?"

"Sebab you dulu yang bawa dia


dalam cerita kita."

Farith terdiam. Lidahnya tak


semena-mena jadi kelu. Elis ada tahu
apa-apa ke pasal dia dengan Faizura?

216
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 15
"T
UAN boleh tak
kalau depan mata
saya jangan
menggatal sangat dengan Elis? Tuan
selamba je biar si Elis tu peluk tuan,
cubit-cubit pipi tuan. Main-mainkan

217
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

rambut tuan. Tuan belum halal lagi


dengan dia. Buat cara belum halal."

Masuk je Farith dalam bilik,


Faizura terus sembur pasal tu. Nada
tegang. Muka ketat.

Faizura tengah melipat pakaian.


Satu persatu pakaiannya dia
masukkan dalam luggage.

Farith pandang Faizura dengan


dada berdebar. Lain macam je cara
menyimpan pakaian tu. Nak lari ke
apa? Dah tu sembur dia bukan main
kasar.

Duduk di katil, Farith tanggalkan


tali leher. Butang kemeja juga dia

218
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

tanggalkan satu persatu. Mata terus


terpasak memandang Faizura.

"Awak menegur sebab saya


belum halal ke sebab awak cemburu,
Fai? Sebelum ni awak pernah nampak
Elis kiss saya. Awak okay je."

Faizura dongak. Jeling Farith


yang sedang memandangnya.

"Cemburu? Saya cemburu?"


Faizura tuding jari pada diri sendiri.
Kemudian bibirnya menyungging
senyum kecil. Dalam hati dah
mengiakan soalan bosnya. Of course
cemburu! Lelaki yang Elis mesra-
mesra tu dah jadi suami dia yang sah.
Tidak kiralah walau apa cara yang
menyatukan mereka pun. Jawapan itu
hanya mampu bergema dalam hati

219
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Faizura. Mustahil dia berani mati


mengaku terang terangan.

Farith sengeh bersama kening


yang terjongket.

"Alah, takpe Fai. Tak payah


jawab. Awak takkan mengaku punya."
Meletus lagi gelak Farith.

Faizura kalau tak direct dengan


dia pun, dia dah boleh baca body
langguage si PA nya ini. Bohong kalau
Faizura beria mengaku dia tak
cemburu!

"Saya ni tegur apa yang perlu


ditegur sebagai saudara seislam.
Kalau tuan tak nak pakai teguran
saya,terpulanglah. Teruskanlah buat
maksiat dengan Elis tu. Tuan jangan

220
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

nak perasan saya cemburu. Sorry sikit


eh."

Siap kemas luggage, Faizura


heret luggage tu ke tepi pintu.

"Awak nak ke mana dengan


luggage tu?"

"Balik kampung."

"Takde bincang apa dengan saya


pun?"

Farith kerut dahi.

Biasanya Faizura akan mohon


cuti dengan dia. Ini surat permohonan
cuti pun dia belum isi. Tahu-tahu
dengar nak balik kampung je.
"Saya minta sebulan cuti tanpa
gaji dengan daddy tuan."

221
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"What?" Terkejut bukan main


Farith. Sebulan tu. Lama betul.

"Lagi pun daddy tuan yang bawa


saya kerja dengan tuan. Kalau mohon
cuti melalui tuan, comfirm tak lulus
punya."

"Daddy cakap apa?"

"Tu dah siap kemas luggage.


Esok nak balik kampung dah. Cakap
apa lagi? Maknanya lulus lah
permohonan cuti saya tu."

Farith dah tepuk dahi. Nak


marah pun ada.

Kenapalah daddy dia langsung


tak maklum pasal permohonan cuti si

222
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

PA dia ni. Bukan sehari dua. Sebulan


pulak tu.

"Serius ke sebulan cuti?"

Farith masih berharap apa yang


Faizura cakap tu auta je semata-mata.

"Buat apa balik kampung tu


sampai sebulan? Karang kalau awak
rindu saya, nak peluk siapa?"

Faizura tayang wajah berkerut.

Melihat riak yang terpamer pada


wajah lelaki itu sekarang ni, dia nak
gelak pun ada.

"Saya rindu ke tuan yang rindu?"


Faizura jongket kening.

223
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Sudahnya tersengeh-sengeh
Farith. Dia heret luggage dia sekali.
Bawa ke depan Faizura.

"Masukkan pakaian saya dalam


ni. Untuk seminggu."

Faizura cekak pinggang je


perhati luggage tu.

Kemudian beralih pula perhati


riak bersahaja tuan punya luggage tu.

"Tuan nak ke mana pack baju


untuk seminggu ni?"

"Ikut wife saya balik kampung.


Habis cuti seminggu kita balik sini
semula."

224
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Huh? Isy tuan ni. Orang cuti


sebulan. Tan Sri dah lulus kut cuti
saya tu."

Farith dah sangkut tuala atas


bahu.

Baru nak langkah kaki ke bilik


air. Bila dengar rungutan tak puas hati
Faizura tu, dia putar tubuh semula.

Memerhati riak cemberut itu, dia


kulum senyum.

Pada masa yang sama sebelah


tangan naik mengurut pelipis. Adeh,
macam mana nak cakap eh?

"Awak sampai hati ke biar saya


sorang kat kondo ni? Sebulan tu."

225
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Eleh, sebelum ni okay je kan life


tuan? Sebelum kita tinggal berdua kat
kondo baru ni, tuan dah biasa kan
tinggal sorang kat kondo lagi satu tu?
Kadang tuan balik rumah family tuan.
Dah kenapa kali ni jadi payah pulak?"

Isy mulut comel ni berleter.


Kalau ikut geram Farith masa ni
memang dia terpa terus je. Gam pakai
mulut dia, biar terdiam si Faizura ni.

