Anda di halaman 1dari 37

Suku kaum Bajau merupakan masyarakat yang menetap di negeri Sabah

sejak ratusan tahun yang lalu. Ia terdiri dari dua kumpulan yang menetap
di Pantai Barat dan Timur Sabah telah mendapat pengiktirafan sebagai
antara penduduk asli serta bumiputera terbesar di Sabah.

Kebanyakan suku kaum Bajau menjadi petani serta nelayan di pesisir


pantai barat serta menunggang kuda. Malah, ada juga yang menjadi
penyelam yang mahir. Selain itu, ada juga yang menjadi penternak,
pesawah serta pembuat parang.

Masyarakat Bajau juga boleh dikenali sebagai Orang Bajau Samah


(Darat) serta Orang Bajau Laut. Penempatan Orang Bajau Samah
biasanya di Kota Belud, Tuaran dan Papar manakala Orang Bajau Laut
pula menetap di Sempoerna, Kudat, Lahad Datu, Pitas dan Kota
Marudu.

Umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau berasaskan makanan


laut dan makanan berasaskan ubi, serta tanaman huma yang lain. Ia
boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak
dan makanan yang dimakan secara mentah (inta’an).

Makanan yang dimasak pula disediakan sama ada digoreng, direbus,


dibakar dan dipanggang. Makanan yang dimakan secara mentah terdiri
daripada makanan laut seperti bantunan, ballog-ballog, tayum, tehe –
tehe, kilau, lato’, baat atau timun laut, kima, tehe-tehe kabboggan atau
nasi putih yang direbus bersama isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-
tehe dan sebagainya.
Antara makanan tradisional masyarakat Bajau di Sabah adalah seperti :

#1. Putu
Putu merupakan makanan tradisional masyarakat Bajau di daerah
Sempoerna. Makanan ini berasaskan ubi kayu yang diparut, airnya
diperah dan dikukus atau stim sehingga masak.
Imej via salamisimon1

Masyarakat Bajau menjadikan putu ini sebagai pengganti nasi. Ia


biasanya dimakan bersama kima, tayum, tehe-tehe, sagol, ikan bakar
serta beberapa makanan laut yang lain. Hidangan ini dikatakan mampu
membuka selera makan bagi yang menghadapi masalah kurang selera
makan.
Imej via nurhasanahbaqiah

Rasa putu seakan ubi yang dicampurkan dengan tepung. Teksturnya


sedikit kenyal dan melekit. Semasa makan putu ini adalah tidak
digalakkan untuk minum air jenis berkarbonat kerana akan berlaku
tindak balas selepas makan putu. Perut mungkin terasa kembung
dan tidak selesa.

#2. Tompek Atau Tinompek


Tompek atau juga dikenali sebagai tinompek merupakan makanan yang
juga berasaskan ubi kayu. Walau bagaimana pun, cara penyediannya
pula adalah berbeza.
Imej via tebetbarat

Ubi kayu yang telah siap diparut juga akan dibuang airnya terlebih
dahulu. Kemudian, ia akan digoreng tanpa minyak sehingga warna
kekuning – kuningan.
Imej via salamisimon1

Ia juga selalu dijadikan sebagai makanan pengganti nasi dan boleh


dimakan bersama lauk-pauk seperti ikan dan sayur-sayuran. Sesetengah
masyarakat Bajau di daerah lain turut menggelar hidangan ini sebagai
anggang.

#3. Sagol Atau Senagol


Hidangan bernama sagol atau senagol ini merupakan masakan
berasaskan isi ikan yang dimasak dengan kunyit. Biasanya untuk
menyediakan hidangan ini, ikan yang digunakan adalah terdiri dari ikan
yu, buntal, tombad, pari, kat, peteg, ulapai, banggak – banggak atau
tabullung.
Imej via groupsempornamari

Ikan yang digunakan perlu dicelur atau direbus separuh masak bagi
memudahkan membersih lapisan kasar pada kulit ikan yu, atau duri pada
ikan buntal. Ia juga memudahkan isi ikan hancur supaya mudah
dicampur dengan kunyit yang telah dihiris.
Imej via facebook

Hati ikan pula akan dicincang bagi mengeluarkan minyak yang terdapat
pada hati ikan. Minyak dari hati ikan ini akan memberi rasa kepada
sagol.

