Anda di halaman 1dari 25

AMSH 5103

FAKULTI SAINS SOSIAL

SEMESTER 3 / TAHUN 1

AMSH 5103

ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN HADITH

NO. MATRIKULASI : CGS01261325


NO. KAD PENGNEALAN : 890108125321
NO. TELEFON : 019-4486709
E-MEL : mazwan@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU


0
AMSH 5103
Isi Kandungan

1.0 PENGENALAN...................................................................................................................2

2.0 Ta`rif dan Contoh Hadith berbentuk Misoginis...................................................................2

2.1. Hadith -hadith misoginis.................................................................................................3

3.0 kesan fahaman hadith Misoginis terhadap usaha mendekonstriksi hadis...........................5

4.0 fahaman yang memandang inferioriti kedudukan wanita dalam Islam yang dipelopori oleh

gerakan Feminisme serta pengaruhnya terhadap umat Islam di Malaysia.................................8

i) Mengajak kepada Penafsiran Semula al-Quran................................................................10

ii) Menganggap Tudung tidak Wajib dan Rambut bukanlah aurat yang diperintah untuk
ditutup...................................................................................................................................11

iv ) Menolak Konsep Qawwamun (kepimpinan) lelaki.......................................................12

5.0 Syarah hadith Misoginis.....................................................................................................13

1) Hadith Tidak beruntung sesuatu kaum yang dipimpin Wanita........................................13


2) Hadith terputusnya Solat.................................................................................................15
3) Hadith Kesialan pada 3 perkara.......................................................................................17
4) Hadith wanita penduduk neraka paling banyak...............................................................19
6.0 Kesimpulan........................................................................................................................21

RUJUKAN / REFERENSI.......................................................................................................22

1
AMSH 5103

1.0 PENGENALAN

Hadith memainkan peranan penting sebagai sebuah perundangan islam yang kedua,
dan ia telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi mengikut disiplin yang
ketat sehinggalah ianya dibukukan oleh para A`immah dan juga para mukharrij Hadith
yang terkenal yang di akui kewibawaan mereka di dalam memelihara Hadith-hadith
baginda nabi saw, namun dewasa ini timbul satu usaha yang dilihat seolah-olah ingin
menolak hadith-hadith yang terpelihara ini dengan alasan seolah-olah ianya dilihat
cenderung kepada sebelah pihak, bahkan hadith-hadith ini juga di berikan dengan gelaran
yang tertentu iaitu Misoginis hanya kerana ianya tidak bertepatan dengan selera
sesetengah pihak maka berlakulah usaha yang dilihat sebagai usaha yang kelihatannya
seolah-olah ingin menafikan hadith-hadith yang telah di pelihara dengan begitu teliti oleh
para ulama ini. Golongan tersebut adalah dikenali sebagai golongan Feminism yang mana
golongan ini adalah golongan yang begitu sensitif dengan perkara yang dilihat ingin
menindas wanita sehingga apa yang lebh parah lagi hadith-hadith juga boleh dianggap
sebagai ancaman yang boleh dianggap sebagai ingin menindas atau memperkecilkan
golongan wanita. Golongan ini kononnya bimbang jika sekiranya teks agama ini disalah
tafsirkan lalu mencetus masyarakat yang bersifat patriaki, lalu timbullah pelbagai kesan
daripada sikap mereka yang terlalu takut dengan patriaki sehingga tercetusnya tindak
tanduk yang menggemparkan umat islam seperti pertikaian terhadap hadith termasuklah
perawi,pencatat dan juga pensyarah Hadith.

2.0 Ta`rif dan Contoh Hadith berbentuk Misoginis.

Secara umumnya tidak ada satu takrif yang jelas mengenai Hadis Misoginis
namun hasil daripada tinjauan yang dilakukan perkataan Misoginis dari segi bahasanya
ialah merupakan istilah yang berasal dari bahasa Inggeris ‘misogyny’ yang bermaksud
kebencian terhadap perempuan (Shadily, 1984) manakala perkataan misogynist adalah
merupakan kata nama dan kata adjektif, menurut kamus dewan perkataan Misoginis ini

2
AMSH 5103
adalah bermaksud lelaki yang benaci pada wanita. Begitu juga Kamus Ilmiah (John M.
Echols, 1987) menyebutkan, terdapat tiga ungkapan berkaitan dengan istilah tersebut,
iaitu misogin artinya benci akan perempuan, misogini ertinya perasaan benci akan
perempuan, misoginis artinya lelaki yang benci pada perempuan.
Manakala al-Hadith pula jika dilihat dari segi ta`rif istilah terdapat banyak
pengertian mengenai al-Hadith yang telah diberikan oleh para ulama (abd latif, 2012),
namun di antara ta`rif yang masyhur adalah hadith bermaksud segala yang diriwayatkan
daripada baginda nabi SAW sama ada berbentuk perbuatan, percakapan,perlakuan, iqrar
atau penerangan tentang sifat fizikal baginda nabi SAW yang zahir. (al-Khatib, 1967).
Oleh itu jika kita kita lihat pada ungkapan ‘Hadith Misoginis’ ianya merangkumi
dua perkataan, iaitu yang pertama Hadith dan yang keduanya Misoginis. Ta`rif keduanya
telah pun di sebutkan di atas dan bila digabungkan dua perkataan ini ianya adalah
bermaksud merujuk kepada setiap yang terbit daripada Nabi SAW sama ada melibatkan
perkataan, perbuatan mahupun pengakuan yang mana ia bersifat anti atau membenci
wanita dan juga seolah-olah merendahkan kaum wanita. (Rohmaniyah, 2003).

2.1. Hadith -hadith misoginis

Hadith pertama
‫ ويقي ذلك‬، ‫ والكلب‬، ‫ والحمار‬، ‫ قال رسول ا صلى ا عليه وسلم يقطع الصلة المرأة‬: ‫ قال‬، ‫عن أبو هريرة‬
‫ مثل مؤخرة الرحل‬.
Solat itu terputus oleh wanita, keldai dan anjing. Dan perkara yang mengelakkan
pemutusan itu ialah sutrah (penghadang) seumpama hujung pelana.
(Hadis riwayat Imam Muslim, Kitab al-Solah, Bab Qadar Ma Yastur al-Musalli,
nombor hadis: 511)

Hadith kedua

: ‫ في‬:‫ إنما الشؤم في ثالثاة‬:‫عن عبد ا بن عمر ـ رضي ا عنهما ـ قال سمعت رسول ا صلى ا عليه وسلم يقول‬
‫ والدار‬،‫ والمرأة‬،‫الفرس‬.

3
AMSH 5103
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya sumber ketidak beruntungan
itu disebabkan tiga perkara iaitu kuda, wanita dan rumah.

