Anda di halaman 1dari 144

Suri Ryana

Bab 1
AMA aku Noorul dan hari ini merupakan hari malangku lagi. Mana tidaknya, sudah sepuluh temu duga aku hadiri tetapi semuanya gagal belaka. Hendak dikatakan aku meletakkan gaji yang tinggi, tidak juga. Hendak dikatakan kelulusan aku tidak setanding dengan pekerjaan yang aku mohon, lagilah tak logik! Kebanyakan temu duga yang aku hadiri hanyalah untuk jawatan pelayan di restoran makanan segera. Tetapi, aku masih tidak faham kenapa dan mengapa aku tidak berjaya. Mungkin bukan rezeki aku. Sabar sajalah, wahai Noorul. Esok-esok adalah rezeki engkau. Ya... itulah kata-kata untuk menyedapkan hati sendiri. Noorul! sergah Iman. Nasib baik aku tidak ada sakit jantung. Kalau tidak mau mati katak aku. Wei! Apesal kau sergah aku macam tu? Nasib baik jantung aku ni elok lagi. Fuhhh.

M.A.I.D.

Kurang asam betul kawanku yang seorang ni. Tak perlulah sergah aku macam itu. Sudahlah aku tengah peningpening lalat, memikirkan nasib diriku yang malang ini. Macam mana dengan interview kau? OK ke KO? tanya Iman dengan selamba. Iman kulihat sudah pun berbaring sambil menyelak helaian majalah kecantikan yang baru dibelinya. Teman aku yang seorang ini memang gemar bersolek, tidak kisahlah ke kedai Ah Seng ke, kilang ke... kalau keluar saja dari rumah mesti nak bersolek siap dengan bulu mata palsu lagi. Kalah artis terkenal, you! KO lagi. Aku pun dah mati kutu ni. Keadaan ekonomi aku semakin hari semakin merosot. Duit sewa bulan ni pun nampaknya kena pinjam sikit dari kau. Segannya terasa diriku di saat ini. Terpaksa meminta belas ihsan daripada Si Iman. Pasal duit sewa tu aku boleh tolong cover untuk kau. No hal punyalah! Kilang aku pun dah tak nak ambil pekerja, kalau tak memang aku boleh rekomenkan engkau. Lega hatiku mendengar jawapan Iman. Sekurangkurangnya ada tempat aku berlindung untuk bulan depan. Susah betul nak cari kerja. Susah-susah aku mintak kerja jadi orang gaji ajelah. Tak tahu dari mana datangnya idea untuk menjadi orang gaji. Ya ampun Noorul, kau sedar tak yang engkau tu tak layak. Kemas rumah pun malas. Masak? Lupakan sajalah. Hati mengejek diri sendiri. Orang gaji? Itu pun silap-silap susah nak dapat. Mana taknya, semuanya dah diisi dengan cewek-cewek dari Indon. Lainlah kalau kau cuba nasib di agensi pekerjaan.

Suri Ryana

Kadang-kadang idea Si Iman ni memang boleh dipakai. Aku terus bergerak dan duduk di pinggir katilnya. Berminat betul aku dengan idea Si Iman ini. Iya dong! Kenapa aku enggak pikir sebegitu ya? Kalau dari awal aku ke agensi pekerjaan, kan senang! Makasih ya, Mbak Iman. Iman hanya tersenyum sambil menggelenggelengkan kepala mendengar aku berbicara di dalam bahasa Indonesia. Esok aku cuti. Bolehlah aku temankan kau ke agensi pekerjaan kat Permata Mall tu. Iman kemudiannya bangun menuju ke hadapan cermin sambil menempek-nempek mukanya dengan krim berwarna putih yang tidak aku tahu namanya itu. Kemudian dioles pula bahagian mata dengan krim yang lain. Owh, itu sudah bagus. Okey, esok pukul sembilan pagi ye. Janji tau. Erk, pukul sembilan pagi? Bolehkah engkau bangun wahai Noorul? Apalah sangat berkorban waktu tidur jika hasilnya membanggakan. Betul tak? Ya, aku perlu tidur sekarang untuk memastikan program esok hari tidak tergendala. Selamat malam bulan dan bintang.

AGENSI PEKERJAAN MAJU SDN BHD. Aku merenung lama papan tanda yang terdapat di pintu pejabat yang bercermin kaca itu bersama fail di tangan. Entah mengapa tiba-tiba aku rasa cuak. Hish, menyusahkan betul! Kalau kilang kicap itu tidak tutup, tidak perlu aku susah-susah cari kerja lain. Apa lagi yang kau menungkan tu? Nilah

M.A.I.D.

pejabatnya. Kawan aku Si Senah tu dulu datang sinilah. Aku yang temankan. Sekejap aje dia dapat kerja, tau. Dah, dah... masuk. Iman memaksa aku masuk ke dalam pejabat yang bercat biru itu. Kedatangan kami disambut oleh seorang wanita yang berusia di dalam lingkungan umur empat puluhan. Sambil mengucapkan selamat datang dia membawa kami ke kaunter. Kami hanya mengekori wanita itu. Boleh saya bantu? tanya wanita itu selepas aku dan Iman duduk di hadapannya. Kawan saya ingin mendapatkan bantuan syarikat puan untuk carikannya pekerjaan. Iman berkata kepada wanita yang sedang mengeluarkan sekeping borang dan pen. Okey, isi borang ni dulu. Sementara itu boleh saya tengok sijil-sijil cik? Wanita tersebut merenung ke arah fail yang masih lagi berada di tanganku. Boleh... boleh. Aku memberikan fail biruku kepadanya. Satu per satu sijil yang berada di dalam fail itu dibeleknya. Kemudian kulihat wanita itu membuat salinan semua sijilku. Risau juga aku pada mulanya kalau-kalau kesemua soalan di dalam borang tersebut di dalam bahasa Inggeris. Nasib baik borang tersebut dwibahasa. Bukan apa, takut-takut ada perkataan yang aku tidak faham. Maklumlah, bahasa Inggerisku hanya setakat lulus sahaja semasa SPM. Selesai sahaja aku mengisi borang tersebut, aku berikannya kepada wanita di hadapan aku itu.

Suri Ryana

Jadi, cik nak memohon jawatan pembantu rumahlah ye? tanya wanita yang bernama Asyikin itu. Aku tahu namanya pun dari name tag yang tersemat kemas di dada kanannya. Ya, saya, jawabku sambil tersenyum. Kalau ada jawatan tersebut, bila cik boleh mula bekerja? tanya wanita itu lagi. Sekarang, jawabku sambil tersenyum. Iman hanya mendengar perbualan kami sambil membelek-belek telefon bimbitnya. Maaf cik, jawatan pembantu rumah memang tidak banyak. Tambahan pula kebanyakannya telah diisi oleh pembantu rumah dari luar. Jadi, kebanyakan orang terus ke agensi pembantu rumah asing untuk mencari pembantu rumah, kata Puan Asyikin selepas wanita itu menyemak fail di tangannya. Ah, dah aku agak! Mesti gagal lagi. Ya Allah, kat mana lagi aku nak cari kerja ni? Tolonglah puan, saya betul-betul memerlukan pekerjaan. Saya janji saya akan berkhidmat sebaik mungkin. Saya boleh mencuci pinggan mangkuk, memasak, mengemas rumah, membasuh baju, mem... Sebentar cik. Saya check dulu dalam sistem kami, potong wanita itu yang mungkin bosan dengan celotehku. Hmmm... ada satu jawatan pembantu rumah di penthouse Golden Palace, Gurney. Tetapi tempat tinggal dan kenderaan untuk ke rumah tersebut tidak disediakan. Yang untungnya, gaji yang ditawarkan agak tinggi berbanding pembantu rumah biasa. RM1,200.00 sebulan. Cik berminat? Berminat!

M.A.I.D.

Wah, siapa nak bagi aku RM1,200.00 sebulan masamasa gawat macam sekarang ini? Aku sudah tidak sabar untuk meletakkan tanda noktah kepada pencarian kerjaya yang tidak berpenghujungnya ini. Saya ada kenderaan dan kediaman sendiri. Lagipun rumah saya tak jauh dengan tempat tu. Lima belas minit saja dah boleh sampai. Tidak ada masalah. Aku meneruskan katakataku. Iya, betul Noorul! Memang tidak ada masalah. Tetapi yang menjadi masalahnya, tahukah engkau memasak dan membuat kerja rumah? Tak apa, itu kemudian boleh fikir. Emmm... melalui requirements yang diberikan ni, saya rasa bakal majikan cik ni seorang yang sangat cerewet. Saya rasa, elok kalau saya terangkan kepada cik dahulu segala-galanya untuk mengelakkan masalah di kemudian hari, kata Puan Asyikin ikhlas kepadaku. Cerewet? Alamak... masalah, masalah! Aku terus menanti Puan Asyikin menerangkan kepadaku semua maklumat tentang pekerjaan pembantu rumah itu serta majikanku. Bakal majikan cik adalah seorang lelaki bujang berumur dua puluh lapan tahun dan seorang jurutera. Dia mahukan seorang pembantu rumah yang cekap membuat kerja dan tidak malas. Di sini dia ada menyatakan yang dia tidak suka pembantu rumahnya bercakap dengannya melainkan hal-hal penting sahaja. Selain itu, cik juga tidak boleh tiba lambat ke penthousenya. Walaupun sesaat. Ya Allah, kereknya! Macamlah aku hendak sangat bercakap-cakap dengan dia. Kalau aku ke sana pun sebab RM1,200.00 tu la! Mendengar tentangnya pun aku dah mula

Suri Ryana

geram, bagaimana agaknya kalau aku berjumpanya secara live nanti? Cik faham kan setakat yang saya terangkan ini? Puan Asyikin menyoal Mungkin disebabkan aku tidak memberi apa-apa respons kepada penerangannya tadi. Faham puan, wajahnya kembali. kataku sambil memandang

Tentang jadual kerja pula, cik diperlukan berada di hadapan pintu penthouse tersebut pada tepat pukul lapan pagi dan cik harus bekerja sehingga pukul enam petang. Cik mungkin akan jarang berjumpanya tetapi sekiranya dia tahu cik lambat ke rumahnya, cik akan dipecat tanpa banyak soal. Hari Sabtu dan Ahad adalah hari cuti untuk cik. Iman yang tadinya tidak memberi perhatian itu kulihat mula berminat untuk turut sama mendengar katakata Puan Asyikin. Faham, kataku sambil mengangguk laju. Aku sudah tidak ada pilihan lain lagi. Sekiranya peluang ini aku tolak, entah bila aku akan dapat kerja lain. Okey. Selain itu, kerja-kerja yang harus cik lakukan adalah sama sahaja seperti semua pembantu rumah yang lain cuma cik tidak perlu memasak untuk makan tengah hari. Masak untuk diri sendiri sahaja tetapi cik mesti siap memasak untuk makan malam sebelum pulang. Aku mengangguk kepala sekali lagi apabila Puan Asyikin menghabiskan ayatnya. Jangan risau, saya akan print kepada cik semua details ni. Puan Asyikin mesti sudah dapat membaca kerisauan di mukaku.

M.A.I.D.

Terima kasih, Puan Asyikin. Emmm... bila saya harus mulakan tugas ye? Aku sudah tidak sabar lagi untuk bekerja, atau dalam kata yang lebih jujur, mendapat gaji. Esok. Cik boleh mula esok. Kata Puan Asyikin sambil memberikan kepadaku semua butir yang aku perlu tahu. Esok? Sempatkah aku belajar masak dengan Iman malam ini? Setelah cop jariku diambil oleh Puan Asyikin dan selepas menandatangani kontrak perjanjian, status aku pun dengan rasminya berubah. Kini aku bukan lagi penganggur dan aku sangat gembira. Iman pula tersenyum penuh makna. Harap-harapnyalah semuanya okey nanti. Itulah sahaja doaku ketika ini.

YA ALLAH Noorul... takkan goreng ikan pun kau tak tahu? Masak nasi tahu tak? Haih... habislah kau kalau macam ni. Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat, Noorul. Iman membebel sebaik sahaja aku membuat pengakuan yang aku tidak tahu langsung memasak. Iman masih lagi memandangku dengan pandangan tak percaya. Dah tu macam mana, Iman? Aku memang tak tahu, ajarlah aku masak. Jom kita guna aje bahan yang ada kat dapur tu. Please Iman... apa aku nak masak malam esok sedangkan goreng ikan pun aku tak tau. Aku takut minyak panas terkena tangan aku. Iman, tolonglah aku. Jomlah.... Teruk juga aku merayu kepada Iman supaya dia mengajar aku asas-asas memasak. Itulah, dulu masa mak

Suri Ryana

suruh tolong kat dapur, aku malas. Sekarang, padanlah muka aku! Masalah kau ni kritikal, Noorul. Silap-silap kau kena pergi kelas memasak, tu pun kalau ada yang nak terima kau. Hish! Itulah... bila aku suruh kau tolong aku di dapur, banyak betul alasan kau. Kalau kerja-kerja bertukang suka pulak kau ye. Pandai pulak kau buat, sambung Iman lagi. Semakin menjadi-jadi pula bebelannya itu. Aku sudah malas mendengar bebelan temanku yang seorang ini. Tetapi, terpaksa jugalah aku tadah telinga. Ini bukan masa yang sesuai untuk aku protes. Ye la... ye la. Salah aku sebab tak masuk dapur langsung. Memang kalau boleh aku nak aje mintak kerja sebagai buruh binaan. Cuma diorang aje tak nak terima aku. Aku perlahankan sedikit suaraku bila menuturkan ayat terakhir itu. Takpe la Iman, kalau aku ni menyusahkan kau. Aku mintak maaf. Sengaja aku buat nada sedih. Harapharaplah Si Iman ni bersimpati dengan aku. Hmmm... kesian pulak aku dengan kau ni. Macam nilah, jom kita ke dapur. Aku ajar kau apa yang patut, ujar Iman. Yes! Berjaya juga taktik aku ni. Aku mengekori Iman dengan senyuman nakal di bibir. Apa yang ada ye dalam peti sejuk kita? tanya Iman. Aku pantas membuka peti sejuk berwarna putih yang agak usang itu. Kita ada ayam dan ikan kembung. Boleh la kau ajar aku masak ikan goreng dan kari ayam. Aku mula

M.A.I.D.

memberikan cadangan kepada Iman. Jangan tak tau, aku memang terrer bab-bab bagi cadangan ni. Okey, kau keluarkan dua ekor ikan kembung tu dulu. Aku ajar kau goreng seekor, lepas tu kau pulak cuba, kata Iman sambil mengambil ikan yang sememangnya sudah siap disiang oleh penjual ikan dari tanganku. Okey Chef Iman! kataku dengan penuh semangat. Iman hanya menjegilkan mata, pura-pura marah dengan panggilanku itu. Pertama sekali, kau mesti basuh ikan ni betulbetul. Lepas tu, kau letakkan kat atas piring. Kemudian keluarkan kunyit dan lumurkan ke atas ikan ni. Serbuk yang berwarna kuning ni namanya kunyit. Ayat terakhir Iman tu seakan memerliku. Hai Iman, kunyit mestilah aku tahu.... Kau ni... aku tak tau masak aje. Bahan-bahan kebanyakannya aku tahulah, jawabku jujur sambil melihat Iman melumurkan sedikit kunyit ke atas ikan tersebut. Kemudian kau panaskan minyak. Bila minyak dah panas, kau masukkan ikan ni ke dalam kuali dengan perlahan-lahan macam ni. Aku yang masih takut minyak memercik ke arah kami berundur beberapa tapak ke belakang apabila Iman memasukkan ikan ke dalam kuali. Tengok... takde pun percikan minyak. Kalau kau campak memanglah minyak tu akan memercik, kena tangan kau. Memang benar, tak ada langsung percikan minyak. Api jangan kuat sangat. Lepas ikan ni agak garing, kau angkatlah, kata Iman lagi. Dia mengangkat ikan

10

Suri Ryana

kembung yang berwarna sedikit meletakkannya ke atas piring.

keemasan

itu

dan

Wah, Iman... pandainya kau. Okey, okey kejap lagi aku cuba, kataku sambil meletakkan ikan kedua di atas piring. Sedikit kunyit aku ambil dan aku lumurkan pada ikan seperti yang Iman lakukan tadi. Bila semuanya sudah selesai, aku mula berdiri di hadapan kuali. Alahai, takutnya... macam mana ni? Apa yang kau tunggu lagi? Masukkanlah ikan tu. Iman yang melihat aku tercegat bersama ikan mentah di tanganku kemudiannya bersuara. Ye la, nak masukkanlah ni. Amik feel dulu, kataku sambil teragak-agak memasukkan ikan itu ke dalam kuali secara perlahan-lahan. Memang tidak ada percikan minyak langsung. Gembiranya aku kerana sudah tahu menggoreng ikan. Selepas beberapa minit menunggu ikan tersebut agak garing, aku mengangkatnya dan kuletakkan di atas piring. Okey, sekarang nak masak kari ayam, kan? Meh aku ajar kau. Aku mengangguk. Aku yang sememangnya tidak yakin langsung yang aku boleh memasak masakan tersebut cuba memberikan perhatian. Kau kena kisar semua ni dulu. Iman menudingkan jarinya ke arah bawang merah, halia dan bahan-bahan lain yang perlu dikisar. Aku hanya mengangguk sambil mencatat semua langkah-langkah memasak. Lepas tu, kau panaskan minyak. Tumis dulu bunga lawang, bunga cengkih dan rempah-rempah yang lain ni.

11

M.A.I.D.

Aku masih lagi mengangguk sambil terus mencatat kesemuanya. Iman, boleh masak lebih sikit tak? Aku rasa nak bawak ke rumah Mr. F la esok. Please... sekali ni aje. Aku tak yakin la. Ye la baru pertama kali masak, kan? Kalau setakat goreng-menggoreng, aku bolehlah. Aku tak sanggup lagi menahan beban di dadaku. Aku berterus terang saja kepada Iman yang khusyuk menumis rempah ratus. Hmmm... nasib baiklah kau kawan aku, Noorul. Kalau orang lain, dah lama aku cekik! Aku tidak kisah lagi dengan kata-kata yang keluar dari mulut Iman. Asalkan dia mahu tolong, aku sudah cukup gembira. Waaa... terima kasih, terima kasih sahabatku. Saaayang kau! Aku terus menerpa ke arah Iman sambil memberikan kucupan istimewa di pipi kirinya. Kejap, kejap. Tadi kau cakap Mr. F? Apa tu? tanya Iman benar-benar ingin tahu. Mr. F tu Mister Fussy. Cerewet. Aku baru belajar perkataan ni dari televisyen. Aku memandang Iman sambil ketawa. Iman pun kulihat tergelak kecil mendengar panggilan aku terhadap majikan baruku itu. Okey, dah. Tengok sini. Next step, kau masukkan pula bahan-bahan kisar ni. Iman menerangkan kepadaku tentang langkah seterusnya. Kemudian kulihat Iman memasukkan bancuhan serbuk kari. Aku hanya memerhati dengan teliti sambil mencatat kesemua langkah-langkah memasak tersebut sehinggalah ayam dimasukkan.

12

Suri Ryana

Okey, sekarang kita tunggu kejap sampai ayam masak. Tutup periuk ni dulu. Aku mengikut arahan Iman. Tudung periuk kucapai dan kututup periuk yang memuatkan kari ayam tersebut. Hatiku berbunga gembira apabila aroma kari ayam sudah dapat kuhidu di saat ini. Thanks Iman. Kalau kau tak ada, tak tau la macam mana nasib aku ni. Nanti gaji pertama aku, aku belanja kau makan, okey? Aku memeluk bahu Iman yang hanya tersenyum melihat gelagatku. Memang benarlah, sahabat masa senang memang ramai, sahabat macam Iman ini susah nak cari.

13

M.A.I.D.

Bab 2
ARI ini adalah hari pertama aku akan ke tempat kerjaku yang terletak di unit 29, Golden Palace, Gurney. Sebelum ini aku hanya boleh bermimpi sahaja untuk masuk ke dalam penthouse tersebut yang semestinya tidak akan mampu kumiliki sampai mati. Kecualilah kalau aku berkahwin dengan Dato, Tan Sri, Dato Seri atau yang seangkatan dengannya. Pelik juga. Seorang jurutera boleh memiliki kediaman seperti itu di usia yang muda. Jiranku yang juga berusia dua puluh lapan tahun di kampung dan juga seorang jurutera hanya mampu membeli rumah teres dua tingkat yang berharga dalam RM350,000.00. Ini pun ibu kepada lelaki tersebut yang bercerita kepadaku semasa aku menyidai baju di ampaian yang terletak di sebelah rumahnya. Aku tahu gaji seorang jurutera memang beriburibu tetapi Golden Palace yang penghuninya kebanyakan orang dari luar negara itu pasti harganya mencecah jutaan ringgit.

14

Suri Ryana

Jangan-jangan majikan aku ini ada buat kerja yang tak baik kut. Alamak, macam mana kalau aku dijual? Tangan kusilangkan di dada. Memanglah aku ni biasa saja orangnya. Tidak gemuk dan tidak kurus, tidak rendah dan tidak tinggi, tidak putih dan gelap pun tidak juga tetapi aku tetap seorang wanita sejati. Perasaan takut menyelubungi diriku apabila mengenangkan majikan aku yang seorang ini. Oit! Apa yang kau menungkan lagi tu? Bantal kecil berbentuk hati kepunyaan Iman tepat mengena kepalaku lantas menghentikan lamunanku. Jam di dinding menunjukkan tepat pukul enam lima belas minit pagi. Kau ni Iman, suka sangat baling bantal busuk kau ni kat aku. Ada yang aku buang dalam tong sampah aje nanti. Aku mencapai bantal berwarna merah kepunyaan Iman itu dan aku mengacah-acah untuk membuangnya ke dalam tong sampah. Iman yang sedang bersolek untuk ke kilang tempatnya bekerja pantas merampas bantal kesayangannya dari tanganku. Solekannya disambung kembali. Apa yang kau pandang-pandang ni? Pergilah mandi nanti lambat kau sampai ke penthouse Mr. F! Iman bertempik ke arahku yang masih lagi terkulat-kulat melihat dia bersolek. Nak pergilah ni, kataku sambil mencapai tuala yang bersidai di atas kerusi dan menuju ke bilik air. Selesai sahaja mandi, aku terus membuka almari bajuku dan membelek-belek baju yang tergantung. Baju apa yang hendak aku pakai hari ni? Hish, baik kau pakai selekeh sikit, Noorul. Mana

15

M.A.I.D.

tahu mungkin benar tekaan kau tentang pekerjaan Mr. F, jadi bila dia terpandangkan kau yang tak menarik ni tak adalah dia nak jual kau ke apa, kan? Seperti ada suara yang berkata begitu kepadaku. Noorul! Kau belum solat lagi, kan? Kenapa ye dengan kau ni? Asyik termenung sana, termenung sini. Apa yang kau fikirkan? Tak ada apa. Aku nak solatlah ni. Nak pakai baju kejap. Aku menjawab dan dengan pantas tanganku menarik keluar sehelai t-shirt lengan panjang berwarna hitam dan seluar jean. Setelah memakai baju aku terus menunaikan solat subuh dan bersiap. Krim pelembap Safi kucuit dengan hujung jari dan aku sapu di kulit mukaku yang berwarna kuning langsat ini. Compact powder jenama Maybelline yang dihadiahkan oleh Iman, kemudiannya aku tempekkan di mukaku. Setelah itu, aku terus memakai tudung dan keluar dari bilik. Jom, kita makan pagi sama-sama sebelum pergi kerja nak? Awal lagi ni, ajak Iman. Aku memandang jam di tanganku. Tepat pukul tujuh. Sedap juga kalau aku dapat makan nasi lemak Mak Esah kat warung yang terletak di hadapan blok kami pagi ini. Okey, kejap. Aku nak amik kari ayam yang akan menjadi penyelamat aku tu dulu. Bekas yang telah penuh dengan kari ayam kucapai. Inilah makan malam majikanku nanti. Insya-Allah takkan basi, akan aku panaskan berulang-ulang kali nanti. Hmmm... nasib baik kau tak lupa. Kalau tak, beli kat kedailah jawabnya.

16

Suri Ryana

Kata-kata Iman itu menyebabkan aku dan Iman saling berpandangan. Bagus Iman, kau dah bagi aku idea. Sementara aku berada di dalam proses belajar masak ni, bolehlah aku beli aje makanan dari kedai dulu, kataku dengan gembira. Tak perlulah aku menyuruh Iman memasak setiap malam untuk dibawa ke rumah majikanku. Memanglah Noorul oi! Tapi kalau kau buat selalu, kopaklah kau. Gaji RM2,000.00 pun tak berbaloi. Betul juga kata Iman tu. Tapi, aku beli lauk pun sementara aku nak pandai masak sahaja. Bila pandai nanti, tak perlulah aku beli makanan dari luar. Apa yang kau fikirkan lagi tu? Jomlah! Sergah Iman yang kulihat terus membuka pintu rumah dan keluar. Wei, tunggulah aku! Aku berlari keluar dan menyarungkan sandal ke kakiku. Iman kulihat telah berdiri di hadapan lif sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

AKU memberhentikan skuter di hadapan pagar besi yang berwarna kelabu ini. Bangunan berwarna putih yang bahagian luarnya berdinding kaca kebiruan itu jelas kelihatan di hadapanku. Setelah membaca perkataan yang tertera di bahagian hadapan bangunan yang tertulis Golden Palace, aku berjalan sambil menolak skuterku ke pondok pengawal yang hanya terletak beberapa langkah dari tempatku berdiri. Encik, ini Golden Palace, kan? tanyaku kepada pengawal keselamatan yang sedang duduk di dalam pondok tersebut.

17

M.A.I.D.

