Anda di halaman 1dari 10

AZFA HANANI

Halis Azhan Mohd Hanafiah

TEMA

Tema dalam novel Azfa Hanani ialah pengorbanan yang dilakukan oleh seorang gadis demi
menyelamatkan seorang ibu daripada menghadapi tekanan jiwa kerana kehilangan anak
kesayangannya dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani seorang anak yatim piatu sanggup
menerima tawaran untuk menjadi Tengku Murni bagi memastikan Datin Maziah yang baru tersedar
daripada koma tidak tertekan jika mendapat tahu bahawa anak kesayangannya telah meninggal
dunia.

PERSOALAN

1. Pengorbanan dalam menempuh kehidupan.


a. Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi
menggantikan tempat Tengku Murni. Kesanggupannya itu juga membolehkan
sepupunya mendapat rawatan penyakit lumpuhnya sebagai balasan.
b. Azfa Hanani berkorban dengan meninggalkan rakan-rakannya dan keluarga di
kampung.
c. Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah
Datin Maziah. Hal yang demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa
Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai
kehadirannya di rumah itu.

2. Berani mengambil risiko.


a. Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil
risiko dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
b. Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu,
sekolah baharu dan kawan-kawan yang baharu.

3. Kegigihan dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian.

a. Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar dengan
tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.
b. Selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa
Hanani masih bersikap optimis dan tidak berputus asa.

4. Sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat.

a. Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar


kerana tamakkan harta.
b. Tengku Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan Ekran
kerana Ekran berasal dari keluarga yang susah.
c. Sikap Laili yang sombong dan angkuh kerana berasal daripada keluarga yang
kaya.

5. Berpegang kepada janji.

a. Datuk Tengku Makmur tetap menunaikan janjinya untuk membayar ‘upah’


kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Murni.
b. Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai kos rawatan Zuraini.
c. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang kepada janji mereka 16
tahun yang lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai
menebus kesalahan mereka.

MENGENAL WATAK.

Jenis Watak:

1. Watak utama / watak protagonis


a. Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah cerita.
b. Watak utama muncul dalam sebahagian besar peristiwa penting sesebuah cerita.
c. Watak utama dalam novel ini ialah Azfa Hanani.
2. Watak sampingan
a. Watak sampingan menyokong tindak-tanduk watak utama untuk melengkapkan
cerita.
b. Kemunculan watak sampingan tidak sekerap watak utama.
c. Antara watak sampingan dalam novel ini ialah Tengku Mazran, Kak Syafinaz,
Datin Maziah, Tengku Datuk Makmur, Tengku Ellina, Tengku Muzaffar dan
Ekran.
3. Watak Antagonis.
a. Watak antagonis sentiasa menimbulkan konflik dengan watak utama.
b. Watak antagonis dalam novel ini ialah Laili yang memusuhi Azfa Hanani.

4. Watak Bulat / Watak Bundar.


a. Watak ini merupakan watak utama yang menepati sifat manusia dalam
kehidupan sehari-hari.
b. Dalam novel ini, Azfa Hanani merupakan watak Bundar.
c. Azfa Hanani memiliki sifat-sifat yang ada pada manusia biasa. Misalnya, dia
berasa takut/malu jika tindakannya sering ‘meminjam’ buku-buku rujukan SPM
dari perpustakaan akan diketahui orang. Azfa Hanani juga berasa tersinggung
apabila dihina. Contohnya, tindakan Datuk Tengku Makmur mencampakkan
wang ‘upah’ penyamarannya itu ke atas katil telah menyinggung perasaan Azfa
Hanani.
5. Watak Pipih.
a. Watak ini merupakan watak sampingan yang hanya dipusatkan pada suatu aspek
sifat atau fikirannya.
b. Watak ini tidak kompleks dan tidak berkembang.
2
c. Antara watak pipih dalam novel ini ialah Tengku Ellina yang merupakan saudara
dua pupu Tengku Murni dan menolong Azfa Hanani menyesuaikan diri di
Sekolah Menengah Taman Sari.
6. Watak Dinamik.
a. Watak dinamik berubah, sama ada dari segi psikologi atau dari segi aksi-aksi
yang berlaku dalam plot.
b. Perubahan yang berlaku mungkin daripada kurang baik menjadi yang baik atau
sebaliknya.
c. Contoh watak dinamik dalam novel ini ialah Tengku Muzaffar. Dia pada
mulanya sering menunjukkan sikap syak wasangka terhadap Azfa Hanani. Dia
juga memandang rendah terhadap orang yang kurang berada. Namun akhirnya,
dia telah berubah dan insaf atas perbuatannya terhadap Azfa Hanani. Tengku
Muzaffar mula berjinak-jinak dengan masjid dan mengikuti pengajian agama di
situ.
7. Watak Statik.
a. Watak statik tidak mengalami sebarang perubahan tingkah laku atau fikiran dari
awal hingga ke akhir cerita.
b. Contoh watak statik dalam novel ini ialah Kak Finaz (Syafinaz).

