Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RIMAU

11, PERSIARAN SUNGAI SELANGOR 32/41


40460 SHAH ALAM, SELANGOR

KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEKOLAH KALI KE - 65
TAHUN 2022

ANJURAN

PANITIA SEJARAH

Dengan Kerjasama

KELAB RUKUN NEGARA

&

UNIT BERUNIFORM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH


Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan bersempena dengan kemerdekaan negara kita
Malaysia pada tanggal 31 Ogos 1957. Program menjelang kemerdekaan telah dirancang khusus
sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke - 65. Sepanjang bulan Ogos, pelbagai aktiviti akan
dilaksanakan. Semoga pelaksanaan program yang terancang ini akan menjadi input yang
berguna untuk masa depan kepada warga Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau.

1. RASIONAL
Memupuk semangat patriotik dalam kalangan warga SKBR dalam menjiwai erti kemerdekaan
yang hakiki serta menghargai tokoh-tokoh atau pejuang kemerdekaan.

2. MATLAMAT
Memberi pendedahan awal kepada murid-murid agar menjadi warganegara yang cinta akan
tanah air serta dapat merasai perit getir dan rintangan yang dirintis oleh pejuang nasionalisme
pada masa lalu.

3. OBJEKTIF
i. Menghargai jasa pemimpin negara dan tokoh -tokoh nasionalisme yang telah berkorban
demi kemerdekaan negara.
ii. Menginsafi segala kesenangan, keamanan serta kemakmuran yang dikecapi adalah hasil
daripada perjuangan yang memerlukan pengorbanan.

iii. Memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan pelajar.

iv. Melahirkan rasa syukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang aman dan makmur.

4. SASARAN
Murid Tahap 1 dan 2 serta seluruh warga SK Bukit Rimau.

5. SUMBER KEWANGAN
Panitia Sejarah

6. AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN


Tarikh : 08 Ogos 2022 – 19 September 2022
Masa : Sepanjang bulan Ogos 2022 – 19 September 2022
Tempat : Di sekolah
7. PROGRAM/ AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN 2022

1. PERASMIAN A) Dilaksanakan waktu perhimpunan dengan aktiviti


gimik persamian serta makluman berkaitan
aktiviti dan pertandingan.

2. AKTIVITI DAN A) Pakaian beragam patriotik


PERTANDINGAN TAHAP 1
B) Mewarna (Tahun 1)
C) Koir
D) Roket angin patriotik (Tahun 2)
E) Kuiz merdeka

3. AKTIVITI DAN A) Kelas patriotik


PERTANDINGAN TAHAP 2 B) Koir
C) Kuiz merdeka
D) Pertandingan selfie merdeka
E) Pakaian beragam patriotik

4. AMBANG MERDEKA
A) Kira detik merdeka dan pengisytiharan merdeka.

5. PENUTUPAN
A) Penyampaian hadiah,tayangan video sepanjang
aktiviti dan persembahan murid.
8. HADIAH

A) Hadiah akan diberi kepada pemenang dari tahun 1 hingga tahun 6.

Bil Perkara Unit Kos Seunit Jumlah Catatan

1. Pakaian beragam patriotik 20 RM 10 RM 200

2. Mewarna (Tahun 1) 10 RM 5 RM 50

3. Roket angin patriotik 10 RM 5 RM 50


(Tahun 2)

4. Kelas patriotik 6 RM 70 RM 420

5. Pertandingan selfie merdeka 10 Rm 5 RM 50

6. Koir 6 RM 70 RM 420

7. Kuiz medeka 18 RM 5 RM 90

JUMLAH RM 1280.00
B) Cenderamata dan bendera:

Bil Perkara / Butiran Kos Keseluruhan

1. Cenderamata :
● Penutupan RM 50

● Juri koir sesi pagi RM 30

● Juri koir sesi petang RM 30

● Juri pakaian beragam sesi pagi RM 30

● Juri pakaian beragam sesi petang RM 30

● Anugerah pakaian guru patriotik RM 200

2. Bendera RM 300

JUMLAH RM 670.00
9. KESIMPULAN
Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan satu simbolik dalam usaha menerapkan rasa cinta akan

negara kepada generasi muda khususnya para pelajar SK Buki Rimau. Aktiviti-aktiviti yang

dicadangkan diharap dapat membuahkan rasa bangga para pelajar sebagai pewaris untuk

mengekalkan kemerdekaan yang telah dihasilkan oleh generasi yang lalu. Selain itu aktiviti ini juga

diharap dapat memupuk rasa bangga para pelajar kerana turut sama meraikan kemerdekaan negara.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ……………………………

( SUGONESWARY A/P SUBRAMANIAM) (PUAN FAUZANAH BINTI SHARIF)


Setiausaha Program Guru Besar SK Bukit Rimau

Anda mungkin juga menyukai