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab al-Jihad wa al-Siyar, bab
Ma Yuzkar Min Shuem al-Mareah, nombor hadis: 2703)

Hadith ketiga

‫ خرج رسول ا صلى ا عليه و سلم في أضحى أو فطر إلى المصلى‬:‫عن أبي سعيد الخدري قال‬
‫ فقلن وبم يا‬. ( ‫فمر على النساء فقال ) يا معشر النساء تصدقن فإني أريتكن أكثر أهل النار‬
‫رسول ا ؟ قال ) تكثرن اللعن وتكفرن العشير ما رأيت من ناقصات عقل ودين أذهب للب‬
‫ قلن وما نقصان ديننا وعقلنا يا رسول ا ؟ قال ) أليس شهادة‬. ( ‫الرجل الحازم من إحداكن‬
‫ قلن بلى قال ) فذلك من نقصان عقلها أليس إذا حاضت لم‬. ( ‫المرأة مثل نصف شهادة الرجل‬
( ‫ قلن بلى قال ) فذلك من نقصان دينها‬. ( ‫تصل ولم تصم‬

Dari Abu Saeid al-Khudriy, dia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. keluar pada hari raya
Idul Adha atau Idul Fitri, lalu beliau melewati tempat solat wanita dan bersabda: „Wahai
sekalian wanita, bersedekahlah kalian, sesungguhnya aku melihat kalian adalah penduduk
neraka paling banyak.Para wanita bertanya: Kenapa wahai Rasulullah? Beliau menjawab:
„Kalian banyak melaknat dan tidak bersyukur kepada suami. Tidaklah aku lihat golongan
yang lemah akal dan agamanya yang dapat menghilangkan fikiran lelaki yang cerdas
kecuali kalian. Mereka bertanya: „Apa kekurangan akal dan agama kami wahai
Rasulullah? Beliau menjawab: „Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan
setengah kesaksian lelaki?Mereka menjawab: „Betul Rasulullah bersabda: „Itulah
kekurangan akalnya. Bukankah jika haid wanita tidak solat dan tidak puasa?Mereka
menjawab: „Betul.Rasulullah s.a.w. bersabda: „Itulah kekurangan agamanya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab al-Syiam, Bab tark al-haid
al-syaum, nombor hadis: 298)

4
AMSH 5103

Hadith keempat

‫ لن يفلح القوم ولوا أمرهم امرأة‬: ‫عن أبي بكرة قال النبي صلى ا عليه وسلم‬
Dari Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu, telah berkata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam: “Tidak akan beruntung suatu kaum (bangsa) manakala menyerahkan
urusan (kepemimpinan) nya kepada seorang wanita.”

Hadith Riwayat Al-Imam Al-Bukhari rahimahullahu dalam Kitabul Maghazi bab Kitabi
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ila Kisra wa Qaishar no. 4425, Kitabul Fitan no. 7099,

3.0 kesan fahaman hadith Misoginis terhadap usaha mendekonstriksi hadis.

Kesan daripada fahaman terhadap hadith-hadith misoginis ini ianya menjadi


penyumbang serta penyokong kepada usaha usaha mendekontriksi hadith-hadith baginda
nabi, yang mana fahaman yang tidak menerima hadith akan bertambah kukuh dengan
hujjah yang di bawa hasil daripada penolakan kepada hadith-hadith yang di dakwa
sebagai menghina wanita dari sudut pandang feminise ini. Di antara kesan yang timbul
daripada fahaman yang menolak hadith-hadith msioginis ini adalah timbulnya pertikaian
terhadap kredibiliti serta autoriti terhadap para sahabat nabi saw, selain itu juga
penolakan tafsiran serta keterangan para ulama hadith juga turut diabaikan dan para
ulama Mukharrij hadith yang membukukan hadith dalam kitab-kitab meraka juga turut
menjadi pertikaian, begitu juga akhirnya disiplin ilmu hadith juga akan turut menjadi
sasaran yang mana ianya di anggap tidak releven serta tidak berupaya dalam memelihara
hadith-hadith ataupun ucapan nabi dalam menelusuri zaman yang begitu panjang.
Jika kita lihat dari segi pemikiran Fatimah mernissi iaitu tokoh utama kepada
gerakan feminism ini beliau dilihat begitu lantang di dalam mempertikaikan kredibiliti
serta peribadi beberapa orang tokoh para sahabah nabi Saw, penelitian yang dibuat oleh
beliau bukan pada semua sahabah yang meriwayatkan hadith-hadith nabi saw, namun
kajian yang dilakukan oleh beliau hanyalah tertumpu kepada para sahabah yang terlibat

5
AMSH 5103
meriwayatkan hadith-hadith yang berbau anti wanita dan belia cenderung untuk
mempertikaikan para sahabah yang terlibat dalam periwayatan hadith-hadith yang beliau
anggap anti wanita(Mukhlis, 2011), di antara kredibiliti tokoh-tokoh yang di pertikaikan
serta dikritik tajam oleh Fatimah Mernissi adalah seperti Abu Bakrah, Ibn Abbas, dan
juga Abu Hurairah (Ahmad, 2001). Sikap Fatimah Menissi ini yang keterlaluan di dalam
menilai para sahabah adalah bercanggah dengan disiplin ilmu hadith sepertimana yang
telah dijelaskan oleh para ulama hadith mengenai Keadilan para sahabah, yang mana
telah jumhur para ulama telah menetapkan bahawa keadilan para sahabah tidak perlu
dipertikaikan lagi (al’Azami, 2003), bahkan apa yang lebih jelas lagi Khatib al-Bahgdadi
mengatakan bahawa keadilan para sahabah itu telah dijamin oleh allah dan Rasulnya
(al-Baghdadi, 2002). Hasil daripada pemikiran Mernissi ini yang cenderung kepada
mempertikai kredibiliti para sahabah ini menjadi titik utama kepada penolakan terhadap
hadith-hadith yang dikatakan menghina wanita dari sudut pandang Mernissi walaupun
hadith itu sahih , namun buah pemikiran yang disemai oleh Mernissi ini menjadi hujjah
tambahan kepada golongan yang cenderung menolak Hadith-hadith nabi terutama sekali
golongan Quraniyyun yang sama sekali tidak menerima hadith sebagai hujjah dan juga
hasil buah tangan Fatimah Mernissi ini juga memberi makna yang amat besar kepada
golongan Orientalis yang sentiasa memusuhi hadith-hadith sebagai sumber islam seperti
Orientalis hasil didikan Goldziher dan juga Joseph Schacht yang mana kedua tokoh ini
adalah pelopor kepada gerakan anti hadith di kalangan Orinetalis bahkan terdapat
sebilangan umat islam yang terpengaruh dengan idea-idea yan diutarakan oleh kedua
tokoh ini (Khaeruman, 2004), apa yang lebih mendukacitakan adalah Orientalis ini
sentiasa mencari-cari hasil kajian tokoh di kalangan pemikir Arab Mulism yang dilihat
cenderung kepada menolak hadith sebagai hujjah dan kajian tersebut akan diterjemah ke
dalam pelbagai Bahasa sebagai usaha menyuburkan penolakan terhadap hadith-hadith
baginda nabi Saw (Zulkifli, 2012).
Selain itu fahaman yang di bawa oleh Mernissi ini yang dilihat menyumbang
kepada ushaa mendekontriksi hadith juga adalah fahaman yang tidak mengambil kira
tafsiran para ulama hadith dalam mensyarahkan sesuatu hadith, yang mana jika dilihat
tafsiran para ulama hadith terhadap hadith-hadith yang menurut beliau menghina atau
merendahkan wanita tidak akan terdapat sama sekali ulama yang menghina para wanita

