Anda di halaman 1dari 65

Tanaman hiasan adalah tumbuhan yang ditanam

untuk menghiasi sesuatu kawasan bagi mewujudkan


pemandangan yang cantik dan indah.Tanaman hiasan
ada yang berbunga dan tidak berbunga. Tanaman
hiasan ini ditanam di dalam bekas seperti pasu atau
ditanam terus di atas tanah . Tanaman hiasan ada yang
berbunga dan ada yang tidak berbunga.

PENGENALAN
Tanaman hiasan ini boleh dikomesialkan atau
dijadikan sebagai hobi. Dewasa ini kita sering
melihat nurseri tumbuh bagai cendawan selepas
hujan. Ini jelas tanaman hiasan merupakan
pilihan masyarakat hari ini yang mementingkan
suasana persekitaran yang hijau dan
mendamaikan. Jika hobi menanam tanaman
hiasan dijalankan secara serius, maka tidak
hairanklah ianya boleh mendatangkan
keuntungan yang sangat lumayan.
Namun untuk memulakan hobi atau secara
komersial, seseorang itu seharusnya mengenali
jenis-jenis tanaman hiasan
Halaman rumah indah dan ceria.
Kita dapat bekalan tambahan udara segar.
Bunga-bunga akan menghiburkan hati kita
dengan pelbagai warna bunganya.
Hati menjadi tenang apabila melihat bunga
yang indah dari segi daun, corak dan bau.





KEBAIKAN MENANAM
TANAMAN HIASAN
Memandang bunga-bunga jenis daun hijau
mata akan menjadi segar.
Masa lapang dimanafaatkan dengan
menanam bunga
Bunga-bunga akan menghiburkan hati kita
dengan pelbagai warna bunganya.
Wujud rasa keinsafan melihat ciptaan Allah
yang luar biasa.







TAYANGAN VIDEO
Tapak Semaian Seri Wangi, Lot 357, Lendu, Rembia,
ialah Nursery milik Encik Boon iaitu seluas lima ekar.
Beliau mengusahakan pelbagai jenis tanaman hiasan
yang bertujuan untuk komersial. Menurutnya beliau
membuka nusery ini memandangkan masyarakat hari
ini sangat menggemari tanaman hiasan ini untuk
menghiasi kediaman mahupun pejabat. Perniagaan
tanaman hiasan ini telah diusahakan sejak lima tahun
yang lalu dan mendapat sambutan yang sangat
daripada pelanggan.






Pelangaannnya pula terdiri daripada penduduk
setempat dan juga luar dari negeri Melaka. Beberapa
orang pelanggan yang datang ke tapak semaian ini
berpuas hati dengan tanaman hiasan yang dibeli di
sini. Tanaman hiasan yang terdapat di sini cantik-
cantik dan bermutu tinggi. Kini encik Boon
mempunyai tiga orang tenaga pekerja dan dua buah
lori. Encik Boon Kim juga turut memasarkan
tanaman hiasannya di pasar tani atau pasar minggu
yang terdapat di sekitar negeri Melaka.
Terdapat pelbagai jenis tanaman hiasan yang
ditanam di tapak semaian ini. Antaranya pokok renek
seperti bunga kertas, bunga puding, bunga raya dan
sebagainya. Menurutnya pokok bunga kertas turut
diminati oleh para pelanggannya. Hal ini adalah kerana
bunga kertas mudah dijaga dan terdapat pelbagai
warna yang menarik. Pokok bunga kertas juga
dibiakkan secara cantuman supaya mendapat
kepelbagaian warna dalam sebatang pokok. Tambahan
pula pokok bunga kertas telah dipilih sebagai tanaman
yang menghiasi seluruh bandar, di sepanjang jalan raya
Alor Gajah oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah.




