Anda di halaman 1dari 14

KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN

Jadual Kerja/ senarai semak


Bil
01

Tarikh
25 Jun 2015
25 Jun 2015

9 Julai 2015
10 Julai 2015

Perkara
Catatan
Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran sejarah
berkaitan dengan penulisan tugasan.
Membuat rujukan awal ke laman web berkaitan dengan
penulisan tugasan sebagai persediaan awal.
Mengenal pasti cara atau kaedah penulisan yang baik
Menentukan tajuk penulisan
Seterusnya membuat rujukan berkaitan dengan tajuk
penulisan melalui intenet, buku rujukan, ensaiklopedia,
majalah, jurnal, dan lain- lain untuk mendapatkan
maklumat penulisan.
Membuat kerangka kasar penulisan
Menulis draf awal dengan bimbingan guru mata pelajaran
dengan teliti dan kemas dan berkualiti.
Menulis mukadimah /pengenalan
Menulis faktor-faktor pemeterian persetiaan persekutuan
1895
Menulis kesan atau implikasi persetiaan persekutuan
terhadap negeri-negeri melayu
Menulis hubungan atau kaitan pembentukan persekutuan
dengan kedaulatan negara Malaysia.
Membuat rumusan tentang pengetahuan nilai atau unsurunsur patriotisme dan harapan.
Mengemaskini tugasan
Menyemak dan menghantar tugasan

Objektif Kajian
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kajian ini, saya mendapat 'contoh'
1. Menerangkan latar belakang Persetian Persekutuan 1895.
2. Menerangkan syarat-syarat Persetian Persekutuan 1895
3. Menerangkan faktor-faktor Persetian Persekutuan 1895 dengan tereprinci
4. Menerangkan kesan Persetian pesekutuan terhadap negeri-negeri melayu secara terperinci.
5. Menyearaikan kaitan Persetiaan Persekutuan dengan kedaulatan Malaysia scara terperinci.
6. Memberi pengalaman yang berharga ketika menjalankan kajian tersebut.
7. Memberi dan menambah pengetahuan luas dan menyeluruh terhadap fakta sejarah.

8. Menanamkan semangat patriotisme dalam diri sendiri dan juga dalam kalangan generasi
muda melalui kajian seperti ini.
Kaedah Kajian
Saya cuba menggunakan empat kaedah kajian yang dijalankan untuk mendapatkan maklmuat
secara terperinci.
a. Kaedah analisis dalam dokumen, buku dan majalah.
Saya juga merujuk dari dokumen, buku dan majalah untuk mendapatkan kesahihan fakta
dari pelbagai sumber diperolehi.
b. Kaedah Penyelidikan dalam pusat sumber.
Saya juga mengunjungi pusat sumber Keningau untuk menjalankan penyelidikan sumbersumber yang diperolehi yang terdapat di situ. Selain daripada itu juga saya melakukan
penyelidikan ini bersumberkan buku-buku ilmiah, majalah, akhbar dan lain-lain lagi.
c. Muat turun sumber maklumat melalui internet.
Saya juga menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah dan pusat sumber
dengan melawat laman sesawang untuk mendapatkan maklumat kajian.
4. Kaedah Bimbingan Guru.
Saya juga turut mendap[at bimbingan dari guru mata pelajaran sejarah yang bernama........

Proses Awal
Saya juga turut mencari bebarap bahan/sumber seperti buku, majalah, akhbar dan atau bahan
dari internet untuk di bawa dan ditunjukkan kepada guru.

Kerangka Kasar Penulisan.


Bil
01

Tugsan
Pengenalan

02

Faktor
pemeterian
persetiaan persekutuan

03

Kesan
Persetian
Persekutuan terhadap
negeri-negeri Melayu.

04

Hubungan/kaitan
pembentukan
persekutuan dengan
kedaulatan Malaysia.
Rumusan
-Memberi pengetahuan
-Pengajaran kepada diri, negara dan bangsa
-Harapan yang relevan
Rujukan
-Buku/akhbar, majalah.
-Internet
Lampiran
-Gambar/peta/dokumen.

