Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN Pada zaman globalisasi, bagaimanakah seseorang individu itu dapat menonjolkan diri tanpa dipengaruhi oleh halangan-halangan

mental dalam dirinya sendiri.Jika ingin mencapai potensi sebenar dalam diri, individu itu perlu membebaskan minda daripada sangkar yang mengandungi pemikiran negatif dan tidak berfaedah sebagai contoh perasaan takut, fobia dan sebagainya. Individu harus mencuba untuk menjauhi diri daripada perkara-perkara yang menakutkan dan menghalang dirinya daripada mencapai sesuatu yang diinginkan. Setiap manusia dilahirkan dengan ruang untuk membina dan membentuk. Manusia mampu untuk mempelajari kemahiran yang baru jika dia mahu. Selain itu,sikap seseorang individu juga penting dalam menentukan masalah mental yang mungkin akan dihadapi oleh individu terbabit.Sikap ini sebenarnya terpengaruh oleh persekitaran individu,keluarga dan sebagainya.Ini kerana sikap seseorang individu yang boleh terjerumus kepada masalah mental seperti sikap suka meniru kerap kali timbul dalam kalangan remaja dan masyarakat hari ini.Menurut Teori Hovland mengatakan seseorang individu akan menukar sikap apabila diberi dorongan yang secukupnya untuk menerima mengubah sikap individu itu.Maksudnya seseorang itu perlu diberi dorongan untuk menerima maklumat atau alasan yang dapat mengubah sikap.Kerana dari sikap seseorang individu akan menerima masalah mental.Tekanan yang terlampau daripada kalangan masyarakat yang mendorong seseorang individu mengalami tekanan mental. Oleh itu ,untuk mengubah atau menghalang daripada masalah mental berterusan .Ia memerlukan cara untuk mengatasi daripada awal seperti sikap individu terhadap diri sendiri,alam sekitar dan keluarga.Dengan mengamalkan sikap positif,masalah mental tidak akan wujud dalam diri seseorang individu. Sikap yang menjadi punca segala masalah samaada mental,fizikal mahupun pemikiran.

Page | 1

MAKSUD HALANGAN MENTAL Mental berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud Kejiwaan.Kata mental mempunyai persamaan makna dengan Pscyhe yang berasal dari dahasa Latin yang bermksud Psikis atau jiwa. Manakala, maksud halangan mental juga adalah menghalang individu daripada mencapai matlamat tertentu. Halangan-halangan itu boleh menghalang individu daripada mencuba sesuatu perkara yang berbeza seperti memulakan pekerjaan yang baru dan sebagainya. Ia juga merupakan ketidakupayaan untuk mengingat atau berfikir tentang sesuatu perkara yang biasanya individu boleh melakukannya, kerana disebabkan oleh ketegangan emosi. Halangan mental pada mulanya lebih dipengaruhi oleh pelbagai faktor, kemudian menjadi satu pemahaman dan keyakinan pada diri individu itu sendiri. Halangan mental menjadi salah satu penghambat kepada beberapa perkara yang berkaitan dengan dirinya yang ingin menjadi seseorang yang mempunyai peribadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Perasaan tidak mampu, tidak boleh, takut dan perasaan-perasaan lain yang menghalang perkembangan seseorang itulah yang dinamakan halangan mental. Setiap perlakuan ,sikap dan pemikiran seseorang kebiasaannya menuju kearah halangan mental.Jikalau seseorang dapat mengendalikan pemikiran dengan baik,maka tidak akan wujud halangan mental dalam diri seseorang itu.Mengikut keadaan dan semua perkara akan berlaku sekiranya seseorang dapat mengambil inisiatif dalam mengatasi masalah dan permasalahan yang mereka hadapi.Seseorang yang mengalami permasalahan yang terlampau itula yang boleh menyebabkan halangan mental dalam diri.Oleh itu,kawal sikap atau perasaan dalam menentukan sesuatu keputusan samaada betul atau salah,baik atau buruk

Page | 2

CIRI-CIRI MASALAH HALANGAN MENTAL PERASAAN TAKUT DAN PEMIKIRAN NEGATIF Mengapakah ada diantara sesetengah individu yang masih belum mencapai matlamat walaupun umur sudah bertambah lanjut? Jika difikirkan dengan mendalam, jawapannya mungkin terdapat dalam perasaan takut dan keadaan negatif minda seseorang individu itu. Perasaan takut dan pemikiran negatif berupaya untuk mengubah pandangan seseorang kepada perkara yang sedang berlaku di sekelilingnya. Keadaan ini juga meletakkan batasan kepada sesuatu perkara yang mampu dicapai oleh seseorang itu. Malangnya, perasaan takut tidak perlu hadir dalam diri kerana ianya hanya membawa kerugian terhadap seseorang individu. Perasaan takut dan pemikiran negatif ialah halangan mental ( mental block ) yang menghalang diri daripada mencapai potensi kearah mencapai kejayaan sepenuhnya dalam kehidupan. Perkara ini juga akan menutup idea-idea yang membawa kepada pembinaan dan pembesaran mental seseorang. Keadaan ini menghalang seseorang daripada mencapai potensi yang terbaik dalam kehidupan seharian. Salah satu halangan mental yang serius yang dihadapi oleh kebanyakan individu di dunia ini ialah ialah perasaan takut akan kegagalan. Perasaan ini terdapat dalam berbagaibagai bentuk dan tahap. Jika seseorang individu itu mentafsirkan kegagalan untuk melakukan sesuatu perkara itu sebagai tanda kekurangan dan kelemahan peribadi, sudah tentu perjalanan hidup akan sentiasa dihalang atau ditutup dengan perasaan takut. Seseorang individu itu akan berasa segan dan berhati-hati untuk mengambil sebarang risiko apabila hendak melakukan sesuatu perkara. Pada halangan mental perasaan takut ini,ia memerlukan perlindungan dan dorongan supaya perasaan dan sikap takut dapat diubah.Mengikut Teori Rogers individu yang

Page | 3

mengalami perasaan takut perlu mengambil langkah perlindungan.Teori ini juga menerangkan bagaimana seseorang itu mengambil tindakan yang akan dapat melindungi mereka daripada kesan-kesan perasaan takut dan sikap negatif.Sebagai contoh seseorang pelajar takut mengalami kegagalan dalam peperiksaan,pelajar ini akan menghilangkan perasaan takut dengan melakukan perkara yang tidak boleh menyebabkan mereka gagal.Pelajar ini akan cuba mencari alternatif lain supaya mereka tidak gagal seperti mengulang atau (repeat) kembali mata pelajaran tersebut.Oleh itu,mereka akan mempelajari setiap pelajaran dengan tekun dan bersungguh. TRAUMA Trauma berasal dari bahasa Yunani yang bererti luka. Kata tersebut digunakan untuk menggambarkan situasi akibat peristiwa yang dialami oleh seseorang. Para psikologi menyatakan trauma dalam istilah psikologi bermaksud suatu kejadian yang dialami seseorang dan meninggalkan kesan keatas dirinya. Biasanya bersifat negatif, dalam istilah psikologi juga disebut sebagai post-traumatic syndrome disorder. Menurut G.C Davidson dkk, pada tahun 2000 dalam buku Psikologi Abnormal menyatakan trauma ialah gangguan stress yang timbul berkaitan dengan peristiwa traumatis luar biasa. Sebagai contoh, melihat orang dibunuh, diseksa secara sadis, korban kecelakaan, bencana alam dan lain-lain. Post Traumatic Stress Disorder ( PTSD ) merupakan gangguan kejiwaan yang sangat berat kerana biasanya penderita mengalami gangguan jiwa yang mengganggu kehidupannya. Secara umum, gejala PTSD terbahagi kepada tiga jenis iaitu yang pertama Reexperiencing. Individu seperti mengalami kembali kejadian traumatis yang pernah dialaminya. Biasanya keadaan ini akan muncul ketika individu sedang mengelamun atau melihat suasana yang sama dengan pengalaman traumatisnya. Individu akan berperilaku
Page | 4

mengejutkan seperti tiba-tiba menjerit, menangis atau berlari ketakutan. Fenomena lain juga akan muncul seperti takut untuk tidur kerana biasanya peristiwa traumatis muncul kembali. Seterusnya yang kedua ialah Hyperarousal iaitu suatu keadaan berwaspada berlebihan seperti mudah terkejut, tegang, curiga mengahadapi gejala sesuatu, benda yang jatuh dianggap seperti jatuhnya sebuah bom dan tidur sering terbangun-bangun. Ketiga pula ialah Avoidance yang bermaksud individu akan selalu menghindari situasi yang mengingatkan ia kepada kejadian traumatis. Seandai kejadiannya disaat suasana orang ramai, individu itu akan menghindarinya. Begitu juga sebaliknya jika individu itu mengalami pada waktu bersendirian, maka individu itu akan menghindari tempat-tempat yang sunyi. MALAS Malas merupakan suatu perasaan di mana seseorang individu akan enggan melakukan sesuatu perkara kerana dalam pemikirannya mempunyai pemikiran negatif atau tidak mempunyai keinginan untuk melakukan perkara tersebut. Selain itu, rasa malas juga merupakan sejenis penyakit mental. Mengapa disebut penyakit mental? Disebut demikian kerana kesan buruk daripada rasa malas memang sangat merugikan. Sesiapa yang dihinggapi rasa malas akan mengganggu sesuatu pekerjaan dan ini jelas-jelas sangat merugikan diri sendiri dan juga masa hadapan seseorang individu. Masyarakat yang dipenuhi oleh individu-individu yang malas tidak akan pernah maju dalam kehidupanya. Rasa malas juga menggambarkan hilangnya motivasi seseorang untuk melakukan sesuatu perkara atau apa yang diinginkan.Jikalau berkeinginkan sesuatu tetapi malas berusaha maka tidak tercapai sesuatu perkara yang ingin dicapainya.

