Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN A (Karangan bahan grafik – 30m)

Isu: Amalan Gaya Hidup Sihat

Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan

mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu,

setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurangkurangnya tiga kali
seminggu agar dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan

menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang

sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti

negara.

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang

seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat

khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak

mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta

mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan

cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan

diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti

sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan

melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh

bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau

berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga

cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal

ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah

pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan

dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat

mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.

Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya

untuk melahirkan rakyat yang sihat. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu

hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan.

Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika

semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
BAHAGIAN B (karangan respon terbuka 70m)

SOALAN 1:

Kebaikan Memperkenalkan Subjek Sains Pertanian di Sekolah Rendah dan Menengah

Dewasa ini, kepentingan sektor pertanian terhadap pembangunan sesebuah negara

tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini kerana industri ini mendatangkan pelbagai manfaat.

Persepsi rakyat terhadap sektor pertanian juga perlu diubah. Rakyat perlu lebih berani

mengambil risiko dan mula berbakti kepada tanah. Pertanian perlu diceburi oleh segenap

lapisan umur dan bukan hanya petani - petani yang sudah lanjut usianya. Oleh itu, cadangan

memperkenalkan semula subjek Sains Pertanian di sekolah rendah dan menengah dalam

waktu terdekat diyakini memberi banyak kebaikan kepada generasi khususnya dalam kerjaya

yang berkaitan dengan pertanian.

Sekolah merupakan salah satu institusi terpenting dalam menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran. Dalam menjadikan sekolah sebagai institusi pendidikan yang

terunggul, setiap sekolah perlu berusaha untuk meningkatkan kualiti pembelajaran mereka.

Pihak pentadbir dan guru - guru harus bekerjasama dalam menjadikan sekolah sebagai sebuah

institusi terbaik dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar. Sebagai tamsilnya, pelajar -

pelajar dalam bidang pertanian seharusnya memanfaatkan segala pengetahuan, kemahiran

dan pengalaman yang ada untuk mula bertani. Mereka berminat menjadi seorang petani yang

moden serta mampu menggunakan kecanggihan teknologi ICT dan bioteknologi untuk

memaksimumkan pengeluaran. Negara pada masa kini memerlukan sumber tenaga manusia

yang berilmu pengetahuan terutamanya dari segi penggunaan teknologi canggih sebagai salah

satu usaha untuk meningkatkan lagi kemampuan negara dalam menghasilkan pelbagai produk

yang moden dan berkualiti tinggi setanding dengan negara maju yang lain. Justeru, kebaikan

cadangan memperkenalkan semula subjek Sains Pertanian di sekolah rendah dan menengah

adalah memupuk minat pelajar – pelajar dalam bidang pertanian.

Dari perspektif pandangan yang lain, pelajar yang berpeluang menceburkan diri

dalam bidang Sains Pertanian ini dapat menyediakan diri mereka dengan kemahiran yang

membolehkan mereka berada dalam sektor pertanian. Hal ini selari dengan objektif sukatan

pelajaran Sains Pertanian yang bertujuan memperkukuhkan asas kerjaya dalam bidang

pertanian. Di samping itu, sukatan amali yang diterapkan kepada pelajar adalah berkaitan

dengan teori Sains Pertanian. Secara tidak langsung, pelajar akan dapat mengetahui

maklumat mengenai perkembangan dalam bidang pertanian sejak di peringkat sekolah lagi.
Contohnya, guru – guru boleh menubuhkan kelab pertanian di sekolah, pelajar – pelajar yang

menyertai kelab tersebut diberi peluang untuk berlatih bercucuk tanam. Dengan ini minat

murid – murid terhadap bidang pertanian akan dipupuk, bak peribahasa tak kenal maka tak

cinta. Tegasnya, kebaikan cadangan memperkenalkan semula subjek Sains Pertanian di

sekolah rendah dan menengah ialah pelajar – pelajar berpeluang menceburkan diri dalam

bidang pertanian.

