Anda di halaman 1dari 41

CTU 555

(MALAYSIAN HISTORY)
KEUNIKAN ETNIK DAN BUDAYA SUKU KAUM BAJAU DAN
KADAZANDUSUN DI SABAH
MIMI MALINA BINTI JAMALUDDIN
SILHIA BINTI ABDUL MAJID
SITI NORAZAH BINTI MOHD SAMSOL
STEFFELIA JUAKIM
PETA NEGERI SABAH

(KELUASAN)
73,631 KM

(POPULASI
PENDUDUK 2010)
3,117,405
PENGENALAN

Bajau telah menetap di pantai barat dan timur sabah sejak


beberapa ratus tahun

Diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputra terbesar


di negeri abah dan sekitarnya.

Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran


pantai barat dan menunggang kuda

Bajau di Pantai Timur abah sebagai nelayan dan penyelam


yang mahir.
PENGENALAN

Perkataan Kadazandusun berasal daripada perkataan "Momogun" atau


"Mamasok yang bermaksud "orang asal" ataupun "orang asli. Kaum Kadazandusun
merupakan kaum bumiputera asli yang mempunyai populasi terbesar di Sabah.
Majoriti daripada Kaum Kadazandusun menganuti agama Kristian, sebilangannya
menganuti agama Islam dan minoriti adalah Animisme.

Kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke
negara-negara di Asia Tenggara yang bukan sahaja mempunyai persamaan fizikal
tetapi juga persamaan jenis darah. Ada juga yang mengaitkan Kaum Kadazandusun
dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang
Annam dari Myanmar. Kaum Kadazandusun kebanyakannya berkerja sebagai petani
di sawah padi milik mereka.
PENEMPATAN KAUM
BAJAU

Masyarakat Bajau Laut di kebanyakan pulau di Semporna, rekabentuk rumah dan bahan
binaannya adalah bersahaja sahaja (daif).

Kebanyakan rumah yang didirikan oleh penduduk masih lagi beratapkan rumbia dan
berdindingkan papan atau kainkanvas terpakai sahaja.

Selain mendirikan rumah di atas pulau, terdapat juga segelintir masyarakat Bajau Laut (Palau)
yang masih lagi tinggal bersama keluarga mereka di dalam bot dan hanya sekali sekala naik ke
pulau ini untuk tujuan tertentu.

Bajau Darat ini tidak tinggal di laut sebaliknya mereka tinggal secara tetap di darat dan
mempunyai perkampungan mereka sendiri.

Bajau Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan
nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda.
PENEMPATAN
KAUM BAJAU

Semporna, Sabah, Malaysia.


VIDEO ETNIK BAJAU LAUT
(MENYELAM SEDALAM 12 METER)
KADAZANDUSUN

Suku kaum Kadazandusun kebanyakannya tinggal di Pantai Barat seperti daerah


Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud, dan juga di lembah bukit
Ranau, Kundasang, Tambunan dan Keningau.

Masyarakat daripada sub-etnik, adalah berasal


daripada daerah tertentu umpamanya Kimaragang di daerah
Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan,
Sugut, Paitan dan Pitas.
SUB-ETNIK

Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.

Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus,


Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Tatana, Tagaas,
Brunei, Suluk dan lain-lain.

Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah


ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat dan
pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.
Sumber: The Kadazan Resolution 1961, Kadazandusun Cultural Association.
PERAYAAN KAUM BAJAU

Regatta Lepa adalah sambutan pesta air tahunan


dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' yang diadakan di
daerah Semporna, Sabah, sejak tahun 1994, pada
bulan April setiap tahun.

Kepada kaum Bajau Semporna, 'Lepa' (sejenis bot)


banyak kegunaannya dalam kehidupan harian. Bot ini
digunakan untuk menangkap ikan dan kenderaan
harian.

Perayaan Regatta Lepa merupakan tapak untuk


memperkenalkan dan mempromosi seni, budaya dan
adat kaum Bajau yang berwarna-warni.
PERAYAAN KAUM
KADAZANDUSUN
Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa
Kadazan; "Magavau" ini merupakan upacara
perayaan khas untuk menghormati
"Bambarayon" iaitu semangat padi.

Pesta Kaamatan merupakan cuti umum yang


disambut secara meluas di Sabah dan Labuan
setiap 30 dan 31 Mei.

Menurut legenda, Pesta Kaamatan adalah


untuk meraikan semangat Huminodun,
seorang gadis jelita yang telah mengorbankan
dirinya kepada penduduk kampung yang
menderita dan kesusahan di sebabkan
kemarau yang berpanjangan.
LEGENDA HUMINODUN
KEUNIKAN BAHASA

Di Sabah, 6 bahasa Bajau digunakan dan semuanya berasal daripada keluarga bajau
yang merupakan variasi daripada dialek bajau itu sendiri.

Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka dipinjam
daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu.

Bahasa yang dituturkan oleh etnik Bajau di Pantai Timur dibahagikan dibeberapa dialek.

Dialek itu dapat dibezakan oleh intonasi dan kosa kata yang tepat dalam dialek tersebut.
Perbezaan tersebut bukan sahaja dari segi intonasi dan slanga, malahan dari segi kosa
kata juga amat ketara perbezaannya.
BAHASA
BAJAU
Dusun Pantai Barat Dusun Utara
Dialek Kadazan Penampang
Contoh: tuhun (orang)
Dialek Momogun Rungus
Dialek Kadazan Papar Contoh: banal (betul/benar)
Contoh: tanak vagu
(jejaka) JENIS BAHASA
KADAZANDUSUN
Central Dusun
Dusun Pantai timur / Kadazan Labuk-
Kinabatangan Dialek Ulu Sugut
Contoh: boros (kata/cakap)
Dusun Lamag, Dusun Labuk Dialek Liwan
Contoh: banar (betul/benar) Contoh: hinonggo (mana)

Sumber: Alpheus D. (1993). Perbualan Bahasa Kadazan-Melayu Sehari-hari Melalui Carta &
Rajah. Kota Kinabalu. Percetakan Pendalaman Keningau.
KEUNIKAN PAKAIAN TRADISI

Pakaian tradisi etnik ini kebiasaannya dipakai semasa majlis


perkahwinan, meraikan lawatan para pemimpin.

Etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang dipanggil


badu.

Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna hijau. Baju ini dihiasi
dengan butang betawi dibelahan hadapannya.

Badu tradisi ini seperti biasa dipakai pada majlis perkahwinan.

Kaum lelaki Bajau juga mengenakan suart atau seluar berwarna hitam

Bajau ini juga memakai topi yang dipanggil tanjak untuk hiasan kepala.
Kadazandusun Penampang Kadazandusun Papar Dusun Rungus
KEUNIKAN MAKANAN
TRADISI BAJAU

SAGOL ATAU SINAGOL

TOMPEK ATAU TINOMPEK


KIMA TEHE - TEHE

LATO KINILAU
KUIH PENJARAM

KUIH JA
KEUNIKAN MAKANAN TRADISI
KADAZANDUSUN

Makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom,
Pinaasakan, Bosou dan Sup Manuk Lihing.

Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan


amalan tradisi Kaum Kadazandusun.
HINAVA
Hinava merupakan makanan yang paling
popular di kalangan kaum Kadazandusun.
Bahan yang diperlukan untuk penyediaan
makanan ini ialah Isi ikan ( Ikan Tenggiri )
dihiris halus, biji buah bambangan yang telah
diparut, cili merah, halia, bawang merah ,
limau kapas dan garam.
PINAASAKAN
Pinaasakan merupakan sejenis hidangan yang
dihasilkan dengan menggunakan isi ikan (ikan
air tawar/ikan air laut).
Ikan akan dibersihkan dan dicampur dengan
sedikit biji kunyit dan halia yang telah
ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah
asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa
dan sedikit air.
Kemudian akan dipanaskan sehingga
mendidih sehingga air hampir kering.
BOSOU
Juga dikenali sebagai Tonsom yang menyerupai perkasam atau
'jeruk.
Bosou biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang atau daripada
daging mentah.

Bosou disediakan daripada daging atau ikan mentah yang akan


digaul bersama-sama dengan nasi putih, garam, dan buah. Ia
juga boleh ditambah dengan buah nangka, nenas muda, batang
pisang atau 'polod' bagi menambah perisa.
Pangi iaitu sejenis bahan pengawet ditambah untuk
mengelakkannya daripada menjadi basi dan berbau busuk.
Diperam sehingga betul-betul telah masak sebelum
dihidangkan.
Bosou boleh dihidangkan begitu sahaja atau dimasak terlebih
dahulu
TUHAU
Tuhau adalah sejenis makanan tradisional
kaum Kadazan-Dusun yang diperbuat
daripada tumbuhan E. coccinea (nama
saintifik).
Tuhau banyak terdapat di Tambunan, Ranau
dan Keningau, Sabah.
Batang tuhau yang baru diambil akan dihiris
atau dihancurkan. Biasanya tuhau akan
dicampurkan dengan cili merah dan cuka
untuk menambahkan rasanya. Tuhau boleh
dihidang sebagai makanan tambahan pada
bila-bila masa.
SUP MANUK
LIHING
Sup Manuk Lihing atau lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam
Lihing' dalam Bahasa Melayu merupakan sejenis hidangan
tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-
Dusun, Sabah.
Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung ,
sejenis minuman yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan
kaum Kadazandusun dan hirisan halia.
Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong
dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan
serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam
betul-betul lembut sebelum dihidangkan.
sup manuk lihing atau dikenali juga sebagai sup ayam
lihing dalam bahasa Melayu bagus bagus ibu-ibu yang
baru bersalin kerana sup ini mempunyai khasiat yang
tersendiri seperti dapat mengembalikan tenaga si ibu.
KEUNIKAN ADAT PERKAHWINAN
BAJAU
Kaum Bajau berpegang kepada pantang larang yang dipercayai sejak zaman turun temurun. Dalam pemilihan
hari untuk berkahwin, kaum bajau mengelak untuk memilih hari Rabu dan Ahad.

Seterusnya, kaum bajau lebih mempercayai perkahwinan yang bersifat monogamy berbanding poligami.

Suatu ketika dahulu, majlis perkahwinan Kaum Bajau berlangsung selama satu hari, satu malam dan pada masa
kini, majlis berlangsung selama dua hari satu malam.

Pada hari pertama, majlis disambut meriah pada sebelah malam dan sambutan ini disambut secara maglami-
lami (beramai-ramai).

Pada hari kedua pula upacara dimulakan dengan pukulan titik diallau, iaitu pukulan tagungguk khas. Pada
kebiasaannya dibuat pada pukul lima pagi (sebelum subuh), bagi mengingatkan para penduduk setempat akan
majlis perkahwinan yang bakal dijalankan.
ADAT
PERKAHWINAN
BAJAU
Selepas bernikah, pengantin lelaki diberikan sehelai kain selendang di iring oleh
pengapitnya ke pelamin di sertai dengan pukula tagungguk dan nyanyian jam-jam.

Sekiranya rombongan lelaki hampir tiba, pihak perempuan menurunkan tirai untuk
menutup pengantin perempuan daripada kelihatan oleh pengantin lelaki.

Syarat kepada pengantin lelaki jika ingin melihat pasangannya disebalik tirai pengantin
lelaki perlu membayar cukai pintu atau dipanggil sebagai kaukaban lawang.
Tirai dibuka pengantin lelaki memutarkan kain selendang sebanyak tiga pusingan di atas
kepala dan menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jari kanan. Dikenali
sebagai tutukan seperti acara membatalkan air sembahyang dipraktikan oleh kaum
Melayu.
Pengantin terus tinggal dirumah pengantin perempuan selama tiga malam. Ahli-ahli
agama akan bergilir-gilir memberikan nasihat tentang rukun berumah-tangga
Setelah tiga malam ibu bapa pengantin lelaki datang kerumah pengantin perempuan
menjemput pasangan berpindah ke rumah mereka. Perpindahan dikenali sebagai
tingkuang - pasangan pengantin tersebut kemudiannya akan tinggal dirumah pengantin
lelaki buat sementara atau selama mana yang mereka mahu.
ALAT MUZIK KHAS UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN
KAUM BAJAU
(TAGUNGGUK)
KEUNIKAN ADAT PERKAHWINAN
MASYARAKAT KADAZANDUSUN
Merisik

-proses boleh memakan masa selama


berbulan-bulan.
-hendak dilakukan pada waktu pagi manakala waktu petang
dan malam adalah dilarang.

Cincin tanda dipanggil cincin menanti mimpi dihantar pada waktu pagi.

Cincin diletakkan di bawah bantal ibubapa pada malam (sebelum membuat keputusan samaada teruskan majlis
atau batalkan.

-mimpi baik teruskan


-mimpi buruk- batalkan
Semasa majlis perkahwinan

Pesta perkahwinan di rumah perempuan sesingkat 2-3 hari


Upacara adat yang khas- suami isteri makan sepinggan tanda bersatu
Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri sudah sah dari sisi agama dan
kepercayaan,mereka masih belum boleh bersatu pada hari pertama.
Pesta mivazaa (bertandang ke rumah mertua)
Pesta di rumah pengntin lelaki mestilah lebih kecil
Perkahwinan antara sepupu adalah dilarang dan dianggap sumbang tetapi dibolehkan dengan
syarat mengorbankan kerbau sebagai tanda kepanasan.
KEUNIKAN ADAT KEPERCAYAAN KAUM BAJAU
(PANTANG LARANG & AMALAN HARIAN)

KEPERCAYAAN
mempercayai konsep tulah iaitu malapetaka yang bakal menimpa sekiranya melanggar atau
mengkhianati adat dan peraturan yang sekian lama dipraktikkan.
KELAHIRAN
pesakat ni rundangan dimana bayi tersebut akan dinaikkan kedalam buaiannya buat pertama
kali.
MENIMBANG BAYI BULAN SAFAR
Bayi dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik kerana bulan Safar dianggap sebagai
bulan yang panas.
Untuk mengelakkan kejadian kurang baik menimpa si bayi, pada Maulidur Rasul bayi akan di
bawa ke masjid untuk ditimbang.
Penimbangan bukanlah bertujuan mengetahui berat bayi tetapi sebuah ikhtiar untuk meminta
perlindungan daripada Tuhan agar tiada sesuatu yang tidak di ingini berlaku kepada bayi
tersebut.
KEUNIKAN ADAT KEPERCAYAAN KAUM KADAZANDUSUN
(PANTANG LARANG & AMALAN HARIAN)

Berkahwin diantara saudara atau sepupu tidak digalakkan.


Jika seseorang yang bermimpi tentang perkara yang berbahaya, maka kerja
yang hendak dilakukan pada keesokan harinya juga terpaksa dibatalkan.
Ibu mengandung tidak boleh mencucuk hidung lembu atau kerbau kerana dipercayai
akan memberikan kesan kepada anak mereka. (Bibir anak menjadi sumbing)
Tidak boleh siat telinga binatang kerana memberikan kesan kepada telinga anak (tidak
sempurna)
Semasa isteri berpantang
Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang terdedah (halaman rumah) sehingga hari ke 8
bayi itu dilahirkan
v) Kaadat (Penangguhan Aktiviti) :
Kaadat merupakan pantang larang yang mencegah ahli masyarakat untuk melakukan
sebarang aktiviti.
Kematian yang berpunca daripada bunuh diri, kemalangan, lemas atau terkorban merupakan
kakadaton. Masyarakat Dusun amat mematuhi amalan ini kerana dianggap sebagai panas
atau menyebabkan bala sekiranya tidak dipatuhi.

iiv) Pantang larang lain :-

Tidak boleh ketawakan binatang, nanti terjadinya ribut.


Semasa kenduri perkahwinan, tidak boleh pecahkan barang seperti pinggan dan gelas kerana
dipercayai akan bawa sial kepada rumah tangga pengantin.
Tidak boleh duduk di jendela, dipercayai bila berkahwin, kahwin lari.
Tidak boleh berpayung dalam rumah, dipercayai akan ada org mati.
ADAT KEMATIAN MASYARAKAT
KAUM BAJAU
Konsep Kematian Suku Kaum Bajau
menekankan bahawa orang yang telah meninggal akan meneruskan kehidupan yang
seterusnya di alam baqa kelak dan nasib si mati setelah kematiannya ditentukan oleh
faktor kelakuan si mati di dunia dan cara pengebumian atau pengurusan jasad si mati.
Adat yang dipraktikkan
1) Adat Balu- Balu
2) Adat Bejogo
3) Kenduri arwah (mangan bangi), dan adat Duang bajau
4) Pantang larang
ADAT KEMATIAN MASYARAKAT
KAUM KADAZANDUSUN
Semasa Kematian
adat memberitahu, berjaga-jaga dan moginupus.
A) Memberi Tahu
semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut.
(penting supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.)
tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan
pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran.

B) Berjaga-Jaga
Semasa si mati diletakkan di ruang tamu, si mati akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang
melangkahinya terutama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah,
mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.

Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah.
Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran. lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-bunyian
itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam.
C) Moginupus
Moginupus adalah bermaksud bersimpati terhadap si mati.
Ahli keluarga si mati akan menangis sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati.
Akan memukul gong sebagai tanda marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.
Lembu atau kerbau akan disembelih pada hari pengkebumian sebagai tanda penghormatan yang terakhir.

Pengebumian
Pukulan gong akan di bunyikan sepanjang perjalanan ke tapak pengebumian untuk menakutkan hantu daripada
masuk tubuh si mati.
Sekiranya masa pengebumian dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang
diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik bermakna si mati mendapat
kebahagiaan kelak.
Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah kerana dikehendaki mandi terlebih
dahuhu.

Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai beberapa tahap iaitu:
- Makan Tiga dan Tujuh Hari (malam)
- Makan Empat Puluh Hari (siang , malam)
- Makan Seratus Hari (siang, malam)
- Makan TigaTahun (pada pukul 8 malam)
KESIMPULAN

Keunikan etnik dan budaya di Sabah dapat dilihat dari


pelbagai aspek. Kepelbagaian ini menjadi tonggak utama
kepada hubungan komuniti masyarakat Sabah yang berbilang
kaum, agama dan bangsa. Disamping itu, warisan tinggalan
sejarah pelbagai kaum di Sabah masih terpahat kukuh dan
tidak lekang dek peredaran masa. Justeru itu, hubungan
interaksi yang positif harus sentiasa dipupuk dalam jiwa
generasi muda masa kini dan akan datang.

Anda mungkin juga menyukai