Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

PERKHEMAHAN MINI PENGAKAP ISTIMEWA


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SK FELDA JENGKA 22
TAHUN 2022
Guru Besar,
SK FELDA Jengka 22.

PERKHEMAHAN MINI PENGAKAP ISTIMEWA,PPKI SK FELDA JENGKA 22

1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Murid-murid Pendidikan Khas telah ditetapkan dengan Unit Uniform Pengakap


Istimewa. Oleh sebab itu perkhemahan perlu dijalankan bagi memberi pendedahan kepada
murid-murid di samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan
mereka kepada persekitaran baru. Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran
murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai
secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan
pelajar berkeperluan khas mempunyai potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak
merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Maka
program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan mereka
dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.

2. OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.


2.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
2.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan
berdisiplin.
2.4 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
2.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
2.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.

3. KUMPULAN SASARAN

3.1 . 13 orang murid PPKI


3.2 . 2 orang guru PPKI
3.3 2 orang guru Agama Islam
3.4 . 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 23 November 2022


Hari : Rabu
Masa : 7.45 pagi – 1.30 Petang
Tempat : Padang SK Felda Jengka 22
Tentatif :
7.45 pagi – Persediaan khemah
8.00 pagi – Senamrobik
8.30 pagi – pertandingan membuat sandwich
9.30 pagi – Rehat
10.00 pagi – Asas kawad kaki
10.30 pagi – Ikhtiar hidup
12.00 Tengahari – Penyampaian hadiah
12.30 Tengahari – Sesi mengemas tapak perkhemahan
1.30 Petang – Perkhemahan mini tamat

5. JAWATANKUASA KERJA PERKHEMAHAN MINI PENGAKAP ISTIMEWA

Penasihat: Aminzaki Bin Bakar


Pengerusi: Sharil Bin Mohd Nasir
Penyelaras: Siti Khadijah Sahida Binti Abdul Majid
Setiausaha: Suhada Binti Puteh
Bendahari: Suhada Binti Puteh
Ahli Jawatankuasa:
Almezi Bin Khozali
Azliza Binti Hashim
Shah Nurhidayu Binti Mohd Shah
Suhana Binti Osman

6. IMPLIKASI KEWANGAN

6.1. Sumber Kewangan - Kumpulan Wang Kerajaan


- Bantuan kokurikulum

6.2. Anggaran perbelanjaan :

BIL PERKARA ANGGARAN SUMBER


PERBELANJAAN KEWANGAN
1 Makanan dan minuman RM353.50 KUMPULAN WANG
KERAJAAN
2 Hadiah RM160.00 (BANTUAN
3 Peralatan (Khemah) RM180.00 KOKURIKULUM)
JUMLAH RM693.50
6.3 Perincian Perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN JUMLAH SUMBER


KEWANGAN
1 BERAS 5 KILO 1 RM15.00 RM15.00
2 MINYAK MASAK 2 KILO 1 RM15.00 RM15.00 KUMPULAN
3 TELUR 1 RM17.00 RM17.00 WANG
4 ROTI BESAR 2 RM4.00 RM8.00 KERAJAAN
5 TIMUN 4 RM1.50 RM6.00 (BANTUAN
6 SALAD 1 RM5.00 RM5.00 KOKURIKULUM)
7 TOMATO 10 RM 1.00 RM10.00
8 MAYONIS PAKET 12 RM1.50 RM18.00
9 SOS CILI BESAR 2.3 1 RM13.00 RM13.00
KG
10 IKAN SIAKAP 4 RM15.00 RM60.00
11 AYAM 2 RM25.00 RM50.00
12 KOBIS 1 RM4.00 RM4.00
13 NENAS 2 RM3.00 RM6.00
14 LOBAK MERAH PAKET 1 RM 4.00 RM4.00
15 BUAH TEMBIKAI 1 RM25.00 RM25.00
16 GULA 2 KG 1 RM3.50 RM3.50
17 THE UNCANG 1 RM2.00 RM2.00
18 SOS IKAN 1 RM 3.00 RM3.00
19 SOS TIRAM 1 RM5.00 RM5.00
20 SOS BBQ 1 RM5.00 RM5.00
21 BAWANG BESAR 1 RM4.00 RM4.00
22 BAWANG PUTIH 1 RM3.00 RM3.00
23 HALIA 1 RM2.00 RM2.00
24 ARANG 1 RM15.00 RM15.00
25 AIR MINERAL 1 RM15.00 RM15.00
26 GAS KECIL 1 RM20.00 RM20.00
27 PINGGAN POLISTERIN 1 RM14.00 RM14.00
28 CAWAN POLISTERIN 1 RM6.00 RM6.00
29 HAMPER BUAH- 1 RM55.00 RM55.00
BUAHAN TEMPAT 1
30 HAMPER BUAH- 1 RM45.00 RM45.00
BUAHAN TEMPAT 2
31 HAMPER BUAH- 1 RM35.00 RM35.00
BUAHAN TEMPAT 3
32 HAMPER BUAH- 1 RM25.00 RM25.00
BUAHAN TEMPAT 4
33 KHEMAH 1 RM180.00 RM180.00
JUMLAH RM693.50
7. PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai semua objektif yang telah
ditetapkan .Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

................................. .................................
SITI KHADIJAH SAHIDA BINTI ABDUL SHARIL BIN MOHD NASIR
MAJID Penolong Kanan KOKURIKULUM
Penyelaras, SK FELDA JENGKA 22
Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI)
SK FELDA Jengka 22

Tarikh : Tarikh :
KERTAS CADANGAN PERKHEMAHAN MINI PENGAKAP ISTIMEWA, PPKI
SK FELDA JENGKA 22
______________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Perkhemahan Mini Pengakap Istimewa Program

Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK FELDA Jengka 22

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Perkhemahan Mini Pengakap Istimewa

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK FELDA Jengka 22

Ulasan :

.................................................................................................................................

.................................................................................................................................

.................................................................................................................................

....................................................
AMINZAKI BIN BAKAR
Guru Besar,
SK FELDA Jengka 22.

Tarikh : ..........................................

Anda mungkin juga menyukai