Anda di halaman 1dari 22

Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017

Semoga titis usaha yang kecil ini mendatangkan lautan manfaat yang besar
buat calon SPM 2017.

#roadtourspm2017
#menghitungharispm2017
#usahadoatawakkal

Disediakan oleh:
Cikgu Roslan Daud
SMK Taman Keramat, Gombak
Selangor Darul Ehsan.

Buat pengguna bahan ini, doakan anak-anak didik saya di SMK Taman Keramat agar
beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Aamiin.
- Mohon maaf atas segala kekurangan -

1
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
Fokus 1 : Kepentingan pemakanan seimbang

Mengelakkan masalah obesiti

Mengurangkan risiko penyakit kronik

Menggalakkan tumbesaran badan

Secara umumnya, amalan pemakanan seimbang merujuk kepada budaya makan yang
sihat mengikut piramid makanan bagi keperluan tubuh badan. Hal ini amat penting bagi
memastikan kesihatan tubuh badan pada tahap yang paling baik. Menurut pakar pemakanan,
seorang manusia memerlukan makanan yang berkhasiat dan zat penting, khususnya golongan
kanak-kanak dan oran tua. Sungguhpun budaya ini sering diwara-warakan di media massa,
namun sambutan yang diterima agak dingin. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan
ibu bapa tiada masa untuk menyediakan hidangan lantaran pulang lewat ke rumah akibat
desakan kerja. Tambahan pula, makanan berkhasiat yang mahal menyebabkan ibu bapa
berfikir dua kali untuk membelinya kerana kos sara hidup yang kian meningkat. Tidak lupa
juga, kempen yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan tidak menyeluruh dan bermusim
menyebabkan seruan ini umpama mencurah air ke daun keladi. Persoalannya, apakah
kepentingan-kepentingan pemakanan seimbang kepada kesihatan masyarakat?

Antara kepentingan pemakanan seimbang kepada kesihatan masyarakat ialah budaya


ini dapat mengelakkan masalah obesiti yang kian kronik. Tahukah anda bahawa kanak-
kanak dan remaja di Malaysia dikatakan paling obes di Asia Tenggara? Sesungguhnya,
pendedahan ini bukan berita yang sedap didengar oleh telinga tetapi perlu dirisaukan oleh ibu
bapa. Contohnya, makanan yang bergoreng seperti ayam goreng, kentang goreng dan roti
canai perlulah dielakkan kerana mempunyai lemak yang tinggi. Makanan bersantan seperti
nasi lemak, kari ayam dan gulai juga hendaklah dikurangkan walaupun kita tahu bahawa
makanan ini menjadi pilihan masyarakat Malaysia. Tidak ketinggalan, minuman bergula
seperti teh tarik dan minuman berkarbonat juga perlu dihindari kerana gula boleh
menyumbang kepada obesiti. Kesannya, amalan pemakanan yang seimbang ini dapat
mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, impian kudus kerajaan yang ingin
mewujudkan masyarakat yang sihat dapat direalisasikan. Jangan sudah terhantuk baru hendak
terngadah kerana lebih baik sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Selain itu, pemakanan seimbang yang mengikut piramid makanan boleh


mengurangkan risiko penyakit kronik dalam kalangan masyarakat. Statistik menunjukkan
bahawa seorang daripada lima orang dewasa di Malaysia menghidapi diabetes manakala
penyakit jantung diisytiharkan sebagai pembunuh senyap nombor satu negara. Walaupun

2
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
penyakit ini bukan disebabkan pemakanan sepenuhnya, namun budaya pemakanan yang tidak
sihat juga menjadi faktor pendorong juga. Namun begitu, peribahasa Cina ada menukilkan
bahawa penyakit itu berpunca daripada mulut. Misalnya, masyarakat perlulah mengurangkan
kadar gula dalam minuman tetapi membanyakkan minum air kosong. Bukan itu sahaja,
makanan bergaram seperti snek, makanan segera dan garam dalam makanan hendaklah
dikurangkan kerana boleh menyebabkan hipertensi atau darah tinggi. Makanan berkolesterol
seperti piza, burger dan ayam goreng juga perlu dielakkan kerana lemak tepu yang terhasil
akan menyempitkan salur darah. Bukankah mengecah lebih baik daripada mengubati kerana
langkah pencegahan perlu dilakukan sebelum kudis menjadi tokak? Impaknya, masyarakat
dapat hidup sihat dan cerdas tanpa penyakit.

Seterusnya, budaya pemakanan seimbang mengikut piramid makanan dapat


menggalakkan tumbesaran badan, khususnya golongan kanak-kanak dan remaja. Umum
mengetahui bahawa makanan yang berkhasiat amat penting bagi kanak-kanak dan remaja
kerana pada ketika ini mereka mengalami proses tumbesaran. Seandainya kita meninjau
negara yang mengalami masalah kebuluran seperti Afrika, banyak kanak-kanak yang
mengalami penyakit kwashiorkor, riket, skurvi dan beri-beri kerana kekurangan nutrisi.
Umpamanya, masyarakat perlulah mengambil protein seperti ayam, daging, sotong dan
ketam dalam kadar yang betul demi membentuk tisu-tisu baharu dan menggantikan tisu yang
rosak. Masyarakat juga hendaklah mengambil makanan berkalsium seperti susu, keju dan
dadih untuk menguatkan struktur tulang dan gigi. Tambahan pula, bijirin seperti kacang soya,
kacang hijau dan kacang merah serta sayur-sayuran dan buah-buahan hendaklah diambil
kerana dapat membantu proses penghadaman. Implikasinya, masyarakat dapat mengelakkan
penyakit malnutrisi seterusnya menjamin kesihatan diri kerana badan sihat, otak cerdas.

Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kepentingan pemakanan seimbang


mengikut piramid makanan seperti yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan.
Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing
dalam memikul obligasi untuk melahirkan masyarakat yang sihat. Oleh hal yang demikian,
pihak sekolah perlulah mengeluarkan garis panduan yang ketat kepada pihak kantin untuk
menjual makanan yang berkhasiat. Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia pula
hendaklah melakukan pemantauan secara berkala di premis makanan dan pasar raya bagi
memastikan masakan yang dijual berkhasiat dan tidak membahayakan kesihatan. Tindakan
yang paling utama ialah ibu bapa haruslah bijak menghidangkan makanan yang berkhasiat
dengan cara yang paling kreatif sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Hal ini berpunca daripada kajian menunjukkan bahawa anak-anak kecil tidak gemar akan
sayur-sayuran dan buah-buahan. Semoga dengan usaha sederap ini bagai lagu dengan irama
dapat melahirkan generasi yang sihat kerana merekalah menjadi tonggak negara seperti
peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Akhir kata, tepuk tanya tanya
selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha yang direncanakan akan menjadi
angan-angan Mat Jenin.

3
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
Fokus 2 : Cara-cara mewujudkan masyarakat penyayang

Tumbuh merendang pohon kemboja,


Sayang ditimpa dahan temangi;
Budaya penyayang disemai dibaja,
Moga berbunga harum mewangi.

Serangkap pantun di atas jelas menunjukkan usaha mewujudkan budaya penyayang


dalam kalangan masyarakat di negara ini. Sejajar dengan matlamat itu, kerajaan pernah
menggariskannya dalam Wawasan 2020 sebagai cabaran ketujuh yang perlu dihadapi
sekiranya ingin diiktiraf sebagai negara maju sebaris dengan Jepun, Singapura dan Amerika
Syarikat seperti peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Hal ini berpunca
daripada pengabaian warga tua, masalah sosial yang kian bernanah, penganiayaan kanak-
kanak dan sikap kurang hormat akan orang kelainan upaya. Contohnya, kes seorang anak
lelaki yang meninggalkan ibunya di hotel kononnya bekerja telah mendapat liputan yang
meluas daripada media massa arus perdana. Tidak dilupakan, alam sekitar juga turut menjadi
mangsa kerakusan manusia yang membakar hutan, menggondolkan lereng bukit dan
membuang sampah ke dalam sungai. Lebih malang lagi, nilai kemanusiaan semakin terhakis
dalam sanubari masyarakat apabila terdapat kes penyeksaan haiwan peliharaan seperti kucing
dan anjing. Persoalannya, apakah cara-cara mewujudkan masyarakat penyayang dalam
kalangan masyarakat di negara ini?