05
06
07

Butiran
-Menjelaskan syarat persetian Persekutuan 1895.
-Menyatakan tujuan pemeterian persetiaan
-menyenaraikan struktur pentadbiran Persekutuan 1895
-Menjelaskan semua faktor dan syarat-syarat perjanjian
persetiaan persekutuan 1895 dri segi politik dan ekonomi
dengan terperinci.
-Faktor-faktor seperti masalah
kewangan Pahang,
kelemhan pentadbiran sistem residen, penyeragaman
pentadbiran serta memperlihatkan pertahanan dan
keselamatan dan sebagainya.
-Menganalisis keseluruhan kesan dengan terperinci.
-Kesan terhadap ekonomi, politik dan sosial.
-Kelebihan dan kelemahan sistem persetiaan persekutuan
terhadap negeri -negeri Melayu.
-Contohnya seperti kesan pemustan kuasa residen,
kemerosotan kuasa sultan dan kuasa pembesar Melayu
dikurangkan.
- Kaitan pembentukan persekutuan dengan kedaulatan
Malaysia.

PENGENALAN
Latar Belakang Persetiaan Persekutuan 1895
Lampiran Dokumen Perjanjian Persekutuan 1895
Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896,
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor
Negeri-negeri Selat. Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani di antara Gabenor
Negeri-negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith bagi pihak Kerajaan British dengan Duli-Duli
Yang Maha Mulia Sultan Idris, Perak; Sultan Suleiman, Selangor; Sultan Mahmud, Pahang;
dan Yam Tuan Besar Sri Menanti, Dato Bandar Sungai Ujong, Undang Johol, Undang
Rembau dan Tengku Dewa Tampin.

Struktur Perjanjian Persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)


Pesuruhjaya Tinggi British
(Gabenor Negeri-negeri Selat di Singapura )

Residen Jeneral
( Berpusat di Kuala Lumpur - Menetap di Carcosa Tahun 1898)

Residen
(Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang )

Faktor-faktor penubuhan Persekutuan 1895


(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen

Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas


Residen menjadi terlalu berkuasa
Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen

(ii) Krisis Kewangan Pahang


perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang
akibat kebangkitan rakyat menentang British

jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor
masalah dapat diringankan

(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar

menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor

(iv) Sistem Perhubungan


sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri
Melayu dapat dimajukan

(v) Faktor Keselamatan

mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan

Syarat-syarat perjanjian persekutuan 1895


1.

Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai

persekutuan yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Persekutuan


menjadi negeri lindungan British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.

2.

Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara

keempat-empat negeri itu.


3.

Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh

mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.


4.

Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.

5.

Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan.

6.

Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat.

7.

Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.

8.

Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.

9.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk

menjaga keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan.


10.

Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial.

11.

Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi

digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.


12.

Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.

13.

Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri-negeri

Melayu Bersekutu akan ditubuhkan.


14.

Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan dan

kewibawaan Sultan.
Lampiran Dokumen Perjanjian Persekutuan 1895

cari.../////

Kesan-kesan Perjanjian Persekutuan 1895


1. Politik
Penubuhan

Negeri-negeri

Melayu

Bersekutu

berjaya mewujudkan

keseragaman dan

kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan
menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan
persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu
dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat,

khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan


pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang
Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral
pertama pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah
persekutuan dalam erti kata sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua urusan
pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa
penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti eksport) juga
dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan negeri dan kerajaan
pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran.
Penubuhan Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan
negeri mengikut arahan jabatan pusat. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan
kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis
Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan
Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri. Gabenor Negeri-negeri Selat yang
dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa Residen
Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu,
sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk
kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa
Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909.
2.

Ekonomi

Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik
telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan
keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil
persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik
dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri
Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih
timah dan getah. Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896
berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909. Pembinaan sistem
jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah memajukan lagi
kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan
raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903, terdapat

jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan
getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan Negeri
Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000
tan. Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan
ke atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina. Begitu
juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 50 ribu ekar dan 1909
meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.
3.

