Anda di halaman 1dari 2

PERMAINAN TRADISIONAL DI SABAH (SEPAK MANGGIS)

Assalamualaaikum.. disini saya ingin berkongsi tentang permainan tradisional yang ada di Sabah iaitu
dipanggil sebagai sepak manggis.

Sejarah

Sepak Manggis merupakan satu sukan tradisi dari suku kaum Bajau dan Dusun Tindal dari Kota Belud,
Sabah. Sukan Tradisi ini akan dimainkan semasa pesta keramaian seperti majlis perkahwinwan.

Peralatan

1. Satu biji Bola Takraw

2. Satu batang Bambu panjang

3. Kotak berhias yang bergantung wang, gula-gula, makanan ringan, sapu

tangan, rokok atau sebagainya

kotak berhias

CARA DIMAINKAN / PERATURAN PERMAINAN :

Bambu yang panjangnya antara 15 m – 25 m dipacakkan diatas tanah dan dihujung bambu itu ada diikat
kotak berhias dan berisikan hadiah biasanya wang tunai. Pasangan pengantin diiringi pengapit dan
ibubapa pengantin akan mengelilingi tiang bambu sebanyak tujuh (7) kali. Kemudian penngantin
perempuan (isteri ) akan membaling bola takraw kepada si suami dan suami akan menyepak bola takraw
ke arah kotak berhias yang digantung di atas bambu. Percubaan sebanyak 7 kali dan diikuti pengapit,
Setelah pengantin menyepak bola takraw ini menandakan permainan ini telah bermula.
Oleh kerana kotak berhias itu terlalu tinggi maka sukar untuk mengenakan dan permainan ini terbuka
kepada orang ramai, tidak kira lelaki, perempuan, kanak-kanak ataupun orang tua. Mereka berbaris
untuk menunggu gilira menyepak bola takraw tersebut. Permainan ini juga merupakan satu
keseronokan . Jika ada pemenang yang dapat mengenakan kotak tersebut maka semua hadiah didalam
kotak tersebut adalah milik pemenang tersebut . Jika tiada pemenang maka jarak kotak tersebut
direndahkan sehinggalah ada seorang pemenang.

Anda mungkin juga menyukai