Anda di halaman 1dari 9

ADAT RESAM KAUM BAJAU DI MALAYSIA

Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya
adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum di
kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan
masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud. Dari segi
sejarahnya, kaum lelaki di kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang
kuda yang mahir. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga
terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan
mereka, adat resam berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu
dititikberatkan.

Pengenalan

Dalam masyarakat Bajau, kehamilan dan kelahiran dilihat sebagi krisis hidup yang
paling penting dalam edaran hidup seseorang dan dengan itu harus diberi perhatian
yang sepenuhnya. Terdapat persamaan ketara dalam adat resam kelahiran antara
masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung. Ini kerana rata-rata
masyarakat Bajau di Sabah beragama Islam.
Sewaktu Mengandung

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang
wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan,
menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut.
Berpantang

Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani
beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya
serta kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang
larang tersebut termasuklah;
Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu
oleh makhluk halus.

Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan
menyukarkan proses kelahiran kelak

Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh
dari bumbung kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi
mereka yang mengandung sulung.

Wanita hamil tidak boleh memarut kelapa dan menyentuh santan kerana
dikhuatiri akan menghadapi kesulitan semasa bersalin.

Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian
kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit
yang dikenali sebagai ketimbaluan.
Di samping pantang-larang di atas, terdapat pantang-larang lain yang diamalkan.

Menempah Bidan

Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh
bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat
akan diuruskan oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang perlu
dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas kelahiran
bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjaga wanita hamil tersebut.
Tanda Kelahiran

Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan
disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain
putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga
beserta kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang
padi. Kadang kala diletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu yang akan
menjadi milik anak yang akan diahirkan. Talam tersebut akan diletakkan di bahagian
kepala tempat tidur orang yang hamil itu sehingga bayinya lahir.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si
ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi pula akan dimasak
untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya, kelapa tua bertunas
tersebut melambangkan bayi yang sedang berada dalam kandungan ibunya,
sementara padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga dan cahaya yang dapat
menyuburkan tunas kelapa tersebut. Lazimnya tanda kelahiran ini diadakan untuk
menyambut anak pertama walaupun masih boleh diadakan untuk anak-anak
berikutnya.

Melenggang Perut

Selain dari pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu
melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang di kalangan
masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung anak
pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan. Cara adat ini
dijalankan hampir-hampir sama dengan upacara melenggang perut yang dijalankan
oleh masyarakat Melayu Semenanjung.

Semasa Bersalin

Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan
tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda
tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan
gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat beberapa
adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat
potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni.
Potong Tali Pusat

Sewaktu hendak melahirkan anak, si ibu akan dibaringkan di atas tikar sementara
bidan pula akan mengurut badannya serta membaca doa selamat agar proses
kelahiran itu tidak mengalami sebarang kesulitan. Apabila bayi sudah dilahirkan,
bidan akan memotong tali pusat bayi dan setelah itu mengikat pusat bayi dengan
benang. Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya yang terdiri
daripada segantang beras, emas dan lilin yang akan dipasangkan. Bahan-bahan
tersebut beserta sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberi
kepada bidan.

Qamat/Azan

Bagi masyarakat Islam, mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir adalah
disunatkan. Seperti yang telah dinyatakan, masyarakat Bajau rata-ratanya
beragama Islam, justeru itu mereka akan melakukan perbuatan ini. Ia bukanlah
suatu adat, tetapi lebih merupakan suatu upacara ritual. Setelah diikat pusatnya,
bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi anak lelaki)
dan diqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga bayi itu. Semasa azan diserukan,
bayi itu diberi makan sedikit garam dan gula, dan selepas itu barulah dia boleh
menyusu.

Menanam Tembuni

Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan
diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama
kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu
untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni lazimnya dilakukan oleh
bidan sendiri. Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk
sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya. Di samping itu,
tujuh biji telur direbus dan dimakan dengan nasi tadi.

Selepas Kelahiran

Selepas bersalin, si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat
tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan dijalankan mulai dari
detik kelahirannya sehinggalah dia membesar.

Rawatan Bidan

Selepas kelahiran bayi, bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga keadaan
mereka berdua beranak sehingga hari ke 44. Untuk memulihkan kesihatan si ibu, bidan
akan memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca doa selamat. Ini dilakukan pada
malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke 44. Selepas tamat tempoh berpantang,
bidan secara rasminya menyerahkan tugasnya kepada suami dan keluarga wanita tersebut.

Berpantang

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang baru
lepas bersalin. Antaranya ialah:

Si ibu tidak boleh makan sembarangan makanan. Selain bubur atau nasi tanpa lauk, si ibu
perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. Pemakanan perlu dikawal
dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh berpantang ini.

Selama tujuh hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum air biasa. Air ubat yang
dibuat daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan diminum oleh si ibu untuk
memulihkan kesihatan selepas bersalin.

Si ibu harus memakai sarung yang bewarna gelap, biasanya hitam, kerana warna yang
terang tidak baik untuk kesihatan mata bayinya.

Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak diserang angin
sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak bewarna hitam atau putih
yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan.

