Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua
terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti
Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota
Belud. Dari segi sejarahnya, kaum lelaki di kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda
yang mahir. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat
resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan kelahiran,
perkahwinan dan kematian begitu.

NILAI DAN KEPERCAYAAN

Ø Upacara

1 Kelahiran

· Sewaktu mengandung

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu
mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda
kelahiran dan melenggang perut.

· Berpantang

Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang
larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan, di samping
memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang larang tersebut termasuklah

- Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus.
Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses kelahiran
kelak.

- Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana
dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung.

- Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak
dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit

ketimbaluan.
· Menempah bidan

Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh bulan hamil, wanita
berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat akan diuruskan oleh bidan tersebut.
Terdapat barangan tertentu yang perlu dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44
selepas kelahiran bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjada wanita hamil tersebut.

· Tanda Kelahiran

Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan disediakan iaitu sebiji kelapa
tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu
tembaga. Kemudian pasu tembaga beserta kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah
diisikan segantang padi. Kadang kala diletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu yang akan
menjadi milik anak yang akan diahirkan. Talam tersebut akan diletakkan di bahagian kepala tempat tidur
orang yang hamil itu sehingga bayinya lahir.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si ibu sebagai tanda
kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi pula akan dimasak untuk menjamu si ibu dan para
jemputan. Secara simboliknya, kelapa tua bertunas tersebut melambangkan bayi yang sedang berada
dalam kandungan ibunya, sementara padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga dan cahaya yang
dapat menyuburkan tunas kelap tersebut. Lazimnya tanda kelahiran I ni diadakan untuk menyambut
anak pertama walaupun masih boleh diadakan anak–anak berikut.

· Melenggang perut

Selain dari pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu melalui upacara
melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang di kalangan masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya
jika seseorang wanita itu mengandung anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia
tujuh bulan. Cara adat ini dijalankan hampir-hampir sama dengan upacara melenggang perut yang
dijalankan oleh masyarakat Melayu Semenanjung.

· Semasa Bersalin

Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan.
Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan
untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu
terdapat beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat
potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni.
· Potong tali pusat

Sewaktu hendak melahirkan anak, si ibu akan dibaringkan di atas tikar sementara bidan pula akan
mengurut badannya serta membaca doa selamat agar proses kelahiran itu tidak mengalami sebarang
kesulitan. Apabila bayi sudah dilahirkan, bidan akan memotong tali pusat bayi dan setelah itu mengikat
pusat bayi dengan benang. Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya yang terdiri
daripada segantang beras, emas dan lilin yang akan dipasangkan. Bahan-bahan tersebut beserta sedikit
wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberi kepada bidan.

· Qamat / Azan

Bagi masyarakat Islam, mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir adalah disunatkan. Seperti
yang telah dinyatakan, masyarakat Bajau rata-ratanya beragama Islam, justeru itu mereka akan
melakukan perbuatan ini. Ia bukanlah suatu adat, tetapi lebih merupakan suatu upacara ritual. Setelah
diikat pusatnya, bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi anak lelaki) dan
diqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga bayi itu. Semasa azan diserukan, bayi itu diberi makan
sedikit garam dan gula, dan selepas itu barulah bayi tersebut yang baru dilahirkan boleh disusukan.

· Menanam Tembuni

Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan diletakkan ke dalam
tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama kelapa tua yang telah disediakan di suatu
tempat berdekatan dengan rumah si ibu untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni
lazimnya dilakukan oleh bidan sendiri. Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk
sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya. Di samping itu, tujuh biji telur
direbus dan dimakan dengan nasi tadi. Elepas kelahiran si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa
pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan
dijalankan mulai dari detik kelahirannya sehinggalah dia membesar.

· Rawatan Bidan

Selepas k elahiran bayi, bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga keadaan mereka
berdua beranak sehingga hari ke 44. Untuk memulihkan kesihatan si ibu, bidan akan memandikan si ibu
dan bayinya sambil membaca doa selamat. Ini dilakukan pada malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh
dan ke 44. Selepas tamat tempoh berpantang, bidan secara rasminya menyerahkan tugasnya kepada
suami dan keluarga wanita tersebut.

· Berpantang

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang baru lepas
bersalin. Antaranya ialah :
Si ibu tidak boleh makan sembarangan makanan. Selain bubur atau nasi tanpa lauk, si ibu perlu
mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. Pemakanan perlu dikawal dan dijaga dengan
rapi sewaktu tempoh berpantang ini. Selama tujuh hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum
air biasa. Air ubat yang dibuat daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan diminum oleh si ibu
untuk memulihkan kesihatan selepasa bersalin. Si ibu harus memakai sarung yang bewarna gelap,
biasanya hitam, kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayinya.

Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak diserang angin sejuk. Dia juga
perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua
belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan.

· Naik Buai

Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu bapa akan
mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan oleh bidan dan sebagai upah,
bidan akan diberi tiga ela kain kain putih dan lima biji kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari
yang sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan di kalangan masyarakat
Bajau, di mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali. Upacara ini
dijalankan secara besar-besaran dan dijalankan menyerupai upacara melenggang perut. Semasa upacara
naik buai berlangsung, upacara berzanji diadakan selama satu setengah jam dan apabila tiba pada ayat-
ayat tertentu yang menandakan masanya untuk menggunting rambut bayi, bayi akan didukung dan
rambutnya akan digunting oleh mereka yang berzanji secara bergilir-gilir. Upacara ini biasanya diakhiri
dengan jamuan makan yang dihadiri oleh sanak saudara dan jiran tetangga. Selain jamuan, tuan rumah
juga akan memberi sedekah yang lazimnya berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang kepada
tetamu yang hadir di majlis tersebut.

· Menimbang bayi bulan safar

Umumnya, orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi yang dilahirkan pada bulan
Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk
mengelakkan kecelakaan dari menimpa si bayi, pada masa menyambut Maulud nabi, bayi akan dibawa
ke masjid untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat bayi
sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan agar tidak diburukkan
nasib bayi tersebut. Terdapat barangan tertentu yang digunakan untuk upacara ini, antaranya ialah :

Sebatang penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batang penimbang itu akan dibalut dengan
tujuh hasta kain putih. Batu-batu timbang yang terdiri daripada benda-benda berikut; sebekas air, seikat
kayu yang sederhana besarnya, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda.
Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang disangkutkan pada alang
bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan tergantung. Pada satu hujung batang penimbang
itu akan dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung yang satu lagi
akan digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas air, seperiuk
nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau dikurangkan
bilangannya mengikut berat bayi itu. Apabila batu-batu timbang sudah seimbang beratnya dengan berat
bayi, batang penimbang serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya ia
berputar pada keadaan asalnya. Dengan itu tamatlah upacara penimbangan dan bayi itu akan digunating
rambutnya.

· Berkhatan

Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah cukup umur.
Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun sementara anak lelaki pula
dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun. Selepas berkhatan mereka akan dianggap sebagai orang
Islam yang sebenarnya. Majlis berkhatan kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan
bagi kanak-kanak perempuan. Upacara berkhatan biasanya diakhiri dengan satu jamuan di masjid atau
di rumah kanak- kanak tersebut.

2 Kematian

Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak perbezaan dari segi
menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti peraturan agama Islam walaupun
terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah
meninggalkan dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan
betul, maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung jawab mereka.
Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana
melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.
· Selepas Kematian

Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada
masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah
meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia
melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut
peraturan agama Islam, seperti dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

· Adat mengawal kubur

Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme, kini telah banyak memeluk agama Islam. Namun
demikian, beberapa adat, budaya dan kepercayaan masih dipegang kuat kerana telah diamalkan turun
temurun. Adat paling menarik dalam budaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur. Kawalan
kubur selama tujuh hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan
dalam tempoh tersebut. Masyarakat Melayu secara amnya percaya, akan musnah semua organ dalam
tubuh mayat dalam masa tujuh hari kerana perut yang semakin menggelembung akan bocor.
Sememangnya dalam kajian saintifik juga, mayat manusia akan reput sepenuhnya dalam masa tujuh
hari.

Masyarakat Bajau percaya “Balan-balan” merupakan sejenis lembaga yang berasal daripada manusia.
Menurut cerita orang tua-tua Bajau, “Balan-balan” terjadi apabila manusia itu salah menuntut dan
mengamalkan ilmu kebatinan. Tujuan ilmu ini adalah supaya sentiasa muda, cantik dan boleh hidup
lama. Manusia yang ingin mengamalkan ilmu ini hendaklah mengamalkan jampi mantera ilmu balan-
balan selama empat puluh hari empat puluh malam berturut-turut. Kemudian, badan pengamal ilmu
syaitan ini akan terasa panas dan miang. Pada saat itulah, kepalanya akan tercabut dan terpisah dari
tubuh badan sambil membawa keluar segala isi tubuh dan perut.

