Anda di halaman 1dari 14

ORGANISASI

PEMBELAJARAN DALAM
PENDIDIKAN (PPP6124)

NAMA :

MOHD AIDILFITRI BIN RAMELAN

NO. MATRIKS :

M20152001078

NAMA PENSYARAH :

DR. JAMAL@NORDIN BIN YUNUS

FAKULTI :

FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI (FPE)


2

1.0 Pendahuluan
Pada awal tahun 1990 an, organisasi pembelajaran mula menarik perhatian

banyak pihak setelah ianya diketengahkan secara sistematik oleh Peter Senge

(1990) didalam bukunya The Fifth Disipline. Banyak pihak telah mengakui

kepentingan organisasi pembelajaran di dalam sesebuah organisasi dalam

menyediakan organisasi kea rah persaingan dan meneruskan kelangsungan

organisasi. Sememangnya semua organisasi yang wujud boleh dikategorikan

sebagai organisasi pembelajaran, namun begitu, tidak semua organisasi mempunyai

struktur dan ciri-ciri organisasi pembelaran yang setaraf tahapnya.


Menurut Fiot Et Lyles (1985), dimana organisasi pembelajaran digunakan

untuk menggambarkan warga sesebuah organisasi melalui proses pembelajaran

yang cepat dan menggunakan pengetahuan bagi meningkatkan kecekapan dan

keberkesanannya. Organisasi pembelajaran lebih menekankan kepada

pembelajaran jangka panjang berbanding tujuan meningkatkan prestasi jangka

masa pendek. Pembelajaran organisasi terletak di bawah bentuk pembelajaran

melalui pengalaman (experiential learning).


Dalam meneruskan kelangsungan organisasi, aktiviti organisasi

pembelajaran haruslah tertumpu kepada matlamat organisasi, bagaimana organisasi

menyesuaikan dengan keadaan persekitaran dan bagaimana organisasi bergerak

untuk mencapai objektifnya. Justeru, segala sumber seperti kewangan, latihan,

peralatan dan sebagainya harus diperuntukkan bagi menggalakkann pembelajaran

di semua peringkat organisasi. Unsur-unsur seperti inovasi, penyelidikan dan

perancangan, inisiatif dan sebagainya diterapkan ke dalam budaya organisasi.


Bagi mempertingkatkan tahap pembelajaran, pihak pengurusan atasan

berperanan mewujudkan suasana serta persekitaran bagi membolehkan idea-idea

baru disalurkan dan dikongsi oleh semua warga organisasi. Manakala semua warga

organisasi wajib menyokong perubahan-perubahan yang dimulakan oleh pelbagai


3

peringkat. Proses agihan dan penyaluran pengetahuan dipermudahkan kepada

semua warga organisasi dan mereka digalak menggunakan pengetahuan tersebut

bagi mewujudkan nilai tambah dalam kerja harian masing-masing.


1.1 Definisi Organisasi Pembelajaran
Menurut Senge (1990), "Organisation where people continually expand

their capacity to create the result they truly desire, where new and

expensive patterns of thinking are nurtured, where collective aspiration is

set free, and where people are continually learning how to learn together.

Mumford (1995) pula mengatakan "Organisation that creates an

environment where the behaviours and practices involved in continuous

development are actively encouraged". Manakala Pedler, Burgoyne and

Boydett, (1991) pula menyatakan "Organisation that facilitates the

learning of all its members and continually transforms itself"


Berdasarkan beberapa definisi dan konsep yang dikemukakan di

atas maka jelaslah bahawa organisasi pembelajaran merupakan sebuah

organisasi yang menjadikan pembelajaran sebagai budaya dalam kalangan

warganya. Pihak pengurusan atasan menggalakkan warga organisasinya

untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta memberi nilai yang

tinggi terhadap aktiviti pembelajaran. Pihak pengurusan atasan sentiasa

menyokong pembelajaran warga organisasi dengan menyediakan pelbagai

kemudahan untuk mereka maju dan membangun selari dengan

perkembangan semasa. Segala yang dipelajari dikongsi bersama,

kemudiannya diadaptasi dan diaplikasikan dalam organisasi untuk

mencapai matlamat diri dan organisasi secara serentak.

