Anda di halaman 1dari 4

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Sabah Land Development Board: Suatu Pengenalan

Sabah Land Development Board (SLDB) atau Lembaga Kemajuan Tanah


Negeri Sabah (LKTNS) adalah merupakan sebuah badan organisasi di bawah
Kerajaan Negeri Sabah. SLDB telah diberikan peranan penting dalam
memberikan formula dan pelaksana pelbagai projek yang berkaitan dengan
pembangunan tanah dan kediaman di negeri Sabah semenjak penubuhannya
iaitu pada 01 Januari 1969.

SLDB pada mulanya merupakan sebuah badan undang-undang negeri


pada tahun 1969 di bawah Ordinan Tanah dan Pembangunan, 1956 yang
kemudiannya dipinda di bawah Enakmen Lembaga Kemajuan Tanah Negeri
Sabah, 1981 (Pindaan). Fungsi-fungsinya dinyatakan pada bahagian 24 iaitu
untuk mempromosi, merumus dan melaksanakan projek untuk pembangunan
dan penyelesaian tanah di Sabah. Sehubungan itu, antara usaha-usaha utama
SLDB yang diperuntukkan dalam undang-undang adalah seperti berikut; 1)
Pengurusan perkebunan yang berkaitan dengan penduduk, 2) Pemilikan
dalam operasi kilang kelapa sawit, dan 3) Melakukan kegiatan sosial atau
komersial yang sesuai mengikut arahan dan rancangan kerajaan negeri.
2

SLDB bertindak sebagai saluran utama kerajaan negeri dalam memberi


perkhidmatan sosial-ekonomi, bagi mengurangkan tahap kemiskinan luar
bandar atau meningkatkan taraf hidup mereka melalui Skim Pemukiman
Semula. Skim Pemukiman Semula membawa SLDB fokus kepada kecekapan
yang lebih besar melalui konsep skala ekonomi sehingga mengoptimumkan
keuntungan dan memberi sumbangan langsung terhadap pertumbuhan
negeri. Kegiatan Penempatan Semula termasuk membuka latihan pertanian
untuk petani yang menanam tanaman tunai terutamanya kelapa sawit. Bagi
mengelakkan dipengaruhi oleh fluktuasi harga minyak sawit, penekanan
terhadap kepelbagaian tanaman diperluaskan lagi.

Pada kemuncak operasinya, SLDB telah membuka dan mengurus hampir


90,000 hektar ladang kelapa sawit komersial dan lapan kilang kelapa sawit di
seluruh Sabah. Bagaimanapun, pada 1996, kerajaan negeri telah
mengkorporatkan semua operasi komersial SLDB yang kemudiannya diambil
alih oleh Kumpulan Sawit Kinabalu Berhad. SLDB seterusnya hanya mengawal
skim penempatan dan satu ladang komersial yang kecil, menjadikan keluasan
tanah bagi operasi perladangan adalah lebih kurang 15,000 hektar. Projek
SLDB banyak tertumpu di bahagian pantai timur dan fokus di dalam Sabah.

Beberapa tahun kebelakangan ini, SLDB telah meletakkan semula


kedudukkannya sebagai katalis perubahan. Ia menerajui pembangunan
tanah untuk menambah nilai tanah yang semakin berkurangan bagi
penanaman makanan dan pada masa yang sama, membantu program
pembasmian kemiskinan kerajaan. Projek-projek SLDB membantu membawa
pembangunan ke kawasan luar bandar / pedalaman dan meningkatkan status
sosi-ekonomi penduduk kampung bagi memberikan mereka peluang kualiti
hidup yang lebih baik.
3

SLDB pada masa kini sedang memajukan hampir 10,000 hektar tanah
menjelang pengakhiran 2012. Kilang kelapa sawit yang kedua akan dibina di
Pandewan, Nabawan menjelang akhir tahun 2012. Meskipun SLDB telah
mempelbagaikan aktiviti ekonominya, kelapa sawit akan terus menjadi teras
utama perniagaannya.

1.2 Ladang Pandewan: Suatu Pengenalan

Ladang Pandewan merupakan projek terbaru SLDB bagi tanaman kelapa sawit
di kawasan pantai barat Sabah. Ladang Pandewan yang dikenali juga
sebagai Ladang Rakyat Pandewan terletak di daerah Nabawan, dan
memerlukan masa perjalanan hampir tiga jam setengah dari Kota Kinabalu.
Ladang Pandewan terletak lebih kurang 15 kilometer dari pekan kecil
Nabawan. Menurut sumber pihak pengurusan, ladang ini mula dibuka untuk
penanaman pada penghujung tahun 2009. Beberapa tahun sebelum itu,
Tapak Semaian (Nurseri) Pandewan telah beroperasi di dalam kawasan ladang
Pandewan dan mula menanam benih kelapa sawit untuk dijual ke ladang
sekitar. Pada 2010, kumpulan pekerja yang terdiri daripada pengurusan dan
pekerja mula bertambah kerana pertambahan kawasan yang dibuka.

Ladang Pandewan merupakan kawasan tanah sepenuhnya milik


penduduk kampung Pandewan dan kampung-kampung lain di sekitarnya.
Pembukaan ladang Pandewan adalah berdasarkan rundingan dan persetujuan
antara penduduk kampung tersebut dan pihak pengurusan SLDB tentang
rancangan skim penanaman kelapa sawit di kawasan berkenaan. Ini
bermaksud, pihak pengurusan ladang bukan sahaja daripada SLDB tetapi juga
melibatkan beberapa wakil penduduk kampung. Penduduk kampung yang
4

mempunyai tanah di kawasan rancangan Projek Ladang Pandewan dialu-


alukan untuk menjadi peserta skim tersebut. Setiap peserta akan menerima
bayaran berupa dividen setiap tiga bulan bermula pada tahun pertama ladang
mengeluarkan hasil. Jumlah dividen adalah bergantung kepada kadar
keuntungan yang diperolehi dan juga kos-kos operasi semasa membuka tanah
peserta. Pihak pengurusan tidak akan membuka suatu kawasan untuk
penanaman kelapa sawit sekiranya pemilik tanah tidak memberikan keizinan
bertulis kepada SLDB untuk menyertai skim penanaman tersebut. Ini
bermakna, ada kawasan di dalam ladang Pandewan yang tidak dibuka atau
masih belum dibuka kerana sebab-sebab tersebut. Sehingga tahun 2012,
jumlah keluasan kawasan yang telah dibuka dan bertanam di ladang
Pandewan telah melebihi 2,000 hektar dan diyakini angka ini akan meningkat
di masa akan datang.

Pada masa ini, ladang Pandewan dibahagikan kepada 10 Peringkat (52


Blok) dan terdiri daripada dua kawasan utama iaitu Kawasan Pra-matang
(Immature Area) iaitu dari Peringkat 1 4 dan Kawasan Penanaman Baru
(New Planting Area) bagi Peringkat 6 10. Pengurusan Ladang pula diketuai
oleh Tn. Michael Philip selaku Pengurus Ladang yang dibantu oleh Badan
Penyelaras (wakil penduduk kampung) yang diketuai oleh En. Roger dan En.
Alfian, dan En. Razak selaku Penolong Kanan Pengurus. Ladang Pandewan
mempunyai kekuatan tiga orang Penolong Eksekutif (AE), seorang Pembantu
Kanan Ladang, tiga orang Pembantu Ladang (FA), lima orang Mandur dan
hampir 100 orang pekerja yang terdiri daripada buruh asing Indonesia
(majoriti) dan penduduk kampung sekitar.

Anda mungkin juga menyukai