Cara paling utama untuk membudayakan masyarakat penyayang ialah masyarakat


perlulah membantu orang yang memerlukan bantuan. Dengan perkataan lain, masyarakat
seharusnya lebih bersikap ringan tulang apabila terdapat insan yang memerlukan khidmat
mereka. Sebagai contoh, masyarakat perlulah membantu warga emas yang membawa
barangan berat seperti beg plastik yang berisi barangan dapur sesuai dengan slogan yang tua
dihormati, yang muda disayangi. Sekiranya bertemu dengan orang buta di tepi jalan,
masyarakat sewajarnya memimpin tangan mereka untuk melintas jalan raya. Andai kata
mendengar berita jiran ditimpa malapetaka yang tidak diundang, masyarakat perlu
menghulurkan wang dan kudrat kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.
Kesannya, tindakan yang mulia ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka.
Masyarakat juga dapat menguatkan ikatan silaturahim yang kian longgar akibat sikap

4
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
mementingkan diri sendiri seperti peribahasa enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Pendek kata, masyarakat perlulah membantu orang yang memerlukan
bantuan untuk memupuk budaya masyarakat penyayang.

Di samping itu, masyarakat hendaklah menjaga haiwan dengan kasih sayang untuk
memupuk masyarakat penyayang. Jika dilihat dari sudut Islam, peristiwa Nabi Muhammad
SAW yang memotong sejadah kerana tidak mahu mengganggunya tidur memerlukan kita
mengikut suri teladan yang dipamerkan oleh baginda. Sebagai misalan, masyarakat janganlah
menzalimi haiwan seperti memukulnya mahupun menyeksanya. Sebaliknya, masyarakat
disarankan mengasihi haiwan dengan memeliharanya dan memberikannya makan kerana
tindakan itu juga dihitung sebagai sedekah. Hakikatnya, masyarakat digalakkan untuk
membela haiwan seperti kucing, terutamanya kucing terbiar dengan memberikannya tempat
perlindungan dan penjagaan khusus. Impaknya, masyarakat dapat mengurangkan tekanan
perasaan dan penyakit kronik kerana banyak kajian yang dilakukan telah membuktikannya.
Selain itu, pemeliharaan haiwan juga dapat mengelakkan kebosanan kerana haiwan ini boleh
menjadi penghibur. Tambahan pula, haiwan seperti anjing juga dapat menjamin keselamatan
rumah dan pemiliknya.

Seterusnya, masyarakat yang penyayang dapat dibuktikan dengan tindakan mereka


memelihara kebersihan alam sekitar. Dewasa ini, pembangunan yang pesat telah
menyebabkan alam sekitar terpaksa menjadi mangsa kerakusan dan sikap masyarakat yang
mementingkan diri, umpama enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh
itu, masyarakat janganlah membuang sampah sarap merata-rata kerana tindakan ini akan
mengundang pencemaran bau dan penyakit sebaliknya mengamalkan kitar semula yang
berslogankan Fikir Dahulu Sebelum Buang. Masyarakat juga hendaklah mengelakkan
pembakaran terbuka dan pembakaran hutan. Suka saya mengambil contoh yang lain,
masyarakat sewajarnya menyertai Kempen Cintai Alam Sekitar dengan menanam pokok dan
membersihkan sungai atau pantai. Implikasinya, masyarakat dapat menjamin kesihatan
kerana menghindari penyakit asma, kanser dan demam denggi. Dari sudut yang berbeza,
masyarakat dapat mengekalkan ekosistem seterusnya membantu bumi daripada kesan rumah
hijau.

Walhasil, terdapat seribu satu cara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang
sesama manusia, kepada haiwan dan alam sekitar. Sehubungan dengan itu, semua pihak
perlulah bersatu hati dan menggerakkan langkah sederap seperti peribahasa ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni dalam menjayakan impian kudus ini. Oleh hal yang demikian,
media massa haruslah mengwara-warakan kepentingan melahirkan masyarakat yang
penyayang secara efektif dan menyeluruh. Guru pula tidak harus ketinggalan dengan
mengajar murid-murid melalui pengajaran formal atau tidak formal di sekolah. Dalam pada
itu, usaha yang paling mustahak ialah ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak dengan nilai
kasih sayang sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sesungguhnya, kita
tidak mahu rakyat Malaysia hanya kaya dengan material tetapi miskin dengan nilai dan
moral. Akhir kata, tepuk tanya tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha
yang direncanakan akan menjadi angan-angan Mat Jenin.

5
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
Fokus 3 : Aktiviti mengeratkan hubungan keluarga

Seperti yang kita sedia maklum, slogan Baiti, Jannati atau Rumahku, Syurgaku
sering singgah di kuping kita dilihat sangat gah. Ironinya, slogan itu hanyalah tinggal slogan
kerana masalah dalam hubungan keluarga terus menjadi polemik dan paparan di media massa
arus perdana. Contohnya, isu penderaan, perceraian dan gejala sosial hanyalah sebahagian
daripada masalah dalam keluarga yang sering menadi topik perbincangan. Buktinya, statistik
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
menunjukkan bahawa Selangor mencatatkan bilangan pasangan Islam bercerai paling tinggi
dengan pola perceraian di Malaysia meningkat sejak tahun 2014. Selain itu, terdapat
pasangan yang berkahwin kurang lima tahun sudah mengalami kegoyahan rumah tangga
ibarat peribahasa retak menanti belah. Apabila menyedari hakikat ini, ibu bapa seharusnya
mencari jalan untuk menyelamatkan mahligai yang dibina dengan melakukan aktiviti yang
sesuai. Persoalannya, apakah aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan keluarga untuk
mengeratkan hubungan keluarga?

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dengan anak-anak untuk
mengeratkan hubungan keluarga ialah keluarga boleh makan bersama-sama. Hal ini
dikatakan demikian kerana ibu bapa yang sibuk mencari rezeki sering mengabaikan
tanggungjawab ini kerana kekangan masa. Oleh itu, mereka akan memberikan wang kepada
anak-anak untuk makan di luar sehingga mereka tidak betah untuk makan di rumah. Sebagai
contoh, ibu bapa boleh menjadikan waktu malam dan hari cuti sebagai hari wajib untuk
berkumpul dan makan bersama-sama. Sebelum makan, anak-anak juga perlu membantu ibu
bapa seperti memotong sayur, menyusun pinggan mangkuk dan memasak hidangan. Selepas
makan pula, anak-anak boleh mencuci pinggan mangkuk dan mengelap meja makan.
Kesannya, ibu bapa boleh bertanyakan masalah anak-anak dan memberikan jalan
penyelesaian kerana kehidupan remaja sememangnya dipenuhi onak dan duri. Pada masa itu
juga, ibu bapa boleh memberikan buah fikiran agar anak-anak mendapat jalan penyelesaian
seterusnya menggalakkan komunikasi yang berkesan.

