Anda di halaman 1dari 3

Hakikat Mati

www.iLuvislam.com
by: yusammir yusuf aljohari @ http://www.yussamir.com

Alia masih setia berada di sisi kubur ibubapanya,Abang dan kakaknya pulang awal pagi itu. Setiap pagi raya dia
dan adik-beradiknya yang lain sudah menjadi kebiasaan untuk melawat pusara kedua ibu bapanya. Bukan tidak
selalu melawat pusara ibubapanya,tetapi hari ini dia berasa perasaan yang cukup berlainan. Dia terlalu rindu
pada kedua ibubapanya,terlalu rindu sehinggakan dirinya merintih pada Illahi.

“Ya Allah,aku rindu pada ibu dan ayahku.Terlalu rindu ya Allah.Sehingga hari ini aku tak kuat untuk
menghadapi kenyataan ini.Aku hamba yang lemah ya Allah.Bantulah aku,hiburkan lah aku ya Allah” Rintih
Alia.Air mata laju mengalir di pipinya.

Hatinya cukup pilu ketika itu. Dia mahukan dakapan mesra dan hangat dari kedua ibu bapanya. Dia rindu
dengan ungkapan sayang dari kedua ibubapanya. Dia rindu pada pujukan ibunya dikala dia sedih. Dia rindu
kata-kata semangat dari ayahnya,ketika dia berputus asa dalam kehidupan. Alia rindu segala-galanya.

Tiba-tiba dirinya didakap abangya yang dari tadi memerhatikannya dari jauh. Abangnya memeluk dengan penuh
perasaan. Nizam mengusap-usap kepala adiknya itu. Dia tidak mahu menangis,dia mesti tabah. Dia abang,dia
mesti menunjukkan ketabahannya agar adiknya dapat menjadikannya sebagai teladan. Nizam melepaskan
dakapannya,dia memanggil nama Alia.

“Alia …” Alia memandang abangnya. Panggilan abangnya persis suara ayah. Air matanya masih
mengalir,namun dia cuba tabah.

“Jangan menangis dik,tangisan tidak dapat memberi apa-apa kepada ayah dan ibu. Di alam barzakh sana,ayah
dan ibu hanya perlukan doa darimu dik. Jangan kau lupa pesan nabi dik.:
Ada 3 perkara yang akan menjadi manfaat kepada si mati;ilmu yang dimanfaatkan,harta yang digunakan
pada jalan Allah dan doa dari anak yang soleh.

Alia mengesat air matanya,kemudian dia mengalihkan pandagannya ke pusara ayah dan ibunya. Dia anak
bongsu daripada 6 adik-beradik. Setiap kali cuti semester dia tidak akan sabat-sabar untuk pulang ke rumah.
Namun seminggu sebelum kedua ibu bapanya meninggal,ayahnya sering bercerita tentang mati setiap kali
selesai solat berjamaah. Memang rutin setiap kali selesai solat,ayahnya pasti akan memberi sedikit tazkirah
untuk keluarga,namun hari itu berlainan sedikit.

“Hidup ini tidak akan kekal Alia,setiap manusia akan menghadapi kematian. Allah dah berjanji akan perkara
ini sejak nabi telah diutuskan lagi. Kata Allah:

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan
sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

Namun Allah itu maha penyayang Alia. Allah itu sentiasa mahu membahagiakan hamba-Nya yang taat. Orang
yang taat kepada-Nya,Allah akan berikan ganjaran Syurga dan tidak akan sesekali bau dan merasai
kehangatan api neraka. Kata Allah:

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan
pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah
beruntung

Suara ayah masih terngiang-ngiang di kotak mindanya,air mata Alia mengalir semula,dia rindukan nasihat-
nasihat ayah. Nizam mengesat air mata Alia,dia tidak mahu adiknya terus berada dalam kesedihan.

“Masing-masing telah ditentukan ajalnya dik. kata Allah:


“masing-masing ajal itu telah ditetapkan”

Dan Ajal itu sendiri tidak akan menunggu kita, kalau masa itu sudah tiba untuk kita kembali kepada Allah pasti
kita akan mati dik. Ingat tak apa yang ayah bacakan untuk kita masa tu.” Tanya Abangnya kepada Alia. Alia
menganguk kepala tanda dia masih lagi mengingati pesanan ayah. Dia terkesan dengan kata-kata abangya.
Persis seperti ayah,kata Alia dalam hati.

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat
mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya. Itulah yang ayah bacakan untuk
kita selama ini, tidak pernah ayah lupa untuk titipkan pada kita dik,” sambung Nizam pada Alia perlahan.

Alia menganguk perlahan, sambil membetulkan cermin matanya.

“Along macam ayah” Alia memeluk abangnya,Nizam membalasnya .Nizam tahu adiknya sudah boleh mula
untuk menerima kenyataan ini.

“Erm..ok,kita balik rumah jom.Nanti yang lain-lain risau pula kita lambat balik.Hari pun macam nak hujan je
ni.”Ajak Nizam untuk berangkat pulang pada adiknya.

“Along tak tidur lagi ke?”Sapa Alia pada Nizam.

“Eh adik,belum lagi,saja nak ambik angin kat luar ni.Adik tu,naper tak tido lagi?” Soal Nizam sementara
tanganya memegang album gambar keluarga.

Sebagai seorang insan yang punyai perasaan,dia juga tak boleh lari dengan perasaan rindu pada kedua
ibubapanya. Sepatutnya,malam ini dia akan berkumpul satu keluarga di halaman luar ini. Masing-masing akan
menceritakan perihal masing-masing,ada yang lucu dan ada yang sedih. Itulah waktu yang paling
membahagiakan dia sekeluarga. Namun kini ia tinggal kenangan,kenangan yang dia akan ingat selama-lamanya.

Alia mendekati Alongnya kemudian duduk di sebelahnya. Dia memegang tangan along kemudian dia dekatkan
di dadanya. Alia selalu lakukan hal itu pada ibunya ketika masih hidup.

“Along,adik nak tanya boleh tak? Soal Alia.

“Apa dia dik?” Alia melepaskan tanggan alongnya.Dia seolah-olah mengumpul kekuatan.Kekuatan untuk
menyuarakan soalan dia pada Nizam.

“Kita tahu ke bila,dan di mana kita akan mati along?” Soal Alia semangat,dari dulu dia mahu menanyakan hal
itu. Baru sekarang dia mempunyai peluang untuk bertanya. Nizam hanya senyum dan kemudian dia meletakkan
album tadi di atas meja. Nizam merenung anak mata adik kesayangannya. Betapa sayangnya dia pada Alia,dia
sanggup pertaruhkan nyawa demi Alia.

“Tak boleh dik…Kita tak mampu untuk mengetahui hal itu.Itu rahsia Allah dik,Dia-lah yang akan
menentukannya.Hamba tidak ada kuasa untuk menentukan.Kan Allah dah kata:

Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal.

“Kita hanya perlu bersedia untuk hari itu adik. Tak usah adik fikirkan dimana,bila dan bagaimana adik akan
mati,tetapi cukuplah ia sebagai peringatan untuk adik. Kerana mengingat mati adalah satu penawar.Allah juga
kata:

(Allah)Mewafatkan seseorang apabila sudah sampai masa matinya


Nizam mengakhiri kata-katanya sambil dia menepuk-nepuk belakang tangan Alia. Alia mengangguk perlahan
tanda dia berpuas hati dan faham apa yang dikatakan Alongnya. Dia memeluk alongnya untuk kesekian kali.
Sambil air matanya terus deras mengalir,fitrah seorang wanita yang mudah tersentuh. Alia sedar,walaupun
kedua orang tuanya sudah pergi meninggalkanya. Namun dia masih beruntung; kerana adik-beradiknya masih
setia disisi,setia mendengar luahan,aduan dan sedia untuk memberikan dia kasih sayang. Akhirnya air mata Alia
berhenti,Alia lena di bahu Alongnya…

“Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku luas, maka sembahlah Aku saja. Tiap-tiap
yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan”.

Surah Al-Anbia:35

Al-Imran :185

Surah Ar-rad:38

Surah Al-A’raf:34

Surah Luqman:34

Sepertimana dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi: “Perbanyakanlah olehmu mengingat penawat
kelazatan…iaitu mati”.

Surah Az-Zumar:42

Surah Al-Kanbut :56-57

Anda mungkin juga menyukai