Anda di halaman 1dari 4

MENGAPA PERLU BERMAZHAB?

Walaikumusalam wbt.

Terima kasih pada Penulis kerana memberi artikel tidak perlu bermazhab dan
kembali pada perjuangan Rasululah. Untuk makluman dalam amalan
bermazhab kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah ia merujuk kepada al-Hadis
Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Imam al-Al-Bukhari dan Muslim yang
kedua2nya bermazhab Al-Imam Al-Shafiei yang bermaksud,

" Sebaik-baik manusia ialah yang berada pada kurun ku,


kemudian mereka yang selepas kurun tersebut dan kemudian
mereka yang mengiringi kurun selepas itu."

Bermaksud 3 kurun selepas zaman Rasululah yang juga dinamakan zaman


Tabiin oleh pengikut Ahlul Sunnah atau zaman Salaf oleh sesetengah pihak
yang lain. Dalam pengertian lain kita digalakkan mencontohi Rasululah serta
umat pada zaman tabi‘in.

Apatah lagi mencontohi amalan2 para Sahabat Rasululah yang mengikut al-
Hadis Baginda, Sabda Baginda sahabat-sahabat ku ibarat bintang-bintang
dilangit. Dan sabda Rasululah lagi, Ulamak2 ku ibarat Nabi dikalangan Bani
Israil, dan banyak lagi al-Hadisnya. Sebab itu hukum-hukum ilmu kalam dalam
Islam merujuk kepada Al-Qur’an dan Al-Hadis, Qias dan Ijmak Ulamak.

Jika sesuatu isu itu tidak ada dalam Al-Qur’an , terdapat al-Hadis yang boleh di
pakai dan jika tidak terdapat dalam al-Hadis, boleh dirujuk pada Qias dan Ijmak
Ulamak. Pengertian taraf ulamak yakni sekurang-kurang berilmu Mujtahid.

Jadi mana mungkin boleh berijtihad setakat Al-Qur’an dan Al-Hadis sahaja?
Kalau begitu bagaimana pula dengan pembukuan Al-Qur’an yang bolehkah
dianggap bida‘ah pada zaman Sayyidina ‘Uthman bin ‘Affan yang
membukukan Al-Qur’an yang juga terkenal sebagai Musyaf ‘Uthmani.
Sedangkan pada zaman Rasululah tidak pernah membukukan Al-Qur’an?
Kemudian bagaimana pula dengan perawi al-Hadis seperti Al-Imam al-Al-
Bukhari dan Al-Imam Muslim yang kedua-duanya adalah bermazhab Al-Imam
Al-Shafiei, meriwayatkan al-Hadis2 Nabi dalam buku? Pada hal pada zaman
Rasululah Al-Hadis2 tidak pernah dibukukan. Al-Hadis hanya dikitabkan
selepas zaman Khulafa Al-Rasyidin yang 4. Kemudian bagaimana pula dengan
Sayyidina ‘Umar yang melakukan azan sebanyak 2 kali pada waktu solat
Jumaat. Pada hal pada zaman Rasululah azan berkumandang hanya sekali
sahaja. Adakah ini bidaah namanya? Dan bagaimana pula kita sekarang azan
Subuh hanya sekali sahaja sedangkan zaman Rasulullah azan pertama
sebelum Subuh? Kenapa kebanyakan tempat sekarang ni azan Subuh hanya
sekali sahaja iaitu setelah masuknya waktu?

1
Keadaan umat Islam semakin berserabut dengan berbagai aliran dan pemikiran
selepas kewafatan Rasululah. Terutama pada zaman Sayyidina ‘Ali yang
muncul berbagai-bagai fahaman seperti aliran Khawarij, Mu’tazilah, Syi‘ah dan
selepas itu muncul pula aliran selepas Sayyidina ‘Ali seperti Qadariyah,
Jabariyah, Musyabihah ajaran yang menyerupai Allah dengan makhlukNya.
Serta juga fahaman Ibnu Tamiyah dengan konsep Tauhid Rubuhiyah dan
Uluhiyah, dan seterusnya berbagai lagi mazhab dan aliran pemikiran ...

Oleh kerana terdapat berbagai aliran ini, tepatlah al-Hadis Nabi yang
diriwayatkan oleh Al-Imam al-Thabarani :

"Bahawa pada akhir zaman, umat ku terbahagi pada 73 golongan,


hanya satu golongan sahaja yang dapat memasuki syurga
manakala yang lain terjun kedalam neraka. Maka sahabatnya pun
bertanya, siapakah golongan yang satu tersebut, ya Rasululah?
Jawab baginda Ahlul Sunnah Wal Jamaah.”