"Sebelum ni memanglah okay je.


Yang tu life sebelum ada isteri.
Semenjak dah ada isteri ni, lain tau
rasanya. Bayangkan dah biasa ada
awak, balik kerja dapat makan
masakan awak. Malam pulak boleh
tidur peluk awak. Sebulan awak cuti,

226
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

saya boleh mati tau rindukan awak,


tahu."

Mula-mula Faizura tayang riak


kosong je. Tapi beberapa saat lepas tu,
ketawanya pecah. Dia ambil pakaian
Farith yang tergantung dalam almari,
bawa keluar.

"Kenapa awak gelak?" Farith


kerling je Faizura. Dia beria luah
perasaan, Faizura sambut macam ni je
gaya?

"Kan mudah kalau dari tadi tuan


mengaku sendiri tuan yang akan
merindukan saya."

"Tuan," Faizura seru perlahan


panggilan yang biasa terbit dari

227
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

bibirnya. Saat ini terlintas satu wajah


di ruang fikirannya.

"Nanti tuan akan kahwin dengan


Elis kan?"

Jeda. Tiada jawapan yang keluar


dari mulut Farith usai pertanyaan itu
dilontar.

Faizura yang dah duduk bersila


depan luggage Farith menoleh sekilas.
Mereka bertentang mata.

"Nanti bila tuan dah kahwin


dengan Elis, takde masa lagi dah tuan
nak rindu-rindu saya macam ni."

Dan hujung ucapan itu, ulas bibir


Faizura menyungging senyum kecil.

228
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Bila tuan nak kahwin dengan


dia? Benda baik jangan tangguh-
tangguh, tuan."

Farith terus membisu.


Memandang Faizura yang sedang
melipat pakaian masa ni,
membayangkan suatu ketika nanti,
Elis yang mengambil alih tempat
Faizura, entah kenapa nafasnya rasa
sesak semacam.

Semalam Elis mengamuk sakan


dalam kereta. Elis paksa dia buat
pengakuan sebab Elis dah boleh rasa
ada yang dia sembunyikan.

Kata Elis...

"Cara you pandang dia, cara you


senyum pada dia, I dapat rasa. I tahu

229
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

ada something antara you dengan dia.


I dah lama dengar staff-staff you
bergosip pasal you dengan dia."

Dan akhirnya... dia terus terang


semuanya. Tiada satu pun yang dia
sembunyikan daripada Elis.

"Elis dah tahu pasal kita."


Senafas Farith beritahu hal tu.

Terhenti jemari Faizura yang


sedang melipat pakaian. Dadanya jadi
berdebar. Dia toleh pada Farith.

"Elis mengamuk?"

"Sekejap je."

"Then?"

"Dia suruh pilih."

230
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Sakit jiwa Faizura dibuatnya bila


Farith cakap sepatah-sepatah.

Tapi Faizura boleh agak pilihan


apa Elis nak Farith buat.

"Takpe, tuan. Saya okay je.


Serius. Tuan jangan fikir apa-apa fasal
saya.

Tuan tolong saya sampai tahap


ni, kira dah okay sangat dah. Kita
berpisah. Tuan kahwin la dengan Elis.

Mak kat kampung tu, nanti saya


tahulah nak cakap apa. Dia bising pun
sekejap je."

Habis ayat tu, Faizura bangun.


Keluar bilik. Pakaian pun dia belum
siap simpan dalam luggage.

231
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 16
L
AMA Farith berdiri di
belakang Faizura. Sejak
tadi. Sejak tubuh itu
terhenjut menahan tangis. Sudahnya
bila Faizura masih tidak menyedari
keberadaannya di situ, Farith terus

232
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

sauk tubuh itu dari belakang.


Memeluk kejap.

Terkejut dek tindakan drastik


itu, Faizura cuba meleraikannya.
Namun makin kuat pula Farith
memeluk hingga dia jadi rimas.

"Shyy. Awak berdiri diam-diam


je." Ungkap Farith perlahan ditepi
telinga Faizura.

Sudahnya Faizura tidak lagi


melawan. Dia kaku dalam pelukan
Farith. Desah nafas lelaki itu,
kehangatan tubuh lelaki itu betul-
betul dia dapat rasa. Dia pejam mata.
Dan mutiara jernih yang tadi dia seka

233
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

buat sekian kalinya luruh lagi


menimpa pipi.

Farith pusingkan tubuh Faizura


menentangnya. Wajah itu menekur.
Dan Farith dongakkan supaya mata
mereka bertaut.

Sepasang mata Faizura merah.


Berkaca. Air mata masih tak berhenti.

"Kenapa?"

Dia geleng. Dia senyum.

"Saya rasa geram dengan diri


sendiri. Dengan hati sendiri. Saya
meluat. Saya benci!" Nada suaranya
yang mula perlahan berubah jadi
makin kuat. Melepaskan rasa yang

234
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

menggunung tersimpan disudut


hatinya.

Farith senyum kecil. Perlahan


jari jemarinya menyeka air mata
dikedua belah pipi Faizura. Kemudian
dia depakan tangannya luas-luas.

Terkebil-kebil Faizura tengok


tingkah dia depakan tangan macam
tu.

"Nak buat macam filem titanic


dekat hujung kapal tu ke? View sini
bukan cantik pun. Tak menjadi." Dia
mencebir.

Sempat lagi tu berseloroh dalam


mood sedih yang menggila. Sekejapan
dia tergelak tapi tak lama lepas tu,
tiada lagi segan, dia terus sembamkan

235
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

wajahnya ke dada bidang lelaki itu.


Kedua belah tangannya memeluk
kejap tubuh itu. Dan beberapa saat
berlalu, dia mulai teresak halus.

Ya Tuhan, hati aku sudah


terlanjur mencintai lelaki ini.
Hati kecil Faizura merintih.