Yes, itu depan baca la. Situ tulis Golden Palace, kan? kata pengawal lelaki yang berbangsa Cina itu kepadaku. Kerek betul semua orang di sini. Dari pekerja bawahan sampailah ke penghuninya, detik hatiku. Penghuni yang aku maksudkan itu ialah majikanku, Mr. F. Hmmm... saya pembantu rumah kat sini. Boleh saya masuk? Aku meminta izin untuk masuk ke dalam bangunan tersebut. Jarum jam pun sudah menunjukkan pukul tujuh empat puluh lima minit pagi. Cepatlah sikit wahai uncle, aku takut terlambat sampai di hadapan pintu rumah Mr. F. Rayuanku hanya bergema di dalam hati. Nanti dulu. Unit berapa itu rumah? tanya pengawal itu kepadaku. Unit 29, jawabku pendek. Pengawal tersebut kulihat membelek buku lognya yang panjang dan tebal. Owh... okey. Dia suruh bagi sama you ini kunci rumah. Lepas habis kerja, you mesti bagi sama saya ini kunci. Aku dengan pantas menganggukkan kepala dan pantas kunci kuambil dari tangannya. Okey apek. Aku tersasul dengan memanggil pengawal ini apek. Pengawal yang berkepala botak itu memandangku dengan pandangan tidak puas hati. Apa apek? Nama saya Lee. Mr. Lee, kata pengawal yang berumur di dalam lingkungan lima puluhan itu. Dia kemudiannya membenarkan aku masuk. Thank you, ya Mr. Lee. Saya naik dulu, kataku sambil tersenyum kelat ke arahnya. Melangkah masuk sahaja ke kawasan Golden Palace

18

Suri Ryana

ini benar-benar memukau pandanganku. Terdapat sebuah taman yang tersergam indah dihiasi dengan air terjun buatan manusia yang sangat cantik. Terdapat juga beberapa buah kerusi panjang yang berukiran, semuanya berwarna putih. Seperti pelamin pula sekali tengok. Tanpa membuang masa aku terus menuju ke dalam bangunan. Jam kubelek sekali lagi. Alamak! Dah pukul tujuh lima puluh lima minit pagi. Lif pulak tak tiba-tiba lagi ni. Tiba-tiba pintu lif terbuka dan aku terus menerpa masuk bersama beg sandangku yang agak lusuh. Auch! Lenganku terasa sakit. Rupa-rupanya aku terlanggar seseorang. Aku melihat ke arah sepasang mata yang merenungku tajam. Aduh, tampannya. Hati kecilku berkata. Sorry, encik. Aku meminta maaf kepada lelaki berkemeja biru dan bertali leher dari warna senada itu. Lelaki Korea itu mesti marahkan aku. Wajahnya yang masam seperti cuka itu masih memandang ke arahku dengan tajam. Lain kali mata tu pandang depan, faham?! Tegas kata-katanya itu sambil berlalu. Owh, lelaki Melayu rupa-rupanya. Hish! Tak berbudi bahasa langsung. Memanglah salah aku tetapi kan aku dah minta maaf tadi? omelku. Aku kemudiannya masuk ke dalam lif. Ah, janganlah terlewat hari ini. Hatiku senang sekali apabila lif tiba ke tingkat 29. Melangkah sahaja keluar dari lif mataku terus tercari-cari unit yang bernombor 29. Ha, dah pun jumpa! Aku menekan loceng pintu. Itu yang disuruh oleh Mr. Lee tadi. Katanya, aku perlu menekan loceng di pintu

19

M.A.I.D.

dahulu dan jika dalam masa seminit pintu tidak dibuka, aku boleh terus masuk. Setelah pasti, tiada orang yang membukakan pintu untukku, aku pun membuka pintu dengan menggunakan kunci yang diberikan. Telefon saya sebaik sahaja awak sampai : 0125552222. Nota yang tertampal di dinding itu kubaca. Aku terus mengeluarkan telefon bimbit. Jam di tangan menunjukkan pukul tujuh lima puluh sembilan minit pagi. Yes? jawab suara di hujung talian. Eh, bukan kalau orang jawab telefon bunyinya helo ke? Sempat lagi hatiku berkata-kata. Helo encik, saya dah sampai, kataku sedikit gugup. Pukul berapa sekarang? Suara yang memang dah kuagak tidak mesra itu bertanya kepadaku. Lapan tepat encik! jawabku dengan penuh semangat. Harap-haraplah jam di tangannya pun sama waktu seperti jam aku. Hmmm... well, saya ada tampal beberapa tempat dengan nota kecil. Pastikan awak baca nota itu dan faham betul-betul. Talian dimatikan begitu sahaja sebelum sempat aku menjawab. Aku masih lagi terkulat-kulat cuba memahami nota apakah yang dimaksudkannya itu. Nota? Macam sekolah pula. Tawa kecil terlepas dari mulutku.

20

Suri Ryana

Ya Allah, cantiknya penthouse ni, kata hatiku. Semua perkakas di dalam rumah berwarna putih. Dari sofa, karpet, kabinet, katil dan sebagainya. Aku berjalan-jalan dan melihat sekeliling. Di ruang bawah ada tiga bilik. Aku buka kesemua pintu bilik tersebut dan tidak kelihatan seperti dihuni orang langsung. Semuanya berada di dalam keadaan kemas cuma sedikit berhabuk. Aku naik ke bahagian atas pula. Seperti di bahagian bawah, ruang atas penthouse juga mempunyai ruang tamu bersama televisyen yang berskrin empat puluh inci. Besarnya TV ni. Kalau tengok filem atau drama, mesti best! Suaraku memenuhi ruang atas penthouse ini. Televisyen di rumah aku hanyalah dua belas inci, sebab itulah aku menjadi jakun begini. Terdapat dua bilik di ruang atas penthouse. Bilik yang pertama kubuka. Seperti tiga bilik yang berada di bahagian bawah, bilik ini juga seperti tidak dihuni dan agak berhabuk. Setiap bilik mempunyai bilik mandi bersama tab mandi sekali Aku seperti berada di dalam istana. Bagiku yang membesar di rumah kayu yang ada dua bilik, penthouse ini memang seperti istana. Sepanjang aku membuat lawatan di dalam rumah ini, terdapat beberapa nota kecil yang tertampal di sana sini tetapi aku tidak membacanya lagi. Aku lebih berminat untuk melihat keadaan sekitar dahulu. Hai, kalau macam inilah gayanya, kerja sampai mati di sini pun aku sanggup. Sekuntum senyuman manis terpamer di bibirku di saat ini. Akhirnya sampai juga aku ke bilik yang terakhir. Daun pintu kutolak dan berderau darahku apabila terpandang gambar pemilik rumah ini yang terpampang di dinding.

21

M.A.I.D.

Handsomenya.... Aku tercari-cari di mana suis lampu kerana keadaan bilik yang agak kelam menyebabkan aku tidak dapat melihat dengan jelas wajah tampan pemilik penthouse ini. Sebaik sahaja suis lampu dipetik, telingaku dipenuhi dengan bunyi pergerakan kecil pada dinding. Aku melihat-lihat sekeliling dan kurang dari sepuluh saat dinding sebelah kanan pun terbuka dan dapat kulihat dengan jelas set home theater. Besar betul skrin televisyen ini. Tidak perlu ke panggung wayang, kalau begini. Sememangnya tak pernah aku terfikir boleh tersimpan sesuatu yang besar seperti itu di dalam dinding. Jurutera atau pemilik hotel ni? Aku bertanya pada diriku sendiri. Aku kembali teringat tentang niat asalku tadi iaitu untuk meneliti wajah majikanku dengan lebih jelas. Huk aloh! Dia ni la yang aku langgar tadi. Mr. F rupa-rupanya! Jeritanku bergema di seluruh penthouse. Rasa benci tiba-tiba menyelubungi diri di samping sedikit cuak dengan masa depan kerjayaku. Dapatkah aku bertahan kerja di sini? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Lampu kupadamkan dan aku turun ke ruang bawah untuk melihat apa yang harus aku lakukan.

22

Suri Ryana

Bab 3
Tolong basuh dengan bersih semua utensil. I hate smelly things. OTA pertama yang dilekatkan di singki itu, aku baca sebaik sahaja aku melangkah ke dapur. Aku tidak faham apakah maknanya smelly tetapi daripada ayat itu, aku dapat mengagak yang maknanya mesti berkaitan dengan kebersihan kut. Singki yang penuh dengan pinggan mangkuk itu pasti akan bersih dengan hasil sentuhanku sebentar lagi. Ada lagi? Suaraku bergema di dalam rumah itu apabila aku terpandang nota berwarna biru tertampal kemas di pintu peti ais pula kali ini. Hari ini aku banyak bercakap sendirian. Kalau orang lain lihat, mesti mereka ingat aku ni gila agaknya. Jangan tunggu sehingga keperluan dapur

23

M.A.I.D.

habis, baru nak maklumkan kepada saya. Beritahu awal-awal. Inilah bunyinya nota kedua yang kubaca pagi ini. Aku membuka peti sejuk dan dapat aku lihat bermacammacam benda ada di dalam peti sejuk besar ini. Aku kemudiannya berjalan ke kabinet yang berwarna putih sambil menanggalkan nota yang tertampal di atasnya. Setelah pinggan mangkuk yang dibasuh kering, haruslah disimpan di dalam kabinet ini. Tiada masalah. Kalau kerja membasuh dan mengemas aku sememangnya tiada masalah, tetapi janganlah masak-memasak. Aku tak pandai. Itu sahaja nota yang aku jumpa di dapur. Aku melangkah ke bahagian ruang tamu pula di mana nota pertama di ruang tamu tertampal kemas pada sebuah pasu yang penuh dengan bunga-bunga kristal. Ada ke lelaki yang sukakan bunga? Macam mak aku pulak mamat ni. Sekali lagi aku bercakap sendirian. Berhati-hati semasa membersihkan pasu dan bunga-bunga ini ibarat awak sayangkan nyawa awak. Dia ingat nyawa aku sama nilai dengan bunga kristal ni apa? Tak logik langsung. Hish! Kali ini suaraku sudah berbunyi seperti halilintar.

24

Suri Ryana

Boleh gila aku kalau terpaksa membaca notanotanya setiap hari. Aku lebih rela balik ke sekolah menghafal nota-nota subjek Geografi atau Sejarah yang membosankan itu. Sumpah! Di atas meja kaca berbentuk empat segi yang terletak betul-betul di hadapan sofa juga ada kelibat sekeping lagi nota biru. Aku menarik dengan ganas nota itu. Kali ini akan kubaca dengan kuatnya apa yang Mr. F tulis sebab aku sudah betul-betul tertekan. Jangan tumpahkan apa-apa di atas karpet dan sofa. Handle them with care, seperti awak sayangkan nyawa awak. Arghhhh! Kenapa dia asyik membandingkan barang-barangnya dengan nyawa aku? Dia ingat nyawa aku boleh dijual beli dengan duit? Melampau betul Mr. F ni. Aku melihat di sekitar ruang penthouse dan kali ini bukan nota kecil yang menarik perhatianku, tetapi perhiasan yang tersusun rapi di dalamnya. Aku membuka pintu kabinet yang bertombolkan emas itu tanpa menghiraukan nota yang tertampal di atasnya. Serta-merta lampu berwarna kuning terpancar dari bahagian atas almari itu. Tingkat pertama menempatkan koleksi barang-barang kristal yang berkilauan. Barangan kristal yang terdiri daripada pelbagai bentuk ini benar-benar mengasyikkan aku. Dapat kulihat tingkat kedua memuatkan koleksi kereta antik yang terdiri daripada pelbagai saiz dan warna. Hmmm... ini baru logik rumah yang aku kemas ni rumah lelaki. Seperti biasa, aku berbicara sendirian lagi. Tingkat terakhir pula berisi cawan dari pelbagai

25

M.A.I.D.

negara. Nampaknya Mr. F yang sombong ini telah melancong ke banyak negara, sehinggakan ada nama tempat yang aku tidak pernah dengar tertulis di atas cawan. Pintu almari kututup dan aku menarik nota yang menunggu aku untuk membacanya. Jangan buka almari ini. Tidak perlu kemas dan bersih. Ops! Aku dengan tidak sengaja telah membuka almari tersebut sebentar tadi. Tidak mengapa, di masa akan datang akan aku cuba untuk tidak menyentuhnya lagi. Bukan ada emas pun di dalamnya. Di dalam tiga bilik di ruangan bawah penthouse, memang tidak ada apa-apa nota yang tertampal. Aku melangkah semula ke dapur dan mengeluarkan penyedut hampagas dari dalam stor. Lantai yang berhabuk membuatkan aku terasa ingin bersin dan tidak selesa untuk bernafas. Macam manalah Mr. F yang cerewet boleh hidup dalam keadaan ini, aku tak pasti. Mungkin juga hidungku yang terlebih sensitif. Selepas aku membersihkan keseluruhan kawasan di bahagian bawah, aku menaiki tangga dan aku bersihkan pula ruang atas penthouse. Tidak ada nota yang tertampal di sini. Setelah selesai, aku membasuh dan mengemas apa yang perlu. Aku merapatkan diri ke bilik berdinding kaca lutsinar yang terletak berhadapan dengan bilik Mr. F. Bilik ini penuh dengan rak buku serta sebuah meja dan kerusi empuk. Baru sekarang aku perasan ada bilik di sini. Aku tidak perasankan dinding kaca tersebut tadi. Di atas meja tersebut terdapat pelbagai jenis fail dan buku-buku. Di hadapan pintu

26

Suri Ryana

bilik tertulis perkataan No Entry dan berkunci. Mungkin ini ruangnya di mana dia menghabiskan kerja pejabat. Aku pun tidak pasti. Bagus juga berkunci, tidak perlu aku bersusah payah mengemas. Sekarang, tepat pukul dua petang. Aku telah siap melakukan semua kerja rumah termasuk membasuh pakaian yang hanya beberapa helai ditinggalkan di dalam bakul. Itu pun hanya t-shirt dan seluar pendek yang pastinya akan kelihatan seksi di badan Mr. F. Hish, melalut pula aku ni. Pintu bilik yang terletak di sebelah bilik Mr. F aku buka, tidak tahu mengapa tetapi aku begitu tertarik dengan bilik ini. Katil diletakkan rapat ke dinding kaca yang kelihatan gelap dari luar. Aku naik ke atas katil dan melihat ke luar penthouse. Pemandangan kolam renang dan taman yang sangat mempesonakan terpampang di ruang mataku. Aku berguling ke kiri dan ke kanan. Penatnya buat kerja hari ni. Best giler dapat berehat atas tilam empuk macam ni. Aku bercakap seorang diri lagi. Hanya telingaku yang mendengar apa yang aku katakan itu. Kemudian aku sudah tidak mendengar apa-apa lagi.

MATA aku buka perlahan-lahan. Tertidur rupa-rupanya aku. Keadaan sekeliling kuperhatikan. Ya Allah! Dah pukul berapa? Bergema suaraku di dalam bilik yang berwarna lavender ini. Aku melihat jam di telefon bimbitku. Pukul lima petang. Aku sudah terlepas solat zohor. Langkah kuatur ke bilik air untuk membersihkan mukaku dan mengambil wuduk. Sekilas aku memandang ke arah tab mandi yang berwarna putih. Setelah selesai

27

M.A.I.D.

menunaikan solat asar dan mengqada solat zohor, aku terus turun ke bawah untuk memasak nasi dan memanaskan kari ayam Iman. Macam mana nak onkan dapur ni? Inilah pertama kali aku melihat dapur yang tidak ada tong gas. Puas aku cari tetapi tidak kelihatan tong gas di situ. Bagaimana aku nak masak ni? Terdapat beberapa butang pada bahagian hadapan dapur tersebut, tetapi aku tidak tahu butang mana yang harus kutekan. Dapur ini kelihatan seperti tidak lengkap kerana ruangan atas bertutup dengan selapisan kaca. Pelik betul, kaya tetapi tong gas pun tak mampu nak beli. Aku sengaja memicit salah satu butang yang terdapat pada dapur berkenaan dan aku bersandar di situ. Haruskah aku menelefon Mr. F? Ah, apa nak buat ni? Aku betul-betul buntu. Tiba-tiba aku terasa panas di belakang badanku. Seperti ada api. Aku toleh dan memang benar ada api menyala di bawah lapisan kaca tersebut. Oh, begitu caranya. Tapi takde gas pun dalam rumah ni. Aku masih lagi mengomel sendirian. Kari ayam kuletakkan di dalam periuk bersaiz sederhana besar yang terdapat di dalam kabinet. Seterusnya periuk itu kuletakkan di atas lapisan kaca tersebut. Setelah itu, aku memasak nasi. Jangan terkejut. Sememangnya nasi, mi segera dan air adalah tiga benda yang aku tahu masak. Bukan setakat tahu, tapi memang pandai sangat. Setelah semuanya selesai, aku mengeluarkan salad dan tomato dari dalam peti sejuk. Aku lihat di televisyen, orang kaya memang suka makan daun salad. Aku terus

28

Suri Ryana

menghiris daun salad dan tomato dan kuletakkan ke atas piring. Selepas itu aku menggoreng telur sebanyak tiga biji. Harap-harapnya cukuplah untuk perut Mr. F. Nota-nota yang kukumpul tadi aku masukkan di dalam beg. Aku nak tengok, sepanjang aku bekerja di sini berapa keping nota aku boleh kumpul. Orang lain hobinya mengumpul setem, tetapi aku lain pulak halnya. Aku hanya menampal satu nota di atas periuk nasi. Panaskan sebelum makan. Itu sahaja yang aku tulis. Tepat pukul enam petang, aku pun beredar dari situ. Berakhirlah hari pertamaku bekerja di penthouse Mr. F dengan jayanya.

HAH? Kau jumpa Mr. F tetapi dia tak tahu yang engkau adalah pembantu rumahnya? Aku tak fahamlah. Apa kau cakap ni Noorul? Iman meninggikan suaranya kepadaku. Dia ingat aku nak main-mainkan dia kut. Betul Iman... aku jumpa dia semasa nak naik lif ke rumah Mr. F. Masa aku nak masuk dalam lif tu aku terlanggar dengan seorang lelaki yang memang sebijik macam orang Korea. Sombong giler, kau tahu. Aku menceritakan kepada Iman tentang pertemuan pertamaku yang singkat dengan Mr. F. Lepas tu? Macam mana kau tahu itu adalah Mr. F? Iman bertanya lagi dengan penuh minat. Biskut Cream Crackers atau lebih dikenali dengan panggilan biskut empat segi di kalangan aku dan Iman disuapnya ke mulut.

29

M.A.I.D.

Tu la... aku tak habis cerita, engkau dah menyampuk! Lepas tu, aku naik ke tingkat 29 dan aku masuk ke dalam penthouse yang juga bernombor 29. Bila selesai meninjau semua bilik di bahagian bawah, aku pun naiklah ke bahagian atas. Masuk aje dalam bilik Mr. F, terpampang poster gambar lelaki yang berwajah sama seperti orang yang aku langgar kat lif tadi. Besar poster tu Iman... terkejut beruk aku. Aku berkata sambil mengurut-urut dadaku kerana terkejutku memang masih belum hilang. Iman masih lagi memerhatiku dengan pandangan tidak percaya. Biskut kering empat segi diambilnya lagi dan dikunyah perlahan. Kiranya sekarang, kau kenal dia tetapi dia tak kenal kau la ye? Iman masih memandang wajahku dengan pandangan yang pelik. Ye, nampaknya macam tu la. Rasa-rasanya dia memang nak jumpa aku tadi, tapi mungkin disebabkan aku sampai pun dah dekat-dekat pukul lapan pagi, tu yang dia tak sempat tunggu kut. Aku membuat kesimpulan sendiri. Jadi, apa rancangan kau sekarang? Iman bertanya kepadaku dengan penuh perasaan ingin tahu. Aku akan teruskan kerja macam biasalah. Kalau jumpa nanti, jumpa ajelah tapi buat masa sekarang aku pun akan berpura-pura tak kenal dia. Dah tu, takkan la aku pulak nak terhegeh-hegeh pergi perkenalkan diri aku, kalau terjumpa dia kat dalam lif lain kali. Iman menganggukkan kepalanya berulang kali. Tin biskut ditutupnya rapat dan diletakkan di atas meja. Ah, takkanlah Mr. F nak buang kau kerja sebab kau terlanggar dia aje, kan? Tak mungkin, tak mungkin. Iman seperti memberi aku semangat.

30

Suri Ryana

Kata-katanya itu memang melapangkan sedikit fikiranku yang agak serabut tadi. Penthouse tukan Iman... cantik giler. Dapur dia canggih betul! Mesti kau tak pernah tengok dapur macam tu, aku rasa la. Canggih. Semua bilik mandi ada tab mandi sendiri. Aku tertidur tadi kat salah satu bilik tu. Memang selesa, macam tak nak bangun. Wah... memang bertuah la Mr. F dapat tinggal kat situ. Masih terbayang di ruang mataku keadaan penthouse Mr. F. Apa Noorul!!! Kau tertidur? Jeritan Iman yang kuat kini memenuhi ruang dapur rumah pangsa kami yang kecil. Aku tertidur, tapi aku habiskan dulu kerja-kerja aku. Lagipun boring la kat situ. Tak macam kat kilang dulu, ramai kawan-kawan. Sebab tu la aku terlelap. Aku menjawab dengan perlahan. Aku tahu Iman risau kalau-kalau Mr. F tahu tentang perbuatanku itu. Aku cuma risau kalau Mr. F tahu aje. Dah la kau ada kes dengan dia, mesti lagi senang dia nak pecat kau. Iman meluahkan kerisauannya kepadaku. Tangannya lincah menuang air ke dalam gelas kaca berwarna putih. Aku tahu, kau risaukan aku. Iman, kau mesti melawat penthouse tu satu hari nanti. Mesti kau pun rasa macam nak kerja kat situ. Aku memang nak juga bawak Iman ke penthouse Mr. F satu hari nanti sebab aku pasti, Iman yang membesar di Felda Bukit Goh memang tidak pernah menjejakkan kaki ke kediaman yang mewah seperti itu. Kan ke sharing is caring. Boleh juga, tapi aku takutlah dengan bos kau tu. Dah la cerewet, pelik pulak tu. Iman mencebik selepas meluahkan ayat tersebut.

31

M.A.I.D.

Takpe, nanti bila line clear, aku bawak kau pergi okey? kataku sambil mengenyitkan mata kepada Iman yang kelihatan sedikit teruja untuk ke penthouse Mr. F. Hmmm... tengok la dulu. Eh, kau ni nak pergi tak ke pasar malam? Aku memang dah tak larat nak masak ni, nak harapkan kau? Hmmm... lupakan aje la. Cepat la siap, dah pukul lapan malam ni. Seperti biasa, mulut Iman yang seperti mak nenek itu membebel. Aku bingkas bangun menuju ke bilik untuk bersiap ke pasar malam bersama dengan kawan baikku Iman yang sudah kuanggap seperti kakakku sendiri.

ALAMAK! Sorry encik, sorry... saya tak sengaja. Maafkan sa.... Ya Allah, kata-kataku tersekat hanya di kerongkong saat ini. Aku benar-benar tidak dapat menghabiskan katakataku apabila mataku terpandang matanya yang ibarat seekor harimau sedang bersedia untuk menerkam mangsanya dan mata itu milik seseorang yang kukenali. Aku menenyehnenyeh kedua-dua belah mataku. Memang sinaran lampu kalimantang di pasar malam Bayan Baru ini tidak menipu aku. Oh my god, you again! Jeritannya yang kuat itu membuatkan beberapa pasang mata memandang ke arah kami. Muka Iman juga sudah pucat lesi disebabkan insiden ini. Saya tak sengaja encik, kataku sambil menyapu

32

Suri Ryana

sos keropok lekor yang tertumpah ke atas bajunya dengan tisu. Rugi duitku sebanyak seringgit gara-gara aku terlanggar lelaki yang juga bosku ini, menyebabkan sos tertumpah ke atas bajunya di bahagian dada. Plastik sos pula terjatuh ke atas jalan raya. Tidak kusangka Mr. F suka datang ke pasar malam pula. Dah, jangan sentuh aku! Kau ni memang dasar otak semut. Tadi pagi kan aku dah cakap, jalan pandang depan. Belum sampai dua puluh empat jam kau dah lupa. Otak kau memang tak berfungsilah! Menyusahkan orang aje! Aku berhenti mengelap bajunya dan memandang ke atas jalan raya. Tak sanggup rasanya hendak memandang wajah tampannya yang sedang marah itu. Woi! Aku tahulah dia salah, tapi kau tak payahlah nak kurang ajar sangat. Muka Iman sudah kemerah-merahan kerana menahan marah. Aku pula tidak berani memandang muka Mr. F. Kalaulah dia tahu aku ni pembantu rumahnya... mati aku! Iman... takpe. Memang salah aku pun. Aku beralah bersebab. Kalau ikutkan hati aku, nak aje aku ambil cili kat gerai sebelah dan sumbatkan ke dalam mulut dia. Baru puas hati aku. Tetapi apakan daya, masa depan kerjayaku lebih penting. Takdelah, agak-agaklah nak marah pun. Jangan main cakap aje. Iman mempertahankan kenyataannya. Aku pun marah tetapi apa lagi yang harus aku lakukan? Memang salah aku tidak berhati-hati semasa berjalan. Bilalah sifat kelam-kabut aku ni nak hilang, aku sendiri tidak pasti.

33

M.A.I.D.

Dahlah, malas aku nak layan minah kilang macam korang. Kata-kata Mr. F memang melampau. Mahu sahaja aku menampar mukanya saat ini. Mr. F berlalu dengan selamba meninggalkan kami bersama beberapa pasang mata yang masih memerhati aku dan Iman. Terasa seperti artis pula apabila diberi perhatian begini. Ya, sedapkanlah hati kau sendiri, wahai Noorul. Aku dan Iman melangkah ke gerai nasi ayam. Selera aku untuk makan tiba-tiba tertutup mengenangkan kejadian sebentar tadi. Macam manalah nanti kalau Mr. F tahu aku pembantu rumahnya? Matilah aku, mesti aku dipecatnya serta-merta. Jadi, identitiku harus disembunyikan sebaik mungkin. Kerek betul lelaki tadi. Harap muka aje handsome, perangai macam hantu, kata Iman setelah kami sampai di gerai nasi ayam. Aku memesan dua bungkus nasi ayam special untuk aku dan Iman. Iman, aku ada benda nak cakap kat kau. Apa? Cakap aje la. Iman yang masih marahkan bos aku ini kelihatan seperti tidak ada mood untuk bercakap. Hai, pastinya Iman akan terkejut beruk dengan apa yang bakal aku beritahu dia. Aku mengambil nasi ayam yang siap dibungkus dan setelah membayar harga nasi tersebut kami mula melangkah ke tempat letak kenderaan. Mood untuk membeli makanan lain memang sudah tidak ada. Apa benda kau nak cakap tadi? Iman mengulangi soalannya. Dia merenung ke arahku sekilas.

34

Suri Ryana

Iman, lelaki tadi tu sebenarnya Mr. F, bos aku. What?! Kau biar betul Noorul. Ni bukan masanya nak main-main. Langkah Iman terhenti. Dia memandang ke arahku seakan-akan meminta penjelasan selanjutnya. Betul Iman. Kan tadi dia ada cakap belum pun sampai dua puluh empat jam dia nasihatkan aku suruh jalan pandang depan, aku dah lupa. Kau ingat tak? Aku cuba mengingatkan Iman apa yang dikatakan oleh Mr. F tadi. Ya Allah, patutlah dia ada cakap, you again! Iman meniru gaya Mr. F bercakap membuatkan aku rasa ingin ketawa. Iman, aku risaulah kalau dia tahu aku yang bekerja di penthousenya. Aku meluahkan rasa risauku kepada Iman. Aku sedih kerana baru bulan ini aku bercita-cita untuk memberikan wang saku seperti biasa kepada mak di kampung. Jangan risaulah, Noorul. Kau buat aje kerja kau elok-elok, okey? Insya-Allah semuanya akan selamat. Iman cuba mententeramkan aku yang memang sudah tidak mampu untuk berfikir secara positif. Kenapalah malang sangat takdir hidupku ini kena berjumpa dengan bos seperti Mr. F? Pasrah sahajalah, wahai Noorul.

35

M.A.I.D.