Di samping makan bersama-sama, keluarga juga boleh melakukan aktiviti riadah


pada masa senggang. Umum mengetahui bahawa terdapat ramai ibu bapa yang terpaksa kerja
lebih masa pada hujung minggu sehingga anak-anak terpaksa mencari hiburan dengan rakan-
rakan hingga terperangkap dalam kancah gejala sosial. Buktinya, kajian ahli psikologi

6
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
mendapati bahawa anak-anak yang kurang perhatian dan kasih sayang akan mudah terjebak
dengan masalah sosial demi meraih perhatian. Misalnya, ibu bapa perlulah membawa anak-
anak pergi makan angin dengan melancong dan berkelah ke tempat-tempat menarik seperti
Pulau Tioman, Pantai Cenang atau Hutan Simpan Belum. Tambahan pula, ibu bapa boleh
melakukan aktiviti yang menarik seperti membina istana pasir, berkhemah, melakukan
barbekue atau meneroka hutan. Pada masa ini, ibu bapa janganlah melakukan kerja pejabat
sebaliknya melayan anak-anak bermain-main. Natijahnya, anak-anak akan berasa diri mereka
dihargai lalu mengelakkan diri melakukan perkara yang boleh menconteng arang ke muka
ibu bapa.

Bukan itu sahaja, untuk mewujudkan keluarga bahagia, ahli keluarga boleh
bergotong-royong melakukan kerja rumah. Seperti yang kita sedia maklum, ibu bapa di kota
metropolitan kebiasaannya bekerja dan mereka sudah letih apabila pulang ke rumah. Hal ini
turut disokong dengan kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah yang
menyatakan bahawa 54 peratus wanita di Malaysia bekerja pada tahun 2015. Oleh hal yang
demikian, anak-anak boleh membantu ibu bapa mengemas rumah seperti menyapu sampah,
mengemop lantai dan mengemas ruang tamu. Dalam pada itu, pembahagian kerja antara
adik-beradik boleh dilakukan mengikut kesesuaian usia dan tenaga kerana muafakat
membawa berkat. Di samping itu, pada hujung minggu, ibu bapa boleh mengajak anak-anak
membersihkan kawasan persekitaran seperti menebas rumput dan membersihkan longkang.
Implikasinya, langkah ini dapat mengurangkan beban ibu bapa yang telah gigih membanting
tulang empat kerat. Semangat bekerjasama dan bertolak ansur juga dapat dipupuk dalam
sanubari ahli keluarga.

Secara konklusinya, terdapat berbagai-bagai aktiviti yang perlu dirancang dan


dilaksanakan oleh ibu bapa dengan anak-anak untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.
Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam meletakkan
tanggungjawab ini di atas bahu masing-masing kerana peribahasa ada menyatakan bahawa
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Benarlah seperti yang dinukilkan oleh
Allahyarham P. Ramlee menerusi lirik lagu Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, perselisihan
faham antara suami dengan isteri pasti berlaku. Oleh itu, pasangan hendaklah mengamalkan
prinsip bertolak ansur dan berhemah dalam menyelesaikan masalah keluarga. Dalam pada
itu, kerajaan hendaklah mengeluarkan garis panduan tentang larangan masa bekerja lebih
waktu kepada individu yang telah berkahwin demi menjaga keharmonian rumah tangga.
Pihak swasta juga tidak boleh melepaskan tanggungjawab kerana mereka boleh
menganjurkan kursus dan seminar seperti Keluarga Sakinah demi bersama-sama memikul
obligasi ini. Moga-moga dengan usaha yang bersepadu ini, impian kudus untuk mewujudkan
keluarga yang bahagia dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhir kata, tepuk tanya tanya
selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha yang direncanakan akan menjadi
angan-angan Mat Jenin.

7
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
Fokus 4 : Manfaat aktiviti masa lapang
Aktiviti masa lapang seperti bersukan, menyertai aktiviti kemasyarakatan, dan menyertai
perkhemahan memberikan manfaat kepada remaja.
Jelaskan manfaat-manfaat yang anda peroleh daripada aktiviti tersebut.

Cadangan isi penting:


1. Bersukan bermain bola sepak, berbasikal menyihatkan tubuh badan
2. Aktiviti kemasyarakatan rumah kebajikan masyarakat, bergotong-royong memupuk
nilai-nilai murni
3. Perkhemahan perkhemahan unit beruniform menambahkan ilmu pengetahuan
4. Perkhemahan berkhemah di hutan lipur meredakan tekanan perasaan

Dalam Surah al-Asr, Allah SWT berfirman bahawa, Demi Masa. Sesungguhnya
manusia berada dalam kerugian. Hal ini membuktikan bahawa masa itu amat penting dalam
kehidupan manusia sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi, masa itu emas. Oleh hal
yang demikian, remaja sering diingatkan agar memanfaatkan masa lapang dengan melakukan
aktiviti yang berfaedah seperti bersukan, menyertai aktiviti kemasyarakatan mahupun
menyertai perkhemahan kerana aktiviti ini membawa pelbagai manfaat. Kendatipun
demikian, remaja marcapada lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan melayari laman
sosial, berpelesiran di kompleks beli-belah atau berlumba haram. Sebenarnya, hal ini telah
mendorong mereka terlibat dalam kancah masalah sosial seperti pergaulan bebas, merokok
gengsterisme dan vandalisme. Sesungguhnya, gejala yang tidak sihat ini disebabkan oleh
pengaruh rakan sebaya yang negatif lantaran usia remaja yang setahun jagung, darah
setampuk pinang. Tambahan pula, golongan remaja mengalami tekanan emosi bagi mencapai
kejayaan dalam akademik sehingga menganggap masa lapang perlu dipenuhi oleh aktiviti
yang menyeronokkan dan tidak membebani fikiran. Persoalannya, apakah manfaat yang saya
peroleh apabila melakukan aktiviti masa lapang seperti bersukan, menyertai aktiviti
kemasyarakatan, dan menyertai perkhemahan?

Pada waktu lapang seperti waktu petang, saya gemar bersukan. Antara sukan yang
saya gemari ialah sukan bola sepak, badminton atau berbasikal. Sungguhpun begitu, tidak
ramai remaja yang gemar bersukan kerana mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan
tidur di rumah sahaja. Bukan itu sahaja, alasan bersukan akan menyebabkan badan berbau
busuk dan tidak selesa kerana berpeluh juga sering didengari. Sebenarnya, bersukan dapat
menyihatkan tubuh badan saya. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti sukan seperti
bermain bola sepak dan badminton menyebabkan pergerakan badan yang aktif. Oleh itu,
aktiviti ini akan menyebabkan saya mengeluarkan peluh yang menyingkirkan toksin dalam
tubuh. Penyingkiran ini juga menyebabkan asid laktik dikeluarkan hingga menyebabkan saya
tidak berasa lesu dan lebih cergas kerana badan sihat, otak cerdas. Pada masa yang sama,
kolesterol dalam tubuh saya dapat dibakar jika berbasikal hingga menyebabkan masalah
obesiti dapat dicegah. Dalam jangka masa yang panjang, saya dapat melancarkan pengaliran
darah seterusnya mengelakkan penyakit kronik seperti serangan jantung dan strok. Hal ini
dapat dikaitkan dengan peribahasa yang berbunyi mencegah lebih baik daripada mengubati

8
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Pendek kata, aktiviti bersukan
dapat menyihatkan tubuh badan saya.

Di samping itu, pada masa lapang seperti musim cuti sekolah juga saya gemar
menyertai aktiviti kemasyarakatan. Antara aktiviti kemasyarakatan yang pernah saya
sertai ialah aktiviti ke rumah warga emas, menemui gelandangan sekitar ibu kota Kuala
Lumpur dan melawat ke rumah anak yatim. Semasa tiba di tempat terbabit, saya mendengar
kisah warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak, mengedarkan makanan kepada warga
geladangan, dan bergotong-royong membersihkan dan menceriakan rumah anak yatim. Oleh
hal yang demikian, aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri saya. Misalnya,
aktiviti mendengar kisah orang tua yang ditinggalkan oleh anak-anak dapat memberikan nilai
keinsafan dan kasih sayang kepada saya kerana lebih menyayangi dan membalas jasa kedua-
dua ibu bapa yang telah membesarkan saya seterusnya tidak menjadi seperti kacang
melupakan kulitnya. Aktiviti memberikan makan kepada gelandangan pula dapat menyemai
nilai keprihatinan dan tanggungjawab terhadap orang yang kurang bernasib baik. Aktiviti
melawat anak-anak yatim pula dapat memupuk nilai kerjasama kerana saya membersihkan
kawasan rumah anak-anak yatim bersama-sama selain dapat memupuk nilai kebersihan.
Sesungguhnya, menyertai aktiviti kemasyarakatan dapat memupuk nilai-nilai murni dalam
diri saya.

