Anda di halaman 1dari 182

Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin 1

23 October 2012
Kategori: Novel

24 ulasan

Oleh : UMI SYIDAH

BAB 1

“Mak, ..maafkan Nizam mak, ….bukan Nizam sengaja nak malukan mak dengan ayah,
sebenar…. sebenarnya… Nizam… .Nizam dah kahwin kat sini, mak.”

“Apa ?….apa kamu dah buat ni Nizam?….Ya Allah,!…berapa lama dah kamu kahwin ?”

“Dah lima bulan ….kami nikah sebelum exam,…maafkan Nizam, mak…..nanti bila jumpa
Hani, Nizam akan mintak maaf dari Hani.

+++++++

“Ya Allah…nak buat macam mana ni ?” Puan Azmah terduduk lemah di sofa bersebelahan
meja telefon. Seluruh tubuhnya rasa menggigil. Menggigil kerana terlalu terkejut dan kecewa.
Menggigil kerana terlalu marah dengan perbuatan anak bongsunya Shahrul Nizam. Air
matanya mengalir laju bertemankan esakan.

“Azmah ?….Mah ?…Mah, kenapa ni ?” En.Marzuki yang baru masuk ke ruang tamu terkejut
melihat isterinya yang sedang menangis teresak-esak dengan tangannya masih memegang
ganggang telefon.

Marzuki segera mendapatkan Azmah dan memaut tubuh isteri kesayangannya. Ganggang
telefon di tangan Azmah dicapai,lantas dilekapkan di telinganya. Sudah tiada sesiapa di
talian. Ganggang telefon diletakkan kembali ke tempatnya.

“Siapa Mah ?….siapa yang telefon ?..Mizan ke ?…Mizan tak nak balik kenduri besok
ke?…Dia masih marah pada Nizam agaknya. ..” bertalu-talu soalan dari Marzuki. Tidak sabar
untuk mengetahui punca yang menyebabkan isterinya bersedih begitu sekali.

Azmah menggeleng perlahan. Air matanya terus mengalir walau pun puas diseka.

“Bukan Mizan ?.. habis tu siapa ?…tak kan si Nizam kot…dia kan akan sampai besok
subuh…” sudah tak sabar Marzuki menunggu jawapan dari Azmah.

Perlahan-lahan Azmah menganggukkan kepalanya.


“Abang…abang jangan terkejut tau, kita kena fikir cepat,.. kita kena segera mencari
pengganti Nizam….dia,dia…Nizam dah kahwin di UK sana, bang….dia cakap dah lima
bulan..dia takut nak cakap kat kita..”terang Azmah sambil mengesat air mata yang masih
mengalir.

“Ya Allah,….budak Nizam ni sengaja nak bagi malu kat kita,….budak tak bertanggung
jawab…mengaji saja tinggi…otak tak tau letak kat mana…tak fikir langsung kita kat sini..dia
tak ingat ke dia dah ada tunang di sini ?” Marzuki melepaskan kemarahannya.

Marzuki berjalan mundar mandir di ruang tamu…kalau Nizam berada di hadapannya kini,
mahu saja dibelasahnya anak bongsunya itu sepuas hati.

“Abang..sabar bang….abang kena bawak bertenang,….Mah, tak nak apa-apa terjadi pada
abang …doktor kan dah pesan,..abang tak boleh stress dan marah-marah.”Rayu Azmah yang
sudah merapati suaminya. Belakang suaminya diusap perlahan. Dengan lembut Azmah
membawa suaminya ke sofa panjang. Sama-sama mereka duduk dengan hati yang kecewa.

“HHhmmm..” keluhan lemah meluncur dari mulut Azmah tanpa dapat dikawal.

“Kalau Nizam cakap awa-awal, dah tentu kita tak edarkan kad-kad jemputan tu,….khemah
dan katering dengan semua-semua yang lain tu pun masih sempat lagi dikansel…rugi duit
muka tu pun tak apa…sekarang semua dah siap, dah terlambat nak batalkan…..

Marzuki hanya mendiamkan diri.

“Ikutkan jadual penerbangan, subuh esok Nizam tu sampai…nikah lepas zohor…ingatkan tak
boleh balik cepat sebab ada kelas…rupanya saja tangguh-tangguh, takut nak cakap.”

Marzuki masih mendiamkan diri saperti tadi.

“Macam mana kita nak cakap dengan Yuhanis ni bang…buntu saya dibuatnya.” Sebak suara
Azmah sama sebak dengan hati di dalam mengingatkan kenduri esok hari.

Marzuki diam tak berkutik. Kerisauannya ditelan dalam hati. Dibiarkan saja isterinya
meluahkan perasaan.

“Mizan ada kata bila nak sampai ?” tiba-tiba Marzuki bertanya.

“Kelmarin dia kata ….petang ni, lepas kerja…..paling lewat pun malam katanya,…abang…
apa abang…abang nak dia….”

Termati kata-kata Azmah tiba-tiba…matanya merenung mata suaminya, seolah-olah ada


tertulis jawapan di situ, akan pertanyaan dia sebentar tadi. Ternganga mulutnya.

“Kita kena ikhtiar Mah.” Lemah saja jawapan dari Marzuki…dia sendiri seperti tidak yakin
akan caranya.

Azmah hanya memandang langkah longlai suaminya meninggalkan ruang tamu yang sudah
terhias indah untuk kenduri esok. Perlahan-lahan Azmah turut bangun mengekori langkah
suaminya.
Yuhanis tersandar lesu di sebalik dinding. Perlahan-lahan Yuhanis melangkah ke biliknya
yang terletak disisi kanan rumah. Pintu bilik tidurnya ditutup perlahan kemudian
menguncinya.

“Sampai hati Abang Nizam buat Hani macam ni…hu,hu..” Sendu dan tangisan Hani hanya
mampu disembunyikan di sebalik bantal peluknya.

Segala impiannya untuk hidup bersama Shahrul Nizam hancur berkecai. Berderai bagai kaca
terhempas ke batu. Jauh di mata, jauh di hati. Mungkin ini ujian untuknya. Sudah suratan,
takdir yang menentukan. Yuhanis terpaksa lalui jua. Redho dalam terpaksa. Apa lagi yang dia
boleh buat.

Jika hendak diukur dengan kehilangan kedua ibu bapa kandung bersama tiga orang adik-
adiknya dalam kemalangan ngeri sembilan tahun lalu, dugaan ditinggalkan tunang yang tidak
setia, sangatlah kecil.Lebih baik sekarang daripada ditinggalkan bila sudah berkahwin dan
memiliki anak-anak….Yuhanis memujuk dirinya.

Kesian emak dan ayah angkatnya. Bagaimana Yuhanis dapat menolong mereka. Pedih hati
Yuhanis mendengar rintihan mereka berdua sebentar tadi. Yuhanis tidak boleh hanya
memikirkan dirinya sahaja. Dia perlu kuat untuk mereka berdua.

Jasa mereka tidak mampu Yuhanis balas dengan wang ringgit. Mereka membesarkannya dan
memberinya kasih sayang seperti anak sendiri. Bukan kerana ada talian saudara, jauh sekali
adik beradik. En,Marzuki dan Puan Azmah sekadar kawan baik ibu bapa kandung Yuhanis
yang sudah tidak punya saudara mara.

Dari anak angkat, hendak dijadikan menantu pula. Yuhanis setuju lantaran hajatnya hendak
menjaga kedua-dua ibubapa angkatnya akan menjadi lebih mudah di sisi syariat. Lebih-lebih
lagi sudah ada wasiat dan kata persetujuan antara arwah ibu bapa kandung dan mak ayah
angkatnya.

Berkerut dahi Yuhanis teringatkan nama yang disebut ayah pagi tadi. MIZAN. Anak sulung
mak ayah angkatnya yang pernah Yuhanis lihat tiga empat kali. Itu pun dari jauh sahaja.
Mizan…aaah,..sanggupkah dia…dan sanggupkah lelaki itu jadi pengganti tunangnya demi
menutup malu emak dan ayah.

++++++++

“Mizan tak setuju,..Mizan tak sanggup….mak,ayah…Mizan mintak maaf banyak-


banyak……carilah orang lain…atau pun, paksa saja si Nizam tu kahwin juga dengan
tunangnya itu….diakan lelaki…boleh kahwin sampai empat.” Terus terang kata-kata Shaiful
Mizan.

“Mizan …mak tak mahu orang luar…lagi pun ..emak dan ayah telah berjanji dengan arwah
ibu bapa Yuhanis…nak jadikan Yuhanis sebahagian dari keluarga kita…Hani tu budak baik,
mak yang besarkan dia…tak rugi jika Mizan nikah dengan dia…..bila dah kahwin nanti,
kenal budi bahasa dia…mak pasti Mizan akan dapat lupakan Suraya.” Rayu Azmah.
“Kamu masih tak boleh lupa bekas isteri kamu tu lagi Mizan ?…dah dekat setahun…ayah
nak kamu mulakan hidup baru…Hani pasti dapat tolong kamu lupakan dia.” Nasihat Marzuki
pula.

“Mak, ayah…kalau Mizan nak kahwin sekali pun, bukan sekarang…bukan tergesa-gesa
macam ni…terima atau tidak,.. tiada kaitan dengan Suraya tu.” Balas Mizan sambil meraup
mukanya.

‘Kalau Mizan tak boleh tolong…malu besar mak ngan ayah kamu ni…mana kami nak sorok
muka….jemput sakan, tapi tak jadi…pengantin lelaki tak ada….kesian kat Hani tu.” Sudah
sebak suara Azmah merayu…masih tak putus asa memujuk anak sulungnya.

“Macam ni lah mak,…besok bila tetamu datang..cakap saja ada kemalangan, jadi kita buat
kenduri kesyukuran atau kenduri arwah….Mizan tetap dengan keputusan Mizan….dahlah
mak, ayah..dah dekat pukul satu malam ni…Mizan pun dah penat…habis kerja terus drive ke
sini……kalau mak nak,besok kenduri, Mizan tolong terangkan pada tetamu-tetamu semua.”

Mizan akhirnya melangkah ke biliknya dengan hati yang berat….tapi sungguh dia tak
sanggup. Dia masih trauma dengan perceraiannya. Seperti sudah serik untuk berkahwin.
Sudah hilang kepercayaannya pada kaum hawa.

“Macam mana ni bang?…..abang kena paksa juga Mizan tu…abang


kena….abang,..abang.!..”

Azmah segera mendapatkan suaminya yang kelihatan sedang menggosok-gosok dadanya.

“ Abang ok,…penat dan sakit sikit je…..jom lah Mah,kita pun dah penat ni…..besok pagi kita
kena beritahu Hani…tak boleh tangguh-tangguh lagi.” Keluh Marzuki.

+++++++

Yuhanis hanya mampu memandang sayu ke arah emak dan ayah angkatnya yang sedang
melangkah ke bilik tidur mereka. Dia perlu bertindak segera. Yuhanis cuma ada malam ini
sahaja. Dia segera meninggalkan tempat persembunyiannya. Ada misi penting yang Yuhanis
perlu lakukan.

Tok,tok,tok….

Shaiful Mizan mengerutkan dahinya. Matanya merenung ke arah pintu. Sudah sayup malam.
Emak masih tidak putus asa. Masih hendak memujuknya jadi bidan terjun. Mizan akan tetap
dengan pendiriannya. Mizan melangkah dengan malas menuju ke pintu.

Sebaik Mizan membuka selak,daun pintunya serta merta terbuka ditolak dari luar. Mizan
terkejut. Gadis anak angkat mak ayahnya meluru masuk kemudian terus menyelak semula
pintu bilik Mizan.

Yuhanis menarik nafas lantas menoleh mengadap abang kepada tunangnya. Alangkah
terkejutnya dia. Serta merta Yuhanis memusingkan badannya mengadap ke pintu
semula.Lelaki itu hanya memakai boxer !!..Muka Yuhanis terasa tebal, malu teramat. Terasa
panas seluruh muka.
Terangkat kening Mizan melihat kelakuan gadis itu. Jelas kelihatan riak terkejut di wajahnya
yang sudah kemerahan…tapi berani pulak mengunci pintu. Gadis apakah yang berani
mengunci dirinya di dalam bilik dengan lelaki yang bukan mahramnya ?

“Maaf…saya minta maaf banyak-banyak….er,…sebenarnya..er,..aaa…sa..saya ada hal nak


cakap dengan aw..dengan en.. encik…er,er..sebelum tu….saya minta maaf…bo..boleh tak
tolong pa..pakai ba..baju.” tergagap-gagap Yuhanis bersuara. Lebih-lebih lagi melihat muka
yang masam itu.

Sememangnya Yuhanis sudah menjangka akan kesukaran untuk menyampaikan hajatnya


kepada lelaki ini.. tapi kini baru dia tahu betapa sukarnya dia hendak membuka mulut. Belum
di kira dengan masaalah penampilan yang tidak dijangka itu.

Walau pun sudah menghadap pintu, matanya tertutup rapat… namun sudah terlakar di minda
Yuhanis tubuh sasa lelaki itu dengan boxernya…eeehh ! Yuhanis menggeleng-gelengkan
sedikit kepalanya untuk menghilangkan gambaran sexy lelaki itu.

Mizan mencapai lalu memakai semula t-shirt dan kain pelikat yang terlonggok di atas meja
bacaan sambil merenung belakang gadis itu.

“Ok,..siap…saya dah pakai baju…” kata Mizan sambil berpeluk tubuh.

Yuhanis berpaling menghadap lelaki itu perlahan-lahan. Tidak sopan pula jika bercakap
menghadap pintu.

“Maaf,..saya minta maaf banyak-banyak kerana mengganggu awa..er.. encik.” Yuhanis


memulakan bicara. Tidak tahu ke mana hendak di talakan pandangan matanya…..juga tidak
tahu bagaimana mahu memanggil lelaki itu.

“Mmm..tapi awak nak ganggu jugak….ok, shot…awak ada masa dua minit saja.”garang saja
nada suara lelaki di hadapannya.

“Min…minta maaf ba…banyak-banyak,…sa..sa..saya…nak..nak…..”susah sungguh Yuhanis


hendak menyatakan hajatnya. Rasanya belum pernah terjadi lagi kes serupa ini.

“Awak ni gagap ke apa !!!…..buang masa betul !…saya ni dah penat, tau tak !!! jerit Mizan.
Harap-harap suaranya tidak tembus sampai ke bilik mak ayahnya.

Suka tak suka pun, herdikkan Mizan menjadi pemangkin kepada Yuhanis.

“Saya nak ajak awak kahwin dengan saya ! “ dengan sekali lafaz dalam satu nafas terluncur
juga hajat Yuhanis. Sempat dia menarik nafas lega. Dia tidak perlukan masa sampai dua saat.

Terangkat kedua-dua kening Mizan. Mizan merenung tajam Yuhanis yang terkulat-kulat di
hadapannya. Berani betul budak ini getus hati Mizan. Berani atau terdesak ?….kenapa
terdesak ?…macam-macam jawapan yang Mizan boleh cadangkan. Dia bukan budak mentah
seperti dulu. Mizan tidak akan biarkan dirinya dipermainkan lagi.

Yuhanis tertunduk malu. Terasa bahang panas di mukanya menjalar ke seluruh tubuh hingga
ke hujung jari kaki. Beberapa saat berlalu tanpa jawapan dari Mizan. Yuhanis tidak boleh
cepat menyerah kalah. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
lengan….alang-alang sudah termalu,.lantaklah…kata hati Yuhanis.

“Saya buat ni untuk mak dan ayah….mak risau ayah akan tertekan,…takut strok ayah
menyerang semula,….ayah ada masaalah jantung,…selepas dapat panggilan dari
…er..UK…abah dah mula rasa sakit-sakit di dada…hari tu masa kena mild strok,abah kena
tahan kat hospital sampai dua minggu….kesian kat mak,….hari-hari nangis, makan pun tak
lalu….saya tak….”

“Kenapa saya tak tahu ?,…kenapa tak ada sesiapa beritahu saya ?”marah Mizan. Sungguh,
sudah lama dia tidak balik menjenguk orang tuanya di kampong…sekadar bertanya khabar
melalui telefon. Disebabkan amarahnya sedang memuncak, tidak sedar Yuhanis yang
dipersalahkan.

“Emak kata tak nak ganggu anak-anak …sibuk kerja,..sibuk belajar,…nanti ganggu….saya
tak setuju…tapi..mak…”

“Awak tak tahu nak telefon saya ke ?” bentak Mizan lagi.Penat, mengantuk, tertekan….dan
berita ini pula. Masam mencuka mukanya memandang Yuhanis.

“Huh..er…aa…mana..saya ada nombor telefon er.. encik…” Yuhanis sudah terasa geram tapi
ditahannya sebab permintaannya masih tiada jawapan. Perlu bersabar.

“Encik !,encik !….awak ingat awak kat ofis saya ke ?” bentak Mizan melepaskan rasa tidak
puas hatinya. Tidak di pedulinya akan Yuhanis yang terkejut dengan herdikkannya.

Yuhanis menjadi risau bila melihat Mizan melangkah ke katilnya. Lelaki itu kemudiannya
duduk di birai katil seperti bersedia hendak tidur saja. Yuhanis terasa diri umpama… hanya
seekor lalat yang tersesat terbang masuk ke bilik itu..kecilnya diri…Ya Allah berilah aku
kesabaran tahap tinggi…Yuhanis berdoa. Yuhanis cuba menarik perhatian Mizan sekali lagi.

“Mmm,..er..enc…awak…”Yuhanis serba salah. Benar-benar dia tidak tahu apa yang patut
dipanggilnya lelaki itu…..panggil encik pun kena tengking… tak kan Yuhanis berani nak
berabang pula….salah karang, baru naik sepuloh oktaf nada tengkingan lelaki itu.

Mizan mengangkat tangan, menghalang Yuhanis dari menyambung kata-katanya.

“Tolong dengar sini baik-baik….Saya tak berhajat nak kahwin sekarang atau waktu yang
terdekat ini….dan saya tak mahu kahwin dengan awak atau mana-mana perempuan
pun……jadi tak payah awak nak merayu-rayu lagi….awak tak malu ke ?” berapi-api kata-
kata Mizan.

Walau pun nada suara lelaki itu sudah sedikit mengendur, tapi ayatnya tajam menyusuk hati
Yuhanis. Yuhanis seperti mahu menjerit saja….Hei, saya merayu bagi pihak mak dan ayah
encik lah !!!…bukan untuk diri sendiri. Macamlah dia hard up sangat nak kahwin sampai
merayu-rayu begitu.

Mizan menjeling Yuhanis sekilas. Tentu gadis itu sudah terasa dengan kata-katanya sebentar
tadi…melihatkan diri gadis itu kini tertunduk kaku seperti patung….baguslah begitu…boleh
cepat berambus dari biliknya…dia sudah terlalu penat…sudah tak larat melayan kerenah
gadis ini.

Dengan tudung hitam yang senget dan baju kurung besar seleweh ….tiada apa yang istimewa
yang boleh menarik minat mana-mana lelaki. Mana-mana lelaki…lebih-lebih lagi dirinya.
Tak bernafsu lansung….malah boleh lebih teruk lagi, mati terus nafsu lelakinya sampai bila-
bila.

Yuhanis duduk melutut perlahan-lahan ke lantai. Yuhanis sedikit hairan bagaimana dia masih
boleh bersabar dengan sikap tak mengenang budi seorang anak. Mungkin doanya telah di
kabulkan Allah. Yuhanis masih boleh bersabar. Sabar sangat-sangat.

“Saya cuma hendak kita bernikah untuk menutup malu mak dan ayah…AWAK… untuk
kesihatan mereka, untuk ketenangan hati mereka…mereka dah tua, selagi mereka masih
hidup anak-anak patut gembirakan hati mereka…jangan nanti, menyesal setelah mereka
sudah tiada…siapa yang telah alami akan tahu betapa pedihnya kehilangan
ibubapa………………… saya janji saya tak akan susahkan awak, saya tak akan ganggu
hidup awak, saya tak akan minta apa-apa dari awak,saya tak akan tuntut apa-apa dari
awak…apa saja permintaan awak,saya akan ikut,…saya merayu…..”

“Perempuan apa awak ni haa,…tak malu ke merayu pada lelaki yang tak sudi…inilah orang
kata..perigi cari timba….nak tau lagi tak?…tengok awak pun saya tak ada selera..inikan lagi
nak menikah,….saya nak tidur……awak nak merayu sampai pagi pun, suka hati awaklah.”
Mizan segera membaringkan badannya mengadap dinding.

“Baiklah, saya akan tunggu sampai pagi…saya tak faham …kenapa a..”

“Awak tak akan faham….so, SHUT UP !!!..ok !”tengking Mizan lantas menarik selimut
menutupi seluruh tubuhnya.

Ya..betul,Hanis memang tak faham…..bisik Yuhanis pada dirinya sendiri.

Yuhanis terus melutut di depan pintu. Yuhanis berharap kesungguhannya itu akan dapat
melembutkan hati Shaiful Mizan yang keras itu. Sudah agak lama melutut begitu,sehingga
kakinya mula terasa kebas-kebas….namun dia sudah nekad akan bertahan sampai subuh.
Anak jenis apa entah..hati keras macam batu…getus hati Yuhanis.

Perlahan-lahan Yuhanis membaca surah Yasin yang telah dihafalnya semasa tingkatan lima.
Yuhanis masih ingat lagi kata-kata Ustazah Khatijah, ustazah sekolah menengahnya dahulu
…bahawa Rasulullah SAW telah bersabda “Sesiapa yang mengamalkan membaca surah
Yasin, Allah akan permudahkan urusannya di dunia dan akhirat.”

Bukan itu saja, ada beberapa lagi fadhilat surah Yasin yang masih Yuhanis ingati….
antaranya yang sesuai dengan situasinya kini ia lah…”Jika orang belum berkahwin akan
mendapat jodoh “

Harap-harap janganlah lelaki hati batu yang tidur macam batu di hadapannya itu tahu akan
fadhilat yang satu ini. Jika tidak, entah apa-apa Encik Mizan si hati batu akan jeritkan
kepadanya nanti,bisik hati Yuhanis.
Selesai habis membaca surah Yasin, Yuhanis membaca surah Al-Mulk pula. Surah Al-Mulk
ini baru sahaja berjaya di hafal Yuhanis..ia-itu ketika menemani emak yang menunggu ayah
di hospital tempoh hari. Fadhilat surah Al Mulk pula ia lah dapat melindungi kita dari seksa
kubur dan seksa neraka.

Yuhanis merenung seketika tubuh lelaki yang nampaknya begitu lena. Sedikit pun tak
berkutik. Tidur macam batu, hati pun keras macam batu…apalah yang boleh di harapkan lagi.

Tidak mengapa.Yuhanis berjanji selepas habis tempoh ikhtiar ini, dia akan pasrah. Dia akan
terima takdir yang di tentukan oleh Allah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jika
gagal…dia percaya Allah hendak berikan sesuatu yang lebih baik di masa depan. Jika berjaya
…syukur..Alhamdulillah

Malam masih panjang. Yuhanis membaca pula surah-surah tiga Kul….kemudian dia berdoa
semoga Allah sentiasa membantunya dan memudahkan urusan hidupnya. Begitu juga emak
dan bapa angkatnya.

Yuhanis juga tidak lupa berdoa untuk arwah ibu bapa serta adik-adiknya. Semoga Allah
ampunkan segala dosa mereka dan menempatkan mereka bersama-sama hamba-hamba Allah
yang soleh.

Sayup-sayup kedengaran bacaan surah Yasin menyusup masuk ke telinga Mizan. Perlahan
saja bacaan itu seakan suara berbisik sendirian. Seketika Mizan terkedu. Dia pasti gadis itu
tidak membawa sebarang buku, apa tah lagi buku Yasin sewaktu masuk ke biliknya tadi.
Hendak di jampi serapahkan kah aku ini..tanya hati Mizan…….aaah, lantaklah.Duduklah situ
sampai khatam satu Quran pun dia tak kisah….getus hati Mizan lagi. Entah bila dia terlena
pun Mizan tidak sedar.

Mizan terjaga.Azan subuh kedengaran sayup-sayup dari masjid kampung itu. Matanya di
halakan ke meja kecil di sisi katil melihat jam.Sudah pukul lima lima puluh empat pagi.Tiba-
tiba Mizan teringat akan gadis semalam…dan kata-katanya untuk tunggu sampai subuh.
Adakah itu mimpinya saja atau realiti.

Mizan menongkat lengan lalu menjenguk ke pintu. Mizan terkedu. Gadis itu masih di situ.
Masih di depan pintu biliknya. Satu perasaan aneh singgah seketika menjentik hati
kecilnya….kesian ? sayu ? kagum ?…..tapi semuanya di tepis pergi.

Mata Mizan memandang seketika ke arah gadis yang mengganggunya semalam. Gadis itu
kelihatan duduk tersimpuh di tempat semalam…cuma kini badannya terlentuk dan tersandar
di kabinet yang terletak di tepi pintu. Sesekali kelihatan kepalanya tersengguk-sengguk. Azan
subuh di laungkan pun masih tidak terjaga. Entah pukul berapa agaknya gadis itu terlena.

Mizan segera bangun untuk ke bilik air….tapi dia perlu kejutkan gadis itu terlebih dahulu.
Tidak boleh dia bayangkan jika gadis itu terjaga waktu Mizan keluar dari bilik air dengan
bertuala sahaja. Kalau di buatnya menjerit dek terkejut baru kecoh satu rumah.

“Hei, bangun…..bangunlah….” panggil Mizan…. dia berdiri dua kaki di hadapan Yuhanis.

Mizan menyangkung pula setelah tiada tindak balas dari Yuhanis. Mizan merenung wajah
Yuhanis yang masih lena tidak sedarkan diri sekaki di hadapannya. ..mmm…boleh tahan juga
muka dia, bisik hati Mizan. Mana pernah mereka bertegur sapa selama ini. Selama dia
bersama Suraya bekas isterinya, Mizan tidak endahkan perempuan lain.

Mizan menyua jari telunjuknya untuk mencuit bahu Yuhanis. Termati pergerakkan nya bila
dengan tak semena-mena Yuhanis membuka mata, merenung tepat ke mata Mizan. Mizan
terkejut,mujur tak terlentang kebelakang. Seram pun ada….ada juga orang jenis macam
ini..gerutunya. Nasib baik Mizan tidak menjerit.. kalau tidak…buat malu saja.

Yuhanis yang masih dalam keadaan mamai, merenung tajam wajah lelaki yang tercongok di
hadapannya sebaik dia membuka mata. Berkerut kening Yuhanis.

“Pukul berapa sekarang ?”tiba-tiba terpacul soalan dari Yuhanis.

“Dah masuk subuh ke ?” Yuhanis bertanya lagi…cemas saja bunyi suaranya.

“Dah dekat pukul enam, subuh dah.” Jawab Mizan sambil berdiri menjauhkan diri.

“Oh !”..Bingkas Yuhanis bangun berdiri, membuka selak, menolak daun pintu dan terus
meluru keluar tanpa memandang Mizan.

Usai solat subuh Yuhanis duduk berdoa di atas sejadah. Panjang doanya pagi ini. Yuhanis
ingin berlama di bilik itu. Bilik yang sudah berhias cantik untuk raja sehari. Selepas ini bilik
itu sudah tidak sesuai untuknya lagi. Yuhanis melemparkan pandangan melihat sekeliling.
Semuanya serba baru… katil, almari,meja solek dan sofa kecil untuk dua orang. Perabut dari
kayu jati hadiah dari emak dan ayah angkatnya.

Langsir tingkap dan langsir pintu kaca ke balkoni dipilih sama warna dengan set cadar.
Warna krim lembut dengan bunga-bunga kecil berwarna pink dan ungu. Pilihannya sendiri
dan di sukai oleh emak merangkap bakal emak mertua…kini mak mertua tak jadi.

Selepas ini Yuhanis perlu mengangkut semula pakaian-pakaiannya kembali ke bilik


lama.Nasib baik hanya itu saja yang baru di pindahkan ke sini. Jika tidak banyaklah kerja
kerja menyimpan dan menyusunnya semula.

Subuh sudah berlalu. Sang suria mula menampakkan diri. Yuhanis berdiri kembali. Dia
hendak mengerjakan solat Dhuha dua rokaat. Selepas itu barulah Yuhanis akan mengemas
untuk kembali ke bilik asalnya. Bilik ini mungkin bakal di huni Abang Nizam bersama isteri
barunya apabila mereka balik ke sini kelak. Tanpa disedari air matanya menitis….. mengalir
membasahi pipi.

Selesai solat sunat Dhuha Yuhanis menadah tangan untuk berdoa lagi. Sebaik dia
mengangkat tangan,pintu bilik di kuak. Yuhanis menoleh untuk melihat siapa yang datang.
Jangkanya tentulah emak yang datang mencarinya. Mak sangat tahu akan perangai Yuhanis
yang tidak suka bersarapan.

Membulat mata Yuhanis melihat Mizan di belakang emaknya.


“Hani, jomlah kita sarapan…sekejap lagi mak andam akan sampai….Abang Mizan kamu ni
dah setuju nak nikah dengan Hani….mak syukur sangat-sangat….”
Yuhanis terpana…hilang butir-butir perkataan emak seterusnya……..Yuhanis hanya mampu
menganggukan kepala dan menzahirkan secalit senyuman sebelum mak beredar.
Namun senyumannya menjadi tawar melihat wajah Mizan yang kelat. Biarlah apa
pun….kelat, masam, masin, pahit,maung…akan di harungi jua. Asalkan emak dan ayah boleh
hidup tenteram di usia mereka yang merangkak senja.

Tidak sedar tangannya yang masih menadah sedari tadi, Yuhanis terus memanjatkan
kesyukuran kepada Allah….ALHAMDULILLAH….syukur kepada Mu Ya Allah ….segala
urusan hidup dan mati ku adalah ditangan M

+++++++

Mendung yang berarak hilang di tiup angin pagi. Sinar cahaya sang suria yang terang
menerangi alam bertamu bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa…seperti merestui perjalanan
kerja mendirikan sebuah masjid. Begitu kehendak NYA. Majlis kenduri pernikahan Yuhanis
dan Shaiful Mizan berjalan lancar. Marzuki dan Puan Azmah sudah boleh tersenyum lega
sepanjang waktu menyambut dan melayan para tetamu yang datang.

Majlis akad nikah berlansung selepas solat zohor seperti yang di rancangkan agar solat zohor
dapat dilaksanakan di awal waktu oleh seluruh keluarga terutama kedua-dua pengantin.

Denga sekali lafaz telah terikatlah diri Yuhanis sebagai isteri Shaiful Mizan yang sah. Lafaz
yang lancar daripada lelaki yang telah berpengalaman. Yuhanis tertunduk, sekadar
mendengar lafaz tanpa memandang ke arah suaminya kerana dia tidak mahu perasaannya
terguris dan terluka dengan wajah kelat lelaki itu. Yuhanis pasti tidak akan ada riak gembira
di wajah itu sama ada sebelum atau selepas lafaz akad nikah. Sebelum atau setelah bergelar
suaminya.

Puan Azmah tersenyum sambil menyeka air matanya yang tidak dapat di bendung tatkala
melihat Shaiful Mizan menyarungkan cincin ke jari manis Yuhanis. Dia tahu Shaiful Mizan
tidak gembira dengan perkahwinan itu. Puan Azmah tahu Shaiful Mizan tidak punya apa-apa
perasaan terhadap Yuhanis. Tiada rasa cinta,tiada rasa suka…mungkin saja ada rasa marah.
Mungkin benci juga akan menyusul.

Tidak mengapa. Dia ada senjata yang di kurniakan Allah kepada setiap wanita yang bergelar
ibu. Doa seorang ibu sangat mustajab. Azmah pasti pengorbanan Mizan tidak akan sia-sia.
Satu hari nanti Azmah yakin Mizan akan menyayangi Yuhanis seperti mana dia dan suami
menyayangi anak angkatnya itu….atau mungkin lebih !

++++++++

“Cium tangan suami kamu, Hani.”kata mak andam yang menjadi pengapit Yuhanis.

Yuhanis patuh. Seram sejuk tangannya tatkala bersalaman dengan tangan Mizan. Ketika
bibirnya menyentuh, mencium tangan suaminya satu azam tersemat di jiwa Yuhanis….ya, dia
akan menjadi isteri yang solehah yang akan patuh pada suami, selama mana lelaki itu
mahukan dia sebagai isterinya. Yuhanis sedar dia bukan isteri yang didambakan.

Pengorbanan perasaan dari Saiful Mizan akan dibalas sebaik mungkin dengan
mengembirakan hati lelaki itu. Yuhanis berjanji pada dirinya bahawa dia tidak sekali-kali
akan menyusahkan lelaki itu. Yuhanis tidak tahu apa yang bakal dihadapinya selepas ini.. tapi
yang pasti …apa saja yang ‘suami’ nya itu mahu akan ditunaikan selagi perkara itu tidak
melanggar syariat dan hukum hakam ugama…Cuma Yuhanis berdoa agar dirinya dapat sabar
dengan apa jua dugaan yang mendatang.

Yuhanis juga berazam untuk menempuh hari-hari bersama lelaki yang telah bergelar
suaminya itu dengan tenang dan hati yang terbuka. Hati Mizan akan ditatang dan hatinya juga
akan diceriakan…..Yuhanis tidak akan membiarkan hatinya luka dan berduka lagi. Buku
sejarah lama akan ditutup. Yuhanis berazam untuk menikmati hidup dengan mengembirakan
hatinya dan juga hati-hati orang di sekelilingnya.

+++++++++

Yuhanis dan Mizan berdiri bersama Puan Azmah dan En.Marzuki melihat kereta tetamu
terahkir meninggalkan rumah mereka. Semua saudara mara yang datang juga terpaksa balik
awal. Besok hari Isnin.Zaman sekarang semua orang bekerja. Yang tua yang tidak lagi
bekerja pula datang dengan anak-anak yang bekerja. Datangnya bersama, pulang pun kenalah
bersama.

Suasana kenduri zaman sekarang bukan lagi macam kenduri zaman dahulu. Keadaan telah
berubah…habis kenduri, teranglah rumah..bukan sekadar sanak saudara terpaksa meminta
diri,…… pinggan mangkuk, periuk belanga dan kawah juga sudah naik lori.

Kelihatan beberapa petugas pihak katering sedang mengemas dan membuka khemah. Kerusi
meja sudah siap tersusun di tepi pagar menunggu lori untuk mengangkut saja. Itulah
untungnya bila menggunakan perkhidmatan katering…tuan rumah tidak payah pening kepala
memikirkan pasal berkemas pula selepas semua tetamu pulang. Jika mahu kenduri tanpa
perkhidmatan katering,….. kendara nanti tanggung sendiri sampai pening.

“Alhamdulillah, semua dah selesai…jom kita masuk…kita semua tak sembahyang asar
lagi….haa,Mah..nak ke mana pulak tu…dah lima suku sekarang ni, nanti bertambah lewat
asar kita nanti.” Kata Marzuki.

“Iyalah bang, Mah cuma nak pesan kat budak-budak katering tu…kalau nak sembahyang,
boleh guna bilik hujung tu…bilik air dengan tandas pun ada kat bilik tu….Mizan, Hani
naiklah dulu…kamu pun mesti penat juga….kamu sembahyang aje kat atas tu…nanti mak
sembahyang dengan ayah kat bilik kami…lepas tu boleh terus ‘landing’ sementara nak
tunggu magrib….hi,hi,hi.”dalam penat pun Azmah boleh ketawa…gembira dapat menantu
dan semua masaalah dapat diselesaikan.

“Eh.. mak,ayah ada orang datang lagilah tu….teksi ? “ kata Mizan tiba-tiba. Semua yang
mula hendak melangkah masuk, terhenti.

“Siapalah pulak yang datang waktu-waktu macam ni…nampak gayanya, kenalah kita
beritahu kita nak sembahyang dulu.” soal Marzuki. Panjang tengkuknya mengintai teksi yang
terpaksa berhenti setakat depan pintu pagar. Kerusi meja yang banyak tersusun di situ
menghalang jalan masuk ke rumah.

“Assalamualaikum…”suara memberi salam.

“Nizam ?”
Mizan terkejut melihat adiknya yang melangkah keluar dari teksi.Kenapalah kau tak datang
awal ….tak perlulah aku memaksa diri aku berkorban begini..terlintas kata-kata itu di kepala
Mizan.

Tercengang Shahrul Nizam melihat abangnya segak berpakaian pengantin……ternyata


Yuhanis sudah terlepas dari tangannya…Nizam tak rela….Nizam masih sayangkan Yuhanis !

BAB 2

Shaiful Mizan merenung tajam adiknya Shahrul Nizam. Rasa macam hendak ditelannya saja
hidup-hidup. Nampak kecik saja Nizam di matanya. Nizam yang buat angkara, dia pula yang
kena tanggung beban. Namun Mizan hanya mampu menggenggam penumbuknya kemas-
kemas dan mengetap kejap giginya menahan geram.

Marzuki terkedu. Wajahnya yang gembira sebentar tadi bertukar menjadi redup tiba-tiba.
Hendak di katakan benci, dia rindu pada anak bongsunya yang telah setahun lebih tidak di
temui..Hendak di katakan gembira, hatinya masih terasa sakit dengan perangai yang telah
dilakukan.

Azmah juga begitu. Dia menjadi serba salah. Namun kasih seorang ibu tiada tandingannya.
Seketika Azmah sudah berpelukan dengan Shahrul Nizam.

“Ampunkan Nizam mak…Nizam tahu Nizam berdosa pada mak dan ayah…ampunkan
Nizam mak. “ berlinanang-linang air mata Nizam sambil memeluk Azmah. Azmah turut
menangis teresak-esak memeluk tubuh anaknya yang menangis hingga menggigil.

Seketika Nizam menangis lagi dalam pelukan Marzuki.

“Nizam tak tahu macam mana benda ni terjadi..Nizam minta maaf ayah…kalau ayah nak
pukul Nizam pun, Nizam rela ayah…ampunkan Nizam…ampunkan dosa Nizam ayah.”
Mendayu , sayu sekali mendengar kata-kata Nizam. Menitik juga air mata Marzuki
mendengar rintihan anaknya.

“ EEerr…aaa..Abang Mizan….terima kasih kerana selamatkan air muka mak dan


ayah,….terima kasih juga kerana selamatkan Hani….mungkin jodoh Hani dengan
abang….bukan dengan Nizam….maafkan Nizam,bang…” ujar Nizam di hadapan
abangnya…apa lagi yang boleh dikatakan. Rahsia hatinya disimpan kemas… hanya Allah
yang tahu.

“Ok.” Itu saja yang keluar dari mulut Mizan. Sudah memadai untuk Nizam. Lebik baik
daripada dapat penumbuk abangnya yang lebih tinggi, lebih besar dan lebih sasa daripadanya.

Mizan cuba mengawal perasaan marahnya…dia masih ada rasa hormat pada mak dan
ayahnya. Jika hanya dia saja berdua dengan Nizam, dia yakin beberapa penumbuknya sudah
hinggap ke muka Nizam.

“Hani…Hani cantik hari ni…..abang nak minta maaf banyak-banyak pada Hani,….nanti-
nanti abang jumpa Hani….kita berbual.”
Yuhanis sekadar menundukan kepalanya ke arah Nizam tanda hormat.Yuhanis tidak selesa di
renung Nizam…kata-kata Nizam juga tidak mahu dilayan…

…sudah cukup,cukup sudah….cukup sampai di sini saja..

…daripada batin tersiksa, lebih baik ku pergi saja.

Tanpa di sedari Yuhanis merapatkan tubuhnya ke sisi Mizan. Seketika Yuhanis tertunduk
malu,merah padam mukanya. Mizan merenung tepat kearah mata Nizam. Muka Mizan
serius.. tidak main-main punya. Suka tak suka Yuhanis sudah menjadi isterinya. Nizam sudah
membuang segala haknya atas bekas tunangnya itu….tapi Nizam masih tidak sedar-sedar.

“Hani kena dengar penjelasan Abang Nizam…nanti..kita…..

“DARLING !!!” satu jeritan nyaring datang dari arah teksi.

Semua kepala tertoleh serentak ke arah teksi yang masih menunggu. Empat pasang mata
hanya memerhati Nizam terkocoh-kocoh lari ke arah teksi. Rupa-rupanya Nizam terlupa
seseorang yang masih menunggu di dalam teksi.

Tertunduk-tunduk Nizam membantu seorang perempuan keluar dari perut teksi dan
melangkah ke arah mak,ayah, abang dan kakak iparnya aka bekas tunang. Sekali lagi empat
pasang mata berpandangan sesama sendiri.

Hampir terlopong Azmah dan Marzuki melihat isteri Nizam. Berambut perang, dengan perut
yang sedang membesar memakai baju mengandung bertali halus, pendek sampai nampak
pehanya yang putih melepak.

“Mak, ayah..er abang…Hani..ini isteri Nizam…Shila,..and Shila kenalkan my mum,my dad.”


Shila bersalaman dengan mak dan ayah mertuanya.

“This is my brother and Hani..”

“Honey ? “ada nada tidak puas hati pada soalan Shila.

“Her name Yuhanis…I call her Hani……”Nizam memberi penjelasan kepada isterinya.

“Kami ni baru nak sembahyang asar….apa kata kita semua masuk dulu….nanti kita berbual
panjang.” Marzuki segera menyampuk. Tidak mahu menangguh lagi, waktu asar sudah
mengenjak.

“Jom masuk Shila…Nizam layan isteri kamu ni….kami solat dulu…” pelawa Azmah kepada
ahli baru keluarganya.

++++++++

Dengan segan-segan Yuhanis membuka tudungnya. Ini pertama kali rambutnya terdedah
pada mata lelaki. Tudung berenda bewarna putih yang sedondon dengan baju kebayanya di
gantung ke dalam almari. Satu persatu sepit dan pin rambut di tarik keluar dari sanggulnya.
Mizan yang sedang membuka sampinnya terhenti melihat rambut ikal mayang isterinya
terungkai lembut hingga ke paras pinggang. Suka tak suka pun bergegar jantungnya.
Berkocak juga nafsu lelakinya. Segera Mizan memalingkan muka dan badannya ke arah lain.

Yuhanis mengerling jam di dinding. Masa berjalan pantas. Yuhanis segera membuka butang
baju kebayanya. Separuh jalan Yuhanis tiba-tiba teringat, dia tidak lagi berseorangan di
dalam biliknya. Cepat-cepat Yuhanis merapatkan semula baju kebayanya. Yuhanis menoleh
seraya berkata.

“Er,..aba..er…boleh saya masuk bilik air dul….” kata-kat Yuhanis terhenti. Secepat kilat
kepalanya memandang ke hadapan semula. Mizan sudah tidak berbaju. Malahan sudah
bertuala saja. ..ah, mudahnya orang lelaki. Terutama lelaki yang sudah bergelar suaminya
kini…..dan dulunya pernah menjadi suami perempuan lain.

Seperti orang di kejar anjing, Yuhanis melangkah laju ke bilik air sambil berkata.

“Saya masuk mandi dulu.”

Sampai di bilik air Yuhanis terkedu. Dia sehelai sepinggang. Yuhanis menduku kepalanya
sendiri dua tiga kali…Cheh,..semua terlupa. Yuhanis terpaksa melangkah keluar dari bilik air
semula.

Mizan bersandar di sofa sambilmenutup matanya sementara menunggu Yuhanis keluar dari
bilik air. Tidak sampai beberapa minit gadis itu tergesa-gesa keluar, masih berpakaian seperti
dia mula masuk ke bilik air tadi…Aaik, cepatnya…atau tak mandi ? fikir Mizan.

“Tuala.” kata Yuhanis sambil menuding ke arah rak tuala,tanpa di tanya. Tuala di rak di tarik
segera, kemudian terkocoh-kocoh pula ke almari mengambil satu persalinan. Sehelai baju
berlengan panjang dan sehelai skirt kembang labuh bewarna biru lembut. Satu set pakaian
dalam di ambil dari laci sebelum bergegas melangkah ke bilik air semula.

Mizan hanya memerhati gelagat kelam kabut Yuhanis. Senyuman kecil yang terukir senget
sebelah dibibirnya sempat di sorokkan. Yuhanis sempat menjeling laju ke arahnya semasa
gadis itu terpaksa tunduk mengutip baju dalamnya yang terjatuh ke lantai.

Pasti muka gadis itu merah menahan malu…tapi terlindung dengan rambutnya yang panjang
melindungi muka…aalah, macam dia tak pernah tengok coli wanita,malah lebih dari itu dia
dah buat..sebik MIzan.

“Ehem ! saya dah siap.” Yuhanis memberi isyarat kepada Mizan untuk ke bilik air. Matanya
segera memandang ke arah lain setelah mengerling seketika ke arah Mizan yang kelihatan
seperti terlena semasa menunggu giliran ke bilik air…… Isk, kenapa tak duduk sopan-sopan
getus hati Yuhanis.

Yuhanis pula yang termalu melihat Mizan yang duduk sedikit mengangkang melunjur kaki
dengan hanya bertuala…mmm,..tapi tak kan orang lelaki nak duduk berkepit peha macam
orang perempuan pulak, bisik Yuhanis. Sebenarnya dia yang tak biasa…dia kan masih anak
dara.
Mizan membuka mata. Sempat matanya melihat gadis yang sudah siap menukar pakaian di
bilik air. Mizan faham. Rambut gadis yang masih basah itu mengingatkannya pada waktu-
waktu indah semasa dia memegang’ tittle’suami orang.

Dadanya bergetar. Ini yang Mizan cuba elakkan. Ini yang dia tidak suka. Mizan tidak mahu
ada apa-apa kaitan dengan anak angkat mak dan ayahnya itu. Mizan nekad tidak akan’
menyentuh’ gadis ini. Dia perlu mengawal perasaannya agar hatinya yang parah terluka boleh
sembuh sepenuhnya. Biarlah parut menjadi tauladan sepanjang hidupnya. Mizan mesti
membina tembok yang tebal setebal tebalnya… jurang yang dalam sedalam dalamnya.

**********************

Keluar dari bilik air Mizan lihat Yuhanis sudah siap bertelekung. Jam di dinding baru
menunjukkan pukul enam setengah petang. Lagi setengah jam baru masuk waktu magrib, tapi
gadis itu sudah duduk di sejadah. Nak tunjuk alim agaknya…ingat aku boleh
suka….mmm…jangan harap, bentak hati Mizan.

Mizan sudah selangkah menjarakkan jurang antara dirinya dengan Yuhanis. Masih terbayang
di mata Mizan muka sedih Yunanis semasa Mizan menyuruh ‘isterinya’ itu sembahyang
tanpa perlu menunggunya petang tadi untuk sembahyang asar.

Mahu saja Mizan cabut balik ke Ampang malam itu juga. Namun ditahan hatinya demi emak
dan ayahnya. Emak dan ayah nampak gembira dengan perkahwinan ini. Mizan sudah
menjalankan tugasnya. Sekarang dia cuma perlu jauhkan dirinya.

*************************

Enjin keretanya dimatikan. Mizan meraup muka kemudian mengelus rambutnya yang sudah
sedikit panjang ke belakang. Sudah pukul sepuluh lima minit malam. Sengaja Mizan
berlama-lama di luar. Sembahyang magrib tadi di masjid kampungnya, Kampung Sungai
Rokam, kemudian Mizan meronda keliling pekan Ipoh.

Mizan sembahyang Isyak pula di Masjid Negeri. Selesai sembahyang sunat Mizan duduk
sendirian di sudut masjid dengan satu buku kecil Surah Yasin. Terlintas di hati
kecilnya….kalau ‘dia’ boleh menghafal Surah Yasin, kenapa Mizan tak boleh.

Malam itu Mizan mulakan azam dengan “Yaasiin, walquranilhakim……..hingga selesai satu
surah. Selepas hampir sejam Mizan bergerak meninggalkan perkarangan Masjid Negeri.
Semasa memandu Mizan cuba mengingati apa yang telah di bacanya sebentar tadi…bukan
hanya tadi malah telah berpuluh puluh kali Surah Yasin itu pernah di bacanya sebelum ini.

“Yaasiin,.walquranil..hakim,innaka….er..innakala…mi…nal….mur…salin…’ala siro
thin..mustaqim…tanzilar…..tanzilar….mm…tanzilar…….”….blurp!!…Mizan
terkedu…minda nya gelap…seperti mentol yang terbakar..terpadam,tiada cahaya lagi….tak
ingat lagi.

Tak kan hanya itu yang lekat kot, bisik hati Mizan. Haa, sekarang baru dia sedar betapa
susahnya hendak menghafal….walau pun satu surah….belum lagi satu Al Quran. Tak apa,
masih ada banyak masa lagi kata hati Mizan, menyedapkan hati sendiri. Mizan singgah di
restoran nasi ayam kampung yang terkenal di Bandar Ipoh itu untuk makan malam sebelum
pulang.

Tiba di rumah yang sudah gelap, Mizan memakir dan mengunci keretanya. Mizan mengatur
langkah untuk masuk melalui dapur, memandangkan bahagian dapur masih terang benderang.

Semasa hendak melintas tingkap naco untuk ke pintu dapur, Mizan terpandang kelibat dua
orang yang masih berada di dapur. Yuhanis dan Nizam ? Mizan mematikan langkah,
kemudian perlahan-lahan menghampiri tingkap.

“ …..tolonglah Hani,…bagi peluang abang terangkan perkara ini.. tak kan tak da sikit lansung
rasa sayang Hani pada abang….abang nak bercakap dengan Hani,sekejap saja pun
jadilah…nanti abang tunggu kat wakaf malam-malam sikit…Hani datang ye.”kata Nizam.

“ Sorry, Hani dah janji dengan mak nak tolong urut kaki ayah, ok,Hani naik dulu,..mak
tengah tunggu susu ni, makan malam dah siap hidang….jempulah isteri makan sekali.”
Yuhanis cuba berlalu.

“ Abang Nizam tahu Hani marahkan abang ….bagilah peluang abang terangkan apa yang
telah berlaku sebenarnya…..tolonglah Hani….dengar dulu sebelum menghukum abang.” rayu
Shahrul Nizam…sambil menyekat laluan keluar dari ruang dapur.

“Hani nak naik tengok suami Hani, dah balik ke belum….Abang Mizan pergi sembahyang
kat masjid tadi…mintak maaf banyak-banyak..lain kali sajalah..tolong jangan buat macam
ni.” Yuhanis berlalu dengan sebak di dada.

Apakah penjelasan Nizam dapat mengubah keadaan mereka ?…. Yuhanis sudah berjanji
untuk menjadi isteri yang solehah walaupun sedar jawatan atau kedudukannya itu tidak
penting di sisi Saiful Mizan. Apa pun Yuhanis kena pandai menjaga status dirinya kini sudah
menjadi isteri orang.

Mizan menutup daun pintu biliknya. Bilik pengantin baru. Tiada Yuhanis. Ada satu talam
bulat berisi satu hidangan ….makan malam. Terdapat juga satu plas air panas dan cawan
kosong yang terlangkup di atas piring…elok tersusun di meja rendah di hadapan sofa.

Mizan ternampak sehelai kertas di tindih di bawah cawan. Mizan mendekati meja. Nota di
tarik dan di baca.

‘ Makan malam dan teh panas….silakan…Saya di bilik mak.’

Mizan mencampak nota itu kembali di atas talam. Mizan membersihkan dirinya sebelum
merebahkan dirinya ke katil pengantin. Penat tidak terkira. Besok Mizan nekad untuk balik
bekerja seperti yang telah dirancang. Menikah jadi pak bidan terjun tidak akan merubah
jadual kerjanya…malah kehidupannya juga.

Seketika Mizan tercacak bangun semula. Ada perkara yang menggangu fikirannya. Mizan
menapak ke bilik orang tuanya. Telinganya dirapatkan ke daun pintu.Terdengar suara orang
sedang berbual-bual.
Mizan cuma mahu memastikan ada suara Yuhanis di dalam bilik itu. Mizan tidak mahu
menjadi lelaki dayus. Jika Yuhanis mahu bercengkerama dengan tunang tak jadinya malam
ini…ha, lagi Mizan suka….tugasnya akan cepat selesai. Lebih cepat dari yang dijangka.
Tahulah dia macam mana hendak meletakkan dirinya jadi status duda semula.

“I don’t want you to be near her…..kalau dia gatal-gatal nak dekat dengan you…siaplah dia.”
Suara amaran bersama tuan tubuh semakin mendekati di belakang Mizan.

Mizan terperangkap. Tidak cukup masa untuk dia mengelak dari bertembung dengan Nizam
dan isteri mat saleh celupnya. Mizan terus menolak daun pintu bilik orang tuanya serta merta.
Mizan segera menutup semula pintu sambil berdiri terpacak membalas pandangan tiga
pasang mata yang sedikit terkejut dengan kehadirannya secara tiba-tiba itu.

“Eer….er… assalamualaikum..er… Mizan terlupa nak cakap kat mak dan ayah ….Mizan
kena balik besok awal pagi….Mizan tak ambil cuti sebab tak jangka akan jadi macam
ni…jadi……..” Mizan terhenti di situ dengan bahunya sedikit
terjungkir…..bermaksud….faham-faham sajalah.

“Hhmm, tak apa…jaga kerja elok-elok. Baliklah…semua dah selamat….Cuma ayah nak
pesan Mizan satu saja…..tolong jaga Yuhanis baik-baik.” Kata Marzuki.

“Er..kalau mak ayah perlu di..dia..er.. Hani di sini, tak apa Mizan balik sorang dulu.”Mizan
cuba melepaskan diri.

“Hish, Mizan tak boleh buat macam tu…kena belajar suaikan diri duduk sama-sama…kan
dah jadi suami isteri…mak tak mahu anak mak jadi orang tak beradap.” Celah Puan Azmah.

Mizan tak terkata apa. Menyesal pula meredah masuk ke bilik emak ayahnya. Kalau tahu
begini jadinya baik saja dia mengadap perempuan mat saleh celup dengan Nizam tadi. Sahih
boleh jeling saja. Hajat untuk acara cabut pulang secara solo selepas subuh besok nampaknya
berkecai. Terpaksa jugalah Mizan mengusung ‘the unwanted wife. “

“Ha, sudahlah tu Hani, sedap tangan kamu mengurut…sebelum ni ayah jealous aje tengok
mak kamu aje yang dapat urut…he,he……pergilah berehat, nak kena berkemas lagi….besok
pagi dah nak kena ikut Mizan balik…..lain kali datang…kena urut lagi tau..he,he.”ujar
Marzuki kepada anak angkatnya yang sudah bertukar status sebagai anak menantu.

Tanpa berkata apa-apa Yuhanis bangun mencium pipi ayah mertuanya. Sungguh baik hati
lelaki ini. Lelaki yang telah memberi kasih seorang ayah menggantikan tempat ayah kandung
yang kasihnya hanya dapat dikecap cuma seketika.

Yuhanis beralih pula memeluk Mah Azmah yang sedang duduk di birai katil dengan tangan
sudah sedia didepangkan.Mata Yuhanis sudah terasa berat penuh digenangi air. Kalau boleh
Yuhanis tidak mahu menangis…lebih-lebih lagi di hadapan penonton yang tak diundang.

“Mak,ayah akan selalu doakan Hani dan Mizan bahgia hingga ke anak cucu,..bersama hingga
akhir hayat……jangan sedih-sedih…..bukannya nak pindah jauh sampai tak boleh balik-
balik…kalau nak balik sini, minta izin Mizan…baik-baik pakat.” Nasihat dari mak.

+++++++++
“ Bilik saya pintu warna kelabu…ada tiga lagi bilik kosong di atas, satu bilik orang gaji di
bawah sebelah dapur….awak boleh pilih mana-mana bilik yang awak suka, cuma jangan
susahkan saya….saya sudah biasa duduk sorang diri, jadi kalau boleh saya mahu keadaan
tetap seperti biasa…. saya tak mahu awak mengganggu, bila saya berada di rumah…faham ?
…awak nak buat apa, nak kemana pun…buatlah,..saya izinkan dan saya tak kisah.” Kata
Mizan tanpa sebarang emosi.

Yuhanis sekadar menganggukan kepala…tapi tidak sikit pun Mizan memandangnya. Lelaki
itu terus menonong mendaki tangga ke tingkat atas selepas memberi arahan tentang undang-
undang untuk Yuhanis patuhi.

Yuhanis berdiri tegak di hadapan pintu bersama dua beg pakaiannya seketika. Kelibat
‘suaminya’ sudah tidak kelihatan.Yuhanis mendongak melihat tangga menuju ke tingkat
atas…kemudian menebarkan pandangannya di sekeliling pula. Dari ruang tamu Yuhanis
melihat ruang makan kecil dan pintu ke dapur…dan satu pintu yang agak tersorok.

Ok…aku akan jadikan diriku ‘halimunan’. Don’t worry….I’ll make you happy..and myself
happyyyy too….bisik hati Yuhanis.

Yuhanis menutup pintu bilik…mm… rumah barunya. Ada satu katil bujang dengan tilam
nipis…ok buatnya. Satu almari kayu di satu sudut…agak uzur…tetap ok saja untuknya.
Sebuah meja sikat dengan cermin yang retak menanti terbelah dua….masih juga ok buat
dirinya. Dan ada pintu di hujung bilik…..bilik air….aah…satu rahmat untuknya.

Yuhanis menggagau telefon bimbitnya dibeg sandangnya. Sudah hampir pukul sepuluh
pagi….maknanya cuma lebih kurang tiga jam setengah perjalanan dari Ipoh. Yuhanis terus
menghubungi Mak Azmah…seperti yang telah dipesan.

“Semua ok ke di sana ?” tanya Mak Azmah selepas Yuhanis menyatakan dia dan Mizan telah
selamat sampai.

“Biasa-biasa saja… mak jangan risaulah pasal Hani….apa-apa hal mak call Hani, ok.” Kata
Yuhanis di akhir perbualan sebelum mematikan talian.

Yuhanis melihat sekitar bilik yang berdebu….mm,nantilah cik debu. Yuhanis sekadar
membersihkan katil…menukar cadar lusuh yang telah berdebu dengan cadar lusuh lain yang
terdapat di dalam almari uzur di bilik itu.

Selepas itu barulah Yuhanis dapat berbaring menghilangkan lelah perjalanan…sebelum dia
membuka lembaran baru perjalanan hidup untuk fasa seterusnya….menjadi isteri
‘halimunan’.

BAB 3

“Eh…aku kat mana ni ye ?” Yuhanis terjaga dari lenanya sambil memisat-misat


mata…kemudian menggosok-gosok perut. Perutnya sudah berkeroncong, siap buat ‘rap’
dalam kepala…..lapar,lapar,lapar..yo..lapar,lapar.
Seketika kepala dan mata Yuhanis bergerak memerhati sekelilingnya. Bila terpandang akan
cermin meja solek yang retak menanti belah itu, baru Yuhanis teringat di mana dia berada
sekarang.

Bagus juga cermin itu boleh jadi penanda arah buatnya…ketika mamai bila bangun tidur..
sementara hendak menyesuaikan dirinya dengan tempat baru ini…bilik baru ini….er, baru
ke? ..soal hati Yuhanis.

Pintu bilik dikuak sedikit. Yuhanis menjengulkan kepalanya keluar. Liar matanya memerhati
ruang dapur dan seterusnya ke ruang tamu….aaah,….’line clear’. Terhendap-hendap Yuhanis
melangkah keluar dari biliknya. Harap-harap janganlah bertembung dengan encik berhati
batu itu.

Perutnya terasa lapar sangat. Pagi tadi telah dikerah oleh ‘the rock’ keluar rumah selepas
subuh….itu pun dah kira bagus, kalau selepas bagi salam solat subuh, baru lintang pukang
dibuatnya.

Selepas subuh, dari Kampung Sungai Rokam hingga sekarang baru bangun tidur di Ampang,
sudah pukul dua belas suku tengahari…punyalah sedapnya tidur….sedangkan perut masih
kosong, tanpa diisi apa-apa.

Sunyi. Sepi. Tidak ada satu bunyi apa pun…walaupun bunyi cicak.

‘ Sama ada rumah encik si hati batu ini terlalu bersih atau pun ‘the rock’ tu garang sangat,
sampai cicak pun takut nak tumpang duduk serumah’…omel hati Yuhanis.

Encik si hati batu….mmm,…’The Rock’……mana satu sedap ye….tak apa, nanti ikut saja
tahap mana darjah kepanasan di hati…gerutu hati Yuhanis.

Dari tingkap di ruang tamu, Yuhanis menjenguk ke hadapan rumah. Wah, bagus!.. kereta
tidak ada….maknanya ‘the Rock’ juga tidak ada di rumah ketika itu. Yuhanis segera
menggeledah dapur….aah, semua kelengkapan dapur ada….complete….makanan saja yang
tak ada. Satu hapa pun tak ada!

Yuhanis membuka peti sejuk pula. Besar betul peti sejuk ni….tapi…hampeh !…ada lima
botol besar air mineral saja. Namun Yuhanis tetap kena bersyukur….orang kat Afrika air pun
susah nak dapat…lagi-lagi air mineral yang jernih,sedap dan sejuk, baru keluar dari peti
sejuk.

Segelas air mineral sejuk diteguk. Terasa sejuk dan segar air itu mengalir melalui tekak.
Hilang kering di tekaknya. Dapat juga mengurangkan sedikit pedih di perutnya dek
kelaparan.

Yuhanis segera meninggalkan dapur, masuk ke biliknya semula. Yuhanis menyalin pakaian,
seluar jeans biru dan baju muslimah biru serta tudung yang berwarna biru lembut. Dia jadi
Miss Biru hari ini. Baju kurung Mak Azmah yang dipakai dalam perjalanan datang, dilipat
dan disimpan di dalam almari.

Selesai berpakaian dengan sempurna menutup auratnya, Yuhanis mengambil beg sandangnya
dari dalam almari. Kasut sneakersnya yang diletak di bawah katil dijinjit keluar.
Di hadapan pintu utama yang sudah dibuka luas,Yuhanis tergaru-garu dahinya…..pintu jeriji
besi berkunci !..ada orang terkunci isteri di dalam rumahlah !….eee! macam mana ni,rungut
Yuhanis.

Beberapa minit terbuang kerana Yuhanis terpaksa mencuba beberapa gugusan kunci yang
dijumpainya tergantung di dalam kabinet yang terletak di tepi pintu. Berjaya juga ikhtiar
Yuhanis. Satu anak kunci untuk pintu kayu utama dan satu lagi untuk pintu jeriji
besi….uh,satu lagi belum jumpa….kunci pintu pagar!…aisayman.

Terpaksalah Yuhanis membawa beberapa gugusan kunci-kunci untuk dicuba pada mangga
pintu pagar..eh,melambatkan orang saja. Kenapalah ‘the rock’ ni tak macam lelaki lain…lupa
tutup sana,lupa tutup sini, lupa kunci sana,lupa kunci sini….eer..agaknya dia ni spesies
Mr.Perfect kot,fikir Yuhanis.

Anak kunci pertama,kedua,ketiga……hik,hik…anak kunci kelapan, kesembilan….[kalau


kerabat aje pintu pagar ni, ok tak?…Yuhanis berbicara sendirian…mata sudah merenung
pintu pagar…atas bawah,atas bawah..mengukur ketinggian…lepas ke,tak lepas.]

[“Oh..no,no…dibuatnya tertangkap sedang memanjat pagar, masuh surat khabar…muka


depan pulak…dengan tajuk besar..er,..’Isteri solehah cuba melarikan diri’….huoi!..mana nak
sorok muka! ]

Akhirnya..sampai habis semua anak kunci dicuba…..setelah berpeluh di bawah terik matahari
…dari berdiri, menunduk, menonggeng dan meninggung….Yuhanis ‘ give up’… kunci untuk
mangga pintu pagar memang tak ada !!!…nak kena panjat ni.

Yuhanis berlari semula masuk ke rumah untuk menyimpan semua kunci-kunci…tak da kerja
nak bawak semua sebabun kunci tu. Pintu utama dan pintu jeriji …segera dikunci kembali.
Dua kunci itu disimpan dalam beg sandangnya.

Yuhanis berdiri seketika merenung pintu pagar sambil bercekak pinggang. Nak buat lompat
kijang dia memang tak reti. Kalau lompat berpagar…..hui, pintu pagar adalah separas
hidungnya…kalau…nak cuba, boleh jugak ….ish…ialah tu. Jika percubaan pertama tak
berjaya…. kalau tak ‘tumpo’…[untuk yang bukan rakyat Perak, maknanya ialah KO]…boleh
aje cuba kali kedua dan ketiga dan seterusnya…hu,hu,hu…tak ianya…tinggi bebenor.

Sudahnya Yuhanis terpaksa buat jugaklah acara kerabat pagar. Langkah pertama… beg
sandang disangkut pada pintu pagar. Langkah kedua… kasutnya terpaksa dibuka dan
‘dilempor’ keluar pagar….dan langkah terakhir…..

RING,RIIINGG,RIIINNNGGG…..

“Ish,sapalah pulak yang mengganggu saat-saat kritikal ni…”bebel Yuhanis,lalu menurunkan


tangan dan kakinya yang baru diletakkan di pintu pagar. Yuhanis segera menggagau mencari
telefon bimbitnya dalam beg sandang.

“Hello.” Sedikit tinggi suara Yuhanis…sebab teruja sangat nak kerabat pintu
pagar…isk,isk,isk.
“Assalamualaikum….amboi mana salamnya..”.[erk,mak ]….tsk,tsk,tsk..camna boleh
lupa…Yuhanis menegur dirinya.

“Ops.. sorry mak, Hanis tengah…tengah..er,sibuk sikit.” Ujar Yuhanis. Matanya masih
men’survey’ pintu pagar.

“Hani dengan Mizan ke ?….mak mengganggu kamu berdua agaknya ye?”Azmah bertanya.

Eeeeei…semacam je soalan mak ni,bisik hati Yuhanis dengan kening berkerut.

“HAA…eh, tak dalah mak…Aaa…Abang Mizan dah pergi kerja. Hani


tengah…tengah…er..”Yuhanis terasa cuak…kalau cakap dia tengah kerabat pintu pagar
mesti mak akan kalut…..ah, bohong sunatlah jawabnya.

…tengah fikir nak makan apa.” Akhirnya itu yang mampu Yuhanis katakan…tapi,betul apa?

“Ooh,tengah nak fikir masak apalah tu ye …Mizan layan Hanis elok ke?” tanya Mak Azmah.

SPOT CHECK !

“Mmm,biasa-biasalah mak….sementara nak kenal lebih mesra.” Jawab Yuhanis berlapik.


Dalam hati, …uwek…the stone?…mesra-mesra dengan the stone?…muka kita pun dia tak
nak tengok…mesra apa nye?

“Baguslah kalau macam tu…senang sikt hati mak…sajalah mak call…ayah kamu ni dari tadi
suruh mak tanyakan hal Hani macam mana kat sana.”ujar Mak Azmah.

“Mm,..mak kirim salam kat ayah….mak ngan ayah jangan risau…nanti empat lima hari lagi,
Hani akan cuba balik.”kata Hani.

“Ish…tak kan pengantin baru dah nak berpisah duduk jauh-jauh…tak apa…Abang Nizam
kamu masih ada kat sini dengan isterinya….lagi pun…mak rasa, elok Hani jangan balik
dulu….mak pun tak faham dengan si Nizam ni….asyik masam muka aje dengan bini
nya…ok lah…nanti kita berbual lagi…mak pun baru nak turun tolong Mak Kiah kat dapur
tu….assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam mak..jumpa lagi.”

Kenapa ngan Abang Nizam erk ? tanya hati Yuhanis.

Yuhanis menyimpan telefonnya semula. Mata merenung pintu pagar. Kedua-dua tapak
tangannya digosok-gosokkan ke peha. Seketika Yuhanis bertenang mengumpul kekuatan dan
semangat…kemudian menggosok kedua-dua tangannya pula. Dengan lafaz
“Bismillahhirrahmannirrahim” …puh,puh,puh…Yuhanis menghembus telapak
tangannya……pas tu,tinjau kiri,tinjau kanan…panjat!

HUP,HAP..HUP,HAP…Yuhanis memanjat dengan berhati-hati. Sampai di puncak..[bukan


puncak gunung]..Yuhanis melangkah melepasi pintu dengan perlahan-lahan…dan akhirnya
berjaya melepasi zon bahaya. Alhamdulillah selamat… alahai, susahnya nak cari
makan,keluh Yuhanis.
Risau juga jika tergelincir atau terhantuk. Setakat luka ada maafnya,..Cuma takut jika
ter’hilang’ dua gigi kapak…seumur hidup ‘terwajib’ pakai gigi palsulah jawabnya. Yuhanis
tak nak ! Yuhanis tak sudi!

Hanya tinggal beberapa kaki saja lagi. Yuhanis berkira-kira untuk melompat turun saja. Tiba-
tiba…

“HELLO MISS !” tegur satu suara dari belakang Yuhanis.

“OH MAK KAU !!”..Yuhanis terjerit.

Terkejut ya amat-amat…YA ALLAH…kuss semangat. Jantungnya terasa bagai nak


jatuh…dan…BEDEBUK!…..Yuhanis yang terjatuh!

”ADOI!”…. bukan setakat terasa bagai lagi dah… Yuhanis jatuh terduduk. Nasib baik
kakinya tak terpele’ot. Malu tolak tepi.

Serta merta kepala Yuhanis tertoleh melihat gerangan siapakah yang telah membuat onar
pada kesejahteraan hidupnya.

Seorang lelaki tua, berbangsa India sedang berdiri merenung Yuhanis…kemudian sekali
sekala matanya meninjau-ninjau pula ke arah rumah ‘the stone’. Di tangannya ada sebatang
penyapu….Apa hal ni!..gerutu Yuhanis.

‘Ane ni, kacau daun betul..mesti ane ni ingat aku ni pencuri…lepas ni sahih kena interview,’
bisik hati Yuhanis.

“Why ‘aa..you miss, panjat sama itu gate…iituu Mr.Mizan punya rumaaah…saya ‘aa sini
duduk kalu …

{Huaah, kan dah kata, Yuhanis rasa nak jerit…tapi sabar itu separuh dari iman ….Yuhanis
segera mencelah.}

“Sorry uncle…saya mahu cepat…itu Mr.Mizan… saya punya emak punya anak…dia ada
lupa kasi sama saya itu kunci…..so no problem..ok.” kata Yuhanis sambil menyenget,
menggosok punggungnya yang sakit.

Seketika dari tempat dia jatuh terduduk, Yuhanis mencapai dan menyarung kasutnya semula.

“Hello.. you miss…ada sini juga duduk sama Mr.Mizan…sayaa ‘aa tadak er,er…nampaak
juga..jadi aaa saya mau tanya…you miss apa na….ma…”

“Sorry…saya ada hal urgent….See you again,uncle.” Kata Yuhanis sambil mencapai beg
sandangnya dan terkocoh-kocoh meninggalkan ane yang sedang menggaru-garu kepala
botaknya. Mungkin ane sedang bingung mentafsirkan ..’.saya punya emak punya anak’.

Yuhanis melangkah cepat-cepat sambil melihat sekitar kejiranan tempat tinggal barunya.
Agak sunyi…mungkin penghuninya orang berkerja belaka…..kecuali si ane tadi. Di hujung
simpang Yuhanis berjaya menahan sebuah teksi. Dengan bayaran seringgit dan tak sampai
sepuluh minit Yuhanis sudah berada di hadapan deretan kedai-kedai tidak jauh dari kawasan
perumahan’ the stone.’