Mari kita meluaskan lensa fokus perbincangan dengan menggunakan minda pelajar

kelas pertama iaitu kebaikan cadangan memperkenalkan semula subjek Sains Pertanian di

sekolah rendah dan menengah adalah mengubah persepsi negatif pelajar – pelajar terhadap

bidang pertanian. Pengajaran subjek Sains Pertanian dapat membuka mata pelajar – pelajar

tentang potensi dan perkembangan pertanian pada masa kini. Di samping itu, bidang Sains

Pertanian ini juga dapat menjamin kehidupan pelajar setelah mereka menceburkan diri ke

alam pekerjaan dengan dibekalkan pembelajaran yang dipelajari mereka. Hal ini disokong

oleh Murad Mohd Noor (1986) yang menyatakan pelajar mampu mengembangkan potensi

mereka dan memperbaiki lagi kualiti hidup dengan meluaskan lagi kemahiran dan

pengetahuannya. Contohnya, pihak sekolah boleh menunjukkan contoh usahawan yang

berjaya dalam bidang pertanian serta menganjurkan kempen dan ceramah yang berkaitan

dengan kepentingan bidang pertanian. Secara khususnya, kebaikan cadangan

memperkenalkan semula subjek Sains Pertanian di sekolah rendah dan menengah adalah

mengubah persepsi negatif pelajar – pelajar terhadap bidang pertanian.

Pada realitinya, kebaikan cadangan memperkenalkan semula subjek Sains Pertanian

di sekolah rendah dan menengah adalah melahirkan pelajar – pelajar yang kreatif dan inovatif

dalam bidang pertanian. Matlamat pendidikan adalah untuk melatih pelajar berfikir dan

mencapai tahap kemahiran yang telah ditetapkan. Pendedahan pelajar – pelajar dalam subjek

Sains Pertanian menggalakkan pelajar untuk mengembangkan kreativiti dan inovasi mereka

melalui kajian dan penyelidikan. Sebagai contoh, durian tidak dapat dieksport ke Singapura

kerana faktor pencemaran. MARDI telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan ke

atas durian dan akhirnya para penyelidik berjaya menghasilkan serbuk durian yang boleh

dibungkus dan dieksport bukan sahaja ke Singapura malah ke luar negara. Jelaslah institusi

pelajaran ialah institusi yang paling sesuai untuk melatih dan melahirkan insan yang kreatif

dan inovatif.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak kebaikan cadangan
memperkenalkan semula subjek Sains Pertanian di sekolah rendah dan menengah. Sektor

pertanian mempunyai asas yang kukuh dan potensi yang baik serta prospek yang cerah untuk

dimajukan. Rakyat Malaysia perlu berfikiran terbuka dan positif terhadap potensi sektor ini.

Kita juga wajar menjadikan kejayaan negara - negara maju khususnya Jepun yang telah

berjaya menguasai sektor perindustrian tetapi dalam masa yang sama terus membangunkan

bidang pertanian untuk kesejahteraan hidup rakyatnya, bak kata peribahasa Melayu, yang

baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

SOALAN 2:

Usaha Memupuk Kesedaran Masyarakat Tentang Isu Kemalangan Jalan Raya

Dasawarsa ini, isu kemalangan jalan raya yang semakin meruncing sering menjadi

fokus perbincangan dan mauduk utama akhbar - akhbar di Malaysia. Fenomena ini kian

kritikal dan menggusarkan fikiran masyarakat. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat

dari setahun ke setahun, terutamanya pada musim perayaan. Hal ini disebabkan anggota

masyarakat di Malaysia begitu ghairah untuk pulang ke kampung halaman masing - masing

dengan perasaan bagai digamit rindu sehingga mengabaikan kepentingan peraturan di jalan

raya. Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Justeru, sebelum

nasi sudah menjadi bubur, marilah kita mengkaji usaha – usaha pragmatik yang perlu

diimplementasikan bagi memupuk kesedaran masyarakat tentang isu kemalangan jalan raya

yang semakin meningkatkan.

Antara usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peningkatan

kemalangan jalan raya di negara kita termasuklah peranan kerajaan dalam menguatkuasakan

undang - undang. Undang - undang perlu dikuatkuasakan dan hukuman mesti dikenakan

terhadap sesiapa yang berani melanggar peraturan jalan raya. Peraturan jalan raya seharusnya

dikaji semula dan ditambah baik bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara.

Penguatkuasaan undang - undang seperti larangan perjalanan bas ekspres pada waktu malam

seharusnya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, bukannya seperti melepaskan batuk di

tangga sahaja. Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Aman, kes kemalangan melibatkan

bas ekspres menurun dengan rancaknya sebanyak 15.7% peratus dari tahun 2007 ke 2008

selepas undang - undang tersebut dilaksanakan. Hal ini menunjukkan bahawa dengan adanya

penguatkuasaan undang - undang, kadar kemalangan dapat diminimumkan. Jelaslah bahawa


penguatkuasaan undang – undang jalan raya dapat meningkatkan kesedaran masyarakat

tentang peningkatan kemalangan jalan raya di negara kita.

Di samping itu, kerajaan boleh melaksanakan kempen dari bangku sekolah lagi.

Pendedahan awal kepada kanak - kanak amat vital kerana pada ketika inilah mereka mudah

dibentuk mengikut acuan yang sebenar, bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada

rebungnya. Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran berganding bahu dengan Kementerian

Pengangkutan melaksanakan program "Keselamatan Lalu Lintas dan Jalan Raya" yang

dianjurkan saban tahun. Maka, anak murid akan didedahkan kepada kepentingan mematuhi

peraturan jalan raya dan membesar menjadi individu yang rasional dan prihatin terhadap

keselamatan jalan raya. Sudah terang lagi bersuluh, kempen - kempen yang dianjurkan oleh

kerajaan berupaya memupuk kesedaran masyarakat tentang kemalangan jalan raya dan

seterusnya dapat menurunkan kes kemalangan jalan raya di negara kita.

Sekolah juga mampu memupuk kesedaran masyarakat tentang peningkatan

kemalangan jalan raya di negara kita. Salah satu cara yang boleh dilakukan oleh pihak

sekolah adalah dengan melaksanakan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Sebagai

tamsilnya, pihak sekolah mengadakan ceramah atau demonstrasi tentang keselamatan jalan

raya seperti cara pemakaian topi keledar dan undang - undang di jalan raya. Langkah tersebut

perlu diambil untuk memastikan para pelajar peka dengan keselamatan mereka semasa di

jalan raya. Sehubungan dengan itu, para pelajar perlu diberi pendedahan tentang hal - hal

yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya sejak kecil lagi kerana kalau hendak melentur

buluh biarlah dari rebungnya. Hasil daripada pendidikan tersebut, akan menjadikan mereka

pengguna jalan raya yang berhemah. Oleh itu, pendidikan di sekolah boleh mengurangkan

kadar kemalangan jalan raya serta memupuk kesedaran masyarakat tentang kemalangan jalan

raya.

Dalam nada yang serupa, media massa juga boleh membantu memupuk kesedaran

masyarakat tentang kemalangan jalan raya yang semakin ketara di nagara kita. Hal ini

dikatakan demikian kerana, masyarakat pada hari ini menjadikan media massa sebagai

sumber untuk memperoleh maklumat mengenai isu - isu semasa sama ada yang berlaku di

luar negara mahupun di dalam negara. Sebagai contoh, media massa seperti televisyen boleh

menyiarkan dokumentari berkaitan kemalangan jalan raya. Impak tayangan tersebut kepada

penonton ialah mereka akan menjadikan peristiwa kemalangan yang ditonton sebagai

pengajaran. Dengan itu, mereka tidak akan melakukan kesalahan - kesalahan jalan raya
seperti memandu dengan laju dan menggunakan telefon ketika memandu. Tindakan ini dapat

mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita di samping dapat menyelamatkan

banyak nyawa.