Selain bersukan dan menyertai aktiviti kemasyarakatan, saya juga gemar


menghabiskan musim cuti sekolah dengan berkhemah. Saya gemar melakukan aktiviti
perkhemahan di hutan lipur seperti Hutan Simpan Belum di Perak atau Hutan Lipur Sungai
Tua di Selangor. Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa saya berkhemah seperti
mendirikan khemah, menyediakan hidangan, mencari kayu api, mengambil air atau meneroka
hutan. Oleh sebab itu, saya akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Apabila saya
terlibat dalam pendirian khemah, saya akan dapat menambahkan ilmu dari segi pembinaan
struktur khemah dan ikatan yang paling sesuai. Manakala apabila saya meneroka hutan, saya
dapat menambahkan ilmu tentang spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan liar yang boleh
dimakan atau beracun. Daripada aktiviti ini juga, saya dapat mengetahui cara keluar dari
hutan jika tersesat, iaitu dengan mengikut arah air sungai mengalir ke hilir. Impaknya, saya
dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan sehari-hari. Tambahan pula, saya
dapat menggunakan ilmu tersebut sebagai panduan dalam hidup sesuai dengan peribahasa,
ilmu itu pelita hati. Secara tidak langsung, saya dapat mengelakkan diri daripada dikatakan
seperti katak di bawah tempurung. Secara ringkasnya, dengan menyertai aktiviti berkhemah
saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang cetek di dada.

Intihanya, terdapat seribu satu manfaat yang boleh saya peroleh daripada aktiviti
seperti bersukan, menyertai aktiviti kemasyarakatan, dan menyertai perkhemahan semasa
masa lapang. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam meletakkan
tanggungjawab ini di atas bahu masing-masing kerana peribahasa ada menyatakan bahawa
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Benarlah seperti yang dinukilkan Saidina Ali,
Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka pedang itu akan memotong
kita. Oleh itu, pihak sekolah perlulah menyusun dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang

9
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
menyeronokkan pada musim cuti sekolah seperti perkhemahan unit beruniform dan
mengadakan lawatan ke rumah orang tua. Dalam pada itu, kerajaan hendaklah
memperbanyakkan penganjuran karnival untuk remaja terutamanya pada masa cuti sekolah
demi mengisi masa lapang remaja daripada terlibat dalam masalah sosial. Ibu bapa juga tidak
boleh melepaskan tanggungjawab kerana mereka boleh mendidik anak-anak sejak kecil
dengan melakukan aktiviti yang berfaedah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Moga-moga dengan usaha yang bersepadu ini, impian kudus untuk melahirkan generasi yang
bijak memanfaatkan masa lapang dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhir kata, tepuk
tanya tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha yang direncanakan akan
menjadi angan-angan Mat Jenin.

10
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
Fokus 5 : Peranan ibu bapa membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja
Amalan berjimat cermat dalam kehidupan ketika berbelanja perlu dibudayakan dalam
kehidupan berkeluarga. Anda ingin menulis sebuah rencana bertajuk Peranan ibu bapa dalam
membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja dalam kehidupan anak-anak untuk
dimuatkan dalam majalah sekolah.
Tulis rencana anda selengkapnya.

Cadangan isi penting:


1. Mendidik anak-anak tentang amalan berjimat cermat membeli barangan keperluan,
membeli barangan ketika jualan murah, menggunakan pendekatan bercerita
2. Menjadi suri teladan kepada anak-anak menggunakan barangan buatan tempatan,
menyediakan senarai perbelanjaan, meneliti maklumat pembungkusan
3. Menggalakkan amalan menabung wang membeli tabung, menyuruh anak-anak
menyimpan wang saku, menyediakan bekalan buat anak-anak
4. Memberikan ganjaran kepada anak-anak yang berjimat cermat memberikan hadiah,
menyediakan wang untuk ditabung, membawa mereka melancong

Peranan ibu bapa dalam membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja
dalam kehidupan anak-anak
Oleh : Adib Safuan bin Mohd Sofi

Peribahasa Melayu ada mengungkapkan bahawa, ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis kerana amalan berjimat cermat dalam kehidupan amat mustahak. Walaupun begitu,
kajian menunjukkan bahawa rakyat Malaysia khususnya golongan remaja mengamalkan
sikap boros dan tidak berjimat cermat dalam berbelanja. Hal ini dikatakan demikian kerana
remaja terpengaruh oleh trend semasa yang ingin menonjolkan gaya hidup yang mewah dan
bermegah-megah. Oleh itu, mereka telah membeli pakaian berjenama, memiliki telefon
bimbit yang mewah dan berhibur tanpa memikirkan akibat yang terpaksa ditanggungnya.
Tambahan pula, pengaruh iklan yang menarik dan menonjolkan keistimewaan produk telah
menjadikan remaja rambang mata untuk memilikinya. Lebih memburukkan keadaan apabila
remaja tidak memiliki pendidikan kepenggunaan sehingga sering menjadi mangsa peniaga
yang suka menangguk di air keruh. Buktinya, Jabatan Insolvensi Malaysia mendapati bahawa
golongan berusia 25 hingga 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi diisytiharkan
sebagai muflis kerana mengamalkan gaya hidup yang mewah. Situasi ini jelas menunjukkan
bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membudayakan amalan berjimat
cermat ketika berbelanja dalam kehidupan. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam
membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja dalam kehidupan?

Antara peranan ibu bapa dalam membudayakan amalan berjimat cermat ketika
berbelanja dalam kehidupan anak-anak ialah ibu bapa perlulah mendidik anak-anak
tentang amalan berjimat cermat sejak kecil. Hal ini selaras dengan peribahasa yang
berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. Umum mengetahui bahawa anak-anak ibarat
kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Dengan kata lain,

11
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
anak-anak ialah amanah Allah SWT kepada ibu bapa untuk dididik dan diasuh dengan ajaran
yang sebaik-baiknya. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajar anak-anak dengan membeli
barangan keperluan sahaja kerana mereka seharusnya bijak membezakan antara kehendak
dengan keperluan. Tambahan pula, ibu bapa boleh mendidik anak-anak membeli barangan
ketika jualan murah seperti jualan akhir tahun dan promosi sempena hari perayaan. Tidak
dilupakan, ibu bapa boleh menggunakan pendekatan bercerita tentang kisah Nabi
Muhammad SAW yang menjahit bajunya yang koyak dan tidak membeli baju baharu kerana
membazir itu amalan syaitan. Natijahnya, anak-anak akan memperoleh ilmu pengetahuan
tentang pendidikan kepenggunaan kerana ilmu itu pelita hati. Dalam pada itu, anak-anak
akan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh semasa berbelanja seterusnya menjimatkan
perbelanjaan keluarga. Sesungguhnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak tentang amalan
berjimat cermat sejak kecil.

