Anda di halaman 1dari 7

Adat Resam Masyarakat Etnik Sarawak

BIDAYUH

Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami


kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan
masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang
tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual
dan kepercayaan yang mereka anuti. Berikut dipaparkan adat resam masyarakat
Bidayuh berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian secara ringkas dan menyeluruh.

http://malaysiana.pnm.my/01/010403swkbidayuh_pengenalan.htm

Pengenalan

Bagi masyarakat Bidayuh, adat-adat tertentu perlu dipatuhi semasa sedang


mengandung. Adat-adat tersebut bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan
kandungan dan bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana.
Berikut dipaparkan adat masyarakat Biadayuh berkaitan adat kelahiran secara ringkas.

Sewaktu Mengandung

Semasa mengandung, beberapa pantang larang dan adat tertentu diamalkan. Antaranya
ialah adat menawar perut, berpantang dan persiapan menyambut kelahiran.

Upacara Menawar Perut

Apabila si isteri mengandung, satu upacara iaitu menawar perut atau birayang iteakan
diadakan untuk menggalakkan anak dalam dalam kandungannya membesar dengan
sempurna. Hanya bidan kampung yang berpengalaman dijemput untuk melakukan
upacara ini. Selepas sahaja bidan berkenaan membaca mentera, tubuh perempuan
mengandung itu dibalut dengan kain untuk menghalau segala keburukan dan kekotoran.
Kemudian dia akan mengenakan pakaiannya yang bersih dan berbaring dengan mukanya
memandang ke syiling. Pada ketika ini, bidan akan melakukan upacara menawar perut.
Dia akan melumuri perut wanita tersebut dengan kunyit, minyak kelapa dan merenjis
beras kunyit sambil mengoncangkan tongkat saktinya di atas perut perempuan
berkenaan sambil membaca jampi serapah.

Pantang Larang

Semasa mengandung, si isteri serta suaminya dikehendaki mengamalkan pantang larang


berikut:

Tidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi pencuri.

Tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan
menjadi gila dan akan menyukarkan proses bersalin.

Tidak boleh keluar pada waktu senja kerana takut disampuk hantu atau umot sanja yang
akan mengganggu anak dalam kandungan tersebut.

Tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa saja yang berpenyakit kulit, kerana dikhuatiri
akan menjangkiti anak dalam kandungan dan menyebabkannya lahir tidak cukup bulan.

Tidak dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali air kerana dikhuatiri anak
yang bakal lahir menjadi sumbing.

Tidak dibenarkan memaku, mengikat dengan ketat atau menyumbat sebarang lubang,
takut anak akan mati semasa dilahirkan.

Tidak dibenarkan mengeringkan kolam, perigi atau sungai kerana dikhuatiri si isteri akan
mengalami tumpah darah.

Tidak boleh melipat balik tikar, lapisan lantai dan sebagainya, kerana takut kedudukan
anak di dalam perut songsang dan ini boleh menyulitkan kelahirannya.

Di samping itu terdapat banyak lagi pantang larang yang perlu diamalkan.

Persediaan Menyambut Kelahiran

Apabila si isteri sudah mengandung selama sembilan bulan, si suami perlu memastikan
bahawa kayu api yang kering ada secukupnya di rumah untuk membuat unggun api bagi
memanaskan badan si isteri semasa dan selepas melahirkan anak. Dia juga perlu
mendapatkan halia merah atau halia biasa sekurang-kurangnya 10 kati, dua botol arak
beras dan satu botol minyak daripada sejenis buah untuk kegunaan isterinya semasa
bersalin nanti. Dia juga perlu membuka semula semua ikatan balutan dan penutup yang
telah dibuat untuk mengurangkan sakit semasa hendak bersalin dan mempercepatkan
kelahiran.

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030101swkbidayuh_mengandung.htm

Semasa Bersalin

Apabila si isteri sudah hampir tiba untuk bersalin, dia akan dibantu oleh pembantunya.
Orang yang diperlukan ketika ini ialah bidan, ibunya ataupun suaminya sendiri untuk
membantunya memasang pemegang sekiranya perlu atau untuk memasukkan bara api
ke dalam tempurung untuk mengasap wanita berkenaan. Ini bertujuan untuk menghalau
semangat jahat daripada mengganggu proses kelahiran tersebut.

Bidan kampung akan membaca jampi serapah dengan memegang semangkuk air sejuk
dan semangkuk gaharu yang membara. Pada penghujung setiap bacaan jampinya dia
akan mengetuk bawah mangkuk tersebut dengan hujung jari tengah tangan kanannya
sebanyak tujuh kali. Kemudian dia akan meniup air di dalam mangkuk itu dengan
mulutnya. Proses ini diulangi sebanyak tujuh kali. Selepas itu dia akan menyembur air
itu dengan mulutnya ke atas badan si isteri tersebut dari muka hingga ke penghujung
kaki, manakala si isteri tersebut berbaring. Selesai sahaja proses ini dilakukan,
air tirusoh atau air selusuh diberikan kepada si isteri tersebut untuk diminum, seboleh-
bolehnya dalam sekali teguk. Andainya tidak ada apa-apa reaksi dalam masa setengah
jam selepas itu, maka sirih perlu disediakan dan jampi serapah yang sama dibaca
mengikut peraturan yang sama. Selepas itu sirih tadi diberi kepada isteri tersebut untuk
dikunyah, dan seterusnya menanti saat untuk bersalin.
Memotong Tali Pusat

Sebaik sahaja anak tersebut dilahirkan, bidan akan menunggu urinya keluar dari perut si
ibu sebelum tali pusat dipotong untuk memisahkannya dari si anak. Jika uri itu tidak
keluar dalam masa lima minit maka bidan akan melakukan acara yang serupa seperti
yang dilakukannya untuk mengeluarkan anak dari dalam perut ibu. Anak yang baru lahir
itu diletakkan di atas tikar selepas badannya dibalut dengan kain bersih untuk
memanaskannya. Pada masa yang sama sebilah sembilu yang bersih dan tajam perlu
disediakan untuk memotong tali pusat bayi tadi sebaik sahaja uri sudah keluar.

Seterusnya bidan akan mengikat dengan ketat tali pusat bayi tadi. Ikatan yang pertama
dibuat 8sm. jauhnya dari bahagian perut dan ikatan kedua 2sm. dari ikatan pertama tadi
dengan menggunakan benang kapas. Selepas ini tali pusat itu dipotong di tengah-tengah
ikatan dengan sembilu. Bekas potongan itu kemudian disapu dengan campuran hitam
yang dibuat daripada minyak kelapa dan jelaga yang diambil daripada belakang periuk.
setiap kali selepas mandi, bekas potongan tali pusat bayi itu dibersihkan dengan air
suam dan dilap dengan kapas untuk mengeringkannya sebelum dilumur balik dengan
campuran jelaga hitam tadi. Apabila sudah cukup kering, bekas tali pusat itu akan
tanggal dengan sendirinya.

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030102swkbidayuh-bersalin.htm

Selepas Lahir

Selepas kelahiran, terdapat beberapa adat dan pantang larang tertentu yang dijalankan.

Kenduri Selepas Bersalin

Sebagai tanda penghargaan atas khidmat bidan dan pembantunya, keluarga berkenaan
akan menyembelih dan memasak ayam untuk dimakan bersama bagi menandakan
kelahiran anak tadi. Selepas makan, bidan akan diberi pinggan tanah berisi beras, sedikit
kunyit dan kelapa kering serta wang tunai sekurang-kurangnya lima ringgit.
Pembantunya juga diberi upah yang sama kecuali wang tunai yang hanya sebanyak tiga
ringgit. Selepas itu pantang pun dijalankan selama tujuh hari tujuh malam. Sepanjang
tempoh ini hanya bidan dan pembantunya tadi dibenarkan memasuki bilik untuk
merawat si ibu dan anaknya.

Menyimpan dan Menanam Uri

Uri bayi tersebut dimasukkan ke dalam kendi tanah yang kecil dan ditutup dengan abu
dapur dan ditinggalkan di sudut tempat memasang api dalam bilik keluarga berkenaan
sehingga bayi itu sudah boleh duduk dan berjalan sendiri. Mengikut adat masyarakat
Bidayuh, kendi yang mengandungi uri tadi akan dipecahkan apabila si anak sudah mula
belajar berjalan. Jika anak perempuan, kendi dipecahkan dengan kayu api dan sekiranya
anak lelaki, kapak akan digunakan. Uri tadi juga akan ditanam ke dalam tanah dan
masyarakat Bidayuh percaya perbuatan ini boleh menyebabkan si anak perempuan tadi
pandai membuat kerja-kerja rumah dan anak lelaki pula pandai membuat kerja-kerja di
sawah.
Menjaga Tali Pusat

Tali Pusat yang dipotong dan yang sudah tanggal dengan sendirinya itu disimpan di
dalam bekas buluh kecil yang disumbat mulutnya supaya tidak dimasuki angin. Ia
kemudian digantung di atas tempat tidur bayi tadi. Tali pusat yang sudah kering pula
hendaklah dijaga supaya tidak hilang kerana dikhuatiri anak tersebut akan menjadi
penakut dan pelupa. Selepas upacara di atas selesai, maka bilik kediaman anak itu
dikenakan pantang selama tujuh hari tujuh malam. Sepanjang masa itu, kerja-kerja
berikut adalah dilarang;

Membawa rebung, paku, kulat, pekasam daging dan ikan serta belacan ke dalam bilik,
dikhuatiri ibu dan anaknya jatuh sakit.

