Anda di halaman 1dari 15

CTU101

PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

NAMA PENSYARAH: NUR HAFIZAH BINTI OTHMAN

TAJUK TUGASAN: PEMBUANGAN BAYI: PUNCA DAN LANGKAH


PENYELESAIAN

NAMA AHLI KUMPULAN NO ID


1.ELAZIERA BINTI PANJI 2020809584

2.MUHAMMAD SYUKRI BIN IDRIS 2020481684

3.NOR HANIM SYAFIQAH BINTI ZAMAH SARI 2020867954

4.NURIN NABIHAH BINTI NOOR AHMAD 2020895786

KUMPULAN: JCS1431G

SESI: 1
Pengenalan Huraian Kesimpulan Rujukan Etika
& cadangan
ISI KANDUNGAN
No. TAJUK MUKA SURAT

1. Pendahuluan 1

2. Punca Pembuangan Bayi 2-7

3. Langkah Penyelesaian 7-13

4. Kesimpulan 14

5. Bibliografi 15
PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah pembuangan bayi adalah daripada
perkataan buang yang didefinisikan sebagai perbuatan mencampakkan, melemparkan,
menghilangkan dan menghapuskan. Perkataan bayi pula dedifinisikan sebagai anak kecil
yang baru sahaja dilahirkan. Hal ini dapat kita simpulkan bahawa pembuangan bayi membawa
maksud kepada perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak
berdosa ke sesuatu tempat dengan niat ingin melarikan diri daripada tanggungjawab tanpa
rasa belas kasihan dan berperikemanusiaan. Menurut hukum Islam, perbuatan membuang
bayi merupakan perbuatan yang berdosa besar. Hal ini dinyatakan di dalam al-Quran dengan
firman Allah SWT:

ْ ِ‫َو ََل تَ ْقتُلُ ْْٓوا ا َ ْو ََلدَ ُك ْم َخ ْش َيةَ اِ ْم ََلق نَحْ ُن ن َْر ُزقُ ُه ْم َواِيا ُك ْم اِن قَ ْتلَ ُه ْم كَانَ خ‬
‫طـًٔا َك ِبي ًْرا‬

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan. Kamilah
yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan
membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” – Al-Isra’ (17):31

Di dalam ayat di atas, Allah S.W.T melarang manusia daripada membunuh anak-anak mereka
kerana takut akan kemiskinan. Hal ini demikian kerana rezeki itu datang daripada Allah S.W.T
yang Maha Pemberi Rezeki (Ar-Razzaq) kepada hamba-hamba-Nya. Allah S.W.T
mengurniakan rezeki kepada anak-anak sebagaimana memberi rezeki kepada orang tua.
Oleh itu, barangsiapa yang membunuh anak-anak mereka, nescaya mereka akan mendapat
dosa besar. Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah S.W.T yang paling mulia kerana
manusia dikurniakan nikmat akal fikiran oleh Allah S.W.T untuk membezakan perkara yang
baik dan buruk. Namun demikian masih terdapat manusia yang tergamak melakukan
perbuatan zalim dan tidak berperikemanusiaan seperti membuang bayi. Berdasarkan statistik
oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak PDRM, sepanjang bulan
Januari 2014 hingga Disember 2018 terdapat sejumlah 577 kes pembuangan bayi dan janin
direkodkan. Jumlah kes tertinggi telah dicatatkan di Selangor iaitu sebanyak 135 kes dalam
tempoh 5 tahun itu diikuti Sabah (67 kes), Johor (62 kes), Kuala Lumpur (62 kes), Kedah (42
kes), Perak (35 kes) dan Pahang (33 kes). Analisis mendapati bahawa suspek yang tergamak
melakukan pembuangan bayi sering menjadikan kawasan perumahan sebagai lokasi
melakukan kegiatan itu.Tragedi yang menyayat hati ini seharusnya tidak dipandang enteng
oleh masyarakat. Sikap masyarakat yang enggan menjaga tepi kain orang kebiasaannya
memberi impak positif kepada keadaan sekeliling, namun dalam konteks ini berlainan pula.
Umat Islam wajib melaksanakan amar makruf nahi munkar mengikut kemampuan masing-
masing. Oleh itu, kita perlulah mengetahui punca-punca dan langkah-langkah proaktif yang
boleh diambil bagi mengatasi masalah kes pembuangan bayi.
PUNCA PEMBUANGAN BAYI
Antara punca perdana yang menjurus ke arah berlakunya kes pembuangan bayi ialah
pengaruh rakan sebaya. Rakan merupakan orang yang paling rapat dengan kita selain
daripada ibu bapa. Kebiasaannya, sesetengah orang lebih selesa berkongsi segala
permasalahan dan rahsia mereka kepada rakan berbanding keluarga. Setiap perkara yang
dilakukan oleh rakan pasti menjadi ikutan kerana pengaruh mereka amat kuat dalam
kehidupan kita. Oleh itu, amat penting bagi kita berhati-hati ketika memilih rakan. Rakan yang
baik membawa ke arah kebaikan manakala rakan yang jahat adalah sebaliknya. Rasulullah
S.A.W pernah bersabda (maksudnya):

"Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan
peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau
kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun
peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W di atas, kita hendaklah bijak membezakan antara rakan
yang baik dan rakan yang jahat supaya tidak tersilap memilih rakan yang sejurusnya
membawa kita jatuh kelembah pidana. Hindarkanlah diri daripada rakan yang mempunyai
akhlak yang buruk serta sering mengajak melakukan maksiat. Sebagai contoh, rakan yang
jahat pasti akan mengajak kita melakukan sesuatu yang haram sebagai cabaran seperti zina
yang kemudiannya membawa kepada masalah hamil anak luar nikah dan akhirnya
pembuangan bayi berlaku. Kita akan mudah terpengaruh dengan hasutan rakan yang jahat
sekiranya mempunyai iman yang lemah. Iman dari segi bahasa bermaksud percaya manakala
iman dari segi istilah bermaksud membenarkan dengan hati, mengakui dengan lidah dan
beramal dengan anggota. (Mohd Helmy, 2019, hal. 55) Menurut Mazhab Ahli Sunnah Wal
Jamaah, iman seseorang boleh bertambah dan berkurang. Iman akan bertambah sekiranya
seseorang itu melakukan amal ibadah dan kebaikan manakala iman akan berkurang
sekiranya seseorang itu melakukan maksiat dan kemungkaran. Oleh itu, kita perlulah
meningkatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T dengan berkawan dengan rakan yang
sering mengajak ke arah kebaikan dan mempunyai akhlak yang mulia.

Selain itu, punca lain yang membawa kepada seseorang sehingga berniat untuk
membuang bayi ialah kurang pendidikan akademik. Menuntut ilmu merupakan salah satu
fardu kifayah yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Umat Islam yang kurang pendidikan
akademiknya akan dipandang rendah oleh orang bukan Islam serta mudah diperdaya oleh
musuh Islam. Oleh itu, menuntut ilmu adalah amat penting dan melaksanakannya merupakan
ibadah dalam Islam. Rasullulah S.A.W bersabda:
‫ط ِريقًا ِإلَى ال َج َّن ِة‬
َ ‫ّللا لَه ِب ِه‬ َ ‫ط ِريقًا َيلتَمِ س فِي ِه عِل ًما‬
َّ ‫س َّه َل‬ َ َ‫سلَك‬
َ ‫َمن‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka menuntut ilmu, maka
Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”

(HR. Muslim no. 7028)

Apabila kita menuntut ilmu, kita akan mudah untuk berfikir secara rasional dan membuat
keputusan yang tepat. Orang yang tinggi ilmunya tidak akan melakukan perkara yang kejam
seperti mengambil nyawa bayi yang tidak berdosa sewenang-wenangnya. Sesungguhnya
nyawa seseorang amat berharga. Allah S.W.T berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W:

‫ق نَحْ ُن ن َْر ُزقُ ُك ْم َو ِإيَّاهُ ْم َوال تَ ْق َربُوا‬ َ ْ‫ش ْيئًا َو ِب ْال َوا ِل َدي ِْن ِإح‬
ٍ ‫سا ًنا َوال تَ ْقت ُلُوا أ َ ْوال َد ُك ْم مِ ْن ِإ ْمال‬ َ ‫علَ ْي ُك ْم أَال ت ُ ْش ِر ُكوا ِب ِه‬
َ ‫قُلْ تَعَالَ ْوا أ َ ْت ُل َما َح َّر َم َر ُّب ُك ْم‬
َ‫صا ُك ْم ِب ِه لَعَلَّ ُك ْم تَ ْع ِقلُون‬ ِ ِّ ‫َّللا إِال ِب ْال َح‬
َّ ‫ق ذَ ِل ُك ْم َو‬ ُ َّ ‫س الَّتِي َح َّر َم‬
َ ‫طنَ َوال تَ ْقتُلُوا ال َّن ْف‬
َ ‫ظ َه َر مِ ْن َها َو َما َب‬ َ ِ‫ْالف ََواح‬
َ ‫ش َما‬

“Katakanlah, Kemarilah kalian aku bacakan apa yang telah mengharamkan Tuhan kalian atas
kalian, bahawa janganlah kalian mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan terhadap
kedua orang tua berbuat ihsanlah, dan janganlah kalian membunuh anak-anak kalian kerana
kemiskinan, kami memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka, dan janganlah kalian
mendekati perbuatan keji, apa yang tampak darinya dan apa yang tersembunyi, dan
janganlah kalian membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan hak, demikian itu Dia
mewasiatkan kepada kalian dengannya agar kalian menggunakan akal.”- Al-An’am (6):151

Di dalam ayat di atas, Allah S.W.T mengharamkan manusia daripada mengambil nyawa
seseorang kecuali dengan hak. Hak yang dimaksudkan adalah seperti membunuh kerana
mempunyai alasan dan sebab yang benar iaitu qisas yang dibenarkan dalam syarak.
Sekiranya seseorang itu kurang pendidikan akademiknya, pasti dia akan bertindak melakukan
sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Sebagai contoh, akibat panik dan berasa takut kerana
melahirkan anak luar nikah yang terhasil daripada perbuatan zina, seseorang itu akan
berusaha menutup malu atau ingin melarikan diri daripada tanggungjawabnya dengan
memilih keputusan untuk membuang bayi yang dilahirkan atau lebih teruk lagi membunuh
bayi tersebut. Oleh yang demikian pentingnya seseorang itu mempunyai pendidikan akademik
yang secukupnya agar tidak bertindak secara melulu mengikut perasaan sehingga sanggup
mengambil nyawa insan yang tidak berdosa.