Sosial.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan


peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah
menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan
persekutuan dan perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan
pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran
juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang
berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan
pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping,
Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial
seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan
sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang mempunyai
kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904
kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi). Dalam
bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada
tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan
1911, 50 buah sekolah Cina. Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan
dan mubaligh. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak
golongan bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur
untuk

menyediakan

tenaga

mahir

Implikasi daripada perjanjian tereebut

bagi

Jabatan

Kerja

Raya

dan

keretapi.

1. Kuasa sultan telah dikurangkan.


Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri
kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan
pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu.
Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah
arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi
pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi undangundang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.
Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undang-undang yang
dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai British
yang diambil tugas.
2. Pemusatan Kuasa
Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir secara
langsung oleh British. Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan,
contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903,
Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah
melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen
dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik
dalam jabatan persekutuan. Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor,
Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama
kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majls
Mesyuarat Persekutuan sejak 1909.
Sehubungan dengan ketidakpuasan sultan dan dasar pemusatan kuasa pada tahun 1897,
menyebabkan British bersetuju menubuhkan Durbar iaitu persidangan Raja-raja Melayu bagi
mengatasi masalah tersebut.
DURBAR
Ahli-ahli DURBAR:a.Pesuruhjaya Tinggi
b.Raja-Raja melayu

c. Residen Jeneral
d. 4 orang Residen ( Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang )

1.

Pada tahun 1897, DURBAR Pertama (Persidangan Rajaja Melayu) yang pertama

diadakan di
Kuala Kangsar kerana British menghormati Sultan Idris Syah.
2.

DURBAR ialah persidangan di antara Pesurahjaya Tinggi, Residen Jeneral, Residen


dan Raja-raja Melayu.

3.

Persidangan

ini

diadakan

untuk

membincangkan

kepentingan

bersama.

4.

DURBAR ialah permulaan kepada institusi yang kini dikenali sebagai Majlis Raja-raja
Melayu.

5.

Fungsi utama DURBAR:

a.

Mewujudkan kerjasama dan perpaduan di antara keempat-empat negeri Melayu.

b.

Membolehkan

Raja-raja

6.

DURBAR

7.

DURBAR yang kedua, diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903.

tidak

ada

Melayu
kuasa

menasihati
untuk

kerajaan

menggubal

persekutuan.
undang-undang.

Kesan daripada Durbar II.


1. Sultan Perak iaitu Sultan Idris (1897-1916) mendesak British tentang:a. Mendesak kuasa raja-raja Melyu dikembalikan kerana sebelum ini pemusatan kuasa di
tangan Residen Jeneral.
b. Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik
ke jawatan lebih tinggi.

c. Mendesak Bahasa melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi.

Akhirnya DURBAR dimansuhkan apabila Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan tetapi


wujud semula pada tahun 1927.
8.

Pada tahun 1930, DURBAR diadakan di Singapura dan dihadiri oleh 9 orang Raja.

Hubungan/Perkaitan pembentukan persekutuan dengan kedaulatan Malaysia.


Ditinjau dari sudut sejarah, konsep federalisme di negara kita telah wujud dan diguna pakai
sejak 1896. Ia bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan
melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yang menggabungkan empat negeri yang dijajah British
iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan di bawah satu kerajaan pusat yang
diketuai oleh seorang Residen Jeneral. Setiap negeri itu pula diketuai oleh seorang Residen
yang mentadbir berdasarkan panduan kuasa yang telah digariskan.
Sebelum itu, keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Residen masing-masing dengan
memiliki kuasa yang terlalu luas sehingga kemajuan dan pembangunan di keempat-empat
negeri itu tidak seimbang. Konsep federalisme yang dilaksanakan British itu telah
berjaya mengubah landskap pembangunan di kesemua negeri terbabit. Banyak masalah dapat
diatasi melalui pemerintahan berpusat itu.
Seterusnya pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan berasaskan prinsip
federalisme bagi menggantikan Malayan Union (Kesatuan Malaya) yang ditubuhkan pada
1946 tetapi mendapat tentangan hebat orang Melayu. Ketika negara mencapai kemerdekaan
pada 1957, kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu menandatangani perjanjian persekutuan
dan menerima kewujudan negara yang dikenali sebagai 'Persekutuan Tanah Melayu' dengan
kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur.
Justeru, jika kita meneliti peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1), Perlembagaan
Persekutuan 1957 dengan jelas menyatakan bahawa 'Persekutuan hendaklah dikenali dengan
nama Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya).' Pada 16 September 1963, idea
mengenai gagasan Malaysia yang diilhamkan Tunku Abdul Rahman pada 1961 telah dapat

direalisasikan. Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk berada dalam Persekutuan yang
dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada itu digunakan dengan pindaan
dibuat bagi membolehkan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perkara 1 (1)
Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda menyebut bahawa 'Persekutuan adalah
dinamakan Malaysia dalam Bahasa Melayu dan dalam Bahasa Inggeris'. Di dalam Perkara
1(2) disebut dengan jelas 13 buah negeri di dalam Persekutuan. Singapura menarik diri dari
Malaysia dan menjadi sebuah negara merdeka pada 1965.
Secara mudahnya, konsep federalisme menonjolkan ciri-ciri pembahagian kuasa antara
kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Doktrin pengasingan kuasa juga menetapkan wujudnya
pembahagian kuasa antara tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan
badan kehakiman. Doktrin pengasingan kuasa bertujuan memastikan setiap cabang kuasa itu
tidak diganggu atau dipengaruhi oleh cabang kuasa lain.
Secara ringkasnya, tiada campur tangan antara satu sama lain. Namun, check and balance
antara satu sama lain tetap berlaku mengikut peranan masing-masing. Dari segi praktiknya,
kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala
kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Di antara kuasa-kuasa yang ada pada
kerajaan pusat adalah kewarganegaraan Persekutuan, hubungan luar, pertahanan, keselamatan
dalam negeri, kewangan, pendidikan, perdagangan dan industri.
Kuasa kerajaan negeri pula merangkumi undang-undang Islam, tanah, pertanian dan
perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan dan jentera kerajaan negeri. Untuk
memastikan tujuan, agenda dan misi negara (nasional) tercapai, maka kerajaan negeri dan
kerajaan pusat bersetuju bekerjasama dalam banyak bidang.
Di antara kuasa bersama ialah kebajikan awam, biasiswa, taman negara dan hidupan liar, parit
dan tali air dan perkara-perkara lain yang bersangkutan. Kerajaan atau pemerintahan pusat
juga mengatur beberapa urusan yang dianggap nasional yang perlu diikuti oleh kerajaan
negeri. Pemerintah pusat mengatur polisi nasional untuk kesejahteraan seluruh negeri dan
rakyat. Bagaimanapun, kerajaan pusat masih tetap menghormati bidang kuasa yang dimiliki
oleh negeri.
Satu lagi unsur penting dalam sistem federalisme di negara kita ialah ketua negara adalah
Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Institusi YDPA dibentuk setelah negara mencapai
kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan. Sebelum itu, terdapat sembilan

