Sebahagian pelajar sekolah yang ditahan ketika operasi dilakukan di pusat siber.
BUKIT SENTOSA Pasangan kembar seiras dan sepasang adik beradik antara
27 pelajar sekolah menengah yang ditangkap dalam Ops Ponteng di sini
semalam.
Kesemua pelajar terbabit ditangkap ketika leka bermain permainan video dan
melayari laman sosial di pusat siber.
Kembar seiras yang ditemui mengakui sering ponteng sekolah malah ibu bapa
mereka dikatakan menyedari perbuatan itu namun tidak pernah menegur atau
memarahi mereka.
Ibu bapa tahu kami suka ponteng tapi mereka tak marah dan menegah
perbuatan kami asalkan pencapaian akademik baik.
Lagi pun kami tidak buat apa-apa selain menghabiskan masa bermain Internet di
pusat siber, katanya selepas disoal siasat pihak berkuasa.
Menurut salah seorang kembar terbabit yang dikenali sebagai Mail, 16, mereka
jarang bersama ibu bapa kerana masing-masing sibuk bekerja di Klang dan
Petaling Jaya serta hanya dapat bertemu pada waktu malam.
Kembar ini turut diambil ujian air kencing namun keputusannya negatif.
Operasi tersebut juga menemui adik beradik lelaki dan perempuan yang pada
awalnya mengakui tidak lagi bersekolah namun setelah disoal siasat mereka
sebenarnya ponteng sekolah.
Pelajar perempuan Tingkatan 3 itu berkata, dia sudah tidak berminat untuk
bersekolah malah ibu bapanya tidak pernah mempedulikan hal mereka.
Saya nak buat apa lagi kalau sudah tidak berminat ke sekolah, cakap macam
mana pun saya tidak akan ke sekolah sebab itu saya berani katakan saya sudah
berhenti sekolah.
Tetapi, tak sangka pula ada yang katakan saya boleh diambil tindakan kerana
berhenti sekolah pada usia begini, katanya.
Menurutnya, dia bersama adik lelakinya tidak pernah menerima teguran tegas
daripada ibu bapa malah hanya seminggu sekali dapat bertemu mereka kerana
sibuk bekerja di Kuala Lumpur.
Pada operasi itu juga, dua pelajar yang pernah dibuang sekolah ditahan dan
dipercayai menjadi dalang dalam menghasut pelajar lain.
Soal siasat yang dilakukan pihak sekolah turut memperlihatkan pelajar terbabit
tidak menghormati guru dan anggota keselamatan yang bertugas.
Sementara itu, pada operasi di awal pagi, Pusat Kesihatan Daerah (PKD) berjaya
menahan enam pelajar tingkatan lima yang didapati merokok di taman
perumahan bersebelahan sekolah mereka di sini.
Salah seorang pelajar dikenali sebagai Lan, 17, mengakui perbuatan merokok
bukan disebabkan ketagih atau tertekan tetapi sudah menjadi trend remaja.
Menurutnya, perbuatan itu tidak dapat ditegah ibu bapa kerana dia akan memberi
alasan bapanya juga perokok.
Kalau ibu bapa pun tidak ambil kisah, buat apa takut pada orang lain.
Kami merokok pun bukan sorok-sorok tetapi merokok di tempat terbuka cuma
lambat masuk sekolah, itu saja, katanya.
Menurutnya, operasi bermula seawal jam 7 pagi itu disertai Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pusat Kesihatan Daerah
(PKD), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Daerah Hulu Selangor
(MDHS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Malah, peratusan kes ponteng sekolah juga meningkat dan merlukan tindakan
sewajarnya bagi mencegah ia menjadi lebih serius, katanya.
Manakala, Timbalan Ketua Polis Balai Bukit Sentosa, Sarjen Major Ibrahim
berkata, tiada tindakan diambil terhadap pelajar sekolah terbabit selain membawa
mereka ke sesi kaunseling di sekolah.
Menurutnya, kesemua pelajar terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan hanya
terlibat dalam gejala sosial seperti ponteng sekolah dan merokok.