Tempat utama yang dituju Yuhanis adalah kedai makan. Itu wajib. Selesai mengisi perut
Yuhanis berjalan menyusur dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Yuhanis berhenti dan
singgah masuk di beberapa buah kedai yang menarik minatnya.

Di sebuah kedai buku, Yuhanis membeli dua buah novel untuk mengisi masanya kelak. Dua
buah buku lakar dan beberapa batang pensil untuk melakar juga dibeli.

Yuhanis ada ‘ all the time in the world to kill ‘ ….kerana dia adalah isteri yang
merdeka…isteri tanpa tugas….atau pun isteri tak berportfolio….hu,hu,hu….sabarlah hati,
Yuhanis memujuk dirinya.

Allah suka orang yang sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Iman tak dapat dijual
beli…atau senang-senang nak jumpa di tepian pantai….eh, dah sampai kemana dia melayan
fikiran sambil melawat kedai-kedai…mmm, tak pa, Yuhanis ada banyak masa.

Banyak masa untuk melamun. Banyak masa untuk melayari internet. Banyak masa untuk
membaca novel. Banyak masa untuk melayan hobinya,iaitu melukis. Dan yang paling best,
banyak masa untuk tidur…mm…boleh tidur ikut suka hati.. atau ..suka-suka hati tidur, bila
rasa nak tidur…..jangan-jangan masih tak cukup masa jugak untuk itu semua.

Yuhanis bersolat Zohor di masjid yang terletak di tengah pekan. Usai solat Yuhanis berehat
di ruang solat untuk wanita sambil membuka Al Quran yang terdapat di ruang itu. Yuhanis
membaca tiga baris pertama surah Al Waqiah. Ayat pertama, kedua dan ketiga surah Waqiah
itu diulang-ulang beberapa kali.

Selepas menghafaz surah Yasin dan surah Al Mulk, Yuhanis berhajat untuk menghafaz surah
Al Waqiah pula. Setiap kali hendak mula membaca ayat-ayat suci ini, Yuhanis berniat
terlebih dahulu. Berniat untuk menghafas dan minta Allah mudahkan untuknya. Itu petua
untuk menghafas yang diperolehi dari Ustaz Hassan semasa di bangku sekolah dulu.

Selesai mengulang beberapa kali, Yuhanis duduk melunjur sambil menyandar di dinding
masjid. Sambil berehat Yuhanis melakar di buku lakarnya seketika. Ada lakaran yang masih
belum selesai dengan sempurna.

Lebih kurang pukul tiga petang barulah Yuhanis membeli stok makanannya….roti, ban,
biskut,mee segera,buah-buahan..seperti epal,orange,anggur,pear,buah kiwi,sengkuang cina
dan mata kucing…..mmm,.dah macam nak buka kedai buah pulak.

Yuhanis turut membeli beberapa jenis air kotak dan beberapa botol minuman kegemaran.
Paling tidak dilupa ialah beberapa jenis makanan ringan yang disukainya…kacang,kuaci dan
potato chips.Satelah puas hati,barulah Yuhanis mencari teksi untuk menghantarnya pulang.

Tiba di hadapan rumah ‘the stone’ Yuhanis menepuk dahi. Yuhanis terlupa kes pintu pagar
tidak boleh dibuka!…Terbeli banyaklah pulak barang ni,bisik hatinya.
Sudahnya terpaksalah Yuhanis meminta bantuan pak cik pemandu teksi untuk tolong
hulurkan barang-barang yang dibeli di atas pintu pagar….itu pun setelah Yuhanis berhempas
pulas kerabat pintu pagar itu untuk masuk semula.

Sempat Yuhanis memesan pemandu teksi yang baik hati itu agar tidak payah tolong dalam
bab panjat memanjat itu..’.no matter what’. Malu tak malu pun…Yuhanis kena ‘direct to the
point’….memandangkan pak cik pemandu sudah berada di bawahnya… siap sedia untuk
membantu Yuhanis…dibuatnya tolong tolak punggung Yuhanis…aaahh,kacau-kacau..
…harap-harap janganlah ane tadi muncul lagi….tentu bertambah haru.

Tercungap-cungap Yuhanis mengangkut barang-barangnya masuk ke bilik. Pintu rumah


dikunci seperti asal. Kasut sudah diletakkan semula di bawah katil. Sempat Yuhanis
mengambil beberapa surat khabar lama yang bersusun di bawah tangga. Surat khabar dilipat
kemudian disendal di bawah pintu. Sekarang waktu Yuhanis menjadi ‘halimunan’.

********

“Betul ni kau tak nak join aku dengan Zul main petang ni?” soal Sharif rakan baik Mizan.

“Sorry, aku nak rehat hari ni…kau pun tau kan, aku baru sampai pagi tadi dari
kampung…penat sangat….besok-besoklah aku join.”balas Mizan.

“Apalah kau ni Mizan…macam kau yang menikah….adik kau yang kahwin, kau pulak yang
penat lebih.” Seloroh Sharif pula.

“Jangan-jangan kau pun tumpang menikah sekali…siap bawa bini balik kat
rumah…kitaorang mana nak tau.” Seloroh Zulkifli pula.

Hai…terkena batang hidung pula. Berita itu tidak akan diwar-warkan…kerana bagi Mizan
perkara itu cuma bersifat sementara saja.

Mizan terus memandu pulang ke rumahnya. Hari ini Mizan tidak berasa hendak ke gym atau
bermain tenis dengan kawan-kawannya. Hari ini dia mahu berehat. Esok masih ada. Tiada
apa yang perlu dikejarkan. Hidupnya sudah sangat aman, teratur dan bebas.

Mizan mengunci pintu pagar,pintu rumah dan pintu jeriji. Kemudian melangkah ke dapur
untuk meneguk air dari peti sejuk. Sambil membuka baju, kaki melangkah semula ke ruang
tamu dan duduk menyandar di sofa yang terletak di ruang tamu. Mizan melunjur kaki,
menonton apa saja siaran yang ada di televisyen, sambil berehat ….perkara sama yang telah
setahun dilakukan setiap hari…sejak menduda.

Selepas beberapa minit barulah Mizan ke biliknya. Seperti biasa Mizan mandi membersihkan
dirinya sebelum berbaring di katilnya. Kadangkala jika terlalu penat, sempat juga Mizan
memejamkan mata sebelum masuk waktu magrib.

Tiba-tiba Mizan teringat akan sesuatu. Sama seperti usikan Sharif dan Zul, sahabat baiknya
petang tadi. Sesuatu itu ialah dia sudah berkahwin semula. Sesuatu itu ialah dia sudah ada
seorang isteri sekarang.
YUHANIS !…ya, gadis itu ada di rumahnya sekarang…tapi Mizan terasa pelik pula.
Rumahnya masih seperti biasa…tidak ada satu bunyi pun yang datang dari bilik-bilik
lain….seperti saja dia tinggal sendirian.

Bilik ?…eh, bilik mana gadis itu duduk ye?…Gadis?…Isteri!..HUH!!!… Mizan terus bangun
dari pembaringannya. Pintu biliknya dibuka. Perlukah dia mencari gadis itu ? ………

BAB 4

“Mak cakap tak boleh, tak bolehlah…Nizam dah lukakan hati dia…sekarang nak cari dia
pulak.”Azmah memberhentikan kerja memotongnya. Pisau diletakkan di atas kayu pemotong.
Hatinya tengah geram. Nanti tak pasal-pasal pulak jarinya yang terpotong. Beberapa urat
kacang panjang masih dipegang. Azmah merenung tajam Shahrul Nizam yang duduk di
hadapannya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Mak…tolonglah mak. Nizam nak cakap sekejaap aje dengan Hani..Nizam nak terangkan apa
yang sebenarnya terjadi…Nizam tak mahu Hani sangka selama ini Nizam tak ikhlas
sayangkan dia.” Nizam sudah penat merayu…tapi dia tidak akan putus asa. Dia sedar dirinya
kini sudah berstatus suami orang. Yuhanis pula bukan tunangnya lagi… tapi dia masih tidak
puas hati selagi Yuhanis tidak mendengar penjelasan darinya. Lagi pun rasa kasih, rasa
sayangnya kepada Yuhanis masih berbekas di hati.

“Nizam,…berapa kali dah mak cakap…jangan ganggu dia lagi… kamu nak terang ke, nak
cakap apa sekali pun…benda dah tak boleh diubah. Hani tu dah jadi isteri abang
kamu…jangan nak buat hal. Kamu tak serik-serik lagi ke?….Isteri kamu tu nak letak kat
mana?..Dah nak beranak tak lama lagi tu…kamu jangan nak buat perangai lagi….elok
sangatlah si Hani tu tukar nombor telefonnya.”Azmah mencapai kembali pisau, lalu
menyambung kerjanya untuk menyediakan nasi goreng untuk sarapan pagi.

Hari ini Mak Kiah tidak dapat datang membantu kerana anak cucunya dari Kedah datang
menziarah. Jika ada Yuhanis, anak angkatnya itulah yang menguruskan hal masak makan di
rumah itu. Azmah hanya membantu. Terasa sangat kehilangan Yuhanis yang sangat rapat
dengannya.

“ Mak..cerita dulu dengan sekarang lain. Mak dah tahu hal sebenar tapi bila marah Nizam,
mak selalu ungkit macam Nizam yang jadi punca abang ngan si Suraya tu bercerai…mereka
yang bergaduh suami isteri, Nizam yang jadi mangsa….mak, Nizam bukan nak kacau rumah
tangga Hani ngan Abang Mizan …..Nizam cuma nak satu peluang saja bercakap dengan
Hani…er..ala mak….mak bagi ajelah nombor telifon baru Hani tu. Bukan nak buat apa
pun….cakap kat telefon je.”Nizam memujuk lembut. Tak sangka hati emaknya kini tidak
seperti dulu..mudah dipujuk. Mungkin kali ini kesalahannya terlalu besar untuk dimaafkan
pada waktu terdekat ini.

Azmah menunjukkan muka masam. Dia tidak mahu keadaan menjadi bertambah keruh.
Nizam buat muka sedih, berharap emaknya akan beralah. Jika tidak berjaya memujuk
emaknya dengan cara ini…Nizam ada cara lain. Matanya menjeling sekilas ke arah kabinet
pinggan mangkuk di belakang Azmah. Telefon bimbit emaknya elok terletak di tingkat paling
atas. Mmm….

*********
Mizan berasa serba salah. Benar,.. Yuhanis isterinya. Betul…tangannya sendiri telah berjabat
dengan tangan tok kadi menerima pernikahan itu….tapi dia terpaksa. Apa
hukumnya?….Mizan tahu jawapannya, gadis itu tetap isterinya. Mizan tengah penat.
Badannya penat, kepalanya juga serabut. Hendak tak hendak dia sudah ada isteri sekarang.
Mahu tak mahu isterinya itu sudah berada sebumbung dengannya.

‘Eh, macam mana dia boleh terlupa pasal budak tu?….dah mati kebuluran agaknya?…tapi
tak kan lah tak tahu nak ihktiar?’..bicara hati Mizan. Sekejap rasa salah. Sekejap rasa marah.

Seketika Mizan melangkah menghampiri ketiga-tiga bilik di tingkat itu. Mizan melekapkan
telinganya ke daun pintu bilik yang pertama….harap-harap tiadalah sesiapa tetiba membuka
pintu..jika tidak, mana nak disorokkan muka….namun…tiada kedengaran apa-apa.

Mizan sekali lagi melekapkan telinganya… di daun pintu bilik kedua pula….pun tiada satu
bunyi yang tertangkap oleh telinga Mizan. Di daun pintu bilik yang terakhir juga Mizan
lakukan begitu….masih tiada sebarang bunyi…Nak buka pintu, Mizan tak berani. Apa dia
nak cakap? Tengok orangnya pun dia dah naik angin. Baik tak payah.

AAah,..ada satu bilik lagi. Mungkin malas nak panjat tangga dengan dua buah beg
pakaian…boleh jadi gadis itu memilih bilik orang gaji di bawah saja…Mizan mengagak
sendirian. AAah !..lantaklah, tak kuasa nak ambil tahu. Nak duduk kat bulan ke, planet Zuhal
ke…ada aku kisah?.. gerutu Mizan di dalam hati.

Namun hati dan kaki tidak sekata.Mizan segera menuruni tangga. Sebaik kaki Mizan
memijak anak tangga yang kedua, Mizan terhenti pula.

HAaish,…buat apa dia pulak nak bersusah payah menyusahkan diri sendiri ? soal Mizan pada
dirinya. Bukankah gadis itu sendiri yang merayu-rayu nak jadi isterinya? Sekarang…rasakan.
Jangan harap dia nak melayan pulak.

Serta merta Mizan melangkah kembali masuk ke biliknya. Mizan berbaring semula di atas
katil empuknya yang tebal dua jengkal. Baik dia rehatkan badannya yang telah dilasak
sepanjang minggu ini. Seminggu yang memenatkan dan menyesakkan.

Mizan cuba memejamkan mata yang terasa layu.Namun susah pula nak lena. Sudahlah
semalam pun tak boleh lena. Mengapa fikirannya balik-balik teringatkan ‘orang
tu’….menyusahkan saja…bentak hati Mizan.

Mizan teringat kembali kenapa dia tidak boleh lena semalam. Bukan sebab semalam, malam
pengantin..atau..malam pertama. Bukan sebab dia berjaga kerana berbulan madu bersama
isteri barunya.

Mizan masih ingat dia hanya berkelipuk-kelipuk di dalam kelam malam, bermain mata
sendirian di sebelah sini katil. Gadis itu pula dengan beraninya, tanpa sepatah kata, tidur
sekatil dengannya…..tapi nun jauh beribu hun di hujung sana katil. Sudahnya di tengah katil
pengantin, kosong dan lapang selapang-lapangnya…sampai boleh buat padang bola…pemain
je yang tak ada.
Mungkin Yuhanis berpura-pura tidur…syak di hati Mizan. Hanya menunggu masa untuk
menjingkit dan menyelinap keluar untuk berjumpa kekasih hati. Tak apa Mizan akan
menunggu waktu itu dengan sabar.

Sudahnya dengan hati yang penuh syak wasangka Mizan hanya dapat tidur-tidur ayam.
Mizan terjaga bila terdengar sesuatu…Mizan dapati Yuhanis sudah tiada di tempat tidurnya !
Mizan menunggu seketika sebelum bangun. Perlahan-lahan Mizan menuruni anak tangga.

Dengan berhati-hati Mizan melangkah ke wakaf yang terletak di hujung halaman rumah.
Mizan menyorok dan mengendap di sebalik rimbunan pokok bunga yang
merimbun…Haa,…benar seperti yang disangka. Nizam sedang menunggu di situ….tapi
mana Yuhanis?

Berpinar mata Mizan. “ Siap kau orang”…bisik hati Mizan dengan hati yang
membara…sejarah seperti berulang kembali….dia akan turut sama menunggu.

Seketika menunggu, akhirnya kedengaran derapan kaki seseorang menghala ke wakaf. Hati
Mizan yang sudah membara mula hendak terbakar….memang semua perempuan sama saja
… tidak boleh dipercayai.

“ABANG !…abang buat apa kat sini.?…saya dah agak…mesti abang plan dengan bekas
tunang abang tu, nak jumpa sembunyi-sembunyi….jangan ingat saya tak tahu..bukan main
lagi tadi berbual mesra di dapur ye…ingat I buta…I pekak ke?.” Sergah satu suara.

Aaik…si Minah Saleh celup rupanya !

Mizan teringat kembali macam mana dia terjingkit-jingkit kembali semula ke bilik setelah
tidak kuasa mendengar Nizam bertekak dengan isterinya di tengah-tengah malam di wakaf
itu.

Dalam hati yang sebal ada juga lucunya. Semasa berbaring semula di katil, kedengaran bunyi
‘pap,pap,pap.’… Mizan segera menjenguk ke bawah katil sebelah Yuhanis… LAAA…isteri
barunya ada tergolek di situ. Yuhanis jatuh katil rupanya….agaknya itulah bunyi yang Mizan
dengar tadi. …..Seketika Mizan merenung saja Yuhanis yang sedang tidur mengerekot di
lantai…..mmm,ada orang kena gigit nyamuk…ciannya…tapi…ah,lantaklah.

HEH, tak pasal-pasal pula dia menyusahkan diri…bebal Mizan pada dirinya sendiri. Yuhanis
ni lah punya pasal….sengaja menyusahkannya. Sudahlah dalam jaga menyusahkan. Dalam
tidur pun menyusahkan !

********

Selepas sembahyang Isyak seperti biasa Mizan keluar untuk makan malam. Mizan pulang
dengan sebungkus nasi untuk Yuhanis. Terasa bersalah pula jika tidak membelikan makanan
untuk Yuhanis. Sedangkan perut sendiri sudah kenyang. Terasa dirinya kejam pula….tapi
salah diakah?…bukan dia yang terhegeh-hegeh ndak kahwin..’.tiada beban,batu digalas’…

Bungkusan nasi ditinggalkan di meja dapur. Tak kan Yuhanis tidak keluar-keluar mencari
minuman…fikir Mizan….tak kan tak lapar kot. Seharian ditinggalkan tanpa makanan. Bukan
ada stok makanan di rumahnya. Kalau setakat simpan sampai ‘expired’..akhirnya tiada apa
yang disimpan lagi.

‘ Jangan-jangan gadis itu ada membawa bekalan makanan dari rumah emak tak?’…terlintas
di hati Mizan. Simpati yang bertandang segera dihalau pergi. Nak makan..silakan. Tak
nak…sudah !

Sebelum meninggalkan dapur, Mizan berdiri seketika di hadapan pintu bilik di sebelah dapur.
Tiada bunyi. Tiada juga kelihatan cahaya lampu di bawah pintu. Gelap gelita. Bermakna
‘isterinya’ tidak duduk di bilik bawah itu. Jika tiada di bawah, mestilah di bilik atas. Mizan
ke tingkat atas pula. Pun sama juga. Ketiga –tiga bilik itu juga gelap gelita. Tiada langsung
garis cahaya di bawah pintu.

Mizan tergaruk-garuk kepalanya sendirian…sambil berfikir sama ada dia patut mengetuk
pintu kesemua bilik-bilik itu. Jika ada jawapan ‘Ya’ dan soalan ‘yes?’ dari salah satu bilik
itu…then what? …’Saja nak tahu awak duduk di bilik mana?’Ngeri Mizan memikirkan
jawapannya.

Kalau tiada jawapan dari kesemua bilik-bilik itu…bagaimana? Mizan menjadi lebih ngeri.
Sudahnya Mizan masuk ke biliknya dengan perasaan bebal. Betul-betul Menyusahkan.

********

Yuhanis mengunyah kacang sambil melukis. Setiap hari Yuhanis akan melakar apa jua yang
terlintas di hatinya hari itu. Apa yang dilihat. Apa yang teringat. Ini hobi yang tidak boleh
ditinggalkan…..sama seperti orang menulis dairi. Setelah selesai, Yuhanis berbaring pula
membaca novel yang baru dibelinya tengahari tadi….sambil menggigit buah epal.

Cerita kurang menarik. Stereotaip…tapi epal yang dimakan sangat sedap. Rangup dan manis.
Habis sebiji epal. Yuhanis menanda bahagian yang dibaca lalu menutup novel. Novel
diletakkan di dada dan dipeluk…sambil melamun melayan fikirannya.’ Lain kali nak kena
belek luar dalam novel terlebih dahulu, baru boleh beli. Kalau novel masih berbalut, nak
check macam mana ye? ‘

‘Boleh tak main nyorok-nyorok dan koyak plastic pembalut?..kalau cite best,kita beli…tak
best, diam-diam letak balik..’.Yuhanis tersengih sendirian membayangkan dia dikejar petugas
kedai buku..’.eee,tak boleh,tak boleh. Buat malu je.’

‘Pandai-pandai aje aku ni mengata novel tak menarik…tapi jika kisah hidupnya kini,
dikarang jadi novel…mmm, lagilah berganda-ganda tak menarik. Bagaimana nak buat
dialog? Dengan siapa kawannya berdialog?….lainlah kalau buat cerita seram seperti….aaa,
..’bercakap dengan jin…eeee…tak nak ingatlah benda-benda macam tu..sudahlah duduk
sorang-sorang,tak berkawan di bilik bawah ni…’.bisik hati Yuhanis.

Yuhanis berangan pula dirinya menjadi penulis novel. Sudah tentu dia akan menulis novel
romantik…favouritenya…juga favourite ramai kaum wanita lain yang berjiwa
romantik….Dan termasuk juga beberapa ramai kaum lelaki yang turut meminati novel genre
ini..eeoow. Dulu Yuhanis tidak percaya ada kaum lelaki yang minat membaca novel romantik
seperti orang perempuan…tapi setelah Yuhanis melihat sendiri beberapa orang lelaki berebut
membeli novel terbaru di pasaran, baru dia percaya..Tak sangka no!
Yuhanis suka watak hero..boleh berangan hero yang handsome-handsome berbadan
sasa…kemudian membayangkan dirinya sendiri menjadi heroin yang cantik jelita….Boleh
buat dialog yang menggegarkan jiwa..kaw,kaw punya ayat..tentu best…Tetiba Yuhanis
terbayangkan heronya…eei, ‘The Rock’?….huh,macam mana pulak tetiba ‘The Rock’ ni
masuk dalam kayalannya..

Ishk..Ishk, tak naklah hero yang tak romantik. Kalau ‘orang tu’, baik tak payah….batalkan
sajalah niat tu…lamunannya terhenti. Yuhanis ketawa kecil sendirian. Menyampah…tak
hingin dia hero macam tu. Yuhanis meninggalkan katilnya…dan lamunannya.

*********

Usai solat Magrib Yuhanis mengaji dengan Qur’an kecil yang selalu bersamanya. Qur’an ini
adalah hadiah terakhir dari arwah ibu. Tidak pernah sehari pun Yuhanis meninggalkan
amalannya membaca Al Qur’an ini. Yuhanis mahu pahala membaca Al Qur’an itu sampai
kepada arwah ibu dan ayahnya setiap hari. Termasuk arwah tiga orang adik-adiknya.

Tiada apa kecuali doa dan amalan soleh saja yang dapat sampai kepada seluruh keluarganya
yang telah pergi dahulu meninggalkannya seorang diri di dunia ini. Walau pun kini beratus-
ratus ribu ringgit duit insuran kemalangan seluruh keluarganya berada dalam akaun
Yuhanis..sedih dan rindunya pada mereka mana mungkin berbayar dengan wang ringgit.

Selepas solat Isyak Yuhanis bersiap untuk tidur. Perut kenyang, hati senang. Tidurnya lena,
mandi pun basah lenjun….no problem. Bila puas tidur Yuhanis akan mudah terjaga untuk
bangun malam mengerjakan sembahyang sunat Tahajud. Yuhanis berharap agar segala
amalan yang mampu dia lakukan akan diterima Allah dan dapat membantu menjadi cahaya
menerangi alam ibu bapanya didunia sana.

Di kala malam nan sunyi itulah baru Yuhanis menangis sepuas-puasnya. Menangis, menangis
dan menangis….esok siangnya Yuhanis akan lebih tabah dan kering air matanya. Kepada-
NYA Yuhanis mengadu. Kepada-NYA Yuhanis berbicara dan berbisik semua yang
tersimpan di hati.Tidak mengapa dia tiada sesiapa. Tidak mengapa tiada kawan untuk
berbicara dan ketawa. Yuhanis ada Dia. Yuhanis pasti Dia selalu bersamanya.

********

Mizan terjaga dari tidur. Jam menunjukkan sudah pukul dua setengah. Ah, sudah tengah
malam.Tekaknya terasa haus. Sepatutnya dia membawa sebotol air ke biliknya. Terpaksalah
Mizan turun ke dapur. Di dapur Mizan melihat bungkusan nasi masih tidak berusik. Masih
berada di mana Mizan letakkan di tempat asalnya.

‘Huh, tak lapar ke budak tu ?’ …memberontak agaknya…..atau…atau…er…dah pengsan.’


Mizan sedikit risau tapi segera ditepis.Bungkusan nasi disimpan ke dalam peti sejuk.

Mata Mizan kembali merenung ke pintu bilik orang gaji. Mizan masih tidak puas hati.
Semalam bila check bawah dirasa tak ada, dia periksa di bilik atas. Bila tidak temui jawapan
di atas, Mizan rasa jawapannya berada di bawah pula. Kenapa dia begitu hendak ambil tahu,
Mizan pun tak faham.
Tangan Mizan terasa gatal saja mahu memegang tombol pintu. Semalam Hatinya juga mahu
kepastian sama ada Yuhanis berada di situ atau tidak….tapi jika ‘sidia’ betul berada di bilik
itu…’aku nak buat apa’tanya Mizan pada dirinya.

Sudahnya, Mizan memaksa kakinya kembali memanjat tangga naik semula ke bilik
menyambung tidurnya..besok dia perlu bekerja..Hish, menyusah betul, gerutu hati Mizan.

********

Selepas selesai solat sunat Dhuha, Yuhanis menghafal lagi tiga ayat Al Waqiah. Sekarang
sudah dapat hafal enam ayat. Masih tak melekat kaw kaw tak boleh sambung ayat ke tujuh.
Kalau lambat nak lekat Yuhanis nak kena beli kismis dan buah badam. Sedap. No hal nak
buat ubat penerang hati. Yang tak sedap kalau nak makan kacang kuda mentah.

Time untuk keluar dari sarang halimunan. Yuhanis menjingkit keluar mengintai kereta di
bawah anjung. ‘The stone’…[hati tengah sejuk, baru solat Dhuha…tanduk pun tak keluar
lagi].. sudah pergi pejabat.. Kerja apa? Entah…belum bersuai kenal…entahlah sampai bila
harus begini.

Yuhanis sudah bersiap,tapi masih terlalu awal untuk keluar ke pekan. Semasa menarik daun
pintu bilik, mata Yuhanis terpandang sesuatu di atas meja makan. Yuhanis segera merapati
meja makan yang sebelum ini, kosong sekosong-kosongnya. Sekor semut pun tak ada.
Agaknya semut pun tak sudi nak singgah…ialah nak buat apa…kalau setakat nak mati tak
makan kat meja makan tu.

Ada satu sampul surat. Agak kembung. YUHANIS…tertulis namanya… dengan huruf besar
lagi. Rupanya Mr.Rock masih ingat nama Mrs.Rock. Sampul dibuka. Ada tiga anak kunci.
Ada sekeping nota berlipat dua…..nota cinta? Ada beberapa keping duit kertas lima puluh
ringgit. Dikira-kira..ada dua ratus lima puluh ringgit ….ni, untuk makan sehari ke, seminggu
ke, sebulan ke atau setahun ke? Yuhanis membuka nota pula.

Pemurah jugak ‘the stone’ ni….tapi pujian terpaksa di’cancel’ selepas Yuhanis membaca
nota. Memang dia ni hati ‘rock’ betul….bukan stone, stone lagi.

INI DUIT BELANJA. PERGI PEKAN BELI MAKANAN SENDIRI

PANDAI-PANDAI JAGA DIRI.. NAK MENGGATAL, JANGAN PALITKAN SAYA.

JANGAN MENGADA NAK MERAJUK, NAK MOGOK TAK NAK MAKAN.

KALAU NAK PENGSAN, NAK MATI SEKALIPUN… JANGAN SUSAHKAN ORANG


LAIN.

MAKAAII…! Tetiba suhu di dapur terasa panas…’The Rock’ ni suka suki je nak panaskan
suhu global…eeei, GERAM.. Dia ni mereng sebab bini lari agaknya,tu yang tak reti nak
berbudi bahasa.’ bebel Yuhanis…..’ kalau boleh..nak aje di tangkap, ikat,..pas tu bundut dan
pos ke Antartika..biar hati batu tu disejuk beku dan aman damai hidup sorang-sorang kat
sana.’
Yuhanis mengambil kunci, disimpan dalam poket seluarnya.. Yuhanis merenung seketika
duit di tangan.’ Suami wajib menanggung nafkah zahir batin sang isteri’….itu pesan tok kadi
masa akad nikah tempoh hari. Jadi duit ni hak dia, nafkah zahir..maka wajib diambil. Boleh
tambah kekayaannya, Yuhanis melawak sendirian. Nafkah batin?. Ada ke?…mm,bagi je kat
‘tok batin’…Pinggan tak retak,nasi tak dingin…orang tak nak,dia pun tak hingin.

BAB 5

Hari agak mendung. Jam menunjukkan baru pukul sepuluh setengah pagi. Selepas mandi dan
solat sunat Dhuha, Yuhanis keluar ke dapur. Dia mahu menyediakan sarapan.Hari ini
Yuhanis merasmikan dapur. Pertama kali memasak di dapur “The Rock”. Bukan masak apa
pun..sekadar goreng telur mata kerbau..makan, kepit dengan dua keping roti Gardenia dan
satu mug koko panas.

Selesai sarapan Yuhanis mengeluarkan empat beg platik berisi barang-barang dapur yang
dibelinya sedikit-sedikit sebelum ini, lalu menyusun semula di dalam salah satu kabinet di
dapur itu. Cuma susu tin, gula, serbuk koko,nescafe dan teh disusun ke dalam laci. Roti dan
buah-buahan dibiarkan di dalam biliknya dahulu. Dia tidak mahu mengganggu pemandangan
mata’The Rock’.

Hari ni Yuhanis malas nak keluar,malas nak meronda, lebih-lebih lagi memandangkan cuaca
hari itu yang kurang elok. Terasa nak jadi isteri solehah…duduk kat rumah. Tetiba terajin dan
baik hati pulak, Yuhanis menyapu dan mengemas ruang tamu. Bukan selerak sangat pun.
Melampaulah kalau duduk sendirian, rumah berselerak perak.

Buku-buku,majalah sukan dan surat khabar disusun dibawah meja. Yuhanis mengelap debu
di tempat-tempat yang sudah lama tidak diusik. Pot Mr.Rock senang nak kesan sebab bersih
tak berdebu. ..Cuma tempat lepak sedikit selerak.. Kalau ‘The Rock’ ni tikus…memang sah
senang je kena perangkap. Pasang je jerat kat sofa tu. Gerenti kena.

Beberapa pasang kasut kulit hitam, digilap sampai berkilat dan disusun semula dalam kabinet
di tepi pintu. Kaca tingkap dilap sampai licin ‘cyreeeet’. Lantai disapu dan siap kena mop
sekali….tapi tak boleh sampai licin. Kesian..nanti ada orang jatuh terlentang pulak. Berdosa
kalau aniaya suami.

Selesai semua kerja, jam sudah menunjukan hampir pukul satu setengah tengahari. Badan
sudah perpeluh-peluh. Sementara menunggu masuk waktu Zohor, Yuhanis menyapu dan
membersihkan dapur pula. Semua benda disusun seperti sediakala…satu inci pun tidak
berubah tempat. Dia tidak mahu menganggu ketenteraman fikiran ‘The Rock’…takut taufan
melanda!

Usai solat Zohor Yuhanis menyediakan makan tengahari. Makan mee segera sahaja. Nak
masak nasi, rasa tak berbaloi pula. Setengah cawan beras, cuma-cuma jadi lantai ‘rice cooker’
saja. Sudahlah saiz periuk yang ada pun sederhana besar. Pasai depa beli ‘rice cooker
besar?..entahlah,…tak payah ambil tahu.

Selesai makan dan mengembalikan dapur kepada keadaan normal, Yuhanis berehat di ruang
tamu. Saja tukar angin…sambil-sambil berangan jadi tuan rumah…taklah sampai berangan
jadi suri di hati tuan rumah. Tak mahulah sampai hidung tak mancung,pipi tersurung-surung.
Sedang sedap membaca novel di sofa, dengan kaki sedap-sedap melunjur di atas meja
kopi..tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta di hadapan rumah. Apa lagi…kelam kabut
Yuhanis mengutip harta karunnya, novel, sebungkus kuaci dan satu tin air cincau, kemudian
mencicit lari masuk ke dalam biliknya. Tidak sedar…times up.

Masa untuk jadi ‘halimunan’ dah tiba. Yuhanis mengunci pintu dan menyendal bahagian
bawah pintu seperti biasa…..Nasib baik tersedar, jika tidak tak pasal-pasal nanti ‘The Rock’
dapat ‘ heart attack’ melihatnya memakai seluar pendek saja. Dan….harap-harap takdalah
kulit kuaci yang tertabur di pot ‘ orang tu’ semasa dia lari mencicit tadi.

*******

“ Assalamualaikum…Hello Hani…abang nak cakap sekejap dengan Hani.”

“ HUH !”…..Yuhanis terkedu.

Yuhanis mengurut dadanya. Terkejut sangat-sangat bila mendengar suara Nizam di talian.
Berkali-kali matanya merenung nombor yang tertera. Memang sah dan betul itu nombor Mak
Azmah…tapi suara itu…,suara Abang Nizam. Yuhanis kenal suara itu. Suara yang pernah dia
rindui satu ketika dulu. Sekarang ?…..iiisssh,jangan tanya…Yuhanis masih marah. Kenapa
mak kasi nombor barunya pada Abang Nizam…jangan-jangan…

“Hani…tolong jangan tutup tele……

Tut,tut,tut…..tut,tut,tuuut…

‘Kenapa Abang Nizam perlu menaliponnya….sedang dia cuba untuk memadam nama itu dari
hati dan ingatan.’

Yuhanis memutuskan talian. Bukan setakat putuskan talian….malah badan telefonnya


dirongkah. Bateri ditanggalkan. Sim card dicabut keluar….’Hambik kau’….sorry sangat-
sangat, naik lori pergi Kuala Langat.

Mati hidup balik pun dia tak sudi dipujuk rayu lelaki yang mata keranjang. Mulut manis
bicara berlagu…disana kepit isteri sampai jadi labu. Yuhanis mengeluh panjang. Tangannya
naik meraup muka. Kemudian kedua-dua tangannya memangku kepala.

Beberapa ketika Yuhanis duduk berteleku di atas katil. Matanya merenung cadar. Dipejam
celik beberapa kali. Cinta pertama yang musnah. Hati mana yang tidak merana…hati mana
yang tak sedih….hatinya dah retak seribu. Eh,eh..sekejap….tukar channel,tukar
channel….kain cadarnya lusuh sangat. Besok Yuhanis nak beli cadar baru. Bilik ini perlu di
hias…yes, that’s it.

Hajat untuk keluar makan tengahari dibatalkan. Hilang selera makan Yuhanis. Matanya
merenung ke arah meja solek yang cerminnya retak menanti belah di tepi tingkap. Ada
sebesen buah-buahan di situ. Stok buah-buahannya masih ada lagi. Hari ni makan buah ajelah
kalau lapar. Boleh diet sekali. Esok-esok, kot-kot lah ‘The Rock’ teringin nak tengok
dia…mungkin waktu tu dia dah slim macam Erra Fazira. Tak pun macam Ziana Zain. Jangan
menyesal sudah. Time tu Yuhanis nak jual mahal lak. Jual mahal dengan Mizan. Jual mahal
dengan Nizam. Dua-dua memeningkan kepalanya.
********

“Kenapa dengan Nizam tu Mah?… Masam mencuka saje, abang tengok. Sekejap termenung
sana , sekejap termenung sini…. Abang ingat dah kahwin dengan pilihan sendiri ni, tentulah
seronok tak kira…tak lama lagi isterinya tu pun nak bersalin …tak faham betullah saya.”

“Mah susah hatilah bang….abang tak faham,Mah lagilah tak faham…keliru Mah fikir
sorang-sorang.”

“Kenapa?..Nizam dok kacau Hani lagi ke?…kan saya dah pesan dia…

“Bukan pasal Hanilah bang.”

“Apa halnya pulak..kalau risau pasal Nizam tak kerja lagi tu, ha..tak payah keliru-
keliru….biasanya lepas sebulan baru ada panggilan dari JPA….kalau kena kerja jauh, jauhlah
cucu kita pergi nanti.”

“Bukan pasal kerja bang…ni pasal Shila tu….Mah ni, asyik teringat Nizam kata, dia dengan
Shila tu baru nikah lima bulan…nikah-nikah terus lekat…tapi perut Shila tu bukan nya lima
bulan, bang…tapi dah nampak macam mengandung lebih lima bulan..macam dah dekat je,
tengok gayanye….Mah takut kalau-ka….

“Eh…apa Mah merepek ni…jangan nak kata budak Nizam tu kahwin sebab dah terlanjur kat
sana….ini baru nak kena belasah dengan abang….apa kata kita tanya..

“Issh bang,saborle kejap..sebenornya macam ni…Mah cadang nak ikut Shila tu pergi check
perut dia minggu depan….tapi ada-ada saje alasan siShila tu. Si Nizam tu ajak Mah
temankan…sebab dia tak reti apa-apa, tup-tup.. siShila tu berdalih-dalih pulak…..tu yang rasa
tak puas hati…rasa syak pun datang…mesti dia nak sorok apa-apa dari Mah..dengan Nizam
bolehlah dia nak kelentong…mungkin budak tu takut saya dapat menghidu sesuatu yang dia
nak sorok.”

“Kita panggil..tanya Nizam betul-betul….lepas tu kita soal pulak siShila tu….tengoklah,kalau


jawapan masing-masing tak sama, nanti kita taulah jawapannya…kalau Mah tak percaya
cakap abang…tengoklah nanti.

“Mah terfikir juga bang,…kalau betullah Nizam teraniaya, kena perangkap…anak tu bukan
anak dia… eh, lagilah sedih.. kesian Nizam tak dapat bersama Hani…Mah tengok dia dengan
Shila tu, tak sama macam dia dengan Hani masa dulu…itu lagi buat Mah sedih. Nizam dan
Hani saling mencintai….tapi terpaksa berpisah sebab angkara orang luar.”

“Aaik…gitu ke pulak…ish..itu lagi peningkan kepala abang ni Mah…tapi apa boleh kita buat
sekarang ?.”

“Nak buat apa lagi bang,…semua dah terlambat…apa yang nak jadi, sudah terjadi….Mah
harap Nizam akan bahagia …begitu juga Mizan dengan Hani.”

**********
Tersirap darah Shahrul Nizam. Nizam berdiri rapat menyandar ke dinding luar dapur. Hajat
untuk masuk dan bersarapan dengan mak dan ayahnya terbantut. Peluh yang sudah kering
selepas berjoging sebentar tadi kini merenek kembali di dahinya. Perbualan mak dan ayahnya
betul-betul membuat Nizam tersentak. Mungkinkah ?

Nizam perlu jawapan segera. Sudah lama dia berasa seperti ada sesuatu yang mengganggu
fikirannya. Sangkanya mungkin kerana terlalu memikirkan kesalahannya terhadap Hani,
tunang yang amat dicintai. Sanggupkah Shila berbuat begitu kepadanya?…atau pun dia
sememangnya bodoh sampai senang-senang kena perangkap !…Aaah, tak boleh jadi.

“Mak ayah, Nizam dah dengar semuanya….Nizam,…Nizam…..” Nizam kehilangan kata-


kata. Tadi rasa membuak-buak mahu menyuarakan semuanya. Sekarang tak tahu hendak
mulakan macam mana.

Suasana hening seketika. Azmah dan Marzuki berpandangan seketika. Bulat mata mereka
memandang Nizam yang tiba-tiba melangkah masuk dari pintu belakang. Mereka menyangka
Nizam masih di bilik bersama Shila yang selama ini selalu tidur sampai tengahari. Tak
sangka pula Nizam pergi berjoging.

“Eer…kamu dengar apa mak cakap tadi ke Nizam?..mak sangka je…mak tak tau apa
sebenarnya yang terjadi dengan perkahwinan kamu ni Nizam…kamu dengarkan semalam,
macam mana isteri kamu tu beriya –iya tak bagi mak menemannya pergi check perut dia
tu….biasanya waktu ni doktor akan beritahu berapa umur kandungan tu, bila baby akan di
lahirkan….entahlah, mak rasa pelik dengan isteri kamu tu….macam-macam bermain di
kepala mak ni, tau tak.”

“Mak ayah…baik Nizam cerita semua… apa sebenarnya yang berlaku. Nizam ingat Nizam
cukup kuat… cuba selesaikan masaalah yang tiba-tiba timbul dengan sendiri…takut nak
tangguh-tangguh…sebenarnya..Nizam panik, takut, rasa bersalah pun ada…..Nizam rasa
Nizam tak pernah buat perkara terkutuk tu…sebenarnya macam ni….satu malam tu, Nizam
ikut kawan-kawan ke parti hari jadi kat rumah kawan baik Shila. Nizam tak rapat dengan
Shila ni…Cuma kenal gitu-gitu aje.”

Nizam berhenti bercakap seketika lalu melangkah ke pintu yang memisahkan ruang dapur ke
tengah rumah. Dia tidak mahu sesiapa mendengar perbualannya dengan mak dan ayah. Kali
ini Nizam hendak cerita semua-semuanya. Bukan Nizam tak cerita apa-apa pada mereka
sebelum ini…cuma tidak sepenuhnya.

Marzuki dan Azmah berpandangan. Mata kedua-dua mereka seperti saja dapat mengagak apa
sebenar yang terjadi…apa cerita seterusnya. Bak kata pepatah…orang tua-tua lebih dulu
makan garam.

“Lepas makan dan minum-minum kat parti tu, Nizam tiba-tiba pening kepala…Nizam nak
balik tapi…..

“Kamu minum air apa?…jangan-jangan minuman keras ke?” Marzuki menempelak.

“Sumpah ayah..Nizam tak pernah seteguk pun minum benda haram tu…Nizam cuma minum
air orage saja malam tu….bila terdengar cakap mak tadi…tiba-tiba Nizam rasa macam ada
yang tak kena..Nizam terfikir-fikir…teringat-ingat kejadian malam tu….betullah kata mak.”
“Habis tu..Nizam tidur situ…tup-tup bangun esoknya sudah berdua sekatil…tak gitu.”Azmah
menokok cerita.

Nizam merenung emaknya pelik. Macam tau-tau saja…..”Mmm…macam tulah mak..kami


sama-sama sudah tak berbaju. Nizam terkejut bila Shila menangis kata Nizam yang
merogolnya. Dia nak buat report kat pengetua…tapi dia bagi pilihan untuk Nizam pilih.
Nikah dengan dia atau kena buang U…..

“Kenapa tak fikir dulu…kenapa tak telefon mak dan ayah kat sini…sekarang tengok macam
mana….bertambah kusut lagi.”

“Nizam nak telefon…tapi Nizam takut…takut mak ngan ayah tak percaya…takut Hani minta
putus….haaai…apa pun sekarang dah betul-betul putus pun…Nizam sedih mak…Nizam
masih sayang kat Hani.”

“Bila kamu bernikah sebenarnya….kalau betul lima bulan…tak adanya perut besar macam
tu….macam nak bersalin dah….mak nak kita pergi jumpa mak bapak si Shila tu….Jangan-
jangan mak bapak dia pun tak tahu dia dah berkahwin…dah nak beranak.”

“Masa kejadian tu… Nizam minta tangguh kat Shila…lepas exam,balik Malaysia bincang
dengan mak ayah masing-masing….tapi satu hari tu….lepas sebulan Shila datang cari Nizam
nangis-nangis kata dia dah mengandung….tu yang buat Nizam panik..Shila minta kami nikah
senyap-senyap…semua kawan-kawan pun tak tahu.”

“HHhhaaai”…Azmah mengeluh. Nizam anaknya. Azmah menyayangi anaknya itu walau


besar mana sekali pun kesalahan yang pernah dilakukan. Semua ibu-ibu begitu. Bagaimana
dia dapat membantu Nizam?

Jika Yuhanis tidak menikah dengan Mizan, adalah juga harapannya untuk menyatukan Nizam
dan Yuhanis semula….setelah Nizam terlepas dari perangkap Shila. Jika boleh lepas…tapi
Yuhanis kini sudah bersama Mizan. Azmah yang merayu Mizan menikahi Yuhanis. Azmah
buntu.

“Kamu berdua dah balik jumpa emak bapa Shila ke belum? Emak dengan ayah nak jumpa
ibu bapa Shila….kita bincang elok-elok. Kalau Nizam dah suka untuk terus bersama Shila,
emak dan ayah akan terima, kami ikut saja…..tapi kalau betul terbukti niatnya tak elok…dia
menganianya Nizam, terpulanglah pada Nizam menentukan nasib dia.”

Nizam mengeluh…susah untuk dia membuat keputusan.

“Eloklah Nizam buat sembahyang Istikharah…ambil masa untuk fikir apa jalan penyelesaian
yang terbaik untuk kamu suami isteri….kalau boleh ayah dan mak kamu tak ndak masuk
campur….tapi kalau betul Nizam kena anianya…ayah rasa sedih sekali….kalau perlu
bantuan kami, Nizam tahukan… ayah akan bantu selagi boleh.”

“Mmm…Nizam fikir…ada baiknya Nizam siasat perkara ni sendiri-sendiri dulu…buat


macam biasa…macam Nizam tak tahu apa-apa…Nizam nak tengok apa yang Shila nak buat
seterusnya……pasal check perut tu pun, biarlah kita ikut kehendak Shila tu …agar dia tak
syak apa-apa….nanti,pandai-pandailah Nizam nak siasat macam mana.”
“Apa pun, Nizam kena banyak bersabar…jangan bertindak melulu lagi, apa-apa runding
dengan mak ayah dulu.”

“Mak bapak Shila pulak macam mana?…Nizam dah jumpa belum dengan mereka?….Shila
tu pun satu….tak ada cakap apa-apa pun pasal mak bapak dia….dah dekat tiga minggu kat
sini…mak bapak dia tak gaduh pulak….anak dara balik belajar dari oversea…tak sampai-
sampai rumah…tak de pulak nak cari…telefon tanya apa hal ke….eh,.eh, pelik mak tengok
hal kamu berdua ni Nizam.”

“Bila dah jadi macam ni…baru Nizam tersedar juga mak…kenapa beriya-iya Shila nak balik
duduk sini. Dia plan nak balik jumpa mak bapak dia selepas bersalin….Shila kata mak bapak
dia sebuk..selalu keluar negara…sekarang ni pun tak ada kat Malaysia…Nizam percaya saja
cakap dia….Nizam rasa semua ni mesti ada sebabnya.”

“Sapa mak bapak dia tu? Jangan-jangan nama mak bapak dia pun Nizam tak tahu?…ada
Shila cerita pasal mak bapak sendiri….jangan-jangan mak bapak sendiri pun dia kelentong
tak.”

“Nizam tak pernah jumpa mak bapak Shila..tapi dia anak Dato’ Khairuddin Khalid yang
terkenal dengan empayar perniagaan import eksport dan memiliki syarikat yang menjual
kereta-kereta mewah di seluruh Malaysia ni….semua pelajar dan kawan-kawan kat sana
tahu…Itu saja yang Nizam tahu pasal dia….lepas ni Nizam kena siasat pelan-pelan.”

“HAA”…Anak Dato’?..Dato’Khairuddin Khalid jutawan Malaysia tu?”…Marzuki dan


Azmah terkedu.

Nizam hanya mampu mengangguk lemah. Matanya hanya mampu memandang emak dan
ayahnya terpana. Nizam mengeluh sesal…terasa dirinya amat bodoh sekali…Padanlah dia
terkena….dia memang bodoh. Tetiba Nizam seperti faham akan tindakkan Shila. Kalau
betullah apa yang dia sedang fikirkan sekarang…apa yang Shila sedang lakukan padanya
sekarang…

‘AAAARRRGGGG !!!… Kenapalah Shila pilih dia ???

Berderau darah Nizam sekali lagi….Menggigil seluruh tubuhnya menahan marah. Kalau
ikutkan hati mahu saja ketika itu Nizam mendapatkan Shila dan…dan…..apa?

‘Astagfirrullahhalazimm….astagfirrullahhalazimmm…astagfirullahhalazimmm….

Nizam menongkat dahi di meja makan.. Nizamcuba menanam sabar pada dirinya. ‘Ya Allah
bantulah hamba Mu ini…apalah dosa ku hingga diuji sebegini berat…ampunkan dosa-dosa
ku Ya Allah.’

BAB 6

Tiga minggu telah berlalu. Kehidupan…dalam apa situasi pun akan tetap berlalu bersama
peredaran masa. Suka,tak suka manusia terpaksa lalui juga mengikut kehendak ‘ Yang
BerKuasa.’
Yuhanis menjinjit kasutnya menuju ke pintu. Masa untuk makan tengahari. Sedikit awal hari
ini, baru pukul sebelas lebih. Langkah Yuhanis terhenti bila matanya terpandang satu beg
plastik yang terletak di tepi kabinet kasut. Nampaknya berisi pakaian…bergumpal-gumpal
tak berlipat…macam pasimbor kat kedai mamak.

Pintu kabinet juga tidak bertutup. Ternganga saja menampakkan susunan kasut yang sudah
tunggang langgang. Sepasang stokin yang bercerai dengan pasangan turut berada di situ….
sebelah di atas kabinet, sebelah lagi…aa,dalam kasut sukan. Terjuntai. Ada orang sumbat kat
situ. Orang mana lagi.

Mesti ‘The Rock’ terlewat bangun. Tu yang tak jadi ‘mr. Perfect’ pagi ni. Yuhanis menyusun
semula kasut-kasut. Stokin dikahwinkan dan diletak di atas kabinet. Pintu kabinet ditutup
rapat seperti biasa.

Yuhanis membelek beg plastik pula. Tertera nama kedai dobi di situ..’.Kedai Dobi Fajar
Hajar’. Nama yang unik. Senang diingati. Yuhanis selalu saja melintas di depan kedai dobi
itu yang terletak selang dua buah kedai dari butik yang disinggahinya beberapa hari lalu.
HUH, banyaknya baju kotor. Malasnya. Memang semua orang lelaki malas basuh baju
agaknya.

Hari ini Yuhanis tidak terus ke kedai makan seperti biasa. Dia menuju ke kedai dobi Fajar
Hajar dahulu. Naik senget dia menjinjing beg plastik itu. Kenapa dia baik hati
sangat…entahlah. Nak kata isteri mithali….tak kena rasanya. …isteri yang tak
dipeduli,…mm, itu le gayenya. Itu le sebenor-benornya.

********

“Akak nak ambil baju Encik Shaiful Mizan sekali ke ?” soal anak muda yang bertugas di
kedai dobi. Ada resit lama di tangannya. Sedari tadi memang sedia terlekat di beg plastik
yang dibawa Yuhanis.

“Eer, awak kenal ke tuan baju ni ? ……ada baju yang nak kena ambil ke ?” tanya Yuhanis
kembali.

“Ha’ah…Encik Shaiful Mizan ni pelanggan tetap di sini. Semua pakaiannya dihantar basuh
di kedai dobi ni….biasanya setiap kali hantar baju kotor, dia akan ambil yang dah siap.”
Terang anak muda itu. Terkebil-kebil matanya melihat Yuhanis. Orang baru.

Tak diambil, nanti tak berbaju pulak ‘The Rock’ nak pergi kerja…fikir Yuhanis. Yuhanis
membalas renungan anak muda di kaunter seketika.

“Ok lah, saya ambil sekejap lagi….saya nak pergi makan dulu…..awak dah makan ke belum
?” kata Yuhanis sengaja berbahasa dengan anak muda itu. Dah tengahari. Jam di kedai dobi
itu pun sudah menunjukkan pukul dua belas.

“Belum lagi kak…mmm, saya bawa bekal roti hari ni…tak sempat masak….kalau makan kat
kedai, parah poket saya ni nanti..hi,hi,hi.”jawab anak muda itu sambil ketawa kecil. Bundut
baju diangkat ke atas alat penimbang.

“Ok, kak…sepuluh setengah kg. semuanya.”


Yuhanis sekadar mengangguk. Padanlah sampai senget bahu dia membawanya tadi..bisik hati
Yuhanis. Bundut baju kemudiannya dimasukkan ke dalam raga di tepi kaunter pula. Nampak
macam ringan saja budak tu mengangkat.

Anak muda itu menulis sesuatu pada buku resit, kemudian mengoyak resit tersebut lalu di
lekatkan pada beg plastik ‘The Rock’. Yuhanis hanya memerhati gerak kerja anak muda di
hadapannya.

Segak, ada rupa budaknya, tapi kurus sangat. Tinggi pun tinggi. Dah macam kacang panjang
saja….panjang dan kurus.

“Kalau macam tu…saya pergi makan dulu…kejap lagi sebelum balik saya datang ambil baju
tu, mm.”kata Yuhanis sebelum berlalu.

*********

‘…..bawa roti…..tak sempat masak…’…Sambil menyuap nasi,Yuhanis masih teringat-ingat


lagi kata-kata anak muda petugas kedai dobi tadi.

‘Dia yang senang lenang ni pun malas nak masak.Bukan malas tapi tak balik modal rasanya
kalau setakat nak masak untuk dirinya seorang…mm, kesian budak tu…budak jantan pulak
tu.’

Semua orang ada cerita hidup masing-masing. Ada yang mempunyai latar belakang yang
senang, kaya raya dan bahagia. Ramai yang berlatarkan kehidupan sedih dan dalam
kesusahan. Wang ringgit bukan segalanya …tapi…jika tak ada,hidup bertambah derita dan
sengsara.

Entah mengapa sampai selesai makan Yuhanis masih terfikir-fikir pasal budak petugas dobi
itu. Selesai membuat pembayaran Yuhanis melangkah semula ke kedai dobi.

Kali ini seorang wanita pertengahan umur pula yang sedang menjaga di kaunter kedai dobi.
Terpaksalah Yuhanis memperkenalkan diri dan menerangkan perihal baju ‘The Rock’.

“Budak laki-laki tadi tu ke mana kak….saya dah janji nak ambil baju Encik Shaiful Mizan
dengan dia tadi.” Kata Yuhanis selepas memberi penjelasan.

“Mmm,budah Yusri tu tengah jemur karpet kat belakang….kerja-kerja berat tu dialah yang
kena buat…Kak Timah tak larat.” Jelas petugas bernama Kak Timah, sebelum berlalu ke
bilik sebelah.

‘Yusri ?’ Yusri? ….Eh, betul ke apa yang aku dengar ?..bisik hati Yuhanis.

Kak Timah muncul semula dengan sebundut baju yang telah siap digosok. Pakaian itu
dimasukkan ke dalam beg plastik. Kemudian sekeping resit dilekat menggunakan ‘cellopane
tape’ pada beg plastik yang tertulis nama kedai dobi itu.

Yuhanis membelek resit untuk melihat harga yang perlu djelaskan. Ada tertulis nama Encik
Shaiful Mizan di resit tersebut ….’The Rock’ lah tu. Sekeping duit kertas lima puluh ringgit
dihulurkan untuk membuat pembayaran.
“Kak Timah kerja berdua saja ke kat kedai dobi ni ?” tanya Yuhanis lagi sambil menunggu
Kak Timah mengira duit baki.

“Kami bertiga…tapi hari ni sorang lagi tu terpaksa cuti sakit…anak dia demam, jadi si Yusri
kena kerjalah.. kalau tak Yusri kerja sebelah petang aje, lepas balik sekolah…dah jadi macam
ni..apa lagi terpaksa ponteng sekolah dua tiga harilah budak tu.” Kata Kak Timah sambil
menyusun baki duit pembayaran di atas kaunter di hadapab Yuhanis.

‘Yusri’…memang Yuhanis tak silap dengar. Serupa denga nama arwah adiknya..Yusri Amri.

“Oh, sekolah lagi….tapi rugilah kalau selalu jadi macam ni.” ujar Yuhanis sambil mengaup
duit baki dari atas kaunter.

“Nak buat macam mana ….nak sara dua adik lagi….emak ayah dah tak ada….anak yatim
piatu….dulu orang kebajikan nak ambil adik-adiknya duduk kat rumah anak yatim, si Yusri
tu tak bagi.”terang Kak Timah .

Terhenti pergerakkan tangan Yuhanis yang sedang menyimpan baki duit ke dalam beg
sandangnya. Hati Yuhanis dipagut sayu.

‘Yusri.!..Yusri.’…Bergenang air mata Yuhanis. Yuhanis memejam celik kan matanya


beberapa kali. Terbayang wajah arwah Yusri adiknya. Dia tidak mahu mengalirkan air
matanya di situ. Ketat terasa di dadanya. Yuhanis kena tabah.

Arwah Yusri seorang adik yang baik. Yuhanis rindu pada adiknya.

Tak sangka budak muda itu senasib dengannya…tapi masih bertuah kerana masih ada adik
beradik. Dia hanya sebatang kara.

Namun keadaan mereka berbeza. Budak muda itu perlu bekerja untuk menyara adik-adik
yang lain. Tentu sukar sedangkan budak itu masih di bangku sekolah. Ada anak yatim yang
lebih susah dan malang darinya.

Nasib Yuhanis lebih baik. Sudah tiada ibu dan ayah, juga semua adik-adiknya….tapi duit
insuran nyawa seluruh keluarganya yang dibawah nama Yuhanis sangat banyak, lebih dari
cukup untuk menampung kehidupannya hingga ke hari tua.

Tidak termasuk duit saku yang diberi emak dan ayah angkatnya…..juga…tidak termasuk lagi
duit sewa dua buah kedai dan tiga buah rumah sewa, harta peninggalan arwah ibu ayahnya.
Memang tak habis makan.

Yuhanis boleh hidup mewah walau pun tidak bekerja. Jika hendak dibandingkan dengan
nasib Yusri yang terpaksa bekerja untuk menyara diri dan dua orang adik, sambil bersekolah.
Yuhanis jatuh simpati kepada nasib anak muda itu. Mereka senasib..sama-sama anak yatim
piatu.

Tiba-tiba Yuhanis terbayangkan jika arwah adiknya yang berada di tempat Yusri ini..aaarrgh,
sedihnya, kesiannya… jika itu keluarganya…pasti Yuhanis akan menolong
adiknya….bolehkah dia menolong…’Yusri’ ini…jika Yuhanis mahu menolong,…bagaimana
ye?….
“Hai, akak dah sampai….saya kat belakang tadi….maaflah,tadi tak sempat layan akak.” Ujar
Yusri dengan senyuman. Lamunan Yuhanis terhenti. Wajah Yusri di hadapannya ditatap.
Rupa tak sama tapi umur hampir sebaya. Arwah Yusri juga tinggi…lebih tinggi dari Yuhanis.

Terasa hiba pula Yuhanis melihat Yusri yang masih boleh tersenyum…kalau dia di tempat
Yusri…entahlah….jangan-jangan tidak ada perkataan senyum dalam kamus hidupnya …

“Laa, pergilah makan sekali Yusri…..Kak Timah boleh tunggu kaunter. Kak Timah dah siap
makan tadi….tak tau lapar agaknya budak ni.” kata Kak Timah ketika melihat Yusri berdiri
di sebelahnya.

“Mmm, tak apa Kak Timah….Yusri dah biasa… roti saya tu bukannya nak lari ke mana, lagi
pun tadi dah janji dengan akak ni.” jawab Yusri kepada Kak Timah. Tersengih-sengih lagi.

Yuhanis di hadapan kaunter turut mendengar….hati bertambah sedih walau pun Yusri
menjawab selamba saja.

“Mmmm,…mmm…maaf Kak Timah, saya beli sebungkus je tadi……ni Yusri, saya niat nak
belanja awak tadi…..lain kali saya belanja Kak Timah sekali….maaf ye kak.” Kata Yuhanis
sambil menghulur beg plastik yang berisi sebungkus nasi dan dua jenis lauk dibungkus
berasingan. Ada seketul besar ayam goreng….arwah adik-adiknya semua suka makan ayam
goreng.

“ Tak apa…terima kasih,…Kak Timah dah makan tadi, budak Yusri ni je yang tak makan-
makan lagi, tu yang kurus kering.” Kata Kak Timah. Sempat mencuit pinggang Yusri di
sebelah. Yusri menepis-nepis tangan Kak Timah.

“Eh, susah susah je akak ni…..tapi terima kasih banyak-banyak kak…tak sangka,…ada juga
orang yang kesian kat Yusri…..boleh gemuk hari ni, dapat makan sebungkus nasi macam ni.”
ujar Yusri lagi dengan nada ceria.

Bertambah sedih lagi Yuhanis mendengarnya. Adakah Yusri yang kurus kering ini tidak
pernah makan nasi sebanyak ini…..Cuma sebungkus je pun. Macamlah boleh gemuk hanya
sekali ini makan nasi sebungkus.

“Assalamualikum !”

Yuhanis menoleh memandang pelanggan yang baru tiba dan berdiri di sebelahnya. Seorang
pemuda. Sangat kacak. Kemas lagi bergaya. Pandangan mata mereka bertaut seketika.

“Lewat abang hantar baju ….abang tak kerja ke hari ni ?” tanya Yusri kepada pelanggan yang
baru tiba. Lelaki itu mengangkat dua bundut pakaian lalu di letakkan di hadapan Yusri.

“Hari ni abang ambil cuti….ada hal sikit.” Jawab pemuda itu. Sebuah senyuman dihadiahkan
kepada semua termasuk Yuhanis di sebelahnya. Menambah lagi manis wajah yang sudah
sedia handsome..

’Eh,eh apasal puji lelaki lain ni…dia bukan lagi ‘ single and available’…lupa diri dah jadi
isteri orang…Yuhanis mengutuk diri sendiri.
“Hai…ambil baju dobi ke?” tegur pemuda itu kepada Yuhanis.

“Hantar dan ambil.” Jawab Yuhanis sekadar berbahasa sambil tersenyum kelat. ‘Tak kan beli
ikan kot’ kata hati Yuhanis pula. Cuba mengelak dari terlebih mesra.

“Duduk kat taman ni jugak ke?…saya duduk kat fasa yang baru tu…sebelah taman ni
saja.”Yuhanis rasa tak selesa bila soalan begitu dah keluar dari mulut mamat handsome di
sebelah.

Angguk tidak, geleng tidak. Yuhanis sekadar tersenyum. Kelat lagi. Kalau senyum manis,
nanti mahu banyak lagi soalan yang diajukan. Last-last ….boleh berkenalan ?

‘JANGAN MENGGATAL’…..Yuhanis teringat pesanan’The Rock’.

Pemuda itu membalas dengan senyuman yang lebih lebar. Murah senyum betullah mamat ni.
Manis dan menawan sekali pulak tu.

‘….alahai, ruginya….masa bujang dulu, tak da pula terjumpa orang handsome macam
ni…mm..nak tengok macam mana….jika hati sentiasa merindui Abang Nizam saja.’rungut
hati Yuhanis lagi.

“Ok…saya balik dulu.” Yuhanis meminta diri. Cepat-cepat dia berlalu mencari teksi untuk
pulang.Hari ini sudah hilang semua mood nak ronda pekan. Hati dah rasa tak seronok.
Sepanjang jalan di dalam teksi hingga di rumah Yuhanis masih terbayang-bayang wajah
pemuda itu.

*********

Novel di tangan ditutup dan diletakkan di bawah bantal. Yuhanis duduk menupang dagu di
atas katilnya. Fikirannya buntu dan terasa sempit seperti sempitnya bilik yang telah dihuninya
sejak beberapa minggu ini.

Sejak balik dari pekan tadi Yuhanis rasa gelisah. Dia perlu bertindak segera…tapi dia tidak
tahu bagaimana untuk mulakan. Tidak betah berada di bilik lagi Yuhanis mengatur langkah
ke ruang tamu. Jam di dinding menunjukkan baru pukul dua suku petang. Masih awal untuk
jadi halimunan. Belum waktu ‘The Rock’ balik dari kerja.

Penat bersila di atas sofa Yuhanis menongkat kedua-dua lutut pula. Sambil memaut lutut,
matanya dihalakan ke skrin televisyen. Apa yang dilihat di skrin TV pun, entahlah. Matanya
saja di situ, tapi fikiran ke lain.

Akhirnya Yuhanis meninggalkan sofa lalu melangkah ke dapur. Dia perlu berbuat sesuatu
agar kesibukkan dapat menghilangkan keresahan di hatinya. ‘Mmm…apa dia nak buat ya?’
fikir Yuhanis sendirian.

‘Yes, agar-agar laici!’….Yuhanis terus membuka kabinet,stor makanannya. Dua bungkus


agar-agar dikeluarkan…oh, tambah satu bungkus lagi. Yuhanis akan buat tiga bungkus agar-
agar. Tiga tin laici dibawa keluar. Juga tiga biji telur ayam. Gula pasir ada di dalam
laci….dan satu lagi sebelum terlupa….Yuhanis tunduk semula, mencari gula merah di dalam
kabinet.
Yuhanis mula sibukkan dirinya membuat agar-agar laici. Langkah pertama… pinjam periuk
‘The Rock’. Yuhanis mencuci dan merendam agar-agar kering terlebih dahulu. Kemudian
Yuhanis mereneh agar-agar kering itu sehingga semuanya larut. Masuk secawan gula merah
dan tambah gula pasir mengikut rasa.

Lepas tu giliran telur ayam pulak. Wait..wait…Telur ayam perlu dibasuh terlebih
dahulu….yes, ini yang paling-paling penting. Yuhanis masih ingat kata-kata Ustazah Kalsum
semasa di bangku sekolah dulu..

..”Sesiapa yang masak guna telur tanpa membasuh telur-telur itu terlebih dahulu, makanan itu
akan tercemar dengan habuk-habuk najis yang melekat di kulit telur….maka orang yang
memakannya samalah seperti kita memakan najis tahi ayam….makanan yang kotor akan
menggelapkan hati…makanan menempa hati..hati yang gelap akan sukar menerima
ilmu…baik ilmu dunia, lebih-lebih lagi ilmu akhirat.”

Ketika membasuh telur Yuhanis terkenang akan Mak Azmah pula. Yuhanis teringat peristiwa
Yuhanis bersama Mak Azmah ke pasar malam hendak membeli mertabak. Sewaktu berbaris
untuk menunggu giliran, tiba-tiba saja Mak Azmah menarik Yuhanis pergi. Terpinga-pinga
Yuhanis seketika.

“Dia tu tak basuh telur!” bisik Mak Azmah sebaik mereka sudah selangkah dua berjalan
pergi.

“Haa..sapa?..telur?…telur apa?” …Hi,hi,hi…Yuhanis masih teringat soalan bodohnya ketika


itu.

Semenjak itu setiap kali hendak membeli mertabak Yuhanis akan mengendap terlebih dahulu,
mencari dari mana telur itu diambil. Jika direct dari lekar…alamatnya …sorry and goodbye.

Pernah satu peristiwa lain Yuhanis ke pasar malam sendirian. Jenuh Yuhanis menjengah ke
kiri, menjengah ke kanan penjual untuk skodeng di mana telur-telur diletakkan. Tak nampak
telur tapi penjual mertabak yang terperasan akan gelagat Yuhanis. Terus saja pak cik penjual
bertanya..” Cik adik nak cari siapa?”

“Kawan saya, pak cik” Ringan saje mulut Yuhanis menjawab sebegitu…sebab Yuhanis serba
salah nak jawab…”Telur, pak cik.”….rasa macam tak kena pulak.

Bila di ceritakan hal itu pada ayah dan Mak Azmah ketika sekembalinya ke rumah tanpa
mertabak….Ha,ha,ha…punyalah besar ketawa mereka berdua. Yuhanis yang ketika itu masih
tak faham, hanya terkebil-kebil memandang mereka.

Kini bukan setakat mertabak…Yuhanis juga akan berhati-hati untuk membeli roti canai
telur…juga roti canai biasa. Ikutkan kalau telur untuk roti canai telur di kedai itu tidak
dibasuh maka automatik roti canai biasa juga tidak boleh dibeli di situ sebab tangan yang
sama jugak yang memegang semua itu.

Begitu juga jika membeli kek dan puding di kedai kek bukan Islam. Ada mereka belajar cara
membasuh telur yang betul itu semua? Orang Islam pun ramai yang tak habis belajar…inikan
pula puak-puak itu. Masaalahnya kalau dah belajar tapi tak kuasa nak melaksanakannya,
lagilah parah…tak pasal-pasal kita keluar duit, sendiri makan najis!
Dalam berangan –berangan….agar-agar sudah siap di dalam loyang. Pinjam loyang ‘The
Rock’ jugak.Bukan sikit-sikit yang dihasilkan…enam bekas loyang semuanya. Mmm, boleh
makan puas-puas.

Cuma tunggu sejuk. Simpan dalam peti sejuk….baru sedap dimakan..yum,yum,yum.

*********

Mizan menyandar di sofa. Pintu utama sengaja dibiarkan terbuka. Dia yang membuka
televisyen tapi mata ke lain… entah cerita apa, Mizan tak ambil tahu. Sikit tidak
dipandang..pandangannya dihalakan ke luar rumah. Mizan merenung keluar …halaman
rumahnya, pintu pagar dan jalan raya di hadapan rumah. Nampak rumah Uncle Muthu di
seberang jalan..Sambil tangannya membuka baju kemeja yang sudah melekit di badan Mizan
teringat kata-kata Uncle Muthu pagi tadi.

“Apasaal you tadak kasi itu gate punya kunci sama you punya adik? Ituu harii aaa,first time
Uncle Muthu ada jumpa sama Mr.Mizan punya adiik aa..ada panjat ini gate…Uncle ada tanya
sama dia…teruuus jatuh itu perempuan …belakang balik punya jam…you punya adik ada
panjat lagi satu kali…ayooyoo…itu taxi driver aaa…ada kasi stanby mahu tolong tolak itu
perempuan punya punggung belakang. Uncle ada diam-diam sini juga duduk tenguk…nasib
baik tadak jatuh lagi satu kali….kesiaaan sama dia.”

‘Adik?’….Huh…Mizan terpaksa dengar.

Sudahlah pagi tadi Mizan terbangun lambat, terpaksa pula mengetap gigi menahan sabar
mendengar cerita Uncle Muthu…walaupun telah diberitahu yang dia sudah terlambat ke
pejabat.

Akhirnya sepanjang jalan dan sepanjang hari di pejabat, kata-kata Uncle Muthu itulah yang
bermain di kepala Mizan. Maknanya masih hidup lagilah ‘isterinya itu…Bagus, sekurang-
kurangnya kurang sikit risau di hatinya memikirkan kewujudan mahkluk bernama Yuhanis
itu.

‘Boleh tahan jugak ‘isterinya’ itu…panjat pintu pagar!…tahu dek emaknya, mahu seumur
hidup cerita ini tak habis dirungutkan.’

Sudah dekat sebulan, sebelah kelibat Yuhanis pun Mizan tak pernah nampak. Hairan Mizan.
Bukan sikit-sikit punya hairan Mizan, bagaimana gadis itu dapat bertahan selama ini hidup
seperti itu…menyorok darinya dua puluh empat jam sehari.

Dan punya banyak-banyak hairan di kepala Mizan…. kenapa setiap hari dia asyik
memikirkan akan gadis itu….apa yang harus dia buat dengan isterinya itu…berapa lama
gadis itu akan bertahan hidup seperti itu?

Badan penat satu hal. Kepala otak penat satu hal. Mizan buntu.

Seketika Mizan teringat dia belum mengerjakan solat Asar. Pintu utama ditutup. Mizan
segera ke dapur untuk menghilangkan hausnya sebelum naik ke biliknya. Perut terasa lapar,
memandangkan tengahari tadi dia tiada selera makan di kantin pejabat. Sekadar dua keping
sandwich saja mengalas perut. Nanti-nantilah keluar makan selepas Mangrib, bisik hati
Mizan.

Mizan membuka peti sejuk. Bulat mata Mizan. Mizan menelan air liur. Nak kata
terkejut,tidak juga…bukannya ada ular sawa.

‘Alahai sedapnya!” keluh Mizan sambil menelan air liur berkali-kali sampai kering tekaknya.

‘Boleh ambil sikit tak?”

‘Boleh tak dia makan…teringin nak rasa.’

‘Bukan orang lain yang masak….isteri dia…HUH!’ Mizan tersedar diri.

