Anda di halaman 1dari 8

2.

 Terangkan pembinaan sosial gender dan implikasinya terhadap wanita. (50 markah)

PENDAHULUAN

Pembinaan sosial ialah proses interaksi dan tindakan yang berterusan, realiti yang

dikongsi dan dialami melalui pemahaman objektif dan subjektif. Realiti sosial ialah sesuatu

yang tersirat dalam pergaulan yang diungkapkan secara sosial melalui komunikasi, bahasa,

pekerjaan, organisasi sosial dan sebagainya. Jantina merujuk kepada seseorang lelaki atau

perempuan.. Seksualiti bukan sahaja sifat individu, tetapi konsep yang dicapai dalam

interaksi dengan orang lain. Jantina adalah lebih daripada sekadar peranan atau sifat individu;

Jantina adalah satu mekanisme di mana tingkah laku sosial menyumbang kepada

pembangunan struktur sosial.. Konsep gender menunjukkan bahawa masyarakat telah

mencipta pelbagai jangkaan tentang peranan wanita dan lelaki, berdasarkan pelbagai faktor,

termasuk budaya, adat, nilai timur, dan kepercayaan agama..

Baik di kalangan masyarakat barat atau timur, isu perbezaan gender dalam pendidikan

semakin mendapat perhatian yang tinggi. Ini adalah kerana sistem pendidikan menentukan

haluan pelajar lelaki dan perempuan dalam bidang kerjaya, politik dan status sosial. Lelaki

yang sering dicirikan dengan kegagahan, sifat agresif, berdikari, berkepimpinan,

berkeyakinan diri, dominan dan aktif menjadi ketua keluarga, ketua unit, ketua masyarakat

yang menjadi lambang kuasa dominan. Sebaliknya, perempuan yang dianggap lebih

emosional, kreatif, lembut, kemas dan pemalu pula disosialisasikan sebagai suri rumah, guru,

jururawat dan setiausaha di antara lain. Dalam konteks gender, pembinaan sosial berlaku

apabila nilai peranan dan tingkah laku yang berkaitan lelaki dan juga perempuan dikenal pasti

dan dianalisis berdasarkan jangkaan dan nilai budaya sesebuah masyarakat. Analisis nilai

tersebut menunjukkan tingkah laku yang ideal untuk lelaki dan perempuan serta peranan dan

tanggungjawab mereka yang berbeza dalam kumpulan sosial. Maka, dalam memahami ciri
dan sifat antara lelaki dan perempuan, aktiviti sosial yang dilakukan antara dua gender

tersebut ditakrifkan semula untuk menjadikan nilai pemahaman tentang gender lebih jelas.

PEMBINAAN SOSIAL GENDER

Peranan gender juga adalah hasil budaya, bersifat personal dan mempunyai

pembahagian antara lelaki dan perempuan yang memisahkan ruang antara kedua gender.

Peranan gender sebenarnya mengatur bagaimana cara berfikir, berpakaian, berinteraksi dan

bertingkahlaku sesuai dengan konteks masyarakat yang didiaminya. Pembelajaran dalam

melaksanakan peranan gender ini adalah proses sosialisasi yang berlaku kepada kanak-kanak

sejak lahir hingga dewasa berdasarkan skema gender yang kuat melekat pada kerangka teori

yang memberi definisi terhadap aspek-aspek maskuliniti dan feminiti. Peranan gender

tersebut diajar oleh agen-agen sosialisasi seperti ibu bapa, guru, rakan dan media masa

sepanjang hayat.

Apabila peranan gender sudah dikenalpasti, maka timbullah perbezaan peranan

gender yang melahirkan stratifikasi sosial baru. Lain daripada itu, peranan gender merupakan

peranan sosial yang ditentukan berdasarkan perbezaan jantina atau kelamin. Peranan ini

membezakan kedudukan antara lelaki dan perempuan di dalam keluarga serta masyarakat.

Perbezaan peranan diturunkan melalui budaya dari satu generasi ke generasi yang lain dan

menjadi kepercayaan turun temurun serta diyakini sebagai sebuah ideologi. Walau

bagaimanapun gender sebagai pembinaan sosial boleh berubah dan tidak kekal kerana boleh

dipengaruhi oleh politik, masa, budaya dan sosial. Contohnya mengasuh anak dan

menguruskan rumahtangga adalah peranan dan tanggungjawab perempuan. Lelaki pula

mencari nafkah dan memenuhi keperluan rumahtangga. Namun, peranan ini tidak mutlak dan

boleh berubah menjadi sebaliknya sekiranya keadaan tidak mengizinkan atau dengan

kesepakatan kedua belah pihak.