Intihanya, kemalangan jalan raya merupakan polemik semasa yang tiada kesudahan.

Jika kita berhasrat untuk menangani kemalangan jalan raya yang semakin hari semakin serius

ini, langkah - langah yang proaktif dan konkrit haruslah dilaksanakan kerana mencegah itu

lebih baik daripada mengubati. Kemalangan jalan raya mampu dielakkan sekiranya semua

pihak tidak kira individu, masyarakat, pihak kerajaan serta serta pihak bukan kerajaan bersatu

hati menggembleng tenaga dan usaha yang berkesan untuk menangani isu kemalangan jalan

raya . Kadar kemalangan yang sedikit mampu menaikkan martabat dan imej negara di pentas

dunia agar negara kita dihormati dan dipandang tinggi serta dilabelkan sebagai negara yang

mengamalkan undang-undang jalan raya yang berkesan. Oleh hal yang demikian, cegah

sebelum parah, ingatlah orang yang tersayang, maka pandulah dengan berhati-hati di jalan

raya.

SOALAN 3:

Peranan Setiap Rakyat Memupuk Semangat Perpaduan Kaum dalam Diri Masing-Masing

Perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara lebih - lebih lagi negara berbilang

kaum. Hal ini demikian kerana perpaduan merupakan asas pembentukan sebuah negara yang

progresif dan maju. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bulat air kerana pembetung,

bulan manusia kerana muafakat. Justeru, setiap rakyat memainkan peranan penting untuk

memupuk semangat perpaduan kaum dalam diri masing – masing.

Peranan pertama yang perlu dipegang ialah rakyat masing – masing menjadi suri

teladan kepada orang lain. Dalam hubungan ini setiap rakyat mestilah mengamal dan

menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Setiap rakyat mesti

menunjukkan sikap saling menghormati rakan - rakan yang berbeza latar belakang, budaya

dan agama. Contohnya, setiap rakyat perlu menghormati amalan dan anutan agama rakan -

rakan. Di samping itu, setiap rakyat perlu mengelakkan diri daripada membangkitkan isu - isu

yang sensitif dan dapat menaikkan kemarahan rakan - rakan dari bangsa dan agama yang

lain. Setiap perselisihan pendapat hendaklah diatasi secara bijaksana dan berhemah, bak kata

pepatah seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak.

Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab perlu menjadi suri teladan
untuk memupuk semangat perpaduan.

Selain itu, setiap rakyat juga hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada

sejarah negara. Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah

air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan. Sebagai contoh,

tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat

perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ahli falsafah George

Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama.

Oleh itu, rakyat Malaysia hari ini hendaklah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara

lebih serius. Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada

sejarah, maka setiap rakyat akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab,

rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

Jadi, setiap rakyat mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat

perpaduan yang jitu.

Peranan yang berikutnya ialah setiap rakyat mestilah mengasimilasikan budaya

pelbagai kaum dalam kehidupan seharian. Malaysia sangat unik kerana rakyatnya terdiri

daripada pelbagai kaum. Contohnya, kaum Melayu, Cina, dan India merupakan tiga kaum

yang dominan di negara ini. Selain itu, rakyat negara ini juga terdiri daripada etnik peribumi

yang tidak kurang pentingnya seperti Iban, Kadazan, Dusun, Orang Asli, Penan, dan

termasuk juga golongan minoriti seperti Portugis, Siam, dan seumpananya. Oleh itu, setiap

rakyat mestilah sanggup untuk menerima dan mengamalkan budaya yang sesuai dengan

kehidupan. Misalnya daripada perayaan, rakyat Malaysia meraikan pelbagai perayaan yang

tersendiri. Untuk merasai kemeriahannya, setiap rakyat mestilah turut merayakan perayaanperayaan yang
disambut oleh rakan mereka dengan hati yang ikhlas, bak kata pepatah masuk

kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Jelaslah, asimilasi budaya

dapat mewujudkan semangat perpaduan yang ampuh dalam kalangan rakyat di negara ini.

Selanjutnya, setiap rakyat hendaklah mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan

bersikap etnosentrisme. Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik

sendiri. Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lagi di negara ini.

Setiap rakyat perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan

aspek perpaduan secara tuntas ke arah pembentukan sebuah negara yang progresif. Setiap

rakyat perlu menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati

yang terbuka. Contohnya, setiap rakyat tidak harus menyentuh isu-isu sensitif seperti hak
istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Kita hendaklah

mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Jika semangat ini

dapat diamalkan oleh setiap rakyat, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang

malapetaka akibat perpaduan yang rapuh.

Kesimpulannya, setiap rakyat bertanggungjawab untuk memainkan peranan penting ke

arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.

Semua pihak hendaklah bersinergi umpama aur dengan tebing untuk merealisasikan wawasan

dan gagasan besar negara. Kita tidak mahu rakyat Malaysia hari ini mengabaikan peranan

untuk memupuk perpaduan kaum dalam diri masing - masing. Iltizam dan kesungguhan

setiap rakyat dalam memupuk semangat perpaduan adalah dituntut demi mewujudkan semua

negara yang bersatu padu, aman, maju, dan berdaya saing di peringkat global. Hal ini tidak

mustahil untuk dilakukan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

SOALAN 4:

Kepentingan Melibatkan Diri dalam Profesion Melestarikan Alam

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara

semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan

peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar

memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi

keselesaan kepada manusia, alam sekitar juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti -

aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Kepentingan melestarikan

alam sekitar akan dibincangkan dengan teliti demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan

flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua - duanya

memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai

rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak

boleh dipisahkan. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula

jadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan

kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula akan kehilangan habitatnya.

Sebagai tamsilannya, kerajaan mewartakan semua kawasan hutan sebagai Taman Negara dan

Hutan Simpan Kekal untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Tegasnya, pelestarian
alam sekitar mengurangkan kepupusan flora dan fauna.

Selain itu, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat penting agar manusia

mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar. Tamsilnya, pencemaran air yang

berlaku disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan

sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan

menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh digunakan. Secara tidak langsung, manusia yang

menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada

kita. Tanpa kemusnahan hutan, hutan dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan.

Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam

kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan

yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan

tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Justeru, kita harus

melibatkan diri dalam melestarikan alam sekitar.

Kepentingan melestarikan alam sekitar adalah penting untuk manusia, terutamanya

terhadap sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara

yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangkan amat penting untuk kesihatan.

Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh -

tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan

oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati

keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielekkan dan

membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui

persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan

beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa.

Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita.

Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin. Tegasnya, setiap individu digalakkan

melibatkan diri dalam pelestarian alam sekitar demi kepentingan masing – masing.

Keindahan alam sekitar itu juga boleh memberi peluang kepada pelancong untuk

mengunjungi negara kita dan kita perlu untuk menarik perhatian mereka. Persekitaran yang

cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan

untuk melancong ke negara kita. Dalam aktiviti pelancongan, kita dapat mendapatkan hasil

dari pendapatan luar negara untuk menambah sumber kewangan negara. Ini dapat

meningkatkan pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuhan ekonomi juga
akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang pekerjaan untuk orang tempatan juga akan

meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan pengangguran di negara kita.

Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan

terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.

Kita mesti sedar akan kepentingan melestarikan alam semula jadi yang masih ada pada

hari ini. Usaha - usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar

terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan

alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran dan penerbitan bahan - bahan cetak.

Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai

bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama

setiap generasi supaya pembangunan lestari dikekalkan serta penggunaan sumber alam dapat

diguna pakai sehingga generasi akan datang secara kualitatif dan kuantitatif.

Anda mungkin juga menyukai