Anda di halaman 1dari 8

Cerpen BM SEM 4

Nama aku Ilhan.


Aku bekerja sebagai jurukimpal di sebuah syarikat minyak ternama. Insya Allah. Tak lama lagi
aku akan dinaikkan pangkat. Sesungguhnya rezeki itu datang daripada Allah SWT.

Cuma lambat atau cepat sahaja. Sebelum ini aku dah minta macam- macam kerja, termasuk
kerajaan. Aku diundang temu duga. Tapi kerja tak dapat. Bagi aku itu namanya tak ada rezeki
dan belum sampai lagi. Namun aku tetap bersabar dan tidak pernah putus asa.

Aku menginjak ke hadapan sambil mataku menatap ke tepi demi mencari satu kertas tertampal
diluar kedai mereka yang ku harap tertulis ' JAWATAN KOSONG ''. Tapi malangnya tidak seperti
yang ku harapkan. Ya, susah betul hendak dapat kerja pada zaman kini. Dulu kerja cari orang,
sekarang orang cari kerja. Kerja pula selalu dipenuhi oleh orang tempatan atau orang asing.

Sudah beberapa kali aku mencuba mencari kerja disekitar kawasan bandar ini. Hasilnya tidak
pernah memuaskan dan malah mengecewakan. Aku dah mencuba pelbagai kedai Restoran,
kedai runcit, kedai bunga, butik dan pelbagai kedai lagi tetapi tetap tidak dapat . Aku tidak
faham. Kenapa mereka tak mahu ambil aku padahal kertas yang bertulis jawatan kosong
terlekat diluar kedai mereka.? Ada pun sebab perlukan pekerja part time. Aku tidak mahu
bekerja part time, aku mahu bekerja sepenuh masa. Aku perlukan duit.

Aku percaya. Kalau dah rezeki namanya tak akan ke mana. Teruslah berusaha dan berdoa.
Lama juga aku menganggur sebab tak ada kerja. Tapi ini bukanlah bermakna aku duduk
goyang kaki sahaja. Tambahan pulak aku belum berkahwin dan tidak ada beban untuk
ditanggung.

Aku tidak kisah kerja dalam bidang apapun. Asalkan dapat duit untuk menanggung ibu dan
adik-beradik aku yang seramai 4 orang yang masih lagi bersekolah. Sebagai anak sulung
sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menjadi ketua keluarga setelah ayah aku meninggal
dunia.

Sementara aku tiada kerja. Aku membantu kawan aku yang bernama Azmi menjual burger
pada waktu malam.

"Kawan aku beritahu syarikat tempat dia bekerja tu nak cari pekerja baru. Sebab salah seorang
yang bekerja di syarikat tu dah berhenti. Dapat kerja di Lembaga Muzium Negeri Sembilan,"
ucap Azmi sambil menggoreng burger.

"Syarikat tu kat mana, Mi?" aku menyoal sambil membungkus burger.

"Kat Senawang," dia menjawab.

"Syarikat tu buat apa, Mi?" tanyaku lagi.

"Pembungkusan!" dia menjawab pendek.

"Kalau kau minat aku beritahu kawan aku tu," tambahnya.


"Bolehlah! Daripada tak ada kerja," aku sebaliknya membalas dengan pantas.

"Baiklah! Nanti aku beritahu kawan aku tu," ucap Azmi pula.

Aku berharap dapat sangatlah kerja tu.

Dalam pada itu aku terus mencari kerja. Sebab tak boleh berharap sangat dengan. syarikat
tempat kawan Azmi bekerja tu. Sebenarnya aku tak gemar duduk di rumah. Menghabiskan
masa dengan makan dan tidur sahaja.

Sekurang-kurangnya dengan bekerja dapat juga duit masuk. Ibu dan adik-adik sangat
bergantung harap pada aku. Yalah! Kalau aku tak bekerja macam mana ibu dan adik-adik aku
nak hidup. Ibu dah tua dan tak larat lagi nak bekerja.

Dengan tiba-tiba wajah arwah ayah menjelma di ruang mataku. Arwah ayah memang seorang
yang kuat bekerja. Demi untuk kesenangan keluarga dia sanggup bekerja keras. Daripada pagi
sampailah ke malam. Akibat tidak menjaga kesihatan maka dia telah jatuh sakit dan meninggal
dunia.

Sungguh besar pengorbanan, ayah. Sekarang ayah dah tiada. Man akan pikul dan laksanakan
segala tugas dan tanggungjawab yang telah ayah tinggalkan. Walaupun seberat batu yang
besar, kata hati kecilku.

"Jauh kau mengelamun, Man. Apa yang


kau fikirkan tu?" tegur ibu.

Aku kemudian lalu memandang wajah ibu yang semakin dimamah usia. Dahulu sewaktu aku
masih kanak-kanak lagi ibu kelihatan muda. Lebih banyak menghabiskan masa sebagai
seorang suri rumah tangga. Menyediakan makanan dan pakaian untuk kami sekeluarga.

Tapi sekarang telah berubah. Ibu telah tua. Demikianlah perjalanan hidup kita sebagai manusia
di dunia ini. Ibarat sehelai daun hijau yang pada satu hari nanti akan bertukar warna menjadi
keperangan dan kekeringan. Kemudian akan jatuh berguguran di atas tanah apabila ditiup
angin yang kencang. "Tak ada apalah, mak!" aku menggeleng-gelengkan kepala.

"Mak tahu!" angguknya.

"Kau tentu fikirkan pasal kerja, kan?" Dia seperti sudah dapat membaca apa yang sedang
bersarang di fikiranku.

Itulah yang dikatakan sebagai naluri seorang ibu. Aku kemudian lalu menarik nafas yang
panjang. Wajah insan yang paling aku sayang kerana telah melahirkan dan membesarkan aku
di dunia ini lalu aku pandang dengan sedalam-dalamnya.

"Ya, mak...!" aku mengangguk- anggukkan kepala perlahan.

Dia sebaliknya memandangku sambil tersenyum.


"Sabarlah, Man. Ada la rezeki kau nanti.

Mak sentiasa mendoakan yang terbaik buat kau," dia berkata.

"Terima kasih, mak!" balasku dengan rasa gembira kerana telah mendapat suntikan semangat
daripada ibu. Doa seorang ibu pada anaknya pasti akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Sesungguhnya syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Anak yang menderhaka terhadap
ibunya akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan yang telah dilakukannya itu.

Aku berasa amat takut apabila mendengarnya. Selalu aku memunajatkan doa pada Allah SWT
agar aku menjadi anak yang soleh dan sayang pada ibuku sentiasa. Tidak lupa juga aku berdoa
agar Allah SWT mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan baik yang berpanjangan kepada
ibu yang aku kasihi.

Pada adik-adik aku juga ingatkan bahawa jangan sesekali menderhaka pada ibu. Jangan
lupakan ibu apabila sudah berjaya dalam hidup. Aku juga sering mengingatkan mereka agar
belajar bersungguh-sungguh. Dengan memiliki pelajaran yang tinggi bukan sahaja akan
mendapat pekerjaan yang malahan juga dapat membela nasib
terbaik dan menjamin masa depan keluarga.

"Dahlah, Man. Waktu asar dah pun masuk. Pergilah solat!" ujar ibu mematikan lamunanku yang
jauh melayang.

"Baiklah, mak!" aku membalas dengan pantas.

Sebaik-baik sahaja selesai menunaikan solat Asar aku mendapat panggilan telefon daripada
Abang Mat.

"Abang dapat tender membersihkan


bangunan kerajaan di Port Dickson," dia
memberitahuku.

"Ya ke, bang. Alhamdulillah!" Aku juga


tumpang berasa gembira apabila mendengarnya.

"Bulan depan dah mula. Abang akan ambik kau kerja," katanya.

"Terima kasih, bang!" balasku pula sebaliknya dengan rasa penuh gembira dan syukur.

Aku lalu membertahu ibu yang bulan


depan aku akan mula bekerja dengan
Abang Mat

"Syukur alhamdulilah, acap ibu pula sebaliknya.

Sementara itu aku masih lagi membantu Azmi meniaga burger pada waktu alam.
Setidak-tidaknya dapat jugak duit tambahan untuk menyara ibu dan adik-adik aku yang masih
lagi bersekolah. Apabila dapat duit hasil daripada membantu Azmi menjual burger taklah kami
sekeluarga hidup kesusahan.

"Bulan depan aku dah mula kerja dengan Abang Mat. Dia dapat tender membersihkan
bangunan kerajaan di Port Dickson," aku memberitahu Azmi ketika hendak menutup gerai
menjual burger.

"Baguslah tu, Man!" jawabnya pula sambil mengangguk-anggukkan kepala.

"Aku dah beritahu kawan aku tu yang kau nak bekerja di syarikat tempat dia bekerja tu. Tapi dia
senyap aje. Dah orang lain dapat agaknya," katanya lagi.

"Tak apalah, Mi. Dah tertulis aku bekerja dengan Abang Mat," aku membalas pula sebaliknya.

"Ni upah kau." Dia menghulurkan duit kepada aku.

"Terima kasih, Mi!" ujarku sambil menyambutnya.

"Malam besok aku tak berniaga tau. Sebab ada hal," ucap Azmi.

"Yalah!" anggukku.

"Jom kita balik!" ajaknya.

Bulan berikutnya aku pun mula bekerja dengan Abang Mat. Aku bernafas dengan amat lega
sekali. Kerana telah mendapat pendapatan yang tetap. Dalam pada itu aku berfikir alangkah
baiknya kalau aku belajar semula.

Sekurang-kurangnya dengan kelulusan yang ada dapatlah aku memohon kerja tetap. Kerja
tetap ini bukan sahaja
mendapat gaji pada setiap bulan malahan juga terjamin masa depan kerana ada pencen
apabila bersara nanti. Mungkin permohonan aku ditolak dan tidak berjaya dalam temu duga
kerana tidak mempunyai kelulusan.

Lalu aku mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma. Aku
terpaksa membahagikan masa antara waktu bekerja dan belajar. Pada mulanya menjadi
kepayahan dan kesukaran juga buatku. Namun demi untuk mencapai cita-cita maka aku
berikan komitmen yang sepenuhnya terhadap kedua-duanya.

Aku bersyukur. Kerana dapat


mengimbangkan masa antara waktu kerja dan belajar. Berkat usaha rajin dan gigih akhirnya
aku berjaya memperolehi diploma. Sebulan selepas itu keluar iklan mengenai kekosongan
jawatan jurukimpal di sesebuah syarikat.

Dengan kelulusan diploma yang aku perolehi aku lalu memohon jawatan tersebut. Permohonan
aku telah diterima dan aku telah dipanggil untuk temu duga. Selepas itu aku dah tak fikir lagi
dah. Sama ada dapat atau tidak jawatan itu.
Semuanya aku serahkan kepada Allah SWT. Sebagai manusia aku hanya mampu merancang
sahaja. Sedangkan yang menentukan segala-galanya adalah Allah SWT. Sebaliknya aku
meneruskan bekerja dengan Abang Mat.

Beberapa bulan kemudian aku telah menerima surat daripada syarikat yang aku mohon untuk
bekerja. Aku telah berjaya dalam temu duga dan diminta untuk melaporkan diri. Lalu aku
memberitahu ibu akan khabar gembira itu.

"Syukur, Man. Akhirnya Allah SWT berikan jugak kau rezeki," kata ibu.

"Terima kasih, mak. Semua ini adalah berkat doa mak juga," aku membalas sambil mencium
tangannya.

Aku juga memberitahu Abang Mat yang aku dah dapat kerja sebagai jurukimpal. Seperti ibu dia
juga berasa amat gembira apabila mendengarnya.

"Tahniah, Man. Kau dah dapat kerja yang boleh menjamin masa depan kau,” katanya.

"Saya juga berterima kasih pada Abang Mat. Kerana telah mengambil saya untuk bekerja
dengan syarikat abang," balasku pula.

"Abang tengok kau ni rajin, Man. Lebih- lebih lagi dalam membantu keluarga. Sebab itulah
abang ambil kau bekerja," tambah Abang Mat lagi.

Aku sebaliknya lalu menarik nafas yang panjang apabila mendengar kata-kata Abang Mat itu.

"Apabila ayah dah tiada tanggungjawab menyara keluarga terletak di atas bahu saya, Abang
Mat ...," aku memberitahu dalam nada suara yang perlahan.

"Ya, Man!" Abang sebaliknya lalu membalas dengan mengangguk- anggukkan kepala.

"Itu sudah menjadi kewajipan dan tugas kau sebagai anak yang sulung dalam keluarga," dia
menyambung lagi.

Aku lalu mengangguk-angguk diam. Sebagai tanda bersetuju dan menyokong dengan apa yang
dikatakan Abang Mat itu.

"Abang Mat dah anggap kau macam adik Abang Mat sendiri. Abang Mat rasa
sangat gembira apabila kau dapat bekerja dengan kerajaan. Maklumlah orang berniaga macam
Abang Mat ni tak menentu. Tender yang Abang Mat dapat ni belum tentu lepas ni akan dapat
lagi. Terpulang kepada dia orang sama ada nak pilih lagi syarikat Abang Mat atau tak," kata
Abang Mat dengan penuh panjang lebar.

Aku sebaliknya hanya mendiamkan diri sahaja dan memandang wajah Abang Mat. Dari raut
wajahnya jelas kelihatan bahawa dia sedang memikirkan untung nasib syarikatnya pada masa
yang akan datang. Sama ada akan dapat terus bertahan ataupun sebaliknya. Jawapannya
hanya ada pada Allah SWT.
Dalam hati kecilku berdoa. Semoga Allah SWT mengurniakan yang terbaik buat Abang Mat dan
syarikatnya. Abang Mat seorang majikan yang baik. Sentiasa mengambil berat dan menjaga
kebajikan para pekerja. Cukup sahaja bulan dia akan membayar gaji pekerja.

Dia kemudian lalu memandang wajahku dan menepuk-nepuk lembut bahuku.

"Abang harap kau bekerjalah dengan baik dan bersungguh-sungguh. Sepertimana yang kau
tunjukkan semasa bekerja dengan Abang Mat," ucapnya.

"Insya Allah, Abang Mat!" aku menjawab dengan pantas sambil mengangguk- anggukkan
kepala.

"Saya akan ingat segala pesan Abang Mat," tambahku lagi.

"Bagus!" angguknya pula sambil tersenyum memandangku.

"Dahlah! Perut pun dah lapar ni. Mari kita makan. Abang Mat belanja. Meraikan kejayaan kau
dapat kerja baru," ujarnya lagi.

"Tak payahlah, bang. Saya ...,” kataku.

"Dah! Dah! Mari kita pergi makan!" dia memotong dengan pantas.

Aku lalu menurut sahaja pelawaannya itu. Tengah hari itu aku bersama-sama dengan Abang
Mat dan kawan-kawan sekerja yang lain menjamu selera di salah sebuah restoran yang terletak
di tepi pantai Port Dickson. Memang amat menyelerakan apabila menikmati hidangan yang
enak sambil menghirup udara yang segar.

"Terima kasihlah, Abang Mat. Belanja kami semua. Semoga murah rezeki Abang Mat," ucapku
sebaik-baik sahaja selesai menikmati hidangan.

"Alah! Ada rezeki lebih Abang Mat belanjalah kau orang semua. Lagipun jamuan ni untuk
meraikan perpisahan kau juga," balasnya.

Selang beberapa bulan kemudian aku pun melaporkan diri di jabatan yang menerima aku untuk
bertugas sebagai seorang penjawat awam.

"Sebelum ni awak kerja mana?" soal Encik Bakar, ketua jabatan yang telah berkhidmat hampir
30 tahun sebagai kakitangan kerajaan.

"Saya bekerja dengan syarikat yang membersihkan bangunan kerajaan. Malam pula saya
tolong kawan jual burger," aku menjawab dengan jujur.

"Oh, begitu!" dia sebaliknya lalu mengangguk-anggukkan kepala.

"Kerja ni ada peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi. Saya harap awak akan ikut
semua undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Saya juga berharap awak akan
bekerja dengan penuh amanah dan komited. Apa pun saya ucapkan selamat datang dan
tahniah kepada awak. Kerana terpilih untuk bekerja dengan jabatan ini. Saya ucapkan selamat
maju jaya kepada awak." Itulah kata-kata Encik Bakar sewaktu hari pertama aku melaporkan
diri.

" Terima kasih, tuan" ujarku sambil mengangguk-anggukan kepala.

Syukur alhamdulillah. Itulah yang aku ucapkan. Aku juga telah mendirikan rumah tangga
sebaik-baik sahaja mendapat pengesahan dalam jawatan. Memang aku telah menanamkan
azam untuk berumahtangga apabila disahkan dalam jawatan.

Bila dah disahkan dalam jawatan maka terjaminlah kehidupan apabila sudah bergelar suami
dan menjadi ketua keluarga. Gadis yang berjaya menambat hati aku bernama Azra. Pilihan ibu
aku. Kami bahagia dengan jodoh pilihan keluarga. Isteri aku tak bekerja.

Alhamdulillah. Kami dikurniakan anak seramai 4 orang iaitu 2 lelaki dan 2 orang. Dalam pada itu
aku sering menunjukkan prestasi yang cemerlang dan peningkatan sebagai seorang penolong
pegawai. Atas dorongan dan galakan Encik Bakar maka aku menyambung semula pelajaran.
Kali ini dalam bidang ijazah pula."Saya akan ingat segala pesanan tuan itu. Saya juga berjanji
akan bekerja dengan penuh komited dan bersungguh- sungguh," ikrarku.

Encik Bakar yang memakai kot dan tali leher sambil duduk di atas kerusi pusing lalu tersenyum
dan mengangguk-angguk apabila mendengar kata-kataku itu. Rasa kesejukan alat penghawa
dingin terasa mengepung seluruh ruang biliknya.

Aku pun menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan dengan penuh dedikasi dan
komited. Selang beberapa tahun kemudian aku pun telah mendapat pengesahan dalam
jawatan. Setelah lulus dalam peperiksaan perkhidmatan awam dan mengikuti kursus induksi.

Syukur alhamdulillah. Itulah yang aku ucapkan. Aku juga telah mendirikan rumah tangga
sebaik-baik sahaja mendapat pengesahan dalam jawatan. Memang aku telah menanamkan
azam untuk berumahtangga apabila disahkan dalam jawatan.

"Awak belajarlah lagi. Ambil ijazah. Akan datang ada kekosongan dalam jawatan pegawai.
Awak ada potensi untuk memegang jawatan itu." Demikianlah kata Encik Bakar padaku.

Maka aku pun menyambung semula pelajaran dalam bidang ijazah dan telah lulus dengan
cemerlang. Tak lama kemudian aku pun dipanggil untuk temu duga dan telah berjaya. Sekali
lagi aku melafazkan rasa kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Allah SWT.

Aku kini menunggu surat perlantikan sahaja daripada jabatan. Walaupun aku dah berjaya
menjadi seorang pengimpal namun aku tidak lupa pada ibu, keluarga, Abang Mat dan Azmi.
Tanpa mereka aku mungkin tidak akan sampai ke tahap yang tinggi seperti ini.

Demikianlah kisah yang ingin aku jadikan sebagai perkongsian bersama-sama dengan para
pembaca. Kalau dah namanya rezeki dan tertulis buat kita maka tetap akan menjadi milik kita
juga akhirnya. Asalkan kita sentiasa berusaha dan berdoa ke hadrat Allah SWT. Insya Allah.
Sebelum mengundurkan diri aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
pembaca. Di atas kesudian dan meluangkan masa untuk membaca kisah yang kutulis ini.

Anda mungkin juga menyukai