Maka perbezaan peranan gender wujud disebabkan oleh persepsi sosial tentang

perbezaan antara lelaki dan perempuan yang masing-masing menjalankan tanggungjawab

mengikut kesesuaian biologi tubuh. Walau bagaimanapun peranan gender boleh mengalami

perubahan mengikut peredaran zaman, budaya, politik dan status sosial sesebuah masyarakat.

Perkaitan kuasa antara kedua-dua istilah maskuliniti dan femininiti memerlukan

pertimbangan kerana sebagai contoh terdapat juga tingkah laku maskulin yang dilakukan oleh

perempuan dan juga sebaliknya. Sebagai contoh, wujud lelaki bersikap dan berpewatakan

perempuan yang dinamakan masculine femaleness dan wanita berpewatakan dan bertingkah

laku lelaki yang dinamakan female masculine. Sebaliknya pelajar perempuan menunjukkan

prestasi yang jauh lebih baik berbanding pelajar lelaki dan mereka ingin membentuk sifat

maskulin yang negatif seperti degil dan nakal.

Selain itu, istilah identiti gender secara terminologi ialah seseorang individu yang

merasakan diri dan perasaan dalamannya sebagai seorang lelaki atau perempuan atau

alternatif gender (tidak pasti), yang bersesuaian atau tidak sesuai dengan kejadian dan

ketentuan seks atau jantina semasa lahir. Identiti gender lebih ditujukan kepada apa yang

dirasakan oleh seseorang, contohnya walaupun seseorang itu mempunyai alat kelamin lelaki

tetapi dia merasakan dirinya seorang perempuan, maka identiti gendernya adalah perempuan.

Ia juga adalah keadaan psikologi yang mencerminkan perasaan seseorang sebagai lelaki atau

perempuan dalam diri yang dipanggil ‘inner sense’ dan juga refleksi perasaan dalaman

tentang menjadi lelaki atau perempuan. Pembentukan identiti gender bergantung kepada

perkembangan kognitif. Oleh itu, pembentukan identiti gender ini kuat dipengaruhi oleh

persekitaran. Perkembangan identiti gender ini berlaku melalui proses penyatuan informasi

dari masyarakat dan juga persepsi yang ada pada diri kanak-kanak tentang dirinya sebagai

anak lelaki atau perempuan. Ianya juga berkait rapat dengan konsep kendiri iaitu manusia
bertindak dan bertingkah laki berlandaskan identiti gender. Dengan kata lain, identiti gender

merujuk kepada siapakah diri kita dari segi jantina.

Setelah identiti gender dikenalpasti serta peranan dan tingkah laku yang bersesuaian

dipelajari, maka stereotaip gender pula mengambil tempat dalam masyarakat. Ini berlaku

kerana setiap masyarakat memegang beberapa kepercayaan mengenai apa yang sesuatu

jantina harus lakukan dan apa yang tidak. Selain itu, stereotaip ialah kepercayaan umum

mengenai ciri-ciri seperti tingkah laku dan psikologi lelaki dan perempuan yang berkaitan

dengan seks dan peranan jantina. Dalam konteks gender, beliau mengembangkan pandangan

steretaip gender melalui satu keyakinan tafsiran keagamaan. Dalam tulisannya, banyak

streotaip gender yang dikaitkan dengan sifat semulajadi perempuan yang direndahkan atau

dipandang negatif kerana adanya pembinaan streotaip gender masyarakat Islam yang

bersumberkan tafsiran keagamaan. Contohnya, perempuan dianggap sebagai penggoda dan

menjadi punca Adam diturunkan ke bumi. Perempuan juga dianggap kurang daya ingatan,

mempunyai tahap akal yang rendah dan lebih beremosi dan kurang rasional berbanding

lelaki. Stereotaip lelaki dan perempuan dalam sesebuah masyarakat adalah berbeza mengikut

acuan, amalan dan peranan gender yang telah dipelajari serta diikuti sejak turun temurun lagi.