‘Balan-balan’ kelihatan sama seperti hantu ‘penanggalan’ atau ‘Tenggelong’ yang dikenali oleh
kebanyakan orang Melayu. Namun bezanya, tidak pernah ada kisah penanggalan atau Tenggelong
menyerang mayat untuk mendapatkan makanan. Dikatakan, sebenarnya balan-balan suka menjilat
darah pada uri perempuan bersalin. Namun sekiranya balan-balan gagal mendapatkannya, balan-balan
akan menyerang dan menghisap darah manusia. Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia,
balan-balan akan menyerang mayat manusia dan memakan segala organ dalam tubuh mayat itu,
terutama hati.

Balan-balan dikatakan hanya terbang pada waktu malam dan bergerak bebas seperti manusia biasa
pada siang hari. Dikatakan, cara untuk mengenalpasti balan-balan adalah dengan melihat pada
matanya. Mata balan-balan dikatakan sentiasa merah. Untuk memastikan lagi, potonglah limau nipis
sambil memperhatikan matanya. Jika dia mengamalkan ilmu balan-balan, matanya akan berair.
Pengamal ilmu balan-balan juga tidak suka pada benda berduri dan tajam kerana semua itu boleh
mengakibatkan isi perutnya yang terburai itu tersangkut dan luka. Justeru di halaman rumahnya tidak
akan ada pokok yang berduri seperti pokok limau dan benda-benda tajam seperti buluh.

Berbalik pada adat mengawal kubur masyarakat Bajau, adat yang sepatutnya menyeramkan ini sudah
menjadi seperti budaya masyarakat yang ditunggu-tunggu dan membawa keceriaan. Lelaki Bajau yang
terdiri daripada saudara mara si mati akan mengawal kubur sepanjang malam selama tujuh hari. Kaum
wanita dan kanak-kanak pula akan berjaga di rumah si mati. Adat mengawal kubur ini menjadi semacam
hiburan pula apabila para penjaga kubur mengadakan permainan untuk mengelakkan rasa mengantuk
atau rasa takut. Antara permainan yang biasa dilakukan semasa mengawal kubur adalah ‘pasang’
,congkak, daun terup dan sebagainya.

Bagi orang-orang tua Bajau, permainan-permainan ini sudah menjadi semacam ritual magis untuk
menyingkirkan kuasa-kuasa luar biasa. Orang luar pastinya berasa hairan apabila melihat adat
mengawal kubur ini meriah dan ceria dengan jerit pekik dan tawa para pengawal kubur. Mereka
bergurau senda dan berhibur sepanjang malam. Namun setiap kebiasaan sesuatu masyarakat memang
lazimnya dianggap luar biasa oleh masyarakat lain. Itulah yang menonjolkan keunikan dan warna warni
budaya masyarakat Melayu yang rencam.

3 Perkahwinan

· Merisik

Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum perkahwinan berlangsung,
upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon. Caranya hampir sama
dengan cara yang diamalkan oleh suku kaum yang lain iaitu dengan melantik wakil bagi menemui
keluarga gadis. Setelah mendapat kepastian bahawa gadis itu belum ada ikatan apa-apa dan secocok
dengan keinginan pihak lelaki tentang rupa paras, budi bahasa serta martabat keluarganya, barulah
diikuti dengan upacara seruan yakni menyimpul tali pertunangan.

· Meminang

Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu, pihak lelaki
membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat
tali pertunangan. Masa pertunangan biasanya berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak
lelaki membuat persediaan. Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar
semuabarang yang dijanjikan dalam majlis seruan itu kepada pihak perempuan. Dalam majlis
penyerahan barang-barang tersebut, tarikh perkahwinan ditentukan. Pihak keluarga perempuan
menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga
yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa. Mas kahwin dan
hadiah lain seperti sepersalinan pakaian yang lengkap, sirih pinang, alat persolekan dan sebagainya akan
diberikan dalam majlis perkahwinan nanti.

· Majlis Perkahwinan

Pengantin Bajau

Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh
hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari
tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri
daripada kulintangan, gong, bebandil dan gendang di tempat kediaman kedua-dua belah pihak.
Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang
memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain
bebandil. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam, kemudian diikuti dengan tarian tradisional
yang dikenal sebagai runsai. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk
dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun
dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelalki dan perempuan.

Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa
orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan ramuan bedak tepung beras yang
bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam. Pada hari perkahwinan, pengantin dihias dengan
pakaian yang baru, selalunya berwarna kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera. Rambut
pengantin perempuan dihiasi dengan serempak iaitu sejenis mahkota. Pengantin lelaki yang berpakaian
serba kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan sebilah keris diusung dengan tandu oleh
beberapa orang ahli keluarganya, atau menunggang kuda ketika menuju ke ke diaman pengantin
perempuan dengan diiringi pukulan gong berirama tigad-tigad semasa melalui jalan yang dihias dengan
bendera yang berwarna-warni.

Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan alu-aluan akan ketibaan rombongan
pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau
kudanya dijulang di atas bahu anggota rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin
perempuan. Dia kemudiannya dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuknya dan bunyi gong
pun diberhentikan.
Disitu pengantin lelaki menunngu majlis akad nikah. Setelah tiba waktunya, pengantin lelaki mengambil
wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin
perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki dan rombongannya harus
melalui beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan.
Setiap tabir itu hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar RM10 hingga RM20 ataupun membaca sebuah
pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan.Setelah pengantin lelaki membatalkan air
sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua-dua mempelai itu disandingkan. Kemudian
kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu.

4 Perayaan

· Perayaan Regatta Lepa

Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan kehebatan mereka sebagai pelaut yang
disegani. Bagi mereka, laut bukan sahaja sebagai sumber rezeki tetapi turut memberikan pelbagai
inspirasi dan pengaruh tersendiri kepada kehidupan.

Hakikatnya, laut adalah dunia mereka. Buktinya mereka bukan sahaja menetap di tepi laut tetapi juga
tinggal 'di atas laut' dengan menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi atau sebagai rumah mereka.
Mereka hidup di atas lepa dan menjalani sebahagian besar hidup di laut dan hanya naik ke darat untuk
mendapatkan bekalan air, kayu api dan upacara pengebumian. Bajau Laut memang sinonim dengan
lepa.

Biasanya sebuah lepa didiami oleh sebuah keluarga yang dianggotai lima hingga enam orang. Setiap lepa
yang didiami sesebuah keluarga Bajau menampilkan seni ukiran dan saiz yang berbeza di mana ia
menggambarkan status keluarga tersebut. Lepa dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah
bermaksud perahu atau bot. Biasanya Lepa diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya
Merah. Lazimnya, lepa berukuran lapan meter panjang dan dua meter lebar serta menampilkan pelbagai
jenis ukiran dan warna.

Lepa merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau
Semporna. Sejak kurun ke-14, ia merupakan pengangkutan utama untuk membawa muatan pedagang-
pedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu, Borneo, Kalimantan. Catatan sejarah juga
menunjukkan lepa telah digunakan oleh para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam di rantau
Asia Tenggara pada awal kurun ke-15.

Oleh itu, lepa dianggap sebagai satu elemen penting dalam hidup dan telah sebati dengan adat dan
tradisi Bajau Laut. Ia juga amat berpengaruh dalam perkembangan seni budaya tempatan. Dalam
persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional ataupun tagungguh akan dimainkan di atas Lepa.
Ia merupakan satu lambang keagungan dan warisan budaya bangsa Bajau Semporna di mana ia masih
lagi wujud hingga ke hari ini.

Kini, kebanyakan masyarakat Bajau di kawasan berkenaan telah tinggal di darat. Walau bagaimanapun,
budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman ini dipersembahkan dengan meriah dan gemilang dalam
Perayaan Regatta Lepa untuk dihayati oleh masyarakat terutamanya generasi hari ini.

Perayaan Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna, Sabah. Ia menjadi
perayaan yang penting dalam kalendar masyarakat Bajau Semporna dan boleh dianggap sebagai ‘hari
raya’ mereka. Pada tahun 1994, perayaan Regatta Lepa mula diperkenalkan sebagai perayaan di
peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan di peringkat negeri Sabah. Seterusnya
pada tahun 2003, Perayaan Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan
kini ia merupakan salah satu acara tahunan di Malaysia.

Setiap tahun pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan lepa yang cantik.Lepa-lepa tersebut diukir
dengan motif bertemakan laut seperti ikan, duyung dan kuda laut. Ia juga turut dihiasi dengan corak
awan larat dan tulisan khat Hiasan ukiran tersebut merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang
selain turut dihiasi dengan layar dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa juga akan membawa
penari-penari dan ahli muzik yang lengkap dengan pakaian tradisional masyarakat Bajau Laut.