Di samping itu, ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam
usaha membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja dalam kehidupan anak-anak.
Seperti yang kita sedia maklum, ibu bapa ialah insan yang paling dekat dengan anak-anak dan
sering menjadi idola kepada anak-anak. Oleh hal yang demikian, setiap perlakuan,
percakapan dan pemikiran ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak kerana bagaimana acuan,
begitulah kuihnya. Cuba kita fikirkan, mampukah sebatang kayu yang bengkok menghasilkan
bayang-bayang yang lurus? Misalnya, ibu bapa perlulah menggunakan barangan buatan
tempatan seperti kereta nasional Proton atau Perodua selari dengan seruan kerajaan melalui
Kempen Belilah Barangan Buatan Tempatan. Selain itu, sebelum berbelanja ibu bapa
seharusnya menyediakan senarai perbelanjaan agar perbelanjaan tidak melebihi pendapatan.
Maka, ibu bapa seharusnya berpegang pada prinsip ukur baju di badan sendiri supaya tidak
terjadi besar pasak daripada tiang. Ibu bapa juga perlu meneliti maklumat pembungkusan
seperti tanda harga dan tarikh luput bagi makanan dalam tin mahupun dibungkus agar tidak
ditipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab. Impaknya, tindakan ibu bapa yang menjadi
contoh ini dapat menjadikan anak-anak mengikut jejak langkah ibu bapa sesuai dengan
peribahasa ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Pendek kata, ibu bapa hendaklah
menjadi suri teladan kepada anak-anak.

Selain itu, bagi membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja dalam
kehidupan anak-anak, ibu bapa sewajarnya menggalakkan amalan menabung wang
kepada anak-anak. Bukankah peribahasa Melayu ada mengungkapkan bahawa sehari
selembar benang, lama-lama menjadi kain? Bertitik tolak daripada kata bijak pandai ini, ibu
bapa tidak boleh memandang enteng tentang budaya menabung wang kerana tabungan boleh
menjamin masa hadapan. Walaupun anak-anak mempunyai sumber kewangan yang terhad,
iaitu hanya wang saku daripada ibu bapa, namun hal ini tidak seharusnya menjadi batu
penghalang kepada tabiat murni ini. Tamsilnya, ibu bapa boleh membeli tabung untuk setiap
anak-anak bagi menyemai tabiat menabung wang dalam diri mereka. Sementara itu, ibu bapa
boleh menyuruh anak-anak menyimpan wang saku daripada lebihan belanja di sekolah
walaupun sepuluh sen sehari kerana sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Bagi ibu yang
tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah pula, mereka bolehlah menyediakan bekalan ke
sekolah dan wang saku pula boleh ditabung bagi menampung perbelanjaan untuk membeli

12
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
alat tulis. Implikasinya, tindakan ini akan memastikan anak-anak tidak membazir wang untuk
perkara yang tidak penting. Ibu bapa bukan sahaja dapat menyemai tabiat berwaspadadalam
diri anak-anak tetapi juga mengelakkan anak-anak berhutang. Tuntasnya, ibu bapa
sewajarnya menggalakkan amalan menabung wang kepada anak-anak.

Sesungguhnya, peranan membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja


dalam kehidupan anak-anak sememangnya perlu dimainkan oleh ibu bapa. Kendatipun
demikian, tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan bulat-bulat kepada ibu bapa kerana tugas
ini perlu dipikul oleh semua pihak seperti peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni. Sehubungan dengan itu, persatuan pengguna seperti Persatuan Pengguna Islam
Malaysia dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang hendaklah menyebarkan risalah
kepenggunaan dari rumah ke rumah untuk melahirkan pengguna yang bijak dalam berbelanja.
Media massa pula haruslah menghebahkan kempen berjimat cermat seperti Kempen Belilah
Barangan Buatan Tempatan secara efektif demi memupuk kesedaran masyarakat tentang
kepentingan berjimat cermat sekali gus membantu negara meningkatkan ekonomi agar duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju. Dalam pada itu, pihak sekolah melalui
Kelab Pengguna bolehlah menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik seperti pertandingan
menulis esei, kuiz, dan melukis poster bertemakan kepenggunaan dan berjimat cermat agar
budaya berjimat cermat dapat dipupuk sejak bangku sekolah. Moga-moga, usaha bersepadu
ini tidak seperti melepaskan batuk di tangga dan hangat-hangat tahi ayam kerana kejayaan ini
dapat mengubah ekonomi negara. Akhirulkalam, tepuk tanya tanya selera kerana tanpa
kesedaran dalam diri, segala usaha yang direncanakan akan menjadi angan-angan Mat Jenin.

13
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
Fokus 6 : Usaha kerajaan dan pihak swasta memperkenalkan produk pelancongan
Produk pelancongan seperti keindahan alam semula jadi, warisan budaya dan bangunan
bersejarah perlu diperkenalkan untuk menarik pelancong.
Huraikan usaha-usaha kerajaan dan pihak swasta dalam memperkenalkan produk
pelancongan tersebut.

Cadangan isi penting:


1. Keindahan alam semula jadi Kementerian Pelancongan menggiatkan kempen
pelancongan menerbitkan dokumentari pelancongan menulis rencana tentang tempat
yang wajib dilawati mengiklankan destinasi menarik
2. Bangunan bersejarah kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang
mengenakan kompaun dan denda mengeluarkan garis panduan mengurus bangunan
bersejarah melakukan pemantauan secara berkala di bangunan bersejarah
3. Warisan budaya pengusaha inap desa mempromosikan keistimewaan inap desa
menyertai karnival pelancongan di dalam dan di luar negara mempamerkan gambar,
video dan risalah tentang inap desanya menyebarluaskannya melalui Internet
4. Keindahan alam semula jadi agensi pelancongan menawarkan pakej yang menarik
menawarkan harga yang berpatutan menawarkan khidmat jurupelancong percuma
menawarkan lawatan ke tempat yang menarik

Malaysia yang kupuja


Di desa juga di kota
Mari nikmati semua
Cuti-cuti Malaysia.

Pohon-pohon melambai
Terkenang desa nan permai
Keluarga sahabat handai
Mari beramai-ramai.

Demikianlah dua rangkap lagu Cuti-cuti Malaysia yang dialunkan oleh penghibur
tersohor Malaysia, Siti Nurhaliza bertemakan pelancongan. Jelaslah bahawa lirik lagu yang
ditulis bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia itu memaparkan keindahan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan dunia dan mengajak pelancong meneroka keistimewaan negara
kita. Sesungguhnya, industri pelancongan Malaysia benar-benar dimajukan pada tahun 1990-
an di bawah pimpinan Perdana Menteri Keempat, Dr. Mahathir Mohamad melalui Tahun
Melawat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana sebelum itu negara menumpukan
sektor pertanian dan perlombongan sebagai penjana utama Keluaran Dalam Negara Kasar.
Walaupun negara luar mempunyai pelbagai tempat yang menarik dikunjungi, namun negara
kita juga tidak ketinggalan dan mempunyai keistimewaan yang wajar diketengahkan. Kini,
Malaysia mengekalkan kedudukan pertama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2014 sebagai
destinasi pilihan pelancong Muslim. Dengan kata lain, Malaysia sudah menjadi hab
pelancongan Islam kerana menawarkan kemudahan untuk orang Islam dan makanan halal.

14
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
Menyedari hakikat ini, produk pelancongan seperti keindahan alam semula jadi, warisan
budaya dan bangunan bersejarah perlu dimajukan oleh kerajaan dan pihak swasta secara
bersama-sama bagai aur dengan tebing bukan sahaja untuk menarik kehadiran pelancong
Islam tetapi juga pelancong dari Eropah dan Asia. Persoalannya, apakah usaha-usaha
kerajaan dan pihak swasta dalam memperkenalkan produk pelancongan tersebut?