Seterusnya, punca berlakunya kes pembuangan bayi adalah disebabkan keadaan yang
terdesak kerana wang dan harta. Wang dan harta menjadi kegilaan manusia sehingga
menyebabkan manusia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak dan nafsu
mereka. Umat Islam dilarang sama sekali daripada menjadi hamba kepada wang dan harta
kerana wang dan harta itu adalah kesenangan duniawi semata-mata dan tidak kekal. Menjadi
seseorang yang kaya di dunia sahaja tidak ada gunanya jika seseorang itu miskin di akhirat
kelak. Sesungguhnya syurga adalah matlamat dan impian setiap muslim sejati. Menurut Hj.
Che Nordin Bin Hj. Che Ibrahim (2014, hal. 115), seluruh anak Adam pasti akan menghadapi
mati. Selepas mati tidak akan ada amal ibadah yang kekal kecuali tiga perkara amal. Pertama,
sedekah jariah. Sedekah jariah adalah amalan yang tidak akan putus pahalanya sampai bila-
bila, walaupun kita telah mati. Ia juga bermaksud pemberian yang manfaatnya berpanjangan
seperti mewakafkan Al-Qur’an, mendirikan masjid, membangunkan rumah anak yatim dan
menyediakan tempat mengambil air. Ini dijelaskan Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis:

“Sesungguhnya antara amalan kebaikan seorang mukmin yang akan terus menyertainya
sesudah mati ialah ilmu yang dia ajarkan dan dia sebarkan, anak soleh yang ditinggalkannya,
mushaf yang diwariskan atau masjid yang dibangunkannya atau mata air yang dialirkannya
atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya pada saat dia sihat dan masih hidup,
amalan itu akan menyertainya sesudah mati.”

(Sahih, Ibnu Majah)

Hadis di atas menunjukkan bahawa selepas mati, wang dan harta tidak boleh dibawa oleh
kita tetapi sebaliknya amalan jariah yang akan berterusan menemani kita sehingga hari kiamat
tiba. Namun, manusia yang berada dalam keadaan terdesak kerana wang dan harta telah
buta pandangannya daripada melihat jalan yang benar dan lurus. Sebagai contoh, mereka
sanggup menggadaikan maruah diri demi mendapatkan wang dan harta. Apabila sudah puas
melayani nafsu dunia mereka, barulah mereka tersedar bahawa hasil perbuatan zina tersebut
melahirkan anak luar nikah. Akhirnya, bayi yang tidak berdosa tersebut dibuang di merata-
rata tempat kerana masing-masing tidak ingin bertanggungjawab atas dosa yang telah
mereka lakukan. Tragedi yang berlaku pada zaman kini tidak persis seperti amalan
masyarakat Arab Jahiliyyah pada zaman dahulu. Masyarakat Arab Jahiliyyah akan menanam
bayi perempuan yang baru dilahirkan secara hidup-hidup kerana mereka menganggap
bahawa anak perempuan boleh menjatuhkan maruah keluarga. (Mohd. Azmin Abdullah,
2019, hal. 85) Sebagai umat Islam, kita mestilah sentiasa merujuk semula kepada Al-Qur’an
dan memohon pertolongan Allah S.W.T sekiranya berada dalam keadaan terdesak atau
mempunyai masalah. Sesungguhnya Allah S.W.T suka kepada manusia yang meminta
pertolongan daripada-Nya.

Punca keempat adalah disebabkan oleh pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan. Hal ini sering berlaku dalam kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah.
Mereka mempunyai jiwa yang muda dan mempunyai perasaan ingin tahu erti percintaan. Oleh
itu, mereka mula bercinta atau lebih dikenali sebagai “couple”. Hal ini boleh membuatkan
mereka lebih terjerumus dalam percintaan sehingga tahap bersentuhan dengan alasan atas
nama cinta. Allah S.W.T telah berfirman:

ً ‫س ِب‬
‫يال‬ َ ‫سا ٰٓ َء‬ َ ِ‫ٱلزن َٰ َٰٓى ۖ إِ َّنهُۥ كَانَ َٰفَح‬
َ ‫شةً َو‬ ۟ ‫َو َال تَ ْق َرب‬
ِّ ِ ‫ُوا‬
Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu
perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."- (Surah Al-Isra: 32).

Apa yang ingin disampaikan dalam ayat di atas ialah jauhkan diri daripada perkara yang
menghala ke arah berzina. Terdapat juga hadis yang bemaksud:

“Ketahuilah bahawa tidaklah berdua-duaan seorang lelaki dan seorang perempuan itu
melainkan yang ketiganya adalah syaitan.“-Riwayat Al-Tirmizi (2165)

Maka, pasangan yang bukan mahram disarankan supaya tidak keluar secara berdua-duan.
Untuk orang yang mempunyai kesedaran, mereka akan mendapat hikmah daripada ayat dan
hadis yang dijelaskan. Hal ini dapat mengelakkan terjadinya perbuatan zina. Namun, bagi
mereka yang terlalu taksub akan nikmat bercinta akan kurang memahami dan melihat hikmah
yang diberikan melalui ayat dan hadis tersebut. Perkara ini akan membawa kepada kesan
buruk seperti berlakunya zina, mengandungkan anak luar nikah dan paling teruk adalah
sehingga berniat untuk membuang bayi, menggugurkan janin serta membunuh bayi mereka.
Faktor ini biasanya berlaku kerana anak-anak tidak dipantau oleh ibu bapa dan dibiarkan
untuk membuat keputusan sendiri. Ibu bapa juga kurang tegas dalam konteks pergaulan anak
mereka.