Tanaman hiasan pokok palma juga sangat digemari oleh
masyarakat hari ini. Antaranya pokok pinang kuning,
pinang raja dan rafis. Pokok ini kebanyakan di tanam di
kawasan perumahan. Pokok bunga semusim juga
banyak terdapat di sini. Antaranya pokok balung ayam,
bunga tahi ayam, bunga mawar, bunga kekwa, bunga
daisy dan sebagainya. Menurut pengusahan tanaman
ini juga digemari oleh pelanggannya kerana ianya
cantik. Tanaman tutup bumi seperti rumput tikar,
rumput mutiara dan rumput lembu juga ditanam di
sini. Masyarakat hari ini gemar menanam rumput tikar
di kediaman mereka dengan tujuan nampak cantik dan
kemas.
Selain menjual pelbagai jenis tanaman hiasan, Encik
Boon Kim juga menjual pelbagai jenis tanah untuk
kegunaan tanaman. Contohnya tanah pasir, tanah loam,
baja kimia dan baja organik
Terdpat pelbagai kaedah digunakan untuk pembiakan
tanaman di sini. Antaranya kaedah keratan batang,
cantuman, tut dan juga biji benih.
RAKAMAN FOTO DI TAPAK
SEMAIAN SERI WANGI
PELBAGAI JENIS PASU
DAN BAJA
JENIS-JENIS
TANAMAN HIASAN
\
POKOK
NAUNGAN
JENIS-
JENIS
TANAMAN
HIASAN
POKOK
RENEK
POKOK
BUNGA
SEMUSIM
POKOK
MEMANJAT
/MENJALAR
POKOK
PALMA
POKOK
KAKTUS
POKOK
NAUNGAN
Pokok
tembusu
Pokok
semarak
api
Pokok
beringin
Pokok
doa
POKOK
RENEK
Pokok
bunga
kertas
Pokok
jejuang
Pokok
puding
Pokok bunga
raya
POKOK SEMUSIM
Bunga tahi
ayam
Bunga
mawar
Bunga balung
ayam
Bunga kekwa
hitam
Bunga
matahari
Bunga
tabus
POKOK PALMA
Licuala
Gandis
Pokok pinang
raja
Pokok
Foxtail
Pokok
kipas
POKOK KAKTUS
POKOK MEMANJAT
Pokok bunga
seri pagi
Ros jepun
Cereus
peruvanius
Espotoa lanata
Ciri-ciri pokok naungan adalah:

1. Tinggi- lebih dari 5 meter
2. Bentuk berbatang tunggal
3. Kegunaan teduhan dan penahan
angin
4. Contoh:pokok semarak api,
tembusu dan pokok bunga tanjung.

Pokok Naungan
Ciri-ciri pokok renek adalah:
1. Tinggi- kurang dari 5 meter
2. Bentuk batang berkayu,
berdahan dan mempunyai ranting
3. Kegunaan teduhan dan hiasan
4. Contoh: Pokok bunga kertas,
pokok bunga raya

Pokok Renek
Ciri-ciri pokok semusim adalah:

1. Tinggi- ketinggian yang berbeza-beza
2. Tumbuhan yang hidup dalam jangka masa
yang singkat
4. Mati selepas mengeluarkan bunga
5. Mempunyai pelbagai warna dan bentuk
6. Kegunaan selalu dijadikan sebagai hiasan
7. Contoh: pokok bunga mawar, balung ayam,
bunga tahi ayam


Pokok Semusim
Ciri-ciri pokok palma adalah:

1. Tinggi- ketinggian yang berbeza-beza
2. Batang tunggal, tidak bercabang dan
diakhiri daun.
3 Contoh: Pinang raja, rafis dan pinang
kuning.

Pokok Palma
Ciri-ciri pokok kektus adalah:

1. Mempunyai bentuk yang unik.
2. Batang tunggal, tidak bercabang dan
diakhiri sejambak daun.
3. Contoh: Espoto lanata, Cereus peruvanius
dan Opuntia microdays


Pokok Kektus
Pembiakan seks
Melalui penyemaian biji benih

Kelebihan:
Murah dan menghasilkan banyak pokok
Menyediakan pokok penanti
Menghasilkan baka-baka baru
Kadangkala terhasil hibrid yang lebih cergas
berbanding pokok induk
Keburukan:
Tidak menurunkan baka yang tulin
Terdapat masa rehat (dormancy
Masa yang panjang untuk matang
Bermusim

MENYEMAI BIJI BENIH
Medium penyemaian
Sabut terproses, vermiculite, perlite, pasir
Camputan bahan di atas.

