Anda di halaman 1dari 38

Kepentingan Menyertai Badan Beruniform

Kokurikulum merupakan elemen yang sama penting dengan kurikulum


akademik dalam pendidikan negara kita selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang berobjektif untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Salah sejenis
kokurikulum yang mustahak ialah badan beruniform, seperti Kadet
Polis, Kadet Bomba, Pengakap, Pandu Puteri Persatuan Bulan Sabit
Merah dan sebagainya. Sesungguhnya, ibu bapa dan para pelajar perlu
dicelikkan supaya menyedari kepentingan menyertai badan beruniform.
Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan badan beruniform sangat
maslahat untuk memupuk semangat berdisiplin dalam kalangan
pelajar. Hal ini terjadi demikian kerana peserta unit beruniform perlu
mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan. Sebagai contohnya,
ketika dalam latihan berkawad, setiap anggota harus mematuhi arahan
ketua pasukan masing-masing sehingga memiliki rentak yang sama
semasa bergerak. Semangat berdisiplin ini akan terbawa-bawa dalam
kehidupan mereka sehingga tidak melanggar peraturan sekolah dan
bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan sendiri. Nescaya remaja
yang berdisiplin dapat dicanai sebagai rakyat yang mematuhi undangundang dan tidak terlibat dalam sebarang jenayah juvenil.
Tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa badan beruniform merupakan
medan yang paling sesuai untuk mencambahkan pemimpin yang
berwibawa. Melalui kegiatan dalam pasukan beruniform, pelajar telah
dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka
sama ada sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam
konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah sebagai insan yang
bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya
berinteraksi dengan anak buahnya. Unsur-unsur tersebut dan

pengalaman dalam pasukan beruniform dapat menjadikan mereka


sebagai pemimpin kelak. Sebagai fakta yang tidak dapat dinafikan
bahawa majoriti pemimpin negara kita pernah menjadi pemimpin
dalam pasukan beruniform di sekolah.
Lebih-lebih lagi, anggota pasukan beruniform lebih berdikari
berbanding dengan pelajar lain. Lazimnya, pasukan beruniform akan
menganjurkan pelbagai kegiatan tahan lasak atau kegiatan di luar
sekolah, seperti aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau
ekspedisi. Dalam kegiatan yang sedemikian, setiap peserta perlu
menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli keluarga. Sebagai
contoh, mereka perlu memasak, mencuci pakaian dan mendirikan
khemah sendiri. Nilai berani, gigih, inisiatif, proaktif dan tabah akan
dipupuk dalam sanubari setiap peserta untuk menghadapi pelbagai
cabaran atau pancaroba. Lantaran daripada itu, anggota pasukan
beruniform tidak seperti burung dalam sangkar yang hanya disuap
nasi tanpa diberi kebebasan untuk hidup berdikari.
Sudah terang lagi bersuluh, badan beruniform juga dapat menambah
ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan peserta. Selain ilmu
akademik, pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dalam
kehidupan dan sosial. Dengan menyertai Persatuan St. John Ambulans,
pelajar telah diberi pengetahuan tentang pertolongan kecemasan.
Dalam kegiatan Pasukan Pengakap dan Pandu Puteri, pelajar turut
belajar untuk masak-memasak . Pengetahuan dan pengalaman ini tidak
dapat ditimba daripada buku teks. Sebagai insan yang sempurna
pelajar tidak boleh bergantung pada pencapaian akademik sahaja.
Pengalaman dan kemahiran ini dapat mematangkan fikiran pelajar itu.
Badan beruniform juga dapat mewujudkan kerjasama antara pelajar
yang berlainan bangsa. Semasa menjalankan kegiatan, pelajar yang

berlainan bangsa dapat bertoleransi, tolong-menolong dan bahumembahu untuk menjayakan sesuatu program, bagai hati gajah
sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Ahli pasukan beruniform
bukan sahaja menjalani aktiviti di dalam sekolah tetapi juga dalam
gabungan beberapa buah sekolah di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan malah antarabangsa. Anggota badan beruniform
berpeluang berinteraksi dengan anggota dari sekolah lain bahkan
negeri lain sehingga terjalinlah hubungan mesra antara generasi muda
yang berbezaan latar belakang. Kerjasama mereka akan
mencambahkan benih perpaduan, integrasi nasional dan nasionalisme
dalam sanubari generasi muda kita sehingga merealisasikan 1
Malaysia.
Bukan itu sahaja, pelajar dapat menentukan kerjaya masa depan
mereka melalui kegiatan badan beruniform. Hal ini terjadi demikian
kerana setelah menyertai kegiatan pasukan pakaian seragam, mereka
dapat mencungkil bakat mereka dan minat mereka dalam bidang
tertentu. Tamsilnya, anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan
Persatuan St John Ambulans lazimnya berminat menjadi doktor,
jururawat dan pegawai kesihatan apabila dewasa kelak. Anggota Kadet
Polis berpeluang besar untuk diterima dalam pasukan Polis Diraja
Malaysia kerana sejak di bangku sekolah mereka telah menjalani
pelbagai latihan ala polis di sekolah. Ternyata, anggota badan
beruniform dapat menentukan hala tuju kerjaya mereka sebelum
melangkah ke alam pekerjaan.
Secara tuntasnya, kegiatan badan beruniform berupaya melahirkan
modal insan yang berkualiti, iaitu berdisiplin, beramanah,
berketerampilan, bekerjasama, bertanggungjawab serta bersemangat
kental dan waja diri . Untuk mencapai pembangunan fizikal dan mental
negara, generasi yang berjati diri dan berwawasan merupakan elemen

yang tidak ternilai seperti peribahasa pemuda harapan bangsa,


pemudi srikandi negara

Sungai merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai dan


perlu dijaga dengan baik oleh manusia.
Jelaskan pendapat anda tentang sebab-sebab sungai tercemar
dan kepentingan sungai dalam kehidupan.
Beribu-ribu ekor ikan terapung-apung di permukaan sungai
sungai di Pahang telah teruk dicemar.
Begitulah tajuk-tajuk berita yang acap kali menghiasi dan menguasai
dada akhbar-akhbar tempatan. Berita dan paparan media umpama ini
bukan sahaja menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan,
isu ini juga seringmenjadi liputan media massa antarabangsa dan
persidangan utama dunia.
Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari
bibir ke bibir umat manusia di segenap empat pelosok dunia. Oleh itu,
isu pancemaran sungai sudah menjadi berita basi. Kerajaan pernah
mengadakan kempen-kempen seperti Cintailah Sungai Kita tetapi
mendapat sambutan yang dingin daripada segenap lapisan
masyarakat. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan meningkatnya
kes ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pernahkah terlintas
dalam benak anda apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran
sungai? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi
keempat, pencemaran sungai dapat didefinisikan sebagai perbuatan
yang mengotorkan sungai yang jernih sehingga keruh dengan pelbagai
bentuk cara. Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab-sebab yang