Bila disebut Ahlul Sunnah ialah mereka yang mengikut sunnah Rasululah dan
juga sunnah sahabat-sahabat Baginda serta sunnah umat zaman Tabiin
(Zaman 300 tahun selepas Rasululah)

Keempat-empat Imam Ahlul Sunnah Wal Jamaah iaitu Al-Imam Hanafi, Al-
Imam Maliki, Al-Imam Al-Shafiei dan Al-Imam Hambali tersebut hidup pada
zaman tabiin yakni linkungan 300 tahun selepas Rasululah. Al-Imam Hanafi
lahir pada 80 hijrah dan Al-Imam Malik lahir pada tahun 93 hijrah dalam kurun
yang pertama lagi.Al-Imam Al-Shafiei lahir pada pada 150 hijrah dan Al-Imam
Hambali lahir pada 164 hijrah. Mereka bukan sahaja ulamak pilihan dikalangan
para Ulamak pada zaman mereka hidup tetapi juga merupakan ulamak yang
soleh, warak.kuat beribadah,tegas memegang hukum, bebas yakni tidak
makan gaji atau terikat dengan tugas rasmi. Bahkan mereka menjadi ikutan
para ulamak dan orang awam dari zaman tersebut sehingga sekarang.

Keempat-empat Al-Imam tersebut juga boleh mengistinbatkan hukum selain


dari Al-Qur’an dan Al-Hadis. Selain dari itu keempat-empat mereka juga
mempunyai kitab untuk rujukan pada anak murid dan umum. Seperti Al-Imam
Hanafi yang mempunyai kitab Al-Hadis yang bernama Al Wasit, Al-Imam Malik
dalam kitab Al-Muwattha, Al-Imam Al-Shafiei dalam kitab Al –Uum dan Al-Imam
Hambali (Ahmad bin Hambal) (Mazhab bagi keluarga Ibn Tamiyah dimana
bapanya adalah Ulamak bermazhab Hambali) dalam kitab al-Hadis yang
terkenal yang bernama Al-Musnad yang merangkumi 35,000 al-Hadis didalam
nya.

Keempat-empat Al-Imam tersebut bila memberi fatwa atau berijtihad atau


mengeluarkan hukum, mereka merujuk kepada Al-Qur’an dan Al-Hadis
Rasululah saw. Kalau ada mana-mana pihak yang mengikuti salah satu dari 4
mazhab tersebut, ertinya mereka juga telah mengikut Al-Qur’an dan Al-Hadis.
2
Tidak boleh dikatakan tidak mengikut Al-Qur’an dan al-Hadis. Cuma sebagai
orang awam yang tidak tahu ayat Al-Qur’an dan al-Hadis mana yang diterima
pakai. Kerana itu digelar muqalidin atau pengikut .

Banyak dari perawi-perawi al-Hadis seperti Al-Imam Al-Bukhari, Al-Imam


Muslim, Al-Imam Abu Dawud,Al-Imam Tarmizi dan lain-lain lagi adalah
bermazhab walau pun mereka mengumpul dan menilai al-Hadis. Terutama Al-
Imam Al-Bukhari, Al-Imam Muslim dan Al-Imam Tarmizi adalah bermazhab Al-
Shafiei.Dalam segi kefahaman dan mengeluarkan hukum, mereka
berpandukan kepada 4 Al-Imam Mazhab.Kalau sebagai perawi al-Hadis
dengan ketinggian ilmu sedemikian juga bermazhab apa ukurannya pada orang
awam akhir zaman ini yang tidak mahu bermazhab? Mampukah orang awam
yang jahil dalam ilmuan agama walau pun lepasan Al-Azhar berijtihad tanpa
mazhab?

Kemudian kita lihat lagi Imam-imam besar yang lain seperti Abu Hassan Al
Asyaari mujadid kurun ketiga, Al-Imam Al Ghazali pengarang kitab Ehya
Ulumudin yang juga mujadid jurun kelima, Al-Imam Suyuti mujadid kurun ke 9
juga bermazhab Al-Shafiei. Ini belum termasuk lagi Al-Imam Syeikh Ibnu Hajar
yang juga pengkritik dan hidup sezaman dengan Ibn Taimiyyah, Syeikh Ramli,
Al-Imam Subki,Syeikh Zakaria Ansori, Al-Imam Nawawi dan Al-Imam Syarani
juga bermazhab Al-Shafiei. Belum dikira lagi para 7 wali yang menetap di
Malaysia seperti Tokku Paloh, Tok Kenali, Syeikh Hussein Al-Banjari, Habib
Noh yang menetap di Singapura serta para wali Songo yang 9. Kesemuanya
bermazhab Al-Shafiei !!