Naik Buai

Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu bapa
akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan oleh bidan
dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain kain putih dan lima biji kelapa tua. Selain
kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil
pesakat nirundangan di kalangan masyarakat Bajau, di mana bayi berkenaan akan
dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali. Upacara ini dijalankan secara besar-
besaran dan dijalankan menyerupai upacara melenggang perut. Semasa upacara naik buai
berlangsung, upacara berzanji diadakan selama satu setengah jam dan apabila tiba pada
ayat-ayat tertentu yang menandakan masanya untuk menggunting rambut bayi, bayi akan
didukung dan rambutnya akan digunting oleh mereka yang berzanji secara bergilir-gilir.
Upacara ini biasanya diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri oleh sanak saudara dan
jiran tetangga. Selain jamuan, tuan rumah juga akan memberi sedekah yang lazimnya
berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang kepada tetamu yang hadir di majlis
tersebut.

Menimbang Bayi Bulan Safar

Umumnya, orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi yang
dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar dianggap
sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari menimpa si bayi, pada
masa menyambut Maulud nabi, bayi akan dibawa ke masjid untuk ditimbang. Penimbangan
bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat bayi sebaliknya merupakan satu usaha
untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut.
Terdapat barangan tertentu yang digunakan untuk upacara ini, antaranya ialah;

Sebatang penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batang penimbang itu akan
dibalut dengan tujuh hasta kain putih.

Batu-batu timbang yang terdiri daripada benda-benda berikut; sebekas air, seikat kayu
yang sederhana besarnya, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda.

Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang disangkutkan pada
alang bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan tergantung. Pada satu hujung
batang penimbang itu akan dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang
sementara pada hujung yang satu lagi akan digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu
timbang yang terdiri daripada sebekas air, seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan.
Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya mengikut
berat bayi itu. Apabila batu-batu timbang sudah seimbang beratnya dengan berat bayi,
batang penimbang serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan
supaya ia berputar pada keadaan asalnya. Dengan itu tamatlah upacara penimbangan dan
bayi itu akan digunting rambutnya.

Berkhatan

Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah
cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun
sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun. Selepas
berkhatan mereka akan dianggap sebagai orang Islam yang sebenarnya. Majlis berkhatan
kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan bagi kanak-kanak
perempuan. Upacara berkhatan biasanya diakhiri dengan satu jamuan di masjid atau di
rumah kanak-kanak tersebut

Merisik
Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum perkahwinan
berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon.
Caranya hampir sama dengan cara yang diamalkan oleh suku kaum yang lain iaitu dengan
melantik wakil bagi menemui keluarga gadis. Setelah mendapat kepastian bahawa gadis itu
belum ada ikatan apa-apa dan secocok dengan keinginan pihak lelaki tentang rupa paras,
budi bahasa serta martabat keluarganya, barulah diikuti dengan upacara seruan yakni
menyimpul tali pertunangan.
Meminang
Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu,
pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak
RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa pertunangan biasanya berlangsung
selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan. Apabila tempoh
yang ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar semua barang yang dijanjikan dalam majlis
seruan itu kepada pihak perempuan. Dalam majlis penyerahan barang-barang tersebut,
tarikh perkahwinan ditentukan. Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang
akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga
ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa. Mas kahwin dan hadiah
lain seperti sepersalinan pakaian yang lengkap, sirih pinang, alat persolekan dan sebagainya
akan diberikan dalam majlis perkahwinan nanti.

Majlis Perkahwinan
Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari
perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan
majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi
keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga
miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah
malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan
alat muzik yang terdiri daripada kulintangan,
gong, bebandil dan gendang di tempat kediaman
kedua-dua belah pihak. Kumpulan muzik ini
mengandungi enam orang pemain yang diketuai
oleh seorang wanita yang memainkan
kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain
bebandil. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam, kemudian diikuti dengan
tarian tradisional yang dikenal sebagai runsai. Tarian ini memerlukan antara enam hingga
lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah
apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari
lelaki dan perempuan.
Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan
oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan ramuan
bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam. Pada hari



Pengantin Bajau
perkahwinan, pengantin dihias dengan pakaian yang baru, selalunya berwarna kuning dan
hijau yang diperbuat daripada sutera. Rambut pengantin perempuan dihiasi dengan
'serempak' iaitu sejenis mahkota.
Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan
sebilah keris diusung dengan tandu oleh beberapa orang ahli keluarganya, atau
menunggang kuda ketika menuju ke ke diaman pengantin perempuan dengan diiringi
pukulan gong berirama tigad-tigad semasa melalui jalan yang dihias dengan bendera yang
berwarna-warni.
Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan alu-aluan akan ketibaan
rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki yang
turun dari tandu atau kudanya dijulang di atas bahu anggota rombongan atau didukung
masuk ke rumah pengantin perempuan. Dia kemudiannya dipersilakan duduk di tempat
yang dikhaskan untuknya dan bunyi gong pun diberhentikan. Di situ, pengantin lelaki
menunggu majlis akad nikah.
Tarian Pengantin
Galeri Pengantin
Setelah tiba waktunya, pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah
dilangsungkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan untuk
upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui
beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan.
Setiap tabir itu hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar RM1O hingga RM2O ataupun
membaca sebuah pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan.
Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya,
kedua-dua mempelai itu disandingkan. Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk
bertemu dan bersalaman dengan tetamu.

