Anda di halaman 1dari 8

Kima

Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa
spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan
menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam
makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah
(inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air
limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang
yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga
kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak
bersama sayur.
Sagol/enagol
Sagol/enagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan.
Sagol/enagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang
dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan
tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan
ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar)
yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat
sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah
membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau
'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini
juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur
dengan kunyit yang telah dipipis.
Ada dua jenis masakan sagol/enagol iaitu sagol/enagol kering (tiada
kuah) dan sagol/enagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa
sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan
tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada
minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan
buntal.
Putu
Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah
airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan
bersama Sagol , Kima , Tehek-tehek ,ayum dan beberapa
makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut)
Tompek (inompeh)
Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia
kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-
kuningan.
Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah
makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain.
Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama
iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah
(inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar
dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada
makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum,
kilau, baat atau timun laut, lato', kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi
putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan
sebagainya.
Hinava merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku
kaum KadazanDusun di Sabah. Ia merupakan hidangan yang dihasilkan
daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan
yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan
garam. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak
dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau
nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi). Terdapat pelbagai
jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri,
sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau
udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.
Noonsom dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Malaysia. Terdapat
beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang
paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Tuhau (ulam) dan
Noonsom Bambangan (buah).
Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar,
dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi
dan garam. Kesemua bahan tersebut akan dicampur dan diisi ke dalam
bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari
sebelum dihidangkan.
Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur
dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.
Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau
tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.
Noonsom Tuhau - Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk
dengan cuka, garam dan cili merah. Apabila kesemua bahan telah
dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit
sebelum dihidangkan.

Pinaasakan

Pinaasakan merupakan sejenis hidangan yang dihasilkan dengan
menggunakan isi ikan (ikan air tawar/ikan air laut). Ikan akan
dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang
telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' ,
garam, serbuk perasa dan sedikit air. Kemudian ia akan dipanaskan
sehingga mendidih sehingga air hampir kering.
Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu
merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi
suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. Bosou merupakan makanan tradisi
yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia
dikenali sebagai 'tinamba'. Bosou biasanya dihasilkan dari ikan
Kepayang atau daripada daging mentah hasil perburuan.
Cara Pembuatan:
Bosou disediakan daripada daging atau ikan mentah yang akan digaul
bersama-sama dengan nasi putih, garam, dan buah. Ia juga boleh
ditambah dengan buah nangka, nenas muda, dan tuhau bagi
menambah perisa. Batang pisang atau 'polod' juga kadang-kala
dicampurkan kepada bosou ini. Pangi iaitu sejenis bahan pengawet juga
boleh ditambah untuk mengelakkannya daripada menjadi basi dan
berbau busuk.
Campuran ini kemudiannya akan diperam di dalam bekas dan
ditutup rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul telah
masak sebelum dapat dimakan. Sekiranya nasi yang digunakan
baru di masak, campuran itu akan dibiarkan sehingga mencapai
suhu bilik sebelum disimpan. Bosou biasanya disimpan dalam
bekas tertutup kemas dan kedap udara.
Oleh kerana bosou mempunyai bau yang kuat, biasanya bekas
menyimpan bosou dibuat kedap udara. Ini bagi mengelakkan ia menarik
dan dicemari lalat dan bagi mengelakkan pertumbuhan fungi. Bekas
tradisi bagi menyimpan bosou adalah botol berbentuk labu yang
ditutup dengan lilin lebah. Bekas tradisi lain termasuk kakanan (tajau),
tetapi kini ia telah digantikan dengan bekas plastik dan botol kaca.
Biasanya bosou disimpan selama lima sehingga tujuh hari sebelum
dihidangkan.
Bosou boleh dihidangkan begitu sahaja atau dimasak terlebih dahulu.
Bosou biasanya dimasak bagi menghilangkan bau dan bagi menambah
perisanya. Bawang, cili , dan bahan lain boleh ditambah bagi
menambah perisa semasa memasak. Asasnya, masakan kaum dusun ini
adalah makanan yang direbus sahaja. Kebanyakan masyarakat Dusun
menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang dinikmati
bersama nasi putih bersama bosou ini, sama seperti hidangan budu
atau tempoyak yang terdapat di semenanjung Malaysia.
Tuhau adalah sejenis makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun
yang diperbuat daripada tumbuhan E. coccinea (nama saintifik).
Tuhau banyak terdapat di Tambunan, Ranau dan Keningau,
Sabah.
Batang tuhau yang baru diambil akan dihiris atau dihancurkan. Biasanya
tuhau akan dicampurkan dengan cili merah dan cuka untuk
menambahkan rasanya. Tuhau boleh dihidang sebagai makanan
tambahan pada bila-bila masa.

Anda mungkin juga menyukai