WATAK DAN PERWATAKAN

Azfa Hanani / Aku

a. Gigih dalam menuntut ilmu. Buktinya setiap hari dia berulang-alik dari rumah ke
sekolah sejauh 30 km dengan menggunakan bas sekolah.
b. Taat kepada pak long dan mak longnya. Dia meminta keizinan mereka terlebih
dahulu sebelum bersetuju untuk mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala
Lumpur.
c. Penyayang. Dia amat menyayangi anak-anak pak longnya.
d. Bertanggungjawab. Dia tetap mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang
‘dipinjamnya’ itu kepada Cikgu Zamin.
e. Taat pada perintah agama. Buktinya, dia rajin bersembahyang dan selalunya setiap
malam Jumaat dia akan membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah ayah
dan ibunya.
f. Bijak bergaul. Dia tidak kekok untuk bercampur dengan pelajar-pelajar di sekolah
baharunya, iaitu SM Taman Sari.
g. Cekal hati. Contohnya, Azfa Hanani berjaya mengharungi kehidupan seorang diri di
tempat yang baharu.
h. Pemaaf. Dia sudi memaafkan perbuatan Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.
i. Teguh jati diri. Buktinya, dia masih mahu mengekalkan identiti diri sebagai Azfa
Hanani walaupun telah diterima baik oleh keluarga Datuk Tengku Makmur.

Tengku Murni / Murni

3
a. Anak yang manja. Tengku Murni akan mencium pipi ibunya sebelum keluar ke
mana-mana.
b. Peramah. Tengku Ellina memberitahu Azfa Hanani bahawa Murni baik dengan
hampir semua pelajar SM Taman Sari.
c. Tidak mudah mengalah. Buktinya melalui perbualan antara Abang Mazran dan Azfa
Hanani, Murni dikatakan tidak mahu beralah apabila bergaduh dengan abang-
abangnya.
d. Tidak memandang rendah pada orang lain. Syafiqah dan Fuziana ditegur oleh Murni
kerana sering merendahkan orang lain.

Datin Maziah

a. Ibu yang penyayang. Dia sangat menyayangi dan memanjakan Tengku Murni.
b. Mengalami tekanan perasaan. Tengku Mazran terpaksa meminta Azfa Hanani
menyamar sebagai Tengku Murni bagi meredakan tekanan perasaan yang dialami
oleh ibunya itu.

Tengku Mazran / Abang Mazran

a. Anak yang bertanggungjawab. Buktinya, dia berusaha untuk menyembuhkan ibunya


dengan mencari penawarnya, iaitu meminta Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya
Tengku Murni.
b. Penyayang. Buktinya, atas dasar kasih kepada ibu, dia berusaha untuk
menyembuhkan tekanan perasaan yang dihadapi ibunya.
c. Mengambil berat. Buktinya dia sentiasa mengambil tahu akan keperluan Azfa
Hanani.
d. Berpegang teguh pada janji. Setiap janjinya dengan Azfa Hanani ditunaikan.
e. Berpendirian terbuka. Contohnya, dia tidak begitu kisah dengan statusnya yang
berketurunan
bangsawan.
Syafinaz/Kak Finaz

a. Sanggup berkorban. Dia telah berhenti kerja kerana hendak mengurus keluarga
mentuanya setelah Datin Maziah sakit.

b. Bijak mengurus diri. Setelah AH dapat menyesuaikan dirinya, Kak Finaz


menyambung tugasnya sebagai seorang arkitek.