munasabahnya kerana kalau angin tidak bertiup, masakan pokok


bergoyong? Tahukah anda faktor-faktor yang menyumbang kepada
pencemaran sungai? Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka.
Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah
pembuangan sampah sarap oleh masyarakat. Hal
ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran
dengan sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang
mereka ada ke dalam sungai. Fenomena ini boleh dikatakan telah
menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Pada zaman
globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai sebagai
sebuah tong sampah yang besar.Merujuk kepada laporan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007, alasan
yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam
sungai ialah tong sampah yang sedia ada berada jauh dari tempat
tinggal mereka. Mereka malas untuk membuang sampah sarap
tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu memakan
masa yang banyak dan meletihkan mereka. Oleh sebab itu,
mereka mengambil jalan mudah dengan membuangkan sampah
sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan
sungai itu menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di
permukaan sungai itu mempunyai bahan kimia yang akan
menyumbang kepada pencemaran sungai.
Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik
daripada kilang-kilang ke dalam sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang
tersebut akan mencemarkan sungai dengan menurunkan pH air sungai
tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada manusia
dan hidupan akuatik. Hal ini dikatakan demikian kerana jikalau
seseorang meminum air sungai yang pH rendah, kesihatan seseorang
itu mungkin terjejas dan yang memburukkan keadaan lagi ialah
mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Kualiti

kehidupan akuatik seperti ikan akan menurun kerana keadaan sungai


yang tercemar tidaklah sesuai untuk ikan-ikan tersebut. Statistik yang
sahih lagi tepat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada
tahun 2008 jelas menunjukkan kebanyakan kilang yang membuang sisa
toksik ke dalam sungai ialah kilang-kilang besar. Ketika ditanya tentang
sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai, alasan
yang diberi ialah mereka tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa
toksik tersebut ke dalam sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap
sebegini yang mementingkan diri sendiri ibagai enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis demi
kepentingan bersama.
Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal
sebegini telah lama berlaku di dalam negara kita. Mengapakah hal ini
akan berlaku? Sebabnya ialah tong yang mengisi minyak bagi kapal
tersebut telah bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang
daripada air akan terapung di permukaan air. Masalah ini
akan menjejaskan tumbesaran bagi tumbuh-tumbuhan yang hidup
di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana minyak tersebut
akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuhtumbuhan tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan
proses tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak
dapat menjalankan proses pemhasilan makanan. Di negara lain seperti
Jerman dan Australia, masalah tumpahan minyak ini tidak pernah
berlaku dalam negara tersebut kerana mereka mempunyai kapal yang
serba canggih dan tong minyak yang baik sekali.
Apakah kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak
dapat dinafikan bahawa sungai memang mempunyai kepentingan
tertentu dalam kehidupan seharian kita. Kepentingan utamanya ialah
sungai memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan
penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan

Suez telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal
ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan. Kawasan
yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan
dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem
pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat,
pengangkutan udara dan juga pengangkutan air. Hal ini dapat
meyakinkan rakyat negara kita agar visi kudsi Wawasan 2020 dapat
direalisasikan dan menjadi bumi Malaysia duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggidengan negara gergasi yang lain di persada
dunia.
Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan
protein kepada manusia. Air yang diminum oleh penduduk bumi
kebanyakannya datang dari air sungai. Jikalau air sungai telah
tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses yang
merumitkan dan memakan kos seperti yang berlaku di negara Jerman.
Sungai amatlah penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan,
ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan, ketam
dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang
membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber
protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan udang adalah amat
tinggi. Persis kata jauhari sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya. Peribahasa ini mengingatkan manusia
supaya tidak mencemarkan air sungai yang merupakan habitat hidupan
akuatik dan merupakan anugerah istimewa daripada Tuhan yang
akan membahagiakan kita pada hari esok agar kita tidak menyesal
pada hari kemudiannya.
Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengatasi
kemelut pencemaran air yang dapat diibaratkan seperti duri dalam

daging kepada masyarakat dan negara. Janganlah kita membiarkan


masalah ini terus bernanah di dalam negara kita. Sebagai khalifah
Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar insan kamil, kita
bertanggungjawab untuk menjaga sungai yang merupakan anugerah
Tuhan yang amat bernilai ini. Kita haruslah menjauhkan diri daripada
perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena sudah
terhantuk baru tengadah. Marilah kita bersama-sama
merealisasikan hasrat dan visi kudsi wawasan 2020. Cintailah Sungai
Kita.

Soalan: Sejak Kebelakangan ini, kehilangan kanak-kanak dan


jenayah yang berkaitan dengan kanak-kanak semakin menjadijadi sehingga membimbangkan masyarakat kita. Bincangkan
cara-cara yang berkesan untuk menjaga keselamatan kanakkanak.

Pada era pascamerdeka ini, kes jenayah dan penculikan kanak-kanak


semakin menjadi-jadi sehingga menjadi topik hangat dalam media
massa. Kes adik Nurul Huda Abdul Ghani yang telah meninggal dunia
dalam usia 10 tahun. Budak yang malang itu telah menjadi mangsa
rogol dan dibunuh oleh binatang yang betopeng manusia. . Kes adik
Sharlinie dan adik Asmawi yang masih belum ditemui. Kes-kes tersebut
turut diperkatakan dari warung kopi hingga persidangan parlimen. Keskes jenayah kanak-kanak telah menggusarkan ibu bapa yang
mempunyai anak yang seusia dengan kanak-kanak tersebut. Untuk