#4. Kilau atau Kinilau


Sushi versi Borneo adalah antara makanan tradisional Bajau yang
dikenali sebagai kilau atau kinilau. Ia digelar sebagai sushi kerana
hidangan ini menggunakan ikan mentah sebagai bahan utama.
Imej via facebook

Biarpun isi ikan yang digunakan adalah mentah, namun ianya selamat
dan bersih dimakan kerana turut dicampurkan dengan perahan limau
serta cuka. Selain isi ikan, ia juga boleh dicampurkan dengan hirisan cili,
bawang, tomato, halia dan mangga.
Imej via akuman999

#5. Lato’
Lato’ merupakan sejenis tumbuhan laut di Sabah dan ianya kelihatan
seperti buah anggur hijau kerana bentuknya yang bulat. Namun, saiznya
agak kecil berbanding buah anggur. Ia merupakan makanan wajib suku
kaum Bajau Pantai Timur untuk hidangan makan tengahari atapun
malam.
Imej via salamisimon1

Ia turut dikenali sebagai Caulerpa lentillifera atau juga dikenali sebagai


kaviar hijau. Lato’ sangat terkenal di Filipina dan banyak diternak di
kawasan persisiran pantai Filipina dan juga di Kepulauan Okinawa,
Jepun.
Imej via authenticworldfood

Rasa lato’ ini sedikit masin dan boleh dimakan bersama sambal, ikan
bakar serta nasi putih. Ia tidak perlu dimasak, hanya dengan
mencampurkan perahan jus limau serta cili dan garam sahaja. Keunikan
lato’ ini dapat dirasai sewaktu ia memasuki mulut anda dan setiap
kunyahan anda memberi sedikit letupan yang mengasyikkan.

#6. Tehe -Tehe


Tehe-tehe merupakan sejenis makanan laut yang terkenal di kalangan
masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah. Ia merupakan landak laut yang
boleh dijadikan sebagai hidangan dan nama saintifiknya
adalah Echinoidea atau buluh babi. Selain rasanya yang sedap, ia juga
amat berkhasiat dan juga baik untuk kesihatan.

Imej via sayangsabah

Untuk menyediakan hidangan ini juga cukup mudah. Anda terlebih


dahulu perlu mencuci tehe-tehe tersebut, kemudian masukkan beras ke
dalamnya dan rebus sehingga masak. Beras tersebut perlu dicampurkan
dengan halia, garam serta makanan laut lain seperti udang, sotong dan
lain – lain.
Imej via akuman999

Setelah siap dimasak, tehe-tehe dipotong dan boleh dihidangkan. Ia juga


digelar sebagai Nasi Himpit Tehe’-Tehe’. Rasanya pula seakan – akan
telur telur ikan dan memang enak. Ia antara salah satu hidangan wajib
bagi suku kaum Bajau Sempoerna.

#7. Bamban atau Bianbam


Bamban merupakan makanan yang dimasak menggunakan tepung
panggih. Tepung ubi yang diparut lalu diperah airnya sehingga menjadi
seakan – akan tepung ini dipanggil tepung panggih.
Imej via istaringridz

Untuk menyediakan bamban, tepung panggih perlu dimasukkan ke


dalam daun samada daun pisang atau daun pokok kelapa. Ia
kemudiannya di kukus sehingga masak.

Hidangan ini boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti ikan,
sayuran dan sebagainya.

#8. Tayum (Landak Laut)


Tayum yang juga merupakan makanan tradisi kegemaran masyarakat
Bajau turut dikenali sebagai landak laut. Ia mudah ditangkap kerana
pergerakannya yang agak perlahan.