Bab 4
UDAH seminggu kejadian aku menumpahkan sos ke atas baju Mr. F berlalu dan semenjak itulah diriku dihambat ketakutan setiap kali terserempak dengan Mr. F di hadapan lif dan adakalanya di sekitar kawasan bangunan Golden Palace. Penat aku menundukkan kepalaku dan kadang-kadang aku berpura-pura membaca suratkhabar yang aku cilok daripada Mr. Lee. Konon-konon sebab khusyuk membaca jadi, aku tak perasankan dia yang lalu di hadapanku. Kononnya la! Aku sebenarnya tak mahu lagi berinteraksi dengannya secara face-to-face untuk mengelakkan dia tahu yang aku ni adalah pembantu rumahnya. Mr. Lee, selamat pagi. Aku mengucapkan selamat pagi kepada Mr. Lee. Selalu juga aku melepak di pondok ini sambil membaca suratkhabar sekiranya sampai awal. Mr. Lee yang aku agak benci semasa kali pertama jumpa dulu bagiku agak baik orangnya. Memang aku perlu

36

Suri Ryana

berbaik dengannya pun untuk menjaga periuk nasiku. Manalah tau kalau dia tidak suka dengan aku, aku takut dia mempengaruhi Mr. F pula nanti. Selamat pagi. Nah, ini you punya kunci, kata Mr. Lee sambil memberikan kunci penthouse kepadaku. Thank you, Mr. Lee. You banyak handsome la ini hari, Mr. Lee. Nah, ni saya ada beli nasi lemak untuk you. Sengaja aku memuji Mr. Lee yang tersengih ke arahku sambil mengambil nasi lemak yang aku beri. Bukan aku tak tau dia suka makan nasi lemak setiap pagi. Waaa... nasi lemak. Saya memang suka makan ini nasi lemak. Thank you, thank you. Mr. Lee nampaknya begitu gembira dengan pemberianku itu. Mr. Lee, saya punya bos sudah pergi kerja ka? Aku pun memulakan misi untuk bertanya tentang Mr. F. Jarum jam menunjukkan pukul tujuh empat puluh lima minit pagi. Aku masih ada lima hingga sepuluh minit sebelum naik ke atas. Oh... itu Encik Harris ka? Awal-awal dia sudah keluar pergi kerja. Apa pasai? Rasanya dalam kontrak ada nama penuhnya tapi aku tak tengok betul-betul pun sebab apalah sangat bezanya, aku tetap akan panggil dia dengan panggilan Mr. F jugak. Tak ada apa-apa la, Mr. Lee. Saja tanya. Dia baik macam you ka Mr. Lee? Aku terpaksa memuji Mr. Lee yang kerek ini supaya rancangan aku untuk mengorek rahsia tentang bos aku tu menjadi. Mr. Lee yang sudah mula mengeluarkan sudu untuk bersarapan ketawa besar. Seronok agaknya dipuji begitu.

37

M.A.I.D.

Saya baik ka? Thank you, thank you. Memang ramai orang kata saya baik. You memang pandai tengok orang la, amoi. Perasan pulak Mr. Lee ni. Soalan aku dia tak jawab lagi. Itu la, saya tanya bos saya tu baik macam Mr. Lee ke tak? Soalan pertama tentang Mr. F aku tanya semula kepada Mr. Lee yang sudah pun menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya. Bagus... itu orang banyak bagus punya orang. Selalu bagi saya duit. Cis, memang dasar mata duitan sungguh Mr. Lee ni. Dia ada girlfriend ka Mr. Lee? Tak tahu kenapa soalan ini pulak yang terkeluar dari mulutku. Noorul... Noorul, fokus! Tak perlu kau nak tahu pasal dunia percintaan bos kau tu. Tak bermanfaat pun! Apa pasai? You suka sama dia ka? Alamak! Kan Mr. Lee dah tanya soalan yang bukanbukan. Mana ada! Eh, Mr. Lee, jangan buat cerita pulak. Saya saja tanyalah. Kecut perut aku dengan soalan Mr. Lee tadi. Tipulah kalau aku katakan aku tak tertarik pada Mr. F tu tapi biasalah... orang kacak, semua orang suka. Betul tak? Pasai girlfriend saya tak tau, tapi saya rasa dia takdak girlfriend sebab saya tak pernah nampak perempuan datang dia punya rumah. Mr. Lee menjawab dengan jujur.

38

Suri Ryana

Leganya rasa hatiku ini dengan jawapan Mr. Lee. Tak tahu kenapa aku berasa begitu pulak. Oh... emak ka, ayah ka, abang ka tak pernah datang jugak? Teringin pula aku nak tahu tentang keluarganya. Adik-beradik dia mesti kacak seperti dia jugak, kan? Hai, mana tahu kut jodoh aku dengan adik dia ke, abang dia ke.... Hish, sudah-sudah la kau berangan Noorul! Ooo... kalau tak silap, tengah tahun lepas saya ada jumpa sama bapa dia. Bapa dia banyak kaya punya orang. Tan Sri. You tau ka? Oh... Tan Sri. Patutlah dia boleh tinggal kat sini. Ayah dia kut yang belikan dia rumah ni. Apa pasai you banyak tanya? You sudah syok sama dia ka amoi? Sekali lagi Mr. Lee membuat serkap jarang tentang perasaanku kepada Mr. F. Mana ada Mr. Lee. Saya cuma pembantu rumah saja la. Mana sesuai.... Soalan Mr. Lee aku jawab dengan penuh keikhlasan. Sememangnya aku tak padan pun dengan Mr. F tu. Ibarat pipit dengan enggang. Cewah, berperibahasa pulak aku pagipagi ni. Tapi kalau dah jodoh, aku terima saja la! Eh, cinta itu buta tau. Pandai pula Mr. Lee ni cakap bahasa Melayu. Ni yang buat aku rasa malas nak tanya pasal Mr. F ni. Okeylah Mr. Lee, saya naik dulu. Sudah pukul tujuh lima puluh lima minit ni. Bye. Aku yang sememangnya sudah tidak mempunyai

39

M.A.I.D.

masa untuk bersembang terus berlari menuju ke lif. Tepat pukul lapan nanti, mesti telefon akan berbunyi. Matilah aku kalau lambat!

SEBAIK sahaja kaki ini melangkah masuk ke dalam mahligai indah Mr. F, telingaku dibingitkan oleh jeritan telefon yang memecah kesunyian pagi. Aku sempat melihat jam di tangan yang menunjukkan tepat pukul lapan pagi. Aku berlari dan terus menggapai gagang telefon yang berwarna putih itu. Asalamualaikum. Sengaja aku memberi salam, nak tengok Mr. F yang biasanya memulakan bicara dengan perkataan Yes? boleh ke tidak jawab salam aku. Waalaikumussalam. Suaranya di hujung talian membuatkan jantungku berdegup kencang. Ish, kenapa pulak dengan aku ni? Ya encik, ada apa? Aku bertanya seakan-akan tidak tahu yang dia hendak memastikan aku sudah berada di penthousenya atau belum. Tolong masak nasi beriyani, ayam masak merah dan kurma daging untuk dua orang. Mati aku! Macam mana aku nak masak ni? Sebelum ni aku hanya beli kat warung nasi campur berdekatan bangunan Golden Palace ni aje. Aku yang melangkah menuju ke dapur, tiba-tiba terpijak plastik yang terdapat di atas lantai dan. Adoi!!! Aku terjatuh seperti nangka busuk dan lebih memalukan Mr. F juga terdengar bunyi aku terjatuh. Sakitnya tulang pinggulku Tuhan saja yang tahu. Aku cepat-cepat mencapai telefon yang sudah terdampar di atas lantai.

40

Suri Ryana

Helo, encik. Helo? Takkan dia dah letak telefon kut? Diam aje. Are you okay? What is happening? Mr. F bertanya dengan penuh prihatin. Sekiranya aku tidak pernah mengenali Mr. F, pastinya aku akan rasa dia ni seorang yang amat baik dan mempesonakan. I good. Dont worry worry. Aku cuba menunjukkan kehebatanku berbahasa Inggeris dengan Mr. F. Apa dia ingat dia sorang aje tahu berbahasa Inggeris? Mr. F tidak bersuara langsung di hujung talian. Mesti dia terkejut aku tahu berbahasa Inggeris agaknya. Entahlah, malas aku nak fikir. Baik, encik. Saya nak check dulu bahan-bahan untuk masak semua lauk-pauk tu sama ada cukup ke tak. Sekejap lagi saya call encik balik, sambungku lagi. Hmmm... okay. Fine! Talian seperti biasa dimatikan tanpa menunggu jawapanku tetapi kali ini aku seakan dapat mendengar dia ketawa kecil sebelum mematikan talian. Buang tabiat agaknya. Tapi aku sukalah dengar suara dia ketawa. Noorul! Apa yang kau melalut ni? Kau sekarang berdepan dengan masalah besar, tau tak? Mati aku kali ni! Siapa yang nak masakkan semua itu? bebelku sendirian. Kakiku terasa sangat lemah seakanakan mahu rebah ke lantai. Ya Allah, apa aku nak buat ni? Bahan-bahan apa yang diperlukan untuk memasak pun aku tak tahu. Takkan aku nak pergi beli kat kedai nasi beriyani kut? Nanti katakanlah dia periksa bahan-bahan dalam rumah ni yang tak

41

M.A.I.D.

luak langsung, mesti dia tahu aku menipu. Macam mana ni? Fikir Noorul, fikir! Dengan pantas aku mengeluarkan telefon bimbitku. Hanya seorang sahaja yang boleh tolong aku di saat-saat genting lagi kritikal begini. Iman. Mati aku kali ini! jerit aku kepada Iman sebaik sahaja dia menjawab panggilanku. Hish kau ni, kenapa? Apa dah jadi kat rumah tu? Kau ada pecahkan barang ke? soal Iman bertubi-tubi. Iman, sepuluh minit lepas, macam biasa la Mr. F tu call. Dia cakap, hari ni dia nak aku masak nasi beriyani, ayam masak merah dan kurma daging, terangku pada Iman. La... itu aje ke? Aku ingatkan apa tadi. Ada nada kelegaan yang amat sangat pada suara Iman. Aku sengaja bagi dia alasan nak periksa bahanbahan untuk masak, jadi, bolehlah aku tipu cakap bahan tak cukup. Tapi aku kena call dia balik, bagitau apa bahan yang tak cukup tu. Satu lagi masalah, manalah aku tahu bahan apa tak cukup sebab aku tak tahu pun bahan apa yang perlu untuk masak semua tu. Mati aku Iman!!!! Panjang lebar aku memberitahu Iman tentang masalahku. Masak aje la, Noorul. Sempat lagi Iman ketawa bersama ayat yang keluar dari mulutnya tu. Hai Iman, sekarang bukan masanya kau nak buat lawak dengan aku. Tolonglah aku Iman. Kau kat rumah, kan? Setiap hari Khamis memang kau cuti, kan? Datanglah sini Iman, please! Aku merayu-rayu kepada Iman. Sekarang ni aku

42

Suri Ryana

rasa seperti nak menangis dan menyesal kerana tak dengar cakap mak aku dulu. Berbuih mulut mak membebel suruh aku belajar masak tetapi aku tak pernah ambil kisah. Hah, sekarang... siapa yang susah? Aku jugak.... Hmmm... tengoklah. Talian dimatikan. Aik, sejak bila Iman jadi macam Mr. F ni? Argh tertekannya aku! Kenapalah semua orang suka buli aku termasuklah kawan baik aku sendiri? Aku mengesat air mata yang mengalir. Kabinet berwarna putih kubuka dan aku mencari rempah beriyani dan rempah kurma. Aku tahu kalau nak masak nasi beriyani dan kurma daging memerlukan rempah yang khusus sebabnya dulu aku yang selalu disuruh mak aku untuk beli rempah-rempah tersebut kat kedai. Tidak ada langsung rempah-rempah lain kecuali rempah kari. Mr. F akan pulang pukul enam setengah petang. Itu paling awal. Aku tahu pun sebab semalam aku bersembangsembang dengan Mr. Lee di pondok pengawal dan tiba-tiba aku ternampak Mr. F di dalam BMW hitam. Sangat bergaya. Alamak! Apa aku nak buat ni? Takpe, lambat lagi Mr. F nak balik. Sekarang baru pukul lapan empat puluh minit pagi. Baik aku siapkan dulu apa yang patut sambil mencari idea untuk mengelak dari memasak sendiri semua makanan tu. Aku mengelap dinding rumah yang dibina dengan kaca yang berwarna biru sambil berfikir tentang alasan yang harus aku berikan kepada Mr. F untuk mengelakkan aku dari memasak. Setelah habis semua dinding aku lap, tanganku pantas mencapai penyedut hampagas untuk membersihkan pula lantai dan karpet.

43

M.A.I.D.

Sebaik sahaja kerja membersih lantai selesai, aku membasuh pinggan dan mangkuk yang sudah tersedia di dalam singki. Apa yang berbunyi tu? Aku pantas menuju ke arah pintu rumah. Oh, interkom rupa-rupanya. Helo, amoi. Eh, suara Mr. Lee ni. Ya, Mr. Lee ke? Aku menjawab. You turun sekarang. Ini ada orang mau jumpa sama you. Okay, bye. Mr. Lee juga mematikan talian sebelum sempat aku menjawab. Argh... sejak mengenali Mr. F, semua orang di sekelilingku dah aku nampak macam Mr. F. Geramnya aku! Siapa pulak yang datang? Iman?! Seronoknya aku saat ni, hanya Allah yang tahu. Aku cepat-cepat menyarungkan tudung dan keluar dari penthouse. Sesampai sahaja di hadapan pondok pengawal, aku lihat Iman bersama skuter merahnya sudah tercegat di luar pagar besi. Mr. Lee memandang ke arahku seakan-akan mahukan penjelasan. Yalah, bukan semua orang boleh masuk kawasan penthouse ni. Apa pulak yang harus aku cakap pada Mr. Lee ni? Mr. Lee, ini kakak saya. Saya yang suruh dia datang. Saya terjatuh dalam bilik air tadi. Tengok kaki saya. Bengkak, kan? Aku menipu Mr. Lee. Ya ka? Haiya! Macam mana you boleh jatuh? Mr. Lee tidak pandang pun ke arah kaki aku. Mungkin dia percaya kata-kataku bulat-bulat.

44

Suri Ryana

Ini kakak saya. Dia datang bawak ubat dan dia mau urut kaki saya. Saya tak mau ambil cuti ini hari sebab banyak kerja mau bikin. Jadi, kakak saya boleh tolong saya buat kerja sikit. Bersungguh-sungguh aku mereka cerita untuk menyeludup Iman masuk ke dalam bangunan Golden Palace. Hmmm... tapi kalau you punya bos tau, mesti dia marah. Mana boleh orang lain masuk dalam rumah dia. Ada keresahan pada riak wajah Mr. Lee. Ah, macam mana aku nak yakinkan Mr. Lee ni? Mr. Lee, tolonglah. Nah, ambil saya punya kad pengenalan. Nanti masa saya balik, Mr. Lee boleh check beg saya, sama ada saya ada curi apa-apa atau tak. Tak sangka kawan baikku Si Iman ni bergeliga juga otaknya. Tolonglah Mr. Lee.... Aku pula merayu kepada Mr. Lee. Okeylah, okey. You punya kad pengenalan saya pegang. Nanti balik baru kasi balik. Mr. Lee terus membuka pintu pagar yang tinggi itu untuk membolehkan Iman masuk. Terima kasih Mr. Lee. Saya tak akan lupa jasa Mr. Lee ni. Esok saya beli dua bungkus nasi lemak untuk Mr. Lee, okey? kataku sambil tersenyum manis kepada Mr. Lee. Pergi masuk. Nanti orang nampak, saya pulak hilang kerja, kata Mr. Lee seperti menghalau kami. Tak kisahlah, asalkan Iman sudah berjaya diseludup masuk. Harap-haraplah Mr. F tak tahu perbuatanku ini. Kalau tak, mesti aku dipecat dengan serta-merta. Berserah ajelah, Noorul!

45

M.A.I.D.

Bab 5
Waalaikumsalam.

SSALAMUALAIKUM, kataku sebaik sahaja Mr. F menjawab panggilan.

Aku suka mendengar suaranya ketika dia menjawab salam. Aku tersenyum sendirian. Kebanyakan bahan-bahan ada kecuali bawang merah, minyak sapi, santan, rempah kurma dan rempah beriyani. Aku membaca senarai bahan-bahan yang ditulis oleh Iman di atas sekeping kertas kecil kepada Mr. F. Kalaulah dia tahu Iman berada di sebelahku, habislah aku! Okey, dalam pukul dua belas tengah hari nanti, ada orang akan hantar semua bahan-bahan yang awak perlukan tu. By the way, kenapa selepas dua jam baru awak telefon saya? Untuk soalan Mr. F yang ini, aku sudah ada jawapannya. Saya selesaikan kerja-kerja lain dulu tadi. Maafkan saya encik.

46

Suri Ryana

Okay, fine. Tut tut tut tut tut tut. Nampaknya seperti biasa, dia telah mematikan talian selepas mendapat jawapan yang diperlukan. Iman, aku dah selesaikan sebahagian tugas aku hari ni. Kita pulak tak boleh masak lagi sebab bahan akan sampai pada pukul dua belas tengah hari. Sekarang, apa kata aku bawak kau melawat rumah ni dulu, kataku sambil tersenyum. Iman masih lagi memandang dengan penuh minat kawasan ruang tamu. Cantiknya, Noorul! Itu sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Iman. Dia kemudiannya menuju ke arah almari yang menempatkan koleksi barang-barang Mr. F. Selepas itu, aku membuka bilik yang pertama dan membawa Iman masuk. Cantik tak Iman? Semua bilik lebih kurang sama dengan bilik ni cuma bilik Mr. F yang paling canggih dan lebih luas. Noorul, ada nota la. Kau tak baca ke? Iman berkata sambil menarik nota yang tertampal di atas cermin meja solek. Aku turut sama melihat ke arah nota itu. Memang ini kali pertama aku masuk ke dalam bilik ini pada hari ini. Cermin masih berhabuk, bersih betul-betul next time.

47

M.A.I.D.

Itulah bunyinya nota tersebut. Aku cepat-cepat keluar dan membuka pintu dua lagi bilik yang terdapat di bahagian bawah penthouse. Benar tekaanku, nota yang sama ada juga terlekat di dalam kedua-dua bilik ini. Iman kulihat tidak dapat lagi menahan ketawanya. Dia terus mengambil nota-nota tersebut dan dibuangnya ke dalam tong sampah. Iman, jangan! Aku terus mengutip semula nota-nota itu dari dalam tong sampah. Nasib baiklah aku baru salin plastik dalam tong sampah tu. Kenapa dengan kau ni, Noorul? Iman yang pelik dengan kelakuanku bertanya. Takde apa la, Iman. Takpe, nanti aku buang sendiri, kataku perlahan. Yelah tu... kau memang nak simpan, kan? Iman memang kenal aku sangat-sangat. Susah untuk aku berbohong kepadanya. Mana ada... sangkalku. Tetapi melihat muka Iman yang masih tidak percaya, aku kemudiannya berterus terang sahaja. Iman, sebenarnya kan, aku suka la tengok tulisan tangan Mr. F ni. Memang aku kumpul nota-nota ni dari hari pertama kerja. Kau ni suka tulisan tangan Mr. F ke... suka Mr. F? Kau biar betul, Noorul. Iman dah mula membuat andaian sendiri. Andaian yang kalau betul pun, tak akan aku bagitau sesiapa dalam masa yang terdekat ni. Memalukan aje, seorang pembantu rumah yang tidak ada apa-apa sukakan majikannya yang ada segala-galanya.

48

Suri Ryana

Dahlah, jom kita naik ke atas. Aku nak tunjukkan kau bilik Mr. F dan bilik yang aku selalu berehat, mandi dan solat. Kira macam bilik aku la.... Aku terus berlalu dan menaiki anak tangga. Aku tidak mahu Iman membuat pelbagai spekulasi lagi. Iman mengekoriku masuk ke dalam bilik dan duduk di atas katil empuk yang memang telah menjadi katil untuk aku berehat setiap hari. Iman tengok sini. Cantik, kan? Aku mengajak Iman untuk rapat ke dinding kaca sambil menunjuk ke arah kolam renang dan taman yang terletak di bawah. Cantiknya, Noorul.... Memang itulah ayat yang keluar dari mulut Iman dari tadi. Hmmm... sekarang, jom kita melawat bilik Mr. F pulak. Lagipun aku belum kemas lagi bilik dia. Jom. Aku mengajak Iman yang matanya masih lagi tertancap pada keindahan pemandangan taman dan kolam renang dari atas. Kemudian Iman mengekoriku untuk ke bilik Mr. F pula. Itulah set home theatre yang aku cakap tu, Iman. Canggih, kan? tanyaku kepada Iman yang dengan pantas mengangguk-anggukkan kepalanya. Kacak memang kacak, tetapi perangai macam hantu. Iman mengulang lagi ayat yang pernah keluar dari mulutnya ketika di pasar malam minggu lepas apabila dia memandang ke arah gambar besar Mr. F yang tersenyum kacak itu. Aku hanya ketawa kecil. Lucu pula terkenangkan

49

M.A.I.D.

apabila aku menumpahkan sos ke atas bajunya dan keesokan harinya, akulah yang membasuh baju tersebut. Aku tersenyum sendirian lagi untuk kali yang keberapa pun aku tidak pasti. Kau nikan Noorul, peliklah! Sejak bila kau pandai senyum sorang-sorang macam ni? Alamak, mak nenek ni perasan pulak aku senyum sorang-sorang. Habislah aku! Eh, takde la Iman. Mana ada aku senyum. Dah, dah, aku nak kemaskan katil kejap. Kau tolong bersihkan lantai dan karpet ye. Kejap, aku pergi ambil penyedut hampagas kat bawah. Iman masih lagi merenung ke arahku dengan pandangan yang pelik. Aku kemudiannya turun ke bawah untuk mendapatkan penyedut hampagas dan kuberikan kepada Iman. Kami pun membuat kerja masing-masing dan kemudian aku meninggalkan Iman yang masih mengelap dinding kaca di dalam bilik Mr. F untuk membersihkan bilikbilik lain. Setelah selesai membersih dan mengemas kesemua bilik berserta bilik air, Iman yang telah penat setelah dua jam tanpa henti menolong aku membersihkan penthouse ini berehat di bilik yang selalu aku rehat itu.

TING! Tong! Pastinya orang yang hendak menghantar barang tu dah sampai. Aku segera bergegas turun untuk membuka pintu dan kelihatan seorang wanita berumur tiga puluhan yang ayu berbaju kurung sedang tercegat di hadapanku.

50

Suri Ryana

Siapa ye dia ni? Aku memandang ke arah tiga bungkusan plastik putih di tangan wanita ini yang pastinya berisi bahan-bahan untuk memasak. Asalamualaikum, tersenyum manis. ujar wanita itu sambil

Waalaikumussalam, silakan masuk cik. Aku meluaskan bukaan pintu dan menjemputnya masuk ke dalam. Nasib baik aku sempat berpesan kepada Iman supaya tidak keluar dari bilik di atas. Takut juga kalau Mr. F mengetahui tentang kehadiran Iman di penthousenya. Ni barang yang Encik Harris suruh saya bawak. Beg-beg plastik itu pun berganti tangan. Terima kasih ye cik. Sekejap ye, saya buatkan air untuk cik. Aku terus berlalu ke dapur. Peel Fresh perisa oren di dalam peti ais kukeluarkan dan kutuang ke dalam gelas. Silakan cik. Aku memberikan gelas berisi air oren itu kepadanya. Terima kasih. Tak payahlah bercik-cik dengan saya. Panggil saya Kak Maya aje, kata wanita itu. Oh, Kak Maya.... Nama saya Noorul. Aku memberitahu namaku sebelum sempat dia bertanya. Macam mana aku nak tanya apa hubungan Kak Maya ni dengan Mr. F ye? Kak Maya ni kawan majikan saya ye? tanyaku. Bukan nak menyibuk tapi sekadar ingin tahu. Taklah. Kak Maya pembantu peribadi kepada Tan Sri, ayah kepada Encik Harris tetapi Kak Maya juga secara tak langsung menyediakan keperluan Encik Harris juga. Dah empat tahun Kak Maya bekerja dengan keluarga mereka, terang Kak Maya.

51

M.A.I.D.

Oh, begitu. Macam manalah Kak Maya ni boleh tahan dengan perangai cerewet Mr. F? Okey la ye, Kak Maya kena balik ke pejabat. Jumpa lagi ye, assalamualaikum. Kak Maya bangun dan meminta diri. Entah mengapa aku rasa sangat senang dengan Kak Maya. Waalaikumussalam. Jumpa lagi, kataku sambil tersenyum memerhati Kak Maya yang sedang menyarungkan kasut. Dia tersenyum lagi kepadaku sebelum beredar. Sebaik pintu ditutup Iman terus turun tanpa perlu aku mendapatkannya di atas. Dia mengeluarkan bahan-bahan dari dalam ketiga-tiga bungkus beg plastik putih itu. Wow, banyaknya bahan-bahan. Macam nak masak untuk sepuluh orang aje. Iman berkata sambil memandang ke arah bahan-bahan yang dibawa oleh Kak Maya. Dia nak aku masakkan untuk dua orang, campur dengan aku, tiga orang, kataku sambil ketawa. Dua orang? Wah, jangan-jangan dia nak bawak girlfriend dia datang makan malam kat sini kut. Entah mengapa hatiku tiba-tiba risau mendengar kata-kata Iman. Biar la, lantak dia nak bawak girlfriend ke, nenek dia ke. Yang penting gaji aku masuk setiap bulan. Takkan aku cemburu kut? Kenal dengan Mr. F pun tak pernah, bila jumpa asyik kena tengking dengan dia aje. Kenapa pulak aku rasa cemburu sikit ni? Parah... parah.

52

Suri Ryana

Ye ke kau tak nak tahu, Noorul? Nampak macam jealous aje. Hish! Iman ni, pandai aje. Sabar, sabar Noorul. Dia hanya serkap jarang aje tu, sama macam Mr. Lee. Buat biasa aje. Kau ni merepek aje Iman. Dah, jom kita mula memasak. Aku nak belajar daripada kau. Senang, lain kali aku boleh masakkan untuk dia kalau dia suruh. Aku terus mengeluarkan buku nota yang memang sentiasa ada di dalam beg sandangku. Memang aku bertekad untuk belajar masak supaya senang nanti, tak perlu nak kelam-kabut macam hari ini. Iman sibuk mengeluarkan mangkuk dan peralatan lain untuk memasak. Aku menolong Iman memotong bahan-bahan yang diperlukan. Sesekali Iman memberi arahan kepadaku supaya memasukkan bahan-bahan ke dalam periuk bersaiz sederhana besar di hadapan kami. Aku mencatat segala langkah-langkah memasak dan bahan-bahan yang diperlukan. Dapatlah aku masak nasi beriyani selepas ini tanpa disuruh. Mungkin juga nasi beriyani adalah makanan kegemaran Mr. F. Tiba-tiba bibirku menguntum senyum. Kenapa kau senyum sorang-sorang lagi ni? Tibatiba Iman bertanya sambil memandangku dengan pandangan yang pelik. Eh, mana ada? Aku gembira sebab kita dah nak habis masak ni. Alamak, Iman nampak la pulak aku senyum. Hish, dia ni... perasan aje.

53

M.A.I.D.

Aku saja masak lebih sikit tadi. Untuk lima orang. Jadi dapatlah kita makan dulu sebelum balik. Aku suka dengan idea Iman tu. Aku tersenyum sambil memeluk bahunya. Wah, nasib baik kau masak lebih, jimat duit kita hari ni dapat makan malam dengan percuma. Aku tersenyum lagi. Sememangnya Puan Asyikin yang mendapatkan aku kerja di sini ada memberitahuku bahawa aku boleh makan tengah hari dan makan malam di sini sebelum pulang. Setelah semuanya selesai dan sementara menunggu untuk nasi dan laukpauk itu benar-benar masak, aku mengeluarkan pen dan sekeping kertas. Encik, saya dah masak semua makanan tu. Maaflah kalau tak sedap. Selamat menjamu selera dgn si DIA. Yang benar, Noorul. Iman merampas nota tersebut dari tanganku. Kau gila ye Noorul? Ada ke kau tulis nota macam ni kat Mr. F? Kau sedar tak Mr. F tu bos kau? Ni, cara kau tulis ni macam cemburu aje. Selamat menjamu selera dengan si dia. Kenapa perkataan dia tu kau tulis dengan huruf besar? Ish, kau ni.... Iman membebel kepadaku tentang nota tersebut. Tapi kan, bila aku baca balik... aku rasa memang betullah aku dah mereng. Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Nasib baik Iman ada untuk menyedarkan aku. Nota tersebut aku koyak dan buang ke dalam tong sampah.