Farith balas pelukan itu. Erat.


Kepala Faizura dielus penuh
kelembutan. Dia pejamkan mata
rapat-rapat. Dia dapat rasa perasaan
yang jauh berbeza waktu ini. Satu
perasaan yang sama sekali dia tak
pernah rasa saat bersama Elis.

"Awak cintakan saya, Fai?"

Jeda. Faizura dengar soalan yang


Farith lontarkan itu. Dengar sejelas-

236
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

jelasnya. Mahu sahaja dia beri


jawapan itu secepatnya. Biar Farith
dengar. Namun bila terbayang seraut
wajah Elis, jujur dia tidak sampai hati.
Cukuplah dia hadir menjadi yang
ketiga sebelum ini tanpa dirancang.
Cukuplah setakat ini. Dia mahu
pulangkan pada Elis.

Seka air mata, longgarkan


pelukan. Faizura tentang mata Farith
buat sekian kali.

"Saya bersedia kembalikan tuan


pada Elis. Cukuplah saya buat silap
babitkan tuan dalam hidup saya. Saya
jadi yang ketiga antara tuan dan Elis.
Cukuplah sampai sini saja." Kendur

237
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

bahu Faizura. Terhembus keluh


panjang dari bibirnya.

"Awak tak nak tahu perasaan


saya masa ni macam mana? Awak
cuma cakap pasal awak, pasal Elis.
Hati saya? Nak dengar tak apa hati
saya sedang rasa masa ni?"

Faizura geleng. Dia senyum


nipis. Nak dengar apa lagi tentang hati
lelaki ini? Benda dia dah tahu. Dia
nampak je depan mata dia macam
mana layanan lelaki ini terhadap Elis.

"Saya tahu hati tuan ni. Saya


tahu ada siapa dalam ni." Faizura
tepuk-tepuk dada Farith. Kemudian
dia beredar. Tinggalkan Farith sendiri
di balkoni.

238
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

BEBERAPA kali Farith terintai-intai


meja Faizura. Masih kosong walaupun
jarum jam sudah menunjukkan
angka 9.20 pagi.

Takkan terus balik kampung tak


tunggu aku? Farith berteka-teki
sendiri. Mana tak berteka teki macam
ni, bangun pagi tadi Faizura dah tiada.
Faizura dah keluar dulu. Tiada
sebarang nota pun ditinggalkan.
Luggage Faizura pun dibawa sekali.

Kalut dia bersiap, dia call.


Faizura jawab. Kata Faizura nak balik
kampung lepas tamat waktu kerja. Dia
keluar awal sebab teringin nak

239
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

breakfast roti canai viral dalam tiktok


yang dia tengok tu.

Lega sikit perasaan Farith bila


Faizura beritahu begitu. Sekurang-
kurangnya dia dapat ikut Faizura
balik kampung petang nanti.

Dalam ralit menunggu Faizura


masuk office, tiba-tiba pandangan
mata Farith tertancap pada dua figura
yang sedang bergelak ketawa,
beriringan sama-sama. Sempat lagi tu
bergurau bertepuk tampar.

Hati Farith dah mendidih. Nafas


terus jadi tak teratur. Lantas jemari

240
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

yang tadi menyeluk poket langsung


memanjat button interkom.

Beberapa saat Farith tunggu


talian bersambung, Faizura jawab
dalam nafas tak teratur.

"Ye tuan. Nak apa? Belum


sempat duduk lagi ni, tau."

Dia mengomel dengan riak


berkerut.

Toleh sekilas ke sebelah, melalui


cermin, dia nampak Farith
melambainya masuk dengan riak
wajah tegang.

"Masuk bilik saya sekarang."


Arahan tegas.

241
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Tamatkan talian, Faizura capai


notebook pink dengan pen.
Melenggang masuk bilik bos.

Mendekati meja, tak sempat pun


nak tarik kerusi nak labuhkan
punggung, tahu-tahu dia terus kena
sembur.

"Fai, ni first warning yea. Saya


tak nak awak keluar makan dengan
berdua dengan si sotong tu lagi. Kalau
saya nampak, lunyai sotong tu saya
masak!" Jari dituding depan-depan
batang hidung Faizura.

Erk, sotong? Faizura kerut dahi.


Seketika cuba membuat tafsiran
sendiri. Siapa sotong yang lelaki ini
maksudkan? Marah bukan main pagi
ni. Dan bila teringat dia keluar

242
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

breakfast dengan Tod tadi, dan dan


dia tepuk dahi. Tanpa sedar, dia
tergelak kecil.

"Tuan gelarkan Tod tu sotong?


Tak baik, tau. Panggil la nama dia.
Panggil Tod. Apa susah?"

"Huh? Tak baik? Awak keluar


berdua dengan dia, baik? Tod tu takde
makhluk lain ke dia nak ajak berkepit
selain awak?" Farith mencebir.

"Apa tuan ni nak marah-marah


Tod macam tu? Kami pergi makan
berdua sebelum ni elok je, tuan tak
pernah kacau pun. Sotong-sotong Tod
tu pun, dia bukan buat benda tak elok

243
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dekat saya. Tuan datang bulan ke


pelik je perangai tu."

Jeda seketika bila Faizura


lantang mengomel macam tu.
Mujurlah mereka dalam pejabat masa
ni. Kalau dikondo,tahulah dia nak
diamkan mulut tu.

Kalau tadi Faizura dah bersedia


dengan notebook dan pen, kini kedua
belah tangannya melorot ke sisi.
Ingatkan ada apa Farith nak pesan.
Dia dah standby nak menulis.
Rupanya kes dia keluar breakfast
dengan Tod je pun.

