Anda di halaman 1dari 4

Marcapada, tugas membentuk kalangan pelajar bermoral, bersahsiah dan berdisiplin tinggi amat

mencabar minda pentadbiran sekolah akibat pelbagai kerenah dan masalah pelajar yang timbul
sekarang. Selalunya masyarakat terutama ibu bapa beranggapan tugas membentuk sikap dan altitud
moral dan sahsiah pelajar terletak di pundak pentadbir sekolah dan juga guru-guru. Seyogia,
tugasan membentuk kemenjadian pelajar juga harus digalas oleh ibu bapa dan pemimpin sekolah
sebagai pembantu serta pelengkap usaha membentuk disiplin dan sahsiah terpuji pelajar. Kebejatan
isu salah laku disiplin dalam kalangan pelajar sering menjadi buah mulut orang ramai malah sudah
menjadi isu basi yang meniti daripada mulut ke mulut jagatraya ini. Statistik menunjukkan bahawa
lebih daripada 53 peratus remaja Malaysia mengalami kebejatan moral yang kritikal dan kerap kali
menyumbang kepada peratus salah laku yang kian meningkat dari hari ke hari. Tambahan pula,
dengan kehadiran gajet atau peranti moden seperti telefon pintar bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan melitupi minda pelajar kerana secara langsung dunia tanpa sempadan mempengaruhi
akhlak mereka dan meningkatkan lagi pidana salah laku dalam kalangan pelajar. Kesedaran tentang
peranan- peranan penting yang perlu digemblengkan oleh pihak sekolah dan guru-guru,
menyebabkan peranan pemimpin sekolah amat ditagih kerana tanpa kolaborasi mereka, objektif
utama pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang tidak akan
kesampaian. Tambahan pula, remaja sekolah kini masih leka dengan fantasi dunia modenisasi
mereka sehingga mengabaikan nilai moral yang positif dan mengutamakan nilai hedonisma dan
terdapat juga segelintir pelajar melakukan vandalisme dalam kehidupan mereka. Seyogia, peranan
pemimpin sekolah seperti pengawas sekolah memang diperlukan untuk membantu pihak sekolah
dalam membanteras salah laku disiplin rakan- rakan sebaya di sekolah. Persoalannya, apakah
peranan pemimpin sekolah atau pengawas di sekolah mayapada?

Pengawas sekolah berfungsi untuk membantu pihak sekolah serta guru- guru memantau
dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sekolah agar sekolah sentiasa dalam keadaan
yang terkawal sama ada dari segi disiplin mahupun keceriaan sekolah. Pengawas sekolah
kebiasaanya dilantik oleh guru-guru dalam kalangan pelajar yang berdedikasi, bertanggungjawab
dan dihormati dalam kalangan pelajar sekolah. Pada masa yang sama, mereka perlu mengungguli
setiap kecemerlangan di sekolah, sama ada dalam kurikulum, mahupun kokurikulum dan yang paling
penting pengawas sekolah perlu menjalankan tugasan mereka penuh amanah dan
bertanggungjawap. Dengan cara ini, pemimpin sekolah iaitu barisan pengawas sekolah dapat
membantu pihak sekolah mengurangkan salah laku disiplin dan seterusnya melaksanakan setiap
arahan sekolah agar keadaan sekolah sentiasa kondusif dan terkawal serta pembelajaran pelajar di
sekolah akan sentiasa berlaku dalam keadaan ceria. Contohnya, jika keadaan kelas tidak bersih,
sampah sarap berteraburan sama ada di dalam atau luar kelas, pengawas sekolah boleh melaporkan
situasi berkenaan kepada pihak pentadbir sekolah agar tindakan yang setimpal dapat diambil kepada
kelas berkenaan atau jika ada terdapat dalam kalangan pelajar yang terlibat menyebabkan situasi
berkenaan berlaku. Hal ini mampu untuk memudahkan guru dan pelajar menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sempurna dan kondusif. Sekiranya, pengawas sekolah
mampu memainkan peranan mereka menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah
sudah pasti disiplin pelajar terkawal dan pelajar akan dapat menumpukan tanggungjawab mereka
memastikan kebersihan kelas sentiasa ceria dan paling utama tanggungjawab mereka terhadap
keluarga untuk menjadi pelajar cemerlang dalam pelajaran. Sebaliknya, pengawas yang gagal
menjalankan peranan mereka sebagai wahana dan pemangkin untuk melahirkan pelajar
cemerlang,gemilang dan terbilang, sudas pasti keadaan sekolah akan huru hara dan objektif sekolah
untuk melahirkan kemenjadian pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang tidak akan kesampaian.
Tegasnya, pengawas sekolah berfungsi untuk membantu pihak sekolah serta guru-guru
menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sekolah agar disiplin pelajar sentiasa dalam
keadaan yang terkawal