54

Suri Ryana

Iman hanya memerhati tingkah-laku aku yang ternyata pelik di matanya. Encik, Saya dah masakkan semua makanan tu. Noorul. Iman tidak memberi sebarang komen terhadap nota terbaharuku itu. Nota tersebut aku letakkan di atas meja kaca di ruang tamu. Setelah semua makanan siap dimasak, kami menjamu selera dan berehat. Tepat jam enam petang, kami melangkah keluar dari mahligai mewah Mr. F. Iman... aku rasa kan, Mr. F akan pulang dalam pukul enam setengah petang. Jom tengok siapa tetamu jemputan Mr. F tu, nak? tanyaku kepada Iman. Hmmm... boleh jugak, kan? Nak juga aku tahu macam mana rupanya girlfriend Mr. F tu. Hish, Iman ni betul-betul melemahkan semangat aku la.... Betul ke Mr. F dah ada girlfriend? Kami kemudiannya berehat sebentar di taman sementara menunggu Mr. F pulang. Jam menunjukkan pukul enam empat puluh minit petang dan Iman kulihat sudah tidak sabar untuk pulang. Mananya Mr. F kau tu? Jomlah Noorul. Penatlah kita tunggu dia. Jom kita balik. Dengan pantas Iman berdiri sambil menarik tanganku untuk bangun. Nampaknya keindahan taman tidak lagi dapat menahan Iman dari pulang ke rumah saat ini. Hish, lambat la pulak Mr. F ni balik.

55

M.A.I.D.

Okeylah, jom kita balik. Kesian jugak kat kau tolong aku masak tadi. Mesti penat, kan? Aku benar-benar kasihankan Iman yang nampak sangat letih. Langkah kuatur untuk keluar dari kawasan taman dan menuju ke pintu pagar utama. Tiba-tiba aku ternampak sebuah kereta BMW hitam kepunyaan Mr. F memasuki kawasan Golden Palace. Iman! Iman! Tu kereta Mr. F. Selepas parking kereta, mesti dia naik lif ke atas. Jom Iman kita tengok dari dekat sikit siapa tetamu Mr. F tu. Kita sembunyi di sebalik dinding tepi lif tu. Aku menarik tangan Iman yang terpinga-pinga mencari kereta Mr. F yang telah pun meluncur laju memasuki ruang basement. Dia hanya mengekoriku masuk semula ke dalam bangunan Golden Palace. Okey, kita tunggu kat sini. Aku berbisik kepada Iman. Kami bersembunyi di sebalik dinding berwarna putih yang terletak betul-betul di sebelah lif. Lelaki?! Iman yang tidak menyangka tetamu Mr. F adalah seorang lelaki yang tidak kurang tampannya, agak terkejut apabila terpandang kelibat Mr. F dan tetamunya itu. Aku melihat ke arah Mr. F dengan perasaan lega tetapi ada sesuatu pula yang muncul di benak fikiranku saat ini. Astaghfirullahalazim. Takkan Mr. F gay kut? Terlepas juga kata-kata yang bersarang di hatiku. Wei! Suka-suka kau aje. Mana kau tahu diorang tu gay? Entah-entah adik dia ke, abang dia ke, kawan dia ke. Tak ke kau dapat dosa aje sebab buruk sangka yang bukan-

56

Suri Ryana

bukan? Seperti biasa, kalau Cik Iman membebel, alamat agak panjanglah ayat yang keluar dari mulutnya. Aku pun tidak pasti, aku cakap aje. Hish, Iman ni lebih-lebih pulak. Jom la balik, Noorul. Aku ingatkan dia bawak girlfriend balik tadi, teruja jugak nak tengok kecantikan girlfriend dia. Ye la, Mr. F tukan cerewet. Mana tahu kut girlfriend dia artis ke, apa ke, boleh aku mintak autograf. Kata Iman. Banyaklah kau punya autograf, Iman. Kenapa lelaki tampan mesti berpasangan dengan perempuan cantik aje? Yang biasa-biasa macam aku tak boleh ke berpasangan dengan lelaki yang kacak macam Mr. F tu? Kata-kata itu hanya tersemat di dalam hatiku saja. Tak berani aku nak meluahkannya kepada Iman. Iman segera menarik tanganku yang masih lagi memerhatikan pergerakan Mr. F dan tetamunya. Jauh di sudut hatiku, masih tertanya-tanya siapakah lelaki yang bersama Mr. F itu?

57

M.A.I.D.

Bab 6
ARI ini bagiku adalah hari yang sangat istimewa. Pertama sekali, sebab masuk hari ini genaplah sebulan aku bekerja di rumah Mr. F dan yang kedua, hari ini merupakan hari lahirku yang kedua puluh empat. Aku langsung tidak menyangka Mr. F yang garang macam harimau tu, baik jugak hatinya. Terkejut beruk aku semalam apabila jumlah wang dalam akaun Maybankku tiba-tiba menjadi banyak. Aku sengaja memeriksa baki dalam akaun semalam semasa keluar makan dengan Iman. Awal sehari rupa-rupanya gajiku masuk. Alhamdulillah. Terus aku memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun mak. Kasihan mak, dah dua bulan tidak mendapat wang saku dari anak sulungnya ini. Kemudian, aku terus menelefon mak semalam. Assalamualaikum, mak. Terbayang wajah mak yang kurindui di ruang mataku. Waalaikumussalam.

58

Suri Ryana

Noorul dah masukkan RM600.00 dalam akaun mak. Nanti cek, tau, kataku dengan gembiranya. Lega rasa hati bila terkenangkan bumbung rumah yang bocor boleh dibaiki pada bila-bila masa sekarang. Terima kasihlah Noorul. Kenapa banyak sangat? tanya mak kehairanan. Gaji Noorul sekarang lebih sikit daripada gaji semasa kerja kat kilang kicap dulu, bolehlah bagi lebih sikit, ujarku. Ni, mak dengan Noorin nak ucapkan selamat hari lahir kat kamu. Semoga anak mak ni cepat bertemu jodoh. Hish, mak ni dari tahun lepas selalu kias-kias dengan aku suruh cepat-cepat berkahwin. Terima kasih, mak. Ingat jugak mak kat Noorul. Sengaja aku buat nada sedih. Aku tersengih sendiri. Ya Allah... mak yang lahirkan kamu. Takkan mak lupa kut. Kamu ni...! Tinggi pula nada suara mak apabila mendengar aku cakap begitu. Aku terus ketawa mendengar kata-kata mak. Kalau aku ada kat situ, semestinya mak dah mencubit aku. Noorul saja aje cakap gitu, kataku sambil ketawa kecil. Noorul, Mak Cik Leha dah selalu sangat tanya mak pasal kamu. Kamu memang tak ada perasaan ke dengan Si Asyraf tu? Nada suara mak serius benar ketika ini. Pertanyaan mak itu benar-benar mengocak ketenangan di dalam kolam hatiku. Ah, berapa kali harus aku beritahu yang aku tak ada hati dengan Si Asyraf tu? Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

59

M.A.I.D.

Mak, lain kali kita bincang pasal hal ni okey? Bateri telefon ni dah nak habis mak. Nanti Noorul telefon lagi ya. Assalamualaikum. Aku terus mematikan talian. Bukan aku tidak kasihankan mak, tetapi aku memang tidak ada perasaan langsung dengan Asyraf tu. Terpaksalah aku memutuskan talian dengan cara begitu. Rimasnya aku! Hish, bila teringatkan perbualan aku dengan mak semalam, rasa tak sabar sangat nak balik kampung tetapi aku harus menyediakan satu set jawapan ketika mak bertanya tentang hasrat Asyraf dan Mak Cik Leha nanti. Apa yang kau menungkan tu? Lamunanku terhenti apabila ditegur oleh Iman yang baru keluar dari bilik. Kenapa Iman tak siap lagi ya? Hari ni bukan hari Khamis atau hari Ahad. Pelik jugak aku. Tak ada apalah Iman. Yang kau ni, tak pergi kerja ke hari ni? Hari ni hari Jumaat, kan? tanyaku kepada Iman yang sedang membancuh air kopi. Aku saja ambil cuti. Nak rehatkan badan, jawab Iman dengan selamba. Seronoknya... kan best kalau aku pun boleh cuti hari ni. Best memanglah best, tetapi tak dapatlah aku mendengar suara Mr. F nanti. Hatiku berkata-kata. Kau jangan nak mengada-ada Noorul. Baru aje sebulan kerja, dah fikir nak cuti. Jangan malas Noorul, nanti tak pasal-pasal kau kena pecat. Iman ni memang berpotensi untuk jadi seorang mak nenek yang berjaya. Aku baru cakap aje, dia dah membebel.

60

Suri Ryana

Kau ni Iman... aku cakap ajelah, bukan aku nak ambil cuti betul-betul pun. Aku menangkis bebelan Iman itu. Dahlah, aku nak gerak ni. Jumpa kau petang nanti ye. Jam menunjukkan pukul tujuh lima belas minit pagi. Aku menghirup air teh yang masih berbaki dan bangun dari kerusi. Tolong basuhkan cawan aku ye, Iman. Aku takde masa dah ni. Thank you my darling! jeritku kepada Iman ketika menyarungkan kasut di muka pintu. Bertuah punya kawan! Naik motor tu elok-elok. Bye. Iman yang muncul di ruang tamu bersama secawan kopi di tangan sempat lagi berpesan kepadaku.

TING! Tong! Siapa pula yang datang waktu-waktu begini? Tak mungkin Mr. F kerana dia semestinya berada di pejabat sekarang. Aku terus menyarungkan tudung dan membuka pintu. Terkejut aku apabila terpandang wajah dua orang yang aku kenali muncul di muka pintu. Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Noorul, happy birthday to you! Mr. Lee dan Iman terus masuk dan menyanyikan lagu selamat hari lahir kepadaku. Iman membawa kek berserta piza Hawaiian Chicken kegemaranku dari Pizza Hut. Terima kasih Iman... thank you Mr. Lee. Aku benar-benar terharu dengan mereka. Aku terus memeluk Iman dengan erat. Ada air mata membasahi pipiku

61

M.A.I.D.

ketika ini. Aku ni memang senang mengeluarkan air mata, tidak kira masa gembira atau sedih. Haiya! Apa pasai you menangis? Sudah tak cantik la.... Mr. Lee mengusikku sambil ketawa kecil. Aku hanya tersenyum. Sememangnya aku sangat gembira. Dah, potong kek ni Noorul. Jangan lupa wish tau, kata Iman yang tersenyum manis sambil memberikan pisau pemotong kek kepadaku. Hah, cepat potong. Saya tak boleh lama... tak ada orang jaga di bawah tau, kata Mr. Lee pula. Aku dengan pantas memotong kek dan disusuli dengan tepukan daripada mereka berdua. Apa yang kau wish tadi? tanya Iman kepadaku sambil tersenyum. Aku wish supaya cepat-cepat dapat jodoh, selorohku sambil ketawa kecil. Iman juga kulihat ketawa dengan jawapanku itu. Wa... you sudah mau kahwin ka? Jangan lupa jemput saya tau. Saya suka makan itu nasi kenduri. Kata-kata Mr. Lee itu disambut oleh ketawa besar aku dan Iman. Aku terus memotong kek dan meletakkan dua keping piza ke atas piring kertas yang dibawa oleh Iman dan kuberikan kepada Mr. Lee. Aku tahu dia tidak boleh lama berada di sini dan makanan yang kuberikan itu akan dimakannya di dalam pondok pengawal nanti. Thank you! Thank you! Saya turun dulu ya, pamit Mr. Lee sambil membawa piring kertas yang agak besar itu dan menuju ke arah pintu.

62

Suri Ryana

Ting! Tong! Kami berpandangan sesama sendiri. Siapa pula yang datang? Takkan Mr. F kut? Mati aku!!! Hey! Berapa orang you jemput? tanya Mr. Lee kepada Iman. Matanya kemudian dialihkan kepadaku. Mana ada siapa dah. Kita ajelah. Entah-entah Mr. F yang balik kut. Mati kita Noorul.... Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Iman. Aku yang terasa seperti hendak pengsan saat ini pula terus membuka pintu dan sudah bersedia untuk kehilangan kerja buat kali kedua di dalam tahun ini. Assalamualaikum, ujar lelaki di hadapanku. Aku dan Iman berpandangan. Tidak, bukan Mr. F yang pulang. Lelaki ini adalah tetamu Mr. F yang kami nampak kira-kira tiga minggu yang lepas. Waalaikumussalam... jawabku perlahan. Habislah aku, pasti kawan Mr. F ni akan beritahu tentang kehadiran Iman kepada Mr. F. You siapa? Ini bukan rumah you, kan? tanya Mr. Lee kepada lelaki itu. Bukan. Ni rumah Harris, abang saya. Tenang lelaki yang masih berdiri di muka pintu itu menjawab pertanyaan Mr. Lee. Senyuman manis terukir di bibir. Oh, adik dia ka? Okey, Iman, Noorul. Saya turun dulu ya. Thank you tau bagi saya ini kek dan piza, kata Mr. Lee dan terus keluar. Aku dan Iman hanya mengangguk lemah. Jemputlah masuk encik, kataku kepada lelaki yang berdiri di hadapanku.

63

M.A.I.D.

Tak perlu berencik-encik. Panggil aje Haikal atau kalau nak lagi mesra, Carl, ujar Haikal sambil ketawa kecil. Dia kemudiannya melangkah masuk dan terus duduk di atas sofa. Sekuntum senyuman diberikan kepadaku. Pelik betul! Yang si abang, mencuka aje mukanya. Yang si adik pula asyik tersenyum setiap masa. Kek hari jadi siapa ni? tanya Haikal dengan penuh minat. Iman yang dari tadi hanya diam terus bersuara. Sebenarnya, hari ni hari lahir Noorul. Jadi, saya datang bawak kek ni untuk sambut hari lahirnya yang kedua puluh empat. Oh, dua puluh empat tahun... muda dua tahun dari sayalah ni. Awak pun dua puluh empat tahun ya? Iman menganggukkan kepalanya. Encik, dia tak bersalah. Saya yang salah. Noorul tidak tahu apa-apa pun. Tolonglah jangan beritahu Mr. F. Mesti dia pecat kawan saya ni. Tiba-tiba Iman merayu kepada Haikal. Aku yang sedikit cuak hanya memandang ke lantai. Mr. F? Haikal mengerutkan sedikit dahinya. Aku menjeling geram ke arah Iman. Eh, salah... salah. Mr. H. H untuk Harris. Iman berkata dengan agak gugup. Ye saya tahu, H untuk Harris. Tapi F pula untuk apa? tanya Haikal dengan penuh minat. Takde apa-apa encik. Iman tersalah sebut huruf aje tadi. Aku terus bersuara. Harap-haraplah lelaki ini percaya dengan alasanku.

64

Suri Ryana

Okey, saya akan telefon Abang Harris dan beritahu tentang party ni sekarang kalau korang tak nak cakap apa maknanya F tu, ugut Haikal. Hish! Kejam betul! F untuk fussy, jawabku perlahan. Tidak kuduga dengan tiba-tiba, ruang bawah penthouse ini menjadi riuh dengan gelak ketawa Haikal. Aku dan Iman tersenyum lega. Abang Harris memang cerewet sikit tapi dia baik tau, ujar Haikal sambil tersenyum. Tidak ada riak kurang senang di wajahnya. Aku terus meletakkan sepotong kek ke atas piring dan kuberikan kepadanya. Terima kasih. Selamat hari jadi cik...? Dia mengambil piring yang kuhulur kepadanya. Noorul, jawabku sambil tersenyum. Awak pula? Dia bertanya kepada Iman sambil menyuapkan kek ke dalam mulut. Iman, jawab Iman sambil tersenyum. Pastinya Iman tidak menyangka adik Mr. F sebaik ini. Saya datang ni sekejap aje sebab saya nak ambil beg kat atas. Tak sangka pula dapat berjumpa dengan dua orang perempuan cantik kat sini, kata Haikal sambil mengenyitkan matanya kepadaku. Memang perilakunya jauh berbeza dengan Mr. F. Seperti biasa aku dan Iman hanya tersenyum. Tiba-tiba telefon bimbit Haikal berbunyi. Helo, jawabnya. Dah. Carl kat Golden Palacelah ni. Cantiknya

65

M.A.I.D.

pembantu rumah along. Kenapa tak nak kenalkan awal-awal dengan Carl? Alamak! Janganlah dia beritahu yang Iman ada sekali dengan kami. Tiba-tiba Haikal menyerahkan telefon bimbitnya kepadaku. Assalamualaikum. Aku memulakan bicara. Waalaikumussalam. Adik saya datang untuk ambil begnya. Maaf, saya ada meeting tadi... jadi tak sempat nak beritahu. Lain kali jangan benarkan sesiapa pun masuk ke dalam rumah tanpa kebenaran saya. Saya juga akan maklumkan kepada awak kalau ada sesiapa yang hendak datang ke rumah ketika awak bekerja di masa hadapan. Panjang lebar Mr. F bercakap denganku hari ini. Rasanya inilah ayat yang paling panjang pernah keluar dari mulutnya sepanjang kami bercakap di telefon sebelum ini. Aku yang terlupa dengan kehadiran Iman dan Haikal tiba-tiba tersenyum gembira. Baiklah encik, jawabku dengan pendek sambil memulangkan telefon bimbit kepada Haikal. Iyalah, nak gerak dah ni. Risau sangat along ni. Assalamualaikum. Haikal mematikan talian sambil memandang ke arahku dan tersenyum lagi. Memang ada iras Mr. F cuma bagiku, Mr. F lagi kacak kut. Risau betul Abang Harris tu sebab dia ingat saya berdua dengan awak aje. Takut kita kena tangkap basah kut, katanya sambil ketawa. Iman juga kulihat sakan bergelak ketawa dengan kata-kata Haikal itu.

66

Suri Ryana

Okeylah, saya nak ambil beg kat dalam bilik Abang Harris sekejap, katanya sambil berlalu. Pst... Noorul. Baik kan Haikal tu? Tak macam Mr. F, komen Iman kepadaku sebaik sahaja Haikal hilang dari pandangan kami. Tapi Mr. F lagi handsome, balasku sambil tersenyum. Iman menjegilkan matanya. Handsome tapi perangai macam hantu, nak buat apa? Sempat lagi Iman mengutuk Mr. F. Ala, kita tak kenal dia betul-betul lagi. Mungkin dia pun baik macam Haikal. Aku tidak tahu kenapa aku harus mempertahankan Mr. F setiap kali Iman berkata sesuatu yang buruk tentangnya. Belum sempat Iman membidas kata-kataku itu, Haikal sudah pun turun ke bawah bersama dua buah beg berwarna hitam. Okey Noorul dan Iman, saya gerak dulu. Boleh saya tahu nombor telefon awak? tanyanya sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Aku benar-benar terkejut dengan permintaan lelaki ini. Untuk apa ye, encik? Senang kalau ada apa-apa hal nanti, ujarnya selamba. Oh... 012-4145323. Aku terus memberikan nombor telefonku. Takut pula kalau ada apa-apa hal nanti, tetapi dia boleh aje terus beritahu Mr. F, kan? Okey, saya gerak dulu ye. Assalamualaikum, pamit Haikal dan terus menuju ke arah pintu.

67

M.A.I.D.

Waalaikumussalam. Kami menghantar Haikal hingga ke muka pintu. Lelaki itu sempat melambai ke arah kami sebelum berlalu pergi. Sebaik sahaja aku menutup pintu, kami terus menghabiskan kek dan piza yang dibawa oleh Iman. Kemudian, Iman membantu aku melakukan kerjakerja di dalam penthouse sambil bersembang-sembang atau lebih tepat lagi bergosip tentang Mr. F dan Haikal. Nampaknya Iman lebih sukakan Haikal daripada Mr. F dan tidak habis-habis dia memuji keramahan Haikal. Aku pula masih tersenyum sendiri apabila mengenangkan aku dapat bercakap sebanyak dua kali dengan Mr. F hari ini.

68

Suri Ryana

Bab 7
ANGANKU pantas mengemas dan membersihkan ruang dapur yang sudah kelihatan seperti tongkang pecah. Semalam adalah kali pertama aku menunjukkan kehebatanku memasak kurma daging dan nasi beriyani tanpa bantuan Iman. Panas yang membara di dalam hatiku masih belum reda apabila mengingatkan tentang nota yang tertampal di dinding peti sejuk pagi tadi. Masinnya kurma daging! Awak nak bunuh saya ke???? Begitulah bunyinya nota yang ditulis oleh si cerewet itu. Melampau betul! Tidak boleh agaknya kalau gunakan ayat yang elok sedikit. Kalau aku hendak bunuh kau, baik aku letak racun tikus sahaja dalam masakan tu. Lagi cepat kau jalan. Hish! Ah, malas aku hendak fikir tentang nota itu. Yang penting aku sudah buat yang terbaik dan insya-Allah akan

69

M.A.I.D.

memperbaiki lagi kemahiran memasak di masa hadapan. Perlukah aku mengikuti kelas masakan? Lecehnya! Tidak cukup dengan mengkritik hasil masakanku, cara aku menyusun pakaian pun dikomen. Nota yang dilekatkan pada dinding almari baju berbunyi: Susun pakaian mengikut jenis. Salahkah kalau kemeja disangkut sekali dengan t-shirt? Kedua-duanya akan dipakai di badan jugak, kan? Dasar cerewet!!!! Kring! Kring! Kring! Kring! Hish! Bingitnya. Siapa pula yang menelefon tengah hari buta ni? Aku cepat-cepat membasuh tangan dan menuju ke ruang tamu untuk menjawab panggilan. Jarang telefon di rumah ini berbunyi kecuali pada setiap pagi, tepat pukul lapan. Majikanku yang cerewet itulah pemanggilnya untuk memastikan kehadiranku ke rumah ini tepat pada waktunya. Eh, kalau cepat mestilah aku dah terserempak dengan dia, kan? Hish! Mintak simpang malaikat empat puluh empat. Assalamualaikum, jawabku. Takkan Mr. F yang menelefon waktu begini? Apa pulak yang dia nak? Waalaikumussalam. Tolong tengokkan sama ada sampul surat berwarna putih ada atau tidak kat atas sofa dalam bilik saya? Sah, Mr. F yang menelefon. Baiklah encik. Kejap ye, saya tengokkan. Aku terus naik ke atas dan memang terdapat sekeping sampul surat di atas sofa di dalam biliknya. Ada ke tidak? tanya majikanku lagi sebelum sempat aku menjawab. Sememangnya si dia ini mempunyai

70

Suri Ryana

tahap kesabaran yang amat rendah. Geramnya hatiku Tuhan sahaja yang tahu. Ada... ada encik, jawabku sambil mencapai sampul berwarna putih yang bersaiz sederhana besar itu. Good. Saya akan sampai dalam masa lima belas minit lagi untuk ambil sampul tu. Kata-katanya itu membuatkan aku rasa seperti hendak rebah. Ba... baik encik, jawabku sedikit gagap dan talian dimatikan. Hah! Apa aku nak buat ni? Mr. F yang cerewet itu akan sampai dalam masa lima belas minit lagi. Pastinya identitiku akan terbongkar sekejap lagi. Mati aku! Mati! Kelam-kabut aku menaiki tangga dan meluru masuk ke dalam bilik yang terletak bersebelahan bilik Mr. F. Tudung kusarungkan ke kepala dan tanganku pantas mengeluarkan telefon bimbit yang terdapat di dalam beg. Aku terus menelefon Iman. Helo. Suara Iman kedengaran di hujung talian. Iman, mati aku Iman! Aku terjerit kecil. Memang aku sangat gelabah saat ini. Kau ni, cuba cakap elok-elok sikit! Apa pulak kali ni? Bos kau nak makan apa pulak? Kari kepala ikan?! sergah Iman. Tak, Iman... bukan berkaitan dengan makanan. Kalau dia suruh aku masak kari kepala ikan, tak apa lagi Iman. Ni, dia nak balik kejap lagi. Nak ambil sampul surat kat rumah ni. Mati aku Iman.... Hah? Biar betul! Bertenang Noorul. Ada nada risau pada suara Iman.

71

M.A.I.D.

Lagi sepuluh minit dia sampai, Iman. Apa aku nak buat ni? Kalau dia tahu aku pembantu rumahnya, agak-agak dia pecat aku tak? Aku betul-betul gelabah saat ini. Debaran di dadaku juga semakin kencang. Tak kut, Noorul. Takkan kau nak tutup muka kau dengan tudung saji kut? Lainlah kalau ada purdah, boleh juga kau pakai. Iman sempat lagi ketawa kecil ketika menuturkan kata-kata itu. Aku pula tiba-tiba teringatkan penutup mulut dan hidung yang terdapat di dalam salah sebuah laci almari di dalam bilik ini. Kata-kata Iman itu memberikan aku idea untuk menyelamatkan identitiku daripada terbongkar. Okey, okey Iman. Thank you. Nanti aku telefon kau balik. Thank you my friend! Aku terus mematikan talian tanpa menunggu jawapan Iman. Laci almari kubuka dan dengan pantas aku mengeluarkan sehelai penutup mulut dan hidung. Aku terus memakainya sambil melihat diriku di hadapan cermin. Hmmm... dah nampak seperti pakar bedah pula aku ni. Tudung pula kutarikkan ke hadapan supaya menutup dahiku dengan lebih banyak. Hanya bahagian mata sahaja yang jelas kelihatan ketika ini. Aku mengoles sedikit celak di bahagian bawah mata dengan agak tebal. Tidak mengapa kelihatan buruk jikalau itu dapat menyelamatkan identitiku aku dari dikesan oleh Mr. F. Insya-Allah dia tak akan perasan aku adalah orang yang melanggarnya sebanyak dua kali hari itu. Ting! Tong! Pastinya Mr. F dah sampai. Sampul surat berwarna putih kucapai dan dengan sedikit debaran di dada aku turun ke bawah. Gerak langkah kupercepatkan menuruni anak

72

Suri Ryana

tangga. Kakiku hampir-hampir terlangkau satu anak tangga tetapi nasib baik tanganku cepat mencapai pemegang tangga. Kalau tidak, pasti aku sudah jatuh berguling-guling ke bawah. Kalau dalam filem Hindustan pelakonnya bergulingan di atas rumput, aku pula bergulingan di atas lantai nanti. Tarik nafas... hembus! Tarik lagi... hembus. Bertenang Noorul. Pintu kubuka sedikit dan tanpa berlengah lagi, aku terus menghulurkan sampul surat itu kepada Mr. F manakala aku pula bersembunyi di sebalik daun pintu dan hanya menjengukkan kepala sedikit sahaja. Itu pun muka kuhalakan ke lantai. Aku memandang sekilas wajahnya apabila sampul surat di tanganku tidak diambil. Nampaknya dia sedang memandang ke arahku dengan pandangan yang agak pelik. Tidak pasti pula dia pelik dengan kelakuanku yang sedang berlakon sebagai gadis pemalu dan bersembunyi di sebalik daun pintu atau terkejut dengan penampilanku yang hanya menampakkan bahagian mata sahaja ketika ini. Aku terus berselindung semula di sebalik daun pintu. Maaf encik, saya ni pemalu sikit orangnya, segan berdua-duaan begini. Selepas mendengar kata-kataku yang ala-ala gadis paling pemalu di atas muka bumi ini, dia menyambut huluran sampul surat yang kukira sangat penting. Sebab itulah dia sanggup pulang untuk mengambilnya. Aku menjengukkan sedikit kepalaku apabila yakin yang dia pastinya sedang khusyuk memerhati sampul surat itu. Memang kacak. Kalau hendak dibandingkan dengan Asyraf, memang bagai langit dengan bumi. Tiba-tiba dia memandang ke arahku dengan pandangan yang tajam. Aku terus menyembunyikan semula muka di

73

M.A.I.D.

sebalik daun pintu. Mana tahu kalau-kalau dia perasan pula siapa diriku ini. Menempah tiket untuk dipecat namanya tu. Alamak! Takkan dia dah perasan siapa aku? Tak pun, sebab aku pakai penutup muka dan hidung ni kut? Jangan gelabah Noorul. Aku mengingatkan diriku. Sorry... tengah vakum tadi. Habuk banyak sangat. Tu yang saya pakai mask ni. Nose very very the sensitive, you know! Aku terus menerangkan kepadanya sebab kenapa aku memakai penutup mulut dan hidung, siap bercakap dalam bahasa Inggeris lagi. Mana tahu kut dia tak faham. Aku menjengukkan sedikit kepalaku untuk melihat reaksinya. Whatever, katanya dalam nada yang agak sombong sambil terus meneliti isi sampul surat tersebut. Dia kulihat tidak berminat pun memandang ke arahku. Pandangan dan fokusnya sekarang terhadap sampul di tangannya. Selepas puas melihat isi sampul yang mengandungi beberapa keping dokumen, dia pun berlalu tanpa sebarang kata. Aku pula terus menutup pintu sebaik sahaja dia berlalu. Whatever! Aku mengajuk kata-katanya tadi dengan geram. Tidak boleh agaknya kalau bercakap atau menulis tanpa menyakitkan hati orang lain. Ah, lantaklah kalau itu mampu membahagiakan kau dan mengekalkan jawatanku. Aku tersenyum gembira. Terasa seperti baru terlepas dari sebuah malapetaka yang maha hebat. Ewah! Fuh! Selamat akuuuu! Aku menjerit dengan agak kuat sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas sofa. Ingatkan aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kerjaya ini. Rupa-rupanya tidak. Alhamdulillah. Aku benarbenar bersyukur ke hadrat Ilahi. Benar, rezeki kan di tangan

74

Suri Ryana

Allah, bukan di tangan si cerewet tu. Aku tidak mahu memikirkan sampai bila penyamaran ini akan diteruskan kerana aku masih belum bersedia untuk bergelar seorang penganggur terhormat.