6
AMSH 5103
seperti yang di dakwa oleh Mernissi bahkan setiap Hadith yang dilihat oleh beliau
sebagai Misogini itu mempunyai tafsiran dan keterangan yang tersendiri yang jauh dari
unsur penghinaan (Al-Buti, 1996), oleh itu menurut Mansour faqih fahaman dan cara
Fatimah Mernissi ini yang tidak mengambil keterangan daripada para ulama dan hanya
teruja untuk mengkaji dan menyiasat latar belakang para perawi pertama dan latar
kehidupan para perawi dengan disertai prasangka yang buruk itu hanyalah merupakan
satu langkah yang agak terburu-buru dalam usaha menolak status Hadith (Fakih, 1996).
Oleh itu methode yang di bawa ini bukan sahaja akan menjadi ikutan oleh orang yang
membaca buku beliau bahkan apa yang lebih parah lagi orang yang tidak mempunyai
ilmu yang mendalam dalam bidang hadith dan ilmu berkaitan dengan pengajian islam
juga akan cenderung kepada prasangka terhadap Hadith-hadith nabi dengan hanya
melihat kepada matan sebuah hadith yang tidak sesuai dengan selera sesetengah
golongan, bahkan apa yang lebih teruk lagi doktrin pemikiran yang di bawa oleh Mernissi
iaitu agama tidak membezakan di antara lelaki dan perempuan dan agama tidak mungkin
memperlekehkan wanita (Merenisi, 1995) telah mempesonakan orang yang mendengar
dan juga menimbulkan kecenderungan untuk berprasangka terhadap hadith-hadith yang
berbentuk Misoginis (Mukhlis, 2011).
Selain itu juga Fatimah Mernissi turut mengkritik Mukharrij Hadith iaitu ulama
Besar di dalam Ilmu Hadith iaitu al-Imam al-Bukhari dan Fatimah Mernissi juga turut
berprasangka dengan al-Imam al-Bukhari sebagai seorang yang anti wanita dan ini dapat
dilihat dalam kritikannya terhadap al-Bukhari yang mana ia berasa hairan terhadap al-
Bukhari kerana bertubi-tubi meriwayatkan hadith-hadith misoginis terutama melalui
riwayat Abu Hurayrah r.a. iaitu Hadith tiga perkara yang membawa bencana atau
kecelakaan disebutkan sebanyak tiga kali dengan sanad yang berbeza-beza, bahkan al-
Imam al-Bukhari berturut-turut menyebutkan hadith misoginis yang lain melalui riwayat
ibn Umar iaitu hadith tidak ada penyebab kesulitan yang lebih bahaya bagi seorang lelaki
kecuali wanita dan juga ia turut meriwayatkan hadith kebanyakan wanita penghuni
neraka (Mernissi, 1991), salah satu punca Mernissi mengkritik al-Bukhari adalah hanya
kerana meriwayatkan hadith-hadith berbaur anti wanita tanpa membawakan hadith yang
menyanggahinya seperti hadith yang menunjukkan Aisyah Radhiallahu anha mengkritik
hadith tiga perkara yang membawa bencana yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah

7
AMSH 5103
(Agustina, 1994). Kelantangan Fatimah Mernissi ini di dalam mengkritik al-Bukhari
serta prasangka yang buruk terhadapnya ini menjadi satu hujjah perintis kepada
penolakan ulama Hadith yang besar semisal al-Bukhari (Rasyid, 2006), dan ini lah salah
satu hujjah kepada golongan liberal dan feminism dalam usaha mendekontriksi hadith
baginda nabi saw agar ianya kelihatan tidak releven dan hanya kerana anggapan Fatimah
Mernissi yang buruk berbaur prasangka terhadap Mukharrij hadith yang lebih-lebih lagi
al-Bukhari merupakan kitab yang menjadi rujukan utama umat islam di dalam
mengambil hadith yang berstatus Sahih, maka serangan yang dilakukan ini bagaikan satu
peluru padu yang tepat ke sasaran kerana di dalam ilmu hadith al-Bukhari mempunyai
nilai yang besar di kalangan ulama islam yang mana para ulama mengiktiraf karyanya
adalah kitab yang kedua Sahih selepas al-Quran al-Karim (Layth, 2003) .

4.0 fahaman yang memandang inferioriti kedudukan wanita dalam Islam yang
dipelopori oleh gerakan Feminisme serta pengaruhnya terhadap umat Islam di
Malaysia.

Islam telah meletakkan kedudukan wanita pada tempat yang sewajarnya,


kedudukan ini bukanlah bersumber daripada pemikiran para sarjana islam semata-mata
namun ianya adalah hasil dari garapan dari sumber islam yang utama iaitu al-Quran dan
juga al-Hadith. Namun keputusan yang telah di letakkan oleh para ulama ini tidak
mendapat persetujuan secara umum oleh umat islam terutama sekali golongan yang di
gelar sebagai Feminism yang mana golongan feminism ini adalah golongan yang lantang
di dalam menyuarakan hak wanita muslim. Jika di teliti Feminism lahir adalah bersumber
daripada barat dan ianya telah menyelinap masuk ke dalam pemikiran sebahagian umat
islam dan melahirkan tokoh-tokoh yang begitu sensitif dengan hak-hak wanita dan
kedudukan wanita, dan natijahnya telah lahir para cendiakawan yang beragama islam dan
mendapat pendidikan pada peringkat tertinggi dan golongan ini juga telah mendapat
tempat di pebagai dalam bidang akademik dan pendapat meraka ini juga telah
menimbulkan pelbagai reaksi pada pelbagai pihak tidak kurang juga sokongan daripada
kalangan orang muslim sendiri bahkan idea-idea mereka juga telah mempengaruhi
banyak pigak terutamanya golongan wanita , dan hasil daripada pemikiran tokoh-tokoh

8
AMSH 5103
ini telah timbul pelbagai persatuan ataupun pertubuhan yang khusus untuk membela
wanita islam khususnya dan mereka melaung-laungkan slogan yang hampir sama iaitu
agama islam tidak mendiskriminasi Gender.
Golongan yang di gelar sebagai Feminism ini melihat dari sudut pandang mereka
bahawa golongan wanita merupakan golongan yang sering dipinggirkan dan kaum yang
direndahkan darjatnya di bawah darjat kaum lelaki. (Ahmad, 2005). Bahkan menurut
tokoh-tokoh Feminism seperti Amina Wadud perendahan darjat kaum wanita ini adalah
berpunca daripada teks-teks agama yang telah di tafsirkan dengan secara tidak tepat, di
antara sumber yang tidak ditafsirkan secara tepat sehingga melahirkan masyarakat yang
merendahkan darjat wanita ialah al-Quran dan juga Hadith. (Mutahhari, 1985) apabila
penafsiran daripada sumber ini ditafsirkan secara tidak tepat maka ianya melahirkan
sikap merendahkan wanita, lebih-lebih lagi menurut Amina Wadud kebanyakan tokoh-
tokoh sarjana agama di dalam Islam seperti adalah daripada kalangan lelaki, contohnya di
dalam bidang penafsiran al-Quran dan Syarah al-Hadith majoritinya adalah daripada
kalangan lelaki oleh itu tafsiran yang terhasil adalah lebih berat kepada tafsiran yang
menjurus kepada kehebatan lelaki dan pengalaman serta keperluan lelaki sahaja yang
sering disebut di dalam tafsiran sedangkan pengalaman, visi, perspektif, keinginan, atau
keperluan kaum wanita hanya ditundukkan di bawah penafsiran dan kehendak kaum
lelaki (Wadud, 1993). Oleh itu hasil daripada penafsiran yang wujud ini melahirkan sikap
ini lah yang telah berakar umbi di dalam masyarakat islam sehingga wanita di anggap
tidak dapat menandingi lelaki dalam semua keadaan dan para wanita hanya selayaknya
berada di dalam rumah menguruskan rumah tangga serta tidak layak untuk memberi
sumbangan kepada masyrakat dan dunia secara umumnya (Agus, 2001). Oleh itu
menurut tokoh pejuang Feminism yang terawal iaitu Qasim Amin berpendapat separuh
daripada penduduk dunia adalah wanita, maka oleh itu para wanita perlu dibangkitkan
dengan diberikan hak kebebasan seluasnya untuk di beri pendidikan yang sama rata
antara lelaki dan wanita bahkan para wanita juga perlu di beri kebebasan untuk berbuat
apa sahaja agar jumlah wanita yang ramai ini akan menjadi golongan yang maju dan
mampu memberi sumbangan kepada dunia, bahkan wanita dan lelaki perlu berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah agar mereka sama-sama dapat memberi sumbangan dalam
memartabatkan bangsa dan negara (Qasim, 1984). Selain itu juga tokoh Feminism yang

9
AMSH 5103
terkenal juga iaitu Fatimah Mernissi mengatakan Slogan yang hampir sama dengan
Amina Wadud yang mana belia mengatakan bahawa kaum wanita adalah golongan yang
Disisihkan di dalam agama Islam (Fatima, 1991), yang mana dari sudut pandang beliau
ajaran agama yang di bawa oleh nabi adalah ajaran yang tidak membezakan persoalan
Gender, bahkan semangat yang di bawa oleh nabi adalah semangat persamaan taraf di
antara lelaki dan perempuan, soal menyudutkan nilai wanita ini muncul hanya selepas
kewafatan nabi (Ibid). Bermula dari kewafatan Nabi lah berlakunya manipulasi terhadap
nas-nas Hadith yang menurut beliau dipelopori oleh golongan para sahabat yang anti
wanita (Ahmad, 2005).
Oleh itu hasil daripada pemikiran tokoh Feminism ini lah terhasilnya golongan
yang terpengaruh dengan pemikiran mereka yang mana hasilnya lahirlah golongan yang
memperjuangkan hak wanita dan juga hak persamaan Gender tanpa membezakan di
antara lelaki dan wanita. Di antara tokoh yang begitu banyak mempengaruhi golongan
Feminism di Malaysia khususnya ialah Aminah Wadud dan Juga Fatimah Mernissi.
Aminah Wadud merupakan tokoh yang banyak mempengaruhi golongan pejuang hak
wanita di Malaysia sehingga melalui idea dan penglibatan beliau tertubuhnya pertubuhan
Sister In Islam (SIS) yang telah berdaftar secara rasmi di Malaysia pada tahun 1993,
kerana Amina Wadud pernah bertugas sebagai pensyarah di UIAM pada tahun 1990-
1991. (Anuar, 2010).
Segala pendapat dan buah fikiran daripada tokoh Feminism akan di salurkan
kepada rakyat Malaysia melalui pertubuhan Sister In Islam, dan SIS merupakan sebuah
badan yang bertanggungjawab dalam mempengaruhi pemikiran Rakyat Malaysia
mengenai perjuangan Feminism ini (Ibid). oleh itu di antara pengaruh Feminism di
Malaysia adalah :

i) Mengajak kepada Penafsiran Semula al-Quran.


Di antara pengaruh yang jelas daripada pemikiran Amina Wadud adalah galakkan
kepada rakyat Malaysia untuk menafsirkan semula al-Quran agar ianya selari dengan
kehidupan Moden, sedangkan jika deteliti hujjah yang di bawa oleh golongan SIS ini
adalah sebenarnya lebih kepada ingin menolak tafsiran yang di bawa oleh para ulama

10
AMSH 5103
silam terhadap beberapa Isu yang melibatkan wanita seperti isu aurat, pakaian wanita dan
juga kepimpina dan sebagainya, dan ini adalah sangat jelas bahawa mereka begitu
terpengaruh dengan idea yang di bawa oleh Amina Wadud untuk menafsirkan semula al-
Quran untuk menolak tafsiran yang telah d tafsirkan oleh para ulama terdahulu kerana
menurut Amina tafsiran pada kitab tafsir yang lama mempunyai unsur bias Gender.

ii) Menganggap Tudung tidak Wajib dan Rambut bukanlah aurat yang diperintah
untuk ditutup.

Selain itu di antara pengaruh golongan Feminism yang memberi kesan di


Malaysia adalah, timbulnya isu dalam pemakaian tudung, yang mana tokoh-tokoh
Feminism seperti Fatimah Mernissi dan juga Amina Wadud menganggap tudung
bukanlah satu tuntutan di dalam agama Islam (Anuar, 2010), yang mana tokoh feminism
menganggap tafsiran mengenai tudung yang telah di jelaskan oleh ulama islam adalah
tidak tepat bahkan mereka juga mengatakan bahawa konsep pemakaian hijab merupakan
amalan yang diambil zaman tradisi patriaki yang telah dipergunakan atas nama Islam.
percaya bahawa tudung tidak disebutkan dengan jelas di dalam al-Quran dan satu-satunya
ayat yang menyebut tentang etika pemakaian wanita Islam adalah di dalamSurah An-Nur
24: 30-31 dan Surah Al-Ahzab, 33: 59-60 yang menyuruh wanita menutup bahagian sulit
dengan khumur. Feminism juga beranggapan bahawa khumur itu merupakan kain yang
kebiasaannya digunakan oleh masyarakat Arab untuk menutup dada, oleh itu mereka
telah menolak tuntutan dan kewajipan wanita untuk menutup aurat, dan mereka juga
menyatakan konsep tersebut hanyalah berasal daripada adat masyarakat Arab (Ibid). oleh
kerana isu pemakaian hijab ataupun tudung ini telah menjadi perbahasan yang panas di
Malaysia maka dapat dilihat kesannya terhadap sebahagian golongan wanita yang tidak
mempunyai asasa agama yang kukuh begitu terpengaruh dengan hujjah golongan
Feminism yang mana mereka melihat hujjah yang di bawa oleh golongan Feminism
begitu sesuai dengan kehidupan mereka lebih-lebih lagi golongan Feminism juga
berhujjah dengan hujjah agama dan ayat al-Quran yang telah ditafsirkan mengikut
kefahaman mereka yang kononnya tidak bias gender. Selain itu juga hasil daripada
perbahasan tudung yang telah di bawa oleh golongan Feminism ini juga dilihat turut