Langkah penyemaian
Sediakan medium pasir sungai ke dalam bekas
Siram supaya medium lembap
Biji benih halus digaul dengan pasir (1 bhg benih:3
bhg. pasir)
Tabur biji benih di atas permukaan medium
Biji benih ditutup dengan satu lapisan medium dan
siram semula
Bekas ditutup dengan plastik hingga benih
bercambah




Cara menyemai dan mengubah biji benih
halus

Menyemai biji benih besar
Biji benih disemai ke dalam medium percambahan
sedalam 2 kali ganda garis pusat biji benih
Pembiakan aseks/tampang
Menggunakan salah satu bahagian
tumbuhan

Daun
Keratan batang
Mata tunas
Akar
Pembiakan aseks

Kebaikan:

Boleh mendapat pokok yang seragam
Menyerupai induk yang dipanggil klon
Cepat berbunga/berbuah
Boleh dibiak sepanjang tahun
Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa
Dapat membiak , tumbuhan yang tidak boleh dibiak
dengan biji


Keburukan

Pemindahan penyakit lebih mudah terutama oleh virus
Tidak semua jenis tumbuhan boleh dibiak dengan cara ini
Pembiakan secara batang
KERATAN

Keratan dahan atau batang

Keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu
sederhana dan keratan kayu hijau atau lembut.


Keratan Batang
Cara mengambil keratan batang:
1. Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit.
2. Panjangnya keratan anantara 15 - 20cm.
3. Potong pangkal keratan itu serong di bawah satu mata tunas.
4. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun.
5. Tentukan sekurang- kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1
tunas untuk pucuk.
6. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada
keratan).
7. Tekan di sekeliling pangkal keratan. Siram. Untuk keratan
yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon
penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini
ada dijual dalam bentuk debu.

Keratan Daun

Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan
uratdaun, keratan tangkai daun dan keratan helaian daun.

Cara keratan daun dibuat:
1. Ambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di
mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir.
2. Akar dan daun baru akan keluar dari sebelah bawah daun.
Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak sehelai daun yang
telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh
dibiak dengan cara keratan bahagian daun.
3. Untuk membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun
mempunyai batang sepanjang 2.5 4cm panjang.

Keratan Akar


Cara Keratan akar dibuat :
1. Potong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak
berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang.
2. Kemudian ditanam dengan membaringkan akar di
dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah
gambut.
3. Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan
pasir. Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji
dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya
pokok sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya
boleh digunakan sebagai bahan pembiakan.
Pemasuan Semula

1. Kelebihan menanam tanaman dalam pasu

i. Tanaman mudah dialihkan
ii.Tidak memerlukan kawasan yang luas
iii.Boleh disusun dengan susunan yang







1.Kekurangan menanam tanaman
dalam pasu

i. Terhad kepada beberapa jenis
tanaman kecil sahaja
ii.untuk tanaman jangka masa singkat
sahaja
iii.perlu pemasuan semula apabila
tanaman kurang subur


1.Sebab-sebab pemasuan semula
i. Pasu retak atau pecah
ii. Pasu terlalu padat dengan akar tanaman
iii.Tanaman terlalu besar atau terlalu
merimbun
iv.Tanaman tidak lagi subur akibat
kekurangan nutrien
v.Tanaman kurang segar dan berpenyakit

Pasu retak hendaklah ditukar
Tanaman terlalu merimbun
Air keluar dari lubang
saliran
Menyediakan Medium Pemasuan