JATUH cinta lagi. Lagi-lagi kujatuh cinta. Aku jatuh cinta pada seti.... Nyanyian merduku terhenti apabila Iman tiba-tiba muncul dan duduk di atas katil. Dengan pantas aku mengutip nota-nota Mr. F yang berselerakan di atas katil dan memasukkannya kembali ke dalam sebuah kotak yang bersaiz kecil. Nasib baik identiti kau tak terbongkar tadi, kata Iman sambil melabuhkan punggungnya. Alhamdulillah.... Aku tersenyum lega ketika menuturkan ayat itu. Banyak juga ye nota-nota Mr. F yang kau kumpul. Iman memerhati kotak yang berisi nota-nota Mr. F. Haah. Ada la sikit... sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan kawanku? Sengaja aku berkata begitu kepada Iman yang kulihat sudah pun membaringkan tubuhnya di atas katilku. Banyak la kau punya bukit. Asyik benar kau melayan nota Mr. F ni, tentang kehendak mak kau dan Mak Cik Leha, kau dah fikir? Soalan Iman ini benar-benar potong stim. Aku memang malas hendak fikir tentang hal itu. Hish! Masalah betullah. Mana nak fikir tentang kerjaya lagi, ni dah kena fikir tentang masalah peribadi pulak. Penatlah Iman... rungutku sambil memicit-micit dahi.

75

M.A.I.D.

Pelik juga aku kerana Asyraf yang dikatakan berminat denganku itu tidak pernah walau sekali cuba mendekatiku. Jangankan hendak ajak keluar, telefon pun tak pernah. Entah-entah Mak Cik Leha sahaja yang sukakan aku, bukan Asyraf. Kalau difikirkan balik, memang dari dulu lagi aku tidak rapat dengan Asyraf walaupun kami tinggal berjiran. Setahu aku, ketika di sekolah menengah dia sukakan kawan sekelasku yang memang popular kerana kecantikannya. Itu yang aku pelik apabila mak memberitahu yang Mak Cik Leha dan Asyraf berkenan denganku yang biasa-biasa saja ini. Tidak secantik model atau artis, tetapi manis tetap ada tau! Ala, kalau Asyraf tu okey, apa salahnya kalau kau bagi peluang? Senang hidup kau nanti, Noorul. Ye la, dapat kahwin dengan jurutera. Rupa tolak tepi. Kata-kata Iman itu aku sambut dengan senyuman hambar. Bagiku, tak guna kalau kahwin dengan menteri sekalipun sekiranya lelaki itu tidak mencintaiku dengan sepenuh hati. Aku tak mahu kerana ingin hidup senang nanti terpaksa makan hati berulamkan jantung setiap hari. Lainlah kalau makan ulam yang dicecah sambal belacan. Hah, itu memang kegemaran aku. Macam mana aku nak bagi dia peluang, Iman? Dia tak pernah langsung mendekatiku. Padahal dia pun bekerja di Pulau Pinang ni jugak. Hanya melalui mak aje aku dapat tahu yang dia berminat dengan aku. Lainlah Mak Cik Leha, ibunya tu memang suka benar dengan aku. Aku meluahkan rasa hatiku kepada Iman. Aku terbayangkan wajah Mak Cik Leha, jiran kami. Wanita yang sebaya dengan mak aku itu memang baik orangnya dan sangat menyukaiku. Rajin benar dia menghantar lauk ke rumah sekiranya aku balik kampung.

76

Suri Ryana

Macam tahu sahaja yang aku ni memang malas memasak. Bukan setakat malas, malah tidak pandai langsung. Sekarang ni barulah aku tahu memasak sedikit, itu pun setelah diajar oleh Iman. Sememangnya ibu mertua yang paling ideal untukku adalah Mak Cik Leha tetapi adakah Asyraf calon suami yang paling ideal? Maaflah Noorul. Tapi, kan... berdasarkan cerita kau ni, rasanya Mak Cik Leha yang berkenan nak bermenantukan kau tapi anaknya aku tak pasti sama ada berminat dengan kau atau tidak, Noorul. Nampaknya Iman pun sependapat dengan aku. Hah, eloklah tu. Kalau dia tak suka, kan senang kalau beritahu saja dengan ibunya. Taklah aku pening kepala. Lagipun, dalam hati ini, memang tak ada sekelumit pun perasaan cinta aku untuknya, kataku jujur dan memandang ke arah Iman. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi menyebabkan perbualan aku dan Iman terhenti seketika. Aku memandang ke arah skrin yang tertera nombor yang tidak dikenali. Siapa pula ni? Assalamualaikum, kataku sebaik sahaja menjawab panggilan. Aku tidak sabar untuk mengetahui siapa yang berada di talian. Mana tidaknya, jarang benar aku mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Waalaikumussalam. Suara seorang lelaki berkumandang di corong telingaku. Siapa ni? Orang la... takkan beruang kut. Hish, main-main pulak dia ni! Aku hang up nanti, baru kau tahu.

77

M.A.I.D.

Mana tahu kut beruang ke, panda ke, badak air ke. Sebab kalau orang, mestilah ada nama, kan? jawabku geram. Iman yang ketawa kecil turut berminat untuk mengetahui dengan siapa aku sedang bercakap. Amboi, garangnya. Haikal here, jawab lelaki itu sambil ketawa. Haikal? Adik Mr. F? Dia nak apa pula ni? Hah? Encik Haikal?! Tidak sangka pula Haikal yang menelefon. Alamak, dia ni nak apa pula malam-malam begini? Bulat mata Iman memandang ke arahku. Mesti Iman pun tidak menyangka Haikal yang menelefonku. Iman membuat isyarat supaya aku mengaktifkan loudspeaker. Tak payah la berencik-encik. Call me Haikal or nak manja lagi, Carl. Iman ketawa kecil dan menekup mulutnya apabila mendengar kata-kata Haikal itu. Kenapa awak telefon saya ni? Aku terus bertanya sebab dia menelefonku. Malas hendak melayan adik majikanku ini. Saja. Sejak balik dari UK, saya memang tak tahu nak call siapa. Semua kawan-kawan saya asyik sibuk aje. Tu yang saya call awak tu. Hah? Tak ada siapa nak call, sebab tu kau call aku? Banyak cantik muka kau! UK? Oh... awak tinggal kat Ulu Kelang ye sebelum ni? sindirku. Iman kulihat tidak dapat lagi menahan tawanya. Kuat juga suara dia ketawa. Aku mencubit perlahan lengannya.

78

Suri Ryana

Awak ni nakal la... suka sakat saya. UK, United Kingdom. Eh, suara siapa tu? tanya Haikal. Iman. Kejap, awak cakap dengan dia okey? Saya nak masak kejap. Aku terus meletakkan telefon bimbitku di atas riba Iman. Malas aku hendak melayan Si Haikal tu. Sudah la aku memang ada masalah dengan abangnya. Aku tidak mahu masalah baru pula timbul nanti. Iman kulihat seronok benar melayan Haikal dan aku pula terus melangkah ke dapur untuk memasak. Masak apa lagi, masak mi segeralah untuk makan malam. Selepas siap memasak, aku menyejukkan mi tersebut seketika dan bersedia untuk menjamu selera. Kalau tinggal di kampung, tak perlu aku makan mi segera kerana mak pasti akan memasak makanan yang sedap-sedap untukku. Perlahan aku menyuapkan mi segera tersebut ke dalam mulut. Noorul! Iman yang tiba-tiba muncul mengambil tempat di sebelahku. Dah habis cakap dengan Haikal? tanyaku. Haah. Dia nak ajak kita keluar nanti. Makan tengah hari, minum petang atau makan malam. Yang mana satu? Iman tersengih sambil menanti reaksiku. Tak nak la. Kenal pun tak, nak ajak makan konon. Lelaki, lelaki... kataku sambil menggelengkan kepala. Mi segera perisa tomyam kusuapkan lagi ke dalam mulut. Ala, bukan sekarang. Dia pun sibuk sikit sebab baru nak mula bekerja dengan ayahnya. Eh, ayah dia kan... Aku terus memotong ayat Iman. Tan Sri? Aku dah tahu.

79

M.A.I.D.

Tan Sri tu pemilik hotel, tau. Hotel Sri Impiana yang ada beberapa buah cawangan di seluruh Malaysia tu ayah dia la yang punya, cerita Iman. Oh... ye ke? tanyaku sedikit kagum. Wah, bukan calang-calang orang ayah Mr. F tu. Dia cakap, Tan Sri tu suruh Mr. F, majikan kau tu bekerja dengannya tapi majikan kau tu degil. Nak berdikari katanya. Iman menyambung lagi cerita dan kali ini nama Mr. F pula keluar dari mulutnya menambahkan minatku untuk mendengar. Baguslah tu nak berdikari. Apa lagi yang diceritakan kepada kau tentang Mr. F? Itu aje. Nanti aku korek cerita lagi, okey? janji Iman sambil mengenyitkan matanya. Amboi, nanti? Kira kau nak bercakap dengan dia lagilah ye lepas ni? Aku memandang ke arah Iman yang sedang tersengih. Apa salahnya? Dia bujang, aku pun bujang. Iman tersenyum miang. Hendak tergelak pula aku melihat reaksinya itu. Bujang takpe Iman. Jangan kena bujang senang, sudah. Bahaya. Nanti kau dingapnya. Sengaja aku mengingatkan Iman. Ah, aku memang susah sikit hendak percayakan lelaki yang ramah seperti Haikal tu. Selalunya kalau seorang lelaki itu mempunyai pakej yang lengkap, memang teman wanita keliling pinggang.

80

Suri Ryana

AKU melangkah masuk ke dalam kawasan bangunan Golden Palace selepas jam menunjukkan tepat pukul tujuh empat puluh lima minit pagi. Langkah terpaksa kulajukan walaupun mengikut kata Mr. Lee, majikanku masih belum keluar ke tempat kerja. Maksudnya, Mr. F masih berada di dalam penthousenya. Apa aku hendak buat ni? Takkan nak tutup muka dengan kain tudung kut? Aduh, masalah betul! Aku hanya memandang kosong taman yang tersergam indah di bahagian kananku. Sebaik sahaja hendak melangkah masuk ke dalam ruang lobi, aku ternampak Mr. F sedang memandu keretanya menuju ke pintu utama. Cermin kereta yang diturunkan membolehkan aku melihat wajahnya yang kacak itu tersenyum sambil bercakap telefon dengan menggunakan alat bebas tangan. Fuh, nasib baik dia dah pergi kerja. Aku tersenyum lega dan berlari menuju ke lif. Maklumlah, dia tidak pernah lupa menelefon ke penthouse setiap pagi, tepat pukul lapan pagi untuk memastikan kehadiranku. Boleh saja kalau dia hendak beritahu apa-apa semasa bercakap denganku tetapi nampaknya dia lebih suka menulis nota. Ah, aku pun tak ingin bercakap lama-lama dengan si sombong tu. Aku melangkah masuk ke dalam lif yang kemudiannya berhenti di beberapa tingkat. Beberapa orang wanita yang berpakaian sukan terdiri daripada pelbagai bangsa masuk ke dalam lif. Pastinya mereka hendak ke gym, sauna atau pun spa yang terletak di tingkat 19 di dalam bangunan ini. Teringin juga aku hendak ke tingkat 19 itu kerana mengikut cerita Mr. Lee, taman berserta kolam renang dan ruang untuk mengadakan BBQ juga terdapat di situ. Tetapi kata Mr. Lee lagi, kolam renang di bawah lebih luas berbanding kolam renang di tingkat 19 itu.

81

M.A.I.D.

Aku melangkah keluar dari lif dan menuju ke unit penthouse Mr. F. Setelah masuk ke dalam, aku dikejutkan dengan kehadiran beberapa kotak yang berisi penutup hidung dan mulut di atas meja. Aku menarik nota yang tertampal di bahagian atas salah sebuah kotak itu. Let me know kalau tak cukup. Tidak tahu aku bagaimana hendak mentafsir maksud di sebalik kata-kata di dalam nota ini. Sekali baca, Mr. F seperti prihatin dan ikhlas menyediakan penutup mulut dan hidung ini kerana cerita dongengku konon-kononnya hidungku terlalu sensitif semalam. Apabila aku membaca sekali lagi, dia seperti memerliku pula. Hai, begini banyak penutup mulut dan hidung yang dibelinya kepadaku, takkanlah masih tak cukup kut. Hish! Kring! Kring! Assalamualaikum. Saya dah sampai encik. Aku menuturkan ayat yang sama kututurkan setiap pagi. Waalaikumussalam. Hmmm... okey. Dia pun mengeluarkan ayat yang memang tidak mesra langsung itu, sama seperti hari-hari semalam dan talian dimatikan. Aku terus naik ke atas dan meletakkan beg serta menanggalkan tudung di dalam bilik kegemaranku yang telah kuanggap seperti bilikku. Setelah selesai membersih, aku terus bergerak ke bilik Mr. F untuk mengemas biliknya pula. Aku mengalihkan buku-buku yang terdapat di atas katil ke rak buku kecil yang terletak di dalam bilik ini. Tiba-tiba baru aku perasan, di atas rak itu terdapat album foto yang agak nipis. Aku terus mencapai album tersebut dan duduk di atas sofa bersebelahan dengan katil.

82

Suri Ryana

Kebanyakan gambar adalah gambar Mr. F bersama keluarga. Gambar Haikal juga terdapat di dalam album ini. Aku menyelak lagi dan melihat gambar-gambar Mr. F yang kebanyakannya kelihatan seperti di luar negara. Mungkin dia belajar di sana dahulu kut. Entahlah, aku pun tak pasti. Gambar seterusnya benar-benar menarik perhatianku. Gambar Mr. F dalam jubah graduasi bersama seorang perempuan Melayu yang cantik dan berambut panjang. Perempuan yang sama juga kelihatan di dalam beberapa keping gambar lagi. Mereka kelihatan sangat mesra dan Mr. F tersenyum ceria di dalam kebanyakan gambar. Aku menongkat dagu mungkinkah ini teman wanita Mr. F? dan tertanya-tanya,

83

M.A.I.D.

Bab 8
H! Aku dah agak, mesti ada udang galah di sebalik spageti. Walaupun aku menolak, dia tetap beria untuk bawa aku ke mari. Menyedari kehadiran kami di Restoran Secret Recipe, Haikal yang sedang menaip sesuatu dengan menggunakan komputer ribanya tersengih ke arah kami. Ramai juga pengunjung hari ini, maklumlah hari Ahad. Tambahan pula, pengunjung boleh melayari Internet secara percuma di sini. Ada juga yang datang hanya memesan secawan kopi dan duduk melayari Internet sehingga berjamjam lamanya. Haikal masih lagi tersengih. Betul-betul seperti kerang busuk. Tidak pernah jumpa perempuan agaknya dia ni. Kami kemudiannya melabuhkan punggung dan terus memesan minuman dan kek. Rupa-rupanya, kami ke sini memang untuk bertemu dengan Haikal tetapi Iman tidak memberitahuku.

84

Suri Ryana

Kalau aku tahu, mati hidup balik pun aku tidak akan ke mari. Aku takut semua ini akan memusnahkan masa depan kerjayaku. Bagaimana kalau diajaknya Mr. F datang sekali? Tidakkah mengundang bencana namanya tu? Sebaik sahaja lelaki itu meminta diri untuk ke tandas, aku mencubit lengan Iman. Sakit betul hatiku di ketika ini. Sorry la, Noorul. Aku tak tahu pulak yang kau tak selesa, kata Iman dengan lirih. Banyaklah kau punya sorry. Kan aku dah cakap, aku tak nak keluar dengan Haikal. Aku tak mahu ada apa-apa kaitan dengan ahli keluarga Mr. F. Macam mana kalau identiti aku terbongkar nanti? Aku memandang tepat ke dalam anak mata Iman. Ya, Iman telah berjaya meledakkan bom di dalam hatiku dengan perbuatannya pada petang ini. Seperti singa lapar yang menunggu waktu untuk menerkam mangsanya, begitulah keadaanku saat ini. Geram hatiku apabila mendapat tahu yang Iman menipuku. Aku percaya bulat-bulat kata-kata Iman yang kononnya dia memang dah lama mahu belanja aku minum petang di Secret Recipe. Ala, Haikal tak macam Mr. F la. Kalau apa-apa jadi, mesti kita boleh kawtim punyalah dengan dia, kata Iman dengan perlahan apabila pelayan restoran muncul di meja kami bersama kek dan minuman yang dipesan tadi. Bolehkah kami kawtim atau dalam perkataan lain berpakat dengan Haikal? Ah, sakitnya otak aku! Syyy... tu dia dah datang, kata Iman lagi sambil tersenyum dan memeluk bahuku dengan mesra. Sedikit kek disuapnya ke dalam mulutku membuatkan aku juga terpaksa berpura-pura suka dengan

85

M.A.I.D.

perbuatan Iman itu. Ingin sahaja aku membaham sudu dengan jari-jemari Iman sekali saat ini. Perempuan berbulu mata palsu ni memang pandai berlakon. Hish! Sekali aku lesing, baru kau tahu! Aku hanya tersenyum tawar ke arah Haikal yang melangkah menghampiri kami. Lelaki yang segak berbaju t-shirt merah ini memang murah dengan senyuman. Nak pesan apa-apa lagi? tanya Haikal sambil memandang aku dan Iman silih berganti. Cukup dah ni Haikal, kata Iman. Aku pula hanya mengangguk sambil menyuap kek kegemaranku, Oreo Cheesecake ke dalam mulut. Tidak sabar rasanya untuk pulang ke rumah. Terseksanya jiwa dan ragaku! Kalau awak sibuk, tak payah la datang jumpa kami hari ni. Aku berkata kepada Haikal yang sedang menekan papan kekunci komputer ribanya. Mana tahu, perjumpaan ini dapat disingkatkan kerana kesibukan Haikal. Ala, bukan sibuk hal kerja pun. Saja melayari Facebook dan membalas e-mel peminat-peminat saya, kata Haikal sambil tersenyum bangga. Perasan betul. Uwekkk! Nak termuntah aku. Kau fikir, kau artis ya? Berangan! Oh, Facebook. Addlah saya, kata Iman. Aik? Iman pun ada akaun Facebook? Ketinggalan betul aku ni. Sekiranya mereka tahu aku tidak ada akaun Facebook, mungkin aku akan ditertawakan. Okey, awak masukkan alamat e-mel kat sini. Haikal berkata kepada Iman yang kemudiannya menaip menggunakan komputer riba Haikal.

86

Suri Ryana

Awak, Noorul? Ada Facebook? Pertanyaan Haikal kujawab dengan gelengan sahaja. Takpe, nanti aku daftarkan untuk kau okey? kata Iman sambil tersenyum. Aku pula hanya mengangguk. Aku tidak kisah pun sekiranya tidak mempunyai akaun Facebook. Bukan dapat duit pun. Abang Harris pun ada Facebook tau, tapi private profile. Kalau awak add dia, baru awak boleh tengok profile dia, terang Haikal. Hah? Mr. F ada Facebook? Mana? Mana Facebook Mr. F? Alamak, macam mana aku nak cakap dengan Haikal supaya tunjukkan akaun Facebook abangnya kepada aku? Boleh kami tengok profile Abang Harris? Dengan selamba Iman bertanya sambil menyedut minuman. Hai... pantas, pantas! Aku baru hendak merangka ayat, Si Iman dengan selamba sudah bertanya. Satu lagi, kenapa Iman panggil Mr. F dengan panggilan Abang Harris? Hish! Tak sesuai tau! Ni, profile Abang Harris. Tengok la. Haikal dengan selamba menunjukkan profile Mr. F kepada kami. Gambar Mr. F yang segak memegang kayu golf terpapar di skrin. Aduh, kacaknya tetapi macam sombong sahaja muka dia. Macamlah kena bayar kalau nak senyum. Hatiku berkata-kata. Iman terus menekan butang yang tertulis info. Aku terus merapatkan diri kepada Iman supaya dapat melihat dengan lebih jelas. Tarikh lahirnya adalah pada 9 April 1982. Masih solo. Solo? Habis tu wanita yang di dalam

87

M.A.I.D.

albumnya itu, siapa? Favourite quotation atau di dalam bahasa Melayunya, petikan kegemaran Mr. F adalah, no woman no cry! Rasa-rasanya aku pernah terbaca ayat ini yang tertampal di bahagian dalam pintu almari bajunya. Bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dan kemudian menyambung pengajian di Imperial College, London di dalam bidang kejuruteraan. Selepas itu, dia menyambung lagi pengajian di dalam bidang pengurusan perniagaan di The London School of Economics and Political Science juga di London. Rajin benar dia belajar. Iman kemudiannya menekan butang photos dan gambar-gambar Mr. F terpapar di skrin. Ini semasa Hari Raya Aidilfitri. Haikal pula bersuara apabila gambar Mr. F bersamanya lengkap berbaju Melayu dan bersamping terpapar di ruang skrin. Aku dan Iman hanya mengangguk dan tersenyum. Noorul, dah lama ke awak bekerja dengan Abang Harris? tanya Haikal. Jantung tiba-tiba berdebar apabila mendengar soalan yang keluar dari mulutnya. Pandangan kuhalakan kepadanya, bukan lagi di skrin. Baru sebulan lebih, jawabku pendek manakala Haikal pula hanya mengangguk. Abang Harris tu okey cuma cerewet sikit sebab tu sampai sekarang takde girlfriend. Haikal ketawa kecil ketika menuturkan ayat itu. Mr. F tidak ada teman wanita? Habis tu, siapa perempuan cantik di dalam album gambar Mr. F tu? Owh... memang tak pernah ada girlfriend ke? Iman memulakan kerjanya sebagai wartawan tidak bergaji.

88

Suri Ryana

Aku ada menceritakan tentang gambar wanita cantik di dalam album foto Mr. F kepadanya semalam. Dulu ada. Sekarang dah tak ada tapi abang saya tu ramai peminat, cuma dia tak suka melayan, kata Haikal. Eleh, banyak peminat konon! Dah la cerewet, perempuan yang minat dengan dia tu mesti buta. Kalau tidak buta mata, buta hati kut. Kalau aku, tak mahulah teman lelaki yang cerewet macam tu. Aku hanya diam sahaja dan menghabiskan kek. Mulut memanglah diam tapi di dalam hati ini, pelbagai pernyataan dan pertanyaan tentang Mr. F bergema. Ye la. Tak macam adiknya, kan? Suka melayan, usik Iman sambil ketawa kecil. Dia kemudian mengembalikan komputer riba yang berwarna putih itu kepada Haikal. Bukan suka melayan, adiknya ni memang peramah dan suka berkawan, kata Haikal sambil mengenyitkan matanya. Sakan Iman ketawa mendengar kata-kata Haikal itu. Haikal juga senang dengan usikan Iman. Memang padan manusia berdua ini. Aku pula pura-pura ketawa walaupun kedengaran sumbang. Takut pula Haikal syak apa-apa kalau aku diam sahaja. Mesti cantik kan, bekas teman wanita abang awak tu? Iman masih meneruskan misinya untuk mengorek rahsia. Cantik tapi tak setia, nak buat apa, kan? Buat sakit hati aje. Sebab dia tu la Abang Harris macam anti dan tak percayakan perempuan, kecuali dengan beberapa orang teman rapat.

89

M.A.I.D.

Aku dan Iman terdiam mendengar kata-kata Haikal. Patutlah Mr. F tu kasar benar dengan aku. Hish, mesti dia anti dengan aku jugak, kan? Sebab aku pun perempuan! Eee... geramnya aku dengan perempuan cantik tu. Sebab dialah tugasku sebagai pembantu rumah Mr. F menjadi sukar dan mencabar. Hendak berkomunikasi pun kena menggunakan nota. Tidak suka agaknya berbicara denganku. Eh, atau pun dia takut terpikat dengan kelembutan suaraku ini? Aku tersengih sendiri. Cubitan Iman di peha kanan membuatkan aku tersentak. Dia membuat isyarat mata ke arah Haikal. Haikal kulihat memandang ke arahku seakan-akan menanti jawapan. Apa dia Haikal? Aku bertanya perlahan kepada Haikal. Pasti dia tahu aku sedang melayan perasaan sampai pertanyaannya pun tidak kusedar. Kita gerak sekarang okey? Saya dah belikan tiket wayang. Tayangan akan bermula dalam... lagi lima belas minit. Jom, ajak Haikal. Hah? Errr... okey. Jom. Aku hanya mengangguk. Haikal sudah mula mengatur langkahnya keluar dari restoran. Aku bangun dengan perlahan sambil menjeling geram ke arah Iman manakala kawanku itu hanya mampu tersenyum kelat. Bila masa pula aku bersetuju hendak menonton wayang? Aduh, apa pula program selepas ni? Makan malam? Janganlah terserempak dengan Mr. F nanti. Kawasan Gurney ni kecil sahaja. Mana-mana pergi pun boleh terjumpa dengan orang yang sama. Pi mai, pi mai, tang tu!