mengelakkan lebih banyak kanak-kanak menjadi mangsa kepada


manusia yang yang kedangkalan kemanusiaan, pelbagai langkah yang
efisien patut dilaksanakan untuk melindungi anak kita supaya mereka
dapat hidup dalam dunia yang aman, harmoni dan bahagia.
Untuk menangani masalah ini daripada terus menjalar, ibu bapa
memainkan peranan yang signifikan untuk menyelamatkan cahaya
mata yang dianugerahkan oleh Tuhan. Dalam konteks ini, ibu bapa
harus sentiasa memastikan bahawa anak mereka tidak lari daripada
perhatian mereka ketika berada di tempat awam, terutamanya di pasar
malam, pasar raya dan pusat beli belah. Kebanyakan kes kehilangan
anak adalah berada di lokasi yang penuh dengan orang ramai,
terutama ketika jualan murah diadakan kerana ibu bapa sibuk membeli
belah. Ibu bapa perlu mengajar anak mereka serba sedikit pendidikan
seks, iaitu bahagian aurat badan mereka yang tidak boleh disentuh
oleh orang lain. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka supaya
menolak ajakan atau pujukan orang yang tidak dikenali walaupun
terdapat gula-gula yang enak. Dalam masa yang sama, ibu bapa
bertanggungjawab untuk memastikan anak mereka tidak berseorangan
sama ada di rumah atau di luar rumah. Contohnya adik Nurin Jazlin
membeli sesuatu di pasar malam sehingga tidak pulang untuk selamalamanya. Tegasnya ibu bapa perlu memikul tanggungjawab untuk
menjaga keselamatan anak kecil mereka.
Selain itu, media massa perlu mendukung kewajipan untuk
mencelikkan masyarakat kita supaya peka terhadap isu ini. Media
massa terutamanya media elektronik mempunyai pengaruh yang kuat
sekali terhadap masyarakat kita. Dalam situasi ini, pihak televisyen dan
akhbar perlu menyiarkan rencana atau rancangan yang berkaitan
supaya masyarakat kita, khasnya pengusaha tabika dan ibu bapa
mengambil tindakan yang drastik untuk mengelakkan anak buah

mereka daripada menjadi mangsa kepada manusia yang berjiwa


binatang buas. Siaran daripada media massa dapat segera memancing
perhatian dan kerjasama daripada masyrakat untuk menghulurkan
bantuan bersama-sama demi menyelamatkan budak yang hilang atau
kena culik. Dalam masa yang sama, media elektronik patut menyekat
rancangan ganas yang dapat mempengaruhi orang ramai sehingga
menbangkitkan nafsu yang dikutuk oleh Tuhan. Bahan lucah yang
berkaitan dengan seksual kanak-kanak harus dilarang sama sekali
sama ada dalam cakare padat digital cetak rompak ataupun dalam
internet. Adegan keganasan akan terserap ke dalam jiwa yang
kedangkalan keimanan. Senarionya, unsur keganasan akan
diterjemahkan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Natijahnya,
semua media perlu menghalang rancangan yang berunsur ganas dan
berusaha menginsafkan masyarakat kita untuk menyelamatkan kanakkanak kita daripada menjadi mangsa.
Sementelahan itu, penguatkuasaan undang-undang merupakan
alternatif yang ampuh untuk membanteras gejala tersebut. Hal ini
demikian kerana hukuman yang ketat berupaya memperingatkan orang
ramai supaya tidak menganiaya kanak-kanak kita. Mereka yang
mencabuli, memperkosa, menculik dan mendera kank-kanak perlu
dijatuhi hukuman yang berat, seperti hukuman penjara mandatori,
human sebat malar-malar hukuman gantung sampai hati. Hukuman
yang maksimum dapat menyebabkan golongan yang sering
mendampingi syaitan itu berasa serik untuk melakukan kesalahan
tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak polis juga perlu membuat
siasat dengan cepat dan segera. Sindiket perdagangan manusia harus
dibendung dengan segera. Alangkah malangnya, terdapat kanak-kanak
yang diculik ke negeri Thai dan Indonesia telah dicacatkan untuk
menjadi pengemis . Oleh itu, pihak penguat kuasa perlu melaksanakan

tugas mereka dengan komitmen supaya nyawa anak yang comel tidak
diragut oleh manusia yang tidak waras.
Natijahnya, anak merupakan kurniaan Tuhan yang akan membawa
kebahagiaan dan hiburan kepada keluarga. Anak juga akan mewarnai
masyarakat, nusa dan bangsa kita . Seisi masyarakat kita
bertanggungjawab untuk melindungi mereka supaya membesar
dengan aman dan sentosa. Janganlah kes jenayah kanak-kanak dan
gangguan seksual menjadi fobia kepada ibu bapa tentang keselamatan
anak mereka. Jangan terhantuk baru tengadah. Semua pihak yang
terlibat tidak patut melepaskan batuk di atas tangga dan berusaha
dengan gigih untuk melindungi hak kanak-kanak.

Langkah-langkah untuk memajukan sektor pertanian.


Ketika mengharungi arus globalisasi dan modenisasi, negara kita telah
mengalami pembangunan yang pesat, terutamanya dalam sektor
perindustrian. Rentetan daripada itu, sektor pertanian telah dikesisikan
dalam arus pembangunan sejak 1980-an. Bagaimanapun di bawah Misi
Nasional, kerajaan telah meningkatkan kedudukan sektor ini semula
dalam pelan pembangunan negara kita iaitu Rancangan Malaysia
Kesembilan. Hal ini demikian kerana ketika dilanda kegawatan ekonomi
pada tahun 1997 dan1998, minyak kelapa sawit bertindak sebagai
penyelamat ekonomi negara kita. Selain itu kerajaan juga
mendapati bahawa negara kita memperuntukkan berbilion-bilion ringgit
untuk mengimport makanan sehingga meningkatkan defisit ekonomi
negara kita. Sesungguhnya, banyak makanan dapat dihasilkan di
negara kita melalui sektor pertanian. Persoalan, bagaimanakah kita
dapat meningkatkan sektor pertanian? Kata orang tua-tua, genggam

bara api biarlah sampai jadi arang, semua pihak yang terbabit
perlu menggembleng tenaga untuk menjanakan sektor pertanian di
tanah air.
Untuk memajukan sektor pertanian, kaum petani kita perlu memiliki
prakarsa untuk membuat perubahan atau sedia membuat reformasi
terhadap sektor pertanian. Jika kaum petani masih mengekalkan cara
tradisional untuk mengusahakan petanian, nescaya hasil tanaman atau
ternakan mereka hanya sekadar sara diri. Mereka akan terus
dibelenggu oleh kemiskinan. Untuk mengikut rentak perkembangan
sektor industri, petani moden kita perlu menggunakan ilmu sains dan
teknologi yang canggih demi meningkatkan produktiviti, iaitu
menjimatkan penggunaan tenaga dan meninggikan hasil tanaman yang
berkualiti dan berkuantiti. Sebagai contoh, ilmu genetik perlu
digunakan untuk mencari baka benih yang dapat menjamin hasil
tanaman yang bermutu, seperti padi hibird dapat menjamin
penghasilan padi yang banyak dan berkualiti. Secara holistiknya, kaum
petani perlu disuntik semangat transformasi untuk menggunakan
bioteknologi dalam sektor pertanian.
Tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Pertanian dan sektor swasta
perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap
sektor pertanian kita. Jurusan Pertanian di Pusat Pengajian Tinggi (IPT)
dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk mengkaji penggunaan
ilmu sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan penternakan.
Mereka hendak memastikan bahawa industri hilir dalam pertanian
dapat dimajukan untuk meningkatkan pendapatan kaum petani seperti
lada dapat dijadikan sos cili, ubat pelangsing dan ubat kesakitan sendi.
Sengkuang telah diproses sebagai bahan kosmetik dan sebagainya.
Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu, di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan. Pegawai Kementerian Pertanian terutamanya

MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia )


sewajarnya menawarkan bengkel atau kursus untuk memberikan
khidmat nasihat serta membekalkan baka benih yang bermutu kepada
petani kita untuk menggunakan bioteknologi yang canggih.
Untuk menjalankan pertanian secara besar-besaran dan komersial,
skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh
bank, terutamanya Bank Agro untuk pekebun kecil . Dengan modal
yang mencukupi, pekebun kita baru dapat membeli mesin yang
canggih dan bahan racun serangga serta baja kimia untuk
menjalankan pertanian mereka. Sebagai contoh, Bank Agro telah
menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk
mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan
pertanian. Bak kata peribahasa, ada padi semua kerja jadi; ada
beras semua kerja deras, oleh itu, dengan pinjaman skim mikro,
pekebun kecil kita dapat mengusahakankan pertanian atau
penternakan secara komersial dan saintifik malah berupaya
menjalankan IKS. Walhasilnya, kaum petani tidak akan digelar sebagai
golongan miskin tetapi akan berperanan sebagai usahawan.
Selain itu, sistem pengagihan yang kamil perlu disediakan oleh pihak
berkuasa supaya kaum petani kita tidak lagi dianiayai oleh orang
tengah yang bersikap tamak haloba. Penubuhan koperasi peladang
digalakkan untuk memainkan peranan sebagai pemborong dan
pembekal kepada kaum petani. Petani kita juga digalakkan menyertai
Pasar Tani untuk meningkatkan pendapatan mereka. Sehubungan
dengan itu, pengguna juga dapat membeli hasil tanaman dan ternakan
yang segar dengan harga yang berpatutan. Tindakan ini dapat
memberikan manfaat kepada pihak petani dan pengguna, seperti
peribahasa serampang dua mata. Rentetan daripada itu, pihak
FAMA(Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) harus mengaturkan

strategi yang bersepadu dan bijaksana bagai menarik rambut dalam


tepung untuk menjamin pemasaran produk pertanian kita. Sistem
pengagihan yang teratur dapat memantapkan harga produk
pertanian. Antaranya Kementerian Kebudayaan telah mengadakan
laman web tentang harga borong produk pertanian supaya kaum petani
tidak lagi ditipu oleh pemborong yang tidak bertanggungjawab.
Sementelahan, agropelancongan merupakan bidang yang patut
dikembangkan dalam sektor pertanian. Kaum petani seyogianya
memperkasakan kemudahan yang tersedia dalam ladang mereka untuk
memajukan sektor pelancongan. Tindakan dapat menjamin pendapatan
yang lumayan. Penginapan yang lengkap seperti bilik yang selesa
perlu disediakan kepada pelancong, khasnya dari bandar. Selain
menghayati penghidupan kaum petani, pelancong dapat menikmati
buah-buahan tempatan yang lazat, memancing ikan dalam kolam ikan
ternakan, menikmati lauk ala kampung serta berpeluang untuk
mencucuk tanah di samping melegakan fikiran yang kusut. Hal ini
bagai menyelam sambil minum air. Bagaimanapun, pakej
agropelancongan perlu mendapat sokongan daripada Kementerian
Pelancongan Malaysia, seperti menyeranaikan pengusaha
agropelancongan yang beramanah dalam laman web kementerian
berkenaan. Secara realitinya, inap desa semakin menarik perhatian
pelancong domestik dan luar negara.
Natijahnya, sektor pertanian perlu mengalami revolusi supaya sektor
ini berprestij kepada generasi muda. Pembangunan sektor dapat
mengurangkan import makanan dari luar negeri dan dapat
mengelakkan penduduk kampung berhijrah ke bandar. Tampaknya,
perkembangan pertanian mengundang seribu satu kebaikan kepada
negara kita. Masyarakat kita juga perlu menyedari sumbangan, jasa

dan pengorbanan kaum petani kita. Sebaliknya kaum petani kita perlu
mengalami transformasi untuk menjanakan 1 Malaysia.

Kepentingan permainan tradisional


Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai
kemajuan dan pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai
warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita,
terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah kebudayaan kita
yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini ialah
permainan tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau, gasing
dan sebagainya. Oleh itu, generasi muda perlu disedarkan tentang
kepentingan permainan tradisional kepada bangsa dan negara.
Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini
merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian
kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang
melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional
tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan
siber. Alat permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya
yang amat unik dan terunggul. Sebagai contohnya, wau bulan telah
dihias dengan kertas warna-warni yang dilukis dan digunting dengan
cantik nian. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita,
apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita?
Ingatlah peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna.
Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya
tarikan yang signifikan dalam industri pelancongan. Selain

menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan


menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin
menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni. Lantaran itu,
permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang
melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, Tak kenal maka tak
cinta, setelah diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka
akan berminat dan turut bermain dengan seronoknya terhadap
permainan tradisional. Rentetan daripada itu, hotel- hotel lima bintang
dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut
menyediakan tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong
asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri
pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada
bangsa lain, seperti peribahasa, serampang dua mata. Ternyata,
permainan tradisional merupakan salah satu tarikan dalam industri
pelancongan.
Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan
masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar
kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai
kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramairamai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh
orang ramai untuk bermain layang-layang. Peminat itu tidak mengira
bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang
yang beraneka corak . Mereka juga berkongsi idea dan pendapat
tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana
yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Mereka turut
melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama dengan keluarga
sendiri. Senario ini jauh lebih baik daripada individu yang asyik
bermain permainan komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi
dengan orang lain.

Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang


tidak ternilai. Oleh itu generasi muda bertanggungjawab untuk
melestarikan khazanah ini daripada generasi kepada generasi, seperti
peribahasa, Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Walaupun zaman beredar, tetapi segala warisan yang baik dan sejati
perlu diperkukuh supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang
tidak berakar umbi dan sentiasa terhanyut oleh arus globalisasi.
Cara-cara untuk Mengembangkan Permainan Tradisional di
Negara Kita
Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan
modenisasi sehingga mengalami pembangunan yang pesat sekali.
Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut dipandang enteng
dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal ini
berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan
permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita.
Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita ditelan
dalam pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita? Tepuk dada
tanya selera. Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari
pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan tradisional di
negara kita semula, seperti peribahasa, di mana batang terguling,
di situ cendawan tumbuh.
Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah
satu alternatif yang ampuh untuk mengembang permainan tradisional
di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan kerjasama pihak
media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu
surat khabar dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan
dokumentari dan rencana untuk memperkenalkan permainan

tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain.


Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu
menyedarkan orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional
terhadap masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan
sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang,
pameran, dan peraduan poster dan sebagainya, bak kata peribahasa,
tak kenal maka tak cinta. Lantarannya golongan muda pasti
terpengaruh oleh kempen tersebut dan berminat terhadap permainan
tradisional kita.
Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional
sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu,
pihak sekolah harus digalakkan supaya menubuhkan kelab atau
persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan
tradisional, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan,
cara bermain dan lain-lain lagi. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan
berminat untuk melibati permainan tradisional tersebut. Generasi
muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan
mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar secara
langsung dalam permainan tradisional dapat memajukan permainan
tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni budaya kita terus
lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata peribahasa, di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan, atas komitmen pihak sekolah, puteraputeri yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat
bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan tekanan
sebagai kegiatan riadah.
Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan
untuk membangkit permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal
ini demikian kerana sebagai fitrah, manusia memang suka bertanding
dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan dan

Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan


boleh bergabung dengan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis
untuk menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat
sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa. Salah satu contoh
yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir
Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik
peminat-peminat permainan tersebut dari seluruh dunia untuk
mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan
permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan
peribahasa, menyelam sambil minum air.
Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan
supaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Jika
semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanya melepaskan batuk di
tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah
peribahasa, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.

Langkah-langkah untuk menangani kenaikan harga barang


keperluan

Dasawarsa ini, kenaikan harga barang keperluan atau gejala inflasi


sering menghantui kehidupan rakyat jelata, terutamanya golongan

yang miskin bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. Isu barangan keperluan mengalami kenaikan harga sentiasa
dipaparkan pada dada akhbar dan menjadi pokok perbincangan di
warung kopi hingga sidang parlimen. Inflasi telah menjadi rakyat kita
hidup melarat. Bagaimanakah rakyat kita dapat melepaskan diri
daripada kemelut sosioekonomi ini? Seperti pepatah, Di mana
tembilang terhentak, di situ cendawan tumbuh , kita perlu
mencari akal untuk menangani kemusykilan ini. Sehubungan dengan
itu, semua pihak perlu seia sekata mencari akal untuk menangani
masalah kenaikan harga barang keperluan.
Pendekatan yang dominan untuk membendung masalah kenaikan
harga barang keperluan ialah Kempen Berhemat. Kata orang tua-tua,
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis dan cermat semasa
banyak, jimat semasa sedikit. Amalan berjimat cermat
merupakan tabiat yang terpuji. Amalan membesarkan kerak
nasi patut dielakkan kerana berbelanja banyak tanpa sekatan hanya
merugikan diri sendiri. Pengguna harus diterapkan ilmu kepenggunaan
supaya sentiasa membeli barang berdasarkan keperluan dan bukan
berdasarkan nafsu. Rakyat kita digesa supaya bersahaja dan
sederhana tanpa boros terutamanya pada musim perayaan. Sebagai
contoh, telur, daging ayam, tepung menghadapi kekurangan di
pasaran gara-gara pengguna membeli secara berlebihan sehingga
membazir dan tidak dapat dihabiskan. Jika setiap rakyat dapat
berhemat dengan tabiat cicir dipungut, hilang dicari dalam setiap
pembelian dan tidak membeli secara berlebihan, nescaya inflasi dapat
diminimumkan kerana bekalan tidak mengalami kekurangan
berbanding dengan permintaan di pasaran.

Dalam konteks ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi,


dan Hal Ehwal Pengguna harus menganjurkan Kempen Beli Barangan
Malaysia. Langkah ini amat mustahak untuk memulihkan masalah
inflasi. Rakyat Malaysia digalakkan supaya membeli bahan keperluan
asas yang sedia ada di negara kita daripada membeli barangan import.
Walhal, harga barangan tempatan lebih berpatutan kerana kos
pengangkutan lebih murah. Contoh, rakyat kita seyogianya makan
buah-buahan dan sayur-mayur tempatan yang lebih segar dan
berkhasiat daripada barangan import. Seperti peribahasa, hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jika semua rakyat dapat
bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni dan bersemangat patriotik, kempen tersebut berupaya
meningkatkan peniagaan dalam negara. Senarionya, petani, peniaga
dan pengusaha industri kecil dan sederhana kita turut memperoleh
manfaatnya. Hal ini dapat memantapkan defisit pendapatan negara
supaya nilai mata wang Malaysia tidak jatuh berbanding dengan mata
wang asing. Inflasi turut diredakan.
Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang merupakan tindakan
yang ampuh untuk membendung inflasi. Demi mencegah
penyelewengan peniaga yang tamak haloba, pegawai yang terlibat
tidak patut bertindak sambil lewa atau bena tak bena sahaja. Misalnya
pemantauan atau serbuan hanya dijalankan secara bermusim sahaja.
Lebih-lebih lagi kegiatan rasuah meruwatkan situasi ini. Tanpa

tindakan undang-undang yang ketat, peniaga akan bertindak


bermaharajalela dengan meningkatkan harga barangan jualan tanpa
belas kasihan. Rentetan daripada itu, kompaun dan hukuman penjara
mandatori harus dijatuhkan dengan semaksimumnya terhadap
peniaga yang licik. Pemantauan yang lebih kerap harus diadakan
terhadap semua premis perniagaan dan pasar malam. Masyarakat kita
perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti Rakan
Cop untuk melaporkan berlakunya penyelewengan peniaga .
Hukuman yang ketat dan tindakan pegawai yang bersih, cekap dan
amanah pasti dapat mengekang peniaga yang ingin menangguk di
air keruh.
Orang ramai juga diseru supaya menanam sayur-sayuran di halaman
rumah masing-masing. Sebenarnya, cadangan ini pernah dipraktikkan
pada 1970-an dengan rancangan Buku Hijau. Ketika dilanda inflasi,
khalayak ramai diseru supaya menjalankan penanaman di halaman
rumah. Contohnya, hidroponik diperkenalkan kepada masyarakat
bandar untuk menanam sayur-sayuran di halaman rumah. Orang ramai
tidak patut memandang enteng terhadap hal ini keranasedikit-sedikit
lama-lama menjadi bukit. Kita boleh menanam sayur-sayuran
sebagai hobi untuk mengisi masa senggang. Selain menjamin kesihatan
fizikal dan mental, kita dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk
membeli sayur-mayur organik tanpa racun serangga. Tindakan ini
bagai serampang dua mata. Alangkah baiknya, kita dapat
memperoleh cili, tomato, bawang hijau, serai, ulam-ulaman yang segarbugar dari pasu bunga di halaman rumah kita. Dengan kata lain,
penanaman sayur-sayuran di rumah turut menyumbang ke arah inflasi
sifar.
Bagaimanapun, kerajaan kita memerlukan perancangan yang
bersepadu untuk menangani inflasi di negara kita. Sebagai cerucuk

kepimpinan negara, anggota kabinet harus menentukan segala polisi


kerajaan dilaksanakan dengan berkesan tanpa menimbulkan inflasi.
Pemimpin dan para pegawai awam yang terlibat harus memantapkan
defisit pendapatan negara, meningkatkan produktiviti masyarakat
kita, menjamin kestabilan mata wang Malaysia, menaikkan kadar
faedah simpanan, mengawal kenaikan gaji secara rasional serta
memastikan pengagihan barangan keperluan di dalam negara. Hal ini
dapat mengelakkan pengaliran mata wang yang terlalu banyak di
dalam pasaran tempatan sehingga berlakunya inflasi. Sebarang
tindakan kerajaan akan memberikan kesan yang mendalam kepada
rakyat jelata. Kita tidak tergamak melihat golongan miskin dibebankan
lagi dengan inflasi kerana berapa berat mata memandang, lebih
berat lagi bahu memikul. Kerajaan harus sentiasa bertindak
bijaksana seperti peribahasa, menarik rambut di dalam tepung.
Sebelum memansuhkan subsidi terhadap bahan keperluan asas,
kerajaan patut membuat kaji selidik dan analisis tentang kesannya
terhadap indeks inflasi di negara kita.
Tuntasnya, pihak kerajaan dan Persatuan Pengguna harus
berkomitmen untuk menangani masalah inflasi di negara kita. Semua
pihak tidak patut bersikap melepaskan batuk di tangga. Bayangkan
masih banyak rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan terpaksa
menghadapi inflasi. Jangan biarkan cogan kata, Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan sebagai slogan sahaja. Lantarannya, kita
perlu berganding bahu dan bersinergi untuk menoktahi inflasi di
negara kita.

CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN


KAWASAN SEKOLAH

Posted: Februari 23, 2010 in Uncategorized

63

316 Votes

Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya


alam sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi
pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita
seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar
akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak
kata peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak dalih. Oleh itu,
pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk
menceriakan kawasan sekolah.
Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah
adalah mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong
royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah.
Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong
bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama
untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan
dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar
sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar
dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.
Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di
sekolah. Program Sekolah dalam Taman patut diadakan dengan

menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau


di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman
dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh
membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah.
Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan
gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya
pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran
seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.
Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula.
Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan
berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata
ada menyatakan , sekolahku syurgaku. Dengan bantuan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus
cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan
sekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di
dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap,
pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini,
sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.
Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap
minggu. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas
masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap
cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi.
Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas
setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam
perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil
penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk
menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan
kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat
menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K


bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan.
Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah
dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikian
kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan
penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian
Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal
ini akan memangkinkan semangat pihak sekolah untuk memastikan
program berjaya diadakan. Sebagai impaknya, program 3K perlu
diadakan di sekolah.
Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk
menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan
kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah
supaya bersih dan ceria.

Cara-cara Mengelakkan berlakunya


banjir -edisi khas untuk
aras sederhana
Posted: November 22, 2010 in Uncategorized

18 Votes

Atas permintaan sseetengah pelajar yang agak lemah dalam


bahasa Malaysia, cikgu cuba memudahkan karaangan ini
dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Semoga
karangan ini membolehkan pelajar yang lemah ke arah kepujian
Bahasa Malaysia dalam SPM.
Karangan Cara-cara mengelakkan berlakunya banjir
Pada bulan Disember 2006 dan Januari 2007, banjir telah
menenggelami bandar Kota Tinggi dan Batu Pahat di Johor. Sebanyak
100,000 orang mangsa terpaksa berpindah ke pusat pemulihan mangsa
banjir. Selain faktor cuaca, kejadian banjir turut berkait rapat dengan
perbuatan manusia yang tamak haloba dan tidak menjaga alam sekitar
kita. Bak kata peribahasa, di mana batang terguling, di situ
cendawan tumbuh semua pihak perlu mengaturkan usaha-usaha
untuk mengelakkan berlakunya banjir.
Untuk membendung berlakunya musibah ini, terlebih dahulu kerajaan
harus mempertahankan hutan yang sedia ada. Hal in demikian kerana
hutan merupakan kawasan tadahan air semula jadi. Air hujan yang
lebat akan diserapkan ke dalam perut bumi kita melalui akar tumbuhtumbuhan. Sehubungan dengan itu, kerajaan harus menggubal akta
untuk melestarikan hutan rimba kita. Penguatkuasaan undang-undang
harus dilaksanakan agar menjatuhkan hukuman yang berat terhadap
mereka yang sanggup melakukan pembalakan haram. Natijahnya,
usaha memelihara dan memulihara hutan berupaya untuk
membendung banjir.
Bukan itu sahaja, sistem saliran di negara kita perlu diperbaik sebelum
berlakunya banjir. Kebanyakan longkang dan parit sempit sahaja dan
tidak dapat memuat kapasiti air hujan yang lebat. Lebih-lebih lagi
sungai kita semakin cetek akibat hakisan tanah kerana penerokaan
hutan dan sampah yang tersumbat. Dalam konteks ini, kerajaan
setempat dan Jabatan Kerja Raya perlu membina longkang dan parit
yang konkrit di samping mendalamkan sungai. Para pekerja majlis

perbandaran perlu sentiasa membersihkan sampah yang terdapat di


longkang, parit dan sungai. Lantas, kerajaan perlu menaik taraf sistem
saliran di negara kita daripada berlakunya banjir kilat.
Di samping itu, media massa perlu mengadakan kempen supaya orang
ramai memiliki kesedaran sivik terhadap alam sekeliling kita. Khalayak
ramai perlu diingatkan supaya tidak membuang sampah ke dalam parit
dan sungai kita, terutamanya penghuni rumah setinggan di sepanjang
tebing sungai. Iklan, dokumentari, rencana dan forum perlu diadakan
supaya masyarakat kita mencintai alam sekeliling kita . Hakikatnya,
masyarakat kita perlu diingatkan supaya tidak membuang sampah ke
dalam sistem saliran kita.
Secara tuntasnya, banjir merupakan bencana alam yang tidak dapat
dielakkan tetapi risiko atau kerugian akibat banjir dapat diminimumkan
jika semua pihak bekerjasama untuk menanganinya. Bak kata
peribahasa, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna, kita perlu mencintai alam sekitar daripada menyesal
setelah menerima padahnya.
(355 patah Perkataan)