Page | 5

Antara ciri individu yang mempunyai sikap malas ialah suka memberi alasan ketika diminta melakukan sesuatu perkara. Individu yang hanya pandai memberi arahan kepada orang lain, tetapi individu itu sendiri tidak melakukan perkara tersebut. Selain itu, ciri individu yang malas juga sering menangguhkan sesuatu perkara disaat individu itu disuruh untuk melakukan atau menyiapkan sesuatu perkara dengan cepat. TAMAK Dalam diri manusia terdapat 2 sifat iaitu baik dan buruk. Sifat yang baik dilandaskan atas dasar rasa keimanan, ketakwaan dan kemanusian, manakala sifat buruk selalu didorong nafsu seperti sifat kebinatangan, kejahilan dan ingkar akan perintah Allah. Kedua sifat ini saling bertentangan antara satu sama lain. Jika iman dan takwa lebih berkuasa, maka hidup seseorang akan aman daripada pengaruh sifat buruk yang didalangi syaitan. Penyakit tamak ini adalah suatu sifat yang ingin menguasai atau mendapatkan bahagian yang lebih banyak daripada orang lain. Pada umunya, sifat tamak itu berkenaan dengan perkara kepuasan dan kemewahan hidup didunia. Tamak terhadap harta benda dengan jalan mengumpulkan harta benda dan kekayaan dengan sebanyak mungkin. CEMAS Cemas adalah suatu keadaan emosi yang tidak menyenangkan yang disebabkan oleh suatu situasi yang mengancam atau membahayakan. Dalam keadaan normal, cemas merupakan mekanisme pertahanan tubuh terhadap dari ancaman luar. Gejala-gejala subjektif antara lain berupa perasaan tegang, gelisah, panik, tertekan, disertai gejala-gejala fisiologi seperti sakit kepala, ketegangan otot, dan sesak nafas dan lain-lain. Pada situasi kecemasan dapat menimbulkan kepanikan contohnya serangan kepanikan ketika berada ditempat orang

Page | 6

ramai. Keadaan cemas yang muncul dalam waktu yang tidak diduga dan tidak terkawal perlu berwaspada sebagai gangguan kecemasan. Sebagai contoh, perkara tersebut sering muncul akibat bebanan kerja yang berat, tempoh kerja yang cepat, tanggungjawab yang besar dan tuntutan persaingan yang ketat. Perkara tersebut terjadi disebabkan oleh ketidakmampuan individu dalam mengadaptasi terhadap lingkungan atau mengatasi konflik sehingga menimbulkan keadaan traumatik. Jika perkara tersebut berlangsung secara berterusan dalam jangka masa yang panjang ataupun sekali, namun extrem dapat mengakibatkan kelemahan pertumbuhan emosi. FOBIA Setiap orang pasti akan mempunyai rasa ketakutan atau fobia tertentu,ada yang memudaratkan ,ada yang sekadar ketakutan biasa sahaja.Banyak istilah-istilah yang digunakan untuk mengambarkan jenis-jenis fobia.Antara fobia yang paling selalu terjadi adalah Fobia pada ketinggian (Acrophobia),Fobia pada gelap (Lygophobia),Fobia pada tempat terbuka (Agoraphobia) dan sebagainya. Maksud Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada Sesutu objek atau keadaan hingga dianggap tidak rasional.Kebiasaan fobia ini berlaku kepada seseorang yang pernah mengalami sahaja.Contohnya seseorang perempuan pernah diragut ketika menaiki motosikal,selepas kejadian seseorang itu tidak dapat menunggang motosikal lagi.Hal ini berlaku kerana kesan daripada kejadian ragut,perkara sebegitu boleh menyebabkan seseorang tidak dapat mengendalikan sesuatu keadaan dengan baik. Terdapat dua blok yang paling besar dalam mengenal penyakit mental iaitu Murung dan Keresahan.Fobia ini termasuk dalam kategori keresahan .Tanda-tanda atau simptom utama mereka yang mengalaminya adalah berperasaan resah.Kebiasaannya fobia ini terjadi