90

Suri Ryana

MEMANG betul kata mak, hari akan menjadi semakin pendek apabila kiamat semakin hampir. Sekejap sahaja hujung minggu yang kutunggu-tunggu telah pun berlalu. Harapanku semoga tidak ada masalah yang timbul di sepanjang minggu ini. Marahku kepada Iman telah pun sejuk semalam. Betul kata Iman, Haikal tidak seperti Mr. F. Lelaki itu amat mudah untuk dibawa berbincang dan kelakar orangnya. Sememangnya Haikal boleh menjadi seorang kawan yang baik. Patutlah Iman agak rapat dengan lelaki itu walaupun mereka baru kenal. Tetapi, aku tetap tidak mahu terlalu rapat dengan Haikal kerana takut mengundang masalah yang tidak diingini pula nanti. Aku membuka topi keledar dan membetulkan tudung di kepala apabila sampai di hadapan pondok pengawal. Good morning, Mr. Lee. Aku tersenyum dan memberikan dua bungkus nasi lemak kepadanya. Berseri-seri muka Mr. Lee apabila terpandangkan bungkusan yang kubawa ini. Thank you, thank you, kata Mr. Lee sambil tersenyum senang ke arahku. Mr. Lee, bos saya sudah pergi kerja ke? tanyaku kepada Mr. Lee. Rasanya Mr. Lee tentu muak mendengar soalan yang sama setiap pagi. Ah, lantaklah, asalkan aku selamat. Aku memandang ke arah Mr. Lee apabila tiada jawapan yang kuterima. Mr. Lee pula menuding jari ke arah kananku. Aku terus menoleh dan kulihat kereta Mr. F sedang menuju ke arah kami. Hah! Di mana aku hendak menyorok ni? Pantas aku memakai topi keledar dan menunjukkan isyarat supaya Mr. Lee tidak bercakap apa-apa mengenaiku.

91

M.A.I.D.

Mr. Lee yang enak menikmati nasi lemak hanya mengangguk dengan riak muka yang pelik. Aku terus menyandarkan badanku ke dinding pondok pengawal sambil berpura-pura membaca suratkhabar kepunyaan Mr. Lee. Seperti biasa, suratkhabar ini berfungsi untuk menutup mukaku daripada dikenali oleh Mr. F. Di sebalik helaian suratkhabar, aku mengintai Mr. F yang memberhentikan kereta berhampiran dengan pondok pengawal, tempat aku dan Mr. Lee sedang berada sekarang. Aku dapat lihat Mr. F keluar dari kereta dan berjalan menuju ke arah kami. Suratkhabar kepunyaan Mr. Lee kugenggam erat dan hampir-hampir melekat di muka. Nak cover punya pasal, aku sudah tidak kisah lagi sekiranya bedak di mukaku habis disebabkan suratkhabar Nanyang Siang Pau ini. Aku tidak berani untuk mengintai lagi dan hanya berdiri seperti patung. Mak ai, wanginya! Mr. F ni baru keluar dari kilang minyak wangi ke? Mr. Lee, sedapnya bau nasi lemak tu, tegur Mr. F. Aku hanya memasang telinga. Rasa dia pun sedap tau. Itu orang yang kasi, kata Mr. Lee. Hish! Mr. Lee ni, nak juga masukkan aku dalam perbualannya dan Mr. F. Aku mendekatkan lagi suratkhabar Nanyang Siang Pau ke mukaku. Nasib baiklah suratkhabar ni saiznya besar, tak seperti suratkhabar Harian Metro atau The Star. Boleh juga aku bersembunyi di sebaliknya. Nah, ini duit suratkhabar. Thank you tolong belikan untuk saya, kata majikanku itu kepada Mr. Lee. Ting! Bunyi seperti duit syiling yang jatuh. Aduh,

92

Suri Ryana

betullah! Duit syiling dua puluh sen terselit sedikit di bawah tapak kasutku sekarang. Pastinya kepunyaan Mr. F. Alamak! Nak tolong kutip ke tak ni? Aku terus tunduk bersama suratkhabar yang menutup mukaku dan dengan menggunakan sebelah tangan, kukutip duit tersebut. Aku mengintai sedikit di sebalik suratkhabar. Nampaknya, dia betul-betul pelik dengan kelakuanku. Aku terus menghulurkan syiling tersebut kepada Mr. F. Lega hatiku apabila duit di tanganku telah diambil olehnya. Terima kasih, katanya. Sama-sama. Aku sengaja membesarkan suaraku seperti suara seorang lelaki. By the way, pembantu rumah saya dah sampai? tanya majikanku itu kepada Mr. Lee. Suratkhabar kuselak sedikit dan kulihat Mr. Lee hanya menjongketkan bahu. Mr. Lee ni pun satu.... Aduh! Bila difikirkan balik, nasib baik Mr. Lee tidak mendedahkan identitiku. Mr. F melihat jam di tangannya dengan dahi yang sedikit berkerut. Kurang sepuluh minit lagi pukul lapan. Dah lama sikit kerja mulalah nak tunjuk belang. Pemalas betul budak-budak zaman sekarang. Okay, Mr. Lee. Thanks. See you. Selepas sesedap rasa mengutuk aku, Mr. F berlalu dan masuk ke dalam kereta. Setelah kereta yang dipandu memecut laju, aku terus mengembalikan suratkhabar kepada Mr. Lee dan sempat lagi berpesan agar Mr. Lee tidak bercakap apa-apa tentangku kepada Mr. F. Hah? Kurang sepuluh minit lagi pukul lapan pagi? Aku terus memecut masuk ke dalam lobi. Silap-silap pelari

93

M.A.I.D.

pecut Usain Bolt, pemegang rekod dunia acara lari pecut pun boleh kalah denganku. Aku bernasib baik kerana lif sudah pun sedia terbuka ketika aku sampai. Masuk sahaja ke dalam penthouse, telefon sudah pun berbunyi. Aku terus menjawab panggilan tanpa membuang masa. Assalamualaikum. Encik. Saya dah sampai ni. Sekarang tepat pukul lapan pagi, kataku dengan termengahmengah. Waalaikumussalam. Hmmm... nasib baik tak lewat. Katanya dan terus meletakkan telefon. Sakit hatiku apabila mengingatkan kata-katanya kepada Mr. Lee pagi tadi. Pemalas? Hish! Memang mulut Mr. F ni tak ada insurans.

KRING! Kring! Kring! Kring! Apa lagi yang Mr. F mahu ni? Bukankah beberapa jam yang lepas dia sudah menelefon ke sini? Jarang dia menelefon lebih dari sekali dalam sehari. Hai, takkan dah rindu kut? So sweet! Aku mematikan penyedut hampagas dan kemudiannya menjawab panggilan dengan senyuman yang lebar di bibir. Assalamualaikum, kataku mesra. Waalaikumussalam. Suara seorang perempuan kedengaran di hujung talian. Saya Nurina, teman rapat Harris. Boleh saya tahu nombor telefon bimbit Harris? Saya ada cuba telefon nombornya tapi dah tak aktif. Mungkin dah tukar kut, kata si pemanggil dengan suara yang lunak merdu. Teman rapat? Kata Haikal, Mr. F tidak suka

94

Suri Ryana

berkawan dengan perempuan tetapi ada pula perempuan yang tahu nombor telefon rumah ni. Hish! Lelaki... lelaki! Aku terus memberikan nombor telefon bimbit Mr. F kepada wanita bernama Nurina itu dan menyambung semula tugasanku membersihkan karpet. Siapa agaknya Nurina ni? Teman rapat ke teman wanita? Tapi... kata Haikal, Mr. F masih solo lagi. Kring! Kring! Nurina ni nak apa lagi? Kacau betullah! Aku menjerit kecil dan mengangkat gagang telefon. Assalamualaikum, kataku acuh tak acuh. Waalaikumussalam. Alamak, bukan Nurina yang telefon tetapi Mr. F! Kenapa suaranya semacam sahaja? Ya, ada apa encik? tanyaku sedikit cuak. Awak yang bagi nombor handphone saya pada Nurina? tanyanya dengan nada yang tegas. Ya encik, jawabku. Kenapa awak bagi nombor handphone saya kat dia? Why?! Why?! Suka hati mak bapak awak aje bagi nombor handphone saya kepada orang. Awak dah gila ye? Are you crazy!!! tengkingnya kasar. Boleh pekak telinga aku kalau selalu mendengar jeritan Mr. F ni. Dahiku sudah sedikit berpeluh mendengar hamburan kemarahan yang keluar dari mulut majikanku ini. Eh, kenapa dia mengaitkan mak bapak aku pula dalam kes ini? Aku menggigit bibir menahan geram. Perasaan takut, sedih dan marah bercampur-baur membentuk satu perasaan yang membuatkan kepalaku semakin celaru. Saya mintak maaf, encik. Say...

95

M.A.I.D.

Sudah! Sekali lagi awak buat kesilapan ni, saya akan berhentikan awak. I will fire you!!! Faham?! potongnya. Fa... fa... faham encik, jawabku tergagap-gagap. Apa yang awak faham? tanya Mr. F lagi dengan kasar. Degup jantungku semakin kencang. Aku benarbenar takut dengan kesilapan yang aku buat hari ini. I will fire you! Dengan pantas dan bersungguhsungguh aku menjawab pertanyaannya itu. What?! You will fire me?!!! Aduh! Berdesing telingaku. Memang kalau sistem pendengaranku ada masalah lepas ni, Mr. F la penyebabnya. Takde orang lain lagi dah. Eh, silap... saya akan diberhentikan. Tersasul pula aku tadi disebabkan terlalu gelabah. Itulah, nak sangat bercakap dalam bahasa Inggeris. Sepatutnya aku berkata, you fire me. Aduh! Good, katanya dan terus mematikan talian. Aku terus berlari naik ke atas dan masuk ke dalam bilikku. Ya, bilik kegemaranku yang terletak bersebelahan dengan bilik Mr. F telah kuanggap seperti bilikku sendiri. Mood untuk membersihkan karpet terbantut seketika. Aku menghempaskan tubuh ke atas katil dan memandang kosong ke arah siling. Nampaknya Mr. F betul-betul marah dengan tindakanku yang memberikan nombor telefon bimbitnya kepada Nurina. Siapa agaknya Si Nurina tu? Gerun hatiku apabila menyedari yang aku hampirhampir kehilangan pekerjaan kerana perempuan itu. Air mata yang bertakung di dalam kolam mata akhirnya mengalir juga membasahi pipi. Tidak pernah mak menengking kepadaku

96

Suri Ryana

sebegitu. Bukan sahaja mak, sesiapa pun di atas muka bumi ini tidak pernah menengkingku sebegitu rupa melainkan insan yang bernama Mohamad Harris Tan Sri Mohamad Hamdan yang cerewet itu! Aku terpandang album gambar yang terletak di atas meja solek yang hanya digunakan olehku sahaja selama ini. Hah, nanti kau! Aku mencapai bingkai gambar dan gambar Mr. F yang tersenyum kacak kukeluarkan dari bingkai kaca itu. Pen yang tadinya berada di atas meja kini berada di dalam genggamanku. Hampir-hampir sahaja aku menconteng gambar itu. Mungkin sakit hatiku akan berkurangan sedikit apabila melihat wajah kacak Mr. F berubah huduh hasil kreativiti seniku nanti. Pen kubaling ke tepi. Tidak, ini bukan caraku. Menghabiskan tenaga dan dakwat pen sahaja, bukan dapat apa pun. Aku terus mengatur langkah ke bilik air dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat zohor. Aku pasti hatiku akan tenang selepas menunaikan tangunggjawabku kepada Yang Maha Esa. Sesudah bersembahyang, aku cuba untuk tidak memikirkan tentang hubungan di antara Mr. F dengan Nurina, tetapi aku gagal. Tugasan aku hari ini agak terganggu dek kerana Nurina. Siapa pula Nurina tu? Mengapa Mr. F begitu marah terhadap aku?

97

M.A.I.D.

Bab 9
URINA? tanya Iman setelah aku menceritakan kepadanya peristiwa sedih yang berlaku petang tadi. Sebelah keningnya terjongket tinggi ala-ala penyanyi terkenal Ziana Zain. Kemudian matanya yang berbulu mata palsu itu dikelip-kelipkan beberapa kali. Hah, sah perasan artis dia ni. Hmmm... namanya Nurina. Sebab dialah Mr. F tengking aku. Aku dapat rasa yang si cerewet tu betul-betul marahkan aku tadi. Rasanya lagi teruk dari masa aku tumpahkan sos ke atas bajunya dulu, kataku sambil meraup muka dengan kedua-dua belah tangan. Iman memandangku dengan penuh simpati. Sabar aje la Noorul. Biasalah tu. Aku ni pun selalu kena marah dengan si burung murai tu masa mula-mula kerja dulu. Iman memujukku. Aku ketawa kecil, geli hati apabila mendengar Iman menggelarkan supervisor di tempatnya bekerja sebagai burung murai.

98

Suri Ryana

Hish, kau ni... tak baiklah. Aku ketawa kecil sambil menampar lembut bahu Iman. Gadis berhidung mancung itu kemudiannya menoleh ke arahku dan tersenyum. Ye la, mulut dia asyik berbunyi aje tambah-tambah bila nampak aku, ujar Iman. Terima kasih Iman kerana selalu menjadi pendengar yang setia. Aku tersenyum penuh makna kepada Iman yang hanya mengangguk. Sedih di hati beransur kurang setelah berkongsi cerita dengan rakanku itu. Lepas ni, aku tak mahu lagi tengok kau bersedih sebab si cerewet tu. Alah... macamlah sebelum ni kau tak pernah kena tengking dengan dia, kan? Kau jangan pulak putus asa, Noorul. Anggap sahaja semua ni sebagai cabaran dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Kau tak boleh lemah. Ingat kata-kata aku ni sampai bila-bila, tau. Hai, panjang pula nasihat Si Iman ni. Walaupun penuh dengan kebenaran tetapi dengan nada suaranya yang seperti nenek kebayan itu cukup untuk membuatkan aku ingin ketawa. Baiklah, mak nenek. Akan aku sematkan semua kata-katamu itu di dalam dadaku. Okey? Sekarang beta mau bersiram. Nanti kita sambung lagi. Aku memberikannya senyuman yang paling manis dan bangun dari katil. Iman menjelirkan lidahnya. Uwek! Apa beta-beta? Kau ingat kau raja? Rajagopal boleh la wei! Jeritan Iman berkumandang memenuhi ruang bilik. Aku sengaja melambaikan tangan kepadanya dan terus menghayunkan langkah menuju ke bilik mandi. Selepas mandi dan solat, aku ingin terus melelapkan mata supaya

99

M.A.I.D.

hari esok dapat dimulakan dengan penuh ketenangan dan kesegaran. Maklumlah, bekerja dengan majikan yang cerewet seperti Mr. F, memang banyak onak dan durinya. Semoga aku terus kuat meredah segala cabaran yang mendatang nanti. Insya-Allah.

Buatkan saya nasi goreng ayam EXACTLY macam semalam. ENTAH untuk kali keberapa aku membaca nota Mr. F yang baru kuterima pagi tadi, aku sendiri tidak tahu. Sebaris senyuman lagi terbit dari bibir untuk kesekian kalinya. Panas hatiku kerana ditengking oleh Mr. F semalam telah pun surut dengan serta-merta. Macam ada salji yang turun pula, membuatkan suhu kemarahan susut dengan begitu mendadak. Aku tersenyum puas memandang nasi goreng ayam yang baru siap disediakan. Akhirnya, setelah hampir dua bulan bekerja di sini, inilah kali pertama Mr. F berpuas hati dengan hasil masakanku. Kalau tidak, ada sahaja yang tak kena. Terlebih garamlah, kurang gulalah, terlebih asamlah, kurang asamlah, sampai pening kepala aku dibuatnya. Nombor telefon Mr. F kudail dan aku melabuhkan punggung di atas sofa. Mungkin kerana terlalu gembira, aku menjadi sebegini berani. Walaupun ada sedikit debaran di dada, aku masih menunggu dengan sabar untuk Mr. F menjawab panggilanku. Assalamualaikum, kataku.

100

Suri Ryana

Hmmm... waalaikumussalam. Why? Hish! Dia ni, aku baru aje nak buat baik dengannya. Tengok tu, tak mesra langsung suaranya! Errr... saja call. Dengan selamba aku menjawab sambil tersenyum. What?! Jeritannya betul-betul mengejutkanku, atau dalam perkataan lain membangunkanku dari mimpi di siang hari. Lidahku tiba-tiba menjadi kelu. Aku seperti baru tersedar dari dipukau. Astaghfirullahalazim, apa yang telah aku lakukan? Kenapalah aku telefon Pak Rimau yang garang ni? Tak. Tak. Tersilap, kataku gugup. Apa yang silap? tanyanya acuh tak acuh. Silap cakap. Maaf. Saya dah sediakan nasi goreng ayam. Kalau tak cukup garam ke, gula ke, tulis kat dalam nota macam biasalah ye. Assalamualaikum. Bye. Aku yang agak gelabah terus meletakkan telefon. Alamak, kenapalah aku suka benar mencari masalah? Kring! Kring! Hah! Apa aku nak buat ni? Aku memandang lemah ke arah telefon yang sedang berbunyi. Aduh, Noorul! Kau memang suka cari pasal la. Aku menggigit bibir. Assalamualaikum, ucapku sedikit gementar. Waalaikumussalam. Ya, ada apa encik? Saya sedia membantu, kataku yang mencuba sedaya upaya untuk kedengaran profesional. Awak tak ada kerja ke? Jangan nak main-main. Kalau bil telefon naik, saya potong gaji awak nanti, katanya dan talian dimatikan.

101

M.A.I.D.

Aku yang masih terkulat-kulat bersama telefon di tangan tersenyum lebar mendengar kata-katanya itu. Hish! Noorul, bangun! Bangun! Aku menampar-nampar pipi. Gajiku mungkin akan dipotong tetapi kenapa senyuman masih tidak mampu aku lenyapkan dari bibir? Parah, parah! Entah-entah ini adalah tanda-tanda awal untuk sakit jiwa. Tidak mahu penyakit senyumku melarat, aku bingkas bangun dan memulakan langkah untuk naik ke atas. Sekarang giliran bilik Mr. F pula untuk dikemas. Tanganku lincah menarik cadar yang berwarna coklat gelap itu. Cadar bercorak abstrak yang kini terdampar di atas lantai akan dibasuh sebentar lagi. Mataku mendarat ke gambar Mr. F yang besar di dinding. Aku mengamati wajah kacak itu dan penyakit senyumku datang kembali. Ya ampun, kenapalah dengan aku ni? Sudah-sudahlah kau berangan, Noorul!!!! Tidak mahu membuang masa, aku bergerak ke kabinet yang menempatkan beberapa helai kain cadar. Kainkain cadar yang terlipat kemas kurenung dan aku cuba mencari cadar yang sesuai untuk dihampar di atas katil. Warna apa yang sesuai dengan mood aku hari ini ye? Aku tersengih lagi. Aku kemudiannya memilih cadar yang berwarna merah-putih. Tiba-tiba mataku terhala pada sekeping kad yang agak besar. Kad tersebut tersandar pada dinding kabinet. Kad apa pula ni? Besarnya! Kalau bukan kad kahwin, mesti kad raya ni. Agaknyalah! Kad yang berukuran seperti kertas A4 di tangan kupandang seketika. Adakah aku dikira menceroboh privasinya kalau aku membaca kad ini? Dengan rasa berat hati aku menyelitkan kembali kad tersebut di tempatnya. Setelah mengemas dan membersihkan ruang bilik

102

Suri Ryana

aku bergerak ke bilik mandi Mr. F yang memang sentiasa bersih. Tidak perlu aku susah-susah hendak membersihkannya lagi. Mr. F yang cerewet itu memang seorang yang pembersih dan wangi! Aku memerhati segenap ruang bilik mandi dan mataku tertancap pada botol-botol sabun, syampu, shaving cream dan lain-lain lagi yang tersusun kemas di dalam kabinet kaca. Aku membuka kabinet dan sekeping nota yang tertampal pada botol syampu kubaca. Sekiranya nota ini masih di sini, maksudnya awak tidak membersihkan langsung kabinet ini. Hah! Perangkap rupa-rupanya. Bagus betul strategi Mr. F ni. Boleh aku aplikasikan nanti untuk pembantu rumahku. Bila tahun aku nak ada orang gaji? Berangan betul. Nasib baik aku buka kabinet ni tadi. Kalau tidak, mesti dia ingat aku makan gaji buta. Hish! Aku menarik semua laci kabinet. Mana tahu, ada lagi nota yang terselit! Setelah itu, aku membersihkan semua ruangan di dalam bilik dan bilik mandi Mr. F. Tidak ada satu ruang pun yang tidak mendapat sentuhanku. Apabila yakin yang semuanya berada di dalam keadaan baik, aku mula mengatur langkah untuk keluar tetapi mataku mendarat pada kabinet putih yang berada di sebelah kanan. Seperti ada magnet pula yang menarik aku ke situ. Hish! Noorul, hormati privasi orang! Aku memarahi diriku dan bersama cadar di tangan aku terus berlari keluar.

103

M.A.I.D.

LANGKAH kuhayun bersama senyuman yang masih bersisa di bibir. Nota-nota Mr. F yang berada di tangan kubaca lagi. Aku kemudiannya membuka topi keledar dan berjalan menuju ke blok rumah pangsa yang kuhuni bersama Iman. Assalamualaikum. Suara seorang lelaki menghentikan langkahku. Aku menoleh untuk melihat siapa pemilik suara itu. Waalaikumussalam, terkejut. Asyraf? Kenapa pula dia berada di sini. Mesti mak yang berikan alamatku kepadanya ni. Kelam-kabut aku memasukkan nota-nota Mr. F ke dalam beg. Noorul sibuk ke? tanya lelaki itu dengan senyuman di bibir. Tak. Kenapa abang? Noorul baru balik dari kerja ni, kataku kepadanya. Kenapalah dalam banyak-banyak hari, hari ini juga dia datang? Aku benar-benar tidak ada mood untuk bertemu dengannya. Abang nak ajak Noorul keluar ni. Takpe, Noorul berehat dulu. Malam ni abang datang ambil Noorul. Pukul lapan. Boleh? Aku hanya mengangguk ke arahnya sambil tersenyum. Kenapa tiba-tiba sahaja Si Asyraf ni mahu ajak aku keluar? Pelik bin ajaib betul! Mesti ada hal penting yang hendak dibincangnya denganku. Rasa-rasanya sejak dari tahun lepas lagi Mak Cik Leha dan mak beria-ia mahu menyatukan aku dan Asyraf tetapi baru hari ini Asyraf datang mencariku. Aku terus menuju ke arah lif dan naik ke atas. kataku dengan sedikit

104

Suri Ryana

Niat untuk melepak di hadapan televisyen malam ini terpaksa dibatalkan.

AKU memandang dengan pelik ke arah bangunan Hotel Sri Impiana yang berdiri megah di hadapanku dari dalam kereta. Kenapa pula Si Asyraf membawa aku ke sini? Kalau nak berbual, di warung pun sesuai rasanya. Atau pun, adakah dia mempunyai agenda jahat ke atasku? Dalam banyak-banyak tempat ke hotel pula yang dibawanya aku. Errr... abang, kenapa kita ke sini ya? tanyaku sedikit risau. Kita makan malam dulu. Selepas tu ada hal yang abang nak bincang dengan Noorul, beritahu Asyraf. Aku hanya mengangguk mendengar kata-katanya itu. Sah, ni mesti nak ambil hati aku ni. Sebab itulah dia bawa aku ke sini. Kan? Tapi, tak perlulah sampai nak belanja makan di hotel. Memang aku tidak ada langsung perasaan cinta kepadanya tetapi seperti kata Iman, apa salahnya kalau aku berikan dia peluang, kan? Kalau ini jodohku dan mampu membahagiakan mak, apa salahnya? Bukan kerana dia seorang jurutera aku hendak berikannya peluang tetapi kerana mak dan Mak Cik Leha. Kedudukan baju kurung chiffon yang bersulamkan manik di badan kubetulkan. Ish, Iman yang beria benar menyuruh aku memakai baju ini. Kata Iman, kita perlu tampil anggun dan cantik untuk dating kali pertama. Nasib baik Asyraf bawa aku ke sini. Dengan tudung berbatu halus di kepala serta solekan yang Iman kenakan kepadaku ini tidak sesuai pula rasanya untuk ke warung Mak Esah. Nanti orang ingat aku ni over pulak.

105

M.A.I.D.

Honda CRV milik Asyraf meluncur laju memasuki ruang basement. Inilah kali pertama aku akan menjamu selera di hotel yang bertaraf lima bintang. Kekok pula rasanya. Setelah kereta diparkir, kami berjalan beriringan menuju ke tingkat 20 yang menempatkan restoran berputar. Kata Asyraf, restoran itu akan berputar selang beberapa minit dan pemandangan dari restoran itu amat menarik. Wah, teruja pula aku. Melangkah masuk ke dalam restoran di Hotel Sri Impiana ini membuatkan aku betul-betul terpaku. Benar kata Asyraf, restoran ini memang kelihatan eksklusif. Setelah mengambil tempat, Asyraf memesan beberapa jenis makanan dan aku hanya menurut sahaja. Manalah aku tahu apa yang sedap di sini. Ada juga nama makanan yang agak pelik sampai tergeliat lidahku hendak menyebutnya. Tengoklah ni, ada fetuccini, raviolli, fusilli, tortellini dan bermacam-macam lagi. Abang Asyraf, tadi abang cakap ada benda nak bincang dengan Noorul, kan? Boleh kita bincang sekarang? kataku kepada Asyraf yang kulihat sibuk benar bermesej dengan menggunakan telefon bimbitnya. Okay, why not kita bincang sekarang, kan? Aysraf tersenyum ke arahku dan meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Hmmm... betul tu, kataku bersama senyuman di bibir. Aku agak berdebar sedikit kerana mungkin Asyraf akan meluahkan perasaannya kepadaku pada bila-bila masa sekarang. Haruslah, kan? Kalau tidak, kenapa perlu bersusah payah membawa aku ke sini?