Naik ke siling atau memanjat pokok yang berdekatan kerana dikhuatiri si anak akan
jatuh sakit.

Merokok kerana bimbang si anak mendapat batuk.

Nasi untuk si ibu hendaklah dibungkus dengan daun manah dan dimakan dengan garam
nipah sahaja.

Selain itu, ibu tersebut juga hanya dibenarkan meminum arak atau air halia yang sudah
dijerang. Tuak tidak dibenarkan kerana perut akan menjadi kembung.

Sesiapa yang melanggar pantang di atas terutamanya pantang pertama dan kedua akan
dikenakan denda yang berat jika si ibu atau si anak jatuh sakit.

Perlindungan Daripada Kome

Sebaik sahaja sudah bersalin, bilah-bilah buluh yang tajam yang diikat bersama
digantung pada siling rumah di atas tempat bersalin. Ia berfungsi sebagai pelindung
kepada si ibu dan anaknya daripada bahaya yang mungkin dilakukan oleh semangat
jahat atau kome dan juga hantu yang dipanggil kok-anak.

Menamakan Anak

kanak-kanak masyarakat Bidayuh ketika kecil dipanggil suwe . Suwe adalah kata-kata
umum untuk anak lelaki dan sipira untuk anak perempuan. nama-nama ini digunakan
untuk mengelirukan semangat-semangat jahat. Nama tetap hanya diberi apabila anak
itu sudah berusia dua tahun. Bagaimanapun, jika anak itu jatuh sakit selepas diberi
nama tetap tadi, ibu bapanya hendaklah menamakannya semula samada dengan nama
timangan atau nama baru. Dengan berbuat demikian, kome tidak boleh mengganggu
roh mereka. Apabila kanak-kanak di dalam sesebuah keluarga itu mati selepas
dinamakan dengan nama keluarga mereka, nama keluarga tersebut hendaklah dibuang
dan nama baru ditambah pada nama sebenar untuk mengelirukan semangat jahat.
Justeru itu tidak ramai di kalangan masyarakat Bidayuh menggunakan nama bapa
mereka sebagai nama keluarganya.

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030103swkbidayuh-lepaslahir.htm
Pengenalan

Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan
menikmati hak sebagai anggota biik atau ramin itu. Masyarakat Bidayuh mengamalkan
monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas penceraian ialah satu
perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada
keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh
juga melarang perkahwinan antara sepupu.

Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota
kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan termakan
sumpah namun kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara nenek datuk
rnereka dengan keturunan bekas musuh rnereka, maka larangan tersebut mansuh. Di
kalangan kumpulan Dayak Bukar-Sadong, peraturan tentang perkahwinan agak longgar.
Lelaki dan perempuan boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain
sebelum mereka berkahwin.

Merisik

Dalam masyarakat ini, tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa berlaku apabila
seseorang sudah cukup dewasa dan memilih pasangan hidup. Sebagai petani, bakal
mentua inginkan calon suami yang boleh bekerja di kebun lada mahupun bertanam padi.
Mereka juga mengharapkan calon menantu lelakinya berpekerjaan tetap dengan
kerajaan atau swasta supaya kehidupan anak dan keturunannya terjamin. Kecuali
perkahwinan yang terlarang, masyarakat Bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan
anak-anak mereka. Dalam kumpulan Bukar-Sadong dan kumpulan Selako, mereka
dibenarkan untuk memilih pasangan yang disukainya tanpa mengira asal kaum.

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030201swkbidayuh_merisik.htm

Meminang

Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan. Dalam kumpulan seperti


Selako, Jagoi dan Lara, perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan. Pertunangan
ditandai dengan pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak. Andai kata pasangan
itu merasakan mereka secocok, perkahwinan boleh dilang-sungkan kemudian.

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030202swkbidayuh_meminang.htm

Bertunang

Terdapat perhubungan antara menuai padi dan peristiwa perkahwinan. Lebih baik hasil
yang diperolehi, lebih banyak perkahwinan dapat dilangsungkan. Ini adalah kerana
majlis pertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis kenduri yang besarr dan mewah
terutama bagi anak sulung lelaki atau anak tunggal. Sekiranya mereka gagal
mengadakan kenduri pertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan mencemuh
pengantin lelaki. Kerana itulah apabila hasil padi berkurangan, pertunangan atau
perkahwinan juga akan berkurangan.
Usia minima untuk bertunang bagi anak perempuan pada masa lampau ialah 16 tahun,
manakala bagi anak lelaki 18 tahun. Selepas memilih bakal tunang dan isterinya, lelaki
itu akan melantik orang perantaraan perempuan. Antara lain, perantara perempuan
tersebut akan menghantar tepak sirih atau kapur tunangatau sebentuk cincin
kepada perempuan berkenaan di samping untuk mendapatkan pandangan pihak
keluarga perempuan mengenai perkahwinan tersebut.