Ekran

a. Cekap. Projek Hari Sumbangsih telah berjaya membuat kutipan yang tinggi hasil
kecekapannya sebagai pengerusi.

b. Merendah diri. Dia tidak berasa malu untuk berniaga burger sungguhpun dia berasal
dari keluarga yang agak berada.

c. Mempunyai hubungan yang istimewa dengan Tengku Murni. Diari Tengku Murni
yang dibaca oleh AH mengesahkan hubungan mereka.

4
Datuk Tengku Makmur

a. Angkuh. Dia menilai pertolongan yang diberikan oleh AH berdasarkan


pertimbangan wang ringgit
semata-mata.
b. Berpegang teguh pada janji. Buktinya selama 16 tahun beliau dan Datin Maziah
mencari AH namun tidak
berjumpa. Tujuannya untuk menunaikan janji mereka untuk memelihara AH.

Kumpulan Watak Novel Azfa Hanani

a. Keluarga Datuk Tengku Makmur

 Datin Maziah
 Tengku Mursyadad
 Tengku Mizran
 Tengku Mazran
 Tengku Muzaffar
 Tengku Murni
 Syafinaz / Kak Finaz

b. Keluarga Pak Long atau Pak Madi

 Mak Long atau Mak Diah


 Zuraini
 Zurina
 Zahir
 Zahidin

c. Rakan-rakan sebaya

 Falini, Aini, Kamilah, Nordin, Rozlan – rakan di Sekolah Menengah Dian.


 Tengku Ellina, Suzana, Adriani, Ekran – rakan di Sekolah Menengah Taman Sari.
 Fazlina, Adlan, Fuad – kumpulan Forum Remaja.
 Iskandar – pemuda mata keranjang.
 Laili, Syafikah, Fuziana – kumpulan Budak Glamor.

d. Guru-guru

 Cikgu Sofea, Cikgu Zamin, Cikgu Habib – guru Sekolah Menengah Sri Dian.
 Cikgu Ramzan, Cikgu Sani, Cikgu Zamri – guru Sekolah Menengah Taman Sari.

e. Kumpulan pembantu

 Pak Haji Arshad – bapa Nordin, Ketua Kampung Merpati.


 Mak Hajjah Kiah – ibu Nordin
5
 Norman
 Syarifah Rozan

LATAR

Latar Tempat

1. Di makmal kimia. Di sinilah Azfa Hanani bimbang kerana mengesyaki perbuatannya


‘mencuri’ buku-buku rujukan dari perpustakaan terbongkar.
2. Di bilik pengetua. Azfa Hanani bertemu buat kali yang pertama dengan Tengku Mazran dan
Kak Finaz.
3. Di rumah pak long. Tempat Azfa Hanani dibesarkan.
4. Di Hotek Universe. Azfa Hanani diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku
Murni makan, bercakap, dan lain-lain lagi.
5. Di banglo kepunyaan Datin Maziah. Tempat tinggal Azfa Hanani.
3. Di Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan yang diadakan oleh pelajar-pelajar
Tingkatan lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih yang akan diadakan.
4. Di Institut Lingua Franca. Tempat di mana Azfa Hanani belajar bahasa Inggeris dan Bahasa
Jepun.
5. Di rumah Tengku Ellina. Azfa Hanani dan para pelajar yang lain berlatih dan berbincang
tentang pertandingan Forum Remaja.
6. Di dusun Pak Haji Arshad. Datuk Tengku Makmur sekeluarga datang menemui Azfa
Hanani.

Latar Masa
1. Latar masa novel ini mengambil masa beberapa bulan sahaja iaitu semasa Azfa Hanani
menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan
persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari.
2. Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang, petang dan malam. Azfa Hanani
menjalani kehidupannya sebagai pelajar pada waktu pagi . Waktu petang pula adalah
ketika Datin Maziah mengadakan sambutan hari jadi Azfa Hanani yang ke-17. Latar
malam ketika Azfa Hanani membaca dan mengkaji diari Tengku Murni
Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang sanggup berkorban dengan tujuan membantu orang lain.


Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni
dengan tujuan untuk menyelamatkan Datin Maziah daripada mengalami tekanan jiwa.

2. Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang. Contohnya, sungguhpun kehidupan pak long
sekeluarga susah, namun mereka kaya dengan kasih sayang.

3. Masyarakat yang bertanggungjawab.Contohnya, sikap Azfa Hanani yang melaksanakan


tugas sebagai pengerusi Hari Sumbangsih yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan
cemerlang sekali.