Menjadi tradisi kepada sambutan Regatta Lepa, sebanyak lebih 50 buah perahu akan menyertai
Pertandingan Sambulayang atau juga dikenali sebagai pertandingan layar dan perahu tercantik. Usaha
menghasilkan sebuah lepa yang cantik boleh memakan masa sehingga empat bulan dan kosnya boleh
mencecah hingga ribuan ringgit. Lepa yang paling cantik dan kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang
Lepa Tercantik yang merupakan hadiah utama dalam perayaan ini.

Beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti lumba perahu, tarik perahu secara berpasangan,
renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut diadakan untuk memeriahkan lagi perayaan
ini. Selain itu, pada perayaan ini turut dipamerkan pelbagai jenis kraftangan masyarakat Bajau seperti
aksesori wanita, pakaian tradisional, alat-alat tradisioanl dan lain-lain lagi.

Di sebalik perayaan dan kisah sejarah lepa yang panjang ini sebenarnya terselit mesej kepada
masyarakat supaya kuat dari aspek mental dan fizikal umpama sebuah lepa yang kuat serta gah belayar
di lautan. Hakikatnya, usaha memartabatkan dan memelihara warisan budaya bangsa perlu digerakkan
dengan lebih proaktif selaras dengan perkembangan dunia sekarang yang semakin mencabar agar ianya
tidak ditelan zaman.

ASPEK OBJEK

Ø Pakaian

Bagi Pakaian tradisional suku Kaum Bajau.Berdasarkan gambar, wanita menggayakan blaus badu sampit
dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau
menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Manakala, pasangan suku kaum
Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias
renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.

Ø Makanan Tradisional

Antaranya ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan tradisional kima adalah nama sejenis
kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu
bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan tradisi
Orang Bajau.Kima ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-kecil dan
dicampur dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera seseorang.Ia juga
boleh di makan bersama sayur.Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah makanan yang berupa
ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim.Manakala makanan tradisional
Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah
airnya.Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali,sehingga warna kekuning-kuningan.

· Kima

Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima
bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk
dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau
dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut
selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan
di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur.

· Sagol/Ѕenagol

Sagol/Ѕenagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Ѕenagol juga mempunyai makna


Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan
tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan
yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat
sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan
kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak)
ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah
dipipis.

Ada dua jenis masakan sagol/Ѕenagol iaitu sagol/Ѕenagol kering (tiada kuah) dan sagol/Ѕenagol basah
(berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan
tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak
hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.

· Sunting Putu

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim.
Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek,Тayum dan beberapa makanan Tradisional
Bajau yang lain (Selalunya makanan laut

· SuntingTompe (Тinompeh)

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa
minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan.

Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian
dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama
iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama
ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada
makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato',
kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe
dan sebagainya.

KESENIAN

Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai, Dalling – Dalling,
Igal - Igal dan Runsai.
· Tarian Dalling-Dalling Βajau dan Іgal Іgal Вajau

Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan
memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong
masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni
tarian dallinhg-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan
Іgal Іgal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah
bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling
Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu
disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah
Sandakan dan Ѕemporna.

Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang
bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis
keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan
oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian
(disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang.
Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila
aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.

Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan
menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam
keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak
(penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai
yang terbaik oleh hadirin.

· Tarian Limbai & Runsai (Bajau Kota Belud)

Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Kpta Belud. Tarian Limbai biasanya
ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.
Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai
dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput
pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.

Tarian limbai di iringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain
yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua
orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan
pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang
mengundang dan mengucapkan selamat datang.

Selain tarian Limbai Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum bajau di Kota Belud.Runsai
selalu di tarikan di majlis perkhawinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan antara enam hingga
lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan
dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.
· Kalang Mpatn

Kalang mpat merupakan salah satu nyanyian rakyat yang dimiliki suku kaum Bajau. Di Borneo, orang-
orang Bajau boleh ditemui di Sabah terutama di sepanjang pantai barat Sabah, bermula dari daerah
Kudat sehingga ke Sipitang. Namun, tumpuan penelitian ialah di daerah Kota Belud yang didominasi oleh
suku kaum Bajau. Suku kaum Bajau di daerah ini masih lagi mengekalkan budaya tradisi ekspresif yang
hanya digemari oleh kalangan generasi tua sahaja. Memandangkan kalang mpat semakin tidak menarik
perhatian generasi muda dan generasi tua yang mengetahui kalang mpat semakin berkurangan, maka
kalang mpat menjadi salah satu tarikan budaya yang menarik. Kalang mpat dicipta dalam susunan kata-
kata yang padat mengikut peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan. Peraturan yang disusun
misalnya, dari segi suku kata dan rima pada penghujung yang sesuai adalah berasaskan kepada
keperluan pernyataan yang disampaikan secara lisan. Menerusi kalang, pemantunnya dapat
menyampaikan pengajaran, sindiran, rasa hati, perasaan dan hiburan dengan cara yang berkesan.
Penyampaiannya, dengan memilih kata-kata yang bersesuaian dan rima menarik boleh membawa
pengertian mendalam kepada pendengar. Keseimbangan rima dan rangkap selalu ditekankan dalam
pembinaan kalang. Dalam keadaan ini, pendengar dan pemantun dapat menilai dan membezakan
antara kalang baik dan sebaliknya. Pemilihan dan susunan kata-kata yang memperlihatkan
keseimbangan amat ditekankan kerana penciptaan sedemikian akan melambangkan keharmonian
pemikiran ahli-ahli masyarakat tersebut. Berdasarkan contoh-contoh kalang yang diberikan, dapat
diteliti rima akhir yang berbeza antara satu kalang dengan kalang yang lain, iaitu a-a-a-a; a-b-a-b.

Kalang dihasilkan secara spontan. Penciptaan sebegini lazimnya membawa pengertian mendalam yang
disesuaikan dengan suasana tempat kalang dinyanyikan. Kebolehan menghasilkan kalang secara spontan
serta dinyanyikan dengan iringan muzik merupakan satu kebolehan yang istimewa dan sangat dihargai
pendengarnya. Susunan struktur pantun itu sebagaimana puisi-puisi tradisional lain menekankan
keindahan susunan bunyi yang disampaikan secara lisan. Dalam proses kreativiti (mencipta dan
menghasilkan) kalang, penciptanya sering melihat kepada latar belakang mereka sebagai petani.
Pekerjaan ini telah mengundang mereka untuk menyatukan unsur-unsur pengetahuan, pengalaman
mereka mengharungi hidup, suasana alam sekitar sebagai latar belakang kalang. Jika diperhatikan
dengan teliti, terpancar kandungan pemikiran yang tersirat di sebalik bait-bait puisi tradisi ini. Kalang
yang disertakan berhasil memperlihatkan nilai-nilai muafakat, kesabaran, rendah diri, persaudaraan,
keprihatinan, kerjasama dan sikap tolong-menolong di kalangan ahli-ahli masyarakat ini. Sesungguhnya,
kalang-kalang tersebut memperlihatkan watak manusia penciptanya. Di dalamnya, terkandung bentuk
kegembiraan, kesedihan dan nilai-nilai murni dalam diri manusia penciptanya. Selain itu, penciptanya
juga turut menyerlahkan keindahan jagat raya ke dalam kalang-kalang ini. Keindahan tersebut waima
berunsurkan flora atau fauna jelas tergambar dalam setiap bait kalang itu. Keadaan ini membuktikan
bahawa latar diri penciptanya begitu akrab dengan alam sehingga tidak dapat memisahkan setiap inci
alam daripada kalang.

Pencipta kalang lazimnya amat peka dengan susunan atau peredaran yang dapat diteliti dari
keharmonian dan keseimbangan alam sekitar. Melaluinya mereka dapat menghayati kehalusan dan
keindahan alam ciptaan Tuhan. Suasana kehalusan dan keindahan alam sekitar ini dapat memberikan
inspirasi yang mempengaruhi rasa hati dan perasaan anggota-anggota masyarakat untuk dinyatakan
pula dalam kehidupan harian mereka. Keindahan dan kehalusan budi yang dicipta dan dihasilkan dalam
kalang itu disampaikan pula dalam bentuk tradisi budaya ekspresif. Dengan menyampaikan kalang
dalam konteks budaya ekspresif itu bermakna keindahan dan kehalusan kalang itu dapat dihayati
bersama secara lebih mendalam dan bermakna. Melalui budaya ekpresif itu, anggota-anggota
masyarakat dapat merasai keindahan, di samping memberikan mereka hiburan.

Melalui kalang mpat, kita mampu mengesan beberapa unsur yang terselindung di sebalik nyanyian ini.
Unsur-unsur tersebut merupakan antara teknik penciptaan dan penyampaian yang dilakukan oleh
penyanyinya agar setiap bait kalang itu dapat dinikmati keaslian dan keindahannya oleh pendengar.
Secara tidak langsung, tradisi berkalang dalam masyarakat Bajau adalah gabungan antara teknik
penyampaian dan proses interaksi penyanyi-pendengar yang telah berlaku sejak sekian lama.

Anda mungkin juga menyukai