raja-raja Melayu yang berkuasa ke atas negeri masing-masing. Apabila institusi YDPA
diperkenalkan, maka seorang daripada mereka akan dipilih bagi setiap lima tahun untuk
memegang jawatan tersebut.
Berdasarkan Perlembagaan Negara, takhta YDPA diperoleh secara lantikan mengikut Jadual
iii Perlembagaan Malaysia. Baginda dipilih mengikut kekananan dalam negara dan pemilihan
dilakukan oleh Majlis Raja-raja. Ini bermakna Raja-raja Melayu akan bersidang setiap lima
tahun untuk memilih salah seorang daripada mereka sebagai YDPA. Baginda adalah seorang
Raja Berperlembagaan yang melaksanakan kuasanya secara terikat mengikut perlembagaan
yang telah ditetapkan.
Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.
Perlu difahami bahawa Perdana Menteri boleh dilantik berdasarkan budi bicara baginda
sendiri. Baginda mempunyai beberapa keutamaan dan keistimewaan seperti yang
diperuntukkan di dalam perlembagaan. Misalnya, baginda tidak boleh didakwa di dalam
perbicaraan mana-mana mahkamah sekalipun. Baginda yang merupakan sebahagian daripada
Parlimen juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Baginda juga
bertindak sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia dan juga negeri-negeri yang tidak beraja
seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Selain itu, baginda boleh mengisytiharkan
pembubaran Parlimen jika Parlimen hendak dibubarkan. Baginda juga mempunyai kuasa
mengisytiharkan darurat jika baginda sendiri berpendapat keadaan memang memerlukan
baginda berbuat demikian. Kedua-dua perkara tersebut akan dilaksanakan baginda atas
nasihat Perdana Menteri. Baginda juga boleh memanggil raja-raja lain untuk mengadakan
mesyuarat Majlis Raja-raja dan boleh membuat segala keputusan dalam mesyuarat itu.
Demikian juga, sebelum sesuatu rang undang-undang itu menjadi undang-undang, ia perlu
mendapat perkenan baginda dalam tempoh 15 hari daripada rang undang-undang itu
dipersembahkan kepada baginda. Jika selepas tempoh itu, rang undang-undang itu tetap akan
diluluskan dengan menganggap rang undang-undang itu telah dipersetujui oleh baginda.
Ini adalah kerana rang undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen di mana YDPA adalah
sebahagian daripada Parlimen itu sendiri. Justeru, apabila sesuatu rang undang-undang itu
telah diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat, maka rang undang-undang itu telah
sah dan hanya memerlukan cop mohor daripada baginda atas nasihat Perdana Menteri.
Hanya undang-undang yang menyentuh hak, kedudukan, keistimewaan, kemuliaan dan

kebesaran Raja-raja Melayu yang perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-raja Melayu
terlebih dahulu jika hendak diluluskan. Di peringkat negeri pula, Sultan-sultan Melayu, Raja
Melayu dan Yang di-Pertua Negeri adalah ketua kerajaan bagi negeri yang baginda warisi.
Namun, seperti juga YDPA, baginda tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah negeri
masing-masing. Baginda menjalankan tugas dengan nasihat Menteri Besar atau pun Ketua
Menteri.
Di negeri-negeri yang beraja, baginda juga adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masingmasing

kecuali

bagi

empat

negeri

yang

mana

ketuanya

adalah

YDPA.

Kesimpulannya,
sehingga kini konsep federalisme yang diperkenalkan sejak merdeka masih lagi berjalan
dengan berkesan di negara ini. Prinsip pengasingan kuasa bagi tiga badan utama iaitu badan
eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman masih lagi berjalan dengan baik.
Kedudukan

YDPA

masih

lagi

kukuh

dan

dapat

berfungsi

dengan

baik.

Kerajaan negeri masih bebas menjalankan kuasanya. Setiap Dewan Undangan Negeri di
negara ini masih berfungsi dengan baik tanpa campur tangan kerajaan pusat. Ini termasuk di
negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Dewan Undangan Negeri Selangor, Pulau Pinang
dan Kedah terus dapat bersidang tanpa sebarang halangan.
Polisi-polisi nasional yang dibuat oleh kerajaan pusat pula tetap mengambil kira kepentingan
semua rakyat tanpa mengira kaum dan ia juga tidak meminggirkan mana-mana negeri di
negara ini. Semuanya menikmati faedah dan kebaikan yang sama. Kerajaan terus berusaha
keras untuk menyeimbangkan pembangunan dan kemajuan di setiap negeri, termasuk di
Sabah dan Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai