Anda di halaman 1dari 31

KETRAMPILAN DIRI

PENYAMPAI :
AZNAN BIN HAJI MAD. NATAR A.M.N

BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KETRAMPILAN
Ketrampilan memainkan peranan penting dalam
menentukan persepsi orang lain terhadap anda
pada awal pertemuan.

Sebahagian besar ketrampilan adalah cara


berpakaian dan tingkahlaku anda yang
menunjukkan imej peribadi anda.
IMEJ PERIBADI
Imej peribadi adalah tempat atau asas di mana
personaliti atau tingkahlaku seseorang terbina.

Apabila imej seseorang itu kukuh ataupun


mantap, seseorang itu akan merasa lebih selesa
dan lebih berkeyakinan.
IMEJ PERIBADI

Tetapi apabila imej seseorang itu tercalar,


terancam seseorang itu akan merasa bimbang,
takut dijauhi, rendah diri dan lain-lain.
KETRAMPILAN DIRI DILIHAT DALAM PERKARA
BERIKUT:
• IMEJ
• PAKAIAN
• KEMASAN DIRI
• HEMAH DIRI
• LAYANAN
• KESIHATAN
• KEBERSIHAN
IMEJ DIRI
Penampilan seseorang individu dalam sesuatu
urusan rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentuk
imej.

Imej Organisasi
Imej Peribadi
IMEJ DIRI

Oleh yang demikian seseorang itu hendaklah


sentiasa peka tentang situasi ini di mana hiasan
diri merupakan mesej pertama (berbentuk
bukan lisan) yang dipamerkan apabila bertemu
dengan orang orang lain.
PAKAIAN
Setiap pegawai dalam Perkhidmatan Awam atau
sesiapa saja yang terlibat dalam urusan memberi
khidmat perlu mementingkan norma
berpakaian. Dalam perkara ini terdapat
beberapa panduan yang perlu dipatuhi:
PAKAIAN
1. Pematuhan kepada peraturan yang
ditetapkan.
2. Sesuai dengan jenis pekerjaan.
3. Kemas dan terurus.
4. Barang kemas dan hiasan ditahap yang
paling minima.
5. Pewangi yang ringan.
6. Kemampuan ekonomi diutamakan.
7. Kebersihan diri dititikberatkan.
PAKAIAN YANG DITEGAH
1. Kelihatan ‘ casual ‘.
2. Warna garang dan berkilau.
3. Mengancam.
4. Solekan tebal.
5. Berstokin belang atau renda.
6. Berselipar.
7. Berkaca mata hitam.
8. Berkasut tanpa stokin.
KEMASAN DIRI
WANITA

a) Elakkan daripada berpakaian berkilat/berkilau


di siang hari.
b) Jangan kelihatan seperti hendak ke majlis.
c) Corak fabrik tidak lebih daripada empat warna.
d) Penggunaan alat solek tidak keterlaluan.
e) Pastikan harmonis dalam berpakaian.
f) Kasut atau sandal.
g) Perhiasan yang minimum.
KEMASAN DIRI
LELAKI
a) Pemilihan kemeja hendaklah teliti dan
disesuaikan dengan bentuk badan, warna kulit
dan iklim negara.
b) Elakkan warna garang dan berkilat.
c) Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu
besar.
e) Warna paling sesuai adalah putih kerana
mudah dipadankan.
f) Tali leher adalah yang sesuai dan kemas.
HEMAH DIRI
Hemah diri adalah ‘pakaian’ rohani dan jasmani
seseorang individu yang dinyatakan melalui
tingkah laku dan gerak diri (nilai).
Pakaian yang serba kemas dan tertib belum
tentu menggambarkan satu sahsiah yang
berhemah tinggi. Oleh itu, tingkah laku dan
maruah diri hendaklah sentiasa dilindungi dan
dipupuk supaya kita akan dihormati dan
disegani.
NILAI-NILAI KEPIMPINAN
i. Adil
ii. Syura
iii. Berani
NILAI-NILAI PROFESIONALISMA
i. Berilmu
ii. Kreativiti
iii. Integriti
iv. Neutraliti
v. Kejujuran Intelektual
vi. Akauntabiliti
NILAI-NILAI PRODUKTIVITI DAN KUALITI

i. Produktiviti
ii. Kualiti
NILAI-NILAI KEAGAMAAN

i. Bersyukur
ii. Beriman
iii. Bertakwa
LAYANAN

Layanan yang mesra lagi bersopan merupakan


tuntutan utama dalam perhubungan dan
perkhidmatan. Amalan terpuji yang perlu
ditunjukkan semasa bertemu dan melayani
tetamu atau pelanggan.
LAYANAN

Antara perkara yang mesti dilakukan.