Page | 7

apabila perasaan yang teramat takut dalam diri seseorang terhadap sesuatu benda atau keadaaan.Seseorang yang menghadapi fobia akan mengalami ketakutan yang keterlaluan sehinggan perasaan itu tidak dapat dilawan.Dan mula mengelak apabila berdepan dengan masalah atau objek dan keadaan tersebut. PEMALU DAN RASA GUGUP Sifat pemalu berbeza dengan sifat malu atau rasa malu. Sifat malu adalah karekter seseorang dengan sifat malu atau rasa malu yang berlebihan atau sering disebut minder. Sifat malu atau rasa malu harus dimiliki oleh setiap individu kerana itu menunjukkan bahawa individu itu adalah manusia yang bermoral. Individu yang mempunyai sifat pemalu secara naluri menyimpan kesedaran kalau diri mereka kurang daripada orang lain. Sifat pemalu biasanya membuat individu kehilangan kesempatan, kurang mendapat kesenangan dan tersisih daripada hubungan sosial. Sifat pemalu membawa banyak kerugian kepada individu. Rasa malu adalah sebuah kombinasi dari kegugupan sosial dan pengkondisian sosial. Selain itu, sifat pemalu dan gugup sebenarnya merupakan suatu perkara yang sangat lumrah dan akan terjadi kepada sesiapa sahaja. Sifat seperti itu, dapat dimiliki seseorang sejak kecil atau pada saat menjelang dewasa. Menjelang dewasa, sifat pemalu dan rasa gugup muncul akibat daripada pengalaman memalukan yang pernah dilalui oleh individu tersebut atau pada saat individu itu menghadapi keadaan baru yang masih asing baginya. Para pakar menyebut sifat pemalu sebagai fobia sosial. Fobia seperti ini sudah sangat universal dan hampir semua individu pernah mengalaminya. Menurut hasil penelitian satu daripada lapan orang adalah seorang pemalu. Individu itu biasanya berpeluh, telapak tangannya berpeluh, jantungnya berdebar kencang dan tidak mampu mengeluarkan satu perkataan daripada mulutnya disaat menghadapi situasi-situasi tertentu.

Page | 8

Secara keseluruhannya ciri-ciri halangan mental seperti perasaan takut dan pemikiran negatif, trauma, malas, tamak, cemas, serta pemalu dan rasa gugup harus dihapuskan dalam diri setiap individu untuk menjadikan individu itu seorang yang berjaya dalam kehidupan. Jika individu itu ingin menjadikan dirinya seorang yang berjaya, maka individu itu harus merubah sikapnya dan menerima inovasi-inovasi luar dan mengetepikan halangan-halangan mental dalam diri setiap individu. PUNCA-PUNCA MASYARAKAT Manusia sentiasa menghadapi pelbagai bentuk masalah yang melibatkan halangan mental dalam diri sama ada di rumah,di sekolah,di tempat kerja juga di tempat-tempat lain.Contoh halangan mental yang sering dialami dan dihadapi oleh individu termasuklah perasaan takut,fobia atau trauma,sikap malas, tamak dan rasa gugup serta gementar.Individu yang terlalu kerap mengalami halangan mental seumpamanya, akan mengalami kemurungan ,kesedihan, kerunsingan dan beberapa masalah psikomatik.Terdapat beberapa punca yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada halangan mental yang wujud dalam diri individu dan masyarakat. Keluarga Punca utama ialah masalah kehidupan dari segi kekeluargaan, pekerjaan atau pelajaran akan mendorong wujudnya halangan mental. Masalah keluarga dan kemiskinan menyebabkan jiwa manusia sentiasa kecewa dan tertekan. Mereka berasa tekanan kerana sukar mencari nafkah untuk keluarga. Kerja yang berat dan rumit menyebabkan tekanan untuk mengekalkan prestasi di tempat kerja. Tekanan pelajaran pula berlaku kerana berusaha mencapai kecemerlangan. Tekanan dalam kalangan pelajar biasanya berpunca daripada ibu HALANGAN MENTAL DALAM DIRI INDIVIDU DAN

Page | 9

bapa yang ingin anak mereka berjaya dalam pelajaran atau pihak guru yang ingin memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran (P&P) mereka tercapai. Pengalaman Lampau Selain itu,pengalaman lampau dan ngeri juga merupakan salah satu punca kepada halangan mental. Keadaan ini biasanya wujud pada mangsa yang mengalami tragedi ngeri atau menakutkan seperti dirogol,buli,keganasan dan sebagainya. Kesan daripada tragedi tersebut, mangsa sering dihantui perasaan takut yang terlampau sehingga takut untuk bertemu dengan masyarakat disekeliling. Jika mangsa merupakan seseorang yang diam dan tidak suka meluahkan perasaan, maka dia akan mengalami depresi dalam jangka panjang. Mereka akan berasa fobia, takut dan boleh bertindak terburu-buru tanpa keupayaan untuk berfikir dengan rasional.Dengan itu, pengalaman yang dashyat mungkin menjadi penyebab kepada halangan mental yang terjadi kepada individu. Di samping itu,perubahan emosi juga boleh menyebabkan berlakunya halangan mental dalam diri individu dan masyarakat. Pengaruh emosi seperti menghadapi tekanan hidup seringkali menjadi punca kepada permasalahan ini. Tekanan hidup seperti mempunyai masalah kewangan, tekanan kerja, konflik di dalam keluarga dan masalah kesihatan jika tidak diatasi juga akan menyebabkan individu akan berhadapan dengan halangan mental dalam diri.Lazimnya,mereka yang sering menghadapi halangan mental hasil daripada punca emosi ini suka bersendirian,tidak bercampur gaul,bosan dan tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti sosial .