"Sorry. Saya bukan apa, Fai. Saya


sakit hati bila nampak ada lelaki lain
berkepit dengan awak. Nak berkepit,

244
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dengan saya sorang je. Jangan nak


sauk lelaki lain dah."

Terjongket kening Faizura.

Suara Farith kali ni dah


mengendur. Tidak lagi setegang tadi.

Dia labuhkan duduk di kerusi.


Dan dia minta Faizura duduk sekali.

"Saya dah habis fikir, Fai. Saya


dah buat keputusan."

Faizura renung sepasang mata


depan dia. Hati berdebar tiba-tiba.

Dengar perkataan keputusan,


Faizura jadi gentar.

"Petang ni kita jumpa Elis


sebelum balik kampung awak."

245
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Faizura telan liur. Boleh ke


mereka bertemu nanti?

Kalau Elis mengamuk, dan dapat


tahu dekat wartawan kes ni, habislah
muka dia masuk televisyen, masuk
majalah ke surat khabar ke.

Ini boleh buat Hajah Maznah


libas dia dengan parang ni!

"Kalau saya tak jumpa Elis tak


boleh ke?"

Farith geleng.

"Kita selesaikan bersama." Ucap


Farith

246
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 17
E
LIS datang ditemani
manager nya, Wangi.
Kata Elis, dia ada hal lagi
nak diuruskan dengan Wangi lepas ni.
Sebab tu dia orang datang berdua.
Entahlah. Farith tak banyak soal
sangat tentang itu. Tiada halangan

247
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

bagi Farith, dengan siapa pun Elis


datang bertemunya petang ini.

Faizura sejak tadi menekur


wajah ke bawah sahaja. Langsung tak
berani panggung kepala menentang
panahan tajam Elis. Dia salah. Ya,
memang betul pun dia salah.

"I ingat you datang sorang je.


Kata nak cakap pasal kita."

Farith senyum tipis. Kedua belah


tangan menyeluk poket seluar. Dia
pandang Elis. Kemudian
pandangannya beralih pada Faizura
pula.

"You bawa perampas ni sekali


datang petang ni jumpa I, you
memang sengaja nak tambah sakitkan

248
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

hati I. Tak cukup lagi luka yang you


bagi pada I?"

"I bawak dia ke sini sekali sebab


I nak kita selesaikan semuanya petang
ni."

Elis senyum sinis. Angguk-


angguk. Silang kedua belah tangan ke
dada, dia mengitari Faizura yang sejak
tadi hanya mematungkan diri.
Memandang Faizura atas bawah,
sumpah dia jijik! Acah-acah
perempuan suci murni. Walhal
sekadar berlindung di balik topeng.

"Licik kau ni kan. Ilmu apa kau


pakai sampai Farith boleh setuju
kahwin dengan kau? Kau dengan
Farith tak sama level, tau. Kau
perempuan kampung. Farith dengan

249
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

aku sama-sama level. Bertahun-tahun


kami bercinta. Kau tak pernah fikir ke
yang kau tu tak layak pun jadi isteri
dia?"

Mutiara jernih luruh di kedua


belah pipi Faizura.

Wangi mendekati Faizura.


Berbisik sesuatu ke telinga Faizura.
Dan kemudian dia beredar.
Tinggallah Elis, Faizura dan Farith
yang masih di situ.

Farith ajak berjumpa di tepi tasik


yang selalu menjadi destinasi dia dan
Elis lepak-lepak santai disitu.

"Cik Elis, saya tahu semua ni


salah saya. Saya tak patut jadi orang

250
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

ketiga antara Cik Elis dengan Tuan


Farith."

"Kalau dah tahu kenapa buat?"


Melengking nada suara Elis.

"Saya... saya terdesak sangat-


sangat masa tu, Cik Elis. Saya tak
pernah jangka pun akan jadi ke tahap
ni. Saya cuma nak elak dari kena
paksa kahwin dengan abang sepupu
saya yang..."

"Kau nak elak dari kena paksa


kahwin dengan abang sepupu kau,
then kau paksa Farith menikah
dengan kau? Stupid!" Tempelak Elis

251
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

mencantas ayat yang belum pun habis


terlantun dari bibir Faizura.

"Elis, boleh tak you slow sikit


volume suara you?"

Farith mencelah. Tidak sampai


hati bila dia melihat Faizura dihentam
Elis sejak tadi.

"Kenapa? Malu ke?" Elis gelak.


Dia menggeleng.

"Cik Elis, saya dah bersedia nak


pulangkan Tuan Farith pada Cik Elis.

Saya mintak maaf lagi sekali.


Atas apa yang saya dah buat."

Farith dengar esak halus Faizura.

252
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"So, kau datang dengan Farith


sekali petang ni nak bagitahu aku
pasal ni lah?"

Faizura dongak. Dengan mata


kemerahan, dia menentang
pandangan Elis yang berdiri tidak
jauh daripadanya waktu itu.

"Betul apa Cik Elis cakap, saya ni


memang tak layak jadi isteri Tuan
Farith. Walau bergandingan dalam
mimpi sekali pun, saya tetap tak layak.
Level saya tak sama seperti Cik Elis,
Tuan Farith."

Elis senyum bangga kali ni. Dia


menjeling Faizura.

"Saya dah bincang dengan Tuan


Farith, dalam masa terdekat ni kami

253
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

akan uruskan hal cerai kami. Saya


juga akan letak jawatan sebagai PA
Tuan Farith.

Saya janji lepas ni takkan muncul


lagi depan Tuan Farith."

Elis senyum kelegaan.

Lapang hati dia dengar


pengakuan Faizura. Memang ini yang
dia nak.

Lain halnya dengan Farith.


Ucapan Faizura itu buatkan hatinya
seakan dilapah.

"Fai?"

Farith kerut dahi. Apa Faizura


melalut ni? Memandai cakap macam

254
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

ni. Bila masa mereka discuss pasal hal


ni?