2.0 Jurnal Pilihan


2.1 Jurnal 1

Tajuk : Co-creating learning: insights from complexity


4

theory
Tahun Penerbitan : 2010
Pengkaji : Darshan A. Desai
Hasil Dapatan : kepimpinan adaptif adalah penting untuk

mewujudkan perkembangan pembelajaran dan

kreativiti sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi

dapat melahirkan pemimpin yang dapat mendorong

perkembangan pembelajaran, kreativiti dan

kepimpinan adaptif. Teknologi yang interaktif mampu

meningkatkan kepimpinan adaptif sekaligus mampu

mendukung perkembangan pembelajaran, kreativiti

dan penyesuaian dalam rangkaian nilai.

2.2 Jurnal 2

Tajuk : Keberkesanan Amalan Organsasi Pembelajaran Di

Sebuah Sekolah Cemerlang di Kuala Terengganu :

Satu Kajian Awal


Tahun Penerbitan : 2014
Pengkaji : Muhammad Faizal A. Ghani, Rosnah Ishak, Saedah

Siraj, Husaina Banu Kenyathulla


Hasil Dapatan : Pengkaji mendapati bahawa amalan organisasi

pembelajaran selalu dilaksanakan di sekolah tersebut.

Pengkaji juga mendapati tahap pelaksanaan dimensi

amalan pembelajaran berikut berada pada tahap tinggi

dan memuaskan iaitu visi dan misi organisasi, iklim

dan struktur organisasi, kepimpinan organisasi,

pembelajaran individu serta budaya belajar secara

berpasukan.
5

2.3 Jurnal 3

Tajuk : Amalan Kepimpinan Organisasi Pembelajaran Di

Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia


Tahun Penerbitan : 2014
Pengkaji : Muhammad Faizal A. Ghani, Rosnah Ishak, Saedah

Siraj,
Hasil Dapatan : Dapatan kajian menunjukkan kesemua amalan

kepimpinan organisasi pembelajaran diamalkan pada

tahap tinggi di SBT. Dapatan ini menggambarkan

pemimpin di SBT mengamalkan semua amalan

kepimpinan organisasi pembelajaran iaitu

menyediakan ruang dan peluang pembelajaran,

menjadi model pembelajaran, menggalakkan inovasi,

memberikan penghargaan dan pengiktirafan serta

membangunkan potensi warga sekolah dengan

memuaskan.

2.4 Jurnal 4

Tajuk : Pengaruh Organisasi Pembelajar terhadap

Kompetensi Pegawai Bank


Tahun Penerbitan : 2009
Pengkaji : Sondang Yohanna L. Tobing , Rachma Fitriati
Hasil Dapatan : Pengkaji mendapati PT Bank Mandiri (Persero),

Tbk. Kantor Pusat Jakarta, telah menerapkan kelima

disiplin yang membentuk organisasi pembelajar

seperti yang dikemukakan oleh Peter Senge, Kelima

disiplin ini diimplementasikan dengan cukup baik dan

dapat dilihat dari tanggapan tertinggi oleh pekerja

bawahan. Setiap pegawai berusaha mencari jalan


6

penyelesaian secara inovasi dalam menyelesaikan

pekerjaan. Selain itu, pengkaji mendapati setiap

pegawai memiliki keyakinan bahwa tercapainya cita-

cita merupakan salah satu motif seseorang yang

mempunyai kompetensi tinggi; setiap pegawai akan

terus melakukan pembetulan jika mengalami

kegagalan, setiap pegawai akan menerapkan inovasi

kreatif dalam meningkatkan mutu kerja

2.5 Jurnal 5

Tajuk : Amalan Kepimpinan Terbaik untuk Sekolah

Organisasi Pembelajaran
Tahun Penerbitan : 2012
Pengkaji : Rosnah Ishak dan Muhammad Faizal A. Ghani
Hasil Dapatan : Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima elemen

penting berkaitan amalan kepimpinan pengetua dan

guru besar untuk sekolah organisasi pembelajaran,

iaitu menyediakan peluang dan ruang pembelajaran

untuk guru, menjadi model pembelajaran,

menggalakkan inovasi, memberikan penghargaan dan

pengiktirafan serta, membangunkan potensi warga

sekolah. Pengkaji turut menyenaraikan implikasi

daripada kajian yang dibuat dari sudut teoretikal,

dasar pendidikan dan dari sudut amalan.