11
AMSH 5103
mempengaruhi beberapa agamawan yang mana suatu masa dahulu Malaysia
digemparkan dengan hujjah yang sama yang dibawa oleh penulis di dalam Sebuah
Akhbar ini Utusan yang bertarikh 17 jun 2001 iaitu ustaz Astora Jabat turut menyokong
hujjah yang di bawa oleh golongan Feminism dalam isu rambut tidak aurat.
iii) Menolak poligami.
Selain itu Sister In Islam yang mengaku sebagai pejuang hak wanita juga telah
mempengaruhi masyarakat yang mana mereka mengatakan bahawa penafsiran para
ulama terdahulu mengenai ayat daripada surah an-nisa ayat 3 itu adalah kurang tepat, dan
alasan ini lah yang telah di tafsirkan semula oleh amina wadud dan mengatakan bahawa
tafsiran yang telah di berikan oleh ulama dahulu adalah mempunyai bias gender (Amina,
2006), oleh itu golongan feminism di Malaysia meneruskan perjuangan mereka dengan
bersandarkan kepada idea yang dicetuskan oleh Amina Wadud dan mereka bukan sahaja
mempengaruhi pemikiran wanita di Malaysia bahkan mereka juga mencabar akta dan
Enakmen yang sedia ada agar ianya digubal dan undang-undang pembenaran poligami
dihapuskan dan mereka juga tanpa segan silunya mengatakan “…poligami hanya sebagai
institusi zaman lalu yang terpaksa diterima pada waktu itu dan yang mana dalam
keadaan masa kini patut diketepikan untuk memberi laluan kepada institusi monogami”.
(Memorandum Reformasi Undang-Undang Keluarga Islam Mengenai Poligami 11
Disember 1996). Oleh itu usul yang di bawa oleh Sister In Islam ini mendapat sokongan
yang agak kuat daripada golongan wanita kerana hujjah SIS di dalam Isu ini begitu
menyokong keududukan wanita dengan menghalang para suami daripada berpoligami,
oleh itu tidak dapat dinafikan bahawa gerakan Feminsm ini dillihat begitu kuat
mempengaruhi kaum wanita di Malaysia sehingga mereka sanggup menolak tafsiran para
ulama Silam hanya kerana semata-mata tafsiran iu dilihat tidak berpihak kepada kaum
wanita.

iv ) Menolak Konsep Qawwamun (kepimpinan) lelaki.

Di antara pengaruh yang dapat ditimbulkan oleh golongan Feminism terhadap


masyarakat Malaysia adalah adanya pembawaan idea oleh Amina Wadud yangtelah
mempertikaikan istilah Qawamun wujud di dalam surah An-Nisa ': 34 yang merujuk

12
AMSH 5103
kepada pengertian seorang lelaki sebagai pemimpin dan pelindung terhadap wanita. Oleh
itu mereka berangapan bahawa ayat itu memerlukan penafsiran yang sesuai dengan
keadaan pada hari ini oleh itu konsep ini lah antara yang lantang juga di bawa oleh
penerus idea golongan feminism Malaysia iaitu sister In islam ini kerana menurut
golongan feminism ini mereka menganggap bahawa model tradisional yang wujud di
dalam Undang-undang Keluarga Islam yang mengatakan lelaki adalah pemimpin bagi
wanita merupakan sesuatu yang tidak tepat di mana lelaki telah dilihat telah
mempergunakan istilah „Qawwamun‟ sebagai alat untuk mendominasi wanita dalam
setiap perkara, kesannya adalah wanita hanya dilihat seperti subjek yang terpaksa akur
dan tunduk kepada semua keinginan lelaki (Zainah,2009). Oleh itu pada sudut pandang
mereka kaum lelaki mengambil kesempatan di atas isitilah yang di bawa ayat al-quran ini
untuk menjadi pemimpin di dalam semua perkara sehingga wanita dianggap sebagai
objek yang tidak berkemampuan di dalam kepimpinan sehingga wanita hanya dipandang
sebagai orang yang tidak mempunyai kebolehan seperti lelaki (Ibid), sedangkan jika
diteliti tafsiran para ulama tafsir konteks ayat ini adalah digunakan di dalam konteks
rumah tangga (Agus, 2001), bukannya bermaksud ayat ini menafikan kebolehan wanita
di dalam mengepalai setiap bidang yang ingin diceburi oleh mereka. Namun akibat
kelantangan dan kepandaian golongan ini menyebarkan fahaman mereka melalui media
massa maka tidak dapat dinafikan pengaruh pemikiran ini meresap masuk ke dalam
pemikiran wanita islam di Malaysia.

5.0 Syarah hadith Misoginis.

1) Hadith Tidak beruntung sesuatu kaum yang dipimpin Wanita

‫ لن يفلح القوم ولوا أمرهم امرأة‬: ‫عن أبي بكرة قال النبي صلى ا عليه وسلم‬
Dari Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu, telah berkata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam: “Tidak akan beruntung suatu kaum (bangsa) manakala menyerahkan
urusan (kepemimpinan) nya kepada seorang wanita.”

Hadith Riwayat Al-Imam Al-Bukhari rahimahullahu dalam Kitabul Maghazi bab Kitabi

13
AMSH 5103
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ila Kisra wa Qaishar no. 4425, Kitabul Fitan no. 7099,

Di dalam mensyarahkan hadith ini terdapat berbagai pandangan ulama dalam


meletakkan hukum mengenai kepimpinan wanita. Imam Ahmad, Malik dan as-Syafie
rahimahumullah sepakat mengatakan bahawa wanita tidak berhak menjadi pemipin
sekalipun bukan sebagai pemimpin yang utama sama ada pemimpin sebuah negara
mahupun pemimpin di dalam sebuah wilayah, ini kerana nas menunjukkan bahawa
wanita dilarang sama sekali menjadi pemimpin,demikian juga pandangan yang
diutarakan oleh imam al-Baghawi yang mana beliau mengatakan bahawa wanita tidak
boleh sama sekali memegang jawatan kepimpinan seperti Imam atau ketua Sebuah
negara dan juga Qadhi ini kerana seorang Imam ataupun ketua negara perlu sentiasa
keluar untuk meguruskan hal kenegaraan seperti Jihad dan juga hal yang berkaitan
dengan kestabilan negara, demikian juga halnya dengan Qadhi yang mana jawatan Qadhi
juga memerlukan untuk seseorang itu sentiasa keluar dan berursan dengan ramai orang
untuk menunaikan tangungjawab sebagai Qadhi di dalam meletakkan hkum di dalam
pelbagai isu, dan ini adalah bertentangan dengan fitrah wanita yang mana wanita adalah
diibaratkan seperti aurat dan tidak patut terdedah dengan perkara seumpama itu (al-
Bassam, 2000).

al-Imam Abu Hanifah pula berpendapat wanita di bolehkan untuk menjadi


hakim di dalam urusan selain Jenayah (al-Fath, 2008). Manakala pandangan yang
berbeza pula telah diutarakan oleh al-Imam at-Tobari dan juga Ibn Hazm yang mana
mereka menyatakan bahawa wanita boleh menjadi pemimpin secara mutlak iaitu dalam
setiap perkara berkaitan negara dan sebagainya (al-Qurtubi, 1998), demikian juga
pandangan ulama kontemporari al-Azhar seperti Ali Tantawi,al-Qaradhawi dan juga ali
Jum`ah menyatakan bahawa wanita boleh menjadi pemimpin di dalam urusan kenegaraan
seperti ketua jabatan dan juga ketua negara, bahkan Ali Tantawi menyatakan bahawa
hadith yang menyatakan bahawa tidak berjaya satu kaum yang dipimpin oleh wanita itu
hanya khusus untuk peristiwa tertentu sahaja iaitu kerajaan parsi yang dimaksudkan oleh
nabi dan hadith ini bukan bermaksud umum. Demikian juga al-Qaradhawi dalam isu ini
sependapat dengan Ali Tantawi dan beliau menyatakan bahawa wanita boleh bekerja dan

14
AMSH 5103
menjadi pemimpin di dalam urusan kenegaraan seperti hakim, menteri, duta
besar,anggota parlimen dan juga dalam urusan pemerintahan asalkan wanita itu
mempunyai kelayakan dan kemampuan yang sempurna (Tamam ahliyyah) di dalam
bidang tersebut, bahkan wanita juga dibolehkan menjadi ketua sesebuah negara asalakan
ia menjaga batas-batas yang tidak melampai batasan syarak seperti aurat,tidak boleh
berkhalwat atau berdua-duaan dan juga wanita tersebut mestilah tidak melupakan tugas
utamanya dalam urusan pendidikan anak-anak (al-Qaradhawi, 2009).

2) Hadith terputusnya Solat

‫ ويقي ذلك مثل‬، ‫ والكلب‬، ‫ والحمار‬، ‫ قال رسول ا صلى ا عليه وسلم يقطع الصلة المرأة‬: ‫ قال‬، ‫عن أبو هريرة‬
‫ مؤخرة الرحل‬.
Solat itu terputus oleh wanita, keldai dan anjing. Dan perkara yang mengelakkan
pemutusan itu ialah sutrah (penghadang) seumpama hujung pelana.
(Hadis riwayat Imam Muslim, Kitab al-Solah, Bab Qadar Ma Yastur al-Musalli,
nombor hadis: 511)

Di dalam mensyarahakan mengenai hadith ini majoriti para ulama hadith


berpendapat bahawa dengan melintasnya tiga faktor yang disebut itu iaitu wanita,keldai
dan juga anjing bukanlah membatalakan solat tetapi maksud terputus di dalam hadith
tersebut adalah membawa maksud kurangnya pahala solat dan ini adalah pendapat yang
telah dipegang oleh “Malik, Abu Hanifah, Syafi’i r.a., dan majorit ulama dari kalangan
salaf dan khalaf (an-nawawi, 2002), demikian juga pendapat yang di dipegang oleh al-
Imam as-Son`ani, yang mana beliau mengatakan bahawa dengan melintasnya salah satu
daripada faktor di atas adalah bermaksud berkurangnya pahala kerana hati boleh
terganggu dengan lintasan daripada faktor-faktor yang disebutkan di dalam hadith
tersebut (as-son`ani, 2007).manakala al-Imam Ahmad bin Hanbal pula berpendapat
sebaliknya yang mana ia berpandangan solat boleh terbatal dengan melintasnya 3 faktor
tersebut iaitu anjing,keldai dan wanita. (al-Andalusi, 2001).

15
AMSH 5103
Terdapat beberapa hadith yang berkaitan dengan solat yang menunjukkan keldai
dan wanita berada di hadapan orang yang solat namun ianya tidak membatalkan solat,
sepertimana hadith mengenai keldai yang melintas sewaktu solat di kalangan nabi dan
para sahabat (as-son`ani, 2007), salah satunya adalah diriwayatan oleh Ibn Abbas di
dalam Sahih al-Bukhari yang mana beliau tiba di mina dengan menaiki keldainya dan
beliau membiarkan keldainya melintas di hadapan saf solat tanpa mendapat tegahan
daripada para sahabat yang lain, begitu juga dengan hadith yang diriwayatkan oleh
Ayyash bin Abi Rabi`ah yang mana beliau meriwayatkan ketika mana Rasulullah
mengimami solat bersama para sahabat telah melintas seekor keldai lalu ayyash
mengucapkan Subhanallah dan ketika selesai solat rasulullah telah bertanya mengenai
siapa yang mengucapkan Subahanallah dan Rasulullah pun bersabda “solat seseorang
tidak terputus oleh sesuatu apa pun” (al-Ghazzali, 1993).
Hadith “Solat seseorang tidak terputus oleh sesuatu apa pun” telah menimbulkan
beberapa pendapat yang mengatakan hadith ini telah menasakhkan hadith yang
mengatakan putusnya solat kerana melintasnya tiga perkara tersebut (al-Andalusi, 2001),
namun menurut an-nawawi hadith yang mengatakan “solat seseorang tidak terputus oleh
sesuatu apa pun” adalah merupakan hadith yang dhaif dan tidak dapat diterima dalam
menasakhkan sesuatu hadith yang lebih kuat (an-nawawi, 2002)
Selain itu hadith di atas juga telah mendapat bantahan daripada aisyah R.a yang mana
beliau meriwayatkan hadith
. “Apa kah perkara yang dapat memutuskan shalat seseorang?” Kami menjawab (para
sahabat), “Perempuan dan keledai.” Ia mempertanyakan, “Jadi, kalau begitu, perempuan
adalah binatang buruk. Tahukah kalian bahwa aku pernah berbaring melintang di hadapan
Rasul saw. seperti melintangnya jenazah dan beliau sedang shalat?” (sahih al-Bukhari
hadith 514).
Manakala Dalam riwayat lain kritikan asiyah kelihatan lebih jelas, “Kalian telah
menyamakan kami dengan keledai dan anjing. Demi Allah, aku telah melihat Rasulullah
saw. soalat dan aku berbaring di atas tempat tidur, kedudukanku adalah di antara beliau
dan kiblat.” (Sahih Mulim 512).

16
AMSH 5103
Oleh itu al-Imam an-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini beliau mengatakan bahawa
“Aisyah dan para ulama sesudahnya berpendapat bahwa wanita tidak termasuk faktor
yang memutuskan shalat seorang lelaki selain itu Hadits Aisyah ini menunjukkan bahawa
harus seseorang menunaikan solat walaupun ketika ada wanita melintas di hadapannya.
(an-nawawi, 2002).

Oleh itu penggabungan perkataan wanita,keldai dan anjing hitam bukanlah bermakna
penyamaan taraf ataupun penghinaan kepada wanita namun ianya adalah kerana ketiga-
tiga factor yang disebut itu berpotensi untukmendatangkan gangguan kepada orang yang
solat jika ianya melintasi dihadapan meraka. (Ilyas, 2001).

3) Hadith Kesialan pada 3 perkara

‫ في‬:‫ إنما الشؤم في ثالثاة‬:‫عن عبد ا بن عمر ـ رضي ا عنهما ـ قال سمعت رسول ا صلى ا عليه وسلم يقول‬
‫ والدار‬،‫ والمرأة‬،‫الفرس‬.
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya sumber ketidak beruntungan
itu disebabkan tiga perkara iaitu kuda, wanita dan rumah.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab al-Jihad wa al-Siyar, bab
Ma Yuzkar Min Shuem al-Mareah, nombor hadis: 2703)

Di dalam mensyarahkan hadith ini para ulama membawa kan hadith yang hampir sama
lafaznya dengan hadith yang di atas ini daripada riwayat yang lain, hadith tersebut adalah

i) ‫إسلن ركارن الششلؤمم فسلي رشليءء فرسفي الدداسر رواللرملرأرسة رواللفررر س‬


‫س‬

“jika sekiranya kesialan itu ada, maka ia akan ada pada rumah, perempuan dan kuda”
Bukhari no.5094, Muslim no.2225.

ii) ‫س رواللرملرأرسة روالدداسر‬


‫ق فرسفي اللفررر س‬
‫إسلن يرمكلن سمرن الششلؤسم رشليءء رح ق‬

“Apabila memang benar adanya kesialan maka pada kuda, perempuan dan rumah”

Muslim dari Ibnu Umar no.2225.

17
AMSH 5103
iii) ‫د‬
‫ روالسلي س‬: ‫س رو فسلي سرروايرءة‬
‫ف‬ ‫ر‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ر‬ ‫ل‬
‫إسن ركارن فسلي رشليءء فسفي الررلبسع روالرخاسدسم روالفرر س‬
Apabila memang ada (kesialan) itu maka pada rumah, pembantu dan
kuda”(riwayat muslim).Dalam riwayat lain: dan pada pedang”(Riwayat
Musannaf Abdul Razzaq).

Muslim no.2225., Malik 2/972, Abdur Razzak dalam al-Mushannaf 10/411.

Setelah membawakan hadith ini para ulama seperti at-tahawi turut membawakan hadith
secara lengkap bagi menghuraikan makna hadith tersebut, yang mana hadith itu
bermaksud

diriwyatakan oleh Qatadah dari Abu Hassan dia berkata:” Ada dua orang laki-laki dari
Bani Amir masuk kepada A’isyah lalu memberi tahu bahwa Abu Hurairah menceritakan
bahwa Rasulullah pernah bersabda:”Kesialan itu ada pada rumah, perempuan dan kuda”,
Maka A’isyah pun sangat marah, lalu berkata:”Demi Dzat yang menurunkan al-Furqan
(al-Qur’an), Nabi sama sekali tidak pernah mengatakan demikian, beliau hanya
mengatakan bahwa “Orang-orang jahiliyah ber-tathayyur dengan hal itu”

hadith riwayat Ahmad 6/150

oleh itu di dalam mensyarahkan hadith ini At-Thabary mengatakan:”Hadits di atas, tidak
menyatakan adanya tathayyur , Nabi hanya mengatakan jika mungkin ada tathayyur maka
hanya pada tiga perkara ini, dan ungkapan at-thobari ini menyatkan bahawa ia bermaksud
seperti ini lebih hampir kepada peniadaan Sial itu dari pada penetapan adanya kesialan,
dan beliau memberi perumpamaan bahawa ketika seorang mengatakan:”Seandainya ada
orang di rumah ini maka zaid lah orangnya”, kalimat ini tidak menyatakan bahwa zaid
ada di sana” (at-Thobary, 2001). Manakala al-Imam At-Tahawy mengatakan:”Nabi tidak
mengatakan bahwa kesialan itu ada pada 3 benda tadi, beliau hanya mengatakan
sendainya kesialan ada maka ia akan ada pada tiga perkara tadi” (at-Tohawi, 2002).
Adapun ulama Hadith kontemporari iaiatu as-Syeikh Nasiruddin Al-Albany
mengatakan::"Mahfhum yang dapat diambil diambil dari hadits ini adalah kesialan
(tathayyur) itu adalah tidak wujud, karena ada salah satu daripada lafaz hadith

18
AMSH 5103
menunjukkan bahawa sendainya kesialan itu ada maka akan ada hanya pada tiga perkara
ini, akan tetapi sememangnya tathayyur itu tidak ada sama sekali, dari sini maka apa yang
disebut pada riwayat lain dengan lafaz “Kesialan itu pada tiga perkara..” maka ini adalah
penyingkatan yang dilakukan oleh sebagian perawi” (al-Albani, 2000). Manakala Abdul
Razzaq as-son`ani pula menyatakan bahawa hadith itu bukanlah bermaksud kesialan itu
pada tiga perkara itu tapi kesialan pada tiga perkara itu berlaku dengan syarat iaitu beliau
menyebut “Aku mendengar ulama menafsirkan hadit ‫ ا‬itu:” Tanda kesialan pada
perempuan itu adalah sekiranya ia mandul, manakala kesialan pada kuda itu terjadi
sekiranya ia tidak dapat digunakan untuk berjihad jihad,manakala tanda kesialan pada
rumah,adalah sekiranya kita berjiran dengan jiran yang buruk akhlaknya” (as-Son`ani,
1998) .
oleh itu seteleh melihat Syarah dan keterangan yang di berikan oleh para ulama hadith
silam dan kontemporari maka kesimpulan yang dapat dilihat adalah hadith yang
digunakan oleh golongan Feminism adalah tidak bermaksud seperti yang mereka
sangkakan namun maksud yang tepat adalah seperti yang di syarahkan oleh para ulama
hadith bahawa kesialan itu sebenarnya adalah tidak wujud bahkan sekiranya ada
kemungkinan ianya berlaku pada 3 perkara tersebut namun ianya adalah bersyarat
sepertimana yang disebutkan oleh at-Tahawi.

4) Hadith wanita penduduk neraka paling banyak

‫ خرج رسول ا صلى ا عليه و سلم في أضحى أو فطر إلى المصلى‬:‫عن أبي سعيد الخدري قال‬
( ‫ فمر على النساء فقال ) يا معشر النساء تصدقن فإني أريتكن أكثر أهل النار‬. )
Dari Abu Saeid al-Khudriy, dia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. keluar pada hari raya
Idul Adha atau Idul Fitri, lalu beliau melewati tempat solat wanita dan bersabda: „Wahai
sekalian wanita, bersedekahlah kalian, sesungguhnya aku melihat kalian adalah penduduk
neraka paling banyak.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab al-Syiam, Bab tark al-haid
al-syaum, nombor hadis: 298)

19
AMSH 5103
di dalam mensyarhkan hadith ini al-Imam Ibn Hajar mengatakan bahwa wanita yang
dimasukkan ke dalam neraka hanyalah wanita yang mempunyai sifat-sifat yang tercela
sahaja dan beliau membawakan hadith Jabir yang mana ia menyatakan bahawa dalam
hadith Jabir terdapat dalil yang menunjukkan bahawa yang terlihat dalam neraka adalah
wanita-wanita yang memiliki sifat-sifat tercela seperti dalam hadith :

”Orang yang paling banyak aku lihat di dalam neraka adalah kaum wanita yang
apabila diberi kepercayaan menyimpan rahsia dia bocorkan, apabila diminta sesuatu
kepadanya ia bakhil, apabila mereka meminta, mereka bersikap keras dan meminta lebih
banyak, dan mereka tidak pandai berterima kasih”.

al-Mustadrak ‘ala al-Sahihayn, hadith no. 8788,

Oleh itu, dosa yang paling banyak menyeret wanita masuk ke neraka adalah kemaksiatan
tehadap suaminya dan pengingkaran terhadap kebaikan suaminya. Ibn Hajar mengatakan
lagi bahawa berdasarkan hadith yang pertama yang melihat ramai wanita di dalam neraka
itu dapat diambil beberapa pengajaran, antaranya: Anjuran menyampaikan nasihat kepada
wanita sebab nasihat dapat menghilangkan sifat tercela tersebut, sedangkan bersedekah
yang dianjurkan kepada wanita dapat menghindarkan seksa dan menghapuskan dosa yang
terjadi antara makhluk (‘Asqalani, 2001). Manakala Abu Syuqqah di dalam menafsirkan
hadith ini mengatakan Sesungguhnya hadith ini juga amaran untuk kaum lelaki agar
mereka menghindarkan diri daripada api neraka dengan menunaikan semua kewajipan
mereka terhadap ibu-ibu mereka, isteri-isteri mereka, puteri-puteri mereka, dan saudari-
saudari mereka. Mereka mesti memelihara mereka dengan baik dan menyediakan
peluang yang cukup untuk mendapatkan pengajaran dan nasihat yang berkesan serta
melakukan ibadah dan ketaatan kepada Allah sehingga hati mereka dipenuhi nilainilai
iman dan taqwa. Hendaknya kaum wanita diberi kesempatan agar mereka dapat
melaksanakan amal soleh seperti sedekah, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran lain-lain. Tanggung jawab ini sepenuhnya ada di bahu kaum lelaki
(Shuqqah, 2002).

20
AMSH 5103
Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa hadith ini tidak hanya amaran untuk wanita
tetapi sekaligus untuk kaum lelaki dan bukanlah merendahkan terhadap perempuan
seperti sangkaan para feminis.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya tokoh golongan Feminism yang dibahaskan ini iaitu Fatimah


Mernissi begitu begitu menolak langsung Hadith-hadith yang dilihatnya sebagai
ancaman yang menyudukan kaum wanita, dan penolakan yang dilakukannya adalah
dilihat begitu terburu-buru kerana jika dilihat daripada penafsiran para ulama hadith
mengenai hadith yang dituduhnya mempunyai unsur Misoginis, para ulama tidak
menghina wanita di dalam penasfiran yang mereka lakukan bahkan jika dilihat secara
menyeluruh banyak hadith-hadith lain yang menafsirkan hadith yang dilihat sebagai
menyudutkan hak wanita ini begitu tidak sampai kepada maksud yang dianggap oleh
Fatimah Mernissi sebagai menghina wanita, bahkan ianya mempunyai tafsiran yang
tersendiri yang jauh daripada penghinaan kepada wanita, oleh itu. Bahkan jika Fatimah
mengkaji dengan teliti mengenai hadith-hadith nabi terdapat begitu banyak juga hadith-
hadith yang memujidan mengangkat martabat wanita namun apa yang dilihat oleh
golongan feminism ini hanyalah melihat dari sudut negatif sahaja sehingga aliran ini
menjadi hujjah dan peluru yang ditunggu-tunggu oleh musuh musuh islam untuk
menyerang agama islam. Oleh itu adalah lebih baik jika golongan Feminism ini
mepelajari disiplin Ilmu hadith secara lebih mendalam agar mereka lebih menghargai
warisan umat islam yang suci ini.

21
AMSH 5103

JUMLAH PERKATAAN : 5200

RUJUKAN / REFERENSI

abd latif, R. a. (2012). ulum al-hadith. klang selangor: pustaka salam.

Abu Layth, M. (2003). Ulum al-hadith asiluh wa mu’asiruh. Malaysia: Dar al-Shakir.

Agus, N. M. (2001). Islam Teologi Pembebasan dan Kesetaraan Gender Studi.


Yogyakarta: UII Press.

Agustina, N. (1994). Tradisionalisma Islam dan Feminism. Jakarta : LSAF.

Ahmad, B. (2001). Madzhab Feminis dalam Penafsiran al-Qur‟ân. ESENSIA, 25.

Ahmad, F. (2005). Perempuan di Lembaran Suci. Yogyakarta: Pilar Religia.

al’Azami, M. D.-R. (2003). Dirasat fi al-Jarh wa al-Ta’dil. Saudi Arabia: Dar al-Salam li
al-Nashr wa al-Tawzi.

al-Baghdadi, A. b. (2002). al-Kifayah Fi Ilm ar-Riwayah. kairo: dar al-fikr.

Al-Buti, M. S. (1996). al-Mar’ah Bayna Tughyan al-Nizam al-Gharbi wa Lato’if al-


tashri’ al-Rabbani. Beyrut: dar al-Fikr al-Mu’asir.

al-Khatib, A. (1967). Usul al-Hadith 'Ulumuh Wa Mustalahuh'. beirut : Dar al-Fikr al-
Hadith.

Amina, W. (2006). Quran Menurut Perempuan: Membaca Kembali Kitab Suci dengan
Semangat Keadilan. Jakarta: PT Serambi Ilmu Semesta.

an-nawawi, y. b. (2002). syarah Sahih Muslim Bi as-Syarh an-nawawi. kaherah: dar al-
Hadith.

22
AMSH 5103
Anuar, R. A. (2010). “Pemikiran Teologi Wanita di Malaysia: Satu Analisis
Dekonstruktif”. Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 86.

as-Son`ani, a.-h. a.-k. (1998). al-juz al-Mafqud min Juz al-awwal Min al-Musannaf.
Cairo: dar al-Hadith.

as-son`ani, M. B.-a.-y. (2007). Subul as-Salam Min Jam`i Adillatil Ahkam. kaherah: dar
al-Hadith.

at-Thobary, A. J. (2001). Tahzibul athar . Lubnan: Dar al-kutub al-Ilmiyyah.

at-Tohawi, A. J. (2002). Syarah Musykil al-Athar. Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Fakih, M. (1996). Membincang feminism. Surabaya: Risalah Gusti.

Fatima, M. (1991). The Veil and the Male Elite: A Feminist Interpretation of Women’s.
New York: Addison Wesley Publishing Company.

Ilyas, H. (2001). Islam dan Perlindungan Perempuan dari Kekerasan dalam Potret
Perempuan. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

John M. Echols, H. S. (1987). Kamus Inggris-Indonesia . Jakarta: Gramedia.

Khaeruman, B. (2004). Otentitas hadis studi kritik atas kajian hadis kontemporer,
Bandung. Bandung : Rosda.

Layth, M. A. (2003). Ulum al-hadith asiluh wa mu’asiruh. Malaysia: Dar al-Shakir.

Merenisi, F. &. (1995). Setara di Hadapan Allah. Yogyakarta: Tim LSPPA.

Mernissi, F. (1991). Women and Islam : an historical and teological enquiry. UK: Basil
Blackwell.

Mukhlis, Z. N. (2011). Kegelisahan Intelektual Seorang Feminis. Jurnal Karsa, 19.

Mutahhari, M. (1985). The Rights of Women in Islam. Bandung: Pustaka: Yayasan


Prakarsa.

Qasim, A. (1984). Tahrir al-Mar’ah. Kairo: Al-Markaz al-‘Arabiyyah li al-Bahtsi wa.

23
AMSH 5103
Rasyid, D. (2006). Sunnah di bawah Ancaman. Bandung: As-Syamil.

Rohmaniyah, M. S. (2003). Mendampingi yang Dibenci, Membela yang Teraniaya.


Yogyakarta: eLSAQ Press.

Shadily, J. M. (1984). Kamus Inggris Indonesia. Jakarta: Cornell University Press.

Wadud, A. (1993). Qur’an and Woman. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Zulkifli, M. N. (2012). Kritikan Terhadap pandangan Fatima Mernissi dalam bukunya


“Women and Islam : An Historical and Theological Enquiry”. ISLAMIYYAT, 35.

24

Anda mungkin juga menyukai