BANG!

Pintu peti sejuk dihempas. Mizan melangkah laju naik ke bilik. Bengang. Bengang sangat-
sangat. Kenapa perempuan tu buat begini kepadanya. Memang perempuan itu sengaja nak
balas dendam kepadanya. Betul-betul menyusahkan.

Selesai mandi dan solat Asar Mizan berbaring. Ke kiri ke kanan, Mizan tak sedap baring.
Mizan duduk pula menyandar di kepala katil. Tak sedap duduk juga.Terbayang-bayang rupa
agar-agar di dalam peti sejuk tadi. Rasa nak meleleh air liurnya.

Nasib baik ada juga air liur. Sudahlah tadi, geram punya pasal…langsung lupa hendak
minum. Sudahnya semasa sudah telanjang bulat dalam bilik air baru teringat akan
air….sudah-sudahnya air paip sajalah yang Mizan buat hilangkan haus. Padan muka
aku…bisik hati Mizan….dia dengan undang-undangnya!

BAB 7

Yuhanis memotong dan menyusun agar-agar laici ke dalam bekas plastik. Seketika tangannya
berhenti. Mata disorotkan ke pintu peti sejuk. Sudah tiga kali Yuhanis membaca nota yang
dilekatkan di situ.

‘ THANK YOU, SEBAB SUDI MENGHANTAR DAN MENGAMBIL PAKAIAN SAYA


DARI KEDAI DOBI.’

Ha,ha,ha….thank you,…you…no terima kasih, sebab… tiada kasih yang hendak diberi
!…ala, tak heran…jika disuruh terima kasih pun Yuhanis kena fikir seribu satu kali…tak apa,
thank you itu sudah memadai.

‘Mmm,kira ok jugaklah… tahu rupanya ‘The Rock’ cakap thank you.’…bisik hati Yuhanis.
Hilang sikit geram di hati. Yuhanis menutup semua bekas-bekas berisi agar-agar, kemudian
memasukkan semua bekas-bekas itu ke dalam dua beg plastik. Semua loyang dan perkakas
lain yang digunakan dibasuh, dikeringkan dan disimpan ke tempat asal.

Sekarang hanya tinggal satu loyang agar-agar laici yang tidak diusik. Simpan untuk ‘The
Rock’ sebab dah terpinjam peti sejuknya semalaman. Yuhanis tidak tahu sama ada ‘The
Rock’ suka atau tidak. Mungkin semalam ‘The Rock’ sudah ternampak…tapi tak nak pula
dia merasa walau pun sepotong. Segan kot..fikir Yuhanis.

‘Oh,..la,la…ciannya.’ Lantas Yuhanis memotong setengah loyang dan menyusun agar-agar


laici tersebut ke dalam pinggan besar. Baki setengah loyang lagi dan sepinggan besar agar-
agar yang sudah siap dipotong dimasukkan semula ke dalam peti sejuk. Perlahan-lahan pintu
peti sejuk ditutup. Yuhanis berdiri menatap nota sekali lagi sambil berfikir seketika.

Yuhanis tersenyum nakal. Dia melangkah ke biliknya dan keluar semula dengan sebuah buku
lakar. Dan sekeping kertas. Yuhanis menulis sesuatu di atas kertas….kemudian kertas itu
bertukar tempat dengan nota di pintu peti sejuk.

‘Macam nak berbalas-balas surat cinta pulak rasanya….eh, tak de nye…malam sikit.’.. bicara
Yuhanis sendirian.

Sebenarnya sengaja Yuhanis nak menceriakan hidup ‘The Rock’ yang serius semacam. Kalau
boleh senyum sikit tentu muka ‘The Rock’ yang handsome tu boleh bertambah sikit lagi
kehandsomannya…..ha,ha,ha…Kalau dia dengar, tak pasal-pasal menyinga pulak ‘The Rock’
tu…gerutu Yuhanis. Lagi pun handsome ke ‘The Rock’ tu ?…kalau ‘The Rock the film star’
tu memanglah handsome. Body pulak…mak aii, mengancam habis.

Tersenyum-senyum Yuhanis sendirian sambil menyimpan nota kedua dari ‘The Rock’ ke
dalam buku lakarnya. Seketika Yuhanis membelek-belek lakaran-lakaran wajah ‘The Rock ‘
yang telah memenuhi beberapa helaian dalam buku lakarannya nya itu. Semua muka serius
dan muka sedang marah,…memang Yuhanis tak pernah tengok ‘The Rock’ tersenyum.
Agaknya kalau tersenyum mau tsunami melanda kat Kampung Sungai Rokam sampai ke
Ampang ni…hi,hi,hi.

********

Yuhanis tersenyum puas melihat Yusri menyuap sepotong lepas sepotong agar-agar laici ke
dalam mulutnya. Isi di dalam bekas di hadapannya sudah tinggal separuh. Makan sampai
tutup-tutup mata…dan entah berapa kali berulang-ulang menyebut sedap-sedap.

“Terima kasih Kak Hani…pandai akak buat kuih ni ye…tak pernah-pernah Yusri makan kuih
sesedap ini…..sedap sangat sangat.” Kata Yusri sambil mengunyah. Di tangan sudah siap
sepotong… siap sedia untuk disuap ke mulut lagi.

“Kuih pulak…orang sebut agar-agarlah…mm, suka sangat, habiskan satu bekas tu…satu
bekas lagi ni, untuk Kak Timah.”ujar Yuhanis.

“Hish, tak kan nak kasi habis kak,…tu, adik-adik saya kat rumah tu…sianlah pulak….tak apa
Yusri tinggalkan setengah untuk bawa balik.” Jawab Yusri dengan mulut penuh berisi agar-
agar.

“Untuk adik-adik Yusri saya dah siap asingkan…..yang ini untuk bawak balik.” Kata
Yuhanis sambil menghulurkan satu beg plastik kepada Yusri. Ada satu bekas besar agar-agar
lagi. Khas untuk dua orang adik Yusri yang belum pernah ditemuinya. Yuhanis bercadang
untuk bertemu dan berkenalan dengan mereka. Cuma dia perlu mencari masa yang sesuai.
“Yang ini pun Yusri boleh makan lagi kat rumah dengan adik-adik, ok.”

“Eh, tak apalah kak,…cukup ni…nanti kecik pula hati Kak Timah tu….saya dapat sampai
dua bekas.” Ujar Yusri.

“Tak apa…besok-besok saya boleh buat lagi…semua orang boleh makan puas-puas.” Kata
Yuhanis.

“Eh, susah-susahkan akak saja….tak payahlah kak…cukup-cukup ni.” kata Yusri sambil
menutup bekas di hadapannya.

“Ala, saya ni suka masak… ada Yusri nak makan, saya lagi suka, lagi pun….kalau kita jamu
orang makan,dapat pahala…duit banyak saya tak dapat bawa mati,… pahala, dah tentu bawa
sekali ke kubur.” Jawab Yuhanis.

“Ish, akak ni…sebut kubur-kubur ni…sensitiflah…karang saya meraung, susah kakak


nanti…kena pujuk dengan agar-agar lagi.” Kata Yusri.

“Anytime Yusri nak makan agar-agar lagi…cakap aje kat saya..mmm,jangan malu-malu.”
Kata Yuhanis.

“Terima kasih banyak-banyak kak…tentu adik-adik saya seronok dapat makan agar-agar
ni…terima kasih kak.”tambah Yusri dengan wajah ceria.

“Haa,beratlah saya nak bawak balik terima kasih awak ni Yusri…banyak sangat….mm,yang
ni tak payah bagi terima kasih lagi kat saya.” Yuhanis menghulurkan satu lagi beg plastik
kepada Yusri.

“Apa lagi ni kak ?..Nasi?..lepas ni ada lagi tak ?”tanya Yusri sambil menjengah-jengah
keliling Yuhanis. Yuhanis tergelak melihat telatah Yusri. Kelakar budaknya.

“Ini aje..tak ada lagi dah…. hi,hi,hi,…saya belanja nasi beriyani hari ni…tiga bungkus untuk
Yusri ngan adik-adik, dua lagi tu bagi kat Kak Timah dengan Kak Yah… Yusri habis kerja
pukul berapa? “

“Hari ni nak minta balik awal sikit…banyak homework yang tak siap…akak kata nak datang
berkenalan dengan adik-adik …Sara dengan Suri dah tak sabar-sabar nak jumpa kakak yang
selalu bagi agar-agar dan puding kat mereka berdua….slalu saja tanya Yusri,bila kakak tu
nak datang.”

“Saya pun teringin nak jumpa Sara dengan Suri…kirim salam saya pada budak berdua
tu…tengoklah nanti kalau Yusri boleh balik awal, saya ikut…tapi sebelum pukul empat saya
nak kena balik rumah….jauh ke rumah Yusri dari sini?… kalau jauh sangat….susahlah saya
kalau lambat sampai rumah.”

“Akak ni macam Cinderlelalah pulak…rumah Yusri kat rumah teres kat hujung pekan ni
aje…kalau akak sanggup bonceng naik motor ‘Harley Davidson’ Yusri tu….sebelum pukul
empat gerenti akak dah sampai kat depan rumah.”
Yuhanis tergelak mendengar kata-kata Yusri. Bukan dia tak pernah tengok motor buruk Yusri
yang selalu terpakir di belakang kedai dobi itu. ‘Harley Davidson’ konon…memang Yusri
suka berseloroh. Yuhanis selalu ketawa bila bersama anak muda itu.

“Saya doakan suatu hari nanti Yusri betul-betul boleh memiliki Harley Davinson tu…oklah,
saya nak balik, besok jumpa lagi.”ujar Yuhanis sambil melangkah meninggalkan kedai dobi.

Sekarang sudah pukul tiga lebih. Yuhanis sengaja datang selepas waktu persekolahan Yusri.
Hari ini Yusri pergi sekolah sebelah pagi. Hanya datang kerja sebelah petang. Yuhanis pula
tidak mahu terlewat sampai ke rumah…takut bertembung dengan ‘The Rock’. Nanti tak
pasal-pasal taufan melanda.

“Akak…tak mau terima kasih…Yusri bagi thank you sajelah….thank you kak!” laung Yusri
kepada Yuhanis yang sudah berada di tepi jalan di hadapan kedai. Siap bagi ‘flying kiss’
lagi….ada-ada saja Yusri ni. Yuhanis membalas lambaian Yusri…Kemudian melambai teksi
pula.

Dalam perjalanan pulang Yuhanis masih berfikir mengenai Yusri.Yuhanis merasa kagum
dengan sikap anak yatim piatu sorang ni. Sanggup bersusah payah menjaga adik-adik tapi
masih ada sifat cerianya. Yuhanis cuba membayangkan sifat Yusri semasa ibu bapanya masih
ada, mesti dia lebih periang orangnya.

*********

“Mr.Mizan !…Mr.Mizan !”

Mizan menoleh ke arah pintu pagar rumah Uncle Muthu. Dia yang sedang membuka pintu
pagar, berdiri di hadapan keretanya sambil memerhati lelaki tua itu berlenggang-lenggang
menghampirinya. Uncle Muthu menjinjit satu beg plastik berisi beberapa tin…benda apa, dia
tak nampak.

“Ada apa uncle?’

“Uncle mahu minta sikit tolong sama Mr.Mizan….er.. kasi ini barang sama Mr.Mizan punya
adik…ini pagi aa…Mr Mizan punya adik ada kasi sama uncle itu jelly aaa….banyaaak
sedaap…belakang satu family cakap kalu Mr.Mizan punya adik ada buat lagi kalu…uncle
sponser ini laici…cakap sama dia ‘ rumbu rumbu nandrik’…thank you banyak-banyak.”

Mata Mizan merenung mengikut langkah Uncle Muthu melenggang kembali ke rumahnya….
kemudian melihat ke dalam isi beg plastik di tangannya. Ada sepuluh tin laici. ‘Mak aai…nak
makan ke, kedarah ke apa ni?’…bisik hati Mizan.

‘Aaaik….Uncle Muthu pun dapat makan agar-agar tu….aku ni, dapat tengok jelah.’ Keluh
hati Mizan sambil memakirkan keretanya di bawah anjung seperti biasa.

Mizan menyandar di sofa melangut ke siling aka lantai tingkat atas. Terbayang agar-agar di
situ. ‘Aaissh’……Mizan merenung pula ke skrin televisyen yang gelap….tetap terlayar
gambaran agar-agar di situ. ‘Aaarrg.’… Hati Mizan sakit…inilah orang kata ‘kera di hutan
disusukan,anak di rumah dibiarkan kelaparan.’……aaah, tak relevant lansung,apalah aku
ni…gerutu hati Mizan sambil melangkah ke tangga naik ke atas. Malas nak tengok peti sejuk.
Menyakitkan hati saje!

Usai solat Mangrib, Mizan terpaksa ke dapur mencari air untuk menghilangkan hausnya. Tak
kan pasal bengang dengan gadis itu dia kena melanggah air paip lagi. Mizan melangkah
dalam kelam cahaya dari ruang tamu berdiri di hadapan peti sejuk. Sempat matanya meninjau
jika ada cahaya yang datang dari bawah pintu bilik orang gaji…tapi tiada.

Mizan merenung nota yang dilekatkan di situ…bukan lagi notanya! Saiz berlainan. Mizan
segera menyalakan lampu dapur. Berdebak debuk jantungnya. Mizan berasa sedikit pelik
kenapa dia harus berasa begitu.

Tanpa disedari Mizan tersenyum kecil. Ada gambar wajahnya….tapi versi kartun sedang
memegang sepotong kuih. Terdapat mata dan mulut pula terlukis pada sikuih tersebut. Siap
ada kata-kata dari sikuih…’SILA MAKAN SAYA, SAYA SANGAT SEDAP.’

Entah mengapa, tiba-tiba hati Mizan berasa sungguh gembira. Cepat-cepat pintu peti sejuk
dibuka. ‘WAH !…ada agar-agar untuknya.’ Tanpa berfikir panjang Mizan terus
mengeluarkan pinggan besar berisi agar-agar yang sudah siap berpotong.Mizan menarik
kerusi lalu duduk menjamu selera. Tidak sedar, dalam menikmati keenakkan agar-agar laici
itu…licin habis satu pinggan.

‘Alhamdulillah..taklah dia kempunan.” Mizan melangkah meninggalkan dapur dengan nota


kartun di tangan. Sampai azan Isyak berkumandang Mizan masih merenung lakaran
wajahnya pada nota itu. Perlahan-lahan senyuman terukir diwajahnya. ….melihat wajahnya
yang sedang masam mencuka merenung kuih.

‘Berbakat juga isterinya. Pandai buat agar-agar laici. Pandai melukis kartun.’..lintasan di hati
Mizan.

‘Isteri?’…HUH !!

Mizan bangun ke bilik air…lebih baik dia mengerjakan solat Isyak dari membuang masa
memikirkan isteri yang tidak diperlukannya. Tanpa disedari nota melayang jatuh di tepi katil.

************

Yuhanis terkejut bila telefon bimbitnya berdering tiba-tiba. Nasib baik tak terpelanting
senduk yang sedang dipegangnya. Begitu ralit dia mengacau puding jagung yang sudah
hampir menggelegak. Yuhanis segera memadam api dapur….dia takut projek pudingnya
hangus. Projek puding untuk menghiburkan tiga hati anak-anak yatim yang sudah dianggap
seperti adik-adiknya sendiri.

Sudah lama telefonnya tidak berbunyi. Sejak Abang Nizam menalifonnya tempoh
hari…sampai kini Yuhanis memastikan dia yang menalifon Mak Azmah. Yuhanis tidak mahu
dan takut Abang Nizam menghubunginya lagi.

“Ada apa Mak?…Ayah sihat mak?.” soal Yuhanis selepas mereka berbalas salam. Yuhanis
sedikit risau. Mesti ada sesuatu yang penting sampai Mak Azmah menalifonnya. Sedangkan
baru saja semalam mereka berbual.
“Aaa…ayah sihat,.. cuma ..mmm….er…mak tak tahu nak cakap macam mana dengan
Hani…ni haa..er..aa…Abang Nizam kamu ni…dia…dia…..” Azmah terdiam.

Bukan Azmah tidak tahu hendak bercakap apa dengan Yuhanis. Azmah bimbang Yuhanis
terasa terpaksa menolongnya menyelesaikan masaalah yang sedang melanda keluarganya
kini. Dia faham sangat perangai anak angkatnya itu. Yuhanis selalu akan mendahulukan dia
dan suaminya. Azmah betul-betul serba salah.

“Mak…apa dia yang mak nak cakap ni…cakaplah, kalau Hani boleh tolong…mak taukan,
Hani pasti akan tolong mak ngan ayah….mmm, kenapa dengan Abang Nizam, mak.?”tanya
Yuhanis. Walau hatinya sedikit berkocak mendengar nama yang disebut Mak Azmah,
Yuhanis rasa dia sudah mampu tabahkan hatinya.

…..tapi belum diuji, belum tahu….mampukah dia? Cukupkah tempoh sebulan untuk
mengubat hati yang retak seribu? Apa yang dia lihat… setahun masih tidak cukup untuk ‘The
Rock’ …tapi apa kesnya, Yuhanis masih tak tahu.

Apa yang Yuhanis lalui, seperti saja waktu telah mengubat sedikit luka di hati. Lagi pun
Yuhanis sekarang sudah ada Yusri untuk dijadikan panduan. Yusri yang lebih malang masih
boleh ceria dan tersenyum. Mengapa dia tidak?

“Hani…mak nak minta tolong Hani bagi peluang Abang Nizam bercakap dengan Hani, mak
tahu berat permintaan mak ni…tapi mak ngan ayah kamu dah tak tahu nak buat macam mana
lagi dah.. ..mak takut Nizam ditimpa penyakit kemurungan, nanti…tak pasal-pasal masuk
Tanjung Rambutan pulak….nauzubillah….astagfirullahhalazim.”

“Kenapa ni mak…mak jangan buat Hani suspen macam ni…cakap ajelah.”

“Sebenarnya mak nak minta Hani berbual dan bagi nasihat pada Abang Nizam kamu
ni…Nizam ada masaalah sikit…ah, bukan sikit…mak rasa masaalah berat dengan isteri dia
tu…sekarang asyik termenung….tak mahu bercakap dengan sapa-sapa…tu yang mak ngan
ayah risau ni….mak tahu, Nizam akan gembira kalau dapat bercakap dengan Hani.”

Yuhanis terdiam, tak tahu nak jawab apa….Jika ‘no’ jawapan darinya, anak apalah dia ini.
Jika ‘Ya’….Yuhanis tahu, hatinya yang sudah mulai menemui ketenangan akan berkocak
kembali.

“Hani sayang…mak faham keadaan Hani dan Nizam…kalau Hani tak sanggup, mak tak
marah…Cuma mak dah tak tahu nak buat apa…hanya Hani saja harapan yang mak
ada…mak minta maaf, jika mak menyusahkan Hani.”

Memang Yuhanis jangkakan…dia tiada pilihan kerana dia mahu menjadi anak yang sentiasa
mengenang budi.

“Ala mak, janganlah cakap macam tu..Hani tak apa-apa…Hani akan cuba cakap dengan
Abang Nizam…tapi nak nasihat apa mak?” berkerut dahi Yuhanis memikirkan apalah
masaalah yang melanda jauh nun di Kampung Sungai Rokam tu….dan dia kena jadi
kaunselor rumah tangga kepada bekas tunangnya sendiri.
Rasa lucu…tapi tak rasa nak ketawa….HHaaai,keluh hati Yuhanis sendirian di dapur ‘The
Rock’ jauh di Ampang sini. Ditelan mati emak, diluah mati bapak…itulah keadaannya
sekarang. Bukan sekadar sekarang, itulah realitinya…tak perlu telan, tak payah luah…mak
dan bapanya sememangnya sudah lama tiada.

“Susahnya mak nak terang kat Hani…gini sebenarnya….siShila tu kata dia mengandung
lepas nikah….kira-kira sekarang masuk enam bulan….tapi bila chek kat klinik bersalin,
doktor kata dah masuk sembilan bulan…tak lama lagi dah nak bersalin….dia perangkap
Abang Nizam kamu tu…tapi masih nak sorok-sorok…tapi Nizam dah bertanya sendiri
dengan doktor…jadi Nizam dah taulah tembelang perempuan tu.”

“Mak cakap berbisik ni kenapa?…udahlah bising sangat kat belakang tu, …mak kat mana
ni?”soal Yuhanis kehairanan. Jenuh dia melekapkan telefonnya rapat ke telinga, sampai naik
panas telinga. Suara maknya kedengaran tenggelam timbul.

“Mak kat dalam bilik air sekarang….mak baru je bukak air deras ni….mak tak naklah orang
lain dengar.”

“Bilik air tu kan dalam bilik mak….mak kunci jelah pintu bilik mak, pas tu kunci pintu bilik
air pulak…kira ok lah….kalau bukak air, Hani tak dapat dengorlah mak.”

Seketika Hani menunggu Mak Azmah melaksanakan apa yang disuruhnya. Yuhanis tahu
tentu Mak Azmah dalam kerisauan yang amat sangat, jika tidak…tak dalah sampai berbisik
di air paip yang sedang menderu deras. Kesian mak. Kesian ayah juga.

Yuhanis duduk termenung seketika selepas mendengar penjelasan dari Mak Azmah. Senduk
masih ditangan. Puding jagung sudah dilupakan…terbiar di atas dapur. Apa yang patut dia
lakukan?

Kesian Abang Nizam….kesian pada impian mereka yang telah berkecai. Yuhanis sedikit
bingung. Bingung mendengar cerita Mak Azmah. Bingung memikirkan diri sendiri yang
terlantik untuk jadi penasihat rumah tangga orang sedangkan rumah tangga sendiri pun masih
tak jumpa rumah, tak jumpa tangga.HAi, YA ALLAH.

“Insyaallah mak…nanti Hani cuba berbual dengan Abang Nizam.”Akhirnya itulah janji
Yuhanis.Itu saja yang Yuhanis dapat katakan. Yuhanis tahu itu juga jawapan yang ditunggu
Mak Azmah.

_________

BAB 8

“Assalamualaikum.”

Nizam terkedu. Rasa tak percaya mendengar suara yang sangat dirinduinya. Bukan setakat
suara, malah tuan empunya suara juga. Telefon bimbitnya dilekap kemas di telinga. Dia tidak
silap dengar. Suara itulah yang menemaninya siang dan malamnya satu waktu dulu…

“HANI !…Hanii….” bergetar suara Nizam. Hati terasa sebak. Nizam tak sangka Yuhanis
akan menalifonnya. Rupa-rupanya Yuhanis masih sudi bercakap dengannya.
Sepi seketika. Yuhanis terkelu mendengar sebak yang mengiringi namanya yang diseru
penuh syahdu. Yuhanis menggigit bibirnya menahan perasaan.Aah…sukarnya.

“Hani..abang tahu Hani masih di sana. Terima kasih kerana sudi call abang. Abang tahu Hani
marah pada abang…Hani benci abang sangat-sangat…abang faham…abang yang salah
dalam hal ini…abang lelaki bodoh…patutlah Allah uji abang sebegini…itu saja yang abang
dapat mengandaikan kenapa abang ke..hi..langan Ha..ni…abang…a..ab..ang….” Nizam
kehilangan kata-kata. Nizam turut kehilangan kemachoannya…

Sebutir-sebutir bak rantai manik terputus talinya….. Yuhanis turut menitiskan air mata
apabila mendengar esakan Nizam di hujung talian. Seumur hidupnya tak pernah dia lihat
Abang Nizam menangis. Sekarang esakan di telinganya seperti saja Abang Nizam berada
rapat di sisinya.

Kesian Abang Nizam. Yuhanis perlu buat sesuatu. Kemarahannya telah hilang setelah
mendengar cerita dari Mak Azmah. Kini simpati dan kesedihan pula mengambil tempat di
hatinya. Apa lagi yang dia boleh buat ?

Apa pun yang telah terjadi, Yuhanis masih ingat kebaikan yang pernah dihulurkan lelaki itu
kepadanya semasa zaman kecilnya, semasa zaman sekolah dahulu. Mungkin peluang ini
boleh digunakan untuk membalas budi baik Abang Nizam kepadanya selama ini.

Abang Nizamlah yang selalu memujuknya bila Yuhanis menangis kesedihan. Dari mula
dahulu…selepas kejadian sedih menimpanya…Abang Nizamlah yang selalu tolong menyapu
si air mata, sentiasa berusaha menghiburkannya. Abang Nizamlah yang selalu berada disisi
Yuhanis sehinggalah dia melanjutkan pelajaran keluar negara. Yuhanis pula belajar di dalam
negara.

“Abang, tolonglah bang…kalau abang menangis begini..Hani tak boleh nak cakap …nanti
Hani yang nangis lebih-lebih…abang..sabarlah…jangan menangis lagi, cuba kuatkan
semangat.”pujuk Yuhanis mendengar esakan Nizam yang masih tidak berhenti. Bukan
berhenti, malah bertambah deras sedu Nizam.

Kesudahannya….hu,hu,hu…Yuhanis menangis di sini.

Beriringan…isk,isk,isk….Nizam teresak-esak di sana.

{Yang dapat untung, tentunya syarikat telekomunakasi.}

Yuhanis berselawat beberapa kali.Yuhanis mencari kekuatan untuk memberi kekuatan


kepada bekas tunangnya….orang yang pernah dicintainya. Orang yang pernah
menyayanginya…dan masih?

“Abang Nizam ni degillah…kan Hani bilang jangan sedih-sedih…tengok dengan Hani


sekali…tak pasal-pasal ikut sedih.” Bebel Hani. Buat-buat garang.

“HA,HA,HA….”tiba-tiba Nizam ketawa besar…juga dengan sisa-sisa sedu.

“Isk,isk…ok,ok…Hani tunggu sana..nanti abang nak…


“Abang jangan nak buat kerja gila datang sini….Abang Nizam duduk diam-diam kat Sungai
Rokam tu…kita cakap kat telepon saja…”
“Abang bukan nak ke sana…abang pun tak berani nak berdepan dengan Hani…kalau waktu
ni Hani depan abang, tentu abang akan peluk Hani kuat-kuat…

“A..b.a..n.g…tolong jangan cakap merapu….Hani tak suka…Hani kan dah..

“Ok..sorry-sorry…abang terlalu ikut perasaan….abang nak naik kereta ni…nak keluar cakap
dengan Hani kat luar sambil makan angin….nak cakap dengan tenang. Abang call kejap
lagi….janji dengan abang, Hani tak buat abang.. macam hari tu lagi.”

“Hani buat apa kat abang?”Hani pura-pura tak tahu.

“Hari tu…Hani tak mahu cakap dengan abang kan? Hani baling telefon ke dinding ke?” duga
Nizam.

“Memandai aje Abang Nizam ni…bateri Hani habislah.”Yuhanis mereka alasan.

“Mmm, yelah tu…apa pun abang lega Hani sudi cakap dengan abang hari ni, abang rasa
seronok sangat….er,er.. Abang Mizan tak bagi Hani cakap dengan abang ke?”

”Kalau dia tak kasi….sekarang sapa yang tengah cakap ni?…hantu?”

“Ok,ok….abang kena letak dulu…tiga minit lagi abang call Hani.

*********

Uhuk,uhuk,huk…

Mizan tersedak. Bukan sekali. Sudah tiga empat kali Mizan tersedak.

Tertunduk-tunduk Mizan menggosok lehernya kemudian melurut turun ke dada. Perit


tekaknya. Mizan meneguk air dari gelasnya sampai tinggal setengah.

“Kau ni kenapa, Mizan?…. tersedak-sedak, dah berapa kali…Nah, minum air masak ni
perlahan-lahan, sikit-sikit dulu.” Sharif menolak gelas air masaknya ke hadapan Mizan. Dia
ada segelas air sarsi lagi.

“Ada orang sebut-sebut nama kaulah tu Mizan…entah sapalah agaknya ye?” kata Zulkifli
pula sambil mengunyah. Sesuap nasi masuk ke mulutnya lagi. Tambah secubit sayur
kangkung goreng pula. Kemudian paha ayam goreng dibawa ke mulut lalu di sagut.

“Kau ni Zul, makan sambil bercakap, sudahlah makan pun gelojoh…..karang kau pula
tersedak,tercekik, baru tau.” Tegur Sharif kepada rakannya.

“Sapalah nak sebut nama aku…mak we tak ada, tunang pun tak ada, bini lagilah jauh
panggang dari api.”jawab Zulkifli sambil menyambung menghabiskan makan tengaharinya.
Masih ada setengah pinggan lagi. Perut tengah lapar…waktu rehat pun bukannya panjang
mana.
“Kau dah ok ke ni Mizan?…sambal sotong tu pedas sangat kot…kau sumbat sampai sekor
sekali, apa tak tersedak.” Hilang simpati …kini Sharif membebel pula pada Mizan.

“Taklah pedas mana…biasa je, nak tersedak jugak…nak buat macam mana.” Jawab Mizan.
Gelas air masak diletakkan semula ke atas meja. Matanya merenung baki makanan di dalam
pinggannya. Tak dalah dia mengambil kuah sambal tumis pun…Cuma sekor sotongnya
saja…tapi kenapa tetiba wajah Yuhanis yang terbayang di matanya.

‘ Jangan-jangan betul tekaan Zulkifli ni…Entah apalah budak tu mengutuk aku…’ bisik hati
Mizan.

“Eh Mizan, …kau dengar tak mulut murai.com.my kat ofis kita sekarang dok panas cerita
pasal ex kau tu dah balik Malaysia….dia balik sorang. Suami ‘mat saleh’ dia tak ikut
sekali…jangan-jangan mereka dah bercerai kot….jangan-jangan dia yang terkenang-kenang
dan sebut-sebut nama kau tak Mizan.” Cerita Zulkifli sambil mengunyah.

“Aah…malaslah aku nak ambil tahu pasal dia lagi…aku dengan dia sudah tiada apa-apa
kaitan lansung…aku tak mahu dia cari aku…aku pun tak mahu jumpa dia.”

“Perempuan macam tu tak patut dibagi muka….perasan cantik sangat….kalau dah suka
dedah sana sini,orang puji sexy, lansung lupa diri…lupa suami…kalau dia datang cari kau
Mizan, kau jangan nak layan.” Sharif beriya menasihat Mizan. Dah seperti meniup bara api
saja.

“Tak ada masa aku nak layan dia….malas aku nak dekat dengan mana-mana perempuan
….aku kahwin pun….er..ops…

“Kau dah kahwin !!” serentak Sharif dan Zulkifli bertanya. Kedua-duanya merenung tajam ke
arah Mizan.

“Ssss….apa kauorang berdua ni?.. cakap kuat-kuat pulak….aku kata …kalau aku nak kahwin
pun, bukan sekarang…..haa, aku tunggu kau berdua kahwin dulu…amacam.”ujar Mizan
cepat-cepat menutup kesilapannya….sambil memandang keliling sekilas. Harap-harap tak
adalah sesiapa mendengar kata-kata yang terhambur dari mulut Sharif dan Zul sebentar tadi.

Bukan Mizan tak tahu kewujudan kelab gosip di syarikat itu. Kalau dia bercakap lama sikit
dengan mana-mana pekerja perempuan di situ…esok sudah tentu ada cerita mengatakan
Mizan berminat dengan perempuan tersebut.

Kalau ada wanita yang dapat duduk berdekatan dengannya…besok siap ada cerita dia dan
wanita itu sedang berpacaran. Entah apa-apa lagi cerita yang diada-adakan sampai Mizan dah
tak kuasa nak ambil tahu.

Zulkifli sudah berhenti makan. Ada tajuk sedap…hot and spicy yang tetiba dia teringat.
Sehot..’Hot top model’…ex-wife Mizan yang sexy.

Cerita panas di ofis bukan pasal model sexy itu tapi…. Berita panas tentang duda panas di
ofis mereka. Gadis mana yang tidak berminat dengan Mizan. Semua gadis-gadis di ofis
teringin menjadi teman pengganti buat duda yang paling handsome di kalangan kaum lelaki
di Sharikat Puncak Gagah. Sudahlah handsome, jawatan bukan cikai punya jawatan. Kalau
jawatan dah tinggi, gaji pun sudah tentulah tinggi….taklah setakat tiga empat ribu sepertinya.

Mizan selaku CEO yang paling muda dan sangat dedikasi dan serius dengan kerjanya. Semua
pengarah sayang dengan Mizan…sebab itu cepat saja naik pangkat Mizan. Mizan memang
layak kerana hidupnya hanya kerja, kerja dan kerja. No play-play.

Zulkifli teringat akan Zulaika, salah seorang kerani di syarikat itu… gadis yang cuba
didekatinya. MMm…hampa. Usahkan gadis…malah janda-janda yang ada juga semua
memasang angan-angan agar dapat menarik perhatian Mizan. Semua teringin menjadi teman
hidup Mizan. Teman serumah dan teman seranjang Mizan.

“UHUK,UHUK,UHUK” Zulkifli pula tersedak. Bukan tengah mengunyah. Juga bukan


tengah minum. Boleh pula tersedak. Dia sebenarnya sekarang sedang fobia dengan mak
janda.

Mizan dan Sharif serentak menolak gelas air masing-masing ke arah Zulkifli. Zulkifli
mencapai gelas air teh limau Mizan yang sudah tinggal separuh. Diteguknya sehingga habis.
Tekaknya masih terasa kering dan kesat. Minuman di gelas Sharif pula dihabiskan. Sharif
sekadar melihat saja air sarsinya habis tiada berbaki.

“Haa…ni mak we mana yang sebut-sebut nama kau ni Zul…. kalau ikut teori kau…ni mesti
si Zulaika kot….mesti dia tengah teringat…sebut-sebut nama kau tu.” Sakat Mizan bila
melihat Zulkifli yang terkebil-kebil. Tadi dialah yang rajin bercakap…tetiba diamlah pulak.

Zulkifli menelan air liurnya. Kering tekaknya teringatkan perbualan tiga mak janda yang
berbual tentang Mizan semalam. Ketiga-tiga mak janda tidak sedar akan kehadirannya yang
sedang mencari fail di sebalik almari-almari fail yang tersusun rapat di bilik fail. Zulkifli tak
tau pulak bilik fail itu telah menjadi ‘pot’ mak janda mak janda di situ berdiskus pasal duda
terhangat di pasaran.

Habis cerita luar dan dalam kelambu dibualkan. Masing-masing masukkan nama Mizan
dalam kelambu masing-masing. Wooosh…habis tercemar telinga bujangnya yang masih suci
murni petang itu. Nak cerita pada Mizan pun Zulkifli tak berani. Nak cerita pada Sharif pun
dia kena fikir sembilan sepuluh kali. Sudahnya dia kena belajar lupa-lupakan…. Tak pasal-
pasal dia yang tercemar.

“Eh, aku ni karang lepas lunch ada mesyuarat dengan Dato’ Syukur…jomlah cepat,
sembahyang zohor pun tak lagi ni.” ujar Sharif kemudian terus mengadap pinggan nasinya
dengan tekun. Kepala sudah teringat kerja yang perlu dibereskan. Big boss nak datang.

Zulkifli hilang selera….tapi dia terus tunduk menyumbat nasi sesuap lepas sesuap ke dalam
mulutnya. Zulkifli seriau…takut nak angkat muka bila terpandang tiga sekawan mak janda
selang tiga buah meja sedang tersenyum-senyum memandang kearah mejanya…eh,
bukan…ke arah Mizan.

Mizan menyuap perlahan-lahan. Fikirannya melayang ke rumah…kemudian teringat kata-


kata Zulkifli sebentar tadi. Benarkah?…kalau Suraya mencarinya…datang ke
rumahnya….Yuhanis? …..kalau terjumpa Yuhanis bagaimana?
**********

“Jomlah cepat Yusri…kan kita dah janji nak ke rumah awak hari ni…Yusri ambil cuti saja
hari ni, tak payah kerja.”

“Amboi kak…dah bunyi macam boss Yusri je arahan akak ni.”omel Yusri.

“Saya kan kena cepat balik… nanti baru sampai, dah nak kena balik …buat penat je.”

“ Ok,ok…Sekejap ye kak…Yusri cakap sendiri dengan Puan Juwita….Kak Hani dah


berkenalan ke dengan Puan Juwita?”tanya Yusri sambil meletakkan beg sekolahnya di kerusi
kosong di sebelah Yuhanis.

“Dah dekat setengah jam saya tunggu kat sini…dah kenal, dah puas berbual tadi..Kak Timah
tu siap kenalkan saya pada Puan Juwita sebagai kakak saudara awak lagi.”

“Mmm..Kak Timah malas nak cerita panjang-panjang agaknya… Kak Timah tu dah faham
dengan perangai Puan Juwita tu…. kalau cakap kita tak ada apa-apa talian…siaplah Yusri
kena pasang telinga dengar nasihat dia.”

“Kenapa…Yusri suka mengorat perempuan ke?”

“Eh, tak dalah kak…orang pompuan yang suka ngorat Yusri…dok kerumun kat kedai dobi ni
sampai Yusri tak boleh buat kerja..hi,hi,hi.”

“Amboi bercakap bukan main lagi ye…sekolah pun tak habis lagi….kenapa lambat hari
ni…kelas habis pukul berapa? …sekarang ni dah pukul dua lebih.”

“Budak form six habis kelas pukul satu empat puluh lima…darjah satu bolehlah balik pukul
dua belas kak….lagi pun motor Yusri tu bukan boleh bawak laju-laju…tak pasal-pasal nanti
langsung tak sampai-sampai…tersadai kat tepi jalan je nanti.”

”Ok,ok…pergi cepat jumpa boss awak tu….saya tahan teksi…saya ikut dari belakang.”kata
Yuhanis sebelum mencapai beberapa beg platik yang berisi makanan tengahari untuk dibawa
ke rumah Yusri.

Sudah lama merancang, baru hari ini Yuhanis dan Yusri dapat susun jadual mengikut masa
yang sesuai. Yuhanis merancang untuk makan tengahari bersama Yusri dan dua adiknya.
Selepas solat Zohor di masjid, Yuhanis sempat membeli serba sedikit buah-buahan dan
beberapa jenis makanan ringan untuk ‘adik-adik barunya’.

Satu bekas agar-agar laici kesukaaan tiga beradik itu juga turut dibawa. Termasuk puding
jagung yang telah dibuatnya kelmarin. Hajat Yuhanis untuk menghantar puding jagung pada
Yusri semalam terpaksa ditunda akibat matanya merah dan sedikit bengkak akibat kes
menangis semasa berbual dengan Abang Nizam. Sudahnya puding itu duduk bermalam di
dalam peti sejuk ‘The Rock’.

**********

“Kembar !”Yuhanis begitu teruja.


Yusri mengangguk. Dua gadis sunti di sebelahnya juga serentak mengangguk sama.

“Oh. …tak sangka adik-adik awak ni kembar….kembar seiras pulak tu…ni,saja nak kenakan
saya ye?”usik Yuhanis sambil tersenyum memandang kembar comel yang hampir serupa
wajah mereka.

“Taklah…Cuma nak bagi ….’surprise’ kat akak..”kata Yusri tersengih-sengih.

“Haa…kenalkan diri masing-masing kat Kak Hani….abang nak mandi dan sembahyang
zohor sekejap….kak, duduklah….buatlah macam rumah sendiri, bukan ada sapa-sapa…kami
bertiga saja.” Kata Yusri sebelum melangkah ke belakang ke salah satu dari tiga bilik rumah
teres itu.

“Saya Sara Aryana.” Sara menghulurkan tangannya bersalaman dengan Yuhanis dengan
malu-malu.

“Saya Suri Aryani.” Suri juga bersalaman dengan Yuhanis sambil tersenyum simpul.

“Saya Yuhanis…janganlah malu-malu dengan saya tau, nanti saya pun jadi malu nak datang
sini lagi.” Balas Yuhanis sambil mengusap bahu Sara dan Suri serentak.

Sara dan Suri sama –sama menganggukkan kepala mereka. Tak berkelip mata mereka
melihat kakak cantik yang selalu mengirim makanan kepada mereka.

“Erm..kakak nak minum apa…Sara boleh buatkan.” Tanya Sara kepada Yuhanis.

“Sara ngan Suri pun baru balik sekolahkan?…tentu belum makan tengahari lagi….er….

Yuhanis terhenti kata-kata seketika bila melihat Sara dan Suri berbalas pandang dengan muka
serba salah.

“Er,er…kami baru nak masak…tadi baru habis sembahyang… tapi abang cakap…er..er…

Yuhanis mengeluh di dalam hati…belas hatinya melihat gadis kecil yang terpaksa berdikari
di usia muda begini.

“Hari ni tak payah masak…saya er..akak dah bawa nasi. Kita makan sama-sama hari ni, ok.
Sara, Suri…mm..jom kita menghidang kat dapur..boleh kita berbual-bual sambil tunggu
Yusri.”ujar Hani sambil menghulur beberapa beg plastik yang dibawanya kepada gadis
kembar yang masih tegak merenungnya.

Tiba-tiba Yuhanis membahasakan dirinya ‘kakak’ kepada dua beradik kembar sedangkan
bersama Yusri dulu Yuhanis sedikit kekok walau pun Yusri dari awal lagi sudah
memanggilnya kakak….tapi iyalah siYusri tu bekerja, semua pelanggan muda dipanggilnya
kakak.

Tiba di dapur Sara kelam kabut mengemas meja makan yang terletak di penjuru dapur
berdekatan pintu dapur. Seketika Sara mencapai kain buruk… sibuk pula dia mengelap meja
makan tersebut.
Yuhanis meletakkan beg plastik di atas meja bersama beg yang dibawa Sara dan Suri. Ligat
mata Yuhanis melihat keadaan dapur tiga berdik itu. Ya…mereka berdua perlukan seorang
kakak. Yuhanis akan menjadi kakak yang akan menjaga mereka bertiga mulai hari ini.

Keadaan dapur tidak terurus. Semuanya nampak tidak berkemas, kusam dan menyedihkan.
Yuhanis perlu lakukan sesuatu….ah, bukan sesuatu…kalau boleh Yuhanis mahu lakukan hal
rumah semuanya untuk mereka. Berapa banyaklah yang Yusri mampu lakukan seorang diri.
Lagi pun Yuhanis punya banyak masa….sementara dia masih menganggur…belum
merancang untuk memohon kerja.

Tanpa disuruh Suri sudah meletakkan beberapa biji pinggan dan mangkuk di atas meja.
Yuhanis melihat Sara pula sedang mengambil gelas dari cabinet pinggan mangkuk lalu
menyusun empat biji gelas di dalam talam.

“Ambik sudu sekali Suri.” Kata Sara. Suri mengangguk sambil tersenyum malu-malu kepada
Yuhanis yang sedang mengeluarkan bungkusan makanan dari beg plastik.

Yuhanis meletakkan setiap bungkusan makanan ke dalam bekas yang bersesuaian.


Bungkusan ayam goreng diletakkan ke dalam pinggan leper. Bungkusan kari daging ke
dalam mangkuk besar. Bungkusan jelatah timun dan nenas ke dalam mangkuk kecil,
bungkusan sotong goreng ke dalam pinggan besar..dan yang akhir….bungkusan papedom
goreng ke dalam pinggan lengkung.

“Sekarang kita buka dan letakkan makanan dalam bekas semua ni.” kata Yuhanis seraya
mencapai bungkusan yang berisi kari daging dan membuka getah ikatan. Dengan berhati-hati
Yuhanis menuang kari ke dalam mangkuk…lalu di letakkan di tengah meja.

Sara dan Suri mengikut saja. Cekap saja kerja yang mereka lakukan. Budak dah biasa
berdikari. Sekejap saja semua dah siap terhidang. Bungkusan nasi diletakkan ke dalam
pinggan makan dan disusun di meja makan empat segi itu.

Yuhanis turut membeli nasi tambah. Dia hendak menjamu tiga beradik itu makan puas-puas.
Kalau boleh mulai saat ini Yuhanis tidak mahu mereka hidup susah lagi. Yuhanis rasa dia
mampu memberi sedikit kesenangan hidup kepada tiga beradik itu. Yuhanis mahu mereka
membesar dengan gembira seperti Yuhanis dipelihara Mak Azmah dan ayah angkatnya Encik
Marzuki.

Rupanya ada hikmah di sebalik ‘The Rock’ terlambat bangun tempoh hari ….rupa-rupanya
Allah nak temukan dia dengan tiga adik beradik yatim piatu ini rupanya. Sedangkan sudah
sebakul dia membebelkan ‘The Rock’…mm, lepas ni Yuhanis akan buat baik pada’The
Rock’ untuk menebus kesalahannya. Rupanya setiap kejadian yang terjadi adalah kehendak
Allah …..dan ianya berlaku ada bersebab.

“Sara dan Suri belajar darjah berapa?” tanya Yuhanis sambil tangan mengeluarkan bekas
plastik berisi agar-agar laici dan puding jagung.

“Tingkatan satu kak… kami duduk satu kelas.” Jawab Suri sambil menghulur dua pinggan
leper kepada Yuhanis.

“ Sara ngan Suri pergi balik sekolah naik apa?” tanya Yuhanis lagi.
“Pagi naik motor sekali dengan abang…balik naik bas.” Jawab Sara. Yuhanis cepat dapat
mengecam dua beradik kembar itu sebab Sara ada tahi lalat di hujung kening kanannya.

“Tiga orang naik sekali…polis tak tahan ke?”

“Pagi-pagi mana ada polis lagi kak…lagi pun..abang kata jimat sikit duit.” Tulus dari Sara.
Yuhanis menelan air liur. Budak-budak sifatnya selalu terus terang..tak pandai nak sorok-
sorok seperti orang dewasa.

“Selalu sapa yang masak untuk makan tengahari…sapa yang pandai masak ni?”

“ Tak dalah masak-masak apa pun kak…Selalu Sara yang masak nasi, Suri goreng telur,
lepas tu makan dengan kicap…kadang-kadang buat nasi goreng….nak tunggu abang,kelas
abang habis lambat…lagi pun abang kena terus pergi kerja….jadi Sara ngan Suri pandai-
pandailah….tak nak susahkan abang.”jawab Sara yang lebih ringan mulut berbanding Suri
yang agak pemalu.

Kering tekak Yuhanis. Dada pun dah rasa ketat semacam. Yuhanis pun anak yatim
piatu…tapi tak pernah makan nasi dengan kicap. Kepala Yuhanis mula mereka, merancang
perkara yang dia boleh lakukan untuk ‘adik-adiknya’.

Yuhanis menyusun agar-agar laici ke dalam satu pinggan dan diletakkan di tepi meja.Boleh
dibuat sebagai pencuci mulut selepas makan nanti. Sara turut menyusun puding jagung pula.

“Kakak nak minum air panas ke, sejuk.” Tanya Suri.

“Ikut biasa-biasa sudahlah…selalu buat air apa.”

“Air kosong saja kak.”

“Ok, air kosong saja.”

“..er, tadi abang suruh buat air untuk kakak….kena buatlah….lagi pun ini kali pertama kakak
datang sini.” Ujar Sara.

“Alah akak biasa-biasa aje…tapi kalau nak buat juga, jomlah kita buat air sirap.”

Tak payah kita.. Sara dan Suri, seperti lipas kudung….sorang ambil jug, sorang bancuh air
gula…lepas tu ais batu dikeluarkan dari peti sejuk kecil yang agak uzur …sekejap saja ais
sirap sudah terhidang di atas meja.

Semua sudah siap terhidang sebaik Yusri selesai sembahyang. Seketika mereka menjamu
selera dengan begitu teruja. Yuhanis berasa sungguh gembira melihat ketiga –tiga beradik itu
makan begitu selera. Yuhanis juga turut rasa seronok dapat makan berkawan. Terasa lama
betul dia makan sendirian.

Sambil makan mereka berbual…..sedikit-sedikit Sara dan Suri sudah hilang rasa malu-malu
mereka terhadap Yuhanis. Sudah boleh bertanya itu ini kepada Yuhanis. Semuanya dijawab
agar mereka lebih selesa dengannya. Yuhanis mahu mereka menerimanya agar Yuhanis dapat
membantu dengan senang.
**********

Sebaik turun dari teksi, Yuhanis segera membuka pintu pagar. Terkocoh –kocoh dia
melangkah masuk dengan tangan menjinjit barang-barang keperluaan yang dibelinya di
pekan sebentar tadi. Yuhanis sedar dia sudah agak lewat…tapi masih ada masa. Yuhanis
segera menutup pintu pagar dan mengunci mangga kembali.

“PON,PON,PON…”

Serta merta terangkat kepala Yuhanis yang sedang ralit tunduk mengunci mangga.

Alamak !..”The Rock’!… Kereta Camry berwana silver sudah betul-betul berada di hadapan
rumah. Takkan Yuhanis nak terus juga mengunci magga pintu pagaritu. Tak berakhlaklah
kalau macam tu. Sudahlah duduk menumpang di situ…tapi kenapa cepat pulak tuan rumah ni
sampai, bisik hati Yuhanis. Kalau berani…bolehlah tanya.EEEe..tak danya!

Nak mencicit lari pun, dah terlambat. ‘The Rock’ sudah ternampak dia. Yuhanis tak nampak
‘The Rock’ sebab tak kuasa nak menjenguk ke arah kereta. Nanti tak pasal-pasal ‘The Rock’
yang mereng tu ingat Yuhanis nak mengorat dia pulak.

Terpaksalah Yuhanis membuka semula pintu pagar, luas-luas. Dengan hati yang berdebar-
debar, Yuhanis melangkah sambil control ayu membuka pintu rumah dan masuk ke
dalam….bila sudah di dalam…terus berdesup Yuhanis lari masuk ke biliknya. Taklah
nampak sangat dia hendak menyembunyikan diri…lagi pun Yuhanis tidak mahu ‘The Rock’
menyangka dia sudah mungkir janji…malah sedang promosi diri pulak…ah, tak kuasa.

Yuhanis segera ke bilik air membersihkan diri dan bersiap untuk sembahyang. Sudah masuk
waktu Asar. Semasa di dalam teksi tadi sudah kedengaran azan berkumandang dari surau
perumahan itu.

Usai solat Asar Yuhanis terus saja duduk di sejadah. Dia mencapai Quran kecilnya lalu
menyambung hafalan surah Waqiah. Hari ini Yuhanis akan mula menghafal ayat ke lapan
belas. Sebelum mula menghafal ayat tersebut, Yuhanis membaca dari mula terlebih dahulu
sebagai ulangan sebelum memulakan hafalan.

Tanpa disedari Yuhanis terlentok dan terlena di atas sejadahnya. Sedar-sedar biliknya dalam
gelap gelita. Sayup-sayup kedengaran suara azan Mangrib pula berkumandang. Hari yang
penuh dengan aktiviti. Walau pun badan terasa penat, Yuhanis terasa gembira. Rasa satu
kepuasan yang sukar dijelaskan.Tidak sabar-sabar rasanya hendak menunggu hari esok.

BAB 12

“Mizan!..kau dengar tak apa aku cakap ni? …Kenapa dengan kau ni, Mizan. Dua, tiga hari ni
aku tengok kau lain macam aje….Suraya ada datang, jumpa kau ke?” Sharif menepuk-nepuk
meja. Cuba menarik perhatian Mizan yang sedang mengelamun.

Mizan menghirup kopi panas di hadapannya perlahan-lahan. Sharif dan Zulkifli terpaksa
bersabar. Berkelip-kelip mata kedua-duanya memandang ke arah Mizan. Mizan meletakkan
cawan kopinya semula. Perlahan-lahan.
“Kau ada masaaalah ke Mizan?…Kau cakaplah dengan kitaorang berdua ni…kalau aku boleh
tolong, aku tolong…Sharif pun aku tahu, mesti nak tolong punya. Kitakan bestfriend….kau
pun selalu tolong aku…bila lagi aku nak balas….Kau cakap ajelah,jangan segan-segan.”kata
Zulkifli sambil menyiku Sharif di sebelahnya.

“Er, Suraya ada datang cari kau kat rumah ke? ” Sharif cuba mengorek lagi.

Mizan menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Mizan serba salah. Nak cakap susah, tak
cakap pun susah. Dulu bolehlah nak mengadu masaalah rumahtangganya kepada Sharif dan
Zul. Boleh minta nasihat. Tak banyak, sikit ada juga menolong. Ada telinga
menadah, mendengar keluhan hatinya.

Sekarang nak minta nasihat macam mana. Sudahlah kahwin pun tak nak mengaku. Takkan
alih-alih minta nasihat tentang isteri pulak. Terpaksalah dipendam, ditelan, ditanggung
sendiri.

“Bukan pasal Suraya…emm,…er…er…adik aku dah balik.” Akhirnya itu yang terkeluar dari
mulut Mizan sebagai alasan. Itu saja yang teringat ketika ini. Terlupa berita tu dah
basi…berita semalam, semalam ….dan semalam hari tu.

“So?” Serentak Sharif dan Zulkifli bertanya. Mereka berasa hairan. Bukankah adik Mizan
dah balik sebulan lalu. Balik kahwin dengan anak angkat keluarga Mizan.

“Aku masih tak boleh maafkan dia.” Mizan teringat kes Yuhanis melayan panggilan Nizam
tempoh hari…. sampai suami sendiri depan mata pun tidak dipedulikan.

Sharif dan Zulkifli berbalas pandang. Mereka sedikit pelik dengan perangai Mizan. Kes
Mizan dengan adiknya telah lama berlalu. Dah lama Mizan tak ungkit….tapi kenapa tetiba je
cerita basi itu timbul semula. Mesti ada apa-apa ni !

“Then?” Sharif tanya lagi. Zul tumpang angguk.

“Aku tak boleh dan… tak akan balik kampung, selagi dia ada kat rumah mak ayah aku.”

Sharif dan Zulkifli berpandangan lagi. Macamlah Mizan selalu balik kampung…adakah itu
punca masaalah Mizan? Sharif dan Zul menatap semula wajah Mizan yang serius dan
masam…tapi tetap kacak jugak….dan mereka tak percaya.

“Ala.. janganlah nak sorok-sorok dengan kami, Mizan…bukannya kita baru kenal sebulan
dua…nak cover-cover, cari le alasan yang kukuh sikit.” Ujar Sharif tak puas hati. Bertambah
yakin yang Mizan sedang menyembunyikan sesuatu.

“Ok,..pandailah kau berdua…tapi sorry, aku tak boleh cerita kat kau orang
sekarang…tengoklah, bila-bila, nanti.” Mizan mencapai cawan kopinya semula.

“Cis…buang karan betullah kau…habis, petang ni macam mana?..kau nak turun tak?..dah
berapa hari tak nampak muka kau kat gym.” Zul menolak pinggan makannya yang telah
kosong sambil mata memandang Mizan.
“Aku ada hal sikit kat rumah….tengoklah macam mana, ada mood nanti aku pergi.” Jawab
Mizan sambil menghabiskan baki mee goreng di pinggannya.

“Macamlah kau ada bini menunggu kat rumah tu.”ujar Sharif..cuba jolok lagi…tapi hampa.
Kalau Mizan dah kunci mulut, pujuk pun tak guna.

Mizan tersengih tawar. ..’kalaulah kauorang tahu’, keluh hati Mizan…dan dia sendiri pun tak
faham ….tapi yang pasti Mizan tak sabar nak balik ke rumah petang tu.

***********

Yuhanis mencekak pinggang. Bijik matanya macam nak terlompat keluar ….Yuhanis tak
percaya dengan apa yang dilihatnya. Keadaan dapur sudah kelihatan seperti ada sepuluh
orang bujang malas duduk serumah. Nak kata macam tongkang karam pun..taklah teruk
sampai nak karam rumah.

“Dia ni saja nak kenakan aku ke…atau dah buang tebiat “ Yuhanis merungut tapi tangannya
automatik mula mengemas.

Yuhanis perlu cepat. Hari ini hari jadi Sara dan Suri. Yuhanis sudah merancang sesuatu yang
istimewa untuk si kembar. Yusri pun pasti akan terkejut. Yuhanis sudah terbayang wajah-
wajah gembira mereka tiga beradik.

Yuhanis mengemas dapur seperti lipas kudung. Enam biji mug kotor yang beratur di atas
meja dibawa ke sinki. Dibasuh, dilap sampai kering dan disusun semula ke tempat asal.
Yuhanis sedikit hairan dengan tahap kebersihan rumah yang tiba-tiba saje berubah.

Yuhanis membersihkan gula dan serbuk koko yang bersepah di tepi ‘ water heater’. Dalam
talam sampai luar talam, gula dan serbuk koko bertaburan.

“The Rock’ ni ambil gula pakai sudu ke, pakai jari telunjuk?” rungut Yuhanis sendirian…

Lepas tu ada pula produk koko pekat yang meleleh dari atas kabinet menitik turun ke lantai.
Tak cukup itu…ada pula kesan tapak kaki yang memijak benda alah tu dan dibawa
menjelajah seluruh lantai dapur.

Matanya pula ligat memandang sekitar lantai…’nak mop ajeke atau lap pakai kain.’

Tuala lap tangan yang selalu berlipat elok di tepi singki pula…..kini dah jatuh pangkat. Dah
jadi pengelap lantai. Cantik tersepuk di depan peti sejuk. Air kelihatan bertakung seperti
sengaja dituang di situ. Kan bagus kalau ‘The Rock’ bubuh dua tiga ekor ikan emas
sekali…baru nampak real-real kolam air.

Hampir sejam Yuhanis mengemas dan membersihkan dapur. Terpaksalah Yuhanis berlari
kesana kemari untuk menjimatkan masa. Akhirnya semua kain tuala yang digunakan untuk
mengelap, siap dibasuh dan dijemur di belakang dapur. Penyapu dan mop telah kembali ke
rumah masing-masing. ‘Apa lagi yang tak ok?’….jawapnya, tentulah ‘The Rock’ yang
bengong tu !!
Setelah puas hati melihat dapur kembali bersih seperti asal, Yuhanis duduk mengadap
sarapan paginya. Penat sampai lapar. Satu mug teh o dan dua keping roti disapu mentega
serta ditabur sedikit gula.

Yuhanis sudah berangan-angan untuk bersiap dan chow to sing…..’Happy birthday to Sara
and Suri !

Hari tak selalunya indah….malang selalu tak berbau. Dah siap , dengan muka berseri-
seri…tetiba wajah Yuhanis bertukar riak….. kelam, suram dan muram.

“ Dia ni kan, sajeee….eeeiiii, geramnyaaa!” …Yuhanis berasa sedih campur marah. Sudah
elok nak keluar… seperti saje’The Rock’ sengaja nak sabotaj rancangannya.

Yuhanis melihat sekitar ruang tamu yang turut jadi mangsa… senasib dengan cik dapur. Ada
ke kiwi yang hitam pekat boleh merayap bertepek-tepek, seluruh lantai di ruang
tamu…aaaarrrggghhh !!! Surat khabar dan majalah-majalah yang bersepah-sepah sudah
dikira ‘small matter’.

Ada lagi. Big matter ke, small matter ke…Yuhanis tak tahu nak letak kat katagori mana.
Beberapa helai seluar dalam lelaki, boxer[ yang ini dah kira ada maaf lagi dari yang kecik tu],
singlet dan stoking berbagai warna bersidai-sidai di semua sofa. Dah berpakai ke
belum…wallahhualam!!

Rasa-rasa macam nak panggil aje Mak Azmah datang tengok perangai buruk anak
bujangnya…ops…anak dudanya yang mereng ni. Kalau Kampung Sungai Rokam tu dekat,
memang hari ni …sahih-sahih ada duda tua mereng yang kena piat telinga dengan mak
bapak. Dah tua-tua buat perangai.

Penat mengeluh, penat geram, penat bebel…akhirnya Yuhanis terpaksa juga membersihkan
semua dugaan yang mendatang. Yang paling sukar tentulah nak memutihkan lantai yang
sudah bertompok-tompok hitam. Yuhanis rasa pinggangnya bagai nak patah kerana terpaksa
menyental kiwi yang degil….siap dengan gaya kuak merangkak. Kuak lentang tak jalan.

Kira-kiranya heroin dalam filem ‘Musang berjanggut’ lebih beruntung nasibnya dari
Yuhanis. Setakat nak kena pilih dan asingkan beras+pulut +gandum+biji rempah+lada
hitam+lada putih+kacang dal dan etc.+etc…..bolehle duduk bersempuh ayu dengan sopan
santun. Setitik peluh pun tak dan nak menitik. Dia…pinggang jadi pertaruhan.

Akhir sekali segala harta karun ‘The Rock’ dikutip dan dikumpulkan dalam satu beg plastik.
Nanti bolehlah dihantar ke kedai dobi. Ketika meletak bundut tersebut di tepi pintu…jantung
Yuhanis pulak rasa nak tercabut dan luruh ke lantai.

‘Laaa..baru perasan.’ Keluh Yuhanis yang kepenatan.

‘Bingung ke.. bengung ke?..apa pun, itule jawapannya. Memang menguji kesabaran
betul…..Hiiiiisssh.
Tak cukup mendera dengan demonstrasi ganas kat dapur dan ruang tamu…’The Rock’
tambah lagi satu tugas khas untuk Yuhanis. Arahan secara formal pulak tu. Bertaip pada
sekeping kertas putih A4. Dilekat di pintu utama.

Kalau nak buat-buat tak nampak, terus blah saje..boleh gak….tapi masaalahnya , orang juling
pun boleh nampak kertas putih yang ditepek kat pintu keluar tu. Sebab nak jadi isteri
solehah… terpaksalah Yuhanis membulatkan mata dan membaca senarai tugas yang
termaktub di depan bijik matanya itu.

MAK AAAIII !!!

Kat kem PLKN pun tak teruk macam ni. Kat kem tentera, Yuhanis tak taulah…sebab tak
pernah masuk.

TUGAS HARI INI…BILIK SAYA.

1. KEMAS KATIL SAYA…SALIN CADAR DAN SARUNG BANTAL


SEMUA.
2. BERSIHKAN DAN MOP LANTAI BILIK.
3. CUCI DAN LAP TINGKAP BILIK DAN PINTU SLIDING SEKALI.
4. CUCI BILIK AIR …LANTAI DAN DINDING KENA SENTAL SAMPAI
BERKILAT.
5. KUTIP PAKAIAN KOTOR.
6. KEMAS MEJA …TAPI JANGAN USIK BARANG-BARANG SAYA.
7. KEMAS PAKAIAN DALAM ALMARI BAJU.
8. BUANG SAWANG DI SILING.
9. JANGAN LUPA CUCI MANGKUK TANDAS.

Sembilan aje!… Yuhanis mencebik. Dah alang-alang sembilan kenapa tak buh je jadi
sepuluh. Sekarang jam sudah hampir pukul dua belas setengah tengahari. Kalau nak buat
semua tu…campur waktu sembahyang Zohor dan makan tengahari….pukul berapalah nak
sudah. Yuhanis mula mencongak waktu. Matanya tertumpu pada jam dinding di atas tv.

Yuhanis terasa sebak..rasa nak menangis pun ada.’ Kesian Sara dan Suri…kek, orang dah
tempah,hu,hu,hu’… isk,isk,isk. [orang tu… dia lah]

Geram punya pasal, Yuhanis segera menggagau pen di dalam beg sandang yang dah tak
tersandang. Beg dilepaskan semula ke atas sofa. Yuhanis berdiri di hadapan pintu merenung
senarai sembilan tugas barunya. Ada sedikit tambahan yang perlu dibuat.

10.JANGAN LUPA TIDUR DI BILIK SAYA.

Hambik kau…ha,ha,ha,…hidup mesti ceria…..gasakle apa nak jadi lepas ni, jadile !

Usai solat Zohor, Yuhanis mengisi perut. Mee segera. Kena jimat masa. Yuhanis tidak boleh
cepat berputus asa. Selagi tak dicuba…jangan cepat mengalah. Tangan jam cuma ada dua.
Allah bagi Yuhanis dua tangan dan dua kaki….GANBATTE, GANBATTE !!
Dengan penuh semangat… Yuhanis merentap kertas A4 di pintu, lalu melangkah ke tingkat
atas buat pertama kali sejak dia menjejak kaki ke rumah itu. Yuhanis sudah bersiap sedia
untuk berjuang demi kebebasannya…Yeah! bersiap dengan sebatang penyapu, sebatang mop
dan beberapa helai tuala lama.

Tanpa membuang masa, tanpa menoleh ke kiri kanan..Yuhanis terus menerjah ke bilik ‘The
Rock’. Senang…awal-awal lagi orang tu dah cakap pintu biliknya berwarna kelabu…eh,
warning lah !..mana ada cakap elok-elok.

Terjatuh rahang Yuhanis sebaik pintu bilik dibuka. Melihat keadaan bilik, terasa seperti
berada kat bilik orang yang sentiasa bahagia di hospital bahagia ….OH, MAK DATUK!.

Betul-betul kat depan pintu, meleret selimut yang puncanya tentulah dari atas katil. Sekarang
hanya sedikit hujung selimut saja yang masih berada atas kaatil…itu pun sebab tertindih
dengan bantal peluk.

Bantal peluk jugak setengah aje kat atas katil. Setengah lagi terjuntai di birai katil….kalau
terkuis sikit pun dah tentu akan melorot ke lantai….maka sudah tentu selimut juga akan ikut
bersama….[bersama?…yes..inilah sebenarnya maksud bersama…

…..she’s not dirty minded…..dirty?…what’s dirty?…Mr.Rock’s room is dirty!.ha,ha,ha.

Yuhanis terpegun seketika melihat keadaan bilik ‘The Rock’. Ganasnya manusia ni tidur!..
Tinggal tilam aje yang tetap di tempatnya. Yuhanis tak tahu nak mula dari mana…tapi
mengingatkan tangan jam sedang terus bekerja, Yuhanis tak boleh berlengah lagi. Ikut je
senarai yang diberi.

1. Yes! Kemas katil….senang bah itu…memandangkan kain cadar sememangnya sudah


setengah terselak menampakkan cik tilam yang putih gebu. Yuhanis segera menarik
cadar sampai terbogel cik tilam. Lepas tu cik-cik bantal semua turut dibogekan sekali.
Cari persalinan baru, selongkar almari le jawabnya….. kemudian , taraa… Katil sudah
dikemas, selesai tugas yang pertama.
2. Lepas tu Yuhanis perlu sapu lantai. Short cut sudah. Bawak cik penyapu jalan-
jalan…start dari pintu terus ke balkoni,…lepas tu keliling katil , siap. Pas tu cik mop
menyusul, ikut jalan yang sama, tak sesat punya..hi,hi,hi.
3. Dan…4…buat sekali harung. Lap agak-agak atas sikit dari paras mata sampai bawah
, tang larat nak tunduk sudahlah…tak kan ‘The Rock’ nak memanjat check sampai ke
siling….lagi –lagi nak check kat bawah tu.

5. KIV dulu.
6. Kemas meja…tapi sebab dah kena pesan jangan kacau barang-barang ‘dia’..kerja jadi
senang. Yuhanis cuma perlu tiup habuk kuat-kuat, pas tu kerpas kuat-kuat jugak. Pasti
semua habuk akan berpindah ke rumah lain…tak kisahle nak pindah ke belakang meja
atau bawah katil…janji bersih meja orang tu.
7. KIV jugak.
8. Acara buang sawang memang best…ambil tiga sarung bantal yang nak dibasuh,
punjut dua helai tu…pas tu baling ke siling ke tempat yang ada sawang. Pasti
lumayan hasilnya. Nak lagi berkesan, pasang kipas angin kuat-kuat lepas tu…sampai
maksimum lagi bagus.
9. Bilik air dan tandas boleh dicuci serentak. Pancut air sana, pancut air sini. Pas tu
gosok sana sini sikit-sikit.[ mula-mula tu rasa-rasa nak gosok guna berus gigi ‘ The
Rock’ saja…tapi tak jadi sebab tak sampai hati, berus gigi tu cantik, warna pink
lagi….selamat kau Mr.Rock]

Jangan lupa ‘Harpic’…yang iklannya Afdlin Sauki jadi hero tu. Tuang setengah botol, satu
botol pun tak apa. Lagi banyak, lagi harum semerbak !!

Selesai semua tu Yuhanis mengutip segala kain kotor ,lalu dibundutkan. Beberapa longgok
pakaian kotor yang disepuk kat depan bilik mandi pun dimasukkan sekali…lalu di hantar di
kepala tangga….termasuk penyapu, mop dan kain buruk.

Yang paling senang, buat last sekali. Kemas baju kat dalam almari. Tolak sana,tolak sini
sikit-sikit, dah siap. Yuhanis tarik laci kat bawah pulak …..ahak…adik-beradik benda ni
ramai ada kat bawah. Yuhanis tersenyum senget.

‘Alaaa, melawak sekali sekala…apa salahnye ye tak?’

Yuhanis tersenyum puas. Sebelum menarik daun pintu, Yuhanis menjenguk ke belakang
pintu…kot-kot le ada sedara spiderman tengah bertukang nak buat rumah. Kan nanye
nanti…tak pasal-pasal nanti orang tu tuduh Yuhanis tak buat kerja pulak.

Lain yang dicari, lain pulak yang terjumpa. Terlopong Yuhanis melihat poster besar yang
terlekat kat pelakang daun pintu. Bukan sikit-sikit punya besar…setengah pintu. Real size
poster lagi.

‘Ini korje kamu dalam bilik ye,Mr.Rock.’ bebel Yuhanis. Kaki dah melangkah masuk semula
ke dalam bilik.

Yuhanis menutup daun pintu, lalu tercegat merenung poster di hadapannya.

“Masyaallah….seksi giler.” Terkeluar ayat yang tak bermaksud sebarang pujian. Sikit pun
tak! Mata Yuhanis tertumpu kat point paling menonjol…tentule tang buah dada model seksi
di dalam poster. Pas tu Yuhanis merenung ke dadanya. Saja nak buat perbandingan…mmm,
tak sama. Biasanya ,yang terlonggok dan terdedah tu selalunya ‘cheap sale’…kan,kan,kan.
Yuhanis menoleh ke arah katil yang sudah siap berkemas, kemudian kembali melihat poster
di pintu. Selangkah, selangkah Yuhanis menapak kebelakang hinggalah di sisi katil. Lepas tu
Yuhanis duduk pulak di birai katil…last-last Yuhanis berbaring, tangan siap bersilang
belakang kepala… cuba membayangkan dirinya sebagai Mr.Rock.

Dengan pakaian fesyen berkemban dan singkat…hampir dua pertiga tubuh model itu dapat
dilihat. Siap dengan gaya mendada, mulut separa terbuka dan mata kuyu….naik kering tekak
Yuhanis melihatnya. ‘The Rock’ entah macam mana. Agak-agak kering tekak dia tak?

Tak cukup dengan tu semua…ada pulak model lelaki ‘ mat saleh’ yang sangat kacak
memeluk model perempuan itu dari belakang. Yang peliknya dibaginya pulak mat saleh tu
melekapkan satu tangan ke buah dadanya, satu tangan lagi sedap melekat kat pehanya yang
putih gebu….Astagfirullahhalazim !!!

Tak cukup lagi…aksi tangkap maut yang mencemar pandangan Yuhanis yang masih suci
perawan. Boleh pulak mat saleh tu sedap –sedap buat aksi main gigit telinga….peergh,
panas,panas….neraka lagi panas you !

‘Ini zina mata…macam manale nak nasihat kat ‘The Rock’…bisik hati Yuhanis…berdakwah
bukan satu kerja mudah, silap haribulan sendiri yang kena. ‘Berani ke dia?’Yuhanis bertanya
pada dirinya sendiri.

************

Mizan mengeluh. Bangun lambat lagi !… Semalam balik lewat kerana menemani Big Boss
melayan tetamu syarikat, juga pelanggan penting dari Korea. Mizan boleh masuk ke pejabat
sedikit lewat tapi Mizan tak suka ambil kesempatan. Lagi pun Mizan hendak menunjuk
contoh yang baik pada semua pekerja bawahannya.

Sampai di rumah semalam pun dah dekat pukul dua pagi. Terus tumbang,lena….dengan baju
pun tak sempat salin. Nasib baik Mizan sempat menunaikan solat Isyak di pejabatnya
sebelum pergi ke jamuan tersebut. Gigi pun tak larat nak gosok semalam.

Kalau macam ni selalu…boleh rongak jadinya, gerutu Mizan sambil menggosok giginya.
Mmm, sudah sampai waktunya Mizan membuat pemeriksaan pergigian….kalau tak, lambat
laun bergigi palsulah pulak dia.
Selesai mandi, Mizan yang bertuala bergegas keluar dari bilik mandi. Terasa segar seluruh
tubuhnya. Mizan segera menunaikan solat Subuh yang sudah tinggal hujung-hujung saja lagi.
Kalau dah pukul tujuh, mungkin bukan hujung lagi…apa pun Mizan kena sembahyang jugak.
Itu pesanan ayahnya. Sejak kecil lagi, ayah telah mendidik Mizan agar jangan tinggalkan
solat…tak kira terlambat macam mana pun…kena buat.

Sambil bangun melipat sejadah…Husk,husk,husk….tiba-tiba hidung Mizan tertangkap satu


bauan harum. Mizan membuang pandang sekeliling biliknya. Masakan tiba-tiba saja bauan
ini menjelma, kata hati Mizan. Mungkin semalam sudah sedia ada…Cuma dia yang tak
perasan dek kepenatan.

‘HAAA !….Mizan teringat!….Sibuk dengan acara ‘dinner’ semalam membuat Mizan terlupa
pasal Yuhanis.

Mizan nak cari dari mana punca datangnya bau haruman tersebut…tapi masa tak
mengizinkan. Mizan perlu bersegera. Mizan segera ke almari pakaiannya untuk mengambil
baju dan seluar kerjanya.

Sebaik pintu almari dibuka, bau haruman tersebut semakin kuat menyusuk ke hidung Mizan.
Mizan sedikit hairan. Sehelai kemeja tangan panjang berwarna biru muda di tarik keluar.

‘Ish, bila pulak kedai dobi ni memakai haruman sebegini?’ tanya Mizan di dalam hatinya.
Baju di sangkut di tombol almari. Mizan mencapai pula seluar berwarna hitam dan berjalur
biru halus…sesuai dengan kemejanya. Seluarnya juga berbau harum seperti baju kemejanya.

“Kenapalah kedai dobi ni tetiba menukar haruman sebegini….macam haruman orang


perempuan saja.” Bebel Mizan sendirian. Walau pun sedap di hidungnya, tapi.. rasa tak
berapa sesuai untuk orang lelaki memakainya.

Mizan menarik laci pula. Mizan terkedu. Lacinya kosong. Sehelai seluar dalam pun tiada di
dalam lacinya. Mizan segera membuka laci satu lagi di sebelah. Boxer pun tiada.

‘Mana pergi semuanya? ….semalam ada lagi.’ Mizan tercacak tegak…dia teringat
sesuatu….sesuatu itu seseorang.

“Yuhanis?” terbisik perlahan nama itu di bibir Mizan. Hati mula bergetar…suspen.

Mizan teringat kerja buatnya pagi semalam sebelum dia ke pejabat. Mungkin ada sehelai dua
yang tercicir…kalau tak macam mana dia nak ke pejabat ?

Mizan meluru ke pintu. Sekali lagi Mizan terkejut. Bulat mata Mizan melihat poster bekas
isterinya. Gambar Suraya kini sudah berpakaian….kain pelikat. Bukan Suraya saja. Habis
satu poster berbungkus macam orang bungkus nangka kat kampung !

YUHANIS !!!!

BAB 13
Yuhanis !

Yuhanis!

YUHANIS !!!

TOK,TOK,TOK…….TOK,TOK,TOK……..TOK,TOK,TOK…..

“Tidur mati apa budak ni !….Yuhanis bukak pintu !…Hei Hani!.. awak jangan nak main-
main dengan saya pagi-pagi buta ni….saya nak pergi kerja tau tak !” Mizan menahan geram.
…Mizan cuba bersabar…kalau tak, dah lama dirempuhnya pintu bilik orang gaji itu.

Sepi…masih tiada jawapan dari orang di dalam bilik.

Mizan menarik sedikit lengan baju kemeja yang dipakai, jam tangannya sudah menunjukkan
pukul lapan lima belas minit pagi. Mizan sedikit lega. Masih ada waktu lagi….kalau dia terus
masuk pejabat tanpa berhenti di mana-mana untuk bersarapan.

‘Never mind, sarapan tak penting…ada benda lain yang lebih penting untuk dia selesaikan
terlebih dahulu….kalau minah ni tak mahu juga bukak pintu, aku kena fikir cara
lain…mengada-ngada budak ni. Nak balas dendam pun…berpada-padalah.’ Bebel Mizan di
dalam hati.

Mata Mizan menjeling sekilas keadaan dapur….dah bersih. Sudah kemas seperti biasa. Mizan
mencebik. Baru diuji sikit dah nak melawan..nak balas dendam….gerutu di hati Mizan.

“Yuhanis !..saya cakap elok-elok, awak tak nak dengar…kalau saya main kasar, awak jangan
nak salahkan saya pulak….bukak pintu ni cepat !…saya tak ada masa nak main-main dengan
awak…dengar tak ni !” Jerit Mizan . Geram Mizan dah tak dapat ditahan lagi. Sabarnya
sudah menipis. Jam di tangan dilihat lagi. Cepat betul masa berlalu.

Pintu bilik orang gajinya hanya ada selak kecil. Kunci di tombol sudah lama rosak, masih
tidak dibaiki. Nak baiki pun, bilik tu dah lama tak berpenghuni. Sudah setahun Mizan tak
ambil tahu pasal bilik itu…tapi, apa yang Mizan tahu…ialah, pintu itu tidaklah sekuat mana.
Mizan yang memasang selak itu…

……’so, no problem….sekali rempuh…hah ! siap kau …jangan nak main-main dengan


aku….lepas ni tiada maaf bagi mu…you’d better pack your bag !’….sudah terasa-rasa
sedapnya ayat yang akan Mizan hamburkan kat budak yang nak sangat jadi isterinya.

“Yuhanis !..saya cakap elok-elok, awak tak nak dengar ye…kalau saya naik angin nanti,
awak jangan nak menyesal, tau…bagi balik barang saya, awak dengar tak?” Jeritan Mizan
sudah bertambah tinggi…silap haribulan mau Uncle Muthu yang datang bertanyakan hal.
Kebaikan Uncle Muthu kadang-kadang menyusahkan.

Masih sepi orang di sana. Orang di sini dah panas meruwap-ruwap seperti gunung berapi !

“OK !!..kalau awak masih degil jugak, saya pecahkan pintu ni..jangan ingat saya main-main,
apa..awak ingat saya takut ke…setakat pintu ni, sekali saya rempuh…satu pintu boleh
tercabut…siaplah awak nanti.” Ugut Mizan pula sambil membetulkan lilitan tuala di
pinggangnya.

Ingatkan tadi, senang saje Mizan nak mengugut Yuhanis. Sebab itulah Mizan sudah bersiap
segala …siap dengan necktie dan briefcase lagi…..cuma tidak dan belum memakai seluar
saje, kerana belum cukup syarat. Tak kanlah Mizan nak pakai seluar saperti
Superman…seluar spenda kat luar!…itu pun kalau dapat
balik….GGGRRRRR…..GGGGRRRRRR…..

“OK, sekarang masa dah tamat, saya nak pecahkan pintu ni…saya dah lambat nak pergi
kerja…last kata…BAGI BALIK SELUAR DALAM SAYA !!” Jerit Mizan. Geram Mizan
sudah memuncak. Sabarnya sudah hilang…terbang melayang.

Sunyi…sepi.

‘Berani punya budak !’ getus hati Mizan.

“Times up ! Lepas ni awak jangan menyesal…sa..Tu,…Du..a,…Ti…GA !!

Mizan tidak mahu termalu…cakap tak serupa bikin !…Awal-awal dah warning,.. sekali
rempuh, means sekali rempuh…so…..Dengan sekuat tenaga Mizan merempuh pintu bilik
yang dihuni Yuhanis. Dengan badan yang sasa campur stamina yang man…t…a….p……

BANG !!!!!

Pintu tak berkunci !…..[kalau tolak dengan satu jari pun dah terbukak…jangan-jangan
hembus sikit pun dah terkuak…]

PRRAAAKKK…BEDEBUK !!…ADOH !!..

Mizan terlajak !…..[terlajak perahu,boleh diundur..terlajak kata,besar padahnya…terlajak


rempuh,nasib tak tumpo.]

Mizan terjelepuk jatuh di hadapan almari selepas merempuh almari uzur di dalam bilik
Yuhanis…..nasib baik almari. Kalau dinding batu mahu terkehel bahunya…paling malang
kalau giginya yang bertabur!

‘HEEEIII !..minah ni……pintu pun tak tahu nak kunci.’ Sakit, sakit jugak….bebel,bebel
jugak. Salah sapa ek ?

Minah tu..budak tu…si Hani tak ada dalam bilik ! Mizan baru tersedar. Laju Mizan bangun
untuk memeriksa di dalam bilik air….tapi terhenti…tualanya terlondeh !…dan bilik air
sememangnya sudah ternganga. Orang yang dicari tak nampak batang hidung.

HUUAAAARRRGGGGGG !!!!!

***********
“Hei Mizan,…wanginye engkau pagi ni !” tegur Zulkifli ketika mereka bertembung di
hadapan pintu lif. Berkerut keningnya seketika. Cuaca di luar cukup cerah…kenapa kat
dalam mendung sekali.

Mizan sekadar senyum kelat. Kepalanya sekadar dianggukkan beberapa kali. Mizan tak ada
mood nak cakap. Muka serius semacam. Hati sakit mencengkam. Mizan geram kerana sia-sia
saja masanya terbuang bercakap sorang-sorang di depan bilik yang tak berpenghuni.

‘Ke manalah minah tu merayap pagi-pagi buta…atau…mungkin… budak tu tak tidur di


rumah semalam…kalau tak tidur di rumah, kat mana minah tu tidur ?’ ligat kepala Mizan
berfikir.

Pintu lif terbuka. Mizan dan Zulkifli melangkah masuk. Tiga orang gadis, kaki tangan dari
bahagian pentadbiran …..bergegas,berlari-lari anak… nak, naaak jugak turut mengikut masuk
dalam lif yang sama.. Siapalah yang bodoh nak lepaskan peluang berada dalam zon
pandangan mata Encik Shaiful Mizan… ‘the most handsome and most eligible CEO di
syarikat itu.

Lebih-lebih lagi, di waktu pagi begini… baru nak masuk pejabat. Make up segala masih rapi,
pakaian dan badan masih wangi. Tuah ayam nampak di kaki, tuah jodoh manusia siapa yang
tahu….belum cuba, belum tahu. Siapa tak berani dia yang rugi. Dalam mulut naga pun orang
berani rebut..inikan pula CEO yang dilepas orang !

Zulkifli tak jadi nak tanya lebih..nak buka mulut pun tak berani. Nanti tak pasal-pasal keluar
cerita baru dari pejabat mulut murai.com.my….Kesian kawan aku !

Mizan melangut memandang bahagian atas lif. Zulkifli memandang ke hadapan. Lebih bagus
dari melangut ke atas. Tiga dara dengan baju kebaya masing-masing berdiri di hadapannya
dan Mizan. Mereka mengadap depan ke pintu lif, pinggul di hadapan mata si jejaka.
Berharap-harap si dia berdebar memandang….lagi bagus jika tertawan.

Kalau boleh semua nak pusing mengadap Encik CEO…boleh bertentangan


mata…almaklumlah semua dah pernah dengar pepatah…dari mata jatuh ke hati…kot-
kotlah…manalah tahu…takdir menentukan, cinta pandang pertama…tapi takut kalau terover,
saham menjunam.

Namun kedengaran sok sek, sok sek dan tawa kecil dari mereka. Sesekali ada yang curi-curi
menjeling ke belakang sekejap- sekejap.

Mata Zulkifli tak lepas peluang. Dari hujung rambut ke hujung kasut tumit tinggi di teliti.
Semua cantik-cantik belaka.Berderet sebaris, macam pertandingan ratu nak cari Miss
Malaysia. Kalau baju kebaya…apa lagi nak dibayangkan…24-20-24.. atau.. 25-20-25…
atau… 26-20-26… atau 27-20-27…..

……Sejak kebelakangan ini Zulkifli rasa seperti ada pertandingan ratu kebaya pulak kat
syarikat mereka. Mak janda- mak janda jugak tak mahu kalah. Zulkifli dah mula pandai
mengukur pakai matanya saje. Ukuran katagori ini selalunya…35-25-35…37-30-
37..atau…38-28…

“ OPOCOT MAK KAU !”


Zulkifli terlatah bila tetiba dia disinggung Mizan yang berdiri di sisinya. Mizan menjegilkan
matanya kepada Zulkifli. Zulkifli termalu alah. Kalau boleh Zulkifli yang nak jeling kat
Mizan…tapi tersedar diri sendiri yang salah…terpaksalah dia beralah.

Ketiga-tiga gadis di hadapan tak lepaskan peluang menoleh ke belakang bersama senyuman
manis masing-masing….macam ada peraduan ubat gigi pulak kali ini…dengan gaya manja,
posing dengan dada melentik lagi.

Zulkifli tersengih malu…tak macholah kalau orang lelaki melatah. Namun peluang untuk
berbalas senyuman memikat tidak mampu dilepaskan….Cuma…hampa. Tiga pasang mata si
gadis-gadis bergaya hanya untuk Mizan seorang. Perlahan-lahan Zulkifli menyimpan
senyumannya yang tak laku.

**********

“Minyak wangi apa yang kau pakai ni Mizan…macam minyak wangi orang perempuan aje
aku bau ni….ada perempuan mana-mana bergesel dengan kau ke ?” tanya Sharif. Kerusi di
hadapan meja Mizan sudah ditarik…tapi Sharif tak jadi duduk.

“SNIF, snif,sniiif,sniiifff……

“IISSS…apasal kau ni ? Kau nak cium aku ke ?” kata Mizan , tak puas hati….sambil
tangannya segera menyiku badan Sharif yang tertunduk-tunduk ke tubuhnya. Serta merta
Mizan mengusap bahunya yang terasa sakit. …’ish..si minah tu punya pasallah bahunya jadi
sakit begini.’

“Cium kau buat apa?…baik aku cium kucing siam mama aku….eh,…er,.Suraya ada datang
ke cari kau malam tadi?… ada Suraya gesel-gesel dengan kau ke ?..kau nak rujuk ke dengan
dia ? …apa, malam tadi dia tidur kat rumah kau ke? ….kau kena ingat-ingat Mizan,……aku
risau, takut kalau-kalau kau terperangkap lagi dengan perempuan tu…..dibuatnya ,dia
memang ada plan nak pasang perangkap….nanye aje kau kena tangkap basah denga ex kau
tu…..perempuan macam tu kalau dah terdesak…kalah orang lelaki tau….aku rasa kalau kau
nak selamat, baik kau cepat-cepat kahwin….pilih ajeperempuan-perempuan yang biasa-biasa,
baik ..yang ada kat syarikat ni, ramai yang nak kahwin dengan kau…jangan-jangan ada yang
sanggup bergusti berebutkan kau….kalau kau segan, aku boleh tolong rekemen…aku boleh
tolong carikan yang rajin sembahyang, pandai mengaji Quran, yang pakai tudung, yang
cantik tapi pandai jaga diri…aku ingat…..”

“ OK,OK…cukup,cukup..tak payah ingat-ingat dah…..sebenarnya apa yang kau nak, masuk


jumpa aku ni?…mesyuarat kau dengan client dari Seremban tu dah selesai ke?” tanya Mizan.

Mata Mizan masih memandang surat yang sedang diteliti….pen di tangan sekali sekala
mencatit sesuatu dihujung surat tersebut. ‘Nasib baik tangan kanannya masih boleh
memegang batang pen…batang lain belum tentu…ini semua budak tu punya pasal.’….tak
habis-habis Mizan menyalahkan Yuhanis.

“Eh Mizan…kau tak dengar ke apa yang aku tanya dari tadi?…buat penat aku cakap aje.”
Keluh Sharif sambil melangkah ke kerusi…dengan hampa menghenyakkan punggungnya ke
kerusi empuk di bilik pejabat Mizan.
“OK..kau nak jawapan pada semua soalan yang kau tanya tadi….’the answer is NO !…big
capital letter.”

“Jadi Suraya tak datang kat rumah kau malam tadi?”

“No.”

“Tak ada mana-mana perempuan gesel-gesel dengan kau?”

“No.”

“Kau tak mahu ke aku tolong rekemen mana-mana perempuan baik untuk kau, Mizan?”

“No.”

Sharif terdiam. Sharif menongkat lengannya di atas meja Mizan. Matanya merenung tajam
wajah sahabat yang mahu dilindunginya.

“What?…tak puas hati lagi?…anymore questions?…Go ahead, don’t be shy to ask


me.”Mizan mengangkat muka memandang Sharif di hadapannya.

“Alaa..kau tu…kalau tak nak jawab…macam-macamlah kau cari jalan nak mengelak .” ujar
Sharif dengan nada merajuk.

“Apa sebenarnya yang kau nak tanya ni?…ok, serius…aku jawab kau.”

“Pasal apa baju, seluar kau ada bau minyak wangi perempuan?”

“Ooooo…itu sebenarnya…..Sebenarnya, aku pun tak tahu…aku kurang pasti…baju-baju ni


aku baru ambil kat kedai dobi semalam…diaorang pakai pewangi baru, jenis lain kot….selalu
tak bau macam ni….pakaian kau macam mana…kau pun hantar dobi kat situ jugak kan ?”.. .
Mizan mengerutkan keningnya. Cuba mengingati sesuatu.

……tapi masaalahnya dia sendiri pun kurang pasti…jangan-jangan kerja si minah tu….seluar
dalam dia pun habis diculik…satu tak tinggal. Terpaksalah Mizan memakai semula seluar
dalam semalam….kalau dia dapat masaalah gatal-gatal, siap kau Hani…aku nak paksa kau
sapu ubat sampai sembuh…[Mizan senyum geram]…

Mizan tersedar dari angan-angan dendamnya…’.er, sanggup ke dia?’…[dia tu Mizan..bukan


Yuhanis…hik,hik,hik]

“YES ! YES !…THAT’S IT !!….Kedai dobi ! …..”….Senyuman tersungging di bibir Sharif.

Mizan merenung Sharif…sambil menjungkitkan kening. ` Pen di tangannya dicampak


perlahan di atas meja. Tak boleh kasar-kasar, bahunya masih sakit. Mizan menyandarkan
badannya ke belakang kerusinya sambil berpeluk tubuh.

Nak peluk tubuh pun kena perlahan-lahan… tak boleh tunjuk kat sesiapa …[lebih-lebih lagi
bestfriendnya ]yang bahunya sedang sakit…nanti sah-sah adalah soalan-soalan yang
menyakitkan hatinya pulak… Kenapa? Bagaimana?Bila?…
‘Ini semua pasal perempuan tu lah.’..rasa geram bergumpal-gumpal di dada Mizan. Seharian
kepalanya tak habis-habis menyalahkan Yuhanis.

“Yes..anything you want to tell me ?….Girlfriend baru?…atau kau tiba-tiba dah jumpa gadis
impian….gadis pekerja kedai dobi….dah jatuh cinta…or maybe dah nak naik pelamin
?”tanya Mizan malas. Ada unsur-unsur perli di situ…..tapi sikit pun Sharif tak kisah. Dalam
hati dah ada taman.

“Yeah…betul-betul !…terrerlah kau Mizan !…tepat jangkaan kau !…eh, kau nak tau
Mizan…aku sebenarnya malu nak cakap kat kau…tapi…aku nak mintak nasihat kau…nak
mintak tolong kau ..er…er..macam mana ni ye…aku..ni..apa ni…..

“Amboi susahnye mat romeo ni nak cakaap….apa?.. kau tak berjaya nak ‘ tackle’ that
girl’?…betul?”

“Budak perempuan tu tak mau layan….aku ayat dia buat tak faham aje….kau tentu dapat
tolong aku, Mizan…jadi aku nak kau teman aku jumpa budak perempuan ni….aku nak kau
jadi..erm…jadi ..er.. orang yang boleh back up aku, rekomen aku kat dia….susah betul aku
nak dekat denga budak ni….semua tak jalan.”

“Kenapa kau tak tunjuk aje kereta besar kau tu…tayang aje BMW kau tu, Sharif…mana-
mana perempuan pun…senang-senang tersangkut.”

“DAAAH !…Tak jalaan.”jawab Sharif dengan mulut terjuih.

“Really ?”tanya Mizan pulak…bunyi macam tak percaya.

Sharif sekadar mengangguk.

“Perempuan tu tak ada mata, apa?…ada dia tengok muka handsome kau ni tak?”

Sharif mengangguk lagi.

“Perasan !”

“Wui, tolonglah.. jangan main-mainkan aku Mizan..aku serius ni….budak tu sikit pun tak
sangkut dengan rupa aku atau kereta aku….aku tengah ‘frust’ni..kau tau tak?….kalau aku tau
budak tu duduk kat mana…. nak aje aku suruh mama dengan ayah aku pergi pinang terus.”

“Aai…ini kes serius ni….tanam pinang rapat-rapat,biar puyuh susah nak lari….kalau tackle
tak dapat-dapat, kidnap aje …paksa kahwin sebelum dia lari.”

“Apa ?…kau ingat aku main-main ke?…aku betul-betul dah jatuh hati kat ‘this girl’…dia lain
dari yang lain….aku takut aku terlambat…atau terlepas dia….susah nak cari perempuan yang
tak pandang harta, tak pandang rupa zaman sekarang ni…kau bukan tak tau.”

“Habis tu…kau nak aku buat apa ?”

“Ikut aku jumpa dia.”


“Tempat kerja dia ?

“Aku tak tahu dia kerja kat mana.”

“Habis tu…nak jumpa macam mana….rumah tak tau, tempat kerja dia pun tak tau…habis tu
kau tahu ke nak cari budak tu kat mana?”

“Haa…maknanya kau sudi tolong akulah ni ?” Sharif segera berdiri…excited lebih.“Dah


beberapa hari aku dok intip dia…hari tu, aku terserempak dia kat…

“Woi!.. kau mengendap anak dara orang ye Sharif ?…habis tu …budak tu tak sedar kau
selalu skodeng dia ke ?”

“Aku kena kreatif…cara biasa tak dapat…aku cari jalan lain…nak himpit dia, buat baik
dengan dia….TQ sebab kau sudi nak tolong aku.”Sharif melangkah ke sisi Mizan.

“Ok, no problem….aku harap kau berjaya…berbaloi segala usaha skodeng kau tu !” Jawab
Mizan…tapi dalam hati…sendiri punya problem pun belum tentu dapat selesai.

“Well..thanks bro,..kaulah best friend aku dunia akhirat.”ujar Sharif dengan gembira sambil
memaut kemas bahu sahabatnya….lepas tu siap tumbuk-tumbuk lagi kat bahu sahabat
baiknya …tanda keakraban.

Mizan hanya mampu menyeringai…nak mengadoi terpaksa ditelan.Sharif tersenyum


gembira…Mizan mengeluh geram.

‘YUHANIS’…terlakar namamu di hati ku yang membara….hu,hu,hu.

*********

‘Y.U.H.A.N.I.S !!

Tercacak bangun Yuhanis dari pembaringannya. Terdengar-dengar saperti ada suara orang
menyebut-nyebut namanya..memanggilnya. Yuhani memisat mata. Pandangan matanya
ditebarkan di sekelilingnya.

‘Aaah….dia di bilik Sara dan Suri.’…sekarang Yuhanis sendirian. Yusri dan adik-adiknya
semua telah pergi ke sekolah. Yuhanis rasa puas hati kerana Yusri dan si kembar ke sekolah
bersarapan bihun goreng pagi ni, hasil air tangannya.

Yuhanis berbaring semula. Terlalu awal untuk Yuhanis pulang ke rumah…kalau boleh
Yuhanis hendak mengelak dari bertembung dengan ‘The Rock’ buat masa yang terdekat ini.
Dekat-dekat pun …paling lewat sebelum ‘The Rock’ sampai ke rumah selepas habis kerja.

‘Selamat lagikah sarang halimunannya itu?’

Nak jugak tunggu keadaan ‘cool’ sikit.

‘He,he,he….tentu ada orang tengah tak cool….panaaass!’ Yuhanis tersenyum nakal. Yuhanis
teringat kejadian semalam. ‘ Apakah dia terover dalam tindakannya ?’
Apa pun sebelum pulang, Yuhanis kena singgah kat kedai dobi. Nak kena ambil harta karun
‘The Rock’..’.Haaa…tu lah sapa suruh perdajal dia…kan dah kena ‘smash’ balik.’.

Yuhanis bergolek seketika di katil si kembar. Terasa ada satu rasa halus yang menyentuh
perasaannya bila dapat bermalam sekatil dengan si kembar…seperti mereka benar-benar satu
keluarga. Sedangkan Yuhanis tiada rancangan pun nak bermalam di situ.

Semuanya gara-gara Yuhanis nak berehat sekejap kerana kepenatan. Sedar-sedar azan
Magrib yang mengejutkannya. Termasuk Yusri dan si kembar akibat penat dan kekenyangan.
Kita merancang, Allah yang menentukan.

Yuhanis merenung ke siling, cuba mengingati kisah semalam. Yuhanis tersenyum


sendirian…Sekarang memanglah terasa lucu…tapi semalam …hah, rasa macam kena dera.

Semalam adalah hari yang paling memenatkan…tapi berbaloi bila akhirnya Yuhanis dapat
juga meraikan hari jadi si kembar. Nasib baik Yuhanis sempat keluar rumah sebelum habis
waktu pejabat…

Dengan badan melekit, pakaian berpeluh..Yuhanis sempat membawa sepersalinan pakaian


dan telekung…tak lupa berus giginya. Kelam kabut Yuhanis menyumbat semuanya ke dalam
beg sandang…sebelum berlari ke simpang jalan besar untuk menunggu teksi.

Yang lecehnya…kena angkut segala mak nenek kain kotor sekali…tapi yang bestnya semua
sekali spenda ‘The Rock’.

‘Padan muka…siapa suruh cari pasal dengan dia.’….bicara hati Yuhanis si peguambela diri.

Yuhanis tak sangka.. cadangnya dia yang nak buat surprise kat Yusri tiga beradik, Yuhanis
yang ter’surprise’. Hairan Yuhanis melihat selonggok barang-barang hadiah di tengah rumah
sebaik dia melangkah masuk ke rumah Yusri.

Nasiblah Yuhanis tak berasa nak kecik hati bila sekotak kek dan tiga beg plastik
mengandungi juadah lain yang dibawanya sudah tak jadi surprise pada si kembar. Malah
Yuhanis tumpang gembira melihat mereka tiga beradik gembira. Si kembar sedang mengadap
KFC ! Dengan Yusri-Yusri sekali.

“Dari mana datangnya semua benda ni?” soal Yuhanis sebaik dia duduk bersila sekali
mengadap KFC yang masih suam-suam kuku terhidang beralaskan surat khabar lama di
tengah rumah.

“Abang Omar !” serentak Sara dan Suri menjawap. Sambil senyum, sambil sibuk menjamu
selera.

Berkerut dahi Yuhanis mendengar nama itu.

Terangkat-angkat kening Yusri memandang Yuhanis.

“Apa?” tanya Yuhanis…buat-buat tak faham usikan dari Yusri.


“Abang Omar tu memang minat kat akak…Yusri rasa tak salah kalau Kak Hani
kawan…kenal-kenal dulu dengan dia.”

“Ok.” Itu sahaja jawapan Yuhanis. Sempat memberi signal kepada Yusri dengan menjuihkan
bibirnya ke arah Sara dan Suri yang sedang ralit makan….tanda Yuhanis tak mahu bercakap
pasal hal itu di depan adik-adiknya.

“Bila dia datang hantar semua ni?” tanya Yuhanis ingin tahu. Risau pun ada. Dibuatnya Omar
bertandang bertangga kat sini, susahlah Yuhanis nak datang bila-bila dia ada kesempatan.
Tak pasal-pasal jadi kes lain.

“Bukan abang Omar yang hantar.” Suri yang menjawab tetiba. Pasang telinga juga mereka
rupanya. Yuhanis menunggu sambungan dari Sara pula untuk bercakap. Tak lama.

“Abang Omar kirim kat orang…bagi kat abang Yusri kat kedai dobi tadi.”

Yuhanis dah mula masak dengan kelakuan si kembar. Yuhanis seronok melayan keletah
mereka. Cita-cita untuk memiliki anak kembar masih tersimpan di sudut hati….kalau ada
rezeki…dengan izin Allah..harapan masih luas terbentang…bisik hati kecilnya..chewah,
chewah…aja-aja fighting…chayok-chayok…Yuhanis memerlukan itu semua.

“Abang Omar suruh driver ayah dia hantar semua barang-barang ni…dengan duit dua ratus
ringgit kat Yusri, kat kedai dobi petang tadi. Dengan pesanan…’ sampaikan semua barang-
barang ni pada Sara dan Suri, adik Kak Hani.’…pas tu pesan lagi suruh belikan KFC ni untuk
Sara dan Suri dengan duit yang dikirim, bila serah barang-barang pada Sara dan Suri.”

“Ooh..hari tu kami terjumpa Omar kat Mega Mall…masa tengah makan KFC…tu yang dia
tahu Sara dan Suri suka sangat dengan KFC ni…macam tau-tau aje hari ni birthday Sara dan
Suri.”

“Abang Omar tumpang makan kat meja kami, sebab meja semua dah penuh.” Cerita Sara.

“KFC yang kita bawak balik hari tu pun, Abang Omar yang kasi.” Tambah Suri pula.

“Kak Hani tak cite apa-apa pun kat Yusri….ooo, terjumpa ke…atau …plan nak jumpa.” Ujar
Yusri ….siap dengan memainkan matanya….pejam celik, pejam celik sambil tersengih-
sengih menyakat.

“Kak Hani nak tahu?…Sara rasa barang-barang nilah yang sama-sama di beli masa kita beli
barang kita hari tu.”

“Betul Kak Hani…Suri yang tengok kasut tu hari tukan, sama dengan kasut yang Abang
Omar bagi ni….jangan-jangan Abang Omar lah yang beli sekali hari tu.”

“Apa susah..nanti akak tanya aje kat abang Omar tu bila akak jumpa dia nanti….Yusri tak
kata apa-apa kat pak cik driver tu sebab Yusri rasa pak cik tu bukan tau apa-apa…Cuma ikut
arahan boss dia saja. ” Jawab Yusri sambil menyuap kentang goreng ke dalam mulutnya….

“Rezeki Sara dan Surilah ni..mm, tak pa…lepas ni kita potong kek pulak.”
Horee,horee…. Sara dan Suri gembira menyambut hari jadi dengan hadiah yang lumayan.
Rezeki yang tak diduga. Rezeki yang tak boleh ditolak. Yusri dan Yuhanis tumpang gembira
untuk si kembar. Tanpa disedari Omar juga dapat pahala kerana mengembirakan hati anak
yatim piatu.

Bila ada peluang nanti Yuhanis kena bertemu juga dengan Encik Omar untuk menerangkan
keadaan yang sebenar. Yuhanis tidak mahu ada masaalah timbul di kemudian hari. Pada
Yuhanis jika perasaan sendiri perlu dijaga…begitu juga perasaan orang lain.

Masaalah Yuhanis dengan Abang Nizan dan Mizan pun tak selesai lagi…buat apa nak
tambah dengan satu lagi. Buat apa sengaja nak memeningkan kepala, bukanya elok kalau
selalu makan panadol…nanti dapat masaalah buah pinggang pulak. Jadi untuk kesihatan buah
pinggang, jangan libatkan diri dengan cinta bersegi-segi…hik,hik,hik.

Yuhanis menggunakan masa yang ada dengan mengemas serba sedikit rumah ‘adik-adiknya’.
Sempat juga Yuhanis tolong menjemurkan pakaian mereka yang telah dibasuh awal pagi
menggunakan mesin basuh lama yang hanya ada tiga kaki. Kaki satu lagi dah hilang
gamaknya…tu yang pakai kaki batu bata.

Sementara menunggu nasi masak Yuhanis menggoreng sayur kobis berencahkan telur.
Sebelah ayam yang dikeluarkan dari peti sejuk di potong kecil untuk digoreng dengan garam
dan kunyit. Untuk menambahkan mata lauk Yuhanis mericih dua ketul ayam, lalu digoreng
bersama hirisan kentang yang sudah sedia dibelikan seguni untuk kegunaaan ‘adik-adiknya’.

Makanan sudah siap dihidang.Penat-penat tapi hati senang. Yuhanis bersiap untuk
pulang…tapi nak kena mandi dulu dan sembahyang. Selagi boleh Yuhanis tidak mahu
meninggalkan amalan sembahyang sunat Dhuha.

Sembahyang sunat Dhuha adalah jalan untuk kita mendapat jaminan dari Allah agar
dipermudahkan rezeki dan keperluan setiap hari. Peluang ini juga Yuhanis gunakan untuk
berdoa buat ibu bapa dan adik-adiknya. Anak yang rajin berdoa untuk ibu bapanya juga akan
dimurahkan rezeki.

Rezeki bukan bermaksud wang ringgit semata-mata. Apa yang Yuhanis faham adalah.. rezeki
meliputi semua aspek kehidupan…termasuk dipermudahkan segala urusan. Yes ! ..termasuk
urusan Yuhanis dengan ‘The Rock’….kerana memandai melarikan semua ‘underware’ orang
tu.

‘Eh, orang tu pergi kerja pakai ape.. erk ’.

BAB 14

Tiada keretamu, ndak apa-apa bah

Bapakku ada jet, terbang sini sana

Siap boleh landing-landing atas sana

Gunung Kinabalu.
Jangan kau trip balik, malu-malu kunun

Ku mahu hatimu, bukan harta semata

Asalkan hati baik, perangai pun cantik

Kira OK sudaah……

Sambil menyanyi kecil Yuhanis mengenakan tudungnya. Lagu ‘anak kampung’ versi
perempuan yang terdapat dalam youtube sangat diminatinya. Especially kat perkataan
‘landing-landing’….sangat mencuit hati. Berulang-ulang lagu itu Yuhanis nyanyikan.
Sesekali badannya turut melentuk-lentuk mengikut rentak lagu yang sangat ‘catchy’
itu….tapi sampai kat pintu saje, sebab nak kena masukan anak kunci ke dalam lubang kunci.

Yuhanis mengunci pintu rumah dengan kunci yang Yusri ‘duplicate’ khas untuknya. Yuhanis
rasa seronok dan selesa berada di rumah Yusri dan sikembar..dah rasa macam rumah sendiri.
Rumah sendiri, rumah sendiri ….hua,hua….tapi kena balik jugak ke rumahnya yang sebenar.
Rumah bersama suami ‘tercenta’.

Sekarang dah dekat pukul satu setengah tengahari. Yuhanis kena bersegera. Waktu Zohor pun
dah nak masuk. Yuhanis bercadang untuk sembahyang di masjid dahulu sebelum pergi ke
kedai dobi. Sebelum itu Yuhanis ada satu lagi agenda yang tak kurang jugak pentingnya yang
perlu diberi perhatian segera. Kerja bertangguh selalunya tak menjadi. Risau, risau jugak jika
‘The Rock’ buat spot check’…balik waktu rehat tengahari. Kes semalam pun tak selesai lagi.

Ok..semua sudah siap dikunci….’ Yuhanis meninggalkan rumahnya untuk pulang ke


rumahnya.’…Hi,hi,hi… lucu pulak bunyinye.Dengor pun semacam. Macam tak kena aje.
Kalau ada cik gu BM yang baca, tentu kena pangkah besor-besor dengan pen merah.
..Yuhanis berjenaka sendirian.

“Assalamualaikum !” tegur satu suara tiba-tiba dari belakang Yuhanis yang sedang tunduk
menyelak pintu pagar.

“OPOcot cik gu kau !” latah Yuhanis yang sedang terkenangkan cik gu BMnya. Yuhanis
bukan boleh kalau ada orang menjerit tetiba di depannya….atau di belakangnya seperti
sekarang. Haa, naik le nama..dapat le nama.

Serta merta Yuhanis menoleh ke jalan tar kecil di hadapan rumah. Ada seorang nenek tua,
bukan cik gu.

“Wa’alaikummussalaam….mak cik ni cari sapa?”..tanya Yuhanis sambil melangkah


mendapatkan nenek tua yang masih berdiri di tengah jalan…nasib baik jalan kecil di kawasan
perumahan. Yuhanis bersalaman dengan perempuan tua itu.

Ada sebuah beg besar di tepinya. Mungkin nenek ni takut nak tinggalkan beg besarnya….dan
dah tak larat nak usung beg tersebut.

“Er..nenek nak cari rumah Jenai..bin dia, nenek tak ingat….dulu nenek pernah datang dua
tiga kali ke sini…tapi dah dekat lapan tahun dah..pompuan dia nama Hariyati binti
Hamid…Yati ni anak sedara nenek.” Kedengaran harapan di celah ayat penerangan itu.
“Hmmmm….” Yuhanis tak sampai hati nak kata tak tau… tak kenal. Lebih-lebih lagi melihat
wajah letih lesu nenek tua di hadapannya. Kalau ada kes orang buang bayi…bolehke terjadi
kes orang buang nenek?..Tetiba terlintas soalan itu di kepala Yuhanis, melihatkan keadaan
nenek tua yang kusut masai di hadapannya.

“Mak cik datang dari mana….rumah kat mana ?…Datang tadi dengan sapa?” Yuhanis tak
nampak sesiapa pun…tapi kena tanya jugak…takut kot-kot ada sindikit entah apa-apa, yang
banyak sekarang ni.

“Rumah nenek sebenarnya kat Langkawi…tapi tadi datang dari Sungai Petani naik bas
ekspres….dari bas stesen tadi ambil teksi le ke sini…ke sini tak ada bas kata bebudak kat
stesen tu….tadi teksi tu turunkan nenek kat simpang depan tu…nak tanya, tak nampak orang
pun…tu yang jalan sampai sini.”

‘Tu dia aaai…kira jauh jugaklah untuk nenek tua nak jalan dengan beg besar segini.’ Yuhanis
mencongak sambil mata memandang beg.

“Tentu awal mak cik bertolak dari sana.” Soal Yuhanis lagi sambil mata menyorot ke hujung
jalan… cuba mengukur jarak.

“ Sana ?…. sat tadi aje aaih…boleh tahan penat jugak.” Jawab nenek tua seraya jari
menuding ke arah simpang nun jauh di hujung jalan besar, mengikut arah pandangan
Yuhanis.

Hik,hik,hik…boleh tahan jugak nenek ni…bisik hati Yuhanis.

“Maksud saya dari Sungai Petani…pukul berapa bertolak dari Sungai Petani.” Jelas Yuhanis.

“Ooo…awat tak habaq…dari rumah orang tua tadi..lepas subuh depa dah hantaq kat stesen
bas..nenek yang mintak depa tolong hantaq.”

‘Rumah orang tua ?…atau rumah orang-orang tua ?..Yuhanis sangsi…banyak benda lagi
yang nak kena tanya.

‘Jika rumah orang tua..berapa pula umur orang tua nenek tua ini?…Jika rumah orang tua-
tua…maka di manakah anak-anak nenek tua ini?’….Jika Yuhanis sudah tiada kedua orang
tua, digelar anak yatim piatu…Jika nenek tua yang kehilangan anak-anak cucu semua, nak
dipanggil apa ye ? atau pun…anak-anak cucu yang menghilangkan diri ??’

Yuhanis tiada jawapan.

Yuhanis melihat jam di tangan…’Huh..Lama tu, kesiannya…sekarang ni dah pukul satu


setengah….dia ada banyak masa lagi…masih sempat nak ke kedai dobi.’ Yuhanis kena tukar
jadual.

“Mak cik dah makan ke belum?….kalau cari-cari nanti, tak jumpa..macam mana?”

Mata Yuhanis ligat memerhati sekeliling kawasan kejiranan rumah murah itu. Tak nampak
orang pun. Mungkin hari ni hari kerja… semua yang bekerja, berada di tempat kerja. Sekerat
dua yang tak bekerja tentu sedang membuat kerja dalam rumah atau kerja merehatkan mata.
Maka orang akan mengunci pintu rumah mereka.

‘Sudahnya ke mana pulak nenek tua ni nanti ?’ fikir Yuhanis. Timbul rasa kasihan di hatinya.

Nenek tua diam, tak kata apa-apa…tapi Yuhanis nampak riak cemas di wajahnya. Yuhanis
bertambah kesian.’Hiss, Sapalah yang tak tahu nak jaga mak tok nenek yang dah tua ni?’

“Er..macam nilah mak cik…apa kata mak cik masuk rumah saya dulu…mak cik rehat dulu,
sambil-sambil tu boleh mak cik terangkan lebih jelas ..orang yang mak cik nak cari tu.”

“Er..boleh ke? Nenek tentu mengganggu kamu…kamu tadi bukan ke nak keluaq….kalau ada
kerja, tak apalah…nanti nenek boleh jalan pelan-pelan…tanya kat rumah depan-depan tu
pulak.”

PULAK dah.

Yuhanis tak tau nak kata apa…tapi Yuhanis dapat melihat nenek tua itu masih tak bergerak
dari tempat dia berdiri. Tak ada gaye nak melangkah pun. Tak nampak cara pun nenek tu nak
mengangkat beg besarnya itu. Mesti nenek dah terlalu penat.

“Saya rasa waktu kerja begini susah nak jumpa orang, lagi pun mak cik tak ada maklumat
penuh orang yang nak dicari…saya risau nanti mak cik lagi jauh tersesat. Apa kata mak cik
rehat dulu kat rumah ni… waktu petang nanti, ramai jiran-jiran balik kerja, kita boleh buat
pertanyaan…bolehle mak cik cite apa-apa lagi yang mak cik tahu pasal Yati ni…senang sikit
nak cari nanti.”

Akhirnya nenek tua setuju. Akhirnya Yuhanis tak jadi balik …lalu melangkah masuk ke
rumahnya semula.

Mula-mula Yuhanis menjamu nenek Leha, bihun goreng baki sarapan pagi tadi…Yuhanis
bancuh air teh O seteko untuk mereka berdua. Habis bihun goreng sepinggan… Yuhanis
dapat tahu nama nenek tu Zaleha binti Yakub. Dan Yuhanis kena panggil dia ‘nenek’ sebab
nenek dah berumur tujuh puluh lima tahun…dan cucu nenek ada yang sebaya Yuhanis.

Buka seorang cucu. Nenek Leha ada dua dozen cucu…jantan betina ada…ikut kata Nek Leha
lagu tu. Mmm…jantan betina …dah macam penjodoh bilangan anak ayam….tapi anak ayam
memang tak kenal tok nenek sendiri…mm,alahai dunia sekarang, keluh Yuhanis.

Sempatlah Yuhanis berbual –bual dengan Nek Leha. Tanya itu, tanya ini…tapi Yuhanis
bukan orang situ, maka kena tunggu Yusri balik dari sekolah.

Yuhanis makan tengahari bersama Nek Leha. Perut Yuhanis pun dah lapar. Ingatkan nenek
Leha sorang yang lapar….mungkin sebab dengar cerita Nek Leha membuat perut Yuhanis
turut sama lapar.Yuhanis sembahyang Zohor dengan nenek Leha. Mereka berjemaah. Nenek
Leha orang lama yang tahu fadilat sembahyang berjemaah.

“Orang muda sekarang dua puluh tujuh pahala berjemaah, orang tak nak….kalau dua puluh
tujuh ringgit, berebut nak.” Kata nenek Leha selepas sembahyang Zohor.
Yuhanis sekadar mengangguk…seeloknya ‘The Rock’ yang patut dengar….Cuma tang duit
dua puluh tujuh ringgit tu, Yuhanis rasa ‘The Rock’ tak kisah jugak. Duit poket yang diberi
kepada Yuhanis pun sudah bertambah…dari dua tiga ratus dah jadi lima ratus. Bab itu boleh
angkat jari…macam logo kacang goreng Manglembu.

Berihat sekali. Makan tengahari sekali. Sembahyang sekali. Mandi tak sekali. Yuhanis
meninggalkan Nek Leha kat bilik kosong kat belakang untuk mandi dan bersalin pakaian.
Pakaian pun pakai ambil di tengah rumah sebab nasib beg belum tentu nak ke mana.

Dari jalan depan rumah ke ruang tamu pun…hup,hap hup,hap Yuhanis mengusung beg besar
tersebut…berat betul. Bagaimanalah nenek Leha nak bawak beg itu mencari merata bagai?
Yuhanis pun tak sanggup.

Yuhanis duduk di ruang tamu. Semasa bersembang tadi nenek Leha ada menyebut tentang
Hariyati, anak saudaranya itu mempunyai sepasang anak kembar. Perempuan ke lelaki …Nek
Leha dah tak ingat. Yuhanis mengambil telefonnya lalu menghantar mesej kepada Yusri
memintanya pulang segera.

Sara dan Suri tersenyum gembira bila mendapati Yuhanis masih berada di rumah ketika
mereka balik dari sekolah. Terlompat-lompat gembira Sara dan Suri sambil memaut lengan
Yuhanis. Yuhanis segera menyuruh Sara dan Suri menyalam Nek Leha selepas
memperkenalkan mereka.

Terkebil-kebil mata Sara dan Suri bila mereka dipeluk mesra oleh Nek Leha. Mereka tak
kenal siapa Nek Leha. Yuhanis sedikit risau…kalau jangkaannya meleset…di manalah dia
nak hantar Nek Leha. Tak kan nak hantar balik kat tempat dia jumpa tadi.

Nek Leha pulak dah beriya-ria gembiranya. Yuhanis berharap tiadalah sesiapa lagi di taman
itu yang mempunyai anak kembar.

Seketika Yusri pulak balik. Bertuah punya budak. Parking motor buruknya betul-betul di
depan muka pintu. Yusri menerpa masuk…nasib baik tak terterap kerana tersadung beg besar
Nek Leha yang masih berada di depan pintu. Semua yang berada di ruang tamu mengurut
dada…dan menutup mulut, menahan dari ketawa melihat Yusri yang kelolo……[kelolo =
kalut = kelam kabut]

“Nenek !..nenek lari dari rumah ye?” Sapa Yusri sebelum berlari mendapatkan Nek Leha.
Seketika Yusri dan Nek Leha berpelukan. Yusri mencium kedua-dua belah pipi Nek Leha.
Nek Leha membalas dengan mencium dahi Yusri, kemudian mengusap-ngusap kepala Yusri
pula.

“Syukur, syukur…Alhamdulillah!.Yusri!…Yusri masih ingat kat nenek…dah besar panjang


kamu ye.” Ujar Nek Leha sambil mengusap-usap pipi Yusri. Ada manik manik jernih di pipi
Nek Leha.

Yusri tetiba dah jadi macam anak kucing yang dahagakan belaian…rela je. Malah nampak
macam tersua-sua pun ada. Kesian Yusri. Yusri, anak yang dahagakan belaian dan kasih
sayang. Dia terpaksa dewasa sebelum masanya….
Perlahan-lahan Yusri mengesat air mata Nek Leha dengan tangannya…kemudian matanya
sendiri.

Sara dan Suri terkebil-kebil memerhati. Yuhanis memejam celikkan mata…tapi akhirnya
terpaksa menggunakan hujung tudungnya untuk mengesar air mata dan air hidung. Mana
dulu, mana kemudian Yuhanis dah tak perasan. Karang-karang kot… bila matanya dah
berkerak-kerak barule Yuhanis sedar apa yang telah berlaku.

Cerita punya cerita. Soreh punya soreh. Sembang punya sembang. Sedar-sedar dah dekat
pukul empat petang. Yuhanis terpaksa meminta diri. Walau pun dengan berat
hati..dengan.hati yang berbelah bagi. Elok juga jika dia balik, fikir Yuhanis.. untuk memberi
peluang kepada Yusri adik beradik bermesra dengan Nek Leha.

Yuhanis terasa lega Yusri adik beradik sudah ada Nek Leha. Ada orang tua yang boleh
tengok-tengokkan mereka. Mereka juga boleh tengok-tengokkan Nek Leha. Yuhanis sedar
dirinya tidak mungkin dapat selalu bersama Yusri dan si kembar.

Cuma…Yuhanis rasa tak lega untuk bertemu ‘The Rock’…tapi takkan Yuhanis nak
tinggalkan rumah suami pulak. Berdosa. Garang-garang pun ‘The Rock’ tetap suaminya.

Nak balik, tak nak balik…akhirnya panggilan telefon dari Mak Azmah memaksa Yuhanis
untuk balik.

“Ok mak..Hani balik sekarang.”….bukan setakat balik ke rumah..tapi Yuhanis nak balik ke
Sungai Rokam.

Sepanjang jalan pulang ke rumah, Yuhanis berasa susah hati. Rasa nak tolong aje pak cik
driver teksi tu tekan pedal minyak. Rasa lambat betul nak sampai ke rumah. Yuhanis dah
terlupa pasal kes segan nak bertentang mata dengan ‘The Rock’. Pada hal…mula-mula tu
rasa.. kalau boleh tunda jumpa tahun depan pun tak apa…kalau kurun depan, lagi
bagus….tapi sekarang Allah tak izinkan.

Sekarang Yuhanis dah tak sabar-sabar nak cepat sampai…dan berjumpa dengan ‘The Rock’.
Kena minta izin suami dulu untuk balik ke kampung. Lagi pun Yuhanis tak pasti sama ada
lesen keluar rumah yang diberi ‘The Rock’ tempoh hari, merangkumi jarak sampai Kampung
Sungai Rokam atau tidak. Jika tidak, nanye saje …senang-senang dapat ‘one way’ tiket
percuma… ke ‘neraka’…nauzubillahhiminzalik !

“Nizam dah tinggalkan rumah !” terngiang-ngiang di kepala Yuhanis kata-kata Mak Azmah
berselang seli dengan tangisan.

‘Abang Nizam lari dari rumah?..bior betul.’ Yuhanis macam tak percaya…tapi itulah yang
dia dengar dari mulut Mak Azmah. Apa pun Yuhanis kena segera balik. Bukan nak pergi cari
Abang Nizam…tapi nak meneman mak dan ayahnya yang sudah tentu tak menentu sekarang,

“Haaaii, kesian mak ngan ayah…Entah apa-apa Abang Nizam ni…macam budak-budak.”

“Ya ?…cik cakap apa tadi ?” tanya pak cik driver.


“Er..er..tak ada apa-apa pak cik.” Baru Yuhanis tersedar dia tercakap kuat. Ingatkan tadi
bercakap dalam hati. Hu alah…kalau lama-lama begini, ada saje masaalah memanjang …tak
pasal-pasal kena pindah berumah tangga kat hospital bahagia.

Yuhanis kena jugak beritahu hal ini kepada ‘The Rock’. Ini jugak hal keluarganya. Suka, tak
suka Yuhanis terpaksa berdepan dengannya. Kalau segan nak bertentang mata ..cakap aje apa
yang Mak Azmah beritahu…tapi mata pandangle ke dinding atau ke siling…atau pun ke dada
Mr.Rock yang bidang dan sasa….ah, miang jugak aku ni, Yuhanis menegur dirinya yang
tetiba terlebih adrenelin.

Yuhanis turun dari teksi di simpang jalan besar… lalu berjalan laju menuju ke rumahnya.
Yuhanis dah tak fikir apa-apa. Dia hanya tahu nak cepat balik ke kampung. Lagi cepat, lagi
bagus…tapi kena dapatkan lesen besar dahulu.

Dalam apa keadaan pun ‘The Rock’ tetap suami Yuhanis. Lagi pun, tak baik Yuhanis
membelakangkan suami….

Ya betul ! Kini ‘The Rock’ sedang berdiri di hadapannya, siap bercekak pinggang ! Tengok
gayenya pun dah tahu. Tengah bengang… sebab apa Yuhanis tak berapa pasti. Nampak
macam tak boleh masuk ke rumah. Dengan kereta Camrynya sekali terhalang tak boleh
masuk. Yuhanis hanya berdiri memerhati dari belakang. Ada sebuah kereta besar berhenti
betul-betul di hadapan pintu pagar. Kereta Peugeot 508.

“WHAT THE HELL ARE YOU DOING HERE !” tengking ‘The Rock’….suara, hui
mak..kuat betul.

Yuhanis mengurut dada. Nasib baik Yuhanis dah bersedia…memang Yuhhanis dah jangka
…jadi Yuhanis dapat mengawal latahnya.

“Hello darling !….kenapa nak marah-marah ni…I datang nak jumpa you…don’t you miss
me,darling?” kata suara menggoda seorang wanita yang baru keluar dari kereta Peugeot.
Terserlah kakinya yang panjang, lagi seksi..lagi terdedah.

‘Eeeeiiii, gediknya perempuan ni !’ gerutu hati Yuhanis.

“I ‘m not interested…so, don’t waste your time…berambus dari sini, aku tak nak tengok
muka kau lagi !….and don’t you dare to come to my house again.”

‘YES! YES !…BRAVO..BRAVO Mr.Rock !….jerit lagi, jerit lagi!…halau perempuan gedik
tu.’…Yuhanis dengan sokongan moralnya. Di dalam hati.

Yuhanis berdiri di belakang kereta Camry. ‘The Rock’ masih tidak sedar akan kehadirannya.
‘The Rock’ yang masih bercekak pinggang tegak di hadapan keretanya…. memandang
wanita seksi yang sedang melangkah menghampirinya. Tentu muka ‘The Rock’ tengah
masam…tapi si seksi tetap melangkah melintuk liuk macam model.

‘Model?’..Model tu !!!..PEEERGH….betullah ! Yuhanis teringat…padanlah macam pernah


tengok je muka si seksi ni.
Membuntang mata Yuhanis melihat pakaian seksi si seksi. Fesyen baju sama macam yang
Yuhanis lihat dalam poster di bilik ‘The Rock’…Cuma kali ini,tengok dekat-dekat…nampak
sangat tak pakai baju dalam, sampai nampak apa yang di dalam.

“Abang Mizan…how I miss you….I want to be with you…” meremang bulu roma Yuhanis
mendengar rengekan si seksi.

Tangan si seksi sudah siap untuk memaut tengkuk ‘The Rock’. Bibirnya yang merah menyala
pula siap dimuncungkan untuk disuakan ke muka ‘The Rock’…kat pipi ke, dahi le, hidung
ke, mata ke, mulut ke atau dagu ke ?..Yuhanis tak nampak. Cuma yang Yuhanis tahu ada
enam benda tu aje yang ada kat muka orang.

Bertambah bulat mata Yuhanis melihat drama romantik sebabak di depan mata. Kering air
liur nya. Tekak Yuhanis terasa kesat berpasir. Yuhanis rasa macam nak tarik-tarik aje rambut
mengurai si seksi. Gatal semacam.

“STOP ! STOP IT !….Jangan berani nak sentuh aku…even with your small beautiful
finger….kalau tak, aku tak akan teragak-agak bagi kau makan penampar aku ni !” kata ‘The
Rock’ perlahan…tapi kedengaran menakutkan. Saperti saje bunyi suara singa
lapar…GGGGGRRRRRR…..perlahan tapi seram.

Yuhanis terasa nak bersorak..’.chayok, chayok suamiku !’. Ternyata ‘The Rock’ lelaki yang
tahan digoda. Bukan semua lelaki boleh buat. Susah nak cari, sukar nak jumpa. Iman mesti
kuat beb.

“HEI perempuan !…awak buat apa menyibuk kat sini ! Pergi !” jerit si seksi dengan wajah
masam merenung ke arah Yuhanis.

Amboi ! Dari tadi nampak buat tak tau, dah termalu kena halau baru nak marah…gerutu hati
Yuhanis.

“Hani ?” Mizan tertoleh.

Mizan sedikit terkejut. Entah berapa lama minah ni berada di belakangnya pun Mizan tak
tahu. Mizan dan Yuhanis berpandangan seketika. Seketika Mizan melangkah mendapatkan
Yuhanis di belakang keretanya.

“Awak masuk dalam….saya ada hal sikit.” Kata Mizan sambil menarik tangan Yuhanis ke
depan.

Sikit kata dia….bicara Yuhanis di dalam hati.

“Saya nak balik kampung.” Bisik Yuhanis rapat ke sisi ‘The Rock’.

Mizan menunduk untuk mendengar lebih jelas…mata Mizan menatap wajah Yuhanis dengan
riak sedikit pelik…’erk…cemburu ke?’

Ha,ha….malam sikit kalau ingat aku nak jealous…sampai nak balik,balik


kampung…Yuhanis seperti faham je apa yang terlintas di kepala ‘The Rock’.
“Ada hal mustahak…mak call tadi….er..awak nak saya tolong ke?” bisik Yuhanis lagi sambil
mengerling ke arah si seksi.

Mizan terus rebut peluang. Orang dah semawa….lagi pun Mizan hendak juga tahu apahal
yang mustahak sampai Yuhanis tetiba nak balik ke kampung. Jika sebab hendak berjumpa
Nizam, Mizan tak akan izinkan.

Mizan memberikan senyuman paling manis kepada Yuhanis.

Yuhanis rasa nak rebah…tapi tak jadi sebab tetiba tangan sasa ‘The Rock’ memaut Yuhanis
dan terus melingkari pinggangnya yang ramping….pergh !!!

Mata bercahaya dengan senyuman yang menawan…membuat hati Yuhanis tertawan.

Yuhanis melangut memandang wajah ‘The Rock’. Berkerut kening Yuhanis…real ke atau
lakonan semata.

“MIZAN !…I’m talking to you !…siapa budak ni?” si seksi menjerit separuh hysteria.

“SHE’S MY WIFE “ jawab ‘The Rock’ sambil memaut kemas rangkulan tangannya di
pinggang Yuhanis. Yuhanis terasa suka pulak. Mungkin sebab seronok dapat mengenakan si
seksi.

“Hani..kenalkan, ini Suraya bekas isteri abang..kami sudah tiada apa-apa talian lagi.”

‘ Hambik kau !…Yuhanis rasa nak tergelak melihat perubahan mendadak, riak di wajah si
seksi.

Hani dah bunyi jadi H.O.N.E.Y…..ha,ha,ha….si model seksi yang bernama Suraya semakin
menyinga.

“You’re LYING !…I don’t believe you…you with this budak kampung !”

‘Amboi, amboi…..macam dia tu lahir kat New York.’ Gerutu Yuhanis di dalam hati.

Yuhanis memandang sekitar rumah jiran-jiran. Ramai yang belum pulang dari kerja.Biasalah,
jalan tentu sedang sesak. Yuhanis risau, kalau-kalau Uncle Muthu pulak yang tetiba nak jadi
pelakon tambahan dalam drama sebabak ini.

Yang paling penting Yuhanis nak cepat. Yuhanis risaukan ayah yang ada masaalah jantung.
Risaukan Mak Azmah yang menangis memikirkan masaalah rumahtangga Abang Nizam.

“Ok Suraya …baik awak balik …kami ada hal mustahak sekarang ni…kami nak….

“Pergi honeymoon !” Yuhanis menokok tiba-tiba… Alang-alang dah berlakon…buatlah yang


tergempak.

Si seksi terkedu. ‘The Rock’ lagilah terkejut. Tajam matanya memandang Yuhanis..macam
tak percaya apa yang didengarinya. Over betul.
“Sayang…jomlah cepat !…barang Hani tak habis pack lagi…cepatlah sayaaang.” Rengek
Yuhanis meniru gaya Suraya sebentar tadi.

Suraya merenung Yuhanis dengan tajam.

Mizan merenung Yuhanis tak percaya.

Lakonan mereka berjaya. Suraya segera meninggalkan mereka dengan debu berterbangan dan
deruman kuat kereta mewahnya.

“OK…beritahu saya …’one good reason’ kenapa awak nak balik kampung.” Soal ‘The
Rock’.

Tiada lagi senyuman manis. Tiada lagi panggilan Honey dari ‘The Rock’….Yang ada kini
hanya muka yang serius dan pandangan yang tajam merenung wajah Yuhanis.

“Emak call tadi.” Jawab Yuhanis lurus. Pandangan pun lurus…betul-betul paras mulut ‘The
Rock’.

“Itu saya taulah…tapi kenapa ?. ..Pasal Nizamke ?”

Yuhanis terus mengangguk…’mungkin ‘The Rock’juga telah diberitahu oleh mak atau ayah
mereka.

“Then the answer is.. NO ! “

HUH !….Yuhanis tersentak tak percaya…serta merta mata Yuhanis menyorot ke wajah ‘The
Rock’.

“Er…kenapa tak boleeeh…tadi mak tu kan…dia me…

“Saya kata tak boleh…tak bolehlah…no is no…faham tak ?”

“Sebenarnya Abang Nizam ….

“Apa ?..Abang Nizam rindu kat awak..Abang Nizam nak ajak kahwin…Abang Nizam nak…

“Sekejap, sekejap…saya tak sembahyang Zohor lagi laa !”

Yuhanis terus berlari masuk ke biliknya.

Mizan tercegat sendirian di tengah ruang tamu. Mizan terpukul. Kedua-dua tangannya
meraup muka …..kemudian terus mengelus rambutnya ke belakang…lalu memicit-micit
tengkuknya. Mizan sedar akan kesalahannya…dia terlalu mengikut perasaannya. Perasaan
marahnya kepada Suraya terbawa-bawa dari luar hingga ke dalam rumah.

BAB 15

Yuhanis menghenyakkan punggungnya ke katil. Kedengaran azan Asar bergema dari surau
berdekatan. Bagus punya alasan….belum sembahyang Zohor !….tapi itulah yang terlintas di
kepalanya sebentar tadi. Yuhanis tidak mahu bertengkar dengan ‘The Rock’. Keluhan kecil
terbit di bibirnya.

‘Alahai…tak lepas! Tak dapat lesen balik kampung..macam mana ni ?’

Yuhanis bangun dari katil. Hatinya dipagut gelisah..tentu Mak Azmah sedang menunggu
kedatangannya. Salah dia juga, cepat sangat cakap nak balik…tapi manalah Yuhanis sangka
Mizan nak menghalang…macamlah tak sanggup berpisah dengannya. Macamlah ‘The Rock’
sayang sangat kat dia sampai tak sanggup berjauhan.

Yuhanis mundar mandir di dalam biliknya yang sekangkang kera. Mata Yuhanis jatuh pada
beg sandangnya yang dilemparkan ke atas katil sebentar tadi. Tangan Yuhanis segera
menggagau mencari telefon bimbitnya. Yuhanis segera mendail nombor Nizam. Mungkin
Yuhanis boleh memujuk Nizam pulang…itu pun jika Nizam mahu menjawab panggilan
Yuhanis.

Sudah beberapa hari mereka tak berhubungan. Sejak Yuhanis memutuskan talian kerana
geramkan Nizam yang cakap tak bertapis tempoh hari. Naik kuning otak Yuhanis beberapa
hari… mengingatkan kata-kata Nizam. Yuhanis hampa bila panggilannya tidak dijawab.
Sudah tiga kali mendail, tiada jawapan dari Nizam.

Yuhanis segera ke bilik air. Lebih baik dia mandi dan sembahyang. Mungkin Nizam sedang
bersembahyang Asar….tak mungkin Nizam nak merajuk lama-lama dengannya. Jika tiada
jugak jawapan dari Nizam, Yuhanis kena cari alasan agar Mak Azmah tak kecewa mendengar
jawapan …’Abang Mizan tak bagi balik’….Baru kecik hati orang tua mereka.

Angin apa yang melanda ‘The Rock’ pun, entaklah. Jika dalam filem P.Ramli..orang cakap
‘angin kus kus’….tapi mungkin saja ‘The Rock’ dilanda ‘Taufan Suraya’. Diaorang berdua ni
pun entah kes apa. Sorang nak, sorang lagi tak nak. Hari tu nampak macam kecewa sakan
bila bini lari. Kini bini datang mengendeng balik…mengamuk tak ingat dunia…tapi,
eh,eh…sat,sat.. dia nak letak kat mana pulak ?

Sudahnya sambil menyampu, Yuhanis menenyeh rambutnya sepuas hati. Geram kat Nizam,
geram kat Mizan dan …tak tahu pasal apa dia turut geram kat Suraya…aaah, lantaklah.
Yuhanis segera membilas rambut dan segera menyudahkan mandinya. Waktu Asar tak akan
menunggu sesiapa.

Usai sembahyang Asar, Yuhanis segera membuka telekung. Berkumat kamit mulut Yuhanis
mengulang surah Al Waqiah sambil menggantung telekungnya. Kali ini lambat pulak nak
lekat. Sudah beberapa hari masih dok kat ayat dua puluh dan dua puluh satu. Aaah.. Sekali
lagi tersangkut.

Yuhanis mengelap rambutnya yang separuh lembab dengan sebelah tangan. Tuala kecil good
morning dikesat berulang kali di kepalanya sambil tangan kanannya membuka Quran kecil.
Sekali lagi Yuhanis mundar mandir dengan memegang Quran kecilnya. Yuhanis
mengulang… membaca beberapa kali ayat dua puluh dan dua puluh satu. Quran diletakkan
semula …dan Yuhanis cuba menghafaz lagi.

Langkah Yuhanis terhenti. Tetiba terlintas di kepala Yuhanis agar meminta Mak Azmah yang
menghubungi anaknya sendiri….siapa lagi…The Rocklah. Dengan emak tentulah orang tu
tak akan mengamuk. Yuhanis menyangkut tuala good morning ke bahu, lalu mencapai
telefon bimbitnya.

“Budak ni memang nak kena !” bebel Mizan sambil menutup laju laci almari baju. Nasib baik
jarinya tak terkepit. Jika tidak, mau saja jarinya menjadi mangsa gara-gara hangat hatinya
denga perbuatan Yuhanis.

‘Dapat bini pun entah hapa-hapa.’ Gerutu Mizan lagi dengan hati yang panas.

Ingatkan selepas sembahyang, sejuklah sedikit hatinya. Bukan Mizan tak faham Yuhanis
memberikan ‘hint’ semasa dia tengah naik angin tadi. Jika tengah marah,ambil
wudhu’…aaah, pandai si minah tu nak kenakan dia. Lepas ni tengok siapa pula nak bagi
‘hint’.

Sakit hati denga kemunculan Suraya pun tak habis lagi…. tambah lagi dengan perangai
Yuhanis. Aaah..bukan baru tambah….dah sehari Mizan menanggungnya. Dapat bini perangai
macam budak-budak….sampai dia terpaksa pakai seluar dalam yang semalam.

PEREMPUAN !!!

Dengan hanya berkain pelikat dan t-shirt Mizan nekad bersemuka dengan Yuhanis. Suka tak
suka… Mizan perlu mengadap muka Yuhanis. Pasal Nizam jugak harus diberi peringatan.
Mizan tak suka Yuhanis berhubungan dengan bekas tunangnya itu walau pun Nizam itu
adiknya. Jika dibiarkan…kudis akan merebak menjadi pekung. Mizan sedia
maklum…pengalaman mengajarnya supaya lebih berhati-hati….tapi, Mizan terfikir pulak…

….Jika betul mereka mahu bersama semula…dengan senang hati Mizan akan aturkan. Tentu
semua orang akan gembira….terutama sekali mak dan ayah. Yang paling tak suka…tentunya
si minah saleh celup tu….Perempuan mana yang suka dimadukan….tapi, lelaki juga tak suka
diduakan… Dengan hati yang mendongkol Mizan mengetuk pintu bilik Yuhanis.

RING,RINGG,RINGGG…..

TOK,TOK,TOK….

Dengan kepala sibuk berfikir, dua-dua bunyi datang serentak. Terus saje Yuhanis teringatkan
Mak Azmah dan Nizam. Tanpa berfikir panjang Yuhanis terus mencapai dan menekan
butang hijau di telefonnya yang baru berbunyi ……sambil terkocoh-kocoh membuka pintu
biliknya.

‘Tau pulak orang tu mencari biliknya.’..bisik hati Yuhanis.

The Rock’ terpacak di depan pintu. Mungkin ada berita dari Mak Azmah yang dibawa
Mizan…tiada sebab lain yang bolah membuatkan ‘The Rock’ mencemar duli
mencarinya…fikir Yuhanis.

Mizan di luar bilik…Yuhanis di dalam bilik…mereka berpandangan.

“Hello” suara di talian menyapa perlahan.


“Hello ?” Yuhanis menjawab panggilan yang tetiba sepi. Matanya memandang ke arah ‘The
Rock’..tapi fikiran ke lain. Yuhanis menunggu suara si pemanggil…juga menanti benda apa
yang hendak disampaikan Mizan.

Yuhanis mula terfikirkan perkara buruk yang mungkin terjadi…Berkerut-kerut dahi Yuhanis.
Wajah ‘The Rock’ di hadapannya direnung sekilas sebelum meneliti nombor yang tertera di
skrin telefonnya. Yuhanis melekapkan semula telefon ke telinganya.

Mizan berdiri di depan pintu bilik Yuhanis. Kelu lidahnya seketika. Apa yang hendak
dikeluarkan tak terkeluar. Lebih-lebih lagi dengan Yuhanis yang baru mendapat panggilan.
Mizan memberi peluang kepada Yuhanis menjawab telefon…mungkin dari emak
mereka…dengan mata memandang tajam pada penampilan Yuhanis.

Mata Mizan tak berkedip merenung Yuhanis. Rambut cantik, ikal mayang… panjang sampai
ke pinggang. Ini kali kedua Mizan melihat rambut Yuhanis. Muka Yuhanis yang bersih
kemerahan dengan rambut yang separuh kering menandakan gadis itu baru sudah
mandi….tapi, kelihatan seperti ada masaalah.’.Masaalah apa ?…kecuali….Aaargh, Nizam
ke?’

“Hello…wa’alaikummussalam…Abang Nizam !…Kenapa tak jawab Hani


tadi…haahlah!…tiga kali Hani call….Abang Nizan ni sengaja tau…..Abang Nizam pergi
ma….

Yuhanis tersentak….termati kata-katanya. Tiba-tiba saja ‘The Rock’ menerpa dan merampas
telefon dari tangannya…Terlopong mulut Yuhanis mendengar Mizan memarahi Nizam.

“Tolong jangan ganggu isteri aku…kau dengar tak ?!!” Mizan mematikan talian.

“Eaaii kenapa awak cakap macam tu dengan Abang Nizam….saya baru saje dapat cakap
….bak balik telefon saya tu…bak..”….Yuhanis cuba merampas balik telefonnya dari tangan
Mizan…tapi Mizan menjulang tinggi telefon tersebut jauh dari Yuhanis.

“Saya tak suka awak hubungi dia.” Kata Mizan sambil menjauhi Yuhanis yang cuba
meruntun tangannya.

“Eh, janganlah macam tu.. awak ni kenapa?…saya nak tanya dia ada kat mana…mak tengah
ri….” Yuhanis cuba merayu tapi Mizan segera memotong kata-katanya.

“Awak dengar saya…jangan call dia lagi….Fullstop !” jerkah Mizan.

“Saya cuma nak…” Yuhanis cuba menerangkan dengan berkata selembut mungkin.

“Kenapa awak degil sangat ni…kalau saya kata jangan…baik awak dengar.” Keras nada
suara Mizan.

“Saya bukan saja-saja nak call Abang Nizam..tapi…”

“Jangan cari alasan !”


Kemarahan Mizan memuncak kerana Yuhanis seperti melebihkan Nizam dari dirinya…
seorang suami yang sah. Dengan geram Mizan melangkah merapati Yuhanis yang masih
berani menjawab…masih degil…masih nak membela Nizam.

“Awak tau tak…Abang Nizam tu dah….” terhenti kata-kata Yuhanis bila melihat muka
berang Mizan. Kaki Yuhanis menapak selangkah kebelakang. Mizan semakin melangkah
rapat di depan Yuhanis.

“Jangan sebut nama dia lagi !”…. Mizan menunduk rapat kemuka Yuhanis memberi amaran
separa berbisik tapi keras…..kemudian mencampakkan telefon Yuhanis keatas katil yang
terletak rapat di tepi dinding.

‘Iiiissshh, geramnya…naik angin tak tentu pasal, apa hal ?…Kita nak terangkan elok-elok,
tak mahu dengar pulak…betulle keras hati , keras kepala ‘The Rock’ ni. Marah
Yuhanis…tapi tak berani secara vocal….mmm, alahai…penakut jugak dia ni.’

Yuhanis tunduk, tak berani nak menatap mata Mizan yang sedang menjegilnya. Pandangan di
bawah membuat Yuhanis tersenyum kecil..[senyuman pun kena sorok, takut kena
tengking]..ada kain orang tu…panjang sebelah…nak terlondeh??

RING,RIINNGG, RIIINNNGGG……..

Tanpa berfikir panjang Yuhanis segera melompat duduk di katilnya lalu mencapai telefonnya
semula. Yuhanis pasti Mak Azmah yang menaliponnya kali ini.Abang Nizam bukan
bodoh…dia tak akan menyusahkan Yuhanis. Nizam tahu perangai abangnya.

“Assalamualai….OPOCOT MAK KAU !”

Sekali lagi …Mizan melangkah laju mendekati Yuhanis lalu merampas telefon di
tanganYuhanis. Yuhanis cuba menghalang tapi Mizan lebih pantas.

“Itu panggilan dari mm…..”

“Tolong jangan telepon lagi !!! jerkah Mizan di telefon.

“Mizan ?” suara Mak Azmah terkejut .

“Huh !…Mak ?” Mizan terkedu…

Mizan segera menghulurkan telefon kepada Yuhanis lantas menghenyakkan punggungnya ke


katil…melepaskan sesalan…campur geram..campur angin satu badan.

PRAAAKKKKKK……

“MAAAKKKK !!!!”

“Kah,kah,kah..ha,ha,ha…kah,kah,kah…hik,hik,hik..” Yuhanis ketawa terbahak-


bahak…kemudian mengekek geli hati di celah-celah katil yang runtuh…sampai terhenjut-
henjut bahu Yuhanis.
Mizan menjeling Yuhanis yang tak habis-habis ketawa sedari tadi. Mizan cuba untuk bangun
tapi terjatuh semula di celah-celah tilam.. dan timbunan bantal… dan kain cadar… dan
selimut… dan Yuhanis. Mizan cuba lagi..dan akhirnya…

Mizan berdiri sambil memegang kain pelikatnya yang terlondeh. Mizan menjegil Yuhanis
yang masih duduk dengan ketawanya. Tilam nipis lagi lembik yang menutup sebahagian
kepalanya pun sikit Yuhanis tidak endahkan. Mizan hanya mampu menggelengkan
kepalanya.

“Lebih baik awak berhenti ketawa…call mak balik, tentu mak tengah risau.”

“Ok,ok..eh, mana telepon?” Tanya Yuhanis sambil cuba bangun dari runtuhan katil.

Yuhanis cuba meraba-raba di timbunan kain dan bantal untuk mencari telefonnya…tapi tak
berjaya. Yuhanis mula menarik bantal satu persatu…kemudian menarik kain selimut dan
cadar yang sudah bergulung-gulung…tapi tilam lembik pula menghalang kerjanya.

“ Ok..tepi, biar saya yang carikan.” Kata Mizan sambil menggulung kemas kain pelikatnya.

Yuhanis tergelak lagi bila melihat Mizan tersungkur terpijak kain sendiri ketika tertunduk-
tunduk mencari. Nipis-nipis tilam itu pun berjasa menghalang Mizan dari tersembam ke katil
yang telah runtuh.

PRAAKKK !!!….

Kali ini katil terus ranap rapat ke lantai.

Kah,kah,kah….ha,ha,ha,….Yuhanis bantai ketawa lagi… sampai terduduk.

Mizan berjaya mendapatkan telefon. Bersusah payah, akhirnya Mizan dapat berdiri semula.
Mizan menghulurkan telefon kepada Yuhanis dengan jelingan…sambil membetulkan kain
sarungnya yang terlondeh.Yuhanis segera menyambut telefon dengan…senyuman
tersungging di bibirnya.

Mizan hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya….. lagi.

‘Entah hapa-hapa punya budak … ketawa tak renti-renti…giler ape !’

“Habis tu siapa yang hantar dia ke hospital?…mak ngan ayah ok ke?…mak temankan
ayahlah…kesian ayah…nanti Hani tanya Abang Mizan….tak taulah…dia tak dapat cuti, Hani
balik sorang le…mak nak cakap dengan dia?…ok.ok..pesan ayah elok-elok bawa kereta tu.”

“Apa hal ?” tanya Mizan yang bersandar di tepi meja solek. Matanya ditala ke Yuhanis yang
sedang bersila di atas lantai…Yuhanis tunduk seperti sedang berfikir sesuatu.

“Erm…Shila dah mula sakit-sakit…dah dekat nak bersalin…mak ngan ayah tengah kalut
siap-siap nak pergi hantarlah tu.” Jawab Yuhanis sambil mendongak memandang Mizan.

Satu tangan menyelak rambutnya ke belakang telinga. Membulat mata Yuhanis bila dia tetiba
teringat kepalanya yang tak bertudung. Perlahan-lahan kepala Yuhanis tunduk melihat kepala
lututnya turut sama terdedah. Alamak ! …Sedari tadi tak perasan dia hanya memakai t-shirt
dan seluar pendek paras lutut. Halimunanlah konon.

‘Aaeeii..macam mana boleh terlupa ni !’ jerit hati Yuhanis.

Yuhanis melompat bangun mendapatkan almari….haa, ini pun satu hal nak kena tanya, bisik
hati Yuhanis sebelum menarik skirt labuhnya…kemudian tergegas ke bilik air….tak kan nak
pakai skirt di depan Mizan pula. Tudung terlupa pakai..ada maaf lagi.

Mizan mencebik melihat Yuhanis yang menyorok memakai kain di dalam bilik air…bukan
Mizan tak tau. Orang dah tengok semua baru nak pakai kain segala…gerutu Mizan di dalam
hati. Sebaik Yuhanis keluar semula, Mizan terus bertanya.

“Suami dia mana ?”

“Dah lari.” Jawab Yuhanis ringkas…dan geram !

Yuhanis cuba menahan mulut dari memulangkan paku buah keras. Itulah benda yang
Yuhanis cuba nak diberitahu dari awal-awal lagi….tapi iyelah, nak buat macam mana…dah
dasar hati batu ! Kepala batu !

Terangkat kening Mizan. Beberapa saat masing-masing membisu. Seketika Mizan merenung
wajah sugul yang jelas kelihatan di hadapannya. Mizan menggaru-garu kepalanya, kemudian
meraup muka ….Mizan menarik nafas dalam-dalam. Perlahan-lahan nafas dilepaskan
semula…ada sedikit sesal di hati…..sikit je….sebab masih ada isu yang belum selesai antara
dia dan Yuhanis.

“Awak nak balik ?”

Yuhanis menganggukkan kepala. Mata merenung pintu almari yang dah terkopak
papannya…nak bertanya…. tapi sekarang bukanlah masa yang sesuai.

“Tahu ke buah hati awak tu, ada kat mana?”

“Dia bukan buah hati saya lagi….saya nak buat mee segera, awak nak tak?” tanya Yuhanis
lalu melangkah ke dapur meninggalkan Mizan. Ini satu lagi taktik nak lari dari tajuk. …Lagi
pun, Yuhanis malas, tak kuasa dan tak ada masa nak layan soalan aka perli ‘The Rock’.

Yuhanis terus membuat dua mug nescafe panas dan diletakkan di atas meja. Kemudian
Yuhanis mengeluarkan kuali, letak terus atas dapur…tuang air setengah jug kecil dan
didihkan. Sementara itu Yuhanis mencari stok mee segera di dalam kabinet.

Yuhanis berdiri semula dengan dua bungkus mee segera dan dua biji telur ayam. Yuhanis
mengerling ‘The Rock’ yang dah siap duduk di meja. Satu mug nescafe berada di depannya.

“Saya nak minta izin balik kampung…ganti mak tunggu Shila bersalin…mak suruh tanya
tadi.”

“Berapa lama ?” tanya Mizan.


“Entah…saya tak pernah bersalin.” Jawab Yuhanis lurus bendul… sambil tangan lincah
mencedok mee segera yang telah siap ke dalam dua pinggan.

Suasana sepi seketika. Yuhanis tak kisah….itu lebih baik dari kena jerkah dan kena tengking.
Yuhanis membawa kedua-dua pinggan ke meja…kemudian Yuhanis mengambil dua set sudu
dan garfu dari laci kabinet. Satu set diletakkan ke pinggannya. Satu set lagi diletakkan ke
pinggan orang yang sedang duduk di hadapannya.

“What ?” soal Yuhanis bila tersedar mata Mizan yang merenungnya tajam….masam
je…macam tak puas hati je.

‘Eh…Aku ada buat salah lagi ke?’ tanya hati Yuhanis.

Tiada jawapan dari ‘The Rock’…so, Yuhanis rasa memang muka ‘The Rock’ selalu macam
tu…lantak dialah.

“Lepas makan, siap…saya hantar awak ke stesen bas.” Ujar ‘The Rock’ tetiba sebelum laju
mengadap mee segera di pinggannya.

“Oh!”…Yuhanis tak sangka lesen balik kampung telah diluluskan….

Berkedip-kedip mata Yuhanis melihat Mizan menyuap laju…satu sudu lepas satu sudu mee
yang masih berasap.

‘Kesiannya…lapar sangat kot.’ Fikir Yuhanis.

“Terima kasih …sebab izinkan saya balik tengok mak ngan ayah….dan tolong hantar kat
stesen bas.” Kata Yuhanis sambil menghulurkan tangannya kepada Mizan.

Mizan merenung Yuhanis yang berdiri di hadapannya dengan sebuah beg baju di sisi…Mizan
rasa seperti ada sesuatu yang belum selesai..yang hendak dikatkan kepada Yuhanis….tapi tak
pasti apa. Perlahan-lahan tangan Mizan menyambut tangan Yuhanis.

Yuhanis segera tunduk mencium tangan Mizan…tiba-tiba Yuhanis teringat kesalahan yang
telah dilakukannya kepada Mizan….terasa satu kesalahan besar walau pun semua benda-
benda tu kecik aje…dan… masa tak mengizinkan.

“Minta maaf banyak-banyak.” Ucap Yuhanis sebelum melangkah laju mendapatkan basnya.
…dan tidak berkalih sampai bas bergerak meninggalkan stesen. Yuhanis menarik nafas
lega…harap-harap bas boleh bergerak lebih laju lagi.

Mizan memandang bas bergerak meninggalkan stesen sampai hilang dari pandangan. Hatinya
sedikit terasa kerana Yuhanis sikit pun tidak menoleh atau melambainya…. walaupun bas
yang dinaiki Yuhanis, melintas betul-betul di hadapan Mizan yang berdiri di tepi
keretanya….sikit pun tak berubah tempat.

Mizan boleh nampak Yuhanis yang duduk di tepi tingkap….tapi boleh pulak minah tu buat-
buat tak nampak dia yang sedari tadi tercongok menunggu bas bergerak…

…’dasar perempuan tak kenang budi…lain kali jangan harap aku nak tolong.’
Geramkan Yuhanis, pintu keretanya yang jadi mangsa. Mizan menutup pintu keretanya
dengan kasar sebelum menghidupkan enjin. Dengan hati yang mendongkol Mizan memandu
pulang. Perempuan memang menyusahkan !

Setiba di rumah Mizan segera naik ke biliknya. Lebih baik dia ke gym melepaskan geram
pada ‘punch bag’….dan buat apa saja asalkan badannya penat sampai malas nak ingat apa-
apa lagi selain tidur….dan besok pagi hanya ingat untuk pergi kerja. Mizan mahu melupakan
Yuhanis.

Mizan mengeluarkan t-shirt dan tracksuit dari almari baju. Seperti biasa tangannya menarik
laci untuk mengambil…..

“YUHANIS !!!

….laci seluar dalamnya kosong !

BAB 16

“Tak payahlah nak tunjuk baik dengan menjaga aku….bukan aku sakit teruk pun…nak
bersalin saja…jangan ingat aku tak tahu…kau tu saja nak Nizam tahu kau tu baik
sangat….nak menunjuk!.”

“Huh” Yuhanis tercengang.

Sebaik Mak Azmah dan ayah keluar,terus kena serbu.

“Awak ingat orang yang pakai tudung macam kau tu, baik sangat ke ?…jangan-jangan lagi
jahat dari aku yang tak pakai ni…hipokrit !.”

“Eh, apa kena dengan awak ni?” tanya Yuhanis kehairanan.

“Kau jangan mimpi nak rampas Nizam dari aku,….pura-pura nak ambil hati aku…ini semua
untuk Nizam kan?”

“Ok,ok..dengar sini…Awak jangan nak samakan diri saya dengan awak…sapa yang
perampas sebenar ni? …cuba tanya diri awak sendiri.”soal Yuhanis mula naik
angin..sudahlah baru sampai..penat pun tak habis lagi.

“Ni semua saja nak mengampu mak ayah Nizam kan?…senanglah nanti nak suruh diaorang
backing kau, bila kau nak kahwin dengan Nizam nanti…ingat aku bodoh ke ?”

“Mana ada orang bodoh belajar sampai oversea….tapikan.. orang pandai, tak kan cakap jerit-
jerit macam penjual ikan kat pasar.. tau tak.”perli Yuhanis.

“Buat apa nak datang sini….aku tak perlukan apa-apa pertolongan dari kau…aku tak suka
tengok muka kau di sini….get out !..keluar, keluar!” jerkah Shila dari atas katil.

Yuhanis kehilangan kata-kata…..Yuhanis bengang betul dengan mulut Shila. Nak kata giler
meroyan..kawan tu beranak pun tak lagi. Setahu Yuhanis lepas beranak baru dapat penyakit
tu.
“Hei !..kau pekak ke?…kau dengar tak ..aku suruh keluar !”

Dari tercengang sampai bengang Yuhanis dibuat Shila…seumur hidupnya, Yuhanis tak
pernah jumpa orang yang pandai maki hamun orang lain panjang berjela begitu.

“Kau ni betullah…muka tak malu…dah kena halau pun, masih terhegeh-hegeh nak tunjuk
baik.”

Yuhanis hanya mampu menggelengkan kepala….Yuhanis betul-betul hairan dengan perangai


Shila. Kesian pun ada. Macam orang tak dapat cukup kasih sayang. Saperti kucing kelaparan
yang berebut ikan seekor.

“Kau ingat aku boleh suka dengan kau ke, bila kau tunggu aku…jangan harap aku nak
percaya orang macam kau ni…get out and get lost !”

‘SABOR AJE LE.’….itu moto Yuhanis ketika ini.

Hampir setengah jam Shilah memuntahkan peluru berpandunya ke arah Yuhanis. Lagi
Yuhanis menjawab, lagi tu Shila naik hantu. Sudahnya Yuhanis memekakkan telinga.
Yuhanis berlunjur di sofa…nun jauh di sudut bilik mewah kelas satu itu.. berehat
menghilangkan semput hampir dua jam setengah duduk dalam bas. Naik kematu punggung.
Nak menguit lebih pun tak boleh…ada mat Bangla kat sebelah. Nak lena lagilah tak berani…
takut kena raba….[‘Kalau handsome macam John Abraham tak pe lah jugak…hi,hi,hi.’]

Itu belum lagi dikira bab terpaksa menggadai nyawanya menaiki bas yang dipandu laju
semasa di lebuh raya. Haah!..tadi minta sangat…nak bas lari laju-laju. Semua gara-gara
takutkan orang tu bertanyakan harta karunnya….. Tu lah, orang tua-tua kata jangan mintak
yang bukan-bukan..’.padan muka aku’..Yuhanis mengutuk dirinya sendiri.

Shila tak habis-habis lagi dengan mulut lazernya. Sesekali Yuhanis mengintip Shila dari balik
buku novelnya. Takut-takut mak labu jatuh katil…sapa nak jawab. Yuhanis jugak yang nak
kena.

‘Tak rupa orang sakit nak bersalin…memaki hamun orang sesuka hati. Tadi depan mak ngan
ayah elok je pun. Pandai betul bini Nizam berlakon’… gerutu hati Yuhanis.

Perlahan-lahan Yuhanis membetulkan duduk telefon bimbitnya. Yuhanis sedang merakam


semua luahan hati Shila di telefon bimbitnya….siap kau !….Jika berlaku kerosakkan kekal
pada gegendang telinganya, boleh Yuhanis guna.. jadikan bahan bukti untuk
saman…ha,ha,ha. Nakal Yuhanis tak mahu mengalah.

Yuhanis menarik nafasnya dalam-dalam, sedaya upaya Yuhanis cuba bersabar. Yuhanis cuba
menenangkan perasaan geram di dada…siapa pun yang berada di tempatnya.. pasti akan rasa
nak belasah saja tuan punya mulut lazer ni…[tapi takut pula terberanak sebelum masanya].
Kemudian perlahan-lahan Yuhanis menapak ke sisi katil.

“Awak suka atau tidak…saya suka atau tidak, kita berdua kena ikut arahan mak ngan
ayah…mak suruh saya tunggu awak…maka saya akan tunggu sampai awak selamat
bersalin…kalau tak suka tengok muka saya, awak buat-buat tak nampak saya, sudah…..”
“….tak payah nak jerit-jerit marah, baik simpan tenaga awak untuk bersalin…mak kata
bersalin perlukan tenaga yang banyak untuk meneran….kalau awak tak ada tenaga, nanti
baby akan tersangkut tak boleh keluar…waktu tu kena belah perut awak, lepas tu jahit
pulak… lagi sakit…”

“…..kalau jahitan teruk, saya rasa Abang Nizam pun takut nak tengok perut awak lagi…so,
baik awak tutup mulut…kalau nak bukak jugak, baik selawat dan rihat,ok.” Kata Yuhanis
dengan tenang dan lambat-lambat satu persatu… ucapan di tambah lagi dengan perasa lemah
lembut.

Sengaja Yuhanis nak tunjukkan pada Shila yang sejak tadi terjerit-jerit marahkan Yuhanis…
bahawa bercakap lembut pun orang lain boleh dengar. Tak perlu terjerit-jerit sampai nampak
anak tekak.

‘ Kesian Abang Nizam dapat bini lagu ni’.. bisik hati Yuhanis.

Yang bestnya… mak Azmah tak kata ape-ape pun…saja Yuhanis memandai guna nama mak
untuk keamanan dalam bilik kelas satu itu… yang akan dihuninya menggantikan mak Azmah
meneman Shila. Bila tiada orang lain dalam bilik itu yang nak dimalukan, menjadi-jadi angin
Shila… bila tak diajar awal-awal, mua si Shila jadinya…telinga Yuhanis yang nak
menanggung…tu yang cuba tektik gempor bagi takut sikit….bior senyap sikit.

Shila mendengus sambil menayang riak masam mencuka, jelas menggambarkan rasa hatinya
yang membenci Yuhanis. Yuhanis sambung membaca novel yang dibawanya
bersama…lantaklah makhluk yang sedang berasap kat atas katil tu…. bila sakitnya datang
nanti, diamlah dia karang….aah, tak da maknanya….. tak diam jugak…Shila akan mengadoi-
adoi pulak.

‘Heei budak ni….Ya Allah!..sabor aje le.’ Yuhanis memujuk diri.

“Aduh…sakitnya,uuuh…fuh,fuh..isk,isk,isk…aduh..aduh…hish,hish..aaah.”…..kan dah
kata…

“Nak saya tolong gosokkan sikit-sikit ke?” tanya Yuhanis.

Shila buat pekak. Yuhanis pula naik pekak. Shila terus-terusan mengerang kesakitan.

“Adoh, adoi…sakitnya…fuh,fuh,fuh,..iiiiisssskkk,iiiiissskkkk…adoi,
adoi…sakitnya….aaah…fuh,fuh…..”

Sudah beberapa kali Yuhanis semawa nak tolong gosokkan belakang Shila saperti yang diajar
Mak Azmah…semua ditolak dengan kasar. Yuhanis rasa nak buat tak tahu aje…tapi Yuhanis
tak sampai hati bila melihat Shila yang semakin kerap dalam kesakitan.

“Shila…sebut Allah banyak-banyak.” Pujuk Yuhanis lagi….nun jauh dari seberang bilik.

Kali ini Shila tidak sempat nak menjerkah Yuhanis…mungkin dah sakit sangat kot…sakitnya
pun dah semakin kerap.,,tapi nurse yang masuk buat pemeriksaan kata…’lambat
lagi.’..’..mmm.. alahai, nasib kaulah Shila.’ Dalam hati Yuhanis terasa gerun jugak
memikirkan macam manalah pulak kalau tiba masa dia nanti..’.eh,eh..ade ke?’
Seketika Yuhanis berasa lega bila Shila terlena …aman sikit dunia. Dengan Yuhanis sekali
terlelap… tapi tak lama. Shila terjaga bila sakitnya datang semula.

“Adoi..iiisssk,
iiiisskkk..adoi..sakitnye…fuh,fuh..adoi…adoi…isk,isk,iiiisskk…adoh..adoi..wwoooo..”

“Shila…elok awak selawat banyak-banyak…mudah-mudahan Allah mudahkan.” Pujuk


Yuhanis yang dihimpit simpati.

Shila tak jawab…tapi terus mengadoi dan mendengus.

“Shila istigfar banyak-banyak…kalau boleh


bacale…Lailahaillaantasubhanakainnikuntuminalzolimin…kan mak dah pesan tadi….dalam
hati pun boleh…kita minta tolong Allah ampunkan dosa kita…baca dalam bahasa Melayu
pun tak apa….” pujuk Yuhanis.

Shila sekadar angguk ….mungkin dah sakit sangat sampai tak terkata apa-apa…tak terasa
ape-ape.

“Nak saya panggilkan doktor ke…atau nurse kat depan tu ke?” tanya Yuhanis sambil
mendekati katil Shila.

Shila menggelengkan kepala. Tangan Shila tak renti mengusap belakang badannya sendiri.

‘Tulah…orang nak tolong, tak kasi.’..bebel Yuhanis di dalam hatinya. Geram punya pasallah
tu, sampaikan sabornye pun dah tinggal hujung-hujung aje….semoga Allah tak kira itu
sebagai dosanya. ‘Ampun Ya Allah.’….dia hanya hamba yang lemah, tak tahan diuji begini.

“Doktor kata selagi sakit tak kerap… selagi jarak sakit lama, sekali…belum sampai masa
lagi…doktor tak boleh nak buat apa-apa…nurse pesan suruh berdiri, bawak berjalan…tapi
saya tengah sakit, macam mana nak jalan.” Keluh Shila.

‘Ye tak ye jugak…apele misi ni….waktu ni, kalau ajak makan angin kat London pun orang
tak nak…ade ke suruh jalan-jalan.’….tapi si Shila dah bukak mulut…itu…

….Petanda baik. Perlahan-lahan Yuhanis mengusap belakang Shila. Kali ini Shila tak
menyinga…tak membantah. Tanda oklah tu. Yuhanis terus menggosok bahagian pinggang
dan pinggul Shila. Sambil menggosok Yuhanis membaca surah Yasin perlahan-lahan dengan
berlagu lembut. Nak cakap pun tak ada modal. Bengkek pun tak surut lagi.

“Nizam kata awak pandai mengaji….Nizam selalu puji awak.” kata Shila tiba-tiba setelah
lama mereka masing-masing tak bersuara.

‘Haaa!!..pelan damai dah nak bermula….good,good.’

“Oh…ye ke?….er,biasa-biasa saja…Cuma saya suka berlagu style saya sendiri sambil
menghafaz…Abang Nizam pun pandai mengaji…dulu kami belajar sama-sama dengan
ayah…ayah dulu johan qari daerah Kinta.” Yuhanis membuka cerita. Harap-harap dapat
mengalih sikit kesakitan yang sedang Shila alami.
“Mmm…Nizam selalu cakap pasal awak…walau pun dia tahu saya tak suka….saya tahu dia
masih sayangkan awak.” Ujar Shila perlahan sambil tunduk bermain-main dengan hujung
bajunya. Baju tak cantik pun. Baju hospital.

“Sayakan dah jadi isteri Abang Mizan….buat ape saya nak kejar Abang Nizam lagi…kalau
saya boleh kahwin dua…tak ape le jugak…..awak tu Shila, yang kena pandai ambil hati
Abang Nizam…awak kena belajar… faham apa yang dia suka dan jangan buat apa yang dia
tak suka…”

“…..mmm, belajar.. bertanya dari mak…nanti mak akan bagi petua macam mana nak jadi
isteri yang baik…..er…hari tu mak pernah kata…. kalau kita banyak bersabar, banyak berdoa
lepas sembahyang lama kelamaan Allah akan buka hati suami menyayangi kita.” Kata
Yuhanis sambil tangannya terus mengusap belakang Shila.

Tangan Yuhanis terhenti seketika. Yuhanis rasa dia dah buat semua apa yang Mak Azmah
petuakan…tapi Yuhanis masih tang tu jugak. Tak naik-naik makam. Masih kat bilik
bawah….MMmm..mungkin Allah tak habis uji dia lagi kot…dan..mungkin Allah akan bagi
yang terbaik untuknya kemudian…AMIN.

“Er..er awak masih sayang pada Nizam ke?”

“ Huh..Buat apa saya nak sayang pada suami orang….suami sendiri pun dah penat tak
terlayan….tak payahlah awak nak cemburukan saya Shila…belajar aje jadi isteri
solehah…lambat laun, Abang Nizam akan sayang awak juga..janji awak banyak bersabar.”

‘Alahai…Yuhanis pun sedang dalam tempoh percubaan.’

“Nizam ada call awak ke?”

“Tak ada…apa sebenarnya yang terjadi ni ? …kamu berdua bergaduh ke?”

Shila tak sempat nak jawab. Sakitnya datang lagi. Kali ini nampak semakin kerap.

“Selawat banyak-banyak..mengucap banyak-banyak….saya rasa baik kita panggil doktor


saja.”

Beberapa minit kemudian Shila telah disorong ke bilik bersalin oleh beberapa orang
jururawat yang bertugas malam itu.

“I’m sorry.” Perlahan kata Shila sebelum dia diusung pergi.

Tinggallah Yuhanis sendirian di bilik. Yuhanis segera mengambil kesempatan yang ada
untuk menunaikan sembahyang Magrib dan Isyak, Jamak ta’akhir. Memang dah akhir
sangat…dah dekat pukul sebelas setengah malam.

Sempatlah Yuhains titipkan doa agar Allah permudahkan proses bersalin Shila. Kecut perut
jugaklah Yuhanis, bila melihat keadaan kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh orang
perempuan yang nak bersalin. Rasa macam tak nak bersalin aje…tapi macam mana dengan
impiannya? Yuhanis nak anak kembar !
Mizan membancuh satu mug nescafe panas, lalu diletakkan di atas meja makan. Mee segera
yang telah siap dimasak dicedok ke pinggan lalu diletakkan bersama mug nescafenya. Sudah
dua petang Mizan makan mee segera….Mizan dah tahu apa barang yang disimpan Yuhanis di
dalam kabinetnya.

‘Bagus jugak ada simpanan makanan ni…tak payahlah dia kena keluar mencari makan untuk
mengisi perut.’kata Mizan di dalam hati.

Mizan pun tiada mood nak keluar ke mana-mana.Nak keluar malas….tapi…duduk rumah
pun tetiba rasa sunyi pulak. Kenapa Mizan terasa sunyi tiba-tiba? …macamlah sebelum ini
Yuhanis meriuhkan rumahnya. Mizan menebarkan pandangan matanya sekeliling dapur.
Mizan pun tak faham.

Selesai mengisi perut Mizan masuk ke bilik orang gaji aka bilik Yuhanis. Termasuk
semalam… sudah dua kali Mizan masuk melawat kemusnahan di bilik Yuhanis. Mizan
teringat kejadian tempoh hari. Tentu mak akan fikir entah benda yang bukan-bukan. Mizan
terasa cuak…kalau-kalau mak bertanyakan hal katil reban…[ reban tu maknanya
runtuh….bukan reban ayam tau.]

Apa Mizan nak jawab ?…’Gaduh dengan Yuhanis ?…atas katil?…atau tak buat ape-
ape…tengah duduk berdua atas katil…tetiba je katil reban? Gitu?..atau…aaaa…..aaahh!
Mizan malas nak fikir. Baik dibuang katil ni segera sebelum mak ngan ayahnya datang
melihat katil ni…katil single di bilik orang gaji? Nak mampus ?

Mata Mizan melihat sekitar bilik. Almari yang dirempuhnya beberapa hari lalu, meja solek
yang retak cerminnya dan katil yang dah menyembah bumi. Mizan hanya berdiri sambil
menenggek sikit di hujung meja solek….tiada tempat untuk dijadikan tempat duduk.

Mata Mizan melihat sekeliling lagi…memang betullah apa yang dipandangnya. Hanya ada
satu beg baju saja barang Yuhanis di bilik itu. Tak payah buka daun pintu almari pun,
memang dah boleh nampak beg tersebut. Satu beg lagi telah dibawa oleh Yuhanis pulang ke
kampung.

Tetiba terfikir di benak Mizan bahawa Yuhanis mampu hidup dengan keperluan paling
minimum sekali. Mizan tak pernak jumpa perempuan yang tak cerewet saperti Yuhanis.
Mampukah perempuan lain hidup dalam sebulan dengan keperluan dalam dua beg saja. Itu
pun satu saja beg besar…satu lagi hanya beg tarik yang bersaiz sederhana saja.

Berapa helaikah pakaian gadis itu? Tidakkah gadis itu memiliki satu beg penuh dengan set
alat-alat solek seperti perempuan lain ? Selain kasut yang selalu dipakai Yuhanis, adakah
Yuhanis memiliki kasut lain?…jika ada, Mizan tak nampak tempat menyimpan kasut lain.

Kenapa Mizan tetiba rasa dirinya lelaki tak guna. Lelaki yang zalim. Lelaki yang tak membeli
apa-apa keperluan untuk isteri..tak pandai jaga isteri…..Berdosakah dia ? Zalimkah
dia?….adakah memadai dengan duit saku yang diberikan?……Aaaaaaahhh….bukankah
gadis itu sendiri yang kata dia tak akan minta apa-apa dari Mizan? …tidak akan
menyusahkan Mizan…So?…bukan salah Mizan. Betul ke?
Mizan berperang dengan perasaan sendiri. Akhirnya Mizan hanya mampu mengeluh panjang.
Perlahan-lahan Mizan menarik beg Yuhanis keluar dari almari. Mizan duduk bersila di atas
lantai merenung beg itu seketika.

Tanpa disedari, tangan Mizan mencari zip beg. Perasaan ingin tahunya tetiba membuak untuk
melihat barang-barang Yuhanis. Tiada rasa bersalah lansung. Perlahan-lahan beg
dibuka…perlahan-lahan tangan Mizan mengusap pakaian yang tersusun kemas di dalam beg.

Satu haruman lembut meresap ke deria bau Mizan…tiba-tiba..Mizan teringat….Ya!..betul


!..Sama saperti haruman pada semua pakaiannya yang ada dalam almarinya di bilik. Mungkin
Yuhanis juga menghantar pakaiannya di kedai dobi yang sama…tapi, tak mungkin haruman
ini datang dari kedai dobi. Mizan dah periksa.

Sharif juga menghantar pakaiannya di kedai yang sama…tak ada pula berbau haruman ini.
Tangan Mizan mula berkerja….sana sini tangannya menyeluk poket beg. Rosak susunan
pakaian di dalam beg…tapi Mizan dah masuk tahap nak jadi spy…..nak selidik jugak.

Di sebabkan tak jumpa apa yang dicari…Mizan memunggah keluar semua pakaian Yuhanis.
Sudahnya habis baju, seluar dan semua pakaian Yuhanis duduk di atas lantai….termasuk
seluar dalam dan baju dalam sekali. Dan akhirnya Mizan berjaya jumpa bahan bukti yang
dicari.

Ada tiga botol saiz sederhana minyak wangi ….Wah! jenama ‘Estee Lauder..Pleasures
Delight’…Mizan mencapai satu botol yang isinya tinggal satu pertiga lagi. Tudung botol
dibuka..lalu botol dibawa ke hidungnya..hhhmmm…YES! … memang inilah bau haruman
yang Mizan rasa dipakai Yuhanis….juga yang ada pada semua pakaiannya
sekarang…..SO..he found the culprit!!

Mizan pasti kini. Satu baju Yuhanis dibawa ke hidungnya….memang itu kerja Yuhanis.

‘Oh nakalnya bini aku.’hati Mizan berkata…tak sedar apa yang telah dikatakan hatinya.

Tiada rasa marah lagi…mungkin sebab ditolak rasa bersalah menyelongkar beg
Yuhanis…Mereka sekarang seri…satu sama. Tanpa disedari satu senyuman tersungging di
bibir Mizan.

Mizan sudah bertemu jawapan. Kini dia perlu mengemas semula pakaian Yuhanis elok-elok
semula saperti asal. Satu persatu pakaian Yuhanis disusun semula…hinggalah sampai giliran
seluar dalam dan baju dalam.

Tiba-tiba Mizan teringat dendam yang belum dibalas…hutang yang belum


dibayar..ha,ha,ha…

Shila selamat melahirkan. Baby girl…tapi Shila kehilangan banyak darah. Kena masuk
darah… Mak dan ayah tiba sewaktu doktor sedang berbincang dengan Yuhanis tentang
mencari darah yang sama jenis untuk Shila….sumbangan dari ahli keluarga amat-amat
dialukan.

Nak dijadikan cerita…Yuhanis memiliki darah jenis O, dinamakan ‘universal donor’…boleh


derma pada sesiapa yang memerlukan saat-saat kritikal. Maka darah Yuhanis sesuai
didermakan untuk membantu Shila. Yuhanis rasa bangga dapat menolong orang yang
memerlukan…walau pun bukan Shila yang memerlukan sekali pun. Haaa..kalau Shila nak
menyumpah seranah dia lagi selepas ni…he,he,he…Yuhanis boleh mengungkit….siap kau
Shila.

Lama jugak Shila berada di bilik bersalin. Yuhanis disuruh berehat selepas darahnya diambil
…entah berapa botol pun Yuhanis tak tanya. Berehat sedap dalam bilik air con…. sampai
tertidur-tidur…bangun, tidur balik pun Shila tak keluar-keluar lagi….Haa, puas Yuhanis
tidur. Dapat qada’ tidur sebab semalaman berjaga menunggu Shila depan bilik
bersalin…macamlah dia bapak budak. Bapak budak tak muncul-muncul jugak.

‘Nak kena Abang Nizam ni’

Keluar dari bilik bersalin Shila bertukar jadi saperti orang lain. Agaknya semua perempuan
akan jadi lebih pengasih bila lepas dapat baby kot..agak Yuhanis. Shila sudah boleh bercakap
sopan dengan Yuhanis. Sudah boleh tersenyum….lebih-lebih lagi semasa Shila mula belajar
menyusukan baby girlnya.

Terjerit-jerit campur ketawa… Shila kegelian bila baby mengisap puting susunya. Yuhanis
tumpang rasa kegelian melihatnya. Rasa cemburu pun ada. Dan dan rasa nak ada baby
jugak….tapi tang nak tanggung sakit tu Yuhanis tak sanggup….susahlah nak dapat si
kembar…’.mmm, beranganlah kau Yuhanis!’

Mak dan ayah turut tumpang gembira…walau pun mereka sikit mengkelan tentang status
baby. Namun Yuhanis tahu kedua orang tuanya itu adalah pasangan yang amat pengasih
orangnya….Jika tidak, masakan Yuhanis boleh membesar dengan normal dan bahagia
bersama mereka berdua.

Hari pertama Shila balik ke rumah, semua orang sibuk membantu Shila. Ayah turut diberi
tugas menjemput mak bidan datang tengokkan Shila. Mak Azmah dah naik pangkat jadi
macam matron kat hospital. Semua orang dapat tugas masing-masing. Di sebabkan memang
tak ada ramai orang di rumah tu…maka…orang yang dua tiga kerat tu berjaya mendapat dua
tiga tugas sekali. Nasib baik ada Mak Cik Kiah.

Betullah orang tua-tua kata …anak tu penyeri rumah. Rumah mak ayah menjadi riuh rendah
dan bertambah bingit lagi bila baby girl yang belum bernama itu melalak lapar, melalak
lampin basah…dan entah pasal apa-apa lagi yang menyebabkan baby melalak.

Shila dilarang banyak bergerak. Mak ngan ayah pulak dah tak kuat macam dulu-dulu…maka
yang nak kena ligat tentulah Yuhanis. Mandi baby pun Yuhanis kena belajar…Mak kata
besok-besok, bila Yuhanis dah ada anak sendiri…senangle nanti. Iyele tu….kalau zaman batu
kembali semula pun belum tentu ‘The Rock’ nak duduk segua dengannya.
Sekatil?….ha,ha,ha…alamat katil reban !

Semua hal mengurus baby, Yuhanis dapat belajar. Cuma tang bagi ‘ tek’saja Yuhanis tak
berkesempatan nak praktikkan….gatal ape! Sudah dua tiga hari bertugas Yuhanis hanya
belajar tengok je part tu…ha,ha,ha.

Sudahnya Yuhanis kurang tidur. Baby jaga, Yuhanis yang jaga. Baby tidur Yuhanis kena ke
dapur. Yuhanis tak sampai hati membiarkan Mak Azmah dan Mak Cik Kiah uruskan hal kain
baju, masak makan mereka dan ibu yang dalam pantang, bakar tungku dan etc.
etc…sedangkan dia berehat.

“Kamu pening Yuhanis?…jangan-jangan ade ape-ape tak?” Soalan cepumas dari mak.

Ayah sudah tersenyum-senyum. Walau pun ayah tak cakap apa-apa..Yuhanis tahu ayah
sedang menunggu khabar gembira dari gandingannya dan Mizan. Kesian mak ngan
ayah…kerana terpaksa menunggu buah yang tak kan gugur.

Susah untuk Yuhanis menghalang harapan mereka yang baru nak bercambah. Nak cakap pun
susah….benih tak ada, masakan akan berbuah…Buah tak ada..nak tunggu apenye yang
gugur….alahai.

Kalau boleh Yuhanis nak hadiahkan pada mak ngan ayahnya kembar sepasang. Ayah boleh
main bola dengan cucu lelaki. Mak boleh layan cucu perempuan main masak-masak. Cuma
dalam angan-angan sajele.

“Hani pening sikit je mak…rasanya, sebab kena hujan masa angkat kain tadi kot…makan
panadol nanti legale.”

“Nak makan ubat, jangan lupa makan nasi tu sikit dulu, Hani. Pening-pening, dibuatnye tak
makan ..terus makan ubat, nanti jadi lain pulak.”kata ayah.

“Hani nak makanle ni ayah…lepas rehat sekejap nanti…Hani nak tolong Shila pakai barut
pulak.”

“Sembahyang Isyak siap-siap dulu Hani…..nanti takut terlena soh sampai Subuh pulak…
baru haru.” Pesan ayah lagi yang duduk di hadapan Yuhanis.

Selesai makan malam, Yuhanis segera menelan dua biji panadol. Namun denyut di kepala
Yuhanis semakin bertambah..rasa macam di hempap-hempap dengan batu. Penyakit datang
senang macam kilat, nak sembuh lambat macam kura-kura merangkak.

Semasa mandi membersihkan badan, Yuhanis membasahkan kepala agar peningnya dapat
dikurangkan. Dari basah …Yuhanis terus basuh rambutnya sekali dan terus bershampo
bagai…sambil memicit-micit kepala yang tak mahu surut-surut peningnya.

Yuhanis segera menunaikan sembahyang Isyak sedang kepalanya masih boleh ditegakkan.
Malam ni kena skip kelas hafazan….nak hafaz macam mana…nama sendiri pun sikit lagi nak
terlupa. Selesai melipat sejadah dan menggantung telekung Yuhanis terus memanjat katil.
Hajatnya untuk lena sekejap. Banyak lagi benda yang nak dibuat..fikir Yuhanis.

Dengan baju tidur lama yang selalu dipakai bila sendirian di dalam bilik, Yuhanis harap dia
dapat tidur dengan nyenyak. Yuhanis mencapai remote air con, lalu menurunkan sedikit
suhunya agar tidak terlalu sejuk …

TOK,TOK,TOK…

“Hani ? “
“Ye mak…ala buat ape susah-susah ni mak…kejap lagi Hani bangunle.” Kata Yuhanis
sebaik melihat Mak Azmah masuk ke bilik dengan segelas susu di tangan.

“Nah, minum bagi habis…buat tambah tenaga, tadi pun ..mak tengok Hani makan sikit
sangat….makan nasi pun nak mengelat…bila nak berisi sikit.”

“Eh mak, kurus le seksi…nak bagi berisi..tup,tup terus tergemuk kang…Hani tak
mahule…hi,hi,hi…”

“Haa..ni pening dah baik ke?…, masih boleh nak melawak lagi….cepat tidur….er..atau Hani
tak boleh tidur teringatkan Mizan ape…tu yang agaknya sampai pening-pening.”

“Ha’ah mak..rindu sangat-sangat… kami nak jumpa kat dalam mimpi karang…hi,hi,hi.”

Yuhanis melayan je anggapan mak merangkap mak mentuanya agar tak panjang cerita. Nak
menyenangkan hati mak lagi…Yuhanis terus menghabiskan susu segelas sampai licin.
Yuhanis mencapai pula sebotol air mineral dari meja di tepi katil, lalu diteguk untuk
membersihkan mulutnya dari sisa-sisa susu.

“Sukran ya ummi.” Kata Yuhanis sambil mendakap Mak Azmah. Kiri kanan pipi Mak
Azmah dikucup penuh kasih sebelum membaringkan badannya ke katil yang sekian lama
mengamit. Kepala semakin berdenyut…mata pula semakin berat.

“Afwan Hani…tidurle…jangan fikir ape-ape lagi. Mak tengok kamu kerja tak
berhenti….badan kalau asyik penat aje…bila nak lekat…..jaga badan tu elok-elok, Mizan tu
pun bukannya muda lagi….kawan-kawan segagan dia semua dah ada tiga empat orang
anak….kalau ada ramai anak tak le sunyi rumah kita nanti….tengah muda, tengah badan kuat
ni le patut cepat beranak….Mak pun sihat lagi boleh jaga Hani ….kalau mak dah bong ..kok..
ti..ga, ba..ru nak.. da..pat c….u…..c…….u..????…..

Yuhanis dah tak dengar bijik buah perbualan mak lagi….tapi Yuhanis rasa dia sempat sebut
….kembar kat mak….mak dengarke tidak, tak tau le….Rasa-rasa cakap dalam hati
je…adeke?

Azmah mengusap rambut Yuhanis perlahan-lahan. Dengan penuh kasih, melimpah sayang.
Yuhanis.. anak arwah sahabat baiknya sedari anak dara, Hanisah dan suaminya Yusuf…..
kini sudah menjadi gadis yang cantik sekali. Rupa cantik, akhlak pun cantik….alhamdulillah,
tidak terlepas ke tangan orang.

Azmah duduk merenung wajah Yuhanis yang sedang lena…Azmah terkenang jasa arwah
Yusuf dan Hanisah…ibu bapa kandung Yuhanis. Betapa besarnya jasa arwah berdua kepada
keluarganya.

Saperti apa yang Yuhanis lakukan tempoh hari…arwah Hanisah juga pernah menderma darah
kepadanya. Semasa Azmah mengalami keguguran dan tumpah darah. Darah Hanisahlah yang
telah menyelamatkan nyawanya.

Tidak cukup dengan itu…dalam kepayahan dan kesulitan yang Azmah hadapi, Hanisah
datang menghulurkan bantuan untuk menjaga anaknya Shaiful Mizan yang masih kecil.
Tanpa disedari air mata Azmah mengalir membasahi pipi…..Masih terngiang-ngiang di
telinga Azmah kata-kata Hanisah sewaktu menghantar Mizan kembali kepadanya, setelah
Azmah sembuh.

“Kalau saya ada anak perempuan kak, nak saya booking budak Mizan ni jadi menantu
saya….kalau orang kata terbalik kot pun, Hanisah tak kisah.”

Bertambah lebat air mata Azmah. Jika Hanisah masih hidup, tentu Hanisah gembira melihat
kata-katanya menjadi kenyataan. Azmah tak sangka percaturan Allah…akhirnya menemukan
Mizan dan Yuhanis.

Azmah mengesat air matanya. Sesekali esakannya kedengaran di bilik nan sepi itu. Tidak
mengapalah bisik hati Azmah…bukan ada sesiapa pun.

“MAK ?…kenapa ni ?…kenapa mak menangis ?

Kus semangat!…bulat mata Azmah merenung anaknya.

Usai solat Asar, Yuhanis duduk berteleku di atas sejadah. Yuhanis berfikir seketika.
Susahnya kedudukkannya sekarang.Hendak di khabarkan pada Mak Azmah yang dia tak
dapat balik agak sukar. Lebih-lebih lagi jika alasan yang dipinta

BAB 17

Berkerut kening Mizan. Sekali lagi mata Mizan merenung skrin telefon bimbitnya. SMS yang
tertera dibaca sekali lagi. Ikutkan nombor telefon, telefon mak….tapi SMS dari Yuhanis. Nak
kata Yuhanis tak ada telefon, hari tu sah-sah bercakap guna telefon sampai tak nampak orang.
So..ape ke halnya guna telefon mak pulak budak ni…..kecuali minah tu tak nak Mizan dapat
nombor telefonnya.

‘Alaa, macamlah dia kemaruk sangat nak berhubungan dengan si minah tu….Dia pun tak
teringin nak ambil tahu apa nombor telefon orang tu….nak buat apa ?….buat buang masa.”
Gerutu hati Mizan…Tak sedar sudah berapa lama dia menelek telefonnya. Dah berapa kali
Mizan membaca SMS Yuhanis.

Saya tak sempat ambil cadar, sarung bantal dan lain-lain dari kedai dobi. Harap maaf.
Mizan mencebik..’pandai Minah ni nak lepaskan diri, harap maaf konon….macamlah Mizan
tak tahu apa makna ‘lain-lain’ tu. Kalau ikutkan si minah ni, macamlah dia tak tahu nak pergi
beli seluar dalam lain…Apa?… budak tu ingat beberapa hari ni dia ke pejabat tak berseluar
dalam ke?. HaaH!…..Mizan tak akan pergi ambil, biar tunggu si minah tu balik dan ambil
sendiri.

Saya nak pinjam duit awak untuk dulukan satu perkara. Boleh tak tolong hantarkan duit
sebanyak lima ratus ringgit kepada Mohd.Yusri b. Zainal Bakri yang berkerja di kedai dobi
Fajar Hajar. Kalau keberatan, tak mengapalah. Saya faham.
Mizan mencebik lagi…kalau nak minta tolong, tak payahlah tambah apa-apa lagi di hujung
ayat…menyakitkan hati saja minah ni.

‘What she means by…kalau keberatan…saya faham.’……. Jika Mizan berat nak bagi,
maknanya minah tu faham Mizan tu kedekut ?…gitu ? Atau pun minah tu sedar dirinya dah
buat kesalahan, maka, sudah tentu Mizan tak akan tolong……mmm, sedar pun !
Jari Mizan bergendang di muka meja sambil berfikir. Apa hal pulak Yuhanis nak bagi sampai
lima ratus ringgit kat budak pekerja di kedai dobi tu?…Bukan lima ringgit atau lima puluh
ringgit…tapi lima ratus ringgit, banyak tu.

‘Apa hubungan Yuhanis dengan budak dobi tu ?….sampai senang-senang boleh bagi duit
sebanyak itu….Haa, nak kena siasat ni.’

Hati Mizan jadi tak sedap…mereka ‘couple’ke?…tapi Mizan rasa budak tu lebih muda dari
Yuhanis….tapi zaman sekarang macam-macam yang dulu tak pernah terjadi, sekarang dah
banyak berlaku….jika tidak masakan tercipta istilah ‘anak ikan’. Mizan menggaru
kepalanya…tak sedar ‘remos’nya dah berubah bentuk.

“Hei bro !”

“Oh mak kau !”… telefon di tangan Mizan terlepas… nasib baik terjatuh di atas mejanya.

“Aisayman…bila masa pulak kau pandai melatah ni, Mizan… ada berkenan kat siapa-siapa
ke…sampai terkenan ni. ”

“Apalah kau ni Zul…main terjah aje…..kau tak pernah dengar ke.. assalamualaikum tu untuk
apa?”

“Ok,ok..sorry,….. assalamualaikum yob…yob ape khabor ?..Teman datang ni nak tanye


mike….mike nak tak, pergi sekali dengan teman malam minggu ni ke dinner party Cik Puan
Siti Zaleha?. ”

“Siti Zaleha mana pulak ni ?…..ape ?..Dia nak pindah ke ?….atau dapat naik pangkat ?”
tanya Mizan acuh tak acuh. Matanya sibuk membelek telefon yang baru dikutipnya semula.

“Kau ni kan Mizan…otak kerja betul…sampai nak buat party pun, mesti ada sebab berkaitan
kerja…… pindah tempat kerjalah, dapat naik pangkatlah…..kalau tak pasal hal kerja tak
boleh buat party ke?”

“Oklah..aku salah….so,Cik Siti mana ni ?….kat syarikat kita ni seingat aku ada lebih sepuluh
orang nama Siti.”

“For your information….ya, betul..staff nama Siti ada empat belas orang…for your attension
staff nama Siti Zaleha ada empat orang….sorang Puan Siti Zaleha, dua orang Cik Siti Zaleha
dan seorang lagi Cik Puan Siti Zaleha.”

“Oooh….jadi siapa yang nak buat dinner party ni ?” soal Mizan tapi mata melekat ke
telefonnya…sikit tak dengar ayat penyata sahabatnya.

“Eh, tak kanlah kau tak dapat kad jemputan dia, Mizan ?..kau tu, aku rasa special guest dia .”
ujar Zulkifli sambil berdiri meninjau atas meja Mizan yang penuh dengan macam-macam
jenis kertas.

Mizan buat tak kisah. Telefon dimasukkan ke dalam poket kemejanya lalu menyambung
kerja yang terbantut sebab SMS Yuhanis.
“Hah !..ni ape ni ?…Inilah kad jemputan tu ….woi, wanginya kad yang kau dapat ni…aku
punya tak ada bau apa pun…bau kertas adalah….amboi, siap renjis minyak wangi
lagi….jangan-jangan minyak senyonyong ….baru kau terus duduk melekat kat rumah Cik
Puan Siti ni, tak mau balik-balik !” usik Zulkifli sambil mencium sampul surat ditangannya.

“Hiss kau ni Zul…cakap elok-elok sikit…dengar dek suami dia, siap kau kena parang… nanti
kau yang lansung tak balik-balik….main-main dengan isteri orang.”

“Kau ni kan Mizan, kalau aku kata slow…tentu kau marah. Cik Puan Siti Zaleha ni mana ada
suami.”

“Wei…manalah aku tahu..berapa banyak staff kita ada ?…sapa ada suami, sapa ada
tunang…manalah aku nak tahu.” Rungut Mizan sambil tangan mula mengemas fail di
hadapannya.

“Tulah..kau memang slowlah…CIK PUAN Siti Zaleha ni dah tak ada suami.”

“Manaaalah aku tahuuu.” Jawab Mizan pula..dah mula naik getik melayan Zulkifli.

“Betullah kau ni, slow ganda dua….tengok gelaran pun, orang sini semua dah kenal siapa.”

“Gelaran apa ?”

“Depan nama dialah…Cik Puan ! Cik tu sekarang, Puan tu..dulu !…ada faham tak ?…sebab
itu dia bagi kau kad yang ada minyak senyonyong…dia minat kat kau!”

“Pandai-pandai ajelah kau ni Zul.”

“Eh..aku tak main-mainlah Mizan…kalau kau nak tahu, hari tu aku sendiri terdengar dengan
dua telinga aku ni…dia cakap kat dua lagi ‘Cik Puan’ saingannya…..[Zul menoleh ke arah
pintu yang bertutup, kemudian tunduk berbisik pada Mizan]….dia minat sangat kat kau,
Mizan….kalau kau sudi, dia nak terus nikah dan bawak kau terus pergi honeymoon…tak
payah kenduri-kenduri…dia tak nak orang lain kacau.”

“Habis tu, tiga orang Cik Puan kau ni bertumbuk, tarik rambutlah ye….kau jadi referee.”perli
Mizan…tapi kening berkerut-kerut mendengar cerita mengarut.

“Aku cakap kau tak percaya….tapi..aku yang dengar pun macam tak percaya apa yang aku
dengar…dia kata kalau dia dapat kahwin dengan kau…dia nak cium kau dari hujung rambut,
saaaaampai hujung ibu jari kaki kau…betul Mizan!..aku tak tipu….ada lagi best, aku dengar
pun naik seram satu badan….kesian kat aku yang masih bujang ni…dia kata dia nak bu…”

“Ok,ok..cukup,cukup.. aku malas nak dengar..aku malas nak pergi mana-mana party.”Mizan
cepat-cepat memotong cerita kawannya….getiknya pun dah naik berganda.

“Ha,ha,ha….jadi, kau percayalah sekarang…tak payah takutlah Mizan…’pinggan tak retak,


nasi tak dingin….Cik Puan tu dah hendak, tak kan kau tak teringin.”

“Kau ajelah pergi party dia, Zul…kalau kau teringin, cakap saje terus terang dengan Cik Puan
kau tu….tak payah susah-susah nak berpantun sekerat, dua kerat bagai.”
“Hei,hei…aku pulak…kau takut ye..alaa, jomlah Mizan…tentu best, ada makan-
makan…makan freeee, kau…..kau pun, bukan ada nak ke mana-mana hujung minggu ni.”

“Aku nak balik kampung…ada hal sikit.” Jawab Mizan. Mizan saja bagi alasan sebab dah
rimas diasak, dipujuk begitu sekali denga kawan baik yang kuat bercakap.

“Alasan….banyaklah hal kau kat kampung tu….apa halnya, ce cite..ce cite kat aku…kalau
nak temberang pun…tak payahlah reka cerita sampai kau nak kahwin pulak.” Kata Zul
sambil tersengih-sengih.

Pening lalat Mizan dibuatnya. Lagi lama Mizan mendengar celoteh Zulkifli…entah cerita apa
lagi yang akan keluar. Geram pun ada….tak habis-habis dikenen dengan semua mak
janda…mentang-mentanglah dia duda. Macamlah dia tak boleh cari anak dara….tak payah
cari pun dah dapat….siap kena pujuk, siap kena rayu lagi. Kahwin pun free…satu sen tak
keluar duit.

“Ha,ha,ha….takut betul kau ye Mizan dengan Cik Puan Zaleha tu… Kau ni Mizan, kalau lagi
lama aku pujuk…mau kau cakap nak balik kampung jumpa bini.”

“ Betul apa !!…Aku nak balik, jumpa bini aku kat kampung.” Terang, jelas dan nyata….kata-
kata Mizan. Mizan turut terkejut dengan apa yang terkeluar dari mulut sendiri. Terkeluar
sebab geram sangat-sangat punya pasal !!

“HAAAAA !!!”

“HAAAAA !!!”

Ada dua HAAAA.

Mizan dan Zulkifli serentak memandang ke arah pintu. Sharif baru saja melangkah masuk ke
bilik Mizan.

Mizan mengaru kepalanya lagi… sekali lagi…dan berkali-kali sampai remosnya berceracak.

Sharif dan Zulkifli kini sudah siap menarik kerusi , duduk di hadapan Mizan. Dua pasang
mata merenung Mizan dengan tajam. Menanti penjelasan.

‘Habis kau Mizan’…Mizan mengeluh dalam hati.

Mizan tak senang duduk…tak senang nak buat kerja.Tak habis-habis soalan dari Sharif dan
Zul yang tak puas hati. Sampai habis waktu kerja…sampai ke tempat parking …sampai ke
keretanya Sharif dan Zul mengekori Mizan.

“Betul ke kau dah kahwin ni Mizan ?…aku tak percayalah.” Kata Zulkifli sambil menyandar
di kereta Mizan.

“Ok, kalau betul kau dah kahwin….kau tunjuk bukti kat kitaorang, baru kami akan percaya.”
Kata Sharif yang masih tak puas hati.
“Aku susah apa…nak percaya ke, tak nak percaya ke…terpulanglah kat kauorang
berdua…..aku cakap betul pun, kauorang tak nak percaya.” Mizanmembuka pintu sebelah
pemandu.

“Mmm, Ok… kami percaya…dan kami nak jumpa isteri kau tu Mizan.”jawab Sharif yang
masih dan… masih tak percaya dengan kata-kata Mizan. Siap nak tengok bukti bagai.

“Nak jumpa buat apa ?…lagi pun dia ada kat kampung….dah lima hari dia balik ke
kampung….jaga adik ipar aku …dah sakit-sakit nak bersalin.”kata Mizan dengan jujur
dengan harapan kejujurannya akan memudahkan hidupnya.

“Ooo …tak lama lagi kau jadi ‘pak longlah’ ye….boleh tahan adik kau dengan adik angkat
kau tu ye.” Zulkifli dengan ideanya !!

“Hei, Mizan…tak kanlah baru kahwin sebulan dah nak beranak…adik kau kat UK kan?.. kau
cakap….adik angkat kau tu pun baru habis study….bila masa diaorang berdua buat
projek….sampai dah nak bersalin….kau biar betul Mizan.”kata Sharif penuh sangsi…sambil
masuk duduk di kerusi penumpang. Tuan punya kereta pun masih berdiri kat depan pintu.

‘Ye tak ye jugak’…Mizan rasa sesak nafas…dak terperangkap.

Betullah kata orang…sekali kita menipu, kita terpaksa menipu untuk menutup tipu yang
pertama..begitulah seterusnya.

‘Eh, dia cakap betul, apa?….Susah jugalah manusia ni….kita cakap betul,orang kata
menipu….kalau kita menipu, ada saja yang tertipu.

Cuma Mizan tak cakap Mizan yang terkahwin dengan adik angkatnya…..cerita pun dah
berbelit-belit.

“MAK…kenapa mak menangis ni ?….mak sakit ke ?…Ayahke ?….kalau bukan mak ngan
ayah yang sakit ? Siapa ? ….Hanike ?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Mizan…cuma
soalannya disambut dengan gelengan kepala dari Azmah.

Mata Mizan terpaku pada sekujur tubuh yang sedang lena di katilnya.

‘Apasal pulak minah ni’…

“Eh, bila kamu sampai Mizan ?…tak ada hujan, tak ada ribut..tiba-tiba muncul.?…tanya
Azmah sambil mengesat sisa-sisa air matanya.

Mizan bersalaman dan mencium tangan Azmah. Seketika mata Mizan kembali ke arah
Yuhanis. Azmah buat-buat tak tahu..senyumannya disimpan dalam hati…..dan memang pun
dia tak tahu hal sebenar.

‘Hai, sakan tidur minah ni….pengsan ape ?’ kata Mizan dalam hati.

“Awal betul Hani tidur ni, mak.”


“Mmm, Hani ni pening tadi…kata dia kena hujan….mak risau kot ada ape-ape…buat kerja
tak renti.”

Mizan terkedu mendengar…kot ada ape-ape…..Mizan menelan air liur, tetiba tekaknya terasa
kesat.

“Urm..er…aaa…er, kami baru aje nikah mak.” Mizan terpaksa guna alasan yang Suraya
pernah adakan…….selepas berpisah baru Mizan sedar, bekas isterinya itu sememangnya
tidak mahukan anak.

“Kamu tak ingat ke kawan sekolah kamu tu..si Farid…nikah-nikah,terus lekat.”kata Azmah,
merenung wajah anak sulungnya.

‘Aik..macam mana tetiba keluar tajuk ni?’….fikir Mizan sambil laju mencari jawapan yang
sesuai.

“Ala mak…rezeki orang, lain-lain…mana nak sama…..er, Hani ni dah makan ubat ke?”
Mizan segera menukar tajuk….tajuk yang Mizan tahu emak paling suka.

“Tadi lepas makan malam, ayah kamu suruh dia makan ubat, sembahyang..terus tidur….tapi
budak Hani ni…selagi tak selesai kerja, dia nak buat jugak…bukan mak tak tahu, dia takut
mak buat kerja banyak…takut mak penat…mmm, bertuah mak dapat anak macam Hani…tu
yang mak tak mahu dia terlepas ke tangan orang lain…emak tak mahu kehilangannya .”
Azmah mengelus rambut panjang Yuhanis lembut.

Mizan tak tau nak kata apa. Mizan duduk di hujung katil…nak duduk jauh-jauh takut mak
dapat mencium lakonannya…..baru emak lari, cari batu belah batu bertangkup !…. Impian
emak menjangkau tinggi, melebihi azam Mizan yang tak mahu menyentuh buah hati emak
ayahnya.

“Mmm, biarlah Hani tidur mak…sihat karang dia bangunlah.” Kata Mizan akhirnya.

Mizan berharap biarlah Yuhanis terus tidur sampai pagi…sebab….Mizan tetiba rasa tak
selesa pula kena duduk sebilik dengan Yuhanis. Menyesal pulak dia balik ke
kampung….ingatkan selamatlah dia dari Sharif dan Zul. Rupa-rupanya…. keluar mulut
buaya, masuk mulut harimau pulak !

“Eer…mak minta maaf….er, mak tak tahu Mizan nak balik…tentu Mizan rindu sangat nak
tengok Hani, lima enam hari tak jumpa.”

‘Aaaah sudah !’ Mizan mula rasa cuak.

“Eh, Mizan tak ape-ape mak….biarlah Hani tu tidur….Mizan pun dah penat….tidur awal pun
bagus jugak.”

“Sebenarnya mak bagi Hani er..er..ubat tidur, setengah biji aje…mak nak Hani rehat…mak
risaukan kesihatan Hani… semua kerja dia nak buat, sudahlah hari tu derma darah untuk
Shila…mak tak mau ape-ape terjadi pada Hani.”
“Oh…ok lah tu mak…tak apa, Mizan ada tengok-tengokkan Hani malam ni…mak jangan
risau…mak pergilah berehat, ok.”

“Mmm, eloklah tu…kalau Mizan lapar, kat dapur ada lagi makanan bawah sangai…ayah
kamu dah lena agaknya.”

Mizan hanya memerhati emak mencium dahi Yuhanis sebelum berlalu meninggalkan Mizan
sendirian dengan Yuhanis yang lena tak sedarkan diri.

Dari pejabat terus drive ke kampung. Rumah pun Mizan malas nak singgah. Di rawat rehat
pun Mizan tak kuasa nak berhenti. Rasa nak cepat sampai saja. Walau pun badan terasa
sedikit penat, kepala Mizan rasa lapang. Selamat dia dari gesaan Zulkifli…sekarang,
termasuk pujukkan Sharif. Dua lawan satu…Mizan takut dia tertewas.

Kalau berperap di rumah pun Mizan yakin Zul dan Sharif akan sanggup berkampung di
rumahnya …bukan tak pernah terjadi. Semua kerana kedua sahabat baiknya itu hendak
menghalang Mizan dari penyakit kemurungan sebab berpisah dengan Suraya…konon
merekalah. Kesudahannya..demi persahabatan mereka yang telah lama terjalin sejak bujang,
Mizan terpaksa mengalah.

Tapi kali ini Mizan nak bubuh FULL STOP pada semua party-party cik siti dan bukan cik siti
sekelian. Terutama dinner party Cik Puan Siti malam esok. Dibuatnya Mizan mengalah
…kemungkinan besar Cik Puan Siti Zaleha akan menyangka dirinya tak bertepuk sebelah
tangan.

‘HUH !…tepuk-tepuk tangan !.ingat benda main-main ke.. macam tepuk amai-amai, belalang
kupu-kupu ….CEHHH !’….

Mizan terasa segar. Kini Mizan rasa lebih bertenaga. Mandi sudah. Sembahyang sudah.
Makan pun sudah…makan pun berselera sekali. Dak lama tak makan masakan emak…tapi
emak kata Yuhanis yang masak. Pandai si minah ni masak….terasa saperti masakan emak.
Lepas ni siap kau minah !

Jam baru menunjukkan pukul sepuluh malam. Mizan terpaksa duduk di biliknya. Sudah tiada
sesiapa lagi di ruang tamu….tapi nak berada di situ, takut pula… emak mengesaki sesuatu.
Sudahnya Mizan melilau di dalam bilik….sesekali mata Mizan melorot ke arah katil….

Tak minat nak buat ape-ape, badan pun penat…akhirnya Mizan duduk menyandar di kepala
katil. Surat khabar yang diambil dari ruang tamu dicapai. Kononnya nak membacalah…tapi
akhirnya surat khabar terdampar ke lantai.

Lain yang nak dibuat, lain yang dibuat. Mizan menupang dagu melihat Yuhanis. Dari hujung
rambut sampai kehujung kaki Yuhanis …free-free Mizan dapat tengok tanpa gangguan.
Lampu bilik yang terang, kononnya hendak membaca…sudahnya memberi Mizan peluang
menikmati kecantikan isteri yang direject…dari awal-awal lagi.

‘Cantik jugak minah ni.’

Mizan menatap wajah Yuhanis. Bersih tanpa secalit make up. Satu persatu mata Mizan
meniti…alis mata Yuhanis cantik terbentuk , bulu mata pun panjang dan lentik. Mizan
teringat pepatah lama…hidung mancung bak seludang, pipi bagai pauh dilayang…aah,
seludang ? pauh ?…Dia pernah tengok ke benda-benda tu ?..

Bibir bak delima merekah… tu Mizan faham, buah delima dia kenal….tapi tak sama lansung.
Bibir Yuhanis beribu kali lebih cantik, beribu kali lebih seksi….dari …buah delima ?….
Lama sekali mata Mizan merenung bibir Yuhanis yang sedang lena. Lain kali Mizan tak ada
peluang. Peluang yang ada Mizan sayang nak lepas.

Perlahan-lahan jari Mizan menyelak beberapa helaian rambut yang menyilang di muka
Yuhanis. Dari situ tangan Mizan memegang sejambak rambut Yuhanis….perlahan-lahan
dibawa ke hidungnya. Mizan tak sedar ape yang sedang dibuatnya. Mungkin kebosanan
sebab tak da kerja yang dia minat….sekarang minatnya membelek Yuhanis.

Mata Yuhanis tertutup rapat. Mizan jadi berani. Jari Mizan yang lebih berani. Perlahan-lahan
ibu jari Mizan mengelus bibir Yuhanis dengan lemah lembut. Mula-mula bibir bawah, lepas
tu bibir atas pula…kemudian kembali ke bibir bawah semula. Hati Mizan terasa damai.
Sekali sekala macam ada benda melompat-lompat dalam dadanya.

Tiada yang menghalang. Pantang anak lelaki berundur sebelum kalah…..Mata nakal Mizan
menurun ke tubuh Yuhanis. Yuhanis memakai t-shirt lusuh berbutang depan tanpa lengan.
Butang pun tak habis dikancing…pening sangat agaknya..fikir Mizan.

Baju biasalah terselak semasa tidur….tapi di sebabkan tak berkancing sepenuhnya….Mata


Mizan dijamu dengan sebahagian besar tubuh hadapan Yuhanis yang terdedah. Maak
aaii…putih, gebu, seksi, mengancam dan..dan…dan…..semuanya. Mizan terpesona……
Mizan menelan air liur. Tekaknya terasa kering …pas tu seperti ada gendang
..dub,dap,dup,dab di dada Mizan.

Mizan segera melarikan matanya ….pun tak kena…Yuhanis mengenakan seluar tidur nipis
paras peha. Peha yang putih gebu betul-betul menggugat iman Mizan. Cepat-cepat Mizan
menarik selimut menutup Yuhanis sampai ke pinggang. …tak boleh jadi jugak…Mizan
menarik semula selimut Yuhanis……kali ini menutup sampai ke dada pula. Lepas tu tarik
lagi… sampai ke leher.

HAAAK!.. Mizan menarik nafas semput. Mizan segera berbaring. Malas dia nak memandang
Yuhanis lagi. Terkebil-kebil Mizan memandang siling. Kantuknya hilang entah kemana. Baik
tutup saja mata…tak payah tengok ape-ape, hati pun tak sakit….jiwa pun tak merana.

‘Aisayman…lampu pulak tak tutup lagi, ini yang tak kuasa nak bangun balik !….aaaah,
lantaklah…biarkan saja. Tidur je.’

Mizan terlelap juga akhirnya…tapi terjaga tiba-tiba…bila terasa sesuatu menghempapnya.


Mula-mula Mizan menyangka dia bermimpi saje….tapi kalau badannya sendiri yang
merasa…Mizan mencelikkan mata. Ape ke bendanya…fikir Mizan dalam mamai.

Mizan terkaku…tak sempat nak berfikir. Yuhanis sedang memeluknya…ingat dia bantal
peluk ape ? Satu tangan sedap-sedap memeluk dada Mizan, kaki pula elok terletak menyilang
atas peha Mizan. Selimut pula dah ke mana. Seratus and hundred percent mengantuk Mizan
terbang melayang.
Mizan menoleh perlahan-lahan. Kepalanya saje yang boleh digerakkan ketika itu. Nak
merungkai pelukan Yuhanis pun, hati macam tak rela…seronok pulak rasanya. Toleh-
toleh…seinci lagi Mizan boleh mncium dahi Yuhanis….Tak cukup dengan itu haruman dari
rambut dan bedak yang dipakai Yuhanis meresap ke hidung Mizan.

‘ALAMAK !…batinnya terseksa.’

Mizan cuba melelapkan matanya. Membayangkan yang indah-indah. Apa lagi yang dia boleh
buat.

‘Padan muka aku !’

Mizan cuma dapat tidur-tidur ayam…kini nak tidur..ayam pun dah lari…. badannya dah naik
kebas sebab tak bergerak-gerah. Entah berapa lama begitu, Mizan bercadang nak mengaleh
tangan dan kaki Yuhanis perlahan-lahan.

Sebaik Mizan memegang tangan Yuhanis …tiba-tiba Yuhanis memebetulkan badannya,


kemudian mengereng arah Mizan….makin rapat ke tubuh Mizan dan makin erat pelukan
Yuhanis. Kepala Yuhanis siap melekap di tengkuk Mizan. Agak-agak kalau Mizan membalas
pelukan Yuhanis…apa akan terjadi ?

Mizan rasa seram sejuk, rasa nak melompat, rasa nak menjerit….semua ada….tapi tiba-tiba
Mizan mengeraskan badannya. Mizan segera berpura-pura tidur bila terasa perubahan pada
bahasa tubuh Yuhanis.

Yuhanis dah sedar !