"Bila kita discuss pasal ni, Fai?


Awak jangan nak memandai buat
keputusan sendiri."

"Kenapa dengan you ni? Dia dah


cakap macam tu, you faham sendiri je
la.

Dia dah tak nak teruskan


hubungan dengan you. Dia
pergunakan you untuk lepas diri dia

je. Lagipun sekarang dia dah tak


perlukan pertolongan you lagi dah."

Elis jelas tidak berpuas hati bila


mendengar balasan Farith begitu. Dah
serupa tak rela berpisah je?

255
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Fai, ini bukan apa yang kita


bincangkan bersama. Saya tak pernah
sebut pun pasal kita akan cerai."

"Kalau macam tu, apa maksud


you sebenarnya ajak kita jumpa
petang ni? You nak beritahu apa,
Farith? Tentang kita tu apa?"

Elis meradang. Dia tumbuk-


tumbuk dada Farith.

Bila Farith tekankan yang dia tak


pernah sebut pasal cerai dengan
Faizura, jadi maknanya disini...?

"Elis..." Farith seru perlahan.

Elis toleh.

"Fai..."

256
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Faizura tidak menoleh. Dia


menekur pandang.

Hanya telinganya sahaja yang


mendengar Farith menyeru namanya.
Berat untuk dia memandang Farith.
Bimbang dia makin sukar
melepaskan.

Farith sedut nafas dalam-dalam.


Sedar keputusan ini bakal menggores
luka yang dalam. Namun hakikat
tetap hakikat. Dia mahu jujur.

"Elis, I minta maaf I tak mampu


jadi lelaki yang terbaik untuk you. I
minta maaf, setia I pada you tidak
seperti yang you harapkan. I minta

257
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

maaf, menjadi pengkhianat cinta


kita."

Elis tergelak. Cantik betul


susunan ayat yang meluncur dari bibir
Farith.

"You dah jadi pengkhianat cinta


kita, you tak setia, you hancurkan
kebahagiaan kita. Dan I still pilih you,
Farith Zachary.

Kali ni air mata Elis gugur. Gagal


mengawal perasaan.

"Tuan, bukan salah tuan. Saya


sebenarnya jadi punca. Kalau bukan
saya yang desak tuan tolong saya, tuan
tak mungkin jadi pengkhiatan cinta
Cik Elis." Faizura mencelah. Tidak
betah dia melihat sahaja Farith buat

258
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

pengakuan begitu sedangkan


hakikatnya dialah puncah utama.

"You berdua jangan nak jadi


budak-budak boleh tak? Tolonglah! I
takde masa la kalau setakat datang
untuk tengok drama macam ni. You
backup dia, dia backup you." Elis
menggeleng. Jujurnya dia kecewa. Dia
sangka Farith masih berpeluang jadi
miliknya. Tapi bila melihat semua
depan mata dia sekarang, tak perlu
Farith beri keputusan pun, dia yakin
dia tahu keputusan Farith tu apa.

Elis menjauh beberapa tapak


daripada Fairth dan Faizura.
Beberapa ketika saling larut dalam
emosi, Elis urus pelipis. Sukar. Sukar
sebenarnya dia nak hadap situasi

259
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

petang ni. Farith dah bertapak lama


dalam hati dia. Cuma sayang... jodoh
Farith rupanya dengan perempuan
lain!

"Farith Zachary..." Elis menyeru


perlahan usai air mata dipipi dia seka.

"I sayang you. I sayang you


sepenuh hati I." Ada getar dalam
ucapan itu.

Farith angguk. Dia tahu itu.

"Tapi I tahu, sayang I tetap tak


cukup untuk buat you terus bersama I
kan?" Elis paksa bibirnya melukis
senyum.

"Kadang I rasa menyesal.


Kenapa masa you ajak I kahwin tiga
tahun lepas, I mintak tangguh?

260
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Kalaulah I setuju masa tu, mesti


sekarang ni kita berdua suami isteri."

Faizura sudah mengatur


langkah. Perlahan-lahan kakinya
dihayun mahu meninggalkan
pasangan itu.

Namun belum sempat menjauh


pun, lengannya dilelar Farith.
Memaksa langkahnya terhenti. Dia
pandang pergelangan tangannya
dalam pegangan Farith. Tak lepas.

"Takdir kita, Elis."

Elis angguk. Akur.

"Betullah tu. Kalau bukan takdir,


tetap tak berlaku macam ni. Dah
tertulis rupanya, perempuan yang

261
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

akan bertemu jodoh dengan you, PA


you sendiri. Bukan Elis Evelyn."

"Pertama kali I buat keputusan


untuk kahwin dengan Fai, I ingat
benda ni biasa-biasa je. Takde bagi
effect apa pada kita. Lagi pun kita dah
lama bercinta. Tapi Elis..."

Farith pandang Faizura. Dia


kemaskan pegangan tangannya
bertaut dengan jemari Faizura.

"Once I dah jadi suami dia,


benda ni berubah secara tak langsung.
Dalam ni, Elis."

Farith tepuk dada dia.

"I tak mintak. I tak tahu macam


mana nak explain. Dalam ni, tiba-tiba

262
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

ada dia. Dalam ni tiba-tiba ada


perasaan yang lebih dari seorang bos.

Dalam ni, tiba-tiba ada rasa


mahu bersamanya, mahu
melindunginya, mahu mencintai dan
membahagiakan dia."

Faizura terkedu mendengar


pengakuan itu. Mimpikah dia ketika
ini?

"Allah hadirkan perasaan tu


dalam hati you. Sebab Dia tak nak you
sia-siakan jodoh yang Dia atur."

Elis mendekati Faizura. Melihat


tautan jemari Farith dengan Faizura,

263
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dia mengertap bibir. Gagal mengawal


perasaan sendiri.