Imej via slkdivelodge

Namun, ia perlu ditangkap dengan berhati – hati kerana durinya yang


tajam. Isi tayum boleh dikeluarkan dengan pelbagai cara dan berwarna
sedikit kuning seakan warna kunyit. Ia boleh dimakan begitu sahaja dan
juga boleh dimakan bersama nasi. Rasanya juga sedap dan tidak
mengecewakan.
Imej via foodrepublic

#9. Kahanga
Kahanga merupakan makanan tradisional yang berasaskan makanan
laut. Malah, hidangan ini boleh didapati di hampir ke semua restoran
makanan laut sekitar negeri Sabah.
Imej via watiefatin2707

Cara untuk makan kahanga ini adalah dengan menggunakan lidi


pencungkil gigi bagi mengeluarkan sesungutnya. Ia enak dimakan
bersama sambal pencicah atau kuah, malah enak dimakan bersama nasi
putih.
Imej via hobimumemasak

#10. Kuih Penjaram


Kuih penjaram ini sering disediakan semasa meraikan majlis – majlis
kesyukuran atau kenduri di kalangan masyarakat Bajau. Rasa kuih ini
sedikit manis dan lemak.
Imej via facebook

Penjaram juga turut dikenali dengan nama penyaram atau kuih UFO.
Selain masayarakat Bajau, ia juga begitu popular di kalangan orang
Melayu Brunei di negara Brunei.
Imej via food.detik

#11. Loho
Hidangan ini merupakan makanan masyarakat Bajau yang begitu mudah
untuk disediakan. Loho kelihatan seakan asam pedas mahupun singgang
jika di semenanjung Malaysia.
Biasanya loho ini dimakan bersama tompek atau putu. Namun, ianya
juga boleh dimakan bersama nasi putih.

Imej via salamisimon1

Bahan – bahan yang digunakan terdiri dari ikan segar, halia, serai,
bawang besar, tomato serta kunyit, limau serta cili hijau.  Kesemuanya
dicampur dan direbus sehingga masak. Namun, ianya juga boleh ditumis
terlebih dahulu.
Imej via salamisimon1

Ikan segar yang sering digunakan untuk memasak hidangan ini adalah
ikan batu yang dikatakan isinya agak sukar hancur jika dimasak lama.
Nama lain bagi ikan batu ini adalah ikan kutambak / ikan temparing atau
ikan nek da’im.

Biarpun hidangan ini mudah disediakan namun ianya tetap memiliki rasa
yang enak dan menyelerakan.
#12. Kerabu Kampung atau
Pisuk Ubi Kayu
Kerabu kampung atau juga dikenali sebagai pisuk ubi kayu merupakan
hidangan makan tengahari yang sangat terkenal di kalangan masyarakat
Bajau. Cara menyediakannya begitu mudah serta menggunakan bahan –
bahan yang ringkas.

Imej via resepikakza
Bagi menyediakan kerabu kampung ini, ianya memerlukan pucuk ubi
kayu yang direbus serta ditos sehingga kering. Ia kemudiannya
dicampurkan dengan hirisan bawang kecil, halia serta kelapa parut lalu
digaul mesra sehingga sebati.

Imej via myresepi

Kerabu kampung yang begitu mudah disediakan ini memberi rasa dan
aroma yang cukup mengliurkan.

#13. Kabau Kukus


Kabau dikenali sebagai ketam oleh masyarakat Bajau. Hidangan ini
begitu ringkas untuk disediakan.
Imej via anggerikdesazainihasan

Memandangkan negeri Sabah begitu terkenal dengan makanan laut,


maka tidak hairanlah masyarakat Bajau di Sabah banyak menjadikan
hidangan makanan laut sebagai makanan tradisi mereka. Malah,
kebanyakan masyarakat Bajau pula terdiri daripada nelayan yang
menjadikan lautan sebagai sumber makanan mereka.
Imej via monalizah-rais

Kabau kukus hanya menggunakan air untuk mengukus ketam tanpa


sebarang perisa tambahan mahupun secubit garam. Ia supaya kabau
yang dikukus masih memiliki rasa manis asli dan begitu enak dinikmati
secara segar.

#14. Tiyula Itum


Hidangan ini berasal dari Tawi – tawi Filipina, namun telah menjadi
makanan tradisi kaum Bajau di Pantai Timur, Sabah. Tiyula bermaksud
sup atau rebus manakala itum pula membawa maksud hitam, oleh sebab
itu hidangan sup ini berwarna hitam mengambil nama sempena tiyula
itum.