Yuhanis membuka matanya perlahan-lahan. Rasa lama betul dia tidur…puas, lansung tak
terganggu….tapi rasa malas nak bangun tetap menjalar ke seluruh tubuhnya. Tiba-tiba
Yuhanis terhidu satu haruman lain menerjah ke hidungnya. Bau bantal peluk diakah?

Macam nak tersembul bijik mata Yuhanis melihat apa yang dipeluknya. “THE ROCK !’…
Yuhanis segera hendak merentap tangan, kaki dan semua tubuh badannya dari orang yang di
peluknya…tapi Yuhanis tiba-tiba teringat. Yuhanis kena pura-pura tak sedar….mana boleh
nak tarik serta merta. Tentu ketara sangat …malu dia nanti.

Perlahan-lahan Yuhanis mengangkat kepalanya sedikit untuk menjenguk muka


Mizan…Good,good…orang tu tengah lena…kena kalih perlahan-lahan agar Mizan tak
terjaga….kalau tak, kemana Yuhanis nak sorokkan muka.

Sekarang tangan pula. Perlahan-lahan Yuhanis mengangkat tangannya dari dada sasa
Mizan….rasa sayang pula nak kalih..tapi terpaksa kalau tak nak dicop perempuan gatal.
Tangan kembali ke sisi sendiri dan ..fuuuh..selamat!

Kini giliran kaki pulak. Entah berapa lamalah kakinya sedap-sedap landing kat situ, fikir
Yuhanis. Dah macam selesa aje..agak-agak, kalau terus dibiarkan kakinya di situ sambil buat-
buat lena, boleh tak?…tapi Yuhanis masih waras. Buat apelah nak cari penyakit ?
Setelah selamat berada di kawasannya…Yuhanis menolak selimut yang berpintal di
tubuhnya. Perlahan-lahan Yuhanis turun dari katil. Yuhanis merenung jam di dinding ….dah
pukul tiga setengah pagi…padanlah terjaga..waktu tahajudnya.

Matanya dah pandai, tak payah diajar lagi….dan ‘The Rock’ adalah perantaraan yang Allah
hantar kepadanya untuk bangun tahajjud…mm, jadi bantal peluk.

Apasal terang benderang ni ?…Yuhanis segera menukar lampu tidur. Satu di tepi katil, satu
di tepi bilik mandi. Yuhanis mengambil tuala lalu terus masuk ke bilik air. Yuhanis tak
mandi. Sejuk. Cukup sekadar membersihkan apa yang patut dan gosok gigi.

Dengan bertuala dan baju saja Yuhanis keluar menjinjit seluar tidurnya. Yuhanis
membentang sejadahnya di tempat biasa..di hujung kaki katil. Kemudian Yuhanis memakai
telekung. Dengan lafaz ‘Bismillahhir Rahmanir Rahiim’ Yuhanis memasang niat……”Sahaja
aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala…Allahhuakbar.”

Selesai sembahyang tahajjud, Yuhanis beristigfar dan berselawat tiga kali. Ikut
kemampuannya saja…daripada tak buat lansung. Kemudian Yuhanis berdoa, tak lupa
memanjatkan syukur kerana Allah menggerakkannya bangun dari tidur untuk bertahajjud.
..juga memberi kesihatan kepadanya, sakit kepalanya dah hilang.

Yuhanis masih ingat kata-kata Ustazah Kalsum suatu masa dulu….antara sebab kita susah
hendak bangun tahajjud adalah kerana kita tak berniat lansung untuk melakukannya sebelum
tidur dan kerana ada membuat dosa….jika tidak,.. akan ada sesuatu yang akan jadi penyebab,
menggerakkan kita bangun.

Lepas tu terpulanglah kepada siapa yang hendak rebut ganjaran lumayan yang Allah
sediakan. Percuma !..Tak payah teka ape-ape, tak payah susah-susah nak cari jawapan dan
tak payah perah otak cari ayat untuk lengkapkan ape-ape slogan….Cuma sembahyang malam
dua rakaat saja.

Kata Ustazah Kalsum lagi, kalaulah kita selalu ingat betapa besarnya fadilat sembahyang
tahajjud itu pasti kita akan rebut peluang ini….akan terasa rugi jika lepaskan. Tiga hadiah
besar dari Allah yang pasti kita semua perlukan di dalam kehidupan. ….

Sayyidina ‘Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Pada yang
bersembahyang pada sepertiga malam yang akhir Allah berfirman….

Siapa diantara penghuni bumi yang ada permintaan, akan Aku beri.

Siapa yang ingin bertaubat, Aku ampuni.

Siapa yang mempunyai hajad, akan Aku perkenankan.

Ooh, bestnya… Yuhanis perlu semua itu untuk kebahagiaan dalam hidupnya….terutama
untuk menghadapi ‘The Rock’. Sebelum menutup doanya seperti biasa Yuhanis berdoa untuk
semua kaum keluarga dan orang-orang yang dikasihinya.
Baru terlena, tidur Mizan terganggu pula. Kalau dah dipeluk begitu pun tak terjaga..entahlah,
boleh dimasukkan dalam katagori mayat kot….Mizan terpaksa jugaklah berpura-pura tidur
sebab malas nak kecoh-kecoh.

Lagi pun tentu minah tu akan termalu….Mizan ok je. Rasa nak gelak pun ada dengan gelagat
Yuhanis. Minah tu betul-betul ingat dia lena macam batu…beriye takut Mizan terjaga.

Dalam pada nak lena semula, sesekali Mizan membuka mata… memerhati tingkah laku
Yuhanis. Ini kali kedua mereka sebilik… dan sekatil. Masa kali pertama dulu Mizan masih
ingat… waktu tu dia memang tengah marah. Sakit hati sangat-sangat sebab terpaksa
menikahi Yuhanis…adake lelaki yang suka dipaksa kahwin.

Kali ini tiada pula perasaan marah. Mungkin sebab Mizan dah boleh terima kenyataan…
benda nak jadi, pasti terjadi. Cuma ada rasa geram …rasa bengkek kat Yuhanis. Itu pun
bukan sebab diri Yuhanis… tapi apa yang minah tu buat padanya.

Mungkin salah Mizan jugak yang mulakan..tapi janganlah sampai mengganggu hal
kerjayanya. Kalau hujung minggu tak apalah jugak. Macam budak kecik…balas dendam
dengan melarikan seluar dalam orang…

Mizan boleh nampak Yuhanis duduk bangun mengerjakan sembahyang malamnya. Macam-
macam bermain di benak Mizan. …tapi sekarang bukan masanya untuk check hati sendiri.
Baik dia tidur…jika tidak, mau dia jadi macam ayam sakit besok pagi.

…Tapi Mizan tak dapat lena….nak lena macam mana….suara bisikkan Yuhanis yang sedang
berdoa jelas kedengaran menyusup ke telinganya.

“Ya Allah, ampunkan dosaku dan suamiku, dosa semua keluargaku..yang hidup dan yang
telak pergi…. Berikanlah kami tempat sebaik-baiknya di syurga MU kelak. Ya Allah
berikanlah kesihatan, panjang umur, dimurahkan rezeki, ketenangan dan segala yang baik-
baik padaku dan suamiku…juga emak dan ayah…Abang Nizam, Shila dan baby…Yusri,
Sara dan Suri…juga Nek leha…juga untuk mak dan abah, adik Yusri, adik Sarimah dan
Surina…semoga kami dapat bertemu semula di syurga MU kelak..Ya
Allah…isk,isk.”…Yuhanis mula sebak.

“Hani rindu pada mak dan abah..juga adik Yusri, Sari dan Suri..isk,isk,isk…Ya Allah
tolonglah hapuskan kerinduan ini…berikanlah hidup yang tenteram buat diriku…Amiin, Ya
Rabbal alamin..isk,isk,isk.’

Dada Mizan terasa ketat. Mata Mizan terasa panas. Bohonglah kalau kata dia tak tersentuh.
Mizan rasa keihklasan dalam doa Yuhanis…tapi buat apalah dia nak emo pulak. Sekarang
dah tahu Yuhanis doakan kebaikkan untuknya…Mizan juga akan lakukan yang sama.

Sekarang Mizan dah lihat, dah tengok dan nampak. Fine…Mizan akui kebenaran kata-kata
emaknya…Yuhanis budak baik. Yuhanis juga gadis cantik. Cuma Mizan tak mahu jatuh cinta
lagi. Mizan kena jaga haatinya. Setakad terpesona pada kecantikan…itu normal buat lelaki
sejati. Untuk Mizan setakad itu saja. Tak kan ada lebih.
Seketika kedengaran langkah Yuhanis mendekati katil. Walau pun mata tertutup kemas,
Mizan dapat rasakan Yuhanis berada dekat di sisinya. Kemudian Mizan rasa tubuhnya
diselimutkan perlahan-lahan.

‘Alahai …ini yang buat dia lemah niii.’ Keluh hati Mizan. Kalau macam ni macam mana nak
balas dendam dengan minah ni…lebih-lebih lagi perasaan marahnya dah mula menurun.
Kenapa ? Entah….mungkin sebab..sejuk hatinya melihat minah tu sembahyang malam…dan
sudi mendoakan dia.

Bersama langkah Yuhanis, mata Mizan menyorot melihat Yuhanis yang sudah membuka
telekung mengambil tempatnya di sebelah sana katil. Kali ini ada sempadan diletakkan di
tengah-tengah katil. Yuhanis telah meletakkan bantal peluk antaranya dan Mizan. Mana
datangnya bantal peluk tu….haa, Mizan dah boleh agak…dari lantai.

“Awak..awak..bangun..dah Subuh…bangun, sembahyang Subuh.”….

Mizan menggeliat …dan..ah, liatny nak bangun. Mata yang masih mamai terus terang melihat
Yuhanis yang dah siap perpakaian dan bertudung…..aaik, bertudung ?…Subuh sepie nak
kemana minah ni…fikir Mizan.

“Awak tak boleh sembahyang ke?”….alahaai, apa punya soalan daa…

“Saya dah sembahyang awal-awal lagi…” jawab Yuhanis dengan senyuman kecil…aah,
comelnya.

“Tadi saya gerak…nampak macam nak bangun…bila naik balik, rupanya masih
lena…oklah,..saya pergi dulu.”sambung Yuhanis sebelum melangkah semula ke pintu.

“Awak nak pergi mana pagi-pagi buta ni ?” tanya Mizan sambil menolak selimut.

“Hi,hi,hi…tak buta dah….Subuh dak nak balik ada…cepatlah awak…saya nak pergi beli
kuih kat gerai depan tu…lambat-lambat nanti tak ada pulak bengkang tepung untuk
Shila…awak nak ape-apeke…boleh saya belikan.”

“Saya tak kisah…semua saya makan….Cuma, nanti balik dari kedai…terus naik bilik…saya
nak awak…er..er..maksud saya, saya nak cakap sikit dengan awak…er..pasal kita..er,
mak,ayah..er..nantilah, saya sembahyang dulu.”…Mizan melangkah laju masuk ke bilik air.

‘Eeeeii, entah ape-apelah mulutnya… asyik tersasul pagi-pagi ni.”…Mizan memarahi


dirinya.

“Haa..Hani, dah panggil Abang Mizan kamu turun sarapanke ?” tanya Marzuki yang sedang
duduk bersarapan di meja dapur.

“Sudah ayah…the..er..A..Abang Mizan kata kejap lagi dia turunle…Hani dah panggil
tadi.”nasib baik Yuhanis cepat tersedar. .. janganle dia tergagap-gagap nak panggil abang
pada Mizan. ..

Tak alah, tak bisa…tak tegal, tak biasa…tulah sebabnya.


“Mizan tu penat lagi…biarlah dia nak tidur balik…malam tadi sampai pun dari tempat
kerja…seharian tak rehat.” Kata Mak Azmah yang duduk di sebelah Marzuki.

Mak Azmah sedang mencedok bihun goreng ke dalam pinggan ayah. Air teh pun emak yang
tuangkan. Bukan ayah tak ada tangan…tapi…aah, ikut sajalah contoh bagaimana nak
melayan suami. Selama ni Yuhanis selalu je tengok emak melayan ayah begitu…tapi tak
pernah nak ambil pot.

“Er..Aaabang Mizan sampai pukul berapa semalam mak…Hani tak sedar lansung….pagi tadi
gerak Subuh pun dua kali…penat sangat kot…tak apelah, mak ngan ayah sarapan
dulu…karang Hani sarapan dengan A.abang Mizan.”

“Hish…dibuatnye tidur balik sampai tengahari…karang perut masuk angin…kan


susah….”kata Mak Azmah.

“Perut sapa yang masuk angin ni ?…” soal Mizan yang baru melangkah ke ruang makan.

“Haa Mizan elokle kamu turun… Hani ni, nak tunggu kamu turun…baru nak
sarapan…udahle dua tiga hari tak lalu makan…nunggu kamu rupenye.” Kata ayah.

“Sayang jugak Hani kat abang ye ?…ok, jom kita sarapan…abang dah lapar ni.” kata Mizan
selamba sambil menarik kerusi duduk di sebelah Yuhanis.

Berlakun…erk.

Yuhanis hanya mampu mempamerkan senyuman… takkan nak nangis pulak…tapi..tak tau
nak balas macam mana. Cepat-cepat Yuhanis menuangkan teh ke cawan Mizan. Bihun juga
Yuhanis tolong cedokkan. Makan aje suap sendiri.

Nak berlakun kena real…tapi jangan sampai terover pulak. Kenapalah ‘The Rock’ tiba-tiba je
menjelma…jenuhlah Yuhanis nak berlagak macam dah biasa. Bertembung muka boleh dikira
dengan jari. Bercakap pun….jadi lebih sikit, sebab peristiwa katil reban. Kalau tak, jangan
harap. Yuhanis tersenyum teringat cerita katil reban.

“Amboi..sarapan sambil senyum-senyum…tulah ayah dah kata kat emak kamu ni….Hani tak
lalu makan sebab rindukan Mizan..tu yang nak suruh kamu balik saja ….baru nikah
sebulan..kena duduk, jauh-jauh..mana tak rindu…nanti ayah cari orang jaga Shila.” Kata
Marzuki.

Muka Yuhanis jadi merah. Apasalah ayah jadi romantik pagi-pagi ni…

“Yelah…betul kata abang…Shila pun dah selamat, hari tu nak tunggu kat hospital yang kena
kita…rasanya karang boleh pergi tanya pada Kak Wan yang duduk kat simpang tu…nanti
upahnya kita rundinglah, kira sampai habis pantang.”kata Azmah.

“Abang balik besok..Hani nak ikut balik ke ?” soal Mizan tiba-tiba. Mata memandang
Yuhanis di sebelah.

Berlakon..erk.
Isshy..kenapa tanya macam ni pulak…rungut hati Yuhanis. Yuhanis jadi serba salah nak
jawab…Karang jawab, tak nak balik, baru semua terangkat punggung. Berapa lama lagilah
Yuhanis dapat bertahan jadi isteri halimunan ?…. Asal jangan hilang sabar, jadi ‘incredible
hulk’ sudah.

“Er..Hani ikut abang saje…kalau abang nak Hani balik, Hani ikutlah…tapi kesian kat emak.”
Jawapan selamat dari Yuhanis.

“Eloklah Hani balik..kesian Mizan tak ada orang nak jagakan makan minum….sorang-sorang
kat rumah tu.” Emak pulak yang jawab….Yuhanis harap itu bukan kata pemutus.

Yuhanis berharap ‘The Rock’ bersuara,’ tinggal tolong emak.’..macam hari tu …atau pun
sekurang-kurangnya…’tinggallah sehari dua lagi’….Yuhanis akan melompat tinggi…tapi
orang tu diam aje.

Yuhanis kena balik besok.

“Kenapa awak tak naik pagi tadi…kan dah pesan.” Tanya Mizan… sebaik Yuhanis masuk
kebilik selepas membantu Mak Cik Kiah di dapur, menyediakan makan tengahari untuk
mereka sekeluarga termasuk ibu dalam pantang.

Hani dan abang dah tukar balik pada awak dan saya sebaik pintu bilik ditutup.

“Nasib baik, awak reti bahasa…kalau tak siap kita.” Sambung Mizan lagi.

Kita ?….Siapa yang buat hal…undang-undang bagai ?….tapi Yuhanis tak nak cari
gaduh…lagi-lagi kat rumah emak ayah…lagi susah nak berlakon karang. Hati tengan marah,
tapi mulut kena senyum. Senangke nak buat ?

“Saya naik tadi…tapi.. awak tengah lena…saya tak mahu le ganggu.”…. Yuhanis bersiap
untuk mandi, lagi pun pakaiannya dah basah semasa mandikan baby….tak berapa nak pas
lagi.

“Lain kali gerak..saya bukannya tidur mati….saya cuma nak kita pakat..apa nak buat bila
depan orang tua kita…apa yang awak patut panggil saya, begitu juga saya…saya tak nak
susahkan hati emak dengan ayah tu….saya takut awak panggil saya, awak-awak saje depan
mereka, takut awak buat perangai depan mereka..manalah tahu, nak kenakan saya…nak balas
dendam ke..”

“Jadi..lain kali, setiap kali kita berada di sini…kita buat biasa-biasa macm suami-isteri
lain..jadi tak payahlah saya nak terangkan banyak kali…pandai-pandai berlakon…kalau tak
siap awak…kalau jadi ape-ape pada emak dan ayah, awak akan saya salahkan..faham!”

“Tapi saya peliklah… kenapa awak nak susah payah jaga anak dan isteri buah hati awak
tu…apa yang awak harapkan…atau awak nak tunggu, dia ajak awak jadi isteri nombor dua,
gitu…mana maruah awak, haa ? Awak tak rasa sakit hatike tengok anak dia dengan orang
lain?…kalau kamu berdua nak kahwin….saya tak akan lepaskan awak dalam waktu terdekad
ni…kena tunggu, tengok macam mana keadaan mak,ayah….kalau awak tak sabar, nasib
awaklah.”
Yuhanis sekadar menelan air liur. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Nak kata apa
lagi…orang tu gian nak bercakap gamaknye…tu yang tak ada ruang Yuhanis nak mencelah.
Yuhanis bukannya bodoh. Nak cari gaduh, boleh je…tapi takut berdosa. Api tak boleh lawan
dengan api…emak dah pesan siap-siap…gamaknya emak dah tahu perangai anak dudanya.
Emak dah jangka agaknye…pandai mak. Tu lah…mak dulu makan garam, awai-awai dah
tahu…garam tu masin.

Tambah-tambah bila Yuhanis masih ingat kata ustaz …penghuni neraka, ramai orang
perempuan…antara sebabnya ialah…perempuan tak pandai jaga mulut bila bercakap dengan
suami..mmm, Yuhanis kena jaga mulut. Bior orang tu cakap sorang-sorang. Baik Yuhanis
tutup mulut je….mudah-mudahan senang dapat masuk syurga.

Lagi pun ‘The Rock’ dah tak jerit-jerit lagi. Dia dah cakap baik pun, dah cukup…walaupun
kata-katanya menyakitkan hati, menikam kalbu, menusuk hati bagai dihiris sembilu.

Rupanya senang jadi pelakon. Lakonan Yuhanis dan Mizan menjadi. Emak dan ayah tak
perasan ape-ape….so, kira berjayale. Seharian Yuhanis jadi isteri mithali melayan makan
minum suami. Mizan menjadi suami yang normal…duduk baca surat khabar setengah hari
dan melawat kampung ganti tok pengulu setengah hari….haak, tak lupa ada waktu rehat
untuk tidur….cukup kerja satu hari.

Yang susahnya bila dah tak payah berlakon semasa dalam bilik. Kalau boleh Yuhanis nak
lena macam semalam…tak payah nak fikir apa-apa. Yuhanis tak boleh nak bantah bila emak
menyuruhnya masuk bilik awal. Biasalah emak…katanya untuk layan suami. Nak layan apa
lagi…tilam bantal dah siap terhidang….ops, silap….terbentang..tidor je le. Bukannye susah.

Sembahyang Isyak dah lama berlalu..Mizan masih tak nampak batang hidung. Mungkin
jumpa kawan lama di masjid. Yuhanis lega. Yuhanis nak mengaji sebaris dua …kemudian
sambung menghafaz. Sekarang sudah sampai ayat dua puluh sembilan surah Waqiah.

Yuhanis nak hafaz dua ayat lagi. Beberapa kali Yuhanis membuka tutup Quran kecilnya.
Begitu juga dengan matanya. Menghafaz sambil menutup mata. Bila tersangkut Yuhanis
tengok balik dalam Quran. Sedar-sedar…Yuhanis dah tak sedar.

“Mak tengok Mizan gelisah semacam aje….nak naik bilik, pergile. Hani ada kat atas
tu…ingatkan tadi mak nak ambil peluang berbual dengan Mizan sekejap…ade benda yang
mak nak pesan-pesan kamu tu….kalau dah tak boleh..lain kali pun, tak mengapale.”kata
Azmah ketika melihat Mizan tak usik lansung air kopi yang terhidang. Macam orang nak
lekas saje.

“ Mizan dengan Yuhanis kat sana macam mana?…Yuhanis tak ada bagi masaalah ape-ape
kan? Hani tu budak baik, pandai bawa diri…kalau ada buat perkara yang Mizan tak suka,
tegur elok-elok…dia budak dengar kata.” Marzuki pula bersuara. Marzuki berharap
perkahwinan Mizan dan Yuhanis boleh memberi kebahagian pada kedua-dua mereka. Lebih-
lebih lagi Mizan yang telah lama hidup sendirian.

“Semua ok, ayah…Yuhanis pun tak ada buat masaalah…semua biasa-biasa…Cuma Mizan
sibuk sangat sekarang ni…tak boleh nak bawa Hani balik selalu.” Mizan menjawab
bersahaja. Mizan cuba berlagak biasa. Mizan tak mahu emak dan ayah menghidu rahsia
rumahtangganya.
“Mak ni, bukan nak campur urusan rumahtangga Mizan…Cuma mak nak kamu berdua cepat-
cepat dapat anak…anak tu pengikat kasih suami isteri.”

‘UHUK !UHUK !UHUK !

Mizan tersedak. Mengapalah emak membuka topik ini…ketika dia sedang menghirup kopi
panas pulak tu.

“Ishk, budak ni…kopi tu kan panas lagi, pelan-pelanlah minum tu.” Tegur Azmah sambil
menghulur sekotak tisu kepada Mizan.

“Dah budak tu nak naik cepat, awak pulak nak ajak sembanglah, minum kopi lagilah…mana
tak tersedaknye.” Kata Marzuki pula. Bunyi macam nak membela tapi macam ada maksud
tersirat saje.

“Mak nak kata ape sebenarnya ni…cakaplah. Mizan ok…bukan ada kerja nak buat pun.”
Jawab Mizan. Ingin jugak nak tahu.

“Er…mak ni risau le sikit pasai kamu….bukan si Hani tu.” Azmah membuka bicara.

Sudah!..Mizan sedikit cemas….ini hal minahtu dengan Nizam ke?..eh, kenapa dia nak cemas
pulak?

“Ayahnye le yang cakap…” tetiba Azmah menarik diri. Ayah sekali !

“Ishk, awak cakap ajele Mah…nak malu apenye…Mizan tu, kalau ikut umur..dah boleh jadi
bapak orang…cakap je, bagi dia faham.” Kata Marzuki. Mizan bertambah cemas…bukan
pasal Nizam dan minah tu…lagi suspen.

“Er..er..dulu masa…er…aaa.. Mizan kahwin…mm, dengan budak Suraya tu…berapa lama,


..er…mak rasa dekat lima tahun adekan…er…kamu tak dapat anak…si Su tu tak
mengandung-ngandung….

Haaa..Mizan dah dapat….dah faham.

“…..jadi mak ngan ayah kamu ni risaule kot-kot…er..aaa…Mizan yang ade masaalah
….masaalah..er..masaalah dalaman….er…

Mizan nak ketawa besar….tapi terpaksa ditahan…..emak,emak ! ayah pun sama. Macam
mana nak cakap ni…Mizan mula merangka.

“Kalau Mizan ade masaalah..kamu jangan malu-malu…..dalam hal zuriat ni, jangan ambil
mudah…kalau nak ikhtiar, biar dari sekarang..kalau Mizan malu…nak cakap berdua dengan
ayah..ok jugak….macam mana.”kata Marzuki..mata merenung Mizan.

“Ala nak malu dengan mak buat ape?…macam nile…ape kata Mizan pergi buat pemeriksaan
kesuburan…dah sebulan lebih kahwin, tak nampak ape-ape…kalau Mizan betul ade
masaalah, boleh cepat-cepat berubat.” Tambah Azmah. …mak dah tak malu dah.
“Yang paling menakutkan orang laki-laki…iale..penyakit..er..mm,,,er,..ma..mati
pucuk…ayah takut kamu..er..mm…” kata-kata Marzuki termati kat situ…tak sampai hati nak
habiskan. Mata tajam memandang Mizan.

“Erm..mmm…mak ayah..Mizan sihat…Mizan tak ada apa-apa masaalah.” Mizan mencelah


cepat-cepat sebelum ayah membariskan semua jenis penyakit laki-laki di depan emak.

“Habis tu?” tanya mak, tak sabar.

“Erm…si Suraya yang tak nak anak.” Jawab Mizan sambil memandang teko kopi di atas
meja di ruang tamu mereka.

“Dulu..mak tanya..kamu tak kata ape-ape pun…melampau betul budak Suraya tu…yang
kamu mengikut aje tu ape ke hei nye….kamu pun tak kisah, gamaknye….hei, entahle
bebudak sekarang…dah tua karang, baru nak beranak kecik….dah beruban, anak baru masuk
tadika.” Azmah meluahkan rasa tak puas hati.

“Bilele mak ngan ayah kamu ni nak merasa timang cucu….jangan-jangan..sampei masuk
kubor, tak merase.” Keluh Azmah.

Azmah mengesat air mata yang tiba-tiba nak luruh di tubir mata. Bilalah mereka nak merasa
bercucu…cucu sendiri.

Mizan tercengang…Mizan tak faham….habis tu,…baby dalam bilik tu cucu sapa?

Mizan melangkah masuk ke bilik yang masih terang benderang. Sekali imbas tak nampak pun
kelibat si minah tu. Rasa-rasa macam dah boleh agak dah. ..kalau tak dalam bilik
air…mungkin dah jatuh katil sebelah sana. Lasak betul tidur budak tu.

Di hujung katil Mizan nampak Yuhanis tergolek lena, berbungkus telekung. Mizan berdiri di
tepi sejadah. Quran sedang terbuka… mata orang yang membaca saja yang tertutup.

“Hei…awak…Hani…bangun!…Hani!…bangun. Kenapa tidur kat sini…dah tau nak tidur,


naikle katil tu…apalah awak ni.”

Yuhanis tak berkutik…lena soh.

Mizan menenggong pula.Satu jarinya mencuit kaki Yuhanis.

“Hani !…hei Hani…awak, bangunle…menyusahkan diri aje…Hani !”

Akhirnya Mizan menggoyangkan bahu Yuhanis.

“Oh…erm..terlena rupanye…erm..ok,ok.” Kata Yuhanis.

Mizan bangun meninggalkan Yuhanis yang sedang berusaha untuk bangun. Mizan membuka
pakaiannya. Dengan bertuala Mizan ke bilik air. Sempat matanya mengerling ke arah
Yuhanis yang sedang duduk membuka telekung.
Dengan mata separuh terbuka Yuhanis membuka telekung. Seketika Yuhanis berteleku diam
dengan mata kuyu. Perlahan-lahan tangan Yuhanis mula melipat telekung…lipat cara orang
mengantuk. Setengah jalan tangan Yuhanis terhenti. Perlahan-lahan kepala Yuhanis
menunduk…melihat hasil kerjanya.

Sekadar melihat tapi dah tak nampak. Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup sendiri.
Seketika Yuhanis tersengguk-sengguk. Kemudian perlahan-lahan terkulai layu…landing
semula di atas sejadah.

Mizan keluar dari bilik air selepas membersihkan debu-debu jalanan. Siap gosok gigi sekali.
Langkah Mizan terhenti di tengah bilik.

“HAAIISSHHH minah niii!”

Mizan memakai t-shirt dan seluar Hawai five-O lamanya. Kemudian menyidai tuala. Lampu
bilik ditukar dengan lampu tidur. Mizan melangkah ke sisi Yuhanis.

“Hei..bangunlah…naik katil tu….tak nak sudah….jangan harap aku nak tolong!…apa, awak
ingat aku nak dukung !…sorry…tidurle kat situ.”

Mizan meninggalkan Yuhanis lalu melangkah ke katil. Mizan berbaring sambil menjeling
sekilas kea rah Yuhanis yang sedap tergolek lena.

“Mmmm…lantaklah kau.” Mizan memejamkan mata.

Seketika mata Mizan mengintai Yuhanis semula. Mizan menutup matanya kembali. Lepas tu
tengok Yuhanis lagi….lama-lama…

“HAAAiiishhhh budak ni….menyusahkan oranglah.” Gerutu Mizan.

Mizan bangun meninggalkan katil, lalu melangkah mendapatkan Yuhanis semula. Seketika
Mizan berdiri memandang Yuhanis. Seketika kemudian Mizan menenggong pula. Mizan
merenung Yuhanis yang masih dengan kain telekung.

Perlahan-lahan Mizan mencampung Yuhanis lalu dikendong ke katil. Rasa macam nak
campak aje kat atas katil…tapi Mizan tak sampai hati. Anak kucing pun dia tak sanggup buat
macam tu, Inilan pula anak emas mak dan ayahnya.

Perlahan-lahan Mizan melutut satu kaki di atas katil…kemudian membaringkan Yuhanis di


tempatnya sebelah dinding. Rambut Yuhanis yang tadinya bersanggul, terungkai di atas
bantal. Haruman lembut mencecah di hidung Mizan. Mizan dah mula serasi dengan haruman
Yuhanis. Sedap pulak. Shampo apa minah ni pakai, Mizan tak tau pula. Kalau dia sibuk nak
ambil tahu, kena tengok kan bilik mandi.

Mizan merenung Yuhanis seketika. Tengok kain telekung yang terpintal…banyak di bawah
dari di atas. Getah kain bukan kat pinggang tapi kat peha…mungkin terpijak masa Mizan
mengangkat Yuhanis tadi. Perlahan-lahan Mizan menarik kain telekung, lalu disangkut di
kepala katil.
Mizan terdiam seketika melihat Yuhanis lengkap berpakaian baju kurung. Baju kurung yang
besar gedebeh dan seleweh.. saperti yang Mizan lihat pertama kali semasa Yuhanis merayu
Mizan berkahwin dengannya. Mmm, apa hal pulak budak ni….macam nak menyorokkan
tubuhnya dari …?…siapa lagi…dialah, Mizan sendiri.

‘Alaaa…semalam semua dah tengok…siap pegang lagi…nak sorok konon….macamlah dia


teringin.’ Gerutu Mizan. Apa?… minah ni elok tampal aje kat dahinya perkataan….reserve !

Mizan tak tahu kenapa dia tetiba bengang. Mizan kembali ke tempatnya lalu menghempaskan
badannya ke tilam.

Menyusahkan ! Betul-betul menyusahkan!

Minah tu menyusahkan.

BAB 19

Mizan memberhentikan keretanya di lampu isyarat merah yang sedang menyala. Ini simpang
terakhir ke rumahnya. Dah dekat masuk waktu Mangrib. Sembahyang Asar telah dijamak
dengan sembahyang Zohor di kampung. Sepanjang perjalanan dari kampung Mizan
memandu dengan hati mendongkol.

Ingat kanpung , teringat Yuhanis. Sakit hati Mizan. Stering kereta di hadapannya
dihentak…haak, Mizan melepas geram…tapi, tak lepas jugak. Geram masih ada di hati.
Kemudian jari jemarinya melurut rambutnya yang dah agak panjang ke belakang. Mizan tak
puas hati. Dah bersiap nak balik, last minit Yuhanis buat perangai. Sayang sangat dengan
keluarga buah hatinya.

Sepatutnya Yuhanis jadilah saperti perempuan-perempuan yang lain…ada rasa cemburu pada
anak isteri buah hatinya….bencike,tak kuasa nak dekat, menyampahke….Ini tidak, sanggup
pula dia menjaga anak dan isteri, bekas tunang…suami tak jadinya. Sanggup batalkan
rancangan untuk balik bersamanya semata-mata nak jaga baby yang demam. Mak bapak
budak tu ada, biarkanlah. Lainlah kalau baby sendiri…ERK?

“Mak,ayah, Abang Mizan…baby demam panas…macam mana ni…kalau Hani balik, mak
tentu kena berjaga malam…kalau panas baby bertambah…mak ngan ayah kena bawa ke
klinik…kesian ayah ngan mak tinggal berdua.”Yuhanis menyatakan apa yang semua orang
dah sedia maklum.

“Kalau tak nak balik, cakap ajelah terus terang tak nak ikut ikut balik.” Marah Mizan….tapi
tiada sesiapa yang mendengar. Mizan hanya sendirian dalam kereta…dah nak sampai rumah
pun.

“Nanti baby dah baik demam, Hani akan balik naik bas.” Kata Hani sebelum bersalaman dan
mencium tangan Mizan.

Mizan sekadar mengangguk…tak kan nak kata tak boleh di hadapan emak dan ayah. Nampak
sangat dia tak kesiankan orang tuanya. Nampak sangat Yuhanis tu baik..nampak sangat dia
yang tak bertimbang rasa. Emak dan ayah nampak gembira bila Yuhanis tak jadi mengikut
Mizan balik. Mizan sorang yang tak gembira….tapi , kenapa.. ERK ?
“Shila tak payah risau dah…demam baby dah berkurangan…ce rasa…dah tak panas macam
semalam…alaa, cian,cian baby…demam nak besor rupenye ye…alaa, bucuk,bucuk, bucuk.”
Kata Yuhanis sebelum mencium-cium pipi baby yang sedang berbaring di tepi Shila.

“Terima kasin Hani, susah payah tolong jaga baby, jaga Shila…. Shila rasa bersalah sangat-
sangat kerana selama ini bersangka buruk pada Hani…sepatutnya Shila yang patut rasa
bersalah, merampas Nizam dari Shila…tapi masa tu, Shila tak tahu Nizam dah ada
tunang….Shila betul-betul rasa bersalah, Shila dah insaf…sebab Shila, porak peranda
keuarga Nizam…Shila malu…Shila minta maaf banyak-banyah pada Hani.” Kata Shila tiba-
tiba. Perlahan-lahan Shila meletakkan tangannya ke atas tangan Hani yang terletak di birai
katil, di tepi bantal kepala baby.

YUhanis terdiam. Matanya yang sedang memandang baby menyorot ke seraut wajah pucat
yang sedang menyandar di kepala katil.

“Er..er..Hani sebenarnya..er..sebenarnya tak tahu nak cakap ape…marah tu memangle


marah…geram, sakit hati dan macam-macam lagi…tapi sekarang rasanya
mmm…entahle..Hani tak tahulah ..ok dah kot. …Hani pun dah ada suami….Cuma…Hani
kesian kat Abang Nizam, Hani nak dia gembira…walau pun tak jadi kahwin dengan
Hani…Hani nak dia rasa seronok ada isteri, anak dan keluarga…Kat manale Abang Nizam
sekarang…kita semua nak dia balik…Hani cuba nak pujuk hari tu…tapi tak sempat nak
cakap ape-ape, dah ..er..putus…mmm….ce Shila cuba call lagi..pujuk, merayu…
SMSle…kot,kot sejuk hati Abang Nizam tu sikit.” Kata Hani dengan penuh hati-hati.

Hani tak nak kocakkan air yang baru saje tenang. Kebahagiaan perlu dipupuk bersama..begitu
juga keamanan. Begitu juga dalam perkahwinannya dengan Mizan. Yuhanis akan ikut saja
rentak kemahuan Mizan…mudah-mudahan Mizan dapat menerimanya….ya, dengan izin
Allah.

“Nizam ada cakap apa-apa tak dengan Hani ?” Tanya Shila denga mata memandang wajah
polos Yuhanis yang masih melutut di tepi katil bermain-main dengan jari-jari kecil baby.

“Hal ape ?”

“Baby?”tanya Shila kembali.

Yuhanis mengangguk perlahan-lahan. Mata Yuhanis merenung pula baby comel yang tak
bersalah…dan tak minta dilahirkan ke dunia. Baby yang tak tahu apa-apa….Abang Nizam
yang susah nak faham…..tapi mungkin Abang Nizam bukan merajuk pasal
baby…tapi…Shila?

“Shila telah melakukan kesalahan besar sebab terlalu percaya pada cinta…bila terdesak, Shila
lakukan kesalahan lagi..Shila.. Shila…perangkap Nizam supaya dapat bernikah….Nizam
budak betul bendul…Shila nak lepas sesak…tapi lepas tu, Shila betul-betul jatuh cinta pada
Nizam…dia lelaki baik….tapi sekarang Shila dah kehilangan dia…Shila menyesal, Shila
berdosa…sekarang Shila malu pada semua…pada Hani, Nizam….er,..mmm, emak dan ayah
tahu jugakah ?”

Yuhanis serba salah…tapi Shila harus berani menghadapi kenyataan. Shila juga telah
melakukan kesalahan pada emak dan ayah. Yuhanis berharap Shila dapat menebus
kesalahannya kepada kedua orang tua mereka. Yuhanis mengangguk sekali lagi. Mudah-
mudahan emak dan ayah boleh memaafkan Shila….tapi kalau kena marah…biasale, mula-
mula aje..lepas tu pelan-pelan semua akan ok. Kebanyakkan orang-orang tua macam tu.

‘Ahak…kalau Shila kena bamboo dan kena halau…jenuhlah kau Yuhanis…bagus punya
nasihat!’

“Er.. Shila jangan risau…baik Shila terus terang cakap pada emak dan ayah…minta maaf dari
mereka…Hani pasti emak ngan ayah akan faham …mereka berdua sangat baik..Hani harap
Abang Nizam cepat balik…mak ngan ayah sedih bila Abang Nizam bertindak macam
ni….kalau boleh, biarlah mereka hidup tenteram pada usia begini.”

“Alaa malunye…Shila ingat Hani sorang yang tahu, Nizam mesti cerita pada Hani….sampai
emak dengan ayah pun dah tahu…eeii, malunya….macam mana Shila nak tengok muka mak
ayah lepas ni…kalau boleh lari, Shila rasa ..nak lari saja.”

“Lari bukan jalan penyelesaian yang baik…tengok saja Abang Nizam tu…buat hati emak
ayah risau lagi, ada…nasib baik dia orang lelaki…kita orang perempuan…susah nak hidup
sendiri-sendiri…tambah Shila dah ada anak.”

“Hani pun tolonglah call lagi….cubalah,…kalau-kalau Nizam nak dengar cakap Hani.”

“Hani boleh cuba, tapi kalau Abang Nizam pun merajuk dengan Hani…susahle sikit…er..ape
kata Shila mintak tolong orang tua Shila campur tangan…mungkin Abang Nizam akan
dengar.”

“Er..erm..aaa…ayah dengan mama Shila tak tahu lagi Shila dah kahwin.” Kata Shila. Shila
tertunduk sebak.

“Haaa?” Yuhanis terjerit kecil. Serta merta tangan Yuhanis menepuk baby yang turut
tersentak…nasib baik tak melalak.

“..er..er..pasal..er.. baby pun.. Shila tak berani nak…er.. bagi tahu…kalau ayah tahu pasal
baby, tentu ayah bu…bu.nuh Shila…ayah tu garang orangnya…tu yang Shila tak berani nak
balik lagi.”

“Habis tu?”

“…sekarang mama dengan ayah tengah holiday…Shila bohong, kata Shila pergi holiday
juga….Shila plan bila dah habis pantang, baru Shila nak balik…Shila akan kata, saja nak bagi
surprise pada mereka…Shila rasa bila mama dan ayah tengok baby…hati mereka akan
lembut, mereka akan maafkan Shila.”

“Hurmm…elok bincang dengan mak dengan ayah…tengok pandangan mereka dulu…macam


mana?”

“Shila..Shila malu lah…kalau Hani tolong cakapkan macam mana ?”

“Mulakan cakap tu tak ape…tapi Shila kena jugak cakap sendiri lepas tu.”
“Ish…eh,malulah…..er, tengoklah nanti…macam mana…kalau Nizan balik, Shila nak minta
Nizam tolong cakapkan.”

Yuhanis terdiam. Kawan tu dah lari…lagi mau kasi kerja ka?…mm,entahle Shila…. Ngaji
sampai kat oversea, tak akan ade belajor bab ni….tapi kena pandai-pandaile fikir
sendiri…Mungkin kepala Shila dah tepu kot. Alaa…macamle dia tu pandai bebenor, Yuhanis
memarahi dirinya.

“EH Shila ..bila nak beri nama baby ni ….kesian baby…nanti nak jumpa tok, nenek kat KL
tu baru nak cari namake?”

“Shila ingat nak tunggu Nizam…tapi ..kalau tak balik-balik juga…Shila ingat nak bagi nama
er…Yuhanis.”

“Ngaa !” Yuhanis ternganga.

“Weh bro..”..Suara Zulkifli menegur Mizan. Mizan sekadar mengangukkan kepala, kaki tetap
terus melangkah menuju ke tempat parking, khas untuk pegawai-pegawai atasan.

“Kata balik kampung nak jumpa bini…ni masam dari pagi tadi apa hal…aku nikan, naik
pening tengok kau dengan Sharif…dua-dua, macam orang mati bini.”kata Zulkifli melangkah
laju untuk jalan bersaing Mizan.

Langkah Mizan termati tiba-tiba. Zulkifle yang telah selangkah ke hadapan turut
berhenti…lalu menoleh merenung Mizan dengan dahi berkerut.

“EEAAI, kau nikan Zul, cakap baik-baik skit…”marah Mizan. Hati rasa tak sedap mendengar
kata-kata Zulkifli.

“Ok,ok..sorry, sorry…urm…ni..er..kiranya betullah kau ada bi..ops..maksud aku isteri


ni…kalau tak, tak kan kau nak kisah aku cakap macam ni….dulu aku cakap apa pun kat ex
kau tu..kau tak kisah pun….eh, isteri kau ada sinike Mizan ?”

Mizan menggeleng. Kemudian Mizan meraup mukanya. Wajah Yuhanis terbayang di


ruangan mata. Mizan menjadi risau. Mizan tak suka pada perasaan yang tetiba menjelma
mengganggu ketenteraman hidupnya…Ah!…apasallah aku asyik teringat-ingat kat minah ni
?

“Aku nak cakap dengan kaulah Mizan….Eh Mizan, isteri kau masih kat
kampungkan…jomlah teman aku minum sekejap..aku ada hal sikit nak cakap dengan kau.”

“Besoklah kat pejabat…aku malaslah nak ke mana-mana…aku nak balik rumah terus.”

“Ala kejap saja..dekat kedai depan tu… amacam?…ten minutes only.”rayu Zulkifli tak jemu-
jemu.

“Kejap saja…ten minutes kau tu tak boleh pakai..mm,ok..jomlah..” Mizan menukar arah,
melangkah bersama Zulkifli, menuju ke restaurant nasi kandar di seberang jalan.

Ten minutes Zulkifli, boleh jadi sejam…kawan punya pasal, Mizan mengalah.
Mizan memesan secawan nescafe panas. Mizan teringat Yuhanis pernah menyediakan satu
mug nescafe untuknya. Agaknya lepas ni setiap kali minum nescafe, Mizan akan teingatkan
Yuhanis. Bukan setakad nescafe…semua jenis minuman.

Semasa di kampung, apa saja yang Mizan nak minum, semua Yuhanis sediakan…teh O, teh
susu, kopi, kopi susu, milo, koko..barli panas, barli sejuk….sebut saje,semua Yuhanis
buatkan…sampaikan nak minum fresh orange pun, Yuhanis tak hampakan. Kalahkan
restoran. Sebenarnya Mizan sengaja nak menduga, sejauh mana kesabaran anak emas emak
ayahnya.

Yuhanis terus naik motor, pergi ke kedai runcit Pak Sudin yang terletak di simpang jalan
besar untuk mencari buah orange. Nasib baik ada…kalau tak ada, mungkin Yuhanis akan
terus merempit dengan motosikal ayah, ke pasar awam Gunung Rapat. Boleh tahan jugak
minah tu bawak motor. Jika tak merempit, takkan cepat betul masa untuk pergi dan balik dari
kedai… dalam tujuh lapan minit saja, dah sampai balik.

Emak kata Mizan mengada, saja memerap sebab rindu..lama tak dapat layanan dari Yuhanis.
Nak kata emak marah, tak jugak. Membebel sambil tersenyum-senyum…marah apenye.
Mizan rasa emak ada menyembunyikan sesuatu darinya. AAh, biarlah. Mizan rasa dia dah
berjaya mengenakanYuhanis. Mizan rasa seronok ….hati Mizan puas…hati rasa
bahagia…bahagia?…ErK!..

Pada mulanya, Mizan mengerahYuhanis buat itu ini, dengan niat nak menyakitkan hati
Yuhanis….tapi last-last, hati Mizan yang tersenang pulak, bila dilayan dengan baik oleh
Yuhanis. Mizan malas nak siasat hatinya dalam-dalam…

Siapa yang tak suka ada orang suruhan…ada kadam. Sebut saja nak makan apa….cakap aje
nak minum apa…. semua akan siap sedia, dihidang sampai depan mata. Sebab itu Mizan
terasa sakit hati bila Yuhanis tak jadi ikut balik. Siapa Mizan naksuruh-suruh. Nak dera
minah tu macam mana?

Zulkifli duduk berhadapan Mizan. Zul pesan minuman apa pun Mizan tak perasan.

“Emmm…aku nak tanya kau, Mizan..pasal Sharif ni…dia kata kau janji nak teman dia jumpa
awek baru dia…tapi sebabkan kau balik, akulah yang kena seret. Dua hari tunggu sana sini,
tunggu merata…tak jumpa sapa pun…Sharif risau awek tu dah kahwin…sebab lama tak
nampak batang hidung. Aku kesaianlah tengok dia…frust menonggeng.”

“Hish..apalah kauorang nak susah-susah..sikit punya banyak perempuan kat muka bumi
ni….pergi cari yang tak nak, buat apa…hal aku pun banyak yang tak selesai…aku mana ada
masa nak pergi ikut dia skodeng anak dara orang…sampai dua hari?… ingat, nak pergi jumpa
sekejap…rupanya, baru nak kejar….hish, tak da kerja betullah kauorang. ”

“Come onlah Mizan, Sharif tukan bestfriend kita…aku kesiankan dia, tuu yang aku
ikut…macam orang gila bayang pulak aku tengok.”

“Alaaa..pujuk saja dia cari yang lain…bunga bukan sekuntum.”kata Mizan acuh, tak acuh.

“Sharif risau tulah…kumbang bukan seekor…Sharif tak mau bunga tu terlepas kat kumbang
lain.”
“Aah, kalau dah terlepas…tu maknanya, dah tak ada jodoh…nak buat macam mana
lagi…orang gila bayang ni…susah.”

“Tau tak pa….aku ni yang susah tau tak….tu yang nak mintak tolong dengan kau ni.”

“Oklah…malam karang aku datang jumpa kauorang…tempat biasa?..alright, set….aku nak


balik sekarang.”kata Mizan sambil menghabiskan nescafenya.

Di rumah mana ada orang yang nak disuruh buatkan minuman.

Selepas gosok gigi semula, Yuhanis berbaring di atas katil. Malam ni dua kali gosok gigi.
Gara-gara meneman Shila menyusukan baby, sudahnya mereka berdua bercicah biskut soda
dengan kopi panas pulak. Ibu menyusukan anak, rupanya selalu lapar….Shila nak kopi
panas…jadi Yuhanis bancuhkan kopi untuk Shila. Biskut sememang emak letakkan satu tin
di tepi katil Shila. Yuhanis tumpang sekaki…habis lima enam keping biskut soda dan
secawan kopi, selamat dalam perutnya.

‘Jika tiap-tiap malam makan macam ni …hilanglah shape dia yang macam Ziana Zain
ni…hi,hi,hi,…perasan…’Yuhanis tersengih sendirian.

Satu rumah dah sunyi sepi. Semua dah tidur agaknya…iyalah jam di dinding pun dah
menunujukkan hampir pukul sebelas setengah malam. Hidup kat kampung macam tulah.
Gara-gara kopi, Yuhanis tak boleh lena. Nak salahkan kopi pun tak boleh jugak…Shila elok
saja boleh lena. Itu yang Yuhanis balik ke biliknya. Sementara menanti mata yang tak nak
lena lagi, Yuhanis membelek SMS yang diterimanya dari Yusri kelmarin.

‘YUSRI TERIMA DUIT RM500 DARI EN,MIZAN..DIA NI KE SUAMI AKAK?


EN,MIZAN NI MEMANG HANDSOME, TAPI SERIUS SEMACAM…SUSAH NAK
TENGOK DIA SENYUM. YUSRI TERINGIN NAK BODY MCAM DIA..GANTENG
SEKALI!..DIA KATA DUIT TU YUHANIS YANG KIRIM. BANYAK BETUL KAK.
KAN YUSRI CAKAP TAK PAYAH. DUIT YG. AKAK KASI HARI TU PUN ADA
LAGI..ANYWAY TQ, KAK..SEMOGA SEMUANYA OK KAT KAMPUNG. JUMPA
LAGI…SAYANG KAK HANI, MUAH,MUAH..DARI SARA&SURI.’

Kali kedua baca..kali kedua senyum. Ade-ade saja si Yusri ni. Yuhanis rindu pada adik-
adiknya. Kalau dekat, boleh jugak pergi menjengok.

Mmm, boleh harap jugak En.Mizan tu. Permintaan Yuhanis sudah ditunaikan. Yuhanis saja
yang terlupa nak ucapkan terima kasih. Tangguh-tangguh, tunggu masa yang
sesuai…sudahnya terlupa. Apale agaknya tanggapan Mizan padanya, fikir Yuhanis…mintak
tolong nak cepat, terima kasih kena tunggu sampai basi.

Sedang elok orang tu balik kampung, bertemu muka…sebilik,sekatil,


sebantal..sebantal?…tak cakap pulak terima kasih. Sekarang dah jauh dari mata, baru
teringat…kalau kena jerkah, bukan salah ‘The Rock’…tapi salah diri sendiri.

Yuhanis segera menaip. Seketika mesej dihantar. Yuhanis lega….Cuma tinggal bayar hutang
balik. Duit tak jadi masaalah pada Yuhanis. Haa, yang tu kena tunggu bila balik
nanti…jumpa empat mata. Mata bertentang mata, hati di dalam bagai nak gila….haa, itu
Datuk M.Daud Kilau yang cakap…bukan Yuhanis…hik,hik,hik.
Tiba-tiba telefon Yuhanis berlagu, tanda mesej masuk. Mizan ? Cepatnya ? Tak tidur lagike?

‘NAK UCAP TERIMA KASIH PUN, PAKAI SMS…TAK RETI NAK CALL KE?’

Aaaiikkk,..Tak bolehke? Salahke?….er..nak jawab ape ye?…Yuhanis segera membalas mesej


Mizan. Takut orang di sana bertambah ‘ hangin and hangit’. Budi pun belum berbalas. Takut
lain kali orang tak ‘hingin’ nak tolong.

‘CREDIT TINGGAL SINGGIT JE…BESOK SAYA CALL,KENA PERGI BELI TOP UP


DULU..SORRY AND THANK YOU AGAIN.’

Selesai hutang terima kasih Yuhanis pada Mizan. ..walau pun orang tu tak puas hati. Dah dua
kali hantar terima kasih melalui SMS…hu,hu,hu…tak diterima kasihku. Cerewet betul..kalau
orang nak berterima kasih, kot mana pun ..sama saje. Hurmm,… bukan boleh puji sikit…ah,
lantakle. Besok dah top up..boleh call, cakap terima kasih seberapa banyak orang tu nak
dengor, bior sampai kebas telinga.

Sekarang Yuhanis ada satu tugas lagi denga singgit tu….nak pujuk Abang Nizam pulak.
Seringgit cukup untuk mencuba nasib…Harap-harap Abang Nizam tak bazirkan credit
seringgit yang masih tinggal. Nak mengarang SMS ni yang malas…tapi terpaksale.

Yuhanis mula memikirkan ayat-ayat yang boleh memujuk hati Nizam. Yang touching-
touching sikit…eh, touching-touching banyak pun lagi bagus. Setelah mendapat ilham, jari
Yuhanis ligat menaip. Setelah selesai, mesej dihantar. SMS cara yang terbaik ketika ini
memandangkan Yuhanis tengah semekin credit. Lagi pun SMS boleh dibaca berulang kali
….semoga lembut hati Abang Nizam nanti.

Tiada apa-apa balasan dari Abang Nizam setelah menanti beberapa ketika. Mungkin Nizam
dah tidur, fikir Yuhanis. Tidak mengapa, besok masih ada. Lantas Yuhanis meletakkan
telefonnya di meja sisi katil. Yuhanis berkira-kira untuk melayan mata, supaya boleh cepat
lenanya…Hari semakin larut malam…Yuhanis harap-harap sangat, janganle dia terlepas
tahajjud.

RING,RING,RING,RING……………………

Abang Nizam!

“Hello Abang…er..”…kata-kata Yuhanis terhenti. Tiba-tiba tergerak hati Yuhanis untuk


melihat siapakah yang menaliponnya. Ada nombor asing yang tertera…bukan nombor telefon
Abang Nizam.

“Hello..assalamualaikum.”….

Mizan!…’The Rock’ telefon?

‘Alhamdulillah, Yuhanis mengurut dada…nasib baik!….kalau tak, mau saje tercetus perang
dunia….husk,husk,husk…dunia sana dan dunia sini.
Mata yang dah nak mula rasa layu, terus terang….hilang mengantuk Yuhanis. Nasib baik
Yuhanis tergerak untuk melihat nombor yang tertera terlebih dahulu….kalau tak, habisle kau.
Kalau tersebut nama Abang Nizam tadi…masakle kau.

“Emak ada sekali kat situke?”

“Emak ?…kenapa?…nak cakap dengan emak ke?” Yuhanis hairan…kalau nak cakap dengan
emak, kenapa call telefon dia pulak.

“Awak ingat saya tak tauke nak call emak sendiri.?…….”

Aisayman, salah cakap….Yuhanis terdiam….tapi tak ada masaalah pada “The Rock’.

“…..Sebab depan emak, baru awak nak panggil abang pada sayakan?”

‘OOOii..bukankah itu arahan sendirike?…Mau tanya lagi!

Yuhanis tak berani nak tanya…tapi nak jawab ape?…takkan nak kata,.. tadi ingat Abang
Nizam….nak mati?

“Dua hari awak ada kat kampung….dah terbiasa…tersasul pulak.” Yuhanis cuba yang
terbaik…kalau berjaya …. lepas satu halangan.

“Jadi awak tak suka berabang dengan sayalah…..dah tersasul baru nak panggil, abang.” Kata
Mizan.

HUH !…Yuhanis melihat telefonnya, pelik…macamle ada muka “The Rock’ di situ…Orang
ni mengigau ape?

“Kalau tak tersasul….apa yang awak panggil saya?….orang lain, boleh pulak awak
berabang.”

Gulp!…Yuhanis menelan air liur, ada terasa perasa ubat gigi halagel lagi. Yuhanis kena
pandai menjawab…untuk keamanan!

“Awak pesan ….er…suruh panggil awak… abang.. bila masa depan mak ayah….maafle,
kalau saya tersasul…..atau salah faham.”

“Saya tak marah awak tersasul…Cuma..saya ingat awak tak suka panggil saya …abang.”

Yuhanis menggaru kepala….sekali dengar suara orang tu, macam marah…dua kali dengar
macam tak marah.

“Awak tak marahle …saya panggil awak …er..abang?”

“Awak ingat saya gilerke?….benda yang baik macam tu, saya nak marah.”

“Mmm…jadi awak nak saya panggil awak …er..abang yer…walau pun belakang emak.”
Yuhanis ingin kepastian.
“Ini perlike apa?”

Memang betul le Mizan ni… sedang mengigauke, tengah mimpike, mamunke…Yuhanis


menggigit bibirnya.

“MMM..er..ok…saya akan panggil awak…abang.”

“Saya ?”

Apa lagi yang tak kena ni?…Kena sampuk hantu apele pulak ‘Thr Rock’
ni,…itule….merayau malam-malam buta.

“Ye,ye..Mulai saat ini, masa ini, waktu ini, hari ini…saya akan panggil
A.B.A.N.G…ok?”…Yuhanis member aku janji. Beriya-iya pulak orang di sana.

“Ok..Hani.” kedengaran Mizan menjawab perlahan.

“HANIke….HONEYke ?…”

Sampai lena Yuhanis tak pasti ape yang didengarinya…apa-apalah,bunyi sama je.

BAB 20

Yuhanis menarik begnya perlahan-lahan di celah-celah orang ramai, meninggalkan stesen bas
yang sentiasa sibuk menuju ke tempat teksi. Hati terasa gembira dapat kembali ke Ampang.
Yuhanis hairan dengan perasaannya sendiri. Pagi tadi beriya menangis sedih kerana terpaksa
meninggalkan Kampung Sungai Rokam….terpaksa berpisah semula dengan emak dan ayah.
Mmm..entahle.

Sepanjang perjalanan ke rumahnya, mata Yuhanis melihat kiri kanan jalan, macamlah lama
sungguh dia balik kampung…pada hal cuma seminggu dan ditambah sehari. Semasa teksi
melintas di hadapan kedai dobi Fajar Hajar, hati Yuhanis dipagut rindu. Rindu pada Yusri,
Sara dan Suri. Nak singgah pun, Yusri mesti sedang berada di sekolah. Begitu juga Sara dan
Suri.

Hari ni hari Rabu. Hari sekolah. Hari kerja. Yuhanis melihat jam tangannya…sudah pukul
sebelas empat puluh minit pagi. Mizan tentu sedang berada di pejabatnya. Entah kenapa dada
Yuhanis rasa berdebar-debar. Tadi rasa tak sabar nak sampai ke rumah…sekarang jantungnya
bergendang dup,dap,dup,dap pulak.

Yuhanis menarik nafas dalam-dalam…kemudian nafas dilepaskan semula perlahan-lahan.


Yuhanis cuba menenangkan fikirannya yang tetiba terasa risau. Orang tua-tua kata…kalau
ada rasa berdebar-debar maknanya ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku atau pun… ada
seseorang yang sedang merindui atau terkenangkan diri kita.

Ya Allah lindungilah keluargaku dan semua yang dikasihinya selamat. Yuhanis lebih rela ada
orang yang merinduinya, terkenang-kenangkannya. Dalam hati …siapa erk?…Abang
Nizam?..oh, no..no..no. Itu suami orang. Mizan?…oui…Abang Mizanlah….yes! ..yang ni tak
pe…memang sepatutnya. Ya Allah, semoga suamiku sudi merindui dan mengingatiku
selalu….CHEH !…doa apele ni Yuhanis. Yuhanis tersenyum kecil sendirian di tempat duduk
belakang.

Pak cik teksi bermurah hati menghantar Yuhanis betul-betul sampai di hadapan pintu pagar.
Bulat mata Yuhanis melihat kereta Camry berada di bawah anjung. Tak pergi kerjake orang
tu?…Nak sambut Yuhanis balikke…iyelah tu, macam orang tu tak ada
kerja…atau…atau…atau..Yuhanis tak dapat nak teka.

Yuhanis membuka mangga pintu pagar yang masih berkunci. Aaaiik..matahari dah naik
tinggi tengah dunia, orang tu…tak keluar-keluar rumah lagi ? Yuhanis mengunci semula
pintu pagar. Pintu kayu utama dibuka dan Yuhanis perlahan-lahan melangkah masuk ke
dalam rumah. Sunyi. Sepi.

Selepas mengunci semula pintu, Yuhanis menjinjit begnya ke bilik …sarang halimunannya.
Aaaah, terasa lama pula….rindu pun ada. Ha,ha,ha…rindu pada sarang halimunan yang
sekangkang kera tu ? Melilau mata Yuhanis melihat sekeliling ruang tamu. Bersih. Kemas.
Rajinnye. Sapa ye?…he,he,he….suami diale.

Yuhanis menolak daun pintu biliknya, Yuhanis terkedu. Biliknya kini bersih…tiada lagi
almari uzur yang dah terkopak pintu…tiada lagi katil yang dah reban…termasuk, meja solek
dengan cermin retak menanti belah juga telah tiada.

Yuhanis tak hairan, bila bilik lamanya kini kemas sekali…kerana tiada apa-apa yang nak
dikemas. Biliknya kini kosong !…Terkebil-kebil Yuhanis berdiri di tengah-tengah bilik
sambil menggaruk dahinya…beg ditepi pintu pun, kalau boleh bercakap..mesti nak tanya
kawannya, beg besar tu ke mana?

Yuhanis nak duduk mana ni?….Tak kan orang tu nak suruh Yuhanis duduk ‘Japanese Style’
kot…tapi takkanle nak dera bini sampai tahap tu…tilam jepun pun tak ada. Jangan-jangan
nak kena pindah bilik atas tak?…Aaaiik, naik makam ni…fikir Yuhanis.

Yuhanis keluar dari bilik,lalu membuka peti sejuk mencari air untuk menghilangkan dahaga.
Sedih hati Yuhanis melihat peti sejuk yang kosong…hanya ada air mineral. Lima botol besar.
Peti sejuk ditutup semula. Yuhanis melangkah semula ke ruang tamu sambil mata melihat
tangga ke tingkat atas.

Saperti ada magnet yang menarik… Yuhanis melangkah satu, satu anak tangga hingga ke
tingkat atas. Sunyi dan sepi. Yuhanis tercegat seketika. …dia nak cari ape?…nak cari di
mana ?…Naik bodoh rasanya….tak kan nak cari di bilik kosong. Nama pun di panggil bilik
kosong…nak cari ape kat situ….aaah, cari ajele ‘The Rock’ tu di biliknya. Pintu kelabu.

“Assalamualikum…”suara Yuhanis separa menjerit….kalau bersopan karang,mau sampai


malam terpacak kat depan pintu yang tertutup itu.

“Assalamualaikum…Abang Mizan..” Yuhanis memanggil lagi, sambil mengetuk


pintu…..masih tiada jawapan.

Perlahan-lahan Yuhanis menolak daun pintu. Pintu tak berkunci. Bukak sikit aje. Yuhanis
menarik daun pintu semula. “The Rock’ sedang tidur. Abang Mizan cuti hari ni kot…tu yang
bantai tidur….
Yuhanis rasa elok dia turun semula ke biliknya..tak maule ganggu…tapi…biliknya dah tak
ada ape-ape. Atau pun… adakah itu signel…Yuhanis boleh duduk kampung terus…tapi
malam kelmarin cakap elok je, siap suruh panggil..abang, lagi.

Yuhanis tak jadi turun. Yuhanis memberanikan dirinya membuka pintu bilik ‘The Rock’
semula. Bismillahirrahmanirrahim….

“Abang….Abang Mizan.” Panggil Yuhanis ..lebih kuat dari tadi..

Senyap…Tiada jawapan jugak.

Dari ruang pintu yang dibuka sejengkal, perlahan-lahan dibuka sedikit-sedikit sehingga
luas…Yuhanis lihat Mizan masih kaku. Sedikit pun tak berkutik.

“EHem, eheem..eeheeemm.”…Yuhanis buat-buat batuk. Mizan masih saperti tadi.

‘Ini tidur mati ke, mati…opsss, apele capulnya mulut !..Teringat yang tak baik….Yuhanis
jadi panik…terus menerpa masuk, lalu merapati ke sisi katil. Tanpa berfikir panjang Yuhanis
meletakkan tangannya ke dahi Mizan yang sedang tidur mengerikut.

Alhamdulillah…tak sejuk. …tapi …

Panasnya !…Mizan demam….Abang Mizan demam panas !

‘Ape nak buat ni !…ape nak buat ni !….Yuhanis mengelabah. Mata Yuhanis meliar melihat
keliling. Yuhanis ternampak kotak putih bertulis ‘Paracetamol’ di atas meja ….haa, dialah
tu…asal usul, adik beradik panadol. Ada dua botol air mineral tapi… dua-dua botol kosong.

Yuhanis segera berlari semula menuruni anak tangga, terus ke dapur mencari air suam.
Yuhanis terdiam….water heater kosong. Jug air masak pun kering. Terpaksalah Yuhanis
mengambil air mineral dari peti sejuk…dua botol. Sejuk, sejukle…nak buat macam mana.
Yuhanis segera memanjat tangga …tapi berpatah balik, mengambil dua buah besen
plastik..kemudian berlari naik ke bilik semula.

Tanpa berlengah Yuhanis mengisi kedua-dua bekas plastik dengan air. Satu dengan air kolah
dari bilik mandi. Satu diisi dengan air sejuk yang diambil dari peti sejuk. Ada satu gelas di
atas meja bacaan. Yuhanis segera membilas gelas di bilik mandi,lalu diisi dengan air
ais…dibiarkan seketika di atas meja.

Yuhanis membuka almari pakaian…nak cari tuala kecil. Yuhanis cuma terjumpa dua tuala
sederhana besar…bolehlah. Yuhanis mengambil sehelai sapu tangan dari laci…segera
dibasahkan dengan air kolah di dalam bekas. Yuhanis duduk di birai katil dengan sapu tangan
yang sudah diperah airnya.

“Abang Mizan…Abang Mizan..” Yuhanis memanggil Mizan perlahan-lahan…sambil tangan


mengelus rambut dari dahi Mizan. Masih tiada jawapan. Yuhanis mula mengelap muka
Mizan yang panas dengan sapu tangan. Beberapa kali diulang…lepas tu Yuhanis mengelap
pula dengan air ais.

“Aaaaaahhhhh….Huuuuurrrmmmm….Mizan mengerang perlahan. Mujarab air ais ni.


“Abang…Abang Mizan” Yuhanis menepuk -nepuk pipi Mizan dengan lembut…sambil satu
tangan terus mengelap muka Mizan.

Mizan membuka matanya perlahan-lahan. Layu sahaja. Tidak saperti selalu…ah, bukan
selalu…bila bersua muka…mata itu. .bersinar dan nampak garang saja. Yuhanis lebih rela
Mizan merenungnya dengan garang daripada layu begini. Hati Yuhanis merasa hiba. Kesian
Abang Mizan…hidup sendirian. Sakit demam pun tanggung sendirian.

“Haanii” serak suara yang keluar dari mulut Mizan.

“Abang demam…abang dah makan ubatke?” tanya Yuhanis lembut.

“Semalam…”

“Ok..abang kena makan ubat sekarang….Hani ambilkan ubat.”

Seketika Yuhanis memapah belakang Mizan untuk duduk dan menelan ubat. Segelas air yang
sudah kurang sedikit sejuknya diteguk rakus oleh Mizan. Yuhanis pasti Mizan tidak
bersarapan lagi…tapi nak buat macam mana…Harap-harap semalam, Mizan ada mengambil
makanan berat. Tidaklah kosong sangat perutnya.

Yuhanis membantu Mizan berbaring semula. Sapu tangan dibilas dan dilipat memanjang, lalu
diletakkan ke dahi Mizan. Yuhanis mengambil tuala pula. Selepas dibasahkan dan
diperahkan, Yuhanis mula mengelap dada Mizan.

Malu dah tak ingat…tapi teragak-agak Yuhanis menyelak t-shirt yang dipakai Mizan ke atas
yang boleh…

Lepas dada, kaki Mizan pula disejukkan berulang kali dengan tuala basah. Seluar pendek
baggy Mizan digulung hingga ke peha. Berdebar-debar dada Yuhanis…bukan dia tak pernah
buat kerja macam ni. Masa di kampun hari tu, Yuhanisle yang menjaga baby Shila yang
demam. Yuhanis yang bawakan ke klinik.

Dulu-dulu pun pernah sekali dua Yuhanis menjaga mak Azmah demam. …tapi manale sama
fizikal baby dan emak dengan fizikal ‘The Rock’…dada sasanya rasa macam batu, otot kaki
terasa keras macam kayu balak…dub,dab,dup,dap…jantung Yuhanis berdegup
kencang….macamle penat sangat kerja menjelun orang demam.

Agak-agak badan Mizan dah selesa dengan air sejuk, Yuhanis mengelap Mizan dengan air ais
pula. Mizan diam tak menguit… Merela saje.

Mata Mizan saja yang sekejap buka, sekejap tutup. Bila Mizan membuka mata…Mizan
merenung Yuhanis yang tak renti-renti mengelap tubuhnya dan membasahkan sapu tangan di
dahi. Bila Mizan menutup mata…Yuhanis agak, pastilah Mizan terlelap. Nak tengok apa lagi
kalau dah tutup mata.

Yuhanis berhenti mengelap untuk menyalin air. Lepas tu sambung semula proses
menyejukkan badan Mizan. Kalau tak turun jugak…Yuhanis nak bawa ke klinik. Yuhanis
nak tunggu lebih kurang sejam lagi.
Setelah badan Mizan dirasa sedikit kurang panasnya, Yuhanis menyelimut kaki Mizan
dengan selimut yang bergulung di kaki katil. Tuala besar dibilas, diperah…kemudian diletak
menutup dada Mizan. Terasa diri diperhatikan,Yuhanis menatap wajah Mizan sambil
bertanya.

“Abang belum sarapan..belum makan apa-apa..tentu abang laparkan?…Hani nak turun


sekejap, nak masak kanji…abang kena makan sikit, nanti abang sakit perut.”

“Bila Hani sampai ?” tanya Mizan…..lain yang ditanya…lain pulak yang ditanya.

“Sebelas setengah tadi….ni, Hani nak turun sekejap, abang ok ke…atau kita pergi klinik
sekarang…nak tak?”

“Abang rasa dah tak panas macam tadi…tapi abang lapar.”

“Erm, Hani pergi masam nasi sekejap…er, mana handset abang.”

“Bawah bantal kot.”

Yuhanis segera merapati Mizan. Yuhanis tunduk, tangan menggagau di bawah


bantal…Mizan merenung wajah Yuhanis …Yuhanis merenung wajah Mizan, menanti…
menyangka Mizan hendak berkata sesuatu kepadanya. Mizan mencari keihklasan di mata
Yuhanis. Beberapa ketika mereka bertatapan. Rapat sekali.

Mizan menatap wajah Yuhanis. Tajam menyusuk kalbu. Yuhanis menatap wajah pucat
Mizan. Risau terpancar di mata Yuhanis. Yuhanis dah jumpa telefon Mizan…lalu dicheck,
telefon masih hidup. Yuhanis menekan masuk nombornya.

“Ok..telefon ada kat sini…Hani turun dapur sekejap, kalau ada ape-ape…abang tekan aja
button sent ni…Hani akan datang.” Kata Yuhanis sambil menyalin sekali lagi sapu tangan
basah di dahi Mizan.

Sebelum bangun, Yuhanis menepuk-nepuk lengan Mizan perlahan-lahan dengan lembut.

“Abang tunggu Hani sekejap…jangan pergi mana-mana tau.”

Kata-kata Yuhanis mengundang senyuman kecil di bibir Mizan. Yuhanis lega. Dah boleh
faham dengan lawak bodohnya…kira oklah. Dah boleh senyum tu…kira dah ‘on the way ‘
nak sihatle. Yuhanis bergegas turun ke dapur. Kalau boleh nak bawa Mizan ke dapur
sekali…tapi apekan daya…..