"Faizura..." Elis tepuk bahu


Faizura perlahan.

"Jaga suami kau baik-baik. Setia


dengan dia. Cinta dia sepenuh hati.
Bahagiakan dia. Aku lepaskan dia
pada kau."

Beberapa saat Elis dan Faizura


saling bertentangan.

Kedua-duanya mengalirkan air


mata. Faizura mahu peluk Elis. Tapi
belum sempat pun berbuat demikian,
Elis sudah beredar.

Selepas agak lama Elis pergi,


Faizura kembali pusatkan perhatian
pada Farith. Berdiri berdepan dengan

264
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

lelaki itu, sepasang mata lelaki itu


ditatap dalam-dalam.

"Tuan,"

"Don't call me, tuan." Farith


tayang riak serius.

Faizura mendengus. Dia jeling


lelaki itu sekilas. Tak bagi panggil tuan
pulak dah! Dah tu?

265
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Bab 18

"T
UAN..."

Diam.

"Tuan..."

Sama macam tadi. Masih


mengunci bicara. Gaya Farith seolah

266
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

seorang Faizura yang duduk


disebelahnya ini halimunan.

Hidung Faizura dah kembang


kempis. Isy, geram betullah bila lelaki
ni buat perangai mengada gini.

"Tuan..." Kali ketiga dia seru.


Kali ni nada suara dia dah naik satu
oktaf.

Sedut nafas dalam-dalam. Diam


dan masih cuba bersabar. Bilang
dalam hati. 1, 2, 3... sampai 10.

Lelaki disebelahnya selamba


teruskan pemanduan seperti biasa.

267
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Tiada langsung tanda-tanda mahu


beri respond pada panggilannya.

Kendur bahu Faizura bersama


helaan nafas yang terhembus.

"Bie..." Kali ni nada suara


Faizura antara mahu keluar dengan
tidak. Dia berdehem kemudiaannya.
Rasa kekok betul nak ubah panggilan.
Tapi terpaksa. Karang kalau tak
diubah, macam ni la gayanya. Orang
tu buat kelaku serupa dia tak wujud.

Farith toleh sebelah akhirnya.


Jongket kening. Dia senyum.

"Senang je kan? Panggil bie


bukan susah pun. Sedap sikit telinga
ni dengar. Kalau tidak, dekat office ye

268
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

lah panggil tuan. Eh dah balik rumah


pun ber'tuan' lagi."

Faizura mencebir bila isu


panggilan itu kini menjadi topik
bualan mereka berdua.

Hal dengan Elis sudah selesai.


Ada rasa sedikit lega sekarang ni
walaupun sebenarnya rasa serba salah
dalam diri tu masih ada. Mana tak
berasa serba salah, Elis bercinta
dengan Farith, tapi disebabkan dia
mintak pertolongan 'luar jangka' tu,
sekarang ni Elis dan Farith secara
rasminya berpisah.

"Lepas ni bie nak sayang jangan


masukkan tentang Elis lagi dalam

269
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

cerita kita. Kita fokus pada kita je,


hmm?"

Macam tahu je apa yang sedang


difikir, tiba-tiba keluar ayat tu dari
mulut encik kesayangan di sebelah.
Faizura toleh. Dia senyum dan
mengangguk.

"Family bie?" Tiba-tiba teringat


tentang itu.

Ya, family sebelah Farith.


Mestilah mereka kena tahu
kewujudan seorang Faizura dalam
keluarga mereka. Bolehkah dia
diterima?

"Sayang ni orang kampung.


Keluarga sayang sederhana je. Rumah
kayu separuh, batu separuh. Tak besar

270
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

mana pun. Jauh beza nak bandingkan


dengan life bie. Bie anak Tan Sri
Fayyad dan Puan Sri Mashita. Rumah
bie, rumah bungalow. Besar. Kita tak
sama level, bie. Macam Elis
cakap."Ada sayu dalam luahan itu.
Tiba-tiba je kolam mata Faizura auto
memberat. Pandangan terus jadi
berbalam.

Farith raih jemari Faizura. Dia


genggam. Bertaut dengan jemarinya.
Seketika mengerling ke sebelah, dia
senyum.

"Sayang nak tahu satu rahsia


tak?"

"Apa?" Air mata dah luruh ke


pipi. Dia bawa jemari Farith yang

271
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

bertaut dengan jemarinya. Selamba


dia letak pada pipinya yang basah.

"Dua hari sebelum kita nikah,


abang dah maklum pada daddy
dengan mommy pasal kita nak nikah
di kampung sayang. Daddy dengan
mommy tengah umrah masa tu.
Kakngah, acik pun ikut sekali daddy
dengan mommy. Yang tak ikut cuma
bie dengan along. Jadi hari kita nikah
tu, along ada datang majlis kita. Saja
bie tak kenalkan pada sayang."

Faizura dah buntangkan mata


dengar penjelasan panjang lebar itu.
Sungguh ke apa dia dengar?

"Jadinya selama ni Tan


Sri Fayyad dengan Puan Sri Mashita
tahu la sayang dah kahwin dengan

272
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

anak dia orang?" Meminta kepastian.


Masih sukar nak percaya sebenarnya.
Ya Allah... dia malu!

Patutlah ada sekali hari tu


terserempak dengan Tan Sri Fayyad
dekat ground floor, Tan Sri Fayyad
senyum lain macam je dekat dia.
Patutlah dia mintak cuti sebulan,
mudah je lulus.