2.6 Jurnal 6

Tajuk : Pengaruh Organisasi Pembelajaran Terhadap

Komitmen Kualiti Pengajaran Guru Sekolah


7

Berautonomi Di Malaysia
Tahun Penerbitan : 2010
Pengkaji : Thilagavathy a/p Aramugam , Aziah Binti Ismail dan

Abdul Ghani Kanesan Abdullah


Hasil Dapatan : Dapatan kajian menunjukkan tahap organisasi

pembelajaran di sekolah-sekolah berautonomi di

Malaysia adalah tinggi. Pengkaji mendapati guru-guru

belajar secara berpasukan untuk menambahkan

pengetahuan pedagogi dari masa ke semasa. Guru-

guru juga belajar menangani masalah berkaitan

dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah secara

bersama-sama dengan pengetua dan staf sokongan

sekolah. Guru-guru berkemahiran memikirkan secara

kolektif dan berupaya memperkembangkan

keintelektualan secara bersama-sama (Senge, 1990).

Pengkaji turut mendapat tahap komitmen kualiti

pengajaran guru di sekolah-sekolah berautonomi di

Malaysia juga adalah tinggi. Ini menunjukkan guru-

guru yang komited menghabiskan masa bersama-sama

dengan murid-muridnya dan melakukan tugas-tugas

yang selari dengan matlamat sekolah-sekolah

berautonomi.

Dapatan kajian juga turut menunjukkan terdapat

perbezaan yang yang signifikan dalam organisasi

pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran guru

berdasarkan pengalaman mengajar dan tempoh

bertugas guru di sekolah-sekolah berautonomi di


8

Malaysia. Kajian ini menunjukkan bahawa semakin

tinggi tahap komitmen terhadap profesion semakin

tinggi prestasi kerja guru.


2.7 Jurnal 7

Tajuk : Learning Organization, Komitmen Pada Organisasi,

Kepuasan Kerja, Efektivitas Penerapan Sistem Iso

Dan Dampaknya Terhadap Kinerja Organisasi


Tahun Penerbitan : 2014
Pengkaji : Monica Ida Uniati
Hasil Dapatan : Pengkaji mendapati bahawa adanya pengaruh positif

oranisasi pembelajaran terhadap kepuasan kerja yang

mana persekitaran organisasi yang lebih terbuka akan

memungkingkan berlakunya kolaboratif diantara

pekerja-pekerja. Ini akan mewujudkan situasi

bekerjasama dalam pembelajaran hingga membuatkan

pekerja berasa selesa.

2.8 Jurnal 8

Tajuk : Peran Pemimpin Organisasi Pembelajar dan

Kopetensi Organisasi Serta Dampaknya pada Kinerja

Organisasi
Tahun Penerbitan : 2013
Pengkaji : Nurwanti
Hasil Dapatan : Pengkaji mendapati : Pertama, peranan pemimpin

dalam melakukan perubahan tidak berada pada tahap

optimal. Kedua, Kemampuan memotivasi turut berada

pada tahap tidak optimal. Ketiga, kemampuan

berkomunikasi berada pada tahap tertinggi. Keempat,

kemampuan menjalin hubungan turut berada pada


9

tahap tertinggi dan kelima, kumpulan belajar pada

kelompok pentauliahan berada pada tahap tinggi juga.

Pengkaji juga menyimpulkan bahawa Peranan

Pemimpin Organisasi Pembelajar dan Kopetensi

Organisasi memberikan kesan kepada prestasi kerja

Organisasi

2.9 Jurnal 9

Tajuk : Organisasi Pembelajaran, Kompetensi Dan Kinerja

Karyawan Bank Bri Di Jakarta


Tahun Penerbitan : 2016
Pengkaji : Thea H. Rahardjo
Hasil Dapatan : Berdasarkan kepada hasil analisis, pengkaji

mendapati bahawa organisasi pembelajaran

memberikan pengaruh yang positif kepada tahap

kopetensi. Pengkaji juga mendapati bahawa kopetensi

juga menunjukkan pengaruh yang positif terhadap

prestasi kerja dan menemui bahawa organisasi

pembelajaran melalui kopetensi dapat mempengaruhi

prestasi kerja secara positif juga.

