Anda di halaman 1dari 10

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah.

Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya
bermaksud "orang asal" Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan
dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di
dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun
Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun
Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus[1],Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan
sebagainya.
Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan [2],
mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi
kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh
ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah
Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari
penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar,
Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau,
Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma.
Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan
bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami)
daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota
Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan
Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai
yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain
seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian.
Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah
terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka
hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa
keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang
jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan
mental.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta
beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun,
perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara
bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun


ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal)
dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara
mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun.

Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan Penampang

Baju ini selalunya menggunakan kain hitam yang bersulamkan benang emas. Ia dipakai
semasa sambutan Pesta Menuai.

Pakaian Tradisional Suku Kaum Dusun Tindal Kota Belud dipanggil ' Sinipak '.

Malaysia ialah negara yang kaya dengan berbilang kaum dan budaya. Berikut ini
ialah Populasi Malaysia, Sabah dan Sarawak Mengikut Kaum yang telah disusun
daripada statistik Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Jumlah penduduk Malaysia pada 2010 ialah 28.3 juta, dengan orang Melayu
sebagai kaum terbesar dengan bilangan 14.2 juta orang merangkumi 50.1%
daripada jumlah penduduk. Bangsa Cina ialah kaum kedua ramai dengan 6.4
juta orang merangkumi 22.6% daripada populasi. Bumiputera Lain (terdiri
daripada Orang Asli di Semenanjung dan bangsa pribumi Sabah dan Sarawak)
menduduki tempat ketiga dengan bilangan 3.3 juta orang (11.7%). Bangsa India
di
tempat
seterusnya
dengan
1.9
juta
orang
(6.7%).
Di Sabah, jumlah penduduk pada 2010 ialah 3.2 juta, dengan orang Kadazan
Dusun sebagai kaum terbesar dengan 568 ribu orang (17.7% daripada penduduk
Sabah). Kaum Bajau dan Cina di tempat kedua dan ketiga masing-masing
dengan 14% dan 9.2% daripada penduduk Negeri Di Bawah Bayu.
Di Sarawak pula, jumlah penduduknya pada 2010 ialah hampir 2.5 juta, dengan
orang Iban sebagai bangsa teramai dengan 713 ribu orang (28.9% daripada
penduduk Sarawak). Bangsa Cina dan Melayu di tempat kedua dan ketiga,
dengan peratusan hampir serupa, 23.4% dan 23%. Bangsa Bidayuh pula di
tempat seterusnya dengan 8% daripada penduduk Bumi Kenyalang.
Berikut ialah 3 laporan dalam bentuk rajah dan carta mengenai Taburan
Penduduk Mengikut Kaum di Malaysia, di Sabah dan di Sarawak bagi tahun
2010. Aku mengambil 3 hari untuk menyiapkan tiga laporan ini. Harap ianya
berguna bagi yang membacanya....

Makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Makanan kaum Kadazan merupakan identiti dan pengenalan bagi kaum Kadazan. Masyarakat
Kadazandusun memiliki pelbagai hidangan yang unik. Hidangan-hidangan ini biasanya banyak
disediakan di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan
31 Mei.

Selain pada hari perayaan, suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih
mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini secara harian. Selain itu ia juga
menjadi hidangan istimewa bagi acara istimewa seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan
oleh suku kaum Kadazandusun.
Makanan tradisi suku kaum Kadazandusun terdiri daripada pelbagai jenis kerana keadaan
semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan.
Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun
ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat
disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

Masyarakat Kadazan atau orang dusun


merupakan penduduk majoriti Sabah.

Perhiasan dan sulaman pada pakaian


tradisi Kadazan adalah sederhana berbeza
dengan etnik lain.

Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju


lengan panjang), Souva (Seluar panjang
hitam dengan ikat pinggang berwarna biru
indigo), Kaking atau toogot (Bengkung

pinggang hitam), Siga (Penutup kepala),


Tupi sinikat (Topi bulat).
Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :Sinuangga baju blaus pendek dan leher
berbetuk U dipakai oleh wanita muda.
Sinompukung Blaus dengan lengan
dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh
wanita pertengahan.
Kihongon Blaus dengan lengan panjang,
dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual
Aksesori yang dipakai seperti Himpogot
(Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut),
Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang),
Paun Kerongsang

Warisan Tradisional

HomePermainan TradisionalPakaian TradisionalMakanan TradisionalResepi


Makanan Tradisional
Sunday, 18 November 2012

Makanan Tradisi Kaum Kadazan

Makanan Tradisi Kaum Kadazan. Foto : blogsanasini

Makanan kaum Kadazan merupakan identiti dan pengenalan bagi kaum


Kadazan. Masyarakat Kadazan dusun memiliki pelbagai hidangan yang

unik. Hidangan-hidangan ini biasanya banyak disediakan di musim


perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30
dan 31 Mei.

Selain pada hari perayaan, suku kaum Kadazan dusun yang tinggal di
kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara
tradisional ini secara harian. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa
bagi acara istimewa seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh
suku kaum Kadazan dusun.

Makanan tradisi suku kaum Kadazan dusun terdiri daripada pelbagai jenis
kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan
sumber pencarian makanan.

Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan dusun


ialah Hinava, Noonsom, Pinasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing.
Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut
kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazan dusun. Terdapat juga makanan
lain bagi masyarakat Sabah seperti Ambuya.

a) Butod

Butod yang dimakan. Foto : ummuhatul


Butod adalah sejenis ulat yang hidup di dalam pokok rumbia yang telah
reput. Butod biasanya memakan batang rumbia yang reput.

Bagi penggemar makanan exzotik, makanan seperti ulat rumbia ini adalah
makanan yang istemewa kerana mempunyai khasiat protien yang tinggi.
Proses untuk mendapatkan ulat rumbia ini bukanlah mudah kerana pokok
rumbia mestilah ditebang terlebih dahulu untuk dijadikan tempat bertelur
oleh "indungnya" .

Butod bolehlah dimakan mentah-mentah tetapi harus dibersihkan terlebih


dahulu atau dimasak. Biasanya butod akan ditumis dengan minyak
sehingalah garing. Butod yang telah dimasak sangat sedap dihidangkan

dengan nasi panas atau bagi kebiasaan kaum kadazan dusun butod
seringkali dijadikan "pusas" dalam upacara keramaian.

b) Hinava

Hinava yang menjadi hidangan kaum Kadazan. Foto :


resepimomogunrungus
Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan.
Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa pada majlis-majlis penting
lain seperti bagi perkahwinan, pertunangan dan lain-lain.

Istilah Hinava merujuk kepada masak tanpa menggunakan api.

Hinava hanya perlu membersihkan daging ikan tersebut dengan air


laut,dan ramuan lain seperti limau,lada dan sebagainya.

Hinava dihasilkan daripada isi ikan yang dicampurkan dengan biji buah
bambangan yang telah diparut. Terdapat pelbagai variasi resipi untuk
membuat hinava. Ada yang dimakan terus secara mentah (hirisan ikan)
dan ada juga yang hirisan daging ikan dicelur ke dalam air panas seketika.
Itu semua bergantung kepada citarasa sendiri.

c) Ambuyat

Ambuyat yang sedap dimakan. Foto : cahaya pemeliharaku


Ambuyat diperbuat daripada pokok rumbia yang diproses menjadi sagu
rumbia. Bagi masyarakat Bisaya yang tinggal di Beaufort, Sabah, untuk
membuat ambuyat, mereka perlu meredah hutan mencari pokok sagu.
Pokok sagu akan ditebang dan dibawa ke pondok pemprosesan sagu.

Di pondok tersebut, kebiasaannya kaum lelaki bertanggungjawab


mengupas kulit batang sagu tersebut. Batang sagu yang telah dikupas,
dibelah bagi mengeluarkan isi sagu yang terdapat di bahagian tengah
batang sagu.

Kemudian, isi sagu yang berwarna putih dipotong kecil dan halus. Sagu
yang dipotong ditapis dan direndam untuk tempoh tiga hari di dalam
baldi yang berisi air. Secara keseluruhannya, proses ini memakan masa
selama sehari untuk disiapkan. Selepas tempoh satu atau dua hari, isi
sagu yang direndam akan menjadi sebatian.

Ia dimasak atau secara tepat dibancuh dengan air yang baru mendidih
dan di gaul sehingga likat. Selalunya ambuyat dimakan bersama-sama
kuah ikan selayang (di Sabah ikan ini dikenali sebagai ikan basung) yang
di masak kunyit. Kuahnya ikan tersebut dibubuh garam, cili padi yang di
kisar atau ditumbuk dan di tambah air limau kapas atau limau kasturi
sehingga secukup rasa. Dan isi ikan yang sudah dibuang tulangnya
dimasukkan ke dalam kuah tersebut. Dan ambuyat tersebut dicelup
dahulu ke dalam kuah ikan tersebut sebelum dimakan. Biasanya ada
orang suka makan guna chopstick bambu yang dibuat khas untk makan
ambuyat ni.

Resipi untuk menyediakan tiga jenis makanan masyarakat Kadazan ini


boleh dilihat di halaman ini.
Posted by rohimah mohd kassim at 21:36
Labels: Makanan Tradisional
0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Lagu

Search

Profil Diri

Nama : Rohimah binti Mohammed Kassim


No. Matrik : PPG/BM/04/00776/2012/KIC

Sembang-sembang
New

Free Shoutbox

Followers
Terapi Mata

My Blog List
SEKOLAH KEBANGSAAN BOTA KIRI
Rumah Terbuka YB Dato Nasaruddin bin Hashim 20 hours ago
Prasekolahku Cemerlang
Prasekolah 8 months ago
Blog Archive
2012 (16)
November (14)

Rancangan Pengajaran Harian


[Resepi : Idli (Kuih Beras Kukus)]
[Resepi : Murukku]
[Resepi : Tosai]
Makanan Tradisi Kaum India
Pakaian Tradisional Kaum India : Sari, Punjabi & K...
Pakaian Tradisional Kaum Cina : Samfoo & Cheongsam...
[Resepi : Ambuyat]
[Resepi : Hinava]
Makanan Tradisi Kaum Kadazan
Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu : Baju Kurun...
Konda-Kondi
Batu Seremban
Congkak
October (2)
Labels
Jenis Permainan Tradisional (5)
Makanan Tradisional (2)
Pakaian Tradisional (3)
Rancangan Pengajaran Harian (1)
Resepi (5)
E-Aplikasi

Pautan

Pengunjung

(c) 2009. Warisan Tradisional. Powered by Blogger


Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress designed by Roam 2 Rome.

Anda mungkin juga menyukai