Antara contoh stereotaip sifat lelaki yang telah dilabelkan oleh masyarakat adalah seperti

berdikari, agresif, berdaya saing, berorientasi ke luar, inovasi, berdisiplin, tegas, tenang, aktif,

analitis, berani, objektif, tidak sentimental, sensasi dan boleh memimpin. Perempuan pula

dilabelkan bersifat bergantung, lembut, pasif, tidak berdaya saing, tidak agresif, subjektif,

mudah menyerah, emosi, percaya pada naluri dan tidak berani mengambil risiko. Stereotaip

itu biasanya digeneralisasikan kepada semua individu yang berada dalam kelompok atau

kumpulan yang ditafsirkan mempunyai suatu ciri tertentu serta mengakui ciri-ciri tersebut

dan mengabaikan ciri yang lain yang tidak berkaitan. Oleh itu, stereotaip gender berlaku

akibat dari proses sosialisasi yang didasari dari persepsi masyarakat sejak turun temurun. Ia
juga membentuk konsep dari perwatakan sosial dan budaya masyarakat dalam melabel

identiti kumpulan sosial melalui perwatakan sikap dan tingkahlaku ahli masyarakat. Akhirnya

stereotaip gender ini membentuk masyarakat yang mempunyai sifat kelelakian dan

keperempuanan berdasarkan perbezaan sistem biologi dan pengenalan jantina manusia yang

dipanggil maskuliniti dan femininiti.

IMPLIKASI SOSIAL GENDER TERHADAP WANITA

Anatara implikasi sosial gender terhadap wanita ialah wanita terpaksa melahirkan

anak pada umur yang kecil (sebelum 18 tahun). Ia membebankan ibu dan anak bukan sahaja

dari segi fizikal tetapi ia juga menghalang peluang wanita untuk belajar dan bekerja

terutamanya di negara seperti Sub-Saharan Afrika, Latin America, Caribbean, and beberapa

negara di Asia. Tradisi budaya masyarakat yang menyebabkan wanita dilihat sebagai

melampaui batas peranan mereka sebagai wanita tradisional dan usaha mereka untuk bekerja

sering diketepikan di sesetengah masyarakat membangun akibat stereotaip tersebut. Ada

masanya, oleh sebab wanita terpaksa menerima beban penjagaan keluarga wanita juga turut

tidak dapat melibatkan diri dalam sektor pekerjaan formal kerana kekangan masa yang

disebabkan kekurangan perkhidmatan pusat penjagaan kanak-kanak. Tiada bergaji, tidak

berkemampuan untuk menjaga keluarga mereka dan mereka tidak boleh keluar dari

kemiskinan.

Selain itu, ketaksamaan gender juga merupakan implikasi sosial gender terhadap

wanita. Hal ini demikian kerana wanita tidak mempunyai hak seperti lelaki untuk membuat

keputusan, bekerja dalam bidang tertentu, bergerak, berkahwin atau bercerai, mengetuai

keluarga, memiliki harta atau kekayaan. Wanita di Egypt, Jordan dan Libya mesti meminta

kebenaran daripada suami atau bapa untuk bekerja. Undang-undang pekerjaan yang bertujuan

untuk melindungi perempuan dari segi waktu bekerja, jenis sektor tertentu dan keperluan
wanita untuk memenuhi peranan sosial mereka dalam keluarga menyebabkan lelaki lebih

diutamakan dalam proses digaji dan dinaikkan pangkat. Di samping itu, ketaksaamaan dalam

pemilikan harta benda dalam keluarga membatasi perkembangan ekonomi wanita. Harta

benda biasanya dalam nama lelaki. Undang-undang tidak seimbang dari segi pekerjaan.

Sekurang-kurangnya terdapat satu undang-undang dalam setiap 189 ekonomi yang dikaji

yang menghadkan penyertaan wanita. 104 dari ekonomi yang dikaji ini menghadkan jenis

pekerjaan dan sebanyak 18 dari ekonomi dikaji ini membolehkan suami menghalang

penyertaan isteri mereka dalam pekerjaan. Malahan kesamaan gender bukan sahaja baik

untuk wanita dan masyarakat tetapi ia boleh membangunkan ekonomi.