2.10 Jurnal 10

Tajuk : Pengetua Pemacu Organisasi Pembelajaran


Tahun Penerbitan : 2011
Pengkaji : Nor Foniza Maidin Dan Mohd Izham Mohd
Hamzah
Hasil Dapatan : Kajian ini mendapati pengetua yang bersikap terbuka

mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan guru-

guru. Apabila jurang hierarki antara pengetua dan


10

guru kecil, maka guru-guru menjadi lebih selesa untuk

melontarkan idea semasa perbincangan bagi

menyelesaikan suatu persoalan atau dalam proses

membuat keputusan. Perbincangan menjadi lebih

bermakna kerana mereka dapat pandangan yang

meluas daripada pelbagai pihak dan

dimensi serta mendorong kepada keputusan yang

lebih tepat.

3.0 Perbincangan
3.1 Persamaan
Berdasarkan kepada hasil dapatan daripada sepuluh kajian yang dibuat.

Saya mendapati bahawa mana-mana organisasi yang menjadi organisasi

pembelajaran menunjukkan bahawa organisasi itu berada pada tahap

cemerlang. Disamping itu, dapat dilihat juga berkenaan komitmen,

kepuasan kerja dan menunjukkan peningkatan prestasi kerja yang wujud

dalam organisasi yang belajar. Ini secara tidak langsung menunjukkan

bahawa organisasi pembelajaran sememangnya sangat penting bagi

menyediakan organisasi yang mampu bersaing dan bergerak ke arah

kecemerlangan.
Berdasarkan kepada hasil dapatan jurnal 1, 2, 3, 4, dan 10

menunjukkan bahawa mana-mana pemimpin yang mengamalkan amalan

kepimpinan organisasi pembelajaran dapat menggerakkan organisasi

pembelajaran kearah kecemerlangan dan berupaya untuk mengekalkan

kecemerlang tersebut. Disamping itu, kajian tersebut menunjukkan bahawa

pemimpin yang sentiasa mengamalkan amalan ini mempunyai hubungan

yang baik dengan pekerja di bawahnya.


11

Manakala hasil dapatan jurnal 5,6,7,8 dan 9 menunjukkan bahawa

sekiranya sesebuah organisasi itu menerapkan teori-teori organisasi

pembelajaran di dalam organisasinya. Ianya secara tidak langsung dapat

membantu mewujudkan budaya dan persekitaran yang positif didalam

organisasi tersebut. Oleh hal yang demikian, ianya dapat meningkatkan

prestasi kerja pekerja dan memberikan motivasi yang terbaik buat para

pekerja.
3.2 Perbezaan
Berdasarkan kepada jurnal-jurnal yang dipilih, terdapat perbezaan yang

ditemukan. Antaranya, ada kajian-kajian menjalankan kajian mengenai

amalan kepimpinan organisasi pembelajaran dan ada juga yang

menjalankan kajian berkenaan kewujudan dan keberkesanan implementasi

teori organisasi pembelajaran didalam organisasi.

Merujuk kepada jurnal ke lima, pengkaji tersebut menemui

implikasi hasil daripada kajian yang dibuat, berbanding dengan jurnal-

jurnal yang lain, kebanyakkannya hanya menyatakan terdapat hubungan

organisasi pembelajaran dengan organisasi dan amalan kepimpinan, prestasi

pekerja serta organisasi itu sendiri. Implikasi yang dinyatakan adalah dari

sudut teoretikal, kajian ini meyumbang kepada perkembangan literatur

berkaitan organisasi pembelajaran khususnya dalam bidang pendidikan

yang kurang diberi perhatian. Dari sudut dasar pendidikan, pihak yang

terbabit dengan latihan kepimpinan kepada pengetua dan guru besar sekolah

seharusnya peka dengan amalan kepimpinan yang lebih praktikal.

Dicadangkan kepimpinan sekolah dilatih untuk menginstitusikan amalan

kepimpinan organisasi pembelajaran dengan pemantauan pihak berkenaan.


12

Dari sudut amalan pula, kepimpinan sekolah perlu mengaplikasikan amalan

tersebut berdasarkan konteks sekolah masing-masing.