Memang sudah menjadi sunnahtullah sejak Nabi Adam sehingga pada akhir
zaman, orang yang jahil tentang ilmu Islam lebih ramai dari orang alim.Walau
pun sebenarnya ramai yang ingin menjadi alim. Begitu juga dalam ilmu
pengetahuan, sedikit sahaja yang berilmu tetapi yang jahil amat ramai.Dalam
pada itu patutkah diminta pendapat orang awam mengkaji dan mengali sendiri
Al-Qur’an dan Al-Hadis? Tidak munasabah meminta mereka berijtihad sendiri
kepada Al-Qur’an dan Al-Hadis.

Ibarat kita memaksa semua orang yang hendak memiliki emas jangan membeli
emas dikedai emas. Kita mengajak mereka sendiri mengorek dan melombong
emas untuk diambil yang benar-benar asli.Ini tidak mungkin. Sebab kalau ia
adalah kontraktor besar , yang ada kapal dan bulldozer yang besar-besar dan
mempunyai modal berjuta-juta bolehlah dia mengambil emas dengan
mengorek bumi. Tetapi bagi kontaktor kecil apatah lagi pelanggan sahaja
hendak mengambil emas dengan cangkul sahaja sudah tentu mereka sukar
hendak mendapat emas. Lebih baik dibeli emas dari kedai emas sahaja.

Begitulah ibarat kita hendak menyuruh semua orang berijtihad pada Al-Qur’an
dan Al-Hadis dengan tidak bermazhab atau bersandar pada ulamak mujtahidin.
Sampai bila pun mereka tidak dapat beramal dengan ajaran Islam. Tidak
3
mungkin orang awam seperti kita dapat berijtihad sedangkan ulamak ulamak
termasuk lepasan Al-Azhar yang ada sekarang pun ramai yang tidak boleh
berijtihad.Inikan pulak orang awam.

Kalau kita hendak menyuruh semua manusia samada alim atau orang awam
supaya tidak bermazhab dan bersandar pada ijtihad sendiri pada Al-Qur’an dan
Al-Hadis, maka ramailah orang awam yang akan sesat!! Umpama Al-Qur’an
dan al-Hadis itu ibarat lautan yang dalam. Yang di dalamnya ada bermacam-
macam khazanah, seperti ikan, intan mutiara, emas,perak, jenis kerang, batu
karang dan lain-lain perbendaharaan lautan yang kita tidak tahu lalu kita suruh
semua orang menjadi penyelam , InsyaAllah ramai yang akan karam !!!

Kerana yang pandai menyelam itu bukan ramai. Itu pun yang boleh menyelam
mungkin dia tidak menyelam sehingga kedasar lautan disebabkan lautnya yang
terlalu dalam. Oleh itu bukan semua khazanah yang dapat diambil. Kalaulah
tidak pandai berenang apatah lagi menyelam bukan kah lebih baik kita membeli
khazanah lautan dari mereka yang pandai berenang dan pandai menyelam?
Daripada memaksa mereka berenang dan menyelam yang silap2 mereka juga
akhirnya akan tenggelam!!!

Kita melihat orang-orang yang mengajak untuk tidak bermazhab adalah


ulamak-ulamak mutaakhirin atau akhir zaman. Bermula dari Ibn Tamiyah yang
lahir pada 700 tahun hijrah. Dia bukan ulamak yang lahir sekitar 300 tahun
zaman tabiin. Kemudian ajarannya disambung pula oleh anak muridnya yang
bernama Ibnu Qayyim, Al Jauzi sehinggalah ulamak pada kurun kedua puluh ini
seperti Muhamad Abduh, Jamaludin Al-Afghani,Rashid Redha, Hamka
( setenggah riwayat mengatakan pada akhir hayat beliau kembali pada
pengakuan ahlul sunnah wal jamaah) dan lain-lain lagi. Mereka hidup diluar
300 tahun selepas Rasululah s.a.w. Jadi tidak ada isyarat daripada Rasululah
bahawa mereka patut menjadi ikutan

Sedangkan ulamak 4 mazhab tadi, hidup dalam lingkungan 300 tahun selepas
Rasululah. Ertinya mereka dikalangan salafusoleh. Ulamak yang mengajak
jangan bermazhab ialah ulamak Mutaakhirin. Fahaman mereka bertambah
popular bila Arab Badwi (keluarga Saud) menguasai Mekah dan Madinah.
Pada ketika itu munculnya gerakan Muhamad bin Abdul Wahab yang dikatakan
bermazhab Wahabi itu. Dan gerakannya belum sampai 100 tahun lagi.
Fahaman ini yang menganjurkan jangan bermazhab kerana bidaah. Oleh yang
demikian ulamak mana yang hendak kita ikuti? Ulama mutaakhiran atau
ulamak mutaqadimin. Kalau mengikut al-Hadis kita perlu kembali pada ulamak
mutaqadimin (Ulamak zaman tabiin).

Dari :
Moderator SiberMelayu@yahoogroup.
Koleksi http://geocities.com/zuluitm

Anda mungkin juga menyukai