6
4. Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Datuk Tengku
Makmur yang memandang rendah dan menghina Azfa Hanani kerana berasal dari kampung
dan miskin dengan mencampakkan wang ke atas katil sebagai upah menyamar.

5. Masyarakat pelajar. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat
Azfa Hanani melanjutkan pelajaran di Tingkatan 5 Kenanga. Selain itu, masyarakat pelajar
di Sekolah Menengah Taman Sari yang sibuk menjayakan Hari Sumbangsih.

6. Masyarakat yang berpegang kepada janji. Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya
upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit
lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia.

PLOT

- Plot ialah jalan cerita iaitu rentetan peristiwa yang ada sebab dan akibat.
- Plot novel ini disusun secara kronologi iaitu mengikut urutan masa.

Permulaan cerita.

Pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui
bahawa orang yang selalu mencuri buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan
akan ditangkap.
Azfa Hanani berkenalan dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz yang memintanya
menyamar sebagai Tengku Murni kerana muka mereka seiras.

Perkembangan.

Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan bergaul seperti Tengku Murni dan
kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari untuk bersekolah.
Azfa Hanani belajar menyesuaikan diri menjalani kehidupan mewah sebagai Tengku Murni.
Di sekolah dia mengalami konflik kerana kadang-kadang dia menjadi Azfa Hanani dan
Tengku Murni.
Kumpulan Budak Glamor benci akan Azfa Hanani kerana sebelum ini mereka tidak
sependapat dengan Murni.
Azfa Hanani diminta menjadi pengerusi forum menggantikan Ellina. Dia berjaya
menjalankan tugas itu dengan baik dan muncul sebagai pengerusi terbaik.
Tengku Muzaffar yang pada mulanya membenci Azfa Hanani kini mula menunjukkan
perasaan sayang seperti seorang adik setelah sering mendengar Azfa Hanani membaca surah
Yasin.
Berdasarkan diari Tengku Murni, Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffarlah
menjadi punca putusnya hubungan antara Murni dan Ekran.

Klimaks/Puncak Cerita

Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar kerana sikap Tengku Muzaffar yang
membenci, menghina dan menghalang Azfa Hanani daripada berkawan dengan Ekran.
Pertengkaran mereka didengar oleh Datin Maziah dan rahsia penyamarannya terbongkar.
7
Datin Maziah begitu marah kerana berasa tertipu lalu menampar dan menghalau Azfa
Hanani dari rumah.

Peleraian Cerita

Penyakit lumpuh Zuraini telah sembuh setelah menjalani rawatan di Jakarta.


Datuk Tengku Makmur menemui orang yang dicari selama ini dan mengakui bahawa dialah
yang melanggar teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani sehingga mereka terbunuh.
Akhirnya Azfa Hanani diterima sebagai anggota keluarga mereka dan kembali ke banglo
Datin Maziah.
Syafinaz menyambung kerjayanya sebagai arkitek.
Iskandar terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan Laili cedera parah.
Program Hari Sumbangsih berjaya mengumpul dana melebihi sasaran yang ditetapkan.
Pasukan Forum Remaja Azfa Hanani menjadi johan peringkat negeri dan dia diumumkan
sebagai pengerusi terbaik.
Kumpulan budak glamor dibubarkan.

Teknik Plot

Teknik plot atau teknik penceritaan ialah cara pengarang mengolah ceritanya supaya menarik dan
berkesan.

1. Teknik Pemerian / huraian / deskriptif.


- Teknik ini digunakan oleh pengarang untuk menjelaskan sesuatu keadaan, situasi
atau perasaan. Contohnya, pengarang memerikan suasana pembelajaran di Makmal Kimia.
2. Teknik dialog.
- Untuk menjadikan sesebuah cerita lebih realistik, pertuturan antara watak digunakan.
Contohnya, Azfa Hanani berdialog dengan Kak Finaz.
3. Teknik Monolog dalaman.
- Watak berkata-kata di dalam hati atau berfikir tentang sesuatu perkara. Contohnya,
Azfa Hanani bermonolog dalaman setelah dia terasa tersindir dengan kata-kata Kamilah.
4. Teknik Imbas Kembali
- Ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa, kejadian yang telah berlaku atau yang
telah dialaminya. Contohnya, Kisah Murni meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya
diceritakan oleh Tengku Mazran.
5. Teknik Suspen.
- Unsur suspen dapat mengundang minat pembaca untuk menghabiskan bacaan bagi
mengetahui kisah seterusnya. Contohnya, Ekran telah meninggalkan Azfa Hanani ketika di
Dewan Sri Wawasan ketika mereka melawat pameran buku Pesta Buku Alam Malaysia dan
kisah gerai burger Ekran dibakar.