Hasil dapatan jurnal enam pula menyatakan terdapat perbezaan yang

signifikan dalam organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran

guru berdasarkan pengalaman mengajar dan tempoh bertugas guru. Kajian

ini adalah berbeza dengan sembilan lagi jurnal yang lain. Dimana pada

akhir kajian menunjukkan bahawa guru-guru yang berkhidmat melebihi 16

tahun adalah lebih komited berbanding guru yang muda yang mengajar

antara 5-10 tahun. Manakala, guru yang bertugas melebihi 15 tahun di

sekolah tersebut adalah lebih berkomited dan keinginan belajar adalah

tinggi berbanding guru baru mengajar di sekolah tersebut

4.0 Perbahasan
Berdasarkan kepada kesemua jurnal yang dipilih, dapat dilihat bahawa organisasi

yang menjadi organisasi pembelajaran akan menunjukkan peningkatan dari segi

prestasi kerja, komitmen, motivasi, dan dapat mewujudkan suasana persekitaran

yang selesa dan selamat. Ianya selaras dengan pandangan pengkaji dalam bidang

organisasi pembelajaran (seperti Hill, Bullard, Capper, Hawes & Wilson, 1998;

Pedlar, Burgoyne & Boydell, 2000; Senge, 1990) yang berpendapat bahawa warga

organisasi yang dilatih untuk membudayai amalan pembelajaran sepanjang hayat

berupaya menyaingi cabaran dalam perubahan persekitaran. Justeru, Organisasi

perlu mewujudkan iklim persekitaran yang menggalakkan budaya pembelajaran,

penyelidikan dan berani mengambil risiko (Kline& Saunders, 2006; Rothwell,

2002) untuk melahirkan warga organisasi yang menghargai usaha melakukan

perubahan, berdaya saing, berupaya meningkatkan pengetahuan dan memberikan


13

kerjasama untuk mencapai visi dan misi organisasi (Edmondson & Moingeon,

2000; Shaw& Perkins, 1991).


Pace (2002) dan Senge (1990) pula menegaskan kepentingan pemimpin

organisasi untuk berperanan seperti mana berikut bagi memastikan pembentukan

iklim persekitaran organisasi (a) pereka cipta yang menggabungkan nilai dan visi

organisasi. Pemimpin akan memastikan polisi, strategi dan struktur organisasi

menyokong nilai yang ditetapkan, (b) guru yang bertindak sebagai juru latih.

Pemimpin akan membimbing warga organisasi untuk membangunkan aktiviti

pembelajaran berbanding mematuhi peraturan secara membabi buta, dan (c)

pelayan yang melindungi visi dan misi organisasi dan memastikan nilai organisasi

difahami dan diamalkan oleh warga sekolah.


Secara keseluruhannya, warga organisasi perlu meningkatkan pengetahuan

dan kemahiran seiring dengan perubahan persekitaran. Usaha tersebut akan

tercapai sekiranya organisasi berupaya membentuk sebuah organisasi pembelajaran

yang melibatkan semua peringkat. Peringkat tersebut adalah individu, pasukan,

organisasi dan global yang akan bekerja dalam satu pasukan bagi mengubah diri

dan tindakan warga organisasi untuk mencapai objektif organisasi.

5.0 Kesimpulan
Organisasi terdiri dari sumber daya manusia yang memiliki pengetahuan dalam

menjalankan tugas dan tanggung jawabnya. Dalam kaitan ini organisasi sebagai

organisasi terbuka tidak akan terlepas dari dampak perubahan lingkungannya.

Untuk itu diperlukan sumber daya manusia yang mampu belajar dan

mengantisipasi perubahannya guna mengantisipasi dinamika tersebut. Eksistensi

pembelajaran organisasi sesuai dengan perkembangannya dapat dijadikan alternatif

penting dalam membangun sumber daya manusia yang memiliki pengetahuan dan

mampu berinteraksi dengan lingkungan pekerjaan maupun dengan lingkungan

dimana organisasi berada.


14

Pada dasarnya pembelajaran organisasi merupakan proses yang berkesinambungan

dan harus didukung oleh seluruh elemen dalam organisasi, baik pimpinan maupun

karyawan. Pembelajaran merupakan upaya penting dalam menjadikan pengetahuan

sebagai aset dalam dinamika pertumbuhan organisasi. Dengan demikian melalui

proses pembelajaran organisasi ini pengetahuan menjadi aset SDM yang sangat

penting guna membangun organisasinya, bahkan pengetahuan memiliki kontribusi

yang sangat bernilai bagi kapabilitas organisasi. Kualitas SDM yang dimiliki oleh

organisasi antara lain ditentukan oleh pengetahuan yang dimiliki serta

implementasinya dalam bentuk skill yang memiliki nilai bagi organisasinya.

Organsasi yang sukses akan tergantung pada bagaimana kecepatannya dalam

menyebarkan knowledge sehingga menjadi kepemilikan bagi organisasi dan orang-

orang yang berada di dalamnya.

Anda mungkin juga menyukai