1. Melafazkan salam pertemuan dan perpisahan


apabila berpisah.
2. Menyambut dengan senyuman yang mesra.
3. Bertutur dengan jelas.
4. Tertib dan berbudi bahasa.
5. Penampilan imej yang baik dan disenangi.
KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

A) Bahagian kepala dan muka

- Rambut perlu kemas dan kelihatan terjaga.


- Misai dan janggut diurus dengan baik.
- Bulu hidung tidak kelihatan liar.
- Diri sentiasa bersih.
- Pernafasan tidak berbau.
KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

B) Bahagian Badan dan tangan


- Badan tidak berbau.
- Baju tidak ada tanda tercarik.
- Baju tidak kelihatan berdaki di bahagian
lengan, poket dan kolar.
- Baju kelihatan tidak bergosok.
- Kuku jari dipotong. Tidak kelihatan panjang
dan digigit-gigit
- Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak
terdapat tanda-tanda penyakit.
KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

B) Bahagian punggung dan kaki

- Seluar tidak kelihatan seperti tidak bergosok.


- Seluar tidak kelihatan tercarik.
- Sentiasa berstokin.
- Elak memakai stokin lebih daripada had hari.
- Kasut hitam jangan kelihatan kelabu.
- Kasut coklat kelihatan hitam.
RENUNGAN

Dr. Napoleon Hill (Think and Grow Rich)


Keperibadian yang menyenangkan sering didapati pada
individu yang bertutur dengan lemah lembut dan baik
hati, memilih perkataan yang halus dan tidak
menyinggung perasaan dengan nada suara yang
sederhana;
Seseorang yang memilih pakaian dimana warna dan
fesyen yang bersesuaian; seorang yang bertimbangrasa
dan bukan sahaja rela malah suka melayan orang lain;
RENUNGAN

Dr. Napoleon Hill (Think and Grow Rich)

seseorang yang memilih pakaian di mana warna dan


fesyen yang bersesuaian; seorang yang bertimbang
rasa dan bukan sahaja rela malah suka melayan
orang lain;
RENUNGAN
Dr. Napoleon Hill (Think and Grow Rich)
seorang yang mampu berbincang tanpa terheret dalam
perbincangan kasar atau perbalahan yang tidak
berfaedah atas perkara-perkara yang boleh dipertikaikan
seperti politik dan agama;
seorang yang nampak kedua-dua kebaikan dan
keburukan manusia, tetapi memberi kelonggaran kepada
keburukan manusia;
RENUNGAN

Dari Abu Hurairah R.A katanya: “ Rasulullah SAW bersabda:


Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka
janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang
beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia
memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan
Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau
diam.”

Hadith riwayat Muslim


RENUNGAN

Firman Allah s.w.t

“Dan janganlah engkau memalingkan


mukamu(kerana memandang rendah) kepada
manusia,dan janganlah engkau berjalan di bumi
dengan berlagak sombong;Sesungguhnya Allah
tidak suka kepada tiap-tiap orang sombong
takabur,lagi membanggakan diri”
Surah Luqman 18:31
RENUNGAN

“Sepuluh perkara yang dikira sebagai fitrah


(sunnah) iaitu memotong misai, memelihara
janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam
hidung, memotong kuku, membasuh sendi-
sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu
ari-ari, bersuci dengan air (beristinjak).
Berkata Zakaria
“Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur”
(Hadis Riwayat Muslim)
RENUNGAN

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:

"Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama


empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting
kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan
mencukur bulu-bulu ari".
(HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu
Daud) .
PENUTUP
• KETRAMPILAN ADALAH GAMBARAN
KESELURUHAN HARGA DIRI KITA YANG
DIPERLIHATKAN DARI ASPEK LUARAN
ATAU DALAM DIRI KITA.
• PENTING SEBAGAI PENENTUAN INTERAKSI
DAN PERHUBUNGAN KITA SELANJUTNYA.
• TIADA SIAPA YANG BOLEH MENGUBAH
DIRI KITA MELAINKAN KITA SENDIRI.
SEKIAN

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai