Anda di halaman 1dari 13

Kepelbagaian Etnik di

Sabah
Kadazan Dusun
Masyarakat Bajau
Murut

Kadazan dusun
Pengenalan
Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum
bumiputera asli yang terbesar di Sabah
Kaum Kadazan Dusun merupakan nama kaum
bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan
berasal daripada Indo-China.
Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya
ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu,
Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun
Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus,
Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.

Etnik kadazan Dusun membentuk 30


peratus populasi Sabah yang terdiri
daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun
digabungkan bersama kerana berkongsi
bahasa dan budaya yang serupa.
Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan
tinggal di kawasan lembah dan secara
tradisi terlibat dalam penanaman padi,
sementara etnik Dusun tinggal di kawasan
pergunungan di pedalaman Sabah.

Budaya
Tarian sumazau merupakan sejenis tarian tradisi
rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di
seluruh Malaysia.
Tarian sumazau merupakan tarian tradisi suku
kaum Kadazandusun.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti
tarian Sumazau yang ditarikan untuk mengucap
kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan
menanam dan menuai padi dan juga untuk
menolak bala, menyemah semangat, dan
mengubati penyakit.
Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut
hari keramaian dan di majlis jamuan.
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh
Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik dan
disambut oleh semua kaum lain Sabah.

bajau
Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau
merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri
sabah
. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang
menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering
dikenali sebagai gipsi laut.
Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan
menjadi peladang serta penternak. Mereka pula
dikenali sebagai Koboi Timur kerana kepakaran
mereka menunggang kuda.
Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat
Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya.

Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami


kawasan Semporna dan Kota Belud.

Kaum lelaki dalam kalangan masyarakat ini


terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.

Adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau


dengan masyarakat Melayu di Semenanjung
terdapat banyak persamaan di mana adat
seperti berpantang, menempah bidan dan
melenggang perut juga dilaksanakan oleh
masyarakat tersebut. Ini kerana kebanyakan
masyarakat Bajau di Sabah adalah beragama
Islam.

BUDAYA
Tarian Brunsai
Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian
Brunsainya. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan
musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan
pada "kalang" seperti berbalas pantun yang diiringi
oleh hentakan kaki penari lelaki.
Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam
untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan
kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan
orang yang sudah bernazar.
Penari Brunsai juga memakai pakaian yang
berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah
dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak
menarik.

Tarian Limbai
Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat
suku Bajau.
Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut
ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah
pengantin perempuan.
Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat
menjemput pengantin naik ke rumah untuk
melakukan istiadat pernikahan.
Irama dan bahasa tarian mengiringi anggotaanggota rombongan pengantin naik ke rumah.
Penari-penari melambai-lambaikan selendang
mereka sebagai lambang mengundang dan
mengucapkan selamat datang.

Murut
Kaum Murut merupakan etnik ketiga terbesar di
Sabah, Murut merangkumi tiga peratus populasi
penduduk negeri ini.
Secara tradisi, mereka menduduki kawasan
pedalaman di utara Borneo.
Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir
untuk membuang amalan memburu kepala.
Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu,
sambil memburu menggunakan sumpitan dan
menangkap ikan.
Kebanyakan kaum pribumi di Sabah, pakaian
tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni
manik yang menarik.

Budaya
Tarian Magunatip
Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat
suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau).
Magunatip berasal dari perkataan apit' yang
bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari
kaki penari terjepit atau terapit di antara dua
batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap
mengelakkannya.
Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik
oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan
menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan
irama yang menarik.
Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan lagi
sesuatu upacara yang diadakan.

Tarian Lansaran
Suku kaum Murut amat terkenal dengan tarian
lansaran.
Tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang
berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina
di tengah-tengah rumah panjang yang
diperbuat menggunakan kayu bulat
Kemuncak tarian ini ialah berbalas-balas pantun
tanda mengeratkan lagi tali silaturahim .
Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi
menyambut kepulangan para pahlawan yang
telah mencapai kemenangan setelah bertarung
di medan pertempuran.

Langkah-langkah untuk mewujudkan perpaduan


dalam kalangan masyarat majmuk

Memandangkan terdapat perbezaan yang


begitu ketara dalam kalangan kaum, usaha
yang lebih positif perlu dilakukan untuk
mewujudkan masyarakat yang
bekerjasamadan bersatu padu
Antara langkah langkah adalah
menerapkan gagasan 1 Malaysia dalam
kalangan masyrakat.

perpaduan dapat disemai dalam


kalangan pelajar melalui
penghayatan dan rasa bangga
menjadi warganegara Malaysia
sentimen perpaduan dapat kita
bangkitkan di sekolah dengan
menekankan nilai nilai rohani dan
budaya bersama-sama dengan
pelbagai kaum
Jangan menbangkitkan isu sensitif

Anda mungkin juga menyukai