First come first…Yuhanis membasuh dua cawan beras, terus on rice cooker. Bubuh air lebih
sikit sebab nak buat nasi lembut dari biasa.. Tudung kepala sempat ditanggalkan ketika
melangkah ke dapur. Sementara nak tunggu nasi masak, Yuhanis masuk ke biliknya yang dah
kemas dan lengang itu, untuk mandi…mandi pun mandi kerbau…

Yuhanis terus menukar pakaian. Ambil pakai saja pakaian dari beg yang baru balik
bersamanya. Ada baju harian yang lebih sempoi untuk aktiviti duduk dalam rumah …t-shirt
lengan pendek dan skirt labuh paras betis. Selesa, sejuk dan senang nak bergerak. Rambut
panjangnya diikat satu…ekor kuda…
Kerbau, kuda…mmm, monyet, beruk, kura-kura….habis semua nama haiwan dipinjam
manusia.

Sekarang Yuhanis dah lebih selesa nak buat kerja. Yuhanis segera ke dapur semula. Nak buat
lauk ape makan dengan nasi ye?….Yuhanis membuka kabinet mengambil telur ayam dua
biji. Ada tiga potong ikan masin tenggiri yang tidak diusik sejak Yuhanis membelinya
sebelum balik ke kampung.

Semerbak bau ikan masin goreng memenuhi dapur…pasti sampai ke ruang tamu dan…mmm,
ke bilik atas. Mesti Mizan bertambah lapar bila tercium bau ikan masin yang digoreng
bersama hirisan bawang merah. Telur dipukul dengan sedikit garam dan digoreng hancur tiga
suku masak. Yuhanis bersiap menghidang semua dalam talam, tinggal cedok nasi saja.

Sengaja Yuhanis membuat bising semasa melangkah masuk ke bilik Mizan. ..tak ada pelan-
pelan punya….Yuhanis meletakkan talam di meja bacaan di tepi tingkap dengan
bunyi…sambil menolak kerusi dengan kakinya. .lagilah kuat bunyi. Automatik mata Mizan
terbuka. Yuhanis melihat Mizan sekilas…good!.. Kira-kira deria Mizan dah on semula.

“Ok…kita makan sekarang.” Kata Yuhanis sambil mengemas meja kecil di tepi katil untuk
memberi ruang untuk meletak talam…kemudian Yuhanis berdiri di tepi katil mengadap
Mizan.

“Urm…abang boleh duduk ke…nak Hani tolong?” tanya Yuhanis.

Mizan tak jawab…Mizan berusaha untuk duduk …perlahan saja pergerakkan


Mizan…nampak lemah. Yuhanis segera membantu. Tuala dan sapu tangan basah dimasukkan
kedalam besen. Dua bijik bantal disusun di belakang Mizan.

Yuhanis mengambil tempat, duduk di sisi…mengadap Mizan dengan sepinggan kanji…siap


dengan lauk bersusun tepi pinggan.

Mizan merenung Yuhanis di hadapannya yang sedang mengacau-ngacau dan meniup nasi
panas di dalam pinggan. Seketika Yuhanis mula menyuap Mizan. Mata mereka
bertatapan…kelu lidah, tak terkata…. Mizan mengunyah perlahan-lahan sambil mata
merenung Yuhanis. Yuhanis rasa tak menentu bila ditenung sebegitu.

“Ermm…ok ke?..” tanya Yuhanis …cuba mengusir rasa gelabah…tak selesa ditenung Mizan.
Pandang mata tak kena, pandang mulut tak kena, pandang bijik halkum tak kena…pandang
dada, nampak sangat…tak kena. Pandang bawah….lansung tak masuk sudu ke mulut Mizan.

Mizan makan tak bersuara. Mata nya berselang seli merenung Yuhanis dan pinggan nasi.
Mizan rasa tak menentu….tapi tiada kaitan dengan demamnya. Hati Mizan diamuk resah bila
dilayan sebegitu oleh Yuhanis yang selama ini dipinggirkan dari hidupnya. Sukar untuk
Mizan menerima budi Yuhanis….tapi apakan daya. Siapa yang tak pernah dengar
pepatah….’kerana budi, hati tertawan.’

“Mmm…sedap tak ?” Yuhanis mencuba lagi. Rasa tak selesa bila Mizan membisu….rasa
pelik. Tak biasa begitu…Kena jerit, jerkah tu…dah pernah kena…dah jangka..dah tak pelik.
Mizan sekadar menganggukkan kepala….tapi ..Alhamdulillah…lalu makan. Mungkin sebab
perut dah lapar sangat..atau ikan masin yang membangkitkan selera…atau ada orang tolong
suapkan…manjakan.

“Abang nak tambah lagi?”

“Cukup.” Jawab Mizan sepatah.

Habis nasi sepinggan.Yuhanis menyuakan segelas air. Mizan menyambut. Jari mereka
bersentuhan seketika. Bukan pertama kali bersentuhan jari …tapi…entah mengapa ketika
ini,saperti ada arus eletrik yang mengalir… rasa serba kekok. Mungkin sebab berdua-duaan
dalam bilik yang sunyi sepi terasing dari dunia luar..tapi, macamlah tak pernah…..aaah,
susah….susah nak cakap.

“Ermm…abang rehat dulu…Hani nak turun sembahyang sekejap…dah masuk waktu


Zohor….kalau abang dah kuat sikit, lepas sembahyang …kita pergi klinik..nak?”

Mizan mengangguk….

“…..er ..Hani…er, bilik Hani kat sebelah.”

Hani tercegat memandang Mizan…nak kata ape?…Yuhanis sekadar mengangguk.

Mizan menyandar sambil memandang Yuhanis….nak kata apa?….Mizan menutup mata.

Sebaik tangan Yuhanis membuka pintu.

“Hani…terima kasih.”

‘Terima kasih !!’

Yuhanis mengangguk kecil sambil tersenyum….Horee!…Hoye,


hoyee…..nak,nak,nak…sama-sama kasih…….

Yuhanis berdiri di depan pintu, melihat bilik barunya. Cantik biliknya…serba biru. Dia dah
naik makam! Yuhanis menutup pintu sambil mengheret beg bajunya. Beg diletakkan di tepi
alamri lalu Yuhanis merebahkan badan ke katil….aaaaaahhh, nikmatnye! Tilam empuk, tebal
dua jengkal, you!

Badan yang penat dimanjakan setengah jam…ada jam berbingkai biru di dinding. Nak tidur,
mata tak mengantuk. Iyelah…nak mengantuk ape lagi…dalam bas, tidur lena tak ingat dunia.
Lagi-lagi dapat bangku duduk sorang-sorang…kemudian-kemudian saja dapat jiran sebelah
bangku…mujur budak perempuan jugak…tu yang lena sakan sepanjang perjalanan tadi.

Selepas selesai sembahyang Zohor, Yuhanis menjenguk Mizan. Mizan sedang lena. Yuhanis
meletakkan tangannya di dahi dan di tengkuk Mizan…panas dah berkurangan…tapi demam
masih ada.

Mizan membuka matanya perlahan-lahan.


“Kita pergi klinik ye…takut nanti panas naik lagi.”kata Yuhanis.

“Hani dah makan nasi ke?” tanya Mizan pula.

Kenapale dia ni selalu macam ni…soalan di balas soalan….lari dari tajuk pulak tu. Ape-ape
pun, kira ok jugak…. hendak jugak Mizan bertanya pasal dirinya, bicara hati Yuhanis.

“Hani dah makan kat bawah tadi…er, abang nak sembahyang dulu tak?…Hani bantu abang
ke bilik air ambil wudhuk.”

“Abang tunggu Hani untuk teman ….bukan apa, takut terjatuh…tak apa, Hani
duduklah..abang boleh jalan pelan-pelan.”

Yuhanis memerhati sambil mengekori Mizan hingga ke pintu bilik air.

“Abang jangan kunci pintu…Hani tunggu dekat pintu ni.”

Mizan menutup pintu bilik mandi lambat-lambat….Yuhanis berdiri menunggu….mata


bertatapan sehingga daun pintu menjadi hijab.

“Hani bawak.”

“Abang boleh bawak.”

“Abang kan demam.”

“Abang dah sihat sikit.”

“Sihat sikit tu..maknanya belum sihat.”…Hani membuka pintu penumpang.

“Kan abang dah boleh turun tangga.”

“Satu tangan pegang tangga..satu tangan paut bahu Hani…sihat sangatle tu.”Hani mendorong
Mizan masuk dan duduk di bangku sebelah pemandu….kemudian terus menutup pintu.

Yuhanis segera membuka pintu pagar.

“Hani tak biasa drive kat sini.”kata Mizan sewaktu Yuhanis mengambil tempat di bangku
pemandu.

“Abang takut Hani drive ye?”…Yuhanis menghidupkan enjin kereta dan mengundur.

“Sikit.”

“Abang takut Hani remukkan kereta abangni ke?”

“Sikit.”

“Sikit tu..kira alrightle…kalau banyak, abang pergi sendiri.”


“Oklah.”

“Oklah ?…Hani bawah ke…Hani balik ?”

“Bawaklah.”

“Hari tu…baby demam pun, Hani yang bawak ke klinik.”

“Baby dah baik demam ye?”

“Dah…semalaman kena jelun….takut tarik.”

“Lama juga Hani kat kampung.”

“Mak cik Wan yang mak panggil tu dah report duty, jadi Hani tak susah hati nak
tinggal…emak kena jaga ayah….kadang-kadang waktu malam, ayah semput….macam mana
mak nak jaga sampai dua orang.”

“Buah hati… awak, ada balik?”

“Abang cakap macam tu…ni Hani tengah drive niii ….kalau kereta remuk..jangan salahkan
Hani pulak…”

“Tuu..yang tak berapa nak percaya orang perempuan driving….”

“OK…ce bagi Hani pandu, cuba try…kalau terlanggar sapa-sapa, Hani balik… abang ambil
alih…boleh pergi sendiri.”

“Hani pandai melawak.”

“Hani suka tengok orang senyum….er..kita pergi kat klinik depan simpang empat tu nak…tu
yang paling dekat.”

“Hani dah pernak ke klinik tu ke?”

“Tak delah…Cuma dekat….kalau Hani nak jalan kaki balik pun, dekat je.”

Mizan tersenyum.

“Ok.”

Mizan menyandar. Cuba menenangkan dirinya. Pertama kali menyerahkan nyawanya…juga


Camry kesayangannya ke tangan perempuan. Mata Mizan melirik di sebelah sepanjang
perjalanan ke klinik….’ok jugak minah ni….maybe they can get along.’

Mizan terlupa….hatinya milik Allah……

Setiap helai daun yang jatuh, Allah dah tetap tempatnya…..begitu juga hati manusia.

Mizan tidak sedar, Allah telah tetapkan tempat jatuh hatinya…..


BAB 21

Yuhanis meneliti hasil kerjanya yang baru selesai. Mungkin malam karang, jika masa dan
mata mengizinkan..Yuhanis boleh buat ‘last touch up’. Dua potret Mizan di hadapannya
direnung bergilir-ganti….mmm, not bad…

Ini potret ‘exclusive’. Ooo..!..Bukan senang nak dapat tengok orang tu senyum…lebih-lebih
lagi, dapat tengok muka time tengah tidur….alaaa, tomel,tomelnye. Nampak ‘boyish’ dan
..aaaah…’handsome’ sekali. Ada hikmah jugak Allah bagi Mizan demam. Allah nak bagi
peluang kat Yuhanis menikmati ciptaannya…makluk paling seksi..hi,hi,hi…

Agak Yuhanis semua orang macam tu…Bila hati dah berkenan, memangle hati akan kata
cantik, comel, handsome, cute, miut, seksi, tampan, kacak…dan macam-macam lagi,…walau
pun orang lain tengok tak seberapa . Bak kata pepatah…yang siap dialihkan
bahasa…’kecantikan dalam mata yang menyukai.’[ ..krang ade yang nak kena niii!]

Tapi…Kalau tak suka..baru saje nampak bijik mata, awal-awal dah kata huduh, buruk,
kerepot…tak cukup kata hitam, ditambah jadi hitam legam…tak cukup mancung, dikata
hidung bulat macam jambu…tak cukup gemuk, kata gemuk pendek, gemuk gedempol…aah,
banyak macam lagi …tengok muka pun, tak mahu…semedangnye getik dan
menyampah..dan meluat…

….TAPI..Yuhanis tak kata macam tu. Mana berani weh!!. Ustaz Kazim kata..”Sesiapa yang
menghina sifat seseorang, samalah saperti kita menghina ciptaan Allah Subhanahuwataala.
Setiap yang Allah jadikan ada bersebab dan ada hikmahnya. Yuhanis teringat lagu yang
Ustaz Kazim nyanyikan…tulah, teringat Ustaz Kazim, teringat lagu….teringat lagu, teringat
Ustaz Kazim…..

…..’Kalau hati sudah suke, semua indah saje,

Itulah tanda, kasih telah bermula di dalam jiwaaa…..

Betul ustaz, betul !…sapa yang pernah mengalaminya akan faham apa yang Ustaz Kazim
syarahkan….dan nyanyikan. Pilihan lagu yang tepat. ‘Pitching’ pun ok… Cayook Ustaz
Kazim, cayook ! Ustaz Kazim memang pandai nyanyi. Suara ustaz pun sedap.

Sambil menyanyi lagu yang Ustaz Kazim suka nyanyikan tu, Yuhanis mengangkat muka ….
merenung empat loyang yang sedang disejukkan di atas meja di hadapannya. Dua loyang
puding jagung, dua loyang lagi agar-agar laici. Yuhanis memanjangkan tangannya memegang
sisi loyang….aah, masih suam. Nak kena tunggu sampai sejuk baru boleh dimasukkan ke
dalam peti sejuk.

Mizan memasang telinga mendengar Yuhanis menyanyi…sedap jugak suara minah tu. Kalau
minah tu tahu, Mizan dok mengendap sedari tadi…..mau tertelan lidah agaknya. Mizan
tersenyum kecil. Sedari tadi , Mizan lihat Yuhanis tunduk melukis, kusyuk betul….lukis
gambar loyang agaknya, tu yang sekejap-sekejap memandang loyang di atas meja.

Susah sangatke nak lukis gambar loyang? Mizan pun tak faham dengan minah ni…tapi
ngendap, ngendap jugak. Mana rupa loyang yang Yuhanis lukis?….Jangan-jangan loyang
bentuk bulat, bila dah siap lukis jadi bentuk empat segi….ha,ha,ha…..Senyuman Mizan
bertambah lebar.

Hajat Yuhanis besar. Yuhanis nak jamu orang demam makan,…juga nak jamu kat semua
kenalan merasa hasil air tangannya puas-puas. Juga nak memenuhkan peti sejuk besar yang
kosong tu. Cuma sekarang bahan mentah tak mencukupi. Mungkin besok, jika Mizan dah
lebih lebih sihat…Yuhanis nak keluar membeli barang-barang dapur.

Doktor kata, Mizan demam biasa..panas pun dah beransur turun. Mungkin besok akan lebih
sihat. Yuhanis dengar, senang hati. Orang demam, malasle nak membebel…tapi Yuhanis nak
bebel jugak. Itulah….Demam cari sendiri.

Yuhanis dengar perbualan antara Mizan dengan doktor. Dah tercanguk depan doktor, takkan
tak dengar. Yuhanis dengar dengan dua belah telinganya…. Mizan kata, dia ada kena hujan
sikit..[ sikit tu, berapa titik tak taule…Ya ada dua titik..hik,hik,hik.]

Lepas tu Mizan jawab lagi kat doktor…ha’ah, semalam dia balik lewat sikit, pukul tiga pagi.
Betul bendul…lurus macam pembaris pulak ’The Rock’ menjawap soalan dari
doktor….mengaku melepak, berembun dengan member sekutu rayau malam….malam-
malam, dok melepak..macam orang tiada mata,tak jumpa jalan pulang….pulang dah nak
subuh…subuh pun terlajak….terlajak perahu boleh diundur…terlajak lepak, demam
padahnya.

HAAK!…ini Doktor Yuhanis nak buat ‘diagnosis’….demam embun jantan. Pasai ape orang
lelaki suka lepak sampai larut malam kat luar rumah?..Lebih-lebih lagi yang dah
kahwin….macam tak ade anak bini kat rumah!….ERK ! [orang tu, bini dia balik kampung.]

Bebel-bebel pun, berani dalam hati je …sekarang Yuhanis dah rasa lega, Mizan dah nak
sihat.

Besok Yuhanis berhajat nak buat agar-agar lagi… banyak-banyak. Nak bagi kat tiga orang
adik-adiknya dan Nek Leha. Nak bagi kat Kak Timah kat kedai dobi. Juga nak bagi kat Uncle
Muthu dan Aci Meena, dan anaknya si Thanalingam yang selalu mengenyit matanya setiap
kali bertembung dengan Yuhanis…sakit mata agaknye anak aci ni. Nampak dek Mizan “The
Rock’, baru padan mu….

“Ehemm….” Mizan berdehem…pelan saja…bukan apa, kesian. …nanti loyang empat segi
jadi lima segi pulak.

Akhirnya Mizan munculkan diri. Tak larat nak ngendap lama-lama. Punggung dah kematu
duduk kat tangga….tekak sendiri yang kering.

Yuhanis sekadar mengurut dada, takle terkejut sangat…Mizan dah faham, Yuhanis tak boleh
terkejut….Ha,ha,ha…mungkin Mizan tak suka kena panggil…hi,hi,hi..monyet ..macam hari
tu.

“Er…kenapa turun ni…kalau nak ape-ape, kan Hani dah pesan, call aje….pening kepala
macam mana….kalau jatuh tangga kan susah.” Kata Yuhanis sambil berdiri memandang
Mizan yang sedang melangkah menghampirinya.
“Aah..boringlah terkurung kat bilik sorang-sorang.. demam pun dah kurang..boleh tolong
buatkan saya Nescafe tak?” kata Mizan.

Mizan menarik kerusi di hadapan Yuhanis, mata terancap pada buku lakar Yuhanis di atas
meja. Semasa di kampung hari tu…dua tiga kali Mizan melihat Yuhanis begitu asyik dengan
buku yang sama. Teringin jugak Mizan nak tegok apa bendanya yang Yuhanis lukis dalam
buku tu. Emak kata Yuhanis suka melukis. Mmm, budak tadika pun suka melukis…kalau
setakat lukis harimau, jadi ikan…nak buat apa…

Yuhanis terperasan hala pandangan mata Mizan. ‘ Eh..tak leh, tak leh.’ Yuhanis segera
merapati sisi meja sambil meletakkan tangannya di atas buku lakarnya…sebelum Mizan
menyambar.

“Nescafe sajeke ?…abang lapar tak ?..ada nak makan ape-ape ke?..” tanya Yuhanis sambil
tangan menarik buku lakarnya turun dari meja perlahan-lahan …jauuuhh dari tangan dan
mata Mizan. Konon tak nak bagi Mizan perasan.

“Air saja cukup…eer, yang di atas meja ni dah boleh makanke ?” tanya Mizan. Mulut tanya
pasal agar-agar tapi mata melihat gelagat Yuhanis.

Macamlah Mizan tak faham,… minah tu tak bagi dia tengok entah apa-apa ntah dalam
bukunya itu. Ambil sajalah dengan penuh hormat. Mizan akan menghormati privasi orang.
Ini tidak…naik geli hati Mizan melihat kelakuan Yuhanis. Macam budak-budak tadika. Siap
nyorok buku kat belakang punggung, sambil jalan mengiring macam ketam…kemudian
zuup!…buku disumbat ke dalam laci kabinet dapur.

Ini membuatkan Mizan lebih teringin nak tengok…tapi takle ‘desprete’ sangat, dan-dan tu.
Setakat gambar loyang, harimauke, ikanke…tak delah nak heran sangat. Mmmmm, nanti
nanti pun tak apa..

“Agar-agar tu baru nak sejuk…kejap lagii..boleh masuk sekejap kat peti ais…dalam setengah
jam, bolehle makan.” Kata Yuhanis sambil meletakkan satu mug Nescafe suam di hadapan
Mizan. Bancuh dengan air panas, campur sikit dengan air masak…boleh cepat orang nak
minum. ‘First class service’ untuk orang demam.

Yuhanis membancuh pula satu jug air sarsi. Bubuh ais kiub…aaahh, yum,yum. Yuhanis isi
satu mug untuknya. Jug dimasukkan ke dalam peti sejuk. Nampak cerialah sikit peti sejuk
sekarang…kejap lagi, tentu bertambah meriah dengan empat bijik loyang pula.

Besok, jika Mizan dan masa mengizinkan Yuhanis nak keluar…nak pergi beli semua jenis
buah-buahan yang ada dijual…susun cantik-cantik kat dalam peti sejuk tu. Boleh gak jamu
mata dan jamu perut.

“Besok, abang mc kan…Yuhanis nak keluar sekejap, nak beli barang dapur. “ kata Yuhanis
sambil duduk membawa air minumannya, lalu diletakkan di atas meja.

“Nak saya hantarkan ?”


Uiihhh…Yuhanis baru terperasan…suruh Yuhanis panggil ..’.abang’, tapi bila bahasakan diri
sendiri…..Mizan, bersaya pulak…camno nii ?..tapi Yuhanis tak berani nak tegur. Nanti tak
pasal-pasal, ada orang menyentap pulak.

“Abangkan demam…kan doktor pesan …suruh rehat banyak-banyak.”

“Mmm, ok.” Jawab Mizan. Mata mengerling seketika ke laci kabinet….mmm, ok Mizan ada
makna.

Terkebil-kebil mata Yuhanis melihat Mizan mencapai, mengambil mugnya, lalu melanggah
ais sarsi Yuhanis. ‘ Aaik, dah tak demam kot.’

* * * * * * * * * * ** *

“Abang makan tengahari dah siap…abang nak Hani bawak naik ke?” tanya Hani sambil
menjengukkan kepalanya ke dalam bilik Mizan.

Yuhanis lihat Mizan sedang berbaring sambil membaca buku. Bukan novel romantik
pastinya. Tengok kulit pun dah tahu…Ada gambar orang tengah sepak bola. Gambar Ronaldo
…footballer yang handsome tu….tapi Yuhanis tak minat kat Ronaldo. Ronaldinho lagile tak
minat.

Yuhanis minat kat John Abraham macam heroin kat dalam novel ‘SiNepal dan Mek Siam’ di
Penulisan 2U. Karya penulis baru dari mana entah. Baru baca sampai bab dua puluh
empat..sampai kat bab itu yang ada pun. Entah tahun bile agaknye baru dapat baca bab
seterusnye…bila pulak dapat enjoi baca ‘happy ending’nya.

John Abraham memang handsome giler…penuh almari lama Yuhanis kena tampal dengan
poster John Abraham…Di sini , Yuhanis tak berani nak buat kerja gila-gila remaja tu.

Mizan meletakkan buku di atas dadanya. Mata Mizan beralih ke wajah Yuhanis di pintu.
Mizan dah mula perasan…sejak demam panasnya dah menurun, Yuhanis dah tak masuk ke
biliknya. Mizan terasa saperti dipinggirkan pulak. CHIS ! Perasaan apakah ini.

Selesailah episode jelun-menjelun. Semasa adegan sedang berlansung, perasaan Mizan


bercelaru. Nak kata tak suka..hati Mizan kata suka. Nak kata suka..jiwa Mizan tersiksa.
Mengapa ya !…Sekarang nak bercakap dengannya pun, minah tu main ketuk-ketuk pintu
pulak…betul-betul macam staf kat pejabat Mizan.

Paling banyak masuk pun, had kepala tulah. Tercepit kepala tu karang, baru padan muka
!..gerutu hati Mizan. Tapi Mizan taklah doakan yang tak elok pada Yuhanis…Cuma dalam
hati, cuaca ada panas sikit. Mizan kena ingat kebaikkan Yuhanis. Minah tu sangat tekun dan
sabar melayan Mizan sepanjang waktu dia terlantar demam.

Entah kenapa Yuhanis berubah, Mizan pun tak tahu. Tak kan masih malu denganya lagi…
mereka dah boleh bersembang pun, walau pun macam kekawan biasa. Nak kata takut…takut
apa? …Takut dia terkamke ?…macam harimau lapar gitu. Mmm, sorry…malam sikit, rungut
Mizan di dalam hati.

“Nak saya hantarkan ke?”


Kali ini Mizan ajak-ajak ayam, ajak-ajak itik…sebab Mizan ada projek nak buat….tapi kalau
minah ni tetiba setuju…projek kena tangguk ke lain waktu.

“Eh, tak pelah…Hani nak pergi dua tiga ..kedai..er..tempat,…nanti demam abang naik
balik…dahle tengahari rembang ni.”

“Ok….Hani nak pakai duitke ?”

Mizan mencapai walletnya yang diletakkan di atas meja tepi katil. Mmm, nak jugak test,
tengok…ndak tak minah ni masuk ke biliknya. Orang tengah boring…memang suka-suki nak
menyakat orang. Umpan duit lagi…

“Duit abang bagi hari tu pun tak habis lagi….mmm, Abang Mizaaan du..
it…y…aaa…n…g………..”

Mizan dah tak dengar kata-kata Yuhanis yang seterusnya….”..Abang Mizaaan..”….Mizan


suka Yuhanis memanggilnya begitu..meleret…manja saja bunyinya….tapi nak suruh Yuhanis
panggil dia macam tu…eh,eh..hilang tebiat apa ?

“EH!..abang ok ke ni ?” suara Yuhanis kedengaran cemas…

“HUH !..er,er…saya ok…Hani kata apa tadi ?”

“Duit yang Hani mintak abang dulukan hari tu, untuk Yusri kat kedai dobi tu….nanti Hani
ganti balik….Hani terlupale…sorry, lambat sikit.”

“Eh, tak payah ba….maksud saya…nanti, malam karang kita bincang pasal tu.” Tetiba Mizan
nak buat umpan lagi.

“Ok…Hani pergi dulu…assalamualaikum.”…mula bunyi macam nak kata tak payah bayar
balik..eh, silap dengar kot…hati Yuhanis berbicara.

“Ok…elok-elok, waalaikummussalam.”

‘ERK…Kenapa hati ni, macam berat saja nak bagi minah tu keluar….tak kan nak cemburu
pulak?????’…….eh, tak de maknanya!!…hati Mizan berdebat sendirian.

“OK, Encik Amin…pukul dua setengah tepat. Saya tunggu kat alamat yang saya bagi ni.
Semua dah settlekan?”

“Ok, semua dah siap…orang saya akan sampai tepat pada waktunya..awal sikit pun tak
apakan?”

“Mmm, tak ape…Cuma jangan lambat, saya ade kerja lain nak buat…terima kasih.”

Hati Yuhanis melonjak girang. Tak sabar rasanya nak menunggu waktu yang dijanjikan.
Yuhanis segera menahan teksi. Dengan tangan menjinjit beberapa barang…buah dan buah
tangan, Yuhanis melangkah menghampiri teksi yang berhenti di tepi jalan.
Ada orang kata…..’ duit bukan segalanye’….tapi dari pengalaman Yuhanis, duit melancarkan
semua kerja. Lebih-lebih lagi, kerja yang memerlukan duit…..dalam kadar yang banyak dan
kadar yang segera.

“Ye, ye..ye,ye…Kak Hani datang! Kak Hani datang !… Kak Hani ! Lamanya Kak Hani balik
kampung?”

“Iyelah…lebih seminggu….Abang Yusri selalu kata..’Kak Hani kirim salam’..’Kak Hani


kirim salam’….[Sara mengajuk gaya Yusri bercakap]….bukan nak kasi kitaorang cakap
dengan Kak Hani!…kedekut betullah Abang Yusri tu.”

Yuhanis tersenyum lebar. Gembira disambut penuh ghairah oleh Sara dan Suri. Juga seronok
..sebab geli hati mendengar gaya Sara dan Suri,…saperti gaya katun Upin dan Ipin. Bersahut-
sahut…bersambut-sambut, kata-kata mereka. Rasa lama betul tak dengar. Yuhanis rindu pada
mereka.

Yuhanis dan Sara dan Suri berpelukkan…lupa nak salam-salam. Rindu sangat…lebih
seminggu tak jumpa. Nenek Leha hanya tersenyum-senyum melihat gelagat Yuhanis dengan
si kembar. Yuhanis bersalaman dengan Nek Leha…siap cium tangan lagi.

Yuhanis berasa beruntung Allah ketemukan dia dengan Nek Leha. Yuhanis dah mula
sayangkan Nek Leha. Yuhanis tak pernah rasa macam mana ada nenek. Sekarang Yuhanis
dah ada nenek.

“Nek..nenek rasa agar-agar Kak Hani buat ni…bubuh kat peti ais, bagi sejuk, lagi best.” Puji
Sara. Dah dua potong agar-agar laici dimakannya.

“Haah nek…baik nenek makan cepat…nanti , Abang Yusri balik…habis disapunya…tentu


nenek kempunan nanti.”tokok Suri sambil tangan laju menyuap agar-agar ke dalam
mulutnya.

“Tinggal dua tiga potong kat Abang Yusri pun cukup….besok kalau ada masa, Kak Hani
datang hantar agar-agar lagi.”

“Eh..datang hantar saja ke?” tanya Sara. Bulat mata Sara merenung Yuhanis. Agar-agar yang
baru nak disuap , terhenti dua inci dari mulutnya.

“Kak Haniiii….tidurlah siniii, macam hari tuuu.” Kata Suri pula.

“Eeh…Kak Hani ni kan ada suami…tak baiklah nak tinggalkan suaminya, tidur sorang-
sorang kat rumah…orang perempuan, bila dah ada suami..kena jaga makan minum suami.”
Kata Nenek Leha…lambat-lambat.

“Kak Hani, siap-siapkanlah makanan, masak banyak-banyak kat suami Kak Hani tu…lepas
tu, bolehlah datang sini…tidur terus kat sini.”kata si bijak pandai… si Sara.

“Eh, Sara tak dengar ke nenek cakap…Kak Hani tak boleh tinggalkan suaminya tidur sorang-
sorang…itu maknanya, Kak Hani kena tidur sama-sama dengan suaminya….satu katil ye
nek?..” tanya si cerdik pandai..si Suri pula.
Yuhanis nak tergelak. Muka Nenek Leha dah naik biru !…tulaaah, cepat sangat nak bagi tip
rumah tangga kat si kembar. Sekolah rendah pun baru saje habis.

“KAK HANI !..KAK HANI !!

Yuhanis, Sara, Suri dan Nek Leha berlari..berlumba-lumba ke depan rumah, bila mendengar
suara Yusri terjerit-jerit. Tinggal semua yang sedang mereka lakukan kat dapur. Apalah yang
telah terjadi pada Yusri di depan rumah tu. Dengar suara mengalahkan orang
menjerit…rumah terbakar !, rumah terbakar !!

Tercungap-cungap Nenek Leha, sampai tersandar-sandar kat jernang pintu. Yuhanis dan si
kembar menarik nafas lega..bila melihat tak ada apa-apa yang nak dirisaukan….tak ada api,
tak ada asap.

“HAAA! Kak Hani ada lesenlah….bak sini, Yusri nak check….bawak motor nampak!…Wei,
motor baru lagi…merahnya mak ngah!…tak ada ‘colour’ terang lagike kat kedai tu…kejar
dek lembu, baru Kak Hani tau…moo,moo,mooo.”

Semua tertawa mendengar Yusri meniru bunyi lembu. Ini rupanya masaalah Yusri.

“Eh, motor Kak Hanike?…ce tengok, nama sapa kat motor tu…tu haa, kat depan tu!”kata
Yuhanis…buat-buat tak tahu.

Tercengang Yusri bila melihat namanya tertulis di depan motor berwarna merahnya mak
ngah itu.

“Yusri !….eh, Kak Hani ….ini…ini…ni…er…er…mmm…er…motor siapa sebenarnya


ni…Kak Hani jangan main-main, Yusri mana ada duit nak bayar.”

“Motor abanglah !” Sara menjerit ..’.excited’ tak tertahan.

“Kak Hani belikan!!!” Suri tumpang sekaki menjerit sekali.

Semua tersenyum-senyum melihat Yusri. Yusri sorang tak senyum….Yusri menangis !

Seketika mati semua senyuman. Nenek Leha kelihatan mengesat-ngesat air matanya yang
mula nak bergenang. Sara dan Suri yang tadinya ceria,berkerut-kerut kening mereka. Dada
Yuhanis merasa ketat….Yuhanis faham gelodak perasaan yang sedang dilalui Yusri…tapi
Yuhanis tidak mahu adik-adiknya menangis lagi.

“Kalau Yusri tak suka motor warna merah….nanti kita beli spray, ramai-ramai kita tukar
motor ni jadi warna lain, warna awan laratke, pelangike, warna taik lembu pun cantik
ape….Kita lima orang, kita beli lima ‘colour’ nak….tentu Yusri suka, takle menangis macam
ni.”

“Isk,isk,isk..Terima kasih banyak-banyak kak….Kak Hani saja, tau…bukan pasal warna


merah ni…Yusri sedih sebab…….”

“Kak Hani tau…tak payah cakap apa-apa…jom, hantar Kak Hani kat simpang.”
“Eh…Kak Hani nak balik dah…Yusri tak sempat nak lepaskan rindu pada Kak Hani
lagi….tunggu sekejap lagilaaah…..kita makan nasi sama-sama…nenek masak apa hari ni,
nek.”

Nenek Leha baru nak buka mulut….tapi orang lain dah jawab dulu.

“Kak Hani nak kena balik, Kak Hani kena jaga makan minum suami Kak Hani.” Kata Suri.

“MM, betul… tiap-tiap malam Kak Hani kena tidur dengan suami, sekarang Kak Hani tak
boleh lagi tidur kat rumah kita.”

Yusri memandang muka Yuhanis. Yuhanis mengerling pada Nenek Leha. Nek Leha menarik
nafas dalam- dalaaam……..

Mizan memandang Yuhanis yang baru turun dari teksi. Lama betul minah tu pergi
‘shopping’. Mizan mengintai jauh dari tingkap, melihat Yuhanis menurunkan barang-barang
yang dibeli satu persatu dari perut teksi.

Mizan rasa bebal. Projek yang disangkanya mudah, tak memberi hasil. Mizan ingat senang
nak ambil dan tengok buku lakar Yuhanis….macam senang makan kacang…tapi tak jumpa.
Di manalah minah tu sorokkan…takkan pulak diangkut merata. Mmm, tak pelah…besok-
besok masih ada, lagi pun bukan perkara penting.

Mizan merancang untuk keluar, sekadar ronda pusing-pusing pekan untuk menghilangkan
kebosanan. Nasib baik dapat cuti sakit dua hari saja. Jika tiga hari, Mizan tetap akan pergi
kerja

besok. Boleh demam balik jika terperap lama-lama di rumah.

Boleh juga Mizan menjamu selera di luar nanti. Tekaknya dah penat menelan nasi
lembik…nasib baik tak kanji. Rajin betul Yuhanis masak nasi lembik untuknya….naik
lembik satu badan menelan. Pandai pulak minah tu….ada ke kata dia tak suka kanji, tapi
Mizan kena makan kanji. Alasannya kanji mudah hadam, baik untuk orang sakit. Ok,
sekarang Mizan dah tak sakit.

Dah sudah mandi. Dah selesai sembahyang Asar. Mizan ke almari mencari pakaian. Mizan
cadang nak pakai jeans lama dan t-shirt lengan pendek saja….tapi siaran tergendala bila
Mizan membuka laci.

‘Eh, minah ni, ingat tak ambil seluar kecik dia ?’…bukan tak ada beli yang baru, tapi yang
diculik Yuhanis pun masih baru juga…apa pun Mizan nak balik. Mizan tetap terhutang
budi…tapi dalam bab ni, Mizan nak mengajar Yuhanis supaya lain kali jangan terover.

“Ada ambil pakaian saya dari kedai dobi tak?”

Yuhanis yang sedang menyusun buah-buahan di dalam peti sejuk, terhenti. Bulat mata
Yuhanis. Aisaymen ! Terlupa lagi !

“Hurm, hurm…hurm……”Terkumat kamit mulut Yuhanis saperti ikan yang baru terdampar
di daratan..tak terkeluar sepatah kata. Yuhanis sedar akan kesalahannya. Mizan telah banyak
bersabar…alahai..kenapa boleh sampai lupa lagi. Munkin masih sempat jika mereka
bersegera ke kedai dobi.

“Abang nak keluarke ? Boleh bawak Hani pergi sekejap kat kedai dobi tak ?” kata Yuhanis
sambil menyumbat buah-buahan dengan beg- beg plastik ke dalam peti sejuk. Hajat nak jamu
agar-agar kepada Mizan tak jadi, sebab mereka perlu cepat sebelum kedai dobi tutup….dan
agar-agar pun dah luak banyak, tanda Mizan dah makan sendiri.

“Dah sembahyang?”

“Dah.”

“Jom.”

“Hani ambil beg sekejap.” Kata Hani yang sudah siap melangkah ke arah tangga.

Yuhanis sempat membasuh muka dan memakai bedak muka sebelum bergegas turun. Mizan
sudah duduk di dalam kereta menunggu Yuhanis. Yuhanis merasa lega bila muka Mizan
nampak tenang…..tapi Yuhanis lupa….air tenang jangan disangka tak ada buaya!

BAB 22

Yuhanis melihat kiri jalan, kemudian menoleh melihat sebelah kanan pula. Seketika Yuhanis
memandang ke arah muka Mizan. Nampak normal aje….tak nampak muka orang hilang
ingatan pun.

“Abang ..kedai dobi, ikut jalan tu.” Kata Yuhanis sambil jari telunjuknya dituding ke arah
belakang….maknanya Mizan dah terlepas simpang ke kedai dobi.

Mizan mengerling Yuhanis. Tetiba saja Mizan menukar rancangan. Mizan mahu membawa
Yuhanis bersamanya. Mizan sengaja hendak melihat tindak balas Yuhanis yang kini mula
menjauhkan diri darinya. Setengah hati lagi pula, terasa betul-betul mahukan Yuhanis
menemaninya …makan atau sekadar meronda.

“Tahu.”

“Habis tu, kita nak pergi mana ni?”

“Makan.”

“Makan?”

“mmm..makan.”

“Nanti kedai dobi tutuplah bang..kan kita nak pergi ambik..er…”

“Tukar plan. Ambil besoklah….sekarang pun dah pukul lima setengah lebih..kelam-kabut
nak buat apa.”
Yuhanis merenung ke arah Mizan yang sedang memandu dengan tenang. Di rumah tadi
beriya nak cepat, sampaikan terhuntang-hanting Yuhanis berkejaran..pakai tudung pun sambil
berlari. Namun Yuhanis sedar diri…dia tak boleh salahkan Mizan sorang. Bukan Yuhanis tak
tahu,…. malah emak selalu nasihatkan… bahawa api tak boleh dilawan dengan api.

…..tapi hari tu dah terlajak jadi api. Hu,hu,hu…ni yang nak kena belajar sabar….sabar oh
sabariah…sekarang Yuhanis kena mula belajar jadi air. Ikut jelah kehendak Mizan. Yuhanis
pun bukan ada apa yang hendak dibuat …lagi pun meneman suami makan dapat pahala
umrah, emak yang kata.

“Hurmm…ade lagike untuk dipakai besok?”Bila teringat perangai bodohnya hari tu, Yuhanis
rasa bersalah.

“Apa bendanya.”Mizan sengaja buat tak faham. Mizan gerenti..minah ni malu nak sebut
perkataan ‘underware’di depan muka Mizan.

“Pakaian dalam abangle…” Yuhanis lega bila tetiba dapat jawapan yang agak manis. Mizan
sengaja nak kenakan dia. Ingat dia budak pra-tadika yang tak cukup ‘vocabulary’ke ? …
Ingat Yuhanis maluke nak sebut nama benda alah tu depan Mizan…spenda!…Yuhanis
memang tak malu…kalau cakap dalam hati,….hi,hi,hi…..

“Kalau dah tak ada, awak nak tolong gantikanke?”

“Boleh..no problem and no hal punya…nanti singgah mana-mana kedai yang ada jual
pakaian laki-laki.” Jawab Yuhanis dengan penuh ‘confident’.

Terangkat kedua-dua kening Mizan. Mata Mizan memandang sekilas pada Yuhanis di
sebelah… …lepas tu cepat-cepat memandang ke hadapan semula. Mizan mengetap gigi.
…bergerak-gerak tulang rahangnya. Mizan dapat rasakan hatinya dah mula jadi pembelot.

Sebab dah terhutang budi…apakah dendam akan dibubarkan…Lepas tu kenapa semakin


kerap Mizan memandang Yuhanis, semakin nampak manis pulak minah ni. Hari tu rasa
nampak comel… hari ni nampak manis ….eh, tak boleh jadi…tak boleh jadi. Mizan kena
buat sesuatu yang boleh menghilangkan suasana dan hubungan yang mula mesra antaranya
dan Yuhanis.

‘Gara-gara terhutang budi…nanti tergadai body…tersangkut hati…kalau tak menjadi, kelak


makan hati sampai mati.’ Mizan dah tak sanggup.

“Hani nak minta maaf….”kata Yuhanis sambil tunduk berfikir, ayat bagaimana yang sesuai
untuk diperkatakan. Sekarang bila hati dah sejuk, Yuhanis rasa berbuatannya pada Mizan
agak melampau. Mizan bukan kawan-kawan yang boleh dimain-mainkan begitu.

Bab ini pun emak dah pesan….isteri kena hormat suami…..Yuhanis faham, hormat…
maknanya jangan lawan kata, bila kena marah …jangan menjawab, bila kena suruh-
suruh..ikut saja…kira-kira jadi ‘mak angguk’ gitu. Susah….memang susah, kata
emak…sebab itu isteri solehah, Allah akan beri ganjaran syurga ..[.nak,nak,nak!!]
Sebenarnya emak nak Yuhanis sabar dengan perangai anaknya. Walau pun realitinya disorok
dari emak dan ayah, yang tak tahu hal sebenar. Yuhanis tak akan bagitau emak dan ayah akan
hal ini…biarlah Yuhanis atasi sendiri. Mizan lagile…takkan Mizan sengaja nak tempah maut.

“Saya nak minta maaf pasal hari tu.” Ulang Yuhanis lagi.

Juga tiada maklum balas dari Mizan di sebelah. Masih bengang ke ape ni? Tak apalah….lagi
senang Yuhanis nak cakap panjang lebar. Lagi pun, Yuhanis tak bercadang nak bercakap
sepatah dua kata.Yuhanis rasa inilah masa yang sesuai untuk menjernihkan yang keruh,
mengilatkan yang karat, membetulkan yang salah, menyejukkan yang panas, memaniskan
yang masam, merapatkan yang renggang…cewah…

“Hani nak….

“Hani dah habis belajarke belum?”Mizan bertanya dengan mata memandang jalan raya di
hadapan.

“Huh?..aaa,…er.. habis dah, habis dah.”

“Tak ada plan nak cari kerjake?…tak kan nak makan, tidur saja.”

‘Eh mulut tu !…tapi Yuhanis nak cuba jadi isteri solehah… kena sabor!

“Ada…tapi hari tu…abang Ni..er..hermm….” Yuhanis tak jadi nak sebut nama Nizam.
Yuhanis dah perasan bahawa Mizan alergik dengar nama Nizam. Rupanya Mizan pun
terperasan…

“Hani ambil jurusan apa?…er, hari tu belajar kat U mana?…sekarang lepasan U berlambak-
lambak…lagi lama bertangguh, lagi susah nak dapat kerja.” Tanya Mizan lagi …belum
sempat Yuhanis nak menjawab.

“Hani ambik co………

“Kalau ada offer kerja, nak tak?….atau awak memilih…..budak muda sekarang kalau
memilih, alamat tanam anggurlah forever.”

“Hani bol………

“Tak boringke duduk saja dalam bilik? Orang muda sekarang suka buang masa…mengadap
internet dua puluh empat jam….budak perempuan lagilah…tak bergayut dengan boyfriend,
habiskan masa baca novel mengarut…novel cinta…hah! cinta…suka sangat
berkhayal…cubalah hidup dalam dunia realiti…”

“Eh..tak semu…….

“Kalau dapat offer kerja jauh, macam mana?”

“Hani kena ba…..


“Kebanyakkannya dapat kerja pun, bukan nak buat kerja betul-betul….semua sibuk nak
mencari suami…hari-hari kerja pasang badan, nak memikat laki-laki agar senang dapat
jodoh, cepat kahwin.”

Yuhanis dah malas nak buka mulut …..

“Sekarang susah nak dapat kerja ikut kelulusan…kalau gaji tak setimpal, macam
mana?…sepatutnya mohon kerja dua tiga tempat dulu…baru banding gaji, yang mana
mampu sara diri…kalau sampai tak lepas nak bayar sewa rumah, nak cari bala, buat apa.”

Yuhanis merenung saja muka Mizan. Orang tengah kemaruk nak cakap…biorle.[bunyi biola
tapi bukan biola]

“Sekarang pengalaman sangat penting…tak ada pengalaman, susah sikit nak dapat job…yang
ada pengalaman pun ramai lagi yang tak dapat kerja.”

Yuhanis anggukkan saja. Kena mula belajar jadi mak angguk…asyik nak menjawab aje, bila
nak mula….ha,ha,ha…nak jawab apenye, nak buka mulut pun tak sempat…..nak cakap lagile
tak dapat! Lagile tak payah !

“Kenapa tak cari pengalaman dulu…kerja dulu kat mana-mana, budak sekarang bukan nak
fikir panjang…ingat pengalaman tu tunggu dapat kerja tetap sajake baru nak timba
pengalaman. Kat mana-mana pun boleh dapat pengalaman…kurang-kurangnya dapat
pengalaman macam mana susahnya nak dapat duit….jangan asyik bergantung dengan emak
ayah saja.”

Telinga Yuhanis terasa panas…tapi nak jawab…er..nak bagi penjelasan nanti orang kata
menjawab…emm, diam ajelah.

“Bukan setakat pengalaman berkerja.. kena belajar berkomunikasi dengan baik dan
lancar…baru boleh maju….nak jadi ketua, perlu kepetahan…kalau tak, tergagaplah nanti di
bilik mesyuarat…tapi budak-budak muda sekarang mana ada fikir pasal itu semua.”

Yuhanis tak mampu nak buat apa-apa…tunggule Mizan berhenti cakap bila…..

Mizan berhenti bercakap sebab keretanya pun dah berhenti di tempat pakir. Yuhanis keluar
dari kereta. Konon tadi nak bercakap panjang lebar, tapi tak ada peluang lansung….sepatah
dua kata pun tak sempat nak mencelah..

Rasa macam sesi temuduga pun ada. Motivasi pun iye. Kenapa ye ? Nak bagi kerja?….kat
mana erk..kutub utara? Kutub selatan?….Sepanjang perjalanan, semua soalan dari Mizan,
Yuhanis jadi tukang jawab..er, tukang dengar….sambil- sambil itu dalam kepala Yuhanis
ligat berfikir apakah Mizan nak dia semakin dekat atau nak suruh Yuhanis pindah duduk
jauh-jauh.

Terasa gatal mulut Yuhanis nak bertanya itu, ini… tapi tak terkeluar soalan. Lagi-lagi depan
makanan…takut membazir makanan. Iyalah…manalah tahu, perbincangan kat dewan
parlimen pun boleh bertukar jadi perdebatan dan pergaduhan..
Dalam berita luar negara satu ketika hari tu, sidang parlimen jadi kecoh sampai bertumbuk
dan ada yang sampai baling-baling kasut dan kerusi. Berita yang tak berapa senonoh
ditengok..tapi ramai yang seronok tengok sampai ketawa geli hati. Termasuk dirinya sendiri.
Dalam parlimen yang ‘unsangkarable’ pun boleh terjadi….maka…di luar parlimen…yang
‘tak sangkarable’ pun boleh terjadi…..So,Oklah,… tanya ‘next time’.

Yuhanis tergaruk-garuk dahi sampai tersenget tudung di kepalanya. Ingat senang nak buat
kerja ni tadi…sekarang baru tahu. Yuhanis berdiri di hadapan rak, kemudian mencapai
sekotak untuk diteliti sebelum membeli. Ambil, letak..ambil, letak…..Tsk,tsk..tak
iyenya..Yuhanis mengambil telefonnya dan terus menadail.

“Abang… nak ambil er..saiz berapa ye?”tanya Yuhanis sambil tangannya laju menyelongkar
rak…….mmm…. Ok, jumpa dah.

Yuhanis termangu lagi. Macam-macam jenama ada….nanti tak kena cita rasa,sapa pulak nak
pakai eh…?

“Abang, nak jenama ape ye?” Yuhanis membuat panggilan semula dan… bertanya
lagi…Mata pula laju membaca nama-nama yang tertera pada kotak-kotak yang tersusun dan
yang dah tak tersusun.

Hari ini hari dalam sejarah. Yuhanis belajar kenal jenama untuk tu lah…er, ada nama Edwin,
ada Renoma, ada Polo, ada nama Adidas, ada Champion, ada juga nama Good year…eh, ni
bukan nama tayar keretake?…Mungkin satu kilang kot..HA,HA,HA..Lantakle. Dan macam-
macam nama lagi Yuhanis tak sempat nak baca. Jangan-jangan jenama ‘Air Asia’ pun ada
kot.

Eerkk…warna pun ada macam-macam ke?… Ingat seluar dalam orang perempuan aje ada
berbagai –bagai warna. Haaai…cik abang kita suka warna ape ye? Memandai karang, risau
pulak telinga tak tertadahkan nanti. Yang tadi pun dah nak melimpah ruah…..naik tepu
telinga Yuhanis. SABOR !

“ Ehem…abang nak warna ape ?…suka warna ape?…macam-macam warna ade ni…..Oh,
ok…..itu aje….er…warna pink nak tak?…ok,ok”….Yuhanis tersengih sendirian di bahagian
‘man’s wear’ di Mega Mall…saje nak hilangkan tension….suara orang di sana yang sedang
membebel diabaikan.

“Haii…beli underware untuk boyfriendke?”

“Huh !”….Yuhanis menoleh pada seorang lelaki yang sedang berdiri berdekatan….lepas tu
Yuhanis tengok keliling….haaaaa, Yuhanis sorang saje perempuan yang masih berada di
bahagian seluar dalam lelaki. Ada pulak ulat bulu kat sini. Ulat bulu ni tak kisah nak
sembahyang Magribke?….masih nak mengulat rupanya.

“Sorangke?” Lelaki itu semakin rapat di belakang Yuhanis.

“Taklah…kami datang ramai…ada tengah tunggu saya kat depan tu….saja saya nak buat
‘surprise’ …beli hadiah yang tak diduga untuk mereka semua…lima kotak untuk suami, satu
untuk ayah, satu untuk abang sulung, satu untuk abang ngah, satu untuk abang nombor tiga,
satu untuk adik, satu untuk abang ipar, satu untuk adik ipar, satu untuk ayah mertua dan
..er..satu lagi untuk uncle saya.”….FUH,FUH,Fuuuh….ambik kau. Yuhanis menayang
berkotak-kotak yang di pilih dan disusun dalam troli….

Yuhanis menarik nafas lega.

Ulat bulu dah lari. Yuhanis segera ke kaunter…

Hari dah sayup petang, dah nak Mangrib pun. Yuhanis bergegas mendapatkan Mizan yang
sedang menunggunya di dalam kereta. Mizan sengaja tak nak turun. Ini
adalah….C.U.B.A.A.N…. Sabar jelah…tadi pun Yuhanis dah berazam nak jadi airle, baikle,
cik sabariahle….Janji kesalahan Yuhanis sudah bertebus.. Mizan saja yang tak percaya.

“Apa ni ?” Tanya Mizan bila melihat Yuhanis duduk sambil meriba satu beg besar.

Yuhanis hanya tersengih…menunjukkan giginya yang tersusun cantik. Semua


ori….Kemudian Yuhanis menarik satu kotak keluar, ditunjukkan pada Mizan.

“Banyaknya? Berapa semua ni ?”

“Empat belas kotak.”

“HGAAAAA !!”

Kan dah cakap…Mizan tak percaya.

***********

TOK,TOK,TOK….TOK,TOK,TOK…..

“Abang dah subuh!”

“Ok..ok….saya bangunlah ni!” dengan mata kuyu Mizan melangkah ke bilik air.
Sembahyang Subuh di awal waktu. Yuhanis jadi tukang gerak bangun.

TOK,TOK,TOK….TOK,TOK,TOK….

“Abang dah pukul tujuh!…….

…..abang pukul tujuh dah!”

“Ok,ok….saya bangunlah ni!”…..Mizan merengus tapi terpaksa bangun jugak…sebab dah


terkejut jaga…kalau lena semula, selalunya akan terbabas. Yuhanis pun dah panggil dua kali.

TOK,TOK,TOK…..TOK,TOK,TOK……

“Abang sarapan dah siap….bekal pun dah siap!”

“Ok..ok..nanti saya turun!” jerit Mizan sambil mengenakan butang kemejanya.

TOK,TOK,TOK,….TOK,TOK,TOK…..
Mizan menunggu apa yang nak dijeritkan lagi oleh Yuhanis…..beberapa saat berlalu..’.ellek’,
tiada jeritan pula kali ini.

“APA HAL !”…Mizan yang lebih pulak jeritnya.

“Ooh, tak turun lagike?…Tak turun sarapan lagike?…nanti lambat!”

“Ok…saya siap dah!”

Tergeleng-geleng kepala Mizan dengan acara single jerit menjerit antara pintu itu. Acara
yang memeriahkan rumahnya yang selama ini sunyi dan sepi. Tanpa disedari senyuman kecil
tersungging di bibir Mizan.

Belum sampai anak tangga terakhir, hidung Mizan dah terbau haruman lemak berkrim nasi
lemak. Pagi-pagi buta sapalah nak makan nasi lemak….tadi cakap bekal dah siap..wui, siapa
yang nak bawak bekal macam budak sekolah ni….rungut hati Mizan sambil melangkah ke
meja makan.

Wow, ada minuman kegemarannya. Minum saja, sudahlah. Abaikan saja nasi lemak.

Mizan duduk lalu mencapai secawan Nescafe yang sudah siap terhidang. Mata Mizan
merenung ke talam. Di hadapannya terhidang nasi lemak…terletak eloh di tengah-tengah
pinggan makan. Ciput je pun…kira-kira besar sikit dari siput…er, ba,alif,ba,ya…

Ada sedikit ikan bilis goreng, boleh kira pulak tu…dua ekor setengah bersamaan lima belah.
Hai, berkira betullah minah ni…Siap dengan kacang goreng yang jumlahnya… jari tangan
Mizan lagi banyak. Bukan dua tangan pulak tu…Apa minah ni fikir?… agak-agak kalau buh
sepuluh bijik kacang goreng, Mizan boleh jatuh papa kedanake ?

Mizan menggeleg-gelengkan kepala.

Daripada merungut tak makan nasi lemak pagi-pagi buta..Mizan makan licin. Ada pula
komen untuk nasi lemak, …Yuhanis berkira! Sikit sangat !

Mana minah ni…tak nampak batang hidung pun ! Rungut hati Mizan sambil memakai kasut
…….saaaammpaiiiiiii….. keretanya bergerak meninggalkan rumah.

“EMM, sedapnya nasi lemak kau ni, Mizan. Eh…Emak kau ada kat sinike?” tanya Sharif
sambil menyuap sesudu lagi nasi lemak yang dicukainya dari ‘tuperware’ Mizan.

“Tak adalah…mak aku kan jaga ad..ayah aku…mak aku ada banyak hal di kampung…” Kata
Mizan sambil menyuap nasi lemak ke mulut.

“Habis tu mana kau dapat nasi lemak ni, sedap betul….er…kau dah bawak balik wife kau ke
Mizan?…” Zulkifli pula membuat spekulasinya saperti biasa…

“Hisy…kau ni Zul..cakaplah perlahan sikit…kan member kita ni nak keep it secret dulu…er,
Mizan ..bila nak story kat kitaorang ni..kata hari tu nak cerita sikit…takkan dengan member
kamcing pun, kau nak rahsia-rahsia.”Sharif dan Zul…dua kali lima. Paku dulang, paku
serepih……..
“Aah, kauorang ni…banyak tanya betul, makan sajalah. Kalau tak nak aku boleh habiskan
sorang-sorang.”

Zulkifli segera mendekatkan pinggan bihunnya yang sudah tinggal setengah… ke sebelah
bekas nasi lemak Mizan. Orang dah semawa, takkan nak tolak rezeki. Zulkifli mencedok
beberapa sudu nasi lemak ke pinggannya. Sambal sikit, ikan bilis goreng sikit dan kacang
tanah goreng sikit…juga sepotong telur rebus.

“Woi, tinggallah aku sikit…aku baru rasa dua sudu.” Rungut Sharif.

“Ok..sila,silakan.” Jawab Zulkifli memberi ruang pada Sharif pula untuk mengambil nasi
lemak.

Mizan memerhatikan saja gelagat kawan-kawannya sambil menggeleng-gelengkan


kepala….tapi terhenti bila mendengar kata-kata Sharif…

“Wei Mizan, hujung minggu ni aku dengan Zul nak pergi rumah kaulah…boleh jugak
kitaorang berkenal-kenalan dengan orang rumah kau yang baru tu.”

“Iyalah…manalah tahu, kalau-kalau… terjumpa kat mana-mana aku terngorat isteri kau tu,
baru kau merana lagi.”

“Eh…nanti-nantilah dulu…aku baru…maksud aku, dia baru saja datang…bagilah dia


peluang sesuaikan diri kat rumah aku dulu.”

“Cantik tak isteri baru kau ni, Mizan?” tanya Sharif.

“Cantik…tapi kau orang kena ingat cantik bukan segalanya untuk menjamin kebahagiaan
rumahtangga.”

Sharif dan Zulkifli mengangguk….bukti ada didepan mata mereka.

“Emak kau carikan di kampungke?” tanya Sharif lagi.

“Begitulah kira-kiranya.” Jawab Mizan selamba…kalau boleh tak nak berbual hal Yuhanis
lagi.

“Macam mana…kau suka tak dengan wife baru ni?” tanya Zulkifli sambil menolak pinggan
makannya yang telah kosong ke tengah meja.

“Eer…boleh tak kita jangan sembang pasal hal ini kat pejabat…aku tak nak orang bising-
bising nanti.” Kata Mizan cuba mengelak bercakap lebih-lebih tentang rumahtangganya.

“Alaa Mizan, lagi semua tahu..lagi senang hidup kau..takdelah yang nak terkejar-kejarkan
kau lagi….tenang hidup kau,terang sikit peluang aku ni.”kata Zulkifli dengan senyuman
sengetnya.

“Aku rasa…Suraya pun tak boleh nak buat sesuka hati dia nak perangkap kau…selamat
sikitlah kau tu dari godaan model seksi tu.”tambah Zulkifli lagi.
“Yalah Mizan..betul cakap Zul tu…..nii, tak lama lagi ada hari keluarga syarikat..kau
tahukan…masa tulah…aku rasa sesuai, …kalau kau buat ‘surprise’ kat semua.”

“Mmm…aku rasa ..semua tu , termasuklah kita berdua, Sharif ooi.”

Mizan terdiam. Betul juga kata kedua-dua rakannya. Cuma bagi Mizan… bila dah buat
pengumuman, itu bermakna Mizan telah mengiftirafkan perkahwinannya dengan Yuhanis.
Adakah itu yang dia mahu ?…Sedangkan pada mula lagi Mizan dah bercadang nak
melepaskan Yuhanis bila keadaan mengizinkan. Mizan sudah selesa hidup sendirian. Adakah
ini yang dia mahu sekarang ?

Mizan dalam dilemma.

Sepanjang perjalanan pulang dari pejabat, Mizan masih terfikirkan kata- kata Sharif dan
Zulkifli. Perkara ini tidak dapat dibincangkan dengan sesiapa…maka terpaksalah Mizan
memerah otak dan hatinya sendirian berhad. Selesai menanggalkan kasut dan melangkah
masuk ke rumah…hati Mizan rasa tak berapa nak suka hati.

‘Manalah minah ni ?…mengadap lap toplah ni?…mentelaah novellah tu ?’……semua benda


tu Mizan dah nampak semasa membuat kerja ‘I Spy’ kat bilik Yuhanis tempoh hari. Ada
dekat sepuluh buah novel cinta di bilik Yuhanis…bawah bantal pun ada. Tak ada buku lainke
yang nak dibaca ?…Bila nak kembangkan minda ?…Mizan membebel sampai ke
dapur….kemudian terdiam.

Mizan melihat ada minuman petang terhidang di atas meja. Satu teko dan satu set cawan dan
piring tersusun elok di dalam talam kecil. Tanpa berfikir panjang, Mizan terus menuang air
yang masih panas ke dalam cawan, lalu menarik kerusi dan duduk. Sangai di tengah meja
disingkap sedikit…aaah, ada lima biji karipap pusing. Yuhanis tahu karipap pusing adalah
kegemaran Mizan. Semasa di kampung tempoh hari, kuih inilah yang selalu Mizan minta
Yuhanis belikan setiap petang.

Dua cawan teh O. Tiga biji karipap pusing Mizan selesaikan…dua biji lagi, sengaja
ditinggalkan untuk Yuhanis. Mizan melangkah naik ke biliknya. Sebaik melangkah masuk ke
biliknya, Mizan berpatah balik. Briefcasenya di tinggalkan di tepi pintu.

Mungkin sudah sampai masanya Mizan patut berbincang elok-elok dengan


Yuhanis….manalah tahu…..Yuhanis pun, Mizan rasa budak yang boleh diharap. Lagi
pun…Mizan tak yakin rancangannya untuk melepaskan Yuhanis dapat dilakukan dalam
waktu terdekat ini….emak dan ayahnya mesti diutamakan. Jika terjadi sesuatu kepada
mereka , Mizan tak akan memaafkan dirinya., Mizan tak sanggup menjadi puncanya.

Mizan melangkah menghampiri bilik Yuhanis di sebelah biliknya. Telinganya dilekapkan ke


daun pintu. Mizan dapat mendengar suara Yuhanis yang sedang bercakap ….tentu dengan
telefonnya. Mizan memusing tombol pintu perlahan-lahan agar Yuhanis tidak terkejut….tapi
Mizan yang terkejut.

“Abang Nizam…Hani sayang Abang Nizam….kenapa Abang Nizam buat macam ni?”

BAB 23
Nizam merenung laut biru yang terbentang luas di hadapan matanya. Laut sedang bergelora.
Angin petang bertiup kencang. Langit yang tadinya cerah kini telah bertukar redup…semakin
redup dan semakin gelap….ada tanda-tanda hujan akan turun. Namun tak pasti bilakah hujan
akan tiba…..

Yang pasti hati Nizam kini, sedang dibadai gelora sehebat laut yang sedang bergelora di
depan mata. Hujan air
matanya sudah mula menitik. Penuh bergenang air mata Nizan mendengar suara Yuhanis
sedari tadi. Mendengar kata-kata Yuhanis membuat hati Nizam bagai dihiris-hiris dengan
pisau yang tajam…bukan sembilu lagi.

“Abang Nizam…..Hani sayang Abang Nizam….kenapa Abang Nizam buat macam ni ?”

“Hani tanya abang soalan macam tu? ….Hani tahukan…abang sayang, abang cinta pada Hani
tapi Hani tak nak dengar cakap abang. Hani ingat abang Mizan tu cintake pada Hani…hati
Abang Mizan tu hanya pada Suraya …sebab itu dia tak nak kahwin lain. Tengah tunggu
Suraya balik semula ….mesti kahwin dengan Hani hari tu pun,sebab terpaksa. Baik Hani
minta cerai….kita kahwin lepas habis edah nanti.”

Yuhanis terdiam seketika. Yuhanis teringat adegan sebabak antara Mizan dengan bekas
isterinya, tempoh hari.
Yuhanis sendiri tengok cara ‘live’ model gedik kena jerkah dengan Mizan. Tak rupa macam
orang nak buat pakatan perpaduan pun.

Abang Nizam silap tafsir…tapi kalau benar sekali pun, Yuhanis kena tunggu Mizan yang
lepaskannya. Selagi Mizan tak kata apa-apa, Yuhanis kena pegang pada kata-katanya….Pasal
Suraya…huh, bukan kerja Yuhanis nak bercerita pasal hal orang tu.

Apa pun… Yuhanis perlu mencari kata-kata yang sesuai agar Nizam tidak terluka…bukan
Yuhanis tidak hargai cinta yang masih ada di hati Nizam terhadapnya…tapi…Ya Allah
sukarnya untuk Yuhanis berada di tempanya sekarang.

“Abang …semua orang sayangkan abang… emak,ayah,Hani dan Abang Mizan. Semua orang
risau bila abang menghilangkan diri tiba-tiba. Abang tak kesianke pada emak dengan ayah?
Ayah tu ada masaalah jantung…kalau terjadi apa-apa pada ayah hari tu…haa, baru abang nak
menyesal…..alhamdulillah, ayah ok. .er..abang kat mana sekarang ni?” tanya Yuhanis sambil
bangun meninggalkan katilnya, lalu melangkah.. berdiri di tepi tingkap.
Yuhanis nampak sedikit bahagian belakang Camry yang terpakir dibawah anjung. Abang
Mizan dah balik kerja. Hubungan mereka sudah ada sedikit perkembangan….selepas Mizan
baik dari demam. Baik sikit dari hari sebelumnya.. Yuhanis masih belum tahu bagaimana dia
harus lalui rutin hariannya kini.

Perlu lagikah dia jadi halimunan? Adakah Yuhanis kini sudah merdeka ?…tidak perlu terikat
dengan undang-undang yang telah ditetapkan Mizan ‘The Rock’ dulu?…Sukar Yuhanis nak
ramal..ramalan cuaca lagi senang.

“Abang ada kat Pulau Langkawi sekarang ni.” akhirnya Nizam memberitahu tempatnya
menghilangkan diri. Biar Yuhani beritahu emak dan ayah mereka. Nizam sedar tindakkannya
telah membuat kedua emak ayahnya susah hati….tapi hatinya sedang merana.
“Abang buat ape kat Langkawi….holiday sorang-sorang erk?…sampai hati abang…semua
orang kat kampung susah
hati ,tau tak?” kata Yuhanis,cuba meringankan mood Nizam yang sedang bersedih…terluka.

Yuhanis nampak Uncle Muthu sedang duduk makan angin petang dengan Aci Meena di
perkarangan rumah mereka. Mereka..’old loving couple’. Yuhanis teringin kehidupan rumah
tangga yang begitu. Saperti emak dan ayah juga.

“Abang kerja kat sini, kerja kat tepi laut…jadi pemandu pelancung dengan hotel kat tepi laut
ni…ada tempat tinggal, ada makan…gaji pun ok, selalu dapat tips dari pelancung luar
negara….boleh lupa sikit masaalah abang.”kata Nizam sambil menguak rambutnya yang
jatuh mencecah kemata ditiup angin yang sudah bertukar arah.

“Bila abang nak balik ? Berapa lama abang nak kerja kat situ? Shila risaukan abang….kesian
dia. Abang tau tak…Shila mengaku kat Hani dia cintakan abang. Abang baliklah
bang….Hani nak abang jadi saperti Abang Nizam yang Hani kenal dulu. Abang Nizam yang
suka menolong orang. Cepat simpati..cepat kesian. Abang Nizam yang pandai menghiburkan
hati orang yang sedang sedih…..isk,isk,isk….” kata-kata Yuhanis terhenti ….

Tetiba Yuhanis terkenang zaman sedihnya dahulu. Abang Nizam selalu ada untuk
memujuknya.Yuhanis berharap Nizam
dapat kembali seperti dahulu…Cuma kali ini membantu Shila yang ditimpa
kesusahan…..kesusahan dari kesilapan kerana cinta. Tak semua orang nasibnya sama. Ujian
juga datang dalam bentuk yang berlainan.

“Hani ?…Hani, kenapa ni ?…janganlah menangis. Abang Nizam lagi susah hati dengar Hani
menangis.” Nizam turut sebak mendengar esakan Hani. Nizam meramas-ramas
rambutnya..dia lelah dan gelisah. ..tapi tak berdaya untuk mengubah apa-apa.

“..isk..isk,isk..kalau abang kesian kat Hani, abang balikle jumpa emak dan ayah, juga
Shila…tolonglah bang. Hani merayu pada abang…Hani nak abang tahu, Hani akan tetap
sayangkan abang sebagai abang Hani, sampai hujung nyawa…Hani dah ada suami, kita tak
mungkin akan bersama…Hani nak Abang Nizam jadi abang Hani saperti dahulu….abang
kena terima hakikat itu kalau abang nak Hani gembira….isk,isk,isk..hu,hu,hu….”….esakan
Hani bertukar menjadi tangisan. Hati Yuhanis betul-betul sedih…Kesian Abang Nizam.

Nizam kehilangan kata-kata. Permintaan yang sangat sukar ditunaikan. Nizam sudah tentu
mahu gembirakan hati Yuhanis yang sangat dicintainya….tapi dengan bersama orang lain,
dengan Shila. AAAAAHHHHHH !!!!….

“Bila Hani cakap macam tu…abang rasa Hani dah sayang pada Abang Mizan…betulke?”

“Abang .. semua isteri sayang pada suami…Shila pun begitu ….abang baliklah…nanti-nanti
kita jumpa, kita
berbual panjang…Hani nak tengok abang hidup gembira. Selagi abang begini, Hani pun
sedih …tolonglah bang , demi cinta yang kita lalui dahulu …Hani nak kita gembirakan hati
emak dan ayah…semoga Allah memberi kekuatan pada abang ..setiap hari Hani berdoa agar
abang akan bertemu kebahagiaan…Hani nak abang bahagia hingga akhir hayat. Bila abang
bahagia, baru Hani akan rasa betul-betul bahagia.”
Hujan turun dengan lebatnya…mengiringi air mata Nizam, laju turun membasahi pipi. Kalau
itu yang Yuhanis mahukan…Nizam terpaksa mencuba. Kalau itu boleh mengembirakan hati
Yuhanis, Nizam akan anggap…itulah pengorbanannya sebagai galang ganti akan
tindakkannya sendiri yang telah melukakan hati Yuhanis. Luahan hati Yuhanis akan jadi
kekuatan buat diri Nizam menempuh hari muka.

‘Hani akan sayang Abang Nizam hingga ke akhir hayat.’

Buat penawar jiwa yang kecewa…..tapi,

Jika ada peluang…jika Allah berikan peluang kali kedua padanya…Nizam tak akan lepaskan
!

Yuhanis membelek mukanya di cermin meja solek. Yuhanis lega bila matanya yang sedikit
bengkak kerana menangis, tidak kelihatan ketara. Selesai sembahyang Mangrib dan selesai
mengaji, Yuhanis bercadang untuk turun ke dapur menyediakan makan malam untuk Mizan.

Yuhanis tidak dapat menghafaz ketika kepala tengah serabut. Cukuplah sekadar mengaji,
mengulang surah Al Waqiah yang sedang dihafaznya sekarang ini.

Yuhanis sudah berjanji pada dirinya… akan menjaga makan minum Mizan. Tak banyak sikit
kata-kata Nek Leha terngiang-ngiang di telinga Yuhanis. Yuhanis berazam untuk melakukan
tugas ini dengan sebaik mungkin…harap-harap Mizan mahu menerima.

Yuhanis memegang tombol pintu biliknya….tapi pintu sudah siap dibuka. Baru Yuhanis
perasan, daun pintu biliknya sedikit renggang….sedangkan Yuhanis pasti dia telah menutup
rapat pintu itu kerana hati masih berbelah bagi sama ada patut mengunci saperti dahulu atau
tidak. Akhirnya Yuhanis tidak jadi mengunci supaya senang Mizan hendak memanggilnya
kelak.

Yuhanis melangkah ke bilik Mizan. Mungkin Mizan yang datang mencarinya tadi….

TOK,TOK,TOK…..