PERANAN KELUARGA DALAM MENANGANI


GEJALA SOSIAL
Posted: Februari 19, 2010 in Uncategorized

92

384 Votes

Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa


menghiasi lembaran akhbar. Gejala sosial yang semakin meruncing
telah menggusarkan masyarakat. Fenomena ini diibaratkan duri dalam
daging dalam sosial kita. Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita
tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit sosial
sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan?
Tampaknya, masalah gengsterisme, vandalisme, samseng jalanan,
pembuangan bayi, remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan
kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amat signifikan
untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja.
Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu
memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama dan
moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan
maksiat . Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri
daripada terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh, bapa boleh
mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke
sekolah agama. Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga
untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab.
Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca
dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai
pedoman hidupnya.
Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi
pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak
mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini
terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh
rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan
pantang dicabar. Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia,

remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan
mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba
haram dan sebagainya. Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh
dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu
mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anakanak yang mulia sehingga berjaya.
Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang
lebih tua perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anakanak. Suri teladan ibu bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak.
Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja
yang dilihatnya. Bak kata peribahasa, bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti
merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lain-lain
lagi. Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu
dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik,
materialistik, dan bongkak akan mencanai generasi muda yang
berakhlak biadab dan berbudaya sumbang.
Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna dan kamil amat
diperlukan oleh anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar
memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.
Kejadian ini berlaku kerana anak-anak yang kurang mendapat kasih
sayang akan mudah terpengaruh oleh gejala sosial. Ibu bapa perlu
sentiasa melayani anak mereka bagai menatang minyak yang penuh.
Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan
kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. Sementelahan, ibu bapa
perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai
sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu,
anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah
bersama-sama keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi
hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu bapa mereka bersedia

mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang harmoni


berdominan untuk membanteras kegiatan negatif.
Di samping itu , setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi
masalah. Ibu bapa harus sentiasa bertanyakan masalah anak-anak.
Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan
masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anakanak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka.
Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa membuat kerja rumah
tangga untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu, setiap
anggota keluarga akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli
keluarga yang lain. Aktiviti keluarga seperti gotong-royong dan hari
keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya mengeratkan
silaturahim sekeluarga.
Secara tuntasnya, segala langkah di atas tidak akan berjaya sekiranya
tidak mendapat kerjasama daripada semua ahli keluarga seperti ibu
bapa, abang dan kakak. Slogan Keluargaku, syurgaku, dan Semakin
hari semakin sayang patut dihayati oleh seisi komuniti kita supaya
melahirkan masyarakat madani dan sakinat.

Karangan Jenis Antarabangsa


Bantuan kepada Mangsa
Bencana Alam
Posted: Oktober 2, 2011 in Uncategorized

14

71 Votes

Perosolan: Bencana alam sering berlaku di merata-rata.


Mangsa bencana telah kehilangan harta benda dan ahli
keluarga. Sebagai negara penyayang, negara kita sering
menghulurkan bantuan untuk menolong negara yang dilanda
bencana alam. Huraikan sumbangan yang dapat kita berikan
untuk membantu negara yang dilanda bencana alam.
Bencana alam merupakan fitrah alam yang tidak dapat kita halang bak
kata pepatah, geruh tak berbunyi, malang tidak berbau.Tamsilnya,
tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011 telah menggemparkan
seluruh dunia. Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia sering
terlepas daripada pelbagai bencana alam seperti gempa bumi, letupan
gunung berapi, tsunami, ribut taufan dan sebagainya. Sebagai
masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan , kita sepatutnya
bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang
memerlukan bantuan ibarat hulurkan tangan, ringankan
beban. Persoalan yang terus melanda ruang legar fikiran kita, apakah
bantuan yang dapat kita hulurkan kepada negara yang terlibat dalam
malapetaka?
Tidak dapat dipertikaikan lagi, sumbangan kewangan merupakan
bantuan yang afdal untuk membantu mangsa bencana. Khalayak ramai
boleh menyalurkan bantuan dengan kutipan derma. Badan-badan NGO
dan media perlu menyeru orang ramai supaya memberikan sedekah
dan derma kerana mangsa bencana yang amat memerlukan dan
mendambakan bantuan kewangan bagi meneruskan kehidupan di alam

fana ini. Mangsa bencana alam memerlukan wang kerana segala harta
mereka telah dimusnahkan. Makanan, susu dan pakaian juga perlu
diderma untuk membantu mangsa bencana yang hidup sehelai
sepinggang dan tengah kelaparan. Untuk mencapai hasrat murni ini,
pelbagai peringkat kutipan derma sering dijalankan oleh badan NGO,
terutamanya Persatuan Bulan Sabit Merah dan pihak berkenaan
supaya dapat meringankan beban mangsa seperti peribahasa berat
mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semua umat tidak
harus lokek atau kedekut dalam menghulurkan sumbangan
kerana cubit paha kiri, paha kananya pun sakit juga agar mangsa
bencana dapat pulih seperti sedia kala.
Tambahan pula, kita perlu menghulurkan sumbangan dalam bentuk
tenga dan kepakaran kepada negara yang menghadapi bencana untuk
menyelamatkan mangsa. Negara kita boleh menghantar pasukan
sukarela dan pasukan penyelamat yang profesional untuk mencari
mangsa-mangsa yang tertimbus dan hilang. Ketika tertimbus dalam
gempa bumi, setliap mangsa hanya mempunyai 72 jam untuk
diselamatkan sebelum menemui maut. Proses penyelamatan mangsa
memerlukan perancangan yang sistematik, saintifik dan efektif.
Pasukan Gerakan Cepat dan Pasukan SMART di negara kita telah
mempunyai segala kelengkapan yang canggih dan kemahiran yang
cekap untuk memberikan bantuan pada bla-bila dan di mana-mana
sahaja. Sumbangan tenaga penyelamatan boleh menjadi platform
untuk menyalurkan bantuan dalam melaksanakan usaha murni dengan
menyedari pepatah, hari tidak selamanya panas.
Bukan itu sahaja, bantuan perubatan dan rawatan kesihatan harus
disumbangkan kepada negara yang dilanda musibah. Negara kita perlu
memberikan bantuan ubat-ubatan, terutama ubat pelali, vaksin dan
sebagai. Pasukan perubatan yang terdiri daripada pegawai Jabatan
Kesihatan, doktor dan jururawat harus dihantar ke negara yang dilanda