Umum mengetahui bahawa Malaysia ialah negara yang memiliki keindahan alam
semula jadi kerana terletak di garisan khatulistiwa. Sehubungan dengan itu, pelancong akan
disajikan oleh kehijauan hutan, kicauan unggas, desiran angin sepoi-sepoi bahasa, lambaian
nyiur yang berjajaran di pantai memutih, deburan ombak memecah di pantai, aliran air sungai
yang lesu dan air laut yang jernih bagai kaca. Sesungguhnya, dari utara ke selatan, dari timur
ke barat Malaysia tidak kurang dengan destinasi menarik seperti Pantai Cenang, Pulau
Sipadan, Taman Negara, Gunung Kinabalu, Tanah Tinggi Cameron, Air Terjun Sekayu dan
Gua Niah. Oleh itu, Kementerian Pelancongan hendaklah menggiatkan kempen
pelancongan secara lebih terancang dan menyeluruh demi mempromosikan produk ini.
Seyogianya, kerajaan hendaklah menerbitkan dokumentari pelancongan seperti yang pernah
dilakukan oleh kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama TV3 pernah menerbitkan
rancangan Teganu Kita. Tambahan pula, Kementerian Pelancongan bolehlah menulis
rencana tentang tempat yang wajib dilawati seperti Berita Harian melalui kolum Santai.
Kementerian Pelancongan juga haruslah menggunakan wadah televisyen dan majalah
pelancongan seperti Libur untuk mengiklankan destinasi menarik dan terkemuka seperti yang
dilakukan oleh kerajaan Negeri Pahang sempena Tahun Melawat Pahang 2017. Impaknya,
usaha ini dapat memperkenalkan tarikan setiap negeri. Tegasnya, Kementerian Pelancongan
hendaklah menggiatkan kempen pelancongan untuk memperkenalkan keindahan alam semula
jadi.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga kaya dengan warisan budaya pelbagai kaum yang
begitu unik. Hal ini demikian kerana kehadiran penjajah British ke Tanah Melayu telah
mewujudkan masyarakat majmuk dengan kehadiran bangsa Cina dan India untuk bekerja
sebagai pelombong dan penoreh getah. Oleh sebab itu, mereka telah membawa budaya nenek
moyang dari negara asal dan diasimilasikan dengan budaya tempatan, misalnya masyarakat
Baba dan Nyonya. Seperti yang kita sedia maklum, negara kita kaya dengan cara hidup
masyarakat, sambutan perayaan, tarian, makanan tradisional, pakaian dan permainan
tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Oleh hal yang demikian,
pengusaha inap desa patut mempromosikan keistimewaan inap desa di persada dunia.
Sebagai contoh, mereka boleh menyertai karnival pelancongan di dalam dan di luar negara
seperti Karnival Pelancongan Antarabangsa Malaysia yang menghimpunkan pelanggan
daripada pelbagai negara. Di samping itu, pengusaha inap desa haruslah mempamerkan
gambar, video dan risalah tentang inap desanya seperti pengalaman memancing dan
menangguk ikan di tali air, menyemai dan membanting padi dan berderau ketika majlis
kenduri-kendara. Tindakan mereka yang menyebarluaskannya melalui Internet seperti
Facebook dan blog juga patut diberikan pujian seperti yang dilakukan oleh pengusaha Inap
Desa Sungai Haji Dorani. Natijahnya, usaha ini dapat memperkenalkan warisan budaya kita

15
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
di persada dunia kerana tak kenal maka tak cinta. Pendek kata, pengusaha inap desa patut
mempromosikan keistimewaan inap desa untuk memperkenalkan warisan budaya.

Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak bangunan bersejarah yang menyimpan
seribu rahsia. Secara umumnya, bangunan bersejarah ialah bangunan yang dibina pada zaman
lalu dan usianya melebihi 100 tahun. Tidak dapat dinafikan bahawa bangunan bersejarah ini
mempunyai keistimewaan dari segi seni binanya dan kepentingannya pada zaman dahulukala.
Antara bangunan bersejarah yang terkenal ialah Kota A Famosa, Stesen Kereta api Tanah
Melayu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Tengkera, Candi Lembah Bujang, Masjid
Jamek Muar, Gereja St. Paul, dan pelbagai lagi. Hakikatnya, bangunan ini mempunyai ciri-
ciri seni bina kolonial dan dapat dijadikan bukti konkrit sejarah. Oleh sebab itu, kerajaan
negeri hendaklah menguatkuasakan undang-undang terhadap binaan bangunan
bersejarah. Hal ini boleh dilakukan dengan mengenakan kompaun dan denda yang tinggi
terhadap pihak yang menceroboh atau merosakkannya melalui Akta Bendapurba 1976. Bukan
itu sahaja, kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya juga boleh mengeluarkan garis
panduan mengurus bangunan bersejarah agar tidak mengubah suai struktur asal dan
binaannya. Dalam jangka masa yang panjang, kerajaan negeri patut melakukan pemantauan
secara berkala terhadap bangunan bersejarah kerana khuatir diubah atau dirosakkan oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab seperti yang terjadi di Pulau Pinang. Implikasinya,
monumen ini dapat dijadikan bahan kajian dan bukti sejarah lampau oleh pelancong yang
berminat untuk melihat tinggalan tersebut kerana lain hulu lain parang, lain dahulu lain
sekarang. Tuntasnya, kerajaan negeri hendaklah menguatkuasakan undang-undang terhadap
binaan bangunan bersejarah.

Ironinya, tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata bahawa produk
pelancongan seperti keindahan alam semula jadi, warisan budaya dan bangunan bersejarah
perlu diperkenalkan untuk menarik pelancong. Sehubungan dengan itu, kerajaan dan pihak
swasta memainkan peranan yang sangat penting dalam memperkenalkan produk pelancongan
tersebut. Kendatipun demikian, pihak-pihak lain tidak boleh bersikap lepas tangan kerana
masing-masing juga perlu bersama-sama bagai aur dengan tebing untuk memajukan sektor
pelancongan demi kebaikan bersama. Masyarakat misalnya, hendaklah menjaga kebersihan
dengan tidak membuang sampah merata-rata seperti ke dalam sungai mahupun persisir pantai
juga menjaga kebersihan tandas awam. Nescaya, tindakan yang kecil ini memberikan impak
yang besar kerana akan menaikkan imej negara sebagai salah sebuah negara yang bersih.
Tahukah anda bahawa negara jiran kita, Singapura disenaraikan sebagai antara 10 buah
negara yang terbersih di dunia? Maka, tidak hairanlah jika negara ini sering menjadi tumpuan
dan buah mulut pelancong sungguhpun tidak mempunyai keistimewaan dari segi keindahan
alam semula jadi. Sesungguhnya, usaha memajukan indsutri pelancongan tidak sia-sia kerana
menyajikan peluang pekerjaan yang bukan sedikit sama ada kepada pekerja mahir, separuh
mahir ataupun tidak mahir. Dalam pada itu, ekonomi negara juga dapat dijanakan melalui
kehadiran pelancong yang berbelanja. Ingatlah, melancong ke Malaysia bermakna anda telah
melancong ke seluruh Asia!

16
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
Fokus 7 : Aktiviti manusia yang tidak terkawal mengakibatkan pencemaran sungai
hingga menjejaskan kehidupan masyarakat
Aktiviti manusia yang tidak terkawal seperti pembuangan sampah sarap, pengaliran sisa
toksik dan pembalakan haram mengakibatkan pencemaran sungai hingga menjejaskan
kehidupan masyarakat.
Bincangkan.

