Anda di halaman 1dari 12

Kemahiran menulis sek.

rendah 2
Document Transcript
1. Topik 8 Kemahiran Menulis HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda
seharusnya dapat: 1.
Menyatakan definisi konsep kemahiran menulis serta jenis-jenisnya; 2. Mengenal
pasti pendekatan, kaedah
dan teknik pengajaran kemahiran menulis; 3. Menilai kekuatan dan kelemahan
bentuk penulisan
berdasarkan jenis-jenisnya; dan 4. Mengaplikasikan teori pemilihan dan
penyesuaian bahan untuk membina
bahan pengajaran karangan. PENGENALANKemahiran menulis ialah kemahiran
yang paling tinggi dalam
senarai kemahiranberbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang
itu telahmenguasai
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiranmembaca.
Penguasaan dalam kemahiran
menulis tidak hanya melibatkan aspekteknikal dan mekanikal semata-mata,
tetapi penulisan turut
melibatkanpenggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini kerana penulisan
itusendiri meliputi
proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkantulisan yang baik.
Sehubungan dengan itu,
topik ini akan menjelaskan konsep,jenis dan pendekatan dan teknik dalam
kemahiran menulis.
2. TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 101 8.1 KEMAHIRAN PENULISANMenulis ialah
suatu kegiatan
penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun aturmenjadi perkataan-perkataan,
yang seterusnya
membentuk ayat-ayat yangbermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan
bermaksud
penghasilanwacana-wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu,
kemahiran menulissecara
mekanis; iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simboltulisan tidak
selesai pada peringkat itu

sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akanditeruskan dengan aktiviti mengarang,


yang memerlukan
penggemblenganaspek psikologi dan kognitif.8.1.1 Konsep dan Proses Mengarang
Mengarang, khususnya
karangan ialah aktiviti penting dalam kemahiranmenulis. Mengarang ialah proses
menyampaikan
maklumat, idea, perasaan, dansebagainya dalam bentuk simbol-simbol secara
bertulis. Zaba (1952)
mengatakanbahawa mengarang ialah kemahiran menyusun dan menggubah
kata-kata untukdijadikan ayat,
dan seterusnya sebuah cerita. Bagi Isahak Haron (1979), karanganbukan sekadar
hasil kemahiran
menggubah dan menyusun kata-kata, sebaliknyaialah kemahiran menyampaikan
idea, fakta, dan
sebagainya, yang terdapatdalam pemikiran pengarang tersebut melalui
perantaraan bahasa.
Tegasnya,bolehlah disimpulkan bahawa mengarang itu ialah proses melahirkan
idea secaratersusun dan
lojik melalui tulisan. Hasilan sesuatu proses mengarang ini bolehmerupakan,
ayat, petikan, nota ringkas,
laporan atau sebuah buku.Kamarudin Husin (1998) menjelaskan bahawa proses
menulis karangan
atauproses mengarang itu sendiri ialah:(a) Persediaan: menentukan tajuk atau
persoalan yang akan ditulis,
dan memilih serta menentukan format penulisan.(b) Mengingat kembali
pengalaman: mengingat atau
memilih pengalaman atau pengetahuan sedia ada berkaitan tajuk atau persoalan
dipilih.(c) Kreativiti:
mencari bahan-bahan penulisan.(d) Perbincangan: perbincangan tentang bahanbahan atau isi yang
diperoleh.(e) Penulisan draf: menulis draf atau struktur karangan secara ringkas.
(f) Semakan draf dan
perbincangan.(g) Penulisan karangan.
2 Pendekatan dalam Kemahiran Menulis (proses,

Komunikatif, Pengalaman Bahasa (LEA), Terkawal, Bebas)(a) Pendekatan Proses


Pendekatan proses
menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil
penulisan tersebut. Dalam
pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, meyemak
dan membincangkannya.
Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul,
struktur penulisan yang
sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang
baik. Sehubungan dengan itu,
pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di
samping mempunyai
pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik.(b) Pendekatan
Komunikatif Pendekatan
berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang penting. Justeru
penulisan perlu diajarkan
dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. Dalam hal ini, tajuk-tajuk atau
persolan yang ada kaitannya pengetahuan tentang format atau model penulisan
yang baik.(b) Pendekatan Komunikatif Pendekatan
berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang penting. Justeru
penulisan perlu diajarkan
dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. Dalam hal ini, tajuk-tajuk atau
persolan yang ada kaitannya
dengan situasi komunikasi boleh dieksploitasi untuk memotivasi pelajar.
Pendekatan ini mencadangkan
pengajaran kemahiran menulis dalam konteks situasi komunikasi sebenar. Dalam
pendekatan ini, bahan bahan berbentuk autentik seperti dialog, perbahasan,
ceramah dan sebagainya sangat sesuai digunakan
sebagai bahan pengajaran & pembelajaran. Bahan autentik ini membolehkan
pelajar menulis dalam keadaan
bebas dan tidak terikat dengan sebarang unsur bahasa berbentuk formal. Hal ini
kerana pendekatan ini
beranggapan bahawa penulisan ialah proses menukarkan bentuk pertuturan
kepada tulisan. Oleh itu,
pendekatan ini mencadangkan agar guru bertolak ansur dengan kesalahan dan
kesilapan pelajar,