Page | 10

Kecelaruan Personaliti Kecelaruan personaliti individu juga turut menjadi punca kepada halangan mental.Pada amnya, personaliti membawa makna corak pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang stabil yang boleh digunakan untuk membezakan seorang individu dengan individu yang lain.Kecelaruan personaliti berlaku apabila trait-trait personaliti bertukar daripada stabil menjadi tidak stabil, tidak fleksibel dan salah diadaptasi.Akibatnya individu akan menghadapi halangan mental dan seterusnya menyebabkan masalah fungsi pada

sosial,peribadi dan kerja.Contohnya ialah kecelaruan personaliti mengelak.Individu yang menghadapi kecelaruan personaliti ini ialah mereka yang sering mengelak daripada mengadakan hubungan intim kerana takutkan dirinya tidak diterima oleh rakan yang signifikan.Mereka mempunyai penghargaan kendiri yang rendah ,sentiasa perlukan jaminan bahawa dirinya berkebolehan,takutkan kritikan daripada orang lain,selalu merasa bosan dan sering memencilkan diri daripada interaksi sosial. Punca lain yang menyebabkan halangan mental ialah faktor kekecewaan.Kekecewaan akan berlaku apabila sesuatu motif atau kehendak tidak dapat dicapai atau tidak dapat dipuaskan.Satu pengalaman yang mengecewakan individu mungkin tidak akan menyebabkan dia merasa tekanan tetapi apabila kekecewaan itu berlaku berulang-ulang kali sudah tentu akan menyebabkan tekanan hidup ataupun halangan mental. Sikap Ibu Bapa Sikap ibu bapa juga merupakan punca kepada terjadinya halangan mental.Ini kerana sikap ibu bapa turut mempengaruhi perkembangan mental kanak-kanak khususnya.Ini disebabkan keluarga merupakan sebuah institusi berlakunya proses sosialisasi awal bagi kanak-kanak.Keluarga dapat memberi kemahiran sosial,menentukan perkembangan

fizikal,mental dan kerohanian di kalangan ahli-ahlinya (Muhd.Ridzuan,1990).Pengaruh


Page | 11

keluarga terhadap individu berterusan dari sejak dilahirkan sehinggalah mereka dewasa.Oleh itu pengaruh keluarga terhadap perkembangan fizikal ,mental,kerohanian dan sosial adalah sangat besar. Taraf Sosioekonomi Menurut Noorfizah (2001) kanak-kanak dari keluarga yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah selalunya mengalami gangguan mental.Ini mungkin kerana mereka selalu gagal mendapat apa yang mereka inginkan seperti barang permainan.Contohnya sekiranya disekolah mereka tidak dapat menyediakan buku latihan kerana tidak mempunyai duit untuk membelinya.Hal sebegini boleh memberi gangguan mental kepada kanak-kanak dalam meneruskan pembelajaran di sekolah.Disebabkan hal sebegitu kebanyakkan kanak-kanak ini akan terus diganggu oleh pelajar-pelajar lain dalam kelas.Seperti merendah-rendah dirinya dengan pelajar yang taraf ekonominya rendah,menghina dan sebagainya.Kebiasaannya punca sebeginilah yang menyebabkan ramai kanak-kanak terasa terasing daripada masyarakat sekeliling ,sekaligus menyepikan diri daripada orang luar.Jika hal ini berterusan ia boleh menyebabkan gangguan mental akan mudah dialaminya. Cara Mendidik Anak Punca seterusnya adalah cara mendidik anak-anak.Asuhan dan didikan ibu bapa yang sempurna akan membantu kanak-kanak berkembang dengan baik terutamanya dari segi mental dan emosi.Kanak-kanak daripada keluarga yang stabil akan mendapat kasih sayang dan perhatian yang mencukupi daripada ibu bapa.Cara didikan terdapat tiga iaitu authoritarian,permisif dan autoritatif.Autoritarian adalah ibu bapa yang menentukan segalagalanya bagi anak-anak mereka.Mereka lebih kepada mengokong kehidupan anak mereka.Pesimif pula adalah ibu bapa memberi kebebasan kepada anak-anak tanpa batasan.Mereka kurang kawalan dan larangan terhadap apa saja yang dituntu oleh anak-anak
Page | 12

