Anda di halaman 1dari 4

Ciri-Ciri Masyarakat Orang Asli Temuan

Orang Asli Temuan mempunyai ciri-ciri fizikal yang menyerupai kaum Melayu dan
mempunyai rambut lurus dan bertubuh badan sederhana besar. Kebanyakan aspek fizikal orang
Temuan mempunyai persamaan dengan orang Melayu. Menurut (Carey dalam Suki Mee,2009),
Orang Asli Temuan mempunyai mata berwarna coklat pekat dan berukuran sederhana. Mulut
mereka pula bersaiz luas dan besar. Perawakan mereka berbeza dengan Orang Asli yang lain.
Menariknya, ada yang beranggapan para jejaka kaum Temuan daripada Melayu Asli ini
merupakan kaum asli yang paling kacak di antara kaum yang lain Ini memandangkan mereka
mempunyai ketinggian yang lebih berbanding kaum yang lain.

Rajah 1: Foto wajah suku kaum Temuan lelaki dan perempuan

Penemapatan Masyarakat Orang Asli Temuan Zaman Dahulu dan Sekarang.


Pada zaman dahulu, Orang Asli hidup dengan memburu dan mengumpul makanan dan
tidak mempunyai rumah kediaman yang kekal. Mereka hidup berpindah-randah. Kehidupan
mereka bergantung dengan apa yang mereka perolehi di hutan. Sekiranya bekalan makanan
dikawasan tersebut sudah berkurangan, mereka akan berpindah mencari kawasan baru yang akan
mempunyai bekalan makanan yang banyak. Rumah mereka pula diperbuat berasaskan buluh,
daun bertam, nipah dan rotan. Fungsi buluh adalah sebagai dinding dan lantai, kayu-kayu bulat

pula sebagai rangka asas rumah, daun bertam atau nipah sebagai bumbung, manakala rotan
sebagai pengikatnya. Istimewanya, paku sememangnya tidak digunakan sama sekali.
Pada zaman sekarang, rata-rata rumah di kampung tersebut di perbuat menggunakan
batu. Sebagai contoh melalui kajian oleh (MOHAMAD NAZRIN BIN ABDULLAH et al., 2012)
sebelum ini di Kg Air Tawas, Tangkak, Johor. Terdapat juga rumah yang berbentuk seperti
bangsal berasakan kayu dan buluh masih ada tetapi dalam jumlah yang sedikit sahaja. Ini
disebabkan oleh usaha-usaha kerajaan yang telah menyalurkan bantuan dengan memberikan
rumah jenis batu itu kepada penduduk masyarakat Orang asli. Pada awal bantuan tersebut rumah
mereka tidak mempunyai bekalan elektrik. Kemudiannya mereka dibantu juga oleh kerajaan dan
mereka dapat menikmati bekalan elektrik sejak tahun 2009.

Rajah 2 : Rumah lama Orang Temuan di Kampung Air Tawas, Ledang

Rajah 3 : Rumah Orang Temuan di Kampung Air Tawas, Ledang sekarang yang sudah
banyak bezanya dengan rumah mereka yang asal.

Struktur Organisasi Masyarakat Orang Asli Temuan


Struktur organisasi masyarat orang asli terdiri dari dua bentuk iaitu rasmi dan tidak rasmi.
Kepimpinan yang rasmi mempunyai jawatan yang berbeza seperti Menteri, Penghulu, Pemangku
dan Batin. Manakala jawatan yang tidak rasmi pula dipanggil Ketua dalam kumpulan yang
kecil contohnya panggilan ketua mereka sebagai Batin
Masyarakat Orang Asli suku Temuan ini dipimpin oleh seorang Batin yang dilantik pada
kebiasaannya mengikut keturunan. Perlantikan Batin dibuat berdasarkan ketokohan atau
kebolehannya serta berpengetahuan luas tentang hal adat istiadat. Seandainya seseorang Batin
uzur, meninggal dunia ataupun meletakkan jawatan, anak lelaki secara rasminya akan dilantik
untuk menyambung tugas-tugas dalam menjaga penduduk. Satu mesyuarat yang diuruskan oleh
Jurukerah dan perundingan yang menggunakan Bahasa Adat secara formal dilaksanakan. Andai
kata Batin melanggar adat maka dia berhak dipecat oleh Perut dan pemilihan baru akan
dijalankan. Perut merupakan ahli masyarakat yang mempunyai hubungan dan salasilah yang

dapat digalurkan dengan jelas sehingga tujuh generasi dari nenek moyang yang sama. Jurukerah
dan Tok Jenang merupakan jawatan Menteri dan berfungsi sebagai penasihat utama kepada
Batin. Sesungguhnya Menteri menguasai dan mahir dalam adat istiadat dan pantang larang
dalam masyarakat Temuan. Namun begitu, beliau tiada hak untuk menjatuhkan sebarang
hukuman.
Seterusnya, pemangku merupakan suatu jawatan yang di warisi dan dilantik oleh Batin
sendiri dimana mereka berhak untuk menjatuhkan sebarang hukuman kepada anak buahnya. Tok
Jenang ialah Ketua Lembaga Adat dan mempunyai bidang kuasa yang terhad dalam menjatuhkan
hukuman. Jurukerah pula dilantik dengan mendapat persetujuan daripada Lembaga Adat.
Keistimewaan beliau adalah beliau boleh menjatuhkan hukuman yang ringan dan menjadi wali
iaitu Jurunikah di dalam istiadat perkahwinan. Jawatan Panglima pula dilantik oleh batin sendiri
setelah mendapat persetujuan daripada Lembaga Adat. Peranan beliau ialah menjaga dan
mengurus kebajikan anak-anak buahnya. Kemudian, Pemangku merupakan satu jawatan yang
diwarisi yang mana ia menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Batin serta berkuasa
menjatuhkan hukuman kepada anak buahnya.

Rajah : Ringkasan Struktur Organisasi Kaum Temuan

Anda mungkin juga menyukai