“Assalamualaikum….Abang Mizan !….Abang Mizan !” Yuhanis memanggil Mizan


beberapa kali.
Tiada jawapan dari Mizan. Abang Mizan sedang sembahyangke?..atau Abang Mizan sudah
keluar? Yuhanis segera berlari masuk ke biliknya, lantas menjengah ke anjung dari tingkap
biliknya. Kereta Camry masih ada di bawah anjung. ‘Tak kan Abang Mizan tidur kot’…sikit
punya kuat Yuhanis mengetuk pintu bilik Mizan sebentar tadi.

Yuhanis kembali di hadapan bilik Mizan. Yuhanis cuba membuka pintu tapi pintu berkunci.

Yuhanis melangkah semula ke bilkinya, lalu duduk di birai katil. Mungkin Abang Mizan
belum selesai
sembahyang….tapi kenapa kunci pintu pulak? .mmm, biarlah hal dia… Yuhanis kena tunggu.
Nak masakke tidak, kena tunggu Abang Mizan nak makan atau tidak.

BEDEBUM !!!…..bunyi pintu dihempas.


Yuhanis berlari ke muka pintu biliknya. Yuhanis melihat Mizan sedang laju menuruni anak
tangga.

“Abang Mizan !…Abang, tunggu sekejap.” Panggil Yuhanis.

Dengan sekejap juga Mizan hilang dari pandangan dengan pintu utama juga menerima nasib
yang sama saperti pintu bilik Mizan.

BEDEBUM !!!

Yuhanis mengurut dada….apa telah berlaku?…Adakah Yuhanis telah melakukan kesalahan


?…. sampai Mizan tidak
mengindahkan panggilan Yuhanis. Berpaling pun tidak. Dengan langkah longlai Yuhanis
menapak semula ke biliknya….lalu merebahkan dirinya ke katil.

Yuhanis rasa nak menangis. Petang tadi menangis kerana Abang Nizam. Sekarang rasa nak
menangis kerana Mizan pulak tunjuk angin. Taufan apakah yang datang melanda kali ini.
Yuhanis penat. Bukan penat badan tapi penat kepala otak.

Puas Yuhanis berfikir di mana silapnya. Akhirnya matanya yang sedari tadi merenung ke
arah pintu bilik…menemui jawapan…Tiba-tiba Yuhanis teringat pintu yang sudah siap
terenggang. Mungkinkah Abang Mizam telah mendengar perbualannya dengan Abang
Nizam? Berapa banyakkah Abang Mizan telah dengar ?

Yuhanis teringat kisah katinyal yang reban tempoh hari. Kejadian itu juga perpunca kerana
Mizan tak suka Nizam menaliponnya. Mungkin kali ini begitu juga. Yuhanis perlu jelaskan
apa yang sebenarnya yang berlaku agar Mizan tidak tersalah sangka.

‘Ishk…macam mana ni…” Yuhanis rasa berdosa pada Mizan. Emak telah ingatkan Yuhanis
tentang ini dahulu. Cuma dulu lain, sekarang lain. Dahulu Mizan tak sudi bercakap
dengannya. Kini Mizan sudah boleh pun tersenyum dengan Yuhanis….tak kiralah walau
senyum ciput saje pun. Yuhanis perlu bertindak segera. Bertindak agresif.

Azan Isyak berkumandang dari masjid berdekatan. Yuhanis segera menunaikan


kewajipannya. Usai sembahyang Isyak, Yuhanis buat sembahyang hajat….Yuhanis berdoa
agar Allah mudahkan urusannya dalam usaha meminta maaf dari Mizan. Semoga Allah
melembutkan hati Mizan juga untuk keselamatan dan kebaikan pada rumah tangga mereka.
‘Seorang isteri yang tidur dalam keadaan suami tidak puas hati atau suaminya sedang marah,
akan dilaknati malaikat sehingga suaminya memaafkannya.’

HHAAAAAAIIIIIII!!!!……..

Yuhanis mengeluh. Susahnya menjadi seorang isteri. Susahnya nak dapatkan kemaafan
suami…Setahu Yuhanis Mizan akan menjerit, menjerkah kalau dia marah. Kali ni lain
pulak…tak ada pulak jerit jerkah dari Mizan. Kalau tak marah …apa ?…Panggil tak nak
jawap. Pandang pun tak sudi. Ciri-ciri macam orang merajuk saje…bicara hati Yuhanis.

HHAAAA….MERAJUK !
Mizan merajuk !…Mak aii,.. merajuk itu tandanya sayang!
Mizan sayang padanya!…..Oh Ya Allah…oh mak…benarkah?…betulkah?….Yuhanis rasa
teruja.
EEEE..nak buat apa ni ? …Alamak… nak buat macam mana ni ?….Yuhanis mula gelabah.
Yuhanis nekad …walau apa cara sekali pun Yuhanis nak semuka dengan Mizan…tapi kalau
Mizan tak sudi macam mana?….Aaaahhh!!!………Yuhanis tak peduli. Yuhanis sanggup
tunggu depan muka pintu bilik Mizan…tapi kalau Mizan masuk ke bilik dan mengunci
pintu….apa Yuhanis nak buat? Paut kaki ?…uih…
Maka Yuhanis kena segera mencari jalan.
Think hard, think fast…fast and furious !!

Mizan melangkah perlahan-lahan dalam gelap gelita, meniti anak tangga ke biliknya. Mizan
tak hiraukan kegelapan yang menyelubungi rumahnya. Entah kenapa…Mizan rasa separuh
hatinya terasa mati. Hati Mizan terasa nak menjerit marah…tapi tak tahu pada siapa.
Yuhanis ?
Nizam ?
Diri sendiri ?…..Mizan buntu.

Sudah lewat malam. Mizan tahu sekarang sudah hampir pukul satu pagi. Mizan sengaja
berlama-lama di luar… memandu, meronda tanpa hala tujuan…membawa diri. Menjauhkan
diri dari perkara yang melukakan hatinya.
Mizan sedar, hatinya sememangnya sudah lama terluka…dah berparut..dah tak layan perkara
yang melibatkan hati…tapi kenapa harus ada perasaan kecewa yang melanda kini? Mizan
sendiri tak mengerti akan hatinya.
Mizan berdiri di hadapan pintu bilik Yuhanis yang gelap gelemat. Sudah tidurkah Yuhanis ?
HAAIISHH ! Mizan tak nak ambil tahu..dan tak akan ambil tahu. Hati Mizan masih pedih
mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Yuhanis….’Hani sayang Abang Nizam’….

Mizan tak percaya hatinya boleh terasa pedih saperti dirobek-robek dengan belati…tapi itulah
kenyataan yang Mizan tidak boleh nafikan lagi….Perkara yang tidak diingininya
berlaku….Perasaan yang tidak diingini telah mengetuk tangkai hati… hati Mizan sudah
diusik. Mizan sudah jatuh hati pada Yuhanis……..alahaaaiii hati !
Mizan melangkah ke biliknya. Dengan hati yang berat Mizan membuka pintu, melangkah
masuk sambil tangan memetik suis lampu di tepi pintu. Daun pintu ditutup…tak pula
dihempas..mm, tak ada sesiapa yang nak ditunjukkan geramnya.

Terkebil-kebil mata Mizan tak percaya. Kemudian tajam mata Mizan merenung ke arah katil.
Yuhanis sedang tidur di atas katilnya. Elok tergolek di tengah-tengah katil. Mizan merapati
katil, berdiri merenung wajah yang sedang lena berbantalkan bantal Mizan.

Perlahan-lahan Mizan melabuhkan diri di atas katil. Tanpa disedari tangan Mizan menyelak
lembut rambut yang menutupi sebahagian wajah Yuhanis. Mizan terasa sedikit melekit di
wajah Yuhanis….Laaaa, tak buka kipas angin rupanya. Padanlah panas semacam. Lampu tak
pasang. Kipas angin tak pasang…air-con pun begitu….boleh lena minah ni. Entah bila
Yuhanis tertidur.

Mizan bangun mengambil ‘remote air-con’ lalu menekan butang ‘on’… sambil berfikir
kenapa Yuhais berada di biliknya? Yuhanis menunggunya ? Mesti ada kaitan dengan
tindakkan Mizan yang meluru keluar tanpa menghiraukan panggilan Yuhanis. Macam mana
nak jawab nanti…
Mizan ke bilik air menggosok gigi kemudian kembali ke bilik yang sudah sejuk dan nyaman.
Mizan tak tahu nak buat apa…patut gerak Yuhanis bangun atau biarkan saja. Sudahnya
Mizan menukar pakaian tidur, juga lampu tidur… lalu melabuhkan badannya berbaring di sisi
Yuhanis perlahan-lahan. Nanti kalau Yuhanis terjaga, pandai-pandailah dia pilih nak tidur di
mana…kata Mizan di dalam hati.

Mizan membetulkan badannya , berbaring lurus dengan dua tapak tangan di atas perut. Siku
kiri Mizan di sebelah Yuhanis terasa menindih sesuatu yang agak keras…yang pastinya
bukan tilam. Novel Yuhanis ? Atau telefon ? Mizan segera mengiringkan badannya untuk
memindahkan barangan tersebut.

Dalam samar-samar lampu tidur, Mizan dapati barang yang hendak dikalihnya itu bukan
buku novel. Bukan telefon… tapi buku lakar Yuhanis !…Sebahagian buku itu tertindih di
bawah badan Yuhanis. Mizan cuba menarik buku tersebut perlahan-lahan…berhenti
seketika…kemudian tarik lagi. Akhirnya berjaya….tapi…eh, ada dua buah rupanya. Satu
buku lagi hanya nampak bucu sahaja. Sebahagian besar buku kedua itu berada betul-betul di
bawah badanYuhanis.

Masa cari tak jumpa. Sekarang tengah malam buta, dah nak tidur ada pulak buku ni. Mizan
berbaring semula sambil menyelak sehelai sehelai buku lakar Yuhanis. Dengan lampu tidur,
walau pun kurang jelas…Mizan boleh lihat ada gambar burung, gambar rama-rama,
bunga…dan potret…eh Nizam !

Mizan rsaa tak puas hati. Hilang penat Mizan. Mizan segera bangun menyalakan
lampu…Dengan dua-dua lampu menyala terang, Mizan menatap potret adiknya. Mizan
terpempan….bukan kerana wajah tampan Nizam yang terlakar ….tapi kemahiran pelukis
potret tersebut.

Sakit hati Mizan. Mizan bagai terasa setiap garisan pada potret itu, tak ubah saperti belaian
jari-jemari Yuhanis pada wajah Nizam. Yuhanis tak patut begini…mengingat, membayang,
melakar dan bermimpikan lelaki lain….tak ingat diri tu dah ada suami….gerutu hati Mizan.
Mizan terpandang tarikh di bucu bawah…tarikh potret dibuat…mmm, tahun lepas…AAhhh,
tak peduli…Mizan tetap tak suka.

Mizan segera menyelak ke helaian seterusnya dengan geram. Kendur sikit geram di hati
Mizan bila menatap potret emak pula, kemudian ayah pula. Semua lakaran lama. Mizan
membuka pula dari belakang…mencari yang terbaru. Ada gambar dua gadis remaja sedang
tersenyum lebar…nampak saperti kembar. Mizan tak kenal. Mizan menyelak
lagi…aaiik!…ada gambar pekerja kedai dobi tu…Yusri ?

Dengan hati tertanya-tanya ..kenapa Yuhanis melukis gambar Yusri, Mizan menyelak muka
seterusnya. Ada gambar baby…anak Nizam ? Berbulu mata Mizan membaca perkataan di
bawah gambar…nama baby Nizam ?…HANIZAM ! Mizan segera menutup buku…lalu buku
dicampakkan ke bawah katil. Hati Mizan panas…sedangkan suhu bilik sudah sejuk.

Mizan bangun menutup lampu semula, kemudian menghempaskan badannya ke katil. Geram
punya pasal, habis satu katil bergegar. Tubuh Yuhanis turut bergegar… Yuhanis tersentak
lalu terjaga.
“Abang Mizan ?” tanya Yuhanis separuh mamai…memandang Mizan di sebelahnya dengan
mata kuyu.

“Apa ?…ni nak apa tidur sini hah?” tanya Mizan dengan nada marah.

“NGAAA..?”..berkerut kening Yuhanis…sambil bangun, duduk merenung Mizan dengan


muka blur.

“Siapa suruh awak tidur sini haa?…pergilah tidut kat bilik awak tu…kacau betul !”bentak
Mizan.

“Er..aa…Hani nak cakap sikit…Hani nak…….”

“AAhh..sudah, sudah…cakap besok saja, saya nak tidur sekarang….jangan ganggu


saya…awak tau tak dah pukul berapa sekarang ?”bentak Mizan lagi sambil membetulkan
badan di pembaringan.

Yuhanis menoleh memandang jam di dinding bilik….Yuhanis mengangguk kecil, tanda dah
sedar waktu sudah pukul
satu pagi lebih. Yuhanis menggaruk kepalanya sambil memarahi diri sendiri yang
tertidur…takkan nak buat program penerangan di waktu begini…waktu orang tu tengah naik
angin dan mengantuk. Yuhanis pun mengantuk.

Yuhanis segera mengesot turun dari katil, ternampak buku lakarnya…nampak ada satu saje,
satu lagi entah ke
mana. Yuhanis mencapai bukunya. Satu lagi, cari besok saje kata hati Yuhanis sambil
melangkah ke pintu memegang buku lakar. Sampai di pintu Yuhanis berhenti, lalu menoleh
memandang Mizan yang sudah menutup matanya.

“Ehem, eheem…er…aaa, er…Hani nak minta maaf.” Kata Yuhanis sambil melangkah
menghampiri katil semula.
Mizan buat pekak, pura-pura tidur…tiada hati nak memandang Yuhanis, apa lagi nak
bercakap.

Yuhanis meletakkan buku lakarnya di hujung katil lalu melangkah keluar. Pintu ditutup
perlahan. Sampai di biliknya Yuhanis sambung tidur semula sebab dah mengantuk sangat.
Biarlah…besok masih ada.

Sebaik daun pintu ditutup, Mizan duduk lalu mencapai buku lakar yang ditinggalkan
Yuhanis. Hajat hati nak lemparkan buku itu, untuk melepaskan geram yang masih
bersisa….tapi, last minit tak jadi. Terdetik di hati Mizan untuk melihat sehelai dua gambar
apa yang ada di dalam buku lakar yang kedua ini.

Dalam cahaya lampu tidur, Mizan lihat muka surat pertama telah dikoyak..tanda koyak jelas
kelihatan. Muka kedua diselak…Mizan terdiam, tangan Mizan meyelak
lagi…lagi…dan…lagi….dan lagi…dan seterusnya sehingga sampai ke helaian kosong. Ada
tiga helai lagi yang masih kosong. Mizan terkedu ! Buku itu penuh dengan gambar potret
wajah Mizan.
Mizan bangun membuka lampu. Mizan kembali duduk di katil semula, lalu melihat kembali
gambar potret wajahnya pada setiap helaian di buku lakaran itu. Mizan menarik nafas dalam-
dalam. Berbagai-bagai perasaan datang menimpa Mizan….terkejut, teruja, terpesona,
terkilan, sebak dan sesal…semua datang serentak.

Mizan terkejut …tiada gambar loyang atau apa-apa lain…semua gambar Mizan….maknanya
selama ini Yuhanis melukis wajahnya…dari mula mereka bertemu muka. Mengikut tarikh di
muka kedua ialah sehari sebelum mereka bernikah. Mizan meneliti lukisan dirinya memakai
kain pelikat dan t-shirt sambil berpeluk tubuh. Muka masam mencuka. Haaaii…Mizan
teringat waktu itu.

Hampir semua gambar memaparkan muka Mizan… sama ada sedang masam, serius dan
marah. Hanya dua tiga potret saja menunjukkan Mizan sedang bersahaja dan tersenyum
sumbing. Mizan begitu teruja dan terpesona sekali. Berbakat betul Yuhanis. Nampak ‘ real’
dan hidup sekali semua lukisan yang dibuatnya.

Mizan terkilan kerana tidak usul periksa terlebih dahulu. Menyesal kerana tidak memberi
peluang kepada Yuhanis untuk membuat penjelasan sabentar tadi. Sebak hati Mizan
memikirkan motif di sebalik setiap sentuhan halus yang menghasilkan gambar dan potret
wajahnya….tak kira Mizan sedang masam atau sedang senyum.

Seketika Mizan termenung sambil merenung buku lakar Yuhanis yang masih di tangannya.
Mizan perlu lakukan
sesuatu….tapi beranikah dia ? Jika bukan sekarang…bila ?

Mizan bangun, meninggalkan buku lakar di atas katil…lalu melangkah laju meninggalkan
biliknya.

BAB 24

“Hani…Hani..”…perlahan suara Mizan memanggil Yuhanis dari muka pintu. Sedikit pun
tiada respon dari tuan empunya nama….pun begitu nasib baik juga Yuhanis tidak mengunci
pintu biliknya.

Mizan melangkah masuk ke bilik yang suram bertemankan cahaya lampu tidur di tepi katil.
Mizan berdiri seketika merenung Yuhanis yang sedang tidur. Senang betul minah ni lena fikir
Mizan.

Mizan kemudian duduk di birai katil, mengadap Yuhanis yang sedang mengiring, tidur
dengan nyenyak sekali. Wajah ayu dan comel itu kini sudah mula mengambil tempat di kotak
memorinya. Selalu terkenang di waktu siang. Terbayang di waktu malam. Puas diusir…tapi
tetap hadir di situ jua.

Mizan menepuk-nepuk lengan Yuhanis. Ditepuk empat lima kali…tak bangun


jugak…akhirnya Mizan menggoyangkan bahu Yuhanis pula sambil memanggil lagi nama
Yuhanis beberapa kali.

“Mmmm…mmm.” akhirnya kedengaran respon dari Yuhanis.


“Hani…saya nak cakap sikit ni……laaaa…..lena balik…..” Mizan menarik dan melepaskan
nafas panjang. Rasa
nak balik ke biliknya semula bila mendengar dengkuran kecil dari Yuhanis…tapi Mizan risau
jika besok Yuhanis mula melarikan diri seperti sebelum ini….susah Mizan nak main kejar-
kejar lagi. Tiba-tiba Mizan teringat ….

“YUHANIS !!!……jerit Mizan…sengaja nak bagi Yuhanis terkejut.

“Opocot !!….Ya Allah !”..serta merta Yuhanis terkejut jaga ….mencanak duduk tegak
dengan mata terkebil-kebil.

“Oh..abang nak minumke?..abang nak makan ?”

“Aah, sudah, sudah….sebenarnya saya nak …..

“Oh…nak gerak sembahyang Subuhke ?….Rasa macam baruu saja Hani lena….er, abang
dah sembahyangke?” tanya Yuhanis merenung wajah Mizan di hadapannya dengan mata
separa kuyu. Kedua-dua tangan Yuhanis meraup muka kemudian terus menolak rambutnya
yang panjang ke belakang.

“ Hiss..mana subuh lagi. Baru pukul satu lebih….saya nak cakap sikit, besok saya banyak
kerja…mungkin balik
lambat…kita kena bincang sekarang.”

“Bincang ?…sekarang ?….oh…mmm, ok….mmmm…..” Yuhanis menganggukkan


kepalanya perlahan –lahan beberapa
kali dengan mata tertutup…tunduk, tunduk, tunduk…angguk, angguk, angguk…last-last
terus tunduk, tak panggu dah… dengan dagu di dada.

“YUHANIS!!….jerit Mizan geram… lantas memegang muka Yuhanis dengan kedua-dua


tapak tangan, lalu di tarik mengadap rapat dan tepat ke mukanya.

“Ooh..ooh Hani dengarle ni….mmm….ok,ok…kenapa ?” tanya Yuhanis sedikit


terkejut…Yuhanis cuba memfokus matanya ke muka Mizan. Matanya dipejam celikkan dua
tiga kali…exercise untuk menyegarkan mata….tapi matanya rasa macam ada gam
pulak…………

“Saya nak ..er… minta maaf pada awak…pasal tadi…sebenarnya ..er..er, sebenarnya
begini…mmm….petang tadi…saya tak sepatutnya …er..berkelakuan macam tu..tapi saya
..er..tak sangka….er..awak pun….er…..saya ter…er….”Mizan terasa susah betul untuk mula
meluahkan rasa hati… tapi sedikit geram bila melihat mata
Yuhanis mula tertutup semula.

Bersusah payah Mizan mengumpul kekuatan melangkah ke bilik Yuhanis…Yuhanis pula


buat layan tak layan…macam tak tidur setahun. Mizan bertambah geram memandangkan
Yuhanis dah terjaga tapi boleh nak lena lagi !
Tanpa berfikir panjang, geram punya pasal… Mizan terus menarik Yuhanis lantas mengucup
bibir yang sedikit terbuka di hadapannya….nak kena ajar sikit minah ni ….haak! ambik kau
!!
Serta merta Yuhanis tersedar, hilang mengantuknya…membuntang mata Yuhanis….naik
juling bijik mata Yuhanis menatap wajah Mizan yang melekap ke wajahnya. Nasib baik
Yuhanis dah tersedar dan sedar Mizan tu suaminya….kalau
tak, nanye aje ada orang tu kena penangan kung funya.

Beberapa ketika berlalu …….Mizan perlahan-lahan mengangkat kepalanya semula.Mizan


agak terkejut dengan tindakkannya yang spontan itu..tapi… tetiba timbul pula perasaan
teruja. He even enjoi it !

Yuhanis terkejut sangat-sangat, tak sangka dengan tindakkan Mizan …satu perasaan indah
menyapa hati di celah-
celah kantuk dan mamainya …..Yuhanis menahan diri dari menyentuh bibirnya. Pengalaman
pertama. Her first kiss !
Berkedip-kedip mata Yuhanis menatap wajah Mizan. Kini Mizan dah dapat seratus peratus
perhatian Yuhanis. Mizan tersenyum kecil melihat gelagat Yuhanis yang terpelat-pelat.
Minah ni betul-betul menguji kesabarannya.
“Saya nak minta maaf pada awak…saya tak patut buat apa yang saya dah buat pada awak.”
Kata Mizan tanpa
bertangguh sambil tangan masih memegang kedua-dua belah pipi Yuhanis.

“Oh ..” Yuhanis nak kata apa lagi…Mizan yang nak cium dia, Mizan yang minta maaf…apa
kes entah…tak romantik betul. Rasanya dalam novel, mana ada hero mintak maaf selepas
mencium heroin….entah ape-ape hero sorang ni.

“MMm,… sebenarnya…er, pasal petang tadi…saya tak patut marah Hani cakap dengan
Nizam…saya sepatutnya bertanya terlebih dahulu….”kata Mizan sambil melepaskan tangan
Yuhanis.

“Oooooooh…” Yuhanis cuba membetulkan line yang kurang jelas….siaran sedikit


terganggu…ada cross line.

“Tolong jelaskan…supaya tiada keliru antara kita.” Kata Mizan lagi.


Keliru…macam lagu Nurul ngan Ajai…mmm, Yuhanis perlu membetulkan segera apa yang
keliru…harap-harap akan datang sinar cahaya menerangi kehidupan mereka berdua kelak.
Thank you Ya Allah untuk peluang ini…termasuk cross line sekali.

“Oh..pasal Abang Nizam..abang janganle salah sangka..tapi…Hani pun patut minta maaf
pada abang….sebab itu Hani tunggu abang balik tadi…tapi tertidur pulak…..Hani minta maaf
banyak-banyak pada abang… kerana menyebabkan abang marah.” Kata Yuhanis…lantas
mencapai tangan Mizan lalu mengucupnya.

“Hani nak cakap apa sebenarnya…kita settle sekarang…saya tak mahu benda ni jadi lebih
rumit”kata Mizan membiarkan Yuhanis memegang tangannya. Dalam hati rasa berbunga.
Baru terasa gahnya jadi seorang suami.

“OK,ok…sekejap Hani pergi basuh muka dulu…tak taule kenapa Hani mengantuk
betul.”….yang betulnya Yuhanis
selalu tidur awal. Selalunya pukul satu tu… sudah sedang berada di tengah alam mimpi.
Selepas membasuh muka Yuhanis merenung wajahnya di cermin bilik mandi. Perlahan-lahan
Yuhanis menyentuh bibirnya.
Kenapa hatinya berdegup kencang….sedangkan mata punyalah mengantuk….tapi Yuhanis
tak boleh berlama di bilik mandi…nanti orang di luar pulak yang tertidur. Dah pukul satu
setengah…laratke nak bersembang …bisik hati Yuhanis.

Tiba di katil Yuhanis lihat Mizan dah siap duduk menyandar di kepala katil menunggu
penjelasan darinya…………

“Nizam lari dari rumah?….apalah si Nizam ni..tak habis-habis menyusahkan orang…habis tu


emaklah yang suruh Hani buat kerja memujuk dia balik ?…kenapa tak cakap awal-
awal?…kenapa siapa pun tak cakap apa-apa pasal hal
ni, masa saya balik kampung hari tu.”

HUUURRMM…..“Emak ngan ayah ingat abang dah tahu…bila abang tak buka mulut…mah
ngan ayah pun, malas nak cakap
hal ni dah…Cuma tunggu aje Abang Nizam call rumah atau hubungi Hani.”

“Hani tak cakap apa-apa pun pada saya….”

Yuhanis mengangguk…kemudian menggeleng pula….orang ni tak ingatke apa dia cakap


dulu……masa zaman ‘The

Rock’ dulu…zaman batu gitu.

“Er…memang mak dah pesan… suruh Hani..er,.. mintak izin abang dulu….tapi..er..abang
tak..er..Hani tak…er.. berani nak cakap.”…Hani mengerling Mizan di sisinya, macamlah
Mizan tak ingat peraturan yang dia
sendiri dah buat….sendiri mau tanya lagi kah?

“Dengan saya …Hani takut nak cakap….dengan Nizam boleh pulak.”

Laa..kesitu pulak.

“Mmm..Hani dah biasa dengan Abang Nizam…kami dah kawan sejak Ha…

“Nizam dah jadi adik ipar…tak payah berabang abang lagi dengan dia.”
Huh.hu,hu…bila nak mula cite ni…ada saje iklan ‘budi pekerti, budaya kita’…..

“Ok,ok….abang Niz…er, Nizam sebenarnya jauh hati sebab..er..Shila tak….

“Tak bagi dia mengorat awak lagi…..gitu”..Mizan memandang Yuhanis dengan muka
seriusnya .

Yuhanis merenung Mizan dengan mata kuyunya pula…karang orang tidur, baru nak kalut.

“Ok,ok..teruskan.” Mizan terus memandang ke hadapan.

“Shila tak berterus terang dari awal….yang baby tu bukan anak Abang Nizam…Shila secara
tak sengaja terpaksa
pilih Nizam bernikah untuk menutup keterlanjurannya dengan boyfriend dia yang tiba-tiba
menghilangkan diri….tak mahu bertanggung jawab agaknya.”jelas Yuhanis.

“OH !” itu saja yang keluar dari mulut Mizan. Mizan tak sangka perkara ini berlaku pada
Nizam…timbul sedikit rasa simpati di hatinya. Ingat dirinya saja yang dilanda masaalah.

“Er…aa..Nizam buat siasatan sendiri…lepas tu terus menghilangkan diri. Shila bersalin pun
aa..Nizam tak nak balik tengok…puas emak ngan ayah pujuk..last-last aba..Nizam tutup
telefonnya…tu yang mak mintak tolong Hani.”

“Habis tu dah berjayake pujuk budak yang merajuk tu…bila dia nak balik ?”

Berkerut kening Yuhanis mendengar nada percakapan Mizan. Ada sesuatu yang tak kena
antara Mizan dan Nizam..pasal ape erk?

“Mmm..Abang Nizam tak mahu balik lagi..er..maksud Hani dia tak sebut lansung pasal nak
balik…nanti, nanti Hani call Abang Nizam semula.”

“AAhhh…tak payahlah nak pujuk-pujuk dia lagi….yang Hani nak panggil dia abang, abang
lagi tu kenapa…..”

“OH..sorry,sorry….minta maaf lagi…..mulut ni tersasul pula…..jadi maksudnya ni, Hani tak


boleh call Nizam lagike ?…kalau mak tanya macam mana ni….besok-besok ni mak akan
telefon, tanya Hani..Hani pun kena beritau
mak ngan ayah yang Hani dah dapat contact ab..er..Nizam….tentu kurang sikit susah hati
mereka.”
Mizan terdiam. Yuhanis segera bersuara…risau cuaca berubah mendung dan ribut melanda.

“Er abang, Hani mintak maaf..Hani tak akan call er..Nizam lagi.” Yuhanis menarik nafas
lega. Akhirnya….

Biarlah Mizan yang uruskan hal Nizam, adiknya. Yuhanis tak payah nak tanggung rasa
bersalah lagi. Yuhanis pun dah
penat nak mengulang-ulang apa yang sudah sedia maklum pada Nizam….Nizam saja yang
masih tak mahu mahu menerima kenyataan bahawa Yuhanis tak akan tinggalkan Mizan yang
sudah berkorban perasaan menerimanya.

“Hurmm…nanti tengoklah macam mana saya nak buat..saya kena fikir dulu….nanti kalau
mak tanya cakap saya sedang uruskan hal si Nizam tu.”

“Mmmm..ok.”jawab Yuhanis sambil menekup mulut menahan kuap yang macam tau-tau saja
perbualan sudah sampai ke hujungnya.

“Hani mengantuk ?”

Yuhanis sekadar mengangguk.

“Ok..tidurlah…ada masa nanti kita bincang lagi.”


Lagi ?…Yuhanis merenung Mizan.
“Tidurlah…tak payah fikir apa-apa.” Kata Mizan sambil berdiri mencapai selimut Yuhanis.

Yuhanis segera berbaring bila Mizan dah mula menyelimutnya….dari kakinya hingga ke
paras pinggang Yuhanis.

“Saya pun nak minta maaf…so we start ..kosong- kosong.”kata Mizan lembut.

Yuhanis tak tahu nak jawap apa…sekadar merenung wajah redup Mizan…sisi yang belum
pernah dilihat oleh mata pelukisnya. Berkelip-kelip mata Yuhanis. Kali ni nak kena pujuk
pulak mata yang dah tak mahu lena. Yuhanis masih terasa-terasa dan teringat-ingat ciuman
pertama dari suaminya…’The Rock’. Ho,ho…best gak !

“Mmm..tak boleh lenake ?….sorry , salah saya ni…gerak awak bangun …sekarang tentu
susah nak lena semula….”

“Mmm..tak apa…pelan-pelan nanti terlena jugak…Hani senang lena..”

“Saya temankan sampai Hani lena.”

Satu lagi sisi karakter Mizan.

Orang dah berubah baik dengannya… tak kan nak tolak. Yuhanis mengangguk saja sambil
melihat Mizan mengambil tempat, duduk menyandar di kepala katil semula….tiba-tiba
Yuhanis rasa teruja nak tengok sifat Mizan yang lain-lain. Romantik ada dalam senarai tak ?

Setiap orang ada sifat positif dan negatif pada diri masing-masing….Cuma keadaan yang
akan menzahirkan sifat mana yang akan menjadi dominan.

Yuhanis merenung Mizan yang sedang diam menyandar di sebelahnya…seperti sedang


berfikir.

Terasa diperhatikan, Mizan tunduk memandang Yuhanis. Mata mereka bertatapan seketika.

Yuhanis dapat lihat pandangan yang lembut dan redup yang mata Mizan… hati mula rasa tak
menentu, timbul rasa
yang menyentuh kalbu..

“Tidur….” kata Mizan sambil mengelunsurkan badan dan melunjurkan kakinya di katil…
tangan melingkar ke bahu
Yuhanis.

“Mmm….”

Sepi seketika.

Yuhanis memejamkan matanya. Teringat besok hari kerja, Mizan juga perlukan
tidurnya…jam sudah semakin larut ke
pagi.

“Abang pergilah tidur…besok kena pergi kerja ….”


“Tak rasa nak tidur lagi….”

“Dah dekat pukul dua tu.”

Kedua-dua mereka memandang ke arah jam dinding di bilik Yuhanis.

“Saya dah biasa….selalu tidur lewat….susah nak lena….kalau jadi macam Hani kan bagus,
letak-letak kepala terus lena.” Kata Mizan perlahan…bunyi macam mengeluh pun ada.

“Hani selalu tidur awal.”

“Penat lukis gambar muka saya…tentu senang nak tidur malam….Hani pandai melukis ye.”

“Sikit-sikit je…hobby….isi masa lapang …kalau sibuk, kadang-kadang tu sampai berminggu


tak melukis.”

“Siapa yang lebih handsome?”

“Huh ?” Yuhanis mendongak menatap Mizan…tak faham.

“Antara saya dan Nizam…”

“Er…kena jawabke….nantile..kena fikir-fikirkan dulu…dah jumpa jawapannya nanti Hani


bagi tau.”Yuhanis cuba
bergurau tapi tak menjadi.

“Perempuan yang dah ada suami sepatutnya jaga mata dan pergaulan dari lelaki lain.” Tiba-
tiba serius saja kata-kata Mizan.

Yuhanis terasa.

“Huh…mmm…”Yuhanis kehilangan kata-kata. Yuhanis menoleh memandang Mizan lagi.

“You want to tell me?”

Yuhanis merenung wajah Mizan… tak faham apa yang Mizan nak. Mizan dan Yuhanis saling
berpandangan.

“Tell you what ?…abang nak tahu ape ?”

“Selain Nizam…Hani ramai kawan laki-laki lainke?”


SUDAH !….Dah pukul dua sepuluh minit pagi weh !

Mizan melorotkan badannya , mengereng mengadap Yuhanis sambil bertongkat lengan


merenung wajah Yuhanis. Siap sedia
nak mendengar deklarasi dari Yuhanis. Hendak tak hendak…Yuhanis terpaksa bercakap.

“Masa kat U dulu, Hani ada ramai kawan-kawan..kawan laki-laki, kawan perempuan…tapi
sekarang dah tak jumpa.”
“Di kampung ?”

“Kawan-kawan gitu saje…lagi pun Hani dah bertunang..er…hurmm…”

“Kena lupakan Nizam…dia dah jadi suami orang.”

Dengan maksud lain, Yuhanis dah jadi isteri Mizan……MMMm…ayat yang menarik dari
Mizan, tapi Yuhanis malas nak kupas, nak fikir apa yang tersirat dan berat-berat pada waktu
pagi begini…nanti baru tak bangun subuh.

“Hani tahu….syurga isteri dibawah tapak kaki suami….”kata Yuhanis perlahan. Yuhanis tak
mahu Mizan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Yuhanis mahu permulaan yang serba
jernih. Saling percaya mempercayai.

“Good…”

“Hani berjanji akan cuba jadi isteri yang baik….kalau salah tolong tegur-tegurkan….sebelum
ini Hani tak berkesempatan nak cakap.”

“Awak budak baik….”kata Mizan …tapi sedikit pelik, Yuhanis sikit pun tak sebut pasal
Yusri, budak kedai dobi….mungkin betul, mereka tiada apa-apa hubungan.

“Hani tau…”jawah Yuhanis selamba. Hati terasa lega.

He,he,he…Mizan ketawa kecil. Tangan Mizan menggosok-gosok kepala Yuhanis…faham


Yuhanis sekadar bergurau.

Yuhanis tersenyum. Rasa gembira bercambah di hati bila mendengar tawa Mizan….satu
pengalaman baru bagi Yuhanis.
Terasa indah…. Jari jemari Mizan terus bermain dengan rambut Yuhanis yang
panjang….menambah lagi satu rasa baru dalam hati Yuhanis….rasa disayangi, bila dibelai
begitu…. walaupun sekadar rambutnya saja yang dibelai Mizan.

Yuhanis mula membayangkan jika Mizan membelai dirinya lebih dari


rambut…hi,hi,hi…mengada pulak aku ni,bisik hati Yuhanis.

“Saya suka tengok rambut Hani…cantik…nampak seksi kalau dilepaskan begini.”


Jantung Yuhanis terasa bagai nak melompat keluar…. dada terasa ketat…dup,dap..dup,dap
…kalau ada tingkap mesti dah terkeluar bedebuk jatuh ke katil.

“Mana Hani belajar melukis ?”

Jantung Yuhanis berhenti melompat. Yuhanis tersenyum kecil…dah mula faham dengan
perangai Mizan yang satu ini…sedang bercakap, boleh pulak tukar tajuk dan dan bila dia
suka.

Eh..kalau sekarang Yuhanis mula mengenali perangai Mizan, rasanya begitu juga sebaliknya.
Ha,ha,ha…baik-baik dia pun, Yuhanis boleh berlagak gangster bila tercabar…mmm, susah
nak jadi baik seratus peratus macam nabi kita, Nabi Muhammad SAW yang sangat penyabar.
“Mmm…Hani memang suka melukis…masa sekolah dulu, cik gu lukisan kata Yuhanis ada
bakat semula jadi …tapi kena asah untuk menjadi lebih mahir, belajar teknik yang betul…Cik
gu Maliklah yang banyak memberi tunjuk ajar dan mengasah bakat Hani…tapi bila dah
masuk U..Hani dah kurang melukis, kena tumpu pada study…lagi pun tiap-tiap weekend
Hani balik kampung…Hani tak boleh lama tak balik rumah…cepat homesick….lepas ni
kalau dapat kerja jauh..tak tahu macam mana Hani ni….abang ..kalau er…” terhenti kata-kata
Yuhanis bila melihat Mizan yang kelihatan sudah terlena di sebelahnya.

Yuhanis perhati wajah Mizan…mata dah tertutup rapat. Boleh pulak tidur….Perlahan-lahan
Yuhanis menarik selimutnya. Mereka berkongsi selimut. Yuhanis pun dah penat
bercakap…nak pujuk mata tidur cepat, takut terlepas Tahajjud karang.

Mizan yang baru nak rehatkan mata membiarkan saja Yuhanis menyangka dirinya sudah
terlena. Tidur di situ pun boleh saja bagi Mizan. Bukan mereka tak pernah berkongsi katil. It
even fell better now…bila dah mula jadi kawan… saling cuba mengenali antara satu sama
lain.

Mizan terus mematikan diri…membiarkan Yuhanis membega dirinya…terasa seronok pula


dimanjakan begitu. Karang-karang Mizan boleh selesakan badannya. Yang penting, Yuhanis
tak tahu perbuatannya sedang dinilai oleh Mizan.
Mizan terjaga. Terasa jenak lenanya. Mata Mizan terancap ke wajah Yuhanis yang sedang
lena dalam dakapannya. Senyuman menguntum di bibir Mizan. Satu perasaan indah
menyelinap di sanubarinya. Mizan mengucup dahi Yuhanis..isterinya.

Mizan teringat kata emak satu ketika dulu….akan tiba masa, suatu hari nanti Mizan akan
menerima Yuhanis sebagai isteri. Mizan pasti …kini masanya dah tiba. Kata-kata emak telah
menjadi kenyataan. Mizan mahu Yuhanis menjadi isterinya sampai bila-bila….Mizan yakin
Yuhanis boleh menjadi isteri yang baik.

Mizan menyelak rambut Yuhanis yang bersilang menutup bibir. Mata Mizan merenung bibir
isterinya…saperti sedang menggamit dan menjemput Mizan mendekati. Perlahan-lahan jari
Mizan mengelus bibir Yuhanis lembut.

Terasa sesuatu merayap di bibirnya, tangan Yuhanis menyapu mukanya. Beberapa kali
menguis akhirnya Yuhanis tersedar. Baru Yuhanis teringat dia sudah ada peneman tidur. Siap
lena dalam pelukan lagi….aaaaahhh, indahnya. Rasa sedang berbulan madu saja.

Sebaik Yuhanis membuka mata, wajah Mizan berada di depan mata dengan senyuman paling
manis yang pernah Yuhanis lihat. Yuhanis rasa dia dah jatuh cinta.

“Assalamualaikum Hani….” Mizan menyapa lembut.

“Waalaikummussalam …..abang boleh lenake tidur macam ni ?”tanya Yuhanis sambil


menyentuh lembut bahu Mizan yang
menjadi bantalnya entah sejak bila pada malam tadi.

“Abang lena…er..maksud saya…..”Mizan tersasul. Mungkin gelaran abang pada Nizan yang
dibencinya dah terlompat masuk ke mulut Mizan.

“Terima kasih kerana abang…er, sudi terima Hani..” kata Yuhanis.


“Maaf ab..er..ab..abang ganggu Hani…kalau Hani nak sembahyang tahajjud sempat lagi
ni…baru lima setengah.”teragak-agak Mizan membahasakan dirinya ‘abang’…dalam hati
terasa suka pulak.

“Ha’ah, iyalah…mmm, Hani nak bangun sembahyang sekejap, sempat lagi….”kata Yuhanis
sambil bangun….kaki diturunkan ke lantai. Sebaik berdiri Yuhanis duduk semula…kemudian
tunduk mencium pipi Mizan yang masih berbaring.

“Terima kasih bang….Hani ingat, er.. Hani dah suka sikit kat abang.”kata Yuhanis lalu
melangkah laju ke bilik air. Sempat tangannya mencapai kain tuala yang tersidai di ampaian
di tepi pintu bilik air.

Sambil memberus gigi Yuhanis tersenyum…erk, bolehke?…[semua yang baca boleh cuba
try, hi,hi,hi..]……Yuhanis rasa gembira lawaknya menjadi. Kedengaran ketawa Mizan
sampai ke dalam bilik air. Tang sikit tu je yang
lawak,…tang suka tu memang betul. Mungkin lebih…tapi masih malu nak akui.

Nanti bila dah berani nak luahkan isi hatinya, bolehle Yuhanis nyanyi lagu Hafiz…yang ada
lirik…… ..ku akui, ku akui tu…..’Jika dapatku mengulangi…Perjalanan cintaku bersamamu
…Akanku jaga sebaik-baik cinta ini….’

Mizan ketawa senang hati. Tak sangka nakal juga isterinya itu. Ingat Mizan, minah bertudung
litup tu termasuk dalam katagori pendiam, spesis yang serius semacam… tak pandai
bergurau. Masih banyak yang Mizan perlu pelajari
dan ambil tahu mengenai isterinya itu.

Teringat Yuhanis sedang bersiap untuk sembahyang Tahajjud..Mizan segera bangun dari
katil. Suami mesti jadi
pembimbing isteri. Jika Mizan tak sembahyang Tahajjud….dia patut malu pada Yuhanis.
Mizan segela melangkah ke biliknya dengan azam baru…dan lembaran baru.

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Mizan berazam untuk menjadi lelaki yang baik
dan… suami yang baik. Baik dalam semua aspek …dalam kehidupan dunia dan akhirat.

BAB 25

“Assalamualaikum….selamat pagi.”Mizan melangkah ke dapur siap dengan pakaian kerja,


kemeja kuning air dan seluar putih. Yuhanis yang sedang menceduk bihun goreng ke dalam
mangkuk, tertoleh melihat Mizan. Yuhanis terpegun
seketika melihat Mizan yang kelihatan berseri-seri……alahaaaii, handsomenya. Suami
siapakah lelaki ini eh?…

“Hani ?” panggil Mizan dengan senyuman senget sebelah. Mizan sedar dirinya yang kacak
telah membuat Yuhanis teruja. Dan sebenarnya… Mizan sengaja mengenakan pakaian baru
yang belum pernah dipakainya untuk menarik perhatian Yuhanis. Mizan gembira…hajatnya
tercapai…Yuhanis kelihatan betul-betul terpesona !

“Ehem…waalaikummussalam …dudukle bang, sarapan dah siap.” Yuhanis segera menceduk


bihun goreng ke dalam pinggan. Minuman sudah siap terhidang di atas meja. Satu mug untuk
Mizan. Satu mug lagi untuk Yuhanis. Pagi ini
Yuhanis buat teh tarik…, kaw-kaw punya teh tarik..Yuhanis belajar buat teh tarik dari Pak
Cik Mail yang buka kedai kopi di kampung.

Mizan menghirup teh tarik perlahan-lahan sambil mata memandang Yuhanis yang sedang
membasuh tangan di
sinki….Mizan suka dengan kelebihan Yuhanis yang satu ini. Setiap kali Yuhanis
menyediakan minuman panas untuknya, Mizan tak perlu tunggu lama untuk minum…seelok
saja untuk diminum. Tak perlu risau lidah terlebuq. Tidak pula sampai minuman panas jadi
sejuk gedi.

“Tak makan sekali?” tanya Mizan dengan senyuman manis…sambil tangan menyambut sudu
dan garfu yang dihulurkan Yuhanis kepadanya. Mizan terasa rezekinya murah pagi ni. Ada
orang sediakan sarapan pagi. Dan dapat menatap wajah
Yuhanis yang comel lagi ayu di awal pagi….

“Hani minum saja…awal sangat nak makan…karang-karang Hani makan, abang makanle
dulu.”Yuhanis mengambil tempat, duduk di hadapan Mizan…merenung Mizan yang sedang
menikmati bihun goreng. Senang hati Yuhanis melihat Mizan suka akan masakannya.

Kalau hati dah suka, tengah makan pun nampak bergaya. Kalau tak suka…haah, susahle….
sedang tersenyum manis menawan pun tengok terasa menyampah bin meluat…

“Mmm, sedap !…Hani pandai masak, sedap macam masakkan emak.” Puji Mizan antara
suapan sambil membalas renungan Yuhanis. Hati kembang seperti bunga kembang
semangkuk … gembira sebab Yuhanis tak jemu-jemu menatap wajahnya. Sedar tapi cuba
berlagak biasa….

“Emm…biasale bang, orang perempuan kan selalunya belajar masak dengan emak
sendiri…tak banyak sikit samale macam masakan mak…er, abang nak bawa bekalke…kalau
nak, boleh Hani masukkan dalam bekas.”kata Yuhanis dengan mata tak lepas merenung
wajah tampan di hadapannya.

Mizan mengangguk, tak sampai hati nak tolak.,,walau pun perutnya dah kenyang sangat-
sangat. Habis gerenti habis. Kalau Mizan tak makan pun, Zul dan Sharif ada….mereka
berdua akan bedal habis. Mizan menghabiskan bihun goreng sepinggan. Teh tarik satu mug.

Selesai makan, Mizan menuju ke ruang tamu. “Abang mungkin balik lambat sikit petang ni,
ada mesyuarat …syarikat nak buat hari keluarga. Semua staff tak sabar-sabar nak sambut,
semua nak buat macam-macam.” Kata Mizan sambil duduk di sofa memakai stoking.

“Mmmm….karang Hani nak pergi kedai dobi ambil pakaian.” Mata Yuhanis tertumpu pada
stoking yang Mizan sedang sarungkan ke kaki.

Hampir dua minggu harta karun Mizan duduk di kedai dobi. Yuhanis dah dipaksa belikan,
ganti yang baru.. Mizan juga ada beli sendiri, cuma saja tak nak cakap….maka takdele Mizan
terdesak sangat. …dah ada berdozen-dozen, terdesak apa lagi. Tambahan pula mereka berdua
dah masuk dalam pelan damai PBB…Perkahwinan Bersama Bersatu.

Yuhanis saje yang masih malu nak tanya Mizan tentang baju dan seluar dalamnya yang dah
ghaib. Yuhanis pasti itu kerja Mizan… projek membalas dendam. Hilang terus pun tak
mengapa jugak…boleh Yuhanis beli yang baru…boleh beli yang lagi seksi dan terbaru di
pasaran…

“Abang pergi dulu.” Mizan melangkah ke pintu yang sudah siap dibuka oleh Yuhanis.

“Emmm…..hati-hati bawa kereta.” Yuhanis mendekati Mizan lalu menyuakan tangan untuk
bersalam.

Mata Mizan tak berkedip memerhati Yuhanis yang tunduk memcium tangannya. Rasa
bahagia menyapa di hati Mizan…sesejuk angin pagi yang menyapa. Rasa nak peluk dan cium
saja isterinya itu. Aaaaaa…isteri dia…bukannya haram.

Lantas Mizan mengikut rasa hatinya. Mizan terus memeluk Yuhanis. Satu kucupan singgah
di dahi Yuhanis.
Yuhanis terkejut…tak sangka Mizan akan berbuat begitu…di siang hari, di depan pintu lagi.
Bulat mata Yuhanis dengan mulut sedikit terlopong…nak meluahkan sesuatu tapi tak
terkeluar… Yuhanis terkedu sampai kehilangan
kata-kata. Mizan bertambah teruja ganda dua.. dan terasa seronok melihat Yuhanis yang
terlopong…Mizan terus mengucup bibir Yuhanis pula.

“Emmm,…sedap, ada rasa teh tarik !” Kata Mizan sebelum melangkah ke keretanya.
Yuhanis terkebil-kebil, tak terkata…..

Sempat Mizan mengenyitkan matanya sambil tersenyum sebelum kereta mengundur keluar
dari pintu pagar. Kereta Camry
bergerak meninggalkan Yuhanis dengan muka yang merah menahan malu.
Uncle Muthu sedang melihat mereka!

“Woi bro…..”suara Zulkifli menyapa Mizan.

“Bahgia nampak member kita ni.” Sharif pula menegur sambil menarik kerusi duduk di
hadapan Mizan.

“Alhamdulillah..brother bawa bekal lagilah…wife baru yang masakkan ye…”Zulkifli


menjenguk ke dalam bekas yang baru disuakan Mizan kepadanya.

“Mmm..jadi betullah apa yang kau katakan hari tu eh, Mizan?…so, aku nak ucapkan
tahniah…dan selamat pengantin baru lagi pada kau…er, bila nak bagi kita orang jumpa Mrs.
Shaiful Mizan ni haa?” soal Sharif. Tangan tumpang menarik bekas bihun goreng ke
hadapannya. Satu sudu terus masuk ke mulutnya.

“Mmm…sedap,sedap…” kata Sharif sambil mengunyah bihun goreng di dalam mulut. Sharif
dapat melihat muka Mizan
yang berseri-seri…tak macam sebelum ini.

“Untunglah kau Mizan, dapat isteri pandai masak….bila-bila nanti jemputlah kitaorang
makan nasi kat rumah kau tu…boleh gak kenal-kenal dengan orang baru.” Zulkifli berkata
sambil menarik semula bekas di tangan Sharif.
Mizan tersenyum melihat gelagat dua rakannya yang berebutkan bihun goreng.
“Kau nikan Mizan, aku tengok asyik tersenyum saja dari pagi tadi….ni mesti ada apa-
apa…kalau tak naik pangkat lagi, mesti nak dapat anakkan?”gurau Zulkifli lagi.

“Aku nak honeymoon puas-puas dulu…anak lepas habis honeymoon nanti….kauorang


jangan nak jealous,ok!”jawab Mizan selamba.

Sharif dan Zulkifli berpandangan. Terangkat kening mereka berdua…Mizan dah berubah.
Rasanya bukan setakat Sharif dan Zul saja dapat melihat perubahan Mizan. Staf staf lain juga
dah mula bercerita tentang perubahan Mizan
sejak seminggu ini….

Sharif tumpang gembira. Mesti isteri baru Mizan bukan calang-calang perempuan …hanya
perempuan yang istimewa saja yang mampu melembutkan hati batu Mizan…sampai Mizan
boleh tersenyum sorang-sorang. Tak sabar Sharif nak bertemu muka dengan isteri baru
sahabatnya itu.

Mizan tersenyum kecil sambil mengelus rambutnya. Wajah Yuhanis bermain di mata….rasa
rindu tiba-tiba menjelma. Saperti diseru telefonnya bergetar di kocek seluar…tanda ada mesej
masuk. Mizan mengeluarkan telefonnya lantas melihat nama yang tertera..My
Honey…..Mizan tersenyum-senyum sambil mata menatap skrin telefonnya.

“Kawan kita tengah angau weh…” sakat Zulkifli.

“Kes berat ni…tengok telefon pun senyum…tengok kertas kerja pun senyum…untung staff
kau ye Mizan…tak delah asyik kena jerkah macam dulu-dulu.” Usik Sharif.

Sikit pun Mizan tak dengar usikan dari dua sahabat yang duduk di hadapannya. Mizan
membaca sekali lagi mesej dari Yuhanis….terasa hilang sikit rindu di hati….walau pun mesej
tak ada kaitan lansung dengan bab-bab hati dan perasaan….

‘ Hani keluar beli barang dapur…pas tu ambil pakaian abang di kedai dobi..

Tadi abang tak kata apa-apa….boleh ek?’


Mizan mencapai gelas teh tariknya. Setengah gelas sekali teguk. Tak sesedap teh tarik buatan
‘ My Honey’… Kemudian Mizan menaip jawapan pada Yuhanis pula….hati rasa macam
sedang bercinta pula bila saling berbalas SMS.

‘Ok..abang izinkan…take care…miss you…’


Mesej dihantar dengan senyuman bermain di bibir.

“Weh..ini yang buat aku jealous ni…” kata Zulkifli sambil menjungkitkan kening.

“Woi..cepatlah makan..aku nak habiskan kerja cepat…lunch time karang aku nak pergi
skodeng buah hati aku
tu….haaiii, entah bilalah aku nak dapat dia.”keluh Sharif.

“Eh..aku nak ikut sekali..manalah tahu, hari ni hari bertuah kau Sharif…lepas tu kau kena
belanja aku makan.” Zulkifli segera melanggah habis minumannya. Bekas bihun goreng yang
telah kosong di masukkan semula kedalam beg plastik yang dibawa Mizan.
“No problem…aku nak Mizan ikut kita sekali…tumpang berkat pengantin baru…ok ke
Mizan?”
Mizan mengangguk saja, malas nak menjawab …sedang membaca satu lagi SMS dari
Yuhanis yang baru saja masuk.

‘Hani nak minta izin pergi rumah kawan…ada emergensi…nanti balik rumah kita..

….Hani story-story ok…..eh, bolehke?’

‘Rumah kita’….Mizan tersenyum lebar. Panggu-panggu kepala, Zulkifli dan Sharif sudah
siap hendak beredar masuk semula ke pejabat masing-masing. Waktu minum pagi yang
diperuntukkan pada semua kakitangan syarikat adalah dua puluh minit. Cepatnya masa
berlalu. Mizan segera menghabiskan baki air minumannya yang masih tinggal separuh.

Mizan mencapai bekas makanan yang sudah kosong, lalu melangkah ke pejabatnya….sambil
menghantar jawapan kepada Yuhanis. …Kenapa terasa lambat betul waktu petang nak tiba.
Rasa tak sabar-sabar nak bertemu Yuhanis. Mizan terasa rugi masa sebulan yang dibiarkan
berlalu kosong sebelum ini……Mizan pun tak sangka, tak nak cempedak dapat nangka !

Mizan membelek telefonnya sekali lagi. Sudah dua mesej Mizan hantar. Tiada apa-apa
jawapan dari Yuhanis. Dua panggilan dari Mizan juga tidak diangkat…Apalah benda yang
emergensi sangat sampai Yuhanis tidak sempat nak menjawab panggilan darinya.

“Amboi Mizan…sudah,sudahlah menatap telefon tu. Petang nantikan kau nak balik rumah
jugak….macam budak sekolah baru dapat girlfriend ajelah aku tengok kau ni…simpanlah
sikit-sikit untuk besok.” Rungut Zulkifli dari tempat duduk belakang.

Sharif sedang memandu dengan mata melihat ke kiri kanan jalan mencari papan tanda buat
petunjuk pada pencariannyan. Kini mereka sudah memasuki satu perumahan rumah awam di
hujung pekan.

“Eh Zul…kau tolong tengok-tengokkan rumah nombor 5164…lorong dah betul ni…..asyik
bising kacau orang tengah
angau buat apa…baik kau tolong tengok…terlepas nanti, lagi lambatlah kita nak masuk
pejabat.”

“Eh..kita kat mana ni….macam pernah tengok saje tempat ni.” tanya Mizan ketika melihat
keliling jalan yang dimasuki Sharif.

“Itulah kau…dari tadi asyik tunduk aje…mana nak perasan….inikan kawasan rumah murah
kat belakang pekan Ampang…rumah kita sebelah sana pekan…opposite side.”leter Sharif
pada Mizan.
Mizan tersengih.

“Oooh…padanlah macam aku pernah lalu….eh, kau pastike budak perempuan yang kau cari
ni tinggal di sini….kalau tengok rumah awam ni, aku rasa mama kau akan fikir sepuluh kali
nak masuk meminang budak tu.”

“Ini bukan rumah dialah…ini rumah kawan baik dia…dari sumber yang …..” kata-kata
Sharif terhenti.
“Tu, tu…depan sana..aku rasa rumah hujung tu….rumah sebelah ni nombor 5155…mmm,
nampak macam jalan mati hujung tu.” Zulkifli menyua mukanya antara dua kerusi, di tengah-
tengah antara Mizan dan Sharif.

Selepas memakirkan kereta di tepi jalan, tiga sahabat…Mizan, Sharif dan Zulkifli segera ke
pintu pagar rumah yang dicari. Ada dua buah motor terpakir di hadapan rumah…tapi tidak
kelihatan sesiapa yang boleh ditanya.

“Ok, betullah rumah ni…aku pernah tengok motor merah tu dua tiga kali…budak Yusri tu
yang bawak…so, betullah ini rumahnya.” Kata Sharif sambil meninjau-ninjau ke arah pintu
yang tertutup rapat.

“Yusri? “ terangkat kening Mizan…baru Mizan sedar rupanya Sharif hendak mencari rumah
Yusri, budak pekerja kedai dobi.

“Tengok kat depan motor tu ada tertulis nama Yusri….budak tuke?” tunjuk Zulkifli ke arah
motor merah yang tertera huruf besar YUSRI dengan jelas.

“Assalamualaikum….ada siapa-siapa kat rumahke?


Assalamualaikum….assalamualaikum….! “ Sharif memanggil beberapa kali…. tapi tiada
jawapan.

“Aku ketuk pintulah…jom masuk.” Kata Zulkifli yang memandai membuka pintu
pagar…malah sudah melangkah masuk menuju ke pintu. Mizan dan Sharif mengekor di
belakang.

BUM,BUM,BUM.!…..assalamualaikum !….BUM,BUM,BUM…….!…assalamualaikum
!…..

“Hish…pelanlah sikit ketuk pintu rumah orang tu Zul, runtuh karang….haaa, siap kau.” bebel
Mizan.

“Macam tak ada orang aje.” Kata Zulkifli sambil bercekak pinggang mengadap pintu.

“Kasut-kasut banyak ada ni…diaorang kat belakang, di dapur agaknya .. tu yang tak
dengar..”.kata Sharif sambil
tangan bermain dengan pemegang pintu grill… Pintu grill berkunci.

Mizan tunduk melihat kasut-kasut yang tersusun kemas di tepi grill. Mata Mizan terancap
pada sepasang sneakers
berwarna biru dengan tiga jalur-jalur kuning di tepi. Dada Mizan tiba-tiba berdegup
laju….macam kasut Yuhanis
sajaa…tapi takkanlah Yuhanis sorang saja yang ada kasut saperti itu…tapi hati kecil Mizan
tetap mengatakan itu kasut Yuhanis. Ditambah lagi…Mizan tahu Yuhanis sangat rapat
dengan Yusri…..atau lebih…?
…Aaaahh, Mizan kena siasat. Hati Mizan mula diamuk gelisah…’Ya Allah
tolonglah…janganlah kau uji aku seperti
dulu lagi….’
Mizan terus memegang grill lalu menggoncangnya sekuat
hati……GRUNG,GRANG..GRUNG,GRANG…….bergegar pintu
grill dibuat Mizan.

Sharif dan Zulkifli berpandangan sesama sendiri…kemudian memandang Mizan yang masih
menggoncang-goncangkan
grill….macam bukan dia yang menegur Zulkifli sabentar tadi.

Rupanya usaha Mizan berhasil. Pintu kayu kelihatan dibuka … renggang sedikit saja….agak-
agak dua inci je pun. Ternampak sebelah mata budak bertudung biru.

“Assalamualaikum….er, ini rumah Yusrike?” Zulkifli bertanya pada budak perempuan yang
membuka pintu.
Tiada jawapan…tapi kedengaran budak tu sedang bercakap dengan seseorang pula….”Eh,
Abang Omarlah !”

Mizan dan Zul menoleh memandang muka Sharif….Sharif kelihatan sedikit blur.

Budak perempuan tersebut menghilangkan diri disebalik pintu, kemudian muncul semula
mengintai mereka bertiga yang
berdiri di hadapan pintu….”Ha’ahlah ..Abang Omar !” bisiknya lagi sambil berpaling ke
belakangnya seketika. Kali
ini budak itu bertudung hijau pula.

Perlahan-lahan pintu dibuka lebih luas….dua jengkal. Terjengul kepala yang


bertudung…eh..tudung biru kembali.

“Hei !…Sarake atau …er..Surike ni ?…ingat lagi tak…saya Abang Omar…” kata Sharif
dengan nada teruja.
Si tudung biru terangguk-angguk…”Kenal.”

Mizan merenung Sharif…kemudian ke arah budak perempuan di muka pintu..muka macam


pernah tengok…. nama-nama
itu pun macam pernah dengar….tapi di mana ya?

Pintu terbuka luas…Mizan dan Zulkifli tercengang melihat dua orang budak perempuan
kembar… seiras
lagi…..seorang bertudung biru, seorang bertudung hijau.

Terus Mizan teringat gambar potret bertajuk ‘si kembar’ di dalam buku lakar Yuhanis….Ya,
Mizan tak silap…tapi macam mana pulak Sharif kenal mereka. Mizan merenung Sharif yang
sedang tersenyum kepada si kembar.

“Kak Hani ada sinike?” tanya Sharif.

HANI !!!….Mizan bertambah terkejut……’Hani mana pulak ni?’

“Ada..ada…”jawapan serentak dari si kembar.

“Kak Hani ada di dapurke?”tanya Sharif.


Mizan kehairanan, hati rasa tak sedap…Sharif kenal Yuhanis ?..Eh, takkan laaa….Hani?
..mungkin Hani
lain…..?????

“Taklah….”kata si tudung biru.

“Dalam bilik.”kata si tudung hijau pula.

‘HANI !…DALAM BILIK ?……’Mizan mula gelabah….janganlah Hani ini, Yuhanis


Mizan.

“Yusri adakan?”soal Sharif…nada pun dah kedengaran semacam.

“Ada..Abang Yusri pun dalam bilik….” jawab si tudung hijau.

Telinga Mizan dah mula terasa panas….

“Eh..taklah, Abang Yusri dah keluar bilik…tadi memanglah Abang Yusri pun dalam bilik.”si
tudung biru bercakap pada si tudung hijau…konon membetulkan fakta….

…. tapi telinga Mizan mula berasap.

“Mmmm, Abang Yusri..er… tengah mandi sekarang…..” tokok si tudung biru.

Telinga Mizan betul-betul dah berasap…mata dah nampak merah…..

Si kembar bergilir menjawab soalan Sharif…Mizan pula semakin serabut…dada tetiba


berdegup kencang ..macam dah
nak meletup !

“Tolong panggil Yusri sekarang jugak !” Mizan tiba-tiba bersuara keras.

Bulat mata si kembar merenung Mizan. Zulkifli dan Sharif tercengang. Mereka memandang
Mizan dengan pandangan
pelik…..

“Cepat…cakap pada Yusri ada orang nak jumpa dia sekarang jugak !…walau pun tengah
mandi…kalau tak keluar
sekarang….siap kamu semua !!!” Arah Mizan lagi.

HUH !…Sharif terkedu. Zulkifli terkejut.

Si kembar berlari meninggalkan mereka di luar grill yang masih berkunci.

Sharif dan Zulkifli memandang sesama sendiri …..hairan dengan kelakuan Mizan yang
nampak macam terdesak dan cemas saja …lebih dari Sharif pulak. Mereka pun hairan…siapa
yang cari siapa sebenarnya ni ?
“Abang Omar datang…betuulll…Abang Omar ada kat depan pintu…cepatlah bang!……”
suara dari salah seorang
sikembar…

“Betul bang…dia bawak kawan dia …er..dua orang…abang tengok sendiri…orang tu suruh
cepat…cepatlah bang
!…orang tu marah-marah !” suara si kembar..seorang lagi.

Mizan, Sharif dan Zulkifli memasang telinga. Suara si kembar semakin mendekat….dan
…Yusri muncul dengan bertuala….dengan air masih menitik dari rambut dan juga badannya
sehingga ke tuala yang dipakainya. Kedua-dua si kembar kelihatan sedang memegang kiri
kanan lengan Yusri…mungkin menarik Yusri dari bilik mandi, agaknya.

“OH !!….” Yusri sedikit terkejut dengan kedatangan tetamu yang tak disangka….Yusri
tercengang dengan kedua-dua tangan memegang selisih tualanya. Nampakjelas badan Yusri
yang kurus kering. Air yang menitik di muka pun, Yusri sudah tak endahkan. Malah mungkin
tak perasan pun.

Yusri merenung Mizan seketika…kecut perut Yusri melihat muka Mizan yang serius dan
semacam. Abang Omar di sebelah Encik Mizan menegur….

“Kak Hani ada sinikan?….saya nak jumpa sekejap.”

“Errrr…

“Bukak pintu ni cepat !” kerah Mizan dengan keras.

Berkerut kening Sharif dan Zulkifli. Bulat mata si kembar. Yusri segera mengikut arahan
Mizan. Yusri segera mencapai kunci di belakang pintu..lalu membuka grill. Yusri berdoa agar
suami Kak Hani bukan jenis yang belasah dulu, tanya kemudian. Kini Yusri yakin Encik
Mizan adalah suami Kak Hani.
Sebaik grill di buka, Mizan terus menarik tangan Yusri yang sedang memegang
tualanya….”Jom…saya nak jumpa Hani !”

“EEr..er… nanti sekejap…saya…er….

“SEKARANG !!” jerkah Mizan.

Terangguk-angguk Yusri melangkah ke dalam. Tangan Mizan masih memegang


Yusri…macam takut Yusri akan melarikan
diri. Yusri yang nak menunjuk jalan kelihatan diheret Mizan pula. Si kembar berlari anak
sama-sama tak mahu ketinggalan…tangan masing-masing memegang hujung kain tuala
Yusri.

Sharif dan Zulkifli yang tercengang dengan kelakuan Mizan mengekor dari belakang. Di
hadapan satu pintu bilik Yusri berhenti sambil tangan mahu mengetuk pintu. Belum sempat
tangan Yusri mengetuk…Mizan menolak daun pintu dengan kuat.

BEDEBUM !!
“Opocot…Ya Allah !……Aaaaaaaarrrrrggggggg !!!!!!!

“Oh, Mak kau !…Ya Allahhh…..”

“Subhanallah!…awat ni haaaaaa…..”

Tiga orang perempuan di dalam bilik terkejut serentak….masing-masing terlatah sambil


memandang ke arah pintu yang tetiba terbuka luas.

“Kak Hani…sorry,sorry…” Yusri berpaling segera. Yusri faham Kak Hani jenis yang jaga
aurat…Yusri tak patut ambil kesempatan. Namun rezeki Yusri yang teringin melihat rupa
sebenar Yuhanis….AAhh, terbukti Kak Hani dia seorang yang sangat cantik. Yusri bangga
dapat kakak yang cantik dan beriman.

“Kak Hani..Kak Hani…” si kembar lintang pukang berlari mencari sesuatu di sebalik
pintu…kemudian kedua-duanya berlari mendapatkan tiga orang perempuan di tengah bilik
menghulurkan tudung dan kain tuala kepada setiap mereka.
“HANI ?” Mizan saperti tak percaya melihat Yuhanis berada di situ…di bilik itu. Mizan lihat
Yuhanis yang hanya berbaju labuh paras lutut dan rambut tak bertudung melompat ke atas
katil, menyorok di belakang ..er…Kak Tipah? Mizan kenal Kak Tipah yang bekerja bersama
Yusri di kedai dobi Fajar Hajar.

Mizan terpandang seorang perempuan tua yang sedang mengurut lengan kanan Kak Tipah.
Muka Kak Tipah bengkak dan lebam-lebam. Berkerut dahi Mizan melihat senario di
hadapannya….jauh dari sangkaannya….Mizan terasa sebak. Banyak soalan yang Mizan nak
ditanya…tapi Mizan rasa orang lain pun ada banyak soalan nak tanya pada
Mizan….alahaiiiii……

Mizan terpaksa bersabar….so, orang lain pun kena sabar.

Sharif di belakang Mizan turut ternampak tiga orang perempuan di dalam bilik. Sempat
melihat perempuan muda..Hani?…melompat dan menyorok dibelakang Kak Tipah…..Aik
!..Kak Tipah pun ada sini ?….Kak Tipah kenapa pulak ?…

Sharif tak tahu nak fikir apa…tunggu sajalah…..Apa yang terlekat di kepala Sharif ialah Hani
berambut panjang sampai ke pinggang dan….sangat cantik menawan….tapi macam mana
Mizan juga kenal Hani ?…Sharif dilanda kebimbangan yang amat sangat.

Zulkifli menggaru-garu kepala…tak jangka semua yang berlaku begitu pantas sekali..tak dan
nak tanya…pada siapa dia nak tanya.. Apa yang Zulkifli nampak ialah seorang nenek tua
berambut putih satu kepala….seorang perempuan berbadan gempal separuh umur dengan
bersanggul senget dan seorang gadis comel, putih melepak dengan rambut seksi panjang
paras pinggang.

Gadis inikah yang Sharif tercari-cari selama ini ? Tapi…macam mana pulak Mizan pun kenal
dengan gadis ini?…..JANGAN, JANGAN ….???? Zulkifli menggigit bibir….Risau
wui..kalau betul apa yang disangkanya betul…HARUUUU!! Apalah dia boleh
buat….sudahnya, wait and see laaa…….
“Apa pasailah hang Yusri bawak tetamu sampai kat bilik niiii haaaaaaa !…hang tak
taukaaahh…nenek tengah mengurut Kak Tipah hang niiii…..tuuuu…Kak Hani hang tu….tak
dan nak pakai seluaq lagi…baru mandi….nasib baiiklah dia dah pakai baju aaaaiihh !” leter
Nenek Leha sambil terhincut-hincut keluar bilik …lalu menutup daun pintu.

“Hang pa semua ni sapa dia haa….kawan Yusrikaa…apasai sampai masuk kat bilik tiduq
niiii …hang pa nak mai tiduq kaaa!….Nenek tak faham betui orang-orang muda laa
niii…..nasib baik kami tak telanjang bulat dalam bilk tadi noo…. ….kalau tak tentu haghuuu
aaiiihhh…..”bebel Nek Leha lagi sambil mencekak pinggang di depan pintu.

Empat jejaka terdiam tak berkutik…lebih-lebih lagi Mizan. Semua mata tajam merenung
Mizan. Semua menyalahkan Mizan dalam bahasa mata masing-masing. Mizan sedar dia
bersalah…terlalu ikut perasaan.

“KAH,KAH,KAH….KAH,KAH,KAH……” tiba-tiba Mizan ketawa. Muka Mizan sudah


kembali ceria.

Kali ini semua mata memandang Mizan kehairanan.

Sharif dan Zulkifli berpandangan sesama sendiri seketika…..kemudian merenung Mizan


yang sudah tersandar –sandar di dinding… ketawa sampai keluar air mata.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka semula. Semua mata menoleh ke arah pintu.

“Abang Mizan ?….abang okke ?”

“Ha,ha,ha…abang ok, abang ok sekarang…Honey sayang..you better come out…..Hani dah


menyusahkan banyak orang….”

Semua mata merenung Honey sayang…..

Muka Honey sayang dah merah menyala…..malu tapi sukaaaa……


Suka sangat-sangaaaaattt…

Anda mungkin juga menyukai