Imej via thecuriousmorena
Biasanya hidangan ini dihidangkan semasa majlis perkahwinan dan
majlis keraian. Warna sup yang hitam diperolehi daripada isi kelapa
yang dibakar di atas api sehingga hitam. Tiyula itum ini mempunyai rasa
yang unik sepertimana warnanya.

Imej via waytogo

#15. Piyassak
Piyassak antara hidangan istimewa di kalangan masyarakat Bajau. Ia
seakan – akan hidangan tradisi negara Perancis iaitu foie gras namun,
masyarakat Bajau menggunakan hati lembu sebagai bahan utama.
Imej via facebook

Hati lembu tersebut dipotong menjadi kiub dengan saiz yang kecil. Ia
digoreng bersama halia, kunyit, halia, lada hitam, serai dan kelapa yang
telah dibakar. Santan kelapa juga turut dimasukkan dan dimasak
bersama hati lembu sehingga ia benar – benar diserap oleh hati lembu
tersebut.
#16. Ayam Piyanggang
Ayam piyanggang sering dijadikan hidangan semasa majlis – majlis
keraian. Hidangan ini disediakan dengan cara memanggang ayam dan
menambahkan santan sebagai krimmer.

Imej via umnoha

Ayam tersebut diperap bersama campuran bawang merah dan bawang


putih, serai, garam, rempah hitam. Biasanya hidangan ini dimasak untuk
pengantin lelaki semasa majlis perkahwinan diadakan.
Imej via yummy

#17. Ikan Liking


Ikan liking antara makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Bajau.
Biasanya ia hanya boleh diperolehi di daerah Kota Belud sahaja.
Imej via gramha

Ikan ini merupakan ikan masin yang dijeruk serta diperam bersama
garam. Untuk menghasilkan ikan liking ini, biasanya ikan talang
digunakan. Ikan talang tersebut perlu dibiar buruk terlebih dahulu
sebelum diperap dengan garam selama satu malam atau lebih.
Imej via facebook

Ikan yang digunakan tidak boleh terkena ais dan mestilah menggunakan
ikan yang segar. Sekiranya ikan talang tersebut telah terkena ais atau
telah dibekukan, isi ikan tersebut akan menjadi agak keras dan tidak
sedap.
Terdapat dua jenis ikan liking iaitu ikan yang dijerukkan bersama cili,
atau ikan yang dijeruk biasa sahaja. Ikan liking ini boleh digoreng,
dimasak lemak bersama buah labu kuning, masak sambal tumis pedas
dan sebagainya.

#18. Kuih Pasung


Kuih pasung ini antara kuih tradisi suku kaum Bajau di Pantai Timur
Sabah. Ia sering disajikan semasa majlis – majlis kenduri dan boleh juga
didapati di pasar.
Kuih ini berbentuk kon aiskrim dengan dibaluti daun pisang, malah
kuihnya pula berwarna hijau. Kuih pasung juga terkenal sebagai
hidangan pencuci mulut di negeri Pantai Timur iaitu di Kelantan dan
Terengganu.

Imej via facebook

Antara nama lain bagi kuih ini adalah tepung serunai kerana bentuknya
yang seakan – akan serunai. Bagi menyediakan kuih ini, ia perlu dikukus
sahaja sehingga masak.

Kesimpulan
Kedudukan masyarakat Bajau yang tinggal di kawasan persisiran pantai
memudahkan mereka mendapat bekalan makanan laut dengan mudah.
Oleh sebab itu, kebanyakan makanan tradisi mereka berasaskan
makanan laut.

Selain itu juga, makanan yang menjadi tradisi mereka turut dipengaruhi
oleh orang Filipina kerana kedudukan Filipina yang begitu hampir
dengan negeri Sabah. Walaubagaimanapun, mungkin makanan tradisi
kaum Bajau telah mengalami sedikit olahan berbanding makanan dari
negara tersebut.

Namun, masyarakat Bajau masih tetap meneruskan legasi makanan


tradisi mereka sehingga ke hari ni

Anda mungkin juga menyukai