Di kebanyakan negara membangun, hanya segelintir gadis yang menghabiskan

pengajian di sekolah menengah berbanding dengan lelaki. Hal ini dapat dilihat hanya 10%

gadis di Burkina Faso, Mozambique dan Niger yang menamatkan sekolah menengah. Antara

faktor yang menyebabkan gadis meninggalkan sekolah adalah tanggungjawab mereka untuk

menjaga adik mereka, kemiskinan, kos persekolahan, perkahwinan kanak-kanak dan

keganasan sekolah berlandaskan gender. Dengan keganasan seksual, ibubapa menjadi was-

was untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah terutama sekali apabila sekolah

adalah jauh dari rumah. Untuk menyelesaikan masalah ini, ibubapa mengahwinkan anak

perempuan mereka dengan tujuan untuk ‘melindungi’ mereka dari keganasan seksual dan

kehamilan tidak terancang. Apabila pelajar perempuan meninggalkan sekolah, mereka tidak

akan mempunyai kemahiran untuk memperolehi kemahiran untuk menyertai sektor

pekerjaan. Di Ethiopia, akibat gangguan seksual, pelajar perempuan elak menggunakan

perpustakaan dan lab selepas gelap. Keadaan ini menyekat pelajar perempuan untuk

meneruskan pelajaran mereka dengan berjaya. Selain itu, pendidikan juga memainkan

peranan penting untuk jenis pekerjaan yang akan diceburi oleh wanita. Ia juga akan

meningkat gaji mereka dan mengubah cara seseorang pekerja mencari kerja (formal vs
informal). Di India, wanita yang kurang berpendidikan akan bekerja di sektor tidak formal.

Manakala di Indonesia, wanita yang mempunyai pendidikan sekolah rendah jarang

mempunyai pekerjaan tetap.

Selain itu, implikasi sosial gender terhadap wanita ialah kualiti isu pekerjaan bagi

wanita di negara membangun bukan hanya terdiri dari peluang pekerjaan tetapi ia juga

melibatkan isu kualiti pekerjaan yang boleh disertai oleh wanita. Hal ini demikian kerana

kualiti pekerjaan tidak diagihkan dengan seimbang di antara wanita dan lelaki. Di negara

membangun, gaji wanita adalah lebih kurang, kerja mereka adalah kurang produktif, terlalu

terlibat dalam pekerjaan keluarga tidak dibayar dan perkerjaan vulnerable. Dari segi status

pekerjaan, wanita seringkali menjadi penyumbang pekerjaan keluarga yang tidak membantu

dalam kestabilan pekerjaan emreka. ILO menjangkakan wanita meluangkan sebanyak 43%

masa mereka berbanding dengan lelaki 20.2% dalam menjadi peyumbang pekerjaan keluarga.

Selain itu, wanita juga adalah lebih aktif dalam sektor pertanian walaupun kini mereka lebih

menceburi dalam bidang perkhidmatan atau pengeluaran. Oleh kerana masa yang diluangkan

lebih daripada lelaki dalam pekerjaan samaaada formal atau tidak, maka wanita kurang

mempunyai masa untuk pendidikan, kesenangam, politik dan kesihatan.

Lain daripada itu, implikasi sosial gender terhadap wanita ialah peluang W+wanita

seringkali menghadapi masalah diskriminasi dari segi perlantikan, pekerjaan promosi dan

disimpan (retention) yang terhasil akibat daripada persepsi majikan dan bias gender tentang

kebolehan wanita dan komitment mereka terhadap kerja dan kerjaya mereka. Terumanya

wanita yang menjadi ibu, hamil atau dalam umur ‘melahirkan anak’ seringkali dipandang

kurang bersedia dan komited terhadap kerja mereka. Di Vietnam, sesetengah syarikat telah

menghalang wanita mempunyai posisi tinggi dalam syarikat manakala sesetengah pekerjaan

hanya dibuka untuk lelaki.


KESIMPULAN

Pembangunan sesebuah negara itu bukanlah hanya semata-mata merujuk pada

pembangunan ekonomi semata-mata tetapi meliputi pembangunan dari segi sosial, sahsiah

dan perpaduan ummah. Untuk itu, pembangunan dari unsur-unsur yang melibatkan faktor-

faktor sosial memerlukan tindakan dan perjuangan yang lebih berani dari kaum wanita.

Sememangnya perbezaan fizikal wanita akan menyebabkan perbezaan tugas dan

tanggungjawab dari pandangan umum, tetapi peranan wanita amat besar dalam sama-sama

berganding bahu dengan lelaki dalam membantu pembangunan negara. Oleh itu, wanita perlu

berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk memperkasakan representasi wanita terutamanya

wanita perlu bijak mengatasi masalah persepsi dan diskriminasi dari masyarakat terhadap

kemampuan, kebolehan dan kecekapan wanita dalam kepimpinan.

Anda mungkin juga menyukai