Selain itu, pengawas sekolah berperanan sebagai ikon atau idola yang membawa pengaruh
positif kepada rakan sekolah sebaya kerana gerak geri atau perbuatan mereka sama ada cara
percakapan, cara berpakaian, cara belajar dan apa sahaja tingkah laku mereka menjadi ikutan
pelajar. Hal ini demikian kerana rakan pelajar amat teruja dengan sifat kepimpinan positif yang
diperaga oleh mereka dalam kehidupan. Menurut kata Dr. Ary Ginanjar Agustian, seorang motivator
yang berasal dari Indonesia dalam salah satu programnya, “salah satu faktor menjadi ketua dan
menghapuskan yang bathil ialah seseorang itu haruslah berpengaruh”. Berdasarkan ungkapan beliau
berkenaan terbukti bahawa sifat keyakinan diri serta sifat terpuji pengawas sekolah mampu
membawa pengaruh positif kepada rakan pelajar terutama dalam kalangan pelajar yang nakal atau
rosak akhlaknya sekali gus mendorong mereka berubah menjadi pelajar yang mampu menjadi benih
yang baik dicampak ke angkasa menjadi kejora, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke
daratan menjadi penawar. Walaupun begitu bukan mudah untuk melaksanakan usaha dan tugasan
membentuk kemenjadian pelajar cemerlang, namun sehari selembar benang lama- lama menjadi
kain. Sekiranya sifat terpuji pengawas sekolah menjadi ikon, dan idola pelajar sudah pasti impian
pentadbir sekolah dan guru-guru untuk melahirkan pelajar sebagai insan berguna dalam kalangan
masyarakat akan menjadi kenyataan. Sebaliknya, pengawas yang tidak mampu menjalankan
tanggungjawab yang diharapkan dan diteladani oleh para pelajar, sudah pasti kehadiran mereka
tidak memberi apa-apa kesan kepada rakan pelajar dan menghampakan pihak pentadbir dan guru-
guru. Sudah terang lagi bersuluh, pengawas sekolah berperanan sebagai ikon atau idola yang
membawa pengaruh positif kepada rakan sebaya.

Di samping itu, saya juga keberadaan pengawas sekolah mampu menurunkan bilangan kes
salah laku disiplin dalam kalangan rakan sebaya. Hal ini kerana sebagai pengawas sekolah yang
berkaliber dan bertanggungjawab serta berpengaruh, mereka seharusnya mampu mendekatkan diri
dan menasihati rakan pelajar yang bergelumang dengan kebejatan moral marcapada seperti
ponteng sekolah, merokok, membuli rakan pelajar yang lemah, melakukan vandalisme seperti
merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya. Menurut hadis Rasulullah S.A.W. , “nasihat-
menasihati akan menjadi kurang pada akhir zaman”. Oleh sebab itu, sebagai pengawas sekolah yang
prihatin dan bertanggungjawab mereka perlu menegakkan yang hak dan menghapuskan yang bathil
melalui peranan dan tanggunjawab mereka menasihati menasihati rakan sebaya rosak akhlaknya.
Sebagai contoh, apabila terdapat dalam kalangan pelajar sekolah merosakkan harta benda sekolah
seperti menconteng dinding bangunan sekolah, merosakkan tandas sekolah sekolah, merosakkan
paip air sekolah dan pengawas sekolah perlu menasihati mereka dengan menjelaskan bahawa
perbuatan mereka tersebut telah memburukkan imej sekolah serta merugikan mereka sendiri dan
orang lain sebagai pengguna kerana kemudahan yang disediakan adalah untuk kemudahan mereka
gunakan seharian. Pabila kemudahan awam yang disediakan rosak sudah pasti mereka sendiri dan
rakan pelajar yang lain memerlukan kemudahan berkenaan akan menghadapi masalah sekali gus
kehidupan mereka sebagai pelajar akan terganggu dan pembelajaran kondusif tidak akan berlaku.
Sekiranya, pengawas sekolah berjaya membanteras tingkah laku negatif segelintir rakan sebaya yang
melakukan perbuatan vandalisme berkenaan, sudah pasti pelajar akan dapat belajar dengan
kondusif dan imej sekolah akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Tegasnya, keberadaan pengawas
sekolah mampu menurunkan bilangan kes salah laku disiplin dalam kalangan rakan sebaya.
Bukan itu sahaja, pengawas sekolah yang bertanggungjawab juga berperanan membantu
program sekolah yang dianjurkan oleh guru kaunselor untuk membentuk tingkah laku terpuji dalam
kalangan rakan sebaya. Segelintir pelajar melakukan kesalahan disiplin berpunca daripada
permasalahan keluarga, permasalahan hubungan dengan rakan-rakan dan ada juga akibat masalah
peribadi. Hal- hal sedemikian telah memberi tekanan kepada mereka dan akhirnya mereka
melakukan kesalahan disiplin dan melanggar peraturan sekolah kerana budaya hendonisme dan
vandalisme yang melingkari kehidupan mereka. Seyogia, pengawas sekolah yang prihatin dan
bertanggungjawab perlu menawar diri untuk membantu guru kaunselor berbekalkan simpati yang
mengusik sanubari. Kolaborasi pengawas dan guru kaunseling membanteras dan menasihati rakan
sebaya merupakan contoh yang terbaik untuk membantu rakan sebaya untuk tidak terus
bergelumang dengan budaya hedonisme dan vandalisme yang akhirnya menyebabkan kes salah laku
dan disiplin meningkat. Contohnya, rakan sebaya yang melakukan vandalisme seperti menconteng
sekolah, merosakkan kemudahan sekolah, dan merosakkan paip air sekolah. Perbuatan yang mereka
lakukan hanya untuk keseronokkan yang tidak bertempat akibat budaya hendonisme dan
vandalisme mencemari akhlak dan budi kehidupan mereka tanpa memikirkan natijah yang akan
berlaku selepas perbuatan tersebut dilakukan, dan impaknya kepada pengguna yang lain yang akan
menghadapi masalah. Pabila pengawas dengan bantuan guru kaunselor menasihati golongan pelajar
yang melakukan perbuatan tidak senonoh ini diharapkan mereka tidak mengulanginya lagi demi
kesejanteraan pelajar-pelajar yang lain. Tegasnya, pengawas sekolah yang bertanggungjawab juga
berperanan membantu guru kaunselor membentuk tingkah laku terpuji dalam kalangan rakan
sebaya