"Perkahwinan bukan main-


main, sayang. Walaupun awalnya bie
fikir, kita kahwin just atas dasar bie
tolong sayang je semata-mata. Takkan
ada ikatan hati. Tapi bie tetap buat
solat istikharah minta petunjuk Allah
betul ke apa bie buat ni. Tiga kali bie
buat. Petunjuknya, bie mimpi
bersanding dengan sayang dekat

273
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

pelamin yang cantik sangat. Lepas tu


bie mimpi lagi sayang bermain-main
dengan anak kita dekat sebuah taman.
Bila bie lepas je lafaz akad dan
semuanya selesai, dalam hati bie tiba-
tibs rasa lapang dan tenang."

Air mata Faizura kian lebat.


Bibirnya terkunci terus. Allah. Dia
sangka semuanya akan berakhir
dengan kesakitan yang panjang sebab
tindakan bodoh dia. Rupanya tidak!

"Semalam daddy tanya bila nak


buat majlis sebelah daddy dengan
mommy? Dia orang dah tak sabar nak
buat."

"Bie cakap apa?" Nada masih


tersedu sedan. Sungguh payah dia nak
berhenti menangis kali ni. Tak sangka

274
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

sangat-sangat dengan apa yang telah


ditakdirkan.

"Bie cakap nak bincang dengan


sayang dulu bila yang sayang ready."

Beberapa saat jeda. Faizura


pasakkan pandangan ke jalan raya.
Mereka dalam perjalanan pulang ke
kampung. Kalau ikutkan, dalam sejam
dua lagi mereka akan sampai. Hajah
Maznah pasti sedang menanti tu.

"Sayang, along cakap muka


sayang dengan bie seiras. Dia cakap
jodoh kita panjang."

Faizura senyum lagi. Bukan


along tu sorang je yang cakap macam
tu. Mak dia cakap masa hari mereka

275
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

nikah tu, ramai yang cakap wajah


mereka seiras.

Mudah-mudahan hingga ke
syurga hendaknya jodoh mereka
berdua.

276
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Epilog

B
ARU nak langkah
masuk dalam rumah.
Tiba-tiba lengan kanan
Faizura disauk. Lekas dia toleh. Encik

277
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

suami mendekat. Hulur handphone


dekat dia.

"Sayang, tengok ni."

"Pelakon terkenal Elis Evelyn


kena tangkap khalwat dengan seorang
pelakon baru, Zack Zarith."

Senafas Faizura baca. Terkedu.


Lepas tu dia toleh cepat pada
suaminya.

Jemari naik mengusap pipi


Farith.

Langsung dia tidak sedar mereka


sedang diperhatikan ketika itu.

Tersenyum-senyum setiap mata


yang memerhati mereka berdua.

278
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Bie, Elis..." Faizura tekup mulut


dengan tapak tangan. Tidak terkeluar
ucapan berikutnya. Jujur dia sangat
terkejut dengan berita ini.

Farith senyum. Nampak riak


wajah lelaki itu tenang. Dia
mengangguk.

"Dia dah tiada kaitan dengan Bie.


Biarlah apa jadi pun.” Ujar Farith.

"Syukur pada Allah, Dia hantar


sayang sebagai jodoh bie." Anak mata
Farith terus dipasak pada seraut
wajah cantik di hadapannya ketika ini.

"Sayang pun syukur sangat, bie.


Allah bagi bie dalam hidup sayang.

279
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Sayang selalu doa jodoh kita sampai


ke syurga."

Handphone ditangan Farith


masukkan dalam poket seluarnya
semula. Sedut nafas dalam-dalam, dia
hembus tenang. Rasa lapang betul.
Rasa damai.

Tiada langsung kesedihan dalam


hati Farith. Malahan dia sangat-
sangat bersyukur membuat pilihan
paling tepat dalam hidupnya.

Hari sudah beransur petang.


Kalau ikutkan jadual majlis resepsi
perkahwinan mereka hari ni dah
tamat dah. Namun nampaknya masih
ramai tetamu yang berkunjung.
Ramai betul jemputan Tan Sri Fayyad
dengan Puan Sri Mashita. Itu dalam

280
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

dia orang cakap nak buat majlis


ringkas je.

"Fai, pergilah naik ke bilik dulu


kalau nak rehat. Muka awak dah
nampak letih sangat tu."

Teguran Puan Sri Mashita


memanggil Farith dan Faizura
menoleh serentak.

"Tak apa ke mommy? Tetamu


masih ramai tu."

Segan juga Faizura nak ke bilik


walaupun kalau ikutkan dia memang
nak cari ruang berehat sebenarnya
masa ni. Tubuhnya rasa lemah betul.
Letih sangat-sangat.

"Eh, tak apa. Mommy dengan


yang lain ada boleh layan tetamu.

281
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

Yang penting menantu mommy kena


rehat sama. Satu hari kamu layan
tetamu. Dengan pakaiannya yang
tebal. Panas. Melekit. Kalau mommy,
mahu sakit kepala dah ni. Dah la.
Pergi ke bilik, bersihkan diri, tukar
pakaian, rehat. Nak apa, minta dekat
maid."

Faizura senyum. Lega betul bila


mommy mentua dah cakap macam tu.
Ini kalau Hajah Maznah, jangan harap
la nak manjakan dia macam ni.

"Kalau macam tu, anak mommy


pun ikut sekali la menantu mommy
naik ke bilik rehat-rehat kejap eh."
Farith dah siap heret lengan Faizura
dah. Dia bukan boleh kalau
berseorangan layan tetamu. Macam

282
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

mana pun mesti nak berkepit jugak


dengan wife dia.

"Haih, kamu jangan nak


menggatal. Tunggu sekejap. Kejap lagi
ada lagi saudara sebelah daddy nak
sampai. Karang dia orang tanya mana
pengantin, mommy nak sua muka
siapa?"

"Sua muka daddy je la." Farith


berseloroh.

Dan dan tu Puan Sri Mashita


angkat penumbuk tayang pada dia.
Acah-acah gangster.