Selain itu, punca yang membawa kepada kes pembuangan bayi ialah kurang didikan
agama. Kebanyakan ibu bapa pada masa kini menganggap bahawa pendidikan adalah
tanggungjawab para guru. Namun, ibu bapalah yang memainkan peranan paling penting
dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak. Sabda Rasulullah S.A.W:

“Ajarilah anak kamu untuk taat kepada Allah dan menjauhi larangan dan demikian itu ialah
pelindung diri bagi mereka dan bagi kamu daripada api neraka.”

(Riwayat Ibnu Jarir dan daripada Ibnu Abbas r.a.)

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk mengajarkan agama kepada anak-
anak,manakala para guru bertanggungjawab untuk mengajarkan ilmu tambahan kepada
anak-anak. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh alpa akan perkara ini. Apabila mereka alpa, anak-
anak akan mendapat ilmu yang kurang berkaitan perkara-perkara penting dalam hidup
mereka seperti tidak mendapat pengertian yang jelas mengenai perkara yang boleh dan
perkara yang tidak boleh. Isu agama perlulah diberikan perhatian sepenuhnya kerana agama
bukanlah sesuatu yang boleh dimain-mainkan. Pada situasi yang melanda kini, anak-anak
tidak dapat ke sekolah untuk menimba ilmu kerana berlakunya COVID-19. Mereka perlu
menggunakan Internet untuk belajar di rumah, namun tidak ramai pelajar yang bersungguh-
sungguh untuk belajar di rumah. Hal ini demikian kerana mereka mudah hilang fokus apabila
belajar di rumah. Hal ini mengakibatkan ilmu yang dipelajari tidak dapat dihadam dengan
betul. Oleh itu, peranan ibu bapa amatlah penting dalam situasi sebegini. Jika ibu bapa tidak
menjalankan peranan mereka dalam mengajar ilmu agama dan tidak mengendahkan
pentingnya ilmu agama dalam pembesaran anak-anak, maka anak-anak akan membesar
tanpa mengetahui batas yang perlu dijaga, serta mengabaikan perkara-perkara yang
hukumnya adalah berdosa. Apabila isu agama diabaikan, pelbagai kesan buruk akan timbul.
Hal ini menyebabkan wujudnya pergaulan bebas, keluar berdua-duan bagi yang bukan
mahram dan berpegang-pegangan sehingga membawa ke arah berlakunya zina. Sesetengah
ibu bapa tidak akan menyedari kesalahan mereka apabila anak-anak telah terlanjur. Mereka
lebih mementingkan air muka mereka sehingga mengambil keputusan untuk memutuskan
hubungan dengan anak kandung mereka. Bagi ibu bapa seperti ini, mereka merasakan anak
mereka telah menconteng arang di muka mereka. Hal ini mengakibatkan anak-anak berasa
tertekan sehingga berlakunya pengguguran dan pembuangan bayi. Bayi-bayi tersebut
dibuang di kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya seperti tong sampah, tandas, diletakkan
di dalam kotak dan dibiarkan di depan surau dan sebagainya.

Kurang kasih sayang daripada keluarga dan ibu bapa juga merupakan punca gejala
pembuangan bayi ini berlaku. Anak-anak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa
supaya mereka dapat membesar dengan baik dan ceria. Namun, sebahagian ibu bapa terlalu
fokus akan kerja dan kerjaya sehingga mengabaikan anak mereka. Hal ini menyebabkan
anak-anak membesar dengan fikiran bahawa kerja lebih penting di mata ibu bapa daripada
diri mereka. Mungkin bagi ibu bapa, mencari duit dapat membahagiakan anak-anak supaya
mereka tidak hidup susah. Namun, anak-anak lebih memerlukan perhatian dan masa
daripada ibu bapa berbanding duit terutamanya ketika mereka masih kecil. Kurangnya kasih
sayang akan menyebabkan anak-anak memberontak apabila mereka sudah besar. Oleh itu,
ibu bapa hendaklah bijak membahagikan masa mereka untuk keluarga dan kerja. Ibu bapa
yang mempunyai anak lebih daripada satu pula hendaklah mencurahkan kasih sayang dan
memberi layanan yang adil kepada anak-anak. Sabda Rasulullah S.A.W:

“Berlaku adillah kamu antara anak kamu dalam memberi hadiah sebagaimana kamu suka
mereka berlaku adil antara kamu dalam kasih sayang.”-(Riwayat At-Tabrani)

Ibu bapa hendaklah melayan anak-anak dengan baik kerana mereka adalah anugerah
daripada Allah. Sebagai contoh, pada suatu ketika, Fatimah al-Zahra', puteri Rasulullah S.A.W
pergi menziarahi ayahandanya. Lantas baginda berdiri untuk menyambut kedatangannya.
Baginda mencium dan meletakkan Fatimah di samping baginda. Hal ini membuktikan bahawa
kasih sayang amat penting dalam tumbesaran anak-anak. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga amat penting untuk anak-anak agar mereka
tidak mendekati perkara yang salah dan sia-sia.