Medium pemasuan terdiri dari tanah loam, bahan
organik dan pasir sungai

Nisbah medium memasu ialah; 3 : 2 : 1





baldi
skop
penyiram
Penapis pasir
Alatan Pemasuan
Pemilihan Pasu
1. Beli
2. Menggunakan semula pasu sedia ada

Pasu plastik
Pasu tanah liat
Pasu seramik


Menyediakan Pasu
i. Pilih jenis pasu yang sesuai dengan tanaman dan
kedudukan letak pasu tersebut

ii.Pilih pasu yang lebih besar daripada pasu asal
Jika menggunakan pasu baru , rendam semalaman
dalam air

iii.Jika menggunakan pasu terpakai, rendam dalam
larutan formalin semalaman untuk membunuh
bakteria

iv. Tutup lubang pasu dengan serpihan pasu atau
dengan batu kelikir untuk menggelakkan medium
keluar ketika menyiram

Langkah-langkah Pemasuan Semula
- Lembabkan medium tanaman






- Medium disiram untuk melembabkannya
- Pangkas / buangkan akar yang terkeluar daripada lubang saliran
- Pegang pangkal pokok dan tarik keluar tanaman daripada pasu
- Jika tidak berjaya , tunggingkan pasu dan ketuk perlahan-lahan
- Apabila telah keluar ,pangkas /buang dahan-dahan yang tidak
diperlukan
-Buang 1/3 daripada medium yang lama

A.Buang medium dengan sudip tangan
B.Gunakan pasu baru yang lebih besar atau basuh dan
bersihkan pasu.
C.Masukan medium baru 1/3 dalam pasu.

Masukan tanaman hiasan tersebut


A.Masukan tanaman hiasan ke dalam pasu yang disediakan
B.Tambahkan medium sehingga 2.5 cm daripada bibir pasu.
C.Siram dan letakkan ditempat yang teduh
Memasu juga adalah proses memindahkan anak pokok
daripada beg poli ke dalam pasu





Penjagaan tanaman
- Menyiram




-Penyiraman dilakukan pagi dan petang
-Gunakan alat penyiram yang mempunyai muncung halus
-Air siraman akan melarutkan nutrien dan membantu proses
fotosintisis








- Membaja






Membaja akan membolehkan pokok terus hidup dan subur
Gunakan baja organik atau baja kimia


















-Merumput




- Merumput bermaksud membuang rumput rumpai
- Rumput rumpai adalah tumbuhan yang tidak diperlukan oleh
tanaman di dalam pasu
- Rumput rumpai adalah pesaing tanaman untuk
mendapatkan nutrien , air dan ruang
-Rumput rumpai boleh dibuang dengan menggunakan tangan
atau serampangan tangan
















- Mengembur

-Menggembur bermaksud aktiviti meloggarkan medium
medium yang telah digembur dan loggar akan
- Memudahkan air mengalir
- Memudahkan akar menembusi medium
Membaiki pengudaraan






Mengawal serangan musuh

- Musuh tanaman hiasan adalah seperti serangga perosak, siput
babi dan penyakit
- Serangga perosak dikawal dengan menyembur tanaman
dengan racun serangga
- Siput babi dikawal dengan umpan beracun



1. Sediakan pasu gantung yang sesuai.


2. Batu-batu kecil.


3. Campuran tanah

4. Campuran tanah dimasukkan ke dalam
pasu.

5. Masukkan batu-batu kecil terlebih dahulu
untuk menutup lubang supaya campuran
tanah tidak keluar apabila pokok disiram.
6. Dawai dipasang pada lubang pasu
gantung untuk tujuan menggantung
pokok bunga.
7. Air disiram pada pokok bunga
yang baru ditanam.

8. Pokok perlu digantung di tempat yang
teduh dan sesuai yang membolehkan
pokok bunga yang ditanam dapat hidup
dengan subur.



KAEDAH PEMBIAKAN
Secara semulajadi:
RAYAPAN
BELAHAN
UMBISI
BEBAWANG
RIZOM
TUBER

Secara buatan:
Keratan
Tut
Cantuman

Anda mungkin juga menyukai