khususnya dalam aspek bahasa. Hal ini kerana, kesalahan bahasa dalam
komunikasi ialah perkara biasa.
Itu menunjukkan bahawa berlakunya perkembangan dalam penguasaan bahasa
tersebut.(c) Pendekatan
Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan
prinsip bahawa
kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang
berasingan, seperti kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Sehubungan dengan itu
pendekatan ini menekankan konsep
dan penggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan
dituliskan. Pendekatan ini
juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan
pelajar untuk dijadikan bahan
perbincangan dalam proses penulisan karangan TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS
103(d) Pendekatan Terkawal Pendekatan ini mencadangkan
pembelajaran kemahiran menulis mengikut peringkat-peringkat yang bermula
daripada peringkat
prapenulisan hinggalah peringkat penulisan yang memerlukan pemikiran. Secara
umumnya terdapat lima
peringkat penulisan dan pendekatan ini iaitu: (i) Peringkat meniru dan menyalin.
(ii) Peringkat mengingat
kembali. (iii) Peringkat menggabungkan. (iv) Peringkat penulisan berpandu. (v)
Peringkat penulisan bebas.
(e) Pendekatan Bebas Berdasarkan pendekatan ini guru perlu memberikan
banyak latihan penulisan kepada
pelajar. Latihan-latihan ini perlu dipelbagaikan dari segi jenis dan format
penulisan tersebut. Pendekatan ini
beranggapan bahawa, semakin banyak pelajar membuat latihan maka semua
perkara yang perlu ada dalam
sesebuah karangan seperti ejaan, ketepatan kosa kata, tatabahasa,
pemerengganan, dan gaya tulisan akan
dapat dikuasai pelajar tersebut secara automatik. Berdasarkan pendekatan ini
terdapat tiga langkah dalam
proses menulis. (i) Langkah 1: Pramenulis (ii) Langkah 2: Membuat rangka dan
draf (iii) Langkah 3:

Menyemak dan memeriksa kembali8.1.3 Peringkat MenulisTerdapat tiga peringkat


dalam kemahiran
menulis; iaitu:(a) Peringkat pramenulis Pada peringkat ini pelajar diberikan
persediaan secara mekanikal
untuk membolehkannya menggunakan alat tulis, dan dapat menulis dengan
selesa dan tepat. Dalam
peringkat ini guru akan memberikan aktiviti- aktiviti pergerakan tangan dan
mata, supaya pelajar boleh
mengkoordinasi kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis. Antara latihanlatihan yang boleh dilakukan
untuk membentuk kemahiran ini ialah: (i) Latihan membentuk garis lurus dan
lengkok berdasarkan garisan
putus-putus. (ii) Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan 5. 104 TOPIK 8
KEMAHIRAN MENULIS (iii) Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke
kanan,
dan sebaliknya. (iv) Latihan membentuk garisan lurus. (v) Latihan membentuk
corak: lurus, bulatan,
persegi dan sebagainya. (vi) Latihan melukis gambar yang ada garis lurus,
lengkong, bulat, dan
sebagainya.(b) Peringkat mekanis Setelah pelajar boleh menggunakan alat tulis,
peringkat seterusnya ialah
peringkat tulisan mekanis. Pada peringkat ini pelajar-pelajar dilatih membentuk
lambang-lambang yang ada
kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf. Akhirnya, pelajar akan dapat menuliskan
huruf-huruf untuk
membentuk perkataan, dan seterusnya ayat. Secara umumnya, latihan- latihan
yang boleh digunakan pada
peringkat ini ialah: (i) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara
terkawal. (ii) Latihan menulis
huruf di atas kertas bergaris. (iii) Latihan membentuk huruf dengan cara yang
betul, secara bebas.(c)
Peringkat pelahiran Pada peringkat ini pelajar sepatutnya telah menguasai
kemahiran membentuk huruf
dan mengeja. Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih untuk melahirkan sesuatu
untuk ditulis. Latihan

dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir peringkat ini pelajar sepatutnya
telah tahu memberikan reaksi
bertulis terhadap bahan-bahan rangsangan yang diberikan. Antara latihan-latihan
yang boleh diguna pakai
dalam peringkat ini ialah: (i) Mengisi silang kata. (ii) Mengisi tempat kosong
dalam ayat. (iii)
Melengkapkan ayat. (iv) Melengkapkan petikan atau cerita. (v) Menulis ayat
berdasarkan bahan
rangsangan-gambar. (vi) Menulis jawapan kefahaman. (vii) Menulis rencana
daripada bahan rangsangan.
(viii) Menulis karangan 6. TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 105 AKTIVITI 8.1 1.
Jelaskan ketiga-tiga langkah dalam proses
menulis dalam penulisan bebas. 2. Bincangkan lima aktiviti yang boleh dijalankan
dalam penulisan
peringkat pelahiran. 8.2 JENIS PENULISANDari segi jenisnya, terdapat pelbagai
jenis penulisan yang
boleh dieksploitasiuntuk tujuan pengajaran & pembelajaran kemahiran ini.
Penjenisan ini dibuatberdasarkan
bentuk dan cara penulisan itu dibuat. Dalam konteks pengajaran &pembelajaran
kemahiran menulis,
penentuan dan pemilihan jenis-jenis penulisanini perlu disesuaikan dengan tahap
pencapaian pelajar itu
sendiri. Antara jenispenulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialahpenulisan
terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu, separa berpandu,penulisan
bebas dan penulisan kreatif.
Jenis penulisan tersebut dijelaskan sepertiberikut.(a) Penulisan Terkawal
Penulisan terkawal ialah
penulisan yang dikawal sepenuhnya oleh oleh guru, sama ada dalam aspek
format, pilihan kata dan
tatabahasa. Dalam penulisan terkawal, pelajar banyak menulis berdasarkan
model-model yang diberikan
guru. Pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru
atau menulis semula
petikan, ayat-ayat, atau karangan yang dianggap baik. Penulisan terkawal ialah
tahap pertama ke arah

penulisan bebas, kerana latihan-latihan penulisan terkawal akan membantu


pelajar menguasai bentuk
bahasa yang tepat, pengolahan isi, dan gaya penulisan yang baik. Bentuk-bentuk
penulisan terkawal ialah:
(i) Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar; (ii) Menulis surat:isi
disediakan; dan (iii) Menuliskan
isi perbincangan/dialog yang didengar.(b) Penulisan Separa Terkawal Penulisan
separa terkawal ialah jenis
penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya oleh guru. Pelajar diberi peluang
menggunakan daya pemikiran
sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi. Latihanlatihan seperti menyalin
semula petikan yang diberikan dan pelajar dibenarkan menukarkan beberapa
perkataan yang sesuai dalam 7. 106 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS petikan
tersebut, ialah satu contoh bagaimana pelajar diberikan
kebebasan dalam penulisan ini. Bentuk-bentuk penulis separa terkawal yang lain
ialah: (i) Mengisi tempat
kosong dalam petikan; (ii) Menuliskan cerita daripada gambar; (iii) Membuat ayat
daripada perkataan; dan
(iv) Menjawab soalan berdasarkan tajuk.(c) Penulisan Berpandu Penulisan
berpandu ialah jenis penulisan
yang bahan asasnya dikawal oleh guru, tetapi pelajar diberi kebebasan
menyambung, melengkap atau
menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal itu.
Penulisan jenis ini akan
memotivasi pelajar untuk terus menulis. Aktiviti-aktiviti atau latihan yang
digunakan dalam penulisan jenis
ini ialah: (i) Menukarkan dialog kepada bentuk naratif; dan (ii) Menukarkan
bentuk puisi kepada prosa.(d)
Penulisan Separa Berpandu Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang
memberikan kebebasan
kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru.
Penulisan jenis ini merupakan
suatu kaedah untuk membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan dan
pemerengganan. Dalam

penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus kepada
tajuk atau perkara yang akan
ditulis. Aktiviti penulisan yang boleh dikaitkan dengan penulisan separa berpandu
ialah: (i) Menyudahkan
cerita; dan (ii) Menulis karangan yang isinya disediakan guru.(e) Penulisan Bebas
Penulisan bebas
dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dan tatabasa yang baik.
Penulisan jenis ini tidak lagi
menitikberatkan persoalan proses untuk menulis, tetapi sebaliknya pelajar
diminta memberikan tumpuan
kepada apa yang akan ditulis. Tegasnya, pelajar sepatutnya boleh
mengeksploitasi kemahiran sedia ada
untuk menghasilkan suatu tulisan yang baik dan bermakna. Dalam penulisan
jenis ini, penglibatan guru
adalah di peringkat minimum. Guru hanya akan campur tangan jika terdapat
kesalahan-kesalahan atau
kesilapan dalam penulisan sahaja. Secara umumnya terdapat beberapa bentuk
penulisan yang boleh
dilakukan dalam penulisan bebas; iaitu: 8. TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 107 (i)
Penulisan naratif; (ii) Penulisan deskriptif; (iii) Penulisan
imaginatif; dan (iv) Penulisan argumentatif.(f) Penulisan Kreatif Penulisan kreatif
adalah salah satu bentuk
penulisan yang terdapat dalam penulisan bebas. Dalam penulisan ini, pelajar
bukan sahaja telah mahir
dalam pengolahan idea, tetapi juga telah boleh mengeksploitasi pengalaman
atau imaginasi untuk dijadikan
bahan tulisan. Penulisan kreatif mempunyai keistimewaan dan kelebihan
berbanding dengan bentuk
penulisan bebas yang lain kerana penulisan jenis ini bukan hanya memfokuskan
terhadap isi yang akan
ditulis, tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan
mempersembahkan isi tersebut dengan
cara yang berkesan dan menarik. Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam
penulisan kreatif ialah: (i)
Cerpen; (ii) Puisi; (iii) Drama; dan (iv) Novel. AKTIVITI 8.2 1. Apakah perbezaan
antara penulisan

terkawal dengan penulisan berpandu? 2. Bincangkan bentuk-bentuk penulisan


dalam penulisan bebas. 9. 108 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 8.3 PENDEKATAN
DAN TEKNIK SEMAK KENDIRI 8.1 1.
Bincangkan perbezaan antara pendekatan penulisan bebas dengan jenis
penulisan bebas. 2. Bincangkan
perbezaan antara jenis penulisan berpandu dengan jenis penulisan terkawal. 3.
Jelaskan kaitan antara
pendekatan proses dengan teknik pengajaran peta minda.Dalam konteks
pengajaran & pembelajaran,
pendekatan & teknik ialah strategiyang digunakan oleh guru untuk mencapai
matlamat dan tujuan
yangdirancangan dalam objektif pengajaran. Dalam hal ini, guru
seharusnyamenyedari apakah pendekatan
yang sesuai, dan dapat pula memilih teknikyang terbaik, yang sesuai dengan
objektif pengajaran dan
pelajar sasaran. Dalampengajaran kemahiran penulisan, teknik-teknik yang
dihuraikan berikut
sesuaidigunakan di sekolah.8.3.1 Peta Minda, Penyoalan, dan Pendekatan
ProsesPeta Minda, dan Penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan
untukmempertingkat kemahiran menulis. Kedua-dua teknik
ini boleh dipasangkandengan pendekatan proses; iaitu suatu pendekatan yang
berasaskan prosespenulisan
itu sendiri.(a) Peta Minda Rajah 8.1: Contoh peta minda
10. TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 109 Teknik Peta Minda digunakan untuk
memandu pelajar ke arah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam
penulisan. Dalam teknik ini, guru akan menyenaraikan isi serta huraian yang
dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar, dalam bentuk Peta Minda di
papan
tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat
kesinambungan isi-isi, dan perkara perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.
Sila lihat Rajah 8.1 yang menggambarkan beberapa contoh
peta minda yang boleh anda gunakan.(b) Penyoalan Teknik penyoalan boleh
digunakan untuk mencungkil
idea dalam penulisan karangan. Dalam teknik ini guru akan menyediakan soalansoalan yang berkaitan
dengan isu atau perkara yang akan ditulis. Penyoalan yang melibatkan apa,
bila, mengapa, dan

bagaimana boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar befikir k e arah isi-isi