Selain itu, dalam era globalisasi ini terdapat pelbagai peranti elektronik telah dicipta.
Hampir semua peringkat umur tahu cara untuk menggunakannya. Perkara yang ingin
disampaikan dalam perenggan ini adalah punca yang berikutnya. Punca tersebut adalah
pengaruh gejala sosial dan teknologi. Isu ini nampak ringan kerana pada era ini hampir semua
orang mempunyai peranti elektronik seperti telefon dan mempunyai akaun media sosial.
Namun, kaedah penggunaannya adalah berbeza. Jika ibu bapa memberikan anak-anak
mereka peranti elektronik masing-masing seperti telefon, mereka hendaklah memantau apa
yang ditonton dan dicari oleh anak-anak mereka. Janganlah membiarkan mereka alpa dengan
peranti elektronik mereka sehingga meninggalkan solat. Anak-anak hendaklah diberi
perhatian dalam soal agama kerana pada zaman kini pelbagai perkara yang tidak sepatutnya
atau dikenali sebagai perkara lagha boleh diakses dengan hanya menggunakan hujung jari.
Apakah yang dimaksudkan dengan lagha? Lagha bermaksud kata-kata tidak berfaedah.
Menurut Imam Ibn Khatir, beliau mentafsirkan lagha sebagai segala perbuatan yang batil,
termasuk yang mempunyai unsur-unsur syirik dan maksiat. Pada zaman kini, anak muda
terdedah dengan pelbagai sumber yang membolehkan mereka terlibat dengan perkara lagha.
Hal ini demikian kerana kebanyakan anak muda telah mempunyai peranti elektronik masing-
masing seperti telefon, komputer riba dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, anak-anak masa
kini haruslah dipantau mengenai cara mereka memanfaatkan peranti elektronik. Media sosial
juga antara perkara yang perlu dipantau. Hal ini demikian kerana anak-anak muda pada
zaman kini mempunyai pelbagai akses media sosial seperti “Facebook”, “Instagram”, “Tik-tok”
dan sebagainya. Kebiasannya, media sosial digunakan untuk berbual, berkongsi dan
sebagainya. Namun, ada sesetengah orang menyalahgunakan media sosial dengan
berkongsi video yang tidak sepatutnya. Media sosial juga tergolong dalam gejala sosial dan
teknologi. Hal ini demikian kerana sesetengah anak muda terutamanya perempuan
berkenalan dengan lelaki ataupun sesiapa yang tidak dikenali melalui media sosial seperti
“Facebook”. Jika mereka berkenalan dengan orang yang tidak elok mereka mungkin ditipu.
Antara perkara yang mungkin berlaku adalah mereka akan dikongsikan video-video yang
bergenre pornografi yang boleh menyebabkan mereka terpengaruh dan berlakunya maksiat.
Apabila telah terlanjur melakukan zina sehingga menyebabkan mengandung, mereka panik
dan tidak mengetahui apakah yang perlu dilakukan. Maka, media sosial adalah tempat untuk
mereka mencari jalan penyelesaian sehingga mengambil keputusan untuk menggugur atau
membuang bayi mereka. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa punca pembuangan bayi
adalah daripada pengaruh gejala sosial dan teknologi.

LANGKAH PENYELESAIAN

Antara langkah penyelesaian yang dapat diambil untuk mengatasi masalah kes
pembuangan bayi ialah bijak memilih rakan. Setiap lapisan masyarakat terutamanya remaja
perlu mengelakkan pengaruh rakan sebaya yang mendorong kita kearah perkara-perkara
mazmumah. Remaja perlu bijak memilih rakan kerana rakan merupakan antara orang yang
paling rapat dengan diri remaja. Remaja juga lebih cenderung untuk menghabiskan masa dan
meluahkan perasaan mereka pada rakan-rakan mereka berbanding dengan ibu bapa mereka
sendiri. Maka dengan itu, mereka lebih cenderung untuk mengikuti ajakan daripada rakan-
rakan mereka kerana mereka lebih selesa dengan dunia mereka sendiri. Dalam firman Allah
S.W.T dalam surah At-Taubah ayat 119:
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu
bersama orang-orang yang benar.” (At- Taubah :119)