Hajah Maznah ada datang juga


tadi. Sekejap je. Lepas makan, terus

283
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

nak balik dah ke hotel dah. Letih


katanya. Nak berehat.

Farith sewakan hotel untuk


keluarga mentuanya. Dah ajak mereka
bermalam di rumah Tan Sri Fayyad
dan Puan Sri Mashita, mereka
menolak. Segan kata Hajah Maznah.

"Sabar kejap. Malam masih


muda. Tak ke mananya bini tu." Tan
Sri Fayyad pula ambil peluang
mengusik. Bahu si anak dia tepuk-
tepuk sambil gelak sebelum berlalu.

Farith menyengeh. Apa pun dia


tak sahut. Elok Tan Sri Fayyad berlalu,
Farith keluarkan semula handphone
dari poket seluar dia. Buka applikasi

284
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

whatsapp. Nama cik isteri dicari. Dia


taip pesanan ringkas.

'Sayang, jangan tidur eh. Tunggu


bie masuk bilik.'

Tak sampai seminit, pesanan


whatsappnya di balas cik isteri.

'Apa barang nak tunggu bie


dulu? Mommy dah bagi peluang suruh
rehat. Tunggu apa lagi, tidur la best.'

Dan hujung ayat tu siap cik isteri


pergi letak icon 🤣🤣🤣

Ini memang sengaja nak


mengusik dia ni. Tunggu sekejap.

Apa petang-petang macam ni


tidur? Tidur petang bukan elok. Nanti

285
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

badan tu jadi lagi letih, rasa lemau tak


bermaya.

Tanpa menunggu lama di situ,


Farith lekas-lekas hayun langkah
masuk dalam rumah.

Pedulikan mommy dengan


daddy nak panggil dia ke apa nanti.

Dari jauh, Puan Sri Mashita yang


nampak kelibat si anak sudah masuk
dalam rumah tergelak kecil seraya
menggeleng.

Dia pandang suaminya yang


kebetulan turut memerhati Farith
tadi.

286
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Farith Zachary tu sama je


spesies daddynya." Ucap Puan Sri
Mashita tergelak.

"Biarlah mereka. Kita dulu pun


macam tu. Kita doakan dia orang
cepat dapat bagi kita cucu." Balas Tan
Sri Fayyad dalam senyuman.

Di bilik pengantin.

Farith melangkah masuk


perlahan-lahan kala melihat cik isteri
seolah sedang ralit melihat sesuatu di
tangan. Pandang sambil tersenyum-
senyum.

Terasa ingin tahu apa yang


sedang dilihat cik isterinya masa tu,
Farith makin mendekat.
Dipanjangkan lehernya memerhati

287
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

juga ke dalam tapak tangan cik


isterinya tu.

Saat pandangan mata terpaku


pada apa yang ada ditangan Faizura
itu, spontan tapak tangan Farith naik
menekup mulut sendiri.

Rasa tak percaya dengan rezeki


yang Allah kurniakan pada mereka
secepat ini.

"Sayang, betul ke ni?"

"Huh?"

Terkejut, spontan menoleh dan


saat yang sama Faizura menyigung
rusuk kiri encik kesayangannya.

Berkerut wajah Farith.

288
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Ya Allah, bie? Bila masuk? Tak


dengar bunyi pintu bilik pun?"

"Saja bie masuk diam-diam nak


surprisekan sayang. Sekali bila
masuk, bie yang dapat surpise."

Faizura senyum. Alat yang


berada dalam genggamannya dihulur
pada Farith. Urine Pregnancy Test.

"Saja sayang test. Sebab tadi


kepala ni pening-pening. Lepas tu
tekak ada rasa mual. Bukan tadi je
jadi. Dua tiga hari lepas lagi dah
sayang duk rasa macam ni. Sayang tak
cerita dengan bie, tak nak bie fikir
yang bukan-bukan. Hari ni entah la
kenapa. Terasa sangat nak test.Tapi
takde la sayang harap sangat pun.
Mana tahu tengok-tengok naik double

289
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

line." Wajah Faizura berseri-seri saat


bercerita.

"Takpe, sayang. Tunggu sayang


buat test ni dua kali lagi. Then nanti
kita ke klinik pulak. Bila semua dah
comfirm baru kita beritahu family
sayang dengan family bie."

Faizura angguk je. Pandang


wajah Farith ketika ini, dia berharap
sangat keputusan yang dia dapat
ini 100 peratus betul.

"Sayang, lepas ni sayang tak


payah pergi kerja la. Duk rumah
sudah."

Berkerut dahi Faizura. Kenapa


pulak?

290
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Bie boleh je tanggung sayang


dengan family sayang kat kampung tu.

Bie nak sayang duk rumah je.


Fokus pada bie dan rumahtangga
kita."

"Habis tu, bie? Fokus cari PA


baru ke?"

Ehem... bunyi soalan tu tiba-tiba


Farith mengesan lain macam kali ni.
Dia gelak-gelak.

"Sayang cemburu ke?"

"Memanglah! Bie kalau nak cari


PA, cari lelaki je."

Dia siap letak syarat pulak untuk


PA baru nanti.

291
TUAN FARITH : SKANDAL TAK DIRANCANG
Raisyas Azliey

"Ikut sayanglah. Satu sayang


kena sentiasa ingat, bie cintakan
sayang sepenuh hati bie, tahu."

"Ye. I love you, bie."

"I love you too, sayang."

Ya, jodoh ini memang bukan kita


yang rancang. Tetapi Dia. Dia yang
merancang dengan seluruh kasih
sayangNya. - Farith Zachary & Faizura
Hanim

- TAMAT -

292
KOLEKSI KARYA PENULIS
TERIMA KASIH ATAS
SOKONGAN

Anda mungkin juga menyukai