Cadangan isi penting:


1. pembuangan sampah sarap petempatan setinggan sikap masyarakat petempatan
berhampiran dengan sungai menjejaskan rutin harian masyarakat
2. pengaliran sisa toksik kelemahan penguatkuasaan undang-undang kurang pemantauan
kurang sivik pemilik premis menjejaskan sumber pendapatan masyarakat
3. pembalakan haram pengkuatkuasaan undang-undang yang lemah permintaan yang
tinggi sikap tamak pembalak menyebabkan aktiviti rekreasi masyarakat terjejas

Apabila kita singkap sejarah perkembangan tamadun awal manusia, sungai


memainkan peranan yang amat penting. Buktinya, empat tamadun awal manusia bermula di
lembangan sungai, iaitu Tamadun Mesir Purba, Tamadun Hwang Ho, Tamadun Mesopotamia
dan Tamadun Indus. Ironinya, sungai amat berperanan kepada kehidupan manusia kerana
membekalkan sumber air bersih dan sumber protein seperti ikan dan udang. Tambahan pula,
masyarakat di kawasan pedalaman menjadikan sungai seperti Sungai Kinabatangan dan
Sungai Rajang sebagai jalan pengangkutan yang utama seperti di Sabah dan di Sarawak.
Sungai Pahang pula misalnya dijadikan tempat rekreasi bagi penduduk sekitarnya untuk
menikmati angin petang sambil menghirupi udara segar, tidak kurang juga untuk memancing
ikan. Kendatipun demikian, sungai semakin tercemar akibat aktiviti manusia yang tidak
terkawal. Hakikatnya, kajian oleh Jabatan Alam Sekitar mendapati bahawa beberapa batang
sungai di negara ini telah mati kerana tidak lagi berfungsi, antaranya Sungai Juru dan Sungai
Pinang di Pulau Pinang. Tahukah anda bahawa pencemaran sungai telah berlaku sejak
tamadun awal manusia? Hal ini dikatakan demikian kerana dalam Tamadun Mesir Purba,
golongan bangsawan akan membuang sampah ke dalam Sungai Nil manakala golongan
marhaen akan mengumpul sampah di hadapan rumah untuk dikutip. Persoalannya, apakah
kesusahan yang dihadapi masyarakat daripada pencemaran sungai akibat aktiviti manusia
yang tidak terkawal?

Umum mengetahui bahawa pembuangan sampah sarap oleh masyarakat ke dalam


sungai telah menyebabkan masalah pencemaran sungai semakin rumit. Hal ini berpunca
daripada sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri, persis peribahasa bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Keadaan menjadi lebih parah apabila
banyak petempatan yang didirikan di sepanjang sungai, misalnya Sungai Klang menjadikan
sungai sebagai lubuk sampah seperti plastik, polisterin, botol dan sisa makanan. Seperti yang
kita sedia maklum, masyarakat Malaysia banyak menghasilkan sampah. Buktinya, kajian
mendapati bahawa 13.5 juta tan sampah dibuang setahun. Jika tidak diberikan perhatian yang
serius, aktiviti ini akan menjejaskan rutin harian masyarakat. Misalnya, pencemaran
sungai yang berlaku di Sungai Semenyih berpunca daripada tapak pelupusan sampah dan

17
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
pembuangan sampah oleh peniaga dan penduduk setempat. Hal ini sudah tentu
menyebabkan sumber air bersih terjejas kerana loji air yang memproses sumber air mentah
terpaksa ditutup. Keadaan ini sudah pasti mengganggu aktiviti harian seperti mandi,
memasak hidangan dan mencuci pakaian. Dalam jangka masa yang panjang, masalah catuan
air pasti berlaku hingga menyusahkan masyarakat. Jika digunakan, air yang tercemar boleh
menjejaskan kesihatan seperti kulit gatal-gatal dan keracunan makanan. Pendek kata,
pembuangan sampah sarap oleh masyarakat menjejaskan rutin harian masyarakat.

Selain itu, aktiviti yang boleh menyumbang kepada masalah pencemaran sungai ialah
pengaliran sisa toksik oleh pihak kilang yang hanya mementingkan keuntungan tanpa
menyedari bahawa masalah ini menjadi duri dalam daging. Kita sememangnya maklum
bahawa sisa toksik mengandungi bahan kimia, bahan beracun dan minyak. Umpamanya, sisa
toksik yang dibuang dan mengandungi minyak akan melitupi permukaan air sungai. Hal ini
sudah tentu menyebabkan oksigen tidak boleh masuk ke dalam air hingga sumber protein
seperti ikan dan udang mati. Dalam jangka masa yang panjang, kepupusan sumber akan
berlaku. Akibatnya, pencemaran sungai sudah tentu menjejaskan pendapatan masyarakat,
terutamanya masyarakat yang bergantung pada sungai. Sebagai misalan, tumpahan minyak
diesel yang berlaku di Sungai Johor berpunca daripada sebuah kilang di Felda Taib Andak,
Kulaijaya telah menjejaskan kehidupan masyarakat. Oleh itu, hasil yang diperoleh para
nelayan menjadi susut gara-gara pencemaran sungai. Secara langsung, mereka tidak
mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menampung perbelanjaan harian. Perkara
ini sudah tentu menjadi beban kepada mereka yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang. Secara ringkasnya, pembuangan sisa toksik ke dalam sungai telah
menjejaskan pendapatan masyarakat.

Di samping itu, aktiviti pembalakan haram oleh pembalak haram yang tamak seperti
anjing beroleh bangkai turut menyumbang kepada masalah pencemaran sungai. Situasi ini
disebabkan oleh penguatkuasaan undang-undang berhubung penerokaan dan penggondolan
hutan masih lemah hingga menyebabkan pembalak haram tidak takut. Tambahan pula,
permintaan yang tinggi terhadap kayu balak dan industri perkayuan menyebabkan mereka
mengetepikan nilai kemanusiaan. Apabila hutan ditebang, maka hakisan tanah akan berlaku
lebih-lebih lagi pada hari hujan. Oleh hal yang demikian, tanah yang terhakis akan dialirkan
ke dalam sungai hingga menyebabkan sungai berkeladak dan dipenuhi mendapan. Impaknya,
pencemaran sungai yang berlaku telah menyebabkan aktiviti rekreasi masyarakat
terjejas. Misalnya, pembalakan haram di Sungai Kelantan dan di Cameron Highlands
menyebabkan air menjadi kuning kerana dipenuhi tanah lumpur. Kejadian ini sudah pasti
menjejaskan aktiviti berkelah dan memancing masyarakat kerana air yang kotor tidak lagi
sesuai untuk menjalankan aktiviti ini. Dari sudut yang berbeza, bagi kawasan pelancongan
seperti Cameron Highlands, pencemaran sungai ini telah menyebabkan kemerosotan jumlah
pelancong untuk makan angin. Tidak kurang juga, masalah ini akan menyebabkan lahirnya
masyarakat yang tidak sihat. Secara ringkasnya, aktiviti pembalakan haram telah
menyebabkan aktiviti rekreasi masyarakat terjejas.

18
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
Intihanya, terdapat seribu satu aktiviti manusia yang tidak terkawal menyebabkan
pencemaran sungai hingga mendatangkan kesusahan kepada kehidupan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam meletakkan
tanggungjawab menjaga kebersihan sungai di atas bahu masing-masing kerana peribahasa
ada menyatakan bahawa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Benarlah seperti firman
Allah SWT dalam Surah ar-Rum yang menyebut, Telah berlaku kerosakan di darat dan di
laut daripada perbuatan manusia. Oleh itu, pihak sekolah perlulah menyusun dan
melaksanakan pelbagai aktiviti bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga
sungai seperti pertandingan dan aktiviti bergotong-royong membersihkan sungai. Dalam
pada itu, kerajaan hendaklah memperuntukkan dana bagi tujuan pembersihan sungai yang
tercemar seperti yang dilakukan terhadap Sungai Melaka yang akhirnya menjadi tempat
pelancongan. Ibu bapa juga tidak boleh melepaskan tanggungjawab kerana mereka boleh
mendidik anak-anak sejak kecil tentang peranan anak-anak dalam menjaga kebersihan sungai
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Moga-moga dengan usaha yang bersepadu ini,
impian kudus untuk memelihara dan memulihara sungai dapat direalisasikan dengan jayanya.
Akhir kata, tepuk tanya tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha yang
direncanakan akan menjadi angan-angan Mat Jenin.

19
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
Ekstra 1 : Obesiti / Kegemukan
Punca obesiti
1. Kurang bersenam dan bersukan ketiadaan masa akibat bekerja dan bersekolah
sikap malas dan tiada kesedaran untuk menjaga kesihatan kemudahan rekreasi yang
jauh atau rosak terdapat penyakit atau masalah kesihatan
2. Pemakanan yang tidak berkhasiat mementingkan selera berbanding dengan kesihatan
gaya dan budaya hidup masyarakat kurang didikan ibu bapa pengaruh iklan yang
kuat dan menarik
3. Kewujudan restoran makanan segera permintaan masyarakat yang tinggi sikap
masyarakat yang ingin mudah dan segera kurangnya penguatkuasaan undang-undang
suasana tempat makan yang kondusif masa urus niaga yang tiada had

Peranan ibu bapa


1. Ibu bapa membawa anak-anak bersenam dan bersukan membawa anak-anak ke
taman rekreasi untuk berbasikal berjoging bersama-sama pada waktu petang di kawasan
perumahan mendaki bukit seperti Bukit Broga pada hari cuti membakar lemak tepu
dalam badan mengurangkan berat badan
2. Ibu bapa menyediakan makanan yang berkhasiat menghidangkan buah-buahan dan
sayur-mayur memasak makanan menggunakan kaedah yang tidak menggunakan
minyak seperti sup atau stim mengurangkan minyak, santan dan gula dalam makanan
mengurangkan kandungan kolesterol dalam tubuh mendapatkan gizi seimbang
3. Ibu bapa mendidik anak-anak makanan yang berkhasiat menerangkan bahaya
makanan berminyak tidak membenarkan anak-anak membeli makanan segera dan
makanan ringan menceritakan kisah manusia obes yang hanya hidup di atas katil
merendahkan kandungan kolesterol dalam saluran darah mengelakkan penyakit kronik
4. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak tidak kerap mengambil makanan
bergoreng, snek atau minuman berkarbonat makan nasi dalam kadar yang diperlukan
mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan beriadah dan banyak berjalan kaki menjadi
contoh kepada anak-anak menjalani hidup dengan lebih cergas dan aktif

Usaha pelbagai pihak


1. Pihak kerajaan mengeluarkan garis panduan kepada premis makanan berdasarkan
perbincangan meja bulat dengan pihak berkaitan termasuklah pakar pemakanan dan
kesihatan mesti dipamerkan dan dipatuhi oleh peniaga dan tukang masak menyatakan
tindakan susulan jika gagal mematuhinya
2. Pihak berkuasa mengetatkan undang-undang pengeluaran dan penjualan makanan
menggantung lesen perniagaan bagi restoran yang ingkar mengharamkan pengeluaran
makanan yang tinggi kandungan lemak memantau premis perniagaan secara berkala
3. Media massa menghebahkan kempen kesedaran tentang keburukan obesiti
televisyen mengiklankan keburukan obesiti televisyen menyiarkan dokumentari tentang
masalah obesiti wartawan media cetak menulis rencana tentang langkah pencegahan
4. Pihak swasta menganjurkan karnival kesihatan menganjurkan progran joging dan
senamrobik menyediakan khidmat menimbang berat badan dan menyukat tahap
kolesterol mengadakan forum dan ceramah tentang obesiti

20
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
Ekstra 2 : Menabung wang
Kebaikan menabung wang
1. Menjamin kehidupan hari tua
2. Digunakan sewaktu kecemasan
3. Menjamin pendidikan
4. Menggalakkan amalan berjimat cermat

Peranan ibu bapa


1. Ibu bapa mendidik anak-anak tentang kepentingan menabung wang
2. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak
3. Ibu bapa memberikan ganjaran kepada anak-anak
4. Ibu bapa membuka akaun tabungan anak-anak

Usaha pelbagai pihak


1. Kerajaan memberikan potongan cukai kepada penabung
2. Media massa menghebahkan kempen kesedaran tentang kepentingan menabung wang
3. Guru memberikan pendidikan kewangan di sekolah
4. Pihak bank menganjurkan karnival menabung di premis awam

Ekstra 3 : Pelancongan
Faedah melancong dalam negara
1. Meningkatkan ekonomi negara
2. Menstabilkan nilai mata wang negara
3. Menaikkan imej negara
4. Mewujudkan peluang pekerjaan
5. Memupuk semangat patriotik
6. Memperkenalkan kebudayaan nasional

Peranan masyarakat memajukan industri pelancongan


1. Menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah tidak
memusnahkan tanaman hiasan tidak melakukan pembakaran terbuka / hutan
2. Mengamalkan budi bahasa kepada pelancong menggunakan bahasa yang sopan
sentiasa tersenyum dan bermuka manis mengalu-alukan kedatangan pelancong
3. Memperkenalkan budaya warisan menonjolkan keistimewaan budaya warisan
menunjukkan cara pembuatannya menyebarkannya melalui laman sesawang
4. Menjaga infrastruktur dan kemudahan awam tidak merosakkan kemudahan awam
tidak menconteng dinding memastikan tandas bersih selepas digunakan

Peranan kerajaan memajukan industri pelancongan


1. Kerajaan pusat memperuntukkan dana untuk pelancongan
2. Kementerian Pelancongan menganjurkan karnival / pesta / ekspo pelancongan
3. Pihak berkuasa menjaga keamanan dan keselamatan negara
4. Media massa mempromosikan destinasi menarik
5. Kerajaan negeri mewartakan lebih banyak hutan simpan dan taman laut

21
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
Ekstra 4 : Pengguna Bijak
Ciri-ciri pengguna bijak
1. Menyediakan senarai perbelanjaan
2. Membandingkan harga barangan
3. Membeli-belah ketika jualan murah
4. Meneliti maklumat pembungkusan
5. Membeli barangan tempatan

Kepentingan melahirkan pengguna bijak kepada pengguna


1. Menjimatkan perbelanjaan pengguna
2. Menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna
3. Mengelakkan pengguna menjadi mangsa penipuan
4. Memupuk perasaan patriotik dalam diri pengguna

Kepentingan melahirkan pengguna bijak kepada negara


1. Meningkatkan ekonomi negara
2. Menggalakkan pertumbuhan industri negara
3. Mengelakkan pengaliran wang ke luar negara
4. Mengelakkan masalah inflasi

Langkah pelbagai pihak melahirkan pengguna bijak


1. Kerajaan mengiktiraf kedai / premis yang menjual barangan dengan harga murah
2. Pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas
3. Media massa menghebahkan kempen kesedaran tentang hak pengguna
4. Guru memberikan pendidikan kepenggunaan di sekolah
5. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan berbelanja secara bijak

Ekstra 5 : Sukan
Faedah bersukan
1. Menyihatkan tubuh badan
2. Mengurangkan tekanan perasaan
3. Memupuk nilai-nilai murni
4. Mengisi masa lapang dengan berfaedah
5. Mengeratkan hubungan / perpaduan kaum
6. Menjanakan pendapatan individu

Langkah kerajaan meningkatkan mutu sukan negara


1. Kerajaan mendirikan lebih banyak sekolah sukan
2. Kerajaan menganjurkan program pencungkilan bakat atlet muda
3. Kerajaan mendapatkan khidmat jurulatih berpengalaman
4. Kerajaan membina kemudahan sukan bertaraf antarabangsa
5. Kerajaan menawarkan diri dengan menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa
6. Kerajaan menyediakan ganjaran kepada atlet yang berjaya

22

Anda mungkin juga menyukai