penulisan.(c)
Pendekatan Proses Pendekatan proses berasaskan andaian bahawa sesuatu
penulisan yang baik itu
bermula daripada proses bagaimana tulisan itu dihasilkan. Oleh itu pendekatan
ini menekankan ketepatan
bahasa dan format tulisan dengan cara menulis dalam bentuk draf terlebih
dahulu. Draf ini akan disemak,
dikritik, dan diulas, yang kemudiannya akan ditulis semula. Semakan terhadap
tulisan atau draf akan
berlaku secara berterusan sekiranya masih terdapat kesalahan tatabahasa,
format, atau maklumat dalam
draf tersebut. Pendekatan ini memang memakan masa yang panjang untuk
seseorang itu menyiapkan
sesuatu penulisan, dan ini memberikan peluang yang banyak kepada pelajar
untuk mempelajari setiap
aspek penulisan tersebut.Secara umumnya penulisan dalam pendekatan proses
beradasarkan
kepadaprinsip-prinsip berikut:(i) Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang
membolehkan penulis
mengolah dan menyusun idea.(ii) Proses penulisan disusun secara hierarki,
bermula dengan prapenulisan,
dan berakhir dengan penulisan semula.(iii) Penulisan ialah proses yang
berpandukan sesuatu matlamat. 11. 110 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS8.3.2
Membina Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran MenulisSebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru
perlu mengambil
kiraprinsip-prinsip pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara
umumnyaprinsip-prinsip yang
dimaksudkan itu ialah:(a) Ketepatan maklumat kandungan;(b) Ketepatan bahasa
dan gaya;(c) Sesuai
dengan umur, tahap, dan keupayaan pelajar;(d) Sesuai dengan masyarakat,
agama, dan budaya;(e) Sesuaidikendalikan.Dalam pengajaran kemahiran
menulis, bahan-bahan rangsangan seperti gambar,petikan,
dikendalikan.Dalam pengajaran kemahiran menulis, bahan-bahan rangsangan
seperti gambar,petikan,

rakaman audio (ceramah, ucapan, perbahasan, dan sebagainya),rakaman video,


dan filem sangat sesuai
dijadikan bahan pengajaran.8.3.3 Menilai Kemahiran MenulisMenurut Kamarudin
Husin (1997), aspeK aspek yang boleh dinilai dalamkemahiran menulis adalah
seperti berikut:(i) Penggunaan bahasa aspek
tatabahasa.(ii) Aspek mekanikal pemerengganan, tanda baca, dan sebagainya.
(iii) Ketepatan dan
kesinambungan isi Kesesuaian dan huraian isi.(iv) Gaya penulisan penggunaan
ungkapan/kosa kata
menarik.(v) Kemahiran mengolah menarik dan sesuai dengan pembaca
sasaran.Aspek-aspek yang
dinyatakan di atas boleh dilihat atau dinilai melalui aktiviti-aktiviti seperti
mencatat nota, mengembangkan
maklumat, mengisi borang,menulis surat, menulis karangan (pelbagai bentuk)
dan menulis laporan 12. TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 111 AKTIVITI 8.2 1.
Bincangkan bagaimana teknik peta minda
dan penyoalan boleh membantu pelajar memulakan aktiviti penulisan. 2.
Rancangkan pembinaan bahan
pengajaran kemahiran menulis karangan bentuk fakta untuk pelajar Tahun 5.
Mengarang ialah proses
menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan sebagainya dalam bentuk simbolsimbol secara bertulis.
Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis iaitu prapenulisan, penulisan
mekanis dan pelahiran.
Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah penulisan terkawal,
separa terkawal, penulisan berpandu, separa berpandu, penulisan bebas dan
penulisan kreatif.Pendekatan
Bebas Penulisan KreatifPendekatan Proses Penulisan MekanisPendekatan
Terkawal PenyoalanPenulisan
Bebas Peta MindaPenulisan Berpandu PrapenulisanAbd Aziz Abd Talib. (2000).
Pedagogi Bahasa Melayu:
Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.Kamarudin Husin.
(1998). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budim13. 112 TOPIK 8
KEMAHIRAN MENULISKamarudin Husin. (1997). Pengajian Melayu 1, ilmu bahasa

dan kecekapan berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.Kamarudin Husin,


& Siti Hajar Abdul Aziz.
(1997). Penguasaan kemahiran menulis. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.Institut Bahasa. (1994).
Strategi pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.Institut Bahasa. (1992).
Asas kemahiran berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.Kementerian Pendidikan
Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan
Kurikulum.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSM,
Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pendidikan Malaysia.
(2003). Huraian sukatan
pelajaran KBSR, Tahun 4, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikuluman.Kamarudin Husin. (1995). Perkaedahan
mengajar bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
dengan objektif pengajaran;(f) Sesuai dengan masa pengajaran; dan(g) Mudah
diguna dan

Anda mungkin juga menyukai