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030203swkbidayuh-bertunang.htm

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan yang diadakan sangat bergantung pada kemampuan ekonomi


keluarga pengantin. Dalam masyarakat Bidayuh, pilihan tempat tinggal selepas
berkahwin bergantung pada banyak faktor. Faktor utama ialah kedudukan ekonomi
pasangan yang berkahwin. Pihak suami yang berada dan berkedudukan boleh
mempengaruhi pihak isteri untuk tinggal bersama-sama keluarganya (amalan virilokal)
dan begitulah sebaliknya (uksorilokal). Dalam keadaan perkahwinan suami isteri sudah
stabil, mereka boleh duduk di rumah sendiri (amalan neolokal).

Kumpulan Dayak Selako melarang pengaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Perkahwinan boleh berlaku secara 'terpaksa' melalui amalan yang dikenal sebagai
'batangkap'. Ini merupakan amalan apabila pasangan lelaki dan perempuan yang kerap
dilihat berdua-duaan boleh dihadapkan kepada para pemimpin kampung supaya
tindakan dapat diambil. Mereka yang ditangkap bersetuju untuk berkahwin setelah
dibicarakan oleh pemimpin serta penduduk kampung supaya hubungan mereka sebagai
suami isteri boleh disahkan dengan mengadakan sedikit upacara setelah denda atas
kesalahan rnereka telah dijelaskan. Amalan batangkap dilakukan atas pasangan yang
menghadapi tentangan daripada ibu bapa.

Satu lagi cara melangsungkan perkahwinan adalah melalui amalan 'nyagam', apabila
bakal suami dihantar bersama-sama segala tikar bantalnya ke kediaman bakal isteri
setelah mendapat persetujuan daripada pihak perempuan. Biasanya lelaki yang memilih
untuk berkahwin cara demikian ialah seorang duda atau balu.

Perkahwinan yang sempurna mengikut pandangan suku Selako, Jagoi dan Lara ialah
perkahwinan yang melibatkan pengetahuan, peranan dan perancangan oleh ibu bapa
kedua-dua belah pihak. Perkahwinan juga mungkin melibatkan peranan orang
perantaraan atau dikenal sebagai picara di kalangan masyarakat Selako untuk mewakili
pihak lelaki. Setelah semua pihak bersetuju, hari dan masa yang sesuai akan ditetapkan.

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030204swkbidayuh_kahwin.htm

Pengenalan

Sesuatu kematian dalam semua masyarakat perlu disempurnakan dengan sebaik-


baiknya. Masyarakat Bidayuh juga tidak terkecuali menguruskan upacara kematian
dengan mengikuti pantang-larang dan adat-adat tertentu. Secara ringkasnya adat
kematian masyarakat Bidayuh adalah seperti berikut.

Semasa Kematian

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga dan sahabat si mati akan segera menziarahinya.
Kaum wanita segera menyanyikan lagu sedih yang disebutmpesan iaitu kata-kata
terakhir kepada si mati. Mayat dimandikan dan disapukan minyak serta dipakaikan
pakaian yang indah dan dibalut dengan kain putih yang baru. Mayat seterusnya
diletakkan di atas tikar pandan. Ketika ini seorang lelaki diarahkan menggali kubur dan
ditugaskan mengusung mayat ke kubur. Pengebumian akan dijalankan apabila semua
ahli keluarga dan saudara-mara si mati sudah berkumpul.

Pengebumian

Pengebumian atau pembakaran mayat dilakukan oleh seorang penduduk kampung yang
memang ditugaskan itu menjalankan kerja-kerja tersebut. Segala makanan yang
diletakkan berdekatan mayat tersebut akan dibuang, ini dilakukan semasa mayat dibawa
ke tanah perkuburan. Tikar tempat mayat dibaringkan akan dikemas serta lantainya
dicuci untuk menghilangkan bau mayat. Ia juga bertujuan untuk mengelak semangat si
mati masuk ke dalam bilik tersebut. Mayat masyarakat Bidayuh akan dibakar atau
ditanam dengan menjalankan beberapa adat-adat tertentu.

Selepas kematian

Selepas pengebumian, ahli keluarga si mati tidak dibenarkan meninggalkan rumah si


mati selama empat hari. Sementara penduduk kampungnya pula tidak dibenarkan turun
ke sawah selama dua hari. Ini adalah sebagai upacara berkabung untuk si mati.

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030301swkbidayuh_kematian.htm

Anda mungkin juga menyukai