Dalam surah ini, Allah menjelaskan supaya sebagai seorang muslim kita perlulah bersama-
sama ataupun bergaul dengan orang-orang yang benar supaya kita mengikuti dan
mencontohi akhlak mereka yang baik. Jika remaja tersilap memilih rakan, mereka boleh
tercenderung dengan ajakan-ajakan yang buruk seperti menghisap rokok, “couple” dan
mengambil dadah yang tidak mempunyai manfaat langsung terhadap diri sendiri malah boleh
mendatangkan musibah pada masa akan datang seperti zina yang mengakibatkan hamil anak
luar nikah seterusnya mewujudkan kes-kes pembuangan bayi kerana tidak ingin menanggung
malu dan dipandang hina oleh masyarakat. Menurut Pakar Psikologi Jiwa Damai Shah Alam
Selangor Faeza Hasnan, pada usia muda, remaja masih mencari identiti dan mempunyai sifat
ingin tahu yang tinggi. Hal ini menyebabkan mereka dilihat sebagai golongan yang mudah
terjebak dengan pengaruh negatif. Oleh itu,memilih rakan yang baik merupakan aspek
penting dalam kehidupan remaja supaya tidak terjebak dengan pengaruh yang negatif.
Seterusnya, cara lain yang boleh diambil untuk membendung masalah kes
pembuangan bayi adalah dengan mendapatkan pendidikan akademik yang mencukupi.
Menurut kajian analisis data Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga
dan Kanak-kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, isu kehamilan dalam kalangan remaja tidak
bersekolah di Sarawak telah menyumbang dua peratus kepada jumlah keseluruhan kes
kehamilan di negeri itu. Fatimah mendedahkan bahawa seramai 91 orang remaja menjadi
mangsa rogol dan daripada jumlah itu seramai 51 orang mengandung. Hal ini cukup jelas
bahawa remaja perlu diberikan didikan akademik yang cukup supaya dapat mengelakkan
sumbang mahram ataupun kes-kes yang tidak diingini seperti kes rogol melibatkan remaja
bawah umur berlaku. Kadang-kala, golongan remaja yang tinggal di kawasan pedalaman ini
tidak mengetahui hukum hakam kerana tidak mendapatkan ilmu yang cukup hingga
menyebabkan mereka berfikir bahawa perkara mungkar yang mereka lakukan adalah perkara
yang normal. Dalam firman Allah S.W.T dalam surah at-Taubah ayat 122:
َ‫وا قَ ْو َم ُه ْم ِإذَا َر َجعُ ٰٓو ۟ا ِإلَ ْي ِه ْم لَعَلَّ ُه ْم َيحْ ذَ ُرون‬
۟ ‫ِين َو ِليُنذ ُِر‬ ۟ ‫طا ٰٓ ِئفَةٌ ِلِّ َيتَفَقَّ ُه‬
ِ ‫وا فِى ٱل ِّد‬ ۟ ‫َو َما كَانَ ْٱل ُمؤْ مِ نُونَ ِل َينف ُِر‬
َ ‫وا َكآٰفَّةً ۚ فَلَ ْو َال َنف ََر مِ ن ُك ِِّل ف ِْرقَ ٍة ِ ِّم ْن ُه ْم‬

Maksud: “Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi ke medan perang,
mengapa sebagian diantara mereka tidak pergi untuk memperdalam ilmu pengetahuan
agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah
kembali, agar mereka dapat menjaga dirinya."-( At-Taubah :122).
Dalam surah ini Allah menjelaskan bahawa diwajibkan untuk menuntut ilmu agama dan orang
yang menuntut ilmu itu perlu mengingatkan orang yang jahil tentang agama agar mampu
menjaga diri mereka daripada lembah maksiat. Fokusnya disini ialah jika kita menimba ilmu
maka kita dapat membezakan antara baik dan buruk tentang sesuatu perkara dan juga kesan
terhadap setiap perkara yang dilakukan pada masa akan datang. Oleh sebab itu, pihak
kerajaan perlu menyediakan kemudahan pendidikan yang cukup terutamanya kepada
golongan yang tinggal di kawasan pedalaman seperti di negeri Sarawak dan Sabah di mana
taraf pendidikan mereka jauh ketinggalan berbanding taraf kemudahan pendidikan di negeri-
negeri Semenanjung Malaysia. Masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan berusaha
sedaya upaya untuk mempelajari sesuatu ilmu tanpa mengharapkan orang lain semata-mata.
Selain daripada itu, cara lain adalah dengan mencari kerja daripada sumber yang halal
bagi mengelakkan diri terlibat dengan kerja-kerja yang kotor dan keji yang membawa kepada
kes pembuangan bayi seperti pelacuran. Faktor ekonomi merupakan salah satu punca yang
menyebabkan terjadinya gejala pelacuran ini. Dengan keadaan ekonomi kini yang kian tidak
stabil akibat pandemik Covid-19, masalah pengangguran, kemiskinan, hutang, peningkatan
kos hidup dan peluang pekerjaan yang tipis menyebabkan seseorang sanggup berbuat apa
sahaja untuk meneruskan kehidupan. Mengikut kajian, Kadar pengangguran Malaysia
meningkat kepada 5.0 peratus pada April berbanding tempoh sama tahun lalu susulan
pertambahan individu menganggur meningkat dengan ketara kepada 778,800. Hal ini berlaku
akibat kesan daripada penutupan operasi bagi sebahagian besar premis perniagaan semasa
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga mencetus faktor kehilangan pekerjaan dan
kesukaran mendapatkan pekerjaan. Oleh sebab itu, terdapat masyarakat yang terjejas
pendapatan mereka untuk meneruskan hidup sehinggakan ada yang terpaksa melakukan
kerja yang tidak senonoh seperti melacur. Namun begitu, ada segelintir pula yang mempunyai
keinginan untuk hidup mewah dengan cara mudah tanpa bekerja keras untuk memperolehi
wang yang banyak dalam satu masa. Dalam firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168:

