Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan
yang diusahakan oleh pihak komuniti KRT bersama agensi-agensi terbabit kepada
golongan yang disasarkan iaitu penduduk kampung dan warga komuniti KRT. Ia juga
dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amlan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh
masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Para penduduk kampung menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah


diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar komuniti KRT
dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat.

1.1 KEMPEN JOM HIDUP SIHAT

Jom Hidup Sihat boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan
Jom Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang,
senaman yang konsisten ,mengelakkan stress dan konflik serta menjauhi
penyalahgunaan dadah.

1.2 TUJUAN PROGRAM

Program Kesihatan dilaksanakan bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan


Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi
pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para penduduk
kampung serta masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini
amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda
harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal
usia kanak-kanak lagi. Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi
memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.

1.3 RASIONAL PROGRAM

Program Jom Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga
komuniti KRT demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para penduduk
kampung mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah dan
pemeriksaan kesihatan kepada para penduduk kampung akan dapat memupuk perasaan
cintakan kesihatan.

1.4 MATLAMAT PROGRAM

Memastikan penduduk kampung sentiasa berada pada tahap kesihatan yang


memuaskan dari segi fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua
aktiviti di komuniti KRT.

1.5 OBJEKTIF PROGRAM

 Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan


pengetahuan, kefahaman dan kemahiran penjagaan kesihatan.

 Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri
yang tinggi di kalangan penduduk kampung dari segi fizikal, emosi, mental dan
rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial
seperti merokok dan peyalahgunaan dadah

 Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan komuniti


KRT bagi mencapai matlamat bersama.

 Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan


menerapkannya kepada para penduduk kampung dan komuniti setempat.

 Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk


kampung walau di mana mereka berada.

 Membimbing para penduduk kampung ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari
anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.
1.6 KUMPULAN SASARAN :

 Seluruh warga KRT Bandar Pasir Mas D

1.7 TARIKH / TEMPAT:


 Tarikh : 20 Mei 2016
 Masa : 7.45 pagi – 12.30 tengahari
 Hari : Jumaat
 Tempat: Padang Bola Kampung Banggol

1.8 Cadangan Carta Organisasi

AJK INDUK PROGRAM JOM HIDUP SIHAT KRT PASIR MAS D

PENASIHAT
Tn Hj Rashid Bin Saad
Pengerusi Krt Pasir Mas D

PENGERUSI
Pn Noriza Bt Awang Zakaria
Sr. Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas

NAIB PENGERUSI
En Hanida B. Mohd Zain
Penghulu Mukim Kasar

SETIAUSAHA
En. Muhammad Firdaus B Rashid
Pen. Su Krt Bandar Pasir Mas D

BENDAHARI
Hj. Mohd Ali Bin Mamat
Bendahari Krt Bandar Pasir Mas D

Sn. Haniziah Abu En. Mohd Azhan Hj. Kamaruzzaman


YM Hj. Raja Ariff En. Mohd Azmi Pn. Haslina
AJK PELAKSANA PROGRAM JOM HIDUP SIHAT KRT PASIR MAS D

PENASIHAT
Tn Hj Rashid Bin Saad
Pengerusi Krt Pasir Mas D

PENGERUSI
Pn Noriza Bt Awang Zakaria
Sr. Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas

NAIB PENGERUSI
En Hanida B. Mohd Zain
Penghulu Mukim Kasar

SETIAUSAHA
En. Muhammad Firdaus B Rashid
Pen. Su Krt Bandar Pasir Mas D

BENDAHARI
Hj. Mohd Ali Bin Mamat
Bendahari Krt Bandar Pasir Mas D

AHLI JAWATANKUASA
SAMBUTAN URUSETIA
En. Mohd Azmin B. Mohamad En. Mohd Azmi
En Hanida Bin Mat Zin Hj. Kamaruzzaman
HADIAH DOKUMENTASI
Pn. Haslina En Muhammad Firdaus Bin Rashid
Pn Akali Inani Bt Ab Rahman
SIARAYA PELANCARAN/BANNER
YM Hj. Raja Ariff En Abdul Aziz b. Abdul Rahman
En.Mohd Hisyamuddin b Abd Ghani

JAMUAN
Pn NurAini bt Zubir
Pn Che Norma bt Dollah

PERSIAPAN TEMPAT
En. Yaakob
Sn. Haniziah Abu
1.9 TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM JOM HIDUP SIHAT KRT PASIR MAS D


20 MEI 2016 (JUMAAT)

MASA PERKARA

7.45 PG - 8.00 PG BERKUMPUL DI PADANG BOLA KG BANGGOL

8.00 PG – 8.30 PG SENAMROBIK

8.30 PG – 10.00 PG I) BERJALAN 10,000 LANGKAH


II) PEMERIKSAAN KESIHATAN

10.00 PG – 12.00 TGH HARI AKTIVITI PERTANDINGAN :

I) PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN


II) PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
III) PERTANDINGAN SEPAK RAGA BULATAN

12.00 TGH HARI – 12.30 TGH PENYAMPAIAN HADIAH DAN CABUTAN BERTUAH
HARI

12.30 TGH HARI BERSURAI


1.10 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 Makan dan Minum
- Kuih RM 100.00
- Nasi bungkus RM 150.00
(50 bungkus x rm3)
- Air mineral RM 80.00
(10 kotak x rm8)
- Air Sabil RM 100.00
- Air tea RM 20.00
( 2 jug)

JUMLAH RM 450.00
2 Persiapan Tempat dan Peralatan
- Upah mesin rumput RM 20.00
- Fotostat kad jemputan RM 15.00
- Banner RM 60.00
- Meja dan kerusi serta khemah RM 200.00
- Bola takraw RM 55.00
- Buah tembikai RM 60.00
( 6 biji x RM10 )
JUMLAH RM 410.00
3 Hadiah
- Kain tuala RM 120.00
( 6 helai x RM20 )
- Hamper RM 150.00
( 5 buah X RM 30 )
- Cabutan Bertuah RM 230.00
(20x RM11.50)
JUMLAH RM 500.00
4 Lain-lain kos RM 140.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1500.00


1.11 SUMBER KEWANGAN
Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH
1. KOSPEN RM 500.00

2. SUMBANGAN KRT PASIR MAS D RM 1000.00

JUMLAH RM 1500.00

1.12 PENUTUP

Diharapkan aktiviti hari Jom Hidup Sihat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat
mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan
terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk
mencegah dan mengelakan penyakit melalui aktiviti gaya hidup sihat seperti yang diterapkan
melalui program seumpama ini. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua
pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

Disediakan oleh,
Tarikh: 15hb Mei 2016
……………………………..........…
(MUHAMMAD FIRDAUS BIN RASHID)
SETIAUSAHA KERJA,
KRT BANDAR PASIR MAS D
d/a LOT 1859, TAMAN SRI JIAS
17000 PASIR MAS,
KELANTAN

Disahkan oleh, Tarikh:


………………………………………...
(HJ RASHID BIN SAAD)
PENGERUSI,
KRT BANDAR PASIR MAS D
d/a LOT 1859, TAMAN SRI JIAS
17000 PASIR MAS,
KELANTAN

Anda mungkin juga menyukai