malapetaka untuk memberikan rawatan kecemasan . Tidak dapat


dinafikan bahawa nasib mangsa bagai sudah jatuh ditimpa
tangga kerana pelbagai penyakit berjangkit akan merebak selepas
bencana alam. Hal ini demikian kerana mayat yang bergelimpangan
tidak dikebumikan dengan baik. Bekalan air bersih turut tercemar.
Lazimnya mangsa bencana akan cirit-birit, demam dan muntah malah
sistem imuniti mereka turut terjejas. Penyakit taun, kepialu dan batuk
kering akan menular di tapak bencana alam. Oleh itu, pasukan
perubatan kita perlu mendirikan pusat rawatan atau hospital sementara
untuk menjalankan pembedahan dan memberikan rawatan kepada
mangsa yang sakit atau cedera memandangkan kebanyakan hospital
dan klinik tempatan telah musnah atau sarat dengan pesakit.
Selain keperluan fizikal, keperluan rohani tidak kurang pentingnya
kepada mangsa bencana alam. Pakar psikologi dan ahli kaunseling
negara kita juga perlu dihantar ke negara yang dilanda bencana alam.
Lazimnya mangsa bencana alam akan menjadi trauma, iaitu sentisasa
cemas, takut, kesiangan dan fikiran sentisa bercelaru. Mereka hidup
dalam penderitaan dan kesedihan akibat kehilangan ahli keluarga yang
disayangi. Dalam konteks ini, bimbingan dan kaunseling perlu
disalurkan kepada mangsa bencana alam. Sokongan moral daripada
negara kita amat penting untuk merawati hati mereka yang telah
remuk-redam. Pemimpin dan artis yang terkemuka boleh menziarahi
mangsa untuk memberikan semangat kepada mereka supaya mereka
memperoleh nur harapan selepas menempuhi dugaan Tuhan.
Lantas, mangsa dapat menghadapi masa depan yang lebih berprestij
dan penuh keyakinan.
Setelah ditimpa malapetaka, segala infrastrutur di negara kita akan
binasa, bagai padang jarak, padang terkukur. Walhasilnya,
sekolah, hospital , klinik, jalan raya, rumah dan sebagai telah musnah.
Lebih-lebih lagi, ekonomi negara berkenaan telah lumpuh. Sehubungan

dengan itu, kerajaan negara kita patut menghantar pegawai-pegawai


perancang ekonomi bersama-sama dengan ahli korporat tempatan
untuk menghidupkan aktiviti ekonomi yang telah lumpuh di kawasan
bencana itu. Saranan tentang pelan induk pembinaan dan
pembangunan sosioekonomi boleh dicadangkan agar ekonomi dan
masyarakat terbabit dapat pulih dengan secepat mungkin. Sebagai
contoh, negara kita telah berjaya mendirikan lebih daripada 3 ribu buah
rumah kos rendah yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana di Aceh ,
Sumatera Indonesia selepas dilanda tsunami pada tahun 2004. Oleh
itu , bantuan membina prasranan dan infrastrutur yang rosak patut
dihulurkan oleh negara kita terhadap mangsa bencana alam.
Secara tuntasnya, sebagai makhluk ciptaan Tuhan , semua umat bagai
saudara yang tidah harus dibezakan atas batasan geografi untuk
bantu-membantu. Kita tidak harus bersikap ego, bagai enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Kata orang tuatua, di sebalik malapetaka ada hikmatnhya, iaitu seluruh dunia
memperlihatkan perikemanusiaan dengan menghulurkan bantuan
kepada negara yang ditimpa musibah. Amat wajarnya kita
membudayakan sikap tolong-menolong sesama manusia tanpa
mengira bangsa, agama dan negeri lantaran buat baik berpadapada, buat jahat jangan sekali. Seluruh dunia akan bermuafakat
sehingga melahirkan dunia utopia yang aman sentosa.
Latihan ayat aktif dan ayat pasif.
Contoh:
1.

Mereka tidak dapat menjelaskan hutang sebelum hujung bulan


ini.

Subjek : Mereka

Objek : hutang
Kata kerja transitif: menjelaskan
Jawapan:
Hutang tidak dapat dijelaskan oleh mereka sebelum hujung
bulan ini.
2. Ia/Dia sentiasa membersihkan dan mengemaskan rumah kami
dengan penuh tanggungjawab.
Subjek : Ia/Dia
Objek: rumah kami
Kata kerja transitif: membersihkan dan mengemaskan
Jawapan:
Rumah kami sentiasa dibersihkan dan dikemaskannya dengan
penuh tanggungjawab.
3. Kalian perlu menjelaskan hutang selewat-lewatnya hujung bulan
ini, kata ceti haram itu.
Subjek : Kalian (Kata ganti diri kedua)
Objek: hutang
Kata kerja transitif : menjelaskan

Jawapan: (Jika subjek ialah kata ganti diri pertama atau kedua, kata
kerja pasif tidak boleh ada imbuhan di.)
Hutang perlu kalian jelaskan selewat-lewatnya hujung bulan
ini, kata ceti haram itu.
Sebelum membuat latihan ayat aktif dan ayat pasif, semua murid
perlu membezakan kata ganti diri pertama dan kedua daripada yang
lain. Selain itu, para murid perlu menguasai imbuhan Me dengan
huruf-huruf tertentu, seperti berikut:

Imbuhan
Me

l, m, n, r, y, ng, ny

Mem

b, (p), (f), pr,pl

Men

c, d, j, (t), z, sy

Meng

a, e, i, o, u, g, h, (k), kh, kl,kr

Meny

menge

Satu suku kata seperti tin,


pos, bom, syor, sah,

Latihan tukar ayat aktif kepada ayat pasif.


1.

Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek


penternakan ikan tawar.

2.

Beberapa orang pekerja sedang menebas semak samun di kiri


dan di kanan lebur raya itu.

3.

Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat


terhadap peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang
mengandung.

4.

Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung


sampai mati.

5.

Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah


menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA.

6.

Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak


mendapat pekerjaan itu, kata kerani itu kepada saya.

7.

Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola


sepak pasukan sekolah kamu.

8.

Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.

9.

Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah.

10.

Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun

menyambut para tetamu di luar dewan .


11.

Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar

mengambil tindakan dengan segera.


12.

Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu

guru yang sedang mengajar di dalam kelas.


Jawapan Latihan Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Anda mungkin juga menyukai