َ ‫ان إِ َّنهُ لَ ُك ْم‬


‫عدُو ُم ِبي ٌن‬ ِ ‫ط‬َ ‫ش ْي‬
َّ ‫ت ال‬ ُ ‫ط ِِّيبًا َو َال تَتَّ ِبعُوا ُخ‬
ِ ‫ط َوا‬ َ ‫ض َح َال ًال‬ ُ ‫َيا أ َ ُّي َها ال َّن‬
ِ ‫اس ُكلُوا مِ َّما فِي ْاْل َ ْر‬
Maksud: “Wahai manusia, makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di
bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu
musuh yang nyata bagimu.” – (Q.S Al-Baqarah: 168) .
Dalam surah ini Allah menegaskan supaya kita makan daripada sumber yang baik kerana
punca rezeki yang baik itu akan menjadi darah daging kita dan jika darah daging kita
bersumberkan rezeki yang haram dan tidak diredhai Allah nescaya gelaplah hati manusia itu
serta akan diseksa di akhirat kelak. Oleh sebab itu, walaupun kita dalam keadaan sempit
sekalipun janganlah kita mengerjakan kerja yang haram dan tidak diredhai Allah. Terdapat
pelbagai kerjaya lain yang sumbernya disahkan halal. Sebagai contoh, kebanyakan anak
muda zaman kini giat aktif dalam menceburi bidang penghantaran makanan seperti
“Foodpanda” dan “Grabfood” untuk menambahkan pendapatan mereka ketika musim-musim
getir seperti ini. Walaupun mereka perlu bekerja keras tetapi apa yang mereka usahakan
merupakan kerja yang halal dan jalan yang diredhai Allah. Kepenatan dalam bekerja juga
merupakan satu ibadah sepertimana dalam firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat
105:
َ‫ش َها َدةِ فَيُ َن ِِّبئ ُ ُك ْم ِب َما ُك ْنت ُ ْم تَ ْع َملُون‬ ِ ‫عال ِِم ْالغَ ْي‬
َّ ‫ب َوال‬ َ ‫سولُهُ َو ْال ُمؤْ مِ نُونَ ۖ َو‬
َ ‫ست ُ َردُّونَ ِإلَ َٰى‬ ُ ‫ع َملَ ُك ْم َو َر‬
َ ‫َّللا‬ َ َ‫َوقُ ِل ا ْع َملُوا ف‬
ُ َّ ‫س َي َرى‬
Yang bermaksud: Dan Katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-
orang mu’min akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah)
Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa
yang telah kamu kerjakan” (At-Taubah:105).

Dalam ayat ini kita dapat mengetahui bahawa bekerja merupakan salah satu bentuk ibadah
yang memiliki nilai di mata Allah SWT.Oleh itu, kita perlulah mencari pekerjaan yang halal
supaya terhindar daripada perkara-perkara yang tercanggah dari suruhan Allah.
Cara mengatasi masalah pembuangan bayi di negara kita yang seterusnya adalah
dengan menjaga batasan antara lelaki dan perempuan. Pada zaman yang serba moden ini,
kebanyakan masyarakat sering mengabaikan batasan antara lelaki dan perempuan. Mereka
kebiasaannya tidak merasa malu untuk bergurau dengan jantina yang berlainan tanpa
batasan seperti bertepuk-tampar dengan orang yang bukan mahram baginya. Mungkin bagi
sesetengah orang ia merupakan satu jenaka tetapi ia juga mungkin boleh memberi kesan
yang negatif dalam diri. Dalam firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 30 dan 31:
Yang bermaksud: Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka
menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci
bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah
kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara
kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa)
nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung ke dadanya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau
saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-
putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang
mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap
wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka
memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
-(An Nur: 30-31)
Dalam ayat ini Allah menegaskan supaya menjaga perbatasan antara lelaki dan perempuan
serta menafsirkan bahawa kita hanya boleh memandang seseorang yang berlainan jantina
sekadar yang perlu sahaja. Pandangannya pula tidak keterlaluan atau memandang
melampaui batas sehingga menerbitkan hawa nafsu sesama sendiri. Hanya dengan
pandangan saja kita percaya hawa nafsu akan menguasai dan syaitan mudah menggoda
akhirnya mendorong kita ke arah kancah maksiat. Dalam hadis Rasulullah S.A.W juga ada
menyebut tentang larangan untuk berdua-duaan di kawasan yang gelap dan sunyi yang
bermaksud:
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan
pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya
yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain).
Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa Allah melarang pertemuan di
antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari
pandangan orang ramai.
Sebelum ini, telah saya terangkan beberapa penyelesaian tentang masalah
pembuangan bayi, jadi saya akan teruskan dengan penyelesaian ke-6 iaitu menuntut ilmu
terutamanya ilmu agama juga merupakan penyelesaian bagi masalah pembuangan bayi yang
semakin meningkat baru-baru ini di Malaysia. Ibu bapa perlulah memainkan peranan dengan
menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama sejak kecil bagi menuntut ilmu agama
seperti peribahasa `Melentur buluh biarlah dari rebongnya’. Namun ,sebahagian ibu bapa
tidak mengambil serius dalam hal ini dengan membiarkan anak mereka tidak ke sekolah
agama walaupun mereka dalam golongan orang yang berkemampuan. Dengan itu,anak-anak
mereka membesar tanpa perluasan ilmu agama dalam diri yang boleh menyebabkan masalah
seperti pembuangan bayi ini berterusan. Justeru itu, ibu bapa perlulah menghantar anak pergi
menuntut ilmu agama kerana Allah S.W.T berfirman:”Sesungguhnya yang takut kepada Allah
S.W.T di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama”.-(QS.Fathir : 28). Hadis ini membawa
maksud hamba Allah yang takut kepada Allah S.W.T ialah hambanya yang berilmu. Setiap
orang perlulah menuntut ilmu supaya dapat meningkatkan rasa takut kepada Allah S.W.T.
Dengan ini, gejala pembuangan bayi dapat dicegah dengan adanya perasaan takut kepada
Allah SWT. Hal ini menunjukkan,bahawa menuntut ilmu agama amatlah penting untuk
membezakan baik buruk suatu tindakan. Maka, disarankan ibubapa menghantar anak mereka
ke sekolah agama sejak kecil supaya mereka membesar dengan pengetahuan serba sedikit
tentang ilmu agama. Hikmah menuntut ilmu agama ialah perbuatan yang dimurkai oleh Allah
S.W.T dapat dielakkan contohnya zina yang dapat mendorong kepada gejala pembuangan
bayi.