6. Teknik Kejutan.
- Pengarang menerapkan unsur kejutan untuk mewujudkan suasana pembacaan yang
menarik. Contohnya, Azfa Hanani terkejut apabila melihat pak long dan Zuraini yang telah
sembuh daripada penyakit lumpuh berbual dengan Datuk Tengku Makmur.

8
GAYA BAHASA

1. Peribahasa – hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.
(194) dan sambil menyelam minum air (173)

2. Personifikasi – biarpun dadaku dikocak debar yang bukan kepalang hebatnya...(45)

...kerana perasaan tertarik itu acap kali hadir tanpa disedari...(151)

3. Simile – macam rusa masuk kampung, bagai aur dengan tebing, umpama gajah putih (37).

4. Metafora – arus lamunan (107), putik-putik kedewasaan (151), takhta hati (152)

5. Sinkope – “Agaknya, orang tu tak dapat cari nombor PIN.” (63) “Sikit-sikit tu, fahamlah.
Cuma, nak menjawab tu yang susah,” ujarku....(54)

6. Penggunaan bahasa Arab – keadaan akan berubah tetapi mereka akan terus kuhubungi, insya-
Allah. (43)

7. Penggunaan perkataan bahasa Perancis – “merci beau coup”. (98)

8. Paradoks - ...gadis malang yatim piatu ini mahu diangkat menjadi anak emas sebuah keluarga
hartawan (20), bahawa kedua-dua orang tuanya bekerja sebagai pensyarah di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Dia bukannya berasal dari keluarga yang miskin. (213)

NILAI

1. Hormat-menghormati – Abang Mazran dan kak Finaz menghormati Pak Long dan Mak Long
walaupun mereka berketurunan bangsawan.

2. Kasih sayang – Bapa saudara Azfa Hanani yang dipanggil pak long sanggup menjaganya dari
kecil selepas kematian ayah dan ibu Azfa Hanani.

3. Tanggungjawab – Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni demi memulihkan
tekanan perasaan yang dihadapi oleh Datin Maziah.

4. Kesyukuran – walaupun sebelum ini Azfa Hanani tinggal di rumah mewah milik Datin Maziah,
namun dia masih gembira walaupun kembali tinggal di rumah pak longnya.

5. Baik hati – Azfa Hanani memaafkan kesalahan Syafikah dan Fuziana dan dia sedikit pun tidak
mendendami mereka.

PENGAJARAN

9
1. Kita hendaklah memberikan pertolongan kepada yang memerlukan. Azfa Hanani sanggup
membantu Kak Finaz dan Abang Mazran dengan menyamar sebagai Tengku Murni.

2. Kita hendaklah menerima takdir yang menimpa dengan reda. Azfa Hanani reda menerima takdir
bahawa kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan disebabkan oleh Datuk Tengku Makmur.

3. Kita hendaklah bersikap rendah diri terhadap orang lain walaupun berasal daripada keluarga
berada. Walaupun Tengku Murni anak orang kaya, tetapi dia tidak sombong dengan rakan-rakannya
yang lain.

4. Seseorang yang pernah melakukan kesilapan mestilah mengakui kesilapannya. Datuk Tengku
Makmur meminta maaf dan mengakui kesilapannya sehingga menyebabkan kematian ibu dan bapa
Azfa Hanani.

5. Kita hendaklah bersimpati terhadap kesusahan orang lain walaupun kita telah hidup senang.
Azfa Hanani teringatkan keadaan pak long, mak long, dan sepupu-sepupunya semasa dia melihat
lauk-pauk yang lazat dihidangkan kepadanya.

6. Kita perlu menjaga maruah diri setiap masa. Azfa Hanani menolak pelawaan lelaki yang tidak
dikenalinya itu yang mahu menghantarnya pulang ke rumah.

10

Anda mungkin juga menyukai