mereka (Bagley,1986).Manakala autoritatif pula adalah ibu bapa memebri kebebasan tetapi tetap mengawal segala tingkah laku anak-anak mereka.Jikalau asuhan yang bertentang dengan prinsip anak-anak mereka boleh menyebabkan masalah mental terjadi kepada anakanak mereka. Selain daripada punca-punca yang dinyatakan di atas, faktor biologi individu terbabit juga boleh menjadi penyebab halangan mental. Antara faktor biologi tersebut ialah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak.Adalah dipercayai bahawa ketidakseimbangan bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter serotonin di bahagian otak akan menyebabkan seseorang itu mengalami halangan mental seperti kemurungan. Serotonin inilah yang terlibat dalam proses pemikiran dan mengawal emosi. Oleh itu apabila berlaku ketidakseimbangan bahan kimia tersebut, otak tidak lagi mampu menyelaraskan proses pemikiran dan emosi dengan baik. Apabila perkara ini berlaku, ia akan menjejaskan proses pengeluaran kata-kata, ingatan dan daya tindak seseorang manusia dan akhirnya akan wujudlah masalah mental. CARA MENGATASI HALANGAN MENTAL DALAM DIRI INDIVIDU DAN MASYARAKAT. Bagi mencapai potensi yang sebenar,seseorang individu perlu membebaskan minda dari sangkar yang mengandungi pemikiran negatif dan tidak berfaedah.Individu perlu menjauhi diri daripada perkara-perkara yang menakutkan dan yang boleh menyebabkan kegagalan.Setiap perlakuan akan menimbulkan kesan dan impak pada seseorang.Impak samaada dari segi fizikal mahupun mental.Ini kerana kesan mental sangat pentinga kerana ia akan mempengaruhi pemikiran individu terbabit.Antara kesan dari segi mental adalah seseorang boleh menjadi gila,murung,bimbang yang keterlaluan dan sebagainya.Sebelum terjadi perkara yang tidak diingini seseorang itu seharusnya mencari langkah-langkah dalam

Page | 13

mengatasinya supaya tidak memberi kesan yang berpanjangan kepada diri sendiri di masa akan datang. Oleh itu,dalam mengatasi masalah dan halangan mental dalam diri individu dan masyarakat kita boleh mengambil berapa-berapa teori untuk mengetahui mengapa kita atau kita sendiri akan mengalami masalah halangan mental. Dalam mengkaji tingkah laku manusia yang sentiasa berkembang, pelbagai jenis pendekatan boleh digunakan. Antara pendekatan yang utama ialah pendekatan behaviorisme, pendekatan kognitif, pendekatan humanis, pendekatan psikoanalitik dan pendekatan neurobiologi. Kelima-lima prespektif ini digunakan sebagai satu kanta bagi melihat tingkah laku manusia daripada beberapa sudut yang berlainan. Ia juga memberi satu jalan bagi para penyelidik mempelajari tingkah laku manusia dari sudut yang difikirkan sesuai. Setiap prespektif mempunyai kebaikan masing-masing dan ia juga dapat menyumbangkan aspek-aspek baru tentang tingkah laku manusia dari beberapa sudut yang berlainan. PENDEKATAN BEHAVIORISME Menurut Pavlov (1962), setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas dan berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pelaziman bermaksud pembelajaran yang berlaku apabila ada perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Menurut Mahani Razali (2002), Pelaziman klasik pula adalah pembelajaran yang berlaku akibat daripada dua rangsangan ini. B.F. Skinner (1904-1990) bersetuju dengan pendapat Pavlov tetapi menyatakan bahawa tingkah laku dapat diperhatikan dalam jangka panjang supaya dapat mengubah perlakuan yang mudah kepada perlakuan kompleks. Menurut beliau, bimbingan, latihan, ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan adalah penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan.

Page | 14

Teori ini boleh mengatasi masalah rasa pemalu dan rasa gugup yang dialami oleh seseorang. Individu yang mempunyai sifat pemalu secara naluri menyimpan kesedaran kalau diri mereka kurang daripada orang lain. Oleh itu, untuk mengatasi masalah pemalu dan rasa gugup ini seseorang itu harus belajar untuk mencari jalan penyelesaian dengan belajar untuk tidak takut melakukan kesilapan dan malu dengan kesalahan yang kita lakukan. Jadikanlah setiap kesalahan sebagai pengalaman dan belajar darpada kesalahan tersebut sebagai satu pengajaran. Ternya masalah halangan mental daripada perasaan gugup dan pemalu ini datang bukannya daripada pandangan orang lain tetapi daipada pemikiran dan perasaan dalaman kita sendiri.

PENDEKATAN PSIKOANALITIK Pendekatan ini dipelopori oleh Sigmund Freud (1856-1939) yang berpendapat bahawa sebahagian besar tingkah laku dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar yang merujuk kepada pemikiran, kebimbangan serta harapan yang tidak disedari oleh seseorang termasuk perlakuan normal dan abnormal hasil daripada faktor ganetik dan persekitaran. Ahli teori pendekatan psikoanalitik menekankan kepentingan zaman awal individu dan percaya bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat pada keadaan psikologi individu. Teori struktur personaliti Sigmund Freud membahagikan struktur psikik kepada tiga tahap iaitu id, ego dan superego. Id merupakan sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi, mementingkan diri sendiri dan tidak ada pengaruh kepada dunia realiti dan mempengaruhi tingkah laku bayi apabila dorongan atau kemahuannya begitu kuat. Ego pula cuba perlahanlahan mengambil tanggungjawab mendorong id supaya mengikut kehendak moral dan etika masyarakat sementara itu,superego pula berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral yang berkembang daripada didikan agama kepada ego yang mengawal id. Mengikut
Page | 15

pendekatan ini, sekiranya id dan superego cukup kuat untuk menguasai ego biasanya konflik dalaman akan berlaku dalam diri individu. Teori Freud menyarankan sekiranya konflik antara id, ego dan superego tidak selesai ia akan membawa kepada kecelaruan mental. Dalam pendekatan psikoanatik ini, kita boleh mengawal perasaan tamak dan malas. Teori menjelaskan hawa seseorang itu harus mengawal Id dalam diri untuk memastikan nafsu tamak dan malas tidak mengusai diri seseorang. Faktor genetik dalam diri seseorang jika mewarisi nafsu malas dan tamak daripada pewarisnya boleh diubah dengan meningkatkan Ego supaya mengikut kehendak moral dan etika masyarakat. Oleh itu, Superego seseorang dapat berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral yang berkembang daripada didikan agama kepada ego yang mengawal id. Seseorang harus mengawal nafsu tamak dan sikap malas mereka dengan belajar nilai-nilai moral dan agama agar sikap bermoral dapaat diamalkan dalam hidup dan tidak membiarkan nafsu dan sifat malas menguasai diri.

PENDEKATAN HUMANISTIK Dalam mengatasi masalah halangan mental daripada masalah perasaan takut dan pemikiran mental, pendekatan Abraham Maaslow boleh digunakan. Teori pendekatan Humanistik memberi tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seorang individu seperti perasaan atau emosinya. Teori ini menyatakan bahawa individu terdorong bertindak melakukan sesuatu kerana mempunyai satu kemahuan atau keperluan dan bertanggungjawab di atas segala tindakkannya. Menurut pendekatan ini, kuasa motivasi seseorang individu adalah kecenderungannya untuk berkembang dan mencapai hasrat diri (self-actualization). Ini bermakna setiap individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya ke tahap maksimum.

Page | 16

Walaupun terdapat halangan, kecenderungan semulajadi adalah untuk mencapai hasrat diri atau mengembangkan potensi ke tahap yang maksimum. Konsep ini (pencapaian hasrat diri) sebenarnya dipelopori oleh Abraham Maslow yang juga merupakan ahli psikologi humanis. Abraham Maslow (1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow

dengan andaian bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai. Mengikut Maslow kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri. Seseorang individu atau masyarakat harus mencipta motivasi dan suasana yang boleh membangkitkan semangat kepada semua manusia. Sebagai contoh,, Karim murid tahun enam yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya dan sentiasa dinafikan haknya dari adik beradiknya yang lain telah menyebabkan ia suka menyendiri dan tidak yakin pada dirinya sendiri sehingga menjejaskan pelajarannya. Perkara ini harus disedari oleh pihak sekolah dan masyarakat boleh membantu Karim dalam menjalani kehidupan seharianya sebagai insan yang normal dan tidak mempunyai sikap pemikiran negetif yang tinggi dalam diri. Motivasi harus diberikan kepada Karim untuk menyuntik semangat dia belajar dengan bersungguh-sungguh dan mengubah nasib diri. Perkara ini secara tidak lansung akan merubah pemikiran Karim untuk mencapai hasarat diri atau mengembangkan potesi ke tahap yang maksimum. Menurut Rogers (1956) pula mengatakan bahawa manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Rogers berpendapat bahawa manusia lahir dengan kecenderungan untuk kesempurnaan yang akan memandunya menjadi insan yang matang dan sihat. Jelas di sini bahawa pendekatan ini lebih memberi tumpuan kepada kemahuan seseorang dan menekankan keunikan manusia serta kebebasan mereka untuk memilih matlamat hidup. Pearasaan takut dan pemikiran
Page | 17

negetif boleh diselesaikan dan diatasi jika seseorang mempunyai motivasi dalam persekitaran yang harmoni dan berdaya saing. Oleh itu, kemajuan sesebuah negara amat penting untuk memastikan masyarakat sesebuah negara itu mempunyai motovasi yang tinggi untuk berdaya saing dalam mencapai kejayaan dalam hidup. PENDEKATAN BIOLOGI Pendekatan Biologi cuba mengaitkan tingkah laku manusia dengan kejadian dalam otak dan sistem saraf manusia. Kajian-kajian baru menunjukkan adanya pertalian rapat antara aktiviti otak dengan tingkah laku dan pengalaman. Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan biomedik dan dikenali juga sebagai Model Penyakit (Disesease Model) atau Model Perubatan yang berpandangan bahawa masalah yang dihadapi adalah hasil kecacatan tubuh badan, kecederaan atau penyakit yang selalunya mempunyai kesan ke atas otak. Masalah halangan mental daripada trauma dan cemas boleh dikaitkan dengan pendekatan ini. Seseorang itu akan mengalami trauma jika suatu kejadian yang dialami seseorang dan meninggalkan kesan ke atas dirinya yang biasanya bersifat negatif, dalam istilah psikologi juga disebut sebagai post-traumatic syndrome disorder. Reaksi emosi seperti ketakutan dan kemaharan telah ditonjolkan oleh haiwan dan manusia ketika dilakukan rangsangan elektrik di kawasan-kawasan tertentu di dalam otak seperti eksperimen yang telah dijalankan oleh Edward Hitzig (1893-1927) dan Gustav Fritsch (1839-1907) terhadap anjing yang dimasukkan dua batang dawai ke permukaan kortikal otaknya. Eksperimen ini jelas menunjukkan tindak balas akan berlaku apabila rangsangan elektrik diberikan dan seterusnya memberi kesan ke atas tingkah lakunya. Oleh yang demikian, salah satu fokus dalam pendekatan ini adalah peranan sistem saraf pusat yang bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran dan pergerakan manusia.

Page | 18

Perkara ini telah membuktikan bahawa seorang pengidap trauma mempunyai masalah mental yang serius kerana sebahagian daripada saraf otak mereka telah rosak dan perlu diubati dengan mendapat nasihat daripada doktor psikolagi. Dalam pendekatan ini, seseorang itu harus memperbaiki diri mereka dengan mendapat rawatan membetulkan sistem saraf pusat yang bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran dan pergerakan manusia. Selain itu, seseorang itu harus berfikiran terbuka dan positif seperti yang diterangkan oleh Rodgers (1956) untuk mengelak masalah dan cemas daripada terus menghalang potensi diri daripada terus maju kehadapan. Mereka yang mengalami masalah ini harus diberi semangat oleh masyarakat sekeliling supaya seseorang itu dapat melupakan pengalaman buruk yang telah dialami.

PENDEKATAN KOGNITIVISME Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan Kognitivisme merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Menurut mereka dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognatif dalam ingatannya. Setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya dalam ingatan. Mereka juga berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan ia menghubungkaitkan pengalaman tersebut dengan masalah yang dihadapi. Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal.

Page | 19

Pendekatan ini mampu meyelesaikan masalah halangan mental daripada segi pemikiran negatif dan rasa gugup. Proses pembelajaran yang komplek daripada awal akan mengurangkan pemikiran negatif dan rasa gugup seseorang itu daripada mengusai diri. Tenyata pengalaman daipada masa lalu akan menjadikan seseorang itu celik akal dan dapat menyesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh itu, seseorang itu harus berani mencuba dan tidak takut untuk melakukan kesalahan kerana kesalahan itulah yang memberi pengajaran berguna untuk kita lakukan sesuatu perbuatan itu dengan lebih baik.

Page | 20

KESIMPULAN Halangan mental terbentuk daripada perasaan,sikap dan perlakuan seseorang dalam memahami dan mengubah perasaan diri sendiri.Setiap individu mempunyai masalah dan permasalahan dalam kehidupan seharian.Justeru itu,orang yang tidak mempunyai masalah adalah tidak normal.Setiap manusia mempunyai masalah tetapi berbeza-beza mengikut keadaan dan objek sesuatu perkara. Pendekatan-pendekatan yang telah diambil dalam mengatasi permasalahan halangan mental ini.Seseorang itu akan dapat menaakul,menilai dan membentuk imej kearah positif dalam menghalang perasaan atau sikap yang boleh menyebabkan seseorang berfikiran negatif terhadap diri sendiri.Ini kerana pemikiran yang negatif boleh menyebabkan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara akan timbul dalam diri seseorang. Oleh itu,seseorang seharusnya mengenal pasti punca-punca berlakunya halangan mental supaya ia dapat mencari jalan penyelesaiannya.Seperti memotivasi diri,seseorang akan bertindak kearah mencapai matlamatnya.Motivasi ini kebiasaanya berkaitan dengan perlakuan yang berarahkan matlamat.Ini menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.Ia merujuk kepada individu dalam menangani setiap permasalahan tersebut.

Page | 21

Anda mungkin juga menyukai