Selain itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dalam mencorak sahsiah
peribadi remaja daripada terjebak dalam gejala ini dengan mengadakan majlis ilmu lebih
kerap, contohnya program ceramah bersama ustaz atau ustazah yang membincangkan
tentang gejala pembuangan bayi dan zina. Pendidikan dengan cara seperti ini adalah salah
satu elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi
melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial.

Selain peranan ibu bapa yang dinyatakan di atas, para ibu bapa juga berperanan dalam
memberikan perhatian ,kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka
lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas
atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat
berikutnya, keperluan peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri.
Berdasarkan teori ini, kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi di
peringkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang
secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut daripada orang lain seperti
rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting dalam
membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat
seperti seks rambang, pergaulan bebas dan sebagainya.
KESIMPULAN

Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan pembuangan bayi, terdapat banyak
aspek yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti punca-punca masalah, kesan-kesan
daripada masalah, dan langkah-langkah mengatasi. Antara punca-punca masalah
pembuangan bayi adalah pengaruh rakan sebaya yang mempunyai moral yang negatif,
kurang pendidikan akademik, keadaan yang terdesak kerana wang dan harta, pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan, kurang didikan agama, kurang kasih sayang daripada
keluarga dan ibu bapa serta pengaruh gejala sosial dan teknologi. Semua punca ini
membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang dalam meneruskan kehidupan yang penuh
cabaran ini.

Selain itu, kesan-kesan daripada permasalahan ini juga patut dititikberatkan. Hal ini kerana,
melihat kepada kesan-kesan yang diperhatikan, pastinya negara Malaysia tidak mampu untuk
terus bersaing dengan negara lain disebabkan golongan remaja terus hanyut dengan masalah
sosial ini. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku sekiranya remaja pada hari
ini tidak tahu cara untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka sendiri. Antara kesan-
kesan pembuangan bayi adalah seperti kesan kepada bayi yang dibuang , kesan kepada ibu
yang melahirkan, kesan kepada institusi kekeluargaan, dan juga kesan kepada masyarakat.

Akta yang terlibat juga sudah menerangkan bahawasanya telah diperuntukkan di bawah
akta yang terlibat di dalam kes pembuangan bayi ialah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001
(Child Act) – Akta 611 seksyen 31. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes
pembuangan bayi di siasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan
perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh di siasat
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung
sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama
membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi
disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda maksimum
RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai kes pembuangan bayi ini ialah semua pihak
haruslah bekerjasama untuk menangani masalah ini. Jika salah satu pihak tidak mengambil
peduli, masalah pembuangan bayi ini akan terus menjadi semakin serius.
BIBLIOGRAFI

• Munirah Zakaria. 2019. Prinsip-Prinsip Asas Islam. Segamat: Terbitan UiTM


Cawangan Johor.
• Mohd Azmin Abdullah. 2019. Revisi Cepat SPM Sejarah Tingkatan 4 Dan 5. Petaling
Jaya: Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.
• Haji Che Nordin Bin Haji Che Ibrahim. 2014. 7 Amalan Sunnah Harian Rasulullah
S.A.W. Cheras: At-Taqwa Publication Sdn. Bhd.
• Mohd Helmy. 2019. Nota Ulangkaji Pendidikan Islam SPM. Kuantan: Perkasa Ummah
Enterprise.
• https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/11/95805/kecelaruan-sosial-
punca-kes-buang-bayi-meningkat
• https://prezi.com/zjrlseaqsgzv/gejala-pembuangan-bayi-di-malaysia-punca-dan-
langkah-penye/
• https://bidadari.my/punca-pembuangan-bayi/
• https://www.sinarharian.com.my/article/25237/BERITA/Nasional/Dosa-buang-bayi-di-
masjid-tetap-sama-Mufti-Pulau-Pinang
• Tuhfah Al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (6/320). https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-
fatawi/921-al-kafi-589-hukum-berduaan-di-dalam-kenderaan-bersama-pemandu-
bukan-mahram
• http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/34129/Article_7.PDF
• Referensi: https://almanhaj.or.id/4153-berlaku-adil-kepada-anak.html
• https://www.hmetro.com.my/utama/2019/04/448917/buang-bayi-setiap-3-hari
• Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/93539/SUARA-
SINAR/Analisis- Sinar/Tragedi-bayi-dibuang-seperti-sampah
• https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/06/700528/778800-penganggur-
setakat-april-2020
• Remaja mudah terjebak | Harian Metro (hmetro.com.my)
• Isu kehamilan remaja tidak bersekolah diberi perhatian | Utusan Borneo Online
• Dalil Al-Qur'an dan Hadit Tentang Menuntut Ilmu (ilmusaudara.com)
• Cara Memilih Calon Suami yang Baik Berdasarkan Dalil Al-Qur'an dan Hadits
(islamidia.com)
• Kumpulan Ayat-Ayat Alquran Tentang Makanan yang Halal (mutiaraislam.net)
• Ayat - ayat Al-Quran Tentang Kerja Keras - DalamIslam.com

Anda mungkin juga menyukai