Pengenalan

Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak
perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti
peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan.
Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia akan meneruskan
hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka keluarga dan
saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung jawab mereka. Upacara kematian
mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui
upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di
akhirat.
Semasa Kematian

Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan
kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda
seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi
kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya mayat tersebut
akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti dimandi, dikafan dan
disembahyangkan.

Pengenalan

Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak
perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti
peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan.
Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia akan meneruskan
hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka keluarga dan
saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung jawab mereka. Upacara kematian
mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui
upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di
akhirat.
Semasa Kematian

Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan
kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda
seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi
kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya mayat tersebut
akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti dimandi, dikafan dan
disembahyangkan.

Semasa Pengebumian

Selepas disembahyangkan, si mati akan dikebumikan. Apabila mayat sudah sedia untuk
dibawa ke kuburan, sekali lagi dibunyikan gong sebagai isyarat. Adat naja-naja iaitu
berjalan berulang-alik di bawah keranda si mati oleh keluarga dan saudara mara terdekat
akan dilakukan. Adat ini menyerupai adat masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia.
Adakalanya bagi orang yang berpangkat tinggi, tembakan sebanyak tiga kali akan
dibunyikan sebelum mayat mereka dikebumikan. Di samping itu dua gong atau sulimbak
akan dipalu dan tiap satunya akan dipalu sebanyak tiga kali. Pukulan dua gong ini lazimnya
dikhaskan untuk orang yang berpangkat sahaja seperti panglima, maharaja, imam, bilal dan
ahli agama yang lain. Bagi orang biasa yang tidak jelas pangkatnya, hanya sebuah gong
dengan paluan sebanyak tiga kali sahaja dilakukan.

Apabila mayat hendak dikebumikan, adakalanya bersama-sama mayat tersebut disertakan
beberapa biji buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang masih kecil. Pinang
tersebut dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi mayat.
Tujuannya adalah supaya semangat mereka akan bersama si mati ke alam baqa.
Seterusnya upacara keagamaan sepertimana yang dilakukan oleh masyarakat Islam lain
akan diadakan.

Selepas Kematian

Selepas kematian seseorang, terdapat beberapa adat tertentu dilakukan. Antaranya ialah
mengadakan kenduri arwah, adat megjaga-jaga dan berpantang.

Selesai pengebumian, satu tempat tidur yang terdiri daripada tikar atau tilam beserta bantal
akan dibentang untuk memperingati si mati. Bantal-bantal itu diletakkan di bahagian kepala
dan kiri kanan tempat tidur itu. Segala pakaian si mati juga diletakkan di bahagian kepala
tempat tidurnya. Setiap pagi dan petang, seorang imam akan menjaga tempat tidur
tersebut serta membacakan doa untuk si mati.

Selain itu, tujuh hari berturut-turut diadakan kenduri arwah dan bacaan doa selamat secara
kecil-kecilan kecuali pada hari ketujuh. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan
roh di alam baqa. Kenduri lazimnya akan mengiringi acara doa selamat tersebut. Bilangan
piring yang dihidangkan untuk ketujuh-tujuh hari adalah berbeza antara satu hari dengan
hari yang lain, kerana ia juga menentukan bilangan ahli agama yang diajak untuk
membacakan doa selamat tersebut. Lazimnya kenduri hari pertama disajikan tiga piring,
pada hari kedua, lima piring dan pada hari ketiga tujuh piring. Angka ganjil ini merupakan
sesuatu yang sinonim dengan agama Islam. Kenduri hari ketujuh adalah yang paling besar
dan istimewa sekali dan bilangan orang yang hadir juga adalah ramai berbanding hari-hari
sebelumnya.

Biasanya dari hari pertama sehingga hari ketujuh selepas kematian, keluarga dan
masyarakat setempat akan mengikuti beberapa pantang larang. Antaranya adalah seperti
berikut;
Mereka tidak boleh memecahkan barang-barang seperti gelas, mangkuk dan lain-lain
barangan kerana ini menunjukkan petanda yang tidak baik.
Mereka tidak boleh membakar benda yang menjadi makanan.

Mereka tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti menjahit baju, bertukang atau
menganyam.

Mereka tidak boleh bersin di rumah si mati kerana ada kemungkinan kematian akan berlaku
di rumah orang yang bersin tadi.

Dari hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah si mati tidak boleh dicuci.
Selepas kenduri hari ketujuh pula, mereka akan mengadakan kenduri pada hari kedua
puluh dan pada hari keempat puluh. Selepas kematian seseorang kebanyakan masyarakat
Bajau tidak mengadakan kenduri selepas hari keempat puluh, tetapi bagi yang mampu,
kenduri arwah masih diadakan pada hari keseratus dan pada hari ulangtahun kematian
seseorang itu.

Anda mungkin juga menyukai