106

Suri Ryana

Tapi, abang harap Noorul tak terperanjat pula dengan apa yang bakal abang katakan ini, katanya. Kerutan di dahinya menambahkan lagi pertanyaan di hatiku. Haih, dia ni buat aku tertunggu-tunggu betul. Memanglah, seperti yang aku selalu tengok dalam drama di televisyen, susah untuk si lelaki berterus terang tentang perasaannya. Fahamlah aku kenapa Asyraf berkelakuan begini. Walaupun aku tidak cintakannya, tetapi sekiranya dia ikhlas, aku akan cuba memupuk perasaan itu. Noorul tahu, kan tentang rancangan mak abang dan mak Noorul yang nak satukan kita tu? tanya Asyraf kepadaku dengan tenang. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Noorul, abang tahu Noorul juga sependapat dengan abang. Atas sebab itu, abang mengambil keputusan untuk berterus terang dan berbincang dengan Noorul. Asyraf kelihatan sedikit gugup. Noorul juga suka kalau kita berterus terang begini, sokongku. Aku menyedut sedikit jus epal yang baru dihantar oleh pelayan restoran. Aku memang setuju dengan pendapatnya itu. Akan aku khabarkan kepadanya nanti yang aku akan cuba untuk menyintainya dengan sepenuh hati. Walaupun dia tidaklah sekacak Mr. F dan tidak seramah Haikal, aku sanggup menerima dia seadanya. Baguslah kalau macam tu. Abang memang tak cintakan Noorul. Abang juga pasti, Noorul pun tentu tak berminat dengan abang, betul tak? Kata-kata yang keluar dari mulut Asyraf bersama soalannya itu membuatkan aku terkedu. Nasib baik aku sudah pun menelan jus epal tadi, kalau tidak mahu tersedak

107

M.A.I.D.

aku. Tak pun tersembur kat muka dia yang tak berapa kacak itu. Fuh, nasib baik! Errr... betul tu abang, kataku dengan perlahan. Aku cuba berlagak biasa walaupun terkejut dengan apa yang diluahkannya sebentar tadi. Memang aku ni suka beranganlah. Kerja pun sebagai pembantu rumah, ada hati hendak berdampingan dengan jurutera. Memang tak sedar diri, kan? Lagipun, abang dah ada seseorang yang abang cintai dalam hidup abang. Cantik, bergaya dan dia juga seorang jurutera. Padanlah dengan abang, ujarnya yang memandang ke arahku. Oh, begitu.... Aku tak tahu kenapa aku rasa amat terhina apabila dia berkata begitu. Seolah-olah dia mahu aku sedar yang aku tidak sepadan dengannya. Seperti dia mahu membandingkan aku dengan teman wanitanya. Bhai, lu dah lebih ni bhai! Melampau betul! Jadi, abang betul-betul perlukan pertolongan Noorul, kata Asyraf lagi dengan penuh harapan. Oh, nak mintak tolong... sebab tu kau bawa aku ke sini. Bantuan yang macam mana tu? tanyaku ingin tahu. Sudahlah kau bandingkan aku dengan teman wanita kau, ada hati nak mintak tolong dengan aku? Hish! Abang harap Noorul dapat beritahu pada mak Noorul dan mak abang, yang Noorul tak mahu berkahwin dengan abang. Cakap saja Noorul dah ada orang lain. Amboi, senangnya! Kenapa tak kau sahaja yang

108

Suri Ryana

beritahu hal sebenar? Lagipun kau yang ada orang lain, bukan aku. Bongok betullah dia ni. Kenapa tak abang aje yang beritahu dengan mak abang? Lagipun, abang memang ada orang lain, kan? Abang sajalah yang berterus terang dengan mak abang. Kan senang. Aku terpaksa juga meluahkan ayat itu kerana aku tidak mahu mak dan Mak Cik Leha salahkan aku pula nanti. Padahal, Asyraf yang sudah ada orang lain. Abang tak mahu mak abang kecewa. Dia hendakkan sangat Noorul jadi menantunya. Kata-kata Asyraf membuatkan aku terdiam. Bukan kerana kagum dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya tetapi kerana terkejut dia sanggup meletakkan semua beban di atas bahuku padahal dia yang sudah ada teman wanita. Habis tu, kalau Noorul yang beritahu, mak abang tak kecewa ke? Abang mahu Noorul la yang dipersalahkan di atas kegagalan rancangan mereka untuk menyatukan kita ni? tanyaku yang benar-benar mahukan penjelasan. Satu lagi, abang dah ada teman wanita, kan? Jadi, abanglah yang berterus terang, ceritakan keadaan yang sebenarnya. Okey? Oh, jadi kau tak nak tolong akulah? Nampaknya memang kau ni tak sedar diri. Kau ada perasaan dengan aku, kan? Maklumlah... aku nikan jurutera, bergaji besar, berkereta besar, berumah besar, mesti kau sukakan aku dan nak ambil kesempatan! Jangan harap! Kau sedar tak yang kau tu orang gaji aje? Ada hati nak berdampingan dengan aku. Cerminlah diri tu dulu! Tiba-tiba nada suara Asyraf meninggi. Pastinya dia berang kerana aku tidak mahu menurut kemahuannya. Beberapa orang pelayan dan pelanggan yang berada berdekatan memandang ke arah kami.

109

M.A.I.D.

Malunya! Kat mana aku nak sorokkan muka ni? Takkan nak masuk bawah meja kut? Nanti kau! Kau ingat kau seorang sahaja kat atas muka bumi ini yang ada suara? Tolong sikit, ye. Kau ingat aku kebulur sangat dengan kau yang muka macam jamban tak siap tu? Untuk pengetahuan kau, aku pun takde walau sebesar kuman perasaan terhadap kau. Sekarang, aku sendiri akan beritahu dengan mak kau yang kau dah ada orang lain. Jadi, tak payah bermimpi nak bermenantukan aku. Faham?! Dengan anggunnya aku bangun dan mengeluarkan kata-kata itu dengan kuat. Puas hatiku apabila beberapa orang yang memerhati kami tergelak lucu tatkala aku menyebut perkataan jamban. Hah, nak sangat cari pasal dengan aku. Amik kau! Noorul... janganlah begitu. Duduk dulu, kita bincang elok-elok. Abang tak mahu mak abang salahkan abang atas semua ni. Asyraf juga berdiri apabila mendengar kata-kataku itu. Nada suaranya kembali perlahan, seakan-akan memujukku. Hish! Tak sangka selama ni aku berjiran dengan orang yang perasan bagus macam dia ni. Huh, boleh jalanlah! Aku terus meninggalkannya yang tercengang-cengang di situ dan mengatur langkah untuk keluar dari restoran. Pasti dia tidak menjangkakan yang aku berani bertindak sebegini rupa. Air mata yang sudah tidak tertahan-tahan lagi mengalir membasahi pipi. Tangisan ini bukan kerana Asyraf sudah ada teman wanita tetapi kerana dia telah menghina aku tadi. Pedihnya hatiku. Apa, hina sangatkah bekerja sebagai pembantu rumah? Pekerjaan tukan halal. Aku bukannya mengedar dadah pun.

110

Suri Ryana

Air mata yang masih bersisa di wajah kukesat dengan tisu sambil meneruskan langkah menuju ke arah lif. Aduh! Sengalnya bahuku. Aku mendongak ke arah seorang lelaki yang telah kulanggar secara tidak sengaja. Kenapalah aku ni asyik terlanggar orang sahaja? Malang betul nasibku. Maaf, encik. Kataku kepada lelaki yang berusia dalam lingkungan usia lima puluhan itu. Dia hanya tersenyum dan mengangguk. Aku terus masuk ke dalam lif. Sudah tidak sabar rasanya untuk memaklumkan tentang kejadian malam ini kepada mak dan Mak Cik Leha supaya mereka tidak berharap lagi.

SESAMPAI sahaja di lobi, aku agak terkejut dengan jumlah manusia yang berlegar di situ. Tadi masa aku sampai lengang sahaja keadaan di sini. Kebanyakan lelaki segak dengan tuxedo di badan dan yang perempuannya pula memakai gaun labuh. Ramai juga yang bertudung cantik. Mereka hendak menghadiri majlis perkahwinan kut. Mataku kemudiannya terarah pada sekumpulan gadis yang berada di hadapan lif. Semuanya cantik-cantik belaka bersama baju dan aksesori di badan. Tudung yang digayakan juga benar-benar menarik perhatian. Bilalah agaknya aku boleh bergaya begitu? Untungnya mereka. Disebabkan tidak mahu membuang masa, aku terus melangkah untuk keluar dari hotel ini. Harapanku semoga pedih di hati kurang sedikit apabila semuanya kuluahkan kepada Iman nanti. Cik, tunggu!

111

M.A.I.D.

Aku menoleh ke belakang apabila bahuku disentuh oleh seseorang. Apa pula dua orang manusia ni mahu dariku? Aku meneliti wajah mereka silih berganti. Memang sah aku tidak pernah berjumpa dengan mereka sebelum ini. Harapharapnya tidak ada masalah yang timbul di sini. Itu sahaja doaku di dalam hati. Dengan pakaian seragam yang membaluti tubuh mereka, aku dapat meneka yang mereka berdua adalah pengawal keselamatan di hotel ini. Ya, encik. Ada apa? tanyaku kepada mereka. Seorang daripada mereka menudingkan jari ke arah lantai. Aku melirik ke arah tudingan jari lelaki itu. Alamak, bagaimana pula tisu di tanganku boleh berada di atas lantai? Awat yang hang dok buang sampah merata-rata? tanya salah seorang daripada mereka di dalam loghat utara yang pekat. Amboi, cantiknya bahasa kau! Bila masa pulak cek dok buang sampah meratarata? Terjatuh la kut, tak taulah. Cek pun tak sedaq. Aku membidas kata-kata lelaki itu di dalam loghat utara juga. Sakit di hati kerana dihina oleh Asyraf masih belum pun berkurangan, dah timbul masalah baru. Aku mengutip tisu dan terus membuangnya ke dalam tong sampah yang berdekatan. Lain kali nak cakap tu pikiaq dulu, tau. Assalamualaikum, kataku sambil meletakkan jari di kepala. Sempat lagi aku menasihati dua lelaki itu sambil memberikan jelingan yang paling tajam khas buat mereka. Encik Harris, kata mereka serentak sambil mengangguk kepada lelaki yang bernama Harris itu.

112

Suri Ryana

Aku menoleh ke kanan dan kelihatan Mr. F berada tidak jauh dari tempat kami berdiri. Lelaki yang segak dengan tuxedo kelabu di badan itu hanya mengangguk dan kelihatan sedang berbual dengan seorang perempuan yang agak seksi di sebelahnya. Astaghfirullahalazim! Apa pulak dia buat di sini? Baru aku ingat tentang cerita Iman yang Hotel Sri Impiana ini milik ayah Mr. F. Tanpa berfikir panjang, aku cepat-cepat berpaling dan mengorak langkah untuk keluar dari hotel. Ikutkan hati, mahu sahaja aku berlari tetapi takut pula sekiranya kakiku terpelecok. Inilah susahnya apabila memakai kasut tumit tinggi. Noorul! Suara seorang lelaki benar-benar mengejutkanku. Adakah itu suara Mr. F? Aduh, masalah ni! Aku menoleh dan kulihat seorang lelaki sedang merapatiku. Haikal? Aku terjerit kecil ke arah jejaka yang segak berdiri di hadapanku. Ye, saya! katanya sambil tersenyum meleret. Ah, lelaki ini sentiasa tersenyum sehinggakan adakalanya aku tertanya-tanya sama ada dia pernah menangis atau tidak. Hatiku yang sakit ditoreh oleh kata-kata Asyraf dan rasa terkejutku kerana ternampak Mr. F berkurangan sedikit apabila terpandang senyuman Haikal itu. Awak buat apa kat sini? tanya Haikal kepadaku. Mataku melilau mencari kelibat Mr. F. Takut juga kalau terserempak dengannya nanti. Saya makan malam dengan kawan tadi. Dah nak balik pun. Emmm... saya minta diri dululah ye? kataku yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melangkah pergi.

113

M.A.I.D.

Nak balik dah ke? Jomlah sembang-sembang dulu. Come, ajak Haikal. Dia kemudiannya berjalan ke arah sofa yang memang tersedia di lobi ini. Dengan berat hati aku menuruti langkah Haikal. Lagipun, setelah memerhati keadaan sekeliling, kelibat Mr. F sudah tidak lagi kelihatan di sini. Jumlah orang ramai yang berpakaian cantik-cantik tadi juga semakin berkurangan. Mungkin mereka sudah naik ke atas agaknya. Awak buat apa kat sini, Haikal? tanyaku sebaik sahaja melabuhkan punggung. Di sinilah tempat saya bekerja, tapi saya datang malam ni untuk menghadiri majlis pertunjukan fesyen busana muslimah yang dianjurkan butik mama saya, Puan Sri Kirana, jawabnya. Oh, begitu.... Baru aku teringat yang Iman pernah memberitahu tentang butik Puan Sri Kirana. Khabarnya, ramai juga artis-artis yang menempah baju di situ, terutamanya menjelang hari raya. Carl, what are you doing here? Suara seseorang yang selalu sangat kudengari berkumandang di telinga. Bau minyak wangi yang sama kuhidu ketika di pondok pengawal tempoh hari menerpa masuk ke dalam rongga hidung. Alamak, takkan Mr. F kut?! Along. Haikal mendongak ke arah orang yang memanggil namanya itu. Ah, kan betul tekaanku. Apa yang harus aku lakukan? Pilihan A, buat tak tahu aje. B, buat-buat pengsan atau C, lari! Ingatkan Carl kat Queen Ballroom tadi. Tak naik atas ke? tanya Mr. F kepada adiknya.

114

Suri Ryana

Kejap lagi kut. Along kenapa tak naik atas? Elisa mana? balas Haikal. Aku hanya membatukan diri. Along tinggalkan kat atas. Rimas betul! By the way, may I know who is this? Pertanyaan Mr. F itu membuatkan aku sesak nafas. Oksigen! Oksigen! Aku benar-benar perlukan lebih oksigen sekarang! Takkan along tak kenal? Along ni.... Haikal ketawa kecil dan memandang ke arahku yang semakin gementar. Alamak, nampaknya memang aku tidak bernasib baik malam ini. Tak kut... jawab Mr. F yang melabuhkan punggung di sebelah Haikal. Aku tunduk kerana tidak mahu Mr. F perasan siapa diriku ini. Along ni, pembantu rumah sendiri pun tak kenal! Kata-kata yang terbit dari mulut Haikal benar-benar membuatkan jantungku seperti hendak melompat keluar dari badan. What?! Debaran di dada semakin bertambah terutama sekali apabila Mr. F sedang mengamati wajahku yang pastinya kelihatan pucat lesi sekarang. Aku tahu tiada gunanya untuk terus merahsiakan identitiku lagi. Pandangan kuhalakan tepat ke wajah Mr. F. Wait... rasanya kita pernah berjumpa sebelum nikan? Am I right? tanya Mr. F yang kelihatan cuba untuk mengingat semula di mana kami pernah bertemu sebelum ini.

115

M.A.I.D.

Aku kehilangan kata-kata. Mestilah pernah jumpa. Along ni, cepat sangatlah lupa. Ni pembantu rumah along. Takkan tak kenal kut? Haikal bersuara lagi tetapi tidak dihiraukan oleh Mr. F. Matanya tajam menikam wajahku. You?! Minah keropok lekor?! jeritnya sedikit terkejut. Wajahnya yang kacak itu sudah berubah dan sedikit merah, barangkali sedang menahan marah. Ah, pastinya dia sudah ingat kembali insiden di mana aku menumpahkan sos keropok lekor ke atas bajunya di pasar malam Bayan Baru kira-kira dua bulan yang lepas. Mati aku! Aku hanya menundukkan wajah, memandang lantai. Terasa sudah tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan Mr. F. Tanpa membuang masa, aku terus bangun dan mempercepatkan langkah menuju ke pintu utama. Adakalanya aku berlari-lari anak dengan kasut tumit tinggi di kaki. Aku nekad untuk keluar dari sini. Noorul! Haikal memanggil namaku. Aku yang tidak menghiraukan jeritan Haikal terus melangkah keluar dari ruang lobi. Semua ini tidak akan terjadi sekiranya aku tidak mengikut Asyraf ke sini. Aku meluru masuk ke dalam sebuah teksi yang sudah pun tersedia di hadapan bangunan hotel. Ah, beratnya terasa kepalaku apabila memikirkan tentang kemungkinan aku akan dipecat. Aku hanya mahu pulang ke rumah sahaja sekarang untuk berjumpa dengan Doktor Iman, doktor yang akan mengubat hatiku yang lara. Apakah statusku akan bertukar menjadi penganggur esok, setelah Mr. F mendapat tahu aku adalah pembantu rumahnya? Entahlah, aku pun tidak pasti. Aku benar-benar pasrah saat ini.

116

Suri Ryana

Bab 10
ARIKH semalam telah kutandakan di dalam diari sebagai tarikh yang paling malang di dalam hidupku. Tidak cukup dengan perang mulut yang tercetus di antara aku dan Asyraf, semalam jugalah harinya identitiku terbongkar. Aku tidak dapat tidur dengan nyenyak gara-gara insiden di Hotel Sri Impiana yang sentiasa menghantuiku sehingga ke saat ini. Semangat untuk bekerja hari ini telah hilang entah ke mana. Iman pula sentiasa mengingatkanku yang setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Memang aku sedar, lambatlaun Mr. F pasti akan dapat tahu jugak yang aku ni pembantu rumahnya. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu menyamar lagi dan berada di dalam ketakutan apabila terserempak dengan si cerewet tu selepas ini. Noorul, rezeki kan di tangan Allah. Kau janganlah takut sangat. Kalau kau dipecat pun, Insya-Allah akan ada kerja lain untuk kau. Aku janji akan tolong engkau cari kerja lain.

117

M.A.I.D.

Itulah kata-kata semangat daripada Iman. Aku melemparkan senyuman hambar ke arahnya yang sedang bersiap untuk ke kilang. Iman kulihat sedang berusaha untuk melekatkan bulu mata palsunya. Rimas pulak aku melihat keadaannya itu yang menambahkan lagi pening di kepalaku. Jam di dinding kukerling sekilas dan aku terus memakai blaus lengan panjang berwarna merah jambu yang dipadankan dengan seluar jean berwarna biru muda. Terima kasih, Iman. Aku memang dah tak berharap lagi kerja dengan Mr. F. Apa saja keputusannya aku terima dengan hati terbuka, ujarku lemah sambil menyarungkan tudung di kepala. Sememangnya aku sudah bersedia untuk menjadi penganggur semula. Bukan aku tak nak berfikiran positif saat ini tetapi aku tidak mahu berharap sangat, nanti aku sendiri yang kecewa. Bukan aku tak kenal majikanku itu, akulah manusia paling bertuah kalau dia tidak memecatku. Noorul, aku dah nak keluar sekarang. Jangan lupa update aku tau nanti. Call aku ye! Nampaknya Iman pun tak sabar nak mengetahui tentang nasib aku hari ini. Sempat lagi Iman mengusap-usap bahuku sebelum keluar dari bilik. Aku pula terus mengekori Iman yang sudah pun menyarungkan kasut ke kaki. Iman, aku takutlah.... Iman memandangku dengan penuh simpati. Alah Noorul, dengar sini. Dia bukan boleh buat apa dengan kau pun. Paling teruk, dia pecat kau aje. Janganlah risau. Jom breakfast dulu kat warung Mak Esah, nak? ajak Iman. Aku tak lalu nak makan la, Iman. Aku nak minum

118

Suri Ryana

aje dan bungkus nasi lemak untuk Mr. Lee. Mana tahu hari ni hari terakhir aku bekerja kat situ, kataku kepada Iman dengan senyuman tawar di bibir. Uish, memang hebat betul penangan Mr. F. Tidak pernah seleraku hilang sebelum ini kecuali ketika tidak sihat. Yelah, jom kita gerak. Iman kulihat sempat lagi melihat wajahnya di cermin sebelum mengunci pintu. Iman, boleh tak kau hantar aku hari ni? Nanti aku balik sendiri, kau tak payah jemput. Aku tak boleh nak buat apa pun sekarang ni, nak bawak motor pun tak yakin. Gementar sangatlah, Iman. Memang aku terlalu gementar sehinggakan semua yang aku buat serba tak kena. Iman hanya menganggukkan kepalanya dan kami berjalan beriringan menuju ke lif. Selepas menemani Iman bersarapan, dia terus menghantarku ke Golden Palace.

AKU turun dari skuter setibanya di pondok pengawal. Buat pertama kalinya kelibat Mr. Lee tidak kelihatan di sini. Mana pula perginya lelaki ini? Mungkin dia ke tandas kut. Tiba-tiba mataku tertancap pada seorang wanita yang sedang berjalan menghala ke pintu utama Golden Palace. Dia kemudiannya berhenti di tengah-tengah jalan sambil mendepakan tangan. Nak kata wanita itu sedang bersenam, tidak logiklah, kan? Setelah kuperhatikan betulbetul, nampaknya dia seakan-akan ingin menghalang kenderaan penghuni Golden Palace dari keluar. Eh, kenapa pula dia berdiri di situ? Kalau ada

119

M.A.I.D.

kenderaan yang keluar dari Golden Palace, pasti akan terlanggar tubuhnya yang langsing itu. Dia hendak bunuh diri ke? Macam tak logik. Baik dia naik ke tingkat 65 bangunan KOMTAR. Kalau terjun dari bangunan yang mempunyai ketinggian 232 meter itu, memang kebarangkalian untuk mati adalah tinggi. Bukankah kaedah itu lebih berkesan? Dengan tergopoh-gapah aku bergerak ke arah wanita itu tetapi belum sempat aku menariknya ke tepi, kereta BMW berwarna hitam yang meluncur laju dari pintu utama membunyikan hon dan membuat brek kecemasan. Aku terus berlari ke arah wanita yang masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Ya Allah, drama apa pula yang sedang berlaku ni? Cik tak apa-apa? tanyaku yang cuba menariknya ke tepi tetapi perbuatanku tidak mendatangkan hasil kerana dia masih berdiri kaku di sini. Aku mencuba sekali lagi dan gagal. Nampak aje kurus, tapi kuat juga wanita ini. Bunyi hempasan pintu kereta menyebabkan aku memandang ke hadapan dan seterusnya tergamam apabila melihat wajah lelaki itu. Cik, baik cik pergi dari sini. Lelaki tu garang tau... macam harimau! Jujur aku menasihati wanita ini sambil menarik lengannya untuk bergerak dari tempat kami berdiri. Lepaskan saya! Mind your own business! tengking wanita itu seraya merentap tangannya dari genggamanku. Hoi perempuan! Kau dah gila ye?! Kalau nak mati sangat, pergi bunuh diri kat tempat lain, jangan nak menyusahkan aku. Faham?! tengking Mr. F kepada wanita yang sudah mula mengalirkan air mata ini. Kan aku dah cakap, garangnya si cerewet ni

120

Suri Ryana

mengalahkan Pak Belang. Jelas ternampak api kemarahan yang menjulang tinggi di dalam matanya. Harris! Kenapa you buat I macam ni? tanya wanita itu. Oh, nampaknya wanita ini kenal dengan Mr. F. Baru aku perasan, wajah wanita ini mirip wajah perempuan di dalam album gambar Mr. F. Hey, aku tak kenal kau. So, tolong ke tepi sikit. Aku nak keluar! bentak Mr. F. Kalau Incredible Hulk akan bertukar menjadi hijau apabila marah, wajah Mr. F pula menjadi merah padam saat ini. Mr. F, Mr. F! Tak sakit ke tekak tu, asyik menengking orang sahaja? No! I tak akan berganjak dari sini selagi you tak nak berbincang dengan I. Aduh, mereka ini memang sama-sama degil. Dah tak ada apa untuk dibincangkan, Nurina! There is nothing left between us. Understand? Nurina? Haaa... Nurina! Memang aku tidak pernah lupa akan nama itu kerana air mataku pernah menitis disebabkan dia. Perempuan inilah yang menyebabkan aku dimarahi oleh Mr. F tempoh hari. Teman rapat konon! Kalau rapat sangat, takkanlah Mr. F tengking kau? Eh, sekejap. Maknanya, Nurina dan perempuan di dalam album gambar Mr. F adalah orang yang sama la. Mungkin juga inilah bekas teman wanita Mr. F yang tak setia tu. Aduh, beratnya terasa kepalaku yang sarat dengan kesimpulan-kesimpulan yang telah kubuat. Okay, fine! I akan terus berdiri di sini sampai you setuju.

121

M.A.I.D.

Wanita ini memang degil. Takkan dia tak tahu perangai Mr. F. Hish! Memang cari masalah betul. Sebaik sahaja mendengar kata-kata wanita di sebelahku ini, Mr. F terus berlalu dan masuk kembali ke dalam kereta. Wanita yang bernama Nurina ini pula masih lagi tercegat di sini. Nama awak Nurina, kan? Errr... tak guna awak berdegil macam ni. Majikan saya tu kalau dah marah, memang tak ingat dunia. Aku cuba menasihati Nurina. Takut juga sekiranya dia diapa-apakan oleh Mr. F. You diam! I tak perlukan nasihat you. I know him more than you do. Aku kenal dia lebih daripada semua orang dalam dunia ni! bentak perempuan cantik yang berambut perang ini. Rasanya bukan warna rambutnya yang asli. Nampak macam diwarnakan sahaja. Mr. F kulihat sedang mengundurkan kereta dan memarkirkan keretanya di satu sudut. Dia kemudiannya berjalan menuju ke arah kami berdua. Tangan Nurina dicekaknya kuat dan ditarik ke tepi. Dengar sini betul-betul. Aku dah tak ada apa nak cakap dengan kau. Kenapa kau susah sangat nak faham?! Tengkingan Mr. F membuatkan perutku kecut. Ah, pastinya sebentar lagi giliran aku pula ditengkingnya. Biar I terangkan semuanya, sayang... rayu Nurina. Sayang? Begini dia layan kau, masih lagi sayang kepadanya? Ni bukan drama biasa lagi dah. Rasanya macam telenovela aje. Sayang?! Pergi mampus dengan kau punya sayang!

122

Suri Ryana

Tengkingan Mr. F bergema lagi. Nasib baiklah tidak ada kereta yang keluar masuk saat ini. Sebelum mengheret lengan Nurina, mata Mr. F memanah ke arahku dengan tajam. Kau! Lepas aku selesaikan dengan perempuan ni, giliran kau pula! bentaknya kepadaku. Aku yang tergamam dengan ayat yang terpacul dari mulut Mr. F melangkah longlai ke pondok pengawal dengan topi keledar yang masih berada di tangan. Mr. Lee yang sudah pun berada di situ membuat isyarat tangan kepadaku seperti bertanya tentang apa yang sedang berlaku. Arghhh!!! Kenapa perempuan-perempuan ni suka sangat menyusahkan aku? Aku tersentak apabila terdengar kata-kata Mr. F. Aduh, mesti aku akan dipecat sebentar lagi. Mr. F kulihat menonong ke arah taman dengan Nurina. Setelah memberikan nasi lemak yang kubeli kepada Mr. Lee, aku mengambil kunci dan terus naik ke atas. Lagipun jam di tanganku telah menunjukkan pukul tujuh lima puluh minit pagi. Aku pasti Mr. F semestinya akan naik ke atas selepas dia menyelesaikan segala kekusutan yang melanda di antara dia dan Nurina. Otakku masih berputar ligat meneka apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini. Munginkah Mr. F akan memaafkan Nurina? Atau pun, adakah Nurina akan terus menagih kasih Mr. F walaupun dia tidak dilayan dengan baik oleh lelaki itu? Noorul, Noorul! Kenapa yang kau sibuk sangat tentang orang lain? Aku memarahi diri sendiri.

123

M.A.I.D.

Tudung di kepala tidak kubuka memandangkan Mr. F akan naik sebentar lagi. Tidaklah aku kalut nak memakainya semula nanti. Semangat untuk membuat kerja seakan sudah luntur memandangkan hari ini adalah hari terakhir aku menjejakkan kaki ke sini. Noorul, mana boleh begini? Nanti tak berkat gaji yang kau dapat! Aku memarahi diri sendiri. Tanpa berlengah lagi, aku melangkah menuju ke dapur untuk memulakan kerja.

AH, penatnya! Aku memicit-micit lenganku yang terasa sedikit sengal sesudah semua kerja kubereskan. Nasi goreng ayam kesukaan Mr. F pun sudah selesai digoreng. Sekeping nota kuletakkan di atas meja dapur. Encik, halalkan makan minum saya selama saya bekerja di sini. Maafkan saya sekiranya ada perkara yang menyakitkan hati encik. Minta maaf kerana menyembunyikan identiti saya selama ini. Bukan niat hendak menipu tetapi saya takut dipecat sekiranya encik tahu saya adalah pembantu rumah encik. Akhir kata, selamat berbahagia dan semoga encik bertemu dengan pembantu rumah yang lebih baik daripada saya. Terima kasih atas segalagalanya. Jam di dinding kupandang lagi untuk kesekian kalinya. Tepat pukul enam petang. Kenapa Mr. F masih tidak

124

Suri Ryana

pulang? Apakah statusku sekarang? Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Adakah aku masih pembantu rumahnya? Bolehkah aku datang ke sini dan bekerja seperti biasa esok hari? Hish, bingungnya! Tak pernah aku rasa sebingung ini seumur hidupku. Jariku teragak-agak untuk mendail nombor handphone Mr. F tetapi kecut pula perutku apabila terbayangkan mukanya yang merah padam tadi. Ah, tak jadilah. Pantas aku membatalkan hasrat untuk bertanya kepadanya tentang statusku. Telefon bimbit yang berdering benar-benar mengejutkanku. Nama Haikal yang tertera di skrin menambahkan lagi kegusaran di hati. Adakah Mr. F menyuruh Haikal memberitahu tentang keputusannya untuk memecatku? Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Ye Haikal, ada apa? tanyaku sedikit gusar. Noorul, awak okey? Suara Haikal kedengaran begitu prihatin. Tersentuh pula hatiku mendengar pertanyaannya itu. Okey. Kenapa ye? tanyaku lagi. Errr... Abang Harris tak pecat awak, kan? Pertanyaan Haikal itu melegakan sedikit hatiku. Ingatkan dia hendak memberitahu berita buruk tadi. Itulah, saya pun tak tahu status saya, Haikal. Pening betul kepala ni, luahku. Aku nekad untuk pulang sekarang memandangkan jam sudah pun menunjukkan pukul enam lima minit petang. Kenapa pula? tanya lelaki itu penuh minat.

125

M.A.I.D.

Pagi tadi, Nurina datang ke sini... berjumpa abang awak. Mereka kemudiannya bergaduh besar. Aku menceritakan kepada Haikal tentang drama yang kusaksikan pagi tadi. Dengan sebelah tangan aku mencapai beg dan kemudiannya melangkah keluar dari penthouse. Seriously?! Nurina dah ada kat Malaysia? Berdasarkan pertanyaan Haikal itu, dapat aku simpulkan bahawa Nurina menetap di luar negara sebelum ini. Hmmm... nampaknyalah. Abang awak tu ada beritahu saya yang dia akan naik ke atas untuk berbincang dengan saya. Tapi, dah pukul enam lebih ni, dia masih tak pulang ke sini. Jadi, apa status saya Haikal? Saya boleh bekerja seperti biasa ke esok? Persoalan yang bermain di fikiranku, kini kuajukan pula kepada Haikal. Setelah mengunci pintu aku bergerak menuju ke arah lif. Itu maknanya, Abang Harris tak kisahlah awak bekerja dengannya. Jangan risau sangat Noorul. Awak kerja saja macam biasa, okey? Aku tersenyum sedikit mendengar kata-kata Haikal. Alangkah bagusnya sekiranya sifat Mr. F seperti Haikal. Biar betul awak ni.... Aku memang meragui kenyataannya itu. Takkan marah Mr. F kepadaku telah pun reda? Eh, betullah... kalau saya ni tak betul, mesti dah masuk Tanjung Rambutan, kan? kata Haikal disulami ketawa. Suka benar lelaki ini mengusikku.

126

Suri Ryana

Hmmm... agaknyalah. Noorul, bagus jugak kalau Abang Harris pecat awak. Bagus? Hish! Apa yang bagusnya? Eh, eh dia ni... tak sensitif betul dengan keadaanku. Tadi bukan main prihatin lagi. Hish! Boleh awak jadi pembantu rumah saya pula. Mesti saya malas nak pergi kerja... ye la, dapat orang gaji lawa, usiknya lagi. Aku juga ketawa kecil dengan kata-katanya itu. Gatal betul awak nikan, bidasku dengan ketawa yang masih bersisa. Haikal, okeylah. Saya nak masuk dalam lif dah ni, ujarku yang sudah pun berdiri di hadapan pintu lif yang terbuka. Okey, saya pun saja aje call untuk pastikan awak okey. Terima kasih ye Haikal. Ingat jugak awak kat saya. Assalamualaikum. Aku terus mematikan talian setelah dia menjawab salamku. Aku melangkah masuk ke dalam lif dengan sebaris senyuman. Berjaya juga aku mengukir senyuman hari ini walaupun hatiku ini terlalu sarat dengan pelbagai jenis masalah. Gembira sedikit rasa hati apabila mengenangkan aku masih ada Iman dan Haikal untuk meluahkan rasa dan mendapatkan pandangan. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih belum dipecat oleh Mr. F.

127

M.A.I.D.

HIDUP ini perlukan drama, barulah berwarna, Noorul... ujar Iman yang sedang menanggalkan bulu mata palsunya. Bunyi ayat itu seperti lagu Ning Baizura yang bertajuk Mama Papa pula. Tapi Iman, drama ni lebih seram daripada cerita hantu tau, kataku kepada Iman yang kulihat sedang mencapai beg plastik berisi kuaci. Bulu mata palsu yang ditanggalkan disimpannya kemas di dalam sebuah kotak kecil. Hmmm... aku boleh bayangkan. Nurina tu pun satu. Macamlah tak ada lelaki lain. Dia jugak yang tinggalkan Mr. F dulu, kan? tanya Iman. Itulah yang diceritakan oleh Haikal tempoh hari. Tapi, apa yang sebenarnya terjadi hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Hmmm... betul, betul! kata Iman yang setuju dengan kenyataanku itu. Jadi, kau tak dipecatlah? Ah, pertanyaan Iman inilah yang menggusarkan hatiku. Memanglah aku belum dipecat hari ini tetapi esok, siapa tahu, kan? Belum lagi, Iman. Esok-esok tak tahulah, jawabku perlahan. Plastik kuaci yang dihulurkan oleh Iman kutolak dengan perlahan. Tidak ada selera untuk mengunyah apa-apa di saat ini. Ala, Noorul. Kalau Mr. F tu nak pecat kau, mesti dia dah pecat tadi. Rasanya, dia boleh terima kau. Seperti kata Haikal, kau pergi aje kerja macam biasa esok. Insya-Allah tak ada apa yang akan terjadi, Noorul, ujar Iman, cuba meyakinkan aku untuk kesekian kalinya

128

Suri Ryana

Hmmm... betul jugak. Kalau dia nak pecat aku, mesti dia dah pecat tadi, kan? Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Iman itu. Jangan risau la Noorul. Anggap aje masalah kau ni dah selesai, ujar Iman yang kini berbaring di atas katilku. Yakin betul minah sorang ni. Aku hanya mengangguk lemah. Aku peninglah, Iman. Aku tak sempat lagi beritahu mak dan Mak Cik Leha tentang Asyraf. Masalah di antara aku dan Asyraf pula menjengah ke dalam kotak fikiran. Adoi, penatnya otak! Sabar ye Noorul. Selesaikan masalah kau satu per satu. Allah sayangkan kau, sebab tu kau diuji dengan semua ni. Kau tak boleh lemah. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Air mata sudah pun bergenang di kolam mata kerana terharu dengan kata-kata Iman itu. Iman, aku sayangkan kau! Akhirnya air mataku jatuh juga ketika menuturkan ayat itu. Aku pun sayangkan kau, Noorul. Balas Iman sambil tersenyum ke arahku. Dia kemudiannya bingkas bangun dan bergerak ke katilnya. Setelah meneguk air suam, Iman membaringkan tubuh di atas katilnya. Sudah pukul sebelas malam rupa-rupanya. Inilah masa untuk kami merehatkan diri setelah seharian membanting tulang mencari rezeki. Semoga esok menjadi hari yang lebih baik daripada hari ini, insya-Allah.

129

M.A.I.D.

LANGKAH kuatur kemas memasuki kediaman majikanku. Tidak ada sesiapa di bahagian bawah. Pastinya Mr. F masih berada di dalam penthouse ni sebab dia tidak menelefonku seperti selalu untuk memastikan aku sampai tepat pada masanya hari ini. Nota juga tidak ditinggalkan untukku seperti biasa. Mungkin Mr. F ada di atas kut. Ah, apa yang harus aku lakukan? Bagaimana aku hendak memulakan kerja hari ini? Aku terus mencapai penyedut hampagas dan mendaki tangga untuk naik ke atas. Tidak, bukan niatku hendak membersihkan lantai sekarang tetapi kalau Mr. F ada di atas bolehlah aku memberikan alasan yang aku ke atas untuk membersihkan lantai. Debaran di dadaku masih kencang dan sebaik sahaja menjejakkan kaki ke ruang atas penthouse, aku menjadi semakin pelik kerana kelibat Mr. F juga tidak ada di ruang ini. Aku terus mengetuk pintu biliknya. Encik... saya dah sampai. Suaraku sengaja dikuatkan. Manalah tahu Mr. F masih lagi tidur. Masih tiada jawapan. Pintu bilik Mr. F kubuka dengan perlahan-lahan dan memang tidak ada sesiapa pun di dalam bilik ini. Yahooo! Jeritan kegembiraan keluar dari mulutku. Maksudnya, Mr. F memang tak kisahlah aku jadi pembantu rumahnya! Rugi betul aku tidak berselera makan dan tidak dapat tidur dengan nyenyak semalam. Aku terus mendapatkan telefon bimbit dan jariku pantas menelefon Iman. Assalamualaikum, Iman! Waalaikumussalam. Apa jadi, Noorul? tanya Iman penuh minat.

130

Suri Ryana

Iman, Mr. F tak ada kat rumah pun masa aku sampai tadi dan dia tak call aku pun hari ni. Aku happy sangat Iman, mungkin dia dah percayakan aku kut, kataku kepada Iman dengan penuh rasa syukur. Langkah kuatur memasuki bilik rehatku dan melabuhkan punggung di atas katil. Alhamdulillah, syukur.... Ada kelegaan pada nada suara Iman. Okeylah ye Cik Iman. Aku nak mulakan kerja, ujarku gembira. Eh, nanti, nanti. Aku kerja setengah hari aje hari ni sebab nak tengok mak su kat hospital. Lepas tu, aku tak tahu pulak nak ke mana, ujar Iman. Memang Iman ada memberitahuku yang mak ciknya yang juga bekerja di Pulau Pinang itu sedang terlantar sakit di hospital. Dah tu, takkan kau nak datang sini kut, tolong aku buat kerja? Aku tersenyum lucu. Orang lain nak cuti, kau pula tak suka. Pelik betul Si Iman ni. Ha, okey jugak tu. Line clear, kan? Aku akan datang dalam pukul tiga petang nanti. Aku tersenyum mendengar kata-katanya itu. Betul? Kau nak datang? Wah... okey, jumpa nanti. Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Jumpa nanti. Selepas mematikan talian, aku terus memulakan kerja-kerjaku dengan perasaan yang sangat tenang. Terima kasih Mr. F kerana memberi saya peluang untuk terus bekerja di sini. Hati kecilku berkata-kata sambil tersenyum.

131

M.A.I.D.

Aku terus membuka tudung dan meninggalkan beg di dalam bilik ini sebelum menyambung kerja dengan penuh bersemangat.

PADA mulanya bosan juga kerana tiada teman berbicara, tetapi selepas hampir tiga bulan bekerja di sini, aku berasa seronok pula bekerja seorang diri. Setelah mandi dan bersolat, aku berbaring dan merapatkan diri ke dinding kaca sambil memandang ke arah kolam renang yang luas terbentang di bawah. Agak-agaknya, Mr. F akan marah tak kalau dia tahu aku selalu berehat di dalam bilik ini? Entahlah, malas aku nak fikir. Ting! Tong! Hah! Pasti Iman dah datang. Aku merenung jam di dinding. Baru pukul dua petang... awal sejam pula kawanku ini. Ting tong! Ting tong! Ting tong! Hish! Iman ni, tak sabar betul. Aku bernyanyinyanyi kecil menuruni anak tangga dan tanpa berlengah lagi pintu kubuka dengan rasa gembira. Tetapi, kegembiraan yang kurasa serta-merta bertukar menjadi mimpi ngeri. Aku tergamam apabila mataku bertemu dengan mata lelaki di hadapanku ini. Tidak, bukan Iman yang datang tetapi Mr. F! Aku terus bersembunyi di sebalik daun pintu yang terbuka. Mr. F pula menahan pintu dengan tangannya daripada ditutup olehku. Maaf, maaf encik. Saya nak pakai tudung sekejap. Disebabkan terlalu kelam-kabut, aku terus menutup

132

Suri Ryana

pintu dengan kuat. Eh, pintu ni tak boleh ditutup rapat pula hari ini. Aku menekan lagi daun pintu dengan sekuat hati supaya tertutup dengan sempurna. Arghhh!!! jerit Mr. F. Alamak! Jari Mr. F pula tersepit, patutlah pintu tidak boleh ditutup dengan rapat walaupun aku menolak dengan kuat. Adus... nampaknya masalah di antara aku dan Mr. F semakin meruncing ni! Maaf encik, saya betul-betul minta maaf. Aku bersuara di sebalik pintu sambil membuka sedikit daun pintu untuk memberi ruang kepada Mr. F menarik jarinya. Seperti lipas kudung aku berlari naik ke atas dan memakai tudung dan dengan sepantas kilat aku turun ke bawah semula. Pintu kubuka dan aku tersenyum kelat melihat Mr. F yang sedang menggosok jarinya. Daun pintu dihempasnya dengan kuat selepas menghadiahkanku sebuah renungan yang tajam seperti pedang. Denyutan jantungku menjadi semakin tidak stabil di saat ini. Aku hanya berdiri di sebelah sofa dan memandang ke lantai. Tidak kusangka Mr. F akan pulang pada waktu begini. Aku ingatkan semuanya telah selesai dan dia menerima aku sebagai pembantu rumahnya dengan hati yang terbuka. Rupa-rupanya, aku tersilap menilai. Aku melihat Mr. F mengambil tempat di atas sofa dan memandang ke arahku. Dia kemudiannya melonggarkan tali leher yang dipakai sambil meraupkan wajah. Duduk, arahnya. Aku pun mengambil tempat duduk di atas sofa yang berhadapan dengannya.

133

M.A.I.D.

Saya minta maaf, encik. Aku berkata dengan perlahan sambil memandang wajahnya yang merah padam. Tidak pasti kerana menahan sakit atau kerana marahkan aku. Mungkin juga kedua-duanya sekali. Aku melihat jari tangannya sedikit membengkak dan berwarna merah kebiruan. Terutama sekali jari kelingking. Apa harus aku buat ni? Maaf, maaf, maaf! Itu aje yang awak tahu, kan?! bentak Mr. F seraya memicit-micit kepala dengan tangan kanan manakala tangan kiri yang aku kira masih sakit itu diletakkan di atas sofa. Saya tak sengaja tadi, gumamku perlahan. Pastinya kejadian sebentar tadi menyebabkan rasa marahnya terhadapku semakin memuncak. Sudahlah aku memang ada masalah dengannya sebelum ini. Noorul, Noorul... kenapalah kau ni kelam-kabut sangat? Macam mana kau boleh tak perasan jarinya tersepit tadi?! You are so clumsy. You never do things correctly. Am I right? Aku tahu Mr. F sedang memarahi aku tetapi apakah maknanya clumsy? Aku benar-benar tidak tahu. Matanya memandang tepat anak mataku. Orang macam awak selalu langgar orang. You are good at breaking, spilling and dropping things. Betul tak tekaan saya? sambungnya lagi. Aku cuba memahami apa yang dikatakannya itu. Breaking, maksudnya memecahkan dan dropping pula, menjatuhkan. Cuma, spilling aku tidak tahu maknanya. Spelling aku tahulah!

134

Suri Ryana

Oh, lupa pula. I am sure you dont understand what Im talking about, right? Dia berkata dengan nada yang sinis seakan-akan memerli aku. I understand, little little, kataku. Bukannya aku tak faham langsung apa yang dicakapkannya itu. Perlukah bercakap dalam bahasa Inggeris denganku? Kalau aku ni mahir berbahasa Inggeris, takdenya aku nak bekerja sebagai pembantu rumah kau. Hish!!! Saya takut barang-barang dalam penthouse ni tak selamat bila awak ada kat sini. Bukan setakat barang aje, keselamatan saya pun tak terjamin kalau awak bekerja di sini. Aku hanya diam dan melontarkan pandangan ke bawah apabila mendengar bait-bait ayat yang keluar dari mulutnya. Setelah melihat aku tidak memberikan apa-apa respons, dia kemudiannya bersuara, maaf, saya terpaksa pecat awak. Sebabnya awak ni kelam-kabut, cuai dan lalai! Sudah dua kali awak langgar saya dan hari ini awak cederakan pula jari saya. Kita akan ke Agensi Pekerjaan Maju sekarang untuk menamatkan kontrak. Encik, tolonglah berikan saya satu lagi peluang, rayuku. Hey, kenapa perempuan selalu minta untuk diberikan peluang kedua? Lepas tu ulang lagi kesilapan yang sama. Then, awak nak saya bagi awak peluang ketiga pulak? Maaf, awak jumpa dengan orang yang salah! tengkingnya. Aku tidak ada rancangan pun untuk meminta peluang ketiga atau keempat lepas ni. Saya takkan mintak peluang ketiga, keempat atau

135

M.A.I.D.

kelima. Satu peluang saja lagi yang saya perlukan. Aku memberanikan diri untuk memandang wajahnya. Berikan saya sebab kenapa saya tak perlu pecat awak? Lelaki di hadapanku ini memang sukar dijangka. Tiba-tiba soalan itu keluar dari mulutnya. Pertama, sepanjang saya bekerja di sini, saya tak pernah memecahkan apa-apa barang dalam rumah ini. Kedua, saya tidak pernah merosakkan apa-apa bar... Sebelum sempat aku menghabiskan ayat, Mr. F dengan pantas telah memotong kata-kataku. Memecahkan dan merosakkan dikira satu sebab. Okey, yang kedua? kata Mr. F dengan tegas. Hish! Berkira betul dia ni. Errr... yang kedua, saya tak pernah lewat datang kerja walaupun sesaat. Yang ketiga, saya pandai masak nasi goreng ayam kegemaran encik. Yang keem... Mr. F memotong lagi. Pandai?! Hah? Tak pandai ke aku masak nasi goreng ayam tu? Bukankah dia selalu mintak aku masakkan nasi goreng ayam? Tak nak mengaku pulak! Tak... maksud saya, saya boleh memasak. Taklah pandai, tapi boleh memasak. Aku membetulkan ayat tersebut agar kedengaran lebih relevan di telinga Mr. F yang memang cerewet itu. Yang keempat pula... sebab say... Mr. F terus membuat isyarat tangan menyuruh aku berhenti bercakap. Matanya pula dipejamkan rapat seakanakan tidak mahu lagi mendengar suaraku.

136

Suri Ryana

Memang perempuan pandai mencipta alasan, kan?! Sebab itulah korang tak boleh dipercayai! Okey, setelah mendengar semua sebab-sebab yang awak berikan, saya masih tidak bersetuju untuk berikan awak peluang. Terima kasih saya ucapkan atas perkhidmatan yang awak berikan selama ini, ujarnya sambil tersenyum sinis dan terus melangkah menuju ke dapur. Tidak nampak pun tanda-tanda yang dia mempertimbangkan alasan yang kuberikan itu. Pelik! Dia juga yang suruh aku berikan sebab tadi. Tidak perlulah meminta alasanku sekiranya kau tak mahu menilainya. Hish! Apa yang harus aku buat ni? Haruskah aku merayu lagi atau keluar sahaja dari rumah ini? Aku berjalan dengan perlahan ke dapur dan kulihat Mr. F sedang menggosok jarinya sambil memandang ke luar tingkap. Pasti jarinya masih sakit lagi. Aku melangkah dengan longlai naik ke atas dan mendapatkan beg. Sedihnya hatiku kerana kehilangan pekerjaan buat kali kedua di dalam tahun ini. Dengan pantas aku mengeluarkan minyak gamat dan kapas untuk diberikan kepada Mr. F. Memang minyak gamat, minyak cap kapak dan Panadol antara ubat yang kubawa setiap hari. Mana tahu terjadi kecederaan atau sakit kepala ketika bekerja. Encik, saya betul-betul minta maaf. Saya ikhlas hendak bekerja di sini, encik. Tolonglah saya, kataku perlahan. Tidak salah untukku cuba merayu walaupun peluang agak tipis untuk Mr. F membenarkan aku bekerja di sini lagi. Lelaki itu terus berhenti menggosok jarinya apabila mendengar suaraku. Ah, sakit-sakit pun nak berlagak. Aku pula terus memberikan minyak gamat dan kapas yang berada

137

M.A.I.D.

di tanganku kepada Mr. F tetapi langsung tidak dipedulikannya. Minyak gamat dan kapas itu kemudiannya aku letakkan di atas meja. Ikut saya, sekarang. Mr. F berkata dengan tegas dan menuju ke arah pintu.

AKU tidak berani memandang ke arah Mr. F sepanjang perjalanan ke Agensi Pekerjaan Maju. Satu SMS kuhantar kepada Iman, memaklumkan yang aku dalam perjalanan ke agensi pekerjaan untuk ditamatkan kontrak. Jadi, tidak perlulah dia datang ke penthouse Mr. F. Status sebagai penganggur akan disandang olehku beberapa minit lagi. Pilunya hatiku ini. Aku tidak habis-habis menyalahkan diri sendiri di atas kecuaianku. Sekiranya aku tidak menyebabkan kecederaan pada jari Mr. F, mungkin aku masih berpeluang untuk terus bekerja sebagai pembantu rumahnya. Aku memandang sekilas ke sebelah kanan. Nampaknya jari kelingking Mr. F semakin membengkak. Alamak, bagaimana kalau terjadi apa-apa pada jari itu? Teruk jugak keadaannya. Mr. F hanya menggunakan empat jari yang lain untuk memandu. Akhirnya, sampai juga kami di Kompleks Permata, bangunan yang menempatkan Agensi Pekerjaan Maju. Segan pula aku dengan Puan Asyikin. Mana tidaknya, usia pekerjaanku baru hendak mencecah dua bulan, tetapi aku sudah pun dipecat oleh majikanku. Buruknya rekod! Assalamualaikum. Boleh saya bantu? ujar Puan Asyikin setelah ternampak kelibat kami di muka pintu. Waalaikumussalam. Saya hendak tukar pembantu

138

Suri Ryana

rumah, kata Mr. F dengan muka yang kelat seperti buah salak muda. Silakan duduk, encik. Apa masalahnya ni? tanya Puan Asyikin. Matanya memandang ke arah kami silih berganti. Saya tak puas hati dengan prestasi pembantu rumah ni. Dah tu, jari saya pula dicederakannya. Tengok ni! adu Mr. F dengan kasar sambil menunjukkan jarinya kepada Puan Asyikin. Tolong sikit, ye. Pembetulan, saya tak sengaja. Bukan suka-suka cederakan jari encik, kataku dengan tegas. Bukan hendak bertekak tetapi aku sekadar ingin mempertahankan diriku. Dia ingat aku suka-suka agaknya mencederakan jarinya. Fine, fine! Tak kisah la. Sengaja ke tak. Yang penting, saya nak tukar pembantu rumah. I am willing to pay more, kata Mr. F sambil memandang ke arah Puan Asyikin yang sedang menaip sesuatu dengan menggunakan komputer di hadapannya. Kalau Encik Harris hendak tukar pembantu rumah, saya tidak ada masalah. Kami boleh tukar dengan pembantu rumah warga Indonesia. Are you okay with it? tanya Puan Asyikin meminta kepastian. Saya mahu warga tempatan. Tak mahu pembantu rumah dari Indonesia ke, Filipina ke, Cambodia ke, Bangladesh ke! Puan Asyikin pula diherdiknya kali ini. Maaf, encik. Kalau pembantu rumah warga tempatan, memang tak ada sekarang ni. Bagaimana ya? jawab Puan Asyikin yang kembali melihat ke arah skrin komputernya.

139

M.A.I.D.

Along! Aku dan Mr. F menoleh ke arah suara itu. Haikal? Tergopoh-gapah lelaki itu menuju ke arah kami. Carl! What are you doing here? tanya Mr. F. Along, cant you give her another chance? kata Haikal sambil memandangku sekilas. Bagaimana pula dia tahu aku dan Mr. F berada di sini? Hah, mesti Si Iman yang memberitahu Haikal. Betul tu Encik Harris. Apa kata encik berikan Cik Noorul satu lagi peluang. Jika masih ada masalah selepas ini, encik boleh rujuk kepada saya. Saya akan cuba membantu encik, kata Puan Asyikin pula. Aku hanya mendiamkan diri. Takut pula Mr. F bertambah marah apabila mendengar suaraku nanti. She is a good person, along. Susah nak dapat pembantu rumah yang boleh dipercayai sekarang ni. Mana tahu tukar pembantu rumah lain, jadi macam kes kat rumah kita dulu. Habis barang kemas mama dicuri pembantu rumah tu. Along dah lupa ke? Haikal masih lagi cuba untuk memujuk Mr. F supaya mengubah fikirannya. Sempat lagi mengadu dengan Haikal ya, kata Mr. F sinis. Matanya menikam mataku. Mana ada, encik. Sumpah! Saya hanya mengadu dengan Iman aje. Beria-ia aku menangkis kenyataan Mr. F sambil mengangkat tangan kananku seperti gaya sedang berikrar. Along, Noorul tak contact Carl pun. Iman yang beritahu Carl, sokong Haikal Carl sanggup bertanggungjawab sekiranya dia ni buat perangai nanti? tanya Mr. F kepada Haikal.

140

Suri Ryana

Carl sanggup, along! jawab Haikal penuh yakin. Okay, I am giving her another chance. Hanya satu peluang lagi. Lepas ni, no more! Puan Asyikin, thanks, ujar Mr. F yang kemudiannya menoleh ke arahku. Errr... encik, macam mana keadaan jari encik? tanyaku yang agak risau tentang keadaan jari Mr. F sambil cuba melihat dengan lebih dekat jari tersebut. Tak payah nak berlagak caring la. You are very lucky today. Esok-esok belum tentu lagi ye, bisiknya dengan sinis kepadaku berserta jelingan tajam. Dia kemudiannya terus bangun dan keluar dari Agensi Pekerjaan Maju sebelum sempat aku mengucapkan terima kasih. Berlagak caring? Bila masa pulak? Aku memang ikhlas bertanya tentang keadaan jarinya itu. Apa-apa pun, lega sungguh hatiku apabila mendengar kata-kata Mr. F itu. Aku harus bekerja dengan sebaik mungkin selepas ini dan tidak akan mempersia-siakan peluang yang diberikannya. Aku memandang ke arah Haikal yang sedang tersenyum manis ke arahku. Terima kasih, Haikal, ujarku. No problem. Terima kasih aje? Jom temankan saya lunch, dah lapar ni. Ajak Haikal sambil memegang perutnya. Hai, untungnya bekerja dengan ayah sendiri. Boleh suka-suka hati keluar masuk pejabat. Aku hanya mengekori Haikal keluar dari Agensi Pekerjaan Maju setelah mengucapkan terima kasih kepada Puan Asyikin. Memanglah, hari ini aku dapat menyelamatkan periuk nasiku tetapi esok lusa, masih belum pasti lagi. Nampaknya, nafas lega masih belum boleh kuhembuskan ketika ini.

141

No. ISBN:- 978-967-5067-77-8 Jumlah muka surat: 768 Harga Runcit:Semenanjung Msia: RM26, Sabah/Sarawak: RM29 Harga Ahli KKN:Semenanjung Msia: RM22, Sabah/Sarawak: RM25 Sinopsis:Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga

menyebabkan Noorul menggelarnya Mr. F (fussy). Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja. Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa perempuan plastik yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya. Apakah perisai Noorul pancaroba ini? Kuali? Sudip? untuk menghadapi

Ya Allah Noorul... takkan goreng ikan pun kau tak tahu? Masak nasi tahu tak? Haih... habislah kau kalau macam ni. Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat, Noorul. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan M.A.I.D. di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedaikedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/

kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai