Anda di halaman 1dari 5

Ku Berharap

Pada saat ini, tiada apa lagi yang aku harapkan melainkan untuk semua ini berakhir. Aku
cuma mahukan kehidupan seperti dulu, bebas dan tenang.

“Allahuakbar..allahuakbar…”

Laungan azan berkumandang menandakan sudah masuknya waktu solat Subuh. “Natasha
binti Roslan, bangun subuh dah oi!” Aku bangun terduduk setelah terdengar namaku diseru
oleh seorang wanita yang sudah pun berusia 45 tahun iaitu mak aku. Tak perlu loceng pun
boleh bangun kalau dengar suara mak. Jeritan mak aku ni kalau dekat tingkat atas pun
boleh dengar. Siapalah tak gerun kalau dengar suara Puan Naziroh.

Sesudah selesai menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, aku lantas membuka
langsir dan tingkap. Aku merenung ke luar tingkap, angin pagi subuh lembut menampar
pipiku, terasa bulu roma mencacak gara-gara sejuk. Tanpa ku sedari, aku sudah jauh
termenung…

“Anis, cepatlah kita dah lambat nak ke kelas!” Aku yang sudah pun bersiap masih setia
menunggu rakan sebilikku untuk pergi ke kelas bersama-sama. Kami ibarat dakwat dan
kertas yang tak boleh dipisahkan, setiap masa bersama.

“Sabaq laa, nak kalut pi mana, kelas dok tang tu ja, u rilek la.” Itulah yang menjadi sebab
kami selalu lambat ke kelas. Aku mempercepatkan langkahku kerana ingin melihat
gelagatnya berlari anak mengejarku. Itulah siapa suruh pakai kasut tumit tinggi lagi kan lari
pun dah terkedek-kedek macam itik.

“Tasha! Tasha! Tok sah la lari!” Anis menjerit namaku berulang kali. Aku teruskan langkahku
sambil tertawa.

Tiba-tiba ku merasakan sentuhan di bahagian bahu ku. Mak. Rupanya, aku termenung
mengimbaukan kenangan manis di kampus. Rindunya suasana kampus.

“Haih, pagi-pagi pon dok termenung. Dok ingat kat pakwe ka tu?” Mak memang suka
menyakat orang. “ Apa la mak ni, mana ada pakwe. Dak la, teringat kat kampus, teringat kat
anis. Mak rasa bila kakak boleh balik kampus?” kataku dengan penuh sayu. Selama ni,
fikiranku cuma nak balik rumah tapi sejak 5 bulan yang lepas, perasaan rindu nak balik
kampus semakin membuak-buak.

1
“Tak tau lah kakak, kes covid sekarang ni makin teruk, kita cuma mampu berdoa dan
jalankan tanggungjawab kita dengan patuhi SOP.” Aku hanya mampu mengukir senyuman,
semua ni ketentuan Illahi. “Kaih, turun bawah nak sarapan.”

Aku menuruti langkah mak ke dapur. Kebiasaanya, mak akan jadi tukang masak dan aku lah
pembantunya. Akan tetapi, harini giliranku untuk memasak asbab dah lama tak berperang
dengan senduk dan kuali. Kata mak, anak dara kenalah pandai memasak.

“Uish, rajin kakak harini buat nasi lemak. Sedap ka dak tu?”

“Ayah, mestilah sedap. Kan guna hebat-hebat rasa maggi cukup rasa.” Jawabku sambil
menari-nari memegang bungkusan Maggi Cukup Rasa.

“Abang, adik, ayah jom kita makan, nasi lemak dah siap!” Kelihatan adikku yang bongsu
berlari-lari anak ke arah meja makan. Pantang betul kalau dengar makanan dah siap.
Tercuit rasa hatiku melihat gelagatnya. Alangkah sunyinya kalau tanpa adik bongsuku yang
satu ini.

Sarapan pagi sudah pun terhidang di atas meja makan. Aroma sambal ikan bilis yang
menusuk hidungku membuatkan perut yang kosong ini berbunyi. Manakan pula tidak
berbunyi kalau perut ini tidak dilapik sejak subuh tadi. Pandai juga aku masak rupanya bisik
hatiku sambil tersenyum melihat adik- beradik yang lain sudah menyenduk nasi ke dalam
pinggan.

“Nampaknya kakak duduk rumah sampai hujung tahun ni la gamaknya.” Kata ayahku sambil
tertawa.

“Hm, nampaknya macam tu la. Tapi takpa, janji elaun masuk hehehe.”

“ Yang bantuan dua ratus ringgit bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat tu dah
masuk kan?” Tanya ayahku lagi. Ini mesti nak tahu anak perempuan sulungnya ini dah
habiskan wang tersebut ataupun belum. Maklumlah, anak perempuan sulungnya ini rajin
membelanja tambah lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Setiap hari pasti ada yang
berkunjung ke rumah untuk hantar bungkusan barang yang dibeli dalam talian. Sampaikan
abang posmen pun dah kenal orang yang bernama Natasha binti Roslan.

“Dah lama masuk ayah. Banyak betul peruntukan kerajaan untuk bantu rakyat kan ayah?
Rasa beruntung dapat kerajaan dan pemimpin yang prihatin terhadap rakyat”. Sejujurnya,
aku amat bersyukur kerana kerajaan Malaysia mampu untuk memberi peruntukan dalam
membantu rakyatnya yang terkena tempias semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Bukan
beribu kerugian yang dicatat, tetapi berbilion. Allahuakbar.

2
“ Kalau nak tahu, yang inilah dinamakan inisiatif ‘Malaysia Prihatin’. Tema ni sebenaqnya
bertepatan dengan aspirasi kerajaan bahawa seluruh rakyat sama-sama memerangi wabak
Covid-19.” Adik-adik yang mendengar pun sekadar mengangguk meskipun mereka tidak
faham apa yang dinyatakan ayah tadi.

“Ha, kakak baca surat khabar berita harian pasai Perdana Menteri umumkan pakej
Kerangka Inisiatif Tambahan Khas Kita Prihatin berjumlah RM10 billion dalam usaha
kerajaan meringankan beban rakyat. Dalam bantuan tu merangkumi Bantuan Prihatin
Nasional 2.0 berjumlah RM7 bilion, Program Subsidi Upah 2.0 RM2.4 bilion dan inisiatif
Geran Khas PRIHATIN sebanyak RM600 juta. Masya Allah rasa bersyukur sangat sebab
pemimpin kita pikiaq pasai beban rakyat. BPN 2.0 tu macam bantuan tambahan untuk 10.6
juta rakyat, tapi kalini tak payah buat permohonan. Kerajaan akan salurkan secara ansuran
dan berperingkat. Mula-mula isi rumah B40, depa dapat seribu ringgit kalau untuk B40
bujang dapat lima ratuih ringgit. Kalau tak silap, bayaran tu akan dibuat pada hujung oktober
RM700 dengan Januari 2021 sebanyak RM300.” Panjang lebar aku ceritakan soal inisiatif
kerajaan untuk kebajikan hidup rakyat.

“Sebab itulah, kita pun kena jalankan tanggungjawab kita. Kerajaan dah buat apa yang depa
mampu. Jadi, kita la pulak kena jaga diri kita. Tau dak sebab apa tema ‘Malaysia Prihatin’
dipilih untuk sambutan kebangsaan tahun ni?” Jarang-jarang mak nak bersuara semasa di
meja makan, tapi lain pula hari ni.

Aku memikirkan sejenak mengenai soalan yang mak ajukan tadi.

“Aiman tau! Sebab tema tu membawa maksud yang cukup mendalam pada jiwa rakyat
Malaysia selari dengan keadaan negara yang masih berdepan dengan pandemik covid-19.
Betui dak ayah?” Laju pulak adik ku menjawab soalan. Aku menunduk malu kerana tidak
tahu jawapan kepada soalan tersebut.

“Betui tu. Dah, jom makan. Satgi sejuk tak sedap.” Begitulah pengakhiran perbincangan pagi
Sabtu berlalu.

Sedang ku mengemas rumah, mak meminta aku untuk membeli barang dapur di pasaraya.
Tanpa berlengah lagi, aku terus mencapai tudung sarung, enjin kereta Kancil ku hidupkan
dan terus menuju ke Econsave. Awal-awal lagi mak pesan, jangan pandu laju-laju.

Setibanya di pasaraya, seperti biasa aku memakai pelitup muka kerana itu sebahagian
daripada langkah pencegahan covid-19 di tempat awam. Setelah mengimbas kod QR yang
ditampal pada pintu masuk, aku melangkah masuk.

3
Ramai betul orang harini ya, mesti semua sibuk membeli keperluan harian untuk seminggu.
Tersenyum ku seorang diri kerana terasa bangga apabila melihat semua orang
mengekalkan jarak 1 meter antara satu sama lain, tiada seorang pun yang tidak mematuhi
arahan kerajaan. Alhamdulillah, semoga rakyat Malaysia terus kekal sebegini.

Penuh barang dalam troli ku kerana mak memesan supaya beli terus untuk seminggu,
barulah tak perlu keluar selalu. Selesai sudah tugasku harini. Ketika aku sedang
memunggah barang-barang yang dibeli masuk ke dalam kereta, aku terdengar suara
sapaan seorang budak kecil.

“Akak, boleh saya tolong?” Aku menoleh seketika. Badannya kurus, pakaiannya lusuh dan
yang menarik perhatian aku ialah mukanya yang tidak berpelitup muka itu. Tanpa berkata-
kata, aku terus mengangguk kepala menandakan setuju.

“Terima kasih dik. Adik duduk dekat mana?” Aku bertanya kepadanya sambil aku
menghulurkan satu kotak pelitup muka kepadanya.

“Saya ke sini nak cari wang saku, mak saya dah pergi kerja. Saya tak nak bebankan mak
saya. Tambah lagi dengan keadaan sekarang. Meskipun kami terima bantuan kerajaan,
tetapi saya tetap kena cari wang lebih.” Luluh hatiku mendengar luahannya.

“Kakak bawa awak balik bersihkan pakaian, nanti kakak hantar balik rumah nak?”

“Takpa kak, saya tak nak menyusahkan orang sekeliling.”

Aku menghulurkan sekeping not 50 ringgit, meskipun tak berapa banyak akan tetapi wang
tersebut sangat bermakna buatnya. “Adik jangan merayau-rayau ya, nanti balik rumah awal
tau.”

“Terima kasih kak. Semoga kakak murah rezeki sebab bantu saya.”

“Sama-sama.” Mataku memerhati sebaik sahaja anak kecil itu berjalan pergi.

Ya Allah Ya Tuhanku, aku berharap kami mampu memerangi pandemik ini dengan jayanya
ya Allah. Aku tidak mampu melihat keadaan orang-orang susah yang terkesan teruk.

4
RUJUKAN

Anugerah Ayu Sendari. (2019, 18 Mac). Cara Membuat Cerpen untuk Pemula dengan Baik
dan Benar, Perhatikan Langkahnya. Liputan 6.
https://www.liputan6.com/citizen6/read/3919642/cara-membuat-cerpen-untuk-
pemula-dengan-baik-dan-benar-perhatikan-langkahnya

Buletin TV3. (2020, September 23). TERKINI | PM Lancar Inisiatif Kita Prihatin [video].
Diambil daripada https://www.youtube.com/watch?v=buJdm_gwTb4

Dr. Huzuli Hussin. (2020, Ogos 29). Malaysia Prihatin: Apa Ukurannya?. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/98753/KOLUMNIS/Malaysia-Prihatin-apa-
ukurannya

Kementerian Pengajian Tinggi. (2020, 21 Mei). Pembayaran Bantuan One-Off RM200


Kepada Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi
Prihatin Rakyat. https://www.mohe.gov.my/en/media-mohe/press-statement/1121-
pembayaran-bantuan-one-off-rm200-kepada-pelajar-institusi-pendidikan-tinggi-
melalui-pakej-rangsangan-ekonomi-prihatin-rakyat

Mohd Iskandar Ibrahim, Sophia Ahmad, Mohd Nasaruddin Parzi Mohd Iskandar


Ibrahim, Sophia Ahmad & Mohd Nasaruddin Parzi. (2020, September 23). PM umum
inisiatif tambahan khas KITA PRIHATIN bernilai RM10 bilion. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/734386/pm-umum-inisiatif-
tambahan-khas-kita-prihatin-bernilai-rm10-bilion

Anda mungkin juga menyukai