Anda di halaman 1dari 3

Adat dan Kepercayaan Orang Asli

Orang asli mewarisi adat dan kepercayaan yang kaya dengan pantang larang. Mereka
berpegang kepada kepercayaan animisme dan dinaungi oleh semangat alam dan tumbuh-
tumbuhan. Mereka juga sangat mempercayai kepada semangat baik dan jahat. Setiap benda
mempunyai semangat dan boleh membawa kemudaratan ataupun kebaikan. Sekiranya
mereka mengalami nasib yang kurang baik, Tok Halaq (bomoh) akan bertindak mengusir
semangat jahat yang membawa nasib tidak baik. Semangat jahat adalah roh individu yang
sudah mati yang menimbulkan kekacauan. Orang asli juga percaya unsur tidak baik akan
mengakibatkan bencana seperti kebuluran, penyakit, banjir dan kemalangan.
Bukit bukau, gunung ganang, pepohon besar, batu batan dan hutan belantara
dipercayai membawa semangat dan pantang larang perlu dipatuhi supaya alam tidak
membawa padah kepada kehidupan mereka. Selepas kemerdekaan, ia ini kira-kira 1968-
1990, hampir 30% -11% daripada mereka memeluk Islam. Kini, hampir 2000 orang asli
memeluk Islam terutamanya suku kaum Orang Kuala dan Orang Seletar di Johor.
Di dalam perkahwinan, perkahwinan di antara saudara sepupu dilarang sama sekali.
Pengantin lelaki dan perempuan seharusnya berasal dari kawasan lain atau ladang yang
berlainan. Lazimnya, perkahwinan dilangsungkan apabila umur mereka mencapai 16 tahun.
Ibu bapa lelaki akan merisik dan meminang gadis yang sesuai untuk berkahwin dengan anak
lelaki mereka. Apabila peminangan di terima dan persetujuan dicapai, pihak lelaki akan
menyediakan hantaran dan melangsungkan upacara perkahwinan Mah Meri yang bermula
sebelum malam. Pengantin lelaki diiringi ke atas pelamin sambil diapit oleh dua orang kanak-
kanak lelaki dan tiga orang wanita. Tok batin akan memulakan upacara dengan mengasap
muka pengantin lelaki sebagai tanda penghormatan. Tok batin kemudiannya membawa dua
batang lilin dan digerakkan secara bulatan ke muka pengantin lelaki. Upacara ini dilakukan
supaya moyang juga dapat menjadi saksi kepada majlis penting ini.
Masyarakat orang asli mengamalkan kepercayaan animisme. Terdapat beberapa jenis
peralatan pemujaan yang terdapat di dalam kepercayaan mereka. Contohnya, kulit kura-kura.
Masyarakat orang asli membakar kulit kura-kura untuk menghalang ribut. Semasa mantera
dibaca, kulit kura-kura dicampur dengan daun lada, serbuk lada dan kulit pinang. Menurut
mereka, bunyi asal halilintar adalah perlahan, manakala suara kura-kura dipanggil kura-kura
badi adalah nyaring. Kulit kura-kura yang dibakar boleh menghalau gajah. Masyarakat orang
Asli percaya bahawa jika seseorang menghina sifat kura-kura yang berjalan perlahan dan
bersuara perlahan, akan ditimpa musibah.
Minyak cenuai ( minyak pengasih) merupakan salah satu keunikan di dalam
kepercayaan orang Asli. Minyak cenuai asli diperbuat daripada bunga cengloi dan hanya Tok
Halaq, bomoh atau poyang yang dapat memperoleh bunga ini. Mereka percaya dengan
memetik dan menyebut nama orang yang disukai beberapa kali dan kemudiannya diproses
menjadi minyak, maka orang tersebut serta-merta akan menyukai kita. Buluh perindu pula
berfungsi sebagai pemikat. Ia hanya terdapat di kawasan pergunungan tertentu seperti
Gunung Luheu dan Gunung Putih. Mengikut kepercayaan masyarakat Orang Asli, sesiapa
yang ingin mendapatkan buluh ini perlu memohon kebenaran dari penunggu gunung. Bagi
buluh yang berbentuk bunga, ia hendaklah dicabut tanpa dipotong batangnya.
Buah Apa-Apa atau disebut sebagai durian hutan diguna oleh suku kaum Temuan dan
Meri sebagai tangkal untuk menghalang gangguan toyol dan syaitan. Bagi masyarakat Semai,
adalah dilarang sama sekali menjadikan buah ini sebagai bahan gurauan terutamanya pada
waktu petang kerana dikhuatiri ribut taufan akan melanda. Pada waktu petang harimau kan
menggunakan buah ini untuk mengasah gigi anaknya kerana sifat buah tersebut yang keras.
Selain itu, buah ini juga digunakan sebagai umpan untuk menangkap landak. Peralatan
kepercayaan lain ialah Cendawan Gajah. Ia digunakan sebagai bahan dalam upacara jampi
untuk menghalang angin kencang atau guruh melanda sesuatu kawasan.
Kepala ikan Haruan digantung di dalam rumah untuk menghalau anasir jahat. Bentuk
ikan ini lebih kecil daripada ikan haruan biasa dan mudah didapati di sungai-sungai kecil.
Kayu Pulai pula digunakan untuk membuat patung ganti nyawa dan balai lancang di
dalam rumah sewang. Kayu ini dipercayai mempunyai semangatnya yang tersendiri. Di
dalam upacara sewang, kayu pulai akan digantung di tengah-tengah balai lancang dan di
biarkan bergoyang untuk menari minat Puteri Semangat. Tok Halaq akan menjalankan
upacara tukar ganti dengan memindahkan penyakit daripada badan pesakit ke dalam patung.
Patung itu kemudiannya dibuang ke dalam tempat yang ditetapkan.
Orang Asli mempunyai adat dan kepercayaan yang tersendiri dan kepercayaan ini
masih kekal diamalkan sehingga ke hari ini. Kebudayaan dan kepercayaan ini dianggap unik
kerana mereka mempercayai setiap sumber alam di sekeliling mereka mempunyai semangat
yang tersendiri dan haruslah dihormati

Anda mungkin juga menyukai