Akhir sekali, pengawas sekolah perlu sentiasa berbincang dengan pentadbir sekolah agar
undang- undang sekolah boleh diperketat dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Undang- undang yang
luwes dan tidak dikuatkuasakan sepenuhnya tidak akan dapat mengurangkan kesalahan disiplin
pelajar, malah penguatkuasaan yang tidak dijalankan secara berterusan atau dalam erti kata lain
tidak dikuatkuasakan hanya akan menyumbang kepada peratusan salah laku pelajar yang meningkat
naik saban tahun. Sekolah yang terbilang diukur pada undang- undangnya yang ketat dan sentiasa
dikuatkuasakan. Tamsilannya, pelajar yang melakukan kesalahan berat seperti membuli, dan
merokok di kawasan sekolah dan kesalahan berat yang lain, haruslah dikenakan tindakan buang
sekolah. Seyogia, kaedah perdana ini mampu mengurangkan salah laku pelajar kerana dengan
tindakan seperti demikian akan menyebabkan pelajar akan berfikir dua kali sebelum melakukan
kesalahan-kesalahan berkenaan. Sekiranya pihak pentadbir sekolah tidak ambil pusing permasalahan
pelajar dan tidak menguatkuasakan undang-undang atau peraturan sekolah, sudah pasti para pelajar
yang rosak akhlaknya akan terus bermahajarela dan akan mengulangi perbuatan terkutuk mereka
tanpa menghiraukan kesan akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab bagai duri dalam
daging yang akhirnya menimbulkan beban kepada pentadbir sekolah dan kepada pelajar-pelajar lain.
Sebaliknya, dengan adanya penguatkuasaan undang-undang secara berterusan sudah pasti keadaan
disiplin pelajar akan terkawal dan peratusan salah laku di sekolah akan dapat dikurangkan. Sudah
terang lagi bersuluh, pengawas sekolah perlu sentiasa berbincang dengan pentadbir sekolah agar
undang- undang sekolah diperketat dan dikuatkuasakan sepenuhnya.

Deduksinya, kesemua peranan pengawas sekolah seperti pengawas sekolah berfungsi untuk
membantu pihak sekolah serta guru-guru menguatkuasakan peraturan dan undang-undang yang
dilaksanakan di sekolah, pengawas sekolah berperanan sebagai ikon atau idola yang membawa
pengaruh positif kepada rakan sekolah sebaya, pengawas sekolah yang bertanggungjawab juga
berperanan membantu program sekolah yang dianjurkan oleh guru kaunselor, pengawas sekolah
perlu sentiasa berbincang dengan pentadbir sekolah agar undang- undang sekolah diperketat dan
dikuatkuasakan sepenuhnya antara prakarsa yang perlu diambil kira dan diaplikasikan agar disiplin
pelajar sentiasa dalam keadaan yang terkawal dan mampu membantu pihak sekolah dalam
menangani kes salah laku disiplin pelajar sekolah dan seterusnya mampu menjadikan sekolah-
sekolah di Malaysia menjadi cemerlang, gemilang terbilang. Semua pihak hendaklah bahu-membahu
agar masalah ini dapat kita bendung bersama supaya aspirasi negara dan harapan pemimpin untuk
mengejar kemajuan dan ketamadunan negara tidaklah sekadar